1
PENSYARAH PEMBIMBING:
DR. SITTI HASNAH BINTI BANDU
PENSYARAH DI JABATAN SAINS KOGNITIF
IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM
NAMA: NUR SAKINAH BINTI ANUAR
KELAS: S3T1.09
PENGKHUSUSAN: BAHASA MELAYU
ELEKTIF TERAS: SEJARAH
AMBILAN: PISMP AMBILAN JUN 2021
NAMA: NUR HAZLIEZAH BINTI RAMLI
KELAS: S3T1.09
PENGKHUSUSAN: BAHASA MELAYU
ELEKTIF TERAS: SEJARAH
AMBILAN: PISMP AMBILAN JUN 2021
NAMA: AHMAD DANIAL HAKIMI BIN MOHAMAD
HAIRUDIN
KELAS: S3T1.07
PENGKHUSUSAN: BAHASA MELAYU
ELEKTIF TERAS: SEJARAH
AMBILAN: PISMP AMBILAN JUN 2021
i
PRAKATA
Setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, Nukilan MPI, IPIS &
IPGKPI ini telah berjaya dihasilkan. Nukilan ini merupakan sejarah ringkas IPG Kampus
Pendidikan Islam yang merangkumi sejarah awal penubuhan MPI, IPIS kepada IPG Kampus
Pendidikan Islam, mantan pengarah IPG Kampus Pendidikan Islam serta alumni cemerlang
MPI. Penyelidikan ini diterbitkan untuk dijadikan rujukan kepada pelajar-pelajar di IPG Kampus
Pendidikan Islam dan orang awam untuk mengetahui berkaitan sejarah IPG Kampus
Pendidikan Islam dengan lebih mendalam.
Pelbagai cabaran yang kami hadapi dalam menghasilkan penyelidikan ini, namun usaha
tersebut membuahkan hasil. Kaedah yang kami gunakan dalam mencari maklumat juga
memerlukan kami untuk berusaha dalam mencari orang sumber yang tepat sesuai dengan
soalan tugasan. Selain itu, dalam penyelidikan ini juga, kami turut membincangkan sedikit dan
sekelumit tentang sejarah penubuhan IPGKPI. Oleh itu, kaedah temubual sahaja tidak
mencukupi, kaedah mencari sumber maklumat lain juga perlu dilakukan.
Akhir kata, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pensyarah
subjek SJHK3043, Dr Sitti Hasnah binti Bandu di atas usaha beliau menyediakan panduan
kepada kami untuk menghasilkan penulisan ini. Tidak dilupakan orang-orang sumber iaitu, Dr
Abdullah bin Hamzah, EnCIK Mohd Nasharuddin bin Ismail, Puan Mahawa binti Pilus, dan
Puan Haliza binti Awi yang sudi meluangkan masa dalam membantu pihak kami untuk
mendapatkan maklumat-maklumat penting berkaitan IPG. Semoga penulisan ini dapat
dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh semua warga IPG Kampus Pendidikan Islam.
Sekian, terima kasih.
Nur Sakinah
Nur Hazliezah
Ahmad Danial Hakimi
ii
ISI KANDUNGAN
PRAKATA ii
ISI KANDUNGAN iii
1.0 PENGENALAN 1
2.0 SEJARAH PENUBUHAN MPI, IPIS DAN IPGKPI 1
2.1 Pengenalan 2
2.2 Sejarah Penubuhan Maktab Perguruan Islam (MPI) 3
2.3 Sejarah Penubuhan Institut Perguruan Islam Selangor (IPIS) 4
2.4 Sejarah Penubuhan Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan
Islam (IPGKPI) 5
2.5 Rumusan
6
3.0 KETOKOHAN MANTAN PENGARAH IPGKPI 7
3.1 Pengenalan 9
3.2 Latar Belakang Mantan Pengarah
3.3 Cabaran Yang Dihadapi Sewaktu Menjadi Pengarah IPG Kampus 10
Pendidikan Islam 12
3.4 Sumbangan dan Pencapaian Mantan Pengarah
3.5 Rumusan 13
4.0 JEJAK ALUMNI MAKTAB PERGURUAN ISLAM (MPI) 14
4.1 Pengenalan 14
4.2 Transkripsi Alumni Maktab Perguruan Islam (MPI) 16
4.2.1 Latar belakang alumni
4.2.2 Zaman belajar di MPI
4.2.3 Penglibatan program luar
iii
4.2.4 Pencapaian sepanjang perkhidmatan 17
4.2.5 Cabaran yang dihadapi 18
4.2.6 Sokongan orang belakang 19
4.2.7 Harapan 19
4.3 Rumusan 19
5.0 PENUTUP 20
RUJUKAN
LAMPIRAN
iv
1.0 PENGENALAN
Penyelidikan ini merupakan suatu rujukan kepada pelajar dan orang awam untuk
mengetahui serba sedikit tentang keunikan penubuhan Institut Pendidikan Guru
Kampus Pendidikan Islam (IPGKPI). Penyelidikan ini juga memaparkan hasil maklumat
yang diperoleh daripada, saksi mata, kata dengar dan orang proto serta rujukan bagi
mengisi ruang kosong dalam maklumat yang diberi dan seterusnya digabungkan bagi
menghasilkan penyelidikan ini. Tiga perkara yang akan difokuskan dalam menelusuri
jejak IPG ini termasuklah sejarah penubuhan, mantan pengarah yang telah berkhidmat
serta alumni MPI yang telah berjaya dilahirkan dari IPG Kampus Pendidikan Islam.
Ketiga-tiga isi perbincangan juga disusun mengikut urutan yang tepat agar pembaca
memahami kronologi sejarah penubuhan IPGKPI ini.
Oleh itu, harapan kami sebagai penulis untuk menjadikan penyelidikan ini sebagai
rujukan kepada orang awam terutama sekali kepada para pelajar sama ada warga IPG
mahupun pelajar luar kampus merupakan objektif kami dalam menghasilkan
penyelidikan ini. Kami berharap, maklumat yang kami gabungkan dalam penyelidikan
ini dapat memberi manfaat kepada pembaca dalam mengikuti perkembangan IPG
Kampus Pendidikan Islam yang mempunyai keistimewaannya sendiri.
2.0 SEJARAH PENUBUHAN MPI, IPIS, DAN IPGKPI
2.1 Pengenalan
Institut Pendidikan Guru adalah sebuah institusi latihan yang berperanan untuk
melatih bakal–bakal guru. Bakal guru ataupun lebih dikenali sebagai siswa guru
yang dilahirkan akan menjadi pendidik yang ditempatkan di sekolah rendah.
Institut Pendidikan Guru juga merupakan institut latihan yang dikendalikan
dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia.
Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam (IPGKPI) merupakan salah
satu IPG yang melatih guru khsususnya dalam bidang pendidikan islam. Ia juga
merupakan salah satu kampus daripada 27 kampus yang mempunyai budaya
tersendiri yang bersifat lebih Islamik. Walau bagaimanapun, IPGKPI merupakan
perubahan yang berlaku pada suatu ketika dahulu yang bergelar Maktab
Perguruan Islam dan Institut Perguruan Islam dan sehinggalah Insititut Pendidikan
Guru Kampus Pendidikan Islam. Oleh yang demikian, sejarah penubuhan akan
menjadi fokus untuk diperincikan dari mana dan bagaimana tertubuhnya Maktab
1
Perguruan Islam, Institut Perguruan Islam dan seterusnya Insititut Pendidikan
Islam dengan lebih lanjut. Maklumat yang diperoleh juga adalah daripada kaedah
menemubual, saksi mata, kata dengar dari pensyarah sendiri yang telah lama
berkhidmat dan tahu tentang perubahan yang berlaku dalam sejarah penubuhan.
Selain itu, kaedah mencari maklumat di perpustakaan juga turut dilaksanakan bagi
mengisi lompang kosong dalam maklumat yang diperoleh dari temu bual.
2.2 Sejarah Penubuhan Maktab Perguruan Islam (MPI)
Pada suatu ketika dahulu, Maktab Perguruan Islam hanya merupakan satu unit
Pendidikan Agama Islam di Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK) yang terletak di
Cheras, Kuala Lumpur pada Februari 1977. Unit Pendidikan Agama Islam juga
telah menawarkan kos kepada sejumlah 87 orang pelatih guru dengan bimbingan
tiga orang pensyarah. Kursus yang ditawarkan pada ketika itu hanya Kursus
Perguruan Sekolah Menengah. Unit Pendidikan Islam hanyalah menumpang di
bangunan Institut Bahasa. Sehingga 25 April 1977, tertubuhlah Maktab Perguruan
Islam secara rasmi yang berpindah dari satu unit di MPIK ke bangunan Institut
Bahasa yang dijalankan pada sesi petang sehingga November 1977. Kursus
dimulakan dengan pengambilan 237 pelatih guru dengan tawaran kursus
pendidikan perguruan sekolah rendah. Setelah itu, wujud Jabatan Pendidikan
Islam dan Jabatan Bahasa Malaysia.
Maktab Perguruan Islam berpindah buat kali kedua ke bangunan Universiti
Kebangsaan Malaysia di Petaling Jaya pada bulan November 1977 hingga 1983.
Selain daripada itu, terdapat dua unit lagi diwujudkan iaitu Unit Bahasa Inggeris
dan Unit Gerko.
2
Pada Mei 1983, Maktab Perguruan Islam berpindah di Bangunan Lembah
Pantai Kuala Lumpur sewaktu menunggu bangunan baru khusus buat MPI
disiapkan di Bangi, Selangor. MPI mengalami perkembangan yang pesat sejak
ditubuhkan. Buktinya bilangan pelatih terus bertambah kepada 1217 orang guru
pelatih dan pensyarah seramai 110 orang. Oleh yang demikian, kursus yang
ditawarkan selain dari Kursus Perguruan Asas Sekolah Menengah dan Rendah,
Kursus Cuti, Kursus Diploma Pendidikan dan Kursus Dalam Perkhidmatan juga
ditawarkan. Di samping itu, tujuh buah jabatan telah ditubuhkan iaitu Jabatan
Pengajian Agama Islam, Jabatan Pengajian Al-Quran dan Sunnah, Jabatan
Bahasa Arab dan Tamadun Islam, Jabatan Pendidikan, Jabatan Bahasa, Jabatan
Kajian Sosial dan Jabatan Bahasa Inggeris.
Pada 14 Julai, 1990 Maktab Perguruan Islam telah berpindah ke bangunan
kampus baru bangi, Semua kaki tangan terlibat dalam proses perpindahan itu.
Kini MPI terus berkembang pesat atas faktor bangunan baru.
2.3 Sejarah Penubuhan Institut Perguruan Islam Selangor (IPIS)
Pada 1 April 2006, MPI telah bertukar kepada Institut Perguruan Islam, Selangor
(IPIS) melalui satu pengisytiharan yang dibuat di Institut Perguruan Tun Abdul
Razak IPTAR, Kota Semarahan, Sarawak. Pengisyitiharan ini berlaku pada
maktab perguruan lain yang bertujuan untuk menaikkan taraf maktab perguruan.
Institut Perguruan ini pada dasarnya diuruskan oleh Bahagian Pendidikan Guru
(BPG). BPG ini berperanan dalam menguruskan guru yang sudah berkhidmat. Ini
yang membezakan IPIS dengan IPGKPI. Menurut orang sumber, pertukaran ini
juga merupakan usaha untuk menaiktaraf maktab kepada sebuah institusi.
3
“Hanya melihat pertukaran Pengarah dan Timbalan Pengarah serta perubahan
Struktur Organisasi. Perubahan yang dibuat ini juga satu usaha dari pihak
kerajaan untuk menaiktaraf institusi”.
