SEJADAH RINDU] Tingkatan 5 / 2 SVM
ULASAN IMPRESIF
EDISI PANDUAN MURID
Ahmad Azan Ab. Latif
GC Bahasa Melayu
Kolej Vokasional Wakaf Tembesu
azan ab latif GCBM KVWT 1
SEJADAH RINDU] Tingkatan 5 / 2 SVM
KANDUNGAN
Perkara Halaman
Istilah Aspek-aspek Sastera 3
Puisi Tradisional
• Beberapa Petua Hidup 7
• Berbuat Istana Zaman Dahulu 11
Puisi Moden
• Sejadah Rindu 15
• Pesan Lelaki Kecil kepada Gadis Kampus 18
• Erti Hidup Bererti 23
• Kudup Perang 26
Prosa Klasik
• Burung Terbang Dipipiskan Lada 31
Cerpen
• Cinta Ahmad Mutawakkil 37
• Hipertensi 42
• Gerhana Manusia 47
Drama
• Bukan Gila 52
• Latihan Praktis 57
PEMBAHAGIAN TAJUK KOMSAS 2SVM (Kolej Vokasional)
Semester 3 Semester 4
• Beberapa Petua Hidup
Puisi • Berbuat Istana Zaman • Sejadah Rindu
Tradisional • Pesan Lelaki Kecil
Dahulu Puisi Moden kepada Gadis
• Cinta Ahmad (Sajak) Kampus
Mutawakkil
Cerpen • Erti Hidup Bererti
• Hipertensi • Kudup Perang
• Gerhana Manusia
Prosa • Burung Terbang
Drama • Bukan Gila Tradisional Dipipiskan Lada
Novel • Bimasakti Menari
Hak Cipta Terpelihara ©Ahmad Azan Ab Latif
Unit Subjek Bahasa Melayu KVWT
azan ab latif GCBM KVWT 2
SEJADAH RINDU] Tingkatan 5 / 2 SVM
ISTILAH ASPEK-ASPEK SASTERA
1. SINOPSIS
Ringkasan tentang perkara penting dalam sesebuah karya.
Melalui sinopsis, pembaca dapat melihat persoalan, tema, mesej, nilai dan latar masyarakat dalam sesebuah
karya.
2. TEMA
Persoalan utama atau persoalan pokok yang dikemukakan dalam sesebuah karya. Tema berdasarkan
pengalaman watak utama dalam sesebuah karya.
3. PERSOALAN
Perkara atau hal-hal sampingan yang dikemukakan dalam sesebuah karya bagi memantapkan tema.
4. PLOT
Susunan atau rentetan peristiwa berdasarkan hukum sebab dan akibat. Peristiwa mungkin disusun mengikut
urutan (kronologi) atau songsang bergantung kepada daya kreativiti pengarang. Terdapat lima jalinan
peristiwa dalam sesebuah plot, iaitu permulaan, perkembangan, perumitan, puncak dan peleraian.
a. Permulaan
Pengarang memperkenalkan perkara-perkara utama yang akan diceritakan dalam novelnya seperti watak
atau latar sesuatu peristiwa yang berlaku.
b. Perkembangan
Cerita mula dikembangkan oleh pengarang dengan menggunakan pelbagai teknik.
c. Perumitan
Pengarang memasukkan konflik (kekusutan) yang dialami oleh watak dengan menggunakan pelbagai
teknik plot bagi menarik pembaca agar terus membaca cerita tersebut.
d. Puncak
Merupakan saat ketegangan bagi bagi konflik yang timbul. Biasanya segala peristiwa yang menjadi tanda
tanya kepada pembaca akan terjawab.
e. Peleraian
Bahagian pengarang menyudahkan cerita. Segala kekusutan akan terlerai.
TEKNIK PLOT
Cara pengarang menyampaikan cerita dalam karyanya. Pengarang menyusun atur peristiwa-peristiwa yang
dialami oleh watak-watak dengan mengaitkan latar masa, tempat, pemikiran dan aksi watak-watak.
Kepelbagaian teknik plot dapat memancing minat pembaca untuk meneruskan pembacaannya.
a. Imbas kembali
Cara watak mengingati kisah yang pernah dilalui secara langsung. Disampaikan kepada pembaca melalui
lamunan watak atau watak bercerita kepada watak lain.
b. Imbas muka
Bayangan, gambaran atau ramalan peristiwa yang akan berlaku. Teknik ini digunakan untuk memberi
gambaran awal kepada pembaca.
c. Dialog
Perbualan atau percakapan antara dua atau lebih watak tentang sesuatu perkara.
azan ab latif GCBM KVWT 3
SEJADAH RINDU] Tingkatan 5 / 2 SVM
d. Saspens
Ketegangan yang diwujudkan oleh pengarang untuk menimbulkan perasaan ingin tahu pembaca terhadap
sesuatu peristiwa yang akan berlaku seterusnya. Pembaca akan tertanya-tanya dan akan terus membaca
karya tersebut.
e. Kejutan
Perubahan atau keadaan tingkah laku dan pemikiran watak yang dilakukan oleh pengarang bertentangan
dengan jangkaan pembaca. Pembaca terkejut akan peristiwa yang di luar jangkaan mereka.
f. Monolog
Monolog dalaman - Kata-kata yang diucapkan dalam hati watak, tanpa didengar oleh sesiapa pun.
Monolog luaran - Pengucapan secara senyap oleh watak kepada diri sendiri.
Watak yang bermonolog selalunya berdepan dengan konflik pemikirannya sendiri.
g. Pemerian
Pemerian ialah pengarang menceritakan watak-watak, latar dan aksi watak serta pemikiran mereka
secara langsung. Teknik ini membantu pembaca memahami sesuatu keadaan.
5. WATAK DAN PERWATAKAN
Watak :
Tokoh yang mendukung dan menggerakkan sesebuah cereka. Watak boleh terdiri daripada manusia dan
bukan manusia.
Jenis Watak :
Watak boleh dibahagikan kepada watak utama, watak sampingan, watak hitam, watak putih, watak bulat
atau bundar, watak pipih, watak dinamis dan watak statis.
Perwatakan :
Perwatakan bermaksud teknik seseorang pengarang menggambarkan dan melukiskan sesuatu watak
dengan melihat sifat luaran dan dalaman watak.
Perwatakan luaran merujuk kepada sifat fizikal seperti tinggi, bermisai tebal, cantik dan lain-lain. Perwatakan
dalaman merujuk kepada sikap atau sifat kejiwaan seperti rajin, baik, cinta akan negara, amanah, pemarah,
tegas dan sebagainya.
6. LATAR
Semua keterangan yang berkaitan dengan waktu, ruang, tempat, budaya dan terjadinya aksi dalam karya
cereka.
Latar Tempat
Merujuk kepada tempat dan persekitaran sesuatu peristiwa itu berlaku dalam sesebuah cerita.
Latar Masa
Menerangkan waktu atau masa kejadian itu berlaku dan jangka masa peristiwa itu terjadi serta zamannya.
Latar Masyarakat
Menjelaskan gambaran masyarakat yang terdapat dalam karya. Latar masyarakat yang menyentuh tentang
pekerjaan, agama, kepercayaan, amalan, sikap dan sebagainya
7. GAYA BAHASA
Cara pengarang mengolah cerita menggunakan bahasa yang dikuasainya. Selalunya pengarang menggunakan
pelbagai variasi bahasa untuk menyampaikan perasaan dan pemikirannya.
azan ab latif GCBM KVWT 4
SEJADAH RINDU] Tingkatan 5 / 2 SVM
Gaya Bahasa Perbandingan
(a) Hiperbola – Gambaran sesuatu keadaan secara berlebih-lebihan atau melampau.
Contoh : Sanggup kurenang lautan api. Harapan ayah menggunung tinggi.
(b) Sinis – Mencemuh atau mengejek seseorang.
Contoh : Anak haram kau. Jijik aku melihat telatahnya.
(c) Sarkasme – Gaya bahasa kiasan yang lebih kasar daripada gaya bahasa sinis.
Contoh : Hai anjing, keluar kau dari sini!
(d) Imejan – Memberi gambaran jelas tentang sesuatu.
Contoh : Perempuan cantik. Lelaki tinggi lampai.
(e) Simbolik / Perlambangan – Mempunyai kaitan dengan lambang-lambang (objek atau perkara)
tertentu.
Contoh: Warna putih lambang kesucian. Warna hitam lambang kedukaan dan dosa.
Contohnya : Bunga melambangkan wanita cantik. Merah melambangkan keberanian.
(f) Simile – Perbandingan langsung dengan sesuatu perkara. Melibatkan penggunaan perkataan seperti,
laksana, bak, bagai, macam, dan umpama.
Contoh: Seperti kolek terdampar di pasir.
(g) Metafora – Perbandingan yang dibuat secara tidak langsung dengan menggunakan dua patah
perkataan yang terdiri daripada perkataan abstrak dan konkrit.
Contoh : Langit kehidupan. Inilah pokok kemajuan.
(h) Personifikasi – Perbandingan yang memberi sifat manusia kepada benda yang tidak bernyawa.
Contoh : Kampung halaman memanggil-manggil aku pulang.
Gaya Bahasa Penegasan
(a) Inversi – Menggunakan pembalikan susunan kata dalam kalimat untuk menjadikannya lebih menarik.
Contoh : Telah kusoal diri ini berkali-kali. Di atas bukit itu rumah saya.
(b) Repetisi – Menggunakan pengulangan kata untuk tujuan penegasan. Contoh : Sudah beberapa kali
ayah memarahinya. Sudah beberapa kali ibu memarahinya. Sudah beberapa kali imam menegurnya.
“Kau tahu tak, anakku! Kau pergi… Bagaimana dengan mak dan adik-adikmu?”
(c) Sinkope - Menggunakan perkataan yang diringkaskan. Contoh : tak, dah, tapi dan lain-lain.
Pengulangan
(a) Anafora – Pengulangan kata pada awal baris secara berurutan.
Contoh: Sudah takdir sudah suratan, Sudah nasib jadi begini.
(b) Simplok - pengulangan pada awal dan akhir beberapa baris yang berturut-turut.
Contoh: “Itulah anak kita. Itulah cucu kita dan itulah menantu kita,” bisik Besah.
(c) Responsi - pengulangan kata atau frasa di tengah-tengah baris secara berturutan.
Contoh : Sahihlah kereta itu kereta Fikri. Sahihlah Fikri balik. Sahihlah kejadian itu.
(d) Epifora – Pengulangan kata pada baris akhir.
Contoh: keli masuk haruan keluar, matahari masuk bulan keluar.
(e) Repitasi – Pengulangan kata sama ada pada awal, tengah atau akhir ayat.
Contoh: Ini khazanah bapak, ini khazanah bapa.
Bunyi
(a) Rima - keselarasan bunyi atau persamaan bunyi pada kata atau pada suku kata terakhir dalam
sesuatu ayat atau sesuatu baris puisi. Rima akhir merujuk kepada bunyi pada suku kata dalam
setiap baris puisi.
(b) Asonasi – pengulangan bunyi vokal (a, e, i, o, u) yang sama dalam baris-baris sajak.
Contoh: Anak-anak yang sedang lena.
(c) Aliterasi – pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris-baris sajak.
Contoh: Burung-burung berterbangan di udara,
azan ab latif GCBM KVWT 5
SEJADAH RINDU] Tingkatan 5 / 2 SVM
Nada
Perasaan atau emosi pengarang atau penyajak yang mempengaruhi bunyi dari segi tinggi rendahnya
tekanan suara.
(a) melankolik (sedih, sayu, mendayu-dayu)
(b) romantik (tenang, gembira)
(c) patriotik (penuh semangat perjuangan),
(d) sinis (tidak senang)
(e) protes (marah, kecewa, dendam)
Gaya Bahasa Lain
(a) Diksi iaitu pemilihan kata yang sesuai dengan latar tempat dan masyarakat.
(b) Penggunaan bahasa seharian (dialek) dan bahasa asing.
(c) Penggunaan peribahasa, ayat pendek dan ayat panjang.
8. NILAI
Nilai merujuk kepada sifat positif yang ditunjukkan melalui sifat-sifat watak, seperti berani, setia, jujur, kasih-
sayang dan sebagainya.
Contoh nilai kemanusiaan (semua nilai murni) : baik hati, jujur, bijaksana, yakin diri, mesra, berani,
bertanggungjawab, tegas, bersih, tabah, sabar, dan sopan.
Contoh nilai kemasyarakatan : tolong-menolong/bekerjasama, taat setia, adil, simpati, hormat-
menghormati, patriotik, tanggungjawab, unsur kekeluargaan, unsur cinta dan kasih sayang. Dalam KBSM,
terdapat 16 nilai murni yang perlu diketahui dan difahami oleh murid.
9. PENGAJARAN
Pengajaran merupakan mesej atau amanat pengarang yang diharap akan menjadi teladan kepada pembaca
melalui peristiwa yang berlaku dalam novel. Pengajaran biasanya menyuruh kepada perkara baik (haruslah)
dan melarang pembaca melakukan perkara yang merugikan ( janganlah ).
10.SUDUT PANDANGAN
a. Sudut pandanan orang pertama
Pengarang bercerita sendiri atau terlibat dengan menjadi watak utama atau watak
sampingan dengan gaya Aku. Jalan cerita dibawa sendiri oleh watak Aku.
b. Sudut pandangan orang ketiga tidak terbatas (serba tahu)
Pengarang bersikap serba tahu dengan mengisahkan cerita melalui watak lain menggunakan kata ganti
nama diri orang ketiga, iaitu dia dan mereka atau nama sebenar watak.
c. Sudut pandangan orang ketiga terbatas
Pengarang hanya memilih watak tertentu sahaja dan penceritaannya tertumpu kepada mereka. Watak
lain diceritakan sedikit sahaja.
d. Sudut pandangan objektif
Pengarang tidak terlibat dalam cerita dan menyerahkan kepada pembaca membuat penilaian sendiri
terhadap cerita tersebut.
azan ab latif GCBM KVWT 6
SEJADAH RINDU] Tingkatan 5 / 2 SVM
BEBERAPA PETUA HIDUP
Za’ba
FIKIR DAN KATA - Maksud
Kurang fikir kurang siasat, Orang yang kurang berfikir dan kurang mengkaji pasti
Tentu dirimu kelak tersesat. hidupnya akan tersalah langkah.
Fikir dahulu sebelum berkata, Manusia mestilah berfikir sebelum berkata-kata agar dapat
Supaya terelak segala sengketa. mengelakkan sebarang perselisihan faham atau
persengketaan sesama manusia.
Perkataan tajam jika dilepas, Kata-kata yang kesat dan kurang sopan jika diujar akan
Ibarat beringin, racun dan upas. menyakitkan hati dan melukakan perasaan orang lain.
Kalau mulut tajam dan kasar, Seseorang yang kasar dalam pertuturan boleh menyebabkan
Boleh ditimpa bahaya besar. dirinya ditimpa pelbagai masalah.
Persoalan
• Persoalan tentang menjaga adab percakapan sesama insan.
Nilai
• Rasional – kita dinasihatkan agar berfikir dahulu sebelum berkata-kata untuk mengelakkan tersalah arah
dalam membuat keputusan.
• Kesopanan / hemah tinggi – Kita dituntut agar menjaga tutur kata supaya tidak menyinggung hati orang
lain.
Pengajaran
• Kita hendaklah sentiasa rasional sebelum melakukan sesuatu agar tidak mendatangkan masalah dalam
membuat keputusan.
• Kita hendaklah menjaga tutur kata supaya tidak menyinggung hati orang lain.
• Kita janganlah menggunakan bahasa yang kasar kerana boleh menjejaskan perhubungan antara kita.
SILANG SENGKETA - Maksud
Siapa menggemari silang sengketa, Sesiapa yang suka berselisih faham dalam hidup, dia akan
Kelaknya pasti berdukacita. diselubungi kesedihan
Silang selisih jangan dicari, Kita jangan sengaja mencari pergaduhan dengan orang lain
Jika tersua janganlah lari. dan setiap perselisihan faham harus diselesaikan, bukannya
dielakkan.
Persoalan
• Persoalan tentang keburukan perselisihan faham antara manusia.
Nilai
• Hemah tinggi – Kita perlu mengelak daripada bersengketa.
• Bertanggungjawab – Kita perlu menyelesaikan persengketaan yang berpunca daripada kita.
Pengajaran
• Kita janganlah suka bersengketa kerana kita juga yang akan rugi dan bersedih.
• Kita hendaklah menyelesaikannya sesuatu perselisihan yang timbul jika perkara tersebut berpunca daripada
kita agar tidak berpanjangan.
ILMU - Maksud
Jikalau ilmu tiada sempurna, Sekiranya mempelajari ilmu separuh jalan atau tidak
Tiada berapa ia berguna. sempurna, ilmu tersebut tidak akan berguna dalam
kehidupan.
Ilmu kepandaian boleh dikejar, Ilmu pengetahuan boleh diperolehi sekiranya kita belajar
Asal mahu rajin belajar. dengan rajin dan tekun.
azan ab latif GCBM KVWT 7
SEJADAH RINDU] Tingkatan 5 / 2 SVM
Persoalan
• Persoalan tentang kerajinan dan ketekunan dalam menuntut ilmu.
Nilai
• Ketekunan, kerajinan - Kita dinasihatkan agar tekun dan rajin belajar untuk menambahkan ilmu dan
kemahiran.
Pengajaran
• Kita hendaklah rajin dan tekun dalam menuntut ilmu dengan sempurna agar ilmu bertambah dan
memberikan manfaat kepada kita.
DUNIA PERGAULAN - Maksud
Dunia ini taman pergaulan, Dunia merupakan tempat untuk bergaul dan berinteraksi
Hendaklah pilih sahabat dan taulan. serta mencari rakan yang sesuai.
Manusia dikenal sifat budinya, Seseorang manusia dapat dikenali melalui budi bahasanya
Dengan dilihat siapa kawannya. dan melalui pergaulannya.
Burung yang sama corak dan bulu, Sekumpulan kawan yang baik biasanya akan bersama-sama
Selalu sekumpul ke hilir ke hulu. dalam pelbagai aktiviti kehidupan dan sentiasa bersama di
mana-mana sahaja.
Persoalan
• Persoalan tentang kebijaksanaan memilih sahabat dan rakan dalam pergaulan.
Nilai
• Kebijaksanaan – Kita perlu bijak dalam memilih sahabat dan taulan di dunia ini.
• Setia kawan – Seorang sahabat yang baik akan sentiasa bersama-sama mendorong rakannya ke arah
kebaikan.
Pengajaran
• Kita hendaklah bijak memilih rakan yang baik dan kekal bersama-sama mereka agar mendapat manfaat
daripadanya.
SIFAT-SIFAT YANG BAIK - Maksud
Jikalau kamu bersifat budiman, Seseorang yang berbudi bahasa akan dipandang tinggi dan
Dipandang sebagai bunga di taman. dihormati oleh ahli masyarakat.
