The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by asyikin850109, 2024-03-02 07:17:11

BUKU MANUAL PROSEDUR KERJA SMKTS 2024

BUKU MANUAL PROSEDUR KERJA SMKTS 2024

MANUAL PROSEDUR KERJA SEKOLAH 2024 PETIKAN DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN #SEKOLAHKUHEBAT# PENGENALAN Sebagai seorang kakitangan kerajaan, pendidik, warganegara yang dedikasi, komited kepada Kod Etika dan tugas yang diamanahkan, maka, kita tertakluk kepada : 1. PERINTAH-PERINTAH AM 2. ARAHAN PERBENDAHARAAN 3. ARAHAN PERKHIDMATAN 4. PANDUAN PERKHIDMATAN TATACARA PENGURUSAN STOR 5. PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM 1993 6. AKTA PENDIDIKAN 1996 7. PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH – SMKTS Adalah diharapkan semua guru dan kakitangan dapat memberikan kerjasama serta akur kepada kehendak kerajaan Malaysia, yang diwakili oleh Ketua Pengarah Pendidikan sebagai Ketua Pendaftar, di peringkat negeri Johor, diwakili oleh Pengarah Pendidikan Negeri dan di peringkat sekolah, ianya diwakili oleh Pengetua, sebagai Ketua Pendaftar dan Ketua Eksekutif. WAKTU BERTUGAS 1. Sesi persekolahan bermula dari 07.20 pagi hingga 2.00 petang pada setiap hari 2. Guru dan pentadbir bertugas berada di sekolah jam 7.00 pagi dan pulang jam 2.30 petang dan memastikan keadaan sekolah terkawal. 3. Guru dikehendaki merakamkan kad perakam waktu semasa “DATANG & BALIK”. Jika ada urusan yang membabitkan perubahan waktu sila buat pengesahan daripada Pengetua atau wakilnya. Pegawai yang menolong merakamkan kad seseorang pegawai lain akan dikenakan tindakan tatatertib ke atasnya. 4. Guru-guru tidak dibenarkan keluar kawasan sekolah ketika bertugas kecuali mendapat kebenaran Pengetua atau wakilnya. Masa keluar mesti dicatat dalam buku keluar-masuk setelah mendapat kebenaran. 5. Guru-guru bertugas di luar sekolah atas urusan rasmi hendaklah memberitahu Pengetua atau wakilnya terlebih dahulu supaya jadual ganti dapat disediakan lebih awal. 6. Guru dikehendaki menjalankan tugas kokurikulum tidak kurang daripada 180 minit seminggu. 7. Menepati masa hendaklah menjadi amalan dalam aktiviti dan tindakan termasuk ke kelas, menngadakan ujian / peperiksaan, tugas-tugas yang diarahkan dan termasuklah menghadiri mensyuarat. PERINTAH-PERINTAH AM AKTA PENDIDIKAN 1996 (UNDANG-UNDANG MALAYSIA - AKTA 650) PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN SARDON 48


MANUAL PROSEDUR KERJA SEKOLAH 2024 PETIKAN DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN #SEKOLAHKUHEBAT# PAKAIAN 1. Pakaian hendaklah kemas dan mengikut peraturan yang ditetapkan (Rujuk Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/85) serta melambangkan disiplin dan profession perguruan dan rujuk Pekeliling Kerajaan Johor. 2. Tanda nama hendaklah sentiasa dipakai ketika bertugas dan menghadiri upacara rasmi. 3. Guru Pendidikan Jasmani dibenarkan memakai pakaian sukan semasa bertugas sekiranya ada waktu Pendidikan Jasmani pada hari itu. 4. Guru lelaki dikehendaki memakai tali leher / Bush Jacket semasa bertugas. Guru wanita Islam diharap memakai kain tudung dan menutup aurat. Semua guru perlu berpakaian kemas dan sopan supaya dapat menjadi contoh kepada pelajar. 5. Semua guru dan staf adalah diwajibkan memakai pakaian baju batik pada setiap hari Ahad dan baju Melayu digalakkan pada setiap hari Khamis 6. Semua guru hendaklah memakai pakaian lengkap Pasukan Beruniform pada hari Ahad dan pada hari Rabu minggu ke-3. CUTI / KEUZURAN Perintah Am Bab A, B, C Tahun 1974 1. Pihak sekolah mestilah diberitahu segera atau lebih awal jika terdapat keuzuran, kecemasan / cuti sakit. Sila telefon ke sekolah (07-4241020). 2. Sijil cuti sakit hendaklah diserahkan sendiri kepada Pengetua dengan segera. 3. Perhatian diambil kepada peraturan tentang surat akuan doktor, peraturan tentang soal berehat di rumah / hospital dan juga tentang akibat jika sekiranya didapati melanggar peraturan tersebut. 4. Sebarang cuti yang hendak diambil hendaklah mendapat kelulusan terlebih dahulu 5. Cuti / tidak hadir ke sekolah yang lebih berunsurkan kepentingan peribadi adalah tidak digalakkan PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) Bhg. 1 & 2 1. Guru dikehendaki memastikan pelajar menjadi perkara yang diutamakan serta menitikberatkan keberkesanan pembelajaran. 2. Guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan pelajar semasa mengajar kecuali pada masa kecemasan atau dipanggil oleh Pengetua. Sebarang masalah / kejadian akan dipertanggungjawabkan kepada guru berkenaan. 3. Kerja-kerja menanda buku atau kertas ujian tidak digalakkan semasa waktu mengajar melainkan bagi tujuan pembetulan. 4. Kerja-kerja rampaian / nota, pengukuhan, pengayaan hendaklah diberi secara teratur, disemak, atau tindak ikut, ditandatangani dan ditulis tarikhnya sekali. 49


MANUAL PROSEDUR KERJA SEKOLAH 2024 PETIKAN DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN #SEKOLAHKUHEBAT# TATA KELAKUAN Peraturan 2 Peg.Am (Kelakuan dan Tatatertib) 1. Guru mestilah bertindak bijak, berkelakuan serta menunjukkan contoh yang baik setiap masa terutama kepada pelajar. Jangan mengamalkan sikap Double Standard. 2. MEROKOK di dalam kawasan sekolah adalah DILARANG. 3. Segala tindakan, tatalaku yang boleh membawa keretakan / masalah sesama guru hendaklah dielakkan dan diambil perhatian. 4. Mewujudkan lebih daripada satu Bilik Guru adalah dilarang. 5. Semua guru dilarang bergerak aktif dalam politik. Penglibatan guru dalam politik mestilah mendapat kebenaran kementerian. Guru diharap menghayati, mematuhi dan mengamalkan Etika Perguruan. SURAT MENYURAT RASMI Semua surat menyurat rasmi hendaklah ditandatangani oleh Pengetua. Format surat rasmi mestilah dikuasai sepenuhnya. Logo rasmi sekolah (Letter Head) tidak boleh digunakan dalam urusan peribadi. KECEMASAN Apabila berlaku kecemasan di kawasan sekolah segera memberitahu Pengetua / wakilnya / pihak berkenaan dan guru bertugas mingguan. Sekiranya berlaku kecemasan sila segera telefon : - BOMBA & PENYELAMAT RENGIT – 07-4243444 BALAI POLIS RENGIT – 07-4241222 PUSAT KESIHATAN KECIL RENGIT – 07-4241224 RAHSIA KERAJAAN / SEKOLAH 1. Rahsia kerajaan / sekolah tidak dibenarkan sama sekali disebarkan terutama sekali kepada orang luar. 2. Sebarang maklumat sekolah yang diminta oleh agensi kerajaan, ibu bapa orang ramai atau mana-mana pihak hendaklah dirujuk terlebih dahulu kepada Pengetua untuk diluluskan. 3. Jika terdapat sebarang berita / maklumat / hal-hal yang berkaitan hendaklah segera diberitahu kepada Pengetua sebelum mana-mana pihak mengetahuinya. 4. Membuat kenyataan akhbar / media adalah dilarang sama sekali. 50


