Modul Masih Ada Sayang
Bahan 2 – Grafik
CARA MENGEKALKAN WARISAN BUDAYA MASYARAKAT
⚫ Kerajaan menggalakkan ⚫ Generasi muda haruslah
pameran artifak/kebudayaan mengenali asal-usul sendiri.
warisan pelbagai kaum ⚫ Kerajaan mengadakan kempen
⚫ Media massa tempatan perlu kesedaran
sentiasa menyiarkan ta- Pihak sekolah mengadakan
⚫ pertandingan berkaitan ke-
yangan tentang kebudayaan
Malaysia budayaan
KERTAS SOALAN TAMAT
100
Modul Masih Ada Sayang
BAHASA MELAYU SET 2
KERTAS 2
1103/2
BAHAGIAN A : SISTEM DAN APLIKASI BAHASA
[ 35 markah ]
Soalan 1 : Morfologi
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata adjektif dan dua kata ganda.
Kemudian, anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan
yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. An-
da tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan
itu sebagai peribahasa atau kata nama khas.
Pengangguran merupakan salah satu permasalahan sosioekonomi yang terus meng-
hambat negara ini. Setiap tahun, beribu-ribu orang siswazah menamatkan pengajian di Insti-
tusi Pengajian Tinggi (IPT) dengan harapan menggunung untuk ,mendapatkan kerjaya yang
setimpal; namun, tidak semuanya bernasib baik. Penganggguran bukan sahaja terdiri da-
ripada siswazah lepasan ijazah, tetapi siswazah ijazah kedua (sarjana, PhD), pelajar lepasan
diploma daripada kolej-kolej, pelajar lepasan institusi-institusi kemahiran dan juga pelajar le-
pasan sekolah menengah.
Sikap terlalu memilih kerjaya menyebabkan peningkatan masalah pengangguran dalam
kalangan siswazah. Hal ini menjadikan siswazah sanggup menunggu pekerjaan yang ekslusif
dan bergaji tinggi. Keadaan ini bertambah buruk apabila siswazah mempunyai interpretasi ter-
lau tinggi terhadap prasarana kerja seperti kredibilit syarikat, fleksibiliti waktu berkerja, jarak,
insfrastruktur dan sistem pengangkutan yang baik. Ada juga sesetengah siswazah yang tidak
optimstik dalam memilih bidang kerjaya.
[ 8 markah ]
101
Modul Masih Ada Sayang
Soalan 2 : Sintaksis
Berdasarkan petikan di bawah, kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap
bagi tiga ayat yang anda pilih seperti yang berikut:
Subjek : ___________________________________________
Predikat : ___________________________________________
Terarium ialah ekosistem miniatur tumbuhan hiasan di dalam bekas.
Terarium boleh menggunakan pelbagai jenis lumut. Pemilihan balang amat
penting. Pembuatan terarium ini agak rumit. Set terarium ringkas boleh dis-
iapkan dalam tempoh tidak sampai satu jam. Terdapat pembeli menjadikan
hiasan ini sebagai hadiah.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Terarium obsesi Nazrol Ikhwan’
Oleh Arzina Mohamad Azaman, Sinar Harian, 20 Februari 2020
[6 markah]
1.
2.
3.
102
Modul Masih Ada Sayang
Soalan 3 : Penyuntingan
Dalam petikan 1, terdapat lima kesalahan bahasa manakala petikan 2 terdapat enam
kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu, bagi setiap petikan
anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam
soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.
Petikan 1
Puan Ainon memang tidak pernah berminat dengan jualan lansung. Dia juga tidak
pernah membeli sebarang makan kesihatan sebelum ini. Pada pandangannya, makanan
yang sihat adalah makanan seimbang yang disediakan daripada dapurnya sendiri. Oleh
itu, dia metolak pelawaan Punita itu. Namun penolakan itu dibuatnya dengan baik, juga
dengan alasan yang baik. Bagi Puan Ainun, dia seboleh-bolehnya tidak mahu
menyinggung hati jiranya.
(Dipetik daripada cerpen Budi Semangkuk Daging, antologi Harga
Sebuah Lukisan, Tingkatan 3, Dean Bahasa dan Pustaka)
Petikan 2
Setiap tahun, kerajaan akan menganjurkan kempen-kempen yang berkaitan dengan
sambutan hari Kebangsaan bagi mensuntik nilai patriotisme dalam kalangan masyarakat
apabila meraikan hari kemenangan ini dengan semangat yang bekobar-kobar. Antara
mekanisme kempen menghayatan Hari Kebangsaan ini adalah Kempen Kibar Jalur
Gemilang, Pertandingan Mencipta Logo Hari Kebangsaan, Kembara Merdeka, atau Per-
tandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan. Dalam pada itu, pihak media masa juga me-
mainkan peranan dengan menyiarkan iklan, lagu-lagu patriotik, filem, dan drama yang ber-
temakan kemerdekaan negara.
(Dipetik dan diubah suai daripada PENA WANITA, Kempen Hari Kebang-
saan sebagai Wahana Menyampaikan Mesej oleh Sitinurbayu Mohd
(1Y1umsaorfkf)ah)
103
Modul Masih Ada Sayang
Soalan 4 : Bahasa Melayu Standard
NOTA:
MENUKAR PROSA KLASIK KEPADA BAHASA MELAYU STANDARD
1. PROSA KLASIK YANG TERLIBAT
1. Kepimpinan Melalui Teladan (Tingkatan 4)
2. Burung Terbang Dipipiskan Lada (Tingkatan 5)
2. CIRI-CIRI PROSA KLASIK
1. Pengaruh Bahasa Arab seperti Allah Taala, Daulat, wallahualam
2. Penggunaan Bahasa Istana seperti beradu (tidur), bersiram (mandi), gering (sakit), san-
tap (makan) dan sebagainya.
3. Penggunaan kosa kata klasik seperti berahi (cinta), ceritera (cerita), masyghul (sedih)
4. Penggunaan kata pangkal ayat seperti Adapun, alkisah, arakian, hatta, maka, sebermu-
la, syahadan
5. Sintaksis
➢ Penggunaan ayat majmuk – ayatnya Panjang ala ayat Arab kerana
menggunakan kata hubung
➢ Ayat susunan songsang
➢ Penggunaan ayat pasif
3. CARA MEMAHAMI / PROSES / FORMAT MEMODENKAN
1. Murid-murid perlu ingat bahawa jawapan yang hendak ditulis mestilah dalam Bahasa
Melayu moden
2. Fahami keseluruhan petikan yang dibaca
3. Gariskan perkataan-perkataan bahasa klasik yang dapat ditukarkan
4. Jangan menambah maklumat lain yang tiada dalam petikan Bahasa klasik
5. Nama-nama khas jangan ditukar
6. Ketahui perbezaan antara Bahasa klasik dengan Bahasa istana (tidak perlu ditukar)
7. Struktur ayat Bahasa klasik bertentangan dengan Bahasa moden
Contoh:
Bahasa klasik - Maka berangkatlah baginda ke istana
Bahasa moden - Lalu baginda berangkat ke istana
Baginda tidak perlu ditukar kerana Bahasa istana
8. kekerapan menggunakan struktur ayat pasif dalam Bahasa klasik
Contoh:
Bahasa klasik – Maka oleh diparang oleh Hang Tuah kepala dua orang yang
mengamuk itu terbelah dua.
Bahasa moden – Lalu Hang Tuah memarang kepala dua orang yang mengamuk itu
dan terbelah dua.
104
Modul Masih Ada Sayang
4. PERKARA-PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN SEBELUM MENJAWAB
SOALAN MEMODENKAN
1. Senaraikan dahulu watak-watak dalam petikan prosa klasik tersebut. Pastikan anda
berjaya mengenal pasti beberapa watak yang mempunyai persamaan agar pemilihan
kata ganti nama tepat dan sesuai
2. Nyatakan latar tempat iaitu tempat prosa klasik itu diceritakan
3. Nyatakan pokok persoalan yang ada dalam petikan tersebut
4. Buangkan perkataan klasik seperti maka, arakian, syahadan, lah, pun, ataupun per-
kataan yang tidak perlu
5. Perkataan klasik yang ada dalam petikan tersebut perlu ditukar kepada Bahasa moden
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula
petikan tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asal-
nya.
Maka rotan itu pun tumbuh; itulah dinamai orang Rotan Siam, manakala pasungan kayu ara
itu pun tumbuh juga, datang sekarang di hulu Muar jua, dan tumang Siam tempat bertanak
itu pun tumbuh juga, datang sekarang.
”Dipetik daripada ‘Burung terbang Dipipis lada’ Dalam antologi Sejadah
Rindu
(6 markah)
Soalan 5 : Peribahasa
Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. kemudian lengkapkan ayat-ayat itu dengan peribahasa
yang sesuai.
(i) Mangsa-mangsa banjir yang telah kehilangan tempat tinggal itu berasa amat
bersyukur dan berterima kasih kepada pihak kerajaan yang mengumumkan
pembinaan rumah baharu untuk mereka. Mereka sangat berbesar hati dengan
pengumuman tersebut bersesuaian dengan peribahasa
______________________________________________________________.
(ii) Ketua kampung sering menasihati penduduk kampung supaya tidak mement-
ingkan diri sendiri dalam kehidupan bermasyarakat di kampung itu. Mereka
janganlah menjadi seperti ___________________________________.
