10. KIMIA DALAM
PERUBATAN DAN
KESIHATAN
10.1 PERUBATAN TRADISIONAL, PERUBATAN
MODEN & PERUBATAN KOMPLEMENTASI
10.1 PERUBATAN TRADISIONAL, PERUBATAN
MODEN & PERUBATAN KOMPLEMENTASI
• TIGA KAEDAH:
➢PERUBATAN TRADISIONAL,
➢PERUBATAN MODEN &
➢PERUBATAN KOMPLEMENTASI
Ubat
• Dadah atau bahan yang diambil untuk mengawal kesihatan,
merawat atau mencegah penyakit.
• Ubat dan rawatan ini perlu didapati daripada pihak yang
bertauliah.
PERUBATAN TRADISIONAL
• Kaedah perubatan yang menggunakan
tumbuh-tumbuhan, haiwan dan bahan
semulajadi yang diaplikasikan secara khusus
mahupun gabungan bagi diagnosis dan
merawat penyakit.
• Setiap kaum di Malaysia mengamalkan
kaedah perubatan tradisional yang
tersendiri.
Kos rawatan rendah
Pembuktian Ciri-ciri Menggunakan
keberkesanan secara perubatan bahan semula jadi
tradisional daripada haiwan
pengalaman
dan tumbuhan
Diwarisis dan Keberkesanan rawatan
diamalkan turun - lebih perlahan dan
memakan masa
temurun
Ubat tradisional
• Didapati drpd sumber semulajadi seperti
tumbuhan dan haiwan tanpa diproses secara
kimia,
• Diamalkan sejak zaman dahulukala.
a. Aloe vera ( lidah buaya)
• Lendiran dr daun
• Mengurangkan kesakitan kulit akibat
➢Selaran matahari
➢Terkena benda panas
b. Ginseng
• Perubatan tradisional kaum Cina
• Memelihara kesihatan badan
c. Halia
• Melegakan bengkak dan sengal-sengal pd badan
• Menghilangkan angin dalam badan
d. Pokok Bunga Raya
• Daun
• Melegakan sakit kepala
• Merawat masalah keguguran rambut
e. Kuinina
• Kulit pokok Cincona sp.
• Membuat ubat penyakit malaria
PERUBATAN MODEN
• Campuran seni merawat dengan pelbagai bidang ilmu sains yang
mempunyai hubungan langsung dengan sains kesihatan dan
bioperubatan melibatkan bidang-bidang seperti perbutan klinikal,
penyelidikan perubatan, dan pembedahan dalam mengubati
penyakit dan merawat kecederaan.
Kos rawatan
mahal
Pembuktian Menggunakan
keberkesanan ubat-ubatan
secara klinikal
sintetik
Ciri-ciri
perubatan
moden
Menggunakan Rawatan lebih
kaedah moden cepat dan lebih
seperti berkesan
pembedahan,
rawatan laser
dan radioterapi.
Ubat moden
• Dihasilkan di makmal
• Dijual secara besar-besaran di pasaran
• Diguna orang ramai
• Pelbagai bentuk: pil, kapsul, pasta, ampaian dan larutan.
• Terdapat 3 kelas:
➢Analgesik
➢Antibiotik
➢Psikoteraputik
a. Analgesik
• Untuk melegakan kesakitan
• Contoh: aspirin, parasetamol dan kodeina
b. Antibiotik
• Untuk membunuh atau menghalang pertumbuhan bakteria
berjangkit
• Dihasilkan drpd kumpulan mikroorganisma spt fungus atau bakteria
yang boleh melawanbakteria penyebab penyakit.
• Dihasilkan melalui sintesis bahan kimia
• Perlu dihabiskan mengikut dos yang diberikan untuk memastikan
bakteria dihapuskan
• Contoh: penisilin dan streptomisin
c. Psikoteraputik
• Digunakan untuk merawat pesakit psikiatrik.
• Tidak boleh diambilsewenang-wenang
• Perlu mengikut dos yang ditetapkan oleh doktor
• Boleh menyebabkan perubahan perasaan, pemikiran dan kelakuan seseorang.
• Dikelas kepada 3:
i. Stimulan- merangsang dan mengaktifkan kegiatan otak, badan dan perasaan
pesakit - amfetamina
ii.Antidepresan-mengawal kemurungan – imipramine & amitriptilin
iii.Antipsikotik- ubat penenang- trankuiliaer, babiturat, dozapin & haloperidol
Perubatan komplementari
• merujuk kepada kepelbagaian kaedah dalam penjagaan
kesihatan yang berasal daripada pelbagai bentuk budaya
sejak zaman-berzaman.
