The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENYELIDIKAN INI MERUPAKAN KAJIAN BERKAITAN SEJARAH PENUBUHAN ASAL IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM, KETOKOHAN MANTAN PENGARAH, DAN ALUMNI KELUARAN MAKTAB PERGURUAN ISLAM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 440-11-danial, 2022-05-12 21:25:30

NUKILAN MPI, IPIS & IPGKPI

PENYELIDIKAN INI MERUPAKAN KAJIAN BERKAITAN SEJARAH PENUBUHAN ASAL IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM, KETOKOHAN MANTAN PENGARAH, DAN ALUMNI KELUARAN MAKTAB PERGURUAN ISLAM

Keywords: SEJARAH IPG

Penemubual Err, Puan Mahawa?
Puan Mahawa
Penemubual Hello saya tukar line putus
Puan Mahawa
Penemubual Oh, faham puan

Puan Mahawa Okay, Sakinah ada lagi soalan?
Penemubual
Berdasarkan yang puan cerita berkaitan Dato Osman betul saya
Puan Mahawa dengar beliau seoranag yang berani dan lantang bersuara.
Walau bagaimanapun.

Betul

Walau bagaimanapun, beliau mempunyai peribadi yang em baik
dan ni la bersopan santun. Soalan seterusnya ialah berkaitan
perkhidmatan puan bersama beliau. Sewaktu puan berkhidmat
bersama beliau, apakah cabaran terbesar yang pernah puan serta
kaki tangan IPG lalui dalam memastikan IPGKPI terus unggul?

Okay, sewaktu saya berkhidmat dengan dia, dia datang eh dia
datang ke jabatan kami dan dia tengok bilik kami yang sangat
teruk, dengan wayar-wayar keluar semuakan, dengan apani
sangat teruklah macam stor. Dia kata “Ha, macam mana bilik awak
ni”. Jadi err, sehinggalah, tapi lepas itu saya dah tinggalkanlah
jabatan itu jabatan saya di bawah jabatan pendidikan, dia
mencabar kita supaya usaha lebih bagus, usaha lebih baik
sehingga kita orang berjaya melaksanakan satu program em PKPI
(Persidangan Kebangsaan Pendidikan Islam), saya jemput Menteri
masatu. Memang saya ketua urusetia dibawah beliau. Dia cabar
“Eh korangkan” dia cabar “tak boleh ke buat macam ni”. Kita orang
sahut cabarannya itulah yang paling, yang kita berjaya bawa IPG
kita ke satu tahap, masa tu susah nak buat. Sekarang ni online
senang, masa itu susah jadi kita berjaya mengumpulkan ramai
pembentang dan berjaya juga menyediakan satu seminar yang
besar. Peringkat kebangsaan yang kepada seluruh Malaysia
datang join bersama-sama. Saya tak ingat tahun berapa tapi
memang berjaya, saya ingat sangat berjayalah.

Penemubual Baiklah seterusnya soalan berkaitan dengan pengalaman manis
yang puan lalui. Mustahil sekiranya tidak ada pengalaman manis
yang pernah puan lalui sewaktu puan berkhidmat di bawah mantan
Pengarah kita iaitu Dato Osman. Oleh itu, bolehkah puan
menceritakan pengalaman manis yang pernah puan lalui sewaktu
berkhidmat bersama beliau? Mungkin dari aspek pencapaian dan
penglibatan puan di IPG?

