GRUPEMUISI KOLEJ MATRIKULASI PAHANG ANTOLOGI PUISI : SEMARAK TANAH AIRKU
Sajak : TUAH MERDEKA
Ambang 31 bergema lagi
lambang merdeka ibu pertiwi
berakhirnya Ogos menjadi saksi
bumi Melayu bebas kolonialisme yang ngeri
gagah melaungkan ucapan keramat
MERDEKA…
Adat sebuah tanah merdeka
hegemoni barat terpincanglah sudah
unggul memerangi hak kendiri
di dada penuh satria
di hati semangat waja
bukanlah menyerah menjadi pujaan
tersungkur di kaki tetap bertaha.
Horizon kebebasan hari ini
norma berganti menegarkan insan
intifada rakus menerjah akal
masih wujudkah tuah merdeka?
atau terkubur terpalit luka.
KEMAMAN
23 OGOS 2021
51
GRUPEMUISI KOLEJ MATRIKULASI PAHANG ANTOLOGI PUISI : SEMARAK TANAH AIRKU
Sajak : PAHLAWAN BUMI MERDEKA
Keringat dikerah tumpah mencurah
bakti disemai buat watan nan permai
tiada terlintas resah gelisah
langkah diatur lawan berundur
dek gagahnya seorang penggempur
enam puluh empat tahun
bumi ku damai dek musuh yang akur
Arus kemodenan terbit menyinari
memecah sunyi silam berganti
parajurit tetap teguh berdiri
tanah menghijau menjadi saksi
bumi ku merdeka
itu yang pasti
Siapa lagi pahlawan merdeka?
anak bangsa itulah jawapannya
KEMAMAN
31 OGOS 2021
52
GRUPEMUISI KOLEJ MATRIKULASI PAHANG ANTOLOGI PUISI : SEMARAK TANAH AIRKU
SITI SARAH AKMAL BINTI AZMI
PELAJAR JURUSAN SAINS HAYAT
9DSH36
KOLEJ MATRIKULASI PAHANG
Dari Marang,
Terengganu Darul Iman
53
GRUPEMUISI KOLEJ MATRIKULASI PAHANG ANTOLOGI PUISI : SEMARAK TANAH AIRKU
Pantun : SEJARAH TANAH MELAYU
Ke Pulau Titi bersama nakhoda,
rehat sebentar di Desa Dedalu;
menentang penjajah gentar tiada,
demi pelihara warisan dahulu.
Bersama laksamana ke belantara,
terjumpa pula si anak gajah;
taruhkan nyawa demi sejahtera,
selamatkan tanah dari penjajah.
Bersandar tika di pohon mangga,
namun minda masih peka;
gema suara melaung bangga,
itulah dia, bapa merdeka.
Semekar mawar tidak layu,
bila dipandang mesti terpana;
merdeka sudah tanah melayu,
terima kasih, pemimpin bijaksana.
Pejam celik kantuk ditahan,
siang malam geliga berfikir;
andai negara dalam jajahan,
pasti senyuman tidak terukir.
MARANG
29 OGOS 2021
54
GRUPEMUISI KOLEJ MATRIKULASI PAHANG ANTOLOGI PUISI : SEMARAK TANAH AIRKU
Pantun : SUARA UNTUK WATAN
Tumbuh semalu di tepi telaga,
di depan pula ada akasia;
bendera dikibar penuh bangga,
tanda kita anak Malaysia.
Melakar puisi di dinihari,
cipta nasihat buat saudara;
harumkan negara remaja bestari,
pemuda berkualiti aset negara.
Tanah luas padang rata,
ular ditanah disambar helang;
usahlah bertengkar wahai jelata,
tidak mustahil sejarah berulang.
Tanam betik ditebang pisang,
rezeki luas penuh kurnia;
Hasrat tinggi niat dipasang,
julang negara di persada dunia.
Petik bunga di pohon sena,
indah pula bunga cempaka;
Tanggal 31 penuh bermakna,
bukti kita telah merdeka.
MARANG
30 OGOS 2021
55
GRUPEMUISI KOLEJ MATRIKULASI PAHANG ANTOLOGI PUISI : SEMARAK TANAH AIRKU
Sajak : KISAH TANAH MELAYU
Tibalah sudah waktu yang dinantikan
debar rasanya buat kali pertama
penduduk tanah melayu dikumpulkan bersama
untuk merasmikan kemerdekaan yang dikecap
Berakhirlah sudah derita warga
berakhir jua tangisan lama
berakhir juga tindasan penjajah
segala perit sudah terganti
Kini…
warga sudah hidup gembira
ada yang bekerja, ada yang bertani
gaji kecil, tidak mengapa
asalkan tidak dicengkam penjajah
Hari demi hari, warga bertambah
tahun demi tahun, Malaysia semakin maju
hari demi hari, janganlah lupa sejarah lama
tidak mustahil kita dijajah lagi
Ayuhlah warga belajar dari kesilapan
biarlah sejarah benar tersemat di dada
sayangilah negara, Malaysia tercinta
jangan dibiar kita dijajah sekali lagi
MARANG
31 OGOS 2021
56
GRUPEMUISI KOLEJ MATRIKULASI PAHANG ANTOLOGI PUISI : SEMARAK TANAH AIRKU
WAN MUHAMMAD HILMI BIN WAN
ISMAIL
PELAJAR JURUSAN SAINS KOMPUTER
1DSK03a
KOLEJ MATRIKULASI PAHANG
Dari Pekan,
Pahang Darul Makmur
57
GRUPEMUISI KOLEJ MATRIKULASI PAHANG ANTOLOGI PUISI : SEMARAK TANAH AIRKU
Sajak : AKU ANAK MERDEKA 1
Aku Anak Merdeka
lahir di masa zaman selesa
tidak merasa pahitnya sengsara
ketika ditentang musuh durjana
Rasa syukur tiada terkata
turun bersujud menghadap sang pencipta
sebak rasa hati di dada
dapat hidup aman sentosa
Sungguh bertuah anak merdeka
dapat merasa nikmatnya dunia
tanpa sebarang pancaroba
juga kekacauan anasir luar
Aku Anak Merdeka
bakal berkorban jiwa dan raga
demi menjaga negara tercinta
kerana itu sumpah anak merdeka
PEKAN
01 SEPTEMBER 2021
58
GRUPEMUISI KOLEJ MATRIKULASI PAHANG ANTOLOGI PUISI : SEMARAK TANAH AIRKU
Sajak : AKU ANAK MERDEKA 2
Aku Anak Merdeka
dilahirkan dibumi yang megah
dipenuhi dengan pokok dedaun yang menghijau
dibarisi dengan bangunan yang gah ke angkasa
namun terselit beribu kisah yang duka
Aku Anak Merdeka
masih terasa pengorbanan sang perwira
yang sentiasa berjaga menahan mata
yang sanggup berkorban nyawa dan keluarga
demi tanah air yang tercinta
Aku Anak Merdeka
bakal berkorban jiwa dan raga
menghabiskan seluruh zaman remaja
hanya untuk mempertahankan bumi Malaya
dari ancaman yang tidak terduga
Aku Anak Merdeka
generasi pemegang tampuk kepimpinan negara
tidak mengenal erti putus asa
demi memajukan negara di persada antarabangsa
kerana aku anak merdeka
PEKAN
01 SEPTEMBER 2021
59
GRUPEMUISI KOLEJ MATRIKULASI PAHANG ANTOLOGI PUISI : SEMARAK TANAH AIRKU
Sejarah Kemerdekaan Negara
Rombongan Kemerdekaan Pulang Dari London
Pada 3 Jun 1957, satu perhimpunan menyambut ketibaan Rombongan
Kemerdekaan ke London yang merundingkan hal berkaitan dengan Rangka
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah diadakan di
LapanganTerbang Tentera Udara, Sungai Besi, Kuala Lumpur. Lebih dua
ribu orang telah berkumpul bagi menyambut kepulangan seramai 7 orang
anggota rombongan yang diketuai oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra,
Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu. Anggota rombongan terdiri
daripada 3 orang wakil pihak kerajaan dan tiga wakil dari Raja-raja Melayu.
Antara yang turut serta dalam rundingan yang berlangsung selama 8 hari di
Pejabat Tanah Jajahan Inggeris di London ini ialah Encik Ong Yoke Lin,
Encik V.T Sambathan, En Mohamed Khir Johari dan Penyimpan Mohor
Besar Raja-raja,Tuan Haji Mustapha Al Bakri. Hasil Rundingan yang
diadakan ini satu persetujuan telah dicapai dan membawa kepada
pembentukan Perlembagaan Tanah Melayu 1957.
60
GRUPEMUISI KOLEJ MATRIKULASI PAHANG ANTOLOGI PUISI : SEMARAK TANAH AIRKU
Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu
Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan secara rasmi
tepat jam 9.30 pagi pada 31 Ogos 1957. Upacara Pemasyhuran
Kemerdekaan ini berlangsung di Stadium Merdeka dengan disaksikan lebih
20,000 orang termasuklah Raja-raja Melayu, tetamu-tetamu khas dari luar
negara, anggota-anggota kabinet Kerajaan Persekutuan dan rakyat jelata.
Pada upacara bersejarah ini wakil Queen Elizabeth II, Duke of Gloucester
menyerahkan Watikah Perlembagaan kepada Perdana Menteri
menandakan berakhirnya naungan British ke atas Tanah Melayu.
Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dibacakan oleh
YTM Tunku Abdul Rahman Putra. Selesai pengisytiharan dibaca, Tunku
Abdul Rahman Putra melaungkan 'MERDEKA' sebanyak 7 kali dan di
sambut oleh ribuan rakyat yang membanjiri Stadium Merdeka. Upacara ini
kemudiannya disusuli dengan seruan azan yang melambangkan Islam
sebagai agama rasmi negara yang baru merdeka, diikuti dengan acara
menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu sambil diiringi dengan lagu
kebangsaan 'Negaraku'. Sebanyak seratus satu das tembakan meriam
dilepaskan menandakan Persekutuan Tanah Melayu telah menjadi sebuah
negara yang merdeka dan berdaulat.
Sumber: Arkib Negara Malaysia 2016
61