The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 342-12-norfitriazizah, 2022-09-15 05:34:20

PORTFOLIO PPIM

PORTFOLIO PPIM

ISTIADAT-ISTIADAT RASMI PERTUBUHAN PPIM





STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN

PERINGKAT KEBANGSAAN

PERINGKAT NEGERI

PERINGKAT DAERAH

PERINGKAT IPGKRM

PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH

PERINGKAT SEKOLAH RENDAH

CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM

FUNGSI MAJLIS TADBIR

Memperkasa dan Menjadi salah satu
memartabatkan institusi yang
profesionalisme ahli
di dalam bidang mengeratkan dan
masing-masing dan mengukuhkan
seterusnya menjadi
contoh/rujukan hubungan kebajikan,
kepada semua pihak. kerjasama dan
kesejahteraan

bekerja sesama ahli.

Menjalin hubungan Menjadi saluran
dan kerjasama rasmi kepada ahli
untuk bertemu dan
dengan badan dan berbincang sesama
pertubuhan lain yang ahli serta dengan
pihak pengurusan
mempunyai yang berkaitan.
matlamat dan
kepentingan yang

serupa.

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

PENDAFTARAN AHLI

1. Borang Kebenaran Ibu Bapa:
- Sebelum didaftarkan kebenaran daripada ibu bapa perlu diperoleh.

2. Borang Ahli:
- Guru pemimpin perlu mengedarkan ‘Borang Ahli’ kepada pelajar untuk
diisi, dan kemudian disampaikan kepada Jawatankuasa Perhubungan
Negeri untuk mendapatkan Nombor Pendaftaran.
- Keratan borang hendaklah dikembalikan kepada sekolah.

3. Pendaftaran Pensyarah/Guru Pemimpin dan Ahli Tidak Beruniform.
- Guru-guru Pemimpin dan ahli-ahli tidak beruniform perlu mendaftar
dengan menggunakan Borang Permohonan Menjadi Ahli (Tidak
Beruniform). Borang hendaklah disahkan oleh Perhubungan Negeri
dan keratan hendaklah dihantar ke Ibu Pejabat PPIM.

Pembahagian ahli mengikut pasukan dan menamakan kumpulan:

a) Jumlah ahli setiap pasukan tidak melebihi 40-50 orang dan terdiri daripada
beberapa kumpulan.

b) Setiap kumpulan adalah terdiri daripada 10-15 orang.
c) Nama setiap kumpulan adalah terpulang kepada sekolah berkenaan.

d) Nama setiap pasukan hendaklah ditentukan oleh negeri masing-masing
mengikut format berikut:-

- Pada tahun 1988, Sekolah seri puteri Kuala Lumpur menubuhkan
PPIM dengan ahlinya seramai 85 orang.

KUASA PENGANJUR

> menyelia dan mengawal kemajuan unit PPIM di tempatnya.

> salah seorang daripada dua penurun tanda tangan rasmi

bagi akaun simpanan atau semasa untuk unit PPIM itu.
> meluluskan pendaftaran tahunan unit PPIM dengan ibu
pejabat beruniform PPIM.

> mengesahkan penyata akaun unit yang disediakan oleh pemimpin

PPIM.
> mengesahkan sebarang persuratan rasmi yang berkaitan dengan unit

PPIM di mana perlu.

> meluluskan permohonan untuk aktiviti-aktiviti luaran.

STRUKTUR UNIT

PENGERUSI o Mempengerusikan setiap mesyuarat.
o Meneliti minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan

mesyuarat adalah wajar dan mengikut agenda yang
ditetapkan.
o Menjalankan tugas yang diarah oleh guru penasihat dari
semasa ke semasa.

NAIB o Bertanggungjawab menjalankan tugas Pengerusi semasa
PENGERUSI ketiadaannya.

o Bertanggungjawab membantu Pengerusi menyelia tugas
AJK Persatuan.

o Menjalankan tugas yang diarah oleh guru penasihat dari
semasa ke semasa.

SETIAUSAHA o Mengurus surat-menyurat.
o Mencatat minit mesyuarat atau laporan.
o Menyimpan fail atau dokumen berkaitan dengan persatuan.

