2
Kumpulan Puisi DERAP INSAN
Kumpulan Puisi
DERAP INSAN
MATZIN 3A
2021
2
3
Kumpulan Puisi DERAP INSAN
Terbitan Julai 2021
Hak Cipta Penulis: Ahmad Noh
Reka bentuk grafik & susun atur: Ainnur Husna Ahmad
Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang
dalam apa juga bentuk pun dengan cara apa pun secara
elektronik, fotokopi, rakaman atau lain-lain, mana-mana
bahagian buku ini sebelum mendapat izin bertulis
daripada penulis. Walau bagaimanapun, keizinan
diberikan untuk mana-mana puisi dalam buku ini
dideklamasikan oleh sesiapa saja dan di mana saja,
asalkan untuk tujuan kebaikan.
Terbitan
MATZLIN 3A
Taman Sri Mahkota Aman
26070 Kuantan, Pahang.
3
4
Kumpulan Puisi DERAP INSAN
KANDUNGAN
Prakata 6
Apak 7 -8
Terima Kasih Cikgu Siti 9
Keranamu Cikgu 10
Syair Bicara Tengku 11-12
Doktor Angkasawan Negara 13
Matimu Seorang Pejuang 14
Che Det Kembali Semula 15
Apa Sebenar Di Balik Hilangnya Nyawa? 16
Leftenan Adnan 17
Syaf...Bingkisan Buatmu Di Sana 18
Bumi Darul Makmur Menangis 19
Anakku 20
Bingkisan Buat Seorang Isteri 21
Guru & Murid Berpisah Tiada 22-23
Selaur Persahabatan 24
Hanya Kami Yang Mengerti 25
Berkelana Demi Negara 26
Jebat Moden 27-28
Menuai Pangkat Menabur Khidmat 29
Gugurmu Wira Negara 30
4
5
Kumpulan Puisi DERAP INSAN
Sang Lagenda 31
Pujangga Di Balik Pena 32
Cahaya Mata Disember 33
Satu Dalam Sejuta 34
Figura Wanita Negara 35
Puisi Untukmu Sahabat 36
Mengirim Takziah Buat Sahabat 37
Pengorbanan Bernoktah Buat Si Suri 38
Antara Neraca Dunia & Neraca Tuhan 39
2x5 40
Bakti Bukan Kerana Nama 41-42
Kami Rindu Bicaramu 43-44
Izinkan Aku Pergi 45
Utusan Sang Pencipta 46
Bidadariku 47-48
Tuntunilah Kami 49
Dampingi Watak Bersahaja 50
Pelayaran Berjarak 51
Nakhoda Pergi 52
Menjulang Keyakinan 53
5
6
Kumpulan Puisi DERAP INSAN
PRAKATA
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha
Penyayang.Segala Puji-Pujian bagi Allah Tuhan sekalian
alam. Selawat dan salam buat Junjungan Besar Nabi
Muhammad s.a.w dan keluarga baginda.
Alhamdulillah segala puji untuk Allah s.w.t dengan
izinNya dapat saya menghasilkan buku kumpulan puisi
yang tidak seberapa ini. Kumpulan Puisi ‘DERAP INSAN”
ini merangkumi 40 buah puisi diterbitkan sebagai
kenangan mewakili cetusan fikiran peribadi saya
mengingati insan tersayang, para sahabat, pejuang dan
tokoh-tokoh besar yang melakar warna pelangi di bumi
ini sama ada yang masih hidup ataupun yang telah
meninggal dunia.
Melalui penulisan puisi ini juga memberi ruang kepada
saya untuk menyampaikan mesej yang berguna untuk
masyarakat. Di dalamnya mungkin terdapat nilai
pengajaran yang disampaikan secara tersirat mahupun
tersurat. Diharapkan karya kecil ini mampu dijadikan
panduan dan teladan dalam mendepani hidup mendatang.
Penulisan karya ini juga diharapkan dapat terus
memperkasakan Kesusasteraan Melayu yang merupakan
cabang bertepatan dengan kedudukan Bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan (PERKARA 152 : PERLEMBAGAAN
PERSEKUTUAN).
