Antologi Pantun
Penyelenggara
AHMAD NOH
Antologi Pantun SUARA GENERASI
Antologi Pantun
SUARA GENERASI
Penyelenggara
AHMAD NOH
KOLEJ MATRIKULASI PAHANG
2021
2
Antologi Pantun SUARA GENERASI
Diterbitkan oleh:
GRUPEMUISI
Kolej Matrikulasi Pahang
26300 Gambang, Pahang.
0199697323
Mac 2021
Penerbitan © GRUPEMUISI KMPh
Teks © Penulis Asal
Reka bentuk ilustrasi dan susun atur : Ainnur Husna Ahmad
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang dalam apa
juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik,
fotokopi, rakaman atau cara lain mana-mana bahagian buku ini
sebelum mendapat izin bertulis daripada penulis. Walau
bagaimanapun, keizinan diberikan untuk mana-mana pantun dalam
buku ini dibacakan oleh sesiapa saja dan di mana saja, asalkan untuk
tujuan kebaikan.
3
Antologi Pantun SUARA GENERASI
Kandungan
Prakata 5
Pengenalan 6
TEKS PANTUN 7 - 70
Lincah berenang si anak ikan,
Kencang larian seekor kuda;
Seni pantun sama sebarkan,
Meresap di jiwa anak muda.
4
Antologi Pantun SUARA GENERASI
Prakata
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Segala Puji-Pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan
salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w dan keluarga
baginda
Alhamdulillah kerana GRUPEMUISI KOLEJ MATRIKULASI PAHANG
berjaya menerbitkan karya ke-dua iaitu Antologi Pantun SUARA
GENERASI selepas karya pertama Antologi Puisi DI BAWAH AWAN
PERJUANGAN. Karya yang mewakili cetusan rasa fikiran peribadi
dan pengalaman setiap penulis yang terdiri daripada 20 orang pelajar
Kolej Matrikulasi Pahang sesi 2020/2021. Karya ini juga adalah
sebagai medan memartabatkan genre pantun melayu disamping
kenangan buat pelajar sebelum menamatkan pengajian di Program
Matrikulasi.
Idea ini juga bagi memberi ruang kepada penulis berinteraksi dan
menyampaikan mesej yang berguna untuk masyarakat khasnya
melalui penulisan pantun yang begitu dekat dengan jiwa masyarakat
Malaysia.
Sekalung penghargaan buat semua pelajar yang terlibat dalam
menghasilkan karya pantun sehingga lahir naskhah antologi pantun
yang amat bermakna bagi peminat dan pejuang sastera melayu ini.
Salam Seharum Puisi,
AHMAD NOH
GRUPEMUISI Kolej Matrikulasi Pahang
5
Antologi Pantun SUARA GENERASI
Pengenalan
Pantun ialah satu bentuk seni lisan tradisional Melayu yang boleh juga
diungkap secara bertulis. Merupakan salah satu genre sastera yang
telah lama wujud dan digunakan oleh masyarakat di Kepulauan
Melayu.
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.
Mempunyai pelbagai bentuk seperti pantun 2 kerat, 4 kerat, 6 kerat
dan sebagainya. Terdiri daripada pembayang dan maksud. Pantun
boleh ditulis berkisar tentang pelbagai tema yang ada disekeliling
kehidupan kita. Mempunyai rima yang menarik pada penghujung
setiap baris ayat pantun. Kebiasaannya rima a,b,a,b.
Buat lemang sedapnya rasa,
Makan mesra bersama besan;
Perkasa pantun jiwa bangsa,
Agar terpelihara sebuah warisan.
Keberadaan pantun ini dalam masyarakat perlu terus dipertahan
sebagai warisan bangsa yang kekal sepanjang zaman untuk generasi
seterusnya. Sesuai dengan kedudukan seni Pantun itu sendiri yang
telah diktiraf sebagai warisan kebudayaan Negara Malaysia oleh
UNESCO pada 17 Disember 2020.
6
Antologi Pantun SUARA GENERASI
WAN ZUHAYRA ATHIRA WAN ZAINIE
(WANZUE)
JURUSAN SAINS MODUL 2
KLUANG, JOHOR
SUARA GENERASI
Indah rupawan wajah Si Dayang,
Memetik bunga kuntum dahlia;
Elok terletak KMPh tersayang,
Lahirkan nak watan berjiwa mulia.
Tumbuh mekar pohon pulasan,
Tempat berteduh si anak nyonya;
Jangan amal bermalas - malasan,
Penuh penyesalan kelak hidupnya.
Harum mewangi kuntuman melati,
Jadi penyeri di Pulau Pandan;
Belajar jangan pernah berhenti,
Selagi hayat masih dibadan.
Keris sakti buat laksamana,
Lalu memetik kuntum kasturi;
KMPH tercinta teguh dibina,
Harumkan negara waris bestari.