NAIB o Membantu Setiausaha menjalankan segala tugas dan
SETIAUSAHA tanggungjawabnya.

o Bekerjasama dengan Setiausaha.
o Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari masa ke

masa.
o Bekerjasama dengan Bendahari Kehormat dalam

menyediakan Peruntukan Tahunan dan Penyata Kewangan.

BENDAHARI o Bertanggungjawab terhadap hal-hal kewangan persatuan.
o Membuat penyata dan menyimpan kira-kira berkenaan

kewangan persatuan.
o Menasihati Jawatankuasa Persatuan dalam pengawasan

AJK kewangan dan audit.
o Menyediakan laporan perbelanjaan dan dibentangkan

semasa mesyuarat agung.

o Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan
aktiviti yang dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

o Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan.

PENGURUSAN BUKU LOG/FOLIO/LAPORAN AKTIVITI

CARA MENULIS CATATAN/ AKTIVITI:
1. Tarikh / hari:
2. Masa:
3. Tempat:
4. Tahap:
5. Aktiviti/catatan:

















TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN

Pengerusi:
- Menjadi pengerusi mesyuarat, bertanggungjawab untuk memastikan segala
mesyuarat dan aktiviti dijalankan mengikut perlembagaan.
Setiausaha:
- Menjalankan urusan persatuan mengikut perlembagaan, menyimpan minit dan
surat, menulis laporan mingguan, menyimpan segala rekod dan menyediakan
laporan tahunan persatuan.
Bendahari:
- Bertanggungjawab dalam hal kutipan kewangan persatuan, apabila ada kutipan
berlaku, beliau perlu menyerahkan wang dan senarai nama ahli terlibat kepada Guru
Penasihat.
Menyediakan Keperluan Asas:
- Pensyarah Pemimpin/Ketua Guru Pemimpin/Guru Pemimpin /Guru Pemimpin perlu
membeli :
a) Buku Perlembagaan
b) Bendera PPIM
c) Kaset lagu PPIM
d) Lencana Pemimpin dan Puteri
e) Kad Ahli
f) Uniform - Kain merah jambu
g) Buku Panduan Pemimpin
h) Buku Pengurusan dan Pentadbiran PPIM
i) Sukatan Pelajaran

Menyediakan Keperluan Asas:
a) Buku/Rekod Pendaftaran Ahli (Nama dan butir-butir peribadi)
b) Buku/Rekod Kehadiran Pasukan
c) Buku/Rekod Yuran Ahli
d) Buku/Akaun (Penyata Kewangan)
e) Lain-lain Keperluan : fail-fail / Buku Stok/ Cop-cap.

PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN PPIM
UNIFORM PUTERI SEKOLAH RENDAH

PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN PPIM

TAKWIM DAN RANCANGAN AKTIVITI

➢ PENGISIAN KURIKULUM 8 BIDANG ASAS AKTIVITI
PPIM:-

• PENGENALAN • KEROHANIAN
PPIM

KEMAHIRAN REKREASI DAN
AKTIVITI LUAR

ALAM SEKITAR PERTOLONGAN
DAN AGAMA CEMAS

• KELUARGA DAN • KESIHATAN DAN
MASYARAKAT TUGAS
PEMBANGUNAN
DIRI



DOA PERJUMPAAN



DOA PENUTUP



RUKUN ISLAM DAN RUKUN IMAN

KRAF PERKHEMAHAN

PENGURUSAN DAN PENJAGAAN KHEMAH

Konsep:
Berkhemah ialah cara hidup di luar sama ada di hutan, di pantai, di bukit, di gunung
dan sebagainya. Dahulu, berkhemah merupakan satu keperluan untuk hidup.
Berkhemah berkait rapat dengan ikhtiar hidup secara individu atau berkumpulan.
Kini perkhemahan menjadi satu aktiviti kegiatan luar ko-kurikulum di institusi
pengajian. Perkhemahan sering dikaitkan dengan unit-unit beruniform. Unit
beruniform yang sering dikaitkan dengan aktiviti perkhemahan ialah pengakap.

Penglibatan Perkhemahan:
▪ Melibatkan setiap unit beruniform dan setiap ahli di dalamnya.
▪ Mereka dikehendaki menyertai perkhemahan untuk mempelajari pelbagai
ilmu dan kebolehan seperti memasak, mendirikan khemah dan sebagainya.

