The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rafiza0131, 2021-09-12 10:08:03

Bahasa_Melayu_Kelas_Peralihan

Bahasa_Melayu_Kelas_Peralihan

Analisis dan betulkan kesalahan ayat. TEMA 6 Sains, Teknologi dan Inovasi

Bersempena dengan Minggu Sains, Kelab Aktiviti ini berjaya mewujudkan sikap
Sains Sekolah Menengah Kebangsaan berlumba dalam mencari dan memahami
Tasik Biru telah menganjurkan pelbagai soalan yang dikemukakan. Lain-lain aktiviti
aktiviti untuk menyemai dan memupuk yang dijalankan ialah pertandingan pasang
minat terhadap mata pelajaran Sains dalam model, buku skrap paling menarik dan
kalangan murid. Antara aktiviti-aktiviti yang Eksplorasi Saintis Muda. Menerusi berbagai
diadakan termasuklah Pertandingan Fotografi. aktiviti yang dijalankan, pihak sekolah
Pertandingan ini terbuka kepada murid berharap aktiviti yang disediakan mampu
kelas peralihan hingga tingkatan lima. Setiap menarik minat murid dalam mata pelajaran
murid dibenarkan menghantar lima buah Sains. Mana murid-murid yang menyertai
gambar yang diambil menggunakan kamera program ini bukan sahaja menerima
Digital Single Lens Reflex (DSLR). Tema sijil penyertaan tetapi turut mendapat
pertandingan tersebut ialah alam semula jadi. pengalaman yang sangat berharga.

Selain itu, perlawanan kuiz Sains turut
diadakan. Kuiz ini diadakan di makmal komputer
sekolah. Semua murid dikehendaki menjawab
35 soalan menerusi aplikasi dalam talian.

5.3.2 Menganalisis dan membetulkan pelbagai kesalahan ayat dengan tepat. 129

TEMA 6 Sains, Teknologi dan Inovasi Lengkapkan teka silang kata di bawah. 3f

1g 2f
4n
5j

6s

7d 8t

1. Orang yang mengajar atau pendidik.
2. Menyiasat punca kematian merupakan tugas ahli _________.
3. Ahli _________ mahir dalam menyediakan ubat-ubatan.
4. Pakar _________ juga boleh berkhidmat dalam bidang industri rawatan sisa radioaktif,

radiografi, perubatan dan bidang yang berkaitan dengan teknologi sinaran.
5. Mahir dalam mereka, membina dan menggunakan jentera.
6. Pakar dalam bidang sains atau ahli sains.
7. Orang yang berkelayakan mengamalkan ilmu perubatan.
8. Antara tugas ahli geologi termasuklah mengkaji batuan dan mineral di dalam _________.

130

UNIT Teknologi TEMA 6 Sains, Teknologi dan Inovasi
17 Tanpa Sempadan

Media sosial memberikan pengaruh yang besar
dalam kehidupan. Bincangkan.

Bijak Alam Maya

Seorang pegawai perhubungan
sekolah sedang memberikan
ceramah di hadapan murid-murid
dalam perhimpunan sekolah.

berhubung dan mendapatkan perniagaan
berkomunikasi ilmu pengetahuan dalam talian

isu semasa hiburan

1.4.1 Berbicara tentang sesuatu perkara dalam pelbagai situasi secara bertatasusila. 131

TEMA 6 Sains, Teknologi dan Inovasi Fenomena Angkasa

1. Baca petikan yang disediakan.
2. Ringkaskan maklumat dengan menggunakan teknik QUACK.

Gerhana Matahari

Gerhana matahari ialah fenomena astronomi yang berlaku apabila matahari, bulan dan bumi
berada dalam satu garis lurus, iaitu bulan berada di tengah-tengah di antara matahari dan
bumi. Dari pandangan bumi, matahari ditutupi oleh bulan sama ada secara keseluruhan
atau sebahagiannya. Fenomena ini berlaku semasa fasa bulan baharu atau fasa anak bulan.
Gerhana matahari akan terjadi pada waktu siang dan di sesuatu kawasan tertentu sahaja.

Matahari Bulan Bumi

Umbra

Umbra atau bayang-bayang yang sangat gelap daripada bulan menghalang cahaya matahari
terus mengenai bumi dan menyebabkan kawasan bumi tersebut menjadi gelap seketika.

Kaedah Menyaksikan Gerhana Matahari dengan Selamatnya

Terdapat beberapa kaedah untuk melihat dan mencerap gerhana matahari dengan
selamatnya. Kaedah yang pertama adalah dengan cara paparan melalui unjuran lubang pin
(pinhole projection). Kaedah ini sesuai digunakan semasa Gerhana Matahari Separa.

Penayangan Selamat


 

Kertas putih
kedua


 
 
Gerhana
Kertas atau kad matahari
dengan lubang halus separa


 
 

Imej matahari Berdiri membelakangi
yang terpapar matahari

132 2.3.2 Membaca dan meringkaskan maklumat daripada pelbagai teks dengan betul dan tepat.

Terdapat empat jenis gerhana matahari, iaitu Gerhana Matahari Separa, Gerhana Matahari TEMA 6 Sains, Teknologi dan Inovasi
Penuh, Gerhana Matahari Anulus dan Gerhana Matahari Hibrid.

Gerhana Matahari Separa

Gerhana Matahari Separa akan berlaku apabila matahari
dan bulan tidak berada dalam kedudukan tepat sebaris.
Pada masa yang sama, cakera bulan hanya menutupi
sebahagian sahaja cakera matahari.

Gerhana Matahari Penuh

Gerhana Matahari Penuh berlaku apabila bulan melintasi terus
antara matahari dan bumi. Seterusnya, bulan menghalang
cahaya matahari sepenuhnya hingga menyebabkan keadaan
menjadi gelap di permukaan bumi tertentu.

Gerhana Matahari Anulus
Gerhana Matahari Anulus yang juga dikenali sebagai Gerhana
Matahari Cincin terjadi apabila bulan dan matahari berada
dalam satu barisan lurus tetapi saiz bulan kelihatan lebih kecil
daripada saiz matahari. Pada ketika itu, matahari kelihatan
seperti sebentuk cincin yang sangat terang.

Gerhana Matahari Hibrid
Gerhana Matahari Hibrid terjadi apabila Gerhana Matahari Penuh dan Gerhana
Matahari Anulus bergabung. Gerhana matahari ini juga dipanggil Gerhana Matahari
Anulus Penuh. Gerhana Matahari Hibrid yang terjadi kelihatan seperti fenomena
Gerhana Matahari Penuh di beberapa tempat pada permukaan bumi sementara di tempat
lain pula kelihatan dalam bentuk fenomena Gerhana Anulus. Gerhana Hibrid ini ialah
peristiwa paling jarang berlaku.

