Jejakku di SKBL 2
antologi coretan kenangan
JEJAKKU
DI SKBL
Antologi coretan kenangan
guru & pelajar
1978 - 1983
Penyelenggara
AHMAD NOH
2
Jejakku di SKBL 3
antologi coretan kenangan
Cetakan pertama Julai 2021
Teks © Penulis
Reka bentuk dan susun atur : Ahmad Noh
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang dalam apa
juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik,
fotokopi, rakaman atau cara lain mana-mana bahagian buku ini
sebelum mendapat izin bertulis daripada penyelenggara. Walau
bagaimanapun, keizinan diberikan untuk mana-mana bahan dalam
buku ini digunakan asalkan untuk tujuan kebaikan.
3
Jejakku di SKBL 4
antologi coretan kenangan
Kandungan 5
6
Prakata 7
Sekapur Sireh 8-9
Lencana dan Lagu Sekolah 10 - 60
Sejarah Sekolah
Coretan Kenangan 61 - 68
1. Cikgu Hamlah Chik 69
2. Cikgu Rahaya Ismail 70
3. Profesor Madya Ts Dr Shamsul Bahari Shamsudin
4. Tuan Haji Jamalunasir Mohd Alias 4
5. Mardhiah Abu Khari
6. Zainab Yusof
7. Sabri Shabir
8. Mohd Suhaidi Seman@ Sulaiman
9. Hamizar Abdul Hamid
10 Zefrul Ibrahim Idris
11 Lingam A/L Mahadevan
12. Zarinah Abdul Rahman
13. Mohd J Sopian Majid
14. Zarina Ibrahim
15. Nor Azura Awang Kechik
16. Wan Noor Fadzillah Wan Ibrahim
17. Ahmad Noh
18. Ahmad Ismady Ismail
19. Nor Akma Mohamed
20. Anuar Abdul Ghani
21. Zamri Hamzah
22. Zakaria Mat Husin
23. Shamsul Azlin Abdul Wahid
24. Arzilawati Abdul Karim
25. Norlaily Saat
26. Tengku Maizatulakmar Tengku Toran
27. Saidatun Nisbah Bakar
28. Halimaton Saadiah Bakar
29. Hamadi Hussin
30. Zaliha Yusof
Foto Kenangan
Salam Takziah & Senarai Nama Pelajar
Sajak : Terima Kasih S.K.B.L
Jejakku di SKBL 5
antologi coretan kenangan
Prakata
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Segala Puji-Pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam
buat Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w dan keluarga baginda.
Alhamdulillah kerana dengan izin-Nya dapat juga saya
menyelenggara buku berjudul JEJAKKU DI SKBL: Antologi Coretan
Kenangan guru dan pelajar 1978 hingga 1983 Sekolah Kebangsaan
Batu Lapan (SKBL), Jalan Gambang, Kuantan. Di dalamnya ditulis
semula dan diabadikan 30 coretan kenangan suka duka daripada 2
orang guru dan 28 lepasan pelajar yang pernah berteduh di bawah
payung SKBL sepanjang tahun 1978 hingga 1983.
Cetusan idea ini saya tampilkan bagi menyambut Hari Ulang Tahun
kelahiran kita semua yang pada tahun ini berusia 50 tahun (1971 -
2021). Banyak kenangan dan pengalaman yang kita lalui bersama
sepanjang menuntut ilmu di SKBL. Pastinya kenangan itu cukup
bererti dalam kita mendepani hari mendatang. Terima kasih tak
terhingga juga buat Cikgu Hamlah Chik dan Cikgu Rahaya Ismail
yang turut menjayakan projek ini. Terima kasih kawan-kawan.
Biar kenangan ini abadi selamanya.
AHMAD NOH
5
Jejakku di SKBL 6
antologi coretan kenangan
Sekapur Sireh
Alhamdulillah syukur dan terima kasih kerana saya digamit untuk
melontarkan sepatah dua pemanis kata dalam buku JEJAKKU DI
SKBL coretan kenangan kita semua ini. Tahniah, Ahmad Noh yang
berusaha merapatkan semula silaturrahim yang kian kelam setelah
hampir 40 tahun berlalu melalui cetusan idea yang baik.
Catatan peristiwa yang terakam pasti menjadi kenangan dan sejarah
kepada kita dan tidak mungkin dilupakan di SKBL yang merupakan
sebuah institusi pendidikan berusia lebih 100 tahun ini. Dibalik
kenangan itu jangan dilupakan iringilah doa buat guru-guru yang
pernah menabur bakti dan rakan-rakan yang telahpun pergi
mendahului kita agar ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.
Teruskan perjuangan kita yang bersisa dengan masih dipinjamkan
usia dan dunia ini sebelum berhijrah ke alam kekal abadi di sana.
Kini Sekolah Kebangsaan Batu Lapan telah melahirkan Sekolah
Kebangsaan Fakeh Abdul Samad. Sekian.
Selamat Bertemu Kembali.
Wakil Guru
CIKGU HAMLAH CHIK
6
Jejakku di SKBL 7
antologi coretan kenangan
Lencana Sekolah
Dahulu diberi nama Sekolah Kebangsaan Batu Lapan (SKBL).
Bermula 2012 ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Fakeh Abdul Samad (SKFAS)
LAGU SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Batu Lapan
Sekolah bertuah dan bersejarah
Mendidik putra putri tercinta
Jadi rakyat yang berguna
Kami bertekad janji dan belajar
Budaya bersukan bersungguh hati
Rukun Negara kami sanjungi
Berdisiplin berharmoni
Hijau lambang agama rasmi
Kuning kedaulatan diraja
Merah ke arah maju jaya
Biru tanda berpadu benderaku
Jasa guru tetap kami sanjungi
Jadi bekalan hingga akhir nanti
Segala ilmu yang dibekalkan
Panduan masa hadapan
7
Jejakku di SKBL 8
antologi coretan kenangan
Sejarah Sekolah
Bermula sebagai sekolah rakyat sekitar tahun 1930. Dikelolakan oleh Tn. Hj.
Shamsuddin. Atas inisiatif En Perada Abdul Samad serta orang kampung sekolah
beratap nipah dibina. En Abdul Samad bin Abdul Manan (Tok Pakeh Samad) menjadi
tenaga pengajar kepada 15 orang murid.
Tahun 1945 sekolah ini diambil alih oleh kerajaan. En Abdul Malik bin Said telah
dilantik sebagai Guru Besar yang pertama. Bangunan pertama telah dibina dengan
kerjasama penduduk tempatan.
8
Jejakku di SKBL 9
antologi coretan kenangan
Pada tahun 1963, bangunan beratap genting dengan 4 bilik darjah dan sebuah pejabat
telah dibina untuk menampung 300 orang pelajar.
Pada 1975 pula bangunan 2 tingkat dengan 8 bilik darjah dibina. Bilangan murid
ketika itu 485 orang. Pada 1976 KDYMM Sultan Ahmad Shah telah merasmikan
bangunan kantin. Seterusnya pada 1981, sebuah bangunan 3 tingkat telah didirikan
dengan 8 bilik darjah dan stor. Pada tahun 2003 pula sebuah bangunan 4 tingkat dan
sebuah makmal komputer didirikan bagi menampung jumlah pelajar yang semakin
bertambah.
9
Jejakku di SKBL 10
antologi coretan kenangan
Coretan Kenangan
CIKGU HAMLAH
BINTI CHIK
Tahun Berkhidmat di SKBL :
1981 hingga 2001
Alamat : Jalan ByPass, Pandan,
Kuantan, Pahang.
Pekerjaan:
Pesara Guru
Saya bertugas di SKBL dari tahun 1981 hingga 2001. Amat serasi
saya dan SKBL dengan angka ‘keramat 2’ iaitu tahun ke 2 sebagai
seorang guru, sekolah yang ke-2 dan 20 tahun berkhidmat.Banyak
pengalaman yang telah menyumbang kepada kematangan sebagai
pendidik diraih sama ada melalui pengajaran dan pembelajaran,
pengurusan dan pentadbiran, tidak kurang sosio hidup insan
bergelar guru. Ribuan murid kelahiran SKBL sebumbung di taman
ilmu...’Banyak udang banyak garam’.
