The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Antologi Pantun SUARA GENERAS ini adalah merupakan buku terbitan GRUPEMUISI Kolej Matrikulasi Pahang yang ke-2. Di dalamnya diabadikan 260 rangkap pantun 4 kerat yang bertemakan pendidikan, ketuhanan, kenegaraan dan kesihatan sesuai dengan pengalaman yang dilalui oleh 20 penulis yang merupakan pelajar di Kolej Matrikulasi Pahang sepanjang berada di kolej kediaman ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid 19 pada Mac 2021.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by AHMAD NOH, 2021-07-11 04:24:17

Antologi Pantun : SUARA GENERASI

Antologi Pantun SUARA GENERAS ini adalah merupakan buku terbitan GRUPEMUISI Kolej Matrikulasi Pahang yang ke-2. Di dalamnya diabadikan 260 rangkap pantun 4 kerat yang bertemakan pendidikan, ketuhanan, kenegaraan dan kesihatan sesuai dengan pengalaman yang dilalui oleh 20 penulis yang merupakan pelajar di Kolej Matrikulasi Pahang sepanjang berada di kolej kediaman ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid 19 pada Mac 2021.

Antologi Pantun SUARA GENERASI

KERINGAT

Riuh mencari seekor kambing,
Hingga ke malam tak jumpa juga;

Mengusung anak ke menara gading,
Demi keluarga si bapa rela.

Sorong papan tarik papan,
Buah keranji di dalam perahu;

Diharap cerah masa hadapan,
Doa keluarga ku pohon restu.

Bermandi manda di sungai mengalir,
Tersenyum riang penuh leka;

Ilmu dicari kehulur kehilir,
Supaya bermanfaat di hari dewasa.

Turun ke bumi seorang putera,
Tersenyum manis wajahnya kacak;

Orang tua pun tersenyum bangga ,
Dek anaknya duduk di atas puncak.

51

Antologi Pantun SUARA GENERASI

NOR ALIAY MIRZA ZULKEFLI
(AYZA ZULKEFLI)

JURUSAN SAINS MODUL 1
SETIU, TERENGGANU

PENGHARGAANMU BUATMU KMPh

Sedap sungguh buah celagi,
Dimakan bersama gula tebu,

KMPh ini permata hati kami,
Semoga sentiasa tersemat di kalbu.

Datang dari pelusuk negeri,
Hendak bertapa menimba ilmu,

Semua pelajar bijak bestari,
Badai yang datang tidak terganggu.

Tinggi terbang si burung tempua,
Berhenti sebentar di atas bangsar,

Fasiliti di sedia untuk semua,
Diguna pakai oleh pelajar.

Cantik bertudung si dara sunti,
Menuju pantai hendak berkelah,

Elok dilihat budi pekerti,

Gigih mengajar tak kenal lelah.

52

Antologi Pantun SUARA GENERASI

PATUH SURUHAN AGAMA

Lebat daunnya si pohon cemara,
Elok bersandar seorang lelaki;

Mengejar kemewahan dunia sementara,
Hingga terlupa dunia hakiki.

Wajah bonda sungguh ceria,
Melihat kepandaian anak asuhan;

Kalau hidup hendak bahagia,
Taatlah dengan perintah Tuhan.

Enak sungguh buah mempelam,
Makan sambil bersenang lenang;

Ilmu akhirat perlu diselam,
Amalkan syariat hidup pun tenang.

Pergi ke hutan menebang balak,
Terjumpa pula batu keramat;

Perbuatan haram perlu dielak,
Semoga hidup dijamin selamat.

53

Antologi Pantun SUARA GENERASI

COVID-19 MUSUH DUNIA

Cinta bertaut indah bersemi,
Moga tidak mudah dipersia;

Corona datang menyerang bumi,
Ujian dahsyat umat manusia.

Anggun dara mendendangkan hikayat,
Juri terpana hingga terkalih;

Doa dipohon dari rakyat,
Moga dunia kembali pulih.

Dunia ini makin berusia,
Banyak khazanah seperti lokan;

SOP dipatuhi rakyat Malaysia,
Virus jangkitan dapat diputuskan.

Elok si gadis menganyam mengkuang,
Untuk dihias si kerusi rotan;

Barisan hadapan gigih berjuang,
Memastikan rakyat bebas jangkitan.

54

Antologi Pantun SUARA GENERASI

AHMAD ZUFAR MEOR SHARIMAN
(ZUFAR MEOR)

JURUSAN SAINS MODUL 1
JENGKA, PAHANG

BANTERAS NAFSU JAHAT

Lautan biru terbentang luas,
Tempat kediaman banyak ikan;

Dalam agama hiraukan was-was,
Supaya tidak runtuhkan iman.