Gabungan Gerhana Matahari Hibrid, iaitu terjadi apabila
Gerhana Matahari Penuh di kawasan A dan Gerhana
Matahari Anulus di kawasan B dalam masa yang sama.

(Sumber: Agensi Angkasa Negara)

Fenomena ini tidak perlu dikhuatiri kerana gerhana matahari
merupakan fenomena biasa yang berlaku dan menyebabkan suhu agak
rendah dalam tempoh masa yang sangat singkat.

Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara.

133

TEMA 6 Sains, Teknologi dan Inovasi Jam Tangan Pintar

1. Teliti bahan.
2. Catatkan maklumat berdasarkan bahan.

Keistimewaan Jam Pintar

— Material yang ringan. — Menyimpan memori dan paparan digital.
— Memiliki reka bentuk yang menarik. — Mendengar muzik.
— Tahan lasak dan tahan karat. — Mendapatkan info yang terkini.
— Mengukur jarak larian — Akses kepada laman sosial.
— Menghantar dan menerima e-mel.
(aktiviti kecergasan badan). — Sesuai untuk pelbagai aktiviti.
— Menerima panggilan telefon dan

membaca Sistem Pesanan Ringkas.

3.4.1 Mencatat maklumat daripada pelbagai sumber yang didengar dan dibaca dengan betul.

134

Yang Mana Satu? TEMA 6 Sains, Teknologi dan Inovasi

Baca dan fahami maksud bandingan semacam yang digunakan.
Hasilkan satu penulisan pendek dengan menggunakan bandingan
semacam tersebut.

Nurin mengikut ibunya pergi ke Karnival Jualan Akhir Tahun. Ibunya ingin membeli
sebuah telefon bimbit. Nurin ingin membantu ibunya memilih telefon yang bersesuaian.

Wah, ramainya Betul kata ibu.
pengunjung! Penuh sesak Ramai pengunjung yang

karnival hari ini. datang. Maklumlah,
ada jualan murah.

Ibu mahu beli telefon yang
mana? Yang ringan atau yang

berat macam batu?

Sudah tentu yang ringan macam kapas.
Harganya pula biarlah berpatutan.
Jangan mahal macam emas pula.

Kalau begitu, ibu beli telefon yang Sudah tentu. Ibu juga mahu cari telefon
terbaharu di pasaran. Telefon yang terkini. Capaiannya pula biar pantas
ini pintar macam kancil. macam kilat supaya segala maklumat ibu

terima dengan pantasnya.

4.2.1 Memahami dan menggunakan bandingan semacam dalam komunikasi dan penulisan 135
dengan betul mengikut konteks.

TEMA 6 Sains, Teknologi dan Inovasi Penyelamat Bumi

1. Kenal pasti kata nama dan kata ganti nama yang
terdapat dalam petikan.

2. Sambung cerita dengan menggunakan kata nama dan
kata ganti nama.

Fikri merupakan seorang remaja
yang suka membaca. Dia suka
membaca buku-buku berkaitan
dengan dinasour. Fikri mempunyai
pelbagai jenis buku dan koleksi
patung dinasour di rumahnya.
Baru-baru ini, Fikri berpeluang
mengunjungi sebuah pusat rekreasi
yang menempatkan pelbagai
jenis dinasour yang digerakkan
menggunakan teknologi.
Hasil lawatan tersebut, Fikri dapat
menghasilkan sebuah cerita pendek.

136 5.1.1 Memahami dan menggunakan kata nama dan kata ganti nama dengan betul
mengikut konteks.

Sebaik sahaja membuka matanya, Danial mendapati TEMA 6 Sains, Teknologi dan Inovasi
dirinya berada di tengah-tengah hutan yang tebal. Kawasan ini
benar-benar asing bagi Danial. Dia tidak pernah tiba di kawasan ini.
Tumbuh-tumbuhan yang berada di sekelilingnya kelihatan besar.

Tiba-tiba, Danial terdengar bunyi yang kuat dan menggerunkan.
Bumi seakan-akan bergegar. Danial mahu menyelamatkan diri.
Dia mahu bersembunyi. Belum sempat Danial melarikan diri, dia
melihat dua makhluk yang besar berada di hadapannya.

“T-Rex dan Triceratops!” jerit Danial ketakutan.
Dua ekor dinasour yang besar berada di hadapannya. T-Rex
merupakan spesies dinasour yang sangat ganas. Triceratops pula
dinasour yang kuat dan mempunyai dua tanduk yang keras. Danial
mahu melarikan diri tetapi kakinya tidak terdaya untuk melangkah.
“Jangan takut, manusia. Kedatangan kami hanya untuk
membantu manusia di bumi,” ujar dinasour.
“Membantu manusia? Apakah maksud kamu? Bukankah kamu
dinasour yang sangat ganas?” soal Danial dengan berani.
“Saya dan Triceratops sudah berjanji untuk membantu dan
memberikan kesejahteraan kepada semua penduduk bumi.”
“Bagaimanakah caranya?” tanya Danial lagi.

137

TEMA 6 Sains, Teknologi dan Inovasi Lengkapkan tempat kosong dengan bandingan semacam yang tepat.

1. Alif dan Haikal tidak terangkat mesin yang ____________ macam batu itu.

berat kasar besar kesat

2. Bilik pameran sains itu sungguh ____________ macam pasar.

busuk riuh ramai gelora

3. Suasana dalam bilik pembedahan itu ___________ macam tasik.

hening senyap diam tenang

4. Rizal menurut segala arahan yang disuruh oleh ketuanya kerana dia lurus
macam ____________ .

bendul pembaris sesiku kekisi

5. Muka budak itu pucat macam ____________ apabila melihat dinasour yang
besar itu.

cacing bayi mayat harimau

6. Lelaki yang tinggi macam ____________ itu seorang saintis.

galah bangunan pokok tiang

138

UNIT TEMA 6 Sains, Teknologi dan Inovasi

18 Kreativiti dan Inovasi

1. Hasilkan lakonan berdasarkan bahan.
2. Berikan respons anda secara bertatasusila.

Ayuni, Vivian dan Cikgu Zarina berbincang tentang penghasilan brosur
yang bakal diedarkan kepada warga sekolah bersempena dengan
Minggu Inovasi dua minggu lagi.

Selamat pagi, cikgu. Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Laksamana
Kami minta diri dulu.
Apakah aktiviti yang A●●●●kDPCEtieekivprmsitttpaaiolnonkdrataripnasagsi laistpnaeairrnybosuabnnoggtiktmerajugnnet
bakal dijalankan?
Ada apa-apa yang
perlu kami bantu?
Biar kami bantu cikgu
sediakan brosur.

Terima kasih, cikgu.

