Pakaian Seragam dan Pangkat (Guru Besar) Pakaian Seragam dan Pangkat (Guru Besar) L encana yang dipe rlukan : Epol e t Hijau Tiga L engkar L encana WOSM Tanda Nama L encana Malays ia L encana yang dipe rlukan Sebe lah Bahu Kanan - L encana Nege ri - L encana Dae rah -Nombor Kumpulan Sebe lah Bahu Kiri - L encana Pangkat Penge rus i Jawatankuasa Kumpulan
Lencana Kemahiran (KANAK-KANAK) Sebelum dilantik menjadi ahli serta mendapat Lencana Keahlian, seseorang budak itu akan diuji dalam perkara-perkara berikut bagi menentukan bahawa ia faham dan mengerti makna-makna setiap perkara tersebut. Untuk lulus Lencana Keahlian seseorang perlu LULUS ujian-ujian berikut: Lambang Pengakap Malaysia & Lambang Pengakap Sedunia. Persetiaan Pengakap & Undang-Undang Pengakap. Lima Prinsip Rukun Negara Hormat Pengakap & Cogan Kata Pengakap. Sejarah Pergerakan Pengakap. Cerita Hutan Laung Agung Lencana ini dianugerahkan kepada seseorang budak sebagai mengakuil bahawa ia adalah seorang Ahli dalam Persaudaraan Pengakap Malaysia dan Sedunia yang luas itu. Lencana Keahlian Pengakap yang berupa Lambang Pengakap diatas latar biru tua ini dipakai pada saku kiri kemeja. Lencana Keahlian
Lencana Kemahiran Lencana in diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengaku pengetahuan dan kesungguhan dalam berenang dengan mengetahui peraturan keselamatan di air, kemahiran keselamatan diri, menunjukkan pelbagai kaedah berenang seperti kuak lontang, kuak kupu-kupu, gaya bebas dan mengapar menimbulkan diri (mushroom float). 1. Mengetahui peraturan keselamatan di air (teori) 2. Menunjuk cara memulakan berenang dan kemahiran keselamatan diri kepada Penilai / Pemeriksa cara turun di air, cara timbul tenggelam, cara tarik dan hembus nafas, menahan nafas (teonn) ATAU 3. Cara junam, terjun kaki lurus /junam depan layang (teori). 4. Cara luncur, meniarap, tendang keribas, cara gaya rangkak tangan di lutut / tangan di atas kepala: Gerak tangan, tondang rejang. meniarap, rangkaian meniarap (teori).. 5. Berenang dengan tidak berhenti-henti sejauh 20 meter dengan berpakaian seragam Pengakap Kanak-kanak yang lengkap (di dalam air aras pinggang). 6. Berenang mengapar menimbulkan diri (Mushroorm Float) 7. Berenang menyeberang dengan cara terlungkup, terientang. dengan berbagai cara / gaya biasa. Bila sampai separuh jalan ke jalan yang dituju berbalik semula menghabiskan renangnya dengan gaya yang sama. 7. Mengetahui cara mengendalikan jeket keselamatan di air. Lencanawajib
Lencana Kemahiran Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakul pengetahuan dan kesungguhan dalam berbasikal dengan mengetahui undang-undang jalanraya. menjaga dan membaiki kerosakan kecil basikal dan mengamalkan peraturan berbasikal yang betul. 1. Menyatakan undang-undang jalanraya semasa berbasikal 2. Mengetahul dan menyatakan kepada Penilai 10 peraturan semasa menunggang. Basikal. 3. Menunjuk cara memberi isyarat tangan semasa berbakat 4. Menyebutkan 10 perkara yang menyebabkan kemalangan semasa berbasikal. 5. Menjaga basikal seperti membaiki kerosakan kecil dan menjaga kebersihannya. 6. Menunggang basikal dengan diperhatikan oleh Penilai / Pemeriksa mengikut jalan yang ditetapkan dan cukup faham mengenai peraturan jalanraya bag penunggang basikal dan mengetahui undang-undang jalanraya yang ditetapkan bagi penunggang basikal termasuk penggunaan jalan simpang. bulatan dan Lintasan pejalan kaki. Lencanawajib
Lencana Kemahiran Lencana Kemajuan Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan tentang Persetian Pengakap, Rukun Negara, amalan Keagamaan, kesihatan dan keselamatan serta pengurusan diri dan keluarga. Sebelum layak mendapat lencana ini, seseorang Pengakap Kanakkanak itù mestilah mendapatkan Lencana Keahlian dan Lencana Wajib terlebih dahulu. A. Kesetian Menyanyi Lagu Kebangsaan "NegaraKu" dan memahami bagaimana menghormati lagu itu ketika dimainkan. Mengenai Bendera Malaysia dan Negeri di mana Pengakap Kanak-Kanak itu berada. Mengetahui Lambang Pengakap Malaysia Mengenal nama penuh Kuasa Penganjur / Guru Besar. Pemimpin dan Penolong Pemimpin Pengakap Kanak-Kanak kumpulannya. Mengetahui agama-agama di Malaysia serta tempat-tempat ibadat di kawasan sekitar tempat tinggalnya. B. Kesihatan Dan Keselamatan Mengetahui kepentingan kesihatan dan kebersihan diri. Mengetahui / menyedari bahayanya menelan apa jua jenis pil atau gulagula yang diberi oleh orang yang tidak dikenal. Mengetahul bahaya bermain benda-benda tajam. Mengetahui bahaya bermain sebarang alat yang mengandungi bahan letupan seperti mercun, mercun buatan sendiri, meriam buluh dan bunga api. Mengetahui bagaimana mendapat bantuan pertolongan jika berlaku kemalangan; mendapatkan alamat dan nombor telefon Balai Polis. Balai Bomba dan Penyelamat, Doktor dan Rumah Sakit, tempat kerja ibu bapa dan keluarga rakan sebaya yang tinggal berhampiran. Mengetahui peraturan berjalan dan menyeberang jalan raya, di tempat menunggu bas, melintas jalan di lampu isyarat, berjalan melalui terowong, jejantas dan lintasan lain-lain
Lencana Kemahiran Lencana Kemajuan C. Kecekapan Mengetahui Latihan Asas Kawad Kaki. Mengetahui cara memanjat tali (tigi talitiak lebih dari 3 meter). Mengetahui kedudukan tempat-tempat awam di kawasan tempat tinggalnya dan dapat menunjukkan arah tempat-tempat itu kepada orang yang memerlukan bantuan seperti : perhentian bas, kerelapi, teksi, Balai Bomba, hospital, Balai Polis, Pejabat Pos dan lain-lain. Menunjukkan cara yang betul memakai dan nenjaga Pakaian seragam Pengakapnya dan mengetahui peraturan memakai lencana dan lain-lain seperti Lencana Keahlian, Lencana Malaysia, Lencana Wajib, Nombor Kumpulan, Nama Daerah dan Negeri. Mengetahui segala Isyarat Pengakap dan mengetahui arah tempat yang hendak dituju dengan menggunakan tanda isyarat Sulit Pengakap seperti "ikut arah ini”, “iangan ikut arah ini", "di sini ada air", "tunggu di sini" dan "saya sudah pulang'. Mengetahui cara mengikat Simpul Buku Sila dan kegunaanya. D. Penyertaan Menjadi ahli perpustakaan sekolah / perpustakaan awam tempatan; menunjukan Pengakap Kanak-kanak telah membaca sekurang-kurang TIGA (3) buah buku dan dapat menceritakan balik isi ceritanya kepada Pemimpin Pengakapnya. Membuat satu barang permainan rekaan sendiri dari bahan terbuang. Menjalankan SATU daripada aktiviti berikut; mengambil bahagian dalam persembahan pentas di sekolah ATAU membuka akaun simpanan. E. Perkhidmatan Membantu ibu bapa di rumah setiap hari dengan menyempurnakan tugasnya itu dengan memuaskan (pengesahan dan perakuan ibu bapa dalam buku log). Membantu guru / kakitangan sekolah dalam menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah (pengesahan dan perakuan guru / kakitangan sekolah dalam buku log)
Lencana Kemahiran Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak, sebagai mengakui pelbagai kemahiran, kegiatan luar dengan memperkenalkan asas berdikari dan perkhidmatan seperti kebersihan diri, rumah dan persekitaran. A. Kesetiaan Mengetahui nama penuh D.YM.M. Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. D.Y.M.M. Raja Permaisuri Agong, D.YM.M. Sultan dan Sultanah atau T.Y.T. Yang Di Pertua Negeri dan Isterinya. Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Besar atau Ketua Menteri negeri berkenaan. Mengetahui dan mengenali Pesuruhjaya Daerahnya. Mengetahui rukun sembahyang agama masing-masing. B. Kesihatan dan Keselamatan Mengetahui cara menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Mengetahui faedah senaman. Mengetahui cara memberhentikan darah yang keluar dari hidung. Mengetahui bahaya aliran elektrik dan gas dan cara mengelakannya bila menggunakan alat elektrik di rumah seperti seterika, kipas angin, pembakar roti, dapur gas dan lain-lain. Mengenal dan mengetahui kegunaan isi kandungan peti pertolongan cemas. C. Kecekapan Mengukuhkan pengetahuan asas kawad kaki Lencana Keris Gangsa dan mengetahui Latihan Asas Perbarisan :. Buka Barisan Tutup Barisan Mengukuhkan asas ikatan Buku Sila dan mengetahui cara mengikat Bunga Geti dan Simpul Sentak serta Kegunaannya. Mengetahui cara memasang, mengibar, menurun dan melipat bendera. Lencana Kemajuan
