MENGHADIRI MAJLIS PELANCARAN KAD DEBIT-I BANK ISLAM VISA
TABUNG HAJI DI PUTRAJYA
5.3 KESIMPULAN
Pemasaran amat penting bagi sesebuah institusi kerana ia dapat
meningkatkan pencapaian sasaran sebuah institusi. Di dalam menlakukan
pemasaran ai dapat menwujudkan hubungan dan mengeratkan silaturahim antara
anggota pekerja dan pelanggan
Selain itu, dalam aktiviti pemasaran dapat meningkatkan kemahiran
komunikasi antara dua hala dan akan menwujudkan persekitaran yang positif dan
aman. Bukan itu sahaja, ia dapat berkenalan dengan pelanggan dan orang ternama
semasa menlakukan dan menyediakan perkidmatan.
43
BAB 6 KESIMPULAN
Saya bersyukur ke hadrat Illahi dan berpuas hati dengan Latihan industri yang
saya jalani selama 14 minggu di Tabung Haji KL Sentral. Latihan Industri ini banyak
memberi pendedahan yang meluas terhadap dunia pekerjaan yang bakal saya
tempuhi kelak.
Latihan Industri ini merupakan prasyarat bagi pelajar-pelajar Jabatan
Kewangan dan Perbankan Islam Politeknik Seberang Perai tetapi ianya bukanlah
suatu yang menbebankan. Malahan Latihan Industri ini adalah merupakan satu
langkah permulaan bagi menuju ke alam pekerjaan dan membentuk pemikiran yang
lebih matang dan dinamik.
Latihan Industri merupakan sebahagian daripada sukatan pelajaran khusus di
semua IPTA mahupun IPTS, diperingkat Diploma dan Ijazah. Para pelajar diberi
pilihan samada membuat kertas projek atau memilih Latihan Industri. Bagi menjalani
Latihan Industri pada semester 6 iaitu selama 14 minggu dan mereka mestilah
berjaya di dalam latihan tersebut bagi membolehkan mereka mendapat
penganugerahan Diploma dalam kursus masing-masing.
44
Bagi pendapat saya, Latihan Industri ini memang seharusnya perlu ada di
dalam sukatan pelajaran kursus kerana setakat teori sahaja yang dipelajari sekiranya
tidak dipraktikkan ke dalam bentuk praktikal ianya tidak akan mendatangkan
sebarang hasil. Pengalaman yang diperolehi adalah dari aspek.mengendalikan
masalah, dan pelaksanaan tugas dapat mengajar, memberi panduan serta
membentuk keyakinan dalam membuat sesuatu keputusan.
Selama saya menjalani Latihan Industri ini, banyak ilmu pengetahuan dan
pengalaman yang saya lalui. Sekalung terima kasih saya ucapkan kepada pihak
Tabung Haji KL Sentral yang sudi menerima saya untuk menjalani Latihan Industri
dan ucapan ini tidak lupa juga kepada pihak Politeknik Seberang Perai terutamanya
pensyarah-pensyarah.
Secara keseluruhannya, Latihan Industri ini telah banyak mengajar saya
bagaimana cara-cara membuat urusan surat menyurat, urusan sepanjang kursus
haji, pengurusan haji, komunikasi dengan pelanggan dan pelbagai lagi. Latihan
Industri ini juga telah membentuk diri saya menjadi seorang yang berdisplin dan
bertanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu perkara. Saya berjanji pada diri
dengan izin Allah, apa yang dipelajari semasa menjalani latihan ini saya akan
manfaatkan apabila saya memasuki dunia pekerjaan yang sebenar apabila saya
tamat belajar kelak
45
BAB 7 KOMEN DAN CADANGAN
7.1 KOMEN TERHADAP ORGANISASI
Kekuatan Organisasi
1. Menggunakan sistem auditan yang optimum
- Demi menjamin Tabung Haji menjadi institusi kewangan yang kukuh dan
relevan, audit akan dilakukan pada setiap cawangan TH samada di
Malaysia atau di luar negara. Jabatan audit dalaman TH sahaja
mempunyai beberapa bahagian untuk memasikan segala transaksi sama
ada dengan pelanggan atau lain mengikut SOP yang sebenar. Selain itu,
audit akan memantapkan lagi keyakinan pelanggan dan pelabur terhadap
urustadbir TH.
