The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ePortfolio BMMB1074 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aliamaisara145, 2021-11-17 09:16:04

ePortfolio BMMB1074 SEJ PERKEMBANGAN BM

ePortfolio BMMB1074 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

❖ Selain itu, DBP mengadakan kerjasama bahasa dengan pelbagai institusi di

peringkat antarabangsa iatu dengan mengadakan dan menandatangangi

Memorandum Persefahaman (MOU) bersama beberapa institusi; di antaranya.
✓ Universiti Pengajian Asing Beijing (BFSU), Beijing.
✓ Pusat Penyelidikan Sejarah, Seni dan Kebudayaan Islam (IRCICA) Istanbul
✓ Prince of Songkhla University ,Patanni
✓ Institut Kajian Asia Tenggara (ISAC),Hanoi
❖ Seterusnya, DBP juga telah mengadakan kerjasama kebahasaan, kesusasteraan

dan penerbitan peringkat antarabangsa dengan institusi dan negara seperti

berikut:
✓ Goethe Institute, Jerman;
✓ British Library, London; World Book Internasional. Chicago;
✓ The Australian National University, Australia.
✓ China Radio Internasional (CRI), Beijing

Cabaran dan Masa Depan bahasa
Melayu

PENDIDIKAN
❑ Bahasa Melayu telah menghadapi cabaran yang tidak diduga iaitu

apabila Akta Pendidikan 1996 dan akta IPTS 1996 diluluskan, maka
semua IPTS dibenarkan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai
bahasa pengantar.
❑ Sehubungan itu, pengiktirafan Institusi Pendidikan Swasta (IPS)
sebagai sebahagian daripada Sistem Pendidikan Kebangsaan dibuat
melalui Seksyen 16 Akta 1996.
❑ IPS mempunyai kebebasan seluas-luasnya dalam menentukan
penggunaan bahasa pengantar.
❑ Kesannya, melemahkan pencapaian falsafah dan matlamat Dasar
Pendidikan Kebangsaan, merendahkan martabat bahasa Melayu.

➢ Masalah kekurangan guru yang berupaya mengajarkan mata pelajaran
Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris >> mereka terlatih dalam
bahasa kebangsaan sewaktu mengikuti kursus pendidikan.

➢ Kesannya → murid menghadapi masalah memahami ilmu dalam Bahasa
Inggeris.

❑ Dalam hubungan dengan nasib dan masa depan Bahasa Melayu yang diberi
fungsi sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu
pengurangan peranan-peranannya sebagai bahasa pengungkap ilmu dan
pengetahuan dengan sendirinya akan melemahkan kekuatan bahasa itu
kerana keutuhan suatu bahasa banyak bergantung pada ilmu dan pemikiran
yang didukungnya.

❑ Apabila fungsi suatu bahasa terhad pada fungsi sosialnya sematamata iaitu
untuk komunikasi biasa, bahasa itu menjadi pincang kerana tidak memenuhi
fungsinya sebagai bahasa wahana pelbagai bidang ilmu, pemikiran,
teknologi, ekonomi, undang-undang dan sebagainya.

EKONOMI

❑ Ada yang mempertikaikan keupayaan bahasa Melayu dalam bidang perniagaan, saham,
korporat, perbankan dan penjenamaan produk.

❑ Penggunaan bahasa Melayu dalam bidang ekonomi dalam konteks hari ini masih tidak
meluas.

❑ Hal ini berlaku dalam lingkungan masyarakat tempatan, apatah lagi di peringkat
antarabangsa.

❑ Bahasa Melayu dikatakan tiada nilai ekonomi, tiada nilai komersil dan sukar digunakan dalam
urusan perdagangan.

❑ Hakikatnya, dalam konteks Malaysia, bahasa Melayu telah dipelajari oleh setiap individu
sejak peringkat sekolah rendah.

❑ Apatah lagi, bahasa Melayu dijadikan subjek utama dan subjek wajib lulus dalam peperiksaan
di sekolah.

❑ Namun demikian, bahasa Melayu tetap dikalahkan oleh bahasa Inggeris dalam banyak
situasi terutama dalam bidang ekonomi.