Indah cantik waktu subuh,
Lewat bangun harus berpada;

Dakwah agama jangan mengeluh,
Supaya agama kuat di dada.

Taman Negara bermacam tumbuhan,
Bermacam gelaran juga nama;

Mesti pandai memilih kawan,
Elak terpesong dalam agama.

Kitab harus selalu dibelek,
Menjadi tatapan insafkan diri;

Ilmu agama jangan lah cetek,
Mudah terpahat perasaan iri.

55

Antologi Pantun SUARA GENERASI

PENYUNTIK SEMANGAT PATRIOTIK

Bila berperang secara melulu,
Hancur kawasan juga kerajaan;

Jangan lupa sejarah dulu,
Agar memuncak sifat kenegaraan.

Lagu tradisi Dondang Sayang,
Suka didengar ketika bekerja;

Wahai rakyat tanamkan sayang,
Kepada sultan juga raja.

Media sosial laman terkenal,
Sering diguna oleh pria;

Keamanan Negara harus dikekal,
Dengan amanah juga setia.

Lihat gunung sejuknya mata,
Ingin mendaki hingga ke puncak;

Remaja ibarat mahal permata,
Asbab memikul Negara di pundak.

56

Antologi Pantun SUARA GENERASI

ILMU TEMPAT KMPh

Bilik tutor menjadi ruang belajar,
Lokasi berjihad dunia akhirat;

Ilmu di depan harus dikejar,
Baru hidup ada matlamat.

Tasik terletak sebalik hutan,
Tanahnya lembap juga basah;

Tuntut ilmu jauhkan kelalaian,
Nanti hidup tidak susah.

Pelangi muncul tujuh warna,
Jadi tarikan putera puteri;

Asrama bersih ceria suasana,
Ilmu amat senang diperolehi.

Kafe dibuka sepanjang hari,
Untuk pelajar membeli makanan;

Ilmu terpahat dalam diri,
Perlu disebar juga diajarkan.

57

Antologi Pantun SUARA GENERASI

NUR MAISARAH HASSAN
(MAISARAH HASSAN)

JURUSAN SAINS MODUL 2
KUANTAN, PAHANG

SAHAM AKHIRAT

Sinar terang pancaran mentari,
Burung terbang tinggi di awan;

Tuhan tidak memungkiri janji,
Amalan yang baik diberi ganjaran.

Burung terbang hinggap di dahan,
Berkicau indah di tepi jendala;

Jika mahu disayang tuhan,
Ikutlah perintah jangan dilupa.

Hidup didunia bersuka ria,
Amalan akhirat semua ditinggal;

Jika sibuk mengejar dunia,
Pasti kelak akan menyesal.

Indah langit dipandang mata,
Cantik lautan terasa aman;

Andai mahu hati dijaga,
Jadikan Alquran sebagai teman.

58

Antologi Pantun SUARA GENERASI

KITA JAGA KITA

Makcik di dapur menumis bawang
Asyik membawang hingga terleka;

Jika semua sayangkan wang,
Pelitup muka jangan dilupa.

Tangkap pencuri dibawa ke balai,
Pencuri menyesal meminta jaminan;

Jika anda orang yang pandai,
Duduk di rumah tingkatkan amalan.

Anggun jelita berbaju kebaya,
Dipakai oleh wanita rupawan;

Ingin terhindar penyakit berbahaya,
Ikutlah SOP jangan melawan.

Jangan melancong ke sini sana,
Duduk di rumah kuarantin diri;

Corona virus di mana-mana,
Pembasmi kuman harus diingati.

59

Antologi Pantun SUARA GENERASI

ILMU PENYULUH JALAN

Sedang asyik adik melempar,
Terlempar pula pada pengawal;

Bersungguh-sungguh ketika belajar,
Agar kelak tidak menyesal.

Depan rumah ada jambatan,
Jambatan diguna untuk lalu;

Amalan membaca menjadi ikutan,
Kerana buku jambatan ilmu.

Naik kereta berjalan-jalan,
Singgah sebentar di pantai selamat;

Jangan takut akan cabaran,
Jika mahu mencapai matlamat.

Pandang bawah agar tak jatuh,
Pandang depan untuk panduan;

Tuntutlah ilmu dengan bersungguh,
Buat bekalan di masa depan.