Lencana Kemahiran D. Penyertaan Mengetahui 5 jenis haiwan dan sifat hususnya. Mengetahui cara tumbuhan mendapalkan makanan serta cara menyimpan makanan. Mengetahui cara mengelakkan makanan menjadi tercemar. Mengetahui asas penggunaan komputer. Mengetahui penggunaan telefon awam / persendirian dengan menggunakan wang sling/ kad telefon ketika mendail dan faham mengunakan Buku Panduan Telefon, E. Perkhidmatan Mengetahui dan memahami isyarat wisel, Mendengar syarahan atau ceramah dan membuat catatan. Mengetahui cara memberi pertolongaЛkepada seseorang di air dengan mengunakan peralatan. (ingatan: Perfolongan ini adalah latihan asas sahaja) Lencana Kemajuan
Lencana Kemahiran SeteLah meperolehi kesemua Lencana Kepandalan iaitu Kalegori Kegermaran (2) Pengetahuan (2) dan Perkhidmatan (2), Pengakap Kanakkanak itu perlu meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan Lencana Kemajuan Keris Emas seperti dibawah mengikut aktiviti-aktiviti lencana tersebut: Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak, sebagai mengakui kebolehan dan keberanian serta penghargaan diri dalam menjalankan tanggung jawab dan kepemimpinan seperti Kepimpinan Ketua Enam Sekawan, khidmat Masyarakat, aktiviti luar dan Pertolongan Cemas. A. Kesetiaan Menyanyi sekurang-kurangnya 2 buah lagu patriotik Mengenali Jata Negara dan lambang negeri masing-masing. Mengetahui nama dan mengenali tokoh tempatan. Mengetahui nama penuh dan mengenali Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara. Mengamalkan ajaran agama masing-masing. B. Kesihatan dan Keselamatan Mengetahui sekurang-kurangnya LIMA peraturan hidup sihat dan bahagia. Mengetahui bagaimana mengalasi sakit selsema dan menjauhkannya. Mengetahui maksud pertolongan cemas dan cara mendapatkan bantuan kecemasan. Mengetahui bagaimana membuat anduh;(kepala, tangan, tapak tangan, lutut dan kaki). Menghasilkan sebuah Buku Skrap dari media suratkhabar, majalah atau internet yang ada mesej: Anti Dadah ATAU Bahaya Merokok, ATAU Keracunan Makanan. Lencana Kemajuan
Lencana Kemahiran C. Kecekapan Mengukuhkan Latihan Asas Perbarisan Lencana Keris Gangsa dan Perak da seterusnya mengetahui perintah "Langkah ke Sebelah" "Cepat Jalan", "Berhenti' dan "Hormat". Mengetahui lathan asas Ala Komando seperti : Merangkak, merangkak di bawah jaring /jala, bergayut pada tali, meniti kayu dan bergayut, gayut monyet. Mengukuhkan kemahiran ikatan : Buku Sila (Keris Gangsa), Bunga Geti dan Simpul Sentak (Keris Perak). Mengetahui cara mengikat simpulan Tindih Kasih, Simpul Manuk dan Lilit Dua Simpul serta kegunaannya. Demontrasi sendiri dan menurunkan khemah serta melipatnya dalam sekawan, D. Penyertaan Menyatakan 5 jenis pokok hutan dan kegunaanya kepada manusia. Membuat SATU daripada perkara-perkara di bawah, mengikut pilihan Pengakap Kanak-kanak sendiri : Sebuah kotak tempat menyimpan alat-alat Pertolongan Cemas atau sebuah kotak untuk surat-surat atau sebuah kotak untuk menabung wang semuanya dibuat dari bahan terbuang. ATAU Membuat patung sarung jari pupet / patung puppet bertali yang boich digerak- gerakan dan membuat panggung puppet. ATAU Membuat layang-layang yang boleh dinaikan ke udara. ATAU Mengetahui membaiki sekurang-kurangnya satu jenis permainan kanakkanak yang menggunakan bater. Menyanyi sekurang-kurangnya DUA buah lagu Pengakap Malaysía. E. Perkhidmatan Bersama sekawan / Pek membersihkan kawasan rumah / sekolah / rumah ibadat / tempat awam. Membantu Pemimpin untuk persiapan Pek Bercuti/Perkhemahan Melukis peta lakar kawasan tempat tinggal sendiri. Lencana Kemajuan
Lencana Kemahiran Lencana Ahli Koleksi Hobi Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam mengisi masa lapangnya seperti mengumpul pelbagai setem, matawang asing, sampul surat hari pertama, rantai kunci, lencana-lencana Pengakap dan sebagainya. Memungut dan mengumpulkan benda-benda sebagai hobinya dan menyimpan dengan kemas dan tersusun serta mengetahui sedikit sebanyak mengenai koleksinya. Koleksi hobinya itu hendaklah pilihan Pengakap Kanak-kanak sendiri (bukan dicadangkan oleh Pemimpinnya). Pilih SATU hobi seperti contoh di bawah: Lima belas (15) jenis setem Malaysia yang berbeza. Menghasilkan buku skrap berbagai tumbuhan / bunga / haiwan / binatang / sejarah / sukan / bangunan / buah-buahan dan lain-lain (pilih satu). Berbagai bentuk pensil dan logonya (sekurang-kurangnya 15 jenis). Berbagai contoh batu batan (sekurang-kurangnya 15 jenis). Berbagai bentuk botol dan penutup botol (sekurang-kurangnya 15 jenis). Rupa Mata wang asing sama ada kertas I syiling (sekurang-kurangnya 15 jenis). Rantai kunci (key chain) berbagai jenis (sekurang-kurangnya 15 jenis). Lencana-lencana Pengakap seperti lencana Perhimpunan, Korobori,Jambori dan koleksi lencana Pengakap antarabangsa dan lain-ain. (Sekurangkurangnya 10 jenis). Menyediakan sebuah buku (buku hobi) menyatakan perkembangan koleksi hobinya. Lain-lain hobi yang sesuai. Lencana Kepandaian
Lencana Kemahiran Lencana Kraftangan Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan kegemaran dalam membuat dan mereka bahan-bahan kraf seperti tikar anyaman, wogel, penanda buku, alat permainan, layang-layang dan sebagainya. Mengetahui asas kraf tradisional : Anyaman kelarai mata bilis, kelarai Siku keluang. (pelajaran anyaman ini boleh diubah sesuaikan mengikut keadaan dengan alam persekitaran kanak-kanak sendiri). Tahu bagaimana membuat simmpai (woggle) dari bahan yang ditentukan : 1 buluh, kain sulaman, tali nailon (nylon string), plastik dan lain-lain. Satu hendaklah dibuat untuk kegunaan sendiri dan satu lagi untuk dihadiahkan kepada teman sebaya atau kepada adik yang baru ATAU Mengetahui dan membuat Penanda Buku selain dari bahan logam (tin), membuatnya dari bahan kulit, kawat, plastik dan daun. Penanda Buku ini hendaklah direka berbagai bentuk yang menarik dengan hiasan warna, mungkin ditulis dengan kata-kata hikmat. Membuat satu untuk kegunaan sendiri dan satu lagi untuk dihadiahkan kepada rakan sebaya atau kepada seseorang yang dikasihi. ATAU Membuat rekaan dari kertas Rekan untuk kegunaan sehari-hari seperti sampul surat / beg / buku dan lain-lain. Rekaan binaan seperti topeng sarung kepala, keluarga "Mowoli”. Rekaan alat permainan seperti buat kapal dari kertas /burung ajaib (fantasi) dan lain-lain. Lencana Kepandaian
Lencana Kemahiran Lencana Peladang Kecil Lencana ini diberikan kepada kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam menjaga tanaman, memelihara haiwan ternakan, berkebun dengan kaedah-kaedah yang betul. Pilih LIMA (5) sahaja daripada perkara-perkara berikut: Menunjuk cara menyediakan tapak semaian dan memindahkan semaian ke batas yang telah disediakan. Menyediakan batas yang berukuran 8x 3x 1 kaki untuk ditanam sayursayuran dari tapak semaian. Ambil kira cara membaja semasa penyediaan batas. Menunjuk cara menjaga tanaman dari jenis sayuran / keratan / raizom yang telah ditanam di atas batas dan ambil kira cara membaja semasa pokok sedang ditanam. Mengetahui dan menunjukan (kepada Penilai) bagaimana membuat junjung untuk tanaman sayur jenis pokok yang memanjat seperti pokok timun, kacang panjang dan lain-lain. Tunjukan (Kepada Pemimpin / Penilai) yang Pengakap Kanak-kanak ada menanam / menjaga pokok pisang, betik atau pokok buah-buahan yang bermusim sama ada yang ditanam sendiri atau oleh ibu /bapa/ ahli keluarga sendiri. Menunjukan (kepada Penilai / Pemeriksa) yang Pengakap Kanak-kanak ada menanam pokok-pokok tanaman yang berubi di dalam tanah seperti ubi keledek, kacang tanah dan sebagainya dengan subur. (a) Memelihara / membela dengan jayanya sekurang-kurangnya 10 ekor anak ayam sebagai ternakan asas. Lencana Kepandaian
