✓ Kotak besar.
Menu Solar:-
➢ Telur Sausage (mix all and cut small, thin)
✓ 3 batang sausage.
✓ 6 biji telur
✓ 1 batang lobak merah
✓ 1 paha daging ayam (isi dicincang)
✓ 1 labu bawang besar
✓ Sedikit garam.
➢ Kek Lobak Merah.
✓ 1 kotak tepung kek Nona (3 cawan)
✓ 4 biji telur.
✓ 1 cawan mentega
✓ 3 batang lobak merah (parut-2 cawan)
➢ Puding Roti.
✓ 6 biji telur.
✓ 1 paket santan serbuk.
✓ 1 tin susu pekat.
✓ 2 kotak kecil kismis
✓ 1 paket gula kastor
✓ 1 buku roti
✓ 4 sudu marjerin.
Bahan-bahan:-
➢ Empat keping roti dipotong dadu dan disusun di dalam periuk.
➢ 2 sudu gula halus, 1 sudu tepung kastard, 3 biji telur (digaul sekali).
➢ 450 ml susu segar.
Masakan Kelompok:
✓ Masakan yang dilakukan dalam satu kumpulan yang terdapat ramai ahli.
✓ Masakan yang dihasilkan atau proses memasak adalah untuk makanan yang
perlu dimakan dalam bahagian yang ramai.
MEMBUAT PERANGKAP
Perangkap
Kaedah pemburuan tanpa menggunakan tenaga yang banyak.
Jenis Perangkap:
Berumpan- menarik perhatian binatang supaya terpedaya dengan perangkap
yang disediakan.
Tidak berumpan- meletakkan perangkap pada kawasan ‘Hotspot’.
Jenis Jerat:
1. Jerat Pentu
Sejenis perangkap burung.
Dipasang pada musim panas.
Dipasang di tempat mandian burung seperti sungai, paya dan lopak.
Berbentuk seperti tali ampaian.
Tali diperbuat daripada rotan kecil dan disambung tali halus untuk
ditarik pemburu.
Apabila burung bertenggek atau berjemur atas rotan, pemburu akan
menarik tali lalu membidas.
Keupayaan rotan yang boleh membidas sebanyak tiga kali dengan
kuat boleh memerangkap burung. Burung akan patah kepak, putus
kepala, atau cedera dan tidak boleh terbang.
2. Jerat Pelanduk
Berbentuk seperti serkap ayam tetapi panjang.
Menggunakan kayu panjang diikat rapi dan dibentuk separuh bulat.
Menggunakan umpan daun Udai (makanan pelanduk).
Umpan diikat tali yang akan menjatuhkan kayu penahan apabila ditarik.
Daun duri dijadikan atap jerat bagi mengelak pelanduk mati kesejukan
jika hujan.
3. Jerat Leher
Perangkap musang, pelanduk dan napuh.
Menggunakan konsep joran sebagai pembidas tali jerat.
Dipasang di denai haiwan, tepi paya, sungai atau laluan sumber air.
Sekeliling jerat akan ditutup dengan daun dan hanya laluan jerat
dibiarkan terang.
Pemburu akan memeriksa jerat setiap pagi.
4. Jerat Kaki
Menangkap pelanduk dan burung.
Tidak menggunakan umpan.
Berbentuk seperti joran dan mempunyai tali panjang.
Biasa dipasang di tempat makan ayam hutan berdasarkan kesan tapak
kaki.
Bila binatang terpijak jerat, tali joran akan membidas lalu menjerat kaki.
Binatang biasanya akan hidup selepas dijerat.
Pemburu akan memeriksa jerat dua hari sekali.
KEBUDAYAAN
NYANYIAN DAN LAGU PERKHEMAHAN
Melahirkan ahli yang tahu menyanyikan lagu-lagu rasmi negara dan negeri
mengikut protokol yang betul.
Menanamkan semangat patriotik.
Lagu yang dinyanyikan:
Lagu Negaraku
Lagu Negeri
Lagu unit Beruniform
PERMAINAN
satu aktiviti yang penting untuk dilaksanakan dalam sesuatu perjumpaan dan
perkhemahan.
Kepentingan bermain:
Nilai psikomotor- membentuk dan mengembangkan otot-otot kanak-kanak
dengan sempurna dan kuat.
