51
Kumpulan Puisi DERAP INSAN
PELAYARAN BERJARAK
(hormat buat Tuan Ahmad Tajuddin b Gezai, Pengarah Kolej Matrikulasi
Pahang sempena Majlis Persaraan pada 18 Mac 2021)
Bak lilin menerangi lahir dirimu
melurus jejak generasi teraba lesu
dipimpin ke arah aspirasi yang satu
bakti telus gembeling selama mampu
di pelantar didik sayapmu terbang membantu
Pulau Mutiara buatmu pulau cinta abadi
disitu roman hayat dua jiwa bersemi
momen suka duka melingkari diri
didewasakan menganyam selaur erti
melakar inti kepimpinan organisasi
Bumi Cik Siti Wan Kembang kunjung menyapa
walau beban hati dibawa
dirimu tekad memulai kembara
ditinggal bidadari menggapai tangis cinta
demi menggali pengalaman pusaka berguna
Dirimu disentak warkah tak diundang
lembaran ditinta Kolej Matrikulasi Pahang
kala jiwa berkecamuk berperang
dikau berlabuh memanggul obor terang
epilog warga berteduh dinaungan rendang
51
52
Kumpulan Puisi DERAP INSAN
NAKHODA PERGI
(khas buat Tuan Mohd Mahyuddin Mohd Noordin- sempena pertukaran sbg
Pengarah KM Labuan 21/5/21)
Berpurnama tegap memayungi
pelayaran bahtera didik
berdamping ...
ombak karenah pelajar
gelora bicara pendidik
terik latah pekerja
ribut tingkah ibu bapa
kau anyam semua menjadi layar
megah berkibar
hormat menyusuh perjalanan
di luas samudera keyakinan
walau dijenguk pandemik
perit menghimplt
pencak nakhodamu utuh terbukti
hingga tiba di pulau pasti
curaban lembaran kasih dinanti
sosok wira kan pergi
relakan bertaut dilambaian suci
52
53
Kumpulan Puisi DERAP INSAN
MENJULANG KEYAKINAN
(buat Saudara Abd Hafiz Abd Rahman yang menyambung Pengajian Doktor
Falsafah di UPSI : 10/5/2021)
Tika ini
kau telah menikmati segala
apa yang ada di depan mata
keluarga harmoni bahagia
diisi gelak cahaya mata
setia bidadari tercinta
kerjaya sinarnya gemilang
tanpa berkira membanting tulang
biar bersama taulan senang
Itulah bagimu menang
Kini kau cabar jua diri
memilih peluang terus mencari
ilmu baru dibukakan kunci
terokai di setiap sisi
demi sebuah mahkota bakal dimiliki
Moga kejayaan bersamamu
hadir bukan memeluk tubuh
kan nanti yang karat bersih dibasuh
53