Baju putih kain biru
Pakaian santun sudahlah tentu
Melihat wajahmu sukanya guru
Datang bertandang memburu ilmu
10
Jejakku di SKBL 11
antologi coretan kenangan
Murid lelaki berseluar pendek
Angkat suara setiap detik
Bukan marah bukan mengejek
Sakitnya tekak peluh menitik
Chalk & talk tidak berkesan
Diam...Diam...cikgu nak rotan
Kaedah diubah mengikut zaman
Mengejar kemajuan jadi idaman
Secubit peristiwa dan teladan...
Pegawai perkenalkan diri dari Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan
lalu menyapa sebelum bicara tujuan kerja. “ Ini cikgu saya...Saya
murid cikgu masa di SKBL.” Terpampang tag nama ‘AHMAD NOH’.
Santun dan tidak meninggi diri. Pegawai muda bertugas untuk
membantu memudahkan kerja. Ucapan ‘Selamat Hari Guru’ saban
tahun diterima daripada murid setia. Riang hati keranamu murid.
Terdetik hati kecil untuk ke Tanah Suci dan menziarahi Nabi
Muhammad S.A.W. Agensi unggul Tabung Haji berkenan di hati. Di
kaunter TH mulanya bertemu pegawai dan menyapa antara guru dan
murid bernama HAJI JAMALUNASIR. Sering ditemui di kursus-kursus
anjuran TH. Sukanya hati.
Cikgu Hamlah...Jemputan Perkahwinan anak saya pada 27 Mac 2021.
Terima kasih WAN NOOR FADZILLAH.
Jika berjumpa dengan PROF. SHAMSUL BAHARI pasti lagi berdebar
untuk berbicara.
11
Jejakku di SKBL 12
antologi coretan kenangan
Itulah antara nama yang masih diingati. Bukanlah bermaksud yang
lain dilupakan. Tambahan lagi ketika bertemu tidak kenal batas usia.
Kita sama sahaja. Hanya hormat anak murid pada saya membezakan
hubungan kita. Saya kini berhadapan dengan anak murid saya yang
dulunya kanak-kanak kini dewasa dan mempunyai latar belakang
yang berbeza. Ada peniaga, ahli korporat, pendidik, surirumah,
cendikiawan dan lain-lain. Namun disisi Allah kita sama sahaja
mungkin sebesar sayap nyamuk. Yang membezakan hanya amal
yang dibawa kelak.
Pengalaman saya sebagai seorang pendidik :
1. Bermula sebagai seorang pendidik di Sekolah Kebangsaan Sungai
Lembing pada tahun 1980.
2. Bertukar ke Sekolah Kebangsaan Batu Lapan (SKBL) bermula
tahun 1981 hingga 2001. (20 tahun berkidmat hingga kini masih
tetap di hati).
3. Dinaikkan pangkat dan ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Tekek
di Pulau Tioman pada 2002.
4. Berpindah ke Sekolah Kebangsaan Pandan bermula tahun 2002
hingga 2013. Di sekolah inilah juga saya akhirnya menamatkan
perkhidmatan dalam dunia pendidikan.
Namun kenangan selama 20 tahun berkhidmat di SKBL tetap unik
dan tersemat selamanya. Kerana SKBL dulu dan kini kita masih
bersama dengan izin Allah.
12
Jejakku di SKBL 13
antologi coretan kenangan
CIKGU RAHAYA
BINTI ISMAIL
Tahun Berkhidmat di SKBL :
1978 hingga 1992
Alamat : Kampung Permatang
Badak, Kuantan, Pahang.
Pekerjaan:
Pesara Guru
Murid bertukar ganti. Rakan guru silih berganti. Kenangan terindah...
Sekolah Kebangsaan Batu Lapan (SKBL) merupakan sekolah
pertama saya ditugaskan untuk menjadi seorang pendidik kepada
anak bangsa setelah tamat pengajian di Maktab Perempuan Melayu
Melaka. Saya telah berkhidmat di sini dari tahun 1978 hingga 1992
iaitu selama 14 tahun. Pastinya banyak pengalaman yang saya lalui
selama itu di bumi SKBL.
Cuma ada perkara yang sangat terkesan dalam hidup cikgu semasa
di SKBL. Di sinilah saya bertemu dengan orang yang sangat saya
sayangi iaitu suami saya, Mokhtar Manap (arwah). Kami juga
mendirikan rumahtangga ketika sama-sama berkhidmat di SKBL. Di
SKBL juga kami mendapat ketiga-tiga cahaya mata kami yang kini
telahpun dewasa. Kenangan di SKBL pasti tetap diingatan cikgu.
13
Jejakku di SKBL 14
antologi coretan kenangan
PROFESOR MADYA TS
DR SHAMSUL BAHARI
BIN SHAMSUDIN
Nama Panggilan Di Sekolah:
Bahari/Bari/Shamsul/Anjang
Kelas Akhir : 6 Putih (6P)
Alamat : Taman Seri Perdana
Petagas, K. Kinabalu, Sabah
Pekerjaan: Pensyarah
(Universiti Malaysia Sabah)
KETUA MURID SKBL 1983
Sekolah Kebangsaan Batu Lapan (SKBL) dan Taman Tas adalah satu
gabungan yang saling signifikan ketika era 80an. Letak kedua-
duanya di titik koordinat yang hampir sama, iaitu sekitar kawasan
batu 8 Jalan Gambang, Kuantan, Pahang. Selain daripada itu terdapat
beberapa landmark lain yang memberi prestij kepada kawasan
tersebut. Orang-orang lama pasti familiar dengan Restoran Dollah,
Restoran Pantai Timur, Kg Seri Damai, Kg. Lubuk Puyu dan SEMSAS.
Kanak-kanak yang menetap di sekitar Batu 8 sudah pastinya akan
belajar di SKBL. Aku mula menetap di Taman Tas pada sekitar tahun
1982 dan pada tahun yang sama juga aku menjejakkan kaki belajar
di SKBL dalam darjah 5 Putih. Pengalaman aku di SKBL mungkin
tidaklah sehebat mana berbanding rakan-rakan lain kerana aku
hanya berkesempatan selama 2 tahun (1982-83) namun sempat
menimba ilmu dan pengalaman di sini. Alhamdulillah, semenjak hari
14
Jejakku di SKBL 15
antologi coretan kenangan
pertama menyeberang masuk pagar SKBL aku telah diterima dengan
baik dan penuh ramah mesra oleh guru, rakan-rakan dan juga
makcik kantin. Kenapa aku libatkan makcik kantin di sini kerana
pada hari pertama kehadiran aku di SKBL aku terlupa untuk
membawa wang belanja sekolah. Walau bagaimanapun aku telah
diberikan nasi lemak sebungkus dan segelas air sirap secara
percuma oleh makcik kantin tersebut mungkin sebagai insentif alu-
aluan kehadiran aku ke sekolah.
Maka mulai saat itu aku merekodkan pengalaman kehidupan di
SKBL. Tidak sampai sebulan bersekolah di sini, aku diberi
kepercayaan oleh Cikgu Hadi dengan dilantik sebagai seorang
pengawas. Maka celana pendek yang aku pakai juga ditukar dari
warna biru kepada warna putih. Siapa yang tidak kenal aku semasa
belajar di SKBL, orang yang paling tinggi dalam kalangan pelajar-
pelajar SKBL. Semasa di SKBL aku lebih dikenali dengan nama Bahari
atau manjanya disebut “Bari”. Aku aktif dalam sukan sekolah,
terutamanya dalam acara olahraga, bola sepak dan hoki. Banyak
kenangan yang tidak akan dapat aku lupakan, antaranya
kemenangan pasukan bola sepak SKBL mewakili daerah selepas
mengalahkan pasukan Sekolah Kebangsaan Pangkalan Tentera
dengan jaringan 3-2 selepas ketinggalan 2-0 pada separuh masa
pertama. Ketika itu pasukan SKBL terus bersemangat selepas gol
pertama dijaringkan oleh Azli, dan aku sangat berbangga apabila
menyumbangkan 2 gol dan seterusnya memberikan kemenangan
mutlak kepada SKBL pada tahun itu sebagai Juara Daerah. Kisah
15
Jejakku di SKBL 16
antologi coretan kenangan
sukan sekolah juga banyak memorinya, aku masih ingat bagaimana
pecutan Jamal dalam acara 100m yang mana beliau terus dinobatkan
sebagai juara dengan mengalahkan pelari-pelari favourite SKBL
ketika itu. Memang pantas dan hebat …
Pada tahun 1982, pelajar Darjah 5 akan menduduki Peperiksaan
Penilaian Darjah 5 dan Alhamdulillah syukur ramai pelajar-pelajar
SKBL pada masa itu mendapat keputusan yang cemerlang. Mereka
kebanyakan bagus dalam kedua-dua aktiviti ko-kurikulum dan
akademik. Seingat aku ramai yang mendapat keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Darjah 5 dan bakal
menjejakkan kaki ke MRSM atau SBP, tidak kurang juga yang akan ke
sekolah Teknik atau Vokasional. Selebihnya akan ke Sekolah
Menengah Paya Besar atau Sekolah Menengah Seri Mahkota. Aku
memilih untuk ke Sekolah Menegah Paya Pesar.
