Najihah Annur binti Mustaffa PISMP JUN 2021/2026 BM6 BUKU LOG PENGAKAP
Nama: NAJIHAH ANNUR BINTI MUSTAFFA Kumpulan: KLM03 IPGM: IPGM KAMPUS KOTA BHARU Kelas: BAHASA MELAYU 6 Angka Giliran:2021082340416 No. Kad Pengenalan:030418-10-0162 Tarikh Lahir:18 APRIL 2003 Kursus: MPU3413a
MAKLUMAT PENGENALAN UNIT PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA Persekutuan Pengakap Malaysia, ringkasnya PPM ialah suatu pertubuhan beruniform sukarela untuk para belia dan beliawanis. Ianya sebahagian daripada pertubuhan kepengakapan global iaitu Persekutuan Pengakap Sedunia ataupun World Organization of the Scout Movement. Persekutuan Pengakap Malaysia bergerak di bawah Akta Persekutuan Pengakap Malaysia 1968. Sehingga kini, hanya PPM satusatunya pertubuhan seumpamanya yang dikuatkuasakan melalui akta Parlimen.
Lambang Pengakap Sedunia
Makna Lambang Pengakap Sedunia Pecahan tiga kelopak-melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak kanan-melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu. Ikatan putih-menunjukkan ikatan persaudaraan Pengakap. Lingkaran tali berwarna putihmelambangkan persaudaraan Pengakap Sedunia. Warna ungu-warna Biro Pengakap Sedunia. Warna putih-kesucian dan kebersihan.
Lambang Pengakap Malaysia
Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan Pengakap iaitu: - Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara, Menolong orang setiap masa, Menurut undang-undang Pengakap. Bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undangundang Pengakap yang sepuluh. Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan "Persaudaraan Pengakap" Bintang pecah 14 melambangkan "Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia" Bulan Sabit menandakan "Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam". Lingkaran Tali melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia". Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit pengakap. - Kuning - "Pengakap Kanak-Kanak" , - Hijau - "Pengakap Muda" , - Merah - "Pengakap Remaja" Makna Lambang Pengakap Malaysia
Bendera Pengakap Sedunia
Bendera Pengakap Malaysia Bendera Pengakap Bendera Persekutuan Pengakap Malaysia telah mula diperkenalkan sejak pendaftarannya dengan Biro Antarabangsa Pengakap dan dengan sedikit perubahan ia digunakan sehinggalah sekarang. Rupa bentuk pembuatannya adalah hasil gabungan Bendera Malaysia dan lambang Persekutuan. Keseluruhan bendera tidak termasuk Bendera Malaysia dan Lambang Persekutuan adalah berwarna hijau gelap. Bendera Persekutuan berukuran 183 cm panjang dan 91.5 cm lebar. Bendera-bendera ini dikibarkan di semua Ibu Pejabat, Pusat/Institut Latihan dan Pasukan-Pasukan Persekutuan. Bendera ini dikibarkan setiap hari mulai jam 08.00 sehinggalah 18.30 mengikut tatacara dan penghormatan tertentu.
Cogan Kata Pengakap Malaysia Pengakap Kanak-Kanak: Buat Habis Baik Cogan kata pengakap sentiasa dilafazkan, dihormati dan cogan katanya berbeza mengikut unit- unit. Cogan kata itu adalah seperti berikut: Pengakap Muda: Selalu Sedia Pengakap Remaja: Pandangan Luas Pengakap Kelana: Berkhidmat Selalu
Ikrar Pengakap Malaysia Ikrar Pengakap turut dikenali sebagai Persetiaan Pengakap. Persetiaan Pengakap Bahawa Dengan Sesungguhnya Saya Berjanji Dan Bersetia Yang Saya Dengan Seberapa Daya Upaya Saya Akan Taat Kepada Tuhan, Raja dan Negara Menolong Orang Setiap Masa Menurut Undang-Undang Pengakap
Cara Melafazkan Ikrar Pengakap Malaysia Ahli-ahli yang memperbaharui persetiaan pengakap atau melafaz persetiaan ketika dilantik menjadi ahli baharu perlu berdiri tegak. Tekan jari kelingking menggunakan ibu jari kanan; 1. Kemudian angkat tangan kanan rapat ke badan; dan 2. Tapak tangan menghadap ke hadapan dengan 3 jari lurus ke atas. 3. Sekiranya memegang tongkat ketika Persetiaan Dalam kedudukan kalih tongkat Penggunaan bahasa isyarat dibenarkan bagi Orang ke tangan kiri. Tapak tongkat masih berada di sebelah kaki kanan. Nota Kaki: 3 Jari merujuk kepada taat kepada tuhan, raja, menolong orang setiap masa dan menurut undangundang pengakap Ibu jari menekan jari kelingking: semua ahli Pengakap bersatu dalam ikatan persahabatan dan sebagai ingatan yang kuat mesti sentiasa menolong yang lemah.
