Jejakku di SKBL 51
antologi coretan kenangan
Masa ini lah peristiwa ada pelajar tidur dalam tandas sebelah kebun
getah tu.. Orangnya tak ingat siapa tapi aku la yang jumpa tidur
tengkup muka kat sink tandas. Report kat Cikgu dan heboh pasal
"hantu jepun". Terjumpa sbb masa ni bulan puasa.. kejap-kejap pergi
tandas sebab nak berkumur-kumur( dahaga) sambil-sambil telan air.
Masa ini juga bila keluar tandas aku kena gegata (bintad merah kt
kulit). Sepetang aku mengaru tapi tak bagi tahu Cikgu sebab takut
kena tanya sebab apa selalu pergi tandas. Yang bestnya main "Datuk
harimau" sepanjang masa dalam kelas pada masa rehat dan masa
balik. Main game tak kira lelaki ataupun perempuan. Bila main
confirm riuh rendah satu kelas. Akhirnya kena denda dan ketua kelas
pasti yang dulu yang kena denda. Aduh... memang kuat main masa ni
tapi tak kacau orang.
Banyak lagi kenangan di SKBL tapi tak dapat nak catit semua. Yang
pasti apa yang kawan-kawan cerita dalam group tu memang
kebanyakkan aku terlibat. Kena rotan (boleh pilih rotan besar mana)
dalam bilik Guru Besar sebab main panjat tingkap di kelas kayu.
Guru Besar nampak sebab kelas itu betul-betul terletak di depan
pejabat Guru Besar. Masa ini Darjah 2 dan Guru Kelas Cikgu
Shamsiah. Aku murid kesayangan Cikgu Shamsiah. Beliau mengajar
mata pelajaran Matematik & Jawi. Paper beliau aku selalunya dapat
markah 100%.
51
Jejakku di SKBL 52
antologi coretan kenangan
ARZILAWATI
BINTI ABDUL KARIM
Nama Panggilan Di Sekolah: Ila
Kelas Akhir : 6 Putih (6P)
Alamat :
Taman Indera Sempurna,
Kuantan, Pahang
Pekerjaan: Guru
Alhamdulillah dapat bersekolah di SKBL yang sekarang dikenali SK
Fakeh Abdul Samad. Di sini banyak ilmu dicurah kepada ku. Setiap
kali peperiksaan tak pernah dapat nombor lebih daripada 4. Nombor
1, 2, 3, 4 sentiasa kepunyaan ku... Sehingga kini buku REKOD
KEMAJUAN MURID masih ku simpan lagi sebagai tanda kenangan
manis itu.
Aku bersyukur kerana masih menjalin hubungan dengan rakan
sepersekolahan walaupun tidak dari kelas yang sama. Dulu sama-
sama bermain tali getah dan rebut tiang. Aku antara yang selalu je
kalah dalam permainan. Bab-bab main memang aku corot. Tapi tak
pe lah janji happy... Seronoknya zaman itu. Kalau boleh kembali ke
zaman kanak-kanak bestnya... Setiap kali hari Anugerah
Kecemerlangan, aku pasti yang paling gembira sebab sentiasa dapat
hadiah. Masa tu antara hadiah yang selalu dapat seperti set geometri
dan bekas pensel. Syukur Alhamdulillah.....
52
Jejakku di SKBL 53
antologi coretan kenangan
NORLAILY BINTI SAAT
Nama Panggilan Di Sekolah:
Lily
Kelas Akhir:6 Kuning (6K)
Alamat :
Taman Pandan Aman,
Kuantan, Pahang.
