Kemahiran Bermanfaat Ekonomi, Keusahawanan dan
Pengurusan Kewangan
Bina ayat menggunakan pola ayat yang betul untuk
memberikan respons anda terhadap iklan.
TEMA 8
5.2.2 Memahami dan menggunakan pola ayat dengan betul mengikut konteks. 179
Ekonomi, Keusahawanan dan Berdasarkan suku kata, bina perkataan yang berkaitan
Pengurusan Kewangan dengan sikap seorang usahawan yang berjaya.
TEMA 8
1. Dalam perniagaan kita mestilah j u supaya pelanggan
sentiasa mempercayai kita.
2. Walaupun pernah gagal dalam perniagaan, kita haruslah p o
untuk terus maju.
3. Jika ingin menjadi usahawan yang berjaya kita mesti b e
menanggung risiko.
4. Usahawan yang berjaya ialah usahawan yang b i mengatur
strategi perniagaan.
5. Kita perlulah y a memperkenalkan produk jualan kita
kepada pelanggan untuk mendapatkan kepercayaan mereka.
6. Hasil g i bekerja, pemilik Syarikat Maju Edaran telah
berjaya membuka lima lagi cawangan syarikatnya di Selangor.
7. “Teruslah berusaha dengan t e demi mencapai kejayaan
dalam perniagaan,” kata ayah kepada Syahril.
8. Orang yang r a pasti berjaya.
180
UNIT Ekonomi, Keusahawanan dan
23 Pengurusan Kewangan
Nyatakan kebaikan pihak sekolah menganjurkan
Karnival Usahawan.
TEMA 8
Aktiviti menarik:
Rumah hantu
Jualan amal
Cabutan bertuah
Pertandingan gerai terbersih dan tercantik
Permainan dan kuiz usahawan
Pameran Pengguna Bijak
Bicara bersama usahawan berjaya, iaitu
Datuk Aidil bin Bakar
Murid berpeluang: KERUSI
Berniaga PINTU
Menderma
Memupuk minat menjadi usahawan
Memenangi cabutan bertuah
1.5.1 Menyatakan pendapat tentang sesuatu perkara secara bertatasusila. 181
Ekonomi, Keusahawanan dan Pentingnya Koperasi Sekolah
Pengurusan Kewangan
Baca dan kenal pasti maklumat dalam bahan, kemudian
sampaikan maklumat tersebut kepada rakan.
TEMA 8 Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan koperasi ini. Antara barangan yang dijual ialah
Kota Berhad terletak di Kota Bharu, makanan, pakaian dan barangan cenderamata.
Kelantan. Keistimewaan koperasi ini ialah Perkhidmatan lain yang disediakan ialah
hasil jualan runcit melebihi RM1 juta perkhidmatan dobi, perkhidmatan telefon
setahun. Koperasi ini tidak mengehadkan prabayar dan perkhidmatan pakej percutian
jualan kepada peralatan keperluan murid ke luar negara.
sekolah seperti pen, pensel, pembaris,
buku, mahupun perkhidmatan mesin
fotostat. Koperasi ini turut menjual pelbagai
barangan di samping menyediakan pelbagai
perkhidmatan.
Koperasi ini mempunyai kelebihan
kerana mempunyai kios di dalam kawasan
sekolah. Koperasi Sekolah Menengah
Kebangsaan Kota Berhad juga membuka
dua kios berhampiran dengan jalan
utama untuk memberikan peluang kepada
masyarakat setempat membeli barangan di
182 2.3.1 Membaca, memahami dan menyampaikan maklumat daripada pelbagai teks
dengan betul dan tepat.
Ekonomi, Keusahawanan dan
Pengurusan Kewangan
Selain itu, Cikgu Suhaimi bin Sulaiman, Guru koperasi haruslah gigih dan kreatif. Oleh TEMA 8
guru koperasi sekolah ini memaklumkan sebab itulah koperasi ini telah berjaya mencatat
bahawa sesebuah koperasi tidak boleh pendapatan melebihi RM1 juta. Semoga kejayaan
terikat dengan waktu operasi jualan koperasi ini memberikan idea dan motivasi
mengikut waktu persekolahan sahaja kepada koperasi sekolah yang lain.
jika ingin mencatat keuntungan jualan.
(Sumber: Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Berhad)
Membentuk amalan berjimat cermat dalam kalangan murid.
Harga barangan yang lebih murah.
KebaikanMemupuk minat berniaga. Koperasi Sekolah
Memudahkan murid dan guru membeli barangan keperluan tanpa perlu keluar dari
kawasan sekolah sewaktu hari persekolahan.
Membentuk sikap bertanggungjawab, amanah dan berani.
Memberikan peluang kepada guru atau murid memasarkan barangan mereka.
Menggalakkan murid mempraktikkan teknik pengurusan perniagaan sejak
di bangku sekolah.
Menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti dobi dan mesin fotostat.
Memberikan kemudahan pinjaman kewangan kepada ahli.
Memberikan sumbangan kepada guru atau murid yang kurang bernasib baik melalui
program tertentu.
Eksplorasi Minda
Ahli koperasi akan mendapat
keuntungan dalam bentuk dividen dan
bonus melalui pembelian barangan
di koperasi sekolah. Sejauh manakah
pernyataan ini benar?
183
Ekonomi, Keusahawanan dan Bakat Bawa Untung
Pengurusan Kewangan
1. Baca petikan dengan menggunakan nada, gaya dan intonasi yang betul.
2. Imlak perenggan yang didengar dengan betul.
TEMA 8
Tahukah anda bakat melukis mampu menjanakan pendapatan
yang lumayan? Bakat melukis juga telah terbukti mampu
meningkatkan taraf ekonomi seseorang. “Suatu ketika dahulu
setelah tamat pengajian dalam bidang lukisan, saya pernah melalui
zaman tiada pendapatan,” begitulah kata Mohd Yusof bin Ismail.
Beliau seorang pelukis sepenuh masa buku kanak-kanak yang
menggunakan imej gajah dalam setiap lukisannya. Buku beliau
bertajuk Tiga Ekor Gajah merupakan karya yang paling popular
dalam kalangan peminat buku cerita kanak-kanak. Hasil karya beliau
yang lain ialah Si Cantik, Kawan Bahru, Si Bayang-bayang dan Gajah
Sejati. Imej gajah digunakan dalam buku cerita bergambar beliau. Hal
inilah yang menjadikan beliau terkenal dengan nama Yusof Gajah.
Pada awal pembabitan beliau dalam bidang seni lukisan
ini, beliau memegang prinsip, tidak mahu miskin kerana setiap
orang mempunyai bakat masing-masing. Berbekalkan bakatnya
dalam bidang ini, beliau nekad untuk bergelar pelukis yang
boleh membawa pulangan wang. Usaha dan kegigihan beliau
membuahkan hasil apabila beliau berjaya membuka galeri seninya
sendiri di rumah kediamannya bertempat di Batu Caves, Selangor.