( -Nasarudin, 2022).
Walupun perubahan berlaku, namun tidak banyak yang memberi kesan
kepada IPIS ketika ini. Buktinya, logo rasmi, lagu masih dikekalkan. IPIS juga
ketika ini mempunyai banyak kolaborasi dengan pihak universiti dan institusi lain.
Hal ini dibuktikan melalui penemuan cendera mata penghargaan yang ditemui di
perpustakaan yang menunjukkan hubungan IPIS dan pihak luar. Gambar
disertakan dalam lampiran. (Rujuk Lampiran 1 & 2)
2.4 Sejarah Penubuhan Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam
IPG distruktur semula menjadi institusi pilihan utama pelajar serta bersaing
dengan IPTA dan Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) dalam sistem terbuka
pengambilan guru. KPM menggariskan tiga peringkat melalui 40 inisiatif
sepanjang Program Transformasi IPG bermula pada tahun 2016 sehingga 2025.
Selaras dengan transformasi tersebut, IPGKPI turut menawarkan 21 program
pengajian untuk kumpulan PISMP dengan jumlah siswa guru seramai 15722
orang di seluruh Malaysia. Transformasi dilaksanakan untuk mengekalkan IPG
sebagai peneraju utama dalam bidang latihan perguruan di Malaysia.
Daripada institusi yang hanya mengeluarkan graduan bertaraf diploma dan
sijil, kini institusi ini telah mendapat mandat yang melayakkanyya
menganugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perguruan kepada siswa guru.
Keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 13 Julai 2005 bersetuju menaikkan
taraf Maktab Perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG). Implikasi naik taraf
ini menjadikan IPGKPI sebuah institusi pendidikan tinggi yang bertaraf universiti.
4
“ ….dia punya bidang lebih tinggi sijil yang dilahirkan, jika kita keluar
master kita sama tinggi dengan universiti.”
(-Mahawa Pilus, 2022)
Perkara ini diselaraskan dengan perubahan taraf tersebut, IPGKPI telah
melaksanakan program Ijazah Sarjana muda Perguruan (PISMP). Graduan
sulung IPGKPI telah pun menamatkan pengajian mereka dan menerima Ijazah
Sarjana Muda Perguruan pada tahun 2011 setelah menamatkan pengajian
selama 5 tahun termasuk tempoh persediaan. (PPPM, 2015)
Pertukaran nama IPGKPI telah memberi impak kepada beberapa pihak
termasuklah pensyarah, pelajar dan kakitangan. Menurut, orang sumber yang
ditemu bual, IPGKPI juga telah dinaik taraf dan membawa perubahan kepada
perjawatan serta peruntukkan untuk IPGKPI. Kesan perpindahan juga turut dirasai
oleh warga IPGKPI antaranya ialah dari segi penjawatan pensyarah yang semakin
mengecil dan peruntukan menjadi semakin terhad. IPGKPI juga tertakluk dibawah
IPGM dan mempunyai satu rektor sahaja, berbeza dengan Universiti yang setiap
kampus mempunyai rector.
“……..tidak ada rektor, timbalan rektor dan harapan saya pada suatu
masa nanti setiap IPG ada rektornya sendiri dan ada timbalan rektor sendiri
dan mempunyai kuasa autonomi lebih besar dan boleh menentukan hala tuju
institut sendiri”
(-Nasarudin,2022)
Sehingga kini, IPG Kampus Pendidikan Islam merupakan salah satu IPG daripada
27 IPG yang kekal sehingga kini.
”Semua IPG begitu bukan IPIS sahaja. Sekarang kita ada 27 IPG”
(-Mahawa Pilus, 2022).
2.5 Rumusan
Walaupun IPGKPI telah pesat berkembang sehingga kini, namun pihak IPGM
sewajarnya meneruskan penambahbaikkan terhadap IPGKPI. IPGKPI juga
mempunyai sejarah penubuhan yang unik dan menarik untuk menjadi rujukan
5
para pelajar dan masyarakat luar. Sejarah penubuhan ini juga memberi kesan
kepada warga IPG kerana perpindahan yang berlaku sebanyak 3 kali sehinggalah
mempunyai bangunan sendiri. Sesuai dengan nama “Kampus Pendidikan Islam”
IPGKPI ini mempunyai keistimewaannya tersendiri dari segi sejarah penubuhan
mahupun budaya yang diamalkan di sini. Sehinggalah sekarang IPGKPI masih
antara IPG yang melahirkan paling ramai graduan dalam bidang pengkhususan
Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.
IPGKPI juga mempunyai banyak pencapaian yang patut dibanggakan dan
perlu untuk siswa guru tahu. Oleh itu, dengan penyelidikan yang akan dihasilkan
akan menjadi alternatif yang baik untuk pelajar dan orang luar untuk mengetahui
sejarah penubuhan IPGKPI yang telah melahirkan ramai siswa guru berkualiti dari
tertubuhnya MPI sehinggalah IPGKPI. Sejarah yang dihasilkan juga merupakan
hasil daripada kata dengar dan saksi mata pensyarah yang telah ditemu bual
untuk mendapatkan maklumat tentang latar belakang serta sejarah penubuhan
institusi. Kesimpulannya, setiap sejarah mempunyai keistimewaan untuk menjadi
iktibar dan membuat penambahbaikan pada masa akan datang.
3.0 KETOKOHAN MANTAN PENGARAH IPGKPI
3.1 Pengenalan
Kepimpinan merupakan kebolehan seseorang dalam mengetuai sesebuah
organisasi untuk bersama-sama bekerja bagi merealisasikan suatu visi yang
dikongsi bersama. Ini bermaksud kejayaan sesebuah organisasi bergantung
kepada prestasi kolektif pentadbirnya, iaitu orang yang mengarah dan memimpin
kakitangan secara keseluruhan. Dengan itu, jelaslah bahawa seorang pemimpin
yang dilantik hendaklah memiliki ciri-ciri yang sesuai dan layak untuk dijadikan
pemimpin. Bukan itu saja, tidak dinafikan bahawa tugas seorang pemimpin atau
ketua juga amatlah besar. Namun begitu, sifat kepimpinan yang adil dan tegas
dalam memimpin kaki tangan pensyarah dan staf ini dapat dilihat pada mantan
pengarah IPG Kampus Pendidikan Islam iaitu Dato Osman bin Hussain.
Dalam konteks kajian berkaitan mantan pengarah IPG Kampus Pendidikan
Islam saya telah melakukan kaedah yang sistematik bagi memastikan hasil kajian
ini bernilai sejarah dan objektif kajian dapat direalisasikan. Antara proses penting
dalam menghasilkan kajian ini ialah kaedah merancang projek dan proses
6
rakaman (Syed Ismail, 2015). Dalam mengumpul maklumat berkaitan mantan
pengarah pula, beberapa orang sumber atau individu-individu yang telah
dikenalpasti untuk memberi keterangan lisan yang diyakini mempunyai maklumat
berkenaan dengan mantan pengarah IPGKPI iaitu Dato Osman bin Hussain.
Orang sumber pertama dalam kajian ini ialah Ketua Jabatan Bahasa Arab iaitu Dr
Abdullah bin Hamzah. Manakala orang sumber kedua pula ialah pensyarah di
Jabatan Pengajian Melayu iaitu Puan Mahawa binti Pilus.
3.2 Latar Belakang Mantan Pengarah
Dato Haji Osman bin Hussain
Dato Haji Osman bin Hussain merupakan pengarah di IPG Kampus Pendidikan
Islam yang mula berkhidmat pada tahun 2011. Beliau dan keluarga menetap di
Pulau Pinang. Beliau telah memperoleh Diploma Pendidikan, Ijazah Sarjana Muda
Pengajian Islam (Syariah) dan Ijazah Sarjana (MSc) Penyelidikan dan Penilaian
(Majalah An-Nur, 2011). Semasa beliau berkhidmat menjadi pengarah di IPGKPI,
beliau dikenali sebagai seorang yang berani, tegas, lantang bersuara dan mahir
dalam bidang hal ehwal pelajar serta aktif dalam kokurikulum.
“Beliau seorang yang saya nampak sebagai seorang yang garang.
Selalu ucapan-ucapannya agak keras namun begitu pada sebaliknya beliau ialah
seorang yang baik.”
-Dr Abdullah Hamzah 2022-
“Kalau dia marah dia akan marah habis, tapi dia baik hati, dia baik hati
eh sebenarnya.”
-Puan Mahawa Pilus 2022-
7
Walaupun mempunyai keperibadian yang tegas, namun Dato Osman
merupakan seorang ketua yang sangat mengambil berat akan kakitangan dan
pelajar. Ini kerana, walaupun jadual beliau sangat padat dan mempunyai masa
yang terhad, namun beliau sedaya upaya untuk mengambil peluang mendekati
dan berinteraksi dengan semua warga kampus. Selepas beliau menjadi pengarah
di IPGKPI beliau seterusnya telah dinaikkan pangkat menjadi Pengarah
Pendidikan Negeri Pulau Pinang.
Dr Abdullah Hamzah bersama Dato Osman Hussain
Beliau juga sering menghadiri mesyuarat untuk para pensyarah dan
mengamalkan “management by walking about” iaitu membuat rondaan dan
berjumpa dengan pensyarah dan staf dari jabatan ke jabatan. Beliau juga
merupakan seorang pengarah yang dekat dengan pelajar kerana beliau sering
untuk cuba menghadirkan diri ke program-program yang dianjurkan oleh pelajar,
(Majalah An-Nur, 2011).
“…beliau selalu bersama saya, pelajar dalam majlis-majlis yang dianjurkan
oleh pelajar dan beliau juga merupakan seorang pengarah yang orang panggil
rapat dengan pelajar.”
-Dr Abdullah Hamzah 2022-
“Dato Osman aktif, sangat aktif, jalan sana-sini sekejap-kejap beliau check
kita.”
-Puan Mahawa Pilus 2022-
8
Sebelum beliau melangkahkan kaki ke IPGKPI, mantan pengarah iaitu Dato
Osman telah cuba untuk mengkaji sedalam-dalamnya matlamat, visi dan misi IPG
serta hasrat kerajaan dan masyarakat terhadap IPGKPI bertujuan untuk
memudahkan beliau mentadbir dan mengurus IPGKPI berdasarkan kepada
kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran yang ada. Sewaktu mula berkhidmat
di IPGKPI pada tahun 2011, beliau telah menetapkan hala tuju IPGKPI dalam
tempoh dua tahun iaitu ingin memastikan IPGKPI menjadi IPG yang unggul dalam
bidang latihan guru serta menjadi rujukan utama di seluruh negara khususnya
dalam bidang Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.
3.3 Cabaran yang Dihadapi Sewaktu Menjadi Pengarah IPG Kampus Pendidikan
Islam
Sewaktu beliau berkhidmat sebagai pengarah di IPG Kampus Pendidikan Islam
pelbagai cabaran yang dilalui beliau begitu juga dengan para kakitangan
pensyarah dan pihak pentadbiran dalam memastikan IPG Kampus Pendidikan
Islam terus unggul dan maju kehadapan. Antara cabaran yang telah dilalui beliau
dan kakitangan IPG ialah dari aspek pengurusan disiplin pelajar. Hal ini kerana,
terdapat beberapa isu berkaitan disiplin pelajar yang perlu diberi tindakan,
disingkirkan dan dibuang kerana telah melanggar akta 174.