Lagu Pengakap Malaysia Kami Pengakap Malaysia Harapan nusa dan bangsa Berikrar setia Pada pertiwi tercinta Melatih generasi muda Menjadi insan yang berguna Persetiaan pengakap Teras dipegang bersama Menolong orang setia masa Menabur bakti di mana sahaja Demi Tuhan, Raja dan negara Berbudi, bersaudara Taat, menurut perintah Kami bangga junjung cita-cita Pengakap Malaysia Kami bangga junjung cita-cita Pengakap, Pengakap Malaysia
PERLEMBAGAAN/UNDANGUNDANG
PERLEMBAGAANPENGAKAP Perlembagaan Pengakap Perlembagaan merupakan satu dokumen atau himpunan dokumen undang-undang tertinggi bagi sesebuah negara, negeri, organisasi atau pertubuhan. Perlembagaan diwujudkan adalah untuk menyelaraskan sistem pengurusan dan pentadbiran dalam sesebuah organisasi atau pertubuhan. Selain itu, perlembagaan juga berperanan sebagai garis panduan untuk membentuk undang-undang, sama ada di pihak pemimpin mahupun di pihak ahli. Perlembagaan juga bermatlamat untuk memberikan jaminan dan perlindungan, khususnya kepada ahli. Oleh itu, perlembagaan pengakap merupakan satu dokumen yang mengandungi semua undang-undang dan peraturan asas bagi sesebuah organisasi seperti Persekutuan Pengakap Malaysia. Dengan kata lain, perlembagaan ialah undang-undang. Perlembagaan Pengakap Pada amnya, perlembagaan persatuan atau pertubuhan mempunyai beberapa perkara seperti yang berikut: a. Nama dan alamat persatuan atau pertubuhan; b. Matlamat; c. Keahlian; d. Ahli Jawatankuasa (bilangan, senarai tugas dan seumpamanya); e. Kewangan persatuan atau pertubuhan; Pembatalan dan pembubaran persatuan atau pertubuhan; g. Pindaan perlembagaan persatuan atau pertubuhan; h. Mesyuarat persatuan atau pertubuhan; dan i. Perkara-perkara lain yang boleh dimasukkan mengikut kesesuaian.
PERLEMBAGAANPENGAKAP Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia perlu dibaca berlandaskan; dan bersama: Akta 784. Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968 (Semakan 2016). 1. Prosedur, Organisasi dan Peraturan, Persekutuan Pengakap Malaysia. 2. Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia adalah berasaskan: Kelulusan dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Pengakap Negara pada 27 Mac 2010; dan 1. Disahkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan pada 28 Mac 2010. 2. Susunan Seksyen Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia. Susunan SeksyenSeksyen di dalam Perlembagaan Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia dan Pertubuhan Negara adalah seperti berikut: 1. Perlembagaan. 2.Menjadi Ahli Persekutuan. 3.Dasar Agama. 4.Perbalahan Politik dan Perindustrian. 5.Dasar Kewangan. 6.Hubungan Luar dan Antarabangsa. 7.Peraturan-Peraturan Am.
PERLEMBAGAANPENGAKAP Persekutuan Pengakap Malaysia (Scouts Association of Malaysia) adalah merupakan satu badan berpakaian seragam yang telah ditubuh dan dikawal selia secara langsung oleh: Akta 784. Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968 (Semakan 2016). 1. Matlamat Perbadanan. Matlamat Perbadanan Persekutuan telah dinyatakan di dalam seksyen 4; Akta 784. Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968 (semakan 2016): 4. Matlamat Perbadanan adalah: (a) untuk mengadakan satu organisasi yang terbuka untuk semua Pengakap di Malaysia bagi membolehkan mereka melaksanakan tujuan dan maksud Perbadanan yang dinyatakan di dalam seksyen 5; (b) untuk melakukan semua benda lain yang disifatkan oleh Perbadanan atau Majlisnya sebagai bersampingan dan berfaedah bagi mencapai matlamat sedemikian.