AHMAD NOH
6
7
Kumpulan Puisi DERAP INSAN
APAK
(buat arwah apakku Noh Hj Abd Rani @ Pak Daud Tukang : 01 Jan 1991)
Kugamit memori ini
bila teringat apak yang dah lama pergi
sendu di dalam tidak terperi
agar terubat serpih di hati
Bertahun tarung perit menyakiti
ku pangkumu setiap petang hari
terbayang wajah kakumu disuram pagi
Apak pergi jua mengadap Ilahi
Watak tuamu begitu banyak berbakti
untuk aku si bongsu merangkak pergi
Apak tebarkan pengalaman suci
membina kekuatan jati diri
Sering bersama ke mana pergi
hantar jualan kuih amak setiap hari
beca roda tiga dikayuh dinaiki
gembeling usaha cari rezeki
7
8
Kumpulan Puisi DERAP INSAN
Selagi alam dakapan bernadi
sempat apak bercerita lagi
sejarah perjuangan untuk pertiwi
demi anak cucu suatu hari nanti
Setiap malam tunduk mengaji
Apak tegas tiada kompromi
ilmu agama biar terpatri
buat bekal kemudian hari
Yang hidup pastikan mati
pusaramu mengajarku sepalit erti
mega cinta kita tetap bersemi
sepanjang detik kau kuingati
Doaku hari-hari mengiringi
moga tuhan sentiasa merahmati
hidupmu kini hingga akhirat nanti
salam sayang dari anakmu ini
TERIMA KASIH CIKGU SITI
8
9
Kumpulan Puisi DERAP INSAN
(Aku dedikasikan buat guru Darjah 1 ku, Cikgu Siti :SK Batu 8,
Kuantan 1978 : 16 Mei 1991)
Kerana lautan kasihmu aku santun berbahasa
kerana waja tingkahmu aku hormat sesiapa
kerana tekad jerihmu aku menjadi manusia
kerana terang lilinmu aku mencabar dunia
Batang jemari hingga kini bisa terasa
tulis angka kabur semua
lakar huruf serba tak kena
Sudut hatiku bangga
sabarmu cikgu meruntum jiwa
dirimu atur jari kita menari di kertas bersama
hingga wajah tulisanku lebih bermakna
ikhlasmu untuk anak didik tercinta
yakinmu aku mesti tahu tulis baca kira
Terima kasih cikgu
mimpiku dulu jadi nyata
ikhtiarmu didikku kini aku berjaya
semoga Yang Esa balas segala
KERANAMU CIKGU
(untukmu guru sejarahku :Cikgu Hasniah – SABS 1989/90 : 16 Mei 1993)
9
10
Kumpulan Puisi DERAP INSAN
Keranamu cikgu
ku buka daunan pintu Sejarah
harian ku tunggu kau muncul
segar wajah tenangmu
melihat aku yang dahaga
mulanya bicara santunmu
susun bait-bait indah
fakta jelas diserah
ku ingat lagi ceritera dirungkai
cinta Taj Mahal yang indah
kisah Shah Jehan silam terserlah
pengorbanannya aku hanyut di alam sana
ilmumu membuat aku terus menagih rasa
nasihatmu cikgu sentiasa ada di minda
harum bau kelasmu dengan ikhtibar
disulam cantik benang teladan
terima kasih cikgu
sayang masa milik tuhan
cikgu tak sempat lihat aku buktikan
SYAIR BICARA TENGKU
(menjunjung kasih buat TPP Tg Azizah Maimunah: SK St Thomas 2005)
10
11
Kumpulan Puisi DERAP INSAN
Rasa menggigil di dalam kalbu
terima khabar dari anakanda Tengku
bonda ingin sekali bertemu
bicara pelajaran bersama cikgu
Awal pagi telah ku tunggu
sembah raja mula dahulu
mesra sapa bicara Tengku
buat aku senyum terkedu
Kami bincang hal pelajaran
anakanda Hasanal empunya gerangan
Tengku tanya apa kelemahan
kususun kata dengan sopan
Perkara pokok dibicara berhemah
matematik pelajaran yang lemah
anakanda perlu latih mengerah
supaya markah tidak merah
Minta Tengku supaya bertegas
kalau perlu rotan di kelas
supaya anakanda lebih jelas
tidaklah anakanda menjadi malas
Tengku amat menaruh harapan
11
12
Kumpulan Puisi DERAP INSAN
pada ku cikgu dimohon bantuan
supaya anakanda lakar kejayaan
demi membina masa hadapan
Padanya Tengku patik berbangga
menjadi bonda lengkap segala
pendidikan anakanda sering dijaga
kelak memimpin penuh berjasa
Itulah kisah kekal berlipat
pengalaman indah tetap tersemat
menjadi guru terus berkhidmat
demi membangun nilai masyarakat
DOKTOR ANGKASAWAN NEGARA
12
13
Kumpulan Puisi DERAP INSAN
(Angkasawan Negara Pertama :10 - 21 Okt 2007 Dr.Sheikh Muszafphar
Shukor)
Anak kotaraya
atma melayu perkasa
bersedia menawan angkasaraya
berbekal ketahanan
menyahut cabaran berliku
fizikal,mental,emosi jitu
demi tujuan yang satu
menjadi Angkasawan Negara Pertama
Misi 11 hari
Soyuz TMA-11 dilancar pergi
membawa kesatria negara
sejarah negara tercipta
yang dulu mitos jadi nyata
muslim pertama ke angkasa
pulang bersama inovasi dibawa
laungan 'Malaysia Boleh' gempita bersama
PERGIMU SEORANG PEJUANG
13
14
Kumpulan Puisi DERAP INSAN