MANUAL PROSEDUR KERJA SEKOLAH 2024 PETIKAN DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN #SEKOLAHKUHEBAT# KAWALAN HARTA BENDA SEKOLAH 1. Pelajar hendaklah dilatih dan dididik supaya menyayangi dan bangga akan sekolah. 2. Setiap penggunaan dan penjagaan harta dan alatan sekolah hendaklah diawasi. 3. Bagi setiap kehilangan / kerosakan harta benda sekolah hendaklah diberitahu kepada pegawai yang bertanggungjawab. Bagi yang disengajakan atau sebab kecuaian, orang yang bertanggungjawab hendaklah menggantikannya. 4. Penggunaan air, elektrik dan lain-lain barang kepunyaan sekolah hendaklah dijimatkan. 5. Peraturan tentang kawalan dan penjagaan harta benda sekolah yang telah ditetapkan. 6. Guru dilarang menggunakan harta benda sekolah untuk urusan peribadi. PEMBELIAN DAN PESANAN BARANG Akta Acara Kewangan dan Arahan Perbendaharaan Bab A dan Bab B 1. Pembelian barang hanyalah boleh dibuat oleh Pengetua tetapi Pengetua berhak mengarahkan kakitangan tertentu untuk membeli barang mengikut keadaan. 2. Setiap pesanan hendaklah melalui Ketua Jabatan yang akan menghantarnya kepada Pengetua. 3. Sebarang pembelian yang tidak mematuhi atau tidak diluluskan oleh Pengetua adalah bertanggungjawab atas guru yang berkenaan. Pihak sekolah tidak akan menjelaskan bilnya. 4. Ketua Jabatan / pegawai bertanggungjawab mengawal / menjaga stok, mengemaskinikan buku stok dan membereskan hal-hal yang berkenaan. 5. Pembelian buku tambahan adalah tidak digalakkan. Jika terdapat keperluan yang mendesak hendaklah mendapat kebenaran Pengetua atau urusan dibuat melalui koperasi. PENYERAHAN WANG 1. Semua bayaran kepada sekolah hendaklah diserahkan terus kepada Pembantu Tadbir Kewangan. Pastikan setiap pembayaran diberi resit penerimaan yang telah ditandatangan oleh Pengetua atau PK Pentadbiran. 2. Rekod Penyerahan yuran hendaklah diisi oleh guru tingkatan dan ditandatangani oleh Pembantu Tadbir Kewangan. 3. Penyerahan wang hendaklah sama pada tarikh wang diserahkan. PENERIMAAN WANG Peraturan-peraturan Arahan Perbendaharaan bagi Panduan Guru Tingkatan 1. Seksyen 4 Akta Acara Kewangan 1957, bahawa setiap pegawai perakaunan adalah tertakluk kepada akta di atas hendaklah menjalankan apa-apa kewajipan. 2. Buku Resit hendaklah disimpan dengan selamat. (A.P. 68) 3. Resit hendaklah dikeluarkan kepada pelajar semasa urus niaga. (A.P. 60) 4. Gunakan kertas karbon dua belah muka terang. (A.P. 63) 5. Resit tidak boleh dipinda. Sekiranya berlaku kesilapan semasa penyediaannya, resit tersebut hendaklah dibatalkan dan disimpan bersama-sama pendua untuk dikemukakan kepada pihak audit (Isikan resit berikutnya). (A.P. 62) 6. Pungutan hendaklah direkodkan dengan kemas dan sempurna. (A.P. 73) 7. Wang pungutan (wang awam) tidak boleh digunakan bagi apa-apa maksud jua pun. (A.P. 85) 8. Wang pungutan hendaklah diserahkan ke pejabat sekolah pada hari yang sama. Walau bagaimanapun, bagi kelicinan pentadbiran, yuran hendaklah diserahkan pada hari SELASA dan KHAMIS. (A.P. 73 (a) 9. Untuk dikemukakan kepada Juruaudit, tuan/puan dikehendaki menyerahkan semula Buku Daftar Kedatangan Pelajar, Daftar Pungutan dan Buku Resit pada akhir tahun ke pejabat atau setelah kutipan 33 selesai. (A.P. 307) 51


MANUAL PROSEDUR KERJA SEKOLAH 2024 PETIKAN DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN #SEKOLAHKUHEBAT# KONSEP SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT) Sekolah Berprestasi Tinggi ialah sekolah yang mempunyai etos, watak atau identiti yang tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa. Pra syarat Sekolah Berprestasi Tinggi Menjadi penanda aras dan contoh bagi sekolah-sekolah lain dari dalam dan luar negara. Wujud permuafakatan yang jitu antara sekolah dengan masyarakat yang memberi impak kepada keberkesanan dan kecemerlangan pendidikan di sekolah. Mempunyai jaringan yang aktif dengan sekolah sama ada dalam negeri atau antarabangsa menerusi pelbagai bentuk program. Membina jaringan dengan institusi pendidikan tinggi di dalam dan di luar negara. Pencapaian akademik yang menunjukkan trend menaik bermula dengan Take Off Value (TOV) sekurang-kurangnya 80% dalam semua peperiksaan awam. Penilaian pencapaian Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) sekurang-kurangnya 90% dalam semua dimensi. Menerima pelbagai anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Berjaya melahirkan personaliti unggul (towering personalities) yang menerajui kepimpinan negara, negeri, organisasi dan komuniti. Ciri-ciri Utama Sekolah Berprestasi Tinggi Kepimpinan Pengurusan Pencapaian Kejayaan Perhubungan Identiti kendiri Pembelajaran terarah kendiri Sistem bekerja berprestasi tinggi Kesaksamaan Timbal-balas Penurunan kuasa 52


MANUAL PROSEDUR KERJA SEKOLAH 2024 PETIKAN DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN #SEKOLAHKUHEBAT# PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025 3 GELOMBANG DALAM TRANSFORMASI PENDIDIKAN 5 ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA GELOMBANG 1 Mengubah sistem dengan sokongan kepada guru dan memberi fokus kepada kemahiran utama 1. Menambahbaik pengajaran di bilik darjah. 2. Meningkatkan kepimpinan Kementerian dan sekolah. 3. Meningkatkan kecekapan guru Bahasa Inggeris GELOMBANG 2 Memacu peningkatan sistem Melaksanakan perubahan struktur, termasuk 1. Melaksanakan pakej kerjaya baharu 2. Menstruktur semula KPM 3. Memperkenalkan KSSM dan KSSR yang disemak GELOMBANG 3 Menganjak ke arah kecemerlangan melalui peningkatan tadbir-urus kendiri 1. Meningkatkan keluwesan operasi untuk semai budaya pemimpin rakan sebaya 2. Menggerakkan pengurusan berasaskan sekolah 3. Menambah model inovasi pengajaran yang berjaya 13 tahun 2013 2015 20 20 2025 AKSES 100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan daripada prasekolah hingga menengah atas menjelang tahun 2020 KUALITI Negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun EKUITI 50% pengurangan dalam jurang pencapaian (bandar-luar Bandar, sosioekonomi, gender) menjelang tahun 2020 PERPADUAN Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada kanakkanak dengan menghargai kepelbagaian KECEKAPAN Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan sedia ada 53


