Sejarah
Perkembangan
Bahasa Melayu
DISEDIAKAN OLEH: NUR ALIA
MAISARA BINTI ISMAIL (BM 1)
Sejarah Perkembangan Tulisan
dalam Bahasa Melayu
SISTEM TULISAN PALLAVA
• Nama aksara ini berasal dari Dinasti Pallava yang pernah berkuasa di
selatan India antara abad ke-4 sampai abad ke-9 Masehi.
• Dinasti Pallava adalah sebuah dinasti yang memeluk aliran Jainisme.
• Tulisan ini merupakan sistem tulisan yang paling awal digunakan di
kawasan Kepulauan Melayu.
• Tulisan ini mula bertapak di Pulau Jawa dan digunakan untuk menulis
dalam bahasa Sanskrit dan ianya terdiri daripada 46 abjad. Ketika itu
bahasa Sanskrit menjadi bahasa pentadbiran dan ilmu pengetahuan.
• Penyebaran tulisan dan bahasa Hindu ini dijangka terhad di kalangan
golongan istana sahaja disebabkan tiada kemudahan asas untuk
mengajar orang kebanyakan membaca dan menulis.
• Tulisan Pallava juga merupakan sistem tulisan paling awal digunakan untuk
menulis dalam Bahasa Melayu Kuno, yang mana banyak menerima pengaruh
daripada Sanskrit.
• Bukti penggunaan tulisan Pallava terdapat pada yupa (tiang batu
persembahan)/prasasti di daerah Muara Kaman, pertemuan antara Sungai
Mahakam dan Kedang Kepala, sekitar 125 km atau dua jam menaiki bot laju ke
hulu Tenggarong, ibu kota Kabupaten Kutai Kartanegara.
• Selain itu aksara Pallava juga digunakan di dalam dokumen Tarumanegara
yang berasal dari pertengahan abad ke-5. Dokumen-dokumen inilah yang
menjadi bukti penggunaan aksara Pallava sebagai tanda aksara ini telah
berkembang di Nusantara.
• Tugu(batu bersurat) juga turut dijumpai oleh pekerja topografi Belanda dalam
tahun 1879 dalam huruf Pallava berbahasa Sanskrit.
• Tujuh tugu tersebut kini berada di Muzium Nasional Jakarta menceritakan
tentang pencapaian Raja Mulawarwan, cucu Kudungga. Tugu tersebut berasal
dari tahun 400 merupakan tinggalan pemerintahan Hindu.
SISTEM TULISAN KAWI
• Tulisan kawi (tulisan Jawa Kuno) ialah sistem tulisan terawal di Kepulauan
Melayu yang telah wujud dalam kurun ke-8 M.
• Tulisan ini digunakan terutama untuk menulis bahasa Sanskrit dan Jawa Kuno
pada ketika itu dan kemudiannya dibawa masuk ke kawasan lain di sekitar
Asia Tenggara dan bercambah menjadi sistem-sistem tulisan baharu.
• Tulisan kawi asalnya daripada huruf Vangki (Wenggi) iaitu huruf orang-orang
Pallava yang berasal dari Coromandel, India.
• Huruf Kawi ini lenyap pada tahun 1400 M beriringan dengan runtuhnya
kemaharajaan yg menggunakan huruf itu iaitu Majapahit dan digantikan oleh
Huruf Jawa (Carakan) yang dikembangkan daripada huruf kawi oleh
Kekhalifahan Demak.
➢ Orang-orang Melayu kuno menulisnya di atas kulit-kulit kayu, daun-
daun lontar, kepingan-kepingan logam dan pada batu-batu (batu
bersurat).
➢ Menurut The Patriots, perbezaan antara tulisan Kawi dan tulisan Jawi
adalah tulisan kawi mementingkan suku kata, bukannya huruf.
➢ Tiap hurufnya merepresentasikan sebuah suku kata dengan vokal
yang dapat diubah dengan penggunaan tanda baca dan ditulis tanpa
ruang kosong.
➢ Aksara Kawi memiliki sekitar 47 huruf, namun terdapat sejumlah huruf
yang bentuk dan penggunaannya tidak dikenal pasti.
➢ Aksara Kawi memiliki bentuk subskrip huruf yang digunakan untuk
menulis tumpukan konsonan, sama dengan pasangan dalam aksara Bali.
❖ Contoh ayat aksara
kawi yang berbunyi
Jahnī yāhning talaga
kadi langit bermaksud
air telaga jernih
bagaikan langit
❖ Suku kata /ka/ ditulis dengan
satu huruf. Tanda baca
mengubah, menambah, atau
menghilangkan vokal suku
kata tersebut.
SISTEM TULISAN JAWI
❑ Tulisan Jawi antara tulisan terawal yang pernah ditemui dan telah berkembang
sejak zaman Kerajaan Islam Pasai serta disebarkan ke Kerajaan Melaka, Johor
dan juga Aceh pada abad ke-17.
❑ Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu
Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H / 1303M manakala tulisan Rumi yang
paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19.
❑ Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
semasa zaman British.
❑ Kini, tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu
yang kebanyakkannya di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu.