Jikalau kamu bersifat dermawan, Seseorang yang murah hati dan suka menderma akan
Segala orang dapat kautawan. mendapat perhatian daripada masyarakat.
Jikalau kamu bersifat pemurah, Seseorang yang bersifat pemurah akan mudah mendapat
Segala manusia datang menyerah. kawan dan menjadi tempat untuk meminta bantuan.
Persoalan
• Persoalan tentang sanjungan masyarakat terhadap orang yang berjasa dan berhati mulia.
Nilai
• Baik hati, murah hati - Kita dituntut agar sentiasa berbudi sesama manusia.
Pengajaran
• Kita hendaklah bersikap budiman dan murah hati agar disayangi dan dihormati oleh masyarakat.
PERBUATAN YANG BAIK - Maksud
Barang siapa berbuat jasa, Sesiapa yang melakukan kebaikan namanya akan disanjung
Mulia namanya segenap masa. dan dikenang sepanjang zaman.
Menolong sesama wajib dan perlu, Kita haruslah membantu diri sendiri sebelum menghulurkan
tetapi tolonglah dirimu dahulu. bantuan kepada orang lain.
azan ab latif GCBM KVWT 8
SEJADAH RINDU] Tingkatan 5 / 2 SVM
Persoalan
• Persoalan tentang berbudi dan berjasa dengan ikhlas sesama manusia.
Nilai
• Tolong-menolong – Seseorang wajib menolong insan lain.
• Mengenang jasa – Seseorang yang berjasa akan dikenang sepanjang masa.
Pengajaran
• Kita hendaklah membantu sesiapa sahaja untuk meringankan beban mereka.
• Kita hendaklah mengenang jasa orang yang pernah berjasa kepada kita pada sepanjang masa.
SIFT-SIFAT YANG JAHAT - Maksud
Telunjuk lurus kelengkeng berkait, Kita mestilah berhati-hati terhadap manusia yang nampak baik
Hati sesama menjadi pahit. tetapi berhati busuk.
Barang siapa berbuat khianat, Orang yang menganiayai orang lain akan dimurkai dan
Tuhan kelak memberi laknat. mendapat balasan oleh Tuhan pada kemudian hari.
Persoalan
• Persoalan tentang setiap perbuatan akan ada balasan daripada Tuhan.
Nilai
• Kepercayaan kepada Tuhan – Tuhan akan membalas segala perbuatan manusia di dunia ini.
Pengajaran
• Kita hendaklah berbuat baik terhadap sesama manusia agar tidak dimurkai Tuhan.
TEMA
Nilai-nilai murni yang dapat dijadikan pegangan dalam kehidupan seharian. Gurindam ini menekankan
penghayatan nilai-nilai murni yang perlu ada dalam diri setiap insan.
BENTUK DAN CIRI-CIRI GURINDAM
1. Gurindam Beberapa Petua Hidup ialah puisi berbentuk terikat.
2. Terdiri 18 rangkap yang merangkuni tujuh tajuk.
3. Setiap rangkap mempunyai dua baris.
3. Setiap baris mempunyai tiga hingga enam patah perkataan.
4. Bilangan suku kata antara sembilan hingga dua belas suku kata sebaris.
5. Rima akhirnya sama iaitu aa.
GAYA BAHASA
1. Repetisi
Contoh, Kurang fikir, kurang siasat
Selalu berkumpul ke hulu ke hilir
2. Imej alam atau imejan
Contoh, dipandang sebagai bunga di taman.
4. Sinkope
Contoh, Tentu dirimu kelak tersesat
Segala orang kautawan
Tetapi tolonglah dirimu dahulu
azan ab latif GCBM KVWT 9
SEJADAH RINDU] Tingkatan 5 / 2 SVM
5. Simile
Contoh, Ibarat beringin, racun dan upas
dipandang sebagai bunga di taman.
6. Peribahasa
Contoh,
Telunjuk lurus kelengkeng berkait,
7. Metafora
Contoh, Dunia ini taman pergaulan
8. Inversi
Contoh, Mulia namanya segenap masa.
9. Anafora
Contoh, Jikalau ilmu tiada sempurna
Jikalau kamu bersifat budiman,
Jikalau kamu bersifat dermawan
10. Unsur bunyi :
Contoh, Asonansi – Perkataan tajam kalau dilepas ( Pengulangan bunyi vokal a )
Aliterasi – Supaya terelak silang sengketa ( pengulangan bunyi konsonan s )
Info Kata:
beringin – sejenis pokok, ara
upas – racun yang berasal daripada pokok
azan ab latif GCBM KVWT 10
SEJADAH RINDU] Tingkatan 5 / 2 SVM
SELOKA – BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU
Za’ba
RANGKAP 1
Baginda menitahkan orang besar empat,
Membuat istana puri berkota; Info Kata:
Lalu dipanggil Pawang Raja.
Puri – benteng atau kota
Pawang mengerah orang bekerja, yang dilinkungi parit
Empat puluh empat tukang dan utas, Utas – pandai, tukang
Siang malam tidak berhenti.
Maksud
Baginda sultan menitahkan orang besar berempat untuk membina sebuah istana yang dikelilingi parit dan
tembok. Oleh hal yang demikian, keempat-empat orang besar yang setia dan taat terhadap perintah raja
telah memanggil Pawang Raja. Pawang Raja telah mengerah empat puluh empat orang tukang yang mahir
bekerja siang dan malam tanpa henti untuk menyiapkan istana tersebut.
Persoalan
• Kesetiaan pembesar dan rakyat yang tidak berbelah bahagi kepada pemerintah.
• Kegigihan dalam melakukan tugas yang diamanahkan.
Nilai
• Ketaatan - Orang besar berempat menjunjung titah raja untuk membina dan menyiapkan sebuah istana yang
di kelilingi parit dan tembok.
• Amanah / Bertanggungjawab - Orang besar berempat mengurus pembinaan istana dengan amanah dan
bertanggungjawab sehingga dapat disiapkan dalam tempoh tujuh bulan.
• Kegigihan - Tukang yang mahir gigih menyiapkan istana raja dan bekerja siang dan malam.
.
Pengajaran
• Kita mestilah taat akan arahan ketua atau pemimpin demi keharmonian sesebuah negara.
• Kita mestilah memegang amanah yang diberikan kepada kita.
• Kita mestilah gigih mengerjakan sesuatu tugasan sehingga sempurna.
RANGKAP 2
Tujuh bulan tujuh purnama,
Istana siap dengan alatnya; Info Kata:
Besar tersergam sembilan ruang, Purnama – bulan (tiga puluh
Sepuluh dengan rembat guntung, hari)
Anjung – bahagian rumah
Sebelas dengan pancung serong,
yang ditinggikan
Dua belas dengan anjung tinggi.
Maksud
Pembinaan istana baginda itu menelan masa selama tujuh bulan dan siap sempurna dengan perabot dan
segala peralatan di dalamnya. Istana yang disiapkan itu tersergam indah dengan sembilan ruang utama yang
memiliki sepuluh batang tiang penyokong. Di dalam istana itu, ada sebelas kain yang disusun dan diikat
serong dengan puncanya tergantung dan memiliki dua belas kawasan anjung yang tinggi.
Persoalan
• Ketelitian dalam reka bentuk istana.
Nilai
• Ketelitian – Tukang yang mahir bekerja begitu teliti ketika proses membina istana.
azan ab latif GCBM KVWT 11
SEJADAH RINDU] Tingkatan 5 / 2 SVM
Pengajaran
• Kita perlulah teliti dalam melakukan sesuatu perkerjaan agar hasilnya akan menjadi baik
RANGKAP 3
Tiga sudut menteri delapan,
Tiang panjang maharaja lela, Info Kata:
Tiang tengah syukur menanti; Kasau – kayu yang
Galang-galangnya ular berang, melintang pada atap
Bega – terbang
Kasau kecil puteri menyembah,
Kasau lentik helang berbega.
Maksud
Istana yang dibina itu juga mempunyai tiga sudut untuk kegunaan lapan orang menteri yang utama yang
dihias dengan tiga batang tiang yang dinamakan maharaja lela. Di tengah-tengah istana itu, ada sebatang
tiang besar yang kukuh dinamakan syukur menanti. Selain itu, gelang-gelang istana bermotifkan ular
berang. Kayu yang melintang pada atap istana pula bercorak seorang puteri yang menyembah dan kasau
lentik bercorak ukiran helang terbang.
Persoalan
• Persoalan ketelitian dalam reka bentuk seni bina istana masyarakat Melayu tradisional.
Nilai
• Ketelitian – Tukang yang mahir bekerja begitu teliti ketika proses membina istana.
Pengajaran
• Kita perlulah teliti dalam melakukan sesuatu perkerjaan agar hasilnya akan menjadi lebih baik.
RANGKAP 4
Berbunga sawa mengelempai,
Bertakuk bersedelinggam,
Info Kata:
Berjenang berbatu kawi,
Lempai, melempai,
Berselimpat ukir Jawa,
terlempai, berlempaian
Lilit-melilit akar Cina; - terkulai lemah
Garam sebuku sisa jeragan, Lingam - sejenis cat merah
Bunga kenanga dimakan ular, Jenang -- jendela
Layang-layang di pintu Raja.
Maksud
Keunikan seni ukiran dinding istana itu terletak pada corak hiasan dindingnya yang istimewa dan
bermotifkan tumbuh-tumbuhan berbunga dan alam semula jadi, iaitu berukir corak bunga dan ular sawa
yang berbaring dengan lemah longlai. Di samping itu, jendela istana pula diperbuat daripada batu yang
kukuh dan bertiang. Seni bina ini dipercantik dengan ukiran Jawa dan Cina. Selepas itu, garam ditaburkan
di sekeliling istana yang baharu untuk membuang segala kekotoran dan anasir jahat. Pada pintu istana yang
besar itu, ukiran bunga kenanga amat jelas kelihatan bersama corak ular.
Persoalan
• Persoalan kehalusan seni ukiran dan keunikan seni bina zaman dahulu.
Nilai
• Tiada
Pengajaran
• Kita hendaklah mengekalkan kehalusan seni ukiran dan keunikan seni bina zaman dahulu.
azan ab latif GCBM KVWT 12
SEJADAH RINDU] Tingkatan 5 / 2 SVM
RANGKAP 5 Info Kata:
Istana siap tukang pun mati, Tiru – sesuatu yang menjadi contoh
Tiada orang dapat meniru: Dipersembahkan – diberikan dengan
Dipersembahkan kepada baginda suami isteri. takzim ( penuh hormat )
Maksud
Setelah istana siap dibina, tukang yang ditugaskan membina istana pun meninggal dunia. Tiada seorang pun
tukang yang lain dapat meniru kehebatan seni bina istana tersebut. Apabila istana siap dibina, pembesar
yang bertanggungjawab dalam pembinaan itu mempersembahkan istana tersebut kepada baginda raja dan
permaisuri.
Persoalan
• Persoalan tentang keistimewaan bakat atau kebolehan dalam bidang tertentu.
Nilai
• Keterampilan – Tukang yang mahir bekerja mampu membina istana sehingga tiada tukang lain yang dapat
meniru kehebatan seni bina istana tersebut.
• Kasih sayang – Raja membina sebuah istana yang dikelilingi parit dan tembok untuk melindungi permaisuri
daripada ancaman musuh.
Pengajaran
• Kita hendaklah menghargai keistimewaan bakat atau kebolehan seseorang dalam bidang tertentu.
• Kita hendaklah sayang akan ahli keluarga dan menjaga keselamatan mereka.
TEMA
Nilai kesetiaan kepada raja atau pemerintah. Rakyat yang setia bersungguh-sungguh menjunjung titah raja
dengan membina sebuah istana yang penuh kesenian dan keunikan seni binanya.
BENTUK DAN CIRI-CIRI SELOKA
1. Seloka Berbuat Istana Zaman Dahulu ialah puisi berbentuk bebas.
2. Terdiri daripada lima rangkap.
3. Bilangan baris dalam rangkap tidak sama, iaitu rangkap pertama; enam baris, rangkap kedua; enam
baris, rangkap ketiga; enam baris, rangkap keempat; lapan baris dan rangkap kelima: tiga baris.
3. Setiap baris mengandungi dua hingga enam perkataan.
4. Bilangan suku katanya antara lapan hingga tujuh belas suku kata.
5. Rima akhirnya tidak sama. Contoh, rangkap pertama abbbcd, rangkap kedua aabbbc, rangkap ketiga
abcdeb, rangkap keempat abcddefd, rangkap kelima aba.
GAYA BAHASA
1. Repetisi atau pengulangan dalam sebaris
Contoh, empat puluh empat tukang dan utas
Tujuh bulan tujuh purnama
2. Responsi
Contoh, Istana siap dengan alatnya,
Sepuluh dengan rebat guntung
Sebelas dengan pancung serong
Dua belas dengan anjung tinggi
3. Personifikasi
Contoh, Tiang tengah syukur menanti
azan ab latif GCBM KVWT 13
SEJADAH RINDU] Tingkatan 5 / 2 SVM
4. Kata ganda
Contoh, galang-galangnya, lilit-melilit, layang-layang
5. Anafora
Contoh, Kasau kecil puteri menyembah
Kasau lentik helang berbega
Tiang panjang maharaja lela
Tiang tengah syukur menanti
6. Imej alam atau imejan
Contoh, Berbunga sawa mengelempai, Garam sebuku sisa jeragan,
Bunga kenangan dimakan ular
7. Metafora
Contoh, Tiang tengah, anjung tinggi
8. Bahasa klasik atau kata arkaik
Contoh, puri, utas, berbega, jeragan
9. Bahasa istana
Contoh, menitahkan, dipersembahkan
10. Unsur bunyi :
Contoh,
Asonansi – Bunga kenanga dimakan ular; ( Pengulangan bunyi vokal a )
Aliterasi – Berjenang berbatu kawi. ( pengulangan bunyi konsonan b )
azan ab latif GCBM KVWT 14
SEJADAH RINDU] Tingkatan 5 / 2 SVM
SEJADAH RINDU
Mohd. Haikal Aminuddin
RANGKAP 1
Info Kata:
Terkedu aku
Maksud terkedu – lentik ke belakang atau terkedik.
di sejadah rindu Dalam Kamus Dewan Edisi ke-4, perkataan terkedu
mengungkap kalimah syahdu yang membawa maksud terdiam atau termangu
bait bicara tersentuh kalbu tiada, tetapi perkataan kelu atau terkelu yang
merekah keinsafan di hati yang beku membawa maksud demikian. ( Mungkin bahasa
mengenang dosaku yang dahulu slanga, bahasa pecakapan dan bukan bahasa baku.)
Maksud
Penyajak termangu sewaktu sujud di atas kain sejadah ( tikar sembahyang ) sambil bermunajat kepada Tuhan.
Kesedaran tentang kesalahan yang lalu muncul satu demi satu dalam hati yang dahulunya tertutup.
Persoalan
• Persoalan keinsafan seorang manusia yang banyak melakukan dosa.
• Penyajak insaf dan bermunajat kepada Tuhan setelah insan dan menyesali akan kesilapan dan dosa-dosanya
yang lalu.
Nilai
• Keinsafan - Penyajak menginsafi dosa-dosanya yang lalu.
• Rasional - penyajak menyedari kesilapan yang dilakukannya dan bertaubat.
Pengajaran
• Kita hendaklah insaf setelah melakukan kesalahan dan dosa.
RANGKAP 2
Berbekal pancaindera anugerah Tuhan
kupohon kembali nafas kehidupan
dalam keterhadan dan keterbatasan insan
moga terbuka ruang keampunan
sebelum saat aku dinisankan
di masa yang Kautetapkan
Maksud
Dengan menggunakan segala pancaindera yang dikurniakan Tuhan, penyajak merayu agar Tuhan memberi
peluang dan menunjukkan jalan ke arah kebenaran biarpun sedar bahawa hidupnya semakin terbatas dan
terhad kerana usianya semakin lanjut. Apa yang diharapkan agar segala taubatnya diterima sebelum beliau
meninggal dunia pada waktu yang ditetapkan oleh Tuhan.
Persoalan
• Persoalan setiap manusia masih berkesempatan untuk memohon keampunan sebelum meninggal dunia.
• Persoalan kesungguhan dalam mengharapkan keampunan daripada Pencipta sebelum meninggal dunia.
Penyajak bersungguh-sungguh memohon keampunan kepada Tuhan atas segala dosanya sebelum dia
meninggal dunia nanti.
Nilai
• Kesungguhan - Penyajak bersungguh-sungguh dan gigih untuk mendapatkan keampunan sebelum meninggal
dunia.
Pengajaran
• Kita hendaklah bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keampunan daripada Tuhan.
azan ab latif GCBM KVWT 15
SEJADAH RINDU] Tingkatan 5 / 2 SVM
RANGKAP 3
Air mata menjadi saksi
keikhlasan menjadi bukti
akhirnya
aku sujud menghadap Ilahi
di keheningan yang sepi
lafaz taubat mengiringi
nafas sebak kian mengikuti
Maksud
Penyajak mengalirkan air mata keinsafan dan ikhlas memohon keampunan daripada Tuhan. Dalam kesepian
dan kesunyian diri pada usia tua itu, penyajak juga meluahkan rasa insaf dan taubatnya kepada Tuhan melalui
doa yang dipanjatkannya. Pada masa yang sama, penyajak berasa sebak menyatakan keinsafan diri.
Persoalan
• Persoalan keikhlasan dalam memohon keampunan kepada Tuhan.
• Persoalan setiap manusia diberi peluang untuk bertaubat selagi dia masih hidup.
Nilai
• Keikhlasan - Penyajak bertaubat dengan penuh keikhlasan sehingga menitiskan air mata.
Pengajaran
• Kita hendaklah ikhlas dalam setiap perbuatan kita.
Penyajak memohon keampunan atas dosanya kepada Tuhan dengan penuh keikhlasan
RANGKAP 4
Hati ini luluh
jiwa yang kaku tersentuh
ayat-ayat cinta disusun kukuh
di sejadah rindu yang lusuh
kemaafan yang kupohon sungguh
dari Pencipta dalam gemuruh
Maksud
Penyajak berasa sangat sedih dan jiwanya terkesan oleh perasaan insaf yang semakin menguasai dirinya. Oleh
sebab itu, dia terus memanjatkan doa di atas tikar sembahyang yang sudah lama ditinggalkan. Dalam keadaan
gementar, dia memohon keampunan daripada Tuhan agar dosa-dosanya diampunkan.
Persoalan
• Persoalan kesungguhan dalam mengharapkan keampunan daripada Pencipta.
Penyajak bersungguh-sungguh memohon keampunan kepada Tuhan atas segala dosanya.
Nilai
• Kesunggguhan - Penyajak bersungguh-sungguh memohon keampunan kepada Tuhan atas segala dosanya.
Pengajaran
• Kita hendaklah bersungguh-sungguh mengharapkan keampunan daripada Pencipta.