(iii) Dalam mengejar cita-cita pelbagai kesukaran akan ditempuh, namun ibu sering
kali berpesan kepada anak-anaknya supaya sentiasa berusaha dan jangan
mudah berputus asa kerana _______________________________________.
( 6 markah )
105
Modul Masih Ada Sayang
BAHAGIAN B: PEMAHAMAN
[ 35 Markah ]
Soalan 6 : Petikan Umum
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
Kes-kes penipuan dalam talian terus meningkat sejak akhir-akhir ini. Menurut Pakar
Keselamatan Siber, Aaron Ikram Mokhtar, orang ramai perlu peka dengan jenis-jenis
ancaman siber untuk menjadikan mereka lebih bijak dalam mengemudi transaksi
kewangan atau berkongsi data peribadi. “Orang ramai perlu mengetahui bahawa
penjenayah menggunakan e-mel palsu untuk membawa pengguna kepada laman web
yang salah untuk memperoleh maklumat mangsa. Pengguna akan memberikan maklumat
secara sukarela apabila melihat e-mel itu seperti e-mel rasmi walaupun pada hakikatnya e-
mel tersebut bukan e-mel sebenar, “Apabila menggunakan WiFi umum, kita kena berhati-
hati. Pastikan kita bersambung kepada WiFi yang selamat bukannya laman web
penjenayah,”. Tambah Aaron,elakkan membuat transaksi kewangan ketika menggunakan
WiFi umum tetapi lebih baik menggunakan talian telefon sendiri. Aaron juga menasihati
orang ramai supaya mendapat bantuan Cyber999, satu aplikasi yang disediakan agensi
keselamatan sekiranya berlaku penggodaman atau kecurian data peribadi dalam talian.
Beliau juga menyeru orang ramai supaya tidak memandang enteng aspek keselamatan
siber sebelum semuanya menjadi terlambat.
Dipetik dan diubah suai daripada
Penipuan Dalam Talian : Orang Ramai Perlu Peka Jenis Ancaman
Siber
Azzyati Ahmad, Astroawani.com 17 Julai 2020
106
Modul Masih Ada Sayang
Bahan 2
(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud memandang enteng.
[2 markah]
(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan perbezaan cara untuk menge-
lakkan diridaripada menjadi mangsa penipuan siber.
[3 markah]
(iii) Walaupun kes penipuan siber di negara kita telah didedahkan kepada
umum dan pelbagai usaha dilakukan untuk mengatasinya, kes ini tidak
pernah reda malah melibatkan kerugian jutaan ringgit dan mangsa da-
ripada pelbagai latar belakang.
Pada pendapat anda, apakah yang menyebabkan keadaan ini berlaku?
[4 markah]
(iv) Anda telah menerima beberapa mesej pesanan ringkas daripada seorang
kenalan lama yang ingin meminta bantuan kewangan daripada anda atas
sebab kecemasan. Beliau berjanji akan membayarnya pada keesokan
harinya.
Apakah tindakan yang akan anda lakukan untuk memastikan bahawa
anda tidak terjebak dalam penipuan siber?
[4 markah]
107
Modul Masih Ada Sayang
Soalan 7 : Petikan Sastera
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang beri-
kutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1 Barang siapa mampu melaksanakan haji,
Tentulah orangnya patut dipuji.
Barang siapa tidak takut Tuhan, Barang siapa berkuasa mengabaikan rakyat,
Hidupnya tidak akan bertahan. Akan disumpah masyarakat sepanjang hayat.
Barang siapa tidak pernah puasa, Ulin Nuha Masruchin,
Hidupnya akan penuh dosa. Buku Pintar Majas, Pantun dan Puisi, 2017
Barang siapa meninggalkan solat,
Bererti dia berbuat maksiat.
Barang siapa tidak mengeluarkan zakat,
Hartanya tidak akan mendapat berkat.
Barang siapa mampu melaksanakan haji,
Tentulah orangnya patut dipuji.
Barang siapa berkuasa mengabaikan rakyat,
Akan disumpah masyarakat sepanjang hayat.
Bahan 2
Belum eemput Kak Chah dan Shahmeem menjawab, seorang lelaki dewasa bertubuh tegap,
berbaju-T dan berseluar panjang hitam serta berwajah serius, datang dan memegang beg plas-
tik remaja kurus itu. Remaja itu cuba lari, tetapi lelaki bertubuh tegap itu berjaya menendangnya
sehingga tersungkur. Aku begitu terkejut sehingga terlupa menjerit. Seorang lagi lelaki dewasa
Turki datang mengambil beg plastik hitam yang terjatuh.
“We are police. They all sell black market things,” ujar lelaki Turki yang kedua.
Aku sempat melihat air mata merembes dari pipi remaja kurus tadi. Barangkali ketaku-
tan, barangkali kesakitan. Puisi Mevlana Celaleddin Ar-Rumi tentang kemanusiaan sekali lagi
bergema di hatiku. Nampaknya tiada belas kasihan terhadap perjuangan meneruskan hidup jika
melanggar peraturan.
(Dipetik daripada cerpen “Jaket Kulit Kijang dari Is-
tanbul ” oleh Maskiah Haji Masron, Antologi Jaket Kulit
Kijang dari Istanbul, Kementerian Pelajaran
Malaysia)
108
Modul Masih Ada Sayang
Bahan 3
Sang Gembala Kuda sambil melibas cemeti durjana
dia melempar muslihat
Dia lelaki bergelar perkasa aku penyelamat maruah
dengan cemeti keberanian di tangan berjuang atas kebenaran
rembat angkuhnya memacu takut menentang semua kebobrokan.
menghalau kuda-kuda di padang
berebutan memburu kandang.
Rumput dan jerami yang terhidang Mohd. Hashim Othman
adalah kanun janji kesetiaan Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
dimamah rakus kala lapar Kementerian Pendidikan Malaysia.
tak peduli nasib diri setelah kenyang
jadi tunggangan memburu rakan.
Dia lelaki punya kuasa
sesekali suaranya lebih gempita
daripada ringkik kuda sekandang
pacunya diiring seribu keberanian
meredah onak di rimba perburuan
meranduk lumpur di paya penindasan
i) Berdasarkan Bahan 3, berikan maksud meredah onak. [ 2 markah ]
Berdasarkan Bahan 3, maksud meredah onak ialah
ii) Berdasarkan semua bahan, pengarang ada memaparkan sikap orang yang lebih
berkuasa.Nyatakan sikap tersebut dalam setiap petikan. [ 3 markah ]
Berdasarkan Bahan 1, sikap orang yang lebih berkuasa ialah .........................................
............................................................................................................................................
dan dalam Bahan 2
ialah....................................................................................................................................
............................................................................................................................................
............................................................................................................................................
Manakala dalam Bahan 3 pula ialah
...................................................................................................................................
............................................................................................................................................
......................................................................1..0..9..................................................................
Modul Masih Ada Sayang
iii) Pihak berkuasa menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan untuk melancarkan pen-
tadbiran dan menguatkuasakan undang-undang negara.
Berikan pendapat anda tentang peranan masyarakat terhadap pihak berkuasa.
[ 4 markah ]
Pada pendapat saya peranan masyarakat terhadap pihak berkuasa ialah .........................
...............................................................................................................................................
...............................................................................................................................................
Selain itu, ..............................................................................................................................
...............................................................................................................................................
...............................................................................................................................................
Seterusnya, ..........................................................................................................................
...............................................................................................................................................
...............................................................................................................................................
...............................................................................................................................................
iv..)..S..e..t.i.a..p...n..e..g..a..r.a. mempunyai peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Sekiranya anda berpeluang bercuti ke negara asing bersama-sama keluarga, apakah yang
patut anda lakukan untuk diri dan memastikan percutian berjalan lancar?
[ 4markah]
Sekiranya saya berpeluang bercuti ke negara asing bersama-sama keluarga, perkara
yang patut saya lakukan untuk menjaga diri dan memastikan percutian berjalan lancar
ialah …………………………………………………………………………………………………
..............................................................................................................................................
..............................................................................................................................................
Selain itu, .............................................................................................................................
..............................................................................................................................................
..............................................................................................................................................
Seterusnya, ..........................................................................................................................
..............................................................................................................................................
..............................................................................................................................................
..............................................................................................................................................
110
Modul Masih Ada Sayang
Soalan 8 : Novel
Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
“ Dato Johann, kita perlu kembali kepada objektif projek ini, iaitu tujuan saya mengeten-
gahkan bentuk-bentuk lampu yang tidak cantik ini. Objektifnya adalah untuk menjadi-
kan Kuala Selangor sebagai satu Kawasan Simpan Langit Gelap. Kita bukannya
hendak mewujudkan Bandar Cahaya atau Bandar Seribu Lampu. Untuk itu kita suda
ada I- City di Shah Alam. Jadi, isu pencahayaan sebagai suatu bentuk estetik tidak
timbul. Jika tuan puan pernah melawat i-City saya yakin pengalaman tuan puan sa-
ma dengan pengalaman saya. I-City satu tempat tandus yang panas dan kering pada
waktu malam kerana kawasan ini berhiaskan cahaya buatan manusia. Mata saya
berpinar-pinar apabila berada di situ. Tempat ini tidak sepatutnya wujud. Maafkan
saya, Dato’ Menteri Besar,” ucap Nurul Hafsa sedikit terkeluar daripada tajuk. Tetapi
kelancangannya begitu memikat pada mata anak musuh ketatnya yang menunjukkan
riak sedang jatuh cinta dengan ucapan tersebut.
