GRUPEMUISI KOLEJ MATRIKULASI PAHANG ANTOLOGI PUISI : SEMARAK TANAH AIRKU
Antologi Puisi
SEMARAK
TANAH AIRKU
KOLEJ MATRIKULASI PAHANG
2022
2
GRUPEMUISI KOLEJ MATRIKULASI PAHANG ANTOLOGI PUISI : SEMARAK TANAH AIRKU
Diterbitkan oleh:
GRUPEMUISI
Kolej Matrikulasi Pahang
26300 Gambang, Pahang.
Terbitan Januari 2022
Penerbitan © GRUPEMUISI KMPh
Teks © Penulis Asal
Reka bentuk ilustrasi dan susun atur : Ahmad Noh
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang dalam apa juga bentuk
dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, rakaman atau
cara lain mana-mana bahagian buku ini sebelum mendapat izin bertulis daripada
penulis. Walau bagaimanapun, keizinan diberikan untuk mana-mana puisi dalam
buku ini dideklamasikan oleh sesiapa saja dan di mana saja, asalkan untuk tujuan
kebaikan.
Dicetak oleh:
ZUFAR GEMILANG ENTERPRISE
NO.A-9, KEDAI PASDEC MAKMUR
LORONG IM 2/32
BANDAR INDERA MAHKOTA
25200 KUANTAN, PAHANG
0199360626/014510872
Kandungan
3
GRUPEMUISI KOLEJ MATRIKULASI PAHANG ANTOLOGI PUISI : SEMARAK TANAH AIRKU
Prakata 6
MOHD ARIF ADAM 8
- Pewaris Tanah Pusaka
10
AHMAD NOH 11
- Tanah Tumpahnya Darahku 12
- Hijrah Malaysia Merdeka 13
- Laungan Merdeka
- Jalur Gemilang Yang Hilang 15
16
MAIZATUL TANTY ABD MUTALIB
- Tanah Air Tumpah Darahku 18
- Pulang
20
SHARIFAH NURULAIN BALQIS SYED MOHD
- Memaknai Sebuah Kemerdekaan 22
23
SITI NURUL AMIRAH ISHAK
- Aku Anak Malaysia 25
26
SHALIN AFIRA MD SHARIF
- Tetap Merdeka Tanah Airku 28
- Jejak Pejuang 29
MUHAMMAD IMAN KHIDIR TARMIDZI 31
- Hari Ini Aku Berdiri
- Luka-Luka Bangsa
SHARIFAH NUR'ALYA ATHIRAH BINTI SYED SALLEH
@ SYED SALIM
- Sehati Sejiwa
- Mara
NUR ILHAM SAFFIAH BINTI RAHMAT
- Erti Kemerdekaan
- Pesan Nenek 32
4
GRUPEMUISI KOLEJ MATRIKULASI PAHANG ANTOLOGI PUISI : SEMARAK TANAH AIRKU
SITI NURHALIZATUL HUSNA BT ARMAN 34
- Merdeka 35
- Negaraku Malaysia
37
NUR ALIEA BINTI A RIDZUAN 38
- Semangat Bersatu 39
- Dahulu Negaraku 40
- Negara Bangsa
- Satukan Hati 42
43
LIM JIE JING
- Sayangi Malaysia 45
- Malaysia 46
SITI NURUL ALYAA BINTI ABDUL RAZAK 48
- Anak Merdeka 49
- Waris Merdeka
51
HALIMATUS SA’ADIYYAH 52
- Kebebasan Yang Dirindui
- Coretan Merdeka 54
55
NUR KHAIRUNNISA AKMAL BINTI HANAFFIAH 56
- Tuah Merdeka
- Pahlawan Bumi Merdeka 58
59
SITI SARAH AKMAL BINTI AZMI
- Sejarah Tanah Melayu
- Suara Untuk Watan
- Kisah Tanah Melayu
WAN MUHAMMAD HILMI BIN WAN ISMAIL
- Aku Anak Merdeka 1
- Aku Anak Merdeka 2
5
GRUPEMUISI KOLEJ MATRIKULASI PAHANG ANTOLOGI PUISI : SEMARAK TANAH AIRKU
Prakata
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha
Penyayang.Segala Puji-Pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam.
Selawat dan salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w
dan keluarga baginda.
Antologi Puisi “SEMARAK TANAH AIRKU” ini diterbitkan
oleh GRUPEMUISI KOLEJ MATRIKULASI PAHANG bertema
kemerdekaan dimanifestasi oleh setiap penulis yang terdiri
daripada pengurusan, pensyarah, bekas pelajar dan pelajar Kolej
Matrikulasi Pahang sesi 2021/2022. Karya terbitan ke-3
GRUPEMUISI KMPh ini juga adalah sebagai kesinambungan bagi
memastikan Bahasa Melayu yang kaya dengan kepelbagaian
genre sastera menembusi tingkap generasi muda agar terus
relevan dan mampu untuk dipertahankan untuk hari-hari yang
mendatang. Sesuai dengan kedudukan Bahasa Melayu sebagai
Bahasa Kebangsaan (Perkara 152 : Perlembagaan Persekutuan)
Penampilan barisan penulis muda yang terdiri daripada
pelbagai kaum ini juga membuktikan perpaduan dan kebersamaan
kita sebagai Keluarga Malaysia di dalam Program Matrikulasi.