Kini, beliau telah membuka kelas lukisan kepada kanak-kanak
dan orang dewasa yang meminati bidang ini. Beliau yakin bahawa
ilmu dan bakat mampu menjanakan pendapatan yang lumayan.
Beliau juga berhasrat untuk meningkatkan martabat kerjaya pelukis
di negara ini.
184 3.2.2 Mengimlak perenggan yang dibacakan dengan tepat.
Berjimat Sebelum Habis Ekonomi, Keusahawanan dan
Pengurusan Kewangan
Lagukan syair di bawah dengan penuh penghayatan, kemudian
jelaskan maksud syair tersebut.
Generasi muda tonggak negara, TEMA 8
Persiapkan diri dengan segera,
Jika ingin hidup sejahtera,
Hendaklah pandai berkira-kira.
Mantapkan diri siap siaga,
Kebebasan ekonomi sangat berharga,
Fikirkan dahulu keperluan keluarga,
Sebelum membeli bandingkan harga.
Didiklah anak sedari mula,
Jadikan menabung amalan berkala,
Ibu dan bapa jadilah idola,
Masa hadapan pasti terbela.
Generasi muda hendaklah matang,
Janganlah asyik menggapai bintang,
Elakkan diri daripada berhutang,
Supaya tenang hari mendatang.
Hendaklah berhemat bijak menyimpan,
Untuk jaminan masa hadapan,
Pastikan kewangan sentiasa mapan,
Hidup sejahtera itulah harapan.
Nukilan,
Salasiah Sabran
Kuala Lipis.
4.1.1 Membaca dan memahami pantun, syair, sajak, cerpen serta novel dengan penuh penghayatan. 185
Ekonomi, Keusahawanan dan 1. Baca dan kenal pasti subjek dan predikat dalam petikan.
Pengurusan Kewangan 2. Berbincang dengan rakan anda tentang bahan dengan
TEMA 8 menggunakan subjek dan predikat yang betul.
Pasar Karat ialah kawasan yang popular dalam kalangan para pengumpul dan peminat
barangan lama dan barangan antik di Malaysia. Pasar karat beroperasi setiap hari seawal
pukul 5:30 pagi hingga pukul 9:30 pagi. Namun begitu, sejak kebelakangan ini terdapat
sesetengah pasar karat yang mula beroperasi pada waktu malam dan hujung minggu.
Walaupun beroperasi seawal waktu subuh yang dingin dan berkabus, suasana pasar karat
sungguh sibuk. Bukan itu sahaja, suasana berjual beli di pasar karat sangat meriah khususnya
pada hari minggu.
186 5.2.1 Memahami dan menggunakan subjek dan predikat dalam pembentukan ayat
dengan betul mengikut konteks.
Ekonomi, Keusahawanan dan
Pengurusan Kewangan
TEMA 8
Terdapat banyak barangan lama dan barangan antik yang dijual di pasar karat. Contohnya,
wang lama, jam tangan, lukisan, pakaian dan barangan perhiasan. Barangan ini dijual dengan
harga serendah RM5.00 hingga mencecah ribuan ringgit. Pembeli hendaklah meneliti
barangan jualan yang hendak dibeli terlebih dahulu. Kebanyakan barangan yang dijual
diletakkan di atas meja atau di atas jalan dengan hamparan tikar ataupun kain. Bagi jualan
pakaian pula, terdapat sesetengah penjual menggantung pakaian jualan mereka. Namun
begitu, terdapat juga pakaian yang dilonggok. Pakaian itu masih cantik dan berjenama.
Kesimpulannya, barangan lama mempunyai nilai yang tersendiri. Barangan lama boleh
menjadi sumber pendapatan. Hal ini demikian kerana barangan lama boleh dijual semula
dengan harga yang lebih tinggi.
Contoh
Subjek Predikat
Pasar Karat beroperasi seawal pukul 5:30 pagi.
187
Ekonomi, Keusahawanan dan 1. Berdasarkan bahan, hasilkan barangan kraf secara kreatif untuk
Pengurusan Kewangan dijual di koperasi bagi mengisi tabung kelab keusahawanan
di sekolah anda.
TEMA 8
2. Lakukan simulasi jualan barangan kraf anda.
Hai, kawan-kawan! Saya telah menghasilkan robot origami
daripada kertas. Saya ingin menjualnya dengan harga RM10.
Kawan-kawan boleh menjadikan robot origami ini sebagai
koleksi dan hiasan kerana saya menghasilkan empat jenis
robot origami yang berbeza watak dan warna.
188
UNIT Menjanakan Pendapatan Ekonomi, Keusahawanan dan
24 Pengurusan Kewangan
Berdasarkan maklumat, hubungi pemilik Hotel Si Manja untuk
mendapatkan barangan dan perkhidmatan penjagaan kucing
peliharaan anda.
Hotel Si Manja
Anda akan mengikuti keluarga bercuti ke Pulau Langkawi. Anda terpaksa TEMA 8
meninggalkan haiwan peliharaan selama tiga hari. Hubungi Hotel Si Manja
untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan mereka bagi penjagaan
kucing peliharaan anda.
Kami menyediakan barangan dan
perkhidmatan penjagaan kucing:
• Jagaan siang: RM15.00/hari
• Jagaan malam: RM20.00/hari
• Jagaan harian: RM30.00/hari
• Makanan kucing: RM13.00/hari
• Mandian kucing: RM9.00/sekali
Encik Sani bin Ramli
015-12345678
1.6.1 Menyatakan permintaan untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan 189
dengan menggunakan ayat yang tepat secara bertatasusila.
Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Wang Saku
Pengurusan Kewangan
Berdasarkan bahan, nyatakan maksud yang tersurat dan tersirat.
TEMA 8
Wang memainkan peranan penting dalam kehidupan kita. Oleh sebab itu, kita hendaklah bijak
menguruskannya. Sebagai murid sekolah, kita hendaklah mempunyai buku wang saku.
Buku wang saku boleh dijadikan sebagai panduan sebelum kita berbelanja.
Sebagai langkah pertama, catatkan jumlah setiap sumber kewangan yang kita peroleh.
Contohnya, wang saku yang diberikan oleh ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Seterusnya,
catatkan setiap penggunaan wang yang kita lakukan. Dengan cara ini, kita dapat membezakan
jumlah wang yang masuk dan jumlah wang yang keluar.
Selain itu, sebelum membeli sesuatu barangan, pastikan kita telah membuat perancangan
perbelanjaan yang berhemat. Kita haruslah bijak membezakan sama ada sesuatu yang ingin
kita beli merupakan keperluan atau kehendak. Pembelian barangan yang tidak mengikut
perancangan akan menyebabkan kita berbelanja secara boros.