❑ Tulisan ini digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan
pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan. Contohnya digunakan dalam
perjanjian penting antara pihak-pihak di Raja Melayu dengan pihak-pihak
berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris dan Pemasyhuran Kemerdekaan 1957
❖ Menurut kamus R.J Wilkinson, perkataan Jawi di dalam bahasa Melayu digunakan
untuk pokok jawi-jawi / jejawi dan juga beras jejawi yang berbeza dengan beras
pulut, dan juga makna kerbau / lembu dalam bahasa Minangkabau tetapi yang
jelas di sini nama Jawi tersebut tidak ada kaitan dengan tulisan tersebut.
❖ Manuskrip Melayu bukti sejarah kewujudan tulisan jawi dalam tamadun melayu
dahulu boleh dilihat bahan-bahan bertulis seperti batu bersurat,manuskrip
lama,kertas lama,majalah,batu nisan,dan sebagainya.
• Manuskrip Melayu adalah karya yang ditulis dalam tulisan Jawi pada abad ke-15
hingga awal abad ke-20.
• Ia merupakan warisan dalam bentuk penulisan daripada zaman silam yang tidak
ternilai harganya dan mengandungi pelbagai ilmu yang berguna dan meliputi
fikah, tauhid, tassawuf, tajwid, sejarah, undang-undang, petua dan azimat,
perubatan, firasat, tabir mimpi. Pelbagai hikayat, syair dan nazam juga ditulis.
• Contoh Manuskrip yang terkenal ialah Hikayat Hang Tuah, Sir at Al-Mustaqim,
Hukum Kanun Melaka, Syair Seratus Siti dan Kitab Tib.
❖ Manuskrip perlu disimpan dan dijaga dengan rapi di Pusat
Manuskrip Melayu yang telah ditubuhkan pada tahun 1985 dan
didokumenkan dan katalog diterbitkan.
❖ Pusat ini telah berjaya mengumpulkan koleksi berjumlah 2,940
naskah iaitu koleksi manuskrip Melayu yang terbesar dalam
simpanan sesebuah institusi di dunia.
❖ Semua manuskrip yang diperolehi akan melalui proses
pengwasapan, disimpan dalam kotak bebas asid dalam bilik
simpanan yang terkawal suhunya di antara 20-22 darjah Celsius
dan kadar kelembapannya 55%-65% sepanjang masa untuk
menjaganya dengan rapi.
❖ Terdapat empat ciri utama yang terdapat pada Skrip Jawi iaitu :
a) bertindan secara menegak
b) ligatur
c) aksara-askara berbaris atau mempunyai titik
d) aksara bersambung
Perkembangan Ejaan Jawi peringkat pertama telah melalui empat tahap iaitu:
(a) Menggunakan Tulisan Arab
• Tulisan jawi mengikut ejaan Arab sepenuhnya, dengan menggunakan tanda-tanda
baris.
• Terdapat pada manuskrip Melayu lama seperti Aqa’id al-Nasafi(manuskrip tertua).
• Penggunaan tanda baris / diakritik yang banyak merupakan satu kelemahan pada
tahap ini.
• Tanda-tanda baris yang tidak lengkap.
(b) Menghilangkan baris
• Tanda-tanda baris dihapuskan dan disebut sebagai tulisan Arab Gundu.
• Sukar membunyikan sesuatu perkataan itu dengan tepat dan menimbulkan
perkataan yang berbentuk homograf (sama ejaan, berbeza sebutan)
(c) Menggunakan Huruf Saksi
• Sistem ejaan Jawi mewujudkan huruf-huruf saksi iaitu [ alif, wau, dan ya ].
• Huruf saksi diletakkan pada suku kata pertama perkataan.
• Kelemahan: Tiada huruf saksi pada suku kata kedua, terdapat perkataan yang boleh
dilafazkan dan beberapa bunyi sebutan yang membawa makna yang berbeza.
(d) Huruf Saksi pada Kata Pertama dan Kedua
• Menggunakan huruf saksi pada suku kata kedua.
• Sistem ini disempurnakan dengan menggunakan semua huruf Arab dan enam huruf
tambahan iaitu [ nya, pa, ga, nga, ca, va ]
• Huruf Arab terdiri daripada 29 huruf kecuali [ lam-alif ]
• Kurang enam huruf untuk mewakili bunyi lazim pada orang Melayu.
• Orang Melayu telah mencipta enam huruf tersebut dan sehingga kini huruf Jawi ada
36 huruf melambangkan fonem dalam bahasa. Perkembangan Ejaan Jawi peringkat
kedua iaitu:
✓ Sistem ejaan Jawi berubah secara beransur-ansur tanpa ada panduan bertulis.
✓ Dahulu, sejarah hanya mengikut kezaliman yang belaku tanpa peraturan dan
panduan.
✓ Jika perubahan dilakukan oleh seseorang penulis, maka ia akan mudah diikuti oleh
penulis yang lain.
✓ Menjelang abad ke-20, perkembangan SEJ boleh dibahagikan kepada beberapa
pedoman dan panduan yang disusun atau digunakan oleh orang perseorangan atau
pertubuhan tertentu seperti Hejaaj. P.Bm.P.B. Diraja, Ejaan Jawi Za’ba, Sistem Ejaan
Dian dan Pedoman Ejaan yang Disempurnakan.