Diharapkan cetusan idea aktiviti penulisan kreatif merangkumi
sajak, syair dan pantun daripada karya penulis muda ini mampu
mewarnai dunia sastera hingga mereka berada di Menara Gading
kelak. Mungkin dari sini bakal lahir insan yang bukan hanya
cemerlang dalam akademik namun juga berbakat dalam penulisan
kreatif. Idea ini juga bagi memberi ruang kepada penulis
berinteraksi dan menyampaikan mesej semangat patriotik yang
berguna untuk masyarakat khasnya melalui penulisan puitis puisi.
Sekian.
Salam Seharum Puisi,
AHMAD NOH
GRUPEMUISI Kolej Matrikulasi Pahang
6
GRUPEMUISI KOLEJ MATRIKULASI PAHANG ANTOLOGI PUISI : SEMARAK TANAH AIRKU
MOHD ARIF ADAM
KETUA JABATAN SAINS
KOLEJ MATRIKULASI PAHANG
7
GRUPEMUISI KOLEJ MATRIKULASI PAHANG ANTOLOGI PUISI : SEMARAK TANAH AIRKU
Sajak : PEWARIS TANAH PUSAKA
Pewaris negara…
sejarah tinggalkan seribu cerita
benci geram marah beradun rasa
digengam menjadi rencah cita
tangis keringat hangat membara
berkorban berjuang membakar jiwa
Sejarah tinggalkan pusaka bangsa,
tanah ini untuk dijaga
Tanah Pusaka kini aman sentosa
kubu Pasir Salak tiada bersisa
tempur pahlawan berjejak tiada
merah Sungai Salak suatu ketika
kini jernih semula warnanya
Tanah Pusaka kini aman bahagia
bahang golak Semantan suatu ketika
lama hanyut di alir masa
sedingin sungai Pahang perakam citra
debu Jeram Ampai terbang di udara
sekian lama dihembus pawana
melayang lesap di langit Pahang tercinta
Pewaris negara…
jagalah tanah pusaka ini seelok usaha
usah biar daulat ternoda
andai cabaran mendatang tiba
hadapi setenang sebijak minda
ARIF ADAM
GAMBANG DAMAI
31 OGOS 2021
8
GRUPEMUISI KOLEJ MATRIKULASI PAHANG ANTOLOGI PUISI : SEMARAK TANAH AIRKU
AHMAD BIN NOH
KETUA JABATAN
SASTERA IKHTISAS & SAINS SOSIAL
KOLEJ MATRIKULASI PAHANG
9
GRUPEMUISI KOLEJ MATRIKULASI PAHANG ANTOLOGI PUISI : SEMARAK TANAH AIRKU
Sajak Akrostik : TANAH TUMPAHNYA DARAHKU
T - anah air ku tercinta
A - nak waris bangsa
N - yenyak meniduri mimpi leka
A - kal berkiblat perjuangan harta
H - ilang keakraban hidup bersama
T - ingkah perpaduan gerinya pincang
U - sung bicara pertikai songsang
M - edia digempar si petualang
P - erlembagaan Negara ditentang
A - syik berlegar isu digembur ulang
H - ak asasi agenda suci ditatang
N - ilai hormat tunduk hilang
Y - ang Berhormat batu api memanggang
A - marah bisa menanti malang
D - engarlah bangsaku
A - ntara kita perlu bersatu
R - aikan perbedaan hormati laku
A - ntara kaum, agama singkir seteru
H - idupkan integrasi nasional berpadu
K - enangi sejarah hitam lalu
U -sah tumpah lagi darah dibumiku
AHMAD NOH
SERI MAHKOTA
26 JULAI 2021
10
GRUPEMUISI KOLEJ MATRIKULASI PAHANG ANTOLOGI PUISI : SEMARAK TANAH AIRKU
Sajak : HIJRAH MALAYSIA MERDEKA
Daulat Tuanku
bertakhtalah memayung jelata
dinaungi Islam cahayanya perkasa
usah institusi beraja lekeh dipersenda,
gelora pelakon kuasa makin menggila
derhaka pada agama,bangsa, negara
redakanlah mereka atur bijaksana
Pemimpin
bicara melilit berakar dusta
pejuanganmu membusung perut?
atau mengota apa disebut?
Rakyat
bijaklah memilih arah
5 tahun bukannya mudah
perlu patrikan nilai maruah
noktah kesetiaan kepada Raja dan negara
taksub pemimpin biar berpada
AHMAD NOH
GAMBANG
09 OGOS 2021
11
GRUPEMUISI KOLEJ MATRIKULASI PAHANG ANTOLOGI PUISI : SEMARAK TANAH AIRKU
Sajak Akrostik : LAUNGAN MERDEKA
L - entera Ogos kembali
A - kan menerang detik
U - sap atma menipis patriotik
N - yala menyuluh warga lena bermimpi
G - erak gigih melukis jati diri
A - gar masih ada sayang
N - amamu kan kekal gemilang
M - alaysiaku
E - sok belum pasti
R - iak mentari merdeka kekal berseri
D - aulat nusa perlu pertahankan lagi
E - lak musuh menyusupi
K - ita susun hati-hati kembali
A - ndai ada lompang sana sini
AHMAD NOH
BANDAR BAHARU JAYA GADING
22 ZULHIJJAH 1442H/01 OGOS 2021
12
GRUPEMUISI KOLEJ MATRIKULASI PAHANG ANTOLOGI PUISI : SEMARAK TANAH AIRKU
Sajak : JALUR GEMILANG YANG HILANG
Jalur Gemilang
kibarmu jadi tanda megah
daulat di tiang negara
Namun bersungguhkah...?