Dipetik daripada novel Bimasakti Menari, halaman 117-118
karya Sri Rahayu Mohd Yusop
Kementerian Pendidikan Malaysia
i. Nyatakan keadaan Bandar I-City di Shah Alam pada waktu malam seperti yang digam-
barkan oleh Nurul Hafisa melalui pengalamannya.
[4 markah]
ii. Huraikan dua peristiwa yang memberikan pedoman yang terdapat dalam sebuah novel
yang anda pelajari.
[6 markah]
i. Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Mat-
darin
ii. Songket Berbenang Emas karya Khairuddin
Ayip
111
Modul Masih Ada Sayang
BAHAGIAN C : RUMUSAN
[30 markah]
[ Masa yang dicadangkan : 45 minit ]
Soalan 9 : Rumusan
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan
yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.
Bahan 1 – Petikan
Wabak influenza ketika ini dalam keadaan terkawal. Walau bagaimana-
pun, terdapat peningkatan kes di 10 buah negeri termasuk bandar raya
Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham bin
Abdullah, peningkatan influenza dikesan menerusi analisis semasa bagi
pola aktiviti influenza. Analisis ini melibatkan pesakit influenza yang
dikesan di klinik dan hospital di seluruh negara. Kemasukan pesakit ke
wad dengan jangkitan pernafasan akut teruk juga diambil kira dalam ana-
lisis ini.
Laporan pengawasan influenza yang dijalankan oleh Institut
Penyelidikan Perubatan dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan
menunjukkan peningkatan pola aktiviti virus influenza dalam perseki-
taran. Tiada sebarang kelainan, perubahan, atau mutasi pada penularan
influenza ketika ini. Penularan influenza di Malaysia adalah sama seperti
yang dilaporkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau World Health
Organization (WHO) di pelbagai negara tropika lain.
Bagi kes influenza di sekolah, negeri Selangor mencatatkan
bilangan kes tertinggi, iaitu 387 kes. Pulau Pinang pula mencatatkan 161
kes dan Johor mencatatkan 109 kes. Negeri-negeri lain mempunyai
bilangan kes influenza kurang daripada 100 kes.
Tan Sri Dr. Nor Hisham turut mencadangkan mereka yang
mempunyai gejala jangkitan influenza supaya berehat di rumah dan tidak
berada di tempat tumpuan awam, makan angin, atau bertemu dengan
orang lain. Jika perlu mengadakan pertemuan, mereka dinasihati agar
memakai pelitup muka.
Sumber: Berita Harian, 14 Januari
2020
112
Modul Masih Ada Sayang
Bahan 2 : Grafik
KERTAS SOALAN TAMAT
113
Modul Masih Ada Sayang
BAHASA MELAYU SET 3
KERTAS 2
1103/2
BAHAGIAN A : SISTEM DAN APLIKASI BAHASA
[ 35 markah ]
Soalan 1 : Morfologi
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata kerja dan dua kata adjektif.
Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan
yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda
tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu
sebagai
peribahasa atau kata nama khas.
Penekanan inovasi dalam kalangan pendidikan khas dapat menambah baik sahsiah diri
dan kualiti kehidupan, serta memudahkan pengurusan aktiviti harian murid. Jika diberi
pendedahan yang tepat,mereka mampu bersaing dengan rakan murid yang normal. Inovasi
berkaitan dengan persekitaran sekolah bukan sahaja dapat memudahkan pengurusan dan
meringankan beban pendidikan sepanjang proses pembelajaran di sekolah, malah dapat
mewujudkan persekitaran yang mesra kepada murid kelainan upaya ini. Hal ini akan dapat
melahirkan murid yang sentiasa berfikir dan berani menghadapi cabaran.
Dipetik dan diubah suai daripada
Inovatif Kreatif Memacu Kejayaan Pendidikan Khas
Oleh Hayati Adlin Mohd. Abdul Majid
Dewan Siswa, Bil 1/2019
[8 markah]
114
Modul Masih Ada Sayang
Soalan 2 : Sintaksis
Berdasarkan petikan di bawah, bina enam ayat penyata yang gramatis. Ayat penyata yang dibina
hendaklah menggunakan frasa yang berhuruf condong.
Kegemukan atau obesiti merupakan sindrom yang sedang menular dalam kalangan
masyarakat Malaysia. Sindrom ini bukan sahaja memberikan kesan buruk kepada
penampilan diri, malah berisiko membawa masalah kesihatan, seperti penyakit
jantung, diabetes, strok dan darah tinggi. Umum mengetahui bahawa obesiti bukan
hanya melibatkan orang dewasa, tetapi juga golongan kanak-kanak. Antara faktor
utama yang dikenal pasti sebagai penyumbang kepada masalah itu termasuklah gaya
pemakanan sehari-hari. Makanan segera senang diperoleh kerana banyak restoran
makanan segera wujud di Malaysia. Hal ini memudahkan kanak-kanak memilih
makanan tersebut sebagai menu pilihan utama untuk dimakan.
Dipetik daripada “Gemuk Bukan Bererti Sihat”
Oleh Azmi Ibrahim
Dewan Pelajar, Nov 2016.
[6 markah]
1. _________________________________________________________________
2. _________________________________________________________________
3.
4.
5. _________________________________________________________________
6. _________________________________________________________________
115
Modul Masih Ada Sayang
Soalan 3 : Penyuntingan
Dalam petikan 1, terdapat lima kesalahan bahasa manakala petikan 2 terdapat enam
kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu, bagi setiap petikan
anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam
soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.
Petikan 1
Permainan tradional merupakan permainan yan dicipta oleh masyarakat silam.
Permainan ini menjadi kebanggaan yang diwarisi daripada generasi kepada generasi.
Antara permainan yang popular adalah gasing, congkak, dan wau , manakala per-
mainan yang terkenal di dalam kalangan kanak-kanak ialah batu seremban, galah
panjang, dan baling tin. Permainan tradisional ini semakin hari semakin generasi lupa-
kan kini disebabkan mereka lebih mendedahkan kepada peralatan telekomunikasi
moden yang lebih mengasyikan. Permainan tradisional jauh berbeza daripada per-
mPeatiinkaann 2video terutamanya dari segi pergerakan fizikal.
Petikan 2
Gejala Buli dan Ponteng Sekolah
Pada 12 Februari lalu, sekumpulan murid telah melakukan buli kepada seorang
murid baru di kawasan asrama blok D. Semua murid-murid yang melakukan buli itu
terdiri daripada murid-murid senior yang tinggal di asrama berkenaan. Mereka yang
melakukan buli itu telah dikenalpasti melalui kamera litar tertutup yang terdapat di
kawasan asrama berkenaan. Mereka terdiri Razhan, Sulaiman, Afiq, dan Haziq.
Manakala mangsa buli adalah Halim bin Harun.
Di petang hari berkenaan, mereka telah dapat peluang membuli Halim apabila
dia bersendirian. Mereka telah memukul dan menendang Halim. Halim tidak sempat
berbuat apa-apa itu Dia cedera di bahagian kepala dan tangan. Mereka telah
mengugut Halim supaya tidak melaporkan perkara yang mereka lakukan kepada pihak
sekolah.
116
Modul Masih Ada Sayang
Soalan 4 : Bahasa Melayu Standard
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula
petikan tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asal-
nya.
Akan pekerjaan kami orang memegang negeri di man tuan hamba tahu? Jikalau
sebesar tempurung sekalipun, negeri Namanya; baik juga kepada kami, maka
kami kerjakan, kerana Yang Dipertuan tahu akan baiknya juga kepada kami, tiada
tahu akan jahatnya.
”Dipetik daripada ‘Burung terbang Dipipis lada’ Dalam an-
tologi Sejadah Rindu
(7 markah)
Soalan 5 : Peribahasa
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan
tiga situasi berbeza yang terdapat dalam petikan ini.
Banyak orang berniaga berhampiran dengan stadium tempat perlawanan bola sepak per-
ingkat daerah diadakan. Mereka menjual cenderamata serta pelbagai jenis makanan dan
minuman. Harga makanan dan minuman yang dijual di situ amat mahal. Perlawanan bola
sepak yang dilangsungkan benar-benar hebat kerana Kelab Arsenal bertemu dengan
lawan yang sebenar. Kelab Arsenal hanya bertemu dengan pasukan yang tidak kuat sebe-
lum ini.
( 6 markah )
117
Modul Masih Ada Sayang
BAHAGIAN B : PEMAHAMAN
[ 35 markah ]
Soalan 6 : Petikan Umum
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
Usaha mengekalkan keharmonian negara yang memiliki masyarakat berbilang
kaum dilihat bukan satu perkara mudah dan boleh dipandang enteng.
Setiausaha Agung Gerakan Belia 4B Malaysia, Mohamad Nazri Abdul Latiff berkata,
kunci kepada perpaduan dan keharmonian kepelbagaian kaum antaranya adalah
dengan menjunjung Perlembagaan Persekutuan. Menurutnya, dalam kehidupan
masyarakat majmuk yang diamalkan di negara ini, semua pihak perlu memahami asal
usul, menghormati serta menerima budaya, bahasa, agama dan cara hidup setiap
bangsa. “Sekiranya kunci ini disematkan dalam dada setiap insan yang berada di
bumi bertuah ini, sudah pasti keharmonian dapat berkekalan.