Pada tahun 1983, aku masuk darjah 6 Putih dan pada tahun yang
sama aku telah diberikan kepercayaan dengan dilantik sebagai Ketua
Murid SKBL, dan penolong Ketua Murid masa itu adalah rakan ku
yang mempunyai nama hampir sama dengan aku, Shamsul Azlin.
Berdiri di hadapan setiap kali sesi perhimpunan sebagai seorang
Ketua Murid pastinya tahap populariti itu jauh lebih tinggi
berbanding dengan pelajar-pelajar lain. Ini juga sedikit sebanyak
mempengaruhi budi bahasa dan tingkah laku aku pada masa itu.
“Harus lebih berdisiplin,” kata Cikgu Hadi dan Cikgu Daud. Seingat
aku kawan yang paling nakal ketika itu adalah Basaruddin. Sebagai
16
Jejakku di SKBL 17
antologi coretan kenangan
kelompok pelajar yang sangat erat maka kami akan sentiasa
bergerak dan melakukan pelbagai aktiviti secara berkumpulan.
Memang banyak nama segar di memori aku yang ingin aku sebutkan
disini antaranya Awie, Lingam, Azmi Kicap, Azli, Madi, Mat Noh,
Jamal, Yaacob, Suhaidi, Zefrul, Sabri dan nama pelajar perempuan
yang tidak ramai tetapi adalah beberapa hehehehe. Sebenarnya
banyak lagi nama yang ingin aku coretkan di atas kertas putih ini,
tapi biarlah ianya kekal menjadi epilog persaudaraan yang manis
antara kita semua dan disimpan abadi dijiwa ini.
Sesungguhnya rakan-rakan yang pernah aku kenal di SKBL aku
anggap sebagai adik-beradik. Walaupun tempoh pergaulan yang
amat singkat dan jarang kita bersama tetapi banyak kenangan manis
dan pahit yang kita telah harungi bersama-sama suatu ketika dahulu
demi pengalaman hidup menjadi seorang indidvidu yang lebih
matang di masa hadapan. Aku ingin mengambil peluang di sini untuk
memohon maaf di atas segala kekhilafan aku selaku saudara rakan
bermain bergurau senda bertepuk tampar dalam mengorek
pengalaman penuh nostalgia di SKBL tercinta.
17
Jejakku di SKBL 18
antologi coretan kenangan
JAMALUNASIR
BIN MOHD ALIAS
Nama Panggilan Di Sekolah: Mal
Kelas Akhir : 6 Merah (6M)
Alamat : Indera Mahkota 14
Perdana, Kuantan, Pahang.
Pekerjaan: Tabung Haji Negeri
Pahang.
Kenangan manis yang tidak dapat saya lupakan sampai sekarang
adalah saat dinobatkan sebagai Olahragawan 2 tahun berturut -
turut semasa Sukan SKBL iaitu semasa Darjah 5 dan juga ketika di
Darjah 6. Tidak tahu bagaimana saya hendak gambarkan ketika
nama saya diumumkan selaku Olahragawan Sekolah ketika itu. Aku
bersyukur. Atas kejayaan itu saya telah terpilih untuk mewakili
sekolah dalam acara olahraga sehingga berjaya pula mewakili
Pasukan Olahraga Peringkat Daerah Kuantan yang pertandingan
telah diadakan di Stadium Darul Makmur. Ketika itu bukanlah
senang untuk beraksi di stadium kecuali pemain bola sepak Pahang
sahaja. Dengan latar belakang sebagai anak kampung saya cukup
berbangga dengan pencapaian sebesar ini. Pengalaman tinggal di
kampung secara tidak langsung membolehkan saya berusaha setiap
petang untuk menjalani latihan olahraga selain dapat dipraktikkan
juga ketika bermain bola sepak di padang bersama kawan-kawan.
18
Jejakku di SKBL 19
antologi coretan kenangan
MARDIAH
BINTI ABU KHARI
Nama Panggilan di Sekolah :
Badak kottttt
Kelas Akhir : 6 Putih (6P)
Alamat : Kampung Permatang
Badak, Kuantan, Pahang.
Pekerjaan : Penolong
Pengarah SPP, KPTM Kuantan
Assalamualaikum,
Coretan kenangan sepanjang sekolah rendah? Payah nak ungkapkan
kenangannya…sukakah...? dukakah…? mungkin sekali coret akan
terkeluarlah kenangan duka lebih banyak daripada suka, tapi bila
dikenangkan mungkin diri ini terlalu kebudakkan untuk
menganggapnya adalah kenangan duka.
Bermula dari darjah 1, didaftarkan dalam kelas 1 Merah (1M).
Perasaan mula-mula masuk kelas takut tapi bila nampak muka
arwah abah dicelah-celah tingkap di antara ibu bapa yang lain, hilang
rasa takut. Tambahan dengan ada sepupu dalam kelas (Zefrul atau
kat kampung panggil epol). Pengalaman duka, masih tak pandai baca
ABC. Pandai baca sampai huruf M jer... Adalah yang menjadi
pemberita, sampaikan pada arwah abah. Mendapatlah rotan di kaki.
Malam itu juga pandai membaca ABC berteman pelita dan belakang
19
Jejakku di SKBL 20
antologi coretan kenangan
buku latihan (dulu-dulu mana ada buku bacalah sayang, yang ada
cuma huruf-huruf ABC di belakang buku tulis).
Darjah 2, kelas 2 Kuning (2K), kira turun kelas, yang ingat darjah 2
nie, minat sangat Ilmu Hisab sekarang tukar nama Matematik.
Semua kerja sekolah Ilmu Hisab siap. Ada kawan (tak payah lah
sebut nama) pinjam buku, nak salin, malangnya dia main salin jer,
tak tengok dah susunan soalan, mendapat dengan cikgu, cikgu tanya
tiru siapa, dia jawap tiru Mardiah, cikgu cakap “Eloklah kalau dia
salah kamu pun salah, kalau dia masuk longkang, kamu pun masuk
longkang”….ayat tu saya ingat sampai sekarang dan pernah saya
guna masa menjadi guru sementara.
Darjah 3 hingga Darjah 6 duduk kelas Putih…acah-acah pandai.
Masa ini badan dah mula membesar dengan jayanya…jadi
bermulalah kehidupan seorang budak perempuan yang sentiasa
diejek “gemuk macam badak” heeemmmmm, malas lah nak cerita
bab ni.
Nak cerita bab buat kerja sekolah, kerja sekolah memang paling
malas nak buat, bukan tak pandai tapi malas terutama kerja sekolah
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Dulu ada Penilaian Darja 5,
cikgu bagi latihan bila cuti penggal. Benda yang tak boleh lupa ialah
dah habis cuti penggal baru nak buat kerja sekolah, bila buatnya,
petang hari Ahad, esok dah mula sekolah, buat pulak belakang pintu
(sebab takut arwah abah nampak) dengan tak baca soalan, tapi main
20
Jejakku di SKBL 21
antologi coretan kenangan
tanda jer jawapan. Hebatnya boleh dapat jugak A dalam Penilaian
Darjah Lima, adalah A walaupun tak banyak.
Kenangan yang boleh dikatakan suka, apa lagi kalau tak bermain.
Galah panjang, berebut tiang koridor, main lompat tali getah (zero
point) – sanggup beli getah gelang tu kat kedai, bola rounders.
Bermain adalah antara kenangan suka yang terpahat diingatan.