2. Mempunyai pekerja yang cekap dan berpengalaman
- Tabung Haji akan melatih pekerja baru untuk diserapkan kepada bahagian
yang sesuai. Sistem ini telah digunakan oleh TH sejak awal penubuhan
TH dahulu. Pekerja yang baru bekerja di TH akan bekerja di beberapa
bahagian dan akan diserapkan mengikut kesesuaian.
- Untuk masa sekarang, TH juga telah membuka ruang kepada pelajar IPT
untuk menjalani Latihan Industri di TH. Tambahan itu, demi menyahut
46
Maka itu, kesemua usaha ini akan melahirkan pekerja yang pakar terhadap bidang
tugas mereka.
3. Hubungan rapat dengan masyarakat setempat.
- Setiap pejabat cawangan TH mempunyai hubungan rapat dengan
masyarakat setempat. TH mempunyai hubungan dengan pihak sekolah
dengan mewujudkan Kelab TaHa dan turut mempunyai hubungan dengan
pihak IPT dengan mewujudkan Kelab TaHa@U.
- Selain itu, TH mempunyai hubungan rapat dengan jabatan-jabatan
kerajaan lain. Kursus haji yang dibuat pada setiap tahun turut merapatkan
lagi hubungan dengan masyarakat sekeliling
- Adanya hubungan rapat dengan masyarakat setempat memberi impak
yang baik terhadap institusi ini. Masyarakat akan lebih mempercayai TH
berbanding institusi kewangan yang lain.
4. Sikap Bekerjasama antara satu bahagian dengan bahagian yang lain
- Sikap kakitangan di TH KL Sentral saling bekerjasa dan bantu-membantu
antara bahagian. Sikap ini sangat bagus dan sangat penting jika kita
berada di dalam sesebuah organisasi. Kakitangn di TH KL Sentral juga
sangat mengamalkan nillai-nilai murni yang telah diterapkan di dalam
syarikat tersebut.
Contoh yang dapat dilihat, iaitu jika bahagian kewangan memerlukan bantu,
bahagian-bahagian lain sedia membantu
5. Sistem komunikasi yang berkesan
- Setiap pagi akan diadakan taklimat pagi. Taklimat pagi melibatkan semua
anggota TH. Ini bertujuan memudahkan pengurus cawangan
menyampaikan arahan, amanat atau maklumat kepada semua anggota.
47
- Hasil mesyuarat pengurus dengan dengan pihak atasan akan
disampaikan pada taklimat pagi. Ini bertujuan maklumat yang diberi lebih
sahih dan mudah untuk mendapatkan pandangan semua angota.
- TH juga menggunakan teknologi terkini untuk menyampaikan suatu
maklumat dengan lebih cepat dan tepat. Pengurus cawangan diberi
telefon pintar dan pakej internet untuk menyampaikan maklumat terkini.
Selain itu, TH juga menggunakan internet antara cawangan untuk
bertransaksi dengan lebih cepat.
Tetapi terdapat kekurangan di dalam TH KL Sentral dimana :
1)Kekurangan kakitangan
- Menurut pemerhatian saya sepanjang saya menjalani Latian Industri di
TH KL Sentral, saya mendapati perlunya ada kakitangan baru. Kakitangan
baru perlu ada terutama di bahagian pentadbiran. Perlunya ada
kakitangan baru disebabkan masalah banyak kerja yang tergendala.
- Dengan adanya kakitangan baru maka kerani pentadbiran yang sedia
ada boleh memfokuskan kerja-kerja berkaitan haji sahaja. Maka itu,
segala kerja pentadbiran seperti apa yang saya jalani sepanjang latihan
industri ini dapat dibuat oleh kakitangan baru. Tambahan itu, kakitangan
baru itu juga boleh menmbil peranan sebagai ‘teller’. Ini disebabkan
penggantian ‘teller’ amat diperlukan jika ‘teller’ yang lain cuti atau
kecemasan. Seperti yang kita tahu, pelanggan akan lebih banyak
berinteraksi dengan TH apabila di kaunter. Maka itu, perlunya ada kualiti
dalam memberi perkhidmatan di kaunter lebih-lebih lagi untuk waktu
menunggu dan waktu perkhidmatan.