Kita kibar tika hari merdeka semata
deretan kedai kibar kerana disyarat penguasa
kenderaan kibar kerana beruntung sambut percuma
Berkiranya kita
untuk budi luhur negara
walau bermacam nikmat tersedia
kita masih mengunci pintu setia
kita masih membebas nafas alpa
jalur Gemilang tinggal sekadar panji
di datar kecintaan luntur jati diri
rerumput patriotik tiada lagi hijau bersemi
rohmu semakin hilang
AHMAD NOH
KAMPUNG SERI DAMAI, KUANTAN
31 OGOS 2021
13
GRUPEMUISI KOLEJ MATRIKULASI PAHANG ANTOLOGI PUISI : SEMARAK TANAH AIRKU
MAIZATUL TANTY ABD MUTALIB
PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT
KOLEJ MATRIKULASI PAHANG
14
GRUPEMUISI KOLEJ MATRIKULASI PAHANG ANTOLOGI PUISI : SEMARAK TANAH AIRKU
Sajak : TANAH AIR TUMPAH DARAHKU
Kita susur perjuangan, susur galur tanah airku
calitan indah dan duka, perit jerih pengorbanan sang pertiwi
terpatri dalam sejarah abadi, Terlakar dalam lipatan memori
ada yang ada tintanya, dipotret digenggami
ada yang hilang ceritanya
ada juga dimanipulasi dan dinodai
masih ada baki yang mencintai
masih ada yang memahami
masih ada yang mengingati
Tanah airku
negara kita negara berdaulat
negara kita gagah kuat dan hebat
negara kita tidak pernah gentar lawan dan kawan
kita teguh atas pegangan
kita tamadun yang penuh adab dan kesopanan
maju terus di medan perang
demi agama dan tanah air tercinta
Namun ke mana susur galurnya pergi
kita warisan ulamak yang kian sepi
dahulu nusantara kita luas tidak terperi
ironinya makin hari kita makin hilang jati diri
kehebatan sudah tidak didengari
kita makin leka hilang dalam mainan duniawi
Ke mana pergi kitab tanah airku?
di mana irama tanah airku?
TANTYSHAZ
KOLEJ MATRIKULASI PAHANG
29 OGOS 2021
15
GRUPEMUISI KOLEJ MATRIKULASI PAHANG ANTOLOGI PUISI : SEMARAK TANAH AIRKU
Sajak : PULANG
Aku ingin pulang
jati diri makin hilang
aku leka dan mudah lupa
ini bukan aku
aku ingin menjadi seorang khalifah mulia
sedar diri, berpijak dibumi realiti
Telah ada kitabku Alquran dan Assunnah
telah ada ditanganku rukun negara
mengapa perlu ada sengketa
untuk apa mengejar kuasa dan harta
jati diriku dikikis-kikis
aku lupa sejarah
sejarah itu guru
untuk aku mengerti erti tamadun dan erti kehidupan
agar aku tidak jatuh di tempat yang sama
agar aku tidah jatuh oleh sebab yang sama
Aku ingin pulang
pulang membawa sesuatu
memberi makna untuk aku dan tanah airku
aku ingin pulang
agar matiku indah
ada nilai pada agama dan tanah airku
TANTYSHAZ
KOLEJ MATRIKULASI PAHANG
29 OGOS 2021
16
GRUPEMUISI KOLEJ MATRIKULASI PAHANG ANTOLOGI PUISI : SEMARAK TANAH AIRKU
SHARIFAH NURUL AIN BALQIS
SYED MOHD
KETUA UNIT BIOLOGI
JABATAN SAINS
KOLEJ MATRIKULASI PAHANG
17
GRUPEMUISI KOLEJ MATRIKULASI PAHANG ANTOLOGI PUISI : SEMARAK TANAH AIRKU
Sajak : MEMAKNAI SEBUAH KEMERDEKAAN
Nusaku
setelah lebih separuh abad mencapai merdeka
merdekakah bangsamu?
Jiwanya?
Mindanya?
Identitinya?
atau masih lagi dijajah, meski bukan secara fizikal
mungkinkah bangsamu tidak ingin cakna tentang merdeka?
kemerdekaan hanya tinggal pada tanggal 31 Ogos saban tahun
kerna lahirnya bangsamu kini sudah sunyi dari gempita perang
sejarah nusaku mencapai merdeka dulu
hanya tinggal di helaian buku teks sejarah..