“Bagaimanapun, tidak dinafikan ada segelintir golongan yang bersikap dan bersifat
ekstremis yang bertindak menabur fahaman perpecahan serta menyemarakkan api
perkauman bagi mencetuskan suasana tidak aman dalam negara demi kepentingan
peribadi,” Menurut beliau lagi sekiranya semua rakyat berpegang kepada kunci
tersebut maka golongan yang sering mencetuskan perkauman dapat dibendung.
Dipetik dan diubah suai daripada “Perpaduan Kunci Keharmonian”
oleh Syajaratulhuda Mohd Rosni,
Sinar Harian, Februari 2020
118
Modul Masih Ada Sayang
Bahan 2
Mahasiswa perlu menjadi penggerak dalam memperkasakan semangat integrasi
nasional dalam mengukuhkan semangat perpaduan dan penyatuan erat masyarakat
berbilang kaum di negara ini.
Walaupun kebelakangan ini sering kali tercetusnya isu yang boleh mengeruhkan
hubungan antara kaum, mahasiswa perlu rasional dengan membuat penilaian bijak agar
persengketaan yang berlaku tidak berlarutan lama sehingga menjejaskan keharmonian
dan kestabilan negara.
Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau
Pinang, Amirul Muhamad Afif berkata, sebagai golongan intelektual dan
berpelajaran, mahasiswa tidak seharusnya terlalu taasub dalam sesuatu perkara
terutamanya apabila timbul persengketaan yang melibatkan perbezaan fahaman serta
pendapat. Menurutnya, isu perkauman, agama dan politik sempit sering menjadi modal
tercetusnya ketegangan dan sekiranya perkara itu tidak ditangani dengan berhemah
boleh mengundang kehancuran sekaligus merugikan masa depan golongan muda.
Dipetik dan diubahsuai daripada“Mahasiswa penggerak
usaha perkasakan integrasi nasional”oleh, Amirul Mu-
hamad Afif, Sinar Harapan, Februari 2020
(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud menyemarakkan api perkauman.
[2 markah]
(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan usaha mengekalkan
keharmonian negara?
[3 markah]
(iii) Dewasa ini, perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat sangat dititikberatkan
dan dipelihara oleh pelbagai pihak agar keadaan negara dalam keadaan har-
monis.
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang dilaksanakan oleh pel-
bagai pihak untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu?
[3 markah]
(iv) Keluarga anda akan mengadakan majlis rumah terbuka sempena sambutan
Hari Raya Aidil Fitri. Majlis tersebut akan diadakan di kawasan perumahan tem-
pat tinggal keluarga anda yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan bu-
daya.
Cadangkan kriteria-kriteria yang perlu ada pada anda dan keluarga anda
lakukan ketika majlis rumah terbuka diadakan supaya majlis tersebut berjalan
lancar.
[4 markah]
119
Modul Masih Ada Sayang
Soalan 7 : Petikan Sastera
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
Tidak percaya aku, Doktor Murni boleh tersenyum semanis itu. “Ini surat peletakan ja-
watan saya. Tidak cukup menjadi doktor manusia, saya mahu menjadi doktor kemanu-
siaan juga. Kalau tiada di hospital ini, saya yakin ada di hospital lain.”
Profesor Doktor Juaidi ternganga.
Doktor Murni berlari menggapai tanganku. “Nusia, kita ke bank darah. Dua pek
darah daripada awak, dua pek darah daripada saya, mampu menghidupkan semua
yang koma dalam Unit Rawapan Rapi kecuali Profesor Doktor Juaidi.”
Cahaya kalimantang menyinari dinding pejal Unit Rawatan Rapi. Aku tersilau da-
lam redup mata Doktor Murni. Seakan-akan tergema suara Munkar dan Nakir menyoal:
siapa saudaramu, wahai Nusia?
Dipetik daripada cerpen “Gerhana Manusia” oleh Aminah
Mokhtar, Antologi Sejadah Rindu, KPM, 2015
Bahan 2
IBU: Nak buat macam mana lagi, encik. Kami dah beri pelajaran hingga masuk ke uni-
versiti.
ARIF: Betul mak cik, tetapi ... masuk ke universiti saja belum menjamin seseorang itu
mendapat kasih sayang secukupnya.
IBU dan BAPA berpandangan. Mereka kelihatan semacam rasa bersalah.
PELAKON I: Pak cik, mak cik ... kita marilah sama-sama membantu Azmir. Dia amat memer-
lukan perhatian dan kasih sayang, bukan cemuhan dan penghinaan. Dia memer-
lukan semangat dan perangsang daripada kita semua, bukan kutukan dan huku-
man.
PELAKON II: Kami lihat, Azmir seperti sedang menderita suatu penderitaan yang tak ter-
tanggung. Kutukan, cemuhan dan hukuman akan hanya menyebabkan sakit yang
dialaminya menjadi lebih parah.
ARIF: Kami fikir, eloklah pak cik dan mak cik berjumpa dengan Azmir di hospital dengan
segera sebelum terlambat. Dia amat memerlukan kita semua; lebih-lebih lagi, pak
cik dan mak cik. Kami minta diri dulu.
Dipetik daripada drama “Bukan Gila” oleh Sharif
Shaary Antologi Sejadah Rindu, KPM, 2015
120
Bahan 3 Modul Masih Ada Sayang
Seloka Emak Si Randang
Baik budi Emak Si Randang,
Dagang lalu ditanakkan,
Tiada kayu rumah diruntuhkan
Anak pulang kelaparan,
Anak di pangku diletakkan,
Kera di hutan disusui,
Dagang pergi awak terhutang,
Beras habis padi tak jadi.
Md. Ali Bachik (Penyelenggara)
Antologi Harga Remaja,
KPM, 2010
i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud kutukan dan hukuman. [2 markah]
Berdasarkan Bahan 2, maksud kutukan dan hukuman ialah
ii)Berdasarkan semua bahan, terdapat nilai kemanusiaan menerusi watak yang dipaparkan.
Nyatakan nilai kemanusiaan dalam setiap bahan. [3 markah]
Berdasarkan Bahan 1, nilai kemanusiaan yang dipaparkan dipaparkan ialah ....................
...............................................................................................................................................
...............................................................................................................................................
dan dalam Bahan 2 ialah.......................................................................................................
...............................................................................................................................................
Manakala dalam Bahan 3 pula ialah ...................................................................................
..............................................................................................................................................
..............................................................................................................................................
121
Modul Masih Ada Sayang
iii) Kini, kesedaran masayarakat untuk menderma darah semakin meningkat. Kempen darah
juga kerap kali diadakan terutama ketika negara menghadai pandemic COVID-19.
Berikan pandangan anda tentang kepentingan-kepentingan menderma darah.
Pada pandangan saya, antar kepentingan menderma darah ialah ......................................
...............................................................................................................................................
...............................................................................................................................................
Selain itu, ..............................................................................................................................
...............................................................................................................................................
..............................................................................................................................................
Seterusnya, ..........................................................................................................................
...............................................................................................................................................
[4 markah]
iv) Rakan anda menghadapi masalah tekanan perasaan namun keluarga rakan anda itu tidak
cakna akan masalah yang dihadapinya.
Sebagai rakan karib, apakah tindakan yang akan anda lakukan untuk membantu rakan
anda itu? [4 markah]
Sebagai rakan karib, tindakan yang akan saya lakukan untuk membantu rakan saya yang
menghadapi masalah tekanan perasaan ialah .....................................................................
...............................................................................................................................................
...............................................................................................................................................
Selain itu, ..............................................................................................................................
...............................................................................................................................................
Seterusnya, ..........................................................................................................................
...............................................................................................................................................
...........................................................................................................................................................................
..
122
Modul Masih Ada Sayang
Soalan 8 : Novel
Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
“Apa khabar?” Rosman menghulurkan tangannya untuk bersalaman.
Lelaki itu menyambut tangan Rosman dengan senyum lebar.
“Khabar baik, jemput masuk.” dia mempersilakan mereka bertiga ke da-
lam.
Lelaki itu kemudiannya mempersilakan mereka untuk duduk di beberapa
buah kerusi rotan yang disusun menyerong di ruang tamu.
Fasisha dan Rosman memerhati sekeliling. Dinding ruang menunggu itu
dihias dengan beberapa buah lukisan abstrak. Tiada pendingin hawa yang
terpasang di situ tetapi udaranya nyaman seperti ada bayu bukit yang mener-
obos masuk.Apabila mereka mendongak memerhatikan siling, jelas kelihatan
rumah itu dipasang atap membran yang mampu membebaskan udara panas
keluar dan menyejukkan ruang di dalam rumah. Farisha dan Rosman duduk
bersandar manakala Aqram berdiri tegak di sebelah lelaki yang menyambut
mereka tadi
Dipetik daripada novel Di Sebalik Dinara,
karya Dayang Noor
Kementerian Pendidikan Malaysia
i. Nyatakan gambaran rumah yang dikunjungi oleh Farisha, Rosman dan Aqram.
