The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

karya ini dibukukan sebagai mengimbau kembali detik-detik dan pengalaman yang pernah mengisi ruang-ruang dalam diari hidup bekas-bekas pelajar Kolej Matrikulasi Pahang. Sesungguhnya banyak pengalaman nilai perpaduan, suka, duka, jenaka, gembira yang mereka kecapi sepanjang bergelar pelajar Program Matrikulasi yang boleh dijadikan contoh buat bakal pelajar atau pelajar yang kini sedang mengikuti Program Matrikulasi khususnya di Kolej Matrikulasi Pahang.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by AHMAD NOH, 2021-09-19 00:43:01

MATRIKULASI DI HATIKU : HIMPUNAN CORETAN KENANGAN BEKAS PELAJAR

karya ini dibukukan sebagai mengimbau kembali detik-detik dan pengalaman yang pernah mengisi ruang-ruang dalam diari hidup bekas-bekas pelajar Kolej Matrikulasi Pahang. Sesungguhnya banyak pengalaman nilai perpaduan, suka, duka, jenaka, gembira yang mereka kecapi sepanjang bergelar pelajar Program Matrikulasi yang boleh dijadikan contoh buat bakal pelajar atau pelajar yang kini sedang mengikuti Program Matrikulasi khususnya di Kolej Matrikulasi Pahang.

MATRIKULASI Di Hatiku 2

HIMPUNAN CORETAN KENANGAN
bekas pelajar Kolej Matrikulasi Pahang

MATRIKULASI

Di Ku

SUSUNAN
Ahmad Noh

2022

MATRIKULASI Di Hatiku 3

Terbitan pertama Januari 2022
Teks © Penulis Asal

Reka bentuk dan susun atur : Ahmad Noh

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang dalam
apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

elektronik, fotokopi, rakaman atau cara lain mana-mana bahagian
buku ini sebelum mendapat izin bertulis daripada penulis. Walau

bagaimanapun, keizinan diberikan untuk mana-mana bahan
dalam buku ini digunakan asalkan untuk tujuan kebaikan.

MATRIKULASI Di Hatiku 4

KANDUNGAN

Prakata
Sekapur Sirih
Coretan Kenangan

1. Nik Syafiq Izwan Bin Nik Shukardy
2. Nur Sufiah Binti Zakaria
3. Muhammad Firdaus Bin Mohamad Shahir
4. Nik Muhd Najib Bin Muhammad Nordin
5. Nik Nurfatimah Binti Muhamad
6. Tan Hian Wei
7. Auni Wadhiha Binti Annis
8. Su Phada A/P Eh Put
9. Muhd Farhan Bin Suhaimi
10. Adriana Binti Yazik
12. Loshiny Dewi A/P Jeeva
12. Muhammad Mustaqim Bin Daud
13. Nurul Najwa Binti Abdullah
14. Nor Syamimi Amalina Binti Robane
15. Nur Aini Izati Binti Jazlan
16. Nur Nabihah Amira Binti Mohamad Supandi
17. Nur Shamsinar Binti Abdul Kadir
18. Nor Ashikin Binti Mohd Rashid
19. Nur Athirah Binti Zulriadi
20. Siti Maisarah Binti Muhammad
21. Mohammad Hanif Bin Roslan
22. Rishee A/L Kumar
23. Nur Fateha Sofea Binti Mohd Shamim
24. Nurin Batrisyia Binti Marzuki
25. Wan Jushazilia Binti Wan Ab Jamil
26. Nur Fatihah Binti Mohd Kamal
27. Zaidatul Nazwa Binti Zamiatul Affendi
28. Wan