❑ Bahasa Melayu masih digunakan dalam peringkat tempatan dan
hubungan yang bersifat dalam kelompok yang kecil, bergantung kepada
masyarakat yang menuturkannya.

❑ Namun demikian, pada peringkat yang lebih besar dan luas, penggunaan
bahasa Melayu didapati semakin berkurangan.

❑ Sikap tidak yakin terhadap bahasa Melayu memberi persepsi yang
merendahkan bahasa Melayu itu sendiri.

❑ Keadaan sedemikian berlaku di negara ini. Rancangan yang melibatkan
perbincangan kewangan dikendalikan dalam bahasa Inggeris.

❑ Rancangan yang tidak berkaitan dengan ekonomi dan kewangan,
contohnya Majalah Tiga menggunakan bahasa Melayu.

❑ Keadaan ini seolah-olah menunjukkan bahasa Inggeris sahaja yang boleh
digunakan untuk urusan ekonomi.

KEPERLUAN BAHASA INGGERIS DALAM EKONOMI

➢ Bahasa Inggeris adalah bahasa rasmi perhubungan perniagaan di
peringkat antarabangsa atau pun global.

➢ Para peniaga dan usahawan dari seluruh dunia mengambil peluang-
peluang ekonomi yang tumbuh dengan pesat di merata dunia tanpa
sekatan bahasa, bangsa ataupun agama.

➢ Syarikat-syarikat dari luar negara datang melabur dalam Malaysia untuk
menjalankan perusahaan perniagaan yang pelbagai jenis di dalam semua
industri perniagaan.

➢ Rakyat tempatan juga melakukan langkah yang sama dengan melakukan
perluasan perniagaan ke negara-negara lain untuk mendapatkan
peluang-peluang ekonomi yang lebih baik.

PENTADBIRAN KERAJAAN

➢ Semua pemimpin negara, pegawai-pegawai tinggi kerajaan, ahli-ahli
korporat bercakap bahasa Inggeris dalam siaran-siaran televisyen,
mesyuarat walaupun sesama mereka.

➢ Semasa kepimpinan mantan Perdana Menteri Dr. Mahathir, Tun Hussein
Onn ,Tun Abdul Razak dan Tunku Abdul Rahman, bahasa Melayu begitu
disanjung tinggi. Jarang sekali kita mendengar para pemimpin itu bertutur
bahasa Inggeris.

➢ Para cendekiawan Melayu (lebih 50 orang Profesor dan Doktor persuratan
Melayu) mengadakan beberapa kali kongres iaitu Kongres Bahasa dan
pendidikan Melayu, Kongres Agenda Melayu.

➢ Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke IX memperjuangkan kedaulatan
bahasa Melayu, akan tetapi terdapat di antara kongres itu hanya dua hari
setelah resolusi yang dikirimkan kepada kerajaan ditolak mentah-mentah
oleh kabinet.

KERANCUAN BAHASA DI MEDIA SOSIAL

❑ Kerancuan bahasa bermaksud keadaan penggunaan bahasa yang tidak teratur,
mencampur adukkan bahasa, iaitu bahasa Melayu dengan bahasa lain
terutamanya di media sosial.

❑ Punca-punca kerancuan bahasa di media sosial:
✓ Penggunaan Bahasa Rojak
✓ Pengaruh Bahasa Asing
✓ Gangguan Bahasa Dialek atau Daerah
✓ SMS tidak Daulatkan Bahasa Kebangsaan
✓ Sikap Kurang Yakin Pengguna Media Sosial dengan Bahasa Melayu
✓ Semangat Patriotisme yang Lemah
✓ Sistem Pendidikan yang Lemah

KESAN-KESAN KERANCUAN BAHASA DI MEDIA SOSIAL

❖ Kualiti Bahasa Melayu Lisan dan Tulisan akan Merosot
• Nilai Bahasa Melayu akan jatuh.
• Bahasa Melayu tidak dihormati oleh penutur asalnya sendiri.
• Penggunaan bahasa akan tercemar.

❖ Persepi Buruk Masyarakat Luar Terhadap Bahasa Melayu
• Menimbulkan persepsi yang buruk dalam kalangan para pengkaji Bahasa Melayu

seluruh dunia.
• Secara tidak langsung kerancuan bahasa di media sosial akan terus merebak.