Tujuan Perkhemahan:
▪ Berkhemah sebagai cara pendidikan:
- Merupakan salah satu kaedah untuk menyalurkan pendidikan terarah yang
disampaikan secara langsung dan tidak langsung.
- Melahirkan belia yang serba boleh dan bukan sahaja terbatas pada bidang
akademik semata-mata.

▪ Berkhemah sebagai orientasi sosial:
- Belajar, bergaul, bertukar fikiran, melakukan aktiviti dan berkenalan di antara
satu sama lain.
- Bekerjasama, bantu-membantu di antara satu sama lain dalam kerja dan
aktiviti perkhemahan.
- Mengeratkan lagi tali persaudaraan dan mengurangkan jurang konflik antara
kaum, agama dan kebudayaan.

▪ Berkhemah untuk mencari ketenangan:
- Melahirkan peribadi yang mulia dan kewarasan berfikir.

▪ Berkhemah untuk menghargai alam semula jadi:
- Melindungi alam sekitar semula jadi yang penuh dengan keindahan dan
keajaiban.
- Menambahkan rasa kecintaan terhadap alam semula jadi.

Pengurusan dan Keselamatan Khemah:
▪ Ubat nyamuk tidak dibenarkan dipasang di dalam atau terlalu hampir dengan
khemah.
▪ Khemah bukan sebagai tempat menjemur atau menyidai pakaian.
▪ Tidak dibenarkan memasak di dalam khemah.
▪ Digalakkan makan di luar khemah untuk mengelakkan semut atau binatang
lain daripada memasuki khemah.
▪ Pastikan khemah ditutup jika tiada orang di dalamnya.
▪ Pastikan di luar dan dalam khemah sentiasa berkeadaan bersih dan kemas.

▪ Merokok dilarang sama sekali di dalam khemah.
▪ Pastikan khemah yang dipasang adalah kukuh dan selamat untuk digunakan.

Penjagaan Khemah:

▪ Sentiasa melindungi pancang khemah dan memastikan pancang/tiang
khemah berada dalam keadaan baik. Letakkan sedikit pelincir untuk
memudahkan memasukkan dan mengeluarkan tiang/pancang.

▪ Letakkan juga pelincir pada zip untuk mengelakkan zip daripada jem dan
menyebabkan susah untuk dibuka.

▪ Jangan menyimpan makanan di dalam khemah untuk mengelakkan daripada
binatang mencari dan merosakkan khemah tersebut.

▪ Sentiasa bersihkan khemah setiap kali selepas trip atau setelah
menggunakannya, dan memeriksa setiap kotoran dan sampah sarap yang
tertinggal.

▪ Sebelum menyimpan pastikan khemah betul-betul kering.
▪ Sekiranya khemah basah elakkan menekan, menarik, atau dengan apa cara

sekalipun untuk mengelakkan daripada terkoyak.
▪ Sentiasa menggunakan peralatan yang berkuasa bateri di dalam khemah

dalam usaha mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

TUJUAN DAN FAEDAH MEMBUAT GAJET

Prinsip Membuat Gajet:
▪ Gajet yang dihasilkan dengan baik dapat dijadikan contoh dan panduan oleh
semua ahli PPIM.
▪ Jangan gunakan kayu atau dahan yang buruk kerana kemungkinan patah
atau roboh.
▪ Gunakan ikatan yang betul.
▪ Ikatan pada gajet hendaklah betul.
▪ Gunakan bahan semula jadi.
▪ Gajet yang dibuat boleh digunakan dan bukan untuk pameran.

Bahan Untuk Membuat Gajet:

Merujuk kepada situasi
keadaan persekitaran

perkhemahan.

Diperbuat daripada
bahan semula jadi.

Menggunakan semua
bahagian pokok.

▪ Gajet mesti kukuh, dapat digunakan sepanjang masa perkhemahan.
▪ Gajet yang baik ringkas tetapi praktikal.
▪ Mulakan dengan membuat gajet yang ringkas dahulu.
▪ Fikirkan ciri-ciri keselesaan dan keselamatan gajet.

▪ Gajet direka, dibuat dan diletakkan di tempat yang sesuai.
▪ Buat gajet ciptaan atau rekaan sendiri.