Akhir sekali, kita haruslah mengamalkan
tabiat menabung sejak kecil. Pada setiap
akhir bulan, catatkan jumlah tabungan
yang diperoleh. Hal ini demikian kerana
wang tabungan kita boleh digunakan
untuk perancangan masa hadapan.
Wang simpanan juga dapat digunakan
ketika kita mengalami kecemasan. Oleh
sebab itu, pengurusan wang sangat penting
dalam kehidupan kita. Kita haruslah
menggunakan wang dengan bijaknya,
bak kata peribahasa beringat sebelum
kena, berjimat sebelum habis.
(Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada Buku
Wang Saku, Bank Negara Malaysia.)
190 2.2.2 Membaca dan memahami ayat serta perenggan dengan memberikan maksud
yang tersurat dan tersirat dengan betul dan tepat
Destinasi Pilihan Bijak Ekonomi, Keusahawanan dan
Pengurusan Kewangan
Berdasarkan bahan, tulis sebuah karangan lengkap.
TEMA 8
Bukit Keluang
Masjid Kristal
Pengangkutan Penginapan
Menaiki kereta sendiri, bas atau Terdapat banyak pilihan Jambatan Angkat
kapal terbang bergantung pada hotel, calet dan bilik
bajet kamu. sewa pada kadar yang
rendah.
Makanan
Banyak pilihan makanan sama ada di restoran, gerai atau
hotel. Aneka pilihan makanan laut dan makanan popular
pantai timur yang lazat dan murah.
Lawatan ke tempat menarik Sotong Celup Tepung
Banyak tempat menarik seperti Masjid Kristal,
Pasar Payang, Jambatan Angkat Terengganu, Pantai
Batu Buruk, Pantai Bukit Keluang, dan banyak lagi
dengan harga yang berpatutan.
3.5.2 Membina perenggan pendahuluan, perenggan isi dan perenggan kesimpulan bagi 191
penulisan karangan dengan betul dan kreatif.
Ekonomi, Keusahawanan dan Berdasarkan gambar dan petikan, hasilkan sebuah sajak.
Pengurusan Kewangan
Puan Saleha merupakan pemilik Restoran Anjung Selera. Beliau mula menceburi
TEMA 8 bidang perniagaan makanan sejak 15 tahun yang lalu. Mengimbau masa
lampaunya sewaktu mula berjinak-jinak dengan perniagaan makanan,
beliau hanya menjual nasi dan lauk-pauk di tepi jalan di hadapan rumahnya.
Berbekalkan keazaman dan kemahuan untuk berjaya, beliau bertekad
untuk memajukan perniagaannya.
Masakan yang paling digemari oleh pelanggannya ialah asam
pedas ikan pari. Resipi diperoleh daripada arwah ibunya yang juga
seorang peniaga makanan kecil-kecilan pada suatu masa dahulu.
Resipi warisan itu menjadi kebanggaan keluarga mereka.
192
Ekonomi, Keusahawanan dan
Pengurusan Kewangan
TEMA 8
Demi mencapai cita-cita, Puan Saleha sentiasa menyimpan hasil keuntungannya
untuk membuka sebuah restoran. Berkat kesabaran dan kegigihan, akhirnya beliau
berjaya membuka sebuah restoran dengan wang simpanan. Puan Saleha bersyukur
kerana semua pahit getir dan titisan keringat selama ini telah terbalas. Kini, restoran
beliau megah berdiri dan mempunyai ramai pengunjung. Pendapatanbeliaumencecah
puluhan ribu ringgit sebulan. Beliau juga telah membuka cawangan kedua restorannya.
Beliau percaya bahawa setiap usaha pasti akan membawa kejayaan.
193
Ekonomi, Keusahawanan dan Si Merah Lumayan
Pengurusan Kewangan
Kenal pasti dan betulkan kesalahan perkataan dalam ayat.
12
TEMA 8
Encik Keong membuka banyak Baja kompos daripada sisa kelapa sawit
ladang-ladang strawberi di Cameron dan sabut kelapa dipergunakan untuk
Highlands. Encik Keong mendapatkan
menyuburkan pokok strawberi
kerja sama daripada Jabatan yang telah ditanam.
Pertanian Cameron Highlands untuk
memastikan ladang strawberi beliau 4
bebas daripada serangga perosak. Pokok strawberi mengeluarkan
buah dalam jarak 50 hingga
3 60 hari selepas ditanam.
Pokok strawberi hendaklah disimbah 6
setiap hari untuk mengekalkan
kesuburannya.
5
Buah strawberi akan masak dan Pelbagai produk boleh terhasil
berwarna merah kemerahan dalam daripada buah strawberi.
tempoh dua minggu selepas berbuah.
7 Encik Keong mencatat keuntungan
sehingga RM30,000.00 sebulan
hasil jualan produk strawberi.
194 5.3.1 Menganalisis dan membetulkan pelbagai kesalahan perkataan dalam ayat dengan tepat.
Bincangkan anggaran perbelanjaan untuk mengadakan Ekonomi, Keusahawanan dan
sebuah majlis. Pengurusan Kewangan
Kelas anda merancang untuk mengadakan jamuan akhir tahun. Anggaran perbelanjaan
majlis tersebut ialah RM200.00. Pastikan anda mengamalkan perbelanjaan berhemat dan
dapat melaksanakan majlis tersebut dengan jayanya.
Makanan dan minuman: RM5.00 X 24 orang : RM120.00 TEMA 8
Hiasan (belon, meja berhias dan lain-lain): RM25.00
Peralatan (pinggan, cawan dan sudu): RM10.00
Cenderamata atau hadiah: RM30.00
Runcit: RM15.00
Jumlah: RM200.00
195
Ekonomi, Keusahawanan dan Berdasarkan bahan, bina karangan untuk menjelaskan tindakan yang
Pengurusan Kewangan perlu anda lakukan bagi menjimatkan perbelanjaan di rumah.
TEMA 8 Penjimatan air
Peenlejikmtraitkan
Elakkamnapkeamnabnaziran
196
TEMA
9
SUKAN DAN REKREASI
Nyatakan jenis sukan yang anda tahu.
Bagaimanakah cara terbaik untuk menggalakkan
masyarakat bersukan?
Apakah kebaikan aktiviti rekreasi kepada kita?
197
UNIT Menjadi Juara
25
TEMA 9 Sukan dan Rekreasi Dengar rakaman audio, kemudian sebut perkataan, istilah
dan rangkai kata dengan betul.