Pekerjaan:
Pengasuh Kanak-Kanak
Assalamualaikum... Saya pernah berada di kelas 6 K. Semasa zaman
sekolah dulu saya hanya budak biasa-biasa sahaja. Saya tiada yang
istimewa dan hanya seorang budak kampung yang pergi dan balik
sekolah dengan dijemput oleh ayah dengan basikal tua. Aku ada best
friend ketika itu iaitu Hamisah, Shima, Imah dan ada lagi yang dah
tak ingat namanya. Banyak juga kenangan aku di SKBL ini. Antaranya
punya guru-guru yang baik dan ada yang garang juga. Antara guru
yang paling aku tidak boleh lupa Cikgu Siti di antara cikgu yang
paling garang bagi aku. Masa darjah 1 aku ingat lagi masa mula-mula
persekolahan aku yang paling excited untuk pergi ke sekolah tapi
semua tu tak lama bila lepas kena rotan dengan cikgu Siti aku dah
mula takut nak pergi ke sekolah. Sampailah arwah mak ancam nak
hantar aku ke kubur sebab meragam kerana takut nak pergi sekolah.
Hampir sebulan juga aku tak ke sekolah. Berkat doa seorang ibu dan
pujukannya akhirnya aku berani semula untuk ke sekolah.
53
Jejakku di SKBL 54
antologi coretan kenangan
TENGKU MAIZATULAKMAR
BINTI TENGKU TORAN
Nama Panggilan Di Sekolah:
Ma/Tengku
Kelas Akhir : 6 Merah (6M)
Alamat :
Taman Pandan Damai 2 , Jalan
Kuantan ByPass , Kuantan.
Pahang Pekerjaan: Surirumah
Saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Batu 8 /SKBL dari tahun
1978 dalam darjah satu sehingga tahun 1983 dalam darjah 6 .Pada
tahun 1983 saya berada di dalam darjah 6 Merah dengan Cikgu
Abdul Latif Bin Mohd Yusof sebagai gurunya . Kawan- kawan rapat
biasanya memanggil saya Ma atau Tengku.
Kenangan lucu semasa darjah 6 Merah bila bergaduh dengan
Sarimani dan Yusaini sebab mereka cemburu saya baik dengan Wan
Zamri. Masa tu saya suka bertukar komik dengan Wan Zamri,
Sarimani menyampah dengan saya tapi bila sudah tahu hal sebenar
kami berbaik-baik semula. Sampai sekarang kami menjadi kawan
baik.
54
Jejakku di SKBL 55
antologi coretan kenangan
Antara lain kenangan yg paling manis sekali di dalam SKBL
penyertaan saya di dalam muzik pancaragam "BINTANG KECIL "
sebagai pemain organ. Bermula sebagai pemain organ dari darjah 4
sehingga darjah 6 (1981- 1983) di bawah tunjuk ajar cikgu Tengku
Toran Bin Tengku Endut. Selama 3 tahun menjadi pemain muzik
sekolah bersama ahli-ahli muzik yang lain telah banyak menyertai
pertandingan mewakili SKBL . Setiap pertandingan yang disertai
"Bintang Kecil" mewakili SKBL pasti akan dapat tempat pertama
atau kedua.
Selain dari itu kenangan yg sangat-sangat istimewa tahun 1981 saya
bersama ahli-ahli " BINTANG KECIL" SKBL dijemput menyertai
rancangan " RASA SAYANG DARI KUANTAN" sempena hari
Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Dipertuan Agong Sultan Haji
Ahmad Shah Al- Musta'in Billah yang merupakan rancangan
televisyen di saluran RTM 1.
Di antara teman-teman darjah 6 yg menyertai "BINTANG KECIL"
ialah Saidatun Nisbah , Maziah Tan Ahmad , Sarimani , Norasimah
dan Norakmar . Semua kenangan di SKBL sentiasa diingatan .
55
Jejakku di SKBL 56
antologi coretan kenangan
SAIDATUN NISBAH
BT BAKAR
Nama Panggilan Di Sekolah: Da
Kelas Akhir: 6 Putih (6P)
Alamat :
Kota Damansara, Petaling Jaya
Selangor.