[4 markah]
ii. Unsur saspens dapat menarik minat pembaca untuk meneruskan pembacaan novel.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua Teknik saspens yang ter-
dapat dalam novel tersebut.
a. Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin
b. Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
[6 markah]
123
Modul Masih Ada Sayang
BAHAGIAN C : RUMUSAN
[30 markah]
[ Masa yang dicadangkan : 45 minit ]
Soalan 9 : Rumusan
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan
yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.
Bahan 1 : Petikan
Patriotisme adalah sangat penting kepada rakyat setiap negara di se-
luruh dunia. Patriotisme bukan sahaja sekadar luahan perasaan tetapi
perlu dihayati oleh setiap warganegara. Patriotisme juga bukan sekadar
semangat, tetapi juga merupakan sesuatu yang agung yang melibatkan
soal keyakinan, kesetiaan, kewarganegaraan, keberanian, kemerdekaan,
jati diri dan kedaulatan.
Nasionalisme ialah gerakan mencipta masyarakat yang lebih terbuka
untuk mendapatkan kebahagiaan perseorangan, bagi menjamin ke-
merdekaan warganegara dan membebaskan akal dan fikiran. Dengan
kata lain, nasionalisme itu adalah satu semangat. Oleh itu, kebudayaan
seperti agama, bahasa dan lain-lain boleh menimbulkan semangat na-
sionalisme. Elemen-elemen tersebut mampu mewujudkan semangat
yang dapat melahirkan satu identiti baharu bagi negara yang dijajah.
Semangat nasionalisme juga dapat melahirkan perasaan bersatu padu
antara rakyat yang dijajah.
Secara keseluruhannya, nasionalisme bertujuan untuk membebas-
kan diri daripada cengkaman kuasa asing. Namun begitu pengertian na-
sionalisme dalam konteks selepas merdeka pula lebih menjurus sebagai
satu perjuangan bagi mempertahankan maruah dan meninggikan marta-
bat serta kedaulatan negara. Semangat patriotisme merupakan nadi
kepada kebebasan, kemerdekaan, kestabilan dan kemajuan sesebuah
negara.
Kurangnya semangat patriotisme dalam kalangan rakyat sesebuah
negara akan membawa kepada kegoyahan dan penderitaan kepada
rakyat. Patriotisme juga akan melahirkan rakyat yang akan berkhidmat
dengan cekap, yakin dan jujur dalam tindakan mereka seperti yang
diungkap oleh Presiden Theodore Roosevelt (1969): “Semangat patriotik
akan menjadikan seseorang itu berkhidmat demi negaranya dalam apa
jua keadaan pun, adalah dianggap tidak patriotik kalau tidak bercakap
benar, sama ada berhubung dengan presiden ataupun berhubung
124
Modul Masih Ada Sayang
dengan sesiapa saja.” Oleh itu, semangat patriotisme yang tinggi perlu
ada dalam diri rakyat yang menjadi tonggak utama kepada pem-
bangunan sesebuah negara. Tanpanya negara akan musnah dan hancur
bukannya kerana diserang musuh tetapi kemusnahan adalah disebabkan
kegagalan rakyat untuk melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap
negara. Semangat patriotisme terhadap negara tidak sewajarnya hanya
timbul dalam perjuangan menuntut kemerdekaan atau apabila negara
berada dalam ancaman musuh semata-mata.
Dalam keadaan aman, umpamanya, semangat patriotisme seha-
rusnya menjadi pendorong kepada setiap rakyat yang cinta akan negara
untuk bekerja dan berusaha bersungguhsungguh bagi membangun dan
memajukan negaranya. Lantaran itu, bagi mengembalikan semangat pat-
riotisme, sejarah dan sivik mesti dijadikan sebagai landasan kerana me-
laluinya manusia dapat mempelajari segala liku-liku yang terpaksa
ditempuhi oleh generasi sebelumnya untuk mewariskan sebuah ke-
hidupan bagi generasi berikutnya.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Patriotisme Bukan Sekadar Se-
mangat’ Oleh Ku Hasnan Ku Halim,
sinarharian.com, 31 Ogos 2020
125
Modul Masih Ada Sayang
Bahan 2 : Grafik
126
Modul Masih Ada Sayang
KERTAS SOALAN TAMAT SET 4
BAHASA MELAYU
KERTAS 2
1103/2
BAHAGIAN A : SISTEM DAN APLIKASI BAHASA
[ 35 Markah ]
Soalan 1 : Morfologi
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata majmuk. Kemudian anda
dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau kata nama khas.
Sebagai warganegara Malaysia, tugas menghormati institusi raja Melayu sememangnya ter-
letak pada bahu mereka. Dalam kalangan generasi muda, lima prinsip Rukun Negara telah
diterapkan sejak bangku sekolah demi membentuk jati diri mereka. Namun demikian terdapat
segelintir rakyat yang telah memuat naik kata-kata yang menghina institusi tersebut melalui
laman sosial. Oleh itu, hukuman yang berat perlu dikenakan terhadap pihak yang terlibat
kerana setiap rakyat Malaysia perlu akur bahawa kesetiaan kepada raja dan negara ialah
tanggungjawab kita bersama.
Dipetik dan diubah suai daripada
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Oleh Nurul Muhamminah
Dewan Masyarakat, Bil 2/2017
[6 markah]
127
Modul Masih Ada Sayang
Soalan 2 : Sintaksis
Berdasarkan petikan di bawah, tukar ayat pasif yang bergaris kepada ayat aktif tanpa
mengubah maksud asalnya.
Jika langkah yang berkesan tidak diambil oleh pihak yang terbabit, kita pasti akan
berhadapan dengan pelbagai kesan negatif dalam jangka masa panjang. Satu daripada
langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memelihara keindahan alam sekitar ialah
mewujudkan hutan simpan kekal. Hutan simpan kekal tersebut akan diurus dan
diklasifikasikan di bawah empat fungsi utama, iaitu sebagai hutan perlindungan, hutan
berhasil, hutan lipur dan hutan penyelidikan dan pembelajaran. Sementara itu, taman
negara juga dilindungi oleh kerajaan supaya biodiversiti semula jadi kawasan berkenaan
dipelihara dan dikekalkan.
Dipetik dan diubah suai daripada Memelihara Alam Sekitar
Oleh Samat Buang
Dewan Siswa, Disember 2016
[6 markah]
1. _____________________________________________________________________
________________________________________________________________________
2. _____________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
3._______________________________________________________________________
________________________________________________________________________
128
Modul Masih Ada Sayang
Soalan 3 : Penyuntingan
Iklan di bawah mengandungi 11 kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada 11 kesalahan yang terdapat
dalam iklan tersebut. Anda tidak perlu menyalin semula iklan tersebut.
129
Modul Masih Ada Sayang
Soalan 4 : Bahasa Melayu Standard
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula
petikan tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asal-
nya.
Maka kata Awi Dicu, “Benarlah seperti kata kamu itu; marilah kita kembali sementara be-
lum siang ini.”
Maka segala orang Siam pun kembalilah
”Dipetik daripada ‘Burung terbang Dipipis lada’ Dalam antologi Sejada(6h mRianrdkuah)
Soalan 5 : Peribahasa
Dialog di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan tiga peribahasa. Kemudian,
berikan peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribaha-
sa tersebut.
Pak Mail : Jaga-jagalah diri kau itu apabila berada di negeri orang nanti, Jamil. Kita kena
ikut peraturan di situ, bak kata orang di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.
Jamil : Baik, pak. Saya tahu bahawa di setiap tempat ada manusia yang mempunyai
sikap yang berbeza-beza, ibarat lain padang, lain belalang. Saya akan berhati-
hati apabila berkawan, pak. Saya berjanji tidak akan melakukan sebarang perka-
ra yang memalukan keluarga kita, ibarat kata orang, sebab nila setitik, rosak su-
su sebelanga.
Pak Mail : Baiklah, Jamil. Jaga diri ketika berada di perantauan ya.
Jamil : Baik, pak.
(6 markah)
130
Modul Masih Ada Sayang
BAHAGIAN B : PEMAHAMAN
[ 35 markah ]
Soalan 6 : Petikan Umum
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan telitinya. Kemudian jawab soalan-
soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
Mengikut catatan sejarah (Rentap – Wikipedia, the free encyclopedia), Rentap atau
nama sebenarnya Libau dilahirkan di Skrang di bahagian kedua negeri Sarawak.
Beliau ialah salah seorang pahlawan kepada Orang Kaya Pemancha Dana
‘Bayang’ yang sering mengetuai serangan ‘ngayau’ di kawasan selatan Sarawak hingga
ke kawasan muara Sungai Kapuas.
Apabila Orang Kaya Pemancha Dana sudah terlalu tua, maka Rentap mengambil
alih mengetuai beberapa serangan di kawasan Lautan Sambas dan Pontianak,
Indonesia. Atas keberanian dan kepahlawanan beliau maka Rentap menjadi terkenal
sebagai seorang pahlawan handal dan juga menentang pemerintahan Rajah James
Brooke.