Puan Mahawa Pengalaman manis ni sebenarnya, macam mana ya. Saya rasa
terkejutlah kerana dia sangat berani dan bersungguh-sungguh
mencalonkan pegawai-pegawai, staf-staf dia yang cemerlang.
Maksudnya kalau di tempat lain mungkin dia tak nak lah buat
sebab banyak kerja. Maksudnya dia cadangkan saya, bersama
dialah kali pertama IPG yang paling banyak mendapat kenaikan
pangkat ialah IPG Islam. Paling ramai daripada 27 IPG dan tempat
0.5 sahaja. Kita ada 15 orang yang dapat cemerlang maksud saya.
Jadi dia sangguplah mencalonkan dan berjuang. Maksudnya bila
kita calonkan, mereka akan menilai jadi dia mempertahankan 15
orang ini. Jadi sebab itu kita dapat 15 ya paling besar, orang lain
mungkin dapat 2, satu ipg 3 orang, 2 orang tapi IPG Islam 15 orang
di bawah Dato Osman dia bersedia untuk menjawab. Sebab Dato
Osman ini dia adalah seorang debater, seorang pendebat jadi dia
sangat cekap jawab, kita cakap macam ini, dia sangat pandai
berhujah. Dia debater, dia debat tu bukan calang-calanglah orang
yang hebat dalam bidang debat. Okay.

Penemubual Baiklah er, soalan seterusnya pula, bagaimana pula dengan
Puan Mahawa pencapaian terbesar yang pernah dicapai oleh beliau sewaktu
menjadi pengarah di IPG Kampus Pendidikan Islam? Seingat
puan.

Okay, seingat saya pencapaian terbesar ialah yang tu la tadi kita
berjaya kali pertama mengadakan persidangan kebangsaan
Pendidikan Islam. Itu satu, kemudian kita err kita juga berjaya, kita
pernahlah er kita ada program-program yang sangat mencabar err,
err. Dia tidak mahu ada ustazah-ustazah ni, kalau ustazah-ustazah
kan dia diam ja macam takut ja nanti kat sekolah semua kena buat.
Jadi dia berjaya menggerakkan pelajar-pelajar dan pensyarah-

Penemubual pensyarah untuk aktif. Macam kita buat persembahan, yang tu
paling besar saya rasa persembahan main muzik tradisional yang
menggunakan alat-alat muzik tradisionallah yang paling besar dia
buat. Di IPG Islam dan memang jadi bisinglah eh sebab IPG Islam,
tapi dia buat persembahan Islamic, muzik dalam Islam macamtu la
dia buat. Itu kejayaan yang dia buat bagi saya. Okay.

Baiklah, betul kata puan terlalu banyak err pencapaian yang kita
dapat lihat daripada err mantan pengarah kita iaitu Dato Osman.
Baiklah seterusnya kita berada pada soalan terakhir iaitu berkaitan
dengan mantan pengarah kita Dato Osman. Berdasarkan kepada
semua yang telah Dr eh puan sampaikan berkaitan Dato Osman
sebentar dari, adakah puan rasa hasrat dan impian beliau semasa
berkhidmat sebagai Pengarah IPGKPI telah tercapai pada masa
kini?

Puan Mahawa Em, ya saya rasa apa yang dia rencanakan, em pada masa dia kita
ada peralihan ya. Kita kalau sebelum ini ada yang err tidak aktif dia
akan cabar, dia kan orang selain dari pendebat dia bukan saja
pendebat tapi dia juga seorang yang hebat dalam kokurikulum.
Diab oleh, panjat dan kepala turun ke bawah ya ikut tali, dia bukan
main-main. Kita tengok dia buat persembahan sendiri depan kami.
Kita tengok sendiri bukan-bukan, dia buat di dataran gerko. Dia
sendiri panjat dari atas turun ke bawah dengan menggunakan tali.
Jadi err, jadi siapa yang lembik, lemah macam lemau ja kan semua
kena aktif eh. Kena pergi buat, maksudnya dia boleh, dia overalllah
eh dia boleh dari segi agama, dia boleh dari segi pendebat, dia
boleh dari segi kokurikulum dan dia juga sangat berani dan lantang
bersuara sebab itu dia dapat em jadi pengarah, selepas dia dari
IPG kita dia dinaikkan pangkat jadi Pengarah Pendidikan Pulau
Pinang. Jadi bukan sembarangan nak jadi tu bukan senang nak
dapat. Banyaklah dulu IPG Islam semua, tapi bila dia masuk
semua jadi aktif. Jadi begitulah.