SISTEM EJAAN ZA’BA
o Sistem ejaan rumi Za’ba yang dihasilkan olehnya di Maktab Perguruan Sultan Idris,
Tanjung Malim, pada tahun 1924.
o Sistem ejaan ini telah diperkemas dalam beberapa tahun, dan termuat dalam
beberapa buah buku pedoman Bahasa.
o Antaranya ialah buku Ilmu Bahasa Melayu Penggal 1 (1926),Pelita Bahasa
Melayu Penggal 1 (1941), Daftar Ejaan Jawi-Rumi (1949) dengan judul
PetuaPetua Ejaan Rumi yang dikarang oleh pendeta Za’ba.
o Sistem ini telah dijadikan sebagai sistem ejaan rasmi dalam kerajaan Malaysia,
sekolah–sekolah & IPT sehingga tahun 50–an sebelum digantikan dengan Sistem
Ejaan Baharu Bahasa Malaysia pada 16 Ogos 1972
o Sistem Ejaan Za’ba tidak menggunakan teori dan teknik linguistik kerana ianya
hanya melambangkan bunyi–bunyi melalui huruf–huruf rumi yang digunakan
dalam Sistem Ejaan Jawi Bahasa Melayu
o Antara pembaharuan dalam Ejaan Za’ba adalah membahagikan huruf-huruf Bahasa Melayu kepada huruf
saksi dan huruf benar.
o Huruf saksi merupakan vokal yang terdiri daripada enam abjad, iaitu a,e, i, o dan u manakala huruf benar
merupakan konsonan yang terdiri daripada 21 huruf.
o Terdapat 40 peraturan dalam sistem Ejaan Za’ba. Peraturan 1 hingga 5 menyentuh keserasian vokal dalam
suku kata pertama dan kedua jika suku kata kedua itu suku kata tertutup.
o Peraturan yang dimaksudkan tersebut adalah huruf h dan k adalah huruf akhir dalam suku kata akhir
tertutup, maka vokal e yang dipilih bukan vokal i pada suku kata itu
o Contohnya, aleh, leteh, sireh, tueh, balek, batek, dan chantek
o Jika terdapat deretan bunyi diftong a-i, maka ejaan diftong dikekalkan.
o Contohnya, naik, baik, dan raih
o Jika suku kata akhir tertutup, bukan diakhiri oleh konsonan h dan konsonan k, maka vokal i digunakan
bukannya vokal e.
o Contohnya nasib, katil, kutip, dan pasir
✓ jika vokal dalam suku kata pertama ialah vokal o dan vokal e, maka vokal e digunakan bukannya
vokal i.
✓ Contohnya deret, leher, bogel, chomel, dan montel
✓ Perkataan pinjaman daripada bahasa Arab jika belum diasimilasi sepenuhnya, hendaklah dieja
mengikut bunyi asalnya (memakai tanda ‘ ) dan ditulis dengan huruf condong.
✓ Contohnya: wa’sala’m, ahlu’n-nujum, dan ‘amiru’I-minim.
✓ Perkataan yang dipinjam daripada bahasa Inggeris yang sudah diasimilasi sepenuhnya dengan
bunyi Melayu, dieja mengikut sebutan Melayu.
✓ Contohnya, saman, repot, pereman, dan sain
✓ Bentuk si- dan tetap dieja dengan sempang, dan huruf s dalam bentuk si- dieja dengan huruf
besar jika berganding dengan nama khas.
✓ Contohnya: si-mati, si-laki, si-Abu, dan di-bawa
✓ Kecualiannya ialah dalam ejaan perkataan sianu dan siapa yang tidak memakai sempang
SISTEM EJAAN RUMI KONGRES
∙ Ejaan Kongres dihasilkan berasaskan persetujuan yang dicapai dalam Kongres Bahasa dan
Persuratan Melayu III yang diadakan pada 16 -21 September 1956 yang membincangkan
perkembangan bahasa Melayu.
∙ Jawatankuasa Ejaan dan Bunyi bahasa Melayu pada sidang tersebut telah membuat 16
ketetapan tentang ejaan bahasa Melayu, dan dua ketetapan tentang bunyi bahasa dan satu
ketetapan tentang tulisan Jawi.
Peraturan mengeja dalam huruf Rumi menggunakan kaedah yang berikut:
a) Huruf vokal diberi nama yang sama nilai b) Konsonan pula diberi nama setelah
bunyi fonemnya misalnya a diberi a seperti a mendapat bantuan daripada vokal a.
dalam anak. Vokal dalam sistem ini terdiri Konsonan asli dalam sistem ejaan ini
daripada a,e,é,i,o dan u. berjumlah 17. Konsonan yang dimaksudkan
ialah /b/, /c/, /d/, /h/, /j/, /k/, /l/, /m/, /n/, /ƾ/, / /, /p/,
/q/, /r/, /s/, /t/, dan /w/. Konsonan /f/, /g/, /v/, /x/
dan /z/ digolongkan ke dalam konsonan
pinjaman kerana konsonan tersebut hanya
digunakan apabila mengeja kata pinjaman.
Penggunaan vokal dalam bahasa Melayu berlaku apabila:
(a) Sesuatu perkataan terdiri daripada satu suku kata.
(b) Sesuatu suku kata dapat digambarkan dengan satu vokal sahaja, atau
pun huruf vokal bersama satu huruf konsonan, baik konsonan itu berada
di hadapan atau di belakang vokal letaknya, atau pun dengan satu vokal
di tengah-tengah dua huruf konsonan.
(c) Apabila dua huruf vokal yang sama atau tidak sama berdekatan
letaknya, maka itu bererti dua suku kata.