(Ku dedikasikan buat : Arwah PROF ABD JALIL BORHAM UMP : 14 Nov 2014)
Atur bicara harum
bait kata idea membugar
hidup terkejar makna
bukan gila harta selesa
kongsi isi bukan kulit semata
Kau pergi jua
setelah keringat kering menyusun tanda
yang tinggal helaian kata khazanah
biar baktinya pada semua
13 November
selamat tinggal dunia
selamat tinggal keluarga tercinta
selamat tinggal taulan setia
selamat tinggal siapa saja yang pernah bersama
Relakan kau terus berjalan lurus
ke arah rimbunan cahaya hakiki
dirimu pergi bukan untuk ditangisi
pergimu seorang pejuang
CHE DET KEMBALI SEMULA
14
15
Kumpulan Puisi DERAP INSAN
(buat Tun Mahathir Mohamed Perdana Menteri Malaysia ke-7 sempena
Majlis Angkat Sumpah pada 10 Mei 2018)
Satu persatu kau cipta
di balik helai lakaran sejarah
siasah politik negara berubah
yang luar biasa terjadi
diusia emas kau takhluki
kuasamu kembali
kawan gembira merestu
lawan tunduk lesu
Tiada istilah bersara
tika politikus lain
kembali dambakan keluarga
dirimu masih setia
berbakti pada nusa
bertakhta ditampuk utama negara
bilangan buat kali ke dua
di bawah warna sama
namun panjinya berbeza
APA SEBENAR DI BALIK HILANGNYA NYAWA?
(Muhammad Adib Mohd Kassim anggota bomba yg meninggal dunia pd 17 Dis
2018 kejadian rusuhan di tapak kuil di Subang Jaya)
15
16
Kumpulan Puisi DERAP INSAN
Tragedi menyayat
26 November terpahat
peristiwa hitam tak terlintas
datang tika bertugas
demi negara beban digalas
dikau diserang tanpa belas
jasadmu dipukul keras
hingga hilang benderang
hela nafas makin berkurang
tunggu detik dijemput pulang
17 Disember...takdirmu tiba jua
berpisah jasad dan nyawa
berkorban demi negara
itu tanda setia
hanya keluarga tangis redha dalam paksa
rakan setugas empati duka
masyarakat jelata prihatin tertanya
apa sebenar di balik hilangnya nyawa?
Muhammad Adib...pergimu demi bakti
pergi tragismu ramai meratapi
tenanglah dalam bersemadi
semoga syurga tersedia tempatmu abadi
LEFTENAN ADNAN
(14 Feb 2019)
16
17
Kumpulan Puisi DERAP INSAN
14 Februari 1942
Bukit Candu menjadi saksi kepahlawanan
sakit hati soldadu Mentari Terbit dek kecekalan
tika banggamu pimpin anak watan Askar Melayu
tekadmu kental pertahankan nusa
sekujur anak kampung biasa
tangkas menggalas senjata
seperti tidak mahu untuk berpisah
mengintai jejak si kuasa penakhluk
seinci ruang pun tak mungkin diserah
jauh sekali untuk gadai maruah
walau nilai nyawamu sebagai ganti
itulah bukti setia tanah air tercinta
Usia 27 tahun kau pergi jua
bermandian keringat merah
setelah 9 musim membadai gelora
Leftenan Adnan…
namamu inspirasi bukti taat dan setia
SYAF...BINGKISAN BUATMU DI SANA
( buat pelajarku yang mati lemas di Air Terjun Bekelah : 1 Sept 2019)
17
18
Kumpulan Puisi DERAP INSAN
Syaf...ku bentang dengan sendu catatan diariku
wajah semalam bersamamu
seperti susukmu bertatap denganku
Syaf...ku ingat lagi petah bicaramu
menyusun kata bermakna, intonasi enak halwa telinga
menghambur bernas idea bijak
bahasa tubuhmu hebat, membuatku rasa dekat
Syaf...harian riakmu ku baca
kau anak Kampung Sertik sopan adabnya
bila berkata
bila ketawa
jaga tertib hubungan mesra
hormat patuh yang lebih berusia
Syaf...hari ini dunia kita terpisah
kau tinggalkanku mendakap memori indah
biarlah terlukis dilipatan sejarah
Ku pasrah...
insan yang baik pekerti pergi jua menyerah
semoga tuhan titipkan rahmat buatmu disana
untukmu Syafwan Sukri kubaca Al-Fatihah
BUMI DARUL MAKMUR MENANGIS
( kemangkatan Sultan Ahmad Shah, Sultan Pahang ke-5 pada 22 MEI 2019)
18
19
Kumpulan Puisi DERAP INSAN
Ramadan kau bertamu syahdu sekali
berkatmu bersimpul berita sayu
bumi Darul Makmur ini
dibasahi air mata jelata
terasa pilu pabila tonggak tiada
hampir 45 musim disinggahsana takhta
bersama denyut nadi
susah sukarnya seluruh warga
Terima jemputan Yang Esa
bila tiada mula terkenang kisah lama
Tuanku payung tempat rakyat bernaung
baktimu pada tanah keramat ini persis
sayup tingginya Gunung Tahan menggapai angkasa
gagah Banjaran Titiwangsa terbentang luas
alir berjasanya Sungai Pahang tercinta
Pergimu kami patrikan bersama kalungan doa
moga bahagia dikau menuju persada syurga
ANAKKU
01/01/2020
19
20
Kumpulan Puisi DERAP INSAN
Sudahkah anakku bersedia?