7
Antologi Pantun SUARA GENERASI
BAHANA COVID-19
Tangkas bersilat 5 laksamana,
Pergi bertapa di Gua Rotan;
Amat binasa virus corona,
Duduk dirumah elak jangkitan.
Bunga Kemboja harum semerbak,
Lalu dipetik pemuda berlima;
Diam membisu dia merebak,
Tanpa disedar maut menjelma.
Buah kuini diapit pulasan,
Jatuh ke tanah diambil nyonya;
Pelbagai kluster telahpun dikesan,
Bagai dilihat tiada penghujungnya.
Cantik bersinar intan baiduri,
Jadi penyeri cincin suasa;
Korona virus gelaran diberi,
Tak dapat dilihat lagikan dirasa.
8
Antologi Pantun SUARA GENERASI
MULUT
Turun ke bendang kaki berselut,
Bermandi peluh dek sinar suria;
Jika datang berita yang kalut,
Siasat dulu baru bercerita.
Pisang nangka di buat pengat,
Ia dimakan di bulan puasa;
Wahai remaja hendaklah beringat,
Kerana mulut badan binasa.
Manis sungguh si tapai pulut,
Jadi kegemaran kami sekeluarga;
Memang bahaya membawa mulut,
Menambah dosa buruk padahnya.
Harum selasih diapit kasturi,
Tumbuh mekar di Bukit Jawa;
Tutur dan kata cerminan diri,
Silap bicara merana jiwa.
9
Antologi Pantun SUARA GENERASI
NOORAZWANIDA MOHD SAID
(AZWA SAID)
JURUSAN SAINS MODUL 2
JERANTUT, PAHANG
PENTINGNYA ILMU
Main air di danau akhirnya basah,
Lalu ganti baju berwarna merah;
Belajarlah sehingga tak kenal lelah,
di akhir masa bawa faedah.
Mari membeli di Pekan Rabu,
Pergi ke pekan seberang titi;
Walaupun di dada penuhnya ilmu,
Biar menunduk seperti resmi padi.
Mendaki gunung di pagi hari,
Di jalan bertemu katak melompat;
Pendidikan bukan soal rezeki,
Namun mencari ilmu bermanfaat.
Tinggi menegak si pohon jati,
Tempat merpati tumpang berteduh;
Matrikulasiku tetap di hati,
Menimba ilmu agar tersuluh.
10
Antologi Pantun SUARA GENERASI
KEMANISAN GANJARAN TUHAN
Ayu bersimpuh si anak dara,
Tersenyum manis membaca surat;
Siapa hidup berbaik sangka,
Sentosa hidup dunia akhirat.
Tanam ubi di hujung halaman,
Pokok pandan sebatas keladi;
Sirah nabi jadikan pedoman,
Al-quran petunjuk kekal abadi.
Suasana sendu ditemani hujan,
Hujan yang turun memenuhi telaga;
Hangat takbir meranum ganjaran,
Manis disantap dalam syurga.
Mencari rezeki di subuh hari,
Rezeki di cari untuk keluarga;
Ingatlah Dia di dalam hati,
Nescaya hati tidak gulana.
11
Antologi Pantun SUARA GENERASI
SEMANGAT BANGSAKU
Berbaju kurung cantik serinya,
Bercincin permata indah dipakai;
Merdeka disambut meriah bersama,
Negara tercinta aman dan damai.
Hidup remaja banyak diduga,
Setiap cabaran mereka nikmati;
Tidak luntur semangat merdeka,
Pejuang negara tetap dihati.
Segak kelihatan dengan serban,
Menuju ke masjid hati nan tenang;
Demi negara sanggup berkorban,
Jasa baktimu akan sentiasa dikenang.
Lelah mencari kayu ara,
Mencari kayu di pagi hari;
Generasi belia harapan negara,
Jangan biar diserang lagi.
12
Antologi Pantun SUARA GENERASI
NURUL ATIKAH IBRAHIM
(ATI)
JURUSAN SAINS MODUL 1
JERANTUT, PAHANG
GENERASI BERSYUKUR
Tengah laut kehidupan nelayan,
Rezeki dapat memang berkat;
Mari bersama bina perpaduan,
Supaya Negara kita selamat.
Rajin sungguh pekebun menyemai,
Menyemai tanaman mereka disuka;
Rakyat hidup aman dan damai,
Itulah untung Negara merdeka.
Jalur Gemilang menjadi kebanggaan,
Berkibar megah di tanah Malaysia;
Indah sungguh isi kemerdekaan,
Usaha dahulu tidak dipersia.
Tenang sungguh suasana sepi,
Hanya terdengar suara tekukur;
Perit orang dahulu tidak terperi,
Generasi sekarang patut bersyukur.
