LAPORAN LATIHAN INDUSTRI
OLEH
NUR SUHAILA IZALILA BINTI MOHD YUNUS
DI
TABUNG HAJI KL SENTRAL
ARAS BAWAH& ARAS 1, MENARA TH SENTRAL
BLOK D PLAZA SENTRAL JALAN STESEN SENTRAL 5
Buku laporan ini dikemukan kepada Jabatan Perdagangan sebagai memenuhi
sebahagian dari syarat penganugerahan Diploma Kewangan dan Perbankan Islam
POLITEKNIK SEBERANG PERAI
SESI DISEMBER 2019
POLITEKNIK SEBERANG PERAI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
LAPORAN LATIHAN INDUSTRI
SESI DISEMBER 2019
TABUNG HAJI KL SENTRAL
Disediakan Oleh:
NAMA: NUR SUHAILA IZALILA BINTI MOHD YUNUS
NO.PENDAFTARAN: 10DIB17F1031
PROGRAM: DIPLOMA KEWANGAN DAN PERBANKAN ISLAM
PENGHARGAAN
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah,
bersyukurnya saya kehadrat illahi dengan limpah kurnianya memberikan saya kesempatan
bagi menyiapkan tugasan laporan industri ini dengan dilaksanakan mengikut prosedur-
prosedur yang telah ditetapkan dan dapat juga saya menamatkan latihan industri dengan
jayanya sepanjang tempoh 14 minggu bermula dari 9 Disember 2019 sehingga 17 Mac 2020
di Tabung Haji di KL Sentral.
Saya merakamkan ribuan terima kasih kepada Pengarah Negeri, Haji Mohammad Bin
Abas kerana memberi peluang kepada saya untuk menjalani Latihan Industri di Pejabat beliau
dan tidak ketinggalan juga kepada seluruh kakitangan THWP yang banyak memberikan tunjuk
ajar dan bimbingan kepada saya tentang perjalanan operasi tabung haji yang selama ini
kurang saya ketahui. Ia mengajar saya tentang betapa pentingnya perhubungan di dalam
kumpulan ketika menjalankan tugas dengan wujudnya semangat berkumpulan.
Segala latihan yang saya peroleh mungkin tidak dapat saya kutip tanpa kerjasama
yang baik daripada seluruh kakitangan. Terima kasih kepada semua warga kerja Tabung Haji
Wilayah Persekutuan kerana sanggup meluangkan masa untuk memberi tunjuk ajar walaupun
sibuk menjalankan tugas harian. Ucapan terima kasih sekali lagi kepada Haji Mohammad Bin
Abas selaku Pengarah Negeri serta Haji Abdul Halim Bin Domat selaku. Eksekutif
pentadbiran/haji. Segala nasihat dan tunjuk ajar yang telah diberikan oleh semua warga kerja
THWP akan saya jadikan pedoman dan manfaatkan sebaik mungkin. Semoga segala ilmu
diberikan memperoleh keberkatan dari Allah S.W.T . Beribu kemaafan turut saya pohonkan
sekiranya terdapat kesilapan sepanjang saya menjalani latihan industri di sini.
i
Di sini juga saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih yang
tidak terhingga kepada pihak pengurusan latihan industri Politeknik Seberang Perai
khususnya pensyarah-pensyarah Kewangan dan Perbankan Islam yang banyak membantu
dalam hal-hal berkaitan dengan pelajar.
Bagi menyiapkan tugasan laporan Latihan Industri ini yang menliputi kerja-kerja harian
semasa praktikal dimana telah dilaksanakan semasa menjalani Latihan Industri selama empat
bulan. Setiap tugasan adalah dibawah pemerhatian penyelia dan eksekutif pentadbiran/haji
iaitu Haji Abdul Halim Bin Domat yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu kerja dan
tugasan yang diberikan dalam masa telah ditetapkan.
Saya berharap agar kerjasama dan sokongan yang telah diberikan akan membuahkan
hasil di masa hadapan dengan harapan akan beroleh kejayaan.
ii
ISI KANDUNGAN
PENGHARGAAN MUKA SURAT
ISI KANDUNGAN i-ii
iii-iv
SENARAI JADUAL v
vi
SENARAI RAJAH 1
1-3
BAB 1 PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI 3
3-4
1.1 PENGENALAN 4
5-6
1.2 LATAR BELAKANG ORGANISASI 7
7-15
1.2.1 pengenalan organisasi 15-16
17
1.2.2 logo tabung haji 18-27
28
1.2.3 latar belakang penubuhan 28-29
29
1.2.4 ahli lembaga pengarah 30
31
1.2.5 aktiviti organisasi 32
33
1.2.6 halatuju organisasi 34-35
36
1.2.7 carta organisasi 36
36
BAB 2 RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI 37
BAB 3 LAPORAN TEKNIKAL (BAHAGIAN PENTADBIRAN)
3.1 TUJUAN KAWALAN KUNCI KESELAMATAN
3.2 LAMPIRAN 1 BUKU DAFTAR INDUK KUNCI PEJABAT
3.3 LAMPIRAN 2 BUKU DAFTAR PERGERAKAN KUNCI
3.4 LAMPIRAN 3 BORANG AUDIT KUNCI KESELAMATAN
3.5 LAMPIRAN 4 BORANG AKUAN PENERIMAAN ANAK KUNCI
3.6 LAMPIRAN 5 BORANG AKUAN PENYERAHAN ANAK KUNCI
3.7 PROSES MEMBUAT TAGGING KUNCI PEJABAT
3.8 KUNCI PENDUA
3.9 KEHILANGAN KUNCI KESELAMATAN
3.10 PENUTUP
BAB 4 LAPORAN TEKNIKAL (BAHAGIAN HAJI)
iii
4.1 TUJUAN HAJI 37
4.2 PROSES PERMULAAN MENGURUSKAN HAJI 38-39
4.3 KURSUS ASAS HAJI DI MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN 40
4.4 KESIMPULAN 40
BAB 5 41
5.1 LAPORAN TEKNIKAL (BAHAGIAN PEMASARAN) 41
5.2 TUJUAN PEMASARAN 42-43
5.3 AKTIVITI PEMASARAN 43
BAB 6 KESIMPULAN 44-45
BAB 7 46
7.1 KESIMPULAN KESELURUHAN LAPORAN 46-49
7.2 KOMEN DAN CADANGAN 49-51
KOMEN TERHADAP ORAGNISASI 51
CADANGAN UNTUK ORGANISASI
RUJUKAN
iv
JADUAL SENARAI JADUAL MUKA SURAT
1.2.4 ahli Lembaga pengarah 7
1.2.7 carta organisasi 17
3.2 LAMPIRAN 1 BUKU DAFTAR INDUK KUNCI PEJABAT 29
3.3 LAMPIRAN 2 BUKU DAFTAR PERGERAKAN KUNCI 30
3.4 LAMPIRAN 3 BORANG AUDIT KUNCI KESELAMATAN 31
3.5 LAMPIRAN 4 BORANG AKUAN PENERIMAAN ANAK KUNCI 32
3.6 LAMPIRAN 5 BORANG AKUAN PENYERAHAN ANAK KUNCI 33
v
RAJAH SENARAI RAJAH MUKA SURAT
3.7 PROSES MEMBUAT TAGGING KUNCI PEJABAT 34-35
4.2 PROSES PERMULAAN MENGURUSKAN HAJI 38-39
4.3 KURSUS ASAS HAJI DI MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN 40
5.2 AKTIVITI PEMASARAN 42-43
vi
BAB 1: PENGENALAN DAN LATAR
BELAKANG ORGANISASI
1.1 PENGENALAN
Latihan industri merujuk kepada penempatan pelajar di sesebuah organisasi
untuk menjalankan latihan praktikal yang diselia dalam industri yang dipilih, sama ada
di luar ataupun di dalam Negara, dalam jangka masa yang ditetapkan sebelum
mereka dianugerahkan Sijil, Diploma.