1.5.1 Menyatakan pendapat tentang sesuatu perkara secara bertatasusila. 139

TEMA 6 Sains, Teknologi dan Inovasi Baca dan fahami maklumat yang diberikan,
kemudian ringkaskan maklumat tersebut.

Salam sejahtera saya ucapkan kepada
Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Encik
Ahmad Raihan bin Hakim, Pengetua Sekolah
Menengah Kebangsaan Tanjung Dua, Puan
Mastura binti Abu, Guru penolong kanan
pentadbiran, guru-guru, serta murid-murid
yang saya hormati sekalian. Tajuk ceramah
yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah
“Kelebihan Sensor Elektronik Tekan Tubi”.

Hadirin sekalian,

Sensor Elektronik Tekan Tubi merupakan
alat yang dicipta bagi mengukur tahap daya
tahan otot dan kekuatan otot bahagian
atas badan murid dalam ujian Standard
Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK).
Ujian SEGAK dilaksanakan kepada semua
murid sekolah rendah dan sekolah menengah
di Malaysia. Alat yang dihasilkan dengan kos
yang murah ini boleh digunakan di kawasan
yang lapang dan rata.

Kelebihan alat ini pula ialah alat ini
sangat ringan dan mudah dibawa,
memberikan tumpuan kepada kekuatan
otot dan dapat mengurangkan kesilapan
dalam pengiraan. Alat elektronik tekan tubi
ini bukan sahaja dapat membantu guru
mengendalikan ujian SEGAK dengan lebih
efisien malah mampu merekodkan laporan
kecergasan murid dengan lebih tepat.

2.3.3 Membaca dan meringkaskan maklumat daripada pelbagai teks dengan betul dan tepat.

140

Hadirin sekalian, TEMA 6 Sains, Teknologi dan Inovasi
Seterusnya, saya akan

menerangkan cara-cara
penggunaan alat ini agar dapat
digunakan oleh murid-murid dengan
mudahnya dan pantasnya. Mula-mula
luruskan tangan sambil tapak tangan
diletakkan rapat ke atas alat. Kemudian,
laraskan sensor pada bahu anda. Turunkan
tangan dengan membengkokkan siku sehingga
90 darjah. Ketika aktiviti ini dilakukan, sensor
akan menyala. Sekiranya, lampu tidak menyala,
laraskan aktiviti sensor dua. Naikkan badan
semula sambil tangan diluruskan seperti
kedudukan asal. Kemudian, tekan butang
dan mula lakukan tekan tubi.

Untuk makluman hadirin sekalian,
masa bagi aktiviti ini akan dijanakan
secara automatik. Tekan tubi ini akan
dijalankan selama satu minit, manakala
skor akan dikira sekiranya murid-murid
dapat melengkapkan semua prosedur
yang dinyatakan sebentar tadi. Namun
demikian, sekiranya murid tidak
berupaya meneruskan tekan tubi, skor
akan diambil setakat murid itu berhenti
sahaja. Ujian yang dilakukan akan tamat
secara automatik.

Semoga para guru dan murid
mendapat manfaat daripada ceramah
yang saya sampaikan sebentar tadi.

Sekian, terima kasih.

141

TEMA 6 Sains, Teknologi dan Inovasi Bina perenggan dengan menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk.

Bengkel Aplikasi LEGO 3.0

Anjuran: Kolej Putera

8:00 pagi: Pendaftaran Sofia berumur 13 tahun. Dia bersekola
9:00 pagi: Slot 1: Pengenalan komponen LEGO Bakti. Sofia sangat berminat dalam bida
penghasilan robotik di sebuah pusat sai
10:30 pagi: dan pemasangan robot mencipta robot. Sofia dan pasukan se
11:00 pagi: Rehat dan kudapan robotik. Mereka berusaha bersunggu
1:00 tengah hari: Slot 2: Pengaturcaraan robot LEGO mereka. Walaupun mendapat saingan y
2:00 petang: Rehat, merarau dan solat pertandingan tersebut.
3:30 petang: Persediaan bagi cabaran robot
5:00 petang: Pertandingan cabaran robot bermula
Penyampaian sijil dan cenderamata

Tarikh:
SESI 1: 20 Julai 20
SESI 2: 21 Julai 20

Masa:
8:00 pagi hingga 5:00 petang
Terbuka kepada semua murid menengah rendah
(Kelas Peralihan hingga Tingkatan Tiga)

Tempat:
Dewan Seminar Kolej Putera

Yuran Penyertaan:
RM30.00 (individu)
RM50.00 (berkumpulan)

Sebarang pertanyaan boleh hubungi
Encik Tarmizi bin Ahmad 012-12345678

142 3.3.3 Membina perenggan yang terdiri daripada ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul.

Dulu Sukar Kini Mudah TEMA 6 Sains, Teknologi dan Inovasi

Teliti bahan. Hasilkan satu karya kreatif dan persembahkan.

“Apakah yang kau menungkan tu, Amir?” soal “Sudah bertahun-tahun, ayah menjual
Pak Jamal sambil tersenyum. durian di kedai kita. Parang itulah yang
ayah gunakan. Tiada sebarang masalah pun
“Amir sedang berfikir tentang cara-cara sewaktu ayah menjual durian kita kepada
untuk membantu pembeli kita menikmati para pelanggan.”
durian dengan mudahnya. Alangkah baik
sekiranya Amir dapat mencipta sebuah alat “Betul kata ayah tu tapi ada baiknya jika
untuk membelah durian yang mudah dibawa ke kita mempunyai mesin pengupas durian.
mana-mana. Amir mahu menyediakan sebuah Bukan semua orang tahu mengupas buah
mesin pengupas yang ringan. Besinya tahan durian. Dengan adanya mesin itu nanti,
karat. Mesin itu boleh mengupas durian dengan tentu kerja kita menjadi mudah.”
mudahnya, bersihnya dan pantasnya.”
ah di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman “Jadi, apa rancangan Amir?”
eiaknnosgl.aDrhoinabyomatieabptkenmoe.llanDabPpkghaaiesagkbulmaaotniJjenaayelamgrapnisheyauprieltnameurlylktabeaaetnamiataignystweaue.amair.tuKtkaaSmeineinpmgjesiea,anakrtgdthsuaeeekinmrntebeadcgealniaainrlnrhbgglamakkagbgeaneietil,nar-gcakienpalaattaakr
uh-sunggumhahbaasgisiwma,eamdaastsikahaanjakeidmeaenbaanhgaarnu yang “Amir bercadang...”
yang sengitin, mginerdeikaonteglsaikhamn beenrjsaadmi aju-saarma adaylaamhnya.

“Kenapa ayah ketawa?” Soal Amir kehairanan.

Info Bestari
Mesin pengupas durian dicipta
bagi menggantikan alat seperti
parang yang dapat membantu
pengguna mengupas durian
dengan mudah dan pantas.

