The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nur Syazwanie, 2019-12-11 00:48:26

Buku Skuasy UKM

Buku Skuasy UKM

Keywords: Skuasy

-0-

ISI KANDUNGAN 02
05
Sejarah Skuasy 09
Sejarah Awal Penubuhan Skuasy 10
Kompleks Skuasy UKM 25
Asas Permainan Skuasy
Lampiran dan Rujukan

-1-

SEJARAH AWAL SKUASY

Apa itu skuasy?

Skuash merupakan satu jenis sukan yang menggunakan raket yang pada
dahulunya dikenali sebagai “Skuasy Rackets”. Didalam sukan skuasy ini, bola
yang digunakan mestilah jenis bola yang lembut atau yang boleh dipenyek
(Bahasa Inggeris: Skuasyable).

Sukan skuasy ini boleh dimainkan oleh dua orang pemain, dan juga boleh
dimainkan secara beregu iaitu memerlukan empat orang pemain. Raket dan bola
getah kecil yang digunakan perlulah mengikut piawai yang ditetapkan, didalam
gelanggang yang mempunyai empat bahagian dinding. Permainan ini dulunya
hanya berjalan sebagai pertandingan di peringkat-peringkat sekolah dan
university sehinggalah pada awal abad ke-20. Sukan skuasy ini pada masa itu
menjadi sangat popular didalam kelab-kelab persendirian seperti Royal
Automobile Club (RAC) di London dan juga diantara pegawai-pegawai dalam
angkatan tentera British.

Tempat asal Skuasy diperkenalkan

Permainan Skuasy mula diperkenalkan di England iaitu bermula di beberapa buah
sekolah dengan mendirikan gelanggang sendiri. Pada tahun 1825, permainan ini
telah diperkenalkan di Sekolah Harrow. Perkataan skuasy adalah dipercayai
diambil dari bunyi bola semasa ia terkena pada raket. Pada mulanya, skuasy
dimainkan secara suka-suka sahaja. Selepas perang dunia pertama, ia telah
menjadi sukan yang dipertandingkan di peringkat antarabangsa. Persatuan skuasy
di England ditubuhkan pada tahun1929. Pada awal-awal tahun permainan skuasy,
ianya telah dimenangi oleh pemain-pemain Inggeris, tetapi selepas tahun 1950-
an, permainan ini telah dikuasai oleh negara Pakistan yang dimulai oleh Hashim
Khan, kemudian diikuti pula oleh adiknya Azam Khan dan sepupunya Roshan
Khan.

-2-

Bagaimana skuasy diperkenalkan di Malaysia

Permainan skuasy dibawa masuk ke Malaysia oleh orang-orang Inggeris yang
bertugas di negara ini iaitu sekitar tahun 1920-an. Permainan skuasy pada waktu
itu hanya dimainkan oleh kelab-kelab khusus untuk orang kulit putih iaitu orang
Inggeris. Selepas perang dunia kedua, permainan ini mula diminati oleh rakyat
Malaysia. Selepas tahun 1960-an, skuasy mula menajdi satu permainan yang
makin diminati sehingga ada sekolah-sekolah dan juga persatuan sukan
memasukkan permainan ini didalam senarai sukan mereka. Dan selepas itu,
pertandingan dan kejohanan skuasy mula dianjurkan di peringkat sekolah, kelab
atau jabatan.

Pada tahun 1972, sekumpulan peminat dan pemain skuasy di sekitar Kuala
Lumpur telah bertemu di Kelab Tasik Perdana Kuala Lumpur untuk menubuhkan
sebuah persatuan khusus untuk sukan ini. Akhirnya, Persatuan Skuasy Malaysia
(PSM) telah didaftarkan secara rasmi dan diiktiraf sebagai badan sukan untuk
permainan skuasy di seluruh Malaysia. Banyak persatuan-persatuan skuasy
negeri yang telah ditubuhkan seperti Kelab Skuasy Angkatan Tentera Malaysia
dan Kelab Skuasy Polis Diraja Malaysia. Sejak itu, terdapat beberapa
pertandingan yang telah mula diadakan seperti di Kolej Melayu Kuala Kangsar,
Perak pada tahun 1939 dan Pertandingan Piala Tiger pada tahun 1966.

Skuasy terbukti telah meletakkan nama Malaysia harum di puncak dunia
khususnya melalui kejayaan Datuk Nicol Ann David yang muncul selaku pemain
terbaik wanita dunia tahun 2005 dan Olahragawati Asia 2007. Datuk Nicol Ann
David merupakan anak kelahiran Pulau Pinang dan mula bermain skuasy sejak
umur beliau 5 tahun dan kemudiannya menerima bimbingan jurulatih sejak umur
8 tahun. Beliau pernah memenangi juara dunia sebanyak 8 kali dan menyandang
sebagai pemain skuasy nombor satu dunia selama 112 bulan. Melalui usaha yang
tidak mengenal jemu didalam menampilkan cabaran negara pada setiap
kejohanan diperingkat antarabangsa, segala usaha itu telah membuahkan hasil.