Tahun NorliyanPaebnincatipKaiaamn aruddin
Emas 2019
Sukan Institut Pengajian Tinggi (SUKIP)
Emas
TKeerjbouhkaanaTnhaHileapntdathlon
GTaahnugnsa2018
Asian Games Indonesia 2018
Emas
Vietnam Open Atheletic 2018
Emas
Sukan Institut Pengajian Tinggi (SUKIP)
Emas
Sukan Universiti Malaysia (MASUM)
198 Info Bestari
Heptathlon ialah pertandingan tujuh acara sukan khusus
untuk wanita. Acara tersebut ialah 100m lari berpagar, lontar
peluru, lompat tinggi, lumba lari 200m, 800m, lompat jauh
dan merejam lembing.
1.1.1 Mendengar dan menyebut perkataan, istilah serta rangkai kata dengan betul dalam
pelbagai situasi.
Hari Sukan Negara TEMA 9 Sukan dan Rekreasi
1. Baca petikan dengan menggunakan teknik ACID.
2. Berpandukan petikan, hasilkan grafik tentang cara-cara untuk
menggalakkan murid terlibat dalam aktiviti sukan.
Menerapkan Memupuk semangat
budaya sukan dalam perpaduan dalam
kalangan rakyat kalangan rakyat
Pembangunan Meningkatkan
ekonomi negara pengetahuan
melalui pembangunan sukan dalam
industri sukan kalangan rakyat
Mengiktiraf aktiviti
pembangunan sukan pada
peringkat akar umbi
2.4.1 Membaca dan memahami pelbagai bahan bukan sastera bagi mendapatkan maklumat 199
dan menggalakkan pemikiran kreatif.
TEMA 9 Sukan dan Rekreasi Menggapai Impian
Berdasarkan gambar, hasilkan perenggan karangan yang
mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul.
Encik Sukri terkenang akan kejayaannya dalam bidang
olahraga yang diceburinya satu ketika dahulu. Beliau kini
telah berjaya menjadi seorang jurulatih olahraga negara.
Kenangan itu masih segar dalam ingatan beliau.
1 Minat bermula sejak kecil dan
mendapat dorongan keluarga.
200 3.3.3 Membina perenggan yang terdiri daripada ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul.
Kejayaan dalam TEMA 9 Sukan dan Rekreasi
3 kejohanan peringkat
kebangsaan
2 Mula mewakili
sekolah dalam
kejohanan sukan
tahunan peringkat
daerah dan negeri.
Kejayaan yang
4 mengharumkan nama
keluarga dan negara.
201
TEMA 9 Sukan dan Rekreasi Baca dan fahami cerpen dengan menggunakan teknik teater pembaca.
Pagi itu, semangat Sabrina sangat luar biasa. Malam tadi ketika tidur dia bermimpi
dapat bertemu dengan seorang jaguh renang 100 meter tanah air. Masih terngiang-ngiang
di telinganya pesanan jaguh itu. Katanya, kamulah wirawati negara. Kamu perlu
menang dalam pertandingan esok. Kamu mesti menang.
Apabila terjaga, Sabrina berasa mimpi malam tadi telah mengganggu dirinya.
Wajah orang yang hadir dalam mimpinya masih jelas terbayang.
“Sabrina, Sabrina ..., cepat sarapan. Sabrina perlu ke stadium renang sekejap lagi,”
suara ibunya jelas kedengaran dari ruang dapur.
“Baik, emak. Saya datang sekarang,” jawab Sabrina.
“Emak, malam tadi saya bermimpi. Saya ...,” Sabrina tidak dapat menyudahkan
kata-katanya.
“Mengapakah Sabrina berkata begitu? Jangan takut. Emak yakin, Sabrina akan
berjaya,” nasihat ibunya.
Sabrina berasa serba salah. Dia ketakutan. Ketakutan pertama, sama ada dia boleh
berjaya atau tidak dalam pertandingan renang yang akan disertainya. Kedua,
dia takut untuk berterus-terang kepada emaknya tentang mimpinya malam tadi.
“Baiklah emak, saya pasti berjaya.”
Ketika Sabrina sampai di stadium, suasananya sangat meriah. Hati Sabrina kian
berdebar-debar. Acara 100 meter gaya kupu-kupu akan bermula sebentar
lagi. Akhirnya, saat yang dinanti-nantikan pun tiba. Sabrina sudah berdiri
di lorong bernombor tiga. Degupan jantung Sabrina kian kencang. Dia tenang
menunggu bunyi tembakan pistol. Sebaik bunyi pistol kedengaran, Sabrina
memulakan renangan dengan pantasnya. Jeritan dan sorakan penonton menyebut
nama Sabrina dari tempat duduk penonton jelas kedengaran. Sabrina berenang
dengan penuh tenaga hingga berjaya menjadi orang yang pertama sampai
ke garisan penamat.
Suasana dalam stadium renang kian gamat dengan jeritan. Sabrina melambai-
lambaikan tangannya tanda terima kasih kepada penonton.
202 4.1.1 Membaca dan memahami pantun, syair, sajak, cerpen serta novel dengan
penuh penghayatan.
Semangat Juang TEMA 9 Sukan dan Rekreasi
Kenal pasti jenis ayat yang terdapat dalam bahan. Kemudian,
bina pelbagai jenis ayat mengikut jenis berdasarkan situasi.
bkoJoelamjotah, smaenprataanri! Di manakah hendak mendaftar?
Di Pusat Sukan dan
Rekreasi Taman Sri Rokan
Bilakah tarikhnya?
10 Oktober 20
Pukul berapakah acara bermula?
7:30 pagi hingga 11:00 pagi
TSiilgaahhuabduianhgiluumruasysaentidaikseedjoiahkaannan: Peringatan:
Encik Amir bin Hamzah 015-9876543 Dilarang membawa kanak-kanak
Encik Ah Meng: 015-12345678 berusia tujuh tahun ke bawah.
Encik Murugan: 015-12341234 Pastikan anda sihat dan cergas.
Aktiviti sukan penting kepada kesihatan kita. Sukan dapat mengeratkan perpaduan antara kaum.
5.2.3 Memahami dan menggunakan jenis ayat dengan betul mengikut konteks. 203
Bina ayat majmuk berdasarkan bahan.
TEMA 9 Sukan dan Rekreasi Gasing Melayu Congkak
Permainan tradisional masyarakat Melayu
Yo-yo Cina Xiang Qi
Permainan tradisional masyarakat Cina
Aadu Puli Aatam Chaturanga
Permainan tradisional masyarakat India
204
UNIT Atlet Sihat TEMA 9 Sukan dan Rekreasi
26
Teliti bahan yang dipaparkan. Kemudian, bersoal jawab
dengan rakan anda dengan menggunakan sebutan dan
intonasi yang sesuai secara bertatasusila.