4.4.1 Mempersembahkan karya yang dihasilkan secara kreatif dan berkesan. 143

TEMA 6 Sains, Teknologi dan Inovasi Pakar Robotik

1. Berdasarkan bahan kenal pasti pola ayat.
2. Bina ayat yang betul dengan menggunakan pola ayat tersebut.

Sofia berumur 13 tahun. Dia bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman
Bakti. Sofia sangat berminat dalam bidang robotik. Dia telah menyertai satu bengkel
penghasilan robotik di sebuah pusat sains. Dia mempelajari pelbagai kemahiran bagi
mencipta robot. Sofia dan pasukan sekolahnya telah menyertai satu pertandingan
robotik. Mereka berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan kemenangan
mereka. Walaupun mendapat saingan yang sengit, mereka telah menjadi juara dalam
pertandingan tersebut.

Frasa Nama + Frasa Nama
(FN+FN)

Sofia + murid tingkatan 1
+

144 5.2.2 Memahami dan menggunakan pola ayat dengan betul mengikut konteks.

Frasa Nama + Frasa Kerja TEMA 6 Sains, Teknologi dan Inovasi
(FN+FK)
Frasa Nama + Frasa Sendi
Mereka + menyusun peralatan (FN+FSN)
+
Roda robot + daripada bahan terbuang
+

Frasa Nama + Frasa Adjektif 145
(FN+FA)

Sofia dan rakan-rakannya + bangga kerana memenangi pertandingan robotik
+

TEMA 6 Sains, Teknologi dan Inovasi Bacaan Luas

1. Baca dan fahami teks.
2. Senaraikan isi-isi penting.

TITABOS (nama yang direka daripada mengikut kad warna yang telah ditetapkan.
frasa Timetable Book Selector) atau alat Dengan menggunakan TITABOS, kanak-kanak
pemilih buku berasaskan jadual waktu yang berusia seawal umur tujuh tahun dapat
yang boleh digunakan oleh murid menyusun dan mengemas buku sendiri dalam
sekolah untuk membantu memilih buku tempoh kurang daripada 10 saat.
dengan merujuk jadual waktu. Produk
yang menggunakan kod berwarna TITABOS mempunyai banyak kelebihan. Antara
dan alat pengesan warna ini telah kelebihan TITABOS termasuklah mempercepat
dihasilkan oleh Aleesya Faiz Zuhainie proses pemilihan buku berdasarkan jadual waktu.
dari Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Seterusnya, alat ini dapat meringankan beban
Alam, Masai, Johor. pengguna terutama murid sekolah rendah. Selain
itu, TITABOS hanya menggunakan tenaga elektrik
Konsep kad berwarna dan diod yang sangat rendah, iaitu pada kadar lima voltan
pemancar cahaya (LED) digunakan sahaja. TITABOS juga tidak menggunakan ruang
dalam alat ini kerana alat ini mudah yang besar dan boleh dipasang pada rak buku
dibezakan dan dapat menarik minat yang sedia ada.
kanak-kanak untuk mengemas buku
sendiri. TITABOS ini berfungsi dengan Kesimpulannya, penggunaan TITABOS dapat
cara memasukkan kad berwarna pada menjadikan kanak-kanak lebih bertanggungjawab
slot penderia warna (colour sensor). dan mampu berdikari tanpa bantuan ibu bapa.
Kemudian, diod pemancar cahaya Dalam menghadapi alaf baharu ini, kreativiti dan
yang telah ditetapkan pada buku inovasi dalam kalangan murid amat diperlukan.
berdasarkan subjek akan menyala

(Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada majalah Dewan Kosmik September 2018)
146

Berdasarkan bahan, ceritakan riwayat hidup TEMA 6 Sains, Teknologi dan Inovasi
sebuah komputer riba.

Aku Sebuah Komputer Riba

Aku sebuah komputer riba Kilang

Menaiki sebuah lori Dipamerkan
di kedai-kedai terpilih

Dibeli oleh Digunakan dengan cermatnya
seorang pemuda

147

TEMA 6 Sains, Teknologi dan Inovasi Anda dan rakan telah berkunjung ke Karnival STEM.
Tuliskan pengalaman anda.

KARNIVAL STEM

Tarikh:
7-9 September 20

Masa:
10:30 pagi
Tempat:
Dewan Aman

Info Bestari

Pendidikan STEM merupakan
pengintegrasian Sains, Teknologi,
Kejuruteraan dan Matematik sebagai
kaedah Pengajaran dan Pembelajaran
yang lebih menarik dan menyeronokkan.
Pendidikan STEM menekankan konsep
berpandukan komunikasi, kerjasama,
kreativiti dan pemikiran kritikal.

148

TEMA

7

ALAM SEKITAR DAN
TEKNOLOGI HIJAU

149

Alam Sekitar dan UNIT
Teknologi Hijau 19

TEMA 7 Dengar rakaman audio dengan telitinya, kemudian nyatakan maklumat
yang terdapat dalam pengumuman tersebut dengan betulnya dan
tepatnya.

Sekolah Menengah Kebangsaan Perdana Jaya akan mengadakan
pertandingan bersempena dengan Minggu Alam Sekitar. Sebagai
ketua kelas, anda diminta menyampaikan maklumat tersebut
kepada rakan kelas.

Info Bestari Eksplorasi Minda
Terarium ialah tanaman yang diisi Layari laman sesawang yang
dalam balang kaca atau akuarium berkaitan untuk mendapatkan idea
yang menyerupai persekitaran alam bagi menghasilkan terarium.
yang sesuai untuk dekorasi.

150 1.2.1 Mendengar dan menyebut maklumat yang terdapat dalam arahan, pesanan serta
pengumuman ringkas dengan betul dan tepat.

151 TEMA 7 Alam Sekitar dan
Teknologi Hijau

Alam Sekitar dan Tanaman Dinding
Teknologi Hijau
1. Baca petikan dengan telitinya, kemudian catatkan
maklumat dengan menggunakan teknik CHATT.

2. Kongsikan maklumat dengan rakan.

TEMA 7 Tanaman dinding hijau merupakan satu
inovasi dalam sektor pertanian. Tanaman ini
juga berfungsi sebagai penyerap haba
dan menyejukkan persekitaran. Hal ini
demikian kerana tanaman dinding hijau
dapat meningkatkan tahap oksigen dan
mengurangkan karbon dioksida.

Kaedah ini boleh digunakan sama ada di
dalam atau di luar bangunan. Tanaman akan
ditanam dalam bekas seperti palung air
hujan, pasu plastik, botol plastik, kain guni
dan kotak kayu. Pada dasarnya, penanaman
cara ini menggunakan konsep tanaman
hidroponik. Tanaman dibiak menggunakan
bahan selain tanah seperti air, sabut kelapa,
lecca balls, perlite dan arang.