Maka dengan itu,Latihan industri merupakan sebahagian daripada kursus
wajib yang perlu diambil oleh semua pelajar Politeknik Seberang Perai, Penang.
Setiap pelajar diwajibkan menjalani latihan industri selama satu semester sebelum
diploma. Latihan industri ini dilakukan selama 14 minggu difirma yang telah dipilih.
Tujuan sebenar latihan industri ini adalah bagi menyediakan para graduan
yang bersedia dan berkemampuan untuk menghadapi kerjaya sama ada dalam
bidang akademik mahupun bukan akedemik dengan semangat penampilan
profesionalisme yang tinggi.. Latihan industri ini juga akan memberi peluang kepada
para pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran akademik
1
pekerjaan yang sebenar. Di samping itu, para pelajar juga dapat menimba
pengalaman dan pengetahuan yang boleh dimanfaatkan untuk memilih pekerjaan
yang sesuai selepas tamat pengajian kelak.
Objektif laporan latihan industri untuk menyatakan sebagai bukti bahawa
pelajar telah menjalani latihan industri mengikut jangka waktu yang telah ditetapkan.
Ia juga digunakan untuk mencatatkan segala aktiviti semasa menjalani latihan
industri. Seterusnya, dapat membuktikan bahawa pelajar itu memahami dan
menghayati sesuatu kerja yang dibuat semasa latihan industri. Akhir sekali, ia boleh
dijadikan sebagai rujukan selepas menjalani latihan industri di firma selepas tamat
menjalani pengajian di Politeknik.
Diantara kepentingan program latihan industri adalah untuk mendedahkan
pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar dan teknologi terkini serta pengetahuan
terbaharu di pasaran. Selain itu, mendedahkan pelajar kepada amalan spesifik dalam
bidang pengkhususan masing-masing dan mempertingkatkan pengetahuan,
kemahiran (terutamanya kemahiran insaniah) serta pengalaman pelajar dengan
organisasi. Disamping itu, dapat melahirkan graduan yang berkompeten sekaligus
mempertingkatkan peluang pekerjaan dan merapatkan jaringan antara pihak
Politeknik Sebrang Perai (PSP) dengan industri.
Seterusnya, membantu meningkatkan kemahiran social pelajar. Pelajar telah
menjalani latihan industri di Tabung Haji KL Sentral. Sepanjang tempoh latihan,
pelajar dedahkan pelbagai aktiviti- aktiviti dalam bidang tugas, walaupun bidang tugas
tidak dilakukan oleh pelajar atas sebab tujuan keselamatan, pelajar tetap diberi
penerangan dan tunjuk ajar yang jelas dan cukup berguna sebagai pengetahun am.
Selain itu, pelajar dapat mempelajari corak pentadbiran dan pengurusan. Selain
didedahkan dengan persekitaran kerja yang sebenar dan dapat mempelajari
kemahiran social seperti komunikasi dan hubungan sosial.
2
Dalam pada itu juga, dengan mengikuti Latihan industri pelajar dapat men
baiki kelemahan diri sendiri untuk lebih maju dan berfikiran secara rasional dalam
menangani masalah yang telah diberikan oleh majikan. Para pelajar dengan
sendirinya dapat menanamkan semangat produktiviti terhadap cabaran serta
rintangan yang bakal dihadapi
Di akhir latihan industri, pelajar di harap dapat mencapai objektif dan
memanfaatkan segala ilmu yang dipelajari dalam menghadapi cabaran era
globalisasi dunia hari ini yang semakin mencabar.
1.2 LATAR BELAKANG ORGANISASI
1.2.1 Pengenalan organisasi
Tabung Haji Wilayah Persekutuan terletak di Kuala Lumpur iaitu di Bangunan
Malakoff juga dikenali di bangunan Plaza Sentral dan bersebelahan dengan pusat
membeli-belah NU Sentral. Di menara TH ini, pejabat Tabung Haji ditempatkan di
tingkat bawah dan satu. Disamping itu, terdapat juga badan-badan kerajaan dan
swasta yang menyewa di bangunan ini. Saya telah memilih tempat ini sebagai tempat
untuk menjalani latihan industri selama empat belas (14) minggu dari 9 Disember
2019 sehingga 17 Mac 2020.