“Beberapa pelajar perlu dibuang kerana telah melanggar akta 174,
saya mendapat banyak nasihat daripada beliau dalam menguruskan hal ini
supaya kita dapat melakukan tugas dan melakukan hukuman dengan mematuhi
SOP yang betul supaya kita tidak menzalimi pelajar…”
- Dr Abdullah Hamzah 2022-
Bukan itu saja, terdapat juga cabaran dari aspek peningkatan tahap
professional pensyarah Pendidikan Islam di IPGKPI. Hal ini kerana, penjawatan-
penjawatan tinggi gred 54 hanya dikuasai oleh pensyarah jabatan lain seperti
Jabatan Bahasa Inggeris dan Jabatan Pengajian Melayu yang pada dasarnya
tidak berkaitan dengan Jabatan Pendidikan Islam atau Bahasa Arab yang
seharusnya menjadi teras utama di IPG ini. Hal ini berlaku bukan kerana
pensyarah di Jabatan Pendidikan Islam mahupun Jabatan Bahasa Arab tidak
berkebolehan atau tidak berkelayakkan namun perkara ini terjadi disebabkan
9
kesibukan masa dan kerja yang menyebabkan beberapa keperluan-keperluan
penjawatan terabai.
“Kerana apa saya lihat, bukan pensyarah jabatan pendidikan Islam dan
Bahasa Arab itu tidak layak tapi oleh kerana kesibukan masa kerja yang terlampau
banyak menyebabkan beberapa keperluan-keperluan penjawatan itu terabai.”
- Dr Abdullah Hamzah 2022-
3.4 Sumbangan dan Pencapaian Mantan Pengarah
Antara sumbangan yang dilakukan oleh mantan pengarah IPGKPI iaitu Dato
Osman kepada IPG ialah, beliau merupakan pencetus idea kepada penubuhan
Pusat Kecemerlangan Pedagogi Bahasa Arab (PKPBA). Menurut (Abdullah
2022), Dato Osman merupakan pencetus idea kepada penubuhan PKPBA kerana
beliau melihat tidak ada lagi pusat pedagogi bahasa Arab di Malaysia pada masa
itu. Idea yang dicetuskan oleh beliau ini masih disambung sehingga kini dengan
adanya kesinambungan usaha daripada pengarah-pengarah IPGKPI yang
seterusnya. Walau bagaimanapun, idea dan hasrat beliau dalam penubuhan
PKPBA ini akan diteruskan oleh kaki tangan IPGKPI dengan lebih giat lagi selepas
sesi pendemik ini.
Selain itu, sewaktu beliau menjadi pengarah, IPGKPI berjaya mengajurkan
Persidangan Kebangsaan Pendidikan Islam (PKPI). Persidangan yang diadakan
pada 3 Julai 2012 di Royale Bintang Seremban ini merupakan sebuah
persidangan yang julung-julung kali diadakan oleh Institut Pendidikan Guru
Malaysia (IPGM). Dari sesi plenari hingga ke sidang selari, persidangan ini telah
banyak memberi input semasa yang boleh digunakan dan difikirkan untuk
penambahbaikan dari segi idea dan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
Menurut (Mahawa, 2022), beliau pada masa itu merupakan ketua urus setia di
bawah Dato Osman dalam menjayakan PKPI pada tahun 2012 di bawah IPGKPI.
“…beliau mencabar kita supaya usaha lebih bagus, usaha lebih baik
sehingga kita orang berjaya melaksanakan satu program Persidangan
Kebangsaan Pendidikan Islam…”
-Puan Mahawa Pilus 2022-
10
Persidangan Kebangsaan Pendidikan Islam (PKPI) 2012
Di samping itu, sumbangan yang dibawa oleh beliau kepada IPG juga ialah
apabila beliau berani untuk menyenaraikan sebanyak 15 orang pensyarah bagi
mendapat markah cemerlang dalam penilaian tahunan. Menurut (Mahawa, 2022),
beliau merupakan seorang yang komited dalam melaksanakan tugas. Dengan itu,
beliau sanggup menulis laporan untuk pensyarah-pensyarah yang berpotensi
untuk mendapat markah cemerlang yang pada akhirnya menjadikan IPGKPI
sebagai satu-satunya IPG pada masa itu yang mempunyai bilangan pensyarah
cemerlang terbanyak daripada 27 buah IPG. Perkara ini juga di sokong oleh
pandangan (Abdullah, 2022) yang berpendapat bahawa mantan pengarah IPGKPI
merupakan pengarah yang tidak luak dalam memberikan markah kepada para
pensyarah.
“…beliau sangat berani dan bersungguh-sungguh mencalonkan pegawai-
pegawai, staf-staf dia yang cemerlang.”
-Puan Mahawa Pilus 2022-
Akhir sekali, sumbangan mantan pengarah iaitu Dato Osman kepada
IPGKPI ialah dengan melaksanakan penstrukturan semula jawatan pensyarah
Pendidikan Islam dan Bahasa Arab khususnya. Hak ini kerana, berdasarkan
kepada cabaran yang dilalui oleh beliau sewaktu berada di IPG iaitu kekurangan
pensyarah Jabatan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab yang memiliki gred
penjawatan tinggi seperti gred 54 menyebabkan beliau pada masa itu gigih
berusaha bagi memastikan pensyarah-pensyarah di Jabatan Pendidikan Islam
dan Bahasa Arab mampu untuk naik pangkat. Dalam memastikan pensyarah
Jabatan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab setaraf dengan pensyarah di jabatan
11
lain, inisiatif yang telah beliau lakukan pada masa itu ialah menugaskan pegawai
di bahagian pentadbiran untuk mengumpul pensyarah yang berpotensi
membimbing dan membantu melengkapkan diri supaya melayakkan mereka naik
pangkat. Dengan usaha itu, dilihat banyak pensyarah yang berjaya memiliki gred
54.
“Jadi mana beliau bawa gagasan untuk melihat mana-mana pensyarah
yang berpotensi jadi pensyarah cemerlang ataupun perlu ditingkatkan penjawatan
diuruskan dengan baik supaya mereka pensyarah-pensyarah ini layak mendapat
gred 54 yang sesuai dengan teras pendidikan Islam...”
- Dr Abdullah Hamzah 2022-
3.5 Rumusan
Secara keseluruhan, dalam menghasilkan kajian ini kaedah merancang projek
sejarah lisan dan proses rakaman melibatkan suatu proses yang perlu dirancang
dengan teliti dan memerlukan komitmen yang tinggi. Bukan itu saja, kajian
berkaitan mantan pengarah ini juga membuktikan bahawa untuk mendapat
maklumat tentang sesuatu peristiwa yang telah berlaku, sejarah lisan merupakan
sumber yang penting dalam mendapatkan maklumat yang tepat berkaitan
peristiwa-peristiwa yang berlaku ketika pentadbiran mantan pengarah IPGKPI
iaitu Dato Osman. Dengan itu, jelaslah bahawa sejarah lisan ini merupakan satu
sumber sejarah yang penting dalam menggambarkan kembali peristiwa-peritiwa
yang telah berlaku pada masa lalu.
12
4.0 JEJAK ALUMNI MAKTAB PERGURUAN ISLAM (MPI)
4.1 Pengenalan
Sejarah merupakan perkara yang penting bagi seseorang. Sejarah menceritakan
tentang latar belakang seseorang itu, menceritakan tentang kisah hidupnya dan
menceritakan tentang kejayaan dan liku-liku cabaran yang dihadapi olehnya
sepanjang seseorang itu hidup di atas muka bumi Allah ini. Menurut Alif Yusri
(2020) yang mengambil kata-kata Herodotus, sejarah merupakan satu kajian
untuk menceritakan satu kitaran jatuh bangunnya seorang tokoh, masyarakat dan
juga peradaban. Sejarah juga merupakan sebuah penceritaan tentang tindakan
manusia dan sebab-sebab kepada sesuatu yang mereka lakukan.
Terdapat banyak kepentingan sejarah. Antaranya ialah manusia tertarik
dengan pengalaman lalu seseorang. Menurut Hani (2013), seseorang itu akan
tertarik untuk mendampingkan dirinya dengan pengalaman hidupnya kerana
pengetahuan masa lalu yang membolehkannya mengenali dirinya yang
merangkumi minat, karakter diri, gaya, dan falsafah hidup. Berdasarkan kepada
penghasilan tugasan ini, dapat kita mengkaji tentang ketokohan yang dilahirkan
oleh Maktab Perguruan Islam disamping mengetahui latar belakang dan
kehidupan ketokohan tersebut agar menjadi contoh kepada orang ramai.
Kesimpulannya, sejarah penting bagi melahirkan individu yang berkaliber tinggi
dan menjadikan seseorang itu lebih matang. Oleh itu, sebagai guru Sejarah, amat
penting untuk menguasai dan mengetahui sejarah agar menjadi pedoman dan
pengajaran kepada kita semua.
13
4.2 Transkripsi Alumni Maktab Perguruan Islam (MPI)
4.2.1 Latar belakang alumni
Nama penuh beliau ialah Haliza binti Awi. Beliau dilahirkan pada 13 Oktober
pada tahun 1973. Beliau merupakan anak jati kelahiran negeri Johor. Beliau
merupakan anak keempat daripada tujuh adik-beradik. Umur beliau ialah 49
tahun. Pekerjaan beliau yang terkini ialah seorang kaunselor di sekolah.
Menengah. Beliau mempunyai suami dan mempunyai lima orang anak iaitu
empat perempuan dan seorang lelaki. Hobi beliau ialah melancong dalam
negeri dan luar negara. Cita-cita beliau ialah untuk menjadi seorang polis
wanita, hendak menjadi seorang doktor. Namun, cita-cita yang beliau yang
terkini ialah untuk menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat namun
sentiasa rendah diri kepada masyarakat luar dan orang sekeliling.
“…Cita-cita cikgu dulu nak jadi polis Wanita, nak jadi doktor, tapi sekarang,
cikgu menjadi seorang guru. Tapi kalau bolehlah, cita-cita cikgu ialah
menjadi seorang insan yang cemerlang dunia dan akhirat namun tetap
rendah diri”
(Haliza, 2022)
4.2.2 Zaman belajar di MPI
Menurut beliau, jika diceritakan daripada zaman awal belajar, sudah pasti
jalan ceritanya lebih panjang. Jadinya, Cikgu Haliza bercadang untuk
memendekkan ceritanya agar memudahkan penceritaan zaman belajarnya
ketika di Maktab Perguruan Islam (MPI). Cikgu Haliza memasuki Maktab
Perguruan Islam (MPI) pada tahun 1992 dan beliau merupakan pelajar
lepasan SPM pada ketika itu yang menandakan bahawa umur Cikgu Haliza
pada ketika itu ialah dalam lingkungan 18 atau 19 tahun. Beliau juga
14
menyatakan bahawa beliau merupakan pelajar yang termuda pada ketika
itu. Beliau mengambil Sijil Perguruan bagi pengkhususan Pendidikan Awal
Kanak-Kanak (PAKK). Menurut beliau, beliau sangat aktif ketika di maktab
dahulu. Oleh itu, beliau telah dilantik untuk menjadi ketua kuliah kerana
beliau sangat aktif dan yang paling muda dalam kelas dahulu. Beliau juga
menyatakan bahawa beliau merupakan satu-satunya ketua kuliah wanita
kerana ketua kuliah bagi kelas lain merupakan para ustaz.
“…Dan disebabkan cikgu paling muda dan aktif dahulu, cikgu dilantik
sebagai ketua kuliah dan merupakan satu-satunya ketua kuliah perempuan
pada ketika itu kerana ketua kuliah kelas semuanya lelaki…”
(Haliza, 2022)
Cikgu Haliza amat aktif dalam syarahan. Beliau pernah menyertai
pertandingan syarahan Bahasa Inggeris dan beliau juga aktif dalam unit
beruniform St. John Ambulans. Selain itu juga, beliau aktif sebagai pemain
bola baling maktab dan pernah mewakili bagi Maktab Perguruan Islam
(MPI). Beliau turut menyatakan bahawa yang beliau turut aktif dalam bidang
pengacaraan majlis dan mewakili pasukan nasyid bagi MPI kerana suaranya
yang lunak dan sedap untuk didengar. Tambahan pula, Cikgu Haliza selalu
mendapat markah yang cemerlang dalam setiap semester dan disebabkan
itu Cikgu Haliza selalu menjadi pembentang modul di maktab.