Lencana Kemahiran Lencana Pelukis Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam mengisi masa lapangnya dengan melukis, kaedah mewarna yang betul,membina arca dan mempunyai koleksi lukisan yang menarik. Pilih EMPAT (4) sahaja. Melukis di hadapan Pemeriksa / Penilai dengan apa jua bahan lukisan satu gambaran Marga dari Cerita Rimba "The Jungle Book" karangan Rudyard Kipling yang menjadi bahan penting dalam rancangan latihan Pengakap Kanak-kanak.Melukis pelangi dengan warnanya Serta menamakan tiap-iap warna itu dan satu rajah menunjukan pusingan warna (Colour Wheel). Mengetahui warna yang dikatakan 'primary colours', dan 'secondary colours' serta menunjukan cara pengandunan wana cecair (Water Colour) yang menjadikan warna hijau, biru, oren,bi kundang. biru tua, hijau tua dll. Melukis di hadapan Pemeriksa / Penilai dengan apa jua bahan satu gambaran dari satu peristiwa yang telah berlaku atau satu watak dalam sebuah cerita pendek yang diceritakan oleh Pemeriksa / Penilai. Lukisan itu dibuat di atas sekeping kertas berukuran 25 cm x 30 cm. Membuat Kad Ucap Selamat ciptaan Pengakap Kanak-kanak sendiri yang menggambarkan satu daripada lima porayaan; Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Kismas dan Hari Wesak. Pilih SATU Kegiatan di bawah ini:- Membuat sebarang rekaan corak dari bahan terbuang sama ada cetakan, mozek, ubin tanah liat, mural, hiasan dinding. kola), yang motifnya berdasarkan tulisan huruf dan angka, corak tradisi, corak bebas, geometri dan rekaan manusia. Menunjukan kepada Pemeriksa / Penilai. Buku Lukisan itu mesti mengandungi sekurang-sekurangnya 20 tajuk lukisan dari berbagai jenis. Lencana Kepandaian
Lencana Kemahiran Lencana Pembaca Buku Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Капак-kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan mereka dalam membaca dengan cekap pelbagai jenis buku seperti buku sastera kanak-kanak, kamus, ensaiklopedia dan menjadi Ahli Perpustakaan Sekolah atau Tempatan. Pilih EMPAT (4) sahaja. Menyediakan daftar sekurang-kurang 8 buah buku yang dibaca serta faham melalui bahan sastera berikut : Prosa tradisional seperti hikayat hasil sastera dan sejarah. Prosa moden seperti petikan daripada buku-buku pengetahuan sains, sejarah, geografi, ekonomi dan sebagainya. Novel, cerpen, drama, pengumuman. pengisytiharan, akhbar, majalah, iklan dan rencana. Puisi tradisional seperti pantun, seloka, gurindam, syair, dan bahasa berirama (klasik). Puisi moden seperti sajak dan bahasa berirama moden. Prosa dan Puisi Bahasa Malaysia / inggeris / Bahasa ibunda. Boleh membaca dengan cekap dengan menepati tanda-tanda bacaan. Melafazkan perkataan dengan menggunakan intonasi sewajarnya dan membuat bacan, dilahami serta berkesan. Membuat kritikan atas isi petikan bacaan mengikut kemampuan umur dan boleh membuat telahan. Boleh menerjemah petikan yang penting daripada bacanya secara lisan atau bertulis dengan meringkaskan perkataan yang panjangnya kirakira 150 perkatan Menghuraikan maksud petikan, ungkapan, kata-kata dan peribahasa. Mengetahui menggunakan kamus, ensaiklopedia dan membuat kamus sendiri dan kata-kata baru yang dipelajari. Menjadi ahli perpustakan sekolah / tempatan serta turut memberi khidmat sukarela seperti memelihara, mengemas dan menjaga kebersihan perpustakaan mengetahui mengapa perpustakaan harus dipelihara. Lencana Kepandaian
Lencana Kemahiran Lencana Penghibur Lencana ini diberi kepada Ahi Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam berhibur dengan menyanyi, bermain alat muzik, menari dan menjadi Juruacara Persembahan. Pilih LIMA (5) sahaja. Memilih dan memainkan tiga lagu dengan alat muzik berkut :- Lagu kanak-калак, jeaka, asli dan pantun Lagu Tradisi Masyarakat : Lagu setempat sepeti Rasa Sayang' atau lagu asing, Lagu Tarían Asli, Lagu Pengakap. Boleh menyanyi dua buah lagu : Satu patriotik dan lagi satu lagu. Mengajar dua buah lagu atau SATU tarian kepada sekawan Pengakap Kапак-kanak. Mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu tarian tradisional atau taridra. Mengetahui menggunakan alat perakam dan radio kaset. Boleh bertindak sebagai Juruacara persembahan atau pertunjukan. Boleh memainkan sekurang-kurang dua jenis alat muzik Genderang seperti kerincing. kastenet, simbal, kayu tok-tok, tamborin, dram samping, dram tenor,melodían, loceng rekoder dan serunai. Lencana Kepandaian
Lencana Kemahiran Lencana Ahli Olahraga Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam bidang kesukanan dan olahraga dengan mengambil bahagian dalam acara seperti berlari, melompat tinggi, melontar peluru dan sebagainya. Mengetahui apakah MSSD / MSSM / SUKMA dan Majlis Sukan Negeri serta menerangkan secara ringkas mengapa majlis-majlis diadakan dan bagaimana Pengakap Kanak-Kanak boleh membantu, khasnya bagi peringkat Sekolah Rendah. Mengetahui jenis makanan vang membina kesihatan untuk bersukan. Mengambil bahagian dengan tiga percubaan bagi acara sukan: Lari 100 meter 20 saat Lari 200 meter 50 saat Lompat tinggi 0.8 meter Lontar peluru 6 paun 5 meter Catatan: Wakil sekolah ke peringkat daerah boleh dianugerah lencana ini. Lencana Kepandaian
Lencana Kemahiran Lencana Ahli Pasukan Permainan Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak dalam sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan bidang pasukan permainan seperti bola sepak. bola tampar, Sepak takraw, pingpong dan sebagainya dan mewakili pasukan di peringkat sekolah, daerah atau negeri. Mengetahui undang-undang dan peraturan mengenai SATU jenis permainan berikut : bola sepak, bola tampar, badminton, rounders, hoki, sepak takraw, ping-pong, bola baling dan bola jaring. Membuktikan yang Pengakap Kanak-kanak itu boleh bermain sekurangkurang dua (2) permainan pasukan. Menunjukan yang ia terlibat sebagai pemain dalam peringkat rumah sukan, sekolah, daerah / negerinya. Menunjukkan yang ia bermain dengan jujur dan mencontohkan semangat kesukanan dalam pasukan permainanya. Mengetahui cara menjaga dan menyimpan alat permainan pasukannya setelah digunakan. Mengetahui cara membersihkan badan setelah bermain. Lencana Kepandaian
Lencana Kemahiran Lencana Pencinta Semula Jadi Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam menjaga dan mencintai alam semulajadi seperti membersihkan kawasan sungai, mengutip sampah di tepi pantai dan sebagainya. Pilih TIGA (3) sahaja. 1. Menyimpan catatan harian berkenaan dengan kejadian harian selama tidak kurang dari empat bulan mengenai satu daripada perkara di bawah ini : - Tumbuh-tumbuhan - Kehidupan burung -Kehidupan di tepi pantai, perigi, kolam dan kehidupan dalam sungai. -Pelbagai jenis batu fosil dan batu lontar. - Kupu-kupu, rama-rama, gegat dan lain serangga - Kawan dan musuh pokok tanaman di kebun - Pokok pakis rumput-rampai lain-lain. 2. Memelihara binatang belaan dan ternakan sekurang-kurang 3 bulan dan menyimpan catatan mengenainya. Pengakap Капак-kanak boleh membicarakan perhatianya seperti kegemaran dan makanan binatang tersebut. 3. Mengambil bahagian dalam satu projek di bawah bersama Pengakap Muda atau bersama sekawan sendiri (Pilih SATU (1) sahaja): Membersihkan tempat perkelahan, tepi jalan, pantai, tepian tasik ATAU Menanam pokok bersama Pengakap Muda. Pokok hiasan atau pokok rimbun di sekitar tempat tinggal / kawasan sekolahnya. ATAU Membersihkan kawasan rumah dan halaman / kebun di belakang rumah dan sekolah. Lencana Kepandaian