3
1.2.2 logo tabung haji
4
1.2.3 latar belakang penubuhan
Sebelum penubuhan Lembaga Tabung Haji, tiada institusi kewangan Islam
yang dapat memberi perkhidmatan kepada umat Islam di Malaysia untuk menyimpan
wang bagi menanggung kos perbelanjaan menunaikan haji. Walaupun ketika itu
sudah wujud beberapa buah bank, umat Islam di negara ini enggan menabung
dengan perbankan konvensional untuk tujuan mengerjakan ibadat haji kerana
mereka mahu memastikan tabungan mereka bebas dari sebarang unsur dan amalan
riba agar haji yang diperoleh merupakan Haji Mabrur.
Idea bagi penubuhan Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji
(PWSBH) tercetus hasil cadangan tokoh ekonomi Melayu terkenal iaitu Profesor
DiRaja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid pada Disember 1959 kepada
Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.
Langkah pertama ke arah itu diambil dengan penubuhan PWSBH di bawah
Undang-undang No. 34, 1962, pada tahun 1963. Perbadanan itu adalah di bawah
bidang kuasa Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
Mulai 30 September 1963, PWSBH melakar sejarah dengan membuka
kaunter menerima tabungan daripada bakal haji. Umat Islam Malaysia mula dididik
untuk membuat tabungan sejak usia untuk membuat tabungan dengan organisasi
patuh syariah sebagai persiapan menunaikan haji.
TH merupakan sebuah badan berkanun yang ditubuhkan oleh Kerajaan
Malaysia pada tahun 1963 dan ditadbir berdasarkan Akta Tabung Haji 1995 (Akta
535). TH menyediakan kemudahan bagi umat Islam di negara ini menyimpan wang
untuk mengerjakan haji.
5
TH mempunyai lebih 50 tahun pengalaman dalam perkhidmatan simpanan,
haji dan pelaburan. Sebagai sebuah institusi haji terunggul negara, TH berusaha
untuk mengukuhkan ekonomi umat Islam Malaysia dengan memanfaatkan dana dan
sumber sedia ada.
TH komited memberi perkhidmatan cemerlang dan memuaskan kepada
semua Jemaah Haji Malaysia. Pencapaian TH yang konsisten telah mendapat
pengiktirafan dunia sebagai model pengurusan haji inovatif.
TH mempunyai lebih daripada 9 juta pendeposit dan 125 cawangan dengan
lebih 10,000 'touch-points' di seluruh negara. TH juga mempunyai sebuah pejabat
yang beroperasi di Jeddah, Arab Saudi di bawah Konsulat Malaysia.
6
1.2.4 Ahli lembaga pengarah
1.2.5 Aktiviti organisasi
Setiap organisasi secara dasarnya mempunyai operasi yang telah ditetapkan
bagi melancarkan jalan kerja setiap unit dengan berpandukan fungsi-fungsi
tersendiri seperti Pembukaan akaun dan penutupan akaun TH, Pendaftaran haji,
Mendeposit wang dan pengeluaran wang, Penghantaran wang ke akaun lain,
Penamaan, Pusaka boleh di buat di kaunter.
7
1.Pembukaan Ahli Baru
•Simpanan pembukaan RM10.00
•Dokumen pengenalan diri yang sah
2.Akaun Dewasa
•Berumur 17 tahun ke atas
3.Akaun Kanak-Kanak
•Di bawah umur 17 tahun mengikut tarikh lahir
•Penjaga adalah tertakluk kepada Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991
•Penjaga adalah pendeposit TH
•Penjaga perlu membawa sijil lahir / MyKid kanak-kanak tersebut
4.Simpanan ( Tiada Had Simpanan)
•Tunai dalam Ringgit Malaysia (RM)
•Bukan Tunai - Cek, Bank Draft, Bankers' Check
5.Pengeluaran
•Had maksimum tunai RM10,000 tunai sahaja
•Had pengeluaran melebihi RM10,000 boleh dilakukan di TH Negeri dan Ibu
Pejabat TH sahaja melalui pindahan telegrafik
8
6.Pendaftaran Haji
•Untuk mendaftar haji,
-Pendeposit perlu mempunyai minima RM1,300 di dalam akaun, atau;
-Pendeposit yang mempunyai simpanan KWSP dalam Akaun 1 sekurang-
kurangnya RM1,300.00 dan sila bawa bersama salinan penyata KWSP anda yang
terkini ke kaunter untuk mendaftar haji.
7.Kaunter Mudah Alih
-Selain itu juga, TH juga menawarkan perkhidmatan kaunter mudah alih (Mobile
Counter). Perkhidmatan Mobile Counter pada 1 Julai 2007. Ianya bertujuan
memudahkan pelanggan berurusan dengan TH di lokasi tertentu seperti ekspo,
kilang, pejabat, sekolah dan sebagainya.
-Konsep ini bertepatan dengan moto "Pendeposit Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan" yang mementingkan keperluan pendeposit. Melalui perkhidmatan ini
pelanggan dapat berurusan dengan TH tanpa perlu datang ke kaunter TH, Bank
Islam, Bank Rakyat dan Maybank.
Aktiviti unit haji daripada Program Pembangunan Jemaah Haji Malaysia.
Bertanggungjawab untuk menyelaras dan menyediakan modul bimbingan haji
bersepadu melalui kursus berikut :
1.Kursus Asas Haji
2.Kursus Intensif Haji
3.Kursus Khas Haji
4.Kursus Perdana Haji
9
KURSUS-KURSUS HAJI
I. Kursus Asas Haji (KAH)
Kursus haji peringkat pertama yang akan diikuti oleh bakal jemaah haji sebelum
berangkat ke Tanah Suci. Diadakan bermula dari bulan Rabiul Awwal sehingga
Jamadil Akhir pada setiap tahun. Kursus diadakan pada setiap hujung minggu
iaitu 2 jam bagi setiap siri.
Kursus Asas Haji ini diadakan di masjid-masjid pilihan di seluruh negeri dengan
kerjasama antara Tabung Haji dan jawatankuasa masjid berkenaan (Jabatan
Agama Islam Negeri). Modul kursus merangkumi pendedahan asas tajuk-tajuk
berkaitan Ibadat Haji, Kesihatan dan Pengurusan Haji di Tanah Air dan Tanah
Suci.