Penemubual Baiklah dengan berakhirnya, eh dengan soalan tadi maka
berakhirlah sesi temu bual kita pada hari ini. Dengan itu terima
kasih Puan atas segala perkongsian maklumat itu sebentar tadi.
Alhamdulillah, segala maklumat yang dikongsikan kepada kami,

akan kami gunakan dengan sepenuhnya dalam hasil penulisan
tugasan kami ini. Untuk makluman puan, Insya-Allah hasil
penulisan kami ini akan dibukukan dalam bentuk penyelidikan
untuk dijadikan sebagai rujukan kepada pelajar-pelajar di IPG
Kampus Pendidikan Islam dan orang awam pada masa akan
datang. Kami rasa, itu sahaja untuk hari ini. Kami mohon maaf
sekiranya terkasar bahasa, tersalah kata, dan terguris rasa. Kami
berharap agar dapat bekerjasama dengan puan pada masa akan
datang. Sekian, terima kasih.

3.0 Bahan bergambar
3.1 Persidangan Kebangsaan Pendidikan Islam

3.2 Majalah En-Nur Edisi 22 tahun 2011

3.3 Temu bual bersama orang sumber
3.3.1 Puan Mahawa binti Pilus

3.3.2 Dr Abdullah bin Hamzah

3 LAMPIRAN ISI KANDUNG 4.0

Temubual Cikgu Haliza
Danial Hakimi: Bismillah, Assalamualaikum W.B.T kepada Cikgu Haliza dan lain-lain. Saya

perkenalkan diri. Nama saya Danial Hakimi dari S3T1.07 pengkhususan
Bahasa Melayu. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada Cikgu Haliza atas kesudian untuk meluangkan masa bagi
ditemubual untuk menjejak alumni MPI. Untuk pengetahuan Cikgu Haliza,
saya akan melakukan rakaman untuk sesi temubual ini bertujuan rekod bukti
terhadap penghasilan tugasan pentaksiran berterusan kami iaitu SJHK3043
(Sejarah Lisan dan Pendokumentasian). Oleh itu, segala maklumat yang
akan direkodkan dan dirakam adalah sulit dan tidak akan digunakan selain
dari kajian ini. Saya akan mulakan sesi soalan. Bagi soalan yang pertama,
bolehkah Cikgu Haliza memperkenalkan diri terlebih dahulu? Dipersilakan
Cikgu Haliza.

Cikgu Haliza: Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terima kasih kerana sudi
menjemput Cikgu untuk sesi temubual bagi tugasan kamu semua dari IPG
Kampus Pendidikan Islam. Nama penuh Cikgu ialah Puan Haliza binti Awi.
Cikgu lahir pada 13 Oktober pada tahun 1973. Sekarang umur Cikgu 49
tahun. Dilahirkan di Johor. Anak keempat daripada tujuh adik beradik.
Sekarang ini, Cikgu merupakan kaunselor. Cikgu mempunyai seorang
suami dan 5 orang anak. 4 perempuan dan 1 jejaka Malaya. Hobi Cikgu no,
Cikgu suka aktiviti-aktiviti luar seperti mendaki gunung, berjalan-jalan dan
sebagainya. Cita-cita Cikgu dulu, nak jadi polis wanita, nak jadi doktor, tapi
sekarang, Cikgu merupakan seorang guru. Tapi kalau bolehlah, cita-cita
Cikgu ialah menjadi seorang insan yang cemerlang dunia dan akhirat namun
tetap rendah diri.

Danial Hakimi: Wah! pengenalan Cikgu je pun dah sungguh menarik. Jadinya, boleh y akita
teruskan kepada soalan yang berikutnya. Boleh tak kami tahu serba sedikit
berkaitan masa belajar Cikgu Haliza ketika di MPI dahulu?