Lencana Kemahiran Lencana Pembaca Peta Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam ilmu geografi seperti arah mata angin, bearing, jenis-jenis peta dan menggunakan kompas. Pilih TIGA (3) sahaja. Melukis Mata angin 8 pecahan dan menunjukkan arah kedudukan mata angin itu dengan berpandukan arah matahari terbit dan matahari terbenam. ATAU Melukis mata angin 16 pecahan yang menunjukan mata angin utama yang terdapat dalam sebuah kompas. Mengetahui arah mata angin yang 16 itu dengan berpandukan arah utara. Melukis Petunjuk dengan menggunakan simbol dan warna pada sebuah peta, - Jalan raya, jambatan - Jalan keretapi - Bangunan (kediaman, masid, gereja, tokong, kui . - Sungai dan tali air. - Tumbuhan (getah, nanas, kelapa, padi, kelapa sawit dan hutan). Melukis sebuah peta kasar sekitar tempat kamu tinggal, tandakan petunjuk seperti bangunan, tanaman sungai dan lain-lain. Mencari sudut bearing : Melukis dengan menggunakan alat geometri : sudut 075°, 025°, 120°, dan 245° dan lain-lain. Berjalan kaki sejauh 5 kilometer bersama sekawan di kawasan persekitaran: sekembalinya memberi laporan atas perkara yang ditetapkan (seperti mendapatkan maklumat dari satu tempat yang ditetapkan) dan membuat lakaran berkenaan. Lencana Kepandaian
Lencana Kemahiran Lencana Pemeliharaan Alam Sekitar Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam memelihara, menjaga dan mencintai alam sekitar seperti membersihkan taman rekreasi, kawasan sekolah dan mengamalkan kaedah kitar semula. Pilih TIGA (3) sahaja. Jawab satu sahaja dai (a)(b) dan © A. Menyatakan kepada Penilal / Pemeriksa sama ada secara lisan atau bertulis dengan bantuan rajah, apakah yang dikatakan "Alam Sekitar". B. Apakah yang dikatakan"Kitaran Oksigen' (Oxygen Circle). C. Menyatakan apakah yang dikatakan "Kitaran Air~ (Water Circle). Keluar mengembara ke satu kawasan bersama rakan sebaya dalam Pek atau Patro! Pengakap Muda dan membuat penyiasatan kehidupan pokokpokok saka / rendang. Gunakan daun pokok yang disiasat untuk ditampal ke dalam buku log. Tulis maklumatnya. Menerangkan kejadian hujan serta menunjukkan kepada Pemeriksa satu carta cuaca yang telah disediakan sekurang-kurangnya dalam tempoh masa tidak melebihi dua minggu ; menyatakan dalam Buku Log Peribadi apakah kesan udara terhadap alam di tempat sendiri. Menerangkan (kepada Pemeriksa) sekurang-kurangnya 6 maklumat yang dipetik dari akhbar / majalah mengenai berita semasa yang menjadi masalah kepada manusia berkaitan dengan pencemaran alam sekitar ini. Mengarmbl bahagian dalam SATU aktiviti berikut - Memberi perkhidmatan sukarela berkenaan pemeliharaan alam sekitar seperti membersihkan taman rekreasi kanak-kanak, kawasan sekolah, kawasan rumah dan masjid / rumah ibadat. Memelihara pokok atau berkebun di kawasan sekitar rumah sendiri atau kawasan sekolah. Menerangkan kepada Pemeriksa aktiviti pemerhatian dan pengecaman dan nyatakan segala maklumat yang ditemui. Catatkan di dalam Buku Log. Dan nyatakan penyesuaian bagi keselamatan tumbuhan. Menyenaraikan di dalam Buku Log tugas berkaitan dengan Pemeliharaan Alam Sekitar yang telah disempurnakan. Lencana Kepandaian
Lencana Kemahiran Lencana Pekerja Am Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan dalam perkara pekerjaan am seperti menyusun atur peralatan pertukangan, membersihkan alat perkebunan, mencuci pakaian,mengecat dan sebagainya. Lakukan LIMA (5) bahagian sahaja dari 12 bahagian yang dicadangkan. Mencuci kenderaan seperti motokar, motosikal atau skuter dengan tunjuk ajar orang dewasa. Dengan tunjuk ajar orang dewasa membantu orang dewasa menukar tayar basikal. Mengetahui menukar mentol lampu basikalnya, menegangkan rantai. Menunjukan cara bagaimana menggunakan alat pertukangan seperti tukul besi, gergaji, spana, pelayar, pisau, kapak dan bagaimana memelihara alat itu selepas digunakan Membuat satu benda permainan kanak-kanak daripada kayu dengan menggunakan alat pertukangan. Mengetahui cara membersihkan dan memasang sumbu lampu minyak dan sumbu dapur minyak. Menjahit butang pada baju atau pada seluar, atau menjahit lencana Pengakap di baju dengan sempurna, Mencuci rumah termasuk longkang, tandas dan membersihkan sekeliling rumah. Menunjukan bagaimana persediaan untuk persiapan kerja mengecat di permukaan yang tegak dan mengetahui bagaimana mencuci berus cat yang telah digunakan. Mencuci dan menggosok baju dengan setrika. Membersihkan alat perkebunan seperti cangkul tajak, pongkes dan lain-lain selepas digunakan. Menyusun-atur alat pertukangan dan alat perkebunan dalam bilik simpanan istor untuk menjaga keselamatan kanak-kanak. Lencana Kepandaian
Lencana Kemahiran Lencana Pengurus Rumah Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak mengakui pengetahuan dan kesungguhan sebagai memberikan perkhidmatan dalam perkara pengurusan rumah seperti menyediakan minuman panas, memasak nasi, menyiapkan hidangan, menyapu sampah, mengemaskan bilik tidur dan sebagainya. Plih LIMA (5) sahaja. Menyediakan SATU jenis minuman panas seperti seteko kopi, teh, milo dan lain-lain sama ada bersusu atau tidak; menunjukkan cara menghidangkanya kepada tetamu. Menyediakan SATU jenis minuman yang menyegarkan seperti air limau manis, limau nipis atau air nenas, air tembikai, air kelapa dan lain-lain. Menyediakan sup (rebusan) yang tingkas dari bahan makanan segera atau menggoreng telur, merebus telur, bahan makanan segera seperti Burger dan Hotdog. Memasak nasi atau bubur atau nasi goreng untuk hidangan dua orang. Menggoreng ikan / udang / sardin / keledek / pisang / tauhu untuk hidangan dua orang. Membantu menyiapkan hidangan di meja makan, mencuci pinggan mangkuk, periuk belanga dan lain-lain. Мепуарu, mengibas habuk dan mengemaskan bilik tempat tidur. Mencuci pakaian seragam Pengakap dan pakaian sekolah sendiri serta pakaian peribadi seperti seluar dalam, stokin, kasut dan lain-lain. Lencana Kepandaian
Lencana Kemahiran Lencana Penyelamat Nyawa Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan menyelamat nyawa seperti memulihkan pernafasan CPR,berenang. Memadam kebakaran dan meminta pertolongan pihak BOMBA DAN PENYELAMAT, POLIS dan JPAM. Pemegang Lencana Ahli Renang. Menunjukkan cara terjun ke air dengan cara luncur meniarap dan tendang keribas (bantuan tenaga Pengajar diperlukan semasa tunjuk cara ini dan berenang Sejauh sekurang-kurangnya 50 meter). Menunjukan cara berenang gaya tangan di atas kepala, rangkaían meniarap, kual dada di dalam air. Menunjukan cara membantu orang lemas dalam air dengan cara: - Memegang rambut si malang dari belakang: - Mengangkat kepala si malang dari belakang - Memegang baju si malang : - Menyelamat menggunakan tali : - Melontar tali, kayu pendayung dan sebarang kayu. Menunjukkan cara memulihkan pernafasan (CPR) dari mulut ke mulut. Mengetahui cara menyelamat diri bila berlaku kebocoran paip tangki yang beracun, memahami cara meminta pertolongan dan bantuan daripada pihak yang sewajarnya. Memahami / mengetahui cara menyelamat dari api : Memahami isyarat kebakaran di bangunan besar dan cara memecahkan kaca pengera kebakaran. Menunjukan cara menyelamat diri dalam kebakaran. Lencana Kepandaian
Lencana Kemahiran Lencana Pertolongan Cemas Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan pertolongan cemas seperti memberhentikan pendarahan, membalut luka, menjaga peti pertolongan cemas dan membuat anduh Mengetahui isi kandungan dan mengetahui menggunakan serta menjaga peti pertolongan cemas. Mengetahui keupayaan memberi pertolongan cemas dan mengetahui mustahaknya mendapatkan bantuan atau pertolongan dari orang dewasa yang berpengalaman. Mengetahui cara bertindak member rawatan sementara kepada mangsa kemalangan yang dalam keadaan terkejut (shock). Terangkan kepada Pemeriksa l Penilai sekurang-kurangnya cara yang diperlukan. Menunjukan bagaimana memberhentikan darah keluar dari hidung. Mengetahui sekurang-kürangnya 5" tempat nadi terpenting dan tahu cara menahan darah yang keluar daripada badan pesakiL. Sebagai perawat sementara. Pengakap Kanak-капак hendaklah menunjukkan cara penahan darah keluar dari bahagian arten paha, lengan, selangka, leher, muka, pelapis, belakang dan kepala. Mengetahui bagaimana mencuci dan membalut luka dan mengetahui menggunakan jenis pembalutan termasuk pembalut tiga segi dan membuat anduh. Menunjukan cara merawat pesakit (dalam) hal memberi kerehatan, keselesaan keriangan. Mengetahui cara memadamkan pakaian yang terbakar dan merawat secara kecemasan kulit yang terbakar atau melecur. Mengetahui cara mengubati gigitan dan sengatan serangga selain dari gigitan ular, jengking dan semburan beracun. Mengetahui cara menolong orang pengsan / pitam selain dari terkena kejutan elektrik. Mengetahui cara membuat panggilan kecemasan kepada Pemeriksa / Penilai seperti memanggil Polis, Bomba dan Ambulan dengan jelas dan betul serta mengetahui tindakan yang perlu diambil apabila menemui kemalangan aau lain-lain kecemasan pelangaran kenderaan yang menyebabkan kemalangan. Lencana Kepandaian