PERLEMBAGAANPENGAKAP Tujuan dan Maksud-Maksud Perbadanan. Tujuan dan Maksud-Maksud Perbadanan Persekutuan telah dinyatakan di dalam seksyen 5; Akta 784. Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968 (semakan 2016): 5. (1) Tujuan Perbadanan adalah untuk membangunkan warganegara yang baik dalam kalangan kanak-kanak lelaki dengan membentuk perwatakan mereka dan untuk mencapai maksud ini dengan : melatih mereka mengenai tabiat kepatuhan dan berdikari; menanam sifat kesetiaan dan timbang rasa terhadap orang lain; mengajar mereka perkhidmatan yang berguna untuk orang awam dan pertukangan tangan yang berguna untuk mereka sendiri; dan menggalakkan perkembangan jasmani, mental dan kerohanian mereka. (2) Prinsip dan amalan Perbadanan hendaklah berdasarkan kepada Ikrar Pengakap dan Undang-Undang Pegakap dan apa-apa prinsip dan amalan lain sebagaimana yang diperuntukkan dalam KaedahKaedah Perbadanan
Taat 1100 UUNNDDAANNGG--UUNNDDAANNGG PPEENNGGAAKKAAPP Menurut Perintah Bersaudara Dipercayai Berbudi Tabah hati Berguna Kasihkan Binatang Berjimat Suci fikiran, perkataan dan perbuatan
1100 UUNNDDAANNGG--UUNNDDAANNGG PPEENNGGAAKKAAPP Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya (Dipercayai) 1. Pengakap adalah seorang yang taat kepada yang Dipertuan Agong serta RajaRaja dan kepada pemimpin-pemimpin pengakap, ibubapa, majikannya dan orang-orang bawahannya (Taat) 2. Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa (Berguna) 3. Pengakap adalah bersahabat kepada sekelian orang dan bersaudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agama sekalipun (Bersaudara) 4. Pengakap adalah baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi (Berbudi) 5.
1100 UUNNDDAANNGG--UUNNDDAANNGG PPEENNGGAAKKAAPP 6. Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang (Kasihkan Binatang) 7. Pengakap adalah seorang yang menurut perintah dan suruhan ibu bapanya, ketua patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengan tiada bantahan (Menurut Perintah) 8. Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya di masa susah (Tabah Hati) 9. Pengakap adalah jimat dan cermat (Berjimat) 10. Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya danperbuatannya (Suci fikiran, perkataan dan perbuatan)
PPEENNGGAASSAASS PPEENNGGAAKKAAPP DDUUNNIIAA Lord Baden Powell Nama Penuh : Robert Stephenson Smith Baden Powell Nama Singkatan : BP Tarikh Lahir : 22 Februari 1857 Tempat Lahir : London, England Pendidikan Awal : Charter House, London Pekerjaan : Bekas Mejar Tentera British Nama Bapa : Reverend H.G Baden Powell Nama Isteri : Lady Olive Baden Powell Tarikh Meninggal Dunia : 8 Januari 1941 dan disemadikan di Kenya. Biodata Ringkas
PPEENNGGAASSAASS PPEENNGGAAKKAAPP DDUUNNIIAA Bapa Baden-Powell bernama Reverend H.G. Baden-Powell adalah seorang mahaguru di Universiti Oxford, London, England. Ibunya ialah anak kepada Laksamana British bernama W.T. Smyth. Sewaktu Baden-Powell berusia tiga tahun, bapanya meninggal dunia dan tinggallah beliau bersama ibunya dalam keadaan yang sederhana. Pada zaman persekolahan Baden-Powell banyak menceburkan diri dalam kegiatan sekolahnya seperti berlakon, menyanyi dan menembak. Dalam masa cuti sekolah Baden-Powell bersama-sama tiga orang abangnya selalu pergi mengembara berjalan kaki berkhemah, belayar dan berperahu. Info Tambahan
SSEEJJAARRAAHH PPEENNUUBBUUHHAANN PPEENNGGAAKKAAPP DDUUNNIIAA Sewaktu Baden-Powell berusia tiga tahun, bapanya meninggal dunia dan tinggallah beliau bersama ibunya dalam keadaan yang sederhana. Pada zaman persekolahan Baden-Powell . Dalam masa cuti sekolah Baden-Powell bersama-sama tiga orang abangnya selalu pergi mengembara berjalan kaki berkhemah, belayar dan berperahu. Setelah berjaya dalam peperiksaan tentera, BP telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dan mula berkhidmat dalam tentera di India dan Afghanistan dalam tahun 1876, kemudian ke Natal (Zululand) dan Malta sebagai penolong Setiausaha Tentera. Beberapa tahun kemudian beliau dihantar bertugas di Afrika Barat untuk menamatkan satu peperangan di Ashanti, Ghana. Di situ beliau digelar KANTANKYE yang bermaksud Topi Besar. Dalam peperangan Baden-Powell sentiasa berhati-hati terhadap pergerakan musuh hinggakan beliau digelar IMPEESA yang bermaksud Serigala yang tak pernah tidur. Dalam tahun 1897, BP dinaikan pangkat menjadi Kolonel dan ditempatkan di India. Beliau telah memberi hadiah kepada askar-askar yang menunjukkan kebolehan yang baik dengan satu lencana bergelar SCOUTS (Peninjau). Dalam tahun 1899 Baden-Powell pulang ke England membawa sebuah buku yang dikarangnya semasa di Kashmir berjodol Aids To Scouting. Tidak lama kemudian, Baden-Powell telah dihantar ke Afrika Selatan untuk mempertahankan sempadan British dari serangan orang Boer iaitu puak keturunan pendatang Belanda. Orang-orang British telah mengepung bandar Mafeking, dengan itu mencetuskan satu peperangan besar yang dinamakan Peperangan Boer. Dengan tipu helah, beliau meletakkan periuk api pasir dan papan tanda BAHAYA sehingga beliau telah berjaya memperdayakan orang-orang Boer.