Peserta kursus tidak dihadkan kepada jemaah haji yang terpilih pada tahun
semasa sahaja bahkan penyertaan dibuka kepada orang ramai yang berminat
untuk mempelajari hal ehwal ibadat haji dan umrah. Peserta perlu mendaftar di
masjid-masjid yang terlibat menganjurkan kursus ini.
II. Kursus Intensif Haji (KIH)
Kursus haji peringkat kedua yang akan diikuti oleh bakal jemaah haji sebelum
berangkat ke Tanah Suci. Diadakan dalam bulan Rejab dan Sya'aban pada setiap
tahun.
Kursus diadakan selama 2 hari. Penekanan yang diberikan semasa kursus ini
lebih kepada praktikal ibadat haji dan umrah serta ulangkaji ibadat. Modul juga
merangkumi Ibadat haji, Penjagaan Kesihatan dan Pengurusan haji di Tanah Air
dan Tanah Suci.
10
Hanya bakal jemaah haji yang terpilih pada tahun semasa akan dijemput
menghadiri kursus ini oleh Pejabat TH Negeri atau Daerah.
III. Kursus Khas Haji (KKH)
Kursus haji ini adalah lanjutan kepada Kursus Intensif Haji. Diadakan selepas
Kursus Intensif Haji. Tempoh kursus adalah selama 1 hari. Penekanan yang
diberikan semasa kursus ini adalah latih tubi praktikal ibadat dalam kelompok kecil
dan lebih khusus.
Peserta kursus adalah terdiri daripada mereka yang mendapat markah 39% dan
ke bawah dalam ujian kefahaman ibadat Kursus Intensif Haji dan mereka yang
terpilih di saat akhir.
Pejabat TH Negeri atau Daerah akan mengeluarkan surat jemputan kepada bakal
jemaah haji yang terlibat.
IV. Kursus Perdana Haji (KPH)
Kursus haji peringkat akhir yang akan diikuti oleh bakal jemaah haji sebelum
berangkat ke Tanah Suci. Diadakan dalam bulan Syawal disetiap negeri. Kursus
ini akan mengumpulkan bakal jemaah haji dari seluruh daerah bagi setiap negeri.
Kursus ini diadakan selama 1 hari. Penekanan yang diberikan semasa kursus ini
lebih kepada praktikal ibadat haji dan umrah dalam kelompok jemaah yang lebih
11
ramai. Ia melibatkan aktiviti bermabit dan melontar pada waktu malam. Bakal
jemaah haji akan bermalam di tempat kursus.
Hanya bakal jemaah haji yang tepilih pada tahun semasa akan dijemput
menghadiri kursus ini oleh Pejabat TH Negeri atau Daerah.
Unit pemasaran melalui kelab taha@u
Sebagai usaha TH yang berterusan untuk membantu kerajaan dalam
pembangunan modal insan yang dinamik dan cemerlang, TH telah melancarkan
satu kelab khas untuk pelajar-pelajar IPT iaitu Kelab TaHa@U. Pelancaran Kelab
TaHa@U telah disempurnakan oleh YB Mejar Jeneral Dato' Seri Hj Jamil Khir bin
Hj Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri di tapak Kompleks TH
Terengganu, Mukim Kuala Nerus.
Objektif
•Menanam minat menabung
•Membina generasi kini untuk mengisi kepimpinan masa depan
•Mempelbagaikan program dan aktiviti untuk ahli dan membangkitkan keinginan
menunaikan ibadat haji pada usia muda
•Membina generasi yang prihatin serta dapat memberi sumbangan terhadap
kesejahteraan dan kemakmuran ummah serta negara
12
Aktiviti-aktiviti Program Kemasyarakatan
1. Rumah Nur Hikmah
Salah satu aktiviti Kelab TaHa@U dengan kerjasama Berita Harian.
Program ini merupakan program pertama yang dilaksanakan pada bulan
Ramadhan bagi ahli Kelab TaHa@U. Program ini diadakan adalah untuk
memberi peluang kepada mahasiswa meningkatkan kemahiran insaniah dan
dapat melahirkan generasi yang berketrampilan, berdedikasi dan
berkepimpinan. Di samping itu juga, program ini dapat mendekatkan
mahasiswa dengan golongan kurang bernasib baik melalui aktiviti yang
dilakukan.
2. Karnival TaHa@U
Karnival TaHa@U adalah sesuai dengan saranan pihak pengurusan
tertinggi TH untuk mendedahkan dan menawarkan ganjaran melalui aktiviti-
aktiviti kepada ahli TaHa@U. Karnival TaHa@U diadakan bagi menarik
perhatian para pelajar untuk membuka akaun Tabung Haji dan seterusnya
mendaftar sebagai ahli Kelab TaHa@U yang baru. Selain itu, melalui aktiviti-
aktiviti yang diadakan, ianya dapat menjalinkan hubungan kerjasama dan
mengeratkan hubungan silaturahim antara Tabung Haji, Berita Harian dan
juga Universiti.
1) Karnival TaHa@U perkasa remaja
2) Karnival TaHa@U di UM
3) Pemastautin tetap
4) TaHa@U di UM meriah
5) Karnival TaHa@U dekati siswa
13
Seterusnya melalui KELAB TAHA
Kelab TaHa dilancarkan pada tahun 2008 di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar
Baru Bangi yang disempurnakan oleh YB Dato' Dr. Ahmad Zahid b Hamidi, Menteri
di Jabatan Perdana Menteri. Penubuhan kelab disasarkan kepada penabung muda
yang berumur dari 7 hingga 17 tahun.