Lencana Kemahiran (PENGAKAP MUDA) Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Pengakap Muda, sebagai mengakui minat dan kegemaran luar seperti berkhemah, memasak, mengembara, kecergasan jasmani, kemahiran Pengakap dan perkhidmatan. Sebelum layak mendapat lencana ini, seseorang Pengakap mestilah mendapatkan Lencana Keahlian terdahulu atau melalui Istiadat Meningkat Naik. Untuk lulus Lencana Usaha seseorang Pengakap perlu lulus ujian-ujian berikut : - Cita-cita Pengakap Bendera Malaysia dan bendera negeri Negaraku dan lagu negeri Menaikan bendera Nama orang kenamaan Persetiaan Pengakap dan Undang-undang Pengakap Kemahiran Pengakap Undang-undang Lalulintas Jalan raya Memilih tapak perkhemahan Keperluan peribadi untuk berkhemah Alat pertolongan cemas peribadi Menghidupkan api Mendiri dan menurunkan khemah kecil Kecenderungan dan Minat Kraftangan Plaster cast Rekod 12 orang sahabat pena Lencana Kemajuan
Lencana Kemahiran Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Pengakap Muda, sebagai mengakui pelbagai kemahiran , kegiatan luar dengan memperkenalkan asas berdikari dan perkhidmatan seperti ilmu Kawad Tongkat, Istiadat Bendera, Pertolongan Cemas dan sebagainya. Sebelum layak mendapat lencana ini, seseorang Pengakap Muda mestilah terlebih dahulu mendapatkan Lencana Usaha dan DUA (2) Lencana Kumpulan Kegemaran. Seseorang Pengakap Muda Udara perlu LULUS semua bahagian berikut : - Cita-Cita Pengakap. Kecergasan dan Kesegaran Jasmani. Kemahiran Berpengakap. Cita-cita Pengakap Organisasi MPD, MPM dan PPM Melukis bendera semua negeri Malaysia Nama penuh PN, PD dan PPD Undang-undang Pengakap Kecergasan dan Kesegaran Jasmani Latihan asas perbarisan Kawat tongkat Upacara mengibarkan dan menurunkan bendera Memanjat tali / pokok Kemahiran Pengakap Menjaga, mengasah dan menyimpan kapak, kapak penebang dan gergaji. Teknik menggunakan kapak Simpulan dan ikatan Tindih kasih ganda (double bowline) Belit lucut (highwayman’s hitch) Memasak makanan rimba (backwood’s man) Menghidupkan api Roti lilit Ikan Model projek perintis Kajian satu perkara berikut: Burung, binatang dan pokok tempatan Lencana Kemajuan
Lencana Kemahiran Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Pengakap Muda, sebagai mengakui kebolehan dan keberanian serta penghargaan diri dalam menjalankan tanggungjawab dan kepimpinan seperti Kepimpinan Ketua Patrol, Khidmat Masyarakat, Cabaran Aktiviti Luar, Komunikasi Radio Amatur, IImu Pertolongan Cemas, Penyelamat Nyawa. Sebelum layak mendapat lencana ini, seseorang Pengakap Muda Udara mestilah mendapatkan Lencana Maju, dan Lencana Kepandaian (TIGA Lencana Pengetahuan dan TIGA Lencana Perkhidmatan) serta Lencana Ahli Udara Kelas I terlebih dahulu. Untuk lulus Lencana Jaya seseorang Pengakap perlu LULUS ujian-ujian berikut : - Cita-cita Pengakap Organisasi Biro Pengakap Sedunia dan Biro Wilayah Asia Pasifik Sejarah tertubuhnya Malaysia Jata Kebangsaan dan Lambang Negeri Tugas kerja Dewan Undangan Negeri Mengenali Ketua Pengakap Negara dan Ketua Peseruhjaya Pengakap Negara Kecergasan dan Kesegaran Jasmani Latihan asas perbarisan Kawat tongkat Halangan komando Kepimpinan Menghadiri kursus ketua patrol atau melatih dua orang pengakap untuk Lencana Maju Kebolehan: Merancang dan menjalankan pengembaraan Merancang malam pengakap Menjalankan mesyuarat ketua patrol Membawa bendera Lencana Kemajuan
Lencana Kemahiran Lencana Koleksi Hobi Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam mengisi masa lapangnya seperti mengumpul pelbagai setem, matawang asing, sampul surat hari pertama, rantai kunci, lencanalencana Pengakap dan sebagainya. Mengumpul, menyusun dan mengatur dengan kemas dan menarik suatu jenis barang dalam tempoh yang tidak kurang daripada 6 bulan, seperti setem, kotak mancis, duit syiling, siput, pembalut tin , dll, Mengetahui serba sedikit berkenaan dengan benda yang dikumpul itu; membincangkan dengan Penilai sebab barang tu diplih dan dikumpul. Lencana Kepandaian Lencana Ahli Muzik Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam mengenali dan mengetahui bermain dengan pelbagai jenis alat muzik, mengetahui kaedah-kaedah menjaga alatan dengan baik, dapat menyanyikan pelbagai jenis lagu dengan iringan alat muzik tersebut. Untuk mendapatkan lencana ini , Pengakap mesti LULUS semua ujian dalam mana- mana SATU Bahagian A, B, C,D atau E. BAHAGIAN A Menyanyikan sebuah lagu yang ada korus. Mengetahui erti tanda tempo dan tanda muzik yang menunjukan tinggi rendah, panjang pendek suara dalam titinada ‘Sonata', ‘Concerto' dan ‘Oratario” memberi 3 contoh bagi tiap-tiap satu. Membincangkan dengan Penilai sekurang-kurangnya dua pertunjukan hiburan terbaru yang dilhat atau didengari melalui televisyen atau radio. BAHAGIAN B. Menyanyi 2 buah lagu yang di pilih sendiri dan sebuah lagu lagi yang sesuai untuk dinyanyikan dengan iringan muzik atau memainkannya dengan alat muzik. Menyanyi 2 buah lagu pilihan sendiri, atu bertempo cepat dan lagi satu bertempo lambat dengan memainkan alat muziknya sendiri atau dengan iringan muzik latar. Ingatan : Titinada (nota muzik) boleh digunakan. Mengetahui eri tanda tempo 'Sonata', “Concerto' dan 'Oratario' serta memberi 3 contoh bagi tiap-tiap satu. .
Lencana Kemahiran Lencana Ahli Pertahanan Diri Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai minat dan pengetahuan dalam mengisi masanya dalam bidang pertahanan diri seperti Seni Silat, Taekwando, Wushu, Salambam dan sebagainya. Menjadi ahli sekurang-kurangnya 5 bulan dalam persatuan seni mempertahankan diri yang berikut- Seni Silat, Kung Fu, Karate, Tae Kwon Do, Judo, Akido, Salambam dan sebagainya. Mengetahui Sejarah seni mempertahankan diri yang berkenaan. Mengetahui prinsip yang terkandung dalam seni mempertahankan diri yang berkenaan Mengetahui jenis kekuda, pergerakan asas, jenis tangkisan serta jenis serangan tangan dan kaki. Menunjukan cara membuat penyerangan serta menangkis serangan dengan menggunakan kemahiran yang dipelajarinya. (One-Step Sparing and Free-Sparing). Lencana Kepandaian Lencana Ahli Renang Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam berenang, memahami langkah-langkah keselamatan di air, menunjukan pelbagal kemahiran renang seperti kuak lentang. gaya bebas dan sebagainya. Berenang Sejauh 100 meter dengan sebarang cara atau gaya. Berenang dengan 2 cara yang dipilih dari senarai berikut:- Berenang menyelinap ke hadapan sejauh 50 meter. (front crawl) Berenang menyelinap ke belakang sejauh 50 meter. (back crawl) Berenang katak sejauh 50 meter. (breaststroke) Berenang kupu-kupu sejauh 50 meter. (butterfly stroke) Terjun ke permukaan air dari arah sebelah kolam renang alau tempat renang. Berenang di air yang cetek sejauh 25 meter dengan memakai pakaian yang ringan, berjalan di air selama 1 minit dan menanggalkan pakaían dalam air. Berenang sejauh 25 meter menuju kearah orang yang ‘lemas' pusingkan badannya dan membawanya ke tepi dengan menggunakan cara menyelamat yang diakui:- Menunjukkan cara menyelamatkan nyawa dengan pemulihan pernafasan yang diketahui.