RANGKAP 5
Ungkapan doa pada yang Esa
izinkan aku menjadi manusia
yang taat sentiasa
pada perintah Maha Kuasa
agar aku tidak lupa
dunia ini hanya bersifat sementara
azan ab latif GCBM KVWT 16
SEJADAH RINDU] Tingkatan 5 / 2 SVM
Maksud
Penyajak berdoa kepada Tuhan agar dia menjadi manusia yang sentiasa taat kepada perintah-Nya. Hal ini
penting agar dia tidak akan lupa dan lalai untuk mengingatkan diri bahawa kita hidup untuk sementara waktu
sahaja di dunia ini.
Persoalan
• Persoalan ketaatan kepada Tuhan
Penyajak berusaha menjadi manusia yang sentiasa taat kepada pencipta dan hanya berharap pengampunan
daripada Tuhan.
• Persoalan tentang dunia ini yang hanya bersifat sementara
Penyajak sedar dan tidak lalai mengingatkan dirinya bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah sementara.
Nilai
• Ketaatan kepada Tuhan - Penyajak berusaha menjadi manusia yang sentiasa taat kepada pencipta dan
hanya berharap pengampunan daripada Tuhan.
• Kesedaran - Penyajak sedar dan tidak lalai mengingatkan dirinya bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah
sementara.
Pengajaran
• Kita hendaklah sentiasa taat kepada Tuhan agar mendapat keredaan-Nya.
• Kita hendaklah sedar bahawa dunia ini bersifat sementara agar sentiasa taat kepada Tuhan.
TEMA
Tema sajak ini ialah ketuhanan dan ketaatan seseorang kepada agama. Penyajak insaf akan dosa-dosanya yang
lalu dan memohon keampunan dengan bertaubat bersungguh-sungguh sebelum penyajak meninggal dunia. Hal
ini demikian kerana penyajak berasa insaf dan sedar bahawa dunia ini hanya bersifat sementara.
BENTUK DAN CIRI-CIRI SAJAK
1. Terdiri daripada lima rangkap.
2. Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama, iaitu rangkap pertama; enam baris, rangkap kedua; enam
baris, rangkap ketiga; tujuh baris, rangkap keempat; enam baris dan rangkap kelima; enam baris.
3. Jumlah patah kata dalam setiap baris antara satu hingga enam patah kata.
4. Bilangan suku katanya antara tiga hingga empat suku kata.
5. Rima akhirnya ialah rangkap pertama: aaaaaa, rangkap kedua: aaaaaa, rangkap ketiga : aabaaaa, rangkap
keempat : aaaaaa dan rangkap kelima: aaaaaa.
NADA
Bernada melankolik
GAYA BAHASA
1. Metafora
Contoh, di sejadah rindu
merekah keinsafan
nafas kehidupan
2. Responsi
Contoh, izinkan aku menjadi manusia
agar aku tidak lupa
azan ab latif GCBM KVWT 17
SEJADAH RINDU] Tingkatan 5 / 2 SVM
3. Pengulangan kata
Contoh, di sejadah rindu
di masa yang Kautetapkan
di keheningan yang sepi
di sejadah rindu yang luruh
4. Sinkope
Contoh, mengenang dosaku yang terdahulu
kupohon kembali nafas kehidupan
di masa yang Kautetapkan
kemaafan yang kupohon
5. Inversi
Contoh, terkedu aku ( Aku terkedu.)
moga terbuka ruang keampunan (Ruang keampunan moga terbuka.)
6. Resposi
Contoh, Air mata menjadi saksi
keikhlasan menjadi bukti
izinkan aku menjadi manusia
agar aku tidak lupa
7. Personafikasi
Contoh, air mata menjadi saksi
8. Bahasa asing - bahasa Arab
Contoh, mengungkap kalimah syahdu
dalam keterhadan dan keterbatasan insan
aku sujud menghadap Ilahi
lafaz taubat mengiringi
9. Unsur Bunyi
Contoh, Asonansi – Bait bicara tersentuh kalbu ( Pengulangan bunyi vokal a )
Aliterasi – Kupohon kembali nafas kehidupan ( pengulangan bunyi konsonan k )
Tambah Nilai – KBAT
• Mengapakah seseorang yang pernah melakukan kesalahan perlu memohon keampunan daripada
Tuhan?
• Apakah perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh seseorang sebelum meninggal dunia?
• Sebagai seorang pelajar, apakah usaha yang perlu anda lakukan untuk membantu rakan anda yang
telah insaf daripada kesalahannya?
• Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat
sukar untuk menerima seseorang yang telah insaf
daripada kesalahannya?
• Pada pendapat anda, apakah sebab-sebab seseorang perlu bertaubat daripada dosa-dosanya yang
lalu?
• Pada pendapat anda, selain memohon ampun kepada Tuhan, apakah cara lain yang boleh dilakukan
untuk membuktikan bahawa kita telah insaf atas kesalahan yang dilakukan?
• Pada pendapat anda, mengapakah manusia sering lupa dan mengabaikan perintah Tuhan?
• Mengapakah terdapat segelintir manusia yang sudah menginsafi kesilapannya tetapi selepas itu
kembali semula melakukan kesilapan tersebut?
azan ab latif GCBM KVWT 18
SEJADAH RINDU] Tingkatan 5 / 2 SVM
PESAN LELAKI KECIL KEPADA GADIS KAMPUS
Sazalee Yacob
RANGKAP 1
Kuhantar kau mengecapi angin baru
udara lain dari kampung bendang kuningmu
bumantara asing dari yang sering kaumesrai
yang sama sekali berbeza
dengan suasana suntimu
kau nikmatilah angin dan udara ilmu itu
memesrai azimat dan tangkal
dari tangga gading.
Maksud
Penulis menghantar anak gadisnya menghirup udara kehidupan yang baharu di bandar kerana anaknya akan
melanjutkan pelajaran di sana. Oleh sebab suasana dan persekitaran bandar dan kampung jauh berbeza, penulis
berharap agar anaknya dapat menyesuaikan diri di bandar. Penulis mahu anaknya menimba ilmu dan
pengalaman baharu sebagai mahasiswa di sebuah universiti.
Persoalan
• Persoalan tanggungjawab bapa dalam memberikan pendidikan kepada anak.
• Persoalan pentingnya ilmu dalam kehidupan.
Penyajak menghantar anaknya ke bandar untuk melanjutkan pelajaran ke universiti demi masa depannya.
• Persoalan perbezaan kehidupan di antara kampung dengan kehidupan di menara gading.
Contoh: Penyajak mengatakan bahawa kehidupan di bandar adalah berbeza dengan kehidupan di kampung
dan berharap anaknya akan dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan tersebut.
Nilai
• Keberanian – Sebagai seorang bapa, penyajak berani melepaskan anak gadisnya untuk menuntut ilmu di
bandar yang penuh cabaran.
• Tanggungjawab – Penyajak bertanggungjawab memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak
gadisnya.
Pengajaran
• Kita hendaklah berani memberi peluang kepada anak untuk menuntut ilmu di bandar yang penuh cabaran.
• Kita hendaklah bertanggungjawab memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak atau ahli keluarga.
RANGKAP 2
Kulepaskan kau menjadi burung putih
dengan sayap berkembang
menongkah awan perak dan kabut dingin
mengenal kalimat hujan dan bilah petir
menyelit antara sembilu nasib
dan waras akal.
Maksud
Penyajak sanggup membenarkan anaknya hidup di bandar untuk meluaskan pengalaman kehidupannya. Hal
ini demikian kerana penyajak mahu melatih anaknya mengenal pelbagai cabaran dalam kehidupan serta tabah
menghadapinya agar dapat berfikir dengan bijak dan matang.
Persoalan
• Persoalan keberanian seorang bapa yang melepaskan anaknya menghadapi cabaran hidup.
• Persoalan kebijaksanaan menyesuaikan diri dalam apa-apa juga keadaan.
azan ab latif GCBM KVWT 19
SEJADAH RINDU] Tingkatan 5 / 2 SVM
Nilai
• Keberanian / Keyakinan - Penyajak berani dan yakin ketika melepaskan anak gadis suntinya sendirian
menghadapi cabaran dalam kehidupan.
• Kebijaksanaan - Penyajak berharap anak gadis suntinya bijak menyesuaikan diri dalam apa-apa keadaan agar
dapat menghadapi cabaran dalam kehidupan.
Pengajaran
• Kita mestilah berani dan berani melepaskan anak-anak untuk menuntut ilmu sendirian dan menghadapi
cabaran dalam kehidupan.
• Kita hendaklah bijak menyesuaikan diri dalam apa-apa keadaan agar dapat menghadapi cabaran dalam
kehidupan dengan mudah.
RANGKAP 3
Di awan kampus yang sarat ilmu
hadir sihir angin bernafas api
di pohon kampus yang tegar status
berceracak selumbar noda mengabur fikir
di padang kampus yang hijau pertimbangan
tumbuh gunung ego menghalau pekerti.
Maksud
Penyajak menyatakan bahawa universiti ialah tempat yang kaya dengan ilmu pengetahuan untuk ditimba oleh
anak gadisnya. Walau bagaimanapun, penyajak beranggapan bahawa banyak pengaruh negatif kampus
sedangkan pelajarnya masih mentah dalam membuat pertimbangan. Oleh hal yang demikian, penyajak berharap
agar anaknya dapat membuat pertimbangan dan keputusan yang terbaik buat dirinya agar dapat mengelakkan
sikap sombong yang merosakkan budi bahasa.
Persoalan:
• Kehidupan di kampus yang penuh cabaran.
Nilai
• Rasional / Bijaksana / Hemah tinggi – Penyajak berharap anak gadisnya bersikap rasional / bijak / menjaga
budi pekerti dan tidak bersikap ego walaupun sudah bergelar seorang mahasiswa.
Pengajaran
• Kita haruslah rasional / bijak menyesuaikan diri dalam apa-apa keadaan agar dapat menghadapi cabaran
dalam kehidupan.
• Janganlah kita bersikap sombong sehingga menghilangkan budi pekerti yang baik.
RANGKAP 4
Pandai-pandailah kau terbang
menongkah awan mulus dan kabus dingin
jangan kau pulang
dengan percikan duka dan balutan luka
di sayapmu yang patah.
Maksud
Penyajak menasihati anak gadis suntinya agar pandai membawa diri dalam mengharungi kehidupan di
universiti. Beliau mengingatkan anak gadis suntinya tidak pulang dengan kedukaan dan kekecewaan.
Persoalan
• Harapan ibu bapa untuk melihat kejayaan anak yang bergelar mahasiswa.
Nilai
• Tanggungjawab - Penyajak sebagai bapa bertanggungjawab memberikan nasihat kepada anak gadisnya yang
berada jauh di kampus agar pandai menjaga diri dan pulang dengan kejayaan.
azan ab latif GCBM KVWT 20
SEJADAH RINDU] Tingkatan 5 / 2 SVM
• Kasih sayang - Sebagai bapa, penyajak sayang akan anaknya dengan memberikan nasihat agar pandai
menjaga diri dan pulang dengan kejayaan.
Pengajaran
• Kita perlulah bertanggungjawab kepada anak dengan memberikan nasihat kepada mereka agar pulang
dengan kejayaan.
• Kita hendaklah sayang akan anak kita dengan memberikan nasihat kepada mereka agar pulang dengan
kejayaan
• Janganlah kita mengecewakan ibu bapa dengan budi pekerti yang tidak elok dan gagal dalam pelajaran.
TEMA
Nasihat dan peringatan ibu bapa kepada anak-anak gadis yang bakal melanjutkan pelajaran di menara gading.
Dalam sajak ini, penulis berharap agar anaknya dapat menyesuaikan diri dalam keadaan yang berbeza daripada
di kampung halaman. Selain itu, penulis berharap agar anaknya dapat menjaga jati diri dan maruah diri
sepanjang bergelar mahasiswa serta matang dalam pemikiran demi menghadapi pelbagai cabaran dalam
kehidupan.
BENTUK SAJAK
1. Terdiri daripada empat rangkap.
2. Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama, iaitu rangkap pertama; lapan baris, rangkap kedua; enam
baris, rangkap ketiga; enam baris dan rangkap keempat; lima baris.
3. Jumlah patah kata dalam setiap baris antara tiga hingga enam patah kata dalam satu baris.
4. Bilangan suku katanya antara lima hingga lima belas suku kata.
5. Rimanya tidak sama.
NADA
Bernada melankolik
GAYA BAHASA
1. Personifikasi
Contoh, Tumbuh gunung ego menghalau pekerti
2. Sinkope
Contoh, Kuhantar kau mengecapi angin baru
udara lain dari kampung bendang kuningmu
bumantara asing dari yang sering kaumesrai
dengan suasana suntimu
3. Responsi
Contoh, Kuhantar kau mengecapi angin baru
kaunikmatilah angin dan udara ilmu itu
4. Anafora
Contoh, Di awan kampus yang sarat ilmu
di pohon kampus yang tegar status
di padang kampus yang hijau pertimbangan
5. Hiperbola
Contoh, hadir sihir angin nafas api
azan ab latif GCBM KVWT 21
SEJADAH RINDU] Tingkatan 5 / 2 SVM
6. Inversi
Contoh, Waras akal ( Akal waras )
7. Metafora
Contoh, mengenal kalimat hujan dan bilah petir
menyelit antara sembilu nasib
dan waras akal.
8. Perlambangan
Contoh, burung - kebebasan
sembilu - kesedihan yang disebabkan oleh cabaran
tangga gading - universiti
9. Imejan atau imej alam
Contoh, Kuhantar kau mengecapi angin baru
udara lain dari kampung bendang kuningmu
kaunikmatilah angin dan udara ilmu itu
dari tangga gading.
Kulepaskan kau menjadi burung putih
10. Unsur Bunyi
Contoh, Asonansi – Kulepaskan kau menjadi burung putih ( Pengulangan bunyi vokal u )
Aliterasi – dengan suasana suntimu ( pengulangan bunyi konsonan s )
Tambah Nilai – KBAT
• Mengapakah penyajak berani melepaskan anak gadis suntinya berjauhan daripada keluarga?
• Pada pendapat anda, mengapakah penyajak menasihati anak gadis suntinya agar pandai
membawa diri ketika berada di kampus?
• Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan ada antara anak kampung yang
tidak berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading?
• Sebagai pelajar, apakah yang sepatutnya anda lakukan untuk memenuhi impiai kedua-dua ibu
bapa?
• Pada pendapat anda, apakah masalah-masalah yang biasa dihadapi oleh golongan mahasiswa?
azan ab latif GCBM KVWT 22
SEJADAH RINDU] Tingkatan 5 / 2 SVM
ERTI HIDUP BERERTI
Teo Wei Sing
RANGKAP 1
Aku selalu didatangi
malam sepi
bagai kalung
yang melingkari leherku
tidak berubah keesokan hari
siapa yang akan datang menjengukku
keluhan seorang tua sunyi.
Maksud
Penyajak berkata bahawa setiap malam yang dilaluinya begitu sunyi. Pada waktu siang juga, keadaan itu
tidak berubah kerana tidak ada sesiapa yang akan menziarahinya. Penyajak bertanya-tanya pada dirinya
sendiri jika ada orang yang akan datang melawatnya.
Persoalan
• Kesepian hidup sendirian pada usia tua.
• Penderitaan ibu bapa yang diabaikan.
• Nasib warga tua yang dipinggirkan oleh anak-anak.
Nilai
• Ketabahan – Penyajak tabah mengharungi kehidupan seorang diri dan kesunyian tanpa dihiraukan oleh anak-
anak.
Pengajaran
• Kita perlulah tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan terutamanya ketika menghadapi usia yang
tua.
Rangkap 2
Keheningan tasik
kehijauan rumput
hanya menjadi bayangan
di penjuru ruang zaman
cinta dalam rahim dilupai
dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung balik
kucari erti hidup
menderita mengerang sakit
berdiri tanpa ruang.
Maksud
Penyajak membayangkan ketenangan hidup yang pernah dilaluinya pada usia muda. Pada usia tua,
penyajak meluahkan rasa kecewa terhadap anak-anak yang kian melupakan ibu yang pernah
mengandungkannya. Anak-anak tidak mahu bertanggungjawab menjaga ibu yang sudah tua sebaliknya
menghantar dari rumah seorang anak ke rumah seorang anak yang tidak mahu menjaganya dengan lama.
Hal ini menyebabkan penyajak berfikir tentang erti kehidupan sebagai ibu yang sebenar kerana dia tidak
mempunyai tempat untuk mengadu sakit.
Persoalan
• Sikap anak-anak yang mengabaikan tanggungjawab untuk menjaga orang tua.
Nilai
• Kesabaran - Penyajak sabar menghadapi kerenah anak-anaknya yang tidak bertanggungjawab.
azan ab latif GCBM KVWT 23
SEJADAH RINDU] Tingkatan 5 / 2 SVM
Pengajaran
• Kita mestilah sabar menghadapi apa-apa cabaran yang menimpa kita agar dapat menjadikan diri kita lebih
kental.
• Janganlah kita mengabaikan tanggungjawab menjaga ibu bapa semasa tua agar mendapat keredaan Tuhan.
Rangkap 3
Aku bagi mereka
tiada makna
anakku bakaku
baik setia mahupun derhaka
semoga disirami benih keinsafan
menjadi penawar dalam hati
embun cinta atasi angin dingin
jangan terpegun
ada yang mati
ada yang hidup
tiada yang kekal kecuali Tuhan.
Maksud
Penyajak berasa bahawa dirinya sebagai seorang ibu seolah-olah tidak bermakna kepada anak-anak
kandungnya sendiri. Namun, penyajak berdoa agar anak-anaknya diberi keinsafan atas kesilapan yang
dilakukan oleh mereka agar tidak terus menjadi anak derhaka supaya duka dihatinya terubat. Penyajak juga
berharap anak-anaknya sedar bahawa hidup di dunia ini tiada yang kekal, semua orang pasti mati kecuali
Tuhan.
Persoalan
• Kasih sayang dan harapan ibu bapa kepada anak-anak
• Kesedaran bahawa Tuhan sahaja yang kekal.
Nilai
• Kasih sayang – Penyajak tetap sayang akan anaknya walaupun anaknya itu melupakannya dan sentiasa
mendoakan kesejahteraan mereka.
• Keinsafan – Penyajak sedar dan insaf bahawa yang kekal hanyalah Tuhan.
• Bertanggungjawab – Penyajak seorang ibu yang bertanggungjawab terhadap anak-anaknya dengan
mendoakan mereka agar dikurniakan keinsafan.
Pengajaran
• Kita mestilah sayang akan ahli keluarga dan sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka.
• Kita hendaklah berasa insaf dan sedar bahawa kehidupan di dunia hanya sementara dan yang kekal hanyalah
Tuhan.
• Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap anak-anaknya dengan mendoakan mereka agar dikurniakan
keinsafan dan kerahmatan.