13
Antologi Pantun SUARA GENERASI
JANGAN TERLEKA
Enak sekali buah nona,
Manisnya lekat hingga ke lidah;
Corona virus amatlah bahaya,
Tidak boleh kita ambil mudah.
Putih berseri warna serban,
Kelabu wasap warna timah;
Barisan hadapan banyak berkorban,
Tugas kita duduk di rumah.
Bantuan rakyat telah diberikan,
Wang , vaksin , beras dan nasi;
Berita palsu amat menyusahka ,
Tidak pasti jangan kongsi.
Pelitup muka telah diwajibkan,
Mengelak virus yang tidak disangka,
Covid-19 masih berkeliaran,
Jangan sampai kita terleka.
14
Antologi Pantun SUARA GENERASI
SUMBER ILMU
Comel sungguh si kucing Parsi,
Bulu lebat rapi disikat;
Ilmu yang ditimba perlu dikongsi,
Supaya hidup mendapat berkat.
Usai subuh turun berlayar,
Untuk menangkap si ikan aya;
Jika kita rajin belajar,
Tentulah kita akan berjaya.
Pahit sungguh rasa pati,
Pahit juga rasa jamu;
Guru haruslah kita hormati,
Kerana mereka sumber ilmu.
Rambut dara senang disikat,
Disikat pula bawah pohon ru;
Jika hidup mahukan berkat,
Jangan melawan kata guru.
15
Antologi Pantun SUARA GENERASI
NUR AMIRAH SAFIYYA MUNIL RIZAL
(SAFIYYARIZAL)
JURUSAN SAINS MODUL 3
KUANTAN, PAHANG
RAHMAT TUHAN
Bunga angsana si bunga desa,
Buat hiasan meja tetamu;
Usaha dan tawakkal pada yang Esa,
Agar kita berjaya selalu.
Bisa sungguh onak bakau,
Sakitnya sampai kehujung sendi;
Telah ditempuh onak dan ranjau,
Semoga Allah memberi rezeki.
Rumah papan dipasang takal,
Ada pula pintu rahsia;
Setelah berusaha kita tawakkal,
Doakan kami bersemangat sentiasa.
Turun ke sawah mencari rezeki,
Ubi rebus dijadikan bekalan;
Janganlah kita hasad dengki,
Kelak nanti binasa badan.
16
Antologi Pantun SUARA GENERASI
NEGARAKU
Cantik sungguh si bunga melur,
Hiasan sanggul gadis melayu;
Cinta negara cinta yang luhur,
Wajar dibaja subur selalu.
Kolek sampan menuju muara,
Setelah ribut dilambung badai;
Bertolak ansur sentiasa mesra,
Perpaduan dan harmoni senang dicapai.
Lautan luas terbentang indah,
Samudra dalam banyak khazanah;
Buangkan prasangka bersama beriadah,
Eratkan persahabatan jauhkan fitnah.
Burung gagak burung merpati,
Berkicau kicauan di atas dahan;
Lagu Negaraku harus dihayati,
Daulat Negara harus diutamakan.
17
Antologi Pantun SUARA GENERASI
CORONAVIRUS
Angin menderu di petang cerah,
Murai menyanyi berkicau kicauan,
Pemimpin menyuruh duduk di rumah,
Janganlah kita berjalan-jalan
Kain batik kain pelikat,
Seni ukirannya bukan sembarangan;
Kes covid semakin meningkat,
Keraplah kita membasuh tangan.
Pergi ke pasar membeli ikan,
Ikan dibeli bawal dan siakap;
Pelbagai ikhtiar sudah dilakukan,
Kepada Tuhan kita berharap.
Manis berbaju kurung si anak dara,
Cantik dipandang terpikat dihati;
Menjaga SOP tanggungjawab bersama,
Agar corona dapat dihenti.
18
Antologi Pantun SUARA GENERASI
NUR ATHIRA SYAHIRAH RAMLI
(THIRA SHERA)
JURUSAN SAINS MODUL 1
KUANTAN, PAHANG
SANG HAMBA
Surat ditulis tulisan rumi,
Ditulis dari batang rebong;
Rendah diri menunduk ke bumi,
Jangan pernah bersikap sombong.
Perak ditempa menjadi kunci,
Bersinar terang dibawah bulan;
Asal manusia itu suci,
Terserah si fulan memilih jalan.
Umat manusia sering lah alpa,
Nafsu amarah menjadi tuan;
Warisan baginda usah dilupa,
Al Quran dan sunnah jadi panduan.
Pesan dititip buat si adik,
Bekalan untuk di medan juang;
Demikian pedoman buat yang cerdik,
Yang baik diikut yang keji dibuang.
19
Antologi Pantun SUARA GENERASI
INSAN LUAR BIASA
Indah terletak cincin suasa,
Disarung ke jari molek padan;
Kisah yang awal si guru biasa,
Kerjanya mulia menjadi ikutan.