Nilai pendidikan- Mempelajari sifat-sifat objek seperti warna, saiz, bentuk,
dan rasa sentuhan.
Objektif Bermain:
Membina kekuatan fizikal.
Menghilangkan ketegangan emosi.
Menanam sifat nilai murni.
Belajar patuh arahan.
Memupuk interaksi sosial.
Memupuk kerjasama.
Contoh Permainan:
1. Lakonan Bisu
Alatan: kertas (tuliskan berbagai pekerjaan atau sesuatu yang perlu
dilakonkan)
Satu kumpulan menghantar seorang wakil dan dikehendaki
mencabut sehelai kertas. Setelah membaca kandungnya, dia
hendaklah melakonkan watak tersebut dan ahli lain akan cuba
menekannya.
2. Permainan Ingat- Deria Lihat.
Alatan: pensil, pemadam, pembaris, duit syiling, pin, pen, kertas,
batu (sediakan lebih kurang 30 jenis bahan)
Sediakan dua set alatan. Letakkan alatan pada set pertama untuk
menjadi set kawalan. Objek tersebut diletakkan di atas meja dan
tutup dengan kain. Setiap ahli diberi masa 3 minit untuk memerhati
objek-objek yang diberi.
Apabila masa sudah tamat. Ahli perlulah mengingat dan menyusun
alat-alat yang terdapat di atas meja set kawalan tersebut
menggunakan alatan set kedua.
MALAM KEBUDAYAAN
Setiap unit perlu mempersembahkan persembahan bertema mengikut
kebudayaan yang ditetapkan.
Kepentingan Malam Kebudayaan:
Menambah ilmu pengetahuan
Memupuk semangat kekitaan.
Merapatkan silaturahim.
JALAN LASAK DAN PANDU ARAH
TUJUAN:
→ mewujudkan pengurusan aktiviti pandu arah dengan lebih berkesan
dan mengikut prosedur yang ditetapkan.
→ mempunyai sistem pengurusan aktiviti pandu arah yang mantap.
→ melaksanakan aktiviti yang terancang mengikut prosedur pengendalian aktiviti.
PERATURAN & PERSEDIAAN.
• Kebenaran
→ Sebelum kita memulakan sesuatu aktiviti perkhemahan, perkara yang amat
penting sekali untuk memohon kebenaran. Kebenaran daripada ibu bapa
ataupun penjaga adalah perlu dan kita harus memaklumkan mengenai aktiviti
serta tujuannya kepada mereka atau orang yang terdekat dengan kita.
• Persediaan Alatan
✓ Titik kawalan (control point)
- Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan di atas peta yang perlu
dilawati oleh peserta.
- Biasanya merupakan ciri-ciri muka bumi atau ciri-ciri buatan manusia
yang jelas.
- Titik kawalan bukanlah “check point” kerana ia tiada penjaga dititik.
✓ Penanda Kawalan.
- Tujuannya bagi membantu peserta tiba ke destinasi yang betul.
- Objek yang diperbuat daripada kain berwarna merah muda dan putih
sebagai tanda yang diletakkan di titik kawalan (dalam lingkungan 10 m).
- Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher)
yang unik.
✓ Kad Kawalan
- Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika
menyertai acara sebagai bahan bukti atau pengesahan.
- Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula (start
time) dan tersedia petak-petak untuk ditebuk apabila sampai di titik
kawalan nanti.
- Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa di garisan penamat
untuk mencatat masa penamat.
✓ Peta utama
- Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan disertakan dengan
keterangan kawalan.
- Landasan ini akan disediakan oleh Perancang Landasan Keterangan
Kawalan.
- Keterangan asas sebagai panduan titik-titik (control description)
kawalan berkenaan. Butir yang disenaraikan adalah siri titik kawalan,
kod kawalan dan keterangan mengenai kedudukan titik kawalan.
- Di peringkat antarabangsa, keterangan tidak ditulis dalam bentuk ‘teks’
tetapi dalam bentuk kod/gambar rajah.
✓ Landasan
- Landasan merupakan panduan arah perjalanan daripada permulaan
titik kawalan ke titik kawalan yang lain hingga ke penamat. Landasan
ini akan dilukis di atas peta utama dan akan disalin oleh peserta
kemudiannya.
