OA: Kecerunan OA adalah positif dan seragam.
Halajunya adalah seragam.
(Budak itu bergerak 50 m dari titik permulaan dengan
halaju seragam.)
AB: Kecerunan AB adalah sifar.
Halajunya adalah sifar.
(Budak itu berada dalam keadaan rehat dari saat ke-2
hingga saat ke-8.)
BC: Kecerunan BC adalah positif dan seragam.
Halajunya adalah seragam.
(Budak itu bergerak semula sejauh 50 m dengan halaju seragam.)
CD: Kecerunan CD adalah negatif dan seragam.
Halajunya adalah negatif dan seragam, iaitu bergerak dalam arah
yang bertentangan.
(Budak itu berpatah balik sejauh 100 m ke titik permulaan dengan
halaju seragam.)
Graf halaju melawan masa membolehkan sesaran, halaju dan
pecutan sesuatu objek yang bergerak itu ditentukan. Graf halaju
melawan masa di bawah menunjukkan gerakan sebuah motosikal
yang mula bergerak dari titik O. Cuba anda huraikan pula gerakan
yang dihasilkan oleh motosikal tersebut.
OA: Kecerunan OA adalah positif dan seragam.
Halaju motosikal bertambah secara seragam.
Pecutan motosikal adalah seragam.
AB: Kecerunan AB adalah sifar.
Halaju motosikal adalah malar.
Pecutan motosikal adalah sifar.
BC: Kecerunan BC adalah negatif dan seragam.
Halaju motosikal berkurang secara seragam.
Motosikal bergerak dengan pecutan negatif atau nyahpecutan seragam.
CD: Kecerunan CD adalah sifar.
Halaju motosikal adalah sifar (motosikal berada dalam keadaan pegun).
Pecutan motosikal adalah sifar.
11.3 PECUTAN GRAVITI DAN JATUH BEBAS
SASARAN MURID: TINGKATAN 4
OBJEKTIF PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERDASARKAN DSKP:
11.3.2 Mentafsir graf gerakan untuk objek yang mengalami keadaan jatuh bebas.
11.3.1 Menjalankan eksperimen untuk menentukan nilai pecutan graviti bumi,g.
TEMPOH PELAKSANAAN: 1 JAM
NOTA BERKAITAN TAJUK MODUL: SLIDE POWER POINT & VIDEO YOUTUBE
AKTIVITI YANG RELEVAN DENGAN TOPIK PDPR:
1. MEMBACA & MEMAHAMI NOTA SLIDE POWERPOINT YANG DIBERIKAN.
2. MENONTON VIDEO E-CLASS DI YOUTUBE PADA LINK YANG DIBERIKAN https://youtu.be/XCueuA6jZfc
3. JAWAB LATIHAN DALAM BUKU KERJA (ms 125)
4. PERKONGSIAN JAWAPAN OLEH GURU DAN PELAJAR MEMBUAT PENILAIAN KENDIRI
PENTAKSIRAN UNTUK MENGUKUR PENGUASAAN MURID:
LATIHAN PENGUKUHAN (SOALAN OBJEKTIF/SUBJEKTIF)
MODUL DIEDARKAN KEPADA MURID BERDASARKAN RPH YANG DITETAPKAN.
11.3 PECUTAN GRAVITI DAN JATUH BEBAS
Pecutan Graviti
1. Daya graviti Bumi ialah daya tarikan oieh Bumi yang bertindak ke atas
sebarang jasad yang berjisim.
2. Unit S.l. bagi daya graviti Bumi ialah newton (N).
3. Berat,W suatu jasad yang berjisim ialah daya tarikan graviti oleh Bumi yang
bertindak ke atas jasad itu.
11.3 PECUTAN GRAVITI DAN JATUH BEBAS
4. Contohnya, berat murid dalam Rajah 11.20 ialah daya tarikan graviti oleh
Bumi yang bertindak ke atasnya, manakala arah daya graviti Bumi adalah
menuju ke pusat Bumi.
5. Pecutan graviti, g ialah pecutan sesuatu objek yang disebabkan oleh tarikan
daya graviti Bumi ke atas objek tersebut.
6. Unit S.l. bagi pecutan graviti ialah m s-2.
7. Graviti akan sentiasa menarik objek ke pusat Bumi dan menyebabkan
objek mengalami pecutan graviti, g pada kadar 9.8 m m s-2 atau 10 m m s-2.
EKSPERIMEN 11.1MENGANGGAR NILAI PECUTAN GRAVITI
Pernyataan masalah:Adakah nilai g yang diperoleh dengan
menggunakan jangka masa detik kuiang daripada nilai sebenar g?
Hipotesis: Nilai g yang diperoleh dengan menggunakan jangka
masa detik adalah kurang daripada nilai sebenar g.