SSEEJJAARRAAHH PPEENNUUBBUUHHAANN PPEENNGGAAKKAAPP DDUUNNIIAA Beliau telah menggunakan budak-budak untuk mengintip rahsia musuh. Akhirnya Baden-Powell berjaya memenangi peperangan itu. Di atas kemenangan itu, beliau telah dinaikkan pangkat Mejar Jeneral ketika berumur 43 tahun, pegawai yang termuda menerima pangkat itu. Selepas perang Boer, Baden-Powell diarahkan menubuhkan pasukan polis Afrika Selatan dan dilantik sebagai Jeneral Tentera Berkuda. Setelah bersara dari tentera, Baden-Powell pulang ke England dan telah menganjurkan satu perkhemahan di Pulau Browsea selama 10 hari pada tahun 1907. Seramai 21 orang budak-budak turut serta dalam perkhemahan itu. Baden-Powell menggunakan idea berpandukan kepada pengalamannya dalam peperangan Mafeking dan buku "Aids To Scouting". Budak-budak itu dibahagikan kepada empat patrol. Mereka belajar dan berlatih cara berkhemah, memasak, memerhati, mengembara, berperahu, menyelamat nyawa dan mengesan jejak. Pada malamnya diadakan unggun api. Perkhemahan di Pulau Browsea berjaya dan amat diminati oleh budak-budak yang menyertainya. Selepas itu dalam tahun 1908, Baden-Powell pula mengarang sebuah buku berjudul "Scouting For Boys". Kandungannya berdasarkan kepada pengalaman beliau semasa menjadi askar di India dan Afrika serta perkhemahan budak-budak di Pulau Browsea. Buku itu telah memikat hati budak-budak. Dengan itu wujudlah Pergerakan Pengakap. Dalam tempoh setahun sahaja Pergerakan Pengakap berkembang di England dan merebak ke Australia, Canada, New Zealand dan Afrika Selatan. Berikutnya pada tahun 1909, Pergerakan Pengakap ditubuhkan di Chile, Amerika Syarikat, Ghana, India dan selepas itu di seluruh dunia.
SSEEJJAARRAAHH PPEENNUUBBUUHHAANN PPEENNGGAAKKAAPP DDII MMAALLAAYYSSIIAA Pengakap di MALAYSIA Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengakap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada tahun 1910 ( Dua tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England). Bergerak dari tarikh itu, pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk budakbudak Melayu telah diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff,juga di Singapura. Negeri Melayu yang pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah Pahang (Pekan) oleh G.M.Laidlow. Namun begitu, pergerakan ini terus terkubur setelah G.M.Laidlow meninggal. Pada tahun 1927, pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh H.P.Hertslet, Frisby dan Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan pergerakan ini. Beliau (seorang ahli pendidikan yang terkenal) telah menubuhkan pergerakan Pengakap di Pulau Pinang iatu di Penang Free School pada tahun 1915. Mendiang juga menjawat jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Malaya selama 13 tahun lamanya. Di Perak pula, pergerakan pengakap ditubuhkan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1926 oleh I.R.Wheeler. Pada tahun 1922, pergerakan Pengakap bermula di Kedah. Manakala di Johor pula, pergerakan ini bermula pada tahun 1928 dengan kumpulan pertamanya di Maktab Sultan Abu Bakar. Melaka dan Negeri Sembilan memulakan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Brunstone. Selangor menubuhkan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Ameen Akbar. Terengganu dan Kelantan memulakan pergerakan ini pada tahun 1927. Pengasas di Terengganu ialah A.J.Gracle,dan di Kelantan pula ialah YM Tengku Ahmad Temenggong.