Keseluruhannya, kaedah ini merupakan
inisiatif terbaik untuk meningkatkan kualiti
udara yang lebih segar dan bersih.

(Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada
www.kosmo.com.my/inovasi-pertanian - Mac 2018)

Info Bestari
Dinding hijau ialah dinding bangunan
yang dilitupi dengan tumbuh-tumbuhan
hijau daripada kumpulan pokok renek,
pokok menjalar dan pokok hiasan yang
bertujuan untuk mengurangkan suhu
panas dalam bangunan.

152 2.3.2 Membaca dan meringkaskan maklumat daripada pelbagai teks dengan betul
dan tepat.

Berdasarkan maklumat, tulis sebuah karangan tentang Alam Sekitar dan
langkah-langkah menjaga alam sekitar. Teknologi Hijau

TEMA 7

Keluarga dan masyarakat
• mengasingkan bahan buangan mengikut jenis
• mengadakan program gotong-royong dalam kalangan masyarakat setempat

Langkah-langkah Menjaga Alam Sekitar

Sekolah Kerajaan
• menubuhkan Kelab Pencinta Alam • menguatkuasakan undang-undang
• menjalankan program kitar semula • melancarkan kempen alam sekitar

3.5.2 Membina perenggan pendahuluan, perenggan isi dan perenggan kesimpulan bagi 153
penulisan karangan dengan betul dan kreatif.

Alam Sekitar dan IMBAS SAYA
Teknologi Hijau
1. Berdasarkan sajak, lengkapkan bandingan semacam dengan
huruf yang bercetak tebal.

2. Bina ayat menggunakan bandingan semacam tersebut.

TEMA 7 Indahnya Teratak Ilmuku

Sinar pagi yang cerah
membangkitkan semangatku
menuju ke pintu ilmu
diiringi tiupan angin segar
dan kicauan burung yang merdu.

Aneka flora di pinggir pagar
mekar berkembang harum mewangi
menguntum senyuman padaku
mengucapkan selamat pagi
sambil melambai-lambai padaku.

Deruan air di kolam kecil
mendamaikan hatiku
ikan-ikan berenang tenang
dalam air yang jernih
seperti mendoakan kejayaanku.

Hamparan hijau menghias taman
menyejukkan mata menenangkan jiwa
terus melindungi teratak ilmuku
daripada pancaran merah mentari
yang melepaskan bahang peritnya.

Gagah berdiri teratak ilmuku
teruslah menghijau dan berseri
memberi ilmu dan bakti
untuk generasi kini.

Nukilan,
Salasiah Sabran
Kuala Lipis.

154 4.2.1 Memahami dan menggunakan bandingan semacam dalam komunikasi
dan penulisan dengan betul mengikut konteks.

Bermula dari Rumah Alam Sekitar dan
Teknologi Hijau
1. Berdasarkan maklumat, bina ayat lengkap tentang aktiviti
kitar semula yang anda lakukan di rumah. TEMA 7

2. Bentangkan hasil tugasan anda menggunakan teknik Stay and Stray.

Bahan Kitar Semula

Hasil atau Produk Baharu

Contoh

Subjek Predikat
Botol plastik boleh dikitar semula.

5.2.1 Memahami dan menggunakan subjek dan predikat dalam pembentukan ayat 155
dengan betul mengikut konteks.

Bina perkataan yang berawalkan dan berakhirkan huruf yang
diberi. Gunakan petunjuk sebagai panduan mencari jawapan.

Alam Sekitar dan Lingkaran Kekata
Teknologi Hijau
3
TEMA 7 4 2

a1
5 a8

6

Awalan “a” 7
1. Bahan bakar.
2. Jika kita melihat pencemaran, Akhiran “a”
5. Kata lain bagi tumbuhan.
kita hendaklah membuat ______ 6. Kata lain bagi haiwan.
kepada pihak berkuasa. 7. Tidak boleh dilihat tapi
3. ______ kertas, kaca dan plastik
ke dalam tong kitar semula. boleh dirasa.
4. Sikap_____ berat terhadap alam 8. ______ orkid terdapat di hutan.
sekitar perlulah ada dalam diri
setiap rakyat Malaysia.

156

UNIT Pemeliharaan dan Alam Sekitar dan
20 Pemuliharaan Alam Teknologi Hijau

Berdasarkan bahan, berikan pendapat anda tentang kepentingan
bidang pekerjaan tersebut terhadap alam sekitar dengan menggunakan
teknik Fikir-Pasang-Kongsi.

TEMA 7

Arkitek Landskap

Pegawai Perhutanan Saintis Alam Sekitar

1.5.1 Menyatakan pendapat tentang sesuatu perkara secara bertatasusila. 157

Alam Sekitar dan Baca maklumat dengan telitinya, kemudian hasilkan poster
Teknologi Hijau untuk menggalakkan rakan anda menyertainya.

Pengenalan Jawatankuasa Aktiviti Daftar

TEMA 7

Sertai Rakan Pencinta Alam Daftar Keahlian:
KLIK SINI

Kumpulan sasaran penyertaan keahlian Rakan Pencinta Alam terbuka
kepada semua warganegara Malaysia tanpa mengira peringkat umur.

158 2.4.1 Membaca dan memahami bahan bukan sastera bagi mendapatkan maklumat
dan menggalakkan pemikiran kreatif.

Hubungi Alam Sekitar dan
Teknologi Hijau

Tujuan penubuhan Rakan Pencinta Alam: TEMA 7
1. Memberikan kesedaran tentang kepentingan alam

sekitar kepada masyarakat.
2. Menyediakan saluran yang tepat bagi masyarakat

membuat aduan.

Program yang dijalankan:
• Minggu Alam Sekitar Malaysia yang diadakan enam

bulan sekali.
• Debat Alam Sekitar untuk golongan mahasiswa.
• Modul Sekolah Lestari untuk murid di sekolah

menengah dan sekolah rendah.
• Modul Prasekolah Lestari untuk kanak-kanak

berumur empat hingga enam tahun.
• Wira Alam menyediakan aktiviti pemeliharaan dan

pemuliharaan alam sekitar.
• Anugerah Langkawi dianjurkan untuk memberikan

pengiktirafan kepada individu dan organisasi
yang telah mencapai kecemerlangan dalam
menyumbangkan kepakaran, buah fikiran, tenaga
dan masa dalam bidang alam sekitar.

Yuran keahlian: RM30.00 setahun

(Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada Blog Rakan Alam Sekitar)

159

Alam Sekitar dan Kempen Lestari
Teknologi Hijau
Bacakan petikan berita kepada rakan anda, kemudian minta rakan
anda mengimlak perenggan yang dibacakan dengan tepat.