EKSPERIMEN 11.1MENGANGGAR NILAI PECUTAN GRAVITI
Pemboleh ubah:
(a) Dimanipulasikan: Jisim pemberat
(b) Bergerak balas : Pecutan graviti, g
(c) Dimalarkan : Jangka masa detik dengan bekalan arus ulang-
alik, ketinggian pemberat dilepaskan
Bahan dan radas: Pita detik, jangka masa detik, bekalan kuasa
arus ulang-alik, pemberat 50 g, 100 g dan 150 g
EKSPERIMEN 11.1MENGANGGAR NILAI PECUTAN GRAVITI
Prosedur:
Jangka masa detik disediakan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 11.21.
Satu hujung pita detik dilekatkan pada pemberat 50 g dan satu hujung lagi dimasukkan
melalui jangka masa detik.
Jangka masa detik dihidupkan dan pemberat dilepaskan untuk jatuh bebas ke lantai.
Aktiviti diulang dengan pita detik yang baharu, tetapi menggunakan pemberat 100g dan 150
g.
Nilai halaju awal, u, halaju akhir, v, dan masa, t, antara u dan v ditentukan daripada pita detik
yang diperoleh.
Nilai pecutan, g, dihitung dengan menggunakan persamaan g =v−u
t
Jisim (g) Jarak yang dilalui dalam 10 Jarak yang dilalui dalam 10
detik (cm) detik (cm)
50
100 1.15 2.80
150
0.65 2.10
1.00 2.40
Tentukan nilai v, u dan t. Seterusnya tantukan nilai g.
g =v−u
t
PERBINCANGAN
1. Nilai pecutan graviti yang diperoleh dalam aktiviti ini adalah
kurang sedikit daripada 9.8 m s-2 Hal ini demikian kerana terdapat
rintangan udara yang melambatkan sedikit pergerakan pemberat.
2. Nilai pecutan graviti yang diperoleh adalah hampir sama antara
pemberat 50 g, 100 g dan 150 g. Hal ini menunjukkan pecutan
graviti ke atas semua objek yang jatuh bebas adalah sama.
KESIMPULAN
Pecutan graviti adalah lebih kurang 9.8 m s-2.
SASARAN MURID: TINGKATAN 4
OBJEKTIF PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERDASARKAN DSKP:
11.3.3 Menjalankan eksperimen mengkaji keadaan jatuh bebas dan bukan jatuh bebas
TEMPOH PELAKSANAAN: 1 JAM
NOTA BERKAITAN TAJUK MODUL: SLIDE POWER POINT & VIDEO YOUTUBE
AKTIVITI YANG RELEVAN DENGAN TOPIK PDPR:
1. MEMBACA & MEMAHAMI NOTA SLIDE POWERPOINT YANG DIBERIKAN.
2. MENONTON VIDEO E-CLASS DI YOUTUBE PADA LINK YANG DIBERIKAN https://youtu.be/XCueuA6jZfc
3. JAWAB LATIHAN DALAM BUKU KERJA (ms 126)
4. PERKONGSIAN JAWAPAN OLEH GURU DAN PELAJAR MEMBUAT PENILAIAN KENDIRI
PENTAKSIRAN UNTUK MENGUKUR PENGUASAAN MURID:
LATIHAN PENGUKUHAN (SOALAN OBJEKTIF/SUBJEKTIF)
MODUL DIEDARKAN KEPADA MURID BERDASARKAN RPH YANG DITETAPKAN.
JATUH BEBAS
Suatu objek dikatakan mengalami jatuh bebas apabila jatuh di bawah
tindakan daya graviti sahaja. Sebagai contoh, sehelai kertas tidak jatuh
bebas kerana gerakannya dipengaruhi oleh rintangan udara. Objek
yang jatuh bebas mempunyai pecutan graviti yang sama tanpa mengira
jisim dan bentuknya.
Walau bagaimanapun, jatuh bebas sebenarnya hanya berlaku dalam
keadaan vakum, iaitu di dalam ruang yang tiada udara. Di dalam kebuk
vakum, sehelai bulu ayam dan bola tenis yang dijatuhkan dari ketinggian
yang sama akan mendarat pada masa yang sama.
GRAF GERAKAN UNTUK OBJEK YANG MENGALAMI KEADAAN JATUH BEBAS
Sekarang, mari kita kaji keadaan jatuh bebas ini dengan lebih terperinci melalui
graf gerakan linear.
Rajah 11.20 Objek yang dilepaskan pada ketinggian tertentu
GRAF HALAJU- MASA
GRAF GERAKAN UNTUK OBJEK YANG BERGERAK MELAWAN DAYA
GRAVITI (ANTIGRAVITI)
Bagaimanakah pula bentuk graf gerakan linear jika objek bergerak melawan graviti?
Rajah 11.23 Objek yang dilontarkan menegak ke atas
EKPERIMEN 11.2
Tujuan: Mengkaji masa yang diambil oleh objek jatuh bebas dan
bukan jatuh bebas.
Pernyataan masalah:Adakah masa yang diambil oleh suatu objek
jatuh bebas sama dengan masa yang diambil oleh objek bukan
jatuh bebas sampai ke permukaan bumi?