-3-

Pada bulan Februari 2019, beliau telah mengumumkan untuk bersara setelah
hampir lebih 20 tahun bermain skuasy.

Nama-nama seperti Nicol Ann David, Ong Beng Hee dan Mohd Azlan
Iskandar pernah meniti dibibir lawan sebagai pencabar yang digeruni untuk
ditemui. Kejayaan Datuk Nicol Ann David yang pernah ternobat selaku pemain
nombor satu dunia untuk jangka masa yang lama sewajarnya dijadikan sebagai
impian dan semangat buat atlit-atlit yang lain. Kecemerlangan yang ditunjukkan
oleh pemain-pemain skuasy negara memberi petanda bahawa Malaysia mampu
dan boleh mencipta nama menerusi sukan ini.
Trivia menarik:

 Tan Sri Dato’ Seri Tunku Imran ibni Almarhum Tuanku Ja’far al-Haj iaitu
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) merupakan juara kebangsaan
pertama apabila menjuarai Kejohanan Kebangsaan pada tahun 1973

 Almarhum YAM Tuanku Ja’far ibni Tuanku Abdul Rahman (Yang di-
Pertuan Besar Negeri Sembilan 1967-2008) pernah bermain dalam
perlawanan akhir menentang Allahyarham Tun Abdul Razak bin Hussein
(Perdana Menteri kedua Malaysia) pada tahun 1939 di Kolej Melayu Kuala
Kangsar, Perak

-4-

SEJARAH PENUBUHAN AWAL SKUASY DI UNIVERSITI
KEBANGSAAN MALAYSIA(UKM)

Pelajar citra asas skuasy telah mengadakan satu temubual bersama dengan Encik
Mohd Suhaibi bin Sulong yang merupakan salah seorang tenaga pengajar untuk
Kelab Skuasy UKM dan juga merupakan salah satu individu terpenting dalam
penubuhan citra skuasy UKM. Citra skuasy UKM ini merupakan salah satu
kursus di bawah CITRA 6 UKM dan mula diperkenalkan pada bulan September
2015. Temubual ini telah diadakan bagi membantu pelajar memahami dan
mengetuai dengan lebih lanjut lagi mengenai Kelab Skuasy UKM dan juga citra
skuasy UKM. Berikut merupakan hasil daripada temubual yang dilakukan
bersama beliau:

1. Apakah sejarah awal skuasy di UKM?

Skuasy di UKM pada mulanya ditubuhkan sejak awal penubuhan
UKM. Terdapat seorang tokoh yang membantu dalam penubuhan
skuasy di UKM. Tokoh tersebut ialah Profesor Dato Dr. Hood. Beliau
merupakan seorang ketua penasihat kelab skuasy di UKM. Pada
awalnya, skuasy tidak mempunyai suatu organisasi persatuan yang
membantu para pelajar dalam mempelajari skuasy. Saya yang ketika
itu sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Master di UKM
mengambil tanggungjawab untuk memperkenal semula sukan skuasy
di UKM dengan dibantu beberapa orang pelajar. Perkara ini berjaya
dilakukan saya dan pelajar. seorang pelajar master bernama Ilham
Ruqaiyah Bt Hamid memberi idea untuk mewujudkan semula kelab
skuasy ukm dan citra skuasy ini. Beberapa siri perlawanan dan latihan
telah dilakukan antaranya dengan para pelajar sendiri dan warga
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Perkara ini secara tidak
langsung telah menyebabkan pelajar mengenali sukan skuasy dengan
lebih baik dan mendalam.

2. Mengapakah tuan ingin menubuhkan kelab skuasy UKM?

Kelab ini telah saya tubuhkan kerana saya mahu semua warga UKM
mengetahui tentang kewujudan sukan skuasy. Sukan skuasy
bukanlah sukan yang diminati ramai. Ramai rakyat di Malaysia lebih
meminati sukan badminton, bola sepak, dan futsal. Sukan skuasy
hanya menjadi bualan apabila Dato’ Nicol Anne David memenangi
kejuaraan di peringkat antarabangsa. Oleh itu, saya menubuhkan

-5-

kelab skuasy ini dengan harapan dapat menarik minat warga UKM
untuk menceburi bidang sukan skuasy ini. Sebelum ini, kompleks
skuasy yang mempunyai empat court hanya dua daripada court
tersebut yang dipenuhi. Namun kini, setelah wujudnya Kelab
Skuasy UKM, ramai pelajar mula mengenali skuasy dan bermula
untuk memenuhi court kompleks skuasy UKM.

3. Mengapakah tuan ingin menjadikan skuasy sebagai subjek citra?

Saya menjadikan skuasy sebagai subjek citra kerana saya ingin
memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai skuasy. Ramai
pelajar yang memilih citra ini tidak mempunyai pengetahuan asas
mengenai skuasy. Bukan itu sahaja, ramai juga yang tidak
mengetahui kewujudan permainan ini dan hanya memilih citra
skuasy untuk menyelesaikan kursus bawah CITRA 6. Oleh itu,
dengan adanya citra skuasy ini, saya dapat mengajar mereka
mengenai sukan skuasy dan seterusnya dapat menarik minat mereka
untuk mempelajari sukan skuasy ini. Alhamdulillah, misi saya untuk
mendedahkan permainan ini kepada para pelajar citra skuasy ini
tercapai dan kompleks skuasy juga sudah tidak sunyi seperti dulu.