Kenangan kedua yang paling suka ialah masa rehat hehehehe, tu
yang membesar dengan jayanyer. Teringat beli nasi lemak dengan
keropok, bawa duit 50 sen jer tapi kenyang dapat beli nasi lemak
dengan keropok. Kenangan suka yang ketiga (tetiba banyak pulak
kenangan suka), jual jambu kat sekolah masa musim buah jambu.
Laku ‘keras’ masa itu jual jambu. Dapat duit jual jambu guna untuk
apa? Apa lagi kalau tak beli jajan. Ketika dulu tak banyak jajan. Paling
minat beli keropok goreng dengan air oren bungkus di gerai makcik
tepi pagar sekolah.
Kenangan duka dengan cikgu tiada sebab anak murid kesayangan
cikgu kot terutama dengan Cikgu Shamsiah. Satu lagi kita jenis tak
suka buat salah sebab tak suka kena marah. Rasanya itu lah coretan
atau kenangan yang ingin dicatatkan. Terima kasih kerana sudi
membacanya.
21
Jejakku di SKBL 22
antologi coretan kenangan
ZAINAB BINTI YUSOF
Nama Panggilan Di Sekolah:
Eton @ Nab
Kelas Akhir : 6 Kuning (6K)
Alamat ringkas: Taman Desa
Mesra, Batu 5, Kuantan, Pahang.
Pekerjaan: Kerani
Mula sekolah masuk darjah satu rasa takut tu ada. Biasalah kita
jumpa ramai kawan-kawan yang kita tidak kenal. Ingat lagi masa
darjah satu cikgu suruh buat corak, saya yang tak pernah pergi
sekolah tadika, memang tidak tahu lah kan. Arzilawati yang ajar
buat corak. Yang ni saya tidak akan lupa sampai bila-bila. Terima
kasih pada Arzilawati.
Kalau bab tandas sekolah tu memang sangat menyeramkan. Kalau
nak ke tandas mesti berteman. Bukan seorang yang teman... kadang
3, 4 orang. Saya budak Gambang, jadi terpaksa datang awal ke
sekolah, sebab jauh dan bas sekolah juga ambil awal pagi. Rela tahan
perut tunggu hari cerah sikit atau masa rehat.
Kenangan ketika di Darjah 1 ini pula yang saya tidak boleh lupa juga
ialah Zakaria Husin @ Pokya yang hilang dari kelas. Puas kawan-
22
Jejakku di SKBL 23
antologi coretan kenangan
kawan dan cikgu mencari Zakaria. Habis kawasan
cari..hahahaha….tapi akhirnya jumpa juga Zakaria. Akhirnya Hamizar
yang jumpa di dalam tandas guru, walaupun dah berkali tandas guru
tu dicari. Kejadian pelik yang berlaku masa tu.
Kalau nampak van milo datang rasa seronok tu bukan main. Sebab
dah tau akan dapat minum milo percuma. Tapi kalau tengok van
kesihatan datang, bukan main kecut perut. Takut kena cucuk atau
pemeriksaan gigi. Hahahaha.....
Kenangan kena rotan dengan Cikgu Hadi juga tidak dapat dilupakan.
Satu kelas kena rotan sebab buat bising. Hahaha….berdiri atas kerusi
dan kena rotan setiap orang. Sakit dia tu sampai seminggu. Hehehe.
Tapi kita tidak berani nak bagi tau orang tua, sebab nanti kita akan
dipersalahkan lagi. Kalau time rehat kami akan main panjat tiang.
Lumba siapa cepat sampai ke atas. Suka sangat rasa. Satu lagi main
tali getah. Suka sangat zaman sekolah rendah ni.
Paling suka, saya dan kawan-kawan dari Gambang atau geng
gambang akan dapat balik cepat dari sekolah. Masa ni sekolah belah
petang. Sebab kami semua naik bas tambang.
23
Jejakku di SKBL 24
antologi coretan kenangan
SABRI BIN SHABIR
Nama Panggilan Di Sekolah:
Sabit
Kelas Akhir: 6 Merah (6M)
Alamat : Taman Subang Baru ,
Subang, Shah Alam, Selangor.
Pekerjaan: Juruteknik
Malaysia Airlines
Satu-satunya kenangan pahit dan juga mungkin manis yang masil
kekal diingatanku ketika di Darjah 6. Ketika itu aku dan rakan-rakan
baru pulang dari sekolah tetapi kami sempat singah dulu di kedai
game. Mungkin tanpa kami sedari ada dikalangan pelajar lain yang
nampak dan telah report pada cikgu. Kami pun tak tau yang perkara
itu merupakan satu kesalahan... Tak taulah siapa yang punya angkara
suka mengadu pada cikgu masa tu...hahaha...
Keesokan harinya semua yang terlibat telah dipanggil di bilik guru.
Aku kena rotan kat bilik guru. Sebelum tu cikgu bagi pilih rotan yang
mana nak...kecil, yang sedang atau besar. Hukuman itu bukan
berakhir di situ saja...Masa perhimpunan sekolah hari Isnin sekali
lagi aku dan kawan-kawan yang terlibat di rotan. Aduhhh...dahlah
sakit...malu lagi...pengalaman betul...
24
Jejakku di SKBL 25
antologi coretan kenangan
MOHD SUHAIDI BIN
SEMAN @ SULAIMAN.
Nama Panggilan Di Sekolah:
Idi
Kelas Akhir: 6 Merah (6M)
Alamat : Kampung
Pandan 1, Kuantan, Pahang.
Pekerjaan: Pegawai
Perkhidmatan Pelanggan.
Mayflower car rental
(Tan Chong Group)
Memulakan persekolahan di SKBL pada tahun 1979 di usia 8 tahun
iaitu di darjah 2. Saya bertukar dari sekolah di Kota Bharu, Kelantan.
Hanya berjalan kaki dari rumah di Batu 8 ke sekolah pada setiap hari
maklumlah saya orang susah. Bermula dari kelas biru, kuning
sehinggalah akhirnya pada darjah 6 saya bertukar ke kelas 6 M
(Merah).
Kenangan tak dapat dilupa apabila selalu kena marah dengan cikgu
dan lari main Pinball dengan Ishak. Sehinggalah Ishak di hukum di
hadapan perhimpunan. Teringat juga kenangan kutip buah getah...
Gatal mengintai awek di kelas junior. Kakakaka... sampai sekarang
ingat lagi nama budak itu. Tapi harus dirahsiakan. Nama sahabat
yang takkan saya lupa antaranya Awie (Zamri Hamzah), Hamadi,
Jazmi ,Ishak, Mat Noor Seri Damai, Yaacob, Cikgu Mat dan ramai lagi.
25
Jejakku di SKBL 26
antologi coretan kenangan
HAMIZAR
BINTI ABDUL HAMID
Nama Panggilan Di Sekolah:
Miza/Mie
Kelas Akhir: 6 Merah (6M)
Alamat ringkas: Bt. 8, Jalan
Gambang, Kuantan, Pahang.
Pekerjaan: Surirumah
Kelas tiap tahun bertukar. Darjah 1 dan 2 - Kuning, darjah 3 dan 4 -
Putih, darjah 5 dan 6 – Merah. Saya mula masuk darjah satu .Orang
lain semua mak dengan ayah hantar atau temankan tetapi saya
keseorangan sahaja. Maklumlah saya sudah tiada ayah. Ayah sudah
meninggal dunia masa umur saya 2 tahun lebih.
Zaman sekolah rendah saya ini jenis yang sangat pemalu. Jalan pun
tunduk jer. Tidak banyak cakap tapi kalau dah kenal riuh
sekampung. Kenal dengan seorang ni yang baik, cantik, cerdik dan
kaya. Kami berkawan baik tapi satu hari tiada angin tiada ribut tetiba
saya dibodohkn siap keluar dari mulutnya perkataan BODOH pada
saya. Selepas kejadian itu dah tak jadi kawan. Tapi bila ingat balik
sedih, marah semua ada. Tak tahu kenapa dan mengapa dia boleh
jadi macam tu.
26
Jejakku di SKBL 27
antologi coretan kenangan
Kenangan pahit kena rotan dengan Cikgu Hadi... kesnya seorang je
buat hal habis satu kelas kena berdiri atas kerusi. Kemudian ape lagi
kenalah setiap oangrg satu rotan di betis .. berbirat merah... tapi tak
boleh bagitau mak sebab nanti mak akan tambah lagi .. mak cakap
kalau tak buat salah takkan cikgu rotan.