Bangsaku yang merdeka seharusnya punya jati diri utuh
punya akal yang rasional
bijak dan tidak mudah diperkotak katik
punyai identiti yang menjadi kebanggaan
tidak mudah dijajah mahupun dipesenda
Ayuh bangsaku
dalam mengejar arus kemodenan
merdekakan jiwa dan mindamu
dipundakmu tergalas tanggungjawab
untuk mewariskan kemerdekaan ini buat generasi depan
meski bukan kita yang lelah menggapaianya dulu
kitalah yang ada untuk mempertahankan dan memaknainya
BINTANG SELATAN
KOLEJ MATRIKULASI PAHANG
29 OGOS 2021
18
GRUPEMUISI KOLEJ MATRIKULASI PAHANG ANTOLOGI PUISI : SEMARAK TANAH AIRKU
SITI NURUL AMIRAH BINTI ISHAK
PENSYARAH UNIT MATEMATIK
JABATAN MATEMATIK
KOLEJ MATRIKULASI PAHANG
19
GRUPEMUISI KOLEJ MATRIKULASI PAHANG ANTOLOGI PUISI : SEMARAK TANAH AIRKU
Sajak : AKU ANAK MALAYSIA
Malaysia
tanah subur jadi kebanggaan
berbilang kaum ikat perpaduan
keamanan Negara jadI keutamaan
Aku Anak Malaysia
aneka kesenangan dilimpahkan
aneka keistimewaan disalurkan
kurnia mana lagi yang ku dalihkan
Aku Anak Malaysia
kejayaan merentas mukim
perjuangan bukan bermusim
berhenti bila kaki kaku tak berjisim
Tanggal 31 Ogos
teriakan MERDEKA kedengaran
dengan megah kupekikan
Aku Anak Malaysia
AMIRAH ISHAK
KOLEJ MATRIKULASI PAHANG
22 SEPTEMBER 2021
20
GRUPEMUISI KOLEJ MATRIKULASI PAHANG ANTOLOGI PUISI : SEMARAK TANAH AIRKU
SHALIN AFIRA BINTI MD SHARIF
BEKAS PELAJAR JURUSAN SAINS
SESI 2020/2021
KOLEJ MATRIKULASI PAHANG
Dari Temerloh, Pahang Darul Makmur. Kini
menuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris
(UPSI) dalam bidang TESL.
21
GRUPEMUISI KOLEJ MATRIKULASI PAHANG ANTOLOGI PUISI : SEMARAK TANAH AIRKU
Sajak : TETAP MERDEKA TANAH AIRKU
Jika dulu penjajahnya tampak jelas
meratah tetulang pejuang merdeka
menghirup darah pejuang yang tertumpah
hari ini bumi Malaya masih lagi dijajah
penjajahnya tidak lagi jelas untuk dilawan
penjajah yang seni dan halus
meratah rakus tubuh manusia
Berdekad meraya merdeka girang
merai hari penuh gemilang
hasil tumpahan darah sang pejuang
era ini membawa sejuta perubahan
merdeka dirai di bumbung sendiri
merintih sayu jiwa anak merdeka
merindui acara gemilang penuh makna
Raga yang berkobar menjunjung perjuangan
rasa bangga hidup di bumi merdeka
tanpa kira apa jua halangan
mengetepikan siapa yang datang menerpa
jiwa besar terus berjuang
mempertahankan negara bebas tercinta
terus dan tetap merdeka, Tanah Airku!
AFIRA ROSE
TEMERLOH
12 SEPTEMBER 2021
22
GRUPEMUISI KOLEJ MATRIKULASI PAHANG ANTOLOGI PUISI : SEMARAK TANAH AIRKU
Sajak : JEJAK PEJUANG
Pejuang merdeka berjiwa besar
kau serahkan jiwa, kau serahkan raga
merelakan tubuh dipijak dihenyak
si dia, sang penjajah yang kejam
Menjunjung amanat membawa harapan
jasadmu diramas tanpa simpati
terus berjuang lelah dilupakan
demi Malaya yang dikasih disayangi
Langit biru menjadi saksi
berkobar semangat pejuang merdeka
tinggalkan keluarga juga isteri
demi pertiwi kau serah segalanya
Darah merah pekat mengalir
sang pejuang berani tersenyum lebar
rebah tersungkur di medan perang
bangga mati bersama jasa
AFIRA ROSE
TEMERLOH
13 SEPTEMBER 2021
23
GRUPEMUISI KOLEJ MATRIKULASI PAHANG ANTOLOGI PUISI : SEMARAK TANAH AIRKU
MUHAMMAD IMAN KHIDIR BIN
TARMIDZI
BEKAS PELAJAR JURUSAN PERAKAUNAN
SESI 2020/2021
KOLEJ MATRIKULASI PAHANG
Dari Raub, Pahang Darul Makmur. Kini
menuntut di Universiti Malaya (UM) dalam
bidang Ekonomi.
24
GRUPEMUISI KOLEJ MATRIKULASI PAHANG ANTOLOGI PUISI : SEMARAK TANAH AIRKU
Sajak : HARI INI AKU BERDIRI
Hari ini aku berdiri
di atas longgokan sejarah
termenung melihat warna-warna keamanan
terhempas air mataku diatas bingkai waktu
menyoroti pergelutan perjuangan anak bangsa
Ruang berdimensi yang ku huni
langit meninggi yang ku junjung
tanah subur yang ku pijak
udara segar yang ku hirup
anugerah yang berhembus dihujung lelah
syukur yang berdarah di masa lalu
nikmat yang sedang ku rasa di senggang waktu
tekad bertingkat generasi merdeka teguh bergulung syahdu
Di atas runtuhan Kota Melaka
laungan saujana gemuruh semesta
bangsa merdeka berjuang memikul maruah
memikul cita-cita generasi masa hadapan
rombakan emosi berdemonstrasi himpunan raksasa
Juang yang bersimpul luka berdarah
jasad merempuh keangkuhan penjajah
hidup untuk merdeka
mati dengan bermaruah
jiwa berbekas perit tertindas
nyawa mereka cagar untuk bangkit
sehingga
hari ini aku berdiri
IBNU TARMIDZI
RAUB
19 SEPTEMBER 2021
25
GRUPEMUISI KOLEJ MATRIKULASI PAHANG ANTOLOGI PUISI : SEMARAK TANAH AIRKU
Sajak : LUKA-LUKA BANGSA
Luka-luka bangsa
masih merah berdarah di buku sejarah
masih berbekas walaupun telah dijahit
dalam haluan memenuhi merdeka
Liku-liku siasah berbalut bahari, berbau materi
berlumpur korupsi ?
berselutkan sistem monarki, aristokrasi, oligarki, demokrasi
apakah menuju oklokrasi ?