Anak dara meminum jamu,
Jamu ditelan pahitnya rasa;
Sabar mendidik tanpa jemu,
Demi memadam kejahilan bangsa.
Lama menunggu penat berdiri,
Duduk sebentar di atas papan;
Ibarat lilin membakar diri,
Demi menyuluh lorong kehidupan.
Budak-budak pandai mengira,
Ayam serama terkena jerat;
Jasanya guru tidak terkira,
Bahagia hendaknya dunia akhirat.
20
Antologi Pantun SUARA GENERASI
BUMI SEDANG GERING
Tinggi sayup pohon jering,
Hutan dara belum dijarah;
Bumi tua sedang gering,
Kian hari kian parah.
Cantik berbatik si ular sawa,
Dara terkejut terlucut gelas;
Rakus mengorban beribu jiwa,
Tiada walau sepincing belas.
Dari hulu mengayuh rakit,
Mencari akar dibuat ubat;
Bumi kecil sedang sakit,
Siapa gerangan akan mengubat.
Ambil galah menongkat dahan,
Ternampak cantik si rama – rama;
Pulang kembali kepada tuhan,
Usah ingkar aturan agama.
21
Antologi Pantun SUARA GENERASI
NURUL NABILAH MOHD ROMELI
(NABILAH ROMELI)
JURUSAN SAINS MODUL 3
JERANTUT, PAHANG
PUTUSKAN COVID-19
Jalan terus jumpa paya,
Tak ikut kata salah arah;
Corona virus amat berbahaya ,
Marilah kita duduk dirumah.
Ikan tenggiri ikan sepat,
Digoreng bersama buah berangan;
Virus corona menyebar cepat,
Marilah kita membasuh tangan.
Di Sarawak banyak buaya,
Buaya timbul manusia lari;
Virus corona sungguh berbahaya,
Marilah bersama menjaga diri.
Sungguhlah kencang kuda berlari ,
Kuda berlari memakai pelana;
Barisan hadapan korbankan diri,
Demi menolong pesakit corona .
22
Antologi Pantun SUARA GENERASI
SEMANGAT PATRIOTIK
Laungan merdeka oleh Tunku ,
Jalur Gemilang berkibar gah;
Malaysia bebas tanah airku,
Terus maju berjuang gagah .
Bertahun-tahun negara dijajah,
Portugis,Belanda,Inggeris dan Jepun;
Kini kita berdiri megah,
Pelbagai langkah telah disusun.
64 tahun telah berlalu,
Negara kita mencapai merdeka;
Seluruh rakyat berganding bahu,
Menjaga keharmonian negara tercinta.
Malayan Union mengundur diri,
Dari persekutuan tanah melayu;
Berkat usaha pejuang harmoni,
Bersatu hati untuk tanah airku.
23
Antologi Pantun SUARA GENERASI
ILMU BERKAT
Kayuh perahu semakin melaju,
Mari kita banyak berdoa;
Jika ingin diri maju,
Pendidikan harus dijadikan utama.
Jamu pahit terasa di lidah,
Minum selalu sehingga lusa;
Ilmu memang harus berkah,
Agar tidak menjadi sia sia.
Di mana hendak makan ketupat,
Di rumah nenek bukan di kedai;
Di mana hendak ilmu didapat,
Agar menjadi anak yang pandai.
Di atas ombak berselancar,
Pagi hari ada tamu;
Cari ilmu dengan belajar ,
Bersama guru yang berilmu.
24
Antologi Pantun SUARA GENERASI
MUHAMMAD IZWAN ASYARAF MISROL
(M.IZ.ASYARAF)
JURUSAN SAINS MODUL 2
GOMBAK, SELANGOR
MARUAH BANGSA
Bersemi pusara ditabur seroja,
Berganti masa menelan hayat;
Lambang negara dijaga raja,
Maruah bangsa ditahan rakyat.
Amalan mulia tidak dipersia,
Lelah menepis ancaman bertubi;
Sumpah setia padamu Malaysia,
Darah tertitis menjadi bukti.
Indah bersemi bumi kayangan,
Inap rajawali bersarang rapi;
Ikrar kami satu pegangan,
Semboyan bertali aman kecapi.
Bunga raya lambang negara,
Jalur gemilang bendera bererti;
Berbeza gaya mahupun bicara,
Bukan penghalang bersatu hati.
25
Antologi Pantun SUARA GENERASI
GURU BERPESAN
Jalan bersusun langkah diatur,
Memikat laksamana tika berpencak;
Makin berkurun kitab diluntur,
Diganti persona gajet dirancak.
Harum seroja dipetik dara,
Buat hiasan sanggul bersemat;
Murid beraja semakin ketara,
Guru berpesan payah diamat.
Mudik bentara jelajah benua,
Titah baginda dijunjung kasih;
Didikan setara dibuat semua,
Berharap tiada ilmu selisih,
Karya artisan dipotret watan,
Laksana adiratna buktian hebat;
Ajaran berkesan dijadi anutan,
Ibarat angsana berbuah lebat.