- Tanda yang berkenaan landasan adalah :
1. Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi.
2. Titik kawalan dengan tanda bulatan.
3. Titik penamat dengan tanda dua bulatan bertindih.
4. ‘Leg’ ialah perjalanan di antara 2 titik kawalan.
KOMPAS
- untuk menentukan arah.
- dijadikan panduan asas bagi ahli-ahli pengembara menentukan hala tuju di
dalam hutan.
- kompas hendaklah digunakan dengan teliti bagi mendapatkan arah yang
tepat
Perkara-perkara penting semasa guna kompas:
i. Memeriksa bearing kompas (arah yang hendak dituju) bagi memastikan
arah yang betul dan tepat.
ii. Tentukan sesuatu objek sebagai tanda supaya anda boleh terus menghala
ke arah yang hendak dituju dengan mudah, misalnya pokok besar, benda
yang ganjil atau besar yang berada di persekitaran.
Langkah-langkah bagi mencari kedudukan sesuatu tempat di atas peta:
i. letakkan peta atas permukaan yang rata.
ii. tandakan kedua-dua tempat yang hendak dicari bearing sudutnya,
misalnya A dan B.
iii. lukiskan kedudukan arah mata angin utara selatan, ini dapat dilakukan
dengan melukis garisan yang selari dengan mana-mana garisan gred
yang berhampiran.
iv. sambungkan kedua-dua titik A dan B dengan satu garis lurus.
v. .Gunakan jangka sudut bagi mengukur sudut bermula dari utara mengikut
arah pusingan jarum jam sehingga ke garisan yang menyambungkan
kedua-dua titik tersebut
Aktiviti penggunaan kompas:
i. mengenal arah mata angin.
ii. mencari arah mata angin.
iii. mencari arah kiblat.
iv. praktikal mencari bearing (arah mata angin).
v. latihan di kawasan sekolah.
vi. menggunakan peta.
vii. merintis hutan menggunakan kompas.
viii. pertandingan mencari bearing di hutan.
ix. mencari harta karun.
x. aktiviti orienteering atau pandu arah.
KOMUNIKASI RADIO AMATUR/ UHF VHF
- Merupakan salah satu daripada jenis komunikasi yang menggunakan peralatan
radio dan elektronik. Penggunaan radio amatur di dalam bidang komunikasi amatlah
luas kerana dapat digunakan bagi menghubungkan seorang yang berada sama ada
di dalam kawasan atau ke seluruh dunia dengan menggunakan set radio amatur
yang tertentu pada frekuensi yang tertentu.
- Penggunaan radio amatur boleh dibahagikan kepada 4 perkara:
PERKARA GAMBAR
Aktiviti Komunikasi
Pengendali radio amatur akan Di gambar kelihatan angkasawan
berpeluang berhubung dengan jutaan negara Dr. Sheikh Muzaffar sedang
pengguna dunia menggunakan berkomunikasi menggunakan radio
frekuensi tertentu kerana liputannya
tidak terbatas. amatur
Aktiviti Uji Kaji Teknikal
Pengendali radio amatur akan
berpeluang membina, menguji-kaji
dalam pembuatan radio, antena dan
perkara-perkara yang berkaitan dengan
teknikal
Perkhidmatan Komunikasi Semasa
Kecemasan
Dalam keadaan darurat peranan radio
amatur amat membantu dalam -
memberikan kemudahan perhubungan. -
Contohnya semasa berlaku bencana
alam seperti gempa bumi, tsunami,
banjir dan lain-lain memberikan
kemudahan perhubungan komunikasi di
antara petugas-petugas terutama di
kawasan pedalaman. Begitu juga
semasa menjalankan operasi SAR
mengesan orang yang hilang atau
sesat.
Memantau (monitoring)
Pengendali radio amatur akan
berpeluang memantau frekuensi-
frekuensi di dalam dan di luar negara
serta stesen angkasa lepas.