Lencana Kemahiran Lencana Ahli Sukan Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam bersukan dengan menunjukkan keupayaan dalam berlari, melompat tinggi, melompat jauh, melontar cakera dan sebagainya. Memilih LIMA acara daripada bahagian ini, sekurang-kurangnya SATU daripada Tiap Kumpulan dengan mendapat darjah yang minima. Lencana Kepandaian
Lencana Kemahiran Lencana Jurumasak di Khemah Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam memasak di khemah dengan menunjukkan kemahiran memasak dan menghidangkan pelbagai jenis masakan seperti ikan panggang. bubur, nasi, manisan dan sebagainya. Memasak DUA jenis makanan dengan tidak menggunakan perkakas dapur , untuk diri sendiri dan seorang lagi . Memasak dan menghidangkan dengan sempurna satu daripada yang berikut : Ikan panggang Roti berlauk Bubur Memasak dan menghidangkan dengan sempurna satu daripada yang berikut : Mee rebus / goreng Ayam / daging masak panggang atau salai Masakan biasa Memasak dan menghidangkan dengan sempurna satu daripada yang berikut : Sejenis makanan manis Halua buah-buahan Gula-gula manisan Lengkong Manis-manisan yang disediakan atas pilihan sendiri Menyediakan DUA jenis menu dengan sukatan sekali untuk satu patrol seramai 6 orang ahli ; tidak semuanya makanan itu perlu dimasak . Lencana Kepandaian
Lencana Kemahiran Lencana Juru Perpustakaan Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam perkara berhubung dengan pelbagai buku-buku yang dibaca, menjilid dan mendaftarkannya untuk rujukan dan sebagainya. Berikan kepada Penilai satu senarai yang mengandungi sekurang-kurangnya 12 jenis buku yang telah dibaca dalam tempoh 12 bulan lalu. Terangkan sebab bukubuku itu dibaca, apa pendapatnya mengenai buku-buku dan menjawab soalan berkenaan dengan buku-buku itu. INGATAN: Senarai tersebut hendalah mengandungi cerita fiksyen dan tidak fiksyen dengan tidak melebihi 3 buah buku oleh seorang pengarang dan tidak termasuk buku-buku teks sekolah. ATAU - Berikan kepada Penilai satu senarai mengandungi buku-buku yang digemarinya. Terangkan sebab buku-buku itu dipilih dan menjawab soalan berkenaan dengan kandungan buku-buku itu. Mengetahui apa yang dikatakan Buku Rujukan dan apakah maklumat yang diperolehi daripada buku itu. Terangkan dengan ringkas cara mengatur dan menyusun buku supaya mudah dicari. Lencana Kepandaian
Lencana Kemahiran Lencana Peladang Muda Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam bidang pertanian diantaranya pengurusan kawasan kebun, memelihara ternakan dalam tempoh tidak kurang setahun dengan Pengakap Muda mesti LULUS semua ujan dalam SATU Kumpulan A, B. C atau D berikut:- KUMPULAN A - Mengetahui cara pengurusan suatu pusat ternakan di kawasan luar bandar atau desa. - Menunjuk cara pengelolan harian bagi sesuatu pusat ternakan dengan memberi penerangan berkenaan jenis ternakan, tanaman dan hasilnya, jentera yang digunakan dan tenaga pekerja di pusat tersebut. - Menghuraikan kepada Penilai perubahan pengelolaan yang berlaku di pusat ternakan di kawasan serta beni sebab perubahan itu dibuat. Melakukan latihan praktik di suatu pusat ternakan yang baru ditubuhkan. - Mengadakan 12 keping gambar yang diambil sendiri di pusat ternakan pilihannya dengan menunjukan sekurang-kurangnya 8 jenis kerja musim dalam setahun serta memberi keterangan ringkas mengenai gambar-gambar itu. KUMPULAN B. - Menanam dengan jayanya di suatu kawasan seluas sekurang-kurangnya 11 meter persegi, selama setahun 3 jenis pokok bunga yang tahan lama, 3 jenis sayuran. 3 jenis pokok bebawang, rumput-rampal atau pokok ros ( sebagai pilihan 8 jenis sayuran boleh ditanam). - Menerangkan kepada Penilai, berbagai kerja yang telah dijalankan dalam kebun itu dan hasil yang telah diperoleh. INGATAN : Penilai hendaklah melawat kebun itu sekurang-kurangnya 4 kali dalam tempoh setahun. Lencana Kepandaian
Lencana Kemahiran Lencana Pelukis Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui rnat dan pengetahuan dalam mengisi masanya dalam bidang seni lukis din seperti membuat lakaran dan lukisan bertemakan alam semulajadi, pemandangan dan mengetahui kaedah mewarna di atas pelbagai jenis objek. Melukis satu pemandangan dari sebuah cerita yang dipilih oleh penilai. Melukis rupa seorang manusia yang wajahnya bengis, tersenyum atau sedih, Melukis satu pemandangan keindahan alam semulajadi yang ditentukan oleh penilai. Melukis poster gambar simpulan dan ikatan yang telah dipelajarinya. Melukis gambar perkhemahan (layout) yang ideal. Melukis sekurang-kurangnya tiga gadjet yang penting dalam perkhemahan. Melukis lambang Pengakap pada apa jua bahan seperti kadbod.papan lapis, 'polystrene' dan sebagainya. Mengumpul berbagai lukisan dari keratan akhbar dan majalah untuk dijadikan rujukan dan panduan. Lencana Kepandaian Lencana Pengail Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui minat danpengetahuan dalam peraturan keselamatan dalam air, tindakan yang perlu diambil sebelum mengharunginya, mengail di pelbagai jenis air seperti laut sungai, kolamdengan mempunyai rekod selama 3 bulan. Mengetahui peraturan keselamatan dalam air, memahami bahaya air dan mengetahui tindakan yang perlu diambil sebelum mengharunginya. Mengail di air tawar atau masin sekurang-kurangnya enam kali dalam tempoh tigabulan dengan menyimpan buku rekod menunjukan banyak ikan yang ditangkap. jenisnya, ukuran dan berat tiapnya bagi tiap-liap kali pergi. Rekod menyatakan carapenangkapan dibuat, jenis umpan digunakan dan keadaan cuaca dan air. - Mengenali 12 jenis ikan tempatan yang direkodkan di dalam buku log. Mempunyai pengetahuan tentang arah lubuk ikan, umpan yang disukai oleh setiap jenisikan itu serta ukuran matakail dan batu ladung yang sesuai Menunjukan cara melempar, membaling dan melabuhkan mata kail di air 6 kali berturut-turut sejauh tidak kurang dari 5 meter. ATAU Melabuhkan mata kail dengan batu ladungnya yang ringan ke dalam air sedalam lebihkurang 1 meter.
Lencana Kemahiran Lencana Penunggang Basikal Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam menunggang basikal dengan mengamalkan peraturan lalulintas dan keselamatan jalanraya, membaki pelbagal jenis kerosakan pada basikal dan meniaganya dengan baik. Mempunyai dan menggunakan dengan jayanya sekurang-kurangnya 6 bulan sebuah basikal yang cukup lengkap dan berkeadaan baik. Memperbaiki kerosakan seperti menukar tayar dan tiub, menampal tiup bocor, mengganti alat brek atau bahagian yang lain pada basikal itu mengikut arahan penilai. Mengetahui peraturan lalulintas dan keselamatan jalanraya serta boleh membaca peta jalan raya. Mengambil bahagian dalam kegiatan pengakap yang menggunakan basikal sekurang-kurangnya sejauh 10 kilometer. Mengulangi kata-kata satu berita yang diberi dengan secara lisan yang mesti disampaikan kepada pihak tertentu setelah menunggang basikal selama satu jam. Lencana Kepandaian
Lencana Kemahiran Lencana Ahli Berkhemah Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai pengetahuan dalamberkhemah dengan darjah mengakui perkhemahan paling tinggi, mengetahui langkah-langkah keselamatan berkhemah, memasak dan menghidang masakanpanas dan sebagainya. Telah berkhemah dalam patrol sejumlah sekurang-kurangnya 12 malam . Mendirikan , meroboh dan menggulungkan khemah pengembara . Mengarah dengan jayanya kerja mendiri , meroboh dan menggulungkan sebuahkhemah patrol Mengetahui perkara mustahak yang perlu dipertimbangkan apabila memilihtempat untuk tapak perkhemahan . Mengetahui prinsip berkenaan dengan kebersihan dan keselamatan dalamperkhemahan . Menunjukan cara menyimpan bahan makanan di khemah kuartermaster. Membuat sendiri tempat menyimpan bahan makanan, dapur pelantar dan duagadget lain yang dipilih sendiri dalam perkhemahan. Memasak untuk 2 orang sama ada masakan panas untuk sarapan pagi atau satuhidangan biasa termasuk sejenis sayur-sayuran . Mempunyai pengetahuan untuk mencapai darjah perkhemahan yang palingtinggi . Lencana Kepandaian Lencana Ahli Elektronik Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui pengetahuandalam mengenali alat elektronik dengan mengetahui fungsi-fungsinya dan dapatmenunjukan kaedah pemasangan alat-alat tersebut dengan betul. Menunjukkan sekurang-kurangnya 4 jenis litar elektrik (circuit) yang telah di pasang, satu daripadanya mestilah pada set radio yang mudah. Terangkandengan bahasa umum yang mudah difahami bagaimana tiap-tiap satunya ituberfungsi. Senaraikan sekurang-kurangnya 4 jenis alat elektronik untuk kegunaan rumahtangga dan perindustrian serta terangkan bagaimana tiap-tiap satu ituberfungsi. Mengetahui teori yang mudah bagi transistor dan bagaimana alat itu bolehdigunakan untuk dirangkaikan kepada alat-alat 'resistor’ , 'capacitors' dan'coils' bagi membuat satu litar elektronik yang mudah. Membuat litar elektrik bagi menyalakan lampu LED.