4. Adakah tuan terfikir untuk memajukan lagi sukan skuasy di UKM?

Pada pendapat saya, sukan skuasy ini tidaklah tidak sukar untuk
dipelajari. Skuasy juga merupakan satu sukan yang menyihatkan dan
menarik. Hal ini dikatakan demikian kerana sukan skuasy ini
melibatkan seluruh otot dan sukan ini adalah setanding dengan
sukan renang. Ramai para pelajar saya yang mengambil citra asas
skuasy ini dapat menguasai asas sukan skuasy dalam satu semester
sahaja. Ramai juga yang mengatakan bahawa mereka akan tetap
bermain skuasy mahupun sudah tidak lagi mengambil citra asas
skuasy. Oleh itu, saya akan terus berjuang dalam memajukan sukan
skuasy di UKM dan menjadikan sukan skuasy sebagai sukan yang
terkenal dan diminati oleh warga UKM. Saya agar ramai pelajar
yang jatuh cinta dengan skuasy dan berebut untuk mendapatkan
tempat kosong dalam citra asas skuasy.

-6-

5. Adakah tuan akan menganjurkan citra Asas Skuasy II?

Berdasarkan kelas citra asas skuasy I yang telah saya latih sebelum
ini, sambutan yang diberikan oleh para pelajar adalah sangat positif.
Sambutan ini telah menyebabkan untuk meneruskan hasrat saya
untuk mengajar citra Asas Skuasy II kepada para pelajar. Citra Asas
Skuasy I juga akan saya ajar untuk menarik minat dan menambahkan
pengetahuan para pelajar yang tidak mempunyai pengetahuan dalam
sukan skuasy.

6.Adakah tuan melatih para pelajar citra untuk dihantar ke
pertandingan skuasy antara IPT atau ke luar?

Perkara ini merupakan harapan terbesar saya terhadap para pelajar
citra asas skuasy I. Misi saya adalah untuk mencungkil bakat dan
melatih para pelajar citra asas skuasy I agar mereka bukan sahaja
dapat melonjakkan diri dalam sukan skuasy di UKM sahaja tetapi
sehingga ke mata dunia. Saya tidak akan berhenti dan berputus asa
dalam melatih mereka semua. Saya tidak mahu bakat mereka dalam
sukan skuasy dipersia-siakan begitu sahaja. Bukan itu sahaja,
dengan menghantar para pelajar citra ke pertandingan skuasy, para
pelajar akan belajar dengan lebih banyak lagi mengenai sukan
skuasy dan mereka tentu akan bermain skuasy dengan lebih
bersemangat lagi kerana semangat mereka untuk menang. Terdapat
juga para pelajar kita yang mewakili negara dalam sukan skuasy.
Contohnya, Najihah Anis dan Sudesh yang berjaya mewakili negara
dalam beberapa pertandingan di luar negara.

7. Apakah harapan tuan bagi kelab dan kursus citra skuasy?

Harapan saya mudah sahaja. Saya cuma berharap agar pelajar citra
pada semester ini dapat memahiri asas skuasy dan seterusnya
mewarwarkan sukan ini kepada para pelajar UKM yang lain
mengenai sukan skuasy. Saya tidak mahu jika citra skuasy ini
dihentikan pada tahun akan datang kerana tiada sambutan. Saya
ingin sukan skuasy ini menjadi sukan yang digemari oleh warga

-7-

UKM. Bukan itu sahaja, saya juga ingin menjadikan skuasy sebagai
salah satu sukan yang menyumbang dalam menaikkan lagi nama
baik UKM kerana ramai pelajar yang dikenali oleh orang luar
dengan kehebatan mereka dalam sukan skuasy.

-8-

KOMPLEKS SKUASY DI UKM

-9-

ASAS PERMAINAN SKUASY
Gelanggang
Gelanggang skuasy terdiri daripada
empat dinding dan satu lantai. Suatu
garisan melintang di lantai
membahagikan gelanggang kepada
bahagian depan dan belakang
manakala garisan mendatar
membahagikan ruang main antara
dua pemain.

Di dinding hadapan, garisan bawah berwarna merah menandakan tingginya
‘timah’ (tin) (serupa peranannya dengan jaring tenis). Jika bola menyentuh atau
terjatuh di bawah garisan itu, pukulan dikira keluar. Garisan merah yang atas
sekali yang mengeliling dinding menandakan garisan luar gelanggang. Ia adalah
garisan sempadan dan jika bola menyentuh pada atau sebelah atas garisan ini,
pukulan dikira keluar. Satu garisan di antara garisan atas dengan garisan bawah
di dinding hadapan gelanggang yang disebut sebagai garisan servis atau garisan
cut . Untuk memulakan permainan, bola yang dipukul dalam servis mesti
menyentuh dinding hadapan di sebelah atas garisan servis.