60

Antologi Pantun SUARA GENERASI

MOHAMMAD IZWAN KAMAL
(IZWAN KAMAL)
PERAKAUNAN
ROMPIN, PAHANG

SEMANGAT PATRIOTIK

Bendera Malaysia bendera agung,
Jangan sampai jejak ke bumi;

Pengkhianat negara jangan disanjung,
Barulah dunia aman harmoni.

Indah rupawan cantik berseri,
Puteri kayangan di bawah bangsal;

Hendak berlawan janganlah lari,
Agar saingan merasa sesal.

Waspada dunia hilang selesa,
Hubungan bangsa goyah sebentar;

Khudrat yang ada jangan disisa,
Buktikan Malaysia tak akan gentar.

Cinta berputik jiwa bersemi,
Kasih sayang tidak terkata;

Tanah patik tanah yang murni,
Rakyat gemilang tiada sengketa.

61

Antologi Pantun SUARA GENERASI

COVID-19 BERTAMU

Dahulu gempar sekarang sunyi,
Duduk dirumah bersama keluarga;

Dunia dilempar mimpi ngeri,
Coronavirus mengancam nyawa.

Hingar suasana perit bersemi,
Hadirnya malang seribu derita;

Ejen Corona menggempar bumi,
Dunia hilang sekelip mata.

Penat dan lelah capai kemuncak,
Mengerah keringat barisan hadapan;

Tanpa mengalah tiada memencak,
Cetus semangat membawa harapan.

Ayuh jelata ikut perintah,
Demi perwira sebuah Negara;

Bersengkang mata tiada membantah,
Rakyat sejahtera lenyap sengsara.

62

Antologi Pantun SUARA GENERASI

KITA DAN PENDIDIKAN

Hujan berlalu pelangi tiba,
Dihujung kota indah berseri;

Menuntut ilmu setiap masa,
Barulah hidup dijulang tinggi.

Buku nota indah cetakannya,
Disimpan pula di dalam almari;

Rajin membaca faham segalanya,
Jadikan rujukan setiap hari.

Penat lelah mendaki gunung,
Berhenti seketika di lereng bukit;

Memang susah untuk disanjung,
Jika di dada ilmunya sedikit.

Dayung perahu hingga ke tengah,
Bersinggah pula di tepi pengkalan;

Jika tak tahu jangan berlengah,
Teruskan bertanya tak sesat jalan.

63

Antologi Pantun SUARA GENERASI

AHMAD AZAHARI ADLI ROSLI
(AZAHARI ROSLI)

JURUSAN SAINS MODUL 1
ROMPIN, PAHANG

NEGARAKU HARMONI

Jalan-jalan tersadung akar,
Sakit kaki berbekas luka;

Titis darah seorang pendekar,
Berkorban untuk negara merdeka.

Rindu bapa bertanyakan khabar,
Ternanti-nanti di atas tangga;

Jalur Gemilang terus berkibar,
Membuat diri terasa bangga.

Berlari-lari tak tentu arah,
Kerna ternampak si ular sawa;

Tidak kira gelap dan cerah
Serumpun kita sehati sejiwa.

Barang termahal dijadikan dagangan,
Tidak terjual cincin suasa;

Ayuh bersama eratkan hubungan,

Agar negara aman sentosa.

64

Antologi Pantun SUARA GENERASI

HARAPAN KEMBALI AMAN

Usah dibanding harta dan pangkat,
Kelak hati terasa iri;

Kehidupan kini bagai terikat,
Demi menjaga keselamatan diri.

Niat di hati menjadi kaya,
Hingga sanggup meredah badai;

Covid-19 sangat berbahaya,
Beribu nyawa telah tergadai.

Terlihat si jelita sedang tertawa,
Sekali terlihat sentiasa terbayang;

Barisan utama gadaikan nyawa,
Demi menyelamatkan insan tersayang.

Mandi perigi bersama rakan,
Terlupa pula membawa tuala;

Sepuluh jari inginku tadahkan,
Berharap keamanan seperti sedia kala.

65

Antologi Pantun SUARA GENERASI

PESAN DIRI UNTUK KEJAYAAN

Dari desa ingin ke pekan,
Terlihat jaguh bersilat masal;

Peluang terhidang jangan siakan,
Kelak diri mengundang sesal.

Kecil hati dimarahi majikan,
Kerna kesalahan tidak disedari;

Langkah kaki jangan kau hentikan,
Hadapi cabaran beranikan diri.

Batu bata dijadikan beban,
Diri sendiri mencari bahaya;

Menuntut ilmu satu kewajiban,
Supaya diri terus berjaya.