Dipetik dan diubah suai daripada “ Sejarah Bukit Sadok dan Panglima Rentap”
Oleh Saleman Senin, 7 Mei 2014, Utusan Borneo online
Bahan 2
Dato’ Bahaman (1868-1931)
Dalam darah keturunan Melayu mengalir semangat kepahlawanan Dato’ Hang
Tuah. Semangat ini takkan pernah hilang dan luntur. Inilah yang dibuktikan oleh Dato’
Bahamanketika bangkit mengetuai penentangan terhadap British di negeri Pahang pada
tahun 1892. Tanpa gentar dan takut Dato’ Bahaman menentang pelaksanaan undang-
undang barat yang telah mengetepikan adat resam orang Melayu. Pada usianya 24
tahun, Dato’ Bahaman (Orang Kaya Semantan) dengan lantangnya menyuarakan
bantahan terhadap pelaksanaan undang-undang tersebut serta ketidakadilan terhadap
masyarakat Melayu pada waktu itu. Semangat keperwiraan Dato’ Bahaman amat
dikagumi, walaupun tanpa kekuatan senjata yang mencukupi, beliau tetap berupaya
mempertahankan orang Melayu di negeri Pahang.
Dipetik dan diubah suai daripada “Tokoh Negara Malaysia Dato’ Bahaman”,
oleh penulis blog penatokoh.blogspot.com,
3 Februari 2014
131
Modul Masih Ada Sayang
(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud takkan pernah hilang.
[2 markah]
(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan tokoh
pejuang yang terdapat dalam petikan.
[3 markah]
(iii) Generasi muda pada zaman sekarang kurang mempunyai semangat juang
seperti tokoh pejuang yang lalu.
Pada pendapat anda, bagaimanakah generasi muda memupuk semula
semangat juang ini?
[3 markah]
(iv) Anda terlihat beberapa orang pelajar sebaya anda sedang menconteng
lukisan gambar-gambar tokoh pejuang kemerdekaan.
Apakah tindakan anda untuk menghentikan perbuatan pelajar tersebut?
[4 markah]
132
Modul Masih Ada Sayang
Soalan 7 : Petikan Sastera
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
ARIF: Mak cik, pak cik...saya rasa Azmir bukan buat-buat gila. Bagi saya dia
bukan gila atau buat-buat gila, tapi Azmir sedang menderita suatu pender-
itaan yang tidak tertanggung.
PELAKON I: Kami lihat pada bajunya terdapat tanda nama W.A Domski?
IBU: Itu pun satu hal. Memalukan keluarga saja. Orang ramai dah heboh. Azmir
masuk Orang Putih. Dia tak mahu jadi orang Melayu lagi. Habis, macam
manalah orang tak kata dia gila. Mak cik sungguh malu sekarang. Nak
jumpa orang pun mak cik dah tak sanggup lagi.
PELAKON II: Bersabarlah, mak cik. Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ini buat kita
semua.
PELAKON III: Betul juga kata rakan saya tu. Peristiwa yang berlaku kepada Azmir
mungkin berpunca daripada kurangnya perhatian dan kasih sayang.
IBU: Nak buat macam mana lagi, encik. Kami dah beri pelajaran hingga dia
masuk ke universiti.
ARIF: Betul mak cik, tetapi ...masuk ke universiti saja belum menjamin
seseorang itu mendapat kasih sayang yang secukupnya.
(IBU dan BAPA berpandangan. Mereka kelihatan semacam rasa bersalah)
(Dipetik daripada drama ‘Bukan Gila’ oleh Sharif
Shaary Antologi Sejadah Rindu, Kementerian
pelajaran Malaysia)
133
Modul Masih Ada Sayang
Bahan 2
Pesan Ibu Beribu-ribu
Kita ada ibu “jagalah diri selalu
ibu kita satu di luar sana mungkin”
pesanannya beribu-ribu Kita menjadi jemu
mendengar pesanan beribu-beribu
Setiap langkah kita diiringi pesanan ibu tapi ibu tetap ibu
“Buat begini jangan begitu
pesanan bertambah satu dan satu
bacalah buku selalu “Jangan dibiar kepada berkutu
carilah ubat jerawat batu”
kukuhkan diri dengan ilmu
pilihlah kawan yang mulia hati
tolaklah kawan pementing diri (Dipetik daripada sajak ’Pesan Ibu Beribu-ribu
Oleh Rahman Shaari, Antologi Bintang
pilihlah kawan yang punya petunjuk
tolaklah kawan bertabiat buruk.”
Ibu yang satu menyekat kita di pintu Hati , Dewan Bahasa dan Pustaka)
bertanya ke mana arah tuju
(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud rangkai kata bencana menunggu
Berdasarkan Bahan 2, maksud rangkai kata bencana menunggu ialah
[ 2 markah ]
(ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan peranan yang sepatutnya
dilakukan ibu atau bapa terhadap anak-anaknya.
[ 4 markah ]
Peranan ibu bapa berdasarkan Bahan 1, ialah ..................................................................
………………………………………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………………………………………..
Manakala dalam Bahan 2 pula ialah....................................................................................
...............................................................................................................................................
...............................................................................................................................................
...............................................................................................................................................
134
Modul Masih Ada Sayang
(iii) Pada hari ini, terdapat segelintir daripada anak-anak yang mengabaikan keba-
jikan ibu bapa mereka setelah berusia.Pada pendapat anda, apakah kesan-
kesan yang akan berlaku sekiranya masalah ini tidak ditangani segera.
[ 4 markah ]
Pada pandangan saya, kesan yang akan berlaku sekiranya anak-anak mengabaikan ibu
bapa ialah ..............................................................................................................................
.................................................................................................................................................
Selain itu, ................................................................................................................................
.................................................................................................................................................
.................................................................................................................................................
Seterusnya, .............................................................................................................................
.................................................................................................................................................
.................................................................................................................................................
(iv) Dalam komuniti masyarakat anda, terdapat pasangan suami isteri yang dia-
baikan oleh anak-anak mereka. Kebajikan mereka terbiar tanpa diziarahi oleh
anak-anak yang sibuk bekerja. Anda bersimpati akan nasib yang telah menimpa
mereka. Sebagai warga yang prihatin, apakah tindakan-tindakan yang akan anda
lakukan bagi membantu pasangan suami isteri tersebut?
[4 markah]
Sebagai warga yang prihatin, antara tindakan yang akan saya lakukan bagi membantu pasangan
suami isteri tersebut ialah .................................................................................................................
………………………………………………………………………………………………………………….
Selain itu,………………………………………………………………………………………………..........
………………………………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………………………………….
Seterusnya, .......................................................................................................................................
………………………………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………………………………….
135
Modul Masih Ada Sayang
Soalan 8 : Novel
Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Ketika aku sedang menjamah makanan tengah hari yang disediakan oleh
nenek, abang Rashid muncul tiba-tiba di muka pintu dapur. Macam pencu-
ri, tangannya mengambil gelas di rak. Kepalanya yang botak licin berkilat-
kilat macam cermin, membuat aku menoleh menghantar kelibatnya yang
turun semula, tanpa sempat aku bertanyakan kepadanya. Sejenak aku ber-
fikir, manusia di rumah ini pelik-pelik belaka!
Dipetik daripada novel Jendela Menghadap Jalan, halaman 97
karya Ruhaini Matdarin
Kementerian Pendidikan Malaysia
(i) Aksi ialah gerak laku atau perbuatan satu-satu watak.
Berdasarkan petikan di atas, jelaskan perwatakan daripada aksi watak Abang
Rashid.
[4 markah]
(ii) Pengarang mengemukakan beberapa peristiwa keberanian dalam setiap novel.
a) Jendela Menghadap Jalan karya Rohaina Matdarin
b) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu pengajaran tentang
keberanian yang terdapat dalam setiap novel.
[6 markah]
136
Modul Masih Ada Sayang
BAHAGIAN C : RUMUSAN
[30 markah]
[ Masa yang dicadangkan : 45 minit ]
Soalan 9 : Rumusan
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumu-
san yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.
Bahan 1 – Petikan
Perpaduan negara merujuk kepada satu bentuk penyatuan pel-
bagai kelompok yang mempunyai latar belakang sosial, agama, bu-
daya, dan bahasa yang berbeza, di bawah satu bentuk identiti na-
sional yang lebih khusus serta dapat diterima oleh majoriti golongan
di negara ini. Memandangkan terdapat perbezaan yang begitu ketara
dalam kalangan kaum, usaha yang lebih positif perlu dilakukan untuk
mewujudkan masyarakat yang bekerjasama, bertolak-ansur, tolong-
menolong dan seterusnya bersatu padu. Sejarah telah membuktikan
kegagalan mewujudkan perpaduan antara kaum akan membawa
kepada isu perkauman. Jika kita menyingkap kembali dasar pendidi-
kan negara pada zaman pemerintahan penjajah, memang didapati
ada usaha pihak penjajah untuk memecahbelahkan perpaduan kaum
di negara ini sehingga membentuk semangat perkauman yang mene-
bal.
Menyedari hakikat ini, maka diperkenalkan Penyata Razak 1956
yang bertujuan menyatukan semua pelajar daripada pelbagai bangsa
dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengan-
tar. Laporan Rahman Talib 1960 telah mengukuhkan lagi Penyata
Razak melalui sistem persekolahan dan kurikulum sekolah yang sa-
ma. Matlamatnya sama, iaitu memupuk perpaduan agar tragedi 13
Mei 1969 tidak berulang lagi. Hal ini penting kerana golongan inilah
yang akan menjadi penentu hala tuju negara.