Pekerjaan: Guru
HALIMATON SAADIAH
BT BAKAR
Nama Panggilan Di Sekolah: Ton
Kelas Akhir: 6 Putih (6P)
Alamat :
Kota SAS Kuantan, Pahang
Pekerjaan: Guru
Saya dan kakak saya Halimaton Saadiah bersekolah di SKBL dgn
menaiki bas bandar dgn tambang 10 sen. Kami tinggal di Batu 5 Jalan
Gambang. Masa darjah 2 kami sekolah sesi petang. Pernah balik jalan
kaki berdua melalui hutan kecil. Saya hanya budak biasa sahaja masa
sekolah tapi agak aktif dan sangat berani buat segala hal. Kak Teh
(Halimato Saadiah) saya pula seorang yang sikit pemalu dan tertib
bersopan orangnya. Kami berdua berkawan dengan semua murid
56
Jejakku di SKBL 57
antologi coretan kenangan
yang sebaya kami tidak kira daripada kelas apa dan saya dan Kak
Teh anggap mereka semua kawan.
Kehidupan kami sederhana sahaja bukan orang senang pun, cuma
kerana emak ada berniaga makanan maka dapatlah kami sekeluarga
makan yang bermacam-macam. Ada tikanya cikgu kirim nak beli nasi
lemak emak saya dengan harga 50 sen berlaukkan telur mata. Ayah
kami cuma seorang buruh di Kem Batu 10. Pernah juga ada cikgu
Cikgu Latif, Cikgu Mokhtar dan Cikgu Fauzi yang datang ke kedai
emak saya, masa tu saya sedang bermain di dalam kedai terus cari
tempat untuk bersembunyi bawah meja sebab takut berjumpa cikgu.
Unik sikit kehidupan saya ini sebab saya bersekolah bersama dengan
kakak saya tetapi kami bukan kembar cuma kata org kembar tahun.
Ketika darjah 1 saya kelas 1K dan kakak saya pula kelas 1P. Kami
bersama masa darjah 2 dan kelas berasingn semula masa darjah 3.
Bila darjah 4 hingga 6 kami disatukn semula dalam satu kelas.
Saya aktif bersukan tapi tak hebat dalam larian tapi jika acara
sukaneka biasanya kumpulan saya akan mendapat tempat dan
menang. Saya juga umpama body guard Kak Teh saya dan kawan-
kawan. Bila ada kawan yang suka mengejek dan mengusik atau buat
sesuatu yang menyebabkan kak teh dan kawan-kawan saya takut
saya akan jadi pelindung mereka.
57
Jejakku di SKBL 58
antologi coretan kenangan
Manakala Kak Teh saya ada bakat dalam acara larian jarak jauh.
Kami bersama juga bermain muzik untuk sekolah dan pernah ke
peringkat daerah di Temerloh. Begitu juga dalam acara bola jaring,
Kak Teh saya handal di bahagian GA (pertahanan) dan saya bahagian
Centre kerana susuk tubuh saya kecik dan pendek masa itu. Cikgu
Rahaya antara cikgu yang melatih kami pernah cakap dengan saya ,
awak kena makan kacang panjang nanti boleh jadi tinggi.
Cikgu Samsiah Buyong guru kelas kami masa darjah 4 pernah
bertanya kami, “Sekolah menenengah nanti nak sekolah apa?” Kami
jawab nak sekolah agama sebab mak kami yang nak hantar kami ke
sekolah tersebut tambahan pula 3 kakak kami pun bersekolah
agama. Maka setiap masa dan hari Cikgu Samsiah ingatkan kami
untuk mahir baca jawi dan sentiasa memberi kata semangat untuk
dapat bersekolah agama. Sebenarnya kami ingin bersekolah aliran
inggeris sebab pada masa itu bila sekolah inggeris macam satu
kelebihn dan glamour. Tapi alhamdulillah rupanya ada hikmah yang
menanti.