❖ Proses Pengintelektualan Bahasa Melayu akan Merosot
• Proses pengintelektualan bahasa Melayu akan terbantut.
• Membawa kesan buruk kepada Pengajian Melayu.
• Kesan negatif dari segi pembentukan jati diri dan bangsa Malaysia.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI KERANCUAN BAHASA DI MEDIA
SOSIAL

➢ Melalui Pendidikan
➢ Mengadakan Kempen
➢ Mengadakan Lebih Banyak Bengkel
➢ Penguatkuasaan dan Pengurusan Secara Bersepadu
➢ Peranan Media Massa
➢ Insentif Kepada Penulis yang Menghasilkan Buku Bahasa Melayu

KESIMPULAN
✓ Penggunaan bahasa yang betul oleh pemimpin dan masyarakat.
✓ Memberi kesedaran kepada pengguna media sosial.
✓ Kita haruslah Bersatu padu berganding bahu.

PERCAMPURAN KOD

❖ Definisi Konsep

➢ Percampuran kod (code mixing) merupakan satu fenomena biasa dalam
kalangan mereka yang boleh berbahasa lebih daripada satu.

➢ Percampuran kod berlaku apabila seorang bertutur mencampuradukkan
bahasa atau dialek dengan bahasa atau dialek yang lain atau antara satu
dialek dengan dialek-dialek lain.

➢ Fenomena ini amat berleluasa di Malaysia kerana di sini terdapat pelbagai
jenis bahasa dan dialek seperti bahasa Melayu, Cina, Tamil dan suku kaum
serta dialek tempatannya.

❖ Percampuran kod yang digunakan

▪ Percampuran kod yang digunakan di dalam dialog tersebut terdiri daripada gabungan dua

bahasa, iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris, singkorf, dan dialek. Contoh, dialog antara lelaki
dan perempuan tersebut :

▪ L : Kita nikah nanti, I nak simple-simple aje tau

▪ P : Man boleh, yang. Ibu I dah tempah mak andam yang paling famous di negara kita, tau… ibu I

kata, masa bersanding nanti kita ada 10 sepersalinan pakaian tau.

➢ Analisis berdasarkan dialog di atas

• Penggunaa I dan simple-simple dalam dialog di atas tidak sesuai kerana kedua-dua perkataan

tersebut merupakan perkataan daripada bahasa Inggeris. Jika diterjemah di dalam bahasa
Melayu I bermaksud saya, manakala simple-simple bermaksud sederhana.

• Begitu juga dengan perkataan nak, aje, dan tau. Perkataan nak, aje, dan tau merupakan sinkorf,

iaitu pengguguran beberapa perkataan sama ada di hadapan atau di belakang kata. Sinkorf ini
sering berlaku di dalam perbualan kita sehari-hari. Ejaan yang betul ialah hendak, sahaja, dan
tahu. Jadi, ayat yang betul ialah “kita nikah nanti, saya hendak sederhana sahaja”.

• Dialog yang kedua pula, menggunakan sinkorf dan bahasa Inggeris. Contoh sinkorf man, dah,

dan tau, dan bahasa Inggeris famous. Perkataan yang betul ialah mana, sudah dan tahu,
manakala famous di dalam bahasa Melayu bermaksud terkenal. Jadi ayat yang betul ialah
“Mana boleh, Ibu saya sudah tempeh mak andam yang paling popular di negara kita. Ibu saya
kata, masa bersanding nanti kita ada 10 persalinan pakaian”.

❖ Situasi

o Percampuran kod ini turut menular di dalam media-media seperti akhbar, majalah, televisyen,

radio dan sebagainya.

o Percampuran kod di dalam media-media tersebut merupakan salah satu daripada usaha

majikan atau pemilik syarikat untuk menikmati keuntungan daripada produk yang dikeluarkan
oleh mereka sehingga meminggirkan kepentingan bahasa Melayu.