MEMBACA PETA TAPOGRAFI DAN KEGUNAAN
Peta topografi dengan garisan kontur
Peta Topografi ialah peta yang menunjukkan keadaan
muka bumi sesebuah kawasan, selalunya menggunakan
garisan kontur dalam peta moden. Peta topografi mestilah
mempunyai garisan lintang dan garisan bujur dan titik
pertemuannya menghasilkan koordinat. Koordinat ialah
titik persilangan antara garisan lintang dan bujur. Peta
topografi yang piawai biasanya menggunakan skala
1:50,000. Skala begini dapat menunjukkan sesebuah
kawasan seluas Putrajaya dengan lebih lengkap dan
sempurna. Peta topografi memiliki beberapa kesamaan
dan perbezaan dengan peta rupa bumi.
MENGESAN TANDA DAN SIMBOL
- Tanda dapat dilakukan dalam pelbagai bentuk seperti batu, ranting, anak
panah, lakaran atas pokok dan sebagainya.
- Pelbagai jenis simbol juga dapat dicipta.
LAPORAN PENGEMBARAAN
- Disediakan oleh setiausaha aktiviti.
- Melaporkan mengenai aktiviti ini kepada balai polis ataupun ranjer taman
yang bertugas di tempat yang anda hendak tuju untuk memaklumkan mereka
bahawa aktiviti perkhemahan akan dilakukan di dalam kawasan mereka.
Tujuannya adalah untuk memudahkan mereka untuk membuat rondaan
keselamatan ataupun melakukan kerja-kerja menyelamat sekiranya anda
memerlukan bantuan. Bukan itu sahaja, mungkin mereka juga boleh
memberikan penerangan yang lebih terperinci mengenai keadaan kawasan
tersebut.
- Kandungan adalah seperti maklumat umum iaitu masa, tempat, aktiviti.
- Lakaran kawasan peta jalan lasak disertakan.
- Catatan perjalanan.
- Pembahagian tugasan ahli.
- Gambar-gambar sepanjang aktiviti jalan lasak disertakan.
SIMPULAN DAN IKATAN
TALI TEMALI
SEJARAH TALI
JENIS-JENIS TALI
PENJAGAAN TALI
SIMPULAN
Simpulan menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya. Simpulan juga
digunakan pada benda-benda yang kecil dan sederhana. Contohnya,
simpulan buku sila, tindih kasih, simpul himpit, lilit dua simpul, simpul pemukat
dan sebagainya. Simpulan digunakan pada setiap tempat dan masa seperti di
rumah, di hospital, mengikat kasut, bungkusan dan memulakan jahitan.
Buku sila:-
Fungsi
- Menyambung dua tali yang sama saiz.
- Mengikat pembalut segi tiga semasa pertolongan cemas.
Teknik
- Letakkan hujung A dan B di atas satu sama lain.
- Masukkan hujung A di bawah B.
- Kemudian, lakukan ikatan yang sama dengan memasukkan B di bawah.
Tindih Kasih:-
Fungsi
- Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut.
- Untuk menyelamatkan orang dengan memasukkan tanjul itu keliling badan
mangsa.
Teknik:-
- Mulakan ikatan dengan membentuk satu bulatan.
- Kemudian, masukkan hujung tali ke dalam bulatan tersebut.
- Masukkan hujung tali ke bawah tali dan masukkan kembali ke dalam bulatan
tersebut.
Bunga Geti:-
Fungsi
- Menyambung dua tali yang tidak sama saiz.
- Mengikat tali kesuatu tanjul.
Teknik
- Mulakan simpul.
- Kemudian masukkan hujung tali B supaya bersilang untuk membentuk simpul
seperti rajah.
- Terik kedua-dua tali tersebut untuk membentuk simpul.
Simpul Manuk:-
Fungsi
- Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak.
- Tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik ke tempat yang dikehendaki
dengan selamat.
- Digunakan semasa memulakan dan mematikan ikatan seraya dan silang
gunting.
Teknik
- Mulakan simpul pada kayu.
- Kemudian, buat satu lagi simpulan di atas simpulan tadi.
- Tarik hujung tali.
Simpul Balak:-
Fungsi
- Untuk mengikat hujung tali ke tiang atau pokok dengan mudah.
- Agar kayu itu tidak licin dan mudah digerak-gerakkan.
- Untuk memulakan ikatan serong.
Teknik
- Gunakan tali dengan mengelilingi kayu
- Tarik bahagian tali yang panjang supaya menjadi kemas.