Antara cikgu yang saya ingat Cikgu Latif, Cikgu Azizah, Cikgu Fauzi,
Cikgu Hamlah, Cikgu Tengku Toran, Ustaz Zain (Cikgu Mata biru).
Banyak sebenarnya kisah gembira. Antaranya dapat kawan-kawan
yang baik dan macam adik beradik sampai sekarang masih
berhubung bertanya khabar. Ingat lagi masa balik sekolah main-
main panjat tiang, beratur beli aiskrim, beli keropok tepi pagar ..
pergi dan balik sekolah jalan kaki berama-ramai dengan kawan
sekampung.
Ada satu hari tu Zakaria kalau tak silap pergi ke tandas tapi tak balik-
balik ke kelas. Rupanya dia tak jumpa jalan balik .. lepas itu kalau nak
pergi ke tandas kena pergi berdua. Orang cakap tandas berhantu.
27
Jejakku di SKBL 28
antologi coretan kenangan
ZEFRUL IBRAHIM
BIN IDRIS
Nama Panggilan Di Sekolah:
Zefrul/Epol
Kelas Akhir : 6 Putih (6P)
Alamat : Johor Bahru, Johor.
Pekerjaan: Pengurus Tapak
Bina
Bersekolah di SKBL semenjak darjah 1 sehingga tamat darjah 6. Saya
merakamkan kisah suka duka di alam persekolahan yang pastinya
memberi seribu kenangan dan pengalaman. Panggilan saya di
sekolah adlah Zefrul. Manakala rakan sekampung yang rapat dan
mengenali lebih mesra memanggil saya dengan nama Epol.Sepanjang
belajar di SKBL ini saya tidak banyak terlibat dengan aktiviti-aktiviti
sekolah. Sekadar low profile dan jangan buat masalah di sekolah.
Tetapi pernah dihadapkan ke lembaga disiplin sekolah kerana
memukul rakan sekelas sehingga berdarah dan pecahkan cermin
tingkap sekolah. Saya bertindak demikian atas sebab tak tahan
melihat sepupu saya menangis selepas diejek bertalu-talu. Maka
dapatlah kenangan dirotan sebesar 2 inci di atas tapak tangan
sebanyak 3 ka[i.
28
Jejakku di SKBL 29
antologi coretan kenangan
Kenangan yang memeritkan adalah ketika kami sekelas pernah
dikerahkan atas nama gontong royong merata dan memecahkan
batu merah untuk laman gegat sekolah. Letihhh... Sampai melecet
tangan dibuatnya. Bercerita kenangan manis memang banyak. Sebut
sahaja apa jenis permainan yang sezaman dengan nya. Kalau tak ke
sekolah rasanya macam rugi sangat. Ke sekolah setiap hari dengan
berbasikal bersama rakan walau pun panas dan jauh ibarat LE TOUR
DI LANGKAWI tetapi tetap seronok.
TERIMA KASIH SKBL...
LINGAM A/L MAHADEVAN
Nama Panggilan Di Sekolah:
Lingam
Kelas Akhir : 6 Putih (6P)
Alamat ringkas: Taman
Pandan Damai, Kuantan ,
Pahang
Pekerjaan: Pesara
Banyak kenangan sebenarnya tapi dah lupa. Saya satu-satunya
pelajar bukan melayu Darjah 6 di SKBL ketika itu. Kawan-kawan
yang saya boleh ingat lagi Ahmad Noh, Zakaria dan Awie je. Yang lain
saya tak berapa ingatlah namanya...tapi kalau jumpa masih kenal.
Saya belajar di kelas Darjah 4 Kuning, 5 Merah dan 6 Putih.
29
Jejakku di SKBL 30
antologi coretan kenangan
ZARINAH
BINTI ABDUL RAHMAN
NAMA Panggilan Di Sekolah:
Nina
Kelas Akhir : 6 Merah (6M)
Alamat : Kampung Lubuk Puyu,
Kuantan, Pahang.
Pekerjaan: Surirumah
Mula masuk sekolah darjah 1 dapat kelas 1 Kuning cikgu
perempuan cina...tak ingat dah namanya...dulu saya tinggal di batu
7..Arwah abah buka kedai runcit...bangun pagi nak ke sekolah ..mesti
nangis...arwah abah jangki sampai masuk kelas...lama jugak lah nak
boleh mesra dengan alam persekolahan...masa tu ramai dapat
kawan..baru seronok pergi ke sekolah...
Masa naik darjah 4 K...Cikgu Fauzi guru kelas...kelas dekat dengan
tandas...kawan masa tu Kasim yang macam perempuan sikit...dia
selalu la kawan dengan saya...naik darjah 5...masuk kelas pandai sikit
5 P...Cikgu Syed Mansor...tak boleh lupa bila satu kelas kena rotan
dengan Guru Besar Cikgu Othman di perhimpunan...tadah tapak
tangan belaka...
Di Darjah 6 M...tak ingat cikgu...Cikgu Latif kot guru kelas...kelas
selalu bising....jadi cikgu ubah kedudukan ...duduk berpasangan .saya
30
Jejakku di SKBL 31
antologi coretan kenangan
kena duduk dengan pak saudara Hamadi Hussin....hihihi...tak boleh
lupa bila Cikgu Hadi masuk...naik atas kerusi semua..kena rotan
kaki...biasalah subjek B.I kan...yang rambut panjang Maziah Muda
dan Sarimani mesti kena tarik rambut...hehehe
Aktif bersukan bola jaring. Apabila game dengan SK Pangkalan
Tentera anti sangat dengan juaini. Banyak lagi kenangan seperti
bermain anklong. Kononnya nak masuk pancaragam tapi ke laut.
Tengok orang menari kita pun nak menari. Bila tengok Sarimani
lemah gemalai menari, memang tak ada peluang lah nak dapat
masuk. Zaman budak-budak dulu keyakinan pada diri sendiri amat
tipis.
Itulah serba sedikit kenangan masa sekolah rendah...ingat-ingat
lupa...ingat nama kawan-kawan...tapi tak semua....Zainab, Kuntum,
Suzainah, Hamiza,r Maziah Muda, Rostamadi, Hamad,i Zamri, Yaacob,
Sarimani, Hamizan, Kamarul Ariffin, Wan Zamri, Suhaimi, Norazura,
Fuad, Ahmad Noh, Shahrizan, Jamalunasir, Wannor...Mardhiah,
Maznah, Zefrul Ibrahim, Zakaria ..aiii...lupa dah..
31
Jejakku di SKBL 32
antologi coretan kenangan
MOHD J SOPIAN
BIN MAJID
Nama Panggilan Di Sekolah: J
Kelas Akhir : 6 Kuning (6K)
Alamat :
Kampung Sri Damai,
Kuantan, Pahang.
Pekerjaan: Sendiri.
Pada pertengahan tahun 1980, aku berpindah ke Sekolah
Kebangsaan Batu Lapan (SKBL) dari Sekolah Kebangsaan Teruntum,
Kuantan. Ketika itu aku dalam darjah 3. Tak banyak kenangan
sepanjang tiga tahun setengah aku di SKBL. Seingat aku, aku pernah
belajar di kelas darjah 4 Kuning, 5 Merah dan 6 Kuning. Semasa aku
di darjah 6, cikgu Bahasa Inggeris meminta seorang demi seorang
untuk bangun membaca buku mengikut apa yang terkarang dalam
buku Bahasa Inggeris.Tiba giliran aku, terdapat perkataan 'Island'
dalam buku tersebut ; dan aku menyebutnya 'Isleng'. Lucu, memang
melucukan.
Antara cikgu yang ramah dan selalu aku ingat sehingga kini ialah
Cikgu Hamlah Chik ketika di darjah 6. Kenangan yang paling segar
dalam ingatan aku ketika majlis perkahwinan ayah saudara aku di
sebuah kampung di Maran, beliau hadir meraikannya.
32
Jejakku di SKBL 33
antologi coretan kenangan
ZARINA BINTI IBRAHIM
Nama Panggilan Di Sekolah:
Zarina
Kelas Akhir: 6 Merah (6M)
Alamat :
Kampung Seri Damai,
Kuantan, Pahang.