Luka-luka bangsa
masih muda belia di buku sejarah dunia
masih boleh dibilang Dato' bendahara
dalam haluan memenuhi merdeka
garizah beraksara dengan jiwa
Tanah ini adalah syurga perpaduan
jangan dihidupkan api perkauman
lagukan penyatuan, bangkitkan semangat kenegaraan
jangan diajar anak kecil bermain api
sedangkan orang tua hampir membakar rumah sendiri
Luka-luka bangsa
hari ini aku menulis dengan air mata
hari semalam para pejuang menulis sejarah dengan darah
kasturi keikhlasan telah melenyapkan hanyir keperitan
segelas kopi dan buah anggur
secawan perasaan dan buah penulisan
aku simpulkan dengan doa ringkas
"semoga bangsa tidak terluka lagi."
IBNU TARMIDZI
RAUB
20 SEPTEMBER 2021
26
GRUPEMUISI KOLEJ MATRIKULASI PAHANG ANTOLOGI PUISI : SEMARAK TANAH AIRKU
SHARIFAH NUR'ALYA ATHIRAH
BINTI SYED SALLEH @ SYED
SALIM
PELAJAR JURUSAN SAINS HAYAT
7DSH27a
KOLEJ MATRIKULASI PAHANG
Dari Kuantan,
Pahang Darul Makmur
27
GRUPEMUISI KOLEJ MATRIKULASI PAHANG ANTOLOGI PUISI : SEMARAK TANAH AIRKU
Pantun : SEHATI SEJIWA
Pergi memancing ke Pulau Sepekan,
bawa bekal buah pulasan;
darah dan keringat diketepikan,
demi mencapai sebuah kebebasan.
Selamat datang kita raikan,
dijamu aneka juadah masakan;
hari bersejarah ditunggu-tunggukan,
itulah dia hari kemerdekaan.
Pergi mendaki ke Gunung Tahan,
singgah sebentar bertemu rakan;
tiada harmoni tiada perpaduan,
hancur musnah negara diharapkan.
Sarang lebah di puncak akasia,
melangit tinggi di nusantara;
berbilang kaum rakyat Malaysia,
sentiasa harmoni hidup sejahtera.
Baju kebaya dipakai nyonya,
dipakai pula oleh Cik Salma;
Malaysia Prihatin itulah temanya,
sehati sejiwa laksana bersama.
KUANTAN
29 OGOS 2021
28
GRUPEMUISI KOLEJ MATRIKULASI PAHANG ANTOLOGI PUISI : SEMARAK TANAH AIRKU
Sajak : MARA
Jatuh menitis merahnya darah
menahan tubuh yang ditarah-tarah
namun, tetap mara menuju ke arah
arah yang pastinya yang semakin terserlah
31 Ogos tarikh yang tersemat
menokhtahkan segala keperitan
julang kemerdekaan yang keramat
terbinanya Malaysia sebagai ingatan
Di sini, tempat kita berdiri
berpayungkan tongkat harmoni
tetapi jangan sesekali hanyut dalam mimpi
tetaplah teguh disegani
Di mana semangat perjuanganmu
adakah engkau alpa dengan segala keringat dan darah para pahlawanmu
ingat wahai anak muda
tetaplah mara berjuang hingga ke persada
KUANTAN
29 OGOS 2021
29
GRUPEMUISI KOLEJ MATRIKULASI PAHANG ANTOLOGI PUISI : SEMARAK TANAH AIRKU
NUR ILHAM SAFFIAH BINTI
RAHMAT
PELAJAR JURUSAN PERAKAUNAN
2A08b
KOLEJ MATRIKULASI PAHANG
Dari Jengka,
Pahang Darul Makmur
30
GRUPEMUISI KOLEJ MATRIKULASI PAHANG ANTOLOGI PUISI : SEMARAK TANAH AIRKU
Sajak : ERTI KEMERDEKAAN
446 tahun
mencari erti di sebalik topeng penjajah
satu demi satu kuasa mengorak langkah
bagi memenuhi nafsu anta permana.
Namun
dengan afwah setiap insan yang berusaha
bagi menikmati erti kebebasan di dalam jiwa
telah tuhan permudahkan
meskipun ada antara yang berusaha telah wafat berjihad.
Kini
64 tahun diberi nafas tanpa hamisnya darah
tidak lagi menangis wira negara yang sasa
menjadi sejarah kebanggaan negara
dan punca kesyukuran di dalam hati setiap insan
Lumrah kehidupan
seperti janji tuhan bagi yang bernyawa
bukanlah manusia jika tidak diuji
tapi mampukah menghadapi ujian tuhan yang maha Esa
dengan sifat riak dan sombong di dalam hati
Perlahan meniti kehidupan
agar yang sembuh tidak lagi terluka
agar yang digenggam tidak lagi terlepas
semoga asbab cinta
tidak terjerumus kembali kepada peristiwa hitam
yang telah mematikan prajurit ikhlas negara
JENGKA
31 OGOS 2021
31
GRUPEMUISI KOLEJ MATRIKULASI PAHANG ANTOLOGI PUISI : SEMARAK TANAH AIRKU
Sajak : PESAN NENEK
Tatkala hujan membasahi bumi
mengingatkanku peluh keringat nenek moyangku
yang telah bermatian berusaha
demi membenarkan angin kebebasan
meniupi setiap sudut di negara tercinta
Semenanjung emas
bumi yang cukup gah segala benda
takkan hilang melayu di dunia
kata seorang pahlawan negara yang gagah perkasa
Yang telah berjuang dihargai
yang menghargai terus memperingati
tanah yang penuh darah
hasil pengorbanan wira menghapus luka penyiksaan maruah
Pesan nenek yang ku amati
agar tidak pernah sesekali mati hati
demi kehormatan maruah insan
dari dipijak dihina oleh pemusnah bangsa duniawi
Setiap yang hidup pasti mati
tapi apakah kematian yang bermaruah itu dihargai
yang telah pergi takkan kembali
hanya menyisakan kenangan dan kesan yang menanamkan cinta di hati
Pergilah nenek pergilah
semoga peninggalanmu terus dicintai
sudah terlalu banyak yang engkau ringtangi
dan pesan hari demi hari dititipkan dalam jiwaku ini
agar luka berdarah tidak terulang lagi
JENGKA
31 OGOS 2021
32
GRUPEMUISI KOLEJ MATRIKULASI PAHANG ANTOLOGI PUISI : SEMARAK TANAH AIRKU
SITI NURHALIZATUL HUSNA BINTI
ARMAN
PELAJAR JURUSAN SAINS HAYAT
9DSH36
KOLEJ MATRIKULASI PAHANG
dari Bentong,
Pahang Darul Makmur
33
GRUPEMUISI KOLEJ MATRIKULASI PAHANG ANTOLOGI PUISI : SEMARAK TANAH AIRKU
Sajak : MERDEKA
MERDEKA
satu kalimat seribu rasa
menjadi tanda kemegahan bangsa
anak-anak riang bekerjaran
menikmati manisnya merdeka
Jika waktu bisa berputar
tidak ingin aku kembali
tidak ingin aku melewati
perih dan getir hidup pertiwi
engkau musuh durjana
tanpa belas merobek mangsa
tiada ihsan sesama manusia
Duhai anak bangsaku
bangkitlah!!
bangunkan jiwamu
janganlah engkau menjadi alpa
menjadi mangsa kemegahan yang bersifat fatarmogana
tanamlah tekadmu agar engkau tidak terpedaya
dengan kerakusan yang tiada akhirnya
MERDEKA
satu kalimat penuh makna
menghantar sejuta debar di dada
moga kenikmatannya tetap terasa
walau diriku dimamah usia
BENTONG PAHANG,
26 OGOS 2021
34
GRUPEMUISI KOLEJ MATRIKULASI PAHANG ANTOLOGI PUISI : SEMARAK TANAH AIRKU
Pantun : NEGARAKU MALAYSIA
Tanah dipijak langit dijunjung,
indah permai tiada gantinya;
pewira negara haruslah disanjung,
tanpa mereka apalah ertinya.
Menghormati tanpa mengira umur,
hidup bawah payung yang sama;
rakyat bersatu hidup aman makmur,
negara diperintah adil saksama.
Bunga raya indah di jemari,
cantik terlihat letak di para;
nikmat merdeka janganlah cemari,
hidupmu tidak kembali sengsara.
Bendera Malaysia megah berkibar,
berkibar dengan rasa bangga;
kemegahan negara hendaklah disebar,
itu tanda kekuatan bangsa.
31 Ogos tarikh keramat,
terdengar laungan segenap tempat;
menjadi sejarah buat rakyat,
supaya dirimu bebas berdaulat.
BENTONG PAHANG
28 OGOS 2021
35
GRUPEMUISI KOLEJ MATRIKULASI PAHANG ANTOLOGI PUISI : SEMARAK TANAH AIRKU
NUR ALIEA BINTI A RIDZUAN
PELAJAR JURUSAN SAINS KOMPUTER
2DSK08a
KOLEJ MATRIKULASI PAHANG
Dari Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
36
GRUPEMUISI KOLEJ MATRIKULASI PAHANG ANTOLOGI PUISI : SEMARAK TANAH AIRKU
Pantun : SEMANGAT BERSATU
Berjalan pulang membeli laksa,
singgah sebentar membeli longan;
sembah hormat perwira bangsa,
negara aman di bawah naungan.
Bunga putih bunga merah,
ditanam banyak sekitar taman;
pemimpin berwawasan mula melangkah,
negara lestari negara aman.
Buah manis disusun terikat,
bau manisnya sungguh harum;
bangsa bersatu membentuk muafakat,
sentosa hidup berbilang kaum.
Kopi dituang ke dalam gelas,
duduk berbual sama Che Ina;
sudah bertahun negaraku bebas,
nyah cengkaman penjajah durjana.
Keris dihunus menghapus kejahatan,
meskipun badan sudah berlumur;
teguh menjadi perisai kedamaian,
demi mewujudkan kehidupan makmur.
KUANTAN
26 OGOS 2021
37
GRUPEMUISI KOLEJ MATRIKULASI PAHANG ANTOLOGI PUISI : SEMARAK TANAH AIRKU
Sajak : DAHULU NEGARAKU
Dahulu tanah melayu dirampas
dahulu mereka menindas sesama masyarakat
tidak terkira perit hidup seorang manusia
pemerintahan tanah melayu ditakluk nafsu duniawi
Dahulu mereka janjikan keamanan buat kaum melayu
dahulu mereka janjikan kemanisan bangsa
tipu helah telah menghancurkan
kerana kepercayaan kehormatan bangsa dipijak
Sifat tamak haloba berleluasa
rakyat diperguna demi angan-angan palsu
kerana dengki musnah segalanya
kerana belit hancur tanah melayu
Harta dan pangkat dijulang namanya
nafsu bergolak dambakan duniawi
tumpahnya darah disebut kejayaan
badai melanda merosakkan negara
Tiba masa menegakkan kebebasan
bangsa melayu menaikkan martabat
matlamat hidup berpangsikan satu tujuan
membebaskan bangsa dari cengkaman penjajah
KUANTAN
22 JULAI 2021
38
GRUPEMUISI KOLEJ MATRIKULASI PAHANG ANTOLOGI PUISI : SEMARAK TANAH AIRKU
Syair : NEGARA BANGSA
Tanah air ku Malaysia,
pahit getir dirasai bangsa,
dari bandar hingga ke desa,
demi meneruskan warisan bangsa.
Darah yang mengalir dari luka,
keringat yang keluar membasahi muka,
tombak besi menusuk dada,
untuk keharmonian masyarakat dunia.
Kaki melangkah memijak tanah,
mengenang adanya tumpah darah,
demi membebaskan diri dari penjajah,
betapa besar jasa pahlawan kita.
Tanda gentar bukan membisu,
mendiamkan diri bukan tanda setuju,
maruah bangsa dipijak kaku,
bangun menuntut daulat negaraku.
Genap negara capai kemerdekaan,
bebas dari cengkaman pemberontakan,
negara ditadbir insan berwawasan,
generasi bertauliah teraju kemodenan.
KUANTAN
5 FEBRUARI 2021
39
GRUPEMUISI KOLEJ MATRIKULASI PAHANG ANTOLOGI PUISI : SEMARAK TANAH AIRKU
Sajak : SATUKAN HATI
Kaki melangkah meluaskan pemikiran
ilmu dicari tidak mengira masa dan tempat
bangsa ku maju menuju puncak
mengharungi segala tohmahan dunia
Mereka sering lontarkan hinaan
mereka cuba merosakkan pemikiran
namun bangsa negara ku teguh
demi meneruskan kedaulatan negara
Setiap manusia pastinya mendambakan
setiap manusia mahukan keamanan
melangkah maju mengabadikan janji
demi bangsa ibu pertiwi
Walau jasad berlumur darah
walau peluru beribu di badan
demi tanah airku tempat lahirku
teguh aku perjuangkan hak
Tanah melayu sudah berdaulat
ditadbir insan cedik pandai
negara ku Malaysia penuh wawasan
melahirkan pemimpin yang terbilang.
KUANTAN
28 OGOS 2021
40
GRUPEMUISI KOLEJ MATRIKULASI PAHANG ANTOLOGI PUISI : SEMARAK TANAH AIRKU
LIM JIE JING
PELAJAR JURUSAN SAINS HAYAT
9DSH36
KOLEJ MATRIKULASI PAHANG
Dari Wlayah Persekutuan
Kuala Lumpur
41
GRUPEMUISI KOLEJ MATRIKULASI PAHANG ANTOLOGI PUISI : SEMARAK TANAH AIRKU
Sajak : SAYANGI MALAYSIA
Di sini
tempat lahirku
tanah air yang diberkati
lahirnya sebuah negara
Malaysia
yang disanjungi ramai orang
Di sini
tempat hidupku
rakyatnya hidup bahagia
pemimpinnya bijaksana
bersungguh-sungguh cipta negara yang aman dan sentosa
Di sini
tempat yang saya sayangi
penuh dengan derita dan korbanan
yang tidak dapat dirasa
untuk mencapai buah benih yang diingini, Merdeka
Di sini
tanah yang merdeka
bebas jajahan penjajah
mari kita bersama-sama
sayangilah tanah yang indah ini.
KUALA LUMPUR
31 OGOS 2021
42
GRUPEMUISI KOLEJ MATRIKULASI PAHANG ANTOLOGI PUISI : SEMARAK TANAH AIRKU
Sajak : MALAYSIA
Rasanya gembira
terdapat penduduk yang gigih menentang kuasa asing
untuk dapatkan kemerdekaan
Rasanya teruja
lihat perpaduan penduduk
untuk mempertahankan kebebasan mereka
Rasanya berbangga
melihat penduduk
menamakan saya Malaysia
Sayangilah aku
hargailah aku
jangan mengecewakan aku.
KUALA LUMPUR
31 OGOS 2021
43
GRUPEMUISI KOLEJ MATRIKULASI PAHANG ANTOLOGI PUISI : SEMARAK TANAH AIRKU
SITI NURUL ALYAA BINTI ABDUL
RAZAK
PELAJAR JURUSAN SAINS KOMPUTER
1DSK03a
KOLEJ MATRIKULASI PAHANG
Dari Kuantan,
Pahang Darul Makmur
44
GRUPEMUISI KOLEJ MATRIKULASI PAHANG ANTOLOGI PUISI : SEMARAK TANAH AIRKU
Pantun : ANAK MERDEKA
Nakhoda belayar ke negeri Melaka,
gagah berani memayungi bahtera;
Malaysia prihatin tema merdeka,
jasa perajurit anugerah bitara.
Jalur gemilang berkibar megah,
merentas tamadun tanpa jemu;
64 tahun Malaysia melangkah,
hidup harmoni berganding bahu.
Mekar sungguh bunga raya,
menjadi bunga kebangsaan Malaysia;
igauan melihat mujtamak berjaya,
eratkan perpaduan tak kira bangsa.
Burung merpati terbang tinggi,
hinggap sebentar di dahan rambutan;
Covid-19 kita perangi,
norma baharu jadikan amalan.
Barisan hadapan banyak berkorban,
pelbagai sinergi menjadi ikhtiar;
Miskin kaya semua terkesan,
segala musibah menjadi iktibar.
KUANTAN
30 OGOS 2021
45
GRUPEMUISI KOLEJ MATRIKULASI PAHANG ANTOLOGI PUISI : SEMARAK TANAH AIRKU
Syair : WARIS MERDEKA
Di sini bumi tanah bertuah,
Tanah tempat tumpahnya darah,
Segala tenaga sudah dikerah,
Menabur bakti melawan penjajah.
Jasamu wira kami sanjungi,
Harumkan nama ibu pertiwi,
Sambutan merdeka menjadi saksi,
64 tahun Malaysia harungi.
Bertuahnya hidup di tanah Malaysia,
Rakyatnya hidup aman sentosa,
Melayu Cina mahupun India,
Bersatu untuk nusa dan bangsa.
Malaysia Prihatin menjadi tema,
Menyentap penuh di dalam sukma,
Bebaskan corona peranan bersama,
Doa dipanjat tak kira agama.
KUANTAN
30 OGOS 2021
46
GRUPEMUISI KOLEJ MATRIKULASI PAHANG ANTOLOGI PUISI : SEMARAK TANAH AIRKU
HALIMATUS SA’ADIYYAH BINTI
ABD RAHMAN
PELAJAR JURUSAN SAINS HAYAT
6DSH22
KOLEJ MATRIKULASI PAHANG
Dari Besut,
Terengganu Darul Iman
47
GRUPEMUISI KOLEJ MATRIKULASI PAHANG ANTOLOGI PUISI : SEMARAK TANAH AIRKU
Sajak : KEBEBASAN YANG DIRINDUI
Tanggal 31 Ogos
tarikh keramat bagi tanah melayu
genap 64 tahun kita merdeka
tema kali ini Malaysia prihatin
Pada tanggal ini
semangat patriotisme yang hampir lenyap
seakan diberi nafas kembali
jasa sang pahlawan dikenang penuh kerinduan
monumen sejarah ditatap penuh syahdu
kotak suara lantang melaungkan ‘merdeka’
jiwa patriotisme meronta ronta
syahdu menikmati kebebasan ini
yang dahulunya digadai nyawa deminya
jiwa merdeka harus sentisa dibaja
agar tidak lupa pahitnya dijajah
agar jiwa menghargai erti negara sendiri
merdeka kali ini terasa lain
tanah air tercinta dilanda musibah
virus menyerang seakan tiada penawar
Terima kasih barisan hadapan
hampir lumpuh menyalur kudrat
mereka wira negara yang tak didendang
Terima kasih Malaysia
keranamu ku kenal erti bahagia
Besut
30 OGOS 2021
48
GRUPEMUISI KOLEJ MATRIKULASI PAHANG ANTOLOGI PUISI : SEMARAK TANAH AIRKU
Sajak : CORETAN MERDEKA
Hari ini genap 64 tahun tanah airku merdeka
64 tahun bersamaan 23376 hari
aku hidup dalam kebebasan dan kedamaian
siapa sangka angka sebesar itu bisa dicapai
yang dahulunya seakan mustahil
namun berkat semangat para srikandi
nyawa jadi taruhan darah
nikmat kebebasan dapat kita capai
aku hanyalah rakyat marhaen
yang mengharapkan ihsan manusia lain
menjaga melindungi tanah air tercinta
tanpa ku sedar
memelihara keamanan itu tugas ku juga
aku leka aku lemah
Maafkan aku wahai sang pejuang
saat kata keramat lantang dilaungkan
merdeka merdeka merdeka
jiwa patriotisme aku berteriak
menyedarkan aku tentang realiti
disini aku dilahirkan disini jua tempat aku bersemadi
disini tanah tumpahnya darahku
akan aku berjuang bermatian demimu
Tanah air ku Malaysia
Besut
31 OGOS 2021
49
GRUPEMUISI KOLEJ MATRIKULASI PAHANG ANTOLOGI PUISI : SEMARAK TANAH AIRKU
NUR KHAIRUNNISA AKMAL BINTI
HANAFFIAH
PELAJAR JURUSAN SAINS HAYAT
7DSH27
KOLEJ MATRIKULASI PAHANG
Dari Kemaman,
Terengganu Darul Iman
50