MANUAL PROSEDUR KERJA SEKOLAH 2024 PETIKAN DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN #SEKOLAHKUHEBAT# PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025 11 ANJAKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN ANJAKAN 1 MENYEDIAKAN KESAMARATAAN AKSES KEPADA PENDIDIKAN BERKUALITI BERTARAF ANTARABANGSA Menanda aras keupayaan dalam kemahiran membaca, matematik, dan sains dengan standard Antarabangsa Melancarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang baharu dan semakan semula Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada tahun 2018 Merombak peperiksaan dan pentaksiran kebangsaan untuk meningkatkan tumpuan terhadap kemahiran berfikir aras tinggi pada tahun 2019. Meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah dan meningkatkan kadar enrolmen kepada 100% menjelang 2020. Melanjutkan pendidikan wajib daripada 6 tahun kepada 11 tahun bermula pada usia 6+; disokong dengan program pengekalan yang disasarkan dan latihan vokasional sebagai persediaan untuk pekerjaan Meningkatkan pelaburan bagi sumber fizikal dan pengajaran kepada murid berkeperluan khas. ANJAKAN 2 MEMASTIKAN SETIAP MURID PROFISIEN DALAM BAHASA MALAYSIA DAN BERBAHASA INGGERIS Memperkenalkan kurikulum bahasa Malaysia yang sama pada peringkat rendah dengan menyediakan program pemulihan intensif pada peringkat lebih awal untuk membantu murid yang memerlukan bagi menggantikan kelas peralihan Memperluaskan program LINUS supaya meliputi literasi bahasa Inggeris. Meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris guru dan memperluaskan peluang bagi pendedahan terhadap Bahasa Inggeris. Menggalakkan setiap murid mempelajari bahasa tambahan menjelang tahun 2025 ANJAKAN 3 MELAHIRKAN RAKYAT MALYSIA DENGAN PENGHAYATAN NILAI Memperkukuh Pendidikan Sivik dengan menjadikan khidmat masyarakat sebagai prasyarat untuk tamat persekolahan menjelang 2019 Memperkukuh Pendidikan Islam dan Moral dengan memberikan fokus ke atas teras nilai dan falsafah agama utama menjelang 2019 Membangunkan murid secara holistik dengan mengukuhkan keperluan penyertaan murid dalam 1 Sukan, 1 Kelab dan 1Badan Beruniform Mengukuh dan memperluaskan program RIMUP mulai tahun 2018 untuk memudah cara interaksi antara jenis sekolah, kumpulan etnik dan sosioekonomi 54


MANUAL PROSEDUR KERJA SEKOLAH 2024 PETIKAN DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN #SEKOLAHKUHEBAT# PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025 ANJAKAN 4 TRANSFORMASI KEGURUAN SEBAGAI PROFESION PILIHAN Mengetatkan syarat lantikan guru mulai tahun 2013 dalam kalangan dalam kalangan 30% graduan terbaik. Meningkatkan kualiti pembangunan profesionalisme berterusan (CPD) mulai tahun 2013 dengan lebih tumpuan ke atas keperluan individu dan latihan berasaskan sekolah. Memastikan guru memberi fokus ke atas fungsi teras pengajaran pengajaran mulai tahun 2013 dengan mengurangkan beban tugas pentadbiran Mengukuhkan laluan kerjaya guru berasaskan kompetensi dan prestasi mulai tahun 2018. Meningkatkan laluan guru untuk peranan kepimpinan, pakar pengajaran dan pakar bidang khusus menjelang tahun 2018 Membudayakan kecemerlangan berasaskan pimpinan rakan sekerja dan proses persijilan mulai tahun 2025 ANJAKAN 5 MEMASTIKAN KEPIMPINAN BERPRESTASI TINGGI DITEMPATKAN DI SETIAP SEKOLAH Memperkenalkan kriteria pemilihan berasaskan kompensi dan memperkukuh proses perancangan penggantian bagi pengetua/guru besar mulai tahun 2013 Melaksanakan pakej kerjaya baharu bagi pengetua/guru besar mulai tahun 2013, dengan lebih sokongan, lebih fleksibiliti pengoperasian bagi menambah baik sekolah, kurikulum dan kokurikulum, serta lebih akauntabiliti terhadap meningkatkan keberhasilan murid ANJAKAN 6 MENGUPAYA JPN, PPD DAN SEKOLAH UNTUK MENYEDIAKAN PENYELESAIAN KHUSUS BERASASKAN KEPERLUAN Mempercepatkan penambahbaikan prestasi sekolah melalui program yang sistematik dan dipimpin PPD di semua negeri menjelang tahun 2019. Meningkatkan autonomi pengurusan berasaskan sekolah, termasuk lebih fleksibiliti pengoperasianke atas pengagihan bajet dan pelaksanaan kurikulum, dimulai dengan sekolah yang mencapai prestasi tinggi dan menunjukkan peningkatan prestasi besar Memastikan 100% sekolah memenuhi keperluan infrastruktur asas menjelang tahun 2015 bermula dengan Sabah dan Sarawak. ANJAKAN 7 MEMANFAATKAN ICT BAGI MENINGKATKAN KUALITI PEMBELAJARAN DI MALAYSIA Meningkatkan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui 1Bestari Net bagi semua 10,000 buah sekolah menjelang tahun 2013. Menambahkan kandungan atas talian untuk perkongsian amalan terbaik bermula dengan perpustakaan video guru terbaik menyampaikan pengajaran dalam mata pelajaran kritikal tahun 2013. Memanfaatkan penggunaan ICT bagi pendidikan jarak jauh dan berasaskan kendiri untuk meningkatkan kapasiti dan pembelajaran lebih khusus 55


MANUAL PROSEDUR KERJA SEKOLAH 2024 PETIKAN DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN #SEKOLAHKUHEBAT# PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025 ANJAKAN 8 MENTRANSFORMASI KEBOLEHUPAYAAN DAN KAPASITI PENYAMPAIAN KEMENTERIAN Mengupaya JPN dan PPD dengan memberi lebih hak membuat keputusan terhadap bajet dan personel, serta meningkatkan akauntibiliti bagi KPI mulai 2013. Sekurang-kurangnya 2500 lagi personel daripada Kementerian dan JPN ditempatkan ke PPD untuk menyokong sekolah pada tahun 2014. Memperkukuhkan kebolehupyaan kepimpinan bagi 150-200 jawatan kepimpinan utama mulai 2013. Memperkukuhkan fungsi utama dan merasionalisasistruktur Kementerian mulai tahun 2018. ANJAKAN 9 BEKERJASAMA DENGAN IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA SECARA MELUAS Melengkapkan ibu bapa bagi membantu pembelajaran anak mereka melalui sarana sarana pelibatan ibu bapa dan akses secara atas talian kemajuan anak-anak di sekolah. (SAPS) Menggalakkan pelibatan PIBG dengan menyediakan input mengenai kurikulum dan kualiti guru mulai tahun 2019. Memperluas model Sekolah Amanah sebanyak 500 buah sekolah menjelang tahun 2025 dengan melibatkan kumpulan alumni dan NGO yang berpotensi untuk membiayainya. ANJAKAN 10 MEMAKSIMUMKAN KEBERHASILAN MURID BAGI SETIAP RINGGIT Mengaitkan setiap program bagi memkepada keberhasilan murid adalah jelas dan merasionalisasikan program berimpak rendah pada setiap tahun selaras dengan anjakan keseluruhan kerajaan kearah Bajet Berasaskan Keberhasilan (OBB). Memanfaatkan peluang meningkatkan efisiensi dengan mengagihkan peruntukan kepada bidang paling kritikal seperti peningkatan kemahiran guru dan latihan. ANJAKAN 11 MENINGKATKAN KETELUSAN UNTUK AKAUNTABILITI AWAM SECARA LANGSUNG Menerbitkan laporan tahunan awam bagi kemajuan sasaran dan inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan mulai tahun 2013. Melaksanakan semakan komprehensif pada tahun 2015, 2020 dan 2025 bagi memastikan Pelan Pembangunan Pendidikan kekal relevan dengan memasukkan maklum balas daripada pihak berkepentingan dan mengambil kira perkembangan persekitarannya. 56