mengota segulung janji
mengapai kejora ilmu
untuk dipersembahkan
di dataran luas hidupmu
Sudahkah anakku bersedia?
berteleku menyusun restu
subur doa makbul ayah bonda
buat bekal melangkah
jauhi dari malapetaka
Sudahkah anakku bersedia?
menangkis pancaroba
ujian menggoncang tanpa diduga
helah sang durjana dunia
pencak pengalaman mampu menyanggah
Sudahkah anakku bersedia?
patrikan akrab buat Yang Esa
dalam lena...dalam jaga
sampai bila-bila
selagi bersatu jasad dan nyawa
BINGKISAN BUAT SEORANG ISTERI
(HUT kelahiran bidadariku ke 46 : 20/02/2020)
20
21
Kumpulan Puisi DERAP INSAN
Jadual masamu bagai tanpa henti
tak pernah lengang
sesak asuh rumahtangga
mula celik mata dini hari
kau membanting upaya
demi selaur hamparan bahagia
sejak berlafaz akad
memberes langkahku
melelah rezeki keluarga
hinggalah manja cahaya mata di riba
jerihmu berterusan
puteri kita anjak membesar
dari tangan didikan
itulah pengorbananmu
tiada bandingan
budimu pada keluarga begitu agung
tanpa abai tanggungjawab
tanpa lupa syukur padaNya
tika lelapmu ...kuamati raut
yang teguh santun
kupatrikan kalimah sumpah
untuk kita berganding
memilih jalan lurus
mendatangi ke nikmat syurga
GURU & MURID BERPISAH TIADA
(menjunjung kasih Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah : UMP 22 Februari
2020)
21
22
Kumpulan Puisi DERAP INSAN
Januari 2005
diari usangku di SK St Thomas
sorot panjang kenangan silam
lipatan sejarah tak mungkin hilang
kisah mengikat aku
kelas 4 John bukti bicara bermula
kerut dahi undang gelisah
darah raja mencabar jiwa
balik pintu usang gerunku sanggah
biar aku merdeka langkah
TH lagak kanaknya
pantas atur langkah gaul semua
yang mengerti hormat setia
Melayu,Cina,India,Pakistan,Filipina
harmoni sekata
main, makan tanpa dibeza siapa
Disiplin anak sekolah aku rantai
ku kata”Tengku jadi pengawas bersama”
lapang aku atur cerita
si nakal tak mungkin nakal sampai bila-bila
22
23
Kumpulan Puisi DERAP INSAN
bakat pemimpin lahir bersama
tegur tegas terdiam kata
Deringan loceng seiring
jamu wadah bekalan bonda
menu biasa jelata
cekodok,nasi goreng
istimewa air tangan harian sedia
terkadang Tengku mahu mencuba
nilai manusia biasa tetap ada
15 tahun ku tinggalkan
22.2.2020 berbekas tanda
UMP jadi saksi sulam nostalgia
dulu si kecil megah
kini darjat Tengku Mahkota
teruja mendatang temu mata
guru & murid berpisah tiada
SELAUR PERSAHABATAN
23
24
Kumpulan Puisi DERAP INSAN
( buat Dr Abd Halim Mat Desa, Kolej Matrikulasi Labuan : 01/03/2020)
Teman
hati kecilku berbicara
lalu ku nukilkan coretan bertinta
agar tersimpan di khazanah jasa
Di Kem Bina Negara Maran
menjadi saksi kukuh pengorbanan
jiwamu pada setia kawan
kudrat rela berpayahan
lalui lorong membentuk insan
Di Kem Khidmat Negara Cherating
bulat keyakinan fizikal mental seiring
ideamu bercambah tanpa kering
Itu cebisan momen lama
kini di bumi Borneo dirimu berbakti
moga mentari Labuan masih menyinari
menebar jala ilmu sisa berbaki
buat rezeki insan hebat
di manapun pasti ditagih khidmat
HANYA KAMI YANG MENGERTI
24
25
Kumpulan Puisi DERAP INSAN
(hamparan doa buat abah yang kembali ke rahmatullah pada 02/04/2020)
Nak kami tangisi
sampai bila kan lagi
hanya kami yang mengerti
tersumbat beku dalam rasa hati
terbuku jiwa tidak terperi
Abah…sudut hati kecil kami pasrah
takdir tuhan tepat terarah
tak mampu kita menongkah
keadaan jauh memisah
pandemik tiba mengugat tabah
halangan anak cucumu merentas daerah
kami kaku terpaksa beralah
tiada ruang menatap wajah
ayah pergi tanpa sempat kami bentang sejadah
Abah…
dari jauh kami panjatkan doa
walau istana cinta kita berbeza
pujangga berkata kasih ayah sepanjang masa
hidup lalu sentiasa diingatan
sukarmu memberi didikan
anakmu hargai penuh harapan