Gambar Bersama Cikgu Khaliza bersama Bernama TV
Pada akhir tahun 1994, Cikgu Haliza telah dinobatkan sebagai pelatih
guru cemerlang kokurikulum. Kemudian, pada tahun pertama Cikgu Haliza
mengajar, Cikgu Haliza telah dihantar untuk mengajar di SK Ayer Itam di
15
Pualu Pinang. Pada tahun 1995, Cikgu Haliza juga turut mengambil
peperiksaan STPM sambil mengajar sebagai guru di SK Ayer Itam.
Kemudian, Cikgu Haliza meneruskan pengajiannya di peringkat yang lebih
tinggi iaitu Ijazah Sarjana Muda dengan pengkhususan psikologi
komunikasi. Oleh itu, sehingga ke hari ini, beliau menjadi seorang kaunselor
yang bertauliah di sekolah dan sudah tidak mengajar prasekolah lagi.
4.2.3 Penglibatan program luar
Menurut Cikgu Haliza, beliau banyak menyertai program-program luar.
Antaranya ialah penglibatan dalam kumpulan ‘Smart Support Team’.
Kumpulan ini merupakan kumpulan para kaunselor yang memberikan
kaunseling kepada mangsa-mangsa banjir. Selain itu, Cikgu Haliza juga
merupakan pembina modul kecemerlangan murid dan penceramah bagi
murid-murid UPSR dan SPM. Cikgu Haliza juga merupakan penyelaras
kepada patrol denggi di peringkat kebangsaan yang mana patrol denggi ini
digerakkan oleh murid-murid di bawah bimbingan Cikgu Haliza untuk
menghebahkan berkaitan bahayanya denggi. Tambahan pula, Cikgu Haliza
juga dijemput sebagai pengacara majlis bagi peringkat daerah, negeri dan
kebangsaan. Tidak lupa juga, Cikgu Haliza merupakan pembentang amalan
terbaik kaunseling yang mana sekiranya terdapat inovasi dalam kaunseling,
maka Cikgu Haliza akan membentangkan modul tersebut sehinggalah ke
peringkat kebangsaan.
Gambar Sijil Konvensyen Amalan Terbaik Perkhidmatan
Kaunseling Tahun 2014
16
Cikgu Haliza juga terlibat secara langsung dengan aktiviti-aktiviti yang
dianjurkan oleh NGO-NGO. Tidak ketinggalan, Cikgu Haliza merupakan
jurulatih utama pembimbing rakan sebaya sehingga ke peringkat
kebangsaan. Beliau juga merupakan jurulatih utama psikometrik di
peringkat kebangsaan. Selain itu, Cikgu Haliza pernah dijemput untuk
menulis beberapa artikel di Berita Harian Didik dan terdapat satu atau dua
artikel yang ditulisnya telah diterbitkan dalam majalah e-baca daripada
Syarikat Karang Kraf.
Gambar Keratan Akhbar Yang Ditulis Oleh Cikgu Haliza
Cikgu Haliza juga merupakan pengamal kepada ‘Finger Print Analysis’ dan
‘Art Therapy’. Cikgu Haliza juga terlibat dengan kem kepimpinan dan waja
diri bagi murid yang mempunyai masalah dalam mendisplinkan diri.
4.2.4 Pencapaian sepanjang perkhidmatan
Sepanjang Cikgu Haliza berkhidmat sebagai guru selama 27 tahun, terdapat
banyak anugerah yang telah beliau terima. Antaranya ialah Cikgu Haliza
telah dinobatkan sebagai ikon cemerlang guru bimbingan dan kaunseling
bagi peringkat negeri Perak. Beliau juga menerima anugerah intergriti negeri
Perak. Selain itu juga, beliau pernah menerima aungerah perkhidmatan
cemerlang dari tahun 2002, 2014, dan 2017. Tambahan pula, beliau
diberikan anugerah pembentang amalan terbaik kaunseling di peringkat
kebangsaan sebanyak 3 kali dari tahun 2014, 2015, dan 2017.
17
Gambar Sijil Anugerah Intergriti milik Cikgu Haliza Tahun 2014
4.2.5 Cabaran yang dihadapi
Dalam usaha untuk mencapai suatu kejayaan, sudah pasti cabaran itu akan
hadir bagi menjadikan diri kita lebih berjaya. Menurut Dr. Mohd Daud Bakar
(2017), cabaran adalah suatu perkara mesti berlaku, malah sekiranya wujud
orang yang berjaya tanpa cabaran, tanpa rintangan, maka itu bukan
kejayaan yang sebenar. Sama juga dengan situasi Cikgu Haliza. Menurut
beliau, setiap tugasan yang dilakukan, pasti adanya cabaran. Antara
cabaran yang beliau pernah hadapi ialah komitmen daripada rakan-rakan
dalam mengendalikan sesuatu majlis. Selain itu, cabaran yang ketara yang
telah dihadapi oleh Cikgu Haliza ialah perubahan sesuatu perkara pada
saat-saat akhir.
“…Yang kedua, cabaran yang paling mencabar bagi cikgu ialah apabila
adanya perubahan sesuatu perkara pada saat akhir. Biasanya, daripada
awal sehinggalah ke akhir perjalanan program itu, walaupun sekecil zarah,
kita dah tahu bagaimana perjalanan suatu program itu berlangsung…”
(Haliza, 2022)
Misalnya, perubahan tentatif ataupun jenis program pada saat-saat akhir.
Perkara ini yang menjadi suatu cabaran kepada Cikgu Haliza kerana ianya
memerlukan masa untuk menyusun semua jadual yang telah dirancang.
Selain itu, sumber kewangan juga menjadi salah satu cabaran kepada diri
Cikgu Haliza. Hal yang demikian kerana kaedah atau cara untuk kita
mendapatkan duit atau peruntukkan bagi menjalankan sesuatu program
18
tidak mudah. Perkara ini akan menyebabkan kepada stigma masyarakat
atau tanggapan terhadap sekolah dan guru dalam pengurusan kewangan
sekolah. Tambahan pula, kesihatan juga menjadi asbab kepada cabaran
yang mana apabila kesihatan badan seseorang itu terjejas, maka orang
tersebut tidak boleh melaksanakan program yang telah dirancang.
4.2.6 Sokongan orang belakang
Menurut Cikgu Haliza, penyokong yang pertama ialah Allah S.W.T. Hal yang
demikian kerana Cikgu Haliza mempercayai dengan janji-janji Allah yang
mana sekiranya kita berusaha, maka ada jalan dan ganjarannya. Kedua,
dorongan hati. Menurut Cikgu Haliza, sekiranya kita petik hati dan
memotivasikan diri untuk meyakini diri agar mampu melakukan suatu
cabaran itu, sudah pasti kita boleh mengharungi cabaran itu walaupun
terdapat anasir-anasir jahat yang mendatang. Ketiga, sokongan daripada
ahli keluarga. Menurut Cikgu Haliza, dia ingin menjadikan dirinya sebagai
idola kepada anak-anaknya agar anak-anaknya melihat usaha seorang ibu
yang tidak pernah kenal erti penat lelah. Tambahan pula, Cikgu Haliza
menyatakan bahawa sokongan daripada rakan sejawatan dan majikan
antara salah satu asbab kejayaan seseorang itu pada hari ini. Tidak
dilupakan juga, masyarakat yang kenal Cikgu Haliza pada hari ini
menjadikan Cikgu Haliza diangkat sebagai seorang ikon guru cemerlang
sehinggalah ke peringkat kebangsaan.
4.2.7 Harapan
Menurut Cikgu Haliza, beliau mengharapkan kesihatan beliau sentiasa
dalam keadaan baik agar mampu untuk membantu orang lain. Selain itu
juga, beliau mengharapkan agar motivasi pada dirinya akan bertambah dari
hari ke hari dan dapat melimpahkan kasih sayang kepada orang lain.
4.3 Rumusan
Kesimpulannya, sejarah menjadikan diri seseorang itu lebih baik daripada dirinya
yang dahulu. Oleh itu, penting bagi seseorang itu mengetahui sejarah agar
menjadi panduan kepada dirinya pada masa akan datang. Sebagai guru Sejarah,
amat penting penguasaan ilmu sejarah agar dapat memberikan manfaat kepada
diri dan juga kepada masyarakat luar.
19
5.0 PENUTUP
Secara keseluruhannya, dari perkembangan MPI kepada IPG Kampus Pendidikan
Islam, ketokohan pentadbir IPG Kampus Pendidikan Islam dan alumni cemerlang yang
dilahirkan oleh MPI, IPIS mahupun IPG Kampus Pendidikan Islam jelas membuktikan
bahawa IPG ini merupakan institut yang berdaya saing dan mampu untuk terus unggul
ke hadapan. Walaupun terdapat pelbagai cabaran dari aspek penubuhan, infrastruktur
serta beberapa aspek yang masih belum dapat dikembangkan namun, ia tidak
menghalang daripada menjadikan IPG Kampus Pendidikan Islam sebagai sebuah
institusi yang terus berusaha kearah yang lebih baik lagi. Dengan itu, pengetahuan
terhadap sejarah IPG Kampus Pendidikan Islam ini wajar untuk diketahui oleh para
pensyarah, staf pentadbiran serta pelajar agar mampu untuk terus berusaha dalam
menjadikan IPG Kampus Pendidikan Islam sebagai sebuah institut guru yang mampu
melahirkan bakal guru yang bukan saja cemerlang namun kreatif dan berdaya saing.
20
RUJUKAN
Abdullah Hamzah. (2022). Mantan Pengarah IPG Kampus Pendidikan Islam [Rekod suara].
Bangi
Mahawa Pilus. (2022). Mantan Pengarah IPG Kampus Pendidikan Islam [Rekod suara].
Bangi.
Nasarudin (2022). Sejarah Penubuhan IPG Kampus Pendidikan Islam [Rekod Suara].
Bangi.
Haliza Awi. 2022. Alumni Maktab Perguruan Islam (MPI) [rekod suara]. Teluk Intan: Perak.
Syed Ismail. (2016). Sejarah Lisan dan Pendokumentasian. Sasbadi SDN. BHD.
Alif Yusri. 2020. Pengertian Sejarah Mengikut Tokoh. dimuat turun pada (31/03/2022)
daripada https://www.scribd.com/document/477268155/PENGERTIAN-
SEJARAHMENGIKUT-TOKOH-copy-docx
Hani. 2013. Kepentingan Sejarah Kepada Manusia. dimuat turun pada (01/04/2022)
daripada http://fafaunieniey.blogspot.com/2013/06/kepentingan-sejarah-
kepadamanusia.html
Mohd Daud Bakar. 2017. Cabaran Adalah Perkara Biasa Dalam Kehidupan. dimuat turun
pada (02/04/2022) daripada https://amanieadvisors.com/cabaran-dalam-kehidupan/
(n.d.). INSTITUT PENDIDIKAN GURU - KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM BANGI SELANGOR
KURSUS SEJARAH PPG. https://kursussejarahppg.weebly.com/
Musa, N. B. (n.d.). Sejarah IPG. KPM - Utama.
https://www.moe.gov.my/pendidikan/IPGm/sejarah-IPG
Yumpu.com. (n.d.). Taklimat JHEP Dan Sejarah IPGKPI 2020 flip. yumpu.com.
https://www.yumpu.com/id/document/view/63137344/taklimat-jhep-dan-
sejarahIPGKPI-2020-flip
Kementerian Pendidikan Malaysia, Sejarah IPG, http://www.moe.gov.my/index.php/IPGm,
dicapai pada 21 April 2019.