Lencana Ahli Mekanik Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui menunjukkan pengetahuan dalam bidang mekanikal dengan menunjukkan kebolehan merawat (service) pelbagai jenis enjin, mengetahui bahagian asas enjin motosikal, menunjukkan kebolehan menggunakan alat pemeteri dan sebagainya. Pengakap mesti lulus SEMUA ujian dalam SATU BAHAGIAN iatiu Bahagian A. B atau C yang dipilihnya. BAHAGIAN A. Mengetahui perbezaan diantara enjin jenis 2 lejang Mengetahui bahagian asas motosikal. Membuka, mencuci dan memeriksa ukuran celah plag motosikal. Menukar minyak pelincir motosikal; mengetahui memeriksa paras minyak pelincir itu. Tahu membuka tayar motosikal serta menampal tiup yang bocor dan memasangnya semula. Mengetahui cara membetulkan 'clutch' dan brek motosikal. Menukar mentol motosikal yang terbakar pecah. Mengetahui cara menegangkan rantai morosikal yang kendur. Mengetahui cara menambahkan air bateri motosikal. Lencana Kemahiran Lencana Kepandaian BAHAGIAN B. Membuat alat penerima radio (radio receiver) yang menggunakan dua mentol (valves) atau transistor, di atas sekeping papan, Jika dikehendaki pendengar telinga (headphone) boleh juga dipasang. Melukis litar elektrik (circuin) penerima radio itu dan terangkan kepada Penilai fungsi tiap-tiap satu bahagian alat yang digunakan itu. Menunjukkan kebolehan menggunakan alat pemeteri (soldering iron) dan tahu berjaga-jaga apabila menggunakan pemeteri pada transistor dan litar elektrik. Terangkan dengan ringkas syarat utama bagi mendapatkan Lesen Radio Amatur (transceiver) BAHAGIAN C Menerangkan prinsip dan perjalanan 2 jenis jentera motobot yang lebih dari 2 kuda kuasanya dan mengetahui cara menyelenggarakannya Mengetahui menjalankan jentera motobot yang berkuasa 4 kuda dan juga cara menyelenggarakan enjin laut diesel. ATAU Dengan bantuan minima, membuka, mencuci dan memasang balik enjin sangkut (outboand engine) serta memasangkanya pada bot dengan betul. Menerangkan cara mengetahui kerosakan kecil pada masa mula menjalankan enjin dan masa berlayar.
Lencana Ahli Penukang Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui pengetahuan dalam bertukang dan menunjukkan dengan kebolehan menggunkan peralatan pertukangan yang betul dengan membuat bakul, barangan kulit, menjilid buku, rak buku dan sebagainya. Untuk mendapatkan lencana ini, Pengakap mestilah lulus SEMUA ujian dalam mana-mana TIGA BAHAGIAN (pilihan sendiri) di antara A,B, C, D dan E. BAHAGIAN A. (Pembuat Baku) Membuat sendiri benda yang boleh digunakan sebagai bakul dari rotan, rumput atau jerami. Mengetahui di mana boleh didapati bahan mentah yang digunakan untuk membuat bakul dan bagaimana ianya diproses. Lencana Kemahiran Lencana Kepandaian BAHAGIAN D. (Tukang Kulit) Membuat tumit sepatu but atau tumit sepatu biasa dengan bahan kulit dengan cara dijahit atau dipakukannya. ATAU Mengadakan satu barang sahaja yang dibuat oleh Pengakap itu sendir : rantai kunci, wogel, sarung kapak pisau atau dompet wang yang dihiaskan dengan corak yang berwarna; mengetahui mencampur dan menggunakan berbagai-bagai campuran warna. Mengetahui alatan dan bahan yang digunakan untuk membuat barang yang dipilihnya itu. Mengetahui jenis kulit yang biasa digunakan dan cara memilihnya BAHAGIAN E (Percetakan) Mengaturkan satu rangka surat sebaran, menaip dan kemudian mencetakan surat sebaran itu. Mengenali jenis huruf percetakan mengikut saiz (point-system) dan namakan enam jenis. Mengetahui semua tanda pembetulan dalam percetakan serta mengetahui nama berbagai bentuk kertas yang berlainan jenis dan ukuranya.
Lencana Kemahiran Lencana Perhutanan Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui pengetahuan dalam mengenali pelbagai jenis pokok tempatan, menanam dan memelihara pelbagai jenis pokok dengan mengetahui kaedahnya mengikut peringkat-peringkat tertentu dan membuat kajian berkenaan tumbuhan-tumbuhan tersebut. Mengenali 15 jenis pokok tempatan dan juga mengenali pokok-pokok yang lain dengan berpandukan bahan rujukan. Mengetahui menanam dan memelihara pokok dan tumbuhan-tumbuhan dengan teratur dengan menerangkan tiap-tiap peringkat yang mustahak seperti membatas, merumput, membaja dan lain-lain serta sebab berbuat demikian; memahami akibat akan berlaku kepada pokok dan tumbuhan disebabkan kena api, masalah cuaca dan dibinasakan oleh binatang / serangga. Menyediakan tapak semaian dengan baja yang sesuai bagi pokok yang ditanam dan mengetahui mengahwin / mencantum pokok. Mengetahui cara memilih dan menggunakan kapak, menjaganya serta mengetahui peraturan keselamatan berkenan dengan mengguna dan menyimpan kapak. Menebang sebatang pokok, memotong dahan dan ranting serta menyusunnya potong dengan kemas potongan itu Membuat kajian tumbuh-tumbuhan di Hutan Simpanan Kerajaan / Hutan Lipur. Lencana Kepandaian
Lencana Kemahiran Lencana Pelihat Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui pengetahuan dalam mengenali pelbagai jenis objek dalam permainan Kim, mengenali pelbagai jenis tapak kaki binatang. burung dan melakukan aktiviti menjejak di suatu kawasan yang belum pernah dilalui sejauh 1.5 km. Dalam Permainan Kim, mengingati 20 daripada 25 jenis benda yang berlainan selepas melihatnya selama satu minit. Ujian itu hendaklah dibuat dua kali berturut-turut dan setiap jenis benda hendaklah dinyatakan dengan jelas. Mengenali 8 daripada 10 jenis bunyi yang senang dengan mendengarnya sahaja. Membuat laporan lisan kurang daripada satu minit berkenaan dengan satu kejadian yang dilakonkan melibatkan 3 orang pelakon. Laporan itu, mestilah mengandungi kenyatan yang penuh berkenaan dengan seorang daripada yang tiga itu yang dipilih oleh Penilai. Membuat enam acuan plaster jejak burung. binatang (dua daripadanya hendaklah mengenai burung atau binatang liar) dan kesan-kesan taya motokar atau basikal. Semua acuan hendaklah dibuat oleh Pengakap sendiri dengan menaruh label tarikh dan tempat diambilnya dengan betul dan terang. Mengikuti satu jejak di kawasan yang belum pernah dilalui sejauh 1.5 kilometer yang mengandungi sekurang-kurang 25 jenis kesan binatang, kenderaan dan lain-lain. Lencana Kepandaian Lencana Pengembara Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui pengetahuan dalammengembara seperti berjalan kaki,berbasikal, berperahu atau berakit, mengetahuipersedian dan langkah-langkah keselamatan semasa mengembara dan melakukanaktiviti pengembaraan bersama sejauh 10km dengan panduan kompas dan peta. Mengembara dengan berjalan kaki, berbasikal, berperahu atau berakit bersamasama dua orang Pengakap dalam masa sekurang-kurangnya 2 hari 1 malam ke suatutempat yang belum pernah lawati dengan membawa alatan dan bekalan yang cukup. Mengetahui persediaan suatu pengembaraan serta menyusun alatan berkenaandengan rapi. Merancangkan satu projek berhubung dengan pengembaraan tersebut danmembuat peta mengandungi semua jalan kampung dan taliair dalam lingkungan duakilometer daripada satu tanda. Menunjukkan rancangan itu kepada Penilai bagikelulusanya dan selepas itu menjalankan pengembaraan itu seorang diri ataubersama seorang Pengakap lain. Mengembara dengan seorang Pengakap lain sejauh 10 km dengan berpandukankepada kompas dan peta sahaja.
Lencana Kemahiran Lencana Tukang Masak Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui pengetahuan dalam menyediakan bahan dan memasak hidangan untuk tetamu dengan pelbagai jenis masakan seperti kari daging, manisan, bubur kacang, sup dan sebagainya. Mengetahui terma masakan umum seperti : tumis, cincang, parut, seram kuku, manis-manis buah dan sebagainya. Lencana Kepandaian
Lencana Kemahiran Lencana Pertolongan Cemas Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai pengetahuan dan kesungguhan memberikan mengakui perkhidmatan pertolongan cemas dengan mengelahui kaedah pemulihan nafas, melaporkan kemalangan kepada pihak berkuasa dan mengetahui pelbagai kaedah balutan yang betul. Menerangkan susunan anggota jasmani dan fungsi tiap-tiap satu. Mengetahui kedudukan urat nadi dan tahu bagaimana memberhentikan keluaran darah. Menunjukkan cara memulihkan seorang yang terkejut (shock) termasuk yang terkena kejutan elektrik. Lencana Kepandaian Lencana Ahli Anti-Dadah Lencana ini diberikan kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan dalam perkara berkenaan bahaya dadah, tingkah laku negatif dan mengikuti Skim Lencana Anti Dadah (SLAT) yang dianjurkan bersama Agensi Anti-Dadah kebangsan (AADK). Sijil Anti-Dadah akan dikeluarkan oleh pihak sekolah kepada Pengakap yang layak menerimanya. Lencana Ahli Komuniti Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai memberikan mengakui pengetahuan dan kesungguhan perkhidmatan bersama ahli masyarakat di pelbagai peringkat seperti majlis gotong-royong, aktiviti kemahiran bersama OkU, mengenali fungsi Jabatan Polis dalam sebuah komuniti. Untuk mendapatkan lencana ini, Pengakap Muda perlu lulus SEMUA syarat yang terkandung dalam SATU Bahagian sahaja: BAHAGIAN A Mengkaji perkhidmatan kemasyarakatan setempat (seperti pendidikan, kesihatan. rekreasi dan sosial) dengan menggunakan Sumber Majlis Daerah, pegawai belia dan perpustakaan awam dan sebagainya. Membincang dengan Majlis Ketua Patrol bagaimana perkhidmatan kemasyarakatan tersebut dapat membantu menunaikan keperluan masyarakat. Menjalankan kajian berkenaan satu aspek masyarakat setempat di suatu kawasan selepas mengemukakan syor kepada Mailis Ketua Patrol dan Pemimpin Pengakap Kajian tersebut perlu mengambil sekurang kurangnya 6 bulan dan mereka yang dikaji adalah orang dewasa, kanak kanak, orang cacat, yatim piatu dan penganggur.