26
Antologi Pantun SUARA GENERASI
HIDAYAH DICARI
Indah mentari dibias cahaya,
Cantik rembulan diseri bintang;
Gagah berdiri memburu kaya,
Tetap bersujud berdoa lantang.
Lestari pusaka jagaan bonda,
Menjadi warisan tamsil berzaman;
Nafsu seraka tidaknya berpada,
Bisikan syaitan usahlah diaman.
Ingin sekali didakap langit,
Pinta sungguh dijunjung bumi;
Doa bertali zikir nan rumit,
Sembah Yang Teguh taubat bersemi.
Bersimpuh duduk para petani,
Melihat kenari terbang diawan;
Tulus tawaduk jiwa insani,
Hidayah dicari itulah tujuan.
27
Antologi Pantun SUARA GENERASI
‘ALYA NABILA ADNAN
(ALYA ADNAN)
JURUSAN SAINS MODUL 2
BERA, PAHANG
TUHAN YANG SATU
Menjamu selera bersama ulaman,
Makan bersama ahli keluarga;
Dunia ini pinjam-pinjaman,
Akhirat juga akan sungguhnya.
Letak bunga di atas dulang,
Sisipkan daun hiasan tepinya;
Banyak berdoa selepas sembahyang,
Mohon diampun dosa di dunia.
Pergi ke pasar membeli sawi,
Sawi dibeli bersama pucuk paku;
walau sibuk urusan duniawi,
Jangan dilupa lima waktu.
Basikal dikayuh pelan-pelan,
Rasa girang tiba di rumah;
Zikir dan tahajjud jadikan amalan,
Sentiasa amal hidupkan sunnah.
28
Antologi Pantun SUARA GENERASI
RAKYAT PATRIOTIK
Rumah terbakar panggil bomba,
Ada perompak panggil polis;
Satu bangsa satu negara,
Jangan kita bersikap rasis.
Melangkah masuk kedai serbaneka,
Mula berniaga sejak dahulu;
Mari kita bangkit merdeka,
Untuk negara kita terus maju.
Dua tiga kucing bermain,
Bermain bersama dengan dadu;
Untuk lengkapi satu sama lain,
Sebagai rakyat mestilah bersatu.
Tercari-cari kancing baju,
Untuk dipakai hari pagi;
Kekalkan maruah negara maju,
Supaya tidak dijajah lagi.
29
Antologi Pantun SUARA GENERASI
COVID 19 MENGUJI
Covid-19 dianggap musibah,
Musibah terselit seribu pengajaran;
Berdiam sahaja duduk di rumah,
Sama-sama jaga keselamatan.
Mangga dibeli bersama durian,
Enak dimakan untuk dicicah;
Wabak covid bukan mainan,
Sekali menghidap resah tak sudah,
Pergi ke surau mendengar ceramah,
Ceramah diibarat taman syurga;
Rakyat diseru duduk di rumah,
Demi keselematan kita bersama.
Enak menjamah ikan haruan,
Haruan dikongsi jiran tetangga;
Pelitup muka menjadi keperluan,
Keselamatan bersama tanggungjawab kita.
30
Antologi Pantun SUARA GENERASI
AISHAH UMAIRAH ZURIDI
(AI.SHAH)
JURUSAN SAINS MODUL 2
SHAH ALAM, SELANGOR
JALAN PULANG
Singgah ke warung memesan kopi,
Tidak dilupa pesanan Si Ayah;
Tangisan pendosa membasahi pipi,
Memanjat kesyukuran diberi hidayah.
Anak kecil bermain di taman,
Jatuh tersadung menangis tak sudah;
Hidup ini sentiasa berteman,
Jangan sampai bertikam lidah.
Di malam lebaran menganyam ketupat,
Usah dilupa lemang di dapur;
Hidup usah asyik mengumpat,
Muka tak berseri bak dicalit lumpur.
Keluar memburu di pagi hari,
Pulang malam bertangan kosong;
Takkan terlewat agama dipelajari,
Semoga hidup tak jauh terpesong.
31
Antologi Pantun SUARA GENERASI
KEMANISAN ILMU
Pelukis jalan sememangnya mahir,
Melukis potret cetakan stensil;
Lega rasa peperiksaan berakhir,
Ilmu dituntut membuahkan hasil.
Kuda ditunggang pergi memburu,
Berhenti berehat di singgahsana;
Tersemat di dada jasa Si Guru,
Di hari tua semoga berguna.
Kehidupan ini ibarat drama,
Bersama ditempuh dengan sahabat;
Ilmu diperolehi dikongsi bersama,
Ibarat pokok berbuah lebat.