Berkerja keras hingga berpeluh,
Tidak hirau diri kedahagaan;

Penat lelah jangan dikeluh,
Kelak nanti dibalas kebahagiaan.

66

Antologi Pantun SUARA GENERASI

AHMAD NOH
PENSYARAH PENASIHAT

GRUPEMUISI
KOLEJ MATRIKULASI PAHANG

JIWA MERDEKA

Bunga raya cantiknya merah,
Lambang semangat sebuah negara;

Pejuang merdeka bermandi darah,
Melawan penjajah taruhkan nyawa.

Cahaya pelita sinarnya terang,
Menyuluh gelap tika gelisah;

7 kali merdeka dilaung,
Tanda negara bebas dijajah.

Setiap hujah sedia dipatah,
Tika berbahas petah bicara;

Kini sendiri kita perintah,
Semoga negara kekal sejahtera.

Tanah terbiar ditanam timun,
Untuk dijual buat belanja;

31 Ogos setiap tahun,
Bersatu hati sambut merdeka.

Pergi ke masjid memakai serban,
Tersepak batu jari terluka;

Hargai nyawa pejuang terkorban,
Titiskan darah demi merdeka.

67

Antologi Pantun SUARA GENERASI

Hajat penuhi jemputan orang,
Amalan baik disukai tuhan;

Jangan biar anasir menyerang,
Kedaulatan negara kita pertahan.

Elakkan diri berbadan gemuk,
Kuat makan tidak bersenam;

Hidup dalam masyarakat majmuk,
Bina perpaduan tidak berdendam.

Petang tadi penat menyusur,
Baju dipakai sudahlah lusuh;

Sesama kaum bertolak ansur,
Supaya pakat bukan bermusuh.

Pergi ziarah jiran sebelah,
Sambil minum leka bercerita;

Usah jadi pemecah belah,
Kelak nanti rakyat derita.

Letak bungkusan di atas pepara,
Rasa sukar sebab berusia;

Bangunkan bersama sebuah Negara,
Kekal sejahtera bumi Malaysia.

68

Antologi Pantun SUARA GENERASI

BICARA BERSAMA TUHAN

Terik mentari hingga ke asar,
Ziarah kawan lama dirindu;

Israk mikraj peristiwa besar,
Amalan solat mula difardhu.

Putik jambu terasa kelat,
Petik sebiji untuk mama;

Jangan sesekali abaikan solat,
Ibadat penting tiang agama.

Kait segugus buah mempelam,
Letak sebentar belakang pintu;

Lima waktu sehari semalam,
Biarlah tepat pada waktu.

Memanjat pokok bergayut di dahan,
Jangan sampai kerengga sakiti;

Sentiasa bersih mengadap tuhan,
Agar amalan kita diberkati.

Barang jualan habis lah sudah,
Singgah sebentar untuk ke kedai;

Biar beradab dirikan ibadah,
Jangan tergopoh segera selesai.

69

Antologi Pantun SUARA GENERASI

Penat menanam pohon bidara,
Disiram dibaja subur pohon;

Ini peluang kita berbicara,
Tuhan merai apa dimohon.

Hari ini terasa penat,
Hingga sakit rasa di kepala;

Jangan dilupa solat sunat,
Buat menambah bakul pahala.

Ke pasar malam membeli ikan,
Tidak lupa mencari lepat;

Solat tahajud cuba dirikan,
Walau berat pahala berlipat.

Dua mempelai memang sepadan,
Sibuk bergambar sambil ketawa;

Solat tarawih di bulan Ramadan,
Amalan sebulan amat istimewa.

Petang ini cuaca redup,
Beli ayam dimasak kari;

Jemput rezeki di dalam hidup,
Solat Dhuha setiap hari.

70

Antologi Pantun SUARA GENERASI

Antologi Pantun SUARA GENERASI
ini adalah merupakan buku terbitan GRUPEMUISI
Kolej Matrikulasi Pahang yang ke-2. Di dalamnya

diabadikan pantun-pantun 4 kerat yang
bertemakan pendidikan, ketuhanan, kenegaraan
dan kesihatan sesuai dengan pengalaman yang
dilalui oleh 20 penulis yang merupakan pelajar
di Kolej Matrikulasi Pahang sepanjang berada di
kolej kediaman ekoran Perintah Kawalan Pergerakan

(PKP) Covid 19.

Foto : Koleksi Peribadi
Dataran Al- Mutaqqin KMPh 20 Feb 2021

71


Click to View FlipBook Version