Akhirnya pada tahun 1995 hingga 2018 Kak Teh saya telah dihantar
ke SKBL utk menjadi seorg guru agama selepas tamat pengajian di
salah sebuah maktab perguruan. Kemudian Kak Teh saya telah
berpindah ke SK Panching pada 2019. Saya pula berkahwin awal dan
mengikut suami berhijrah ke KL dan meminta saya untuk tidak
bekerja. Selepas 16 tahun sebagai suri rumah barulah saya bekerja
semula sebagai guru agama juga di Selangor hingga kini 2021.
58
Jejakku di SKBL 59
antologi coretan kenangan
HAMADI B HUSSIN
Nama Panggilan Di
Sekolah:Madi/Di
Kelas Akhir : 6 Merah (6M)
Alamat :
Taman Sri Inderapura,
Kuantan, Pahang
Pekerjaan: Pesara
Banyak kenangan di SKBL...Antaranya:
Kenangan di Darjah 1 Kuning – teringat telatah seorang sahabat
namanya Sufian Sidek yang sering mengamuk tak tentu pasal di
dalam kelas. Habis kerusi diselerakkan. Hinggakan kami ada yang
menyorok bawah meja kerana ketakutan. Saiz badanpun agak kecil
masa tu.
Teringat juga kenangan ketika cikgu menyuruh tulis nombor 0
hingga 9. Setiap nombor satu muka surat. Tulisan memang tak
cantik...senget...maklumlah tak pernah ke tadika. Paling susah nak
tulis nombor 8...untuk Nampak cantik saya buat bulatan 2 kali...baru
nampak cantik.
Cikgu Paling Garang – Cikgu Siti, Cikgu Paling Cool – Ustaz Zain,
Cikgu Paling Cantik – Cikgu Rahaya, Cikgu Paling Gentleman – Cikgu
Latif.
59
Jejakku di SKBL 60
antologi coretan kenangan
ZALIHA BINTI YUSOF
Nama Panggilan Di
Sekolah:Liha
Kelas Akhir : 6 Merah (6M)
Alamat :
Sungai Soi, Kuantan, Pahang
Pekerjaan: Kerani
Aku seorang yang pemalu. Dalam pelajaran prestasi aku sekadar
biasa-biasa sahaja. Kenangan manis yang masih aku ingat sampai
sekarang adalah setiap kali waktu rehat antara kelas 6P dan 6M akan
sentiasa bermain getah. Biasanya akulah yang menjadi ketua untuk
kelas 6M yang sentiasa menang...tiada siapa yang boleh
mengalahkan...hebat betul masa tu...semua orang nak kumpulan
sekali dengan aku...
Aku juga dikenali di sekolah sebagai pelajar yang aktif dalam
olahraga terutama dalam acara pecut. Dalam Temasya Sukan
Tahunan SKBL aku berjaya sehingga aku terpilih sebagai
Olahragawati. Dapat jugalah aku mencipta nama di SKBL.
Satu lagi pasal rambut tocang aku yang suka dimain-mainkan oleh
Cikgu Hadi...sehingga kadang-kadang aku naik bosan dan marah
dalam hati...tapi kini kenangan itu membuat aku senyum sendiri.