TEMA
Kesunyian hidup yang dilalui oleh golongan warga tua yang sentiasa mendambakan kasih sayang daripada anak-
anaknya serta berharap agar anak-anaknya datang menjenguknya. Hal ini dikatakan demikian kerana penyajak
berasa sedih dan pilu serta kesunyian pada usia tua. Dia berharap agar anak-anak dapat melawatnya dan
memberikan kasih sayang kepadanya sebagaimana dia menyayangi anak-anaknya sewaktu mereka kecil dulu.
azan ab latif GCBM KVWT 24
SEJADAH RINDU] Tingkatan 5 / 2 SVM
BENTUK SAJAK
1. Terdiri daripada tiga rangkap.
2. Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama. Rangkap pertama: tujuh baris, rangkap kedua;
sepuluh baris, rangkap ketiga; sebelas baris.
3. Jumlah patah kata dalam setiap baris juga tidak sama, iaitu antara dua hingga enam patah kata dalam satu
baris.
4. Bilangan suku katanya antara empat hingga tiga belas suku kata.
5. Rima akhirnya tidak sama.
NADA
Bernada melankolik
GAYA BAHASA
1. Personifikasi
Contoh, Aku selalu didatangi malam sepi
Tambah Nilai – KBAT
2. Simile
Contoh, bagai kalung • Apakah punca-punca yang
menyebabkan seseorang
3. Sinkope anak mengabaikan
Contoh, yang melingkari leherku tanggungjawabnya terhadap
siapa yang akan datang menjengukku ibu bapa yang
kucari erti hidup
anakku bakaku • Sekiranya anda tinggal
berjauhan dengan ibu bapa,
4. Metafora apakah tindakan yang akan
Contoh, benih keinsafan anda lakukan untuk
embun cinta membahagiakan hati mereka.
5. Anafora
Contoh, dari sulung ditendang ke bongsu • Pada pendapat anda, apakah
dari angah ditendang ke sulung balik punca-punca yang
ada yang mati menyebabkan seseorang
ada yang hidup anak mengabaikan
tanggungjawabnya terhadap
6. Responsi ibu dan bapa mereka yang
Contoh, dari sulung ditendang ke bongsu sudah tua?
dari angah ditendang ke sulung balik
ada yang mati • Pada pendapat anda, apakah
ada yang hidup persiapan-persiapan yang
tiada yang kekal kecuali Tuhan. perlu dilakukan sebagai
bekalan hari tua?
7. Imejan atau imej alam
Contoh, Keheningan tasik
kehijauan rumput
8. Unsur Bunyi
Contoh, Asonansi – semoga disirami benih keinsafan ( Pengulangan bunyi vokal i )
Aliterasi – menderita mengerang sakit ( pengulangan bunyi konsonan m )
azan ab latif GCBM KVWT 25
SEJADAH RINDU] Tingkatan 5 / 2 SVM
KUDUP PERANG
Tuah Sujana
Rangkap 1
Sementara dia bergelar panglima
laskar perang; yang terus-menerus Info kata :
membajakan kezaliman – sering
Kudup
mengudupkan putik dendam kuntum ( bunga )
kita masih perlu berterima kasih
kepada jari-jemari takdir Perang
kerana membenarkan sepasang mata Peperangan boleh juga membawa
untuk berlari dengan tangan bergari maksud perebutan kuasa antara dua
sempat juga menadah sejambak puisi pihak atau pemimpin yang ingin
untuk sehari lagi; sambil bertanya; menguasai sesebuah organisasi atau
negara.
siapakah pahlawan yang asli?
Maksud
Penyajak mengatakan bahawa pemimpin perang yang sedang berkuasa akan sentiasa membuat kezaliman
dan menyimpan perasaan dendam. Walau bagaimanapun, penyajak menasihati kita agar bersyukur kerana
walaupun dalam keadaan dikongkong dan disekat kebebasannya, kita mempunyai kebebasan bersuara dan
kebebasan menulis tentang perdebatan pahlawan yang sebenarnya.
Persoalan
• Peperangan hanya akan mewujudkan perasaan dendam sesama manusia.
Peperangan menyebabkan berlaku tipu daya dan muslihat serta membangkitkan perasaan dendam antara
satu sama lain.
• Persoalan ketidakadilan pemimpin.
Pemimpin bertindak tidak adil dan menzalimi mereka yang menentang dasar kepimpinannya. sehingga
menimbulkan perasaan dendam.
• Usaha mencari kebenaran tentang pahlawan dan pengkhianat yang sebenarnya.
Kita mempunyai kebebasan bersuara dan kebebasan menulis tentang perdebatan pahlawan yang
sebenarnya.
Nilai
• Kesyukuran - Walaupun dalam keadaan dikongkong dan disekat kebebasannya, kita mempunyai kebebasan
bersuara dan kebebasan menulis tentang perdebatan pahlawan yang sebenarnya.
• Keberanian - Penyajak berani menghadapi risiko, ditangkap dan digari untuk menuntut keadilan dan
membetulkan kesalahan dalam usahanya mencari kepastian antara pahlawan dengan pengkhianat.
Pengajaran
• Kita haruslah bersikap adil dan saksama ketika menjadi pemimpin supaya tidak berlaku kezaliman.
• Kita hendaklah bersyukur kerana masih mempunyai kebebasan bersuara dan kebebasan menulis meskipun
berada di bawah pemimpin yang zalim.
• Kita hendaklah berani berhujah dan menghadapi risiko demi menuntut keadilan dan membetulkan kesalahan
yang berlaku.
Rangkap 2
Memang kita tidak sempat menjenguk
ke luar jendela; sewaktu fajar menghembus
ringkik kuda, gemerincing
pedang pusaka
dan darah yang tiba-tiba membuak
di daerah angkara – perciknya
menumbuhkan kelopak rahsia
azan ab latif GCBM KVWT 26
SEJADAH RINDU] Tingkatan 5 / 2 SVM
dalam keliru, tertanya-tanya kita
tangan mana yang memenggal
leher sang pendusta?
Maksud
Penyajak sedar bahawa kita yang hidup pada zaman ini tidak berpeluang menjadi saksi dan menilai
pertelingkahan antara mereka. Timbul perlbagai kekeliruan tentang kepahlawanan sebenar. Kezaliman
disembunyikan, tuduhan dan hukuman terhadap penentang diberikan tanpa sebab yang nyata sehingga
manusia tertanya-tanya tentang pemimpin sebenar yang benar-benar berkewibawaan dan menjadi pembela.
Persoalan
• Kekeliruan dalam menyanjung pemimpin sebenar.
• Kita mestilah bijak memilih pemimpin yang benar-benar berwibawa dalam menerajui sesebuah organisasi
atau kerajaan .
Nilai
• Rasional / bijaksana – Kebijaksanaan memilih pemimpin yang benar-benar berwibawa dalam menerajui
sesebuah organisasi atau kerajaan .
Pengajaran
• Kita mestilah bijak memilih pemimpin yang benar-benar berwibawa dalam menerajui sesebuah organisasi
atau kerajaan .
Rangkap 3
Andai namamu Tuah, kita masih
tidak mahu
menyanjungnya pendekar paling gagah
kerana takhta setia terbina
di istana wangsa
bukanlah penjamin kukuhnya
pasak saksama
sesekali turut direntakan daki pendusta
melekatlah selumbar sengsara
di tiang maruah kota
Maksud
Sekiranya pejuang tersebut seperti Tuah, kita masih tidak dapat menyanjunginya sebagai seorang pendekar
yang paling gagah kerana kesetiaannya terhadap kerajaan bukan menjadi ukuran teguhnya neraca keadilan.
Hal ini demikian kerana kadang-kadang kesetiaan itu dimusnahkan oleh pengadu domba dan pendustaan
sehingga kesannya memberikan kesengsaraan dan penderitaan serta menjatuhkan maruah negeri.
Persoalan
• Kesetiaan terhadap negara.
Tuah menunjukkan kesetiaan terhadap pemimpin dengan melaksanakan tugas yang diperintahkan
kepadanya.
• Kesetiaan yang tidak rasional
Tuah dianggap tidak rasional kerana melaksanakan perintah yang menzalimi pihak lain sehingga
menyumbang kepada keruntuhan sesebuah organisasi atau kerajaan.
Nilai
• Keadilan –Tuah dan Jebat hendaklah diadili dengan saksama.
• Keberanian – Penyajak menyarankan kita mesti berani mencari jawapan yang sahih agar tidak membuat
keputusan yang salah.
azan ab latif GCBM KVWT 27
SEJADAH RINDU] Tingkatan 5 / 2 SVM
Pengajaran
• Kita hendaklah berani untuk mencari jawapan yang sahih agar tidak membuat keputusan yang salah
• Kita hendaklah mengadili sesuatu tindakan yang dilakukan oleh seseorang pejuang dengan saksama agar
tidak memberikan kesengsaraan dan penderitaan serta menjatuhkan maruah negeri.
Rangkap 4
Andai namamu Jebat, kita masih tidak
menggelarnya sebagai pengkhianat
kerana kita masih menangisi
peta keadilan yang tersirat – nun, karam
di lautan kesumat
sedang warga memanggilnya keramat
. Maksud
Penyajak juga tidak menganggap Jebat sebagai pengkhianat kerana dia masih mengingati perjuangan Jebat
mempertahankan keadilan yang musnah kerana fitnah yang bermaharaja lela. Namun, ada orang mengagumi
dan menganggapnya sebagai tokoh pejuang sebenar.
Persoalan
• Penilaian perlu dibuat secara adil berdasarkan konteks
Tindakan Jebat memberontak adalah untuk menuntut keadilan terhadap Tuah dan bukan penderhakaan
kepada raja.
Nilai
• Keadilan – Tindakan Jebat hendaklah diadili dengan saksama dan dilihat dalam konteks menuntut keadilan.
Pengajaran
• Janganlah kita membuat tuduhan melulu.
Orang yang menjadi penentang tidak wajar dituduh sebagai pengkhianat sebelum diselidiki kebenarannya.
Rangkap 5
Perang pun melecurkan lidah muslihat
bercabang lalu bertemu bayu palsu;
bertiup dan memindahkan kebenaran pada tempatnya
mewarnakan keindahan pada hodohnya
menjungkitkan amarah pada damainya
teramat lara kita menjahit semula
perca-perca bahagia – seperti perawan
yang dibungkamkan cinta pertama.
Maksud
Penyajak sedar bahawa peperangan penuh dengan muslihat dan berita palsu yang menghapuskan
kebenaran dan membenarkan yang salah. Perang juga membangkitkan keganasan dalam kehidupan yang
damai. Oleh itu, usaha untuk membangunkan negara dan mewujudkan keamanan seperti dahulu menjadi
amat sukar.
Persoalan
• Sifat mementingkan diri dalam kalangan pemimpin.
• Peperangan membawa kesengsaraan hidup yang sukar dipulihkan.
• Peperangan menyemarakkan pelbagai dakyah palsu yang menghapuskan kebenaran.
Nilai
• Keinsafan – Penyajak insaf bahawa peperangan dan perbalahan tidak akan mendatangkan kebaikan.
azan ab latif GCBM KVWT 28
SEJADAH RINDU] Tingkatan 5 / 2 SVM
Pengajaran
• Kita mestilah insaf bahawa peperangan dan perbalahan tidak akan mendatangkan kebaikan.
• Janganlah kita mementingkan diri apabila menjadi seorang pahlawan atau pemimpin.
Rangkap 6
Sehingga senja tiba,
kita masih bertengkar
tentang siapa
pahlawan sebenarnya.
Maksud
Penyajak sedar bahawa sehingga kini masyarakat masih berbalah untuk menentukan pemimpin sebenar
yang benar-benar memiliki ketokohan untuk membela rakyat dan menerajui sesebuah organisasi atau
kerajaan.
Pengajaran
• Kita mestilah bijak memilih pemimpin yang benar-benar berkewibawaan dan memiliki ketokohan untuk
menerajui sesebuah organisasi atau negara.
• Janganlah kita bertengkar dalam usaha mencapai sesuatu matlamat demi memuaskan hati samua pihak.
TEMA
Tema sajak ini ialah kepentingan kewibawaan dan ketokohan seseorang pemimpin dalam menerajui sesebuah
organisasi. Hal ini dikatakan demikian kerana pemimpin pada masa ini semakin berani memutar-belitkan
keadaan yang sebenar demi menjaga kepentingan diri. Oleh sebab itu, penulis berpendapat bahawa manusia
pada zaman moden ini masih memikirkan calon pemimpin mereka yang paling berwibawa dan berketerampilan.
BENTUK SAJAK
1. Terdiri daripada enam rangkap.
2. Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama. Rangkap pertama; sebelas baris, rangkap kedua; sepuluh
baris, rangkap ketiga; sepuluh baris, rangkap keempat; enam baris, rangkap kelima; lapan baris dan
rangkap keenam; empat baris.
3. Jumlah patah kata dalam setiap baris juga tidak sama iaitu antara dua hingga enam patah kata dalam satu
baris.
4. Bilangan suku katanya antara empat hingga tujuh belas suku kata.
5. Rima akhirnya tidak sama.
NADA
Bernada patriotik
GAYA BAHASA
1. Personifikasi
Contoh, kerana membenarkan sepasang mata
untuk berlari dengan tangan bergari
2. Anafora
Contoh, untuk berlari dengan tangan bergari
untuk sehari lagi; sambil bertanya:
azan ab latif GCBM KVWT 29
SEJADAH RINDU] Tingkatan 5 / 2 SVM
3. Responsi
Contoh, mewarnakan keindahan pada hodohnya
menjungkitkan amarah pada damainya
4. Metafora
Contoh, mengudupkan putik dendam
kepada jari-jemari takdir
sesekali turut direntakan daki pendusta
melekatlah selumbar sengsara
di tiang maruah kota.
Perang pun melecurkan lidah muslihat
5. Sinkope
Contoh, Andai namamu Tuah, kita masih
Andai namamu Jebat, kita masih tidak
6. Imejan atau imej alam
Contoh, ke luar jendela; sewaktu fajar menghembus
ringkik kuda, gemerincing
Sehingga senja tiba,
7. Simile
Contoh, perca-perca bahagia – seperti perawan
8. Hiperbola
Contoh, daerah angkara, selumbar sengsara
9. Perlambangan
Contoh, Sehingga senja tiba
10. Inversi
Contoh, sesekali turut direntakan daki pendusta
11. Unsur Bunyi
Contoh, Asonansi – mengudupkan putik dendam ( Pengulangan bunyi vokal u )
Aliterasi – pedang pusaka ( pengulangan bunyi konsonan p )
azan ab latif GCBM KVWT 30
SEJADAH RINDU] Tingkatan 5 / 2 SVM
BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA
SINOPSIS
Negara Siam mendengar Melaka sebuah negara yang kuat dan tidak pernah dinaungi oleh mana-mana
kuasa. Raja Siam, iaitu Bubunnya yang ingin meluaskan jajahan takluknya telah menghantar surat sembah
kepada Sultan Muzaffar Syah supaya Melaka tunduk kepada raja Siam. Apabila Sultan Muzaffar menolaknya,
Raja Siam marah dan menghantar hulubalangnya iaitu Awi Cakri menyerang Melaka.
Sultan Muzaffar Syah mengetahui berita itu lalu menitahkan Seri Amerta mengumpulkan semua orang
lelaki di Melaka. Tun Perak dari Kelang mengumpulkan orang lelaki dari Kelang bersama keluarga mereka dengan
tujuan supaya mereka berperang dengan bersungguh-sungguh demi menyelamatkan Melaka dan keluarga
mereka. Dengan bantuan angkatan perang di bawah pimpinan Tun Perak, angkatan perang Siam dapat
dikalahkan. Kebijaksanaan Tun Perak mendapat perhatian sultan dan diminta tinggal di Melaka serta dilantik
sebagai bentara.
Seorang daripada orang Kelang yang iri hati telah mengadu kepada Seri Amerta bahawa dia dianiayai
oleh Tun Perak. Sultan memanggil Tun Perak mengadap untuk ditanya. Tun Perak berkata dia bertugas untuk
negara. Dia meminta sultan memecatnya jika percaya fitnah orang Kelang itu. Sultan bersetuju dengan
penjelasan Tun Perak dan mengakui kecerdikannya lalu melantiknya sebagai Perdana Menteri dengan gelaran
Paduka Raja. Kedudukan Tun Perak kini setaraf dengan seorang lagi pegawai iaitu Seri Nara Diraja.
Setelah Tun Perak digelar Paduka Raja, orang Melaka berpecah dua. Sebahagian berpihak kepada
Paduka Raja dan sebahagian berpihak kepada Seri Nara Diraja. Mereka berdua saling berselisih faham dan tidak
bermuafakat hingga boleh membinasakan Melaka. Sultan sedih dan bercadang mendamaikan mereka berdua.
Baginda telah menceraikan isterinya Tun Kudu, iaitu anak bendahara Seri Wak Raja iaitu saudara Paduka Raja
supaya dapat dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja. Tun Kudu pernah dipelihara oleh Paduka Raja dengan
tanggungan sultan. Sejak dikahwinkan, hubungan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja menjadi erat. Seri Nara
Diraja turut menyokong Paduka Raja menjadi Bendahara. Pada waktu itu terdapat tiga pembesar yang bijaksana
di wilayah ini iaitu Paduka Raja dan Seri Nara Diraja di Melaka, Patih Aria Gajah Madja di Majapahit dan Orang
Kaya Kanayan di Pasai.
Siam yang masih tidak berpuas hati datang menyerang Melaka di bawah pimpinan Awi Dicu. Paduka
Raja mengetuai pertahanan Melaka untuk menentang Siam, Seri Bija Diraja telah mengetuai tentera Melaka
untuk menyerang Siam yang sudah sampai dekat Batu Pahat. Tun Umar diminta oleh Paduka Raja membuat
siasatan terhadap angkatan tentera Siam. Tun Umar telah menaiki perahu dan melanggar banyak perahu Siam
hingga mereka kalah. Tentera Siam sangat hairan. Pada waktu malam, Paduka Raja memerintahkan supaya
pokok kayu bakau, nyirih dan tumpu api-api dibakar. Cahaya api itu kelihatan seolah-olah terlalu ramai tentera
Melaka sedang berkawal di tepi pantai. Askar Siam ketakutan melihat banyaknya askar Melaka lalu mereka balik
ke Siam dan tidak jadi menyerang Melaka.
Sultan Muzaffar merayakan kemenangan askar Melaka dengan hadiah persalinan baharu. Di Siam,
Paduka Bubunnya sangat marah. Dia mengarahkan anaknya Cau Pandan untuk menyerang Melaka dengan
pelbagai kelengkapan dan perahu yang sangat banyak bilangannya. Apabila mendengar berita itu, Sultan
Muzaffar memerintahkan seorang yang warak iaitu Tuan Sidi Arab menggunakan kesaktiannya. Dia
menggunakan panahnya dan menghalakan ke Siam sambil mengatakan Cau Pandan akan mati. Di Siam, Cau
Pandan berasa sakit dada kemudian muntah darah lalu mati. Sultan mengiktiraf Tuan Sidi Arab sebagai seorang
hamba Allah yang keramat dan menghadiahi Tuan Sidi Arab dengan pelbagai anugerah.