- 10 -

Lantai gelanggang dibahagikan kepada gelanggang hadapan dan gelanggang
belakang, dengan satu garisan merah dinamakan garisan servis pendek. Bola yang
dipukul dalam servis ke dinding hadapan mesti mendarat melepasi garisan servis
pendek jika tidak dipukul oleh pihak lawan. Gelanggang belakang dibahagikan
lagi dengan garisan yang disebut garisan tengah. Garisan ini bermula dari lantai
belakang hingga menyentuh garisan servis pendek dengan membentuk ‘T’ di
tengah lantai. Dua kotak. satu di sebelah kiri dan satu lagi di sebelah kanan adalah
kotak servis. Pemain yang membuat servis dikehendaki meletakkan sebelah kaki
di dalam kotak tanpa menyentuh pada garisan.

Peralatan dalam Permainan Squasy
Raket
Terdapat beberapa jenis raket untuk permainan
skuasy dan harganya juga berbeza-beza. Untuk
pemain baharu, raket yang berhaga sederhana
adalah sesuai. Apa yang mustahak ialah pemain
itu berasa selesa dengan raket yang
diperolehnya seperti dari segi berat dan
imbangannya. Berikut merupakan panduan
pemilihan raket skuasy:
1.Berat :

Berat maksimum raket yang dibenarkan ialah sebanyak 255g namun julat
timbangan ialah antara 90 dan 150 gram. Untuk pemain baharu terutamanya
wanita, raket-raket yang ringan adalah lebih sesuai. Pergerakan raket dalam
permainan adalah dikawal oleh imbangan dan ayunan raket itu.
2.Komposisi :
Raket-raket skuasy diperbuat daripada kayu atau bahan sintetik, tetapi
kepalanya mesti diperbuat daripada bahan yang tidak akan mengotorkan
dinding atau lantai apabila terkena raket semasa permainan.

3.Pegangan :
Pemegang atau tangkai raket adalah berbeza dalam lilitan dan bentuknya.
Tangkai raket boleh dilapis dalam beberapa jenis bahan seperti kulit, tuala atau

- 11 -

bahan sintetik.Terpulang kepada pemain sendiri untuk memilih mana-mana
jenis raket asalkan ia bersesuaian
4.Tali raket :
Ada beberapa jenis tali sintetik atau tiruan yang ciri-ciri bermain yang baik,
termasuk ketahanan harganya murah. Tali nilon biasanya digunakan. Untuk
memilih raket yang sesuai, pastikan talinya dalam keadaan tegang apabila
tekanan digunakan pada tengah-tengah muka raket dengan ibu jari.

Bola
Bola skuasy berdiamater antara 39.5 dan 40.5 mm serta mempunyai berat
sebanyak 23 sehingga 25 gram. Bola ini merupakan sfera berongga hasil gilapan
dan cantuman bersama dua kepingan sebatian getah. Bola berspesifikasi berbeza
diberikan bergantung kepada kebolehan bermain serta suhu persekitaran di mana
bola yang mempunyai daya kelantunan tinggi lebih digunakan pemain kurang
berpengalaman. Permainan skuasy merupakan permainan yang dimain dengan
beberapa jenis bola yang dipilih mengikut kebolehan dan tahap pemain. Kelajuan
dan lanjutan bola skuasy ditandakan dengan titik berwarna. Bola yang laju sekali
mempunyai titik berwarna biru manakala bola yang perlahan ditandakan dengan
titik kuning. Bola bertitik kuning digunakan secara rasmi dalam pertandingan.
Bola juga dikelaskan sebagai marking dan non-marking. Bola non-marking tidak
meninggalkan tanda di dinding. Banyak pusat skuasy tidak membenarkan
penggunaan bola jenis marking.

 Titik kuning : paling perlahan
 Titik putih : perlahan
 Titik merah : sederhana
 Titik biru. : laju

- 12 -

Kasut

Pelbagai jenis kasut boleh dipakai untuk
sukan skuasy. Kasut permainan Squasy yang
sesuai dan selesa dipakai sangat penting
kerana pemakaian yang sesuai dapat
membantu pemain dalam gerakan dalam
permainan sepeti berhenti sert merta,
melompat, memusing, memutar dan
melunjur. Ciri-ciri kasut yang sesuai uituk
Squasy adalah tapak kasut yang tijdvak licin,
fleksibel dan ringan. Tapak kasut mestilah
tidak berwarna hitam agar tidak meninggalkan kesan di lançai gelanggang. Kasut
untuk berjoging adalah dilarang. Apabila memilih kasut, pastikan kasut itu tidak
ketat dan terdapat ruang di hujung kasut.

Pakaian
Pakaian hendaklah selesa dan tidak
menghalang atau mengganggu
pergerakan pemain. Pakaian pemain
harus tidak terlalu ketat atau terlalu
longgar. Biasanya, pemain berpeluh
terlalu banyak, jadi pakaian yang
dibuat daripada kapas digalakkan
untuk menyerap peluh. Pakaian
‘singlet’ dan seluar pendek untuk
berjogging dilarang digunakan kerana
pakaian itu tidak menyerap peluh.
Pakaian berwarna putih atau warna
muda adalah sesuai kerana bola yang
hitam susah nampak jika berdekatan
dengan pakaian berwarna tua atau

gelap. ‘Selepang peluh’ adalah berguna untuk menjauhi rambut dan peluh
daripada meresap atau masuk ke dalam mata. Selepang pergelangan akan
mengelak tapak tangan daripada menjadi basah dan licin.