TEMA 7

RAUB, 3 Oktober – Merawat lebih baik daripada mengubati. Ungkapan ini sesuai dengan
usaha berterusan Mesra Alam Mega Berhad yang komited memelihara dan memulihara
alam sekitar.

Menerusi usaha itu, program Kempen Lestari terus menjadi program tahunan
bagi mewujudkan kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar khususnya dalam
kalangan remaja.

Ketua Pegawai Eksekutif Mesra Alam Mega Berhad, Datuk Baharuddin bin Hassan
berkata bahawa program yang berinspirasikan tema Masa Hadapan Dunia di Tangan
Anda sangat bertepatan dan sekali gus menjadi kesinambungan program Mesra Alam
yang berpaksi kepada kesedaran dan penghargaan terhadap alam sekitar.

Oleh sebab itu, seramai 40 orang anak kakitangan Mesra Alam Mega Berhad
telah dibawa menyertai program selama tiga hari. Program ini bertujuan memupuk
semangat cinta akan alam sekitar dan membina jati diri.

160 3.2.2 Mengimlak perenggan yang dibacakan dengan tepat.

Berdasarkan bahan, hasilkan sebuah cerita pendek. Alam Sekitar dan
Teknologi Hijau
pembinaan pembuangan sungai
pembangunan kilang-kilang sisa bahan tercemar TEMA 7
buangan
sungai bersih ikan mati
pembersihan nelayan
hidupan air sungai tiada punca
terselamat pendapatan
nelayan
gembira alam sekitar
terpelihara

4.3.2 Menghasilkan penulisan prosa dengan betul dan kreatif. 161

Alam Sekitar dan 1. Baca e-mel, kemudian kenal pasti kesalahan perkataan
Teknologi Hijau dalam ayat dengan tepatnya.

TEMA 7 2. Betulkan kesalahan perkataan tersebut dan tulis semula
ayat yang betul.

Selamat sejahtera, sahabatku Lee. Apa khabar? Semoga kamu sihat disamping keluarga
tersayang.

Tujuan saya mengutus e-mel kepada kamu adalah untuk menceritakan pengalaman
saya bercuti ke Kuala Gula, Perak pada minggu lalu. Kuala Gula adalah tempat persinggahan
burung-burung daripada seluruh dunia. Burung-burung ini menjadikan Kuala Gula sebagai
tempat persinggahan kerana perubahan angin monsun pada bulan April hingga bulan Ogos
pada setiap tahun. Burung-burung ini akan bersarang, bertelur, dan beranak di kawasan ini
sebelum kembali ke tempat asal mereka.

Sahabatku,
Semasa sampai di Kuala Gula, saya melihat banyak pokok-pokok bakau di kawasan

berpaya. Terdapat anak-anak ikan, cacing dan siput yang merupakan sumber makanan
burung-burung. Pada waktu petang, saya berjalan-jalan di tepi pantai sambil memerhati
berbagai spesies burung. Spesies burung yang saya ketahui hanyalah burung botak
kecil dan burung kedidi kaki hijau. Terdapat juga chalet-chalet untuk para-para
pelancong yang ingin bermalam di situ. Semasa saya di sana, terdapat juga pelancong
dari Australia, jepun dan eropah yang turut bercuti. Mereka membawa kamera
untuk mengambil gambar burung-burung dan pemandangan indah di Kuala Gula.

Sahabatku,
Jika ada kelapangan di masa akan datang bolehlah kami mengunjungi Kuala Gula bersama.

Baiklah, setakat ini dahulu coretan saya. Semoga kita dapat berhubung lagi.

5.3.1 Menganalisis dan membetulkan pelbagai kesalahan perkataan dalam ayat dengan tepat.

162

Imlak perenggan yang didengar dengan betul. Alam Sekitar dan
Teknologi Hijau
Soon Han tinggal di Kampung Sejahtera. Rumahnya berdekatan dengan sungai. Pada
setiap pagi, Soon Han akan bangun awal untuk berjoging dari rumahnya ke hulu TEMA 7
sungai. Dia akan melalui jalan kecil yang sejuk dan berkabus. Udara di sepanjang jalan
itu sungguh segar. Sesekali, terdengar kicauan burung yang memecah kesunyian.

Setibanya di sungai, Soon Han duduk di atas batu besar di pinggir sungai.
Dia merendamkan kakinya ke dalam air sungai. Air sungai di situ sangat jernih
sehingga kelihatan ikan-ikan berenang. Tiada sampah sarap dan pencemaran berlaku
di sungai ini kerana penduduk kampung sering mengadakan gotong-royong.

163

Alam Sekitar dan 1. Susun huruf bagi membentuk perkataan sama erti
Teknologi Hijau dengan perkataan yang diberi.

2. Bina ayat tunggal menggunakan perkataan tersebut.

SEJUK NIGDIN
LANSIU
TEMA 7 KICAUAN

SEGAR M A N YA N
TERAMNET
DAMAI

PERLINDUNGAN A R I T U S A N

REAREKSI RIADAH

JENIS SIESSPE
DNAIH
CANTIK

TEROPONG NOBILARKU

H ATA M A R I MENTARI

164

UNIT Harga Sebuah Alam Alam Sekitar dan
21 Teknologi Hijau

Lakonkan situasi di bawah dengan menggunakan ayat yang
tepat secara bertatasusila.

Manfaat Sisa Makanan

Anda ingin menghasilkan baja Bahan-bahannya: TEMA 7
kompos daripada sisa makanan
di rumah. Hubungi Siva untuk 1. Bekas kedap udara
2. Larutan masin
mendapatkan bantuan bagi
menghasilkan baja tersebut. air, kulit buah-buahan atau sayur-sayuran
dan garam

3. Larutan manis
air, tauhu, tempe, cendawan, yogurt dan gula

4. Daun-daun kering

Siva, bolehkah kamu 5. Sisa makanan
bantu saya membuat nasi, sayur-sayuran, buah-buahan,
daging, ikan dan ayam
baja kompos?
Apakah bahan-bahan Boleh. Saya akan
menerangkan cara-cara
yang diperlukan? membuat baja kompos.

Eksplorasi Minda 165
Jalankan projek membuat
baja kompos daripada sisa
makanan di rumah anda.

1.6.1 Menyatakan permintaan untuk mendapatkan barangan atau perkhidmatan
dengan menggunakan ayat yang tepat secara bertatasusila.

Selamatkan Lautan Mutiaraku

Alam Sekitar dan Baca bahan, kemudian pindahkan maklumat yang anda
Teknologi Hijau peroleh dalam bentuk peta pemikiran yang sesuai.