Gembira rasanya dapat berkelah,
Rindu kawan akhirnya dapat bertemu;
Tuntutlah ilmu tanpa lelah,
Kerna ilmu mematangkan dirimu.
32
Antologi Pantun SUARA GENERASI
MALAYSIA MERDEKA
Cantik Si Dara berkain sarung,
Menjadi rebutan para teruna;
Rakyat Malaysia usahlah bertarung,
Duduk semeja ukhwah dibina.
Masak rendang terlupa halia,
Pergi membeli di pasar pagi;
Merdekalah minda wahai belia,
Jangan sampai diserang lagi.
Harian berdoa kepada tuhan,
Agar keselamatan kita terjaga;
Kemerdekaan negara terus dipertahan,
Tanda penghargaan yang tidak terhingga.
Usaha kalian berhenti jangan.
Kerana akhirnya pasti berjaya;
Laungan merdeka bukti kemenangan,
Berkat doa usaha rakyat Malaysia.
33
Antologi Pantun SUARA GENERASI
KHAIRUNNISA KHAIRUL ANUAR
(KHAI.NISA)
JURUSAN SAINS MODUL 2
SENTUL, KUALA LUMPUR
PENGADUAN SEORANG HAMBA
Salam kenalan dari hamba,
Indah makna nama diberi;
Salam istimewa kepada Sang Pencipta,
Ibadah dunia menjadi saksi.
Baik buruk sebagai bekalan,
Lakonan si kerdil menjadi tatapan;
Berbuat baik sekadar tayangan,
Layanan dunia menjadi rebutan.
Anak ayam pulang ke reban,
Anak itik berendam senja;
Kalau hidup hanya lakonan,
Tidak perlu lagi tuan hamba menduga,
Dua tiga empat lima,
Enam tujuh lapan Sembilan;
Ini hanya permainan dunia,
Hidup mati ditangan tuhan.
34
Antologi Pantun SUARA GENERASI
MEMORI KMPh
Penatlah saya menanam padi,
Jagung juga ditanam orang;
Berat hati harus pergi,
Perpisahan juga yang harus datang.
Tepuk amai-amai,
Belalang kupu-kupu;
Ramai budak pandai,
Berkumpul menjadi satu.
Ambil air masuk perigi,
Tidak perasan terbawa tinta;
Bersama-sama kita harungi,
Sehingga memori indah tercipta.
Rindu rinduan dikejar-kejar,
Berkasih-kasih bersayang-sayang;
Terima kasih jasa pengajar,
Tidak ku lupa Matrikulasi Pahang.
35
Antologi Pantun SUARA GENERASI
KUMAN KECIL TAK BERHATI PERUT
Karya seni sering terpencil,
Perlu pamer di sebuah galeri;
COVID-19 kuman kecil,
Yang punca masih misteri.
Pergi cuti ke pulau kelapa,
Bersama keluarga sudah lengkap;
Mudah berjangkit dengan sesiapa,
Dari sentuhan mahupun bercakap.
Masa keluarga sangatlah berharga,
Susah senang sama bangkit;
Dari seorang hingga berkeluarga,
Tidak terlepas dari berjangkit.
Tidak tahu boleh bertanya,
Agar hidup tidak gagal;
Peringkat terakhir tiada ubatnya,
Di mana mereka sudah meninggal.
36
Antologi Pantun SUARA GENERASI
MUHAMAD AMIR AIZAT JUKEBELI
(AMIR AIZAT)
JURUSAN SAINS MODUL 1
KOTA BHARU, KELANTAN
PATRIOTISME MEMBENTUK NEGARA BANGSA
Merafak sembah hamba sahaya,
Menuruti kata sang penguasa;
Mempertahan adat istiadat budaya,
Untuk kemaslahatan anak bangsa.
Dalam meniti kemodenan negara,
Pimpinan Agong sentiasa bergema;
Semangat patriotik terus membara,
Darah pahlawan bangkit bersama.
Si Anak dara tidak berpunya,
Disunting teruna esok nan lusa;
31 Ogos itulah tarikhnya,
Mengimbau sejarah pahlawan berjasa.
Tidak kiralah dimana berada,
Detikan masa jangan dipersia;
Semangat juang disemat didada,
Amanah sebagai anak jati Malaysia.
37
Antologi Pantun SUARA GENERASI
KMPh PEMACU GENERASI INTELEK
Bersengkang mata tak kira masa,
Walaupun lelah bangkit dan mara;
Terus berkorban mendidik nusa,
Biarpun jerih tidak terkira.
Coretan kata rintihan lam ,
Luahan hati insan teraniaya;
Matrik Pahang alunan bergema,
Terus masyhur dipersada dunia.
Tangisan awan membasahi bum ,
Menghidup tumbuhan sebelum mati;
Memori belajar terus bersemi,
Bumi Matrikulasi berpasak dihati.