Objektif
•Menanam minat menabung sejak di bangku sekolah. Menyemai rasa bangga
menjadi ahli Tabung Haji (TH) di usia muda
•Menganjurkan program-program khas untuk manfaat tambahan kepada ahli kelab
seperti Seminar Bimbingan Peperiksaan, perkhemahan ibadah dan sebagainya
•Mempelbagaikan program dan aktiviti untuk pendeposit muda dan membangkitkan
keinginan menyahut laungan Kaabah di usia muda
Aktiviti-aktiviti
3. Seminar Bimbingan Peperiksaan
-Merupakan aktiviti yang ditaja dan dibiayai sepenuhnya oleh TH diberi secara
percuma kepada ahli Kelab TaHa
-Persediaan kepada Ahli Kelab TaHa untuk menghadapi peperiksaan (UPSR, PMR,
SPM)
-Dijalankan di seluruh negeri
4. Kem Bijak
-Memberi pendedahan, bertukar pandangan / pengalaman sesama peserta,
meningkatkan kemahiran berpasukan, meningkatkan keyakinan diri dan
memotivasikan diri
-Selain itu, dapat mengumpulkan Ahli Kelab TaHa dari pelbagai tempat dan
menjalankan aktiviti bersama-sama
14
5. English Camp
-Bertujuan untuk memperkasakan penguasaan Bahasa Inggeris dikalangan pelajar
sekolah, agar mereka lebih berkeyakinan apabila berkomunikasi dan bersedia untuk
menghadapi dunia luar yang semakin mencabar.
6. Anugerah Kecemerlangan Kelab TaHa
-Majlis tahunan yang dianjurkan oleh Kelab TaHa sebagai penghargaan TH dan
motivasi kepada Ahli Kelab TaHa yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR,
SPM.
1.2.6 Halatuju organisasi
Visi
Tonggak kejayaan ekonomi ummah, Pengurusan haji terbilang
Misi
Dalam mencapai visi TH, Kami beriltizam:-
•Memperkasakan Ekonomi Ummah
•Sentiasa Giat Mencari Pelaburan Strategik Global Dan Lokal Bagi Pertumbuhan
Berterusan
15
•Menggembleng Dan Memperkaya Modal Pendeposit
•Memberikan Perkhidmatan Cemerlang Yang Berterusan
•Memudah Dan Menyempurnakan Urusan Jemaah Ke Arah Haji Mabrur
•Memberi Pulangan Yang Kompetitif, Halal dan Toyyiban
Nilai Teras
•Profesionalisme
•Kerja Secara Berpasukan
•Komited
•Prihatin, Mesra dan Penyayang
•Inovatif
Piagam Pelanggan
Kami berjanji dengan izin Allah SWT untuk :
•Membantu anda mendapatkan haji yang mabrur dengan perbelanjaan yang
berpatutan;
•Menyelaras penerbangan haji yang menepati masa, selamat dan boleh diharapkan;
•Menyediakan penginapan yang bersih dan selesa di tanah suci;
•Menyelenggara akaun anda secara profesional dan mengawalnya secara sulit dan
persendirian;
•Melabur dalam bidang pelaburan yang halal, berhemat dan selamat supaya dapat
memberi pulangan yang setanding dengan pasaran, di samping memastikan
pertumbuhan yang berterusan;
•Memberi layanan yang mesra, cepat dan cekap;
•Memberi maklumat yang tepat, jelas dan terkini.
16
1.2.7 carta organisasi
17
BAB 2 : RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI
MINGGU PERTAMA (09-13/12/19)
Pada setiap hari saya akan menghadiri taklimat minit pagi bersama Pengarah
dan semua anggota Tabung Haji sebelum memulakan kerja. Dalam taklimat itu,
Pengarah akan memaklumkan berita terkini mengenai pejabat dan anggota juga
boleh bersuara mengenai masalah yang dihadapi di dalam pejabat.
Selain itu, saya juga membantu pegawai khidmat pelanggan (Haji Shahir).
Beliau dan polis bantuan Rahimah dan Haji Zuki banyak mengajar semasa saya
berada di kaunter khidmat pelanggan. Pada awalnya, saya didedahkan mengenai
setiap fungsi borang yang akan diisi oleh pelanggan seperti slip simpanan dan
pengeluaran, borang pendaftaran ahli baru dan sebagainya. Setelah saya mengenai
fungsi borang-borang tersebut saya diajar cara tatacara menlayan pelanggan. Disini
ia mengajar saya kemahiran berkomunikasi bersama pelanggan. Ia juga akan
menjadi satu cabaran apabila ia perlu menyelesaikan masalah atau pertanyaan
pelanggan yang banyak kerenahnya.
18
Disamping itu, saya juga diajar oleh kerani pentadbiran (Haji Afif) dan turut
dibantu oleh setiausaha pejabat (Hajah Norafeiza). Pada minggu itu, saya diajar cara
kerja-kerja menfailkan dokumen. Saya diajar dari awal sehingga akhir dan memahami
dengan baik arahan yang diberikan oleh mereka.
Akhir sekali dalam mingguan ini, saya diberi tunjuk ajar cara menggunakan
telefon pejabat. Saya diberi senarai nama dan nombor kod setiap telefon anggota.
Saya juga diberi tatacara menjawab telefon seperti awalnya saya perlu memberi
ucapan hormat kepada pemanggil dan mendengar dengan teliti tujuan pemanggil
menelefon serta memberi maklumat kepada pelanggan.
MINGGU KEDUA (16-20/12/20)
Pada minggu kedua ini, setiap pagi saya akan menlibatkan diri dengan taklimat
minit pagi bersama semua anggota. Dalam minit pagi ini, anggota akan
memaklumkan maklumat atau masalah dan saya akan mencatatkan segala
perbincangan dalam taklimat tersebut. Setelah selesai taklimat saya akan membuat
laporan minit pagi, saya akan meringkaskan maklumat tersebut dan menghantar
kepada kerani pentadbiran untuk menyemak. Setelah kerani menyemak saya akan
hantar kepada pengawai eksekutif pentadbiran untuk tandatangan sebagai
pengesahan. Akhir sekali laporan tersebut perlu disimpan didalam fail taklimat minit
pagi.
Seterusnya, saya menguruskan dan mengemas bilik stor untuk persediaan awal
audit yang bakal hadir. Saya akan menyemak semula fail stok pejabat dan menbuat
kiraan alatan stok sama ada ia seimbang dengan stok atau tidak. Jika terdapat
kekurangan atau lebihan ia perlu dimaklumkan kepada kerani untuk ambil tindakan.
