The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NOR AZLINA BINTI ABDUL MUTTLIB Moe, 2020-11-17 09:40:38

BAB 10

BAB 10

• Vitamin C ialah vitamin larut air yang juga dikenal
sebagai asid askorbik.

• Bahan antioksidan ini terdapat dalam buah- buahan
sitrus, bayam, brokoli, kiwi, strawberi, kranberi,
kubis, lada hijau dan bijirin.

• Vitamin E yang juga dikenal sebagai alfa-tokoferol
ialah bahan antioksidan yang terdapat dalam
pelbagai jenis minyak

• termasuklah minyak kelapa sawit, minyak germa
gandum, minyak jagung dan minyak kacang soya.

• Bahan ini juga ditemui dalam aprikot, brokoli,
kekacang dan mangga.





Eksperimen 10.1



1.Sediakan empat jenis larutan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah
10.7.
2.Potong sebiji epal kepada lima hirisan yang sama besar. Satu daripada
hirisan epal itu diletakkan ke dalam piring Petri sebagai kawalan.
3.Dengan forseps, rendamkan setiap hirisan epal yang lain ke dalam
larutan gula, jus limau, larutan natrium bikarbonat dan larutan garam
biasa masing-masing seperti dalam Rajah 10.7.
4. Selepas satu minit, letakkan hirisan epal daripada empat larutan
itu ke dalam piring Petri dan biarkan terdedah kepada udara selama 15
minit.
5. Selepas 15 minit, perhatikan perubahan yang berlaku kepada
hirisan epal yang direndamkan ke dalam empat jenis larutan dengan
epal yang tidak direndamkan di dalam mana-mana larutan.

Pemerhatian

Soalan:
1.Hirisan epal yang manakah yang tidak berubah menjadi perang?
2.Bagaimanakah hirisan epal boleh menjadi perang?
3.Apakah bahan yang dapat melambatkan proses pengoksidaan epal?

• Garam, gula dan jus lemon adalah contoh bahan antioksidan
manakala larutan natrium bikarbonat mewakili bahan bukan
antioksidan yang digunakan dalam eksperimen ini.

• Air suling digunakan sebagai kawalan dalam eksperimen ini.
• Jus lemon merupakan bahan antioksidan yang paling baik

berbanding dengan larutan gula dan garam.
• Proses yang menukarkan warna putih permukaan epal

menjadi perang ialah pengoksidaan.
• Tindak balas kimia yang berlaku pada permukaan epal ialah

pengoksidaan di antara radikal bebas yang terkandung
dalam epal dengan oksigen yang diserap ke dalam epal.

10.4 PRODUK KESIHATAN



Produk kesihatan

• bahan yang digunakan untuk tujuan mencegah, merawat
atau mengurus penyakit atau memelihara kesejahteraan
fizikal dan mental manusia. Contoh produk kesihatan
termasuklah ubat-ubatan dan makanan tambahan.

• Setiap produk kesihatan mengandungi satu atau lebih
bahan aktif.

Bahan aktif

• merujuk kepada komponen bahan aktif secara biologi
yang memberikan kesan untuk mencapai tujuan produk
kesihatan yang dikehendaki.

• Terdapat bahan aktif yang boleh bertindak balas dengan
bahan aktif lain dan memberikan kesan sampingan
kepada pengguna. Oleh sebab itu, pesakit perlu
mendapatkan nasihat doktor atau pegawai farmasi
sebelum mengambil mana-mana produk kesihatan.



Antara contoh bahan aktif yang terdapat dalam
produk kesihatan ialah seperti yang berikut.
(a) Tablet ubat tahan sakit mengandungi satu bahan
aktif, iaitu parasetamol 500 mg.
(b) Tablet ubat selesema mengandungi bahan aktif
seperti loratadine 10 mg.



Pengguna produk kesihatan perlu:
(a) menganalisis bahan aktif dalam produk
kesihatan
(b) menilai kesan bahan aktif yang berkenaan
(c) berfikir secara kritis bagi memilih produk
kesihatan yang paling efektif
(d) berfikir dengan kreatif seperti berkongsi
pendapat dengan pengguna yang lain sebelum
membeli sesuatu produk
(e) mengambil kira nilai kualiti dan kuantiti produk
kesihatan dengan harga yang ditawarkan

Penggunaan Produk Kesihatan yang Terdapat
dalam Pasaran

Pengguna boleh memilih pelbagai jenis produk
kesihatan yang terdapat di pasaran Malaysia.
Mengapa produk kesihatan mendapat sambutan
ramai?

Mengekalkan kesihatan
dengan meningkatkan

imunisasi badan

Tujuan
Penggunaan
Produk Kesihatan

Suplemen untuk Makanan tambahan untuk
membantu melengkapkan amalan
pemakanan yang tidak
memulihkan penyakit seimbang

Tamat


Click to View FlipBook Version