- 13 -

Peraturan Permainan Squasy
Pemulangan yang Baik
Pulangan adalah baik jika bola, sebelum ia melantun dua kali di atas lantai,
dikembalikan dengan betul oleh penyerang ke atas dinding hadapan di atas tin
dan di bawah garis keluar, tanpa terlebih dahulu menyentuh lantai. Bola boleh
menyentuh dinding tepi dan/atau dinding belakang sebelum sampai ke dinding
depan. Pulangan tidak baik jika ia adalah NOT UP (bola melanda selepas
melantun lebih daripada sekali di atas lantai, atau tidak melanda dengan betul,
atau hit double); DOWN (bola selepas disambar, menyentuh lantai sebelum
dinding depan atau meyentuh tin) atau OUT (bola hits dinding pada atau di atas
garis keluar).

Memukul Pihak Lawan dengan Bola
Jika pemain memukul bola dan bola tersebut meyentuh pihak lawan atau raketnya
atau bajunya, sebelum sampai ke dinding depan, permainan berhenti. Jika ia akan
menjadi pemulangan yang baik dan bola akan melanda dinding depan tanpa
terlebih dahulu menyentuh apa-apa dinding yang lain, penyerang menang rally
tersebut, dengan syarat penyerang itu tidak turn. Jika bola sama ada telah melanda,
atau akan melanda, mana-mana dinding lain dan akan menjadi pemulangan yang
baik, let akan dimainkan. Jika pemulangan tidak akan menjadi baik, penyerang
kehilangan rally tersebut.

Turning
Jika penyerang itu sama ada telah mengikuti bola tersebut, atau membenarkan
bola untuk melepasi dia dalam kes sama ada memukul bola di sebelah kanan
badan selepas bola telah berlalu ke kiri (atau sebaliknya) - maka penyerang itu
telah TURN. Jika pihak lawan dipukul oleh bola selepas penyerang itu telah turn,
rally tersebut diberikan kepada pihak lawan. Jika penyerang berhenti bermain
semasa turn kerana takut akan memukul pihak lawan, let akan dimainkan. Ini
adalah tindakan yang disyorkan dalam situasi di mana pemain yang mahu turn
tetapi tidak pasti kedudukan pihak lawan.

Let
Let adalah satu rally yang tiada keputusan. Rally itu tidak dikira dan pemain yang
melakukan servis akan melakukan servis dalam kotak yang sama. Selain let
dibenarkan seperti yang dinyatakan dalam perenggan di atas, let boleh dibenarkan
dalam keadaan lain. Sebagai contoh, let boleh dibenarkan jika bola dalam

- 14 -

permainan menyentuh apa-apa barang berbaring di atas lantai, atau jika
penyerang menahan diri daripada memukul bola kerana takut akan mencederakan
pihak lawan. Let mesti dibenarkan jika penerima tidak bersedia dan tidak
mencuba untuk menerima servis, atau jika bola rosak semasa bermain.

Rally
Selepas servis yang baik telah diserahkan pemain memukul bola seterusnya
sehingga satu gagal membuat pulangan yang baik. Rally terdiri daripada servis
dan beberapa pulangan yang baik. Pemain menang rally jika pihak lawan gagal
untuk membuat servis yang baik atau pengembalian bola atau jika, sebelum
pemain telah cuba untuk memukul bola, ia menyentuh lawan (termasuk raket dan
baju) semasa pihak lawan bukan penyerang. Perhatian: setiap saat semasa rally,
pemain tidak patut memukul bola jika ia mempunyai risiko untuk memukul pihak
lawan dengan bola atau raket. Dalam kes tersebut permainan berhenti dan rally
ini sama ada bermain semula let atau pihak lawan dihukum.

Pemanasan Badan
Pemain selepas cuba memukul bola tetapi terlepas, boleh membuat percubaan
selanjutnya untuk mengembalikan bola. Jika cubaan lanjut akan menyebabkan
pemulangan yang baik, tetapi jika bola terkena pihak lawan, let akan dimainkan.
Jika pemulangan tidak akan menjadi baik, penyerang kehilangan rally tersebut.