MANUAL PROSEDUR KERJA SEKOLAH 2024 PETIKAN DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN #SEKOLAHKUHEBAT# 57


MANUAL PROSEDUR KERJA SEKOLAH 2024 PETIKAN DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN #SEKOLAHKUHEBAT# 58


MANUAL PROSEDUR KERJA SEKOLAH 2024 PETIKAN DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN #SEKOLAHKUHEBAT# 59


MANUAL PROSEDUR KERJA SEKOLAH 2024 PETIKAN DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN #SEKOLAHKUHEBAT# 60 PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25 )


MANUAL PROSEDUR KERJA SEKOLAH 2024 PETIKAN DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN #SEKOLAHKUHEBAT# 61


MANUAL PROSEDUR KERJA SEKOLAH 2024 PETIKAN DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN #SEKOLAHKUHEBAT# 62


MANUAL PROSEDUR KERJA SEKOLAH 2024 PETIKAN DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN #SEKOLAHKUHEBAT# 63


MANUAL PROSEDUR KERJA SEKOLAH 2024 PETIKAN DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN #SEKOLAHKUHEBAT# 64


MANUAL PROSEDUR KERJA SEKOLAH 2024 PETIKAN DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN #SEKOLAHKUHEBAT# 65


MANUAL PROSEDUR KERJA SEKOLAH 2024 SURAT-SURAT PEKELILING #SEKOLAHKUHEBAT#


MANUAL PROSEDUR KERJA SEKOLAH 2024 SURAT-SURAT PEKELILING #SEKOLAHKUHEBAT# 66


MANUAL PROSEDUR KERJA SEKOLAH 2024 SURAT-SURAT PEKELILING #SEKOLAHKUHEBAT# 67


MANUAL PROSEDUR KERJA SEKOLAH 2024 SURAT-SURAT PEKELILING #SEKOLAHKUHEBAT# ____________________________________________________________________________________ Ruj.kami:JEE0018/BP/SPIS/(4) Tarikh : 01 JANUARI 2024 Semua Guru, SMK.Tun Sardon, Batu Pahat. Tuan/Puan, SURAT PEKELILING IKHTISAS KENYATAAN AKHBAR Dengan segala hormatnya, sejak kebelakangan ini terdapat peristiwa-peristiwa di sekolah yang banyak melibatkan masalah disiplin /salahlaku pelajar. Peristiwa-peristiwa serupa ini telah menarik banyak pihak yang berkepentingan ingin mengetahui bagaimana keadaan tersebut berlaku. Pihak media terutamanya para wartawan selalunya berusaha menjadikan berita-berita tersebut sebagai berita sensasi dalam media mereka. Mereka akan berusaha mendapatkan berita tersebut daripada warga sekolah sama ada para pelajar, kakitangan, guru-guru termasuk daripada pihak pentadbir sendiri. 2. Sehubungan itu seandainya berlaku sebarang peristiwa salah laku sama ada dalam atau di luar kawasan sekolah, sukacita dimohon jasa baik tuan/puan sekalian supaya tidak memberikan sebarang komen atau kenyataan akhbar /media jika pihak-pihak tersebut ingin memperolehinya daripada pihak tuan/puan. 3. Segala kenyataan akhbar berkaitan dengan peristiwa salah laku disiplin cuma boleh dibuat/dilakukan oleh pihak Pegawai Pelajaran Daerah dan Pengarah Pelajaran Negeri. Kerjasama tuan/puan dalam mematuhi arahan ini sangat dihargai dan semoga sentiasa berada dalam makluman tuan jua. Sekian. Terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, (MOHAMMAD AZMAN BIN ABDUL HAMID) Pengetua, SMK Tun Sardon SMK Tun Sardon, 83100 Rengit, Batu Pahat Johor. No.Tel: 07-4241020 No.Fax :07-4244398 68


MANUAL PROSEDUR KERJA SEKOLAH 2024 SURAT-SURAT PEKELILING #SEKOLAHKUHEBAT# SMK Tun Sardon, 83100 Rengit, Tel : 07-4241020 Batu Pahat,Johor. Fax. : 07-4244398 Ruj.Kami : JEE0018SPIS/2020(5) Tarikh : 01 JANUARI 2024 Semua Guru, SMK.Tun Sardon, Batu Pahat. Tuan, SURAT PEKELILING IKTISAS PANDUAN TUGAS GURU BERTUGAS MINGGUAN Dengan hormatnya, PERKARA DI ATAS ADALAH DIRUJUK. 2. Sukacita saya memanjangkan panduan Tugas Guru Bertugas Mingguan. 3. Perlaksanaan tugas sebagai Guru Bertugas Mingguan hendaklah sentiasa merujuk Buku Manual Prosuder Kerja Guru 2018 4. Untuk lebih memudahkan tuan/puan berikut diperturunkan antara keperluan tugas Guru Bertugas Mingguan: 4.1 Pada setiap hari persekolahan seorang guru mestilah bertugas mengisi Buku Catatan Guru Bertugas Mingguan dan melaporkan di perhimpunan mingguan pada minggu berikutnya. 4.2 Setiap Waktu Perhimpunan Guru Bertugas Mingguan hendaklah mengendalikan upacara perhimpunan dari awal hingga ke akhir. 4.3 Pada setiap pagi sebelum waktu P & P dan sebelum balik dimestikan seorang Guru Bertugas Mingguan berada di pintu utama sekolah, dan seorang berada di mana-mana di dalam kawasan sekolah. 4.4 Pada waktu rehat dimestikan: 4.4.1 Seorang guru bertugas perlu memantau disiplin pelajar di kantin . 4.4.2 Seorang lagi memantau di bahagian bilik-bilik darjah dan bangunan sekitarnya untuk tujuan: 4.4.2.1 memastikan tiada pelajar yang melanggar peraturan sekolah seperti merokok atau mencuri; 4.4.2.2 menilai keceriaan bilik-bilik darjah . 4.4.2.3 menilai kebersihan dan penjagaan kantin setiap hari bertugas. 4.5 Guru Bertugas Mingguan hendaklah mengisi Markah-markah keceriaan kelas di dalam Buku Markah Keceriaan dan dihantar kepada Setiausaha Keceriaan untuk tujuan rumusan. 4.6 Membuat catatan di Papan Kenyataan Guru Bertugas Mingguan mengenai kegiatan Kokurikulum. kelas tambahan, makluman-makluman dan sebagainya sepanjang minggu bertugas. 4.7 Menghantar pelajar yang sakit ke klinik. 4.8 Memastikan keselamatan sekolah berada dalam keadaan terkawal. Kerjasama tuan/puan dalam melaksanakan arahan ini adalah sangat diharapkan. Sekian. Terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, (MOHAMMAD AZMAN BIN ABDUL HAMID) Pengetua, SMK Tun Sardon 69