Pekerjaan:
Pembantu Tadbir
Kenangan aku di sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Batu
Lapan mengamit kembali. Sekolah itu kini dikenali sebagai Sekolah
Kebangsaan Fakeh Abdul Samad.
Dalam banyak memori sehingga kini aku tak dapat melupakan kisah
aku dikenakan tindakan disiplin oleh Guru Disiplin. Peristiwa itu
berlaku pada masa akhir tahun ketika di Darjah 6 Merah. Aku dan
sekumpulan rakan didapati bersalah kerana makan di dalam kela.s
Maklum lah akhir tahun .Aku dan rakan-rakan makan pada waktu
pembelajaran kerana peperiksaan dah habis. Ketika itu juga cikgu
dah tak masuk kelas. Sedang asyik kami semua makan, tiba-tiba
seorang pengawas datang memanggil “Siapa yang makan di dalam
kelas tadi , cikgu disiplin panggil di bilik Darjah 6 Putih sekarang.”
33
Jejakku di SKBL 34
antologi coretan kenangan
Kami terpaksa pergi dengan perasaan berdebar-debar , apakah
hukuman yang akan diterima, dah kena pergi kat kelas 6 Putih ( yang
kelas yang paling cerdik sekali) , Apabila kami sampai cikgu disiplin
dah sedia menunggu, kami pun berbaris di hadapan , semua mata
memandang kami.
Setelah selesai mukadimah diberi oleh cikgu disiplin, Cikgu minta
kami buat pilihan rotan... yang mana nak... yang halus ke atau yang
besar...??? Aku memilih yang besar sebab teringat kata orang tua-tua
kalau yang halus sakit yang yang amat berbanding dengan yang
besar. Bila tiba giliran aku, aku pun menadah tangan , Kalau
namanya rotan memang sakit la..., aku balik ke kelas dengan hati
yang yang malu dan marah jugak masa tu...
Tetapi bila aku dewasa aku, faham peraturan tetap peraturan kena
ikut kerana mengajar kita erti disiplin diri, terima kasih cikgu
walaupun pengalaman agak pahit satu ketika dulu namun ianya
mengajar aku tentang peraturan dan disiplin diri. Kalau ada yang
baca coretan ku ini tentu yang sama-sama kena rotan tentu
mengamit kembali kenangan waktu itu.
34
Jejakku di SKBL 35
antologi coretan kenangan
NOR AZURA
BINTI AWANG KECHIK
Nama Panggilan Di Sekolah:
Noni
Kelas Akhir : 6 Kuning (6K)
Alamat : Kampung Lubuk
Puyu, Kuantan, Pahang.
Pekerjaan: Quality Executive
Rasanya zaman persekolahan aku dengan persekolahan anak-anak
zaman milenium ini memang jauh berbeza. Masa zaman sekolah
rendah dulu kami masih lagi pakai skirt tak macam budak sekarang
sejak darjah 1 anak-anak melayu ni sudah kita terapkan dengan
berbaju kurung.
Kami dulu pakai seluar pendek kembang dengan tshirt warna putih
bila tiba waktu Pendidikan Jasmani. Setiap tahun akan ada latihan
rumah sukan. Bila ada latihan rumah sukan yang paling seronok
dapat jumpa kawan-kawan bermain lompat getah. Permainan ni
memang sinonim dengan budak perempuan. Waktu rehat pun kami
akan melompat getah. Waktu itu siapa ada getah memang orang kaya
sebab getah yang banyak dan tebal memang orang hebat je yang
ade…hahahah….Aku sokmo berangan nak miliki getah sendiri…masa
tu apa yang arwah abah bagi buat belanja kami terima saja tanpa
demand macam anak-anak sekarang.
35
Jejakku di SKBL 36
antologi coretan kenangan
Aku masa zaman sekolah rendah dulu agak gangster. Budak-budak
lelaki biasa takut jugak kalau aku kejar. Budak-budak perempuan
selalu akan mintak tolong aku kalau kena sakat dengan budak lelaki.
Kiranya aku ni hero jugalah…hahahah.
Masa darjah 2 hingga 4 ada seorang budak lelaki kalau tak silap
nama dia Hasnan. Dia ini memang kuat menyakat budak perempuan.
Memang asyik kena kejarlah budak Hasnan ni dengan
aku...Hahahahah lucu bila ingat balik peristiwa itu.
Bila dah naik darjah 5-6 dah kenal hati budi masing-masing. Kami
berkawan baik dengan lelaki mahupun perempuan. Bab mengejek
nama aku panggilan aku kat rumah NONI…NONI….NONI memang lah
amalan budak-budak lelaki kat tangga sambil letak tangan atas bahu
masing-masing. Mereka buat bunyi siren sampai aku dah lali
mendengarnya. Bila kena kejar berterabur barisan keretapi mereka.
Cuba tanye... ada tak budak sekolah sekarang ni experience macam
kita dulu-dulu…….?
36
Jejakku di SKBL 37
antologi coretan kenangan
WAN NOOR FADZILLAH
BINTI WAN IBRAHIM
Nama Panggilan Di Sekolah:
Wannoo
Kelas Akhir : 6 Merah (6M)
Alamat :
Taman Pandan Damai,
Kuantan, Pahang.
Pekerjaan:
Surirumah
Pernah mewakili sekolah ke pertandingan tarian di Tepian
Gelanggang Kuantan...Kenangan itu cukup manis, menyeronokkan
dan membanggakan...Maklumlah boleh pergi ke luar mewakili
sekolah pulak tu...Tapi tak ingat tahun berapa...mungkin tahun 1982
@ 1983.
Saya juga merupakan seorang pengawas sekolah...Berseragam serba
putih dan bertali leher biru gelap. Mungkin saya ni rasanya
pengawas yang paling budak-budak perempuan menyampah sebab
selalu cari dia orang untuk cuci tandas yang penuh najis . Pada saya
biarlah orang menyampah yang penting saya happy bila dapat
tengok tandas bersih dan selesa digunakan oleh semua orang. Tapi
yang menghairankan macam mana murid-murid dulu boleh
37
Jejakku di SKBL 38
antologi coretan kenangan
‘membuang’ yer... sampai penuh atas simen luar... bukan simen di
dalam tandas.
Yang paling best hubungan kita semua cukup akrab macam adik
beradik walaupun berlainan kelas... betol tak. Itulah nilai
persahabatan yang saya susah nak cari sampai bila-bila pun. Tapi
saya ingat Mad...dia serius bebeno masa tu hingga takut saya nak
menegurnya.
Hingga kini masih ramai lagi nama cikgu yang masih saya ingat
Harap-harap betoi kot namanya. Antaranya yang paling diingati
cikgu Darjah 1 saya, Cikgu Siti Salamiah. Cikgu-cikgu lain pula seperti
Cikgu Shamsiah, Cikgu Latif, Cikgu Hamlah, Cikgu Fauzi, Cikgu Daud,
Cikgu Azizah, Cikgu Mokhtar, Cikgu Rohaya, Cikgu Tengku Toran,
Cikgu Syed Mansor.
Antara kenangan dengan cikgu yang masih diingati adalah gelagat
Cikgu Hadi (arwah) ini yang boleh dikatakan selalu kacau dan
mengusik saya masa sekolah dulu.
38
Jejakku di SKBL 39
antologi coretan kenangan
AHMAD BIN NOH
Nama Panggilan Di Sekolah:
Mad
Kelas Akhir : 6 Putih (6P)
Alamat :
Taman Seri Mahkota Aman,
Kuantan, Pahang.
Pekerjaan:
Pensyarah
Memori ketika zaman itu cukup membuat aku tersenyum sendiri.
Teringat tingkah ketika bersama teman seperjuangan ketika
menuntut di SKBL. Bermain galah panjang, laga buah getah, kumpul
setem, berbaris tepi jalan sambut sultan lalu dan macam-macam lagi.
Di sini aku tintakan beberapa watak penting yang menggembur
sejarah dalam hidupku ketika di SKBL dulu.
Zamri Hamzah (Awie) – sepupuku yang satunya orang yang memang
aku kenali ketika di Darjah 1 tapi berlainan kelas pula. Aku kelas 1P,
Awie 1M. Tapi selalu makan bersama waktu rehat.