Servis
Permainan bermula dengan servis. Pemain yang akan malakukan servis pertama
ditentukan oleh putaran raket. Selepas itu, Pemain yang serve terus sehingga
kehilangan rally, apabila pihak lawan menjadi pemain yang serve dan menjadi
hang out. Pemain yang memenangi permainan sebelumnya menjadi pemain yang
melakukan servis dalam permainan seterusnya. Pada permulaan setiap permainan
dan apabila perubahan servis daripada pemain yang lain, pemain boleh
melakukan servis di salah satu kotak servis. Selepas memenangi rally, pemain
yang melakukan servis kemudian terus serve dari kotak alternatif. Untuk
melakukan servis, pemain berdiri dengan sekurang-kurangnya sebahagian
daripada satu kaki di atas lantai dalam kotak servis. Bagi servis menjadi baik, ia
dipukul terus ke dinding depan atas garis servis dan di bawah garis keluar supaya
pada percubaan selanjutnya untuk pulangan, kecuali voli, ia menuju ke kotak
gelanggang pemain yang menerima servis

- 15 -

Cubaan Lanjut
Pemain selepas cuba memukul bola tetapi terlepas, boleh membuat percubaan
selanjutnya mengembalikan bola. Jika cubaan lanjut akan menyebabkan
pemulangan yang baik, tetapi bola terkena pihak lawan, let akan dimainkan. Jika
pemulangan tidak akan baik, penyerang kehilangan rally tersebut. Perlawanan
adalah yang terbaik daripada 3 atau 5 permainan. Setiap permainan dimainkan
sehingga 11 mata. Pemain yang mendapati 11 mata pertama memenangi
permainan, kecuali jika mata mencapai 10-sama, permainan diteruskan sehingga
seorang pemain memenangi dengan lebihan dua mata.

Gangguan

Pulangan adalah baik jika bola, sebelum ia melantun dua kali di atas lantai,
dikembalikan dengan betul oleh penyerang ke atas dinding hadapan di atas tin
dan di bawah garis keluar, tanpa terlebih dahulu menyentuh lantai. Bola boleh
Apabila tiba giliran seorang pemain untuk memukul bola, pemain tersebut berhak
untuk bebas daripada campur tangan pihak lawan. Untuk mengelakkan gangguan,
pihak lawan mesti cuba untuk menyediakan pemain dengan akses terus ke bola,
pandangan terhadap bola, ruang untuk melengkapkan swing pada bola dan
kebebasan untuk memukul bola terus ke mana-mana bahagian dinding depan.
Seorang pemain, mendapati pihak lawan mengganggu permainan, boleh
menerima gangguan dan bermain, atau menghentikan permainan. Ia adalah lebih
baik untuk menghentikan permainan jika terdapat kemungkinan berlanggar
dengan lawan, atau memukul dia dengan raket atau bola.

Apabila permainan telah dihentikan akibat gangguan garis panduan umum adalah:

1. Pemain ini berhak untuk let jika dia boleh kembali bola dan pihak lawan telah
berusaha untuk mengelakkan gangguan.

2. Pemain ini tidak berhak untuk let (iaitu kehilangan rally itu) jika dia tidak
boleh kembali bola, atau menerima gangguan dan bermain, atau gangguan itu
begitu minimum bahawa akses pemain untuk dan mogok pada bola tidak
terjejas.

3. Pemain ini berhak untuk stroke (iaitu menang rally itu) jika pihak lawan tidak
membuat segala usaha untuk mengelakkan gangguan, atau jika pemain akan
memukul pemulangan yang akan menang, atau jika pemain akan memukul
pihak lawan dengan bola yang akan terus ke dinding depan. dinding tepi

- 16 -

dan/atau dinding belakang sebelum sampai ke dinding depan. Pulangan tidak
baik jika ia adalah NOT UP (bola melanda selepas melantun lebih daripada
sekali di atas lantai, atau tidak melanda dengan betul, atau hit double);
DOWN (bola selepas disambar, menyentuh lantai sebelum dinding depan
atau meyentuh tin) atau OUT (bola hits dinding pada atau di atas garis keluar).

Kelakuan di Gelanggang

Serangan, mengganggu atau tingkah laku yang menakutkan pihak lawan adalah
salah dalam skuasy. Termasuk dalam kategori ini ialah: kelucahan yang boleh
didengar dan dilihat, penderaan lisan dan fizikal, menentang pendapat,
penyalahgunaan raket, gelanggang atau bola, penyentuhan fizikal yang tidak
perlu, raket swing berlebihan, pemanasan badan yang tidak adil, membuang masa,
lewat kembali ke gelanggang, Tindakan dan bimbingan yang sengaja dan
berbahaya. (kecuali antara permainan).

Kesinambungan Permainan Pendarahan, Kecederaan dan Penyakit

Permainan dijangka berterusan dalam setiap perlawanan apabila pemain telah
mula melakukan servis. Tiada kelewatan antara akhir satu servis dan permulaan
yang seterusnya. Di antara semua permainan, selang 90 saat dibenarkan. Pemain
dibenarkan untuk menukar barang-barang pakaian atau kelengkapan jika perlu.