Cikgu Haliza: Kalau nak diceritakan, panjang. Oleh itu, Cikgu ringkaskan ya? Okay! Cikgu
masuk Maktab Perguruan Islam pada tahun 1992 dan Cikgu merupakan
lepasan SPM pada umur Cikgu 18/19 tahun macam tu. Dan Cikgu
merupakan orang yang termuda pada ketika itu. Pada waktu itu, kita panggil
Sijil Perguruan. Cikgu ambil pengkhususan Pendidikan Awal Kanak-kanak
(PAKK). Dan disebabkan Cikgu paling muda dan aktif dahulu, Cikgu dilantik

sebagai ketua kuliah dan merupakan satu-satunya ketua kuliah perempuan
pada ketika itu kerana ketua kuliah kelas lain semuanya lelaki. Cikgu aktif
dahulu dalam syarahan. Syarahan antara maktab dalam Bahasa Inggeris.
Cikgu juga aktif dalam St. John Ambulans. Dan Cikgu merupakan pemain
bola baling maktab. Juga, disebabkan suara sedap, Cikgu sering dipanggil
untuk menjadi pengacara majlis dan merupakan wakil nasyid maktab.
Kemudian, disebabkan setiap kali peperiksaan, Cikgu berjaya mendapat
markah yang terbaik, jadinya Cikgu sering dipanggil untuk menjadi
pembentang modul di maktab. Dan diakhir tahun 1994, Cikgu dinobatkan
sebagai pelatih cemerlang kokurikulum. Sepanjang berada di MPI, banyak
perkara yang kita pelajari. Selepas tamat pengajian, Cikgu dihantar untuk
mengajar di Sk Ayer Itam, Pulau Pinang. Dalam pada tahun 1995 itu,
semasa mengajar, Cikgu juga mengambil peperiksaan STPM. Dan Cikgu
sambung pengajian di UKM dengan pengkhususan psikologi komunikasi
dan sehinggalah ke hari ini Cikgu menjadi kaunselor. Jadinya, tiadalah lagi
Cikgu mengajar murid-murid prasekolah.

Danial Hakimi: Panjang perjalanan Cikgu dalam menempuh tempoh pengajian. Baiklah,
kita pergi kepada soalan yang berikutnya. Sepanjang Cikgu Haliza bergelar
sebagai guru di sekolah, ada tak sebarang keterlibatan Cikgu Haliza yang
melibatkan program luar?

Cikgu Haliza: Kalau nak kira, memang banyak program luar yang Cikgu terlibat. Sebabnya,
Cikgu dah terlibat dengan dunia pendidikan sehingga sekarang ialah 27
tahun lamanya. Tapi, Cikgu senaraikan apa yang Cikgu ingat ya. Satu,
Cikgu merupakan salah seorang ahli kumpulan Smart Support Team.
Jadinya, kumpulan ni merupakan kumpulan kaunselor yang memberikan
kaunseling kepada mangsa-mangsa bencana alam. Kemudian, Cikgu juga
merupakan pembina modul kecemerlangan bagi UPSR dan SPM. Jadinya,
Cikgu merupakan penceramah bagi Pembina modul kemerlangan SPM
sekarang sebab UPSR sudah dimansuhkan. Cikgu juga merupakan
penyelaras Patrol Denggi peringkat kebangsaan. Yang mana, Patrol Denggi
ini kumpulan yang menghebahkan bahayanya denggi kepada masyarakat
luar. Cikgu juga merupakan pengacara majlis di peringkat daerah, negeri
dan kebangsaan. Cikgu juga terlibat dengan program-program yang
dianjurkan oleh NGO-NGO. Cikgu juga merupakan pembentang amalan
terbaik kaunseling. Maksudnya, sekiranya Cikgu ada inovasi baru dalam