(d) Satu suku kata panjang banyak mengandungi dua konsonan, tetapi
tidak lebih daripada satu vokal.
(e) Jika vokal terletak di hadapan konsonan, maka satu suku kata yang
terjadi daripada kombinasi itu disebut suku kata mati. Jika vokal itu di
belakang, suku kata itu disebut suku kata hidup.
Satu ketetapan yang ditetapkan ialah menggunakan sistem fonologi
(maksudnya fonemik) bukan fonetik, iaitu melambangkan satu fonem
dengan satu grafem atau huruf sahaja.
(a) Fonem /h/ yang terdapat pada awal kata boleh digugurkan jika
dengan berbuat demikian tidak menimbulkan keraguan.
(b) Fonem /h/ pada tengah tidak boleh digugurkan jika diapit oleh vokal
yang sama.
(c) Fonem /h/ boleh dikekalkan atau dihilangkan apabila diapit oleh vokal
yang tidak sama.
(d) Fonem /h/ boleh digugurkan pada tengah kata setelah dipastikan
memang tidak ada fonem /h/ pada katanya yang asal.
(e) Fonem /h/ pada akhir kata tidak boleh digugurkan kecuali memang
fonem tersebut todak ada pada katanya yang asal.
❑ Penggunaan sempang (-) dalam sistem ejaan ini adalah untuk:
❑ Memisahkan kata apabila kata itu tidak lengkap ditulis kerana sudah
sampai ke hujung baris.
❑ Menulis kata ulang.
❑ Menyambung beberapa kata majmuk.
PEDOMAN EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
Pada 27 Jun 1967 :
o Satu sistem ejaan baru yang ilmiah, praktikal serta sesuai untuk Bahasa
Malaysia dan Bahasa Indonesia telah dicapai.
o Rundingan mengenai persetujuan sistem ejaan Bahasa MalaysiaIndonesia itu
telah dihadiri oleh Jawatankuasa Bahasa dan Ejaan Malaysia yang
dipengerusikan oleh Tuan Syed Nasir bin Ismail (Pengarah Dewan Bahasa
dan Pustaka) dengan Kumpulan Ahli Bahasa KOTI (Komando Tertinggi
Indonesia) yang diketuai oleh Nyonya S. W. Ruddjiati Muljadi.
o Hasil pertukaran fikiran dan pendapat serta penelitian dan pengolahan
bersama, kedua-dua pihak telah mencapai kesimpulan dan persefahaman
bahawa perkembangan ejaan dalam kedua-dua bahasa adalah hal yang
wajar dan sesuai dengan tuntutan kemajuan ilmiah dan keperluan praktikal.
❑ Antara rangka usaha mencapai cita-cita bersama antara rakyat
Indonesia dan Malaysia ialah meningkatkan lagi hubungan antara
Bahasa Indonesia dan Bahasa Malaysia melalui semua saluran, baik
pertuturan mahupun tulisan.
❑ Kempen-kempen memberikan penerangan mengenai Ejaan Bersama
telah dijalankan melalui akhbar-akhbar, radio, televisyen serta melalui
majalah-majalah, dan ceramah-ceramah anjuran Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP).
Pada 16 Ogos 1972:
➢ Hasil daripada persetujuan antara Malaysia dan Indonesia Sistem
Ejaan Baharu bagi Bahasa Malaysia-Indonesia telah dilancarkan
penggunaannya oleh Perdana Menteri, YAB Tun Abdul Razak bin Datuk
Hussein, di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur
➢ Ia bertujuan memperbaiki sistem ejaan Rumi Bahasa Malaysia dan
menyesuaikannya dengan unsur-unsur dan perkembangan-
perkembangan yang telah mempengaruhi bahasa Malaysia sejak
beratus tahun
Sejarah perkembangan tulisan Rumi ini bermula pada tahun 1902
• Tulisan Rumi yang pertama telah disusun oleh Jawatankuasa Ejaan R.J. Wilkinson.
• kemudiannya diperbaiki oleh Pendeta Zaaba dan dikenali sebagai Sistem Ejaan Sekolah.
• Sistem ini dijadikan tulisan rasmi sehingga beberapa tahun.
• Ketika Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga diadakan di Singapura dan Johor Bahru
pada tahun 1956, satu sistem ejaan yang dinamakan Ejaan Kongres telah dibentuk tetapi tidak
dapat dilaksanakan kerana terdapat beberapa huruf di dalam sistem ini yang agak sukar untuk
diikuti.
• Pada tahun 1959 sistem Ejaan Malindo diperkenalkan setelah beberapa rundingan diadakan
antara Malaya dan Indonesia tetapi sistem ini tidak dapat dilaksanakan atas sebab-sebab
tertentu.
• Rundingan baru diadakan dengan Indonesia sehingga tercapai persetujuannya pada 27 Jun
1967 dan ini dikenali sebagai Sistem Ejaan Bersama Malaysia/Indonesia.
▪ Akhirnya pada tahun 1972, Sistem Ejaan Bahasa Malaysia-Indonesia dilancarkan
penggunaannya dan bertugas sebagai alat yang akan mengawal perkembangan serta
pertumbuhan bahasa Malaysia
▪ Dengan adanya sistem ejaan baharu ini, tidak akan timbul lagi masalah sistem ejaan yang
harus diikuti dan digunakan terutama di sekolah-sekolah dan media massa.