Perlis pula ialah pada tahun 1931. Sarawak menubuh pergerakan pengakap pada tahun 1913 dan Sabah pada tahun 1915. Setelah merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap Sedunia. Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah ditubuhkan selepas Perang Dunia Ke-2. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah menjadi ahli penuh Persidangan Pengakap Sedunia pada 1 Sepetember 1957. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah bertukar nama kepada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia dimana dianggotai Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak pada tahun 1964. Pada tahun Ogos 1965, Singapura telah keluar daripada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia sejajar dengan Singapura keluar dari gagasan Malaysia. SSEEJJAARRAAHH PPEENNUUBBUUHHAANN PPEENNGGAAKKAAPP DDII MMAALLAAYYSSIIAA
ISTIADAT RASMI Pergerakan Pengakap mempunyai istiadat-istiadat yang sentiasa diamalkan •Fahami dan bina perasaan cintakan Negara - Nyanyi lagu Negaraku/Negeri – kibar bendera - hormat bendera • Melatih disiplin /sikap positif dan peraturan - peraturan yang baik • Mengingati semula asas atau asal usul berpengakap • Suburkan semangat persaudaraan dan perpaduan • Menerapkan nilai kesopanan dan kesusilaan • Melatihkan diri taat akan Tuhan • Penghargaan kepada pemimpin Antara Istiadat Rasmi yang perlu dilaksanakan termasuklah:- Istiadat Mengibarkan Bendera Istiadat Menurunkan Bendera Istiadat Laung Agung Istiadat Penyampaian Lencana Kemajuan Istiadat Melantik Istiadat Meningkat Naik
ISTIADAT RASMI I S T I A D A T ME N A I K K A N D A N ME N U R U N K A N B E N D E R A 1. Kedudukan Peserta : Dalam Bulatan 2. Jurulatih : Sebaris di belakang tiang bendera, mengadap peserta, Ketua berada di sebelah kanan dan jurulatih bertugas di sebelah kiri ketua 3. Bendera : Sudah bergulung dan terikat di puncak tiang 4. Perjalanan Upacara Peserta menyusun kedudukan dan menunggu kedatangan ketua dan jurulatih Petugas berdiri di tengah-tengah Bila jurulatih masuk (perintah) “baris sedia”, bila semua jurulatih sudah sedia, barulah petugas mulakan upacara Petugas : (Mara ke hadapan memberi hormat) Assalamualaikum tuan, PEK sudah siap untuk memulakan acara Petugas : (Mara ke hadapan memberi hormat) Assalamualaikum tuan, PEK sudah siap untuk memulakan acara Petugas : (Beri hormat, pusing belakang - bergerak ke tempat asal Petugas : (Beri arahan) Bendera Petugas : (Bergerak menghadap bendera) Pengibar bendera terus tarik tali bendera
ISTIADAT RASMI I S T I A D A T ME N A I K K A N B E N D E R A Peserta hormat bendera sebaik sahaja tali bendera ditarik, Pengibar bendera dengan segera langkah ke belakang dan hormat dan PKK yang lain ikut hormat bendera Petugas : “Negara ku” - semua menyanyi Petugas : (perintah) “Doa” - isyarat “Ap”Pembaca doa langkah selangkah ke hadapan dan terus membaca doa menadah tangan aras bahu, bukan muslim tunduk pandang hujung kaki isyarat “Ap” untuk menurunkan tangan dalam kedudukan sedia Petugas : “Persetiaan” - isyarat “Ap” Petugas terus angkat tangan, diikuti oleh semua dan lafaz persetiaan Petugas : Bila selesai persetiaan, petugas bergerak ke hadapan ketua - hormat - lapor “Istiadat selesai - majlis diserahkan kepada tuan” - pusing ke belakang (bergerak) mengambil tempat dalam barisan (sebelah tiang bendera) - perintah “Baris senang diri” Jurulatih bertugas : mulakan tugas Petugas : “Jurulatih, jurulatih sedia” “Keluar baris”
ISTIADAT RASMI I S T I A D A T ME N A I K K A N B E N D E R A Peserta hormat bendera sebaik sahaja tali bendera ditarik, Pengibar bendera dengan segera langkah ke belakang dan hormat dan PKK yang lain ikut hormat bendera Petugas : “Negara ku” - semua menyanyi Petugas : (perintah) “Doa” - isyarat “Ap”Pembaca doa langkah selangkah ke hadapan dan terus membaca doa menadah tangan aras bahu, bukan muslim tunduk pandang hujung kaki isyarat “Ap” untuk menurunkan tangan dalam kedudukan sedia Petugas : “Persetiaan” - isyarat “Ap” Petugas terus angkat tangan, diikuti oleh semua dan lafaz persetiaan Petugas : Bila selesai persetiaan, petugas bergerak ke hadapan ketua - hormat - lapor “Istiadat selesai - majlis diserahkan kepada tuan” - pusing ke belakang (bergerak) mengambil tempat dalam barisan (sebelah tiang bendera) - perintah “Baris senang diri” Jurulatih bertugas : mulakan tugas Petugas : “Jurulatih, jurulatih sedia” “Keluar baris”