kaunseling, maka Cikgu akan bentangkan sehingga ke peringkat
kebangsaan. Kemudian, Cikgu juga merupakan jurulatih utama pembimbing
rakan sebaya sehingga ke peringkat kebangsaan. Cikgu juga merupakan
jurulatih utama psikometrik di peringkat kebangsaan. Dan, Cikgu suka
membaca. Oleh itu, Cikgu telah dijemput untuk menulis beberapa artikel
dalam Berita Harian Didik dan terdapat satu atau dua artikel yang telah
diterbitkan dalam Majalah e-baca daripada Syarikat Karang Kraf. Cikgu juga
merupakan pengamal kepada Finger Print Analysis dan Art Therapy. Cikgu
juga terlibat dengan kem kepimpinan dan waja diri bagi murid yang
bermasalah serius dalam tatatertib salahlaku murid. Jadinya, itu sahaja yang
Cikgu dapat ceritakan setakat ini.

Danial Hakimi: Wah! Banyak juga program yang Cikgu terlibat secara langsung. Memang
tepat pilihan saya untuk memilih Cikgu bagi temuduga kali ini. Jadinya, kita
pergi kepada soalan yang berikutnya. Sepanjang Cikgu Haliza mengajar,
ada tak Cikgu Haliza mencapai sebarang pencapaian?

Cikgu Haliza: Okay! Bercerita tentang pencapaian, kita tidak mengharapkan sebarang
ganjaran. Bagi Cikgu, Cikgu galas suatu tugasan itu dengan penuh rasa
tanggungjawab dan Amanah. Dan Cikgu juga nak semua orang rasa puas
hati dengan hasil Cikgu sendiri. Objektif semua tercapai. Itulah yang Cikgu
nak apabila kita melakukan sesuatu tugasan ataupun kerja. Jadinya, apabila
kita tidak mengharapkan ganjaran, orang akan melihat daripada jauh
tentang peribadi kita, karakter kita bagaimana, cara kita. Jadinya, jika nak
bercerita tentang pencapaian sepanjang Cikgu mengajar, ada lah beberapa
pencapain yang telah Cikgu terima. Yang pertama, Cikgu dinobatkan
sebagai ikon cemerlang guru bimbingan dan kaunseling negeri Perak.
Anugerah yang tertinggi ialah anugerah Intergriti Negeri Perak. Intergriti
maksudnya anugerah ini diberikan kepada guru-guru yang berintergriti tinggi
dari pelbagai skop. Maksudnya, nampaklah kat situ bahawa bukan calang-
calang orang yang boleh dapat anugerah ini. Kemudian, sebagai seorang
guru, Cikgu telah menerima tiga kali anugerah perkhidmatan cemerlang dari
tahun 2002, 2014, dan 2017. Kemudian, Cikgu juga telah diberikan
anugerah pembentang amalan terbaik kaunseling peringkat kebangsaan
sebanyak 3 kali dari tahun 2014, 2015 dan 2017. Itu sahaja anugerah yang
tertinggi Cikgu terima. Tak banyak, tapi Cikgu amat hargai apa yang yang
orang beri kepada kita.

Danial Hakimi: Hebatnya Cikgu Haliza sehinggakan menjuarai pelbagai anugerah 3 kali
pula itu! Memang benar Cikgu Haliza seorang yang aktif. Jadinya, kita pergi
kepada soalan yang berikutnya. Sepanjang Cikgu Haliza menerima pelbagai
pencapaian semasa menjadi guru, pernah tak Cikgu Haliza rasa terdapat
cabaran dalam mengecapi sesuatu kejayaan itu? Bolehkah Cikgu Haliza
ceritakan sekiranya ada cabaran itu.