Perkara dalam ejaan rumi Bahasa Melayu
1. Pemakaian huruf
✓ Senarai abjad yang digunakan
✓ Lima huruf vokal a, e, i, o, u.
✓ Tiga diftong yang dilambangkan oleh tiga pasangan huruf vokal iaitu ai, oi dan au
✓ 26 huruf konsonan
2. Senarai gugus konsonan untuk mengeja istilah pinjaman bahasa asing dan senarai pola persukutuan kata bahasa Melayu
3. Penulisan nama khas tempat, orang dan sebagainya disesuaikan dengan ejaan baharu, kecuali jika terdapat pertimbangan
khusus untuk mengekalkannya.
4. Kaedah penulisan huruf
• Huruf besar mempunyai 12 kaedah
• Huruf miring mempunyai 3 kaedah
5. Penulisan terdiri daripada
✓ Kata dasar yang dieja terpisah
✓ Kata turunan (pan-Asia)
✓ Kata gandaan
✓ Kata ganti singkatan yang ditulis serangkai dengan perkataan sebelumnya (ku, mu, nya)
✓ Kata depan yang ditulis berpisah daripada perkataan yang mengikutinya (di, ke, dari)
✓ Kata panggilan yang ditulis terpisah (si, sang)
❖ Partikel yang dieja berangkai dengan perkataan yang mendahului (lah,
kan, tah)
❖ Kata gabungan
✓ Dieja terpisah
✓ Bentuk rangkai kata umum (air hujan)
✓ Bentuk parataksis atau rangkai setara (hidup, mati)
✓ Bentuk simpulan bahasa (anak emas)
✓ Dieja berangkai
❖ Semua bentuk gabungan yang terpisah bercantum apabila menerima
imbuhan
❖ Gabungan kata yang sudah dianggap sebagai satu kata yang
tersenarai dalam daftar ejaan Rumi Bahasa Melayu
❖ Gabungan kata yang dieja terpisah apabila digandakan yang mana
hanya bahagian pertama kata yang diulang
Sejarah Perkembangan Bahasa
Melayu Pramerdeka dan
Pascamerdeka
PERANAN PEJABAT KARANG MENGARANG
▪ Semasa sebelum merdeka Pejabat Karang Mengarang di Maktab
Perguruan Sultan Idris (MPSI) yang kini Universiti Perguruan Sultan
Idris (UPSI) memainkan peranan penting dalam perkembangan
kesusasteraan Melayu.
▪ Pejabat Karang Mengarang
✓ Menerbitkan hasil penyelidikan warga akademik dalam bentuk buku,
jurnal dan sebagainya.
✓ Menganjurkan bengkel-bengkel penulisan serta kursus
penterjemahan.
PEJABAT KARANG MENGARANG
o Sebelum wujudnya Pejabat Karang Mengarang, penerbitan buku-buku
dikendalikan oleh pencetak-pencetak persendirian.
o Oleh kerana pengeluarannya tidak memuaskan, pada tahun 1885 sebuah
percetakan Melayu telah ditambah kepada Pejabat Percetakan Kerajaan
dengan mengambil Syed Mahmud Syed Abdul Kadri sebagai penulis dan
penterjemah di Pejabat Pelajaran Singapura.
ZA’BA SEBAGAI TENAGA PENTING
❑ Beliau diberi peluang melawat Penerbit Pustaka Indonesia untuk mempelajari hal-
hal berkaitan percetakan dan bagi menambah pengetahuannya dalam bidang
penerbitan buku sebagai tenaga penting di pejabat.
BIODATA ZA’BA
➢ Memulakan kerjaya sebagai guru sekolah di Johor Bahru pada tahun
1916. Beliau gemar membaca & memiliki bakat dalam penulisan.
➢ Kebanyakkan hasil penulisannya disiarkan dalam akhbar dan
majalah-majalah seperti Utusan Melayu, Lembaga Melayu,
Pengasuh & Pakar Majalah.
➢ Menerbitkan beberapa siri monograf dalam bahasa Melayu termasuk
Bahasa Pelita & Ilmu Mengarang.
➢ Hasil penulisannya termasuk cerita-cerita Shakespeare yang
diterbitkan oleh Percetakan Gudang Chap, Singapura.
PERJALANAN ZA'BA & PEJABAT KARANG MENGARANG
❑ Sekembalinya dari Indonesia, Za 'ba dan O.T. Dussek mencadangkan agar
pejabat tersebut mencontohi kerja-kerja penerbitan yang dilakukan oleh
Balai Pustaka, Indonesia.
❑ Antaranya, menambah bilangan pekerja sehingga 60 orang kerana tugas
semakin banyak dan berkembang.
❑ Semasa Perang Dunia Kedua meletus, kerja penerbitan terhenti dan pejabat
ini terpecah kepada dua bahagian iaitu di Tanjung Malim dan berpusat di
Jabatan Pelajaran Kuala Lumpur.
❑ Usaha untuk membesar dan memperkasakannya terbantut, peranannya
semakin mengecil. Akhirnya dibubarkan pada tahun 1957 apabila Dewan
Bahasa dan Pustaka dipindahkan dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur.
❑ Sejak itu, peranan mengembang bahasa Melayu dan menerbitkan buku
berbahasa Melayu diambil alih oleh DBP.