➢ Sebagai contoh, saya terbaca salah satu dialog di dalam sebuah majalah popular masa kini, iaitu Solusi

keluaran Mac 2011. Di dalam dialog tersebut, karikatur majalah tersebut menggunakan ayat-ayat yang
mengandungi percampuran kod. Tujuan karikatur menggunakan percampuran kod mungkin untuk menarik
perhatian pembaca untuk membaca isi dan tema yang ingin disampaikan olehnya. Teknik dan niatnya betul,
tetapi salah di sisi penggunaan bahasa. Hal ini demikian kerana, percampuran kod di dalam dialog tersebut
telah mencemari dan merendah-rendahkan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.

SLANGA

❑ Slanga merupakan penggunaan istilah yang wujud dalam bahasa yang
tidak formal dalam variasi bahasa.

❑ Menurut Zaitul Azma Zainon Hamzah (2006), slanga dikelompokkan
dalam bahasa eksklusif iaitu bahasa yang tidak ditempatkan di atas
bahasa lain.

❑ Slanga merupakan bahasa yang mempunyai bentuk yang tersendiri dan
unik. Penggunaan bahasa tersebut juga dituturkan oleh mereka yang
berada dalam kelompok mereka sendiri sama ada dari usia, sosial,
kumpulan atau daerah.

❑ Secara umumnya, slanga dapat dikatakan sebagai penggunaan bahasa
yang dihasilkan sendiri oleh sekelompok kumpulan, komuniti atau pihak-
pihak tertentu terutamanya golongan remaja dan maksud istilah yang
digunakan oleh mereka adalah berubah mengikut situasi atau tempat
yang bersesuaian.

KESAN SLANGA

➢ Wujudnya bahasa slanga yang bukan sahaja digunakan dalam percakapan tetapi
juga dalam penulisan.

➢ Penulisan-penulisan yang digunakan dalam sesebuah buku terutama dalam
bacaan ringan seperti komik telah terpengaruh dengan bahasa slanga.

➢ Menjejaskan kedaulatan bahasa.
➢ Ramai remaja dan kanak-kanak akan terpengaruh dan menggunakan bahasa ini

dalam kehidupan seharian.
➢ Mendatangkan kerisauan bukan saja dikalangan pakar linguistik atau pejuang

bahasa Melayu, malah ibu bapa juga tidak begitu setuju dengan kenbanjiran komik
berbahasa slanga di pasaran.

❖ Contoh istilah-istilah baru yang muncul kesan daripada penggunaan bahasa
slanga ialah caye(percaya), camni(macam ini) dan teypon(telefon).

CIRI-CIRI KATA SLANGA

❑ Kosa kata tidak standard
❑ Kosa kata tidak baku
❑ Sering berubah
❑ Mempunyai makna yang tersendiri atau baharu
❑ Contoh: cun, cintan, balak, kacang, ayat, awek, pakwe, skema, skodeng, jambu, sound, gila, poyo

dan sebagainya.

FAKTOR-FAKTOR PENGARUH BAHASA SLANGA

❑ Pengaruh rakan sebaya
• Penggunaan perkataan dan tingkah laku.
❑ Pengaruh media massa
• Media elektronik dan media cetak

❑ Pengaruh teknologi maklumat

• Penggunaan aplikasi-aplikasi tertentu.

❑ Menunjukkan identiti kumpulan tertentu

• Menghasilkan bahasa tertentu untuk setiap kelompok kumpulan.

KESAN-KESAN PENGARUH BAHASA SLANGA

➢ Menjejaskan kedaulatan bahasa Melayu.
➢ Asal-usul bahasa Melayu akan terhakis.
➢ Matlamat untuk mengembangkan bahasa Melayu akan terhalang.
➢ Kehadiran pelbagai kosa kata baharu.

LANGKAH-LANGKAH MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU

➢ Meningkatkan pemantauan dalam kalangan anak-anak.
➢ Memperkasa aktiviti membudayakan bahasa Melayu.
➢ Mempelbagaikan usaha di peringkat kerajaan.

KESIMPULAN

❖ Bahasa Slanga adalah bahasa yang digunakan oleh kelompok
tertentu. Kehadiran bahasa Slanga ini sememangnya akan
menjejaskan struktur kosa kata standard bahasa Melayu. Kerjasama
semua pihak diperlukan untuk mengatasi masalah ini.