Pendarahan, Kecederaan dan Penyakit

Jika berlaku kecederaan yang melibatkan pendarahan, pendarahan mesti
dihentikan sebelum pemain boleh meneruskan perlawanan. pemain diberikan
masa yang munasabah untuk merawat luka berdarah. Jika pendarahan itu
disebabkan semata-mata oleh tindakan pihak lawan, pemain yang cedera menang
perlawanan itu. Jika pendarahan berulang, tiada masa lagi dibenarkan, kecuali
bahawa pemain boleh melepaskan permainan, menggunakan 90 saat tempoh
kedua antara permainan untuk merawat luka dan menghentikan pendarahan. Jika
tidak dapat menghentikannya, pemain mesti mengaku kalah terhadap perlawanan
tersebut. Untuk kecederaan yang tidak melibatkan pendarahan, ia mesti membuat
keputusan sama ada kecederaan itu sama ada disebabkan oleh pihak lawan atau
diri yang menyebabkannya atau disebabkan oleh kedua-dua pemain. – Jika

- 17 -

disebabkan oleh pihak lawan, pemain yang cedera menang perlawanan itu jika
masa pemulihan diperlukan. - Jika disebabkan oleh diri sendiri, pemain yang
tercedera diberikan 3 minit untuk mendapatkan rawatan dan kemudian
meneruskan permainan, atau melepaskan permainan tersebut dan menggunakan
tempoh rehat, iaitu 90 saat antara permainan untuk merawat. – Jika disumbangkan
oleh kedua-dua pemain, pemain yang tercedera diberikan satu jam untuk merawat.
Seorang pemain yang sakit perlu bermain atau mengambil tempoh rehat dengan
melepaskan permainan dan menggunakan selang 90 saat untuk pulih. Kejang,
rasa sakit dan sesak nafas (termasuk asma) adalah penyakit. Sekiranya pemain
muntah di gelanggang, pihak lawan menang perlawanan itu.

Kemahiran Asas dalam Permainan Squasy
Pegangan Raket
Cara memegang raket yang betul merupakan satu keperluan awal dan terpenting.
Oleh sebab bola bergerak laju, pemain tidak mempunyai masa untuk menukar
gaya pegangan raket. Jadi dalam permainan skuasy, gaya atau cara pegangan
raket jarang ditukar. Oleh itu, pemain terpaksa lebih banyak menggunakan
pukulan deras pepat danpukulan deras kilas dalam permainan. Cara memegang
raket (cekak berjabat tangan/shake hand grip) adalah mengikutlangkah seperti
berikut :

- 18 -

1. Ambil dan pegang pemegang raket dengan tangan yang tidak digunakan
untuk bermain.

2. Muka raket menghala ke sisi serta bersudut tepat ke lantai.
3. Pegang hujung pemegang raket dengan tangan yang bermain seperti ketika

berjabat tangan.
4. Pusingkan pemegang raket sehingga muka raket sedikit terbuka.
5. Pegang raket dengan jari telunjuk dijarakkan sedikit daripada jari hantu.
6. Ibu jari dan jari telunjuk mengawal sambil jari-jari lain memegang raket.
7. Bentukan huruf “V” di antara ibu jari dengan jari telunjuk, dan bentuk “V”

ini haruslah sedikit condong ke kiri dari tengah pemegang raket.
8. Pergelangan tangan hendaklah tegak dan bukan longgar atau lentur supaya

kepala raket berada di atas pergelangan tangan.

Membuat Servis
Pemain boleh berlatih melakukan servis daripada kotak servis kanan. Pemain
hendaklah mengikut langkah dan peraturan membuat servis seperti berikut:

- 19 -

1. Meletakkan kaki kanan

di dalam kotak servis

kanan.

2. Kaki kiri di luar kotak

(tidak boleh menyentuh

garisan kotak servis),

tetapi hendaklah

berdekatan dengannya.

3. Berdiri dengan

merenggangkan kaki.

4. Layangan bola ke

dinding hadapan akan

mengikut garisan yang

dibentuk di Antara jari

kedua-dua kaki apabila

dipukul.

5. Untuk membuat servis, pemain hendaklah melambung bola dengan tangan

kiri terus ke atas, lebih kurang dua kaki tingginya.

6. Apabila bola menurun, lengan bergerak ke bawah bola dengan kepala raket

bergerak ke atas dan terus ke arah di mana bola akan dihantar dengan muka

raket terbuka.

7. Pemain harus memukul bola yang berhampiran dengan badan, iaitu di

hadapan badan dan badan tidak bergerak sehingga pukulan disempurnakan.

8. Pemain juga seboleh mungkin hendaklah mengelakkan daripada

memusing bahu.

9. Ikut lajak sambil ikut terbangan bola, iaitu mata masih pandang ke bola.

- 20 -

Menerima Servis
Penerima servis hendaklah:

1. Berada dalam keadaan
bersedia.
2. Kepala raket di atas sebagai
satu persediaan awal.
3. Bersiap sedia untuk
menerima pukulan bola daripada
pihak lawan.
4. Pandangan ditumpukan
kepada bola, bukannya kepada
dinding hadapan.
5. Berdiri di tengah di antara
dinding belakang dengan
belakang kotak servis.

Pukulan Sangga

~ Pukulan sangga (volley)
merupakan sejenis pukulan yang
digunakan untuk memukul bola
sebelum ia melantun ke lantai dan
selepas mengena dinding
hadapan.

~ Bola harus dipukul tinggi ke
hadapan supaya ia sampai ke belakang gelanggang. Pukulan sangga ialah pukulan
menyerang yang memberikan tekanan kepada pihak lawan dengan
mengurangkan masa baginya bersedia untuk melakukan pukulan lain atau
pukulan berikutnya.