Simpul Belit:-
Cara
- Susurkan hujung tali yang pendek melalui kayu pancang kemudian melepasi
tali yang menanti.
Kegunaan
- Gunakan untuk kunci atau matikan ikatan dan simpulan yang dibuat.
- Gunakan bagi menahan berat ketika angkat beban yang berat ke tempat
tinggi.
Keistimewaan
- Ringkas dan cepat tapi tidak begitu teguh untuk ikatan jika bersenderian.
IKATAN
Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang dan papan untuk
jambatan, tiang bendera, menara dan sebagainya. Kebiasaannya dalam
kegiatan berperangkap dan kepanduan beberapa ikatan digunakan seperti
ikat seraya, ikat serong, ikat silang gunting dan lilit balak.
ASAS KAWAD KAKI
Kawad Kaki:-
Pergerakan anggota badan seperti kaki dan tangan untuk tujuan perbarisan.
Aspek penting dalam kawad kaki ialah dengan sentiasa mendengar arahan
daripada pemimpin ataupun juru kawad. Pergerakan yang diarahkan perlu
dilakukan secara serentak. Setiap hentakan kaki dan sebutan dapat didengar
dalam satu bunyi atau suara.
Tujuan Berkawad:-
untuk membentuk Membentuk anggota supaya
seseorang supaya bekerjasama dalam satu
bermegah dengan tatatertib kumpulan.
cergas dan taat setia.
BAHASA HUKUMAN
12- Melapor.
Ketua Platon melapor kepada Ketua Hakim. Semasa Ketua Platon melapor,
skuad akan berada dalam kedudukan sedia dan buka barisan. Bahasa
hukuman ketika melapor ialah:
“Assalamualaikum Tuan, Pasukan Puteri Islam siap untuk diuji, tuan”.
KAWAD STATIK
KAWAD DINAMIK
1. Ketua Platun mengarahkan ahli supaya berpusing ke arah kiri dengan
menggunakan bahasa hukuman Bergerak ke kiri...kiri pusing.
2. Ketua Platun mengarahkan ahli berjalan dalam keadaan berkawad
dengan menggunakan bahasa hukuman Dari kiri / kanan....cepat jalan.
3. Semasa menghampiri kon, Ketua Platun mengarahkan supaya ahli
membelok ke arah kiri menggunakan bahasa hukuman Kiri belok.
Sebanyak 2 kon yang akan dilalui pada laluan ini.
4. Setelah melepasi kon dan kedudukan ahli menghampiri kawasan tengah,
Ketua Platun mengarahkan ahli supaya membuat pergerakan tukar
langkah semasa berjalan menggunakan bahasa hukuman Tukar Langkah
(3 kali sebutan secara berturut-turut selepas setiap perbuatan) dan
disusuli dengan perkataan ‘Maju’ selepas perbuatan tukar langkah yang
ketiga.
5. Semasa menghampiri kon, Ketua Platun mengarahkan supaya ahli
membelok ke arah kiri menggunakan bahasa hukuman Kiri belok.
sebanyak 4 kon yang akan dilalui pada laluan ini.
6. Setelah melepasi kon dan kedudukan ahli menghampiri kawasan tengah,
Ketua Platun mengarahkan ahli supaya membuat pergerakan tabik
hormat ke arah kanan semasa berjalan menggunakan bahasa hukuman
Hormat...hormat ke kanan....hormat. Semasa ahli terakhir menghampiri
kawasan pentas hormat, Ketua Platun mengarahkan ahli menjatuhkan
tabik hormat menggunakan bahasa hukuman Pandang...depan.
7. Semasa menghampiri kon, Ketua Platun mengarahkan ahli berpatah
balik ke kawasan tengah litar dengan menggunakan bahasa hukuman
Bergerak ke kanan...bertiga-tiga...belakang pusing.
8. Setelah ahli sampai ke bahagian tengah litar, Ketua Platun mengarahkan
ahli untuk berhenti dengan menggunakan bahasa hukuman Skuad...henti.
9. Ketua Platun kemudiannya mengarahkan ahli menghadap ke hadapan
pentas hormat menggunakan bahasa hukuman Menghadap ke hadapan..kiri
pusing.