moga tuhan beri ganjaran
BERKELANA DEMI NEGARA
25
26
Kumpulan Puisi DERAP INSAN
(Luqman Hakim Shamsuddin ke KV Kortrijk di Liga Pro Jupiter Belgium
13/8/2020)
Dari jajahan Cik Siti Wan Kembang
mengendong cita terbang
berkelana menyeberang
ke jagat asing
demi masa depan
demi bola sepak negara yang kini hilang
di putaran peta dunia
agar kembali di sebut gemilang
Ayuh...anak muda
buktikan bakat atma anak Malaysia
tidak kurang hebatnya
no. 9 biar membuka mata
pamer kelincahan merobek benteng
biar kelibatmu dirasai pesaing
bersama panji negara mengiring
JEBAT MODEN
26
27
Kumpulan Puisi DERAP INSAN
(didedikasikan buat Arwah Datuk Ab Rahim Bakar, Menteri Besar Pahang
ke 10, 11 tahun pemergian beliau : 24 September 2009 -24 September
2020 )
Anak pejuang gelora
dilambung ombak menyerap seluruh jasad
harta yang ada hanyalah Laut China Selatan
Harian membadai
cerita rezeki yang entah tiada tanda
walau kata dunia dusta
biar putih sendu mata hitam
tekad juang Datuk Mat Kilau digenggam
biar mengalir sejuk merah darah
biar rakan depan memapah
belakang melempar bara
jiwa sebati atur gerak langkah
bahagia ceria kita cipta
di susun jari sepuluh rayu pinta pada yang satu
tiada siapa mengerti
datang bukan bangga gaya bersuka ria
Tiga tahun ikat amanah
daki Gunung Tahan untuk jelata
sama rasa sama bina nikmat
tinggal mercu buat cucunda ...PPZ, Atabara
sangka semua terima ...musuh pancung pantang rebah
27
28
Kumpulan Puisi DERAP INSAN
Jebat moden masuk gelanggang
kaki disandung rapat
pengakhiran tewas
tiada harum bangga
walau bawa nama untuk nusa
cukuplah 7 Disember 1981 kan hela pergi
28
29
Kumpulan Puisi DERAP INSAN
MENUAI PANGKAT MENABUR KHIDMAT
(buat sahabatku Prof Madya Ts. Dr. Shamsul Bahari Shamsuddin UMS atas
pelantikan sbg ALP IKKPN : 24 Nov 2020)
Dulu bersama
gamit zaman manis di SKBL
tika bercelana singkat
alun watak nakal
telatah menyakat
Masih kuingat
dari dulu wajah dirimu
terbukti hebat
segak tampil lampai
pelajaran tak terabai
bersukan menang tertunai
kepimpinan mula tersemai
Tika ini...negaramu menagih khudrat
kepakaranmu jadikan azimat
alir jasamu bersama keringat
dakap erat sebuah matlamat
menuai pangkat menabur khidmat
doaku untukmu seorang sahabat
29
30
Kumpulan Puisi DERAP INSAN
GUGURMU WIRA NEGARA
( buat mendiang Koperal Baharuddin Ramli yang mati terkorban di
sempadan Malaysia-Thailand pada 24 November 2020 bertempur dgn kump
penyeludup)
Semelai
kau harus berbangga
di daerahmu lahir si wira negara
titis darahnya yang gugur
demi daulat
menyanggah pengkhianat durjana
bukan untuk diratapi
tidak juga duka menangisi
jadikan juangnya bak obor
menyala dan terus menyala
menerangi jejak ditinggal
yang liku beronak
walau membuatnya rebah
Koperal Baharuddin Ramli
kami bangga denganmu
gugurmu Wira Negara
30
31
Kumpulan Puisi DERAP INSAN
SANG LAGENDA
( buat Diego Maradona yang meninggal dunia pada 25 November 2020 )
1986...Kuhadap muka di kaca
di bumi berbahang Mexico
tertulis arena luar biasa
aksimu seperti dirimu dari planet entah mana
katamu tangan tuhan bersama
menepis ego England
kelicikan tak terhambat
merencat rakus Belgium
memahiran tak tertanding
menyingkir getus Jerman Barat
30 Jun 1986 tanganmu dakap
julang mahkota bolasepak dunia ke udara
berpekikan...seantero bumi merai
Hari ini...Argentina menangisi
Diego Armando Maradona
tiada lagi watakmu
yang tumbuh pasti tidak secelikmu
engkaulah lagenda
31
32
Kumpulan Puisi DERAP INSAN
PUJANGGA DI BALIK PENA
(dedikasi buat arwah SN Dato' Usman Awang :12/7/1929 - 29/11/2001 :
29.11.2020 -19 tahun pemergian )
Hari ini 29 November
terjentik dijiwa hilang dalam cahaya
tanggal sastera melayu meratap hiba
Genap 19 musim
kau tinggalkan...wadah di persada bahasa
jasa juangmu tetap abadi
jiwa pengikat...