Disiplin Atlet
Khairul Irfan melihat
poster gaya hidup sihat
yang dipaparkan dalam
sebuah majalah sukan. Dia
membawa poster tersebut
ke sekolah untuk berbincang
dengan rakan-rakannya
tentang cara menjadi ahli
sukan yang sihat dan berjaya.
1.3.2 Bersoal jawab tentang sesuatu perkara dengan menggunakan perkataan, ungkapan 205
dan sebutan yang betul serta intonasi yang sesuai secara bertatasusila.
TEMA 9 Sukan dan Rekreasi Peluncur Ombak
1. Baca dan kenal pasti maklumat dengan menggunakan teknik SQ4R.
2. Kongsikan maklumat yang diperoleh dengan rakan.
Selama ini, kita tahu bahawa sukan luncur ombak
sangat sinonim dengan negara Barat. Di Malaysia,
kita jarang-jarang sekali didedahkan atau mendengar
tentang kehebatan dan keseronokan sukan luncur
ombak ini.
Kebanyakan rakyat Malaysia menganggap
bahawa sukan luncur ombak ini berbahaya dan
mereka tidak berani untuk mencubanya. Sejak
kebelakangan ini, sukan luncur ombak telah mula
digemari dan menjadi tumpuan. Sukan luncur
ombak ini diadakan pada musim tengkujuh
kerana pada waktu itu tidak sesuai untuk mandi-
manda dan melakukan aktiviti air yang lain.
Malaysia pernah menjadi penganjur sukan luncur
ombak ini, antaranya termasuklah Terengganu
Quicksilver Best Event Surf Contest 2011, Billabong
Cherating Pro 2011 Malaysia dan Renextop Asian
Surfing Tour (RAST), Cherating 2018.
Sukan ini diminati kerana peluncur akan
menikmati keseronokan apabila berjaya melakukan
pelbagai formasi luncuran di atas permukaan air.
Acara sukan luncur ombak ini dengan rasminya
bakal dipertandingkan di Sukan SEA 2019 di Filipina
dan Sukan Olimpik 2020 di Tokyo.
Eksplorasi Minda
Nyatakan tempat meluncur
ombak di Malaysia yang
anda tahu?
206 2.3.1 Membaca, memahami dan menyampaikan maklumat daripada pelbagai teks
dengan betul dan tepat.
Jenis-jenis Papan Luncur TEMA 9 Sukan dan Rekreasi
Secara umumnya papan 45 kg 55 kg 65 kg 75 kg 85 kg 95 kg
luncur terbahagi kepada dua
jenis, iaitu papan panjang
(long board) dan papan
pendek (short board).
Papan yang mempunyai
ukuran 6 kaki hingga 7.6 kaki
dikategorikan sebagai papan
pendek manakala papan
luncur yang berukuran 8 kaki
hingga 9 kaki dikenali sebagai
papan panjang. Spesifikasi ini
adalah untuk menyesuaikan
ketinggian dan berat badan
seseorang peluncur itu.
Setiap lapangan luncur
mempunyai karakter
ombak yang berbeza serta
memberikan pengalaman
yang berbeza. Berada
di atas permukaan air
merupakan saat yang
paling mengujakan.
Neezam bin Azeez
Peluncur Ombak
Sumber: Diubah suai daripada artikal
‘Pemain Ombak’, oleh Norshamiah
Muhammad, Buletin Kelab Rekreasi
PBMP, Januari 2019.
207
TEMA 9 Sukan dan Rekreasi Ping Pong
1. Baca dan fahami petikan.
2. Salin semula perkataan dan frasa dengan tepatnya.
Sukan ping pong merupakan sukan yang sangat popular dalam
kalangan masyarat Barat dan Timur. Sukan ini turut dikenali dengan
nama tenis meja. Pada hari ini, sukan ping pong menjadi salah satu
sukan utama dalam kejohanan sukan Olimpik.
Sukan ping pong ini boleh dimainkan secara perseorangan atau beregu dengan
menggunakan raket kayu yang dikenali sebagai bet. Meja ping pong berbentuk empat segi
tepat, berukuran 2.74 meter panjang dan 1.56 meter lebar. Permainan ini memerlukan
permukaan meja yang keras bagi membolehkan bola ping pong yang diperbuat daripada
seluloid atau bahan plastik melantun. Di tengah-tengah meja pula perlu diletakkan jaring
setinggi 15 sentimeter. Ketika permainan berlangsung, pemain perlu membenarkan bola
melantun hanya sekali sahaja dalam kawasan sendiri sebelum dapat memukul bola tersebut
ke kawasan pihak lawan. Mata pula akan dikira apabila pemain lawan gagal mengembalikan
bola mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
Di Malaysia dan juga pada peringkat dunia, kedudukan sukan ping pong ini semakin
kukuh dan terus berkembang. Kemuncak daripada perkembangan sukan ini ialah apabila
diterima dan diiktiraf sebagai salah satu acara dalam Sukan Olimpik di Seoul pada tahun 1988.
Bermula tahun 1990, Malaysia telah menghantar beberapa pemain muda ke luar negara
seperti ke Jepun dan Korea Selatan untuk mendapat latihan intensif yang lengkap. Persatuan
Ping Pong Malaysia berhasrat mencari bakat baharu yang terdiri daripada pelbagai kaum
untuk menganggotai persatuan ini seterusnya mengharumkan nama negara.
(Sumber: Diubah suai daripada buku Ping Pong: Siri Aktiviti Meniti Kejayaan, UP&D, 2006)
208 3.2.1 Mengimlak perkataan dan frasa yang dibacakan dengan tepat.
Riadah Kreatif TEMA 9 Sukan dan Rekreasi
Berdasarkan bahan, lengkapkan rangkap pantun bertemakan
kesihatan dengan betulnya dan kreatifnya.
Tajuk: Utamakan Riadah
P_a__gM__i_-_e_p_l_ia_h_g__ai__tp__h_e_a_r_gr__ui__km__e___b_t_au__m_n__ga_,a_n_,k_e_m_.boja;
_H___i_dM__u__e_p_n__sj_a_i_hd__a_i_t_i_da___am__m_a__al__an__n__s_m_e_,p_ua_lni_a_j,a_n; g hayat.
_____________________________________________________________________________,_,__________;.
NTaarmikah::____________________________..
4.3.1 Menghasilkan penulisan pantun dan sajak dengan betul dan kreatif. 209
TEMA 9 Sukan dan Rekreasi 1. Baca teks dengan telitinya.
2. Kenal pasti dan betulkan kesalahan perkataan yang
terdapat dalam ayat.
Sukan lasak merupakan sukan yang kian popular dalam
kalangan remaja hari ini. Antara jenis sukan lasak
yang digemari oleh rakyat Malaysia termasuklah rakit
redah jeram, kayak, denai kembara dan papan selaju.