- 21 -

~ Teknik pukulan sangga adalah sama dengan pukulan hadapan dan pukulan
kilas, kecuali dalam pukulan ini bola dipukul sebelum ia melantun ke lantai. Bola
mesti dipukul lebih awal jika dibandingkan dengan pukulan deras. Oleh itu,
kepala raket hendaklah menghala ke atas, bukan hanya sebagai persediaan awal
untuk memukul bola, tetapi untuk memastikan pukulan itu kukuh.
~ Untuk melakukan pukulan sangga yang betul di hadapan garis servis
pendek, pemain harus maju ke hadapan semasa memukul bola dengan ayunan
belakang tersedia, pergelangan tangan terkunci dan mata memandang bola.
Imbangan bola hendaklah pada kaki hadapan. Jika perlu, gunakan tangan sebelah
lain untuk mengimbangi badan.
~ Bola mesti dipukul sedikit di hadapan kaki hadapan, iaitu pada aras bahu
supaya berat badan pemain dapat dipindahkan ke hadapan sehingga membuat
pukulan. Pukulan sangga merupakan ‘tumbukan pendek’ (short punch) dengan
ayunan belakang yang terhad dan ikut lajak yang pendek.

Pukulan Bos

~ Pukulan bos (boast)
merupakan pukulan pertahanan
yang dimainkan dari sudut
belakang gelanggang. Pukulan
bos digunakan apabila bola dekat
dengan dinding belakang dan
pemain tidak dapat memukul
bola secara langsung ke dinding
hadapan.

~ Untuk melakukan pukulan bos, bola dipukul ke dinding sisi dengan sudut
45º.Bola akan melantun lalu mengena dinding hadapan yang berhampiran dan
bertentangan dengan dinding sisi. Bola sekali lagi melantun dari dinding hadapan
lalu mengena dinding sisi bertentangan lantai.

- 22 -

Pukulan Tinggi

~ Pukulan tinggi (lob) biasanya
adalah pukulan pertahanan tinggi
yang dimainkan diseparuh hadapan
gelanggang. Bola dipukul dengan
tajam ke atas gelanggang hadapan
dan mengena dinding hadapan lalu
melayang tinggi dan berlengkok ke
gelanggang belakang. Biasanya
pukulan ini merupakan pukulan
servis tinggi (lob tinggi).

~ Bola harus dipukul dengan
perlahan supaya ia mendarat
berhampiran dinding belakang tanpa mengenanya. Terdapat perbezaan antara dua
pukulan tinggi, iaitu antara pukulan tinggi dengan pukulan servis tinggi. Pukulan
servis tinggi hendaklah dilakukan dari kotak servis, tetapi pukulan tinggi boleh
dilakukan dari mana-mana tempat di dalam gelanggang. Sebaik-baiknya pukulan
tinggi melintang hendaklah digunakan dengan dinding sisi untuk
memperlahankan kelajuan bola sebelum ia mati di belakang gelanggang.
~ Untuk melakukan pukulan tinggi, bola harus dipukul dari bawah ke atas
dinding hadapan supaya ia terus melantun ke atas dan melayang dalam bentuk
lengkok serta sebolehnya mungkin jatuh menegak. Memukul bola ke atas dengan
muka raket terbuka dan berat pada pukulan serta menggunakan ikut lajak yang
baik akan memastikan ketinggian dan menghalang pihak lawan daripada
membuat pukulan lintas.
~ Apabila bola melantun dari dinding hadapan, iaitu di bawah garisan ke luar
gelanggang, bola hendaklah dipukul ke dinding sisi yang jauh di gelanggang
belakang dan di belakang kotak servis.
~ Apabila mengena dinding sisi, kelajuan bola akan berkurangan dan akan
terhenti dengan segera.

- 23 -

LAMPIRAN DAN RUJUKAN
DISEDIAKAN OLEH KUMPULAN 3:
1. BRANDOM AJI ANAK SINAU (A176193)
2. PARK MYENGHYUN (A177230)
3. NUR MAISARAH BINTI GHAZALI (A163682)
4. JUNG SUNGJUN (A177193)
5. LIEW PUI SAN (A168518)
6. WAN NUR ETZLIN BINTI WAN ATZWA (A166293)
7. NUR SYAHIRAH SARA BINTI A.AZIZ (A177156)
8. SIEW WYN XI (A170470)
9. NUR HANI KHARIYYAH BINTI MOHD RAHIM (A176743)
10.NUR SYAZWANI BINTI MOHD HISHAM (A177026)
11.GOR HUA KAI (A176791)
12.FIONA LUTUN (A169430)
13.WONG EE JENG (A176506)
14.NUR ASHIKIN BINTI MOHD ZAKI (A174314)

- 24 -

1. http://anyflip.com/nwlr/ywlj/
2. https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Skuasy
3. https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Nicol_Ann_David
4. http://mssmmoeskuasy.blogspot.com/p/sejarah-skuasy.html?m=1
5. http://www.nicoldavid.com/
6. https://www.thestar.com.my/sport/skuasy/2019/02/19/nicol-david-to-retire

- 25 -

- 26 -

- 27 -

-1-


Click to View FlipBook Version