Selepas 42 tahun memerintah Melaka, Sultan Muzaffar mangkat dan baginda telah digantikan oleh
anakanda baginda yang bergelar Sultan Mansur Syah dan berusia 27 tahun. Baginda berkahwin dengan Tun Patih
Nur Pualam iaitu anak Seri Nara Diraja. Sultan Mansur Syah seorang yang kacak, adil, pemurah dan tiada
bandingannya pada zaman itu.
azan ab latif GCBM KVWT 31
SEJADAH RINDU] Tingkatan 5 / 2 SVM
TEMA
Kebijaksanaan seorang raja dalam usaha menyelesaikan kemelut yang berlaku dalam kalangan pembesar
negeri. Tindakan Sultan Muzaffar Syah mengahwinkan Seri Nara Diraja dengan Tun Kudu, iaitu anak Bendehara
Seri Wak Raja telah berjaya mendamaikan perselisihan faham antara Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja.
PERSOALAN
• Kesetiaan rakyat kepada pemimpin.
Setelah mendapat perintah daripada Sultan Muzaffar Syah, Seri Amerta mencanangkan supaya orang Melaka
bersedia untuk berperang. Tun Perak membawa angkatan perangnya dari Kelang setelah mendapat perintah
daripada Sultan Muzaffar Syah.
Tun Kudu tidak membantah apabila dia diceraikan oleh Sultan Muzaffar Shah, kemudian dikahwinkan dengan
Seri Nara Diraja yang sudah tua.
• Keberanian menentang musuh negara.
Rakyat Melaka berani menentang angkatan Siam sehingga menyebabkan angkatan Siam terpaksa berundur.
• Kebijaksanaan menggunakan akal dan strategi.
Sultan Muzaffar menggunakan strategi mengahwinkan Seri Nara Diraja dengan Tun Kudu untuk
mendamaikan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja.
Tun Perak mengikat puntung api pada pokok bakau, pokok nyirih dan pokok api-api di sepanjang pantai bagi
menakutkan pihak musuh.
• Perbalahan dalam kalangan pemimpin akan membinasakan negara
Perbalahan antara Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja menyebabkan orang Melayu berpecah dua dan
Melaka dalam keadaan bahaya.
• Keangkuhan kerajaan Siam
Kerajaan Siam berasa angkuh apabila semua negeri di bawah angin dapat dikuasainya dan berusaha
menjadikan Melaka jajahan takluknya tetapi usaha tersebut bukan sahaja gagal malah anak Bubunnya, iaitu
Cau Pandan mati dipanah dari jauh oleh Tuan Sidi Arab.
• Penghargaan seorang raja kepada rakyat yang berjasa.
Sultan Muzaffar Syah telah menganugerahkan Bendahara Paduka Raja dan Tuan Sidi Arab persalinan setelah
mereka berjaya menewaskan angkatan Siam.
• Unsur kesaktian dalam peperangan.
Tuan Sidi Arab memiliki ilmu kesaktian yang tinggi hingga boleh membunuh Cau Pandan di Siam hanya
dengan menggunakan panahnya dari Melaka.
• Keberanian mempertahankan pendirian.
Tun Perak tidak takut apabila dipanggil oleh sultan setelah orang Kelang mengadu dia dianiaya oleh Tun
Perak kerana dia berada pada pihak yang benar.
WATAK DAN PERWATAKAN
Watak utama – Tun Perak
Watak-watak sampingan – Sultan Muzaffar Shah, Seri Nara Diraja, Paduka Bubunnya, Tun Kudu, Tun Umar, Cau
Pandan, Awi Cakri, Tuan Sidi Arab, Sultan Mansur Syah, Tun Nina Madi.
azan ab latif GCBM KVWT 32
SEJADAH RINDU] Tingkatan 5 / 2 SVM
Tun Perak / Paduka Raja / Bendahara Paduka Raja
• Pembesar Melaka yang menjaga daerah Kelang.
• Berketurunan bendahara. Tun Perak ialah anak Bendahara.
• Seorang yang bijaksana. Tun Perak mengarahkan lelaki Kelang membawa anak isteri ketika menentang
Siam. Tun Perak menyuruh penduduk membakar kayu-kayu bagi mengaburi mata askar Siam.
• Seorang yang baik hati. Tun Perak menjaga Tun Kudu yang telah diceraikan sultan sebelum Tun Kudu
berkahwin semula.
• Seorang yang berani dan gagah. Tun Perak berani memimpin askar Melaka menentang askar Siam yang
hendak menyerang Melaka.
• Seorang yang berpengaruh. Tun Perak mempunyai pengikut yang menyokongnya ketika bersengketa
dengan Seri Nara Diraja.
• Seorang yang amanah dalam menjalankan tugas. Tun Perak bersedia meletakkan jawatan sekiranya
sultan beranggapan beliau gagal melaksanakan tugasnya.
• Seorang yang taat akan raja. Tun Perak mentaati perintah Sultan Muzaffar Syah supaya membuat
persiapan untuk mengusir tentera Siam yang berada di Batu Pahat.
• Seorang yang berhati-hati dalam melakukan sesuatu tindakan. Tun Perak tidak terburu-buru menjawab
pertanyaan Seri Amerta kerana beliau berhati-hati dalam berbicara.
Sultan Muzaffar Syah
• Pemerintah negeri Melaka.
• Berani dan berprinsip. Baginda tidak menghantar surat sembah yang diminta oleh raja Siam, iaitu
Bubunnya.
• Berpandangan jauh. Baginda melantik Tun Perak sebagai pembesar kerana dapat melihat ciri-ciri
kepemimpinan pada diri Tun Perak.
• Seorang yang mementingkan keharmonian Melaka. Baginda berusaha mendamaikan Paduka Raja
dengan Seri Nara Diraja untuk memakmurkan Melaka.
• Seorang yang murah hati dan prihatin. Baginda meraikan askarnya yang menang dengan
menganugerahkan persalinan.
• Seorang yang bijaksana. Baginda mengahwinkan Tun Kudu dengan Seri Nara Diraja bagi menyelesaikan
perselisihan antara Seri Nara Diraja dengan Bendahara Paduka Raja.
• Baginda adil dalam pemerintahannya. Sultan Muzaffar Syah tidak terburu-buru menghukum Tun Perak
setelah Tun Perak difitnah sebaliknya memanggil Tun Perak untuk menceritakan keadaan yang
sebenarnya.
Seri Nara Diraja
• Beliau memegang jawatan sebagai penghulu bendahari.
• Seorang yang takut akan isterinya. Seri Nara Diraja hanya mengakui Tun Nina Madi sebagai anaknya
selepas kematian isterinya.
• Seorang yang sering berselisih pendapat. Seri Nara Diraja sering tidak sepakat dengan Paduka Raja.
• Seorang yang cerewet dalam memilih bakal isteri. Tun Kudu merupakan calon keempat yang
dicadangkan oleh Sultan Muzaffar Syah untuk dijadikan isteri Seri Nara Diraja.
• Walaupun sudah tua, beliau berkahwin dengan Tun Kudu, bekas isteri Sultan Muzaffar Syah yang juga
saudara Tun Perak.
azan ab latif GCBM KVWT 33
SEJADAH RINDU] Tingkatan 5 / 2 SVM
PLOT
Permulaan
• Raja Siam, iaitu Paduka Bubunnya ingin menjadikan Melaka sebagai jajahan takluknya tetapi Sultan Muzaffar
Syah menolak keinginan kerajaan Siam tersebut. Paduka Bubunnya menghantar Awi Cakri untuk menyerang
Melaka.
Perkembangan
• Melaka membuat persiapan untuk menentang kemaraan angkatan tentera Siam. Sultan Muzaffar Syah
mengumpul anak Melaka daripada pelbagai tempat. Tun Perak membawa pengikutnya bersama-sama
dengan anak dan isteri masing-masing supaya mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh. Dengan
kebijaksanaan Tun Perak, Siam dapat dikalahkan dan Tun Perak dilantik sebagai bentara.
• Berlaku satu peristiwa seorang orang Kelang mengadu kepada sultan yang Tun Perak telah menganiaya
dirinya. Tun Perak dapat mempertahankan dirinya. Tun Perak dilantik menjadi bendahara dengan gelaran
sebagai Paduka Raja.
Konflik
• Pelantikan Tun Perak sebagai bendahara telah menyebabkan pergeseran Tun Perak dengan Seri Nara Diraja
yang tidak sehaluan. Rakyat Melaka juga berpecah. Hal ini menggusarkan Sultan Muzaffar Syah. Sebagai
usaha menyelesaikan pergeseran tersebut, Sultan Muzaffar Syah mencarikan jodoh untuk Seri Nara Diraja
yang sudah tua. Sultan menceraikan isterinya Tun Kudu, iaitu saudara kepada Paduka Raja untuk dijadikan
isteri oleh Seri Paduka Raja. Perkahwinan ini telah menyelesaikan konflik antara Paduka Raja dengan Seri
Nara Diraja dan hubungan mereka kemudiannya semakin akrab,
Klimaks
• Siam yang masih tidak berpuas hati datang menyerang Melaka di bawah pimpinan Awi Dicu. Sultan
mengarahkan Bendahara Paduka Raja / Tun Perak dan Seri Bija Diraja untuk mengusir tentera Siam. Dengan
kebijaksanaan dan strategi peperangan Tun Perak, tentera Siam ketakutan dan kembali ke Siam.
• Sekali lagi Siam di bawah pimpinan Cau Pandan, iaitu anak Paduka Bubunnya ingin menyerang Melaka.
Apabila Sultan Muzaffar Syah mengetahui berita tersebut, baginda menitahkan Tuan Sidi Arab menggunakan
kesaktiannya. Tuan Sidi Arab menghalakan panahnya ke benua Siam untuk membunuh Cau Pandan dari jauh.
Di benua Siam, Cau Pandan berasa dadahnya dipanah lalu muntah darah dan mati. Sultan Muzaffar Syah
memberikan anugerah kepada Tuan Siri Arab.
Peleraian
• Kemangkatan Sultan Muzaffar Syah telah memerintah selama 42 tahun dan diganti oleh Raja Abdullah yang
bergelar Sultan Mansur Syah.
Teknik Plot
• Teknik Pemerian. Contoh, Pengarang memerikan perwatakan Seri Amerta. Contoh, Adapun Seri Amerta
asalnya orang Pasai, tanah Samudera ....
• Teknik dialog. Contoh, Perbualan antara Sultan Muzaffar Syah dengan Seri Nara Diraja. Sultan bertanya
kepada Seri Nara Diraja tentang perempuan yang disukainya sebagai isteri.
• Teknik monolog dalaman. Contoh, Sultan Muzaffar Syah bermonolog dalaman selepas mendengar
penjelasan daripada Tun Perak. Contoh, Syahada, maka berkenan Sultan Muzaffar Syah mendengar kata Tun
Perak itu. Pada hati baginda, “Adapun Tun Perak ini tidaklah patut jadi bentara lagi, patut menjadi Perdana
Menteri.”
• Teknik imbas kembali. Contoh, Seri Nara Diraja teringat bapanya membeli azimat (cula) yang boleh digunakan
selepas dia berkahwin kerana Seri Nara Diraja sudah tua.
• Teknik saspens. Contoh, Pembaca tertanya-tanya sebab Tun Perak membawa angkatan perang dari Kelang
bersama anak isteri mereka.
• Teknik Kejutan. Contoh, Sultan Muzaffar Syah sanggup menceraikan permaisuri baginda, Tun Kudu untuk
dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja bagi menyatupadukan rakyat Melaka.
azan ab latif GCBM KVWT 34
SEJADAH RINDU] Tingkatan 5 / 2 SVM
LATAR
Latar tempat
• Melaka - cerita berkisar di negeri Melaka pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah.
• Muar - askar Siam di bawah pimpinan Awi Dicu berada di Muar selepas menyerang Melaka.
• Hulu Muar – tempat rotan mengikat barang dibuang oleh angkatan Siam.
• Batu Pahat - askar Siam berada di Batu Pahat untuk menyerang Melaka di bawah Awi Dicu.
• Kelang - tempat tinggal Tun Perak sebagai Penghulu. sebelum dilantik menjadi Bendahara Melaka.
• Siam - tempat tinggal Paduka Bubunnya.
Latar masa
• Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Semasa Melaka sedang maju dan kuat.
• Selama 42 tahun. Zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah, Melaka menjadi negeri yang makmur.
• Zaman Tun Perak menjadi bendahara Melaka. Tun Perak dilantik menjadi bendahara dengan gelaran Paduka
Raja.
• Waktu malam. Awi Dicu hendak menyerang Melaka dan Bendahara Tun Perak serta penduduk Melaka
menyalakan puntung api.
Latar Masyarakat
• Masyarakat yang bijaksana dalam mengambil tindakan. Contoh, Tun Perak bijak mengatur strategi dalam
menghadapi angkatan perang Siam dengan membakar pokok bakau pada waktu malam hingga cahaya api
itu disangka askar Melaka yang ramai dan menakutkan askar Siam.
• Masyarakat yang baik hati. Contoh, Sultan Muzaffar memberi askarnya yang menang peperangan dengan
sepasang persalinan.
• Masyarakat yang bersatu padu. Contoh, Penduduk Melaka bersatu tenaga mempertahankan Melaka
daripada serangan Siam. Semua lelaki Kelang berkumpul dan bersatu untuk mengalahkan askar Siam.
• Masyarakat yang berani. Contoh, Tun Perak berani menentang askar Siam yang ramai jumlahnya hingga dua
kali percubaan Siam menyerang Melaka menemui kegagalan, manakala Tun Umar berani menghendap dan
menyerang beberapa buah perahu Siam.
• Masyarakat yang taat akan pemerintah. Contoh, Pembesar dan rakyat Melaka taat akan titah perintah
baginda sultan.
Catatan : Ubah suai perwatakan watak utama dan perwatakan watak sampingan untuk dijadikan
sebagai latar masyarakat yang lain .
GAYA BAHASA
• Bahasa istana . Contoh, tuanku, patik, titah
• Penggandaan. Contoh, perahu kecil-kecil
• Bahasa Arab . Contoh, Allah, fiil
• Bahasa klasik. Contoh, syahadan, hatta
• Peribahasa. Contoh,... gila-gila bahasa
• Inversi. Contoh, Telah kedengaran ke benua siam bahawa Melaka negeri besar tiada takluk kepadanya.
• Responsi. Contoh, Maka rakyat Siam pun kembalikah... Maka rotan pun tumbuh ..
• Personifikasi. Contoh, Bunga berladung si air matapohon kayu bakau nyirih dan tumpu api-api
• Imej alam. Contoh, Segala pohon kayu bakau dan nyirih dan tumpu api-api
• Simile. Contoh, seperti saudara sejalan jadi, seperti dewal orang berzikir.
• Sinkope. Contoh, ku, mu, tak
• Anafora. Contoh, “Mahukah Seri Nara Diraja beristeri?”
“Mahukah Seri Nara Diraja akan Tun Bulan ...?
azan ab latif GCBM KVWT 35
SEJADAH RINDU] Tingkatan 5 / 2 SVM
NILAI
• Kebijaksanaan - Tun Perak bijaksana apabila membakar pokok bakau pada waktu malam hingga cahaya api
itu disangka askar Melaka yang ramai dan menakutkan askar Siam.
• Baik hati - Sultan Muzaffar Syah memberikan hadiah kepada Bendahara Paduka Raja dan hulubalang setelah
mereka berjaya menewaskan angkatan Siam dengan kebijaksanaan mereka.
• Bersatu padu - Semua lelaki Kelang berkumpul dan bersatu untuk mengalahkan askar Siam.
• Keikhlasan - Seri Nara Diraja sepakat menyokong Paduka Raja dengan ikhlas untuk menjadi bendahara
supaya rakyat Melaka bersatu padu dan kuat.
• Keberanian - Tun Perak berani menentang askar Siam yang ramai jumlahnya hingga dua kali percubaan Siam
menyerang Melaka menemui kegagalan.
• Pengorbanan - Sultan Muzaffar Syah berkorban menceraikan Tun Kudu demi mendamaikan Seri Nara Diraja
dengan Paduka Raja.
• Ketaatan - Pembesar dan rakyat Melaka taat akan titah perintah baginda sultan.
• Tanggungjawab – Pembesar dan rakyat Melaka bertanggungjawab mempertahankan Melaka daripada
serangan Siam.
• Rasional – Tun Perak memberi alasan yang rasional apabila diajukan soalan oleh Seri Amerta tentang aduan
orang Kelang.
PENGAJARAN
• Kita mestilah bijak menggunakan strategi untuk mendapat kemenangan. Contoh, Tun Perak bijaksana
apabila membakar bokok bakau pada waktu malam hingga cahaya api itu disangka askar Melaka yang ramai
dan menakutkan askar Siam.
• Kita haruslah mengamalkan sifat baik hati. Contoh, Sultan Muzaffar Syah memberi askarnya yang menang
peperangan dengan sepasang persalinan.
• Kita mestilah bersatu padu supaya negara menjadi kuat. Contoh, Semua lelaki Kelang bersama keluarga
berkumpul dan bersatu untuk mengalahkan askar Siam.
• Kita mestilah ikhlas apabila melakukan sesuatu perbuatan. Contoh, Seri Nara Diraja sepakat menyokong
Paduka Raja dengan ikhlas untuk menjadi bendahara supaya rakyat Melaka bersatu padu dan kuat.
• Kita mestilah berani menghadapi ancaman musuh demi negara. Contoh, Tun Perak berani menentang askar
Siam yang ramai jumlahnya hingga dua kali percubaan Siam menyerang Melaka menemui kegagalan.
• Kita mestilah menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik mungkin. Contoh, Pembesar
dan rakyat Melaka bertanggungjawab mempertahankan Melaka daripada serangan Siam.
• Kita hendaklah menjalankan pemerintahan secara adil dan saksama. Contoh, Sultan Muzaffar Syah
bertindak adil dalam mendamaikan dua orang pembesar yang tidak sehaluan.
• Janganlah kita membuat bersikap iri hati dan berbuat fitnah. Contoh, Seorang daripada orang Kelang yang
iri hati telah mengadu kepada Seri Amerta bahawa dia dianiayai oleh Tun Perak.