PERANAN PAKATAN BELAJAR-MENGAJAR PENGETAHUAN BAHASA
PAKATAN BELAJAR-MENGAJAR PENGETAHUAN BAHASA (PBMPB)
❖ Merupakan salah sebuah badan pembinaan & perkembangan bahasa Melayu
yang diasaskan sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
❖ Negeri Johor telah mendahului negeri-negeri Melayu lain dalam mengajar
pengetahuan duniawi kepada anak-anak negerinya.
❖ Pada tahun 1850-an, kerajaan Johor mempunyai kesedaran tentang
pentingnya pelajaran.
❖ Pada tahun 1880-an, Johor mencapai kejayaan yang pesat dalam bidang
pelajaran. Oleh itu, banyak organisasi bahasa yang awal mula bergerak di
Johor.
❖ PBmPB ditubuhkan di Johor Bahru pada tahun 1888 melalui usaha Dato ' Seri
Amar Diraja Abdul Rahman Andak & putera Abdullah Munsyi iaitu
Muhammad Ibrahim Munsyi.
❖ Mereka memperkasakan peranan bahasa Melayu & memperjuangkan
kedaulatan bahasa Melayu walaupun mereka mendapat pendidikan Inggeris.
PERANAN ASAS 50
✓ Melindungi hak-hak muslihat seluruh ahli &
pengarangnya.
✓ Melindungi bayaran mengikut harga karangan yang
dihasilkan.
✓ Membantu sasterawan dalam memajukan citacita &
kewangan.
✓ Memberi perlindungan di sisi undang-undang jika tulisan
ahli terkeluar daripada undang-undang.
✓ Mempelajari undang-undang negeri yang berhubung
dengan penerbitan.
BAHASA MELAYU DALAM SISTEM PENDIDIKAN
o Menjelang kemerdekaan, timbul kesedaran untuk
mewujudkan satu sistem persekolahan.
o Beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menkaji
sistem persekolahan.
- Laporan Barnes (1951)
- Laporan Fenn-Wu (1951)
- Ordinan Pelajaran (1952)
- Laporan Razak (1956)
LAPORAN BARNES (1951)
• Jawatankuasa ini ditubuhkan pada tahun 1950
• Dipengerusikan oleh L.J.Barnes, Pengarah Latihan Sosial dari Universiti Oxford
• Antara cadangan jawatankuasa :
✓ Meningkatkan taraf pencapaian pelajar Melayu di sekolah vernakular dan meningkatkan
taraf pencapaian
✓ Meningkatkan kualiti guru, meningkatkan pencapaian pedagogi pelajar di maktab dan
mencadangkan kurikulum latihan guru yang lebih bersesuaian
✓ Mencadangkan apa-apa sahaja cara untuk membaiki pentadbiran, sama ada dengan
menubuhkan Penguasa Pendidikan Tempatan atau Badan Tempatan dengan fungsi yang
sama
• Laporan ini mencadangkan penubuhan sekolah kebangsaan yang menggunakan
Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sebagai pengantar
• Jawatankuasa Barnes letah menggariskan tujuan sekolah Melayu sebagai
memupuk perkembangan individu ke arah kecemerlangan yang boleh dicapai
melalui aspek
➢ Pengetahuan dan kemahiran
➢ Menggalak
➢ Merangsang
• Membolehkan komuniti Melayu mencapai kedudukannya dalama
perhubungannya dengan kaum-kaum lain
• Membantu pembinaan kewarganegaraan atau negara yang bersatu padu
• Laporan Barnes tidak mendapat sambutan yang baik daripada masyarkat Cina
yang menentang pembubaran pembubaran pendidikan vernakular Cina
LAPORAN FENN-WU (1951)
➢ Diketuai oleh Dr. Fenn, dari Setiausaha Kerja Bersekutu Negara Cina,
serta Dr. Wu dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
➢ Berfokuskan kepada sekolah-sekolah Cina.
➢ Diperkenalkan ekoran ketidakpuasan hati di kalangan masyarakat
Cina.
➢ Ditubuhkan untuk mengkaji semulaLaporan Barnes serta melayan
kehendak masyarakat Cinayang menganggap laporan tersebut
bertujuan menghapuskan bahasa dan budaya orang Cina.
➢ Beberapa cadangan yang dibuat, kemudiannya menjadi asas kepada
Ordinan Pelajaran (1952).
➢ Sistem pendidikan hendaklah disalurkan kepada matlamat
membentuk identiti kebangsaan dan sekolah.
➢ Menurut laporan ini juga sebarang tindakan
untuk memaksa rakyat berbilang kaum supaya
belajar satu atau dua bahasa sahaja akan
menjejaskan perpaduan antara kaum.
➢ Hasil kajian laporan Fenn-Wu menunjukkan
pandangan yang berbeza dengan Laporan
Barnes.
CADANGAN
❑ Mempertahankan kewujudan sekolah Cina.
❑ Kerajaan British patut memberigalakan kepada orang
cina seperti memilihsistem pendidikan yang melibatkan
pengajaran ketiga – tigabahasa iaitu bahasa Melayu,
Inggeris dan bahasa ibunda mereka.
❑ Membina maktab perguruan cina.
❑ Kerajaan menambah bantuan kewangan untuk
pentadbiran sekolah cinadan menubuhkan Kolej Latihan
Guru dan Latihan Dalam Perkhidmatan di hujung
mingguuntuk sekolah cina.