Cikgu Siti Salamiah (Cikgu Siti) – 1978 : watak yang paling aku
sanjungi. Tika aku datang tanpa ilmu membaca, menulis,
mengira...beliaulah insan memegang tangan hingga jariku ini mampu
menulis A,B,C...1,2,3 di kelas 1 Putih...tegasnya tika itu membuat aku
jadi manusia kini. Aku mampu mengalirkan air mata bila
mengenangkan besar pengorbanan dan jasa beliau itu.
39
Jejakku di SKBL 40
antologi coretan kenangan
Salawati Shamsuddin – rakan sekelas Darjah1 Putih ku yang duduk
bersebelahan denganku. Sering membantu tika aku susah. Bila aku
tiada pensel, rubber dia juga yang sudi meminjamkan. Dia juga
tempat aku meminjam pengasah pensel...hingga terkadang dia pula
yang sudi tolong asahkan. Maklumlah aku ni orang susah semua tak
ada...Terima kasih Salawati atas budimu.
Abang Lotpi (Pakcik Lotpi) – tukang sapu sekolah. Karekter garang
yang sering membuat murid-murid gerun.
Makcu Pah – pengusaha kantin (makcik Awie).
Tokcok Hadis – Tukang kebun sekolah yang garang.
Pak Cik Aziz Keropok – peniaga keropok goreng dan air baling di
hadapan pagar sekolah.
Pak Yassin – Peniaga kedai jual ‘jajan’ di tepi pagar sekolah.
Terima kasih tak terhingga kepada semua yang pernah bersama
dalam kenangan indahku di bumi SKBL. Terima kasih seluruh
cikgu...Terima kasih seluruh kawan dari Darjah 1 hingga ke Darjah
6...Aku SAYANG kalian. Jejak yang pernah ku derap demi menggapai
lautan ilmu pengetahuan di SKBL cukup besar ertinya dalam aku
membina kehidupan. Hanya Allah yang mampu membalasnya jasa
kalian. Semoga hidup kita semua terus dibawah rahmat
Ilahi...Aamiin...
40
Jejakku di SKBL 41
antologi coretan kenangan
AHMAD ISMADY
BIN ISMAIL
Nama Panggilan Di Sekolah:
Mady
Kelas Akhir : 6 Merah (6M)
Alamat :
Bukit Mertajam Pulau Pinang
Pekerjaan:
Swasta
Bermula di SKLB tahun 1978 di kelas 1 Puteh... Cikgu kelas Cikgu Siti.
Berikutnya berada di kelas Darjah 2 Merah hingga 6 Merah.
Banyak kenang di SKBL tapi yang teringat ada bermain polis
entry,lestik getah,konda kondi dan galah panjang waktu rehat. Masih
dlm ingtaan diroton beramai-ramai di dalam bilik guru besar kerana
bermain pinball di Taman Tas.
Saya adalah murid yang nakal juga waktu sekolah. Fuad, Sabrie,
Zamri, Zainuddin, Hamadi, Basaruddin dan Jamallunasir antara
kawan rapat sebab mereka sekelas dengan saya di 6 Merah. Rumah
sukan saya waktu darjah 6 adalah Rumah Kuning yang merupakan
juara rumah sukan pada tahun tersebut dengan diketuai oleh Ahmad
Azmi. Saya juga penyumbang pingat pada masa temasya tersebut.
41
Jejakku di SKBL 42
antologi coretan kenangan
NOR AKMA
BINTI MOHAMED
Nama Panggilan Di Sekolah:
Akma
Kelas Akhir: 6 Merah
Alamat : Kampung Pandan 1,
Kuantan, Pahang.
Pekerjaan: Guru
Sekolah Kebangsaan Batu Lapan...
Saya bermula di sini pada tahun 1980 Ketika itu saya memasuki
kelas Darjah 3 Biru. Antara kenangan manis saya sepanjang belajar
di SKBL adalah pernah melibatkan diri dalam Kumpulan Bintang
Kecil yang dipimpin oleh Cikgu Tengku Toran yang merupakan guru
muzik ketika itu. Rakan yang bersama dalam kumpulan itu adalah
Tengku Maizatul Akma.
Masa sekolah pun tak rapat sangat dengan kawan-kawan
lain..maklumlah saya tinggal di gambang... ulang alik naik bas
tambang.. Datang selalu lewat..balik pun lewat..tunggu bas... Pukul 2
baru bas gerak dari bandar...
Semasa darjah 6 saya berada dalam kelas 6 Merah...
42
Jejakku di SKBL 43
antologi coretan kenangan
ANUAR
BIN ABDUL GHANI
Nama Panggilan Di Sekolah:
Nuar
Kelas Akhir: 6 Putih (6P)
Alamat : Sungai Isap Jaya,
Kuantan, Pahang.
Pekerjaan: Kerani
Januari 1978, bermula episod persekolahan aku. Di Darjah 1 Merah.
Itu lah permulaan ku di Sekolah Kebangsaan Batu Lapan, Kuantan.
Seorang budak kampung, dengan tubuh kecil, rambut kering tak
berminyak...itu lah aku. Seronok berjalan kaki ke sekolah semestinya
tradisi kami dari Kampung Seri Damai..tak ramai yang
berkemampuan ketika itu walaupun cuma memiliki sekadar basikal.
Ketika di Darjah 1 tidak lah banyak kenangan, baru belajar mengenal
kawan dan alam persekolahan. Pada aku, keseronokan bersekolah
cuma bermula dari darjah 2. Aku kelas 2 Kuning, sekolah petang....itu
lah bermula cerita...macam2 permainan sementara tunggu tamat
waktu sesi pagi tamat, pakaian sekolah dah pun berbelang, nak
menghabis kan waktu balik petang, lunyai habis pakaian. Ada yang
43
Jejakku di SKBL 44
antologi coretan kenangan
koyak baju, dan ada yang koyak seluar akibat terlalu banyak
bermain.
Rebut tiang, galah panjang, macam-macam la permainan kami.
Tepuk gambar hingga lah laga buah getah. Peristiwa laga buah getah
ni, sampai sekarang mengingatkan aku pada Hj Jamal, aku bawak biji
buah salak, habis 'king' Hj Jamal di tangan aku.
Bermula dari tahun ini lah, semakin ramai sahabat, semakin banyak
kenangan manis yang di lalui, tak mampu rasa nya nak di luah kan di
sini, hanya mampu bercerita bila sesekali terjumpa.
Hari sukan sekolah, memang seronok sangat. Sehari suntuk kami di
padang sekolah. Walaupun tidak menyertai acara, kami tetap datang
untuk memberi semangat kepada rakan.
Itu lah serba sedikit imbauan ku sepanjang aku di SKBL. 1M, 2K, 3P,
4P, 5P dan 6P. Terlalu banyak kenangan manis aku di sini bersama
sahabat semua.
Maaf, tidak menyebut nama kalian...kerana kalian semuanya adalah
rakan karib ku......
44
Jejakku di SKBL 45
antologi coretan kenangan
ZAMRI BIN HAMZAH.
Nama panggilan: Awie.
Kelas Akhir: 6 Merah (6M)
Alamat: Kampung Lubuk
Puyu, Kuantan, Pahang.
Perkerjaan: Ahli muzik
Kenangan di SKBL...
Teringat aku masa mula-mula nak masuk sekolah SKBL, dalam
perjalanan itu terserempak dengan Cikgu Daud, ayah aku cakap
"cikgu kalau dia ni degil rotan je" Punya lah aku takut masa itu
hahaha... Aku masuk darjah 1 Merah, jadi sekarang dah masuk alam
persekolahan bukan zaman bangun tidur terus main-main. Aku lihat
semua muka sedih je termasuk lah aku. Ibu ku berada di luar kelas
perhatikan je takut aku menangis. Hari demi hari aku dah dapat
kawan baru. Ibu ku dah tak perlu menunggu di luar kelas lagi.
Satu memori yang masih kekal dalam ingatan ku bila guru kelas ku
Mrs. Eng We Chai tegur kami semua sebab bising semasa dia menulis
di papan hitam,dia cakap "awak semua jangan main2 di belakang
cikgu aaaaaa,cikgu nampak awak semua aaaaa". Masa tu aku rasa
45
Jejakku di SKBL 46
antologi coretan kenangan
wow hebat cikgu boleh nampak kita orang main-main kat belakang.
Ayat tu memang aku tak boleh lupa sampai sekarang.