Tercipta sejarah duka dan lara,
Mengubah sudut pandangan transisi;
Matrik Pahang tiada Bitara,
KMPh dihati menjadi inspirasi.
38
Antologi Pantun SUARA GENERASI
PANDEMIK COVID UJIAN SEMENTARA
Berminggu-minggu tidak bersua,
Pelitup muka wajib berpunya;
Golongan marhaen terjejas semua,
Pandemik COVID adalah puncanya.
Dua minggu PKP bermula,
Urusan dibuat online belaka;
Semoga kembali kesedia kala,
Dua puluh dua puluh tahun berduka.
Pentingkan diri semoga tiada ,
Menghapus COVID tanggungjawab kita;
Ikutlah SOP yang sedia ada,
Berpegangkan konsep kita jaga kita .
Memutus rantaian Corona bersama,
Terjejas dek COVID dipelusuk benua;
Lanjutan PKP semakin lam ,
Semoga dipermudahkan urusan semua.
39
Antologi Pantun SUARA GENERASI
NUR NADIA BALQIS AMRAN
(AIDAN AYA)
JURUSAN SAINS MODUL 3
BESUT, TERENGGANU
ADANYA SEMANGAT PATRIOTIK
Hidup dijajah hanyalah duka,
Bagaikan terikat seutas tali;
Janganlah luntur semangat merdeka,
Hindari sejarah berulang kembali.
Sungguh indah istana tersegam,
Jelas ianya raja yang punya;
Semangat patriotik haruslah ditanam,
Malaysia berdaulat merdeka selamanya.
Lama berpisah bertukar khabar,
Seorang diselatan seorang diutara;
Jalur Gemilang megah berkibar,
Pembakar semangat kepada semua.
Bagai bulan dirindukan pungguk,
Walau mustahil tetap dipuja;
Semangat patriotik haruslah dipupuk,
Barulah negara maju sentiasa.
40
Antologi Pantun SUARA GENERASI
JANGAN LUPA PADA YANG ESA
Berdiri teguh pohon yang satu,
Elok tersegah di tengah laman;
Berusaha dilaksana diawal waktu,
Sempurna fardu lengkaplah iman.
Pandai menjaga indah rupa,
Mulut dijaga elok bahasa;
Memohon pada-Nya janganlah alpa,
Keinginan dikalbul syukur sentiasa.
Subur sungguh pokok kekacang,
Ditanam untuk dibuat makan;
Manusia hanya mampu merancang,
Sematkan kuasa Allah yang tentukan.
Keris indah dipahat rapi,
Kepada panglima keris diberi;
Perut jerih hidup dihadapi,
Ingatlah Allah sentiasa disisi..
41
Antologi Pantun SUARA GENERASI
TUNTUTLAH ILMU TANPA SYARAT
Musim menuai sudah tiba,
Padi tua menjadi jerami;
Ilmu dituntut berlapang dada;
Agar semua mudah difahami.
Air pasang mulai surut,
Ayam berkokok dipagi hari;
Setiap ilmu hendaklah dituntut;
Agar senang dikemudian hari.
Basikal dinaiki dikayuh laju,
Hingga sampai dipohon kelapa;
Jika mahu negara maju,
Pendidikan hendaklah sentiasa diutama.
Semua kuda mulai berlumba,
Untuk berhijrah keluar negeri;
Semakin luas pengalaman ditimba,
Semakin dalam ilmu dipelajari.
42
Antologi Pantun SUARA GENERASI
NUR SYUHADA HAFIZAN OSMAN SHAH
(SYUAHADA HAFIZAN)
JURUSAN SAINS MODUL 1
SUNGAI SIPUT, PERAK
INSAN BERILMU
Dua mempelai dibawa bertemu,
Akad dilafaz menyatukan hati;
Apabila hidup dipenuhi ilmu,
Diri sentiasa akan dihormati.
Kopi dihidang kepada tetamu,
Hadir bertandang di malam hari;
Biarkan diri tidak berilmu,
Pastinya nanti memakan diri.
Mudahnya mata ingin berkaca,
Bila teringat kekasih bayangan;
Orang berjaya rajin membaca,
Tambah pengetahuan luaskan pandangan.
Orang asli mahir berburu,
Begitu juga dalam bertani;
Orang belajar perlu berguru,
Supaya ilmu sentiasa diyakini.
43
Antologi Pantun SUARA GENERASI
KEMERDEKAAN
Hadir penjajah membawa barah,
Mulanya dari negeri Melaka;
31 Ogos tarikh bersejarah,
Tanah Melayu laungkan Merdeka.
Duduk bersila mengasah lembing,
Diasah tajam ke hujung mata;
Para pemuda perlu dibimbing,
Menjaga daulatnya negara kita.
Di waktu malam yang sunyi dan hening,
Memohon jaya dari Yang Kurnia;
Merah, biru, putih dan kuning,
Kini berkibar dipersada dunia.