19
Selain itu, saya membuat memfailkan surat pengeluaran pusaka yang diterima
daripada teller. Dimana terdapat pelanggan yang hadir di Tabung Haji untuk membuat
pengeluaran pusaka di kaunter. Sebab yang menyebabkan berlak pengeluaran
pusaka ialah pendeposit telah meninggal dunia dan hanya pernama yang layak
membuat pengeluaran pusaka. Maka dengan itu, surat tersebut akan dihantar kepada
ibu pejabat Tabung Haji untuk tindakan selanjutnya.
Dalam minggu tersebut, Ific Kl Sentral akan mengadakan Hari Keluarga THWP
2019. Sebagai persediaan untuk meraikan Hari Keluarga tersebut saya membuat
‘Backdrop’ dan video kenang-kenangan bagi semua anggota. Hari Keluarga tersebut
diadakan di Port Dickson, Negeri Sembilan.
MINGGU KETIGA(23-27/12/20)
Pada minggu ini, setiap pagi saya akan sediakan senarai nama semua
anggota untuk kehadiran taklimat minit pagi dan akan memlakukan laporan minit pagi
seperti biasa. Selain tu, saya membuat semula senarai stok kawalan alat tulis dan
penambahan bagi senarai untuk alatan yang baru dibeli oleh pejabat.
Seterusnya, saya membuat penelitian dan menyemak setiap baucer
pelanggan untuk persediaan audit laur. Dimana kesemua baucer dari awal bulan
sehingga hujung tahun disemak dan memastikan tarikh baucer dan rekod adalah
sama. Saya perlu menyemak satu persatu baucer dan rekod untuk mengelakkan
ketinggalan atau kehilangan baucer pelanggan. Perlu memastikan setiap baucer
tersebut yang dikendalikan oleh teller ada di dalam rekod.
20
Disamping itu juga, saya menyemak keahlian baru untuk persediaan audit di
mana saya akan mengenalpasti tarikh untuk menyemak borang pelanggan dengan
senarai yang diberikan dan memastikan setiap borang pelanggan mempunyai nama
yang sama seperti yang disenaraikan.
MINGGU 4 (30/12-3/1)
Pada setiap pagi setiap minggu saya akan melakukan perkara yang sama
iaitu membuat laporan taklimat minit pagi. Selain itu, saya akan mengira stok dan
menyusun stok dengan rapi untuk di’double check’. Seterusnya saya mendapat
arahan daripada setiausaha dimana pelajar praktikal perlu membuat graf pencapaian
lestari tahun 2019. Setiap makluman akan dihantar oleh setiausaha melalui email.
Daripada maklumat tersebut saya perlu jadikan ia sebagai graf untuk pencapaian
lestari Tabung Haji Kl Sentral.
Seterusnya saya membuat tagging kunci untuk kegunaan pejabat dimana
saya akan mengenalpasti kunci untuk dibuat label. Menaip nama pintu di mircosoft
word mencetak dan mengunting. Kemudian ditampal pada tag dan simpan di tempat
asal.
Akhir sekali, saya mendaftarkan peserta untuk bahagian haji. Saya akan
memastikan borang dan senarai adalah sama kemudian mendaftarkan nama peserta
yang belum daftar di dalam laman sesawang bahagia haji.
21
MINGGU 5 (6-10/1/20)
Pada setiap pagi akan menlakukan perkara yang sama iaitu membuat laporan
taklimat minit pagi. Selain itu, saya menyediakan kertas kaji selidik untuk anggota.
Semua anggota diwajibkan menjawab soalan kaji selidik tersebut dan saya akan
mengutip semula borang tersebut. Dan menulis semua borang anggota untuk dicop
oleh pengarah.
Seterusnya, membuat penilaian PEKTA untuk khusus haji. Semua nama
PEKTA dicetak dan ditampal pada index divider. Kemudian borang-borang penilaian
PEKTA yang dinilai oleh anggota pada sabtu& ahad di masjid tertentu. Dari borang
penilaian tersebut, membuat pengiraan penilaian dan dimasukkan data.
Akhirnya, saya menyemak borang penyerahan passport antarabangsa kepada
Tabung Haji. Saya perlu memastikan peserta mengisi yang diperlukan oleh pihak
Tabung Haji,
MINGGU 6 (13-17/1/20)
Pada minggu ini, saya menyemak rekod bilangan buku akaun simpanan
(BAS). Saya perlu menyemak nombor siri di dalam senarai dengan nombor siri buku
yang berada di dalam kotak. Kemudian saya menyusun mengikut nombor siri mula
dan akhir.
22
Akhir sekali, saya membuat fail baru untuk laporan taklimat minit pagi dan saya
menlengkapkan kesemua laporan yang tahun 2019 dan dihantar kepada pegawai
eksekutif pentadbiran.
MINGGU 7 (20-24/1/20)
Pada setiap pagi saya akan menlibatkan diri dengan taklimat minit pagi dan
akan membuat laporan. Saya membuat jadual untuk pimpinan doa dan jadual
pengisian taklimat pagi 2020. Kemudian saya akan mebuat susunan jadual yang
ditetapkan dan akan memasukkan maklumat di dalam microsoft excel. Saya akan
mendapat pengesahan daripada setiausaha.
Kemudian, saya mengisi maklumat JP003 dan mencetak kalendar
perancangan daripada Jalan Tun Razak, Labuan dan Putrajaya. Kemudian saya akan
menebuk dan disimpan di dalam fail. Saya akan membuat surat rasmi untuk
perancangan kerja 2020 Tabung Haji Wilayah Persekutuan.
Disamping itu, saya juga membuat penempahan bilik mesyuarat untuk seminar
di 3 buah hotel. Awalnya saya perlu mendapatkan maklumat seperti tarikh, bilangan
orang untuk penempahan kemudian saya akan menelefon khidmat pelanggan setiap
hotel untuk mengetahui sama ada bilik kosong atau tidak.
Akhirnya, saya membuat senarai alatan kunci pejabat. Saya membuat format
untuk jadual senarai kunci dan mengira bilangan kunci di dalam stor. Kemudian
membuat dan menampal senarai kunci yang terkini di dalam buku log.