-Namun ada usaha dari TH sendiri untuk mengurangkan masalah di
kaunter iaitu membuat satu sistem yang merekod ‘waktu menunggu’ dan
‘waktu perkhidmatan’. Segala transaksi ini akan direkod secara dalam
48
talian dan akan dibuat laporan setiap bulan. Maka itu, jika laporan tidak
mencapai tahap tertentu, maka cawangan TH tersebut perlu diambil
tindakan sewajarnya.
2) Kakitangan kurang bermotivasi
-Sepanjang saya menjalani latihan industri di TH KL Sentral, saya
mendapati ada beberapa kakitangan yang kurang bermotivasi.
Sehubungan itu, kakitangan yang kurang bermotivasi kurang memberi
komitmen terhadap kerja sendiri dan tidak boleh memberi komitmen lebih
terhadap tugas kakitangan lain untuk melicinkan perjalanan tugas
seharian.
-Pada hemat saya, punca kakitangan yang kurang bermotivasi ini
disebabkan mereka sudah lama berkhidmat di TH. Jika ditimbulkan isu
gaji tidak bertepatan dengan kerja, saya berpendapat isu ini tidak relevan
kerana apa yang saya ketahui gaji di TH lebih besar berbanding institusi
lain. Maka itu, TH perlu mencari jalan untuk menyelesaikan perkara ini.
7.2 Cadangan Untuk Organisasi
Walaupun organisasi Tabung Haji KL Sentral mempunyai beberapa kelemahan kecil
dari sudut pengurusan, namun segala kekurangan ini dapat diperbaiki sekiranya
organisasi ini mempunyai sistem gerak kerja yang lebih sistematik dan teratur. Berikut
adalah beberapa cadangan yang dapat saya kemukakan :-
1) Mewujudkan konsep 5S
TH perlu mengamalkan prinsip 5S iaitu sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa
amalkan. Antara kelebihan mengamalkan konsep 5S ini ialah :
• Pekerja berpeluang menjana idea yang bernas dan kreatif untuk
mencapai persekitaran tempat kerja yang bersih dan kondusif;
49
• Proses pencarian menjadi lebih mudah dan pantas dalam melaksanakan
kerja;
• Kesilapan kerja dapat dielakkan melalui kalis kesilapan (mistake
proofing);
• Sebarang masalah dan kecacatan dapat dikesan semasa proses
pengeluaran/pemberian perkhidmatan;
• Mewujudkan kaedah-kaedah dan piawaian kerja yang jelas;
• Mengoptimumkan penggunaan ruang kerja dengan pengurusan
persekitaran yang berkualiti;
• Kawalan stok/inventori yang lebih berkesan;
• Pengurusan kos yang lebih berkesan;
• Rungutan pelanggan dapat dikurangkan terhadap penyampaian
perkhidmatan;
Namun ini hanyalah satu cadangan kerana banyak jabatan telah mengamalkan ini.
Mungkin pihak TH sendiri boleh mengolahkan amalan 5S ini untuk bahagian kaunter
contohnya sedia, sambut, segera, siap dan senyum. Ini akan dapat memastikan
tahap kepuasan pelanggan ke tahap yang lebih baik.
2)Menambahkan bilangan kakitangan
Bilangan kakitangan yang mencukupi di setiap cawangan dapat melicinkan
perjalanan pengurusan. Dengan kakitangan yang mencukupi, setiap urusan menjadi
efekitif malah dapat merangka kerja untuk masa akan datang. Tambahan itu, dengan
kakitangan yang mencukupi dapat mengelakkan setiap kakitangan mempunyai
pertindihan kerja yang terlalu sarat.
50
3) Mewujudkan pejabat yang mesra OKU
Mungkin idea mewujudkan pejabat yang mesra OKU ini kurang bertepatan
dengan kehendak TH. Maksud saya ini ialah mewujudkan suasana yang dapat
memudahkan OKU atau golongan yang kurang berkemampuan dari segi fizikal untuk
membuat transaksi di TH. Mengikut pemerhatian saya sepanjang saya menjalani
latihan industri disini, kebanyakan golongan yang serig bertransaksi disini ialah
golongan warga emas. Namun ada juga usaha TH untuk mewujudkan suasana mesra
OKU atau golongan yang kurang berkemampuan ini seperti penyediaan kerusi roda
.
RUJUKAN
• https://www.tabunghaji.gov.my/en/corporate/directory/th-
branches?field_state_target_id=39&field_bran_target_id=129
• https://farisazrinarifen.blogspot.com/
51