Masa aku di darjah 6 pulak, subject yang paling aku tak suka ialah
ilmu hisab (matematik la kan sekarang). Masa tu cikgu yang
mengajar adalah Cikgu Latif cikgu kelas aku,punya la aku takut nk
masuk kelas jadi tiap-tiap hari Isnin lepas assembly aku akan
lengahkan masa hingga masa matematik tu habis. Nak di jadikan
cerita satu hari selepas assembly seperti biasa aku lengah-lengah nak
masuk kelas. Orang lain telah masuk ke kelas dan tinggal aku
keseorangan. Dengan berat hati terpaksa juga aku masuk kelas. Apa
lagi kena soal lah dengan Cikgu Latif .
"Awak pegi mana Zamri....???" lepas tu kena la rotan sedas.
“Aduhhhhhhh....”, sakit dan malunya aku.
Habis sekolah pulak aku biasanya balik jalan kaki dari sekolah lalu di
Taman Tas. Yang bestnya sebelum balik rumah aku pergi public
phone untuk menelefon Hamadi dulu. First time masa tu guna telefon
dan dengar suara member sekelas dalam telefon hahaha seronok
rasanya. Kapten Future hanya Hamadi je yang tahu. Begitu lah,
kenangan emas bersama kawan-kawan ku di Sekolah Kebangsaan
Batu Lapan.
46
Jejakku di SKBL 47
antologi coretan kenangan
ZAKARIA BIN MAT HUSIN
Nama Panggilan Di Sekolah:
Ya @ Zakaria
Kelas Akhir : 6 Kuning (6K)
Alamat : Kampung Pandan 2,
Kuantan, Pahang.
Pekerjaan: Kerja Sendiri
Kenangan di SKBL...Memasuki darjah 1 tahun 1978....darjah 1
Kuning....penolong Arzilawati Abdul Karim....antara kenangan darjah
1K...kena baling batu di dahi...pecah berdarah...habis darah kena baju
sekolah...rasanya anak cikgu yang baling batu tu..tapi tak ingat dah
nama..cikgu bawa masuk bilik guru...bagi pakai sehelai baju batik
..ganti baju sekolah putih yang kena darah...
1979...darjah 2M pula sesi petang dan pengalaman yang pertama
dalam sekolah. Kenangan manis makan maggi bekal yang di bawa
dari rumah. Makan bersama Mad Noh. Kantin masa tu kerusinya
bangku panjang dan duduk kongsi ramai-ramai. Darjah 2 ni Cikgu
Rahaya yang ajar bahasa inggeris. Kalau tak silap Ustaz Sulong pula
guru agama dan belajar jawi. Waktu rehat berebut panjat jendela
rumah Cikgu Daud dan Cikgu Tengku Toran untuk beli ais krim.
Zaman itu bawa duit belanja 20 sen je.
47
Jejakku di SKBL 48
antologi coretan kenangan
Darjah 3 M pula guru kelas adalah Cikgu Zaiton .Cikgu yang bawa
kereta Mitshubishi Galant ke sekolah. Zaman ni asyik main laga
getah. Sering masuk ke dalam kebun getah di tepi sekolah untuk cari
biji getah yang keras untuk jadikan king. Lawan dengan kawan-
kawan. Main juga konda kondi iaitu sejenis permainan kayu . 2
batang kayu digunakan yang panjangnya dalam 2 kaki dan sekaki. di
cungki sejauh yang boleh.
Darjah 4 M aku sekelas dengan Jamal yang merupakan ketua kelas.
Guru kelas Cikgu Rokiah Shafie dan bersekolah sesi pagi. Guru Besar
ketika itu Cikgu Othman. Berkereta Volvo plat BAM 44. Masa waktu
senaman selalu cikgu buat prmainan gelung rotan. Menjelang hari
sukan sekolah selalu tengok Pak cik Lotpi dan Pak Cik Tokcok Hadis
buat line atas padang guna penggelek cecair hitam. Waktu balik
sering membeli pada seorang pakcik beca roda 3. Pak cik menjual
keropok goring dan air baling di tepi pagar sekolah menghala ke
simpang jalan utama menujun ke Kampung Sri Damai. Pada masa itu
juga Kedai Buku Men Men di Taman Tas baru dibuka.
Seterusnya di Darjah 5 M. Ketika itu guru besar baru iaitu Cikgu
Harun. Cikgu Hamlah Chik ajar BM. Sejarah diajar oleh Cikgu Tengku
Syed Mansor. Cikgu Song Kim juga mengajar kami. Ahmad Zukri juga
sekelas pada masa itu. Kenangannya pada waktu rehat bermain di
padang dan lewat masuk ke kelas. Cikgu song Kim rotan di
punggung. Paling lucu selepas kena rotan kat punggung Cikgu Song
Kim cakap dengan nada terkejut "wow.. blasap..(ayat pelat kecinaan)
48
Jejakku di SKBL 49
antologi coretan kenangan
sambil diiringi ketawa satu kelas .Bukan asap yang keluar sebaliknya
seluar sekolah biru pendek yang dipakai masa itu berdebu kerana
duduk di atas tanah. Sebab itulah keluarh abuk debu bila kena rotan.
Tahun itu juga SKBL dpt sebuah bas skolah baru
Darjah 6K tahun 1983 bersama guru kelas Cikgu Hamlah Chik...Ketua
kelas Rosdi Abdullah dan penolongnya Norazura (noni). Paling tak
boleh dilupa apabila satu kelas kena sebat dengan pembaris kayu
panjang warna kuning oleh Cikgu Hadi. Guru disiplin yang paling
garang dalam sejarah SKBL. Berbekas biru merah dekat belakang
betis. Tahun akhir dah d SKBL. Acara keraian diadakan. Basha, Wan
Noor jadi artis pentas. Normi pula baca sajak dengan bimbingan
Cikgu Fauzi. Masih ingat juga setiap kali selepas perhimpunan cikgu
arahkan untuk bersih kawasan sekolah. Kutip sampah dengan
diawasi oleh pengawas-pengawas. Teringat juga masa peperiksaan
pertengahan tahun dapat no 1 dan akhir tahun no 2. Bersaing
dengan Zuhaimi yang tinggal di Lubuk Puyu. Cikgu Hamlah bagi
hadiah bekas pensel. Pada masa itu pensel sampai kontot pun masih
digunakan lagi. Beg sekolah zaman itu diperbuat dari kain jenis jeans
warna hijau. Tali panjang untuk disangkut di bahu ataupun di dahi.
Ketua pengawas ketika itu Prof. Shamsul Bahari yang tinggi lampai
orangnya. Penolong pula Aishara. Prof. Shamsul Bahari terserlah
kepimpinan dari zaman sekolah lagi. Kawan-kawan sekolah ini ada
yang masih berjumpa dan ada yang langsung tidak berjumpa lagi.
Tapi wajah-wajah suci masa zaman SKBL itu masihku ingat lagi...
49
Jejakku di SKBL 50
antologi coretan kenangan
SHAMSHUL AZLIN
BIN ABDUL WAHID
Nama panggilan :
Shamlin Abwa @ Lin
Kelas Akhir : 6 Putih (6P)
Alamat : Kampungg Darat,
Sg. Ular Kuantan, Pahang.
Pekerjaan : Ahli Perniagaan
Pengalaman yang tidak dapat dilupakan masa di Darjah 3 Putih..
Cikgu Latif guru kelas dan bersekolah pada sesi petang. Keputusan
peperiksaan penggal pertama dapat no. 11 dalam kelas dan Cikgu
Latif buat ulasan "Kurangkan bermain di dalam kelas ".Pertama kali
dapat nombor 2 angka sepanjang sekolah dar darjah 1. Arwah Abah
tak nak tandatangan buku laporan sebab dapat nombor 11. Biasa nya
aku dapat nombor 1 hingga 3 sahaja. Tambahan pula ada ulasan tu.
Dapat hadiah rotan dan tak tandatangan buku laporan sampai
sebulan. Cikgu Latif hari-hari minta pulangkan buku laporan. Masa tu
memang kuat main dalam kelas dan selalu main " Datuk Harimau
pukul berapa" sama kawan-kawan. Jadi ‘kepala’ pulak tu.. Apabila
Cikgu tak masuk kelas sahaja pasti kami main. Kalau tak silap masa
tu jadi Ketua Kelas tapi ‘kepala’ buat bising.
50