✓ Untuk menampung kekurangan guru terlatih di sekolah
cina.
USUL-USUL YANG DIKEMUKAKAN
o Sekolah Cina patut dikekalkan.
o Sukatan pelajarannya hendaklah berasaskan kepada negara China
tetapi bukannya Tanah Melayu.
✓ Supaya tidak berlaku penghakisan budaya dan adat bangsa orang
Cina.
o Sekolah vernakular dibenarkan berfungsi dan menggunakan tiga
bahasa, iaitu Melayu, Cinadan Tamil. Malah, bahasa kebangsaan juga
diadakan.
o Sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan (Inggeris) harus dikekalkan.
o Sekolah-sekolah vokasional dikembangkan untuk menampung
keperluan tenaga pekerja mahir yang diperlukan untuk pembangunan
negara.
REAKSI TERHADAP LAPORAN FEN-WU
▪ Namun segala penyataan dalam Laporan Fenn-Wu ini tidak dapat diterima terutama
dari Malayan Union kerana ia tidak menguntungkan orang – orang Melayu.
▪ Tetapi, reaksi yang diterima ini telah membawa kepada satu pengkajian lain.
▪ Sebuah jawatankuasa khas, iaitu Jawatankuasa Pusat Penasihat Pendidikan telah
ditubuhkan untuk mengkaji laporan Fenn-Wu.
JAWATANKUASA PUSAT PENASIHAT PENDIDIKAN
• Terdiri daripada 20 orang ahli pelajaran, pegawai pemerintah dan ahli luar yang terdiri
daripada kaum Melayu, Cina dan India.
• Mereka telah ditugaskan mencari jalan tengah, bagaimana kerajaan dapat
melaksanakan perakuan daripada Laporan Barnes dan Fenn-Wu.
• Ada dlm kalangan mereka berpendapat bahawa murid-murid dari sekolah rendah
akan diajar Bahasa Melayu dan Inggeris tetapi anak-anak Cina dan India akan
diberikan peluang untuk mempelajari bahasa Kuo Yu dan Tamil.
• Malahannya, bahasa pengantar di sekolah-sekolah pula hendaklah Bahasa Melayu
atau Bahasa Inggeris.
ORDINAN PELAJARAN (1952)
❖ Pada 21 November 1952, Penyata Pelajaran 1952 atau dikenali juga Ordinan Pelajaran
1952 telah diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan
❖ Penyata ini telah membawa perubahan besar kepada susunan sistem pelajaran negeri ini.
MATLAMAT ORDINAN PELAJARAN 1952
▪ Untuk membekalkan dan mengekalkan pengetahuan, kemahiran dan perwatakan yang
baik untuk setiap individu
▪ Untuk menggalakkan dan membolehkan sesuatu kaum menyesuaikan diri dalam
masyarakat berbilang bangsa di negara ini
▪ Untuk berusaha membentuk warganegara yang bersatu di seluruh negara yang terdiri
dari berbagai kaum
ANTARA PERKARA YANG TERCATAT DALAM
ORDINAN PELAJARAN 1952
✓ Menubuhkan dan mendirikan sekolah-sekolah kebangsaan yang mengandungi dua
jenis iaitu:
i) Sekolah aliran Inggeris dan mata pelajaran Bahasa Malaysia dijadikan mata
pelajaran wajib
ii) sekolah aliran Melayu dengan Bahasa Inggeris dijadikan sebagai bahasa kedua.
✓ Sekolah-sekolah yang menggunakan bahasa perantara Kua-Yu (Cina) atau Tamil
boleh disediakan jika terdapat 15 orang murid atau lebih di dalam salah satu darjah
mengikut keperluan bahasa perantaraan masing-masing.
✓ Kerajaan akan memberi pelajaran percuma selama 6 tahun dan diwajibkan kepada
setiap warganegara yang berumur dari 6 tahun hingga 12 tahun
✓ Murid-murid yang tamat di peringkat sekolah rendah akan diberi peluang
melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah dan vokasional menurut kemampuan
dan kelayakan masing-masing.
✓ Datuk E.E.C. Thuraisingam menyatakan penyata
pelajaran adalah bertujuan :
i) Mengukuhkan perpaduan negara serta
menggambarkan sistem pendidikan vernakular
moden
ii) Membentuk kurikulum pelajaran mengikut
keperluan dan keadaan ketika itu
LAPORAN RAZAK (1956)
▪ Laporan Razak telah diperkenalkan pada April 1956.
▪ Ia bertujuan mewujudkan sistem pelajaran yang sama bagi semua
kaum.
▪ Laporan ini diketuai oleh Allahyarham Tunku Abdul Razak, dan boleh
dianggap sebagai batu asas dalam perkembangan sistem pendidikan
kebangsaan.
▪ Antara yang disebut dalam laporan ini ialah tujuan dasar pelajaran di
dalam negeri ini ialah bermaksud hendak menyatukan budak-budak
daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu
peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan
menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang
besar.
▪ Walaupun perkara ini tiada dapat dilaksanakan dengan serta-merta
melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur.
✓ Pendidikan awal matematik mementingkan kemahiran
mengira mudah di peringkat sekolah rendah dan sekolah
menengah.
✓ Walau bagaimanapun, didapati terdapat kepincangan
dalam struktur silibus yang digunakan untuk kaedah
pengajaran.