ISTIADAT RASMI I S T I A D A T ME N U R U N K A N B E N D E R A Kedudukan Peserta : Dalam bulatan Jurulatih : Sedia di belakang tiang bendera menghadap peserta Perjalanan Upacara Petugas : (Beri arahan) “PEK ! Sedia” Petugas : (Beri arahan) “Bendera” semua menghadap bendera, dua orang PKK berjalan ke arah tiang bendera, berhenti, bersedia di hadapan tiang bendera, seorang dari PKK menurunkan bendera dan seorang lagi mengawal dengan cermat supaya jangan ada bahagian bendera tercecah ke tanah dan menyangkutkan bendera ke bahu, Kedua PKK tadi melipat bendera. Petugas : (Beri arahan) “Serahkan bendera kepada ketua” PKK bergerak (arahan) “Ap” kedua PKK berpusing ke kanan, seorang balik ke dalam sekawan, seorang lagi (pemegang bendera) bergerak menghadap ketua, beri hormat dan serahkan bendera - selangkah ke belakang - hormat, balik ke sekawan Petugas : (beri arahan) “Doa” - “Ap” - angkat tangan. Pembaca doa selangkah ke hadapan dan terus membaca doa “Ap” - turun tangan P.etugas : (beri arahan) “PEK ! Bersurai”
ISTIADAT RASMI I S T I A D A T L A U N G A G U N G Laung Agung merupakan istiadat yang perlu dijalankan setiap kali membuat perjumpaan atau semasa perkhemahan Pengakap. Berikut urutan istiadat Laung Agung yang perlu dijalankan : 1. Akela berteriak PEK ! ( bermaksud PKK berhenti, diam dan dengar arahan seterusnya dalam keadaan sedia). 2. Akela berteriak PEK ! PEK ! PEK ! lalu melebarkan kedua tangan separas bahu yang menunjukkan isyarat untuk membentuk bulatan kecil. 3. Sambil berteriak PEEEEK, PKK berlari menghampiri Akela lalu membentuk bulatan mengelilingi Akela mengikut sekawan. Akela mendepa tangan dan PKK pula berpegangan tangan. 4. Akela angkat tangan tinggi sedikit. PKK mengangkat tumit. Akela menurunkan tangan rapat ke peha, PKK segera melepaskan pegangan sesama mereka lalu duduk mencangkung rapat manakala tangan berada di sisi luar kedua belah peha lalu berteriak ‘ AKELA, KITA BUAT HABIS BAIK “. Sebaik sahaja menyebut BAIK, PKK terus berdiri dlm keadaan sedia menghadap Akela. 5.Petugas dari sekawan bertugas memberi hormat kepada Akela dan mencabar sambil berteriak ” KAMU BUAT HABIS BAIK ” (intonasi menyoal). PKK yang membalas hormat sambil menjawab ” KAMI BUAT HABIS BAIK “. 6.Akela membalas hormat dalam keadaan sedia. (PKK tidak turunkan tangan mereka sehingga Akela turunkan tangannya dari posisi tabik hormat).
ISTIADAT RASMI I S T I A D A T P E N Y AMP A I A N L E N C A N A K EMA H I R A N Lencana disediakan di dalam dulang dan dibawa oleh Penolong Pemimpin. Laung Agung dijalankan terlebih dahulu Akela bergerak ke bulatan di hadapan bendera Akela memanggil penerima lencana berbaris di hadapannya (di tengah bulatan) Taklimat Akela tentang pentingnya lencana yang diterima oleh penerima Akela maju ke arah PKK dan PKK tabik hormat Akela menyematkan lencana Lencana Kemajuan di kiri lengan baju Lencana Kepandaian di kanan lengan baju Akela bersalam dan ucapan “Syabas”. PKK tabik hormat Selesai semua - Pek beri sorakan “Tahniah” dan dijawab oleh penerima lencana PKK balik ke sekawan masing-masing
ISTIADAT RASMI I S T I A D A T ME L A N T I K PKK dalam bulatan. Akela berdiri di dalam bulatan. Penolong-penolong Pemimpin berdiri di luar bulatan di belakang Akela. PKK dalam keadaan sedia. Adik baru yang berada di luar bulatan dipanggil masuk ke dalam bulatan Ketua sekawan membawa PKK yang baru - berdiri di hadapan Akela . Selepas itu, Ketua sekawan balik ke tempatnya. Serentak dengan itu Pen. Pemimpin masuk ke dalam bulatan dan berdiri di sebelah Akela dengan membawa topi, skaf dan lencana keahlian Akela : “Adakah kamu ingin menjadi seorang Pengakap Kanak-Kanak” PKK baru : “Ya, Akela” Akela : “Adakah kamu bersedia untuk melafazkan Persetiaan Pengakap” PKK baru : “Ya, Akela”
ISTIADAT RASMI I S T I A D A T ME N I N G K A T N A I K Istiadat Meningkat Naik akan diadakan atas faktor seperti yang berikut : apabila Pengakap Kanak-kanak meningkat naik untuk menjadi ahli Pengakap Muda; apabila ahli Pengakap Muda meningkat naik untuk menjadi ahli Pengakap Remaja; dan ahli Pengakap Remaja meningkat naik untuk menjadi ahli Pengakap Kelana. Prosedur pelaksanaan : 1.PKK dalam PEK dan PM dalam TRUP berdiri dalam bentuk ladam kuda berhadapan di antara satu sama lain. 2.Pemimpin PKK/Akela memulakan istiadat dengan membuat Istiadat Laung Agung dalam kawasan PKK. Setelah selesai, Pemimpin/Akela mara ke garisan pemisah di antara PKK dan PM. 3.Manakala Pemimpin PM pula memberikan arahan, “TRUP! TRUP… SEDIA!” Setelah Trup dalam keadaan SEDIA, Pemimpin PM/Akela menerangkan dengan ringkas tujuan Istiadat Meningkat Naik diadakan. 4.Pemimpin PKK/Akela memanggil PKK yang akan meningkat naik bergerak ke garisan pemisah. PKK yang meningkat naik akan: - Bergerak satu langkah ke hadapan, kanan pusing dan terus bersalam dengan PEK; -Bergerak ke garisan pemisah dan berhenti di hadapan Pemimpin PKK/Akela; -Pemimpin PKK/Akela memberikan pesanan terakhir kepada PKK; -PKK mengucapkan terima kasih atas tunjukan ajar Pemimpin dan Penolong Pemimpin sepanjang berada di dalam PEK; -PKK bersalaman dengan Pemimpin PKK/Akela, Penolong Pemimpin dan PEK; -Akhirnya, Pemimpin/Akela memimpin PKK melangkah garisan (tali) pemisah dengan menggunakan tangan kiri lalu menyerahkan PKK kepada Pemimpin PM/Akela dan Ketua Patrol yang sedang menunggu dalam kawasan PM.