Hipotesis: Masa yang diambil oleh objek jatuh bebas untuk
sampai ke bumi lebih singkat berbanding dengan objek bukan
jatuh bebas.
Pemboleh ubah:
(a) dimanipulasikan: Kehadiran udara
(b) bergerak balas: Masa yang diambil untuk objek jatuh ke atas penutup getah
(c) dimalarkan: Ketinggian objek
Bahan: Cebisan kertas
Radas:Tiub silinder lut sinar, penutup getah, pam vakum
1. Susun radas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 11.26
2. Masukkan cebisan kertas ke dalam tiub silinder lut sinar.
3. Tutupkan hujung terbuka tiub silinder dengan penutup getah
dengan kemas.
4. Sambungkan tiub silinder lut sinar itu kepada pam vakum.
5. Terbalikkan tiub silinder itu dengan pantas, biarkan cebisan kertas
jatuh. Catatkan masa yang diambil untuk cebisan kertas jatuh ke
atas penutup getah.
6. Pam keluar udara di dalam tiub silinder itu dan ulangi langkah 5.
Kesimpulan:
Adakah hipotesis eksperimen ini diterima?
Apakah kesimpulan eksperimen ini?
Soalan:
Wujudkah daya lain selain daya graviti yang bertindak
terhadap objek semasa berkeadaan jatuh bebas?
Jelaskan.
11.4 JISIM DAN INERSIA
SASARAN MURID: TINGKATAN 4
OBJEKTIF PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERDASARKAN DSKP:
11.4.1 Menerangkan jisim.
11.4.2 Menerangkan dengan contoh maksud inersia
TEMPOH PELAKSANAAN: 1 JAM
NOTA BERKAITAN TAJUK MODUL: SLIDE POWER POINT & VIDEO YOUTUBE
AKTIVITI YANG RELEVAN DENGAN TOPIK PDPR:
1. MEMBACA & MEMAHAMI NOTA SLIDE POWERPOINT YANG DIBERIKAN.
2. MENONTON VIDEO E-CLASS DI YOUTUBE PADA LINK YANG DIBERIKAN https://youtu.be/Gk6X5wxnsHk
3. JAWAB LATIHAN DALAM BUKU KERJA (ms 127)
4. PERKONGSIAN JAWAPAN OLEH GURU DAN PELAJAR MEMBUAT PENILAIAN KENDIRI
PENTAKSIRAN UNTUK MENGUKUR PENGUASAAN MURID:
LATIHAN PENGUKUHAN (SOALAN OBJEKTIF/SUBJEKTIF)
MODUL DIEDARKAN KEPADA MURID BERDASARKAN RPH YANG DITETAPKAN.
JISIM
Semasa di Tingkatan 1, anda telah diperkenalkan tentang istilah jisim.
Apa itu jisim?
Jisim ialah kuantiti jirim yang terkandung di dalam suatu objek.
Unit S.I. bagi jisim ialah kilogram (kg).
Nilai jisim bagi sesuatu objek itu tetap jika kuantiti jirim di dalam objek itu tidak
berubah.
INERSIA
Inersia ialah sifat semula jadi sesuatu objek yang
cenderung menentang sebarang perubahan keadaan asal
objek dalam keadaan pegun atau sedang bergerak.
Inersia bukan kuantiti fizik,
maka tidak boleh diukur,
tiada nilai dan tiada unit.
Inersia sejajar dengan Hukum Gerakan Newton Pertama
oleh Sir Isaac Newton.
Hukum Gerakan Newton Pertama menyatakan bahawa
sesuatu objek akan kekal dalam keadaan asalnya,
Iaitu sama ada pegun atau sedang bergerak dengan laju
malar (dalam garis lurus) jika tiada daya luar yang
bertindak terhadapnya.
Hubungan antara jisim dengan inersia dapat dikaji menggunakan
neraca inersia. Neraca inersia dicipta oleh pihak NASA untuk
menentukan jisim objek di stesen angkasa lepas.
Mari kita jalankan Eksperimen 11.3 untuk mengkaji kesan jisim
terhadap inersia.
EKSPERIMEN HUBUNGAN JISIM DENGAN INERSIA
SASARAN MURID: TINGKATAN 4
OBJEKTIF PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERDASARKAN DSKP:
11.4.3 Menjalankan eksperimen untuk mengkaji hubungan antara jisim dan inersia
TEMPOH PELAKSANAAN: 1 JAM
NOTA BERKAITAN TAJUK MODUL: SLIDE POWER POINT & VIDEO YOUTUBE
AKTIVITI YANG RELEVAN DENGAN TOPIK PDPR:
1. MEMBACA & MEMAHAMI NOTA SLIDE POWERPOINT YANG DIBERIKAN.
2. MENONTON VIDEO E-CLASS DI YOUTUBE PADA LINK YANG DIBERIKAN https://youtu.be/XCueuA6jZfc
3. MEMBUAT LAPORAN DALAM BUKU KERJA SPS (ms 178 -179)