Cikgu Haliza: Sejujurnya, semua tugas ada cabarannya. Walaupun tidak bekerja, sudah
pasti ada cabarannya. Pada Cikgu, komitmen daripada rakan-rakan dalam
mengendalikan program. Apabila kita membuat sesuatu program, kita nak
komitmen daripada mereka semua untuk menjayakan program. Yang
kedua, cabaran yang paling mencabar bagi Cikgu ialah apabila adanya
perubahan sesuatu perkara pada saat-saat akhir. Sebabnya, Cikgu tidak
suka kerja yang mesti dibuat pada saat-saat akhir. Biasanya, daripada awal
sehinggalah ke akhir perjalanan program itu, walaupun sekecil zarah, kita
dah tahu bagaimana perjalanan suatu program itu berlangsung. Tapi, kalau
terdapatnya perubahan pada saat-saat akhir, perkara itu yang mencabar
untuk kita menyusun semula jadual yang dirancang. Kemudian, apabila kita
buat sesuatu program, sebagai penyelaras, kita kadang-kadang kena
berfikir bagaimana untuk kita mendapatkan sumber kewangan kita. Sama
ada kita minta sumbangan daripada orang luar, sumbangan daripada pihak
PIBG, ataupun ambil dari mana-mana pun sumber tersebut, kita mesti cari
kewangan bagi menjayakan program kita itu. Jadinya, bila kita nak mencari
sumber kewangan dari orang luar, macam mana kita nak buat. Apa
pandangan masyarakat luar. Kita nak minta duit ini. Jadinya, pelabagi
tanggapan masyarakat nanti kepada kita dan pihak sekolah. Jadinya, kita
kena positifkan tanggapan itu. Kemudian, dari segi tahap kesihatan pula.
Kadang kita nak buat sesuatu program itu, kesihatan kita terjejas. Itu juga
merupakan suatu cabaran kepada kita. Tapi, apa-apa pun cabaran yang ada
dan datang, Cikgu ni lebih kepada berfikir bahawa ianya merupakan
cabaran yang membina diri kita. Cabaran-cabaran itu sebagai perangsang
dan motivasi kepada diri kita untuk lebih berjaya. Itu yang kita nak. Jadinya,
cabaran itu Cikgu angap sebagai titik tolak kepada diri kita agar lebih
berjaya. Dan kita akan menjadi lebih matang. Itu semua kita belajar.
Sebabnya, bagi Cikgu, setiap hari, setiap jam, kita belajar. Tidak kiralah
daripada siapa yang kita dapat. Tapi yang paling penting, kita semua ada

24 jam. Jadinya, bagaimana kita nak uruskan masa kita dengan sebaik
mungkin. Sebabnya kita akan tertanya-tanya kenapa orang yang berjaya
boleh berjaya dalam kehidupan dia. Orang yang berjaya itupun mempunyai
24 jam sama seperti kita. Jadinya, kenapa orang lain boleh berjaya tetapi
kita tidak boleh. Renung-renungkan. Jadinya, bagaimana kita nak uruskan
masa sahaja. Jadinya, apa-apa cabaran, memang ada, tapi kita kena redah
sahaja.

Danial Hakimi: Saya setuju dengan kata puan. Kita kena harungi jua walaupun liku-liku itu
menyebabkan kesukaran kepada diri kita. Jadinya Cikgu, kita teruskan
kepada soalan yang seterusnya. Sokongan orang belakang juga merupakan
satu aspek kepada kejayaan kita juga. Oleh itu, kami juga ingin tahu
seandainya kejayaan Cikgu Haliza dari dahulu hinggalah kini juga bukan
sahaja atas kudrat diri bahkan mempunyai sokongan yang kuat di belakang
Cikgu Haliza. Boleh tak ceritakan serba sedikit siapa penyokongnya?