Persidangan Kebagsaan. (2012). Persidangan Kebangsaan Pendidikan Islam 2012.
Eteman.blogspot.com. Diakses pada 3 April 2022, daripada
http://eteman.blogspot.com/2012/07/persidangan-kebangsaan-
pendidikanislam.html.
LAMPIRAN 1
LAMPIRAN ISI KANDUNG 2.0
Berikut merupakan cenderamata Koleksi Kolaborasi IPIS, MPI DAN IPG
Lampiran 2- VISI MISI IPIS
LAMPIRAN 3 - TRANSKRIP
TRANSKRIP 1 – SESI BERSAMA PUAN MAHAWA (PENSYARAH JPM)
Penemubual : Boleh saya bertanya latar belakang puan,
Puan Saya dilahirkan di Melaka pada tahun 1964 dan saya bersekolah di sk
Mahawa: tamping smk tamping shinggga tingkatan 6 dan saya masuk ke UM untuk
penulisan deskripsi kemudain saya masuk dip pendidikan Um saya
sambung ijazah pertama pada 1984 kemudian saya sambung diploma
pendidikan saya sambung master dalam bidang urusan kepedidikan
semua itu saya dapat cemerlang sekarang saya tinggal di bangi lah.
Penemubual : Soalan seterusnya puan sudah berapa lama berkhidmat di IPGKPI
Puan Saya berkhidmat di IPGKPI tahun 2004-2007 lepastu saya cuti lepastu
Mahawa: saya belajar baik saya belajar balik , 2004.2007, 2010-2012,lepast pindah
ipoh , September balik semual hingga sekaran
Penemubual : Agak lama ya, puan. Soalan seterusnya apa perbahan yang ketara
sepanjang puan berkhidmat sini
Puan Saya datang sini saya Cuma, saya rasa tak banyak sangat perubahan
Mahawa: infrasturktur, dari awal bangunan ini bangunan lama masih tak bertambah
Cuma, dibaiki yang sedia ada. Should be bangunan baru. Saya rasa begitu
sebab tak Nampak banyak perubahan
Penemubual : Faham puan sebab peruntukkan , betul puan ?
Puan Ya betul, Cuma dibuat pindah sini, ubah sini Cuma keluasan kalau boleh
Mahawa: kita nak lebih selesa, macam ada lif kerana ada 5 tingkat tapi kerajaan tak
boleh bagi lif, tapi masa di ipoh lagi teruk hanya duduk di khemah, macam
orang pergi haji ,sebba itu kita ada litar pintas, bila kita nak baiki yang lama
dia jadi macam tu lah
Penemubual : Sepanjang pengetahuan, kenapa berlaku nama perubahan IPG ?
Puan Perubahan nama itu menunjukkan ia membawa kepada tugasan yang
Mahawa: lebih besar dan peningkatan kepada kita punya ni dulu namanya MPI bila
nama maktab dia setakat sijil dan diploma perguruan, tapi masa tu saya di
keningau kemudian naik lagi institut pendidikan guru itu setakat degree,
tapi perubahan nama itu membawa standard lebih tinggi maksudnya kita
boleh lagi besar sekarang kita ada sarjana muda , PDPP, kemudian dia
akaa ada masters education sarjana pendiidkan sebab itu nama itu
berubah semakin luas dia punya bidang lebih tinggi sijil yang dilahirkan,
jika kita keluar master kita sama tinggi dengan university. Semua IPG
begitu bukan IPIS sahaja. Sekarang kita ada 27 IPG.
Penemubual : Adakah perpindahan IPG memberi kesan kepada warga IPG?
Puan Termasuk semua IPG, bukan IPG kita sahaja, mula2 sijil lepastu diploma,
Mahawa: lepastu degree lepastu ijazah , masa nama maktab hanya ada satu , iaitu
sijil.
Penemubual : Soalan setersnya apa pengalaman yang puan tak boleh lupakan di
IPGKPI
Puan Banyak pengalaman manis tapi paling menarik dapat dua award
Mahawa: bagaimana menulis dengan mudah peringkat antarabangsa . saya
memenangi satu anugerah emas dan diamond . dan paling manis saya
ialah pengasas kepada puteri Islam seluruh Malaysia . Sayalah orang yang
mengasaskn pueteri islam seluruh Malaysia dibawah nama maktab
sehingga sekarang kita ada puteri islam jadi yang manisnya , dapat
melaksanakan aktiviti yang bersandarkan islam , pelajar kena belajar
Asma ul husna, Kiamulail, saya menubuhkan itu pada umur sayan 23
tahun, saya lah orang menubuhkan puteri islam di bawah IPG kerana saya
berpengalamn menubuhkan sedekah subuh. Saya menyiapkan buku dan
paling banyak inovasi, dimana buku itu bila kita scan sudah keluar lagu.
Kita juga telah mengeluarkan 20 buku pada tahun 2019.
Puan Soalan lain ?
Mahawa:
Penemubual : Adakah perubahan ipis ke IPG memberi kesan kepada puan sendiri ?
Puan Bukan memberi kesan kepada saya tapi semua orang, kita perlu
Mahawa: meningkatkan kemahiran diri kita , kita kena belajar balik banyak berusaha
memperbaiki diri kita,memang kena bayak belajar, perubahan meang
banya sangat berbeza guru zaman dulu dan guru zaman sekarang, kena
cepat, jadi memang saya rasa itu masalah untuk generasi sekrang.
Penemubual : Soalan terkahir, apa harapan puan terhadap IPGKPI
Harapan saya supaya IPGKPI ni , dia sangat istimewa sebab dia overall ,
budak IPG islam ni sangat2 hebat, dia boleh baca quran, main boleh
sepak, bagi pelajar bukan pendidikan islam dia disni dia belajar budaya
islam itu tapi trdapat perbezaan, kerana dulu sangat strict, semua pakai
tudung labuh namun sekarang sudah berubah , saya ingat seorang pelajar
pengkhususan pra sekolah, Cikgu bm yang tahu pasal islam,pelajar yang
bukan pengkhususan islam banyak belajar.
Penemubual: Terima kasih Puan atas segala perkongsian maklumat itu sebentar tadi.
Alhamdulillah, segala maklumat yang dikongsikan kepada kami, akan kami
gunakan dengan sepenuhnya dalam hasil penulisan tugasan kami ini.
Untuk makluman Dr/En/Pn/CIK, Insya-Allah hasil penulisan kami ini akan
dibukukan dalam bentuk penyelidikan untuk dijadikan sebagai rujukan
kepada pelajar-pelajar di IPG Kampus Pendidikan Islam dan orang awam
pada masa akan datang. Kami rasa, itu sahaja untuk hari ini. Kami mohon
maaf sekiranya terkasar bahasa, tersalah kata, dan terguris rasa. Kami
berharap agar dapat bekerjasama dengan Puan pada masa akan datang.
Sekian, terima kasih.
TRANSKRIP 2 – SESI BERSAMA CIK NASH (PENSYARAH JIP)
Penemubual : Assalamualaikum, Cik , sebelum itu izinkan saya untuk bertanya
tentang latar belakang Cik.
Cik Nash : Asal Negeri Sembilan Dibesarkan di KL. Umur 54 No 3 dari 6 orang
adik beradik.
Penemubual : Boleh Cik jelaskan latar belakang pendidikan Cik sebelum berkhidmat
di IPGKPI?
CIK Nash *B.Sc Edu. (UTM) M.Sc Adm. Edu (UPM) Dip. Perguruan Khas. Dip.
Perguruan. Berkhidmat : Sekolah Rendah (Kuala Lumpur, Selangor,
Sabah dan Negeri Sembilan. Sekolah Menengah (Negeri Sembilan)
Sekolah Swasta: MARA, FELDA, AADK, JAKIM, BCIK dan JHEOA .
Bahagian : Bahagian Perkembangan Kurikulum. Bahagian
Pendidikan Islam dan IPGM Induk. Pegawai Pengurusan dan
Pentadbiran, Undang-undang.Ketua Penolong Pengarah
Pembangunan dan Pegawai Protokol.
Penemubual : Dah berapa lama berkhidmat di IPGKPI?
CIK Nash :
Penemubual: Lebih 4 tahun.
CIK Nash:
Apa perubahan yang ketara sepanjang Cik berkhdimat di sini?
Penemubual: Mungkin dari infrastruktur kemudahan asas dan sebagainya.
CIK Nash :
Sepanjang berkhidmat di IPIS tidak banyak perubahan malah tidak
ada perubahan. (tempoh perkhidmatan yang pendek) Hanya melihat
pertukaran Pengarah dan Timbalan Pengarah.serta perubahan
Struktur Organisasi. Perubahan yang dibuat ini juga satu usaha dari
pihak kerajaan untuk menaiktaraf institusi.
Sepanjang pengetahuan Cik tentang perubahan nama IPG, kenapa
berlaku perubahan nama tersebut?
Berlaku perubahan struktur IPG dipecahkan kepada 2, BPG dan
IPGM , BPG organisasi jabatan yang menguruskan free service
mereka yang telah menjadi guru, IPG menguruskan IPGyang
studentnya belum menjadi guru itu perbezaannyalah mengapa
perubahan berlaku , kesimpulannya bila berlaku perubahan
pentadbiran ataupun status maktab kepada institut, disebabkan hasil
keluarannya sijil kepada
Penemubual: ijazah, bila ijazah dia memerlukan beberapa requirement daripada
MQA , kita ada 27 IPG dan dibawah 1 rektor.
Boleh kongsikan tak peranan Cik semasa dalam perkhidmatan d
IPGKPI?
Cik Nash : Saya di IPGKPI ni baru 4 tahun , sebelum ni saya di IPGM di HQ
ataupun pusat, dan ahh apa peranan saya ketika mula2 masuk saya
di LDP latihan dalam perkhidmatan kemudian saya bertugas JIP
peranan saya banyak dari sudut disiplin profesional,- saya sebagai
pensyarah di JIP yang mengajar tentang ilmu pendidikan sayalah
seta di peringkat penguruan saya setiausaha pada bahagian
pembangunan di IPG sebab sebelu,m ini saya ketua penolong
pengarah pembangunan di KPM , saya akan bagi CD untuk
menjawab latar belakang bagi soalan kedua saya bachelor science
pentadbiran and master science pentadbiran saya ada diploma
peguruan dan bertugas di bahagian protokol, pegawai undang-
undang, pengalaman saya di luar IPG lebih banyak.
Penemubual: Apa perbezaan ipis dan IPGKPI ?
CIK Nash :
Ipis diuruskan BPG, IPGKPI duruskan oleh IPGM. BPG menguruskan
guru yang sudah berkhidmat , IPGM menguruskan guru pelatih yang
belum berkhidmat.
Penemubual: Adakah Perpindahan IPG memberi kesan kepada warga IPG ?