• Kaedah ini merangkumi dua bahagian utama, iaitu
produk semula jadi, senaman badan dan minda.
• Kaedah ini boleh digunakan bersama rawatan moden bagi
merawat sesuatu penyakit seperti rawatan kanser.
Tidak melibatkan
pembedahan dan
jahitan terhadap
tubuh badan
Ciri-ciri
perubatan
komplementari
Tidak Mengambil kira
menggunakan pandangan pengamal
ubat-ubatan perubatan moden dan
teraputik, dadah
dan bahan sintetik tradisional
kimia
Perubatan komplementari
• Perubatan komplementari tidak hanya memfokuskan
usaha merawat penyakit sahaja
• tetapi juga memastikan pesakit sihat secara holistik
merangkumi fizikal, mental dan emosi.
• rawatan tambahan yang dilakukan bersama dengan
perubatan moden dalam merawat penyakit.
Akupunktur
• Jarum steril dimasukkan ke dalam titik-titik
tertentu pada kulit, yang disebut “titik
akupunktur,”
• dan kemudian dimasukkan secara perlahan
dan lembut.
• Hal ini dapat merangsang sistem saraf untuk
• melegakan kesakitan.
Kiropraktik
• tidak menggunakan ubat sebaliknya
• menggunakan kemahiran ahli
kiropraktor
• untuk membetulkan semula kedudukan
tulang menggunakan tangan.
• Kiropraktik berkesan untuk merawat
sakit belakang dan leher, sakit sendi,
sakit kepala dan kecederaan sukan.
Urutan tradisional
• Urut ialah kaedah untuk memanipulasi
tisu lembut badan menggunakan
tangan, jari dan penumbuk.
• Urut didapati dapat melegakan
• keresahan, kesakitan, keletihan,
ketegangan otot dan masalah urat
saraf.
Homeopati
• Ubat yang sesuai diberikan kepada pesakit
• berdasarkan gejala yang ditunjukkan atau
• dimaklumkan oleh pesakit seperti demam,
rasa sakit atau batuk.
• Ubat yang diberikan menguatkan keupayaan
tubuh melawan penyakit yang menyerang,
• bukannya menyediakan bahan untuk
membunuh kuman penyakit tersebut.
Terapi herba
• Terapi herba menggunakan tumbuhan atau
• bahagian tumbuhan yang memiliki khasiat
untukl mengubati penyakit.
• Penggunaan herba lebih diyakini oleh orang
ramai kerana sumber semula jadi tidak
mendatangkan kesan sampingan dan
• tidak mengandungi kandungan dadah yang
memudaratkan kesihatan.
• Perubatan tradisional, perubatan moden dan
perubatan komplementari adalah saling
melengkapi antara satu sama lain. Setiap kaedah
mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-
masing.
• Bolehkah anda menerangkan kelebihan dan
kekurangan ketiga-tiga kaedah perubatan
tersebut?
'
Penggunaan Ubatan Buatan Manusia dan Ubatan
daripada Sumber Semula Jadi
• Ubat-ubatan tradisional biasanya diperoleh
daripada sumbersemulajadi seperti tumbuhan
herba. Kebanyakan ubat-ubatan moden ialah
buatan manusia (sintetik).
Perbandingan ciri antara ubatan buatan manusia
dan ubatan daripada sumber semula jadi
Ubat buatan manusia Ubat daripada sumber semula jadi
Diperoleh daripada tumbuhan dan haiwan
Dihasilkan di makmal dan dikomersialkan secara (Contoh: Vitamin C daripada buah)
besar-besaran untuk kegunaan ramai
(Contoh: Vitamin C dalam bentuk pil dijual di Perlu diambil atau diamalkan secara berterusan
farmasi) dalam jangka masa yang lama supaya berkesan
Perlu diambil secara berterusan (biasanya untuk Bukti penyembuhan melalui kepercayaan dan
penyakit kronik) atau berhenti apabila telah pengalaman orang terdahulu
sembuh
Bukti penyembuhan berdasarkan ujian klinikal
Berisiko mendapat kesan sampingan jika: Berisiko mendapat kesan sampingan jika:
• digunakan tanpa nasihat daripada doktor • digunakan tanpa nasihat daripada doktor
• pesakit tidak mengikut dos yang betul • pesakit tidak mengikut dos yang betul
Penyalahgunaan ubat-ubatan
• Kebergantungan secara berlebihan terhadap ubat-ubatan. Contohnya, ganja
mungkin membantu merawat pesakit sembuh daripada penyakit tetapi boleh
menyebabkan ketagihan dadah jenis ganja.