MANUAL PROSEDUR KERJA SEKOLAH 2024 SURAT-SURAT PEKELILING #SEKOLAHKUHEBAT# . Ruj.kami : JEE0018/BP/SPIS/2020(6) Tarikh : 01 JANUARI 2024 Semua Guru Badan Beruniform, Kelab dan Persatuan Akademik, SMK.Tun Sardon, Batu Pahat. Tuan/Puan, SURAT PEKELILING IKTISAS KEGIATAN KOKURIKULUM PERSATUAN AKADEMIK, KELAB DAN PAKAIAN BERUNIFORM 2024 Dengan segala hormatnya, merujuk Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan KP(BS) 8586/090/ JLD.12/ (12) bertarikh 31 OKTOBER 1996 mengenai PENYERTAAN SETIAP PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DALAM KEGIATAN PASUKAN PAKAIAN SERAGAM di antaranya "Kementerian Pendidikan telah menetapkan dasar supaya semua murid melibatkan diri di dalam kegiatan kokurikulum. Supaya penglibatan pelajar di bidang ini lebih seimbang dan menyeluruh maka Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/85 - Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah - telah disediakan bagi menjelaskan bahawa seboleh yang mungkin setiap murid dikehendaki terlibat di dalam satu kegiatan sukan/permainan, satu kegiatan kelab/persatuan dan satu kegiatan pasukan pakaian seragam. Antara matlamat dasar ini digubal ialah untuk menetapkan dan mengukuhkan nilai-nilai murni di kalangan murid agar mereka dibangunkan secara menyeluruh dan seimbang. 2. Sehubungan itu diminta kerjasama tuan/puan menjalankan kegiatan-kegiatan Kokurikulum yang telah dirancang sebagaimana yang terdapat dalam Buku Pengurusan Kokurikulum 2024 yang akan diedarkan pada tuan/puan. Tuan/puan boleh meminda hari kegiatan yang telah ditetapkan iaitu setiap hari Sabtu ke hari lain. Bagaimanapun, pindaan ini hendaklah terlebih dahulu dimaklumkan kepada Penolong Kanan HEM. 3. Diminta kerjasama tuan/puan supaya tidak mengadakan sebarang aktiviti kokurikulum pada setiap hari Sabtu minggu pertama dn ketiga setiap bulan kerana hari Sabtu tersebut telah diisytiharkan sebagai hari cuti awam. 3. Mohon kerjasama tuan mengisi segala perkara yang berkaitan dengan kegiatan Badan Beruniform, Kelab dan Persatuan akademik di dalam Buku Panduan Kokurikulum yang juga akan diedarkan pada tuan. Buku tersebut hendaklah dihantar kepada Penolong Kanan HEM, 2 bulan sekali untuk tujuan pemantauan. Sekian. Kerjasama tuan/puan dalam menjayakan kegiatan kokurikulum sekolah amat dihargai. Terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, (MOHAMMAD AZMAN BIN ABDUL HAMID) Pengetua, SMK Tun Sardon SMK Tun Sardon, 83100 Rengit, Batu Pahat Johor. No.Tel: 07-4241020 No.Fax :07-4244398 70


MANUAL PROSEDUR KERJA SEKOLAH 2024 SURAT-SURAT PEKELILING #SEKOLAHKUHEBAT# SMK. Tun Sardon Tel : 07-4241020 83100 Rengit, Fax : 07-4244398 Batu Pahat, Johor. . Ruj.kami:JEE0018/BP/SPIS/2020(7) Tarikh : 1 JANUARI 2024 Semua Guru , SMK.Tun Sardon, BATU PAHAT. Tuan, PENGISYTIHARAN HARTA PENJAWAT AWAM Dengan segala hormatnya saya diarah menarik perhatian Y.Bhg.Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan kepada perkara tersebut di atas serta surat dari Kementerian ruj: KP.S(TT)0163/4/1 Jld.5/(30) bertarikh 16/07/2002. 2. Di bawah Peraturan 10, Peraturan-Peraturan Pegawai awam (Kelakuan dan Tatatertib)(Pindaan) 2002, seseorang pegawai perkhidmatan awam dikehendaki mengisytiharkan harta secara bertulis kepada Ketua Jabatan masing-masing mengikut Pekeliling Bil.3 Tahun 2002. 3. Semua pegawai dikehendaki membuat pengisytiharan harta sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima (5) tahun. 4. Bagi tujuan perisytiharan harta, borang yang digunakan adalah Borang JPA(T)1/03 (LAMPIRAN ’A’) Bagi perisytiharan harta kali pertama dan harta tambahan. 5. Borang yang telah diisi dengan sempurna hendaklah dikemukakan kepada urus setia di organisasi masing-masing. Kerjasama tuan/puan dalam mematuhi arahan ini sangat dihargai dan semoga sentiasa berada dalam makluman tuan/puan jua. Sekian. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, (MOHAMMAD AZMAN BIN ABDUL HAMID) Pengetua, SMK Tun Sardon 71


MANUAL PROSEDUR KERJA SEKOLAH 2024 SURAT-SURAT PEKELILING #SEKOLAHKUHEBAT# MAKLUMAN UNTUK SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI JOHOR BERKAITAN PROSEDUR PROGRAM LAWATAN SEKOLAH 1. Merujuk Akta Pelajaran 1957, dalam The School (Tours) Regulations 1957, semua permohonan lawatan sekolah (untuk dalam negara sahaja) perlu dihantar untuk tujuan kelulusan 5 minggu sebelum tarikh lawatan. 2. Berkuatkuasa serta merta, permohonan lawatan yang diterima kurang dari tempoh ditetapkan tidak akan diberi kelulusan (kecuali program dari / anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia - perlu dilampirkan bersama ). 3. Hanya Guru Besar / Pengetua sahaja dibenarkan membuat pengesahan borang permohonan lawatan sekolah dengan tanda tangan asal dan ‘pengesahan rasmi’ bagi setiap salinan. 4. Permohonan lawatan ke luar negeri Johor, perlu dilengkapkan dalam 6 salinan serta tambahan satu salinan bagi setiap negeri yang akan dilawati (untuk sebuah bas) dan majukan permohonan untuk kelulusan ke Unit Perhubungan dan Pendaftaran , JPN Johor. 5. Bagi permohonan lawatan dalam negeri, sekolah perlu mengemukakan 4 salinan permohonan ke Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing untuk tujuan kelulusan (untuk kadar sebuah bas). 6. Nisbah peserta lawatan ialah seorang guru bagi 10 orang pelajar. 7. Sekolah tidak digalakkan memulakan perjalanan lawatan pada waktu malam. 8. Untuk tujuan lawatan ke luar negeri Johor, setiap bas mesti mempunyai dua orang pemandu. 9. Tujuan lawatan mestilah berunsur pendidikan. Kelulusan tidak akan diberikan sekiranya tujuan lawatan melibatkan aktiviti air, mendaki gunung serta aktiviti yang difikirkan kurang sesuai. 10. Ketua rombongan diminta menyediakan dan menyerahkan laporan lawatan kepada Guru Besar / Pengetua seminggu selepas program lawatan. 11. Lawatan sekolah semasa hari persekolahan dibenarkan dua kali setahun, namun tidak melebihi empat hari berturut-turut termasuk hari perjalanan (SPI.Bil.5/2002: Lawatan Sekolah Pada Hari Persekolahan. 12. Bagi tujuan lawatan ke luar negara, kemukakan permohonan ke Unit Pendaftaran, JPN Johor dalam 4 salinan (beserta kertas kerja,inteneri dan tujuan lawatan) sebelum dipanjangkan ke Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk tujuan kelulusan tiga bulan sebelum tarikh lawatan . 13. Guru-guru pengiring lawatan ke luar negara perlu mendapatkan kelulusan dari Unit Perkhidmatan JPN Johor terlebih dahulu. 14. Pelajar yang mewakili agensi luar bagi sebarang aktiviti di luar negara juga perlu mendapatkan kebenaran dari Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia terlebih dahulu dengan mematuhi prosedur sepertimana di atas. JABATAN PENDIDIKAN JOHOR, WISMA PELAJARAN, JALAN TUN ABDUL RAZAK, 80604 JOHOR BAHRU, JOHOR. 72