Raja Mutiara Keadaan dalam laut yang tercemar
akibat tumpahan minyak dan sisa
Oleh: Iwana Amanda buangan menyebabkan banyak

hidupan laut yang mati

TEMA 7

Mana anakku…? Adakah kamu
Tolong… carikan tahu di mana anakku?

anakku.

Ini semua berpunca daripada Mari kawan-kawan, Dalam keadaan laut yang
perbuatan manusia. Tergamak kita bantu ikan paus gelap dan tercemar ini
mereka membuang sisa minyak mencari anaknya.
tentu kau sukar mencarinya.
ke dalam laut kita. Biar aku Sabar ikan paus. Jangan risau kami akan
serang kapal mereka itu! Tumpahan minyak membantu!
semakin banyak.
Mari kita cari anak

kau dahulu.

Tiba-tiba muncul sinaran putih
dan bercahaya di dalam laut.

166 2.4.2 Membaca dan memahami pelbagai bahan sastera bagi mendapatkan
maklumat dan menggalakkan pemikiran kreatif.

Semua hidupan laut terkejut Siapakah itu?
apabila melihat cahaya itu. Manusia durjana
Buih-buih seperti mutiara di atas kapal itukah?

muncul dengan banyak
dan berkilau-kilau.

Beta ialah Raja Mutiara. Alam Sekitar dan
Beta yang menjaga keselamatan Teknologi Hijau
laut ini. Hari ini beta lihat banyak
kemusnahan telah berlaku. Beta
akan melindungi kamu semua.

Wahai tenteraku TEMA 7
yang mempunyai
kesaktian, muncullah Tuanku Raja Mutiara,
di lautan ini! Hapuskan terima kasih atas kehadiran
semua kerosakan yang tuanku. Kami telah kehilangan
berlaku. Kembalikanlah
banyak nyawa. Bantulah
keindahan dan kami, tuanku…
keselamatan laut ini.

Muncul tentera
Raja Mutiara

dalam pelbagai
bentuk dan rupa.
Masing-masing

mempunyai
kesaktian yang

luar biasa.

Kita sudah
mendapat kembali
keindahan dan keamanan
lautan ini. Beta akan
memastikan manusia
durjana yang membuat

kerosakan tidak
akan mengulangi
perbuatan ini lagi.

Dengan kuasa kesaktian mereka,
permukaan laut kembali terang,

cerah dan biru berkilau.
Pemandangan di dasar laut menjadi

indah seperti sebuah istana.

167

Alam Sekitar dan Baja Organik dan Baja Kimia
Teknologi Hijau
Berdasarkan petikan, imlak perenggan yang dibacakan
dengan tepatnya.

TEMA 7

BAJA ORGANIK BAJA SEBATIAN

Baja ialah sebatian kimia yang diberikan kepada tumbuh-tumbuhan untuk
menggalakkan pertumbuhan pokok. Baja digunakan ke atas tanah, tetapi boleh juga
diletakkan terus pada akar pokok atau disembur pada daun tumbuhan.

Baja organik dihasilkan daripada bahan organik yang telah mengalami proses
pereputan sepenuhnya. Bahan organik semula jadi ini boleh didapati daripada
sumber tumbuhan atau najis haiwan. Bahan organik yang telah mengalami proses
penguraian dikitar semula sebagai kompos. Peranan utama baja organik adalah untuk
membaiki struktur tanah, meningkatkan pegangan air dan nutrien serta membantu
menyuburkan tanah.

Baja kimia ialah baja buatan yang mengandungi bahan-bahan kimia atau bahan galian.
Setiap baja ini mengandungi peratusan tertentu daripada satu atau lebih unsur nutrien
utama seperti nitrogen, fosforus dan kalium.

Kesimpulannya, baja penting untuk membekalkan nutrien bagi memenuhi
keperluan tumbesaran pokok.

(Sumber: Bahagian Pengurusan Sumber Tanah, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani)

168 3.2.2 Mengimlak perenggan yang dibacakan dengan tepat.

Berpandukan bahan dan rangkai kata, hasilkan sebuah sajak. Alam Sekitar dan
negara sejahtera Teknologi Hijau
alam terpelihara

TEMA 7

selamatkan bumi
sayangi khazanah alam

keluarga bahagia
keselamatan terpelihara

amalkan nilai murni
alam sekitar harmoni

4.3.1 Menghasilkan penulisan pantun dan sajak dengan betul dan kreatif. 169

Alam Sekitar dan Catatan diari ini mengandungi kesalahan ayat. Kenal pasti
Teknologi Hijau dan betulkan kesalahan tersebut.

TEMA 7 Sabtu/14 Mei/8:30 malam.

- Esok hari aku akan mengikuti ekspedisi mendaki Gunung Senyum di Temerloh,
Pahang. Rakan-rakan mengajak aku menyertai mereka. Ekspedisi ini merupakan
program yang Kelab Pencinta Alam anjurkan.

- Aku berdebar-debar kerana ini adalah pertama kali aku menyertai aktiviti mendaki.

- Menurut rakanku, Encik Mohan akan menjadi jurupandu pendakian kami?

- Aku tertanya-tanya, apa barangankah yang harus dibawa esok. Aku hanya
diingatkan supaya membawa barang yang perlu sahaja. Contohnya air mineral,
sedikit makanan dan sarung tangan. Lain-lain barang tidak pula diberitahu.

- Esok kami akan membersihkan kawasan yang kami lalui kalau-kalau terdapat
sampah sarap seperti plastik beg, botol minuman, kertas dan tin yang dibuang
di hutan itu.

- Kami dimaklumkan akan melalui pendakian kurang lebih satu jam. Aku agak
bimbang membayangkan jalan-jalan berliku yang akan kutempuhi esok.
Namun,aku berharap ekspedisi ini akan berjaya.

- Selain daripada itu, aku berdoa agar semua ahli ekspedisi ini berjaya mendaki
dengan selamat.

170 5.3.2 Menganalisis dan membetulkan pelbagai kesalahan ayat dengan tepat.

Berdasarkan petunjuk yang diberikan, lengkapkan
permainan menangga kata.

Alam Sekitar dan
Teknologi Hijau

TEMA 7

Petunjuk:

1. Punca pembakaran. p

2. Hasil daripada bahan yang dibakar. s p

3. Sesuatu yang bertiup. ng

4. Kata lawan kepada asid. ak i

5. Hidupan air. k tk

6. Lautan kedua terbesar di dunia. a ni

7. Lapisan yang melindungi bumi t sf a
daripada pancaran matahari.

171

1. Bina perkataan baharu menggunakan huruf-huruf
pada perkataan yang diberikan.

2. Cari makna perkataan tersebut dengan merujuk kamus.

Alam Sekitar dan
Teknologi Hijau

TEMA 7 Tumbuhan Lestari Pelihara Bersih
Hutan

Sejahtera Kumpul mata terbanyak anda.
Kira mata bagi perkataan yang anda
bina berpandukan skala di bawah:

2 hingga 4 huruf = 3 mata
5 hingga 7 huruf = 5 mata
8 hingga 9 huruf = 7 mata

172

TEMA

8

EKONOMI,
KEUSAHAWANAN DAN
PENGURUSAN KEWANGAN

˜ Apakah yang anda faham tentang ekonomi?
˜ Nyatakan peranan Kelab Keusahawanan

Sekolah anda.
˜ Bagaimanakah anda merancang kewangan?