CIK Nash :
Dia ada banyak kesan dari struktur penjawatan, kedudukan , bila IPG
berpindah pengruusan dari bpg kepada IPGM. IPGM memunyai
peruntukan sendiri sebelum ini bpgm dibawah KPM bahgaian
pembangunan maka saya tidak pasti untung atau rugi pada saya rugi
kerana kita menjadi satu bahagian daripada struktur pentadbiran
besar KPM kerana saya pernah menjadi pengurus bahagian
pembangunan saya faham bila kita menjadi sebahagian KPM maka
peruntukan kita lebih kecil berbanding kita menjadi sebahagian anak
kpm itu sendiri, pro –IPGM ada kuasa autonomi sebab itu dia ada
rektor, bahagian-bahagian lain dia ada pengarah ,bahagian tapi kita
tiada pengarah, tapi kita ada pengarah, kita ada satu layer yang lebih
tinggi daripada pengarahlah sebab apa rektor dia menguasai
pengarah,jadi disitu dari segi struktur dari segi penjawatan rugi,
dimana pengarah2 bahagian dia berstatus Jusa, jusa C jusa B ,
pengarah kita tidak berstatus jusa, pengarah kita berstatus 54 dan
beberapa orang sahaja mendapat jusa, disitu sedikit ruginya, kesan
pada warga IPG ada dua, warga itu sama dan pentadbir pensyarah
atau warga murid, dari segi pelatih tiada impak perubahan, daripada
segi penysrah pentadbir dia ada kesan dimana penjawatan kita
semakin kecil dan peruntukan pembangunan semakin terhad kerana
kita hanya sebahagian daripada kpm,pengarah kita hanya bertaraf 54
sedangkan pengarah bahagian2 lain bertaraf jusa , jusa C paling
kecil , timbalan jusa C , contohnya pengarah BPG jusa B timbalan
pengarah Jusa B. sedangkan pengarah kita hanya bertaraf 54.
Penemubual: Pengalaman yang tidak boleh dilupakan di IPG?
CIK Nash :
Saya tidak mempunyai banyak pengalaman disebabkan saya hanya
CIK Nash : baru 4 tahun hampir saya, hampir semua ingat, hampir semua saya
lupa.
Adakah perubahan IPIS ke IPG memberi kesan kepada Cik sendiri?
Adakah kesan positif atau negative. Mungkin kesan dari sistem
peraturan dulu dan sekarang.
Kesannya samalah dari struktur penjawatan, ehh sebabnya saya
sendiri dah 54 so oleh kerana saya berada di IPG kesannya ialah
kesan dari penjawatan dan bagi saya negative. Tetapi beban tugas
agak ringan sikit sebab saya pernah ada di bahagain dan di IPG saya
hanya ,menjaga IPGKPI sahaja kalau saya duduk di bahagian. Saya
menjaga dari perlis sehingga ke sabah. Perubahan ini sangat ketara
dari segi penjawatan.
Penemubual: harapan CIK terhadap IPGKPI?
CIK Nash :
Harapan saya IPGKPI bukan IPGKPI sahaja tetapi semua IPG.
Harapan saya mereka berdiri sebagai ipt , sebenarnya sekarang ni
IPG ni dia tidak bertaraf ipt, kita bertafar insitust latihan sahaja sebab
itu walaupun kita mengeluarkan graduan ijazah, dan insyaallah
bertaraf master tetapi status kita masih bertaraf insitiusi latihan sebab
itu kita
tidak ada rektor, timb rektor dan harapan saya pada suatu masa nanti
setiap IPG ada rektornya sendiri dan ada timbalan rektor sendiri dan
mempunyai kuasa autonomi lebih besar dan boleh menentukan hala
tuju institut sendiri, sekarang ni IPG kita ditentukan IPGM ditentukan
oleh pusat, pengarah tidak bolehmenentukan dulu, kita menerima
melaksanakan tugas kita pelaksana kepada pembuat dasar di IPG
harapan saya kita boleh berdiri sendiri dan ada kuasa autonomi
sendiri dan ada rektor sendiri intead kita jadi pelaksana kepada dasar
yang dilaksankan oleh org lain ,sebab apa, orang yang duduk di
pejabat ,dengan kita tidak menjiwai merasai apa yang berlaku di
bawah, orang orang yang berada di cyberjaya tidak merasai apa yang
sebenarnya berlaku di IPGKPI bangi, dia tidak tau, sebab itu dasar
yang mereka menyusahkan pensyarah ,sebab itu harapan saya suatu
hari nanti IPG ni boleh berdiri sendiri dan mempunyai kuasa autonomi
sendiri.
Penemubual: Terima kasih CIK Nash atas segala perkongsian maklumat itu
sebentar tadi. Alhamdulillah, segala maklumat yang dikongsikan
kepada kami, akan kami gunakan dengan sepenuhnya dalam hasil
penulisan tugasan kami ini. Untuk makluman Dr/En/Pn/CIK,
InsyaAllah hasil penulisan kami ini akan dibukukan dalam bentuk
penyelidikan untuk dijadikan sebagai rujukan kepada pelajar-pelajar
di IPG Kampus Pendidikan Islam dan orang awam pada masa akan
datang. Kami rasa, itu sahaja untuk hari ini. Kami mohon maaf
sekiranya terkasar bahasa, tersalah kata, dan terguris rasa. Kami
berharap agar dapat bekerjasama dengan Dr/En/Pn/CIK pada masa
akan datang.
Sekian, terima kasih.
LAMPIRAN 4 – SESI TEMUBUAL BERSAMA PENSYARAH JIP IPGKPI – CIK Nasarudin
SESI TEMUBUAL BERSAMA PENSYARAH JPM IPGKPI – Puan Mahawa
2 LAMPIRAN ISI KANDUNG 3.0
1. Temubual bersama Dr Abdullah bin Hamzah (Ketua Jabatan Bahasa Arab
IPGKPI)
Penemubual Asalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera saya ucapkan
kepada Dr Abdullah bin Hamzah selaku Ketua Jabatan Bahasa
Arab IPG Kampus Pendidikan Islam. Nama saya ialah Nur Sakinah
binti Anuar, pelajar S3T1.09 opsyen Bahasa Melayu, elektif
Sejarah. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada Dr Abdullah bin Hamzah kerana sudi meluangkan
masa bagi membantu saya mendapatkan serba sedikit maklumat
berkaitan (Mantan Pengarah IPG Kampus Pendidikan Islam iaitu
Dato Osman). Untuk makluman Dr, saya akan melakukan rakaman
bagi sesi temu bual ini untuk tujuan rekod bukti terhadap
penghasilan tugasan pentaksiran berterusan iaitu SJHK3043
(Sejarah Lisan dan Penokumentasian). Oleh itu, segala maklumat
yang akan direkodkan dan dirakam adalah sulit dan tidak akan
digunakan selain dari kajian ini. Baiklah, apa khabar Dr? Saya
berharap Dr sentiasa dalam keadaan yang sihat serta dilindungi
oleh Allah.
Dr Abdullah Baik, alhamdulillah. Terima kasih, alhamdulillah sihat.
Penemubual
Baik, terima kasih Dr. Sebelum mengajukan soalan berkaitan
dengan Dato Osman iaitu pengarah mantan Pengarah IPGKPI,
bolehkah saya mengetahui serba sedikit berkaitan Dr dari aspek
latar belakang, bilangan adik beradik, usia, pendidikan Dr yang
bermula dari sekolah rendah sehingga ke peringkat seterusnya?
Dr Abdullah Bismillahirrahmanirrahim, terima kasih, ni biodata saya kan?
Penemubual
Berkaitan Dr.
Saya Abdullah bin Hamzah, lahir pada tahun, masa tahun 1976
pada bulan Mac 14 hari bulan. Saya dilahirkan di kota Bharu
Kelantan. Kota Bharu Kelantan dan mulakan pendidikan di SK
Panggong Pasir Puteh Kelantan dan kemudian menyambung
pelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Pasir Puteh
dan kemudian menyambung sekolah di peringkat sekolah
menengah tingkatan 3 hingga tingkatan 5 di Maahad Muhammadi
Kota Bharu dan saya mengambil SPM pada tahun 1983 dan
kemudian saya menyambung pelajaran ke Jordan di bawah
biasiswa Kementerian Pendidikan (ya) selama 5 tahun dalam
pengkhususan Bahasa Arab dan kemudian saya habis belajar
pada tahun 2000, pada tahun 1989, balik ke Malaysia dan saya
membuat KPLI (Kursus Perguruan Lepasan Ijazah) pada tahun
2000 sehingga la mula berkerja dan mula berkerja sehingga dan
mula diposting pada tahun 2001 di SMK Elopura Sandakan Sabah.
Kemudian saya masuk ke IPG Tawau pada tahun 2007 dan
kemudian saya bercuti belajar master sehingga tahun 2010 atau
2011 dan saya pula masuk ke IPGKPI pada tahun 2011 eh. Erm
pada tahun 2011 di Jabatan Hal Ehwal Pelajar ya. Jabatan Hal
Ehwal Pelajar dan tugas sini sehingga 2015 dan saya sambung
belajar lagi PHD erm cuti belajar selama 3 tahun saya
menyambung pelajaran PHD di Universiti Putra Malaysia sehingga
tahun 2018 dan 2018 saya kembali ke IPGKPI sebagai pensyarah
Jabatan Bahasa Arab dan pada tahun 2000 ya 2020, satu, em
2020 saya dilantik sebagai ketua Jabatan Bahasa Arab sehingga
kinilah. Saya ada mempunyai 9 orang adik-beradik saya anak
pertama anak pertama, saya sudah berkahwin dan mempunyai 8
orang anak apa lagi ya? Ada tertinggal?
Penemubual Alhamdulillah, semua lengkap Dr. Kalau macam itu, boleh saya
Dr Abdullah tahu erm serba sedikit berkaitan hobi Dr mungkin?
Penemubual Okay. Biasa hobi saya hobi saya ni pergi melancong, melancong,
membaca, dan menonton tvlah dengan drama-drama dan cerita-
cerita dan sebagainya. Itu antara hobi yang saya selalu buat yang
saya tidak nafikanlah. Melancong, berjalan ke tempat-tempat lain
dan membaca. Itu diantara hobi utama sayalah
Baiklah, hobi Dr memang sangat-sangat menyeronokkan
Samakah? (ketawa)
Penemubual Membaca tu amalan yang mulia, banyakkan membaca (ketawa)
Penemubual
Dr Abdullah Alhamdulillah
Alhamdulillah (ketawa). Boleh saya tahu sewaktu Dr masuk ke IPG
masa itu, Dato Osman sudah menjadi pengarah atau macam mana
Dr?
Sewaktu saya masuk pada 2011, itu 2000 ahh, ya 2011 itu IPGKPI
tak ada pengarah, masa itu ada timbalan Ustaz Abdullah bin
Ahmad. Pada tahun 2012 tak silap saya barulah beliau, kami
mendapat pengarah iaitu Dato Osman dan beliau sebenarnya
adalah merupakan seoraang pensyarah di tak silap saya di IPG
mana datang ke sini sebagai pengarah di Pendidikan Islam.
Bermakna saya tidak mengenali beliau sebelum itu, saya
mengenali beliau ketika datang sinilah saya rasa 2012 macamtu.
Penemubual Baiklah, kalau macam itu bolehkah Dr menceritakan sedikit
sebanyak perkara yang Dr tahu berkaitan dengan Dato Osman ni
dari aspek latar belakang dan peribadi beliau?
Err Dato Osman ini dia adalah err seorang pensyarah, dia ada
pengalaman sebagai pensyarahlah. Dulu sebelumnya dia adalah
pensyarah di IPG KBA (Bahasa Antarabangsa). Lepastu di pergi
Baling Kedah, sebagai pengkaji saya tak ingat IPG mana dia, yang
saya tahu dia adalah penyarah di IPG Kampus Bahasa
Antarabangsa. Beliau adalah lepasan UTM ni saya tidak pasti yang
pasti ialah dia telah melanjutkan pelajaran master di UK dalam
bidang penilaian. Ini yang saya ingatlah, maknanya pengalaman
beliau dalam, dalam pengurusan sebab dulu dia berada di HEP
juga semasa di IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, menyebabkan
beliau banyak pengalaman tentang, tentang pengurusan pelajar.