MANUAL PROSEDUR KERJA SEKOLAH 2024 SURAT-SURAT PEKELILING #SEKOLAHKUHEBAT# Ruj.kami : SMKTS/BP/SPIS/2020(8) Tarikh : 1 JANUARI 2024 Semua Guru SMK. Tun Sardon Batu Pahat. Tuan / Puan, PERMOHONAN MELANCONG PERATURAN ( MELANCONG ) 1957 Adalah diakui bahawa lawatan-lawatan yang diuruskan oleh pihak guru di sekolah ini merupakan satu bahagian penting dalam kegiatan kokurikulum. Walau bagaimanapun dalam lawatan-lawatan serupa itu kerapkali didapati kemalangan-kemalangan yang mengakibatkan kecederaan atau kehilangan nyawa. 2. Saya telah diarahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia berdasarkan Pekeliling Bil. KP. 8592/L dan Peraturan(Melancong) Sekolah 1957 supaya mengambil tindakan untuk mencegah daripada berlakunya sesuatu kemalangan kepada murid-murid yang mengambil bahagian di dalam lawatan sekolah itu. Justru, saya meminta para guru supaya menentukan bahawa langkah-langkah seperti berikut perlu diambil tindakan sebelum sesuatu lawatan dibuat: 2.1 Persetujuan bertulis daripada ibu bapa/penjaga murid-murid hendaklah didapati sebelum lawatan. 2.2 Permohonan hendaklah ditandatangani oleh Pengetua. Sebab-sebab hendaklah diberi jika penanda tangan bukan Pengetua sekolah 2.3 Permohonan hendaklah dibuat dalam borang yang disediakan di pejabat sekolah. 2.4 Bahagian butir-butir kewangan hendaklah mengandungi jumlah wang yang dikutip/digunakan, punca wang sama ada daripada murid-murid, guru, derma PIBG, Jemaah Pengurus/Pengelola, Peruntukan Kementerian Pendidikan atau subsidi Jabatan. Jika daripada murid-murid catatkan jumlah bayaran yang dikenakan bagi seorang murid. Jumlah bayaran sewa bas, makan minum, bayaran tiket masuk ke sesuatu tempat, bayaran tempat penginapan dan bayaran-bayaran lain (jika ada) hendaklah dicatatkan. 2.5 Nama tempat-tempat lawatan hendaklah dicatatkan dengan lengkap termasuk nama negeri yang dilawati, tarikh dan masa dan nama tempat penginapan jika bermalam. 2.6 Senarai nama peserta hendaklah mengandungi maklumat-maklumat lengkap iaitu nama penuh, jantina, nombor kad pengenalan, tingkatan, umur dan alamat tempat tinggal. 2.7 Peraturan keselamatan hendaklah dirumuskan dan diterangkan kepada murid-murid dengan teliti sebelum lawatan itu dibuat, misalnya jika melawat ke tepi laut, sungai atau tasik, murid-murid tidak dibenarkan berenang melainkan jika mendapat kebenaran guru yang menjaga. Berenang tidak dibenarkan jika tidak ada Penyelamat Nyawa yang berkelayakan, sekurang-kurangnya mempunyai Pingat Gangsa `The Royal Life Saving Society’. 2.8 Setiap rombongan yang membawa 40 orang murid dan lebih hendaklah diiringi oleh 4 orang guru. Jika melibatkan pelajar lelaki dan perempuan yang dicadangkan di atas adalah amat perlu selain daripada yang patut diadakan bagi mencegah kemalangan. 2.9 Guru-guru pengiring bertanggungjawab memastikan murid-murid sentiasa bersopan sama ada daripada segi pakaian dan kelakuan, SMK Tun Sardon, 83100 Rengit, Batu Pahat Johor. No.Tel: 07-4241020 No.Fax :07-4244398 73


MANUAL PROSEDUR KERJA SEKOLAH 2024 SURAT-SURAT PEKELILING #SEKOLAHKUHEBAT# 2.10 Peserta rombongan dinasihatkan jangan membawa terlalu banyak wang atau memakai barang-barang kemas. 2.11 Alat-alat pertolongan cemas hendaklah sentiasa dibawa dalam sebarang lawatan. 2.12 Sekembalinya dari rombongan satu laporan ringkas lawatan beserta gambar-gambar rombongan (jika ada) hendaklah dihantar ke pejabat untuk rujukan. 2.13 Permohonan hendaklah dialamatkan kepada Pejabat Pelajaran Daerah Batu Pahat untuk melancong dalam daerah dan JPNJ untuk luar negeri ,kebenaran dan kelulusan hendaklah sampai sekurang-kurangnya 5 minggu sebelum tarikh lawatan. Lawatan sekolah semasa hari persekolahan mestilah tidak melebihi 2 kali dalam setahun dan mestilah tidak melebihi 4 hari berturut-turut termasuk hari perjalanan. 3. Patut ditegaskan di sini langkah-langkah yang dicadangkan di atas adalah amat perlu selain daripada yang patut diadakan bagi mencegah kemalangan. 4. Patut disedari juga iaitu walaupun langkah-langkah yang keras diambil ada kalanya kemalangan berlaku juga. Dalam hal demikian ibu bapa atau penjaga yang berkenaan ada juga menimbulkan bantahan walaupun mereka telah memberi surat kebenaran sebelum l lawatan itu dilakukan. Walau bagaimanapun jika dapat dibuktikan bahawa sekolah dan guru yang menjaga lawatan itu telah melaksanakan semua langkah keselamatan untuk mengelakkan kemalangan, maka tidak seorangpun dituduh di atas kemalangan itu. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, (MOHAMMAD AZMAN BIN ABDUL HAMID) Pengetua, SMK Tun Sardon 74