ISTIADAT RASMI I S T I A D A T ME N I N G K A T N A I K 5. Setelah melangkah masuk ke dalam kawasan PM: -Pemimpin PM/Akela menyambut dengan mengucapkan “SELAMAT DATANG” kepada Adik Baharu. -Adik Baharu memberikan Tabik Hormat Pengakap kepada Pemimpin PM/Akela dan kemudian bersalam dengan beliau; Pemimpin PM/Akela menyerah Adik Baharu kepada Ketua Patrol; -Ketua Patrol membawa Adik Baharu ke dalam Patrolnya dan diperkenalkan kepada ahli. -Setelah semua selesai, Trup memberikan sorakan pengakap atau ‘Yell’ yang berbunyi “SELAMAT DATANG” kepada Adik Baharu dan secara rasminya Adik Baharu telah diterima menjadi ahli PM. 6.Pemimpin PKK/Akela mengarahkan PEK membuat Laung Agung penutup sebagai tanda Istiadat Meningkat Naik tamat dengan berteriak “BERSURAI!”
Pengurusan Keahlian Sebuah sekolah hanya boleh menubuhkan satu kumpulan sahaja. Boleh diwujudkan beberapa pasukan dalam kumpulan itu. Satu kumpulan boleh ditubuhkan dengan 18 orang ahli dan 2 pemimpin. Jika melebihi 48 orang anggota perlu pecahkan kepada beberapa pasukan. Pendaftaran Ahli dan Kumpulan Setiap kumpulan perlu didaftarkan dengan PPM. Gunakan beberapa jenis borang: Borang PPM 8 (Pendaftaran Kumpulan) Borang PPM 1A (Pendaftaran Anggota) Borang PPM 1B (Borang Kawalan) Borang PPM 9A (Permohonan Tauliah Pemimpin/ Penolong) Borang boleh diperolehi daripada Pesuruhjaya Daerah, Negeri atau Ibu Pejabat PPM. Jenis Borang
Pengurusan Keahlian Kumpulan/ Anggota yang baru perlu didaftarkan dan kumpulan/ anggota yang lama perlu diperbaharuhi pendaftaran kumpulan dengan PPM. Yuran pendafataran: Kumpulan : RM 30.00 (setahun) Ahli Pengakap : RM 5.00 (setahun) Pemimpin/ Penolong Pemimpin : RM 10.00 (setahun) Kumpulan / anggota yang tidak menjelaskan yuran pendaftaran tidak dibenarkan menjalankan aktiviti pengakap. Kumpulan yang tidak memperbaharui pendaftaran tidak dibenarkan menjalankan latihan/ perjumpaan dan pakai pakaian seragam pengakap serta lencana-lencananya. - gantung keahlian mengikut Dasar Pertubuhan dan Peraturan Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia (Peraturan 44-47) Pemimpin kumpulan secara otomatis digantung keahlian pemimpin serta tauliahnya (Peraturan 80) Pengantungan itu sementara, Pesuruhjaya Daerah maklumkan kepada kuasa pengajur iaitu memperbaharui keahlian kumpulan dengan segera. Pesuruhjaya Daerah menarik balik surat penggantungan kumpulan dan tauliah-tauliah pemimpin setelah menerima borang pendaftaran. Yuran Pendaftaran Setiap pemimpin wajib memiliki dua jenis tauliah daripada PPM: Tauliah Sementara Tauliah Tetap Tauliah Sementara diberikan kepada pemimpin yang telah lulus Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat Satu dan Dua. Tauliah Tetap diberikan kepada pemimpin yang telah lulus Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat Tiga. Perlu pohon tauliah baru serta mengembalikan tauliah lama kepada PPM sekiranya pemimpin bertukar ke sekolah lain. Tauliah Pemimpin