Catatan : Ubah suai perwatakan watak utama dan perwatakan watak sampingan untuk dijadikan sebagai
pengajaran lain .
azan ab latif GCBM KVWT 36
SEJADAH RINDU] Tingkatan 5 / 2 SVM
CINTA AHMAD MUTAWAKKIL
Zainal Rashid Ahmad
SINOPSIS
Pengarang mengimbas kembali peristiwa yang berlaku ketika rakyat di negara ini menuntut
kemerdekaan daripada penjajah. Pengarang memperkenalkan watak Ahmad Mutawakkil yang muncul secara
tiba-tiba di pintu surau kampungnya sebaik-baik sahaja para penduduk selesai menunaikan solat maghrib secara
berjamaah. Ahmad Mutawakkil muncul dalam keadaan cedera parah dan pakaiannya dipenuhi dengan darah
dan lumpur. Situasi yang mencemaskan ini menimbulkan kejutan dan tanda tanya kepada Imam Ngah Deraman,
Penghulu Ibrahim Sigap, dan seluruh makmum di surau kampung itu. Ahmad Mutawakkil ialah anak angkat
kepada Imam Ngah Deraman.
Perkembangan cerpen dimulai dengan pemerihalan kisah kampung penulis yang telah dibuka sejak tiga
generasi yang terdahulu. Selepas itu, bermula pertengahan tahun 30-an, Tuan Booth sekeluarga telah datang ke
kampung itu untuk meneroka belukar dengan mengupah beratus-ratus orang buruh untuk menanam pokok
getah. Kemudian diikuti dengan kedatangan 15 keluarga buruh berketurunan India yang bekerja di estet getah
milik Tuan Booth. Tuan Booth dan keluarganya menjalinkan hubungan yang baik dengan penduduk kampung .
Kisah diteruskan dengan pengenalan watak Ahmad Mutawakkil yang menumpang banglo Tuan Booth
serta berpeluang belajar membaca dan menulis, termasuk bahasa Inggeris daripada Sandra, anak tuan punya
estet getah itu setelah kematian bapanya Wak Sadir. Pada tahun 1941, Jepun telah menyerang Tanah Melayu
menyebabkan kampung itu tidak tenteram. Walau bagaimanapun kampung yang terletak agak jauh dari
kawasan perang menyebabkan tiada penduduk kampung yang diseksa oleh Jepun. Kedatangan Jepun
menyebabkan Tuan Booth sekeluarga terpaksa meninggalkan estetnya. Hidup Ahmad Mutawakkil terbiar dan
diambil menjadi anak angkat oleh Imam Ngah Deraman. Ketika itu Ahmad Mutawakkil baru berusia 15 tahun.
Dua tahun selepas Jepun menjajah, Ahmad Mutawakkil bekerja di bandar sebagai pembaca dan penjawab surat-
surat rahsia daripada Inggeris kepada kumpulan anti-Jepun.
Setelah dua tahun bekerja di bandar, Ahmad Mutawakkil pulang ke rumah Imam Ngah Deraman untuk
memberitahu bahawa Hiroshima dan Nagasaki telah dibom dan Jepun menyerah kalah. Penduduk kampung
gembira dengan pengunduran Jepun, tetapi Ahmad Mutawakkil mengingatkan penduduk kampung bahawa
matlamat perjuangan mereka adalah untuk memerdekakan Tanah Melayu. Ketokohan Ahmad Mutawakkil
sebagai pejuang nasionalis Melayu terserlah khususnya melalui sesi pidato dan penulisannya dalam akhbar.
Ahmad Mutawakkil menjadi penyampai maklumat terkini kepada orang kampung. Ahmad Mutawakkil
memberitahu orang kampung, Dato’ Onn telah berjaya menubuhkan PEKEMBAR bagi menentang Inggeris. Pihak
Inggeris akhirnya membatalkan Malayan Union. Dalam diam Sandra menyimpan perasaan kasih kepada Ahmad
Mutawakkil.
Pembabitan Ahmad Mutawakkil dalam perjuangan menimbulkan kerisauan kepada Penghulu Ibrahim
Sigap dan Imam Ngah Deraman. Malah Tuan Booth juga pernah diancam oleh pengganas komunis agar
menasihati Ahmad Mutawakkil tidak menghasut rakyat membenci idealogi komunis. Akhirnya perjuangan
Ahmad Mutawakkil tiba ke puncak apabila didatangi oleh seorang budak lelaki di surau pada malam Jumaat
selepas menyampaikan ceramah. Rentetan peristiwa tersebut membawa kepada kehilangan Ahmad Mutawakkil
sehingga menimbulkan kerisauan kepada penduduk kampung termasuk Sandra. Penduduk kampung mencari
Ahmad Mutawakkil di merata-rata tempat tetapi gagal.
Akhirnya, Ahmad Mutawakkil pulang dengan kesan tembakan dan meninggal dunia di ribaan Imam
Ngah Deraman akibat tembakan tiga butir peluru yang menembusi belakang bahunya dari jarak dekat. Pada 31
Ogos 1957 penduduk kampung mengadakan majlis doa kesyukuran sebagai tanda meraikan kemerdekaan tanah
air dan bacaan tahlil mengenang perjuangan Ahmad Mutawakkil. Seminggu selepas kemerdekaan, Tuan Booth
dan keluarganya balik ke England. Setahun kemudian Sandra datang ke kampung itu semula dan kekal di situ
menyumbang bakti mengajar anak-anak penduduk kampung membaca dan menulis. Situasi ini kerana
kenangannya dan kasihnya kepada Ahmad Mutawakkil tidak pernah padam.
azan ab latif GCBM KVWT 37
SEJADAH RINDU] Tingkatan 5 / 2 SVM
TEMA
• Kegigihan dan keberanian seorang pemuda yang menghadapi pelbagai cabaran dan tentangan dalam
perjuangan menuntut kemerdekaan tanah air. Ahmad Mutawakkil terpaksa berhadapan dengan pelbagai
cabaran dan tentangan dalam usahanya untuk mendapat kemerdekaan negara.
PERSOALAN
• Persoalan hubungan baik sesama manusia.
Ahmad Mutawakkil mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga Tuan Booth walaupun mempunyai
semangat antipenjajah. Tuan Booth juga mempunyai hubungan yang baik dengan penduduk kampung.
• Persoalan tentang kasih sayang sesama ahli keluarga
Tuan Booth bertindak membawa semua ahli keluarganya berpindah semasa penjajahan Jepun demi kasih
sayangnya kepada keluarga
• Persoalan tentang ketabahan dalam mengharungi pelbagai kesusahan semasa zaman perang.
Masyarakat kampung yang sentiasa tabah dan sabar ketika menghadapi kesusahan hidup semasa penjajahan
Jepun dan keganasan komunis
• Persoalan perubahan sosioekonomi masyarakat kampung.
Kedatangan Tuan Booth dan keluarga telah merubah sosioekonomi masyarakat kampung apabila beliau
telah membuka ladang getah dan membawa masuk buruh ke kampung itu.
• Persoalan tentang kisah cinta yang mendalam.
Sandra yang mencintai Ahmad Mutawakkil dalam diam sanggup menetap di kampung itu selepas
kemerdekaan dan mengajar anak-anak kampung membaca dan menulis.
• Persoalan tanggungjawab seorang pemimpin.
Imam Ngah Deraman mengambil Ahmad Mutawakkil sebagai anak angkatnya setelah Tuan Booth sekeluarga
pulang ke England akibat kedatangan Jepun ke Tanah Melayu.
• Persoalan tentang kepentingan ilmu pengetahuan.
Ahmad Mutawakkil belajar membaca dan menulis dengan Sandra sehingga melayakkannya menjawat
jawatan wartawan
• Persoalan tentang kasih sayang sesama ahli keluarga.
Tuan Booth bertindak membawa semua ahli keluarganya berpindah semasa penjajahan Jepun demi kasih
sayangnya kepada keluarga.
• Persoalan kepentingan sikap berdikari dalam kehidupan.
Ahmad Mutawakkil belajar berdikari setelah kematian bapanya, Wak Sadir dengan cara bekerja dengan
orang putih.
• Persoalan tentang ketabahan dalam mengharungi pelbagai kesusahan semasa zaman perang.
Masyarakat kampung yang sentiasa tabah dan sabar ketika menghadapi kesusahan hidup semasa penjajahan
Jepun dan keganasan komunis
• Persoalan tentang semangat patriotisme yang tinggi dalam diri seorang pejuang tanah air.
Ahmad Mutawakkil seorang pemuda yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi untuk
memerdekakan tanah air melalui pidato dan penulisan dalam menentang panjajahan Inggeris dan komunis.
• Persoalan tentang kisah cinta yang mendalam.
Sandra yang mencintai Ahmad Mutawakkil dalam diam sanggup menetap di kampung itu selepas
kemerdekaan dan mengajar anak-anak kampung membaca dan menulis.
azan ab latif GCBM KVWT 38
SEJADAH RINDU] Tingkatan 5 / 2 SVM
• Persoalan kepatuhan masyarakat akan perintah Tuhan.
Imam Ngah Deraman dan penduduk kampung Ahmad Mutawakkil sentiasa ke surau untuk solat berjamaah.
• Persoalan keganasan komunis.
Komunis telah memperdaya, menangkap dan menembak Ahmad Mutawakkil sehingga pemuda itu cedera
parah lalu meninggal dunia di surau.
WATAK DAN PERWATAKAN:
Watak utama – Ahmad Mutawakkil
Watak-watak sampingan – Imam Ngah Deraman, Tuan Booth, Sandra, dan Penghulu Ibrahim Sigap.
Ahmad Mutawakkil
• Berusia 25 tahun ketika meninggal dunia kerana ditembak komunis.
• Anak tunggal Wak Sadir dan menjadi yatim piatu apabila bapanya meninggal dunia.
• Seorang yang pintar – Ahmad Mutawakkil boleh membaca dan menulis bahasa Inggeris yang diajar oleh
Sandra.
• Seorang yang cinta akan negara - Ahmad Mutawakkil berjuang menyedarkan rakyat untuk menentang
komunis dan penjajah.
• Seorang yang berdikari. Ahmad Mutawakkil berdikari dengan bekerja di rumah Tuan Booth.
• Seorang yang bijak merancang masa depan - Ahmad Mutawakkil belajar membaca dan menulis bahasa
Inggeris daripada Sandra ketika tinggal di rumah Tuan Booth selama 3 tahun.
• Seorang yang petah berpidato - Ahmad Mutawakkil selalu berpidato kepada penduduk kampung untuk
menyedarkan mereka supaya menentang komunis dan penjajah.
• Seorang yang berani - Ahmad Mutawakkil berani bersuara menyatakan pendapatnya kepada rakyat supaya
menentang komunis dan penjajah walaupun dinasihati oleh Tuan Booth supaya menghentikannya.
• Seorang yang sanggup berkorban - Ahmad Mutawakkil sanggup berkorban nyawa untuk mendapatkan
kemerdekaan tanah air daripada penjajah serta menentang keganasan komunis.
• Seorang yang sangat berpengaruh - Ahmad Mutawakkil dihormati dan dipilih sebagai pemimpin nombor dua
partinya.
• Seorang yang menghargai jasa - Ahmad Mutawakkil menghargai jasa Tuan Booth yang telah memeliharanya
dengan menghadiri majlis yang dibuat oleh Tuan Booth di banglonya.
• Seorang yang rasional. – Ahmad Mutawakkil tetap berbaik-baik dan menghormati Tuan Booth sekeluarga
kerana orang Inggeris itu tidak pernah memusuhinya.
Tuan Booth
• Pengurus ladang dan majikan kepada beratus-ratus orang buruh di ladang getahnya.
• Seorang yang mesra – Tuan Booth mudah tersenyum apabila bertemu dengan penduduk kampung.
• Seorang yang baik hati - Tuan Booth menjemput pasangan pengantin di kampung itu datang ke banglonya
untuk diraikan serta sanggup memelihara Ahmad di banglonya.
• Seorang yang peramah - Tuan Booth suka bersembang dan bergaul dengan penduduk di surau pada waktu
petang.
• Seorang yang penyayang - Tuan Booth membawa keluarganya yang disayangi berpindah ketika Jepun
menyerang.
Sandra
• anak Tuan Booth yang fasih berbahasa Inggeris.
• Seorang yang baik hati – Sandra mengajarkan Ahmad Mutawakkil menulis dan membaca Inggeris.
• Seorang yang penyayang - Sandra amat menyayangi Ahmad Mutawakkil dan beliau menangis apabila Ahmad
Mutawakkil dilaporkan hilang.
• Seorang yang setia - Sandra balik semula ke banglo bapanya selepas merdeka serta mengajar anak-anak
kampung itu menulis dan membaca kerana terkenang cintanya kepada Ahmad Mutawakkil.
azan ab latif GCBM KVWT 39
SEJADAH RINDU] Tingkatan 5 / 2 SVM
LATAR
Latar Masa
• Zaman penjajahan – Inggeris menjajah Tanah Melayu.
• Zaman pendudukan Jepun –Jepun menakluki Tanah Melayu dengan melakukan pelbagai kezaliman.
• Zaman darurat – Komunis bermaharajalela di seluruh negara sehingga diisytiharkan perintah darurat.
• Zaman selepas merdeka – Sandra kembali ke kampung itu selepas setahun negara ini merdeka.
• Tiga generasi yang lalu – Perkampungan Ahmad Mutawakkil diteroka oleh penduduk kampung.
• Malam – waktu yang sering menjadi tumpuan Imam Ngah Deraman dan Penghulu Ibrahim Sigap
membincangkan berita yang disampaikan oleh Ahmad Mutawakkil.
• Malam, hari Jumaat bulan Ogos 1953 - Waktu Ahmad Mutawakkil datang ke surau dalam keadaan cedera
parah dan menghembuskan nafas terakhir.
• Tengah hari – Ahmad Mutawakkil tiba di kampung.
• Tahun 1941 - tentera Jepun menjajah Tanah Melayu dan Tuan Booth keluar dari banglonya untuk
menyelamatkan diri.
• 31 ogos 1957 - Penduduk kampung mengadakan majlis doa kesyukuran kerana kemerdekaan negara dan
mengadakan tahlil untuk Ahmad Mutawakkil.
Latar Tempat
• Surau kampung – Tempat penduduk kampung menunaikan solat berjemaah.
• Banglo Tuan Booth – tempat Tuan Booth sekeluarga tinggal. Juga tempat Ahmad Mutawakkil menumpang
nasib. Selain itu, pengganas komunis menyerbu banglo tersebut, mengugut Tuan Booth dan merompak.
• Estet Ephill dan Estet Sungai Siput – Tiga serangan berkembar yang mengorbankan tiga orang pengurus
Inggeris.
• Bandar - Ahmad Mutawakkil berkerja di bandar sebagai pembaca dan penulis surat Inggeris kepada
penentang Jepun
• England - Tempat asal keluarga Tuan Booth.
Latar Masyarakat
• Masyarakat petani. Penduduk kampung menanam pisang, ubi kayu dan keledek.
• Masyarakat peneroka Inggeris. Tuan Booth datang ke kampung itu lalu membuka estet getah
• Masyarakat yang bersikap baik sesama manusia. Ahmad Mutawakkil mempunyai hubungan yang baik
dengan keluarga Tuan Booth walaupun mempunyai semangat antipenjajah. Tuan Booth juga mempunyai
hubungan yang baik dengan penduduk kampung.
• Masyarakat yang sayang akan ahli keluarga. Tuan Booth bertindak membawa semua ahli keluarganya
berpindah semasa penjajahan Jepun demi kasih sayangnya kepada keluarga.
• Masyarakat yang tabah dalam mengharungi pelbagai kesusahan semasa zaman perang. Masyarakat
kampung yang sentiasa tabah dan sabar ketika menghadapi kesusahan hidup semasa penjajahan Jepun dan
keganasan komunis
• Masyarakat yang bertanggungjawab sebagai pemimpin. Imam Ngah Deraman mengambil Ahmad
Mutawakkil sebagai anak angkatnya setelah Tuan Booth sekeluarga pulang ke England akibat kedatangan
Jepun ke Tanah Melayu.
• Masyarakat yang pentingkan ilmu pengetahuan. Ahmad Mutawakkil belajar membaca dan menulis dengan
Sandra sehingga melayakkannya menjawat jawatan wartawan.
• Masyarakat yang cinta akan tanah air. Ahmad Mutawakkil seorang pemuda yang mempunyai semangat
patriotisme yang tinggi untuk memerdekakan tanah air melalui pidato dan penulisan dalam menentang
panjajahan Inggeris dan komunis.
• Masyarakat yang patuh akan perintah Tuhan. Imam Ngah Deraman dan penduduk kampung Ahmad
Mutawakkil sentiasa ke surau untuk solat berjamaah.
• Masyarakat yang berbudi bahasa. Tuan Booth dan keluarganya amat mesra dan berbudi bahasa dengan
penduduk kampung.
• Masyarakat yang kejam dan zalim. Kumpulan komunis yang bertindak kejam terhadap sesiapa sahaja yang
menentang perjuangan mereka.
• Masyarakat yang bekerjasama. Penduduk kampung dan Tuan Booth bekerjasama meredah belukar di
seluruh pelosok kampung kerana mencari Ahmad Mutawakkil.
azan ab latif GCBM KVWT 40
SEJADAH RINDU] Tingkatan 5 / 2 SVM
NILAI
• Kasih sayang. Tuan Booth bertindak membawa semua ahli keluarganya berpindah semasa penjajahan Jepun
demi kasih sayangnya kepada keluarga.
• Ketabahan. Masyarakat kampung yang sentiasa tabah dan sabar ketika menghadapi kesusahan hidup
semasa penjajahan Jepun dan keganasan komunis
• Tanggungjawab. Imam Ngah Deraman mengambil Ahmad Mutawakkil sebagai anak angkatnya setelah Tuan
Booth sekeluarga pulang ke England akibat kedatangan Jepun ke Tanah Melayu.
• Kerajinan. Ahmad Mutawakkil belajar membaca dan menulis dengan Sandra sehingga melayakkannya
menjawat jawatan wartawan. Penduduk kampung rajin mengusahakan tanaman pisang, ubi kayu dan
keledek.
• Cinta akan tanah air. Ahmad Mutawakkil seorang pemuda yang mempunyai semangat patriotisme yang
tinggi untuk memerdekakan tanah air melalui pidato dan penulisan dalam menentang panjajahan Inggeris
dan komunis.
• Kepatuhan. Imam Ngah Deraman dan penduduk kampung Ahmad Mutawakkil sentiasa ke surau untuk solat
berjamaah.
• Berbudi bahasa. Tuan Booth dan keluarganya amat mesra dan berbudi bahasa dengan penduduk kampung.
• Kerjasama. Penduduk kampung dan Tuan Booth bekerjasama meredah belukar di seluruh pelosok kampung
kerana mencari Ahmad Mutawakkil.
• Keberanian. Ahmad Mutawakkil berani menyampaikan pidato kemerdekaan kepada penduduk kampung.
• Hormat-menghormati. Tuan Booth hormat akan budaya penduduk tempatan.
• Kesyukuran. Penduduk kampung berasa bersyukur kerana kawasan mereka terpencil dan tidak menjadi
sasaran peperangan.
PENGAJARAN
• Kita hendaklah saling menghormati sesama anggota masyarakat bagi mengekalkan keharmonian hidup.