MANUAL PROSEDUR KERJA SEKOLAH 2024 SURAT-SURAT PEKELILING #SEKOLAHKUHEBAT# ___________________________________________________________________________________ Ruj. Kami : JPNJ/PKHD/0015(29) Tarikh : 29 Ogos 2005 Semua Pegawai Pelajaran Daerah Pejabat Pelajaran Daerah Pengetua/ Guru Besar Sekolah-sekolah Negeri Johor. Tuan, CUTI REHAT KHAS DAN PENGUMPULANNYA BAGI TUJUAN PEMBERIAN WANG TUNAI GANTIAN CUTI REHAT KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas, Pekeliling perkhidmatan Bil. 3/2005 dan lanjutan dari taklimat yang telah diadakan oleh pihak BSM pada 15 Hingga 17 Ogos 2005 yang lalu adalah berkaitan. 2. Sebagaimana tuan/puan sedia maklum keputusan kerajaan bagi melaksanakan Perkara di atas telah dikeluarkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2005 sebagaimana yang dikembarkan bersama ini. Sehubungan itu tuan/puan dikehendaki mendalami maksud pekeliling berkenaan agar pelaksanaannya mengikuti peraturan. 3. Di sini ingin diperjelaskan beberapa perkara yang sering menjadi persoalan di Kalangan PPP dan pihak pentadbir sekolah mengenai pelaksanaan Cuti Rehat Khas ( CRK) tersebut. 3.1 Kaedah Memohon CRK - Cuti Sambilan telah dibatalkan sepertimana rujukan (KP/PP/0046/50(96) bertarikh 13/4/2005 ) maka sebarang Permohonan CRK adalah tidak tertakluk atas sebab tertentu. -Pengetua/ Guru Besar boleh menggunakan pertimbangan dalam meluluskan CRK ini dengan memastikan Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran tidak terjejas -Borang yang sesuai boleh diguna pakai seperti Borang Cuti Rehat yang digunakan oleh pengetua/Guru Besar/Anggota Kakitangan sokongan dengan sedikit pengubahsuaian 3.2 Kadar CRK - CRK yang diperuntukan adalah 7 hari setahun berdasarkan kepada tempoh perkhidmatan yang melayakkan. -Formula pengiraan kelayakan CRK : 1 x 7= 0.58 hari sebulan. 12 Maka mengikut prinsipnya permohonan CRK boleh diluluskan 1 hari bagi setiap bulan. -Walau bagaimanapun sekiranya CRK yang dipohon amat diperlukan,Pengetua/Guru Besar boleh menggunakan budi bicaranya untuk meluluskan CRK melebihi kelayakan. -Sebarang tempoh cuti selepas habis tempoh cuti berkelayakan akan ditolak daripada emolumen -Tempoh perkhidmatan yang tidak melayakkan seperti (Cuti Tanpa Gaji, Cuti Separuh Gaji, Cuti Belajar, Cuti Haji, Cuti Tibi, Kusta dan Barah dan Cuti Sakit Berlebihan Yang Tidak Mendapat kelulusan Kementerian) perlu ditolak dari kelayakan CRK. Telefon Pengarah :07-2361787 Pejabat AM :07-2361633 :072332200 No Fax :07-2385789 :07-2378319 Peperiksaan :07-2361979 No. Fax :07-2369084 e_mail JABATAN PELAJARAN JOHOR JALAN TUN ABDUL RAZAK, 80604 JOHOR BAHRU, JOHOR DARUL TA’ZIM 75


MANUAL PROSEDUR KERJA SEKOLAH 2024 SURAT-SURAT PEKELILING #SEKOLAHKUHEBAT# Contoh: Cuti Haji selama 40 hari pada tahun 2005 40 x7 = 0.77 hari 360 Maka: 7 hari – 1 hari = 6 hari ( kelayakkan 2005) Contoh: Cuti Tanpa Gaji 120 hari pada tahun 2005 120 x 7 = 2.33 hari 360 Maka: 7 hari – 2 hari = 5 hari (kelayakan 2005) 3.3 CRK yang tidak habis digunakan -CRK tidak boleh dibawa ke hadapan -Hanya boleh dikumpul bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian,Cuti Rehat. Setiap hujung tahun PPP mengisi borang Lampiran A (PENGESAHAN KETUA INSTITUSI PENDIDIKAN BAGI PENGUMPULAN CUTI REHAT KHAS DI BAWAH PP BIL 3/2005) seperti yang dikembarkan -Pengetua/Guru Besar perlu meluluskan dan menurunkan tandatangan di ruangan Ketua Institusi Pendidikan -Hantar sesalinan ke JPNJ (Unit Perkhidmatan bagi tujuan rekod ke dalam Buku Rekod Perkhidmatan) 3.4 Kelayakan CRK 2004 -Bagi tahun 2004 semua PPP adalah berkelayakan mengumpul 6 hari CRK(kerana berkuatkuasa mulai 1Mac) bagi pemberian wang tunai gantian cuti rehat tanpa perlu ditolak cuti sambilan yang telah diambil pada tahun tersebut. -Walau bagaimanapun jumlah CRK perlu ditolak bagi tempoh-tempoh yang tidak melayakkan seperti tersebut di para 3.2 (Kelulusan Khas bagi 2004 : kelulusan JPA/PEM228/43/8/-5(80) Bertarikh 27 Mei 2005) 3.5 GST tidak layak untuk mengumpul CRK - Pengumpulan CRK bagi pemberian wang tunai gantian cuti rehat hanya terpakai pada guru lantikan tetap sahaja. -Maka bagi GST hanya boleh mengumpul mulai dari tarikh TAHUN semasa surat pengesahan perlantikan dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. Contoh : Dilantik sebagai PPP mulai 05.1.2004 melalui surat Pengesahan perlantikan bertarikh 28.7.2005 (PPP ini tidak boleh mengumpul CRK bagi tahun 2004 dan hanya boleh mengumpul mulai tahun 2005. Ini adalah mengikut prinsip bahawa kemudahan tidak boleh dikebelakangkan) 4. Sehubungan itu, semua PPD dan sekolah-sekolah perlulah merekod dengan sempurna CRK di dalam daftar cuti yang kemaskini dan penghantaran ke Jabatan akan dimaklumkan dari masa ke semasa bagi tujuan rekod. Sebarang kemusykilan boleh dirujuk ke Unit Perkhidmatan, Jabatan Pelajaran Johor (Tel: 07-2332303, 2332304 dan 2332305). Sekian,semoga berada di dalam makluman tuan jua. Terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah (ABDULLAH BIN ABD. HAMID) Penolong Pengarah, Sektor Pengurusan Perkhidmatan pendidikan b/p Pengarah Pelajaran Johor. s.k 1. Pengarah Pelajaran Johor 2. Timbalan Pengarah Pelajaran Johor 3. Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Perkhidmatan Pendidikan 4. Pengerusi KPPK Johor 76


MANUAL PROSEDUR KERJA SEKOLAH 2024 SURAT-SURAT PEKELILING #SEKOLAHKUHEBAT# PEMANTAUAN KE ATAS PEGAWAI AWAM YANG MENJALANKAN PERNIAGAAN ONLINE 77


MANUAL PROSEDUR KERJA SEKOLAH 2024 SURAT-SURAT PEKELILING #SEKOLAHKUHEBAT# PEMANTAUAN KE ATAS PEGAWAI AWAM YANG MENJALANKAN PERNIAGAAN ONLINE 78


MANUAL PROSEDUR KERJA SEKOLAH 2024 SURAT-SURAT PEKELILING #SEKOLAHKUHEBAT# PEMANTAUAN KE ATAS PEGAWAI AWAM YANG MENJALANKAN PERNIAGAAN ONLINE 79


MANUAL PROSEDUR KERJA SEKOLAH 2024 SURAT-SURAT PEKELILING #SEKOLAHKUHEBAT# SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.7/2003: KUASA GURU MEROTAN MURID 80