karya sastera moden di balik wajah akar tradisi
dikaulah pejuang
pujangga Tanah Air di balik sebatang pena
Tongkat Warrant, kau tinggal kami semalam bersama bekal
Adi Jaya, karya tulusmu masih panas menggetar
Atma Jiwa,cetusan rasamu tajam menusuk pendengar
Rose Murni, puitis bahasamu bangkit semangat menggegar
Setiabudi, tinta azimatmu dalam dakapan bugar
Doa kami...dirimu dilimpah rahmat Ilahi
Amin..
32
33
Kumpulan Puisi DERAP INSAN
CAHAYA MATA DISEMBER
(buat warga baru dunia : Afzan Azmi : 02/12/2020)
Kiraan detik 9.22 pagi
tanggal 2 Disember
kota metropolitan jadi saksi
kau ucap salam
salam pengenalan dunia
Salam sayang ayah bonda
tangisanmu membelah 9 purnama resah
lahirmu lakaran sebuah cinta bersemi
dipupuk benih soleh solehah
bertambah umat Rasulullah
kan gigih menepis onar azazil
hadir kelak biar berjasa
berjiwa kuat bersandar penyayang
menjunjung syiar agama
menyanjung juang bangsa
mendaulat negara dipersada
di balik tanda tinta
AFZAN AZMI empunya nama
33
34
Kumpulan Puisi DERAP INSAN
SATU DALAM SEJUTA
(buat Prof DiRaja Ungku Abd Aziz : 28/1/1922 - 15/12/2020=98 tahun)
Sebuah kelahiran di bawah awan Kota London
darah raja berjiwa marhaen
utusan membawa cahaya ...agar melayu letak terbela
Pak Ungku melakar watak warga setia
menjenguk susah anak sebangsa luar bandar
usaha angkat martabat bangsa melayu melarat
di bumi bertuah sendiri bangsa melayu merempat
Kau lakarkan DBP
bicaramu ilmu kan memangkin masa depan gemilang
kau fikirkan ANGKASA kukuh ekonomi perkasa koperasi
wadah pemilikan aset peribumi
kau cetuskan LUTH
luhur budimu ajak bangsamu menabung
kan bertapak restu rohani di tanah suci
kau juangkan PUSAT ASASI SAINS UM
ruang peluang anak melayu buka mata
tembusi tembok pemisah bidang sains teknologi diteroka
Pak Ungku...jerihmu menghamba bakti
kau lah satu satunya satu dalam sejuta
terlalu sukar bumi ini mencari susuk pengganti
biar pergimu bersama haruman bunga rahmat Ilahi
34
35
Kumpulan Puisi DERAP INSAN
FIGURA WANITA NEGARA
(buat Tun Rahah Mohamed Noah :11 Jun 1933 - 18 Dis 2020)
Petang suram ini
penaku turut tarinya melakar sendu
bersama alun bacaan Al Fatihah
ku coret puisi luruh
buat insan cekal
tertulis dirimu kini jenazah
figura di balik 2 wajah
bersama pemimpin nombor satu negara
sederap bakti setia
1970...teguh bak tulang belakang
tika Bapa Perpaduan berjuang
kusut mencambah buah fikir cemerlang
Rukun Negara selimut perpaduan warga gemilang
2009...bonda restu kibar panji
putera sulung menyambung legasi
Gagasan 1 Malaysia khidmat demi pertiwi
Tun Rahah...baktimu
sesubur pohonan kemboja di pusaramu
seindah mekar kelopak putih nan suci
berbahagialah dikau di rumah baharu
warga Lingkaran Makam Pahlawan
35
36
Kumpulan Puisi DERAP INSAN
PUISI UNTUKMU SAHABAT
(sempena pertukaran Ustaz Zahari Mokhtar ke Madrasah Tarbiah Islamiah
Temerloh 30/12/2020)
12 musim mengabdi
buat kota didik Kolej Matrikulasi Pahang
perjalanan panjang zikirmu setiap fajar
demi menarik gumpalan rezeki
membuat aku berfikir sejenak
di usia emas dirimu masih kuat
jasamu di bumi ini takkan terbilang
budimu di lembah subur ini terus dikenang
selamat berpisah sahabat
selamat berbahagia dunia akhirat
salam kecemerlangan kekal bertempat
36
37
Kumpulan Puisi DERAP INSAN
MENGIRIM TAKZIAH BUAT SAHABAT
(buat sahabatku Saudara Suhaimi Yunus - trajedi rumah runtuh
4/1/2021: Taman Gambang Damai)
Sahabatku
senyummu terukir kala ziarah
bukti kau tetap kuat
meski sudut sanubarimu ku peduli
kalbumu remuk redam
merintih di dalam
melihat pasak istana bahagiamu
yang bertahun membentang ceria
rebah menyembah lembah
dihakim hukum alam
Saudaraku
ku kirim salam takziah
kerna Tuhan uji seberat musibah
moga kau teguh himpun tembok tabah
redha...pasti datang menemani terselit hikmah
untukmu diganti sejahtera
sabarlah...