173

Ekonomi, Keusahawanan dan UNIT
22
EPkeongnuorumsi,anKKeeuwsaanghaanwanan dan
Pengurusan Kewangan Berdasarkan bahan, bersoal jawab dengan rakan anda tentang
manfaat mempunyai hobi yang menjanakan pendapatan.

TEMA 8
TEMA 8

174 1.3.2 Bersoal jawab tentang sesuatu perkara menggunakan perkataan, ungkapan dan
sebutan yang betul serta intonasi yang sesuai secara bertatasusila.

Pada mulanya, saya mengusahakan penternakan ikan patin ini secara Ekonomi, Keusahawanan dan
kecil-kecilan sahaja. Namun begitu, setelah menerima permintaan yang tinggi Pengurusan Kewangan
dari semasa ke semasa, saya mendapati perusahaan ini berpotensi untuk
dimajukan. Berpegang pada prinsip, alang-alang menyeluk pekasam, biar TEMA 8
sampai ke pangkal lengan, saya telah bertekad untuk mengembangkan lagi
perusahaan ini. Saya memasarkan ikan patin kepada peraih, pengusaha restoran
dan orang perseorangan. Pada pendapat saya, untuk mencapai sesuatu kejayaan,
kita haruslah rajin, gigih dan tidak berputus asa dalam mengusahakan sesuatu
pekerjaan, bak kata pepatah usaha tangga kejayaan.

Menu Ikan Patin

Patin masak tempoyak Patin goreng berlada

Patin masak asam pedas Patin masak pais

Info Bestari

Ungkapan ialah susunan kata yang
mempunyai maksud tertentu, yang
digunakan dalam tulisan dan pertuturan.
Ungkapan boleh ditemukan dalam bentuk
bidalan, pepatah, kata pujangga, perbilangan,
gurindam, seloka, tamsil, peribahasa,
simpulan bahasa, ibarat dan perumpamaan.

175

Ekonomi, Keusahawanan dan 1. Berdasarkan bahan, nyatakan maklumat yang anda peroleh.
Pengurusan Kewangan 2. Sekiranya anda seorang usahawan muda, promosikan produk

TEMA 8 anda secara kreatif dan menarik.

● Kelab ini ditubuhkan untuk memupuk minat murid dalam
bidang perniagaan.

● Membimbing murid melakukan urusan jual beli ikan laga secara
dalam talian, iaitu Facebook.

● Mendidik murid menguruskan buku rekod belian dan jualan ikan laga.
● Memupuk sikap jujur dan amanah dalam kalangan murid.
● Melahirkan murid yang berani dan bertanggungjawab semasa

memulakan perniagaaan.

176 2.4.1 Membaca dan memahami pelbagai bahan bukan sastera bagi mendapatkan
maklumat dan menggalakkan pemikiran kreatif.

Produk Durian Belanda Ekonomi, Keusahawanan dan
Pengurusan Kewangan
Bina perenggan dengan menggunakan ayat tunggal dan ayat
majmuk yang terdapat dalam bahan.

Jus Durian Belanda TEMA 8

Ayat tunggal 177
• Saya suka minum jus durian belanda.
• Jus durian belanda mengandungi vitamin C.
Ayat majmuk
• Saya suka minum jus durian belanda kerana

mengandungi vitamin C.

Kapsul Daun Durian Belanda

Ayat tunggal
• Kapsul daun durian belanda boleh mencegah selesema.
• Kapsul daun durian belanda boleh menurunkan asid urik

di dalam badan.
Ayat majmuk
• Kapsul daun durian belanda boleh mencegah selesema dan

menurunkan asid urik di dalam badan.

Teh Herba Durian Belanda

Ayat tunggal
• Teh herba durian belanda membuang angin

di dalam badan.
• Teh herba durian belanda merawat sembelit.
Ayat majmuk
• Teh herba durian belanda membuang angin di dalam

badan dan merawat sembelit.

3.3.3 Membina perenggan yang terdiri daripada ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul.

Ekonomi, Keusahawanan dan Persembahkan cerpen secara kreatif dan berkesan.
Pengurusan Kewangan
Setelah tamat kursus jahitan, aku mula menjahit bajuku sendiri dan baju ibu.
TEMA 8 Aku juga menerima tempahan baju daripada ahli keluargaku.

“Terima kasih, ibu kerana memberikan dorongan kepada Rita.”
“Ibu hanya memberikan semangat dan nasihat sahaja. Selebihnya usaha Rita
sendiri. Ibu kenal anak ibu. Anak ibu memang kuat semangat dan tidak mudah putus
asa,” jawab ibu dengan tenang.
Setelah enam bulan aku memantapkan kemahiran jahitanku, aku memberanikan
diri menerima tempahan baju daripada orang kampung. Aku meletakkan iklan
tempahan baju kurung, baju Melayu, seluar dan kemeja di sekitar pekan dan media
sosial. Tidak sampai seminggu selepas itu, aku mula mendapat panggilan
telefon daripada pelanggan.
“Hello, ini Cik Ritakah? Saya Joane dari Taman Cahaya.
Saya ingin menempah lima helai baju kemeja dan sepasang
baju kurung. Bolehkah saya menempah baju ini dengan
Cik Rita?”
“Oh, terima kasih Cik Joane kerana ingin
menghantar tempahan baju dengan saya!
Cik Joane boleh datang ke rumah saya mengikut
alamat yang tertera dalam iklan.”
“Ibu, ada pelanggan menelefon ingin
menghantar tempahan baju. Rita akan mula
mengambil tempahan daripada orang luar
selain ahli keluarga kita, ibu.”
“Baguslah, nampaknya iklan Rita
berjaya menarik pelanggan. Semoga Rita
akan lebih yakin mengambil tempahan
selepas ini,” kata ibu penuh semangat.
Kini, aku tahu bahawa untuk berjaya
aku haruslah mempunyai kegigihan
dan kesungguhan. Ibu juga sering
mengingatkan aku supaya tidak mudah
putus asa. Walaupun sebelum ini aku tidak
mempunyai kemahiran menjahit tetapi
dengan berkat usaha gigihku belajar menjahit,
aku mampu menjanakan pendapatan sendiri.

178


Click to View FlipBook Version