Kemudian beliau beliau terlibat dalam pelbagai perkara, dalam,
dalam professional dan sebagainya. Berkaitan beliau
berpengalaman, banyak pengalaman dalam bidang
pengurusanlah. Apabila dia dilantik, datang ke sini pada tahun
2012 dulu, saya baru mengenali beliau. Beliau seorang yang saya
nampak sebagai seorang yang garang. Selalu ucapan-ucapannya
agak keras namun begitu pada sebalinya beliau ialah seorang
yang baik. Banyak ilmu yang saya belajar daripada beliau dari segi
pengurusan, erm macam mana cara nak menguruskan tugas
dengan baik dan erm macam mana nak menguruskan pegawai-
pegawai dibawah kita dan sebagainya. Saya masih lagi maknanya
banyak perkara yang saya belajar dari dia dari aspek pengurusan.
Cara perlaksanaan secara professional ok. Itu saja setakat ini. Ada
soalan lain?
Penemubual Baiklah, jadi saya boleh rumuskan bahawa sebenarnya Dato
Osman ini merupakan seorang yang tegas. Walau bagaimanapun,
Dr Abdullah terdapat juga sifat yang mana beliau itu menunjukkan sikap tegas
Penemubual bagi membimbing kaki tangan untuk jadikan IPGKPI terus
unggullah kan Dr?
Ya
Baiklah seterusnya, saya nak tanya Dr, semasa berkhidmat
bersama beliau, apakah cabaran terbesar yang pernah Dr serta
kaki tangan IPG Kampus Pendidikan Islam lalui bagi memastikan
IPGKPI terus unggul?
Pada pengalaman saya sepanjang berada di bersama beliau dari
2012, 2013, 2014 dalam tempoh 3 tahun. Saya banyak di HEP, di
Hal Ehwal Pelajar. Beberapa isu berkaitan pelajar dari sebahagian
kerja sayalah. Jadi disitu saya dapat banyak pengalaman daripada
beliau bagaimana nak disiplin pelajar, macam mana nak buat
pendakwaan dan menjadikan saya sebagai ketua unit disiplin yang
terlibat macam mana untuk menguruskan disiplin pelajar yang
agak mencabar juga pada masa itu yang ada pelajar yang perlu
dibuang, disingkirkan dan ada perlu digantung dan diberi tindakan.
Jadi beberapa kes yang saya hadapi, yang agak kritikal dalam
pengurusan. Beberapa pelajar perlu dibuang yang telah melanggar
akta 174, ia saya mendapat banyak nasihat daripada beliau dalam
menguruskan hal ini supaya kita dapat melakukan tugas dan
melakukan hukuman dengan mematuhi SOP, standard yang betul
sehingga supaya kita tidak, supaya kita tidak menzalimi pelajar dan
juga tidak, tidak
Melakukan orang panggil betul-betul mematuhi proses yang
betulah. Jadi sinilah saya dapat banyak pengalaman bersama
beliau dan cabaran yang besar juga pada masa itu antaranya ialah
macam mana nak menguruskan nak meningkatkan professional
pensyarah di sini. Kan beliau datang, ni saya menceritakan
bagaimana beliau telah mengubah beberapa landskap jawatan
pensyarah. Contohnya, ini ialah IPGKPI, Kampus Pendidikan Islam
tetapi pada masa itu penjawatan-penjawatan tinggi, gred 54 hanya
dikuasai oleh pensyarah lain sama ada dari bahasa Inggeris,
Jabatan Bahasa Melayu yang tidak ada kaitan dengan Jabatan
Pendidikan Islam, Bahasa Arab ataupun JAPIM. Jadi antara benda
yang beliau perbetulkan balik. Jadi mana dia bawa gagasan untuk
melihat mana-mana pensyarah yang berpotensi jadi pensyarah
cemerlang ataupun perlu ditingkatkan penjawatan diuruskan
dengan baik supaya mereka pensyarah-pensyarah ini dapat
sehingga mereka ini layak mendapat gred 54 yang sesuai dengan
teras pendidikan Islam dinamakan Kampus Pendidikan Islam ni
teras yang mana jawatan-jawatan besar di bawah Pendidikan
Islam. Kerana apa saya lihat, bukan pensyarah jabatan pendidikan
Islam dan Bahasa Arab itu tidak layak tapi oleh kerana kesibukan
masa kerja yang terlampau banyak menyebabkan beberapa
keperluan-keperluan penjawatan itu terabai. Contohnya borang
tidak diisi beberapa tidak disusun dengan baik contohnya biodata
dan sebagainya menyebabkan apabila nak memohon penjawatan
itu, borang tidak lengkap. Dengan dan apa yang dibuat dengan
pengarah pada masa itu, dia menugaskan pegawai di bahagian
pentadbiran dengan banCik saya bagaimana nak mengumpul
pensyarah yang berpotensi bagaimana kita membimbing dan
membantu melengkapkan dia supaya melayakkan mereka naik
pangkat. Dengan usaha itu, dilihat banyak berjaya, beberapa orang
pensyarah yang dapat gred 54, yang dikatakan pensyarah
kananlah err itulah perubahan yang saya nampak ketara yang dia
pernah buat. Begitu juga dengan, saya sendiripun bagaimana
dengan bimbingan dia saya dapat mampu untuk menyelesaikan
beberapa masalah dengan mudah. Jadi itu adalah bagi saya amat
bernilailah. Juga bagaimana mengatur pensyarah-pensyarah di
sini supaya berperanan dengan lebih efektif. Ramai pensyarah
hebat-hebat tapi tersalah letak peranan mereka jadi kurang efektif
ah disini kita kena gerakkan beberapa pensyarah kepada
jabatanjabatan tertentu utnuk mereka lebih berperanan dengan
lebih efektif. Dan cabaran yang saya nampak ialah penubuhan
PKPB. PKPB ini Pusat Kecemerlangan Pedagogi Bahasa Arab
ideanya telah dicipta pada masa beliau. Beliau melihat, cakap pada
kami bahawa dia tidak nampak lagi ada pusat kecemerlangan
bahasa Arab di Malaysia ini berbandin dengan LTEK iaitu pusat
kecemerlangan Bahasa Inggeris juga di bawah IPG. Jadi beliau
telah menggunakan inisiatif mengwujudkan jabatan pedagogi yang
sekarang masih ada di bawah kita yang mana Jabatan ini telah
diwujudkan sebagai tapak di IPGKPI ini sebagai asas untuk akan
dikembangkan menjadi satu Institusi Pusat Bahasa Arab yang
akan err secara terasing nanti. Cuma perlu beberapa usaha
diperingkat pengurusan untuk membuat permohonan kepada
Jabatan Perkhidmatan Awam dan kepada kerajaan supaya kita
mendapat satu identiti khas untuk pusat Bahasa Arab tu kalau
kamu lihat di sini ada Jabatan Bahasa Arab dan ada Pusat
Kecemerlangan Bahasa Arab tapi seolah-olah tak berfungsi.
Sebenarnya kami cuba berdiskusi supaya Jabatan Pedagogi ini
akan dikembangkan sebagai satu identiti yang terasing selepas ini.
Namun usaha ini telah dimulakan oleh beliau dan telah
dikemukakan kepada Jabatan Perdana Menteri dan Alhamdulillah
itu telah dijumlah secara asas cuma perlu kepada kesinambungan
usaha yang disambung oleh pengarah selepas itu iaitu Puan Nik
Samihah dan Dr Mohd Hussein dan sehingga kini. Dan, insya Allah
kita akan cuba lagi selepas sesi pendemik ini kita akan lebih berani
menyambung lagi dan ini adalah benda yang dicetuskan oleh
beliau. Itu antaranya, setakat ni ada soalan lain?
Penemubual Okay, baiklah berdasarkan kepada cabaran yang Dr telah
kemukakan tadi, saya dapat lihat cabaran tersebut merupakan
kekuatan bagi menjadikan apa yang IPGKPI mungkin akan ada
dan ada pada masa kini. Betul Dr?
Dr Abdullah Ya, betul.
Penemubual
Okay baiklah seterusnya, saya hendak tanya berkaitan
pengalaman manis Dr bersama beliau. Mustahil sekiranya tidak
ada pengalaman manis yang pernah Dr lalui sewaktu Dr
berkhidmat di bawah mantan Pengarah IPGKPI iaitu Dato Osman.
Oleh itu, bolehkah Dr menceritakan pengalaman manis yang
pernah Dr lalui sewaktu berkhidmat bersama beliau? Mungkin dari
aspek pencapaian dan penglibatan Dr di IPGKPI?
Dr Abdullah Okay terima kasih, pengalaman manis ni banyaklah. Dato Osman
ini seorang yang peramah, bijak dan melawak. Walaupun beliau
luah dalam ucapan-ucapan dan tidak disukai oleh beberapa
oranglah tapi oleh kerana saya di HEP saya cuba mendekati
macam cara pengurusan pelajar, macam mana nak membaca akta
174 dan sebagainya. Ah, jadi banyak bimbingan yang beliau
bagitahu yang saya belajar dari dia bagaimana nak mendekati
rakan, pelajar, bagaimana cara menguruskan wakil, ibu bapa dan
sebagainya dan kerja-kerja sebegini menyebabkan saya lebih
structer dan tersusun. Dan pada masa beliau juga antara
kenangan manis yang saya belajar sampai sekarang ialah
bagaimana beliau membimbing saya dan beberapa pensyarah
untuk berkerja dengan lebih baik dan berhak mendapat markah
yang tinggi LMPT ya markah tahunan. Dan Alhamdulillah saya
mendapat markah yang agak tinggi dan saya layak mendapat fast
track dia punya pangkat lebih daripada orang lain. Jadi mana
sebelum dalam seluruh Malaysia itu saya ingat kita ada beberapa
orang yang kita point markah itu dan Alhamdulillah saya layak.
Oleh kerana, ini adalah orang panggil cara beliau berkerja, mereka
lihat dari saya kalau kita jadi pengarah jangan kedekut markah
dengan pensyarah-pensyarah dibawah kita. Tidak luak markah
kita, kalau kita nampak dia naik kita bagi jangan bagi markah yang
rendah dibawah 90. Kenapa teruk sangat. Walaupun kita nampak,
walaupun kita tidak nampak bahawa dia kata markah itu apa yang
kita return kita dapat sebagai ketua jabatan tapi biarlah itu adalah
rezeki yang kita bagi pada orang mungkin Allah akan bagi pa akita
rezeki yang lain. Bermakna saya dapat kenaikan pangkat DG48
yang saya dapat
pada tahun 2014 tak silap saya. Itu adalah fast track yang saya
dapat melebihi 3 tahun daripada tahun sebenarnya yang saya
layak. Jadi maknanya satu bagi saya terima kasihlah kepada Dato
Osman dan kawan saya yang membimbing saya mencapai. Ah
Jadi dengan keadaan umur saya sekarang, tadi saya lupa nak
bagitahu umur saya 46, 47 saya sudah dapat gred 54, ni professor
madya kalau dalam jawatan gred 54 ini dah menjangkau umur 55
tahun biasanya 55, 56 tahun ke atas tapi saya 46 tahun dah dapat.
Bermakna beberapa gap saya dapat daripada dulu dan ini adalah
diantara sumbangan Dato Osman jugalah yang bombing saya jadi
itulah kenangan manis saya. Yang lain beliau selalu bersama saya,
pelajar dalam majlis-majlis yang dianjurkan oleh pelajar dan beliau
juga merupakan seorang pengarah yang orang panggil rapat
dengan pelajar. Jadi bagi saya itu adalah kenangan manis yang
sehingga sekarang beliau adalah pengarah yang begitu rapat
dengan hal-hal pengurusan pelajar dan boleh berbincang
pengarah lain mungkin sibuklah tapi beliaupun sibuk tapi oleh
kerana keluarganya berada di Pulau Pinang, jadi sayalah selalunya
bersembang-sembang berbual dan sebagainya. Okay boleh.