Pengurusan Keahlian Semua kegiatan dijalankan berdasarkan kepada Skim Latihan yang dikeluarkan oleh PPM: Program Latihan PKK untuk murid-murid sekolah rendah Program Latihan PM untuk pelajar Ting. 1-3 Program Latihan PR untuk pelajar Ting. 4-5 Program Latihan PK untuk pelajar Ting. 6 & remaja Semua kegiatan di luar kawasan sekolah perlu mendapat kelulusan dan sokongan daripada kuasa penganjur (Guru Besar/ Pengetua), Ibubapa/ Penjaga dan Pemimpin Unit PKK, PM dan PR. Kegiatan Nama dan no.kad pengenalan ahli Nombor pendaftaran Nama ibubapa/ penjaga Alamat dan no.telefon ibu bapa/penjaga Tarikh lahir Bangsa dan Agama Kesihatan/ Penyakit yang dihidapi dan Alergi Pemakanan Kecenderungan/ Minat Butiran Peribadi Anggota Pengakap Bilik Perjumpaan Carta Organisasi Gambar-gambar dan Poster-poster (lencana/pangkat) Buku-buku rujukan Model-model hasilan kerja (model tapak perkhemahan/ gajet/ ikatan dan simpulan) Peralatan latihan Peralatan perkhemahan Meja dan kerusi untuk bermesyuarat
Struktur organisasi pelbagai peringkat
Struktur organisasI peringkat IPG Presiden: DR. KHAIRUDDIN BIN SAID PESURUHJAYA: EN. ZULKIFLI BIN YUSOF PEMBANTU PESURUHJAYA: Hj MOHD SHUKRI BIN MAT YAACOB PEMBANTU PESURUHJAYA: DR. WAN ADI BIN YUSOF
Struktur organisasi pelbagai peringkat
KUMPULAN SEKAWAN PENGAKAP 6-10 IPGMKKB KUMPULAN 6 (MERAH) Alia Afifah Alifah Aisah Adrian Hannan Syamim KUMPULAN 7 (PERANG) Ismail Amrita Syamina Aisyah Aisya Hawa Haziqah KUMPULAN 8 (HIJAU) Anabiela Nabilah Nurin Syafiqah Aimy Syahir KUMPULAN 9 (KUNING) Balqis Sylvie Zahirah Husna Najihah Tarani KUMPULAN 10 (UNGU) Aibaq Syahmi Ain Maisarah Camielia Ain Sofia Afrina Batrisyia
Pakaian Seragam dan Pangkat
Pakaian Seragam dan Pangkat (Kanak-Kanak) Pakaian Seragam dan Pangkat (Kanak-Kanak) Ke l engkapan yang dipe rlukan (Pe r empuan): Tudung Ke labu L encana Keahlian Skaf Woge l Tali Pinggang PVC Kepala Gangsa Bende ra Malays ia Tanda Nama Lambing WOSM Forage Cap Ke l engkapan yang dipe rlukan ( L e laki): L encana Keahlian Skaf Woge l Tali Pinggang PVC Kepala Gangsa Bende ra Malays ia Tanda Nama Lambing WOSM Forage Cap
Pakaian Seragam dan Pangkat (Pemimpin) Pakaian Seragam dan Pangkat (Pemimpin) L encana yang dipe rlukan : Epol e t Biru Tua Satu L engkar L encana WOSM Tanda Nama L encana Malays ia L encana yang dipe rlukan Sebe lah Bahu Kanan - L encana Nege ri - L encana Dae rah -Nombor Kumpulan Sebe lah Bahu Kiri - L encana Pangkat Pemimpin
Pakaian Seragam dan Pangkat (Penolong Pemimpin) Pakaian Seragam dan Pangkat (Penolong Pemimpin) L encana yang dipe rlukan : Epol e t Biru Tua Tanpa L engkar L encana WOSM Tanda Nama L encana Malays ia L encana yang dipe rlukan Sebe lah Bahu Kanan - L encana Nege ri - L encana Dae rah -Nombor Kumpulan Sebe lah Bahu Kiri - L encana Pangkat Penolong Pemimpin
Pakaian Seragam dan Pangkat (Penolong Kanan) Pakaian Seragam dan Pangkat (Penolong Kanan) L encana yang dipe rlukan : Epol e t Hijau Dua L engkar L encana WOSM Tanda Nama L encana Malays ia L encana yang dipe rlukan Sebe lah Bahu Kanan - L encana Nege ri - L encana Dae rah -Nombor Kumpulan Sebe lah Bahu Kiri - L encana Pangkat Naib Penge rus i Jawatankuasa Kumpulan