• Mengambil ubat bukan untuk tujuan perubatan. Contohnya, ubat batuk biasanya
disalahgunakan oleh penagih dadah untuk menahan ketagihan.
• Penggunaan ubat tidak mengikut peringkat umur yang ditetapkan. Contohnya,
ubat batuk yang dijual di pasaran terbuka tidak sepatutnya diberikan kepada
kanak-kanak yang berumur kurang daripada 2 tahun.
• Pengambilan ubat tidak mengikut dos yang ditetapkan. Contohnya, ubat-ubatan
seperti antibiotik, ubat batuk atau parasetamol perlu diambil mengikut dos yang
betul berdasarkan umur dan berat badan.
• Penggunaan ubat tanpa preskripsi daripada doktor. Contohnya, ubat-ubatan yang
tidak memerlukan preskripsi doktor mudah dibeli di kedai atau farmasi.
Kesan penyalahgunaan ubat-ubatan
Penyalahgunaan ubat-ubatan Kesan
Kebergantungan kepada ubat-ubatan Kesan jangka panjang seperti ketagihan
Mengambil ubat bukan untuk tujuan
perubatan 0
Penggunaan ubat tidak mengikut peringkat
umur yang ditetapkan Boleh menyebabkan kematian atau kesan
Pengambilan ubat tidak mengikut dos yang sampingan yang membahayakan pesakit
ditetapkan Boleh menyebabkan rintangan ubat, dan
mendatangkan kesan sampingan kepada
Penggunaan ubat tanpa preskripsi doktor pesakit
Boleh mendatangkan kesan sampingan
seperti alahan atau menyebabkan kematian
10.2 Radikal Bebas
10.2 Radikal Bebas
• Radikal bebas ialah atom atau molekul
yang kekurangan satu elektron yang
menjadikan atom atau molekul tersebut
tidak stabil, reaktif dan cenderung
untuk menyerang atom atau molekul
lain.
• Proses pengoksidaan ialah tindak balas kimia yang
berlaku apabila suatu bahan tindak balas mengalami
kehilangan elektron.
• Proses pengoksidaan yang berlaku secara semula jadi
di dalam badan menghasilkan radikal bebas.
• Keadaan ini mencetuskan tindak balas berantai untuk
menghasilkan lebih banyak radikal bebas.
• Metabolisme dan keradangan adalah antara dua
faktor dalaman yang menghasilkan radikal bebas di
dalam badan (Rajah 10.5).
• Faktor luaran yang mempengaruhi jumlah radikal
bebas di dalam badan seperti asap rokok,
pendedahan kepada radiasi, cahaya matahari dan
pencemaran udara .
• Radikal bebas yang terlalu banyak di dalam badan
akan menjejaskan kesihatan manusia.
Radikal bebas bertindak ke atas sel dengan merosakkan
membran sel, mitokondria dan DNA seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 10.11.
Kerosakan tersebut adalah disebabkan oleh tindakan radikal
bebas yang memutuskan molekul protein yang berantai
panjang dalam membran sel, mitokondria dan DNA.
• Sel yang dirosakkan oleh tindakan radikal bebas dikenali sebagai sel
dengan tekanan oksidatif (oxidative stress) seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 10.12.
Tekanan oksidatif yang dihasilkan oleh tindakan radikal
bebas yang merosakkan sel dikaitkan dengan pelbagai
penyakit atau keadaan seperti dalam Rajah 10.13.
10.3 Bahan Antioksidan
Bahan antioksidan
• sebatian kimia yang diperlukan oleh badan kita untuk
melambatkan atau menghentikan proses pengoksidaan.
• Bahan ini melindungi sel badan daripada kerosakan akibat
radikal bebas dan dianggap sebagai barisan pertahanan
terhadap risiko mendapat sesetengah penyakit.
• Badan kita berupaya menghasilkan bahan
antioksidan, namun apabila usia meningkat,
keupayaan ini akan berkurang.
• Oleh itu, kita perlu mendapatkan bahan antioksidan
melalui makanan. Apakah contoh bahan antioksidan
yang terdapat dalam makanan?
• Beta karotena biasanya ditemui dalam
kebanyakan makanan yang berwarna
merah, kuning atau jingga seperti lobak
merah, mangga dan ubi keledek.
• Lutein sering dikaitkan dengan mata yang
sihat.
• Bahan antioksidan ini terdapat dalam kuantiti
yang banyak dalam sayur-sayuran berdaun
hijau seperti bayam, kubis dan brokoli.
• Likopena ialah bahan antioksidan yang
ditemui dalam buah-buahan seperti betik,
jambu batu, tembikai, tomato, aprikot,
limau gedang dan oren