23
MINGGU 8 (28-31/1/20)
Setiap pagi saya akan melakukan perkara yang sama. Selain itu, saya
mencetak surat tawaran haji bagi yang terpilih menggunakan sistem induk TH. Saya
mencetak sebanyak 1600 surat tawaran bakal haji. Dalam sistem induk ia perlu
memasukkan kad pengenalan peserta untuk mencetak. Ia dilakukan selama
seminggu berturut-turut dengan sebanyak 1600 surat tawaran yang bakal dihantar.
Selain itu, selepas dari mencetak surat tawaran saya akan melipat surat
tawaran dan akan disampulkan. Sebelum membuat pengeposan saya akan
mengecop sampul surat tawaran dan ditampal setem.
MINGGU 9 (3-7/1/20)
Pada minngu ini terdapat seorang pelajar praktikal telah melapor diri di Tabung
Haji KL Sentral saya telah membuat dan menyusun jadual pelajar praktikal tersebut.
Setelah itu ia perlu mendapatkan tandatangan untuk pengesahan daripada eksekutif
dan pengarah negeri.
Selain dari itu, saya telah mengikuti bahagian pemasaran di ibu pejabat pos di
Dayabumi. Di situ, kami pihak Tabung Haji menjalankan perkhidmatan seperti
pendaftran haji, pemotongan gaji, semak baki dan pendaftaran ahli baru. Serta saya
juga membantu mengisi borang JP003 bagi yang tidak lengkap.
Pada minggu itu juga terdapat seorang pelajar praktikal dari Universiti Sains
Malaysia telah berjaga menamatkan latihan industri di Tabung Haji KL Sentral.
Terdapat majlis perpisahan untuk pelajar tersebut.
24
Akhir sekali, saya mengedarkan pamplet TRiJARI diamana saya akan
melakarkan pamplet tersebut dan mendapat persetujuan kerani dan pegawai
eksekutif terlebuh dahulu sebelum mencetak.
MINGGU 10 (10-14/2/20)
Minggu ini saya mengunting pamplet link kad dan pamplet TRiJARI untuk
majlis pelancaran di Putrajaya. Saya menerima arahan daripada eksekutif pemasaran
untuk mencetak 300 pamplet untuk majlis tersebut.
Selain itu, saya menghadiri majlis pelancaran kad debit-i bank islam visa
Tabung Haji di Hotel Dorsett, Putrajaya. Di situ saya banyak berkenalan dengan ahli-
ahli penting di dalam Tabung Haji dan melihat sendiri pelacaran dan event yang besar
ini.
Disamping itu, saya telah menerima layrad untuk diberikan kepada anggota.
Dimana saya akan menyemak senarai nama anggota yang telah berdaftar untuk
menerima layrad dan mengasingkan layrad untuk cawangan seperti Jalan Tun
Razak, KL Sentral, Labuan dan Putrajaya.
Dalam pada itu , saya menyiapkan urusan passport untuk bakal haji dimana
saya akan mengeluarkan stok pembalut plastik passport (PPP) dan menggunakan
barcode untuk ditamplakkan di dalam pembalut plastik pasport (PPP).
Akhir sekali, saya menerima surat tawaran berbalik dan menelafon pelanggan
untuk memaklumkan untuk sudah ambil tindakan (SAT).
25
MINGGU 11(17-21/2/20)
Minggu ini saya telah menyediakan pamplet untuk pemasaran dan khdimat
pelanggan dan menyemak borang rayuan haji dan minta tandatangan teller bagi yang
tidak lengkap.
Seterusnya, saya membuat tagging kunci untuk kegunaan pejabat. Saya
mengambil kesemua kunci di dalam ‘keybox’, mengasingkan dan setiap kunci
tersebut ditagging mengikut nombor di dalam senarai kunci pejabat
Selain itu, saya menelefon semua bakal haji untuk peringatan menghantar
surat tawaran sebelum 27 Februauri 2020. Dan saya juga menyemak da mengfailkan
laporan maklumat ahli JP003.
Akhir sekali , saya telah menyemak dan memasukkan maklumat daripada
borang permohonan kenderaan program mobiliti TH 2020.
MINGGU 12(24-28/2/20)
Pada minggu ini, saya telah menjaga kaunter khidmat pelangggan. Dan saya
diarahkan untuk mencari maklumat pelbagai univeristi untuk bekerjasama untuk
program yang akan dijalankan.
26
Selain itu, saya diarahkan oleh pegawai untuk mencari baucher yang tersilap
dimasukkan di dalam sistem. Saya juga telah membuat label pada fail kewangan dan
mengasingkan borang rayuan mengikut tarikh yang diterima.
MINGGU 13 (2-6/3/20)
Pada minggu ke-ketiga belas, saya telah memasukkan data laporan ‘i-
expenses’ untuk ‘claim’ anggota. Selain itu, saya membuat pembahagian tajuk
syarikat di dalam fail. Tidak itu sahaja, saya juga telah membuat pembahagian untuk
setiap bulan dari Januari sehinggga Disember.
Seterusnya, saya telah menghadiri kempen derma darah dan telah menderma
darah di Tabung Haji Selborn
MINGGU 14 (9-13/3/20)
Pada minggu yang terakhir , saya telah menyusun borang claim anggota
mingikut bulan. Selain itu, membuat proses untuk mengeluarkan surat tawaran haji
untuk peringkat kedua. Saya juga diminta untuk mencaria anggota untuk
membetulkan kesilapan bagi mematuhi SOP. Seterusnya, saya membetulkan label
failing 2020 dan akhir sekali, saya menyemak surat rayuan haji dan mengikatnya.
27
BAB 3 : LAPORAN TEKNIKAL
BAHAGIAN PENTADBIRAN
TAGGING KUNCI UNTUK KEGUNAAN PEJABAT
3.1 TUJUAN KAWALAN KUNCI KESELAMATAN
Kunci keselamatan adalah antara perkara-perkara yang menjadi benteng
pertama di dalam pertahanan keselamtan perlindungan. Ketua jabatan adalah
bertanggungjawab memberi kawalan yang rapi terhadap kunci-kunci keselamatan
serta mengeluarkan arahan-arahan berkaitannya.
Pegawai keselamatan Jabatan di bahagian pentadbiran hendaklah
dipertanggungjawabkan ke atas semua perkara berkaitan kunci dan anak kunci
termasuk kunci-kunci keselamatan. PKJ dikehendaki menyelenggarakan sebuah
buku daftar induk kunci pejabat dan buku daftar pergerakan kunci.