Ahmad Mutawakkil mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga Tuan Booth walaupun mempunyai
semangat antipenjajah. Tuan Booth juga mempunyai hubungan yang baik dengan penduduk kampung.
• Kita hendaklah sayang akan ahli keluarga. Tuan Booth bertindak membawa semua ahli keluarganya
berpindah semasa penjajahan Jepun demi kasih sayangnya kepada keluarga.
• Kita hendaklah tabah dalam mengharungi pelbagai kesusahan semasa zaman perang. Masyarakat
kampung yang sentiasa tabah dan sabar ketika menghadapi kesusahan hidup semasa penjajahan Jepun dan
keganasan komunis
• Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap anak buah. Imam Ngah Deraman mengambil Ahmad
Mutawakkil sebagai anak angkatnya setelah Tuan Booth sekeluarga pulang ke England akibat kedatangan
Jepun ke Tanah Melayu.
• Kita hendaklah pentingkan ilmu pengetahuan. Ahmad Mutawakkil belajar membaca dan menulis dengan
Sandra sehingga melayakkannya menjawat jawatan wartawan.
• Kita hendaklah cinta akan tanah air. Ahmad Mutawakkil seorang pemuda yang mempunyai semangat
patriotisme yang tinggi untuk memerdekakan tanah air melalui pidato dan penulisan dalam menentang
panjajahan Inggeris dan komunis.
• Kita hendaklah patuh akan perintah Tuhan. Imam Ngah Deraman dan penduduk kampung Ahmad
Mutawakkil sentiasa ke surau untuk solat berjamaah.
• Kita hendaklah berbudi bahasa. Tuan Booth dan keluarganya amat mesra dan berbudi bahasa dengan
penduduk kampung.
• Kita hendaklah saling bekerjasama demi menjayakan sesuatu tindakan. Penduduk kampung dan Tuan
Booth bekerjasama meredah belukar di seluruh pelosok kampung kerana mencari Ahmad Mutawakkil.
azan ab latif GCBM KVWT 41
SEJADAH RINDU] Tingkatan 5 / 2 SVM
HIPERTENSI
Illias Zaidi
SINOPSIS
Cerpen Hipertensi memaparkan watak utama, Aiman Aqil seorang remaja genius tetapi nakal, gagap
dan sering berimaginasi. Aiman sedang berehat di rumah banglo keluarganya yang terletak di lereng bukit yang
sudah gondol akibat kerja-kerja penerokaan dan pembangunan tanah. Ketika usia Aiman lapan tahun, Aiman
mampu menyelesaikan masalah matematik tingkatan lima dan sering mengejek adik-adiknya yang sedang
membuat latihan matematik. Ketika sebiji mempelam gugur di hadapannya, Aiman teringat kembali peristiwa
Cikgu Faridah mengajarnya dan murid-murid sekelasnya yang lain berkaitan dengan Teori Graviti yang
dicetuskan oleh Isaac Newton. Dalam sesi pengajaran subjek Sains tersebut, berlaku perdebatan idea antara
Aiman dengan Cikgu Faridah tentang teori graviti dan kaitannya dengan alam sejagat. Aiman selalu memberikan
jawapan berunsur jenaka sehingga suasana di dalam kelas itu menjadi riuh. Cikgu Faridah menggelar Aiman
sebagai profesor disebabkan kepintarannya dan dia mempunyai daya berfikir yang tinggi serta matang
berbanding dengan rakan-rakannya yang lain.
Di dalam kelas, Aiman sering menimbulkan kemarahan gurunya kerana tidak menumpukan perhatian
terhadap pembelajaran di dalam kelas. Dia sering berangan-angan menjadi tokoh-tokoh hebat dalam bidang
Sains. Aiman mudah bosan dengan cara pembelajaran di sekolah menyebabkan dia sering ponteng sekolah. Hal
ini menimbulkan kemarahan ayahnya sehingga dia kerap dirotan dan ditampar. Aiman sentiasa mengambil
kesempatan untuk mewujudkan halusinasi futuristik penuh cabaran. Dia pernah membayangkan dirinya telah
lulus pengajian tinggi dalam bidang aeroangkasa. Walaupun Aiman sering berhalusinasi, namun dia mempunyai
prinsipnya yang tersendiri dan tidak mahu berlagak seperti Mat Jenin dan Si Luncai. Angan-angan Aiman terus
mekar apabila dia terus berhalusinasi menjalani latihan intensif di bawah program aeroangkasa di bawah
kerajaan Rusia. Ketika itu, Aiman seolah-olah sedang berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa sedangkan dia
sebenarnya berada di atas pokok kelapa.
Aiman mengimbas kembali layanan kasar babah terhadap dirinya. Dia menjadi gagap kerana selalu
ditampar oleh babahnya. Kemudian Aiman teringat pula kisah Paul Broca, iaitu pakar antropologi yang telah
berjaya mengatasi masalah gagap melalui teknologi perlakuan. Bagi Aiman, ayahnya patut mempelajari teori itu
supaya dapat bertindak lebih mesra dengannya.
Ketika Aiman berhalusinasinya, dia teringat akan bisikan halus yang didengarinya ketika dia berada di
planet bulan. Aiman terdengar bisikan supaya dia lebih mendekati Allah. Akhirnya, Aiman sedar daripada
khayalannya bahawa dia kini berada dalam proses meningkat remaja yang antara cirinya ialah sering
memberotak dan mengalami krisis identiti diri. Dia perlu berusaha untuk mendapatkan sesuatu dan bukannya
sekadar berangan-angan sahaja. Jauh di sudut hati Aiman, dia memanjatkan doa dan harapan ke hadrat Ilahi
dan akan mengatasi masalah gagapnya dengan kekuatan diri sendiri.
TEMA
Keinginan yang tinggi dalam bidang sains angkasa. Hal ini ditunjukkan oleh watak utamanya, Aiman Aqil yang
sering membayang tentang angkasa lepas dan membayangkan dirinya berada dalam suasana di angkasa. Dia
menjadikan sebatang pokok kelapa dara di penjuru banglo ayahnya sebagai tempat berlepas ke angkasa dengan
sebuah kapal angkasa.
PERSOALAN
• Persoalan kerakusan manusia terhadap alam.
Aiman melihat bukit di hadapan banglo bapanya di lereng cerun bukit yang telah ditarah dan digondol untuk
pembangunan.
azan ab latif GCBM KVWT 42
SEJADAH RINDU] Tingkatan 5 / 2 SVM
• Persoalan adab dalam menuntut ilmu.
Sikap Aiman yang tidak fokus terhadap pengajaran di dalam kelas telah menyebabkan Cikgu Faridah hilang
sabar.
• Persoalan kebanggaan terhadap identiti diri.
Aiman Aqil bengga akan nama yang diberikan kerana nama tersebut mempunyai makna yang baik.
• Persoalan kepekaan akan situasi sekeliling.
Aiman cepat-cepat membetulkan jawapannya apabila dia menyedari wajah Cikgu Faridah berubah dengan
jawapan awal yang diberikannya.
• Persoalan sikap memandang rendah terhadap keupayaan orang lain.
Aiman menyindir adik-adiknya dan rakannya Chee Keong kerana lambat menyelesaikan tugasan Matematik.
• Persoalan peranan ibu bapa terhadap anak.
Ayah dan ibu Aiman ingin mengetahui punca Aiman sering ponteng sekolah. Mereka juga membawa Aiman
menjalani latihan intensif dan latihan terapi bagi memulihkan pertuturannya yang gagap.
• Persoalan ketidakfahaman masyarakat terhadap keperluan murid genius.
Ibu bapa dan guru sekolah Aiman tidak memahami keperluan murid genius seperti Aiman sehingga mereka
sering memarahi dan mendenda Aiman.
• Persoalan ketagasan guru dalam mendidik pelajar.
Guru kelas Aiman memberi amaran keras kepadanya kerana sering mengganggu rakan lain ketika belajar.
• Persoalan kepentingan prinsip hidup.
Aiman bertekad tidak akan menjadi seperti Si Luncai dan Mat Jenin yang hanya memasang angan-angan
tanpa merealisasikan angan-angan tersebut.
• Persoalan bidang aeroangkasa.
Aiman amat meminati bidang aeroangkasa sehingga dia mengetahui banyak perkara berkaitan bidang
tersebut dan sering berhalusinasi sebagai seorang angkasawan.
• Persoalan keadaan keluarga yang tidak mesra dan tidak memahami perasaan anak.
Aiman berada dalam keluarga yang tidak mesra dan tidak memahami perasaannya sehingga dia sering
dihukum kerana suka berangan-angan.
• Persoalan impian dan angan-angan yang tidak kesampaian.
Hasrat Aiman menjadi seorang angkasawan tidak tercapai apabila dia hanyalah sekadar berimaginasi.
• Persoalan dendam akibat kesalahan masa lampau.
Aiman masih menyimpan perasaan dendam terhadap bapanya yang pernah merotan dan menamparnya.
• Persoalan kasih sayang seorang ibu.
Ibu Aiman begitu tersentuh hati apabila melihat Aiman dirotan oleh ayahnya.
WATAK DAN PERWATAKAN
Watak utama – Aiman Aqil
Watak-watak sampingan – Bapa Aiman ( babah ), Ibu Aiman, Cikgu Faridah, Fadilah Fatnin, Azilah Natiqah, dan
Chee Keong.
azan ab latif GCBM KVWT 43
SEJADAH RINDU] Tingkatan 5 / 2 SVM
Aiman Aqil
• Aiman Aqil berumur hampir 20 tahun.
• Seorang yang berwajah agak cengkung dan memiliki jari-jemari tangan yang kurus dan runcing.
• Dia merupakan anak sulung dan mempunyai dua orang adik perempuan, iaiut Fadilah Fatnin dan Azilah
Atiqah .
• Seorang yang bercakap gagap. Aiman sukar bertutur. Mulutnya ternganga lebar dahulu sebelum keluar kata-
kata.
• Seorang yang pintar. Aiman seorang murid yang pintar dalam pelajaran terutamanya dalam subjek
Matematik dan Sains sehingga digelar profesor kerana mempunyai IQ yang tinggi.
• Seorang yang bersikap degil dan keras hati. Aiman tidak mengendahkan teguran guru apabila mengganggu
rakan-rakannya di kelas.
• Seorang yang bongkak akan kepintarannya. Dia sering menyindir adik-adik dan rakannya ketika mereka
membuat kerja sekolah.
• Seorang yang suka memberotak. Aiman suka memberontak kerana pelajaran yang tidak mencabar dan
tertekan dengan sikap dan layanan bapanya yang garang.
• Seorang yang pendendam. Aiman menyimpan dendam terhadap bapanya yang sering merotan dan
menamparnya.
• Seorang yang bercita-cita tinggi. Aiman bercita-cita tinggi iaitu menyimpan angan-angan untuk menjadi
seorang angkasawan seperti Neil Armstrong.
• Seorang yang suka berhalusinasi. Aiman membayangkan dirinya seorang angkasawan yang berjaya.
• Seorang yang berfikiran rasional. Aiman berazam untuk merawat masalah gagapnya dengan kekuatan diri
dengan menggunakan kaedah Paul Broca tanpa mengharapkan bantua ibu bapanya.
Bapa Aiman
• Bapa Aiman mempunyai tiga orang anak, iaitu Aiman Aqil, Fadilah Fatnin dan Azilah Atiqah.
• Dia bertugas sebagai seorang jurutera mekanikal.
• Dia dipanggil dengan gelaran “babah” oleh Aiman dan adik-adiknya.
• Seorang yang bertanggungjawab. Bapa Aiman berusaha merawat kegagapan anaknya dengan membawa
Aiman menjalani latihan intensif dan latihan terapi.
• Seorang yang tegas. Bapa Aiman pernah menampar Aiman dan merotan Aiman kerana kedegilan dan
kenakalan anaknya itu.
• Seorang yang penyayang. Bapa Aiman berusaha merawat masalah kegagapan anaknya dengan membawa
Aiman menjalani latihan intensif dan terapi.
Ibu Aiman
• Ibu kepada tiga orang anak, iaitu Aiman Aqil, Fadilah Fatnin dan Azilah Atiqah.
• Ibu Aiman bertugas sebagai seorang saintis dalam bidang geologi.
• Seorang yang penyayang. Ibu Aiman berasa kasihan setiap kali melihat Aiman dirotan oleh suaminya.
• Seorang yang taat dan patuh akan suami. Ibu Aiman tidak melawan apabila suaminya merotan Aiman.
• Seorang yang penyabar. Ibu Aiman tetap bersabar dengan sikap garang suaminya dalam mendidik anak-anak
terutamanya Aiman yang bersikap kontras dengan suaminya.
Cikgu Faridah
• Cikgu Faridah ialah guru Sains di sekolah Aiman.
• Seorang yang dedikasi. Cikgu Faridah menerangkan ilmu Teori Graviti secara bersungguh-sungguh kepada
Aiman dan kawan-kawannya.
• Seorang yang cepat marah. Cikgu Faridah rasa tercabar apabila Aiman mempertikaikan teori graviti yang
diajarinya dengan kuasa Tuhan.
• Seorang yang bijak melihat potensi murid. Cikgu Faridah bijak mengesan potensi Aiman dan menggelarnya
sebagai professor kerana kepintaran dan kecerdikan muridnya itu.
azan ab latif GCBM KVWT 44
SEJADAH RINDU] Tingkatan 5 / 2 SVM
LATAR
Latar Tempat
• Lereng cerung bukit – Aiman berimaginasi di banglonya dan melihat lereng bukit di hadapannya musnah
ditarah dan digondol.
• Dalam kelas – Cikgu Faridah meminta Aiman menjawab soalan yang berkaitan dengan Teori Graviti.
• Rumah keluarga Aiman - Aiman mengganggu adik-adiknya yang sedang menyiapkan kerja sekolah. Di rumah
juga Aiman dimarahi dan dirotan oleh ayahnya kerana suka menimbulkan masalah.
• Atas pokok kelapa – tempat Aiman berangan-angan terbang ke angkasa.
• Planet bulan –ketika berhalusinasi, Aiman membayangkan dirinya sampai di bulan setelah berlepas dari
Stesen Angkasa Antarabangsa.
Latar Masa
• Zaman moden – sudah wujud Stesen Angkasa Antarabangsa yang menjadi tempat angkasawan menjalankan
ujian.
• Waktu tengah hari – Aiman dilahirkan pada waktu tengah hari.
• Ketika berusia lapan tahun – Aiman mengatakan kepada ayahnya yang dia budak genius.
• Waktu siang – Aiman mendongak ke langit dan ternampak awan berarak.
• Zaman remaja – zaman persekolahan Aiman, adik-adiknya dan rakan-rakannya yang lain.
• Sepanjang minggu – tempoh Aiman ponteng kelas kerana lebam-lebam di pinggul.
Latar Masyarakat
• Masyarakat yang meminati bidang aeroangkasa. Contohnya, Aiman sangat meminati bidang angkasa lepas
dan sering berimaginasi menjadi seorang angkasawan.
• Masyarakat golongan ibu bapa yang berpendidikan tinggi. Contohnya, Babah mempunyai pendidikan
berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal manakala ibu Aiman seorang saintis dalam bidang geologi.
• Masyarakat remaja yang pintar dan bercita-cita tinggi. Contohnya, Aiman Aqil murid yang pintar dan
mempunyai cita-cita menjadi seorang angkasawan.
• Masyarakat guru yang gigih mendidik anak bangsa. Contohnya, Cikgu Faridah yang bekerja sebagai guru
mendidik murid-muridnya dengan dedikasi.
• Masyarakat yang mementingkan pelajaran. Contohnya, Babah menegur Aiman apabila mengganggu adik-
adiknya membuat kerja sekolah. Babah juga marah kepada Aiman yang ponteng sekolah.
• Masyarakat golongan ibu bapa yang tegas mendidik anak. Contohnya, Bapa Aiman tegas menjaga disiplin
anak-anaknya dengan memukul Aiman kerana suka melawan dan memberontak.
• Masyarakat yang menyayangi ahli keluarga kita. Contohnya, ibu Aiman amat menyayangi anak-anaknya,
iaitu Aiman Aqil, Fadilah Fatnin dan Azilah Atiqah.
• Masyarakat yang bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Contohnya, Aiman boleh
menyelesaikan latihan matematik murid tingkatan lima walhal umurnya ketika itu baru lapan tahun.
• Masyarakat yang berdedikasi dan amanah dalam melaksanakan tugas yang diberikan. Contohnya, Cikgu
Faridah menerangkan ilmu Teori Graviti denga bersungguh-sungguh kepada Aiman dan kawan-kawannya
• Masyarakat yang bertanggungjawab terhadap aspek kesihatan ahli keluarga. Contohnya, Bapa Aiman
berusaha merawat kegagapan anaknya dengan membawa Aiman menjalani latihan intensif dan latihan
terapi.
• Masyarakat yang bongkak akan kepintaran diri. Contohnya, Aiman sering menyindir adik-adik dan rakannya
ketika mereka membuat kerja sekolah.
• Masyarakat yang pedendam. Contohnya, Aiman menyimpan dendam terhadap bapanya yang sering
merotan dan menamparnya.
• Masyarakat yang rasional dalam mengambil sesuatu tindakan. Contohnya, Aiman berazam untuk merawat
masalah gagapnya dengan kekuatan diri dengan menggunakan kaedah Paul Broca tanpa mengharapkan
bantua ibu bapanya.
azan ab latif GCBM KVWT 45
SEJADAH RINDU] Tingkatan 5 / 2 SVM
NILAI
• Nilai kasih sayang. Contohnya, ibu Aiman amat menyayangi anak-anaknya, iaitu Aiman Aqil, Fadilah Fatnin
dan Azilah Atiqah.
• Nilai kebijaksanaan. Contohnya, Aiman boleh menyelesaikan latihan Matematik murid tingkatan lima walhal
umurnya ketika itu baru lapan tahun.
• Nilai dedikasi / Kegigihan. Contohnya, Cikgu Faridah menerangkan ilmu Teori Graviti denga bersungguh-
sungguh kepada Aiman dan kawan-kawannya.
• Nilai tanggungjawab. Contohnya, bapa Aiman berusaha merawat masalah kegagapan anaknya dengan
membawa Aiman menjalani latihan intensif dan latihan terapi.
• Nilai keinsafan, Contohnya, Aiman insaf setelah mendengar bisikan yang menasihatinya supaya
mendekatkan diri kepada Tuhan.
• Nilai belas kasihan. Contohnya, ibu Aiman berasa kasihan setiap kali melihat Aiman dirotan oleh suaminya.
PENGAJARAN
• Kita hendaklah bersopan dalam menuntut ilmu. Contohnya, Sikap Aiman tidak fokus terhadap pengajaran
Cikgu Faridah dan menganggu rakan lain di dalam kelas sehingga Cikgu Faridah hilang sabar.