10. Ketua Platun kemudiannya berpusing menghadap ke hadapan pentas
hormat dan mara menghadap ke hadapan Ketua Pengadil bersama – sama
keseluruhan platun menggunakan bahasa hukuman Skuad akan mara
menghadap...dari tengah...cepat jalan. Pergerakan sebanyak 14
langkah dan berhenti di hadapan Ketua Hakim. Ketua Platun
mengarahkan semua ahli memberi tabik hormat kepada Ketua hakim dengan
menggunakan bahasa hukuman Hormat ke hadapan...hormat (perbuatan tabik
hormat dilakukan secara serentak selama 3 kiraan / saat sahaja ).
KAWAD FORMASI
➢ Bagaimanakah formasi kawad dilakukan???
Setelah tamat ‘mara hadapan’, platun akan mempersembahkan pergerakan
bentuk formasi mengikut kreativiti masing-masing. Kon akan dialihkan oleh
petugas sebaik sahaja kawad dinamik selesai.
Tidak dibenarkan memberi sebarang isyarat pergerakan atau bunyi seperti
hentak kaki, ‘up’ atau ‘pass’ untuk mengendalikan platun tersebut kecuali
isyarat pertama semasa memulakan kawad formasi.
Unsur suara (slogan) hendaklah dibuat setelah tamat formasi ke-4 (ketika
platun berbaris bertiga-tiga menghadap hadapan sebelum melapor)
Ketua Platun boleh menyertai kawad formasi.
Ketua Platun yang tidak menyertai kawad formasi tidak diberi keutamaan
untuk dipilih sebagai ketua platun terbaik.
Setiap platun dikehendaki mempersembahkan sebanyak 4 jenis formasi yang
berlainan.
Formasi yang diulang akan dikira satu formasi.
Pergerakan setiap formasi hendaklah ditamatkan dalam keadaan 3 barisan
menghadap ke hadapan.
Perbuatan ke kanan lurus tidak diwajibkan.
ASAS PERTOLONGAN CEMAS
Tujuan:-
- Menyelamatkan nyawa.
- Mengurangkan kesakitan dan penderitaan mangsa.
- Mengelakkan keadaan mangsa daripada bertambah buruk.
- Menggalakkan rawatan dan pemulihan mangsa dengan segera.
Prinsip:-
Anduh:-
Balutan:-
Merawat Luka:-
Luka terbakar ialah kecederaan pada tisu yang disebabkan oleh suhu tinggi,
bahan kimia atau sinaran.
Alihkan atau buangkan punca kecederaan tersebut.
Tanggalkan perlahan-lahan pakaian, barang kemas, tali pinggang atau jam
daripada bahagian yang tercedera kecuali jika melekat pada kulit.
Sejukkan bahagian yang tercedera dengan longgar menggunakan pembalut
steril atau kain nipis yang serupa dengannya.
Jangan sapukan sebarang krim, losyen, minyak, salap, mentega atau bahan
lemak pada bahagian yang tercedera.
Jangan pecahkan lepuh yang timbul atau melakukan apa-apa di bahagian
berkenaan.
Jangan menggunakan sebarang pembalut yang melekat atau wul kapas pada
luka.
Gigitan:-
Tanda-tanda dan gejala yang mungkin dilihat ialah bekas gigitan, bengkak
dan kesan kemerahan, sakit di bahagian yang terlibat, loya dan muntah,
kesukaran bernafas dan menelan, reaksi alahan seperti renjatan dan
sebagainya.
Cuci bahagian yang tercedera dengan air suam dan sabun, atau bahan
antiseptik yang lembut.
Keringkan bahagian berkenaan dengan cermat dengan melengkapkannya
bermula daripada bahagian luka dan ke luar.
Jika perlu sapukan losyen Calamine untuk menghilangkan rasa gatal.
Tutupkan luka berkenaan dengan pembalut yang bersih dan letakkan
plaster.
Tuangkan dengan ais untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak.
Untuk gigitan berbisa, jangan sekali-kali mencuci, memotong atau
menghisap bisa dari bahagian gigitan. Sebaliknya, cuba kurangkan
pengaliran darah ke bahagian tersebut.
Elakkan daripada memicit kantung racun kerana ini akan menyebabkan
racun berkenaan ke bahagian lain dalam badan.
Melecur, pitam dan patah:-
Keracunan dan terseliuh:-