✓ Kaedah pengajaran pada ketika itu juga dijalankan secara
konservatif dan tidak tersusun.
✓ Hanya selepas cadangan Penyata Razak dibuat,
kurikulum matematik digunakan secara rasmi.
PENGENALAN BAHASA MELAYU MODEN
PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
➢ Pada tanggal 22 Jun 1956 Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Dewan
Bahasa dan Pustaka dalam usaha memartabatkan Bahasa Melayu.
Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bertujuan untuk
mengembangkan Bahasa Melayu yang bakal dijadikan bahasa kebangsaan
pada ketika itu. Pada tahun 1959, DBP telah dinaikkan taraf sebagai sebuah
badan berkanun menerusi Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959.
✓ Membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang
termasuk sains dan teknologi supaya lebih banyak perkataan daripada
Bahasa Melayu dihasilkan.
✓ Memajukan bakat kesusasteraan, terutama dalam bahasa kebangsaan a
bertujuan melahirkan pewaris ilmu kesusasteraan pada masa depan.
✓ Mencetak atau menerbitkan atau membantu usaha percetakan atau
penerbitan bukubuku, risalah-risalah dan lain-lain bentuk persuratan dalam
bahasa kebangsaan.
✓ Membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-
istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan.
✓ Untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan
yang betul.
✓ Untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan
supaya ia akan digunakan secara meluas bagi segala
maksud mengikut undang-undang yang sedang
berkuatkuasa.
KERJASAMA SERANTAU DAN PENGANTARABANGSAAN
➢ Penubuhan Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM) pada tahun 1972 memulakan era baru
dalam kerjasama kebahasaan di rantau ini.
➢ Dengan penyertaan negara Brunei Darussalam dalam kerjasama ini, MBIM diperluas menjadi
Majlis Bahasa Brunei Darussalam- IndonesiaMalaysia (MABBIM) pada tahun 1985.
➢ Singapura juga sering mengikut sidang MBIM dan MABBIM sejak tahun 1983 sebagai
pemerhati.
➢ Kerjasama ini telah menghasilkan penyeragaman pedoman ejaan dan transliterasi,
penyeragaman pedoman pembentukan istilah, di samping penyeragaman istilah-istilah ilmu
pengajian tinggi dan profesional.
➢ Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu dan Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa
Melayu merupakan hasil yang penting daripada kerjasama tersebut yang telah banyak
membentuk kerja-kerja peristilahan.
➢ Setelah hampir 25 tahun penubuhannya, MBIM/MABBIM berjaya memperlihatkan hasil
kebahasaan yang semakin mantap dimasyarakatkan di ketiga-tiga buah negara.
➢ Sejumlah 164049 istilah dalam pelbagai bidang/subbidang ilmu telah berhasil disepakati.
➢ Selain itu, sebanyak 40 buah kamus istilah dapat diterbitkan dalam tempoh dari tahun 1986-
2002 dan beberapa buah kamus yang lain sedang diusahakan.
➢ Antara hasil kerja peristilahan berbentuk penerbitan sepanjang dua dekad yang lalu
termasuklah:
(i) Pedoman dan Daftar (enam judul);
(ii) Kamus Istilah (empat puluh judul);
(iii) Prosiding Seminar Kebahasaan (tiga keluaran);
(iv) Jurnal Serantau (tiga keluaran);
(v) Terbitan Khas: Persidangan dan Keputusan 1972-1992; Ke Arah Pembentukan Istilah yang
Sempurna; General Guidelines for the Formation of Terms in Malay; General Terminological
Cictionaries; dan MABBIM Wahana Kebahasaan Serantau yang Akrab, Mantap dan Berwibawa.
➢ Sehingga tahun 2002, iaitu sepanjang hampir 46 tahun, DBP telah berjaya menyebarkan
sebanyak 752988 istilah menerusi penerbitan dalam pelbagai bidang dan kerja penciptaan
istilah terus dijalankan.
➢ Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu(PABM) Piala Perdana Menteri 2012.
➢ Pertandingan yang diadakan melibatkan 32 buah negara antaranya Arab Saudi, China ,Iran
dan Jepun dll. Program Inap desa kepada peserta juga memberi peluang kepada peserta
melihat lebih dekat cara hidup orang Melayu.
Kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Peringkat Pengantarabangsaan
❖ DBP sebagai institusi bahasa yang berwibawa di Malaysia sentiasa produktif
dalam mengembangkan dan mencitrakan B.Melayu di peringkat ASEAN &
peringkat antarabangsa. Justeru, MABBIM ( Majlis Bahasa Brunei Darul Salam-
Indonesia- Malaysia ditubuhkan pada 21 tahun yang lalu telah menjadi tapak
kepada kerjasama pada peringkat ASEAN,khususnya dalam penyelarasan
peristilahan Malaysia, Indonesia dan Brunei Darul Salam.
❖ Antara langkah-langkah yang dilaksanakan oleh DBP untuk merangka hala tuju
pengantarabangsaan Bahasa Melayu ialah:
• Mengadakan Kongress Bahasa Melayu Sedunia dari 21/6-25/8/1996.
• Mengusulkan penubuhan Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM)
• Penubuhan pusat mata pelajaran bahasa Melayu di luar negara.
• Meneruskan dan meningkatkan pusat bahasa dan pengajian Melayu diluar negara.
• Memperkenalkan dan menggalakkan pengajaran bahasa Melayu di luar negara.