Sungguh cantik Bunga Dahlia,
Tak kalah juga Bunga Melati;
Bangunlah wahai para belia,
Sayangkan negara sepenuh hati.
44
Antologi Pantun SUARA GENERASI
MUHASABAH DIRI
Sungguh manusia mudah terlupa,
Bila rezeki penuh terisi;
Janganlah dikau terus alpa,
Ingatlah Allah sentiasa di sisi.
Tiada hala sebuah bahtera,
Jika tidak dipegang kemudi;
Hidup di dunia hanya sementara,
Hidup di akhirat kekal abadi.
Ikan dibakar tanpa minyak,
Enak dimakan bersama pajeri;
Tiada guna amal yang banyak,
Jika untuk membangga diri.
Begitu banyak nikmat diberi,
Kepada kita insan biasa;
Ingatlah Allah setiap hari,
Supaya hidup tenang sentiasa.
45
Antologi Pantun SUARA GENERASI
NURUL SYAFIKAH ROSLAN
(IKA)
JURUSAN SAINS MODUL 3
BERA, PAHANG
MANFAAT ILMU
Kemerahan api tanda terbakar,
Ketakutan ramai panggil bantuan;
Tugas guru bukan sekadar mengajar,
Harus juga dijadikan teladan.
Terbang tinggi burung merpati,
Buru merpati hinggap di jendela;
Bahasa Inggeris sukar diingati,
Bawalah kamus kemana sahaja.
Tangisan bayi ibunya diseru,
Kehangatan susu pastinya ditiup;
Penuntut ilmu hormati guru,
Agar mendapat keberkatan hidup.
Indah nian pemandangan kota,
Juga indah pemandangan taman;
Pendidikan adalah benda utama,
Menjamin hidup dimasa hadapan.
46
Antologi Pantun SUARA GENERASI
KEAMANAN NEGARA BERDAULAT
Janji diungkap harus ditepati,
Jikalau tidak bermakna murka;
Setiap undang-undang perlu diikuti,
Menjamin negara aman sentiasa.
Seronok kita makan di dulang,
Selesai makan datangnya lalat;
Rakyat dibela pemimpin dijulang,
Malaysia terbilang kekal berdaulat.
Pemimpin adil lagikan bijak,
Setiap pemimpin jadi pelindung;
Di mana bumi dipijak,
Di situlah langit dijunjung.
Air terjun mengalirnya air,
Di balik pula ada jambatan;
Tumpahnya darah titisan akhir,
Demi tanah air sedia berkorban.
47
Antologi Pantun SUARA GENERASI
DOA UNTUK SEMUA
Ingin solat dibentang sejadah,
Doa diangkat ketika hujan;
Perbanyakkan doa serta ibadah,
Covid-19 menimpa itu ujian.
Aktiviti kita banyak tertunda,
Walaupun dahulu semuanya indah;
Kebersihan diri perlu dijaga,
Agar diri dapat dicegah.
Akar menjala umbi halia,
Hendak dicabut menggunakan akal;
Pakai sentiasa pelitup muka,
Jika tidak akan menyesal.
Terlihat kemboja jauh di sana,
Ingin diletak di atas rambut;
Berasalnya dari Wuhan China,
Virus merata membawa maut.
48
Antologi Pantun SUARA GENERASI
NAJWA ALYA SOFEA HALEMI
(SOFFIE)
JURUSAN SAINS MODUL 1
MUADZAM SHAH, PAHANG
NEGARAKU ABADI
Ayam jantan berkokok megah,
Di pagi hari riuh setaman;
Kata yang santun seruan yang indah,
Di dalam diri menjadi amalan
Ada jejaka di taman bunga,
Rambutnya di sikat sungguh rapi;
Takkan luntur semangat merdeka,
Dijulang pertiwi sentosa abadi
Cantik sungguh si anak dara,
Jalan lenggok seorang diri;
Amalan mengata jangan dipuja,
Agar tiada yang perit di hati
Mangga dimakan terasa masam,
Dicicah pula bersama gula;
Semangat patriotik harus ditanam,
Supaya kita mencintai Negara.
49
Antologi Pantun SUARA GENERASI
PERJUANGAN ERA COVID 19
Kicauan burung berbunyi riang,
Duduk di taman penuh sepi;
Hadaplah seksa sabarlah sayang,
Mereka berkorban separuh mati.
Berbumbungkan pohon yang rendang,
Duduk bersimpuh memegang sempoa;
Dari Tuhan penyakit bertandang,
Tangan ditadah bersulamkan doa.
Sedap sungguh si buah pauh,
Dicicah pula bersama gula;
Terasa rindu terpaksa jauh,
Demi kebaikan kita semua.
Ayu terlihat si anak dara,
Memetik bunga milik Mak Minah;
Ucapan syukur jangan dilupa,
Walau ditimpa ratusan musibah.
50