60
Jejakku di SKBL 61
antologi coretan kenangan
Foto Kenangan
Buku Rekod Kemajuan Murid Sijil Tamat Darjah 6
Darjah 6 Putih (Guru Kelas Cikgu Shamsiah Buyong)
61
Jejakku di SKBL 62
antologi coretan kenangan
Darjah 6 Merah (Guru Kelas Cikgu Abdul Latif)
Darjah 6 Kuning (Guru Kelas Cikgu Hamlah Chik)
62
Jejakku di SKBL 63
antologi coretan kenangan
63
Jejakku di SKBL 64
antologi coretan kenangan
64
Jejakku di SKBL 65
antologi coretan kenangan
65
Jejakku di SKBL 66
antologi coretan kenangan
Persembahan ‘Bintang Kecil’
66
Jejakku di SKBL 67
antologi coretan kenangan
Persembahan ‘Bintang Kecil’
67
Jejakku di SKBL 68
antologi coretan kenangan
Cikgu Tengku Toran
Shamsul Azlin Saidatun Nisbah & Farizal
68
Jejakku di SKBL 69
antologi coretan kenangan
Salam Takziah
TANDA INGATAN BUAT
Cikgu-Cikgu SKBL, Pekerja-Pekerja SKBL & Rakan-Rakan SKBL,
(Sufian Sidek, Arman Hussin, Luqman Majid, Suzana Ahmad, Norihan Sahamin,
Fauzi Osman, Rosazlee Razali, Razali)
YANG TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah
kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat
tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya,semoga arwah di
tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Kita Hadiahkan pahala bacaan Surah Al-Fatihah
Buat seluruh Arwah
Senarai Nama Pelajar SKBL 1978-1983
Rozelim, Arman Husin, Zefrul , Nazri, Kamal Ariffin, Farizal, Mohd Azli , Ahmad
Zukri Ibrahim , Anuar, Rosazlee, Shamsul Bahari, Mazlan, Uthman , Lingam,
Shukri, Yaakob, Shahrizan, Ahmad Noh, Ahmad Azmi, Rosli, Shamsul Azlin
Norizan, Norhatini, Halimaton Saadiah, Salamah, Rohaya, Zuraini, Suzainah,
Marina, Maziah Tan Ahmad, Saidatun Nisbah, Arzilawati, Rozana, Mardiah, Rozita
Mohamad, Ratna Dewi Hamsan, Siti Azora Jenal, Aishara Abdul Rahim.
Jamalunasir Mohd Alias, Hamadi Hussin, Mohd Noor, Suhairosmadi, Saiful Azman,
Wan Zamri, Rostam, Mohd Fuad Abdullah, Ahmad Ismady Ismail, Sabri Sabhir,
Suffian, Zamri Hamzah, Zainuddin Zawawi, Norasikin, Zarina, Normi, Rohana ,
Maznah, Yussaini Yusof, Zarinah Abdul Rahman, Hamizan, Razlan, Rohana, Siti
Normariah Abdul Rejab, Hamizar Hamid, Sarimani Wahab, Tg Maizatulakma Tg
Toran, Rohimah Ngah, Wan Noor Fadzillah , Roslina Md Piah, Nor Akma, Zaliha,
Suhaidi, Ishak,Rashidah,Tg Zubaidah, Mazlinda Malik
Rosdi, Zakaria, Nik Zaidi, Basarudin, Rozita Omar, Maziah Muda, Nor Azura
Awang Kechik, Zainab, Zuraina, Norlaili, Hamisah, Fatimah, Latifah, Nurnis,
Rohaizan, Jamnah, Suzana, Zalina, Norasimah, Rozilawati, Norlela, Azian,
Azura, ,Noraini, Narohani, Nik Hasnah, Zalina, Rosmawarni, Suryati,
Zuhaimi,Mohd J Sufian, Yusri, Sofian, Kamarulhata, Zainal, Zamuri, Ahadi,Rosli,
Azman Halim, Jefri, Rohimah Ezaini
Ahmad Azba, Sharif, Abd Aziz Majid, Maizatun
69
Jejakku di SKBL 70
antologi coretan kenangan
TERIMA KASIH S.K.B.L
SKBL...
4 dekad berkalang pergi
Bak semalamnya hari
Kau hidangkan kami
Aroma secangkir ilmu
Diganding semangat juga restu
Dibancuh huruf dan angka bersatu
Biarpun panas tetap manis
Biarpun lecur hingga menangis
Asuhan cikgu dikit perlahan
Susah senang bertahan
Tetap dihirup tenang
Di susunan cawan kasih sayang
Hingga haus pun hilang
SKBL...
Takdir silam pertemuan
Bersisa hanya kenangan
Hirup air mu tika kehausan
Membugar selaur harapan
Kami teguhi langkah kehidupan
Terima Kasih SKBL...
nukilan
AHMAD NOH
TERATAK AINNUR
30 Syawal 1442H/11062021
70