• Kita mestilah menyayangi ahli keluarga kita. Contohnya, ibu Aiman amat menyayangi anak-anaknya, iaitu
Aiman Aqil, Fadilah Fatnin dan Azilah Atiqah.
• Kita hendaklah bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Contohnya, Aiman boleh menyelesaikan
latihan matematik murid tingkatan lima walhal umurnya ketika itu baru lapan tahun.
• Kita mestilah dedikasi dan amanah dalam melaksanakan tugas yang diberikan. Contohnya, Cikgu Faridah
menerangkan ilmu Teori Graviti denga bersungguh-sungguh kepada Aiman dan kawan-kawannya
• Kita perlulah bertanggungjawab terhadap aspek kesihatan ahli keluarga. Contohnya, bapa Aiman berusaha
merawat kegagapan anaknya dengan membawa Aiman menjalani latihan intensif dan latihan terapi.
• Janganlah kita bongkak akan kepintaran diri. Contohnya, Aiman sering menyindir adik-adik dan rakannya
ketika mereka membuat kerja sekolah.
• Janganlah kita menjadi seorang pedendam. Contohnya, Aiman menyimpan dendam terhadap bapanya
yang sering merotan dan menamparnya.
• Kita mestilah berfikiran rasional dalam mengambil sesuatu tindakan. Contohnya, Aiman berazam untuk
merawat masalah gagapnya dengan kekuatan diri dengan menggunakan kaedah Paul Broca tanpa
mengharapkan bantuan ibu bapanya.
azan ab latif GCBM KVWT 46
SEJADAH RINDU] Tingkatan 5 / 2 SVM
GERHANA MANUSIA
Aminah Mokhtar
SINOPSIS
Dalam cerpen Gerhana Manusia, penulis menggambarkan kisah tiga watak penting yang berlaku di wad
Unit Rawatan Rapi di sebuah hospital. Di samping itu, terdapat beberapa orang watak pesakit yang ditempatkan
di wad tersebut. Salah seorang pesakit tersebut ialah Tuan Besar Musa, seorang ahli korporat dan teknokrat
yang kritikal disebabkan kegemarannya meminum minuman keras. Profesor Doktor Juaidi cuba mempengaruhi
kakitangannya agar memastikan semua pek darah yang ada di hospital tersebut hanya diberikan kepada Tuan
Besar Musa yang menjadi penyumbang utama kepada jamuan tahunan kelab elit mereka. Jika Tuan Besar Musa
mati, kelab itu akan kehilangan wang RM100 ribu yang akan disumbangkan olehnya untuk jamuan akhir tahun.
Di dalam wad Unit Rawatan Rapi, Nusia sedang memberikan rawatan kepada Tuan Besar Musa yang
koma dan semakin tenat akibat pengambilan minuman keras selama bertahun-tahun. Nusia memberitahu
Doktor Murni berkaitan dengan bank darah yang sudah kehabisan stok tabung darah. Doktor Murni
mengarahkan Nusia supaya menghebahkan masalah itu kepada pihak media dengan harapan ada insan yang
mahu menderma darahnya kepada Tuan Besar Musa. Dalam keadaan dirinya yang sedang koma dan tenat itu,
Nusia merasakan bahawa Tuan Besar Musa tidak mampu lagi diselamatkan kerana dia hanya hidup bergantung
pada alat sokongan hayat. Bagi Nusia, dalam keadaan kritikal tersebut, bacaan surah Yasin dan pengucapan
Syahadah lebih diperlukan. Nusia turut mempersoalkan waris Tuan Besar Musa yang tidak kelihatan
menjenguknya. Doktor Murni menyatakan bahawa Profesor Doktor Juaidi mahu Tuan Besar Musa hidup. Nusia
mempertikaikan tindakan Profesor Doktor Juaidi itu. Menurut Nusia, harapan Tuan Besar Musa untuk hidup
adalah terlalu nipis dan arahan Profesor Doktor Juaidi supaya dia memasukkan darah ke dalam tubuh Tuan Besar
Musa itu dianggap satu pembaziran. Doktor Murni meminta Nusia agar tidak terlalu beremosi dan menurut
sahaja arahan itu.
Nusia amat simpati dengan pesakit lain yang sedang koma serta menunggu bantuan darah untuk
membolehkan mereka kembali sihat. Solehah tenat dan koma akibat pundi janinnya yang pecah di ovari. Al-
Hafiz pula ditimpa kemalangan kereta. Di situ juga terdapat bayi buangan yang hampir kekeringan darah, gadis
malang yang koma dan tenat akibat didera, dan mahasiswa yang menghidap penyakit leukemia. Nusia
mengatakan bahawa selagi riwayat hidup pesakit di wad itu ditentukan oleh Profesor Doktor Juaidi, maka selama
itulah akan berlaku ketidakadilan dalam proses rawatan dan pengabaian nilai-nilai kemanusiaan. Nusia tidak
berpuas hati dengan arahan Profesor Doktor Juaidi mengarahkan Doktor Murni mendapatkan sepuluh pek darah
daripada hospital lain dengan segera setelah diberitahu bahawa bank darah di hospital sudah kehabisan.
Profesor Doktor Juaidi memberitahu Nusia bahawa Tuan Besar Musa merupakan tokoh korporat dan teknokrat
yang banyak menyumbangkan dana kepada kelab elit hospital itu. Sifat dermawannya yang telah menaja majlis
makan malam tahunan yang bernilai ratusan ribu menyebabkan Profesor Doktor Juaidi berasa amat terhutang
budi dan mencuba sedaya upaya untuk menyelamatkan nyawanya.
Nusia memberitahu bahawa tekanan darah Solehah semakin rendah. Profesor Doktor Juaidi menyuruh
Nusia memberikan gelafundin untuk menggantikan darah disebabkan bekalan darah tidak mencukupi. Nusia
mempertikaikan tindakan Profesor Doktor Juaidi yang tidak mahu memberikan darah tulen kepada Solehah.
Profesor Doktor Juaidi menyoal Nusia mengenai status perempuan yang sedang koma itu jika dibandingkan
dengan Tuan Besar Musa. Akhirnya, Nusia akur dengan arahan Profesor Doktor Juaidi dan mengambil sebotol
gelafundin lalu dimasukkan ke dalam tubuh Solehah yang sedang koma untuk menggantikan darah. Nusia
meluahkan rasa kesalnya kepada Doktor Murni mengenai pek-pek darah di dalam bank darah di hospital itu
adalah kepunyaan kelab yang boleh dijual. Doktor Murni memujuk Nusia supaya tidak terlalu emosional kerana
mereka ialah golongan minoriti di hospital itu. Nusia mengatakan bahawa berlakunya pembaziran darah apabila
seratus pek darah diperlukan selama dua hari untuk menyelamatkan Tuan Besar Musa yang koma serta memang
tidak boleh diselamatkan. Walhal, hanya empat pek darah diperlukan untuk menyelamatkan mahasiswa yang
berpenyakit leukemia itu dan setengah pek darah sahaja diperlukan untuk menghidupkan bayi buangan yang
sedang koma.
Nusia memberitahu juruteknik makmal darah bahawa hanya lima pek darah diperlukan untuk
memberikan peluang kepada empat orang yang sedang koma pulih kembali. Juruteknik makmal darah itu
azan ab latif GCBM KVWT 47
SEJADAH RINDU] Tingkatan 5 / 2 SVM
menegaskan bahawa darah itu adalah untuk kegunaan Tuan Besar Musa. Nusia menjelaskan bahawa Tuan Besar
Musa sebenarnya sudah mati kerana hanya adrenalin, dopamine, serta atropine yang masih merangsang
denyutan jantungnya ketika itu. Juruteknik makmal darah itu termakan pujukan Nusia dan menyerahkan lima
pek darah sejuk itu kepadanya. Nusia menjelaskan kepada juruteknik makmal darah itu bahawa dia sanggup
menanggung segala risiko atas tindakannya itu. Nusia berasa bahawa bantuan darah-darah itu mampu
menyelamatkan Solehah, mahasiswa yang menghidap penyakit leukemia, dan menyembuhkan al-Hafiz yang
boleh mengajar beratus-ratus tahfiz kecil. Bagi Nusia, sekiranya lima pek darah itu dimasukkan ke dalam Tuan
Besar Musa, nilai pembaziran yang amat besar dilakukan oleh Profesor Doktor Juaidi.
Profeser Doktor Juaidi berusaha untuk menyelamatkan nyawa Tuan Besar Musa dengan meningkatkan
kadar penggunaa adrenalina, dopamine dan atropine. Namun demikian, Tuan Besar Musa yang sedang tenat
dan koma itu gagal di selamatkan. Profesor Doktor Juaidi berasa amat kesal kerana Tuan Besar Musa mati
sebelum dia sempat menderma RM100 ribu untuk jamuan akhir tahun. Doktor Murni datang dan memberikan
surat peletakan jawatannya sebagai doktor perubatan di hospital itu. Dia tidak sanggup berhadapan dengan
sikap Profesor Doktor Juaidi yang mengetepikan nilai kemanusiaan terhadap pesakit. Profesor Doktor Juaidi
tercengang dengan tindakan Doktor Murni. Doktor Murni yang berasa puas dengan tindakan tersebut mengajak
Nusia ke bank darah supaya mereka dapat menderma darah untuk disalurkan kepada semua pesakit yang
sedang koma di wad Unit Rawatan Rapi itu.
TEMA
Kepentingan ganjaran material ketika merawat pesakit sehingga berlakunya pengabaian nilai-nilai kemanusiaan.
Profesor Doktor Juaidi menyuruh Nusia memberi bantuan darah kepada Tuan Besar Musa kerana Tuan Besar
Musa banyak memberikan sumbangan kewangan kepada hospital sedangkan pada masa yang sama masih ramai
lagi pesakit lain yang sangat memerlukan darah tersebut.
PERSOALAN
• Persoalan sikap materialistik sesetengah ahli masyarakat.
Profesor Doktor Juaidi sangat berbangga akan kekayaan dan status Tuan Besar Musa hingga lebih
mementingkan sumbangan RM100 ribu daripada tokoh korporat itu berbanding orang lain.
• Persoalan pelanggaran etika kerja.
Profesor Doktor Juaidi melanngar etika kerja sebagai doktor apabila dia tidak berlaku adil terhadap pesakit.
• Persoalan tanggungjawab dan amanah dalam menjalankan tugas.
Nusia dan Doktor Murni berusaha memberikan rawatan terbaik kepada pesakit di hospital.
• Persoalan perbezaan golongan berpangkat dengan masyarakat.
Tuan Besar Musa diberi layanan istimewa berbanding pesakit lain kerana dia seorang korporat ternama dan
juga menjadi penyumbang kepada kelab elit hospital.
• Persoalan protes kakitangan bawahan terhadap ketua yang tidak adil.
Nusia memprotes tindakan Profesor Dr. Juaidi yang lebih mementingkan Tuan Besar Musa berbanding
pesakit lain.
• Persoalan kepentingan menderma darah dalam masyarakat.
Tuan Besar Musa, Soleha, Al-Hafiz, bayi dan gadis yang malang itu amat memerlukan bekalan darah untuk
merawat mereka.
• Persoalan sikap buruk sesetengah ahli korporat.
Tuan Besar Musa seorang ahli korporat yang kaya dan berjaya mempunyai sikap buruk. Dia gemar meminum
arak dan gagal mendidik dua orang anaknya sehingga terlibat dengan najis dadah.
azan ab latif GCBM KVWT 48
SEJADAH RINDU] Tingkatan 5 / 2 SVM
• Persoalan rasional dalam mengambil tindakan.
Doktor Murni menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai doktor perubatan di hospital itu kerana
yakin akan ada hospital lain yang memerlukan khidmatnya.
• Persoalan peranan wad Unit Rawatan Rapi kepada pesakit kritikal.
Soleha, Al-Hafiz, bayi dan gadis yang malang itu dimasukkan ke wad Unit Rawatan Rapi kerana memerlukan
rawatan yang rapi dan intensif.
WATAK DAN PERWATAKAN
• Watak utama – Nusia
• Watak-watak sampingan – Doktor Murni, Profesor Doktor Juaidi, Tuan Besar Musa, juruteknik makmal darah,
Soleha, al-Hafiz, bayi buangan, mahasiswa, dan gadis yang didera.
Nusia
• Nusia ialah seorang jururawat yang bertugas di Wad Unit Rawatan Rapi di sebuah hospital.
• Seorang yang patuh dan akur akan perintah ketua. Contohnya, Nusia menurut arahan Profesor Doktor Juaidi
supaya memberikan sebotol gelafundin kepada Solehah untuk menggantikan darah tulen.
• Seorang yang penyayang, iaitu dia amat menyanyangi dan mengambil berat terhadap kesihatan pesakit-
pesakitnya.
• Seorang yang bertanggungjawab. Contohnya, Nusia berusaha untuk memberikan khidmat rawatan terhadap
pesakitnya Tuan Besar Musa dengan penuh tanggungjawab .
• Seorang yang sangat bersimpati. Contohnya, Nusia menitiskan air mata apabila melihat penderitaan yang
ditanggung oleh Solehah.
• Seorang yang berfikiran rasional. Contohnya,Nusia menganggap nyawa lima orang pesakit yang kritikal itu
perlu diselamatkan kerana masih menggalas tanggungjawab besar terhadap anak-anak dan masyarakat.
Doktor Murni
• Doktor Murni merupakan pegawai perubatan muda di sebuah hospital .
• Dia bertugas merawat pesakit di Wad Unit Rawatan Rapi di hospital itu .
• Seorang yang mementingkan aspek kemanusiaan pesakit. Contohnya, Doktor Murni menyerahkan surat
peletakan jawatan sebagai doktor kerana tidak berpuas hati dengan kaedah rawatan untuk pesakit di
hospital itu.
• Seorang yang prihatin dan bertanggungjawab. Contohnya, Doktor Murni memaklumkan kepada Profesor
Doktor Juadi mengenai bekalan darah di bank hospital itu yang telah kehabisan stok .
• Seorang yang bersifat tenang ketika merawat pesakit. Contohnya, Doktor Murni menasihati Nusia agar tidak
terlalu emosional ketika merawat Tuan Besar Musa .
• Seorang yang bertanggungjawab / murah hati. Contohnya,Doktor Murni mengajak Nusia menderma empat
pek darah untuk menyelamatkan semua pesakit di wad Unit Rawatan Rapi.
• Seorang yang berani / rasional dalam mengambil tindakan. Contohnya, Doktor Murni menyerahkan surat
peletakan jawatannya sebagai doktor perubatan di hospital itu kerana yakin akan ada hospital lain yang
memerlukan khidmatnya.
• Seorang yang berpendirian tegas. Contohnya, Doktor Murni menyerahkan surat peletakan jawatannya tanpa
sebarang syarat.
Profesor Doktor Juaidi
• Profesor Doktor Juaidi merupakan pegawai perubatan senior di sebuah hospital.
• Dia merupakan ketua jabatan kepada Doktor Murni dan seorang jururawat, Nusia.
• Profesor Doktor Juaidi sudah berumur, bermata bulat dan berkening lebat.
azan ab latif GCBM KVWT 49
SEJADAH RINDU] Tingkatan 5 / 2 SVM
• Seorang yang amat mementingkan ganjaran material daripada nilai kemanusiaan. Contohnya, Profesor
Doktor Juaidi berasa tertekan apabila Tuan Besar Musa meninggal dunia kerana kelab elit hospitalnya akan
kehilangan tajaan berjumlah RM100 ribu.
• Seorang yang bijak dalam menyelesaikan masalah. Contohnya, Profesor Doktor Juaidi bijak mencari dana
tabung kelab elit hospital mereka dengan meminta tajaan daripada Tuan Besar Musa.
Tuan Besar Musa
• Tuan Besar Musa merupakan seorang ahli korporat dan teknorat yang memiliki gedung perniagaan yang
besar.
• Dia merupakan seorang dermawan.
• Tuan Besar Musa ialah seorang suami kepada wanita jelita yang tidak setia.
• Dia mempunyai sepasang anak yang menjadi penagih dadah berjenis heroin.
• Tuan Besar Musa gemar minum arak.
LATAR
Latar Masa
• Dua jam – tempoh pesakit di wad Unit Rawatan Rapi ditinggalkan.
• Zaman moden – kewujudan hospital yang dilengkapi perlatan moden.
• Waktu siang – Nusia memaklumkan kepada Doktor Murni bahawa bekalan darah di bank darah sudah
kehabisan stok.
Latar Tempat
• Wad unit rawatan rapi – tempat Tuan Besar Musa ditempatkan.
• Makmal darah – Nusia mendapatkan lima pek darah untuk pesakit-pesakit yang tenat.
• Wad terbuka – tempat pesakit-pesakit biasa dirawat seperti Hafiz.
Latar Masyarakat
• Masyarakat golongan doktor dan jururawat, Contoh, Profesor Doktor Juaidi, Dr Murni dan Nusia bertugas
merawat pesakit kritikal di Unit Rawatan Rapi sebuah hospital.
• Masyarakat yang bersikap materialistik. Contoh, Profesor Doktor Juaidi sangat berbangga akan kekayaan
dan status Tuan Besar Musa hingga lebih mementingkan sumbangan RM100 ribu daripada tokoh korporat
itu berbanding orang lain.
• Masyarakat yang melanggar etika kerja. Contoh, Profesor Doktor Juaidi melanggar etika kerja sebagai
doktor apabila dia tidak berlaku adil terhadap pesakit.
• Masyarakat yang bertanggungjawab dan amanah dalam menjalankan tugas. Contoh, Nusia dan Doktor
Murni berusaha memberikan rawatan terbaik kepada pesakit di wad Unit Rawatan Rapi.
• Masyarakat yang dedikasi dan amanah dalam menjalankan tugas. Contoh, Doktor Murni dan Nusia
merawat pesakit dengan sabar dan penuh dedikasi tanpa mengenal penat.
• Masyarakat yang mementingkan ganjaran dalam perkhidmatan. Contoh, Profesor Doktor Juaidi
mengutamakan rawatan kepada Tuan Besar Musa kerana mengharapkan dana untuk kelab elit hospital itu.
• Masyarakat kakitangan bawahan yang berani memprotes ketua yang tidak adil. Contoh, Nusia memprotes
tindakan Profesor Doktor Juaidi yang lebih mementingkan Tuan Besar Musa berbanding pesakit lain.
• Masyarakat ahli korporat yang bersikap buruk. Contoh, Tuan Besar Musa seorang ahli korporat yang kaya
dan berjaya mempunyai sikap buruk. Dia gemar meminum arak dan gagal mendidik dua oarng anaknya
sehingga terlibat dengan najis dadah.
• Masyarakat yang rasional dalam mengambil tindakan. Contoh, Doktor Murni menyerahkan surat peletakan
jawatannya sebagai doktor perubatan di hospital itu kerana yakin akan ada hospital lain yang memerlukan
khidmatnya.
azan ab latif GCBM KVWT 50