Penemubual Baiklah, Alhamdulillah banyak sangat kenangan manis yang Dr
Dr Abdullah kongsikan bersama dengan mantan pengarah IPG kita iaitu Dato
Osman. Seterusnya saya ini bertanya bagaimana pula dengan
pencapaian terbesar yang pernah dicapai oleh beliau sewaktu
menjadi pengarah di IPGKPI?
Saya mungkin berbeza sedikit dengan orang lain, pencapaian yang
signifikan yang kita boleh nampak keberanian beliau memulakan
sesuatu, mencipta idea yang baru dan menggerakkan PKPB tu la.
Bagiamana nak mulakan dengan penuh kesabaran, macam mana
nak mulakan kertas kerja, brain storming itu adalah satu benda
yang besarlah yang dimulakan oleh beliau. Yang kedua, tentang
bagaimana menstrukturkan balik penjawatan di IPGKPI ini dari
segi jawatan yang saya sebut sebentar tadi. Jadi kalau dulu saya
datang ni memang agak tenggelam jabatan pendidikan Islam dan
Bahasa Arab dari segi penjawatan. Dengan apa yang beliau telah
lakukan Alhamdulillah banyak perbezaan dari segi penjawatan itu.
Walaupun mungkin semua orang tidak nampak, itu yang saya
nampaklah dan saya belajar sesuatu pengarah mesti bersedia
mesti ada sesuatu yang idea baru yang digerakkan yang memberi
kesan kepada organisasi. Jadi bagi saya dia adalah seorang yang
beranilah dan selalupun kalau dia jumpa saya sekarang dia akan
selalu apa projek, mesti buat sesuatu yang baru yang boleh
memberi impak kepada organisasi dan juga masyarakat sekeliling
saya nampak dan saya sebutkanlah. Pusat Kecemerlangan
Bahasa Arab dan penstrukturan jawatan di kalangan penysarah.
Sehinggakan pensyarah kita ada yang, Nur Sakinah tak sempatlah
ada yang dah pencen 2 tahun lepas tak silap saya kita ada
pensyarah JUSA C Puan Rahimah dia adalah diantara yang saya
nampak pensyarah JUSA C iaitu gred pensyarah tersebut sebagai
pensyarah JUSA C kepakaran lebih tinggi daripada pengarah lebih
tinggi dari beliau sendiri. Tapi beliau mengangkat lobi beliau dan
sebagainya dengan bimbingan beliau macam mana mendapat
JUSA C bagaimana mendapat JUSA C bagi saya adalah amat
agresif. Beliau membimbing hingga layak untuk mendapat gred
JUSA C memerlukan kretria yang amat ketat. Tapi beliau berjaya
dan Alhamdulillah IPG kita disenaraikan sebagai IPG yang ada
pensyarah JUSA C.
Penemubual Baiklah, Alhamdulillah banyak yang kita dapat lihat daripada beliau
ini. Baiklah, kita kini berada pada soalan terakhir berkaitan dengan
mantan Pengarah IPG Kampus Pendidikan Islam iaitu Dato
Osman. Berdasarkan kepada semua yang telah Dr sampaikan
berkaitan pembaharuan, kekuatan dan keberanian yang ditujukkan
oleh Dato Osman, adakah Dr rasa hasrat dan impian beliau
semasa berkhidmat sebagai Pengarah IPGKPI telah tercapai pada
masa kini di IPG kita?
Dr Abdullah Berdasarkan kepasa apa yang saya sebut tadi berkaitan PKBA,
PKBA hasrat masih lagi belum berjayalah. Sehingga kita berjaya
pusat Bahasa Arab ini berdiri sendiri bukan lagi berada di IPGKPI.
Itu adalah antara yang saya memerlukan masa yang panjanglah.
Insya Allah akan diusahakan oleh kami dan juga
pengarahpengarah selepas ini supaya hasrat beliau yang
diinginkan berjaya.
Tapi apa yang saya lihat berjaya ialah tentang bagaimana
menyususn gred pensyarah di Jabatan Pendidikan Islam dan
Bahasa Arab kedepan. Bukan saja dari jawatan dan kriteria dan
sebagainya, bagi saya diantara yang sudah berjaya. Dan apa yang
telah beliau mulakan alhamdulillah dah berjaya dan idea banyak
tentang penggerakan pensyarah-pensyarah Bahasa Arab ke
unitunit yang lain masih berjalanlah idea masih digunakan pada
masa beliau dahulu. Bagi saya itu adalah satu usha yang baiklah,
cuma yang saya boleh simpulkan ialah seorang ketua perlu berani,
mempunyai banyak idea, visi dan misi dan perlu berani. Ini antara
perkara yang perlu ada pada seorang pemimpin. Jadi saya
nampak itu adalah perkara yang menyerlahkan kepimpinan beliau
dalam tempoh perkhidmatan. Bagi saya beliau ialah seorang yang
strategi menghadapi tempoh yang beliau disini tidak lama kerana
beliau telah dilantik sebagai pengarah JPN Pulau Pinang, sebagai
Pengarah Pendidikan Negeri. Beliau telah sempat pencen dengan
JUSA C sebagai pengarah JPN Pulau Pinang. Jadi maknanya
beliau telah berjaya jugalah dalam career, careernya berakhir
dengan kejayaan. JUSA C adalah penghormatan yang besar.
Penemubual Baiklah, terima kasih Dr atas segala perkongsian maklumat itu
sebentar tadi. Alhamdulillah, segala maklumat yang dikongsikan
kepada kami, akan kami gunakan dengan sepenuhnya dalam hasil
penulisan tugasan kami ini. Untuk makluman Dr, Insya-Allah hasil
penulisan kami ini akan dibukukan dalam bentuk penyelidikan
untuk dijadikan sebagai rujukan kepada pelajar-pelajar di IPG
Kampus Pendidikan Islam dan orang awam pada masa akan
datang. Kami rasa, itu sahaja untuk hari ini. Kami mohon maaf
sekiranya terkasar bahasa, tersalah kata, dan terguris rasa. Kami
berharap agar dapat bekerjasama dengan Dr pada masa akan
datang. Sekian, terima kasih.
2. Temubual bersama Puan Mahawa binti Pilus (Pensyarah di Jabatan Pengajian
Melayu IPGKPI)
Penemubual Asalamualaikum W.B.T. dan Selamat Sejahtera saya ucapkan
kepada Puan Mahawa selaku Ketua Unit Praktikum IPGKPI. Nama
saya ialah Nur Sakinah binti Anuar, pelajar S3T1.09 opsyen
Bahasa Melayu, elektif Sejarah. Pertama sekali, saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Mahawa kerana
sudi meluangkan masa untuk ditemubual bagi membantu saya
untuk mendapatkan serba sedikit maklumat berkaitan (Mantan
Pengarah IPGKPI iaitu Dato Osman). Untuk makluman puan, saya
akan melakukan rakaman bagi sesi temu bual ini untuk tujuan
rekod bukti terhadap penghasilan tugasan pentaksiran berterusan
kami iaitu SJHK3043 (Sejarah Lisan dan Penokumentasian). Oleh
itu, segala maklumat yang akan direkodkan dan dirakam adalah
sulit dan tidak akan digunakan selain dari kajian ini.
Penemubual Okay baiklah, saya teruskan sesi seterusnya dengan soalan
Puan Mahawa berkaitan mantan pengarah IPG Kampus Pendidikan Islam iaitu
Dato Osman. Jadi bolehkah puan menceritakan sedikit sebanyak
perkara yang puan tahu berkaitan dengan Dato Osman dari aspek
latar belakang dan peribadi beliau?
Okay, Dato Osman ni dia adalah pengarah ketiga yang saya
jumpa. Saya duduk sini daripada sebelum tu Ustaz Amin, lepastu
ada sorang lagi Ustaz Shuib dan kemudian Dato Osman. Dulu
panggil Haji Osmanlah sebelum dia dapat Dato Osman. Dato
Osman ni berbeza dengan yang lain ya, dia sangat berbeza namun
satu dia vokal em dia akan cakap sakit hati je kalau dengar eh.
Kalau dia marah dia akan marah habis, tapi dia baik hati, dia baik
hati eh sebenarnya. Ah, dia sangat aktif orang kokurikulum, dia
ustaz yang overall, dia ustaz sebenarnya. Dia ustaz saya tak tahu
dia ustaz eh, dia ustaz yang overall maksudnya dia sangat-sangat
em suka kalau dia tegur dia akan tegur dan dia cakap tu sangat
keras. Sangat keras ya. Tapi dia orang utara saya tak tau Penang
ke Kedah tapi ada perkara yang specialnya pasal dia ya.
Dia akan kat awak kalau awak tak betul dia akan marah direct ja.
Ya memang kasarnya awak, kalau cakap takut. Tapi dia cakap
yang betul, perkara yang baik ini ya ialah (batuk). Sorry. Contoh,
dia kata “ha engkau ni kena buat kerja macam ni” ya. (Batuk) Dia
suruh kita buat dan dia akan bagi you markah, saya rasa tak semua
orang akan buat macam dia (Batuk) sekejap (Batuk). Misalnya dia
kata “Sakinah, saya bagi awak cemerlang”. Orang tak nak, tak
semua oraang nak bagi orang cemerlang walaupun orang itu
cemerlang. Sebab bila bagi cemerlang kena buat laporan. Kenapa
Sakinah cemerlang, kena buat karangan, gini gini. Penat, jadi
janganlah bagi cemerlang. Kalau markah cemerlang 95, 96 bagi ja
95. Senang kerja tak payah buat laporan. Tetapi (Batuk) saya
jumpa dia “Awak mari sini! Aku bagi kau cemerlang”. Saya pun
terdiam, saya terdiamkan. Lepastu dia kata “Kau tau tak”, dia kata
“Aku, saya tulis pasal engkau buat karangan tau tidur sampai pukul
3 pagi”. Dia buat karangan 3 pagi. Maksudnya dia betul-betul tulis
supaya awak berjaya. Jadi saya adalah 15 orang yang terpilih
cemerlang. IPG terbanyak yang dapat ialah IPG kita sebabnya
pengarahnya rajin buat karangan (ketawa). Sakinah ni begini,
begini, begini sebab kalau kamu tak tulis tak dapat cemerlang. Jadi
15 orang yang tulis dapat cemerlang jadi saya pun kerana
cemerlang saya pun ditukarkan ke Ipohlah kan. Susahlah hati
saya, baik tak payah cemerlang duduk ja kat sini. Saya pindah dua,
setahun kat Ipoh. Kemudian kalau dia buat silap dia akan minta
maaf. Itu pengalaman peribadi saya dapat. “Mahawa, aku ni
pengarah”. Ah mengapa pula, mengapa Cik haji, “Aku nak minta
maaflah, aku ada buat silap dengan engkau” (ketawa). Dia direct
minta maaf “Aku minta maaflah”. Dia boleh cakap “Saya silap, saya
minta maaf”. Sebab ada orang melaporkan tak betul pasal saya
jadi lepas itu bila dia tahu, “Alamak, ish silaplah salah”. Jadi dia
telefon saya dia kata, dia buat silap. Itu susah nak jadi pada ketua
bila dia buat silapkan. Jadi dan dia, dia sangat rajin, sangat aktif,
dia jalan, ada sorang lagi pengarah Haji, saya ada banyak
pengarah di sini ada empat ke lima pengarah kat sini. Tapi Haji
Dato Osman dia aktif, sangat aktif, jalan ja sana-sini sekejap-kejap
dia check kita. Jadi macam tu la dia akan cabar.