Tujuan Membuat Gajet:

semangat dapat melahirkan “Feeling of sense of
pertandingan yang idea-idea yang baru. achievement”, serta

sihat. kejayaan dalam
menghasilkan gajet.

meninggikan mutu mengisi K.M.L./S.T.A .
perkhemahan. semasa perkhemahan
dengan mengisi masa
membuat gajet-gajet yang

berfaedah

Tujuan Membina Gajet:

Dalam membina Dalam
gajet semangat membina gajet,
kekitaan dalam
kumpulan dapat hendaklah ia
diterapkan dan mempunyai

dipraktikkan fungsi.

Perekaan Meninggikan
membuat gajet taraf

disamakan penghidupan di
dengan situasi kem seperti
kebersihan,
di rumah.
kemudahan dan
keselesaan.

Faedah Membina Gajet:

 Tidak mencemarkan alam sekitar.
 Menjimatkan kos.
 Memudahkan penyimpanan barang apabila berkhemah terutamanya.
 Belajar menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.
 Memanfaatkan sumber alam semula jadi dengan sebaiknya.

JENIS-JENIS GAJET DAN KEGUNAANNYA

Jenis-Jenis Gajet:

GAJET KAWASAN PINTU GAJET KAWASAN DAPUR DAN
YANG BERKAITAN
GAJET KAWASAN TEMPAT
BASUHAN GAJET KAWASAN TEMPAT
TINGGAL

GAJET KAWASAN PENGERINGAN LAIN-LAIN GAJET

 Gajet Kawasan Pintu:

→ Gajet pintu terletak di bahagian hadapan sekali di sesuatu kawasan
perkhemahan iaitu:
◦ Bahagian pintu hadapan.

◦ Bahagian pagar.
◦ Bahagian pintu belakang.
→ Variasi pintu hadapan:
◦ Tulis nama patrol/sekawan dengan bahan-bahan semula jadi.
◦ Bahagian pintu yang boleh tertutup sendiri (self closing type).

→ Bahagian Pagar:
◦ Menandakan kawasan sempadan, suasana perkhemahan yang teratur dan
kemas dan adanya kawalan keselamatan.
◦ Berjenis pagar boleh dibuat. Teknik menggunakan pokok-pokok kecil, pokok
menjalar dan menggunakan batang kayu.

 Gajet Kawasan Dapur:

→ Buat dari bahan semula jadi.
→ Selain membuat gajet-gajet dapur buat juga gadjet sampingan di dapur

seperti:
◦ Rak pinggan mangkuk.
◦ Rak alatan tajam seperti pisau, parang dan kapak.
◦ Meja makan.
◦ Penyangkut cawan / gelas.
◦ Rak menyimpan kayu api / tong gas.
◦ Gajet gerobok (camp larder).
◦ Gadjet lubang basah dan kering.

 Gajet Kawasan Tempat Membasuh:

→ Gadjet tempat meletak besen air.
→ Gadjet tempat menyimpan alat pergigian.
→ Gadjet tempat menyimpan sabun.
→ Gadjet mengantung tuala mandi.
→ Gadjet kawasan tempat basuhan.

 Gajet Kawasan Tempat Tinggal:

→ Semua gadjet yang dibuat hendaklah diatur / disusun dengan baik, di
samping menjaga kebersihan dan kekemasan diri di kawasan
perkhemahan.

→ Gadjet-gadjet yang biasa dibuat di kawasan tempat perkhemahan seperti
tempat kasut, penyangkut baju, meja tulis, kerusi, gadjet katil, papan
kenyataan, buaian, penyangkut lampu, penyapu, tempat letak beg, tempat
ampaian, tiang bendera dan lain-lain.

 Gajet Tempat Menjemur Kain:

→ Ampaian yang kekal tidak boleh digerakkan dan dibina di kawasan
tempat membasuh.

 Gajet-Gajet Lain:
→ Buatlah gadjet lain yang mustahak seperti:
◦ Tiang bendera.
◦ Menara memerhati.
◦ Gendang / Kantung kem.
◦ Gadjet pembawa barang (Indian Travois).
◦ Gadjet pondok lalang (tempat berteduh).