MANUAL PROSEDUR KERJA SEKOLAH 2024 SURAT-SURAT PEKELILING #SEKOLAHKUHEBAT# SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.7/2003: KUASA GURU MEROTAN MURID 81


MANUAL PROSEDUR KERJA SEKOLAH 2024 SURAT-SURAT PEKELILING #SEKOLAHKUHEBAT# PERATURAN 4.(2)(j): SESEORANG PENGAWAI TIDAK BOLEH CUAI DALAM MELAKSANAKAN TUGAS-TUGASNYA Contoh Pelanggaran Peraturan 4(2)(j) Guru tidak masuk kelas tanpa kebenaran ketua jabatan Seringkali datang lewat atau balik awal tanpa kebenaran ketua jabatan Memandu kenderaan kerajaan dengan terlalu laju hingga menyebabkan kemalangan Kegagalan memberhentikan pembayaran gaji / emolument bagi pegawai yang meletak jawatan, bersara, cuti belajar separuh gaji, cuti tanpa gaji, cuti bersalin dan sebagainya PERATURAN 4.(2)(j): PENGAWAI TIDAK BOLEH CUAI DALAM MELAKSANAKAN TUGAS 82


MANUAL PROSEDUR KERJA SEKOLAH 2024 SURAT-SURAT PEKELILING #SEKOLAHKUHEBAT# 83


MANUAL PROSEDUR KERJA SEKOLAH 2024 SURAT-SURAT PEKELILING #SEKOLAHKUHEBAT# 84


MANUAL PROSEDUR KERJA SEKOLAH 2024 SURAT-SURAT PEKELILING #SEKOLAHKUHEBAT# 85


MANUAL PROSEDUR KERJA SEKOLAH 2024 SURAT-SURAT PEKELILING #SEKOLAHKUHEBAT# 86


MANUAL PROSEDUR KERJA SEKOLAH 2024 SURAT-SURAT PEKELILING #SEKOLAHKUHEBAT# 87


MANUAL PROSEDUR KERJA SEKOLAH 2024 SURAT-SURAT PEKELILING #SEKOLAHKUHEBAT# 88


MANUAL PROSEDUR KERJA SEKOLAH 2024 SURAT-SURAT PEKELILING #SEKOLAHKUHEBAT# 89


MANUAL PROSEDUR KERJA SEKOLAH 2024 SURAT-SURAT PEKELILING #SEKOLAHKUHEBAT# 90


MANUAL PROSEDUR KERJA SEKOLAH 2024 SURAT-SURAT PEKELILING #SEKOLAHKUHEBAT# 91


MANUAL PROSEDUR KERJA SEKOLAH 2024 SURAT-SURAT PEKELILING #SEKOLAHKUHEBAT# 92


MANUAL PROSEDUR KERJA SEKOLAH 2024 SURAT-SURAT PEKELILING #SEKOLAHKUHEBAT# 93


MANUAL PROSEDUR KERJA SEKOLAH 2024 SURAT-SURAT PEKELILING #SEKOLAHKUHEBAT# 94


MANUAL PROSEDUR KERJA SEKOLAH 2024 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN #SEKOLAHKUHEBAT#


MANUAL PROSEDUR KERJA SEKOLAH 2024 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN #SEKOLAHKUHEBAT# STRUKTUR PENTADBIRAN AM Pengetua En. Mohammad Azman Bin Abdul Hamid DESKRIPSI TUGAS 1. Menjadi badan Tertinggi Sekolah yang memainkan peranan sebagai tempat rujukan. 2. Merancang pembangunan fizikal sekolah termasuk bangunan, asrama, dewan, bilik rehat, surau serta kawasan sekolah. 3. Merancang pembangunan rohani dan sahsiah. 4. Bertindak sebagai jawatankuasa bertindak segera ke atas sesuatu masalah semasa yang timbul daripada perjalanan sekolah meliputi akademik, kokurikulum dan sahsiah. 5. Menyelaras segala program yang dirancang pelaksanaannya. 6. Merancang takwim sekolah. 7. Memastikan pelaksanaan segala program yang dirancang mengikut jadual. 8. Bertindak sebagai jawatankuasa penilai pencapaian akademik seperti peperiksaan PT3, SPM dan peperiksaan dalaman. 9. Melaporkan/membentangkan aduan -aduan pelanggan yang berkaitan dengan akademik dan disiplin pelajar serta guru dalam mesyuarat G9. Penolong Kanan Pentadbiran PK Pentadbiran Penolong Kanan Hal Ehwal Murid En. Rahmat bin Ghazali Penolong Kanan Kokurikulum En. Ghazali bin Mastor Penolong Kanan Tingkatan 6 Pn. Aida Binti Suyot GKMP Bahasa Pn.Rohanah binti Sabahi GKMP Sains Kemasyarakatan Pn. Daeng Norul Asyikin Binti Bachok GKMP Sains & Matematik Cik Yap Cheau Ling GKMP Teknik & Vokasional En. Nazril Hasri Bin Mohamad Nawawi JAWATANKUASA PERANCANGAN DASAR DAN STRATEGIK SEKOLAH Pengerusi En. Mohammad Azman Bin Abdul Hamid DESKRIPSI TUGAS 1. Mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 2. Menjalankan perancangan Pendidikan Negeri Johor. 3. Merancang Visi dan Misi sekolah. 4. Menyediakan perancangan Strategik sekolah. 5. Menyediakan perancangan tahunan sekolah. 6. Mempertingkat prestasi pdpc guru. 7. Mempertingkat prestasi pembelajaran murid. 8. Melakukan analisis SWOT bagi menentukan ETR 9. Menyediakan Rancangan PemajuanSekolah (RPS) 10. Melaksanakan RPS 11. Memantau pelaksanaan RPS Catatan: Pemantauan dilakukan oleh pihak kepimpinan sekolah dan hasilnya direkod menggunakan borang Rekod Pelaksanaan dan Penilaian Program Timbalan Pengerusi I Timbalan Pengerusi II PK Pentadbiran En. Rahmat bin Ghazali Naib Pengerusi En. Ghazali bin Mastor Pn. Aida Binti Suyot Setiausaha Penolong Setiausaha Pn.Rohanah binti Sabahi En. Asadulasyraf bin Othman Ahli Jawatankuasa En.Nazril Hasri Biin Mohamad Nawawi Cik Yap Cheau Ling Cik Mustika binti Misran En. Mohd Huzaidy Bin Hamdan Semua Ketua Panitia dan Semua Ketua Unit Kokurikulum JAWATANKUASA PRESTASI DAN TATATERTIB Pengerusi En. Mohammad Azman Bin Abdul Hamid DESKRIPSI TUGAS 1. Mengenalpasti guru-guru dan staf yang bermasalah. 2. Memberi buah fikiran dan pendapat dalam menyelesaikan masalah guru dan staf bermasalah. 3. Membincangkan masalah kebajikan guru dan staf dengan tujuan untuk membimbing dan menangani masalah tersebut. 4. Merujuk kes-kes guru dan staf kepada pengetua sebelum mengambil sebarang tindakan. Setiausaha PK Pentadbiran Penolong Setiausaha Pn. Aida Binti Suyot Urusetia En. Romzi Bin Kohir Ahli Jawatankuasa En. Rahmat bin Ghazali En. Ghazali bin Mastor En.Nazril Hasri Bin Mohd Nawawi Pn.Daeng Norul Asyikin bt Bachok Cik Yap Cheau Ling Pn.Rohana binti Sabahi 95


Click to View FlipBook Version