Cikgu Haliza: Okay! Bagi Cikgu, yang pertama sekali ialah Allah S.W.T. Sebab Cikgu
percaya kepada janji-janji Allah yang pasti. Dia kata, sekiranya kita usaha,
Insya-Allah ada jalan dan ada ganjaran. Itu janji Allah. Maka, percaya
kepada itu. Jadi, kalau kita memudahkan tugas orang, orang akan
memudahkan tugas kita. Yang kedua, ada pada diri sendiri. Suisnya ada
pada kita. Petik sahaja hati kita. Motivasikan hati kita. Insya-Allah, walaupun
orang kata perkara yang kita lalui itu mencabar, mustahil untuk dibuat. Tapi
kalau kita petik hati kita, kita yakin boleh, Insya-Allah kita boleh buat.
Jadinya, dorongan pada diri. Yang ketiga, sudah pastinya sokongan dari
suami dan anak-anak. Bagi Cikgu, Cikgu nak anak-anak Cikgu tengok diri
Cikgu ni dan mereka jadikan Cikgu sebagai model kepada mereka. Jadi,
apabila mereka belajar, apa-apa pun pengkhususan itu, kita mesti teruskan
juga. Bagi Cikgu sendiri, selepas kahwin, dah bekerja, Cikgu belajar untuk
mendapatkan segulung ijazah. Jadinya, Cikgu nak anak-anak Cikgu tengok
bahawa ummi mereka ini adalah model yang terbaik bagi mereka. Yang
seterusnya, sudah pastilah rakan sejawatan dan majikan. Kejayaan kita
pada hari ini, bukan kejayaan kita seorang akan tetapi sokongan daripada
rakan sekerja dan majikan. Ada manusia yang berjaya tapi mesti ada
komitmen daripada rakan-rakannya juga. Yang lain, masyarakat juga
menjadi asbab kepada kejayaan kita pada hari ini. Masyarakat kenal kita,
masyarakat sokong kita, itu lah petanda kepada kejayaan kita sehingga ke

hari ini kerana sokongan mereka. Itulah penghargaan yang memberikan
motivasi kepada diri kita supaya menjadi lebih hebat dan hebat lagi pada
masa akan datang.

Danial Hakimi: Baik Cikgu. Terima kasih atas perkongsian Cikgu. Kita sudah sampai ke
penghujungnya. Jadinya dengan berbaik satu soalan, kita teruskan dengan
soalan yang berikut. Jadinya kami ingin tahu hasrat Cikgu Haliza terhadap
pencapaian diri pada masa akan datang. Dipersilakan Cikgu Haliza.

Cikgu Haliza: Hasrat Cikgu sekarang ialah agar kesihatan Cikgu dalam keadaan yang
baik. Dan Cikgu juga masih boleh menghulurkan bantuan kepada mereka-
mereka yang memerlukan bantuan, Insya-Allah. Dan bagi Cikgu, biarkah
setiap hari motivasi Cikgu ini lebih hebat dan jadi lebih hebat supaya dapat
bantu diri untuk bantu orang lain dan melimpahkan kasih sayang kepada
orang lain. Jadinya itu sahaja Cikgu rasa lah hasrat Cikgu.

Danial Hakimi: Jadi, Alhamdulillah, soalan pun dah habis. Saya buka soalan kepada
Sakinah dan Hazliezah untuk bertanyakan soalan tambahan sekiranya ada.

Sakinah: Alhamdulillah, setakat ini saya tiada soalan. Seronok dengar perkongsian
cerita daripada Puan Haliza.

Cikgu Haliza: Terima kasih Sakinah!

Danial Hakimi: Baik, terima kasih Cikgu Haliza atas segala perkongsian maklumat itu
sebentar tadi. Alhamdulillah, segala maklumat yang dikongsikan kepada
kami, akan kami gunakan dengan sepenuhnya dalam hasil penulisan
tugasan kami ini. Untuk makluman Cikgu Haliza, Insya-Allah hasil penulisan
kami ini akan dibukukan dalam bentuk penyelidikan untuk dijadikan sebagai
rujukan kepada pelajar-pelajar di IPG Kampus Pendidikan Islam dan orang
awam pada masa akan datang. Kami rasa, itu sahaja untuk hari ini. Kami
mohon maaf sekiranya terkasar bahasa, tersalah kata, dan terguris rasa.
Kami berharap agar dapat bekerjasama dengan Cikgu Haliza pada masa
akan datang. Sekian, terima kasih.


Click to View FlipBook Version