 Simpulan dan Ikatan Dalam Membuat Gajet:
→ Simpulan dan ikatan perlu diketahui dalam proses membuat gadjet,
perlu dipelajari lebih dahulu supaya gadjetnya kekal. Simpulannya
perlulah ketat dan kuat.
→ Ikatan Seraya (square lashing) – mengikat tiang gadjet kerana
memberi sokongan yang kuat pada tiang yang telah diikat.
→ Ikatan Serong (diagonal lashing) – mengikat tiang dan juga sebagai
penyambung gadjet yang berbentuk serong.
→ Ikatan Silang Gunting – mengikat dua batang kayu bersama, biasanya
diikat pada pintu pagar.
→ Ikatan ‘Figure of eight lashing’ – mengikat tiga batang kayu bersama,
sesuai untuk pembinaan gadjet berbentuk tiga segi.
→ Ikatan Ular (snake lashing) – mengikat cara menganyamnya, batang-
batang kayu yang kecil diikat kepada batang yang lebih besar.
→ Simpul Balak (timber Hitch) – memulakan ikatan serong.
→ Simpul manuk – memulakan ikatan silang gunting dan ikatan seraya.
→ Ikatan Pemukat – ikatan gadjet yang memerlukan penggantungan.
Ikatan ini digunakan untuk membuat sesuatu loop pada tali.
→ Whipping – mengemaskan tali yang berlebihan.

IKHTIAR HIDUP

MASAKAN SOLAR/RIMBA/KELOMPOK

Masakan Rimba:

 Memasak Tanpa Peralatan:-
✓ Memasak tanpa peralatan bermaksud memasak tanpa menggunakan
perkakas dapur.
✓ Sebagai ganti, daun kayu, ranting kayu, batu, ruas buluh, tanah liat
atau lumpur boleh digunakan.
✓ Dikenali juga sebagai ‘backwoodsman’ atau masakan rimba.
✓ Kini kerajang aluminium, tin, dawai juga digunakan.

 Kaedah Memasak:-
➢ Memasak menggunakan makanan sebagai bekas.

✓ Ubi kentang, bawang besar, capsicum, tomato, labu atau oren
dipotong dan isinya dikeluarkan. Bahagian atas digunakan sebagai
penutup.

✓ Bekas makan dibalut dengan keranjang aluminium dan dimasak dalam
bara api.

✓ Kari ayam boleh dimasak dalam buah kelapa muda yang bersabut.

➢ Memasak menggunakan daun.
✓ Daun yang lebar sesuai dijadikan bekas memasak makanan seperti
ayam dan ikan. Makanan dibungkus dengan daun dan dimasak atas
bara api.
✓ Jenis daun yang boleh digunakan adalah daun pisang, daun kunyit,
daun pandan, kubis dan kulit jagung.

➢ Memasak menggunakan ranting dan dawai.
✓ Ranting boleh dijadikan alat untuk memanggang. Pastikan ranting tidak
berasal daripada pokok beracun.
✓ Roti juga boleh dililit menggunakan ranting kayu.
✓ Dawai atau penyangkut baju keluli dibentuk mengikut keperluan.

➢ Memasak menggunakan kepingan batu.
✓ Batu yang digunakan leper dan ketebalan sederhana.

✓ Api dihidupkan atas permukaan batu dan biarkan selama 30 minit.
✓ Permukaan batu dikira cukup panas apabila tirisan air berdesir ketika

jatuh atasnya.
✓ Bersihkan permukaan batu dengan kain. Goreng telur, ikan atas

permukaan batu yang panas itu.
➢ Memasak menggunakan buluh.

✓ Buluh sesuai dijadikan sebagai bekas memasak.
✓ Buluh boleh digunakan untuk memasak nasi dan lemang.

Masakan Solar:
✓ Masakan solar ini amat sesuai digunakan di negara beriklim panas seperti
Malaysia.
✓ Banyak kebaikan iaitu menjadikan tenaga solar sebagai sumber tenaga
alternatif yang murah, mengurangkan penggunaan bahan api dari kayu, tidak
mempunyai ancaman bahaya kebakaran, keracunan asap dan gas.
✓ Masakan solar ini juga amat sesuai digunakan semasa membuat aktiviti gerak
kerja luar seperti perkhemahan.

Cara Menyediakan Dapur Solar:-
➢ Bahan untuk membuat dapur.
✓ 1 tin cat sembur yang sesuai untuk permukaan aluminium/ 1 can
aerosol paint.
✓ Panci atau periuk nipis/ thin pot for cooking gam.
✓ Pelekat kertas.
✓ Foil aluminium.


Click to View FlipBook Version