Banyak baik yang boleh didapati daripada menyertai
sukan ini. Antara kebaikannya ialah kita akan menjadi
lebih kuat dan cergas, mampu pupuk semangat kerjasama
dalam kumpulan serta dapat menguji kesabaran seseorang.
Ketika menjalani aktiviti sukan lasak, pelbagai
cabaran akan ditempuh. Oleh sebab itu, seseorang itu
perlu mempunyai mental dan fizikal yang kuat untuk
mencapai matlamat aktiviti yang dijalankan.
Aktiviti sukan lasak ini juga mampu menyemai
semangat pimpin, kesetiaan dan toleransi. Bakal
pemimpin negara khususnya jenerasi muda perlu
mempunyai sifat berani menghadapi cabaran dalam
usaha memajukan diri sendiri.
Galakan perlu berikan kepada generasi muda
agar membabitkan diri dalam aktiviti sukan lasak ini.
5.3.1 Menganalisis dan membetulkan pelbagai kesalahan perkataan dalam ayat dengan tepat.
210
1. Kenal pasti perkataan yang merujuk kepada maksud
gaya hidup sukan dan riadah.
2. Bina ayat daripada perkataan tersebut.
s f v hc e r d a s TEMA 9 Sukan dan Rekreasi
i g h l t w f z mc
ha t az dr y p j
ag u hr a t uwa
t a o a c mb e l g
f hmdu r owa u
g r l adao n t h
kb a ng ga e i o
pa c reh i j us
mu h i b a h u k t
Panduan
• Sukan dapat memupuk semangat _______________.
• Badan sihat otak _______________.
• Seerti perkataan juara.
• Lawan perkataan sakit.
• Badang seorang yang _______________.
• Perasaan berasa hebat setelah menang.
211
TEMA 9 Sukan dan Rekreasi Hasilkan satu model diorama taman rekreasi sukan yang menarik
dengan menggunakan bahan terbuang.
Sekolah anda sedang menganjurkan satu pertandingan
membuat model taman rekreasi sukan. Kelas anda
bercadang ingin menyertai pertandingan tersebut.
Info Bestari Antara bahan
yang diperlukan:
Diorama ialah model berbentuk tiga
dimensi yang digubah dalam bentuk 1. Batang aiskrim
sebenar tetapi bersaiz kecil. 2. Lidi penyapu
3. Kotak
4. Surat khabar lama
5. Botol plastik
6. Gam
7. Gunting
8. Tali
212
UNIT Ceritakan pengalaman anda tentang tempat menarik TEMA 9 Sukan dan Rekreasi
27 yang pernah anda kunjungi.
Seorang wartawan daripada sebuah akhbar tempatan telah menemu bual
seorang pengunjung Taman Negara Legenda Gunung Ledang.
Wartawan: Selamat datang ke Taman Legenda Gunung Ledang.
Bolehkah cik perkenalkan diri?
Mei Ling: Nama saya Mei Ling.
Wartawan: Bolehkah cik beritahu saya tentang keunikan tempat ini?
Mei Ling: Taman Legenda ini sangat menarik. Kawasan yang
terletak di kaki Gunung Ledang ini udaranya dingin dan
mempunyai pemandangan alam hijau yang memukau.
Wartawan: Apakah kemudahan disediakan di tempat ini?
Mei Ling: Kemudahan yang disediakan seperti pondok rehat,
tapak perkhemahan, kedai makan, tandas dan calet
yang sangat memuaskan. Harganya juga berpatutan.
Wartawan: Apakah maklumat lain yang boleh dikongsikan?
Mei Ling: Taman ini juga mempunyai kawasan mandi-manda
yang selamat. Malah, air terjun yang ada pun tidak
berbahaya kepada pengunjung.
Wartawan: Terima kasih, Mei Ling atas perkongsian pengalaman ini.
Mei Ling: Sama-sama.
1.4.1 Berbicara tentang sesuatu perkara dalam pelbagai situasi secara bertatasusila. 213
Gahnya Tanah Airku
TEMA 9 Sukan dan Rekreasi Baca dan fahami bahan yang disediakan. Kemudian, jawab
soalan yang disediakan.
Tanggapan Malaysia sebagai syurga
pelancongan oleh masyarakat antarabangsa
bukanlah sesuatu yang menghairankan.
Keindahan alam serta suasana rakyatnya yang
hidup dalam keadaan harmoni menyebabkan
orang luar tertarik untuk datang ke Malaysia.
Industri pelancongan merupakan salah satu
daripada sektor yang menjadi penyumbang
kepada hasil pendapatan negara.
Meskipun keadaan ekonomi serantau
kurang memberangsangkan, tetapi jumlah
pelancong yang melawat Malaysia dijangka
terus meningkat setiap tahun. Peningkatan
ini disebabkan oleh keunikan masyarakatnya
yang memiliki pelbagai budaya dan
adat resam.
Pada ketika ini, kerajaan Malaysia mula
meningkatkan usaha memajukan industri
tersebut. Usaha bersungguh-sungguh
telah dilakukan bagi memajukan industri
pelancongan di tanah air kita. Langkah utama
ialah pihak kerajaan telah memperbanyak
dan memajukan tempat pelancongan
di negara ini. Tempat-tempat menarik seperti
kawasan bersejarah turut dipromosikan
kepada masyarakat luar.
Perkara kedua adalah dengan menyediakan
kemudahan bertaraf empat bintang di kawasan
pelancongan. Langkah ini menyebabkan
pelancong berasa selesa, selamat dan
berpuas hati.
Jawab soalan yang berikut:
Soalan isi tersurat: Soalan isi tersirat:
1. Nyatakan faktor yang menyebabkan pelancong 1. Apakah maksud "Malaysia Syurga Pelancongan"?
2. Mengapakah industri pelancongan penting
suka datang ke Malaysia.
2. Jelaskan usaha yang dilakukan oleh kerajaan kepada negara kita?
untuk menarik minat pelancong bercuti
di Malaysia.
214 2.2.2 Membaca dan memahami ayat serta perenggan dengan memberikan maksud yang
tersurat dan tersirat dengan betul dan tepat.
Berkongsi Cerita TEMA 9 Sukan dan Rekreasi
Berdasarkan gambar, tulis satu surat kiriman tidak rasmi.
Anda telah menyertai aktiviti perkhemahan tahunan sekolah.
Tulis surat kiriman tidak rasmi kepada rakan anda untuk
menceritakan tentang aktiviti tersebut.
3.5.3 Membina penulisan karangan lengkap dengan betul dan kreatif. 215
TEMA 9 Sukan dan Rekreasi Berdasarkan bahan, hasilkan catatan anda berkaitan dengan
aktiviti rekreasi dengan betul dan kreatif.