Lencana Kemahiran Lencana Jurubahasa Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan sebagai Jurubahasa dengan mengetahui pelbagai jenis bahasa terjemahan yang betul, menulis satu karangan dengan menggunakan bahasa-bahasa tersebut. Lulus ujian berikut dalam bahasa lain daripada bahasa ibunda: Berceramah dengan Pengakap atas tajuk yang diberi oleh Penilai selama sekurang-kurangnya 5 minit. Menulis satu karangan sekurang-kurangnya 150 patah perkataan atas tajuk yang diberi oleh Penilai. Menterjemahkan satu petikan daripada surat khabar atau majalah yang panjangnya lebih kurang 10 patah perkataan. Lencana Kepandaian Lencana Kuartermaster Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengaku pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan sebagai Quartermaster dengan menunjukkan kebolehan menjaga peralatan perkhemahan, menyimpan rekod dan menilai barangan berkenaan. Lencana Pemadam Api Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui perkhidmatan dalam perkara berhubung dengan berkebolehan dalam semasa kebakaran, tindakan kebakaran. menggunakan peralatan pemadam Mengetahui tugas Pasukan Bomba dan Penyelamat Tempatan Memahami bahaya api dan mengetahui tindakan mencegah kebakaran di rumah mengenai semua jenis alat pemanas khususnya pemanas yang menggunakan, minyak dan bahan pembakar terbuka, pemanas elektrik, bahan pembakar khasnya mancis, wayar elektrik, fius dan lain-lain alat; penggunaan alat gas dan minyak petrol, pengawasan bunga api, lin, unggun api, perhiasan rumah Merancangkan persediaan mencegah kebakaran bagi sesuatu perhimpunan Pengakap atau seumpamanya termasuk peraturan tempat duduk.Mengetahui sebab persediaan sedemikian perlu.
Lencana Kemahiran Lencana Pengawal Perkhemahan Lencana ini diberikan kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan dan bertugas sebagai pengawal perkhemahan dengan memahami sesuatu tempat perkhemahan dan menunjuk cara menjaga peralatan perkhemahan dan sebagainya Lencana Penyelamat Nyawa Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan menyelamat nyawa dengan memahami langkah-langkah keselamatan di dalam air dan menunjukkan cara permulihan nafas CPR dengan betul. Telah memperolehi Lencana Ahli Renang. Menunjukan dua cara penyelamatan bagi melepaskan diri pertama di darat dan kedua di dalam air. Menunjukan kemahiran yang berikut- ‘Chin tow’ ‘Cross tow’ ‘Extended tow’ Lencana Kepandaian Lencana Setiausaha Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan sebagai Setiausaha dengan memahami pelbagai tugas kesetiausahaan seperti menulis minit mesyuarat, membuat urusan dengan pihak berkenaan dan menyediakan laporan sesuatu program.
Lencana Kemahiran (PENGAKAP REMAJA) Lencana Kemahiran Lencana ini diberikan kepada Ahli Pengakap Remaja sebagai mengakui pengetahuan dan pelbagai kemahiran dalam kegiatan luar dengan memperlihatkan darjah tertinggi ilmu asas perbarisan, simpulan dan ikatan, projek perintis, ilmu berkhemah dan navigasi serta ikhtiar hidup. Untuk lulus Lencana Kemahiran seseorang Pengakap perlu lulus ujian-ujian berikut : - Telah mencapai darjah yang tertinggi dalam ilmu asas perbarisan sebagaimana yang dikehendaki dalam Lencana Usaha, Lencana Maju, Lencana Jaya, kawat tongkat serta cara membawa bendera dan telah melatih dengan jaya satu unit Pengakap dalam ilmu tersebut.’ Membina satu projek perintis secara berpatrol seperti menara, jambatan atau 'aerial runway' tidak kurang daripada 5 meter tinggi atau panjang. Lencana Jayadiri Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Remaja, sebagai mengakui pengetahuan dalam Kenegaraan, Fungsi-fungi Parlimen Malaysia, Badan Berkanun dan mempunyai Buku Log Pengakap yang kemas kini. Mengetahui fungsi-fungsi Parlimen. Melukis dan menerangkan rupabentuk bendera semua Negeri dalam Malaysia dan mengetahui Lambang Malaysia dan Lambang Negeri masing-masing. Menerangkan fungsi satu daripada agensi Kerajaan atau badan berkanun seperti UDA, MARDI, MARA, FELDA, LPN, PETRONAS dan lain-lain. Lencana Kegiatan Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Remaja, sebagai mengakui pengetahuan dan pelbagai kemahiran dalam Ketukangan, Tarian Kebudayaan, Seni Krat, Pertanian, Seni Muzik, Seni Beladiri, ICТ dan pengendalian Urusetia. Pementasan Mengambil bahagian Utama sebagai pelakon atau pengarah dalam satu lakonan diperingkal sekolah atau mana-mana peringkat lain. ATAU Pertukangan Kayu / Logam Membuat sebuah perabot yang berguna seperti bangku, tempat letak kasut, meja kecil, tempat sangkut tuala, tempat letak buku dan sebagainya. ATAU Tarian Kebudayan Menari satu jenis tarian kebudayaan kebangsan yang benkut aitu Joget, Inang, Canggong, Zapin, Sumazau, Ngajat dan tarian-tarian yang terkandung dalam Kebudayaan Negara.
Lencana Kemahiran (PENGAKAP REMAJA) Lencana Perkhidmatan Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Remaja, sebagai mengakui pengetahuan, kemahiran, kecekapan dalam pertolongan Cemas, Kebombaan, Penyelamat Nyawa dengan memperlihatkan darjah tertinggi dalam melaksanakan perkhidmatan-perkhidmatan yang berkaitan dengannya. Menyelamatkan Nyawa. Lulus dan mempunyai SATU sijil mana-mana satu kemahiran perkhidmatan yang berikut: Pertolongan Cemas - Sijil Peringkat Asas yang dikendalikan oleh Pegawai Perubatan bertauliah atau St. John Ambulan atau Bulan Sabit Merah atau Jabatan Pertahahanan Awam Malaysia atau yang setaraf dengannya). Pemadam Api - Sijil Asas Kebombaan yang dikendalikan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Penyelamat Nyawa atau 'Bronze Medallion' daripada Persekutuan Penyelamat Nyawa atau badan -bad an lain yang diiktiraf seperti Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Lencana Ekspedisi Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Remaja Udara, sebagai mengakui pengetahuan dan pelbagai kemahiran dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan program dan rancangan ekspedisi seperti berbasikal, berperahu, berakit, mendaki Gunung, berjalan kaki dan melengkapkan Log Ekspedisi seperti disyaratkan.
Lencana Kemahiran (PENGAKAP Kelana) Lencana Pengembaraan Lencana ini dianugerahkan kepada AhIi Kelana, sebagai mengakui berbagai kegiatan dan aktiviti pengembaraan dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan program dan rancangan pengembaraan tersebut. Menjalankan salah SATU daripada pilihan pengembaraan berikut: Berjalan kaki sejauh 60km (masa bermalam: minima 2 malam). Berdayung sampan/kayak/rakit sejauh 30km (masa bermalam: minima 2 malam). Berbasikal sejauh 100km (masa bermalam: minima 2 malam). Lencana Kemahiran Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran, kegiatan dan aktiviti luar dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan program dan kegiatan seperti berkhemah, projek perintis, ikhtiar hidup dan pandu arah Lencana Perkhidmatan Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran, ilmu pengetahuan dan kecekapan dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan perkhidmatan. Lencana Kepimpinan (Pilihan) Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran, kepimpinan dan pengurusan dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan program seperti Kursus, Seminar, Bengkel, Campfire Night.
Lencana Kemahiran (PENGAKAP Kelana) Lencana Penyelamat Nyawa (Pilihan) Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran dan ilmu pengetahuan tahap tertinggi dalam melaksanakan program dan perkhidmatan penyelamat nyawa, khidmat bantu mula, pengurusan risiko dan ikhtiar hidup. Lencana ICT (Pilihan) Lencana ini dianugerahkan kepada AhIi Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran, kegiatan dan aktiviti luar dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam teknologi komunikasi maklumat dan hubungan antarabangsa. Lencana Aktiviti Ekstrem (Pilihan) Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran, kegiatan dan aktiviti lasak luar seperti mendaki, menyelam, eksplorasi, berakit dan aktiviti ekstrem dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan program dan kegiatan tersebut. Telah melibatkan diri seminima TIGA kali di dalam mana-mana SATU daripada kegiatan ekstrem di bawah : Mendaki Gunung. Menyelam Skuba (Scuba Diving). Berakit di Air Deras (White Water Rafting). Berkayak di Laut / Sungai (Kayaking). Lencana Keusahawanan (Pilihan) Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran tahap tertinggi, kegiatan dan rancangan seperti penternakan, perikanan, pertanian, perladangan dan perniagaan dengan memperlihatkan dalam melaksanakan program dan perkhidmatan.
Sekian Terima Kasih