28
PKJ juga perlu membuat audit ke atas kunci-kunci tersebut dengan
menggunakan borang audit kunci keselamatan. Perlantikan seorang pegawai tadbir
kunci boleh dilakukan untuk mengurus dan mentadbir kawalan kunci keselamatan di
peringkat kementerian,bahagian, jabatan, hospital dan isnstitusi.
Anak kunci keselamatan tidak boleh dilabel atau ditandakan dengan nama
dan alamat penggunaanya atau alamat tempat di mana peti keselamatan disimpan.
Anak kunci pendua tambahan tidak sekali-kali boleh dibuat tanpa kebenaran ketua
jabatan. Ketua jabatan perlu menyediakan peti keselamatan untuk simpanan semua
anak kunci yang tidak dipakai termasuk anak kunci pendua.
3.2 LAMPIRAN 1 BUKU DAFTAR INDUK KUNCI PEJABAT
29
3.3 LAMPIRAN 2 BUKU DAFTAR PENGERAKKAN KUNCI
30
3.4 LAMPIRAN 3 BORANG AUDIT KUNCI KESELAMATAN
31
3.5 LAMPIRAN 4 BORANG AKUAN PENERIMAAN ANAK KUNCI
32
3.6 LAMPIRAN 5 BORANG AKUAN PENYERAHAN ANAK KUNCI
33
3.7 PROSES MEMBUAT TAGGING KUNCI PEJABAT TH.
MENCATAT NOMBOR KUNCI
MEMBUAT FORMAT UNTUK
JADUAL SENARAI KUNCI
34
KUNCI
DIKELUARKAN
DARIPADA
KEYBOX
KUNCI
DITAGGING
MENGIKUT
SENARAI
KUNCI
BERDAFTAR
KUNCI DIPASANG RING PADA SETIAP KUNCI DAN SEMUA KUNCI PENDUA DIIKAT
UNTUK DIBERIKAN KEPADA PEGAWAI YANG BERTANGGUNGJAWAB
35
3.8 KUNCI PENDUA
Kawalan terhadap anak kunci pendua atau anak kunci ganti adalah sama
dengan anak kunci induk. Sungguhpun begitu, anak kunci pendua tambahan tidak
sekali-kali boleh dibuat tanpa kebenaran PKJ.
Penyalinan kunci oleh individu secara persendirian adalah dilarang sama
sekali. Anak kunci pendua perlu disimpan di dalam tempat simpanan tersebut adalah
sentiasa berada di dalam kawalan pegawai.
3.9 KEHILANGAN KUNCI KESELAMATAN
Setiap pegawai yang memgang anak kunci hendaklah berwaspada untuk
mengelakkan daripada berlakunya kehilangan kunci jabatan. Kehilangan anak kunci
keselamatan hendaklah dilaporkan dengan segera kepada PKJ.
Laporkan ke balai polis yang berdekatan perlu dibuat sekiranya sesuatu
kesalahan jenayah telah berlaku
3.10 PENUTUP
Garis panduan kawalan pergerakan kunci hendaklah terpakai kepada semua
bahagian dan seluruh institusi
36
BAB 4 LAPORAN TEKNIKAL
BAHAGIAN HAJI
4.1 TUJUAN HAJI
Haji adalah ziarah suci yang dilakukan umat islam ke Makkah setiap
tahun dan merupakan yang terbesar di dunia. Haji adalah rukun yang kelima
yang wajib dilaksanakan seperti yang tertakluk dalam Rukun Islam kewajipan
agama hendaklah dilakukan oleh umat islam sekurang-kurangnya sekali
dalam seumur hidup.Haji menunjukkan perpaduan dan persaudaraan dalam
kalangan muslim serta penyerahan jiwa kepada Allah
37
4.2 PROSES PERMULAAN MENGURUSKAN HAJI
MEMBUKA SISTEM INDUK
TH
SURAT TAWARAN MENUNAIKAN
HAJI BAGI TAHUN 1441H
SERAMAI 1600 ORANG
MELIPAT SURAT TAWARAN
MENGIKUT SENARAI NAMA
UNTUK MENGELAKKAN
KETINGGALAN SURAT
38
SAMPUL SURAT DICOP
KERANA SAMPUL SURAT
RASMI TELAH HABIS
DIGUNAKAN
SURAT DIMASUKKAN
KEDALAM SAMPUL
DAN DIGAM
SAMPUL DITAMPAL
SETEM DAN DIHANTAR
BERPERINGKAT DI
PEJABAT POS
39
4.3 KURSUS ASAS HAJI DI MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN
4.4 KESIMPULAN
Menunaikan ibadat haji akan terserlah pelbagai pengajaran dan hikmah
untuk membolehkan umat islam berjaya di dunia dan akhirat. Selain itu,
jemaah haji dididik supaya lebih bertakwa sekali gus menjana minda lestari
40
BAB 5 LAPORAN TEKNIKAL
BAHAGIAN PEMASARAN
5.1 TUJUAN PEMASARAN
Proses dan strategi memenuhi keperluan produk da perkhdimatan hala dengan
persetujuan brsama dan kebajikan kedua pihak untuk mencapai matlamat dan
kesejahteraan rohani di dunai dan di akhirat
Antara strategi pemasaran yang sering diperbincangkan juga ialah tempat yang
strategik , produk yang berkualiti , harga yang kompetitif dan promosi yang terbaik .
Penetapan strategi tersebut juga harus dilihat dari sudut keperluan dan keinginan
pengguna , kos pengguna, keselesaan dan komunikasi.
Strategi pemasaran merupakan sejumlah perancangan besar yang
menggambarkan bagaimana sebuah perusahaan harus beroperasi untuk mencapai
tujuannya dengan memerlukan sedikit usaha yang baik. Ia disebut juga sebagai cara
membuat keputusan tentang kos pemasaran, campuran pemasaran dan peruntukan
pemasaran.
41
5.2 AKTIVITI PEMASARAN
PERSIAPAN KAUNTER DI HOTEL DORSETT , PUTRAJAYA
42