7Pbk:e0eer0rsBtepoudlakaigaiktiadSnaedrtiiaarnuAmlaamh.
8Bp:m0ee0rnakkpdulaamukgmpii uuantl dktueeksnegmlaaenmnpadataaspnua.ktaknan
216 4.3.2 Menghasilkan penulisan prosa dengan betul dan kreatif.
8Mp:e3en0ndepanaktgiuaikna.n laluan 8Mp:e4en5mdpuaaklagiaki nan. TEMA 9 Sukan dan Rekreasi
1TBMd0iuab:enk0alii0thdkSpaei eatpintpguidaeinamAchalaaaknnmdaa. lnagman. 1Pd2ea:rn0ja0plautenlanangngat.hurhuanri
217
TEMA 9 Sukan dan Rekreasi Berakit-rakit ke Hulu,
Berenang-renang ke Tepian
Kenal pasti dan betulkan kesalahan perkataan yang
terdapat dalam bahan.
Setiap orang mempunyai kenangan yang sukar dilupakan. Begitu juga dengan saya.
Saya mempunyai kenangan yang sangat keindahan. Kenangan itu adalah ketika saya dan
rakan-rakan menyertai satu aktiviti berakit di Sungai Kampar, Perak. Kawasan ini ialah
kawasan rekreasi air yang sangat dicabar dan jauh daripada kesibukan kota raya.
Pengalaman menaiki rakit yang membawa arus deras sangat menyeronokkan.
Ketika rakit meluncur di celah-celah batu, saya dan rakan sentiasa berhati-hati supaya
kami selamat.
Air sungainya yang jernih, dingin dan deras itu sangat menguja rasa saya. Kawasan
jeram yang cantik keliling pokok-pokok dan bunga hutan liar yang segar benar-benar
memukau pandangan mata. Di situ juga terdapat air terjun yang menyelamat untuk
mandi-manda.
Bergembira kami itu sempat saya rakam dalam gambar untuk dikongsikan dengan
keluarga. Inilah kenangan indah diri saya yang sukar untuk dilupakan.
218 5.3.2 Menganalisis dan membetulkan pelbagai kesalahan dalam ayat dengan tepat.
1. Lengkapkan bandingan semacam.
2. Tulis sebuah cerpen tentang haiwan dengan menggunakan
bandingan semacam yang sesuai.
sombong macam merak TEMA 9 Sukan dan Rekreasi
tinggi zirafah
berat
rajin batu
takut semut
sibuk tikus
berani lebah
besar harimau
gajah
219
Hasilkan satu skrip dialog antara anda dengan rakan
berkaitan rancangan percutian.
TEMA 9 Sukan dan Rekreasi Gua Kelam, Perlis Masjid Kristal,
Terengganu
Kota Sultan Ismail Petra,
Kelantan
Dataran Lang,
Kedah
Pusat Penyelidikan Jurasik, Cameron Highlands,
Pulau Pinang Pahang
Menara Condong, Perak
Muar, Johor
A Famosa, Melaka
Batu Caves, Selangor Ulu Bendul,
220 Negeri Sembilan
Merancang Percutian TEMA 9 Sukan dan Rekreasi
• Merancang tarikh percutian.
• Mengenal pasti tempat percutian.
• Percutian yang sesuai dengan bajet.
• Keselamatan dan keperluan.
• Persiapan keperluan diri.
Kuching, Sarawak Desa Dairy Farm, Sabah
221
Senarai Rujukan
Abdullah Hussain, 2016. Kamus Istimewa Peribahasa Melayu Edisi Kedua.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Haji Omar, 2008. Ensiklopedia Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Azhar Md Sabil, Shamsudin Othman dan Wan Norlidza Wan Mohd Zain, 2018.
Bahasa Malaysia Kelas Peralihan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Aziah Tajudin dan Mohd Fadzli Tajuid, 2008. Kamus Pelajar Bahasa Melayu.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Azizul Rahman Abdul Rahman, 2016. Ungkapan Indah Untuk Penulisan. Selangor:
Ilmu Bakti.
James Ang Jit Eng, 2013. Pengurusan Aktiviti Luar Sekolah: Panduan Pengurusan
Aktiviti di Luar Sekolah. Selangor: PTS Akademia.
Kamus Dewan Edisi Keempat, 2015. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia, 2015, Pedagogi Bahasa Melayu Abad ke-21.
Putrajaya: Bahagian Perkembangan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013, Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi. Kuala Lumpur: Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Mazlan Ismail, 2016. Pengajaran Bahasa Melayu Didik Hibur dan Seni Bahasa:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Zainudin Haji Abdullah dan Mohd Shahrim Senik, 2008. Senjata Warisan.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohamad Sahidan (peny.), 2017. Koleksi Cerita Rakyat Malaysia. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Munirah Onn, TITABOS Bantu Pilih Buku” dalam Dewan Kosmik, Ogos 2018.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa, Abdul Hamid Mahmood,
Muhammaed Salehudin Aman, dan Abdul Ghalib Yunus, 2016. Tatabahasa
Dewan Edisi Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa dan Abdul Hamid Mahmood,
2015, Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa, dan Abdul Hamid Mahmood,
2008. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Shamsul Anuar Nasarah dan Ahmad Shahar Nasarah, 2015. Siri Panduan
Permainan Tradisional Kanak-kanak, Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
222
Portal Rasmi:
www.mosti.gov.my
www.motac.gov.my
www.dbp.gov.my
www.utusan.com
www.upm.com
https://heritage.gov.my
http://my.theasianparent.com/tips-keselamatan-di-pantai
http://www.karangkraf.com.famili/5-lokasi-berkelah-anak -perlu- diawasi
http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/arus-karau-datang-sekelip-mata
hamdenbaker.blogsport.com/2012/12/keselamatan-di-kawasan-sekolah.html
http://www.perpaduan.gov.my
ict-sksb.blogsport.com/2009/12/keselamatan-makmal-komputer-sekolah.html
ict-smkkjengal.blogsport.com/p/keselamatan-di-kawasan-sekolah.html
http://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/02/5316901/perpaduan-kaum-
penting-untuk-malaysia-jadi-negara-maju-tpm
http://www.penang.traveltps.com/bm/malaysia/pulau-pinang/pusatpenyelidikan.