Selain itu, perpaduan dapat disemai dalam kalangan pelajar me-
lalui penghayatan dan rasa bangga menjadi warganegara Malaysia.
Perasaan ini dapat dipupuk ketika guru mengajar mata pelajaran Se-
jarah atau melalui aktiviti kuiz kenegaraan atau Larian Jalur
Gemilang. Kita juga dapat mengukuhkan perpaduan antara kaum
dengan cara memupuk dan menghayati semangat setia kawan, tolak
ansur dan toleransi di sekolah. Keadaan ini dapat dicapai ketika
menyambut perayaan pelbagai kaum di Malaysia dan sekali gus men-
137
Modul Masih Ada Sayang
imbulkan sentimen perpaduan dan semangat bekerjasama dalam ka-
langan pelbagai kaum.
Dalam bidang akademik, sentimen perpaduan dapat kita bang-
kitkan di sekolah dengan menekankan nilai-nilai rohani dan budaya
bersama-sama dengan pelbagai kaum. Nilai-nilai ini dapat kita
salurkan dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan
Moral. Dasar penubuhan sekolah wawasan yang menggabungkan ke-
tiga-tiga sekolah rendah iaitu SRK, SRJK(C) dan SRJK(T) turut me-
nyumbang ke arah perpaduan antara kaum yang sanggup berkongsi
dalam pelbagai aspek seperti segala kemudahan, bergaul ketika ber-
sukan, makan di kantin atau semasa hari terbuka.
Kegiatan kokurikulum di sekolah juga mampu memupuk
perpaduan dalam kalangan pelajar melalui aktiviti pelbagai kaum
seperti keluarga angkat, persatuan dan badan beruniform. Melalui
cara ini, maka perpaduan dan integrasi nasional dapat dicapai dalam
kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia dan seterusnya me-
lahirkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera.
Kesimpulannya, perpaduan dan integrasi nasional sangat pent-
ing dalam kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia. Perpaduan
dan integrasi ini akan melahirkan masyarakat Malaysia yang harmoni,
saling bekerjasama dan persefahaman, serta sentiasa menghayati
perjanjian sosial yang telah dipersetujui sejak awal kemerdekaan lagi.
Usaha untuk mengukuhkan perpaduan dan integrasi perlu disahut
oleh setiap lapisan masyarakat.
Dipetik dan diubah suai daripada Memupuk Perpaduan Dalam Ka-
langan Pelajar, Dewan Siswa, Mac 2006
138
Modul Masih Ada Sayang
Bahan 2- Gambar
KEBAIKAN PERPADUAN DALAM MASYARAKAT
DAPAT MENGELAKKAN SEMANGAT ASSABIAH
DAPAT MEMBANGUNKAN EKONOMI NEGARA
DAPAT MENGEKALKAN KESTABILAN POLITIK
Sumber : Internet
KERTAS SOALAN TAMAT
139
Modul Masih Ada Sayang
BAHASA MELAYU SET 5
KERTAS 2
1103/2
BAHAGIAN A : SISTEM DAN APLIKASI BAHASA
[ 35 markah ]
Soalan 1 : Morfologi
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata ganda. Kemudian anda
dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaan perkataan itu. Anda tid-
ak boleh menambah imbuhan, menukar imbuhan dan menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.
Pada hari Ahad minggu lepas, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Mansor Shah telah
mengadakan satu program iaitu Hari Kantin Sekolah bertempat di Dataran Selamat
sekolah tersebut. Terdapat gerai-gerai yang didirikan untuk tapak jualan bermacam-macam
jenis barang. Gerai-gerai itu juga akan dipertandingkan untuk kategori gerai cantik. Ter-
dapat gerai menjual pakaian, gerai buah-buahan, gerai minuman, gerai kuih-muih serta ge-
rai cenderahati. Di gerai menjual pakaian terdapat pakaian yang murah-murah harganya
serta baharu-baharu belaka. Gerai menjual buah-buahan pula ada menjual bermacam-
macam jenis buah yang manis, masam serta lazat.
Dipetik dan diubah suai
daripada: Internet
[ 6 markah ]
140
Modul Masih Ada Sayang
Soalan 2 : Sintaksis
Baca dialog di bawah dengan teliti. Kemudian, nyatakan ayat yang bergaris sama ada ayat
permintaan, ayat suruhan, ayat silaan, atau ayat larangan
Encik Ahmad : Hai, Encik Lim. Silalah duduk di kerusi tu sementara saya menyelesaikan
kerja pemberian makanan kepada udang galah ni. Lap dulu kerusi tu dengan
kain buruk itu. (sambil menunjukkan kain yang tersidai pada kayu)
Encik Lim : Terima kasih. Jangan susah-susah kerana saya. Macamlah saya
tak boleh kotor-kotor ni. Udang peliharaan kamu nampak menjadi.
Encik Ahmad : Memang menjadi jika dipelihara dengan betul. Saya perlu memberinya
makan empat kali sehari. Usah kurang kerana boleh menjejaskan
pertumbuhannya.
Encik Lim : Saya tumpang gembira dengan kejayaan kamu hari ini. Haraplah suatu hari
nanti kamu diiktiraf sebagai penternak yang berjaya.
Encik Ahmad : Terima kasih, Lim. Udang-udang ni saya akan hantar ke Singapura dan
China kerana permintaan amat tinggi di negara itu. Ambil udang ni bawa
balik ke rumah dan suruh isteri kamu masak.
Encik Lim : Terima kasih, Ahmad. Semoga murah rezeki kamu!
Sumber : Internet
[6 markah]
1. ___________________________________________________________
2. ___________________________________________________________
3. ___________________________________________________________
4. ___________________________________________________________
5. ___________________________________________________________
6. ___________________________________________________________
141
Modul Masih Ada Sayang
Soalan 3 : Penyuntingan
Petikan di bawah mengandungi 10 kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada 10 kesalahan
yang terdapat dalam petikan. Anda tidak perlu menyalin semula petikan tersebut.
[ 10 markah ]
142
Modul Masih Ada Sayang
Soalan 4 : Bahasa Melayu Standard
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula
petikan tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud
asalnya.
Setelah empat puluh dua tahun lamanya Sultan Muzaffar Syah di atas kerajaan, maka
baginda pun mangkatlah. Maka anakanda baginda yang Bernama Raja Abdullah itulah
menggantikan kerajaan ayahanda baginda, gelar baginda di atas kerajaan, Sultan Man-
sur Syah, umur baginda tatkala naik raja itu dua puluh tujuh tahun.
Dipetik daripada
‘Burung Terbang Dipipis Lada’
dalam antologi Sejadah Rindu
(7 markah)
Soalan 5 : Peribahasa
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian isi tempat kosong dengan peribahasa
yang sesuai.
Perang Vietnam yang melibatkan tentera Amerika dengan tentera Vietnam
sememangnya menyebabkan ramai rakyat Vietnam kehilangan nyawa dan tempat ting-
gal ibarat _______________(i). Walaupun di ambang kekalahan, namun tentera Vi-
etnam tidak sekali-kali mengaku kalah. Mereka meneruskan perjuangan dengan ber-
sungguh-sungguh dan berpegang pada prinsip ______________ (ii). Akhirnya, tentera
Amerika terpaksa menghadapi situasi ibarat ________________(iii) kerana mereka
bukan sahaja mengalami kekalahan yang memalukan, malah jumlah tentera mereka
yang terkorban juga lebih tinggi angkanya berbanding dengan tentera Vietnam.
( 6 markah )
143
Modul Masih Ada Sayang
BAHAGIAN B : PEMAHAMAN
[ 35 markah ]
Soalan 6 : Petikan Umum
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
Satu cara yang berkesan untuk membudayakan inovasi dalam kalangan
warganegara Malaysia adalah melalui penerapan dan penekanan inovasi dalam
pendidikan. Kebanyakan negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat dan Perancis,
telah mengaplikasikan sistem pendidikan yang berupaya memupuk budaya inovasi pada
peringkat sekolah lagi. Di negara kita, usaha penerapan budaya inovasi pada peringkat
sekolah mula diberikan penekanan dalam kalangan murid agar seiring dengan
keperluan negara untuk mencapai negara maju dan menghadapi Revolusi Industri 4.0
yang bakal mengubah cara kehidupan manusia.
Dipetik dan diubah suai daripada Inovasi Kreatif Memacu Kejayaan Pendidikan Khas
Oleh Hayati Adilin, Dewan Siswa, Bil.1/2019
Bahan 2
Malaysia harus menjadi negara yang berinovasi, mencipta serta membangunkan
teknologi dan bukan lagi sebagai pengguna teknologi. Oleh itu, Dasar Sains, Teknologi
dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030 turut menggariskan agenda bagi memperkasa-
kan pembangunan teknologi tempatan dan pembudayaan STI untuk mewujudkan
masyarakat yang mampu mengaplikasikan sains dan teknologi dalam kehidupan sehar-
ian. Dalam tempoh 10 tahun ini, pelbagai strategi dan usaha di dalam pelan tindakan
STI yang komprehensif akan dilaksanakan bagi memastikan matlamat menjadi negara
berteknologi tinggi tercapai. Usaha ini memerlukan komitmen dan sokongan padu dari
pelbagai pihak melibatkan agensi kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri, industri,
sekolah dan masyarakat.
Dipetik daripada Buku Dasar Sains, Teknologi Dan Inovasi Negara
144
Modul Masih Ada Sayang
(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud untuk mencapai.
[2 markah]
(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan perbezaan usaha-usaha untuk men-
erapkan budaya sains, teknologi dan inovasi dalam kalangan rakyat Malaysia.
[3 markah]
(iii) Revolusi Industri 4.0 bakal mengubah cara kehidupan manusia.
Pada pendapat anda, apakah yang menyebabkan keadaan ini berlaku?
[3 markah]
(iv) Kumpulan anda diminta untuk menyiapkan projek inovasi pada masa yang
ditetapkan. Namun, tugasan tersebut tidak berjaya diselesaikan.
Sekiranya kumpulan anda diberikan peluang kedua untuk menyiapkan projek
yang sama dalam masa yang ditetapkan, cadangkan langkah-langkah untuk
memastikan tugasan tersebut dapat diselesaikan.
[4 markah]
Soalan 7 : Petikan Sastera
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
Fikirannya terus kusut. Dia tiba-tiba terkenangkan Hanani kakaknya. Dia tiba-
tiba tersenyum sayu. Bayang-bayang masa silam menjengah semula dalam ingatann-
ya. Bayangkan, sewaktu Hanani baru belajar berjalan, Basirah sudah pun pandai me-
lompat. Sewaktu Hanani mengajaknya bermain anak patung dan “masak-masak’,
Basirah menurut juga, tetapi sebentar cuma. Sewaktu Hanani leka bermain, Basirah
sudah pun melarikan dirinya untuk bermain dengan angka-angka di komputer ayah
mereka.
Seingatnya, sewaktu Hanani baru menjejaki tadika biasa dulu, Basirah sudah
pun lulus pemeriksaan dan peperiksaan untuk memasuki sekolah kanak-kanak pintar
yang terletak di pinggir bandar. Sewaktu Hanani menduduki tahun satu di sekolah ren-
dah kebangsaan, Basirah sudah pun diterima masuk di sebuah institusi pengajian
tinggi di Semenanjung. Kini, ketika Hanani bersiap sedia untuk menduduki peperik-
saan PMR, Basirah sudah pun menjadi siswi tahun akhir dalam jurusan Sains Kom-
puter dan diterima membuat amali di Makmal Perdana, di pusat bandar Kota Kinabalu
itu.
(Dipetik daripada cerpen ‘Gema Sepi Gadis Genius’ oleh Azmah Nordin
antologi Gema Sepi Gadis Genius, Kementerian Pelajaran Malaysia)
145
Modul Masih Ada Sayang
Bahan 2
Ah, tambah, kurang, darab dan bahagi yang mudah itu pun tak boleh jawab!”
Aiman Aqil mengefis sindiran kepada adik-adiknya yang sedang membuat kerja rumah.
“Babah, tengok abang ni, ganggu kami nak buat kerja rumah,” yang tengah sela-
lu marah-marah terhadap sikap abangnya. Usianya muda dua tahun daripada si abang.
Dulu-dulu ketika di sekolah rendah, Aiman Agil selalu ponteng sekolah. “Bosan
dan jelak,” fi tingkahnya kepada babah dan ibu.
“Mengapa bosan?" tanya babah. Ibu mengerling tajam, marah akan perilaku si
anak yang selalu berkontradiksi dan berkontras dengan watak babahnya.
“Heh, kan Aiman Aqil ni budak genius, budak cerdik dan pintar! Aiman Aqil dah
cipta formula sendiri. Biarpun baru berusia lapan tahun, baru belajar tahun dua tahap
satu, Aiman Aqil mampu menyelesaikan masalah Matematik Tingkatan 5, kata murid
pintar itu membela diri.
(Dipetik daripada cerpen ‘Hipertensi’ oleh lllias Zaidi
antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pelajaran Malaysia)
Bahan 3
Syair Kecemerlangan Dicipta Potensi Diri Membara
Dengarlah tuan hamba berperi, Universiti Edinburgh ilmu ditimba,
Kepada rakan muda bestari, Kecemerlangan terus dicita sentiasa,
Kisah Amalina Bakri empunya diri, Usai belajar bakti dicurah di luar negara,
Mencatat sejarah sehingga kini. Namun Malaysia tetap senantiasan di jiwa
Namanya meniti di bibir sentiasa, Abdul Razak bin Husin
Kejayaan gemilang terus dicipta, Pinggiran Senawang, Seremban.
17 A1 dalam SPM sentiasa diingati semua
Kecemerlangan dicipta sehingga dewasa.
i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud rangkai kata mampu menyelesaikan.
[ 2 markah ]
ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan keistimewaan yang dimiliki oleh individu
tersebut. [ 3 markah ]
iii) Kecemerlangan dalam pelajaran menjadi impian bagi setiap murid.
Pada pendapat anda, bagaimankah cara seorang murid untuk mencapai
kecemerlangan dalam pelajaran? [ 4 markah ]
146
Modul Masih Ada Sayang
iv) Terdapat segelintir kanak-kanak yang memiliki kecerdasan yang tidak setanding
dengan rakan-rakan yang sebaya dengannya. Mereka akan berasa bosan apabi-
la mengikuti pelajaran yang bagi mereka yang sudah tidak bersesuaian dengan
diri mereka.
Andaikan anda seorang guru, bagaimanakah anda dapat membantu untuk
mengatasi masalah ini? [ 4 markah ]
Soalan 8 : Novel
i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang beri-
kutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
“Lili, tak elok berkasar dengan haiwan.”
“Saya tak boleh dekat kucing, nek.”
“Nenek tahu, tapi kamu boleh memberikan kucing-kucing tu makan supaya tak
menganggu kamu. Haiwan kalau lapar sama juga macam manusia, buat bising.”
Dipetik daripada novel Jendela Menghadap Jalan, muka surat 55
karya Ruhaini Matdarin
Kementerian Pendidikan Malaysia
Pengarang menggambarkan satu-satu watak berdasarkan dialog yang diucapkan
antara watak dalam novel.
Berdasarkan dialog tersebut, pembaca dapat mengenali perwatakan nenek Lili
Hajah Aisyah Tan Abdullah. Jelaskan dua perwatakannya.
[3 markah]
ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel berikut:
a) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin
b) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, kemukakan satu peristiwa yang
dapat menggambarkan nilai tanggungjawab seperti yang terkandung dalam setiap
novel. [7 markah]
147
Modul Masih Ada Sayang
BAHAGIAN C : RUMUSAN
[ 30 markah ]
Soalan 9 : Rumusan
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumu-
san yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.
Bahan 1 - Petikan
Alam sekitar ialah sesuatu yang penting dalam kehidupan manu-
sia, tidak mengira bangsa, agama dan negara. Alam sekitar ini terma-
suklah kawasan-kawasan tumbuhan hijau, udara dan air seperti
sungai dan laut. Kepentingan utama dalam penjagaan alam sekitar
ialah habitat flora dan fauna akan terpelihara. Alam sekitar yang me-
rangkumi gunung-ganang, taburan hutan sehingga ke lautan merupa-
kan habitat kepada flora dan fauna. Di samping itu, penjagaan alam
sekitar adalah mustahak bagi memastikan kesihatan manusia terja-
min. Kita merupakan makhluk yang lemah dan mudah untuk dijangkiti
penyakit terutamanya andai alam sekitar tidak dijaga dengan baik.
Jika dilihat dari sudut yang berbeza, alam sekitar yang terjaga
dapat menarik pelancong sama ada domestik ataupun antarabangsa.
Pelancongan yang berteraskan alam sekitar mampu menjana
ekonomi setempat dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi
negara secara amnya. Alam sekitar seharusnya dijaga kerana alam
sekitar bukan hanya digunakan pada masa sekarang tetapi akan
digunakan sehingga beratus-ratus tahun lagi. Oleh itu, untuk
mengembalikan kesegaran alam sekitar, semua pihak perlu memain-
kan peranan masingmasing.
Pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar boleh dilaksanakan
melalui kerjasama oleh pihak media massa. Pada hari ini, media
massa memainkan peranan penting dalam membentuk cara
pemikiran semua pengguna. Media massa perlulah lebih banyak
memberikan maklumat tentang isu-isu pencemaran alam sekitar agar
masyarakat cakna akan menjaga kebersihan persekitaran. Selain itu,
langkah untuk menjaga alam sekitar ialah melalui kempen alam seki-
tar. Antara kempen yang boleh dilakukan ialah kempen cintailah
sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya. Da-
lam kempen-kempen ini masyarakat akan didedahkan tentang pent-
ingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menjaga alam sekitar
seperti menguruskan sisa pembuangan supaya kurang mencemarkan
148
Modul Masih Ada Sayang
alam sekitar. Di samping itu, penggunaan teknologi moden untuk
mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat penting.
Dengan adanya teknologi moden, tumpahan minyak di lautan adalah
lebih mudah dibersihkan tanpa meninggalkan sisa tumpahan minyak.
Malah dengan menggunakan teknologi moden kita dapat menjalankan
aktiviti kitar semula bahan-bahan buangan dan sisa-sisa pepejal sep-
erti surat khabar, majalah lama, kain dan bahan-bahan plastik.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Pentingnya menjaga alam sekitar’
Media Permata Online, 14 Mac 2018
Bahan 2- Grafik
Sumber :Internet
149