PENERAPAN ELEMEN HAK ASASI

❖ HAK ASASI MANUSIA
❑ Antarabangsa
❑ Falsafah
❑ Islam

❖ PENGENALAN
➢ Sejarah dan Perkembangan HAM
➢ Falsafah HAM
➢ Deklarasi HAM Sejagat 1948

❖ DEFINISI HAK
• Yang benar
• Kuasa atas sesuatu
• Milik kepunyaan
• Yang mana satu

❖ JAMINAN HAK ASASI

➢ TRITI
➢ UNDANG-UNDANG AMALAN ANTARABANGSA
➢ PRINSIP-PRINSIP UMUM

❖ FALSAFAH HAK MANUSIA

➢ HAK SEMULAJADI

• Manusia dilahirkan dengan hak asasi dan hak asasi ini wujud bersama manusia sejak
azali lagi yang dikurniakan oleh Tuhan. Dalam konteks ini, Tuhan merupakan pembuat
undang-undang teragung dan mewujudkan beberapa hak asasi yang asas untuk
manusia.

➢ HAK YANG DIBERI
• Hak asasi manusia hanya wujud apabila dinyatakan dalam instrumen undang-undang

sama ada di peringkat Negara atau antarabangsa.

❖ CIRI-CIRI HAK ASASI MANUSIA

▪ Hak yang menuntut tanggungjawab dilaksanakan ke atas empunya hak
▪ Majmuk
▪ Sejagat
▪ Berkeutamaan tinggi

TERIMA
KASIH

RUJUKAN

Bahasa Slanga | PDF. (n.d.). Retrieved November 17, 2021, from
https://www.scribd.com/doc/84988821/bahasa-slanga

fariqulhaq. (2015, April 20). 1.2 Pengenalan Slanga. APLIKASI KOMPUTER DALAM KAJIAN LINGUISTIK.
https://fatiku.wordpress.com/2015/04/20/1-2-pengenalan-slanga/

Hak asasi manusia di Malaysia. (2021). In Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Hak_asasi_manusia_di_Malaysia&oldid=5344226

Irwan John Imbayan. (17:31:20 UTC). Kerancuan bahasa presentation.
https://www.slideshare.net/IrwanJohn/kerancuan-bahasa-presentation

Kerjasama Serantau Dan Pengantarabangsaan Bahasa Melayu | PDF. (n.d.). Scribd. Retrieved November 17, 2021,
from https://www.scribd.com/presentation/165277739/Kerjasama-Serantau-Dan-Pengantarabangsaan-Bahasa-
Melayu

Laporan Fenn-Wu 1951 | PDF. (n.d.). Retrieved November 17, 2021, from
https://www.scribd.com/doc/273956328/Laporan-Fenn-Wu-1951

Laporan Razak 1956 | PDF. (n.d.). Scribd. Retrieved November 17, 2021, from
https://www.scribd.com/presentation/354441755/LAPORAN-RAZAK-1956

Malik (anjkh), M. K. B. A. (2012, March 6). Korek Bahasa: Percampuran Kod dalam bahasa Melayu.
Korek Bahasa. http://kodrimohd.blogspot.com/2012/03/percampuran-kod-dalam-bahasa-
melayu.html

Pengenalan Kepada Hak Asasi Manusia. (n.d.). Retrieved November 17, 2021, from
https://www.slideshare.net/surrenderyourthrone/pengenalan-kepada-hak-asasi-manusia

Peranan Dewan Bahasa Dan Pustaka | PDF. (n.d.). Scribd. Retrieved November 17, 2021, from
https://www.scribd.com/doc/270081997/Peranan-Dewan-Bahasa-Dan-Pustaka

Siang, E. (2019, May 15). FAKTA.LOGIK.AKAL.FIKIRAN: SISTEM TULISAN MELAYU KUNO.
FAKTA.LOGIK.AKAL.FIKIRAN. http://sodacolapepsi.blogspot.com/2019/05/sistem-tulisan-melayu-
kuno.html

Tajuk 6 Cabaran Dan Masa Depan | PDF. (n.d.). Scribd. Retrieved November 17, 2021, from
https://id.scribd.com/doc/155127869/Tajuk-6-Cabaran-Dan-Masa-Depan

WanBK Leo. (06:03:06 UTC). 13 Hak Asasi. https://www.slideshare.net/wanbk/13-hak-asasi


Click to View FlipBook Version