jurassik.html
223
Glosari
aeroangkasa atmosfera bumi dan ruang yang melampauinya
alkali bahan kimia yang meneutralkan asid untuk membentuk garam dan boleh menukarkan
kertas litmus merah menjadi biru
angklung alat bunyi-bunyian yang dibuat daripada buluh
astronomi ilmu falak (pengetahuan tentang bintang-bintang yang melibatkan kajian tentang
kedudukan, pergerakan dan perkiraan serta tafsiran yang berkaitan dengan bintang
batik kain yang beraneka warna coraknya yang dibuat dengan cara-cara tertentu seperti
dicap atau ditulis
biola alat muzik bertali empat yang diletakkan di bahu serta dikepit dengan dagu dan digesek
untuk membunyikannya biologi sains yang berkaitan dengan struktur, fungsi,
perkembangan, taburan dan proses
hidup pada benda hidup
atau komentar dalam ruang siber
cakerawala seluruh bintang dan planet di langit termasuk bulan, matahari dan bintang
dehidrasi keadaan kehilangan atau kekurangan cairan tubuh yang berlebihan
diod peranti semikonduktur yang membolehkan aliran arus satu arah sahaja dan banyak
digunakan dalam litar elektronik sebagai penerus atau pemangkas
eksplorasi penjelajahan ke lapangan untuk memperoleh sesuatu
etnik sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam
fauna keseluruhan haiwan yang hidup di dalam habitatnya
flora keseluruhan tumbuh-tumbuhan yang hidup dalam habitatnya
formula satu ringkasan yang dilambangkan oleh huruf, tanda dan lain-lain untuk menyatakan
sesuatu hukum atau rumus
geologi sains tentang asal usul, sejarah, struktur dan komposisi bumi gong alat bunyi-bunyian
daripada logam yang dibunyikan dengan dipalu
hulu tempat memegang pada sesuatu alat memotong
identiti aspek-aspek tertentu yang dapat menunjukkan sifat diri seseorang; keperibadian
inovasi sesuatu yang baru diperkenalkan seperti kaedah, sistem, adat dan lain-lain
instrumen alat, perkakas (muzik, pertukangan dan lain-lain)
interaktif saling bertindak, berhubung
jubin kepingan bahan tahan lasak seperti seramik, batu, logam atau kaca yang diproses
yang umumnya digunakan untuk menutup lantai, dinding, pancuran dan sebagainya
kabus wap air seperti asap yang berada di muka bumi, biasanya pada waktu pagi
224
karau berkacau, bercampur baur
kejang kaku (anggota dan lain-lain)
kompos bahan organik yang telah terurai dan dikitar semula sebagai baja
kreatif mempunyai daya atau kemampuan untuk mencipta
kuini sejenis mangga yang harum baunya
landskap pemandangan yang dihasilkan daripada keadaan semula jadi atau hasil binaan
lestari tetap seperti sedia kala, tidak berubah, kekal
luncur pergerakan di atas permukaan air dengan menggunakan papan
mengkuang nama tumbuh-tumbuhan jenis pandan yang daunnya berduri dan dapat
dibuat tikar
merarau makan tengah hari
nira air yang disadap dari mayang kelapa atau enau
nuklear sejenis bahan kimia yang berkaitan dengan bahan atom organik bahan yang
di dalamnya terdapat unsur karbon
radiasi tenaga yang bergerak dalam gelombang atau partikel dengan kecepatan
yang tinggi
radiologi cabang ilmu perubatan yang melibatkan penggunaan unsur (tenaga) radio aktif
dalam pemeriksaan dan perawatan sesuatu penyakit
rebana sejenis gendang yang sebelah sahaja dipasang kulit
sawan penyakit yang datang dengan tiba-tiba menyebabkan anggota badan menjadi
kaku, kejang, mulut berbuih dan lain-lain
sensor alat yang dapat mengesan perubahan sinar cahaya, haba, tekanan dan sebagainya
soket lubang pada sesuatu bahagian alat elektrik atau bahagian tubuh tempat
melekat sesuatu
225
Indeks
antik 186 jenis ayat 105
arahan 27
ayat majmuk 44, 53, 127 kamus 42, 52
ayat tunggal 53, 127 kata nama 7
kata adjektif 38, 46, 52, 55
bahan grafik 31, 134 kata ganti nama 14, 136, 137
bandingan semacam 45, 104,135, 138, 219 kata kerja 22, 31
berkongsi maklumat 57 kata sendi 62, 63
bina ayat 40, 45, 47 khazanah 153
buletin 129 kiosk 182
koperasi 182
catatan 127 kraf tangan 80
ceramah 131, 140
cergas 2, 7, 8, 24 lirik 108, 109
cerita pendek 64
cerita rakyat 88 main peranan 139
cerpen 18, 30, 178 maksud tersirat 116, 214
maksud tersurat 58
destinasi 191 melakonkan perbualan 124
media sosial 131
elektrik 196 mekanis 2, 101, 110
melengkapkan ayat 62
frasa nama 89, 144, 145 melengkapkan pantun 61
frasa adjektif 89, 145 mencatat tindakan 60
frasa kerja 96, 144 menganalisis teks 129
frasa sendi nama 89, 145 menggantikan huruf 47
mengimlak 29, 160, 168
glosari 42, 52 mesra alam 160
harmoni 100 novel 37
institusi 179
isi tempat kosong 56, 138
226
pantun 6, 28, 61, 209
pengumuman 57, 107
peribahasa 54, 56
produk 176, 177, 194
rangkai kata 42, 52
rekreasi 215, 216
resipi 192
sajak 128, 154
seimbang 2, 8, 9, 13, 16
sinonim 164
syair 10, 34, 185
teka silang kata 130
teknologi hijau 149
teknik 5W1H 58
teknik ACID 199
teknik CHATT 152
teknik KWLH 75
teknik QUACK 132, 133
teknik SQ4R 206
teknik Stay and Stray 155
terarium 150
ucapan bertatasusila 74
usahawan 180
227
Cadangan Jawapan
Tema 1: Kesihatan dan Kebersihan
Halaman 7 Lengkapkan tempat kosong.
1. kendera saji
2. seimbang
3. kesihatan
4. manusia
5. kebersihan
Halaman 8 Lengkapkan tempat kosong.
Halaman 15 Nama saya Vijay. Saya suka makan makanan yang mengandungi
Halaman 23 banyak khasiat. Sejak kecil lagi, saya dididik agar mengambil
makanan yang seimbang. Makanan seimbang ialah makanan
yang mengandungi karbohidrat, protein, kalsium, garam
mineral dan sebagainya. Makanan seperti ini penting untuk
tumbesaran dan membina tubuh badan yang kuat. Tubuh yang
sihat akan memberikan semangat kepada kita untuk belajar
dengan lebih aktif.
Lengkapkan petak kosong.
1. ubat
2. syampu
3. sabun
4. mineral
5. bedak
6. daging
7. otak
8. farmasi
Susun perkataan.
1. Orang baik hatinya bersih.
2. Kebersihan sangat penting dalam kehidupan.
3. Negara maju memerlukan rakyat yang sihat.
4. Kunci kejayaan negara terletak pada ikatan kerjasama.
5. Saya mengutip sampah yang terdapat di tempat awam.
228