37
38
Kumpulan Puisi DERAP INSAN
PENGORBANAN BERNOKTAH BUAT SI SURI
(buat arwah Md Rajihan Junaidi yang mati lemas menyelamatkan isteri
mengandung di kejadian bah Kluang,Johor 09012021)
Peristiwa hitam di suatu malam
melalui sebatang jalanan suram
meredah bah membawa urus
tetiba kereta hanyut di bawa deras arus
mirat dipecah panjat doa bertaut
agar si suri mampu berpaut
Sayu ku dengar
pengorbanan sucimu
kau rela menggadai jasad nyawa
demi melihat terbela nyawa surimu tercinta
demi zuriat yang belum sempat diberi nama
kan selamat dari badai musibah
bakti tulus itu pengorbanan bernoktah
pergimu disirami pahala syahid
moga syurga firdaus abadi untukmu
38
39
Kumpulan Puisi DERAP INSAN
ANTARA NERACA DUNIA & NERACA TUHAN
(kematian Tun Mohamed Salleh Abas 16 Jan 2021)
Hilangmu angkara siapa
di legar radar kehakiman negara
tika dirimu di atas takhta
hingga kini jawap tak berjumpa
genggam prinsip bebas adil saksama
menongkah pinta yang berkuasa
neraca dunia tinta singkir melara
tekad berbakti tak pernah reda
arena politik dirimu berkelana
juang khidmat demi bangsa
kini pula tiba masa
jasadmu pula hilang tinggalkan dunia
setelah jasa disulam setia
namamu tertera di panji kehakiman negara
garis penamat di neraca tuhan biar bahagia
39
40
Kumpulan Puisi DERAP INSAN
2X5
(majlis angkat sumpah Presiden USA ke-46 Joe Biden pada 21 Jan 2021)
Bangunan Capitol
kekal bersaksi
negara Uncle Sam meterai
era Donald Trump bersisa sejarah
tika Joe Biden angkat sumpah
kan bermula cereka siasah
dasar polis dunia dinanti
tapi riak mampu dibaca hati
tampuk tetap dipatri yahudi
watak beza lakunya sama
dua kali lima
di mana-mana bongkak tunjuk kuasa
si kerdil diam tak mampu menyapa
40
41
Kumpulan Puisi DERAP INSAN
BAKTI BUKAN KERANA NAMA
(sekalung penghargaan tanda hormat buat Saudara Nasrul Isyam Abdul
Hamid - Pejuang khidmat bakti masyarakat : 24 Jan 2021)
Usah seperti melukut di tepi gantang
prinsip cara membulat kata
apa dilaung pasti dikota
lahir kau si juara khidmat bakti
berbekal langkah cita
membuka gelanggang ehsan
untuk disusun budi pada watan
Andai ada air mata mengalir
juga ada jiwa duka memikir
dek perit jalanan tersepit
sengsara rapat menghimpit
takkan kau biar jasadmu layu
hanya tunduk membisu
sekadar memandang sayu
Di sana...musibah membelit kaku
saudara seagamamu
rumpun sebangsamu
kau atur...pencak khidmatmu makin galak gerak
41
42
Kumpulan Puisi DERAP INSAN
Mencari ruang tumbangkan tembok malu
kau pacak derap padu
agar segenap usaha dibantu
Alir darah Semantan di tubuhmu
deras bak gelora waris pejuangan Datuk Bahaman
tegas menggempur persis jiwa Pak Sako
cekal menyambung penyatuan legasi Ibrahim Yaakob
Tak rela melihat...
watan merempat di bumi warisan
sedangkan tanah masih bertuan
kuasa mengikat bangsa
kerna tempat mengadu masih ada
hadir baktimu bukan kerana nama
moga Yang Esa restui tanda
42
43
Kumpulan Puisi DERAP INSAN
KAMI RINDU BICARAMU
(buat Ustaz Mohd Norazmi Taib yang terlantar keuzuran 26 Jan 2021)
Tiada lagi...Kedengaran nada serakmu
tika memimpin kami
menghayati bait suci
di pembuka doa pagi
di pangkal majlis merai
Tiada lagi...khatib berdiri mulia
mimbar Al- Muttaqin menanti langkah setia
bersantun mengingat sahsiah sesama
tika berkhutbah multimedia
agar mudah ilmu lekat di dada
Kerna...Oktober 2020
dirimu hebat diuji
sakit tak diundang menyapa datang
kelu sunyi bibit kata
kaku gerak atur langkah
separuh susukmu lumpuh henti bicara
Marilah segenap taulan...
deru doa kita hamparkan
buat insan kesayangan
43
44
Kumpulan Puisi DERAP INSAN
Ya Allah....
latakan tiap urusan
moga Ustaz Azmi sekeluarga
hadapi ranting kecekalan
paut kukuh sepenuh harapan
agar diketuk kembali pintu kesembuhan
44
45
Kumpulan Puisi DERAP INSAN
IZINKAN AKU PERGI
(kematian Adik Zubaidi Amir Qusyairi akibat didera pd 4 ptg
29/1/2021)
Petang itu suram sekali
tragis menyayat hati
si kecil kaku
lemas terpisah nyawa
cedera menjadi tanda tanya
Dari keluarga angkat yang menyayangi
ke tangan biologi yang hilang hati
mungkin tuhan lebih mengerti
terbuku di dalam hati
sebelum seksa berlarut lagi
jasad kecil sakit tak terperi
tak sanggup diperlakukan begini
Izinkan aku pergi
menyahut panggilan Ilahi
ji Jumaat penghulu hari
biar kutinggal momen berduri
daripada hidup berulam bara api
45
46
Kumpulan Puisi DERAP INSAN
UTUSAN SANG PENCIPTA
(hormat buat Ust Ebit Liew mengislamkan 157 org di Sabah: 1/2/2021)
Menangis kalbu ini meninjau kecekalan
memimpin tangan-tangan
membuka pintu tenangnya ehsan
menghampar sinar mutiara bantuan
untuk selaur bahtera kemanusiaan
Sesungguhnya...sang Pencipta mengutusmu
ke Pulau Tatagan takdir bertemu
di jagat insan malang
Gipsi Laut bergelimpang
kosong benderang ketuhanan
terbiar tanpa utusan
sudut dipinggirkan perhatian
Dengan bimbingan lidah sufi
syahadah memecah pesisir sunyi
dunia gelap selama ini
berupa menggali erti
Kini hakikat hayat ditemui
dituntun akidah suci
bersama insan kaya hati
yang mengerti denyut nadi
moga perjuanganmu berakar menyerap tamu baru
46
47
Kumpulan Puisi DERAP INSAN
BIDADARIKU
(HUT kelahiran bidadariku ke 46 : 20/02/2021)
Bidadariku
si camar terbang di angkasa tinggi
ikan berenang di samudera dalam
biar jadi saksi
berdekad kita
layari pelayaran cinta
bersama kolek kecil usang
bersama hela nafas menyesak
cari cahaya gapai bahagia
singkir cela menyiksa
Terus sama mendayung
menitis keringat berjuang
getir mengutip rezeki datang
lalui gelombang juga gelora
yang sentiasa tak lupa
rela datang menguji kita
Tiba dipengkalan
kolek ku tukar bahtera
biar lamannya saujana mata
usaha dipahat tiada sia
berseni ukir sayang kita
47
48
Kumpulan Puisi DERAP INSAN
Aku nakhoda
kubawamu santun bersama
tidak sesekali dipinggir
tak terlintas untuk disisih
ke destinasi indah loka
mengalun puisi cinta kita
tika jemari genggam bersatu
48
49
Kumpulan Puisi DERAP INSAN
TUNTUNILAH KAMI
(hormat buat Ustaz Ubaidillah Abdul Latif: 3/3/2021)
Bicaramu
dalam tuntunan
mengarang kata
menadah restu
memanggul jiwa
mengakui kerdil kita
meletak ke tepi darjat
memisah agung pangkat
kerna di wadah Sang Pencipta
baitnya suci
tanpa meninggi diri
mendamba sepohon keampunan
biar ditanam benih iman
tiada jemu sirami doa
agar suburnya memutik taqwa
kau sinambung menuntun
ke jejak lurus
dini tiba garis kematian
49
50
Kumpulan Puisi DERAP INSAN
DAMPINGI WATAK BERSAHAJA
(buat Tuan Zakaria Jadi,Pengarah KMS- sempena persaraan 6/3/21)
Telah bersama
mengutip pengalaman
tika melayar sebuah bahtera
yang tiada nakhoda
gelora cukup menguji
membadai ganas akhlak pewaris
terkedu... ribut kejut budaya
hingga warkah aturan
diselak hukum
dikau tampil pekerti bersahaja
bersapa sepakat
biar sudahan berkat
tenangi duga lautan
layar amanah didik dijaga
matlamat belayar selamat
tiba juang berlabuh
di pelabuhan anak bermasa depan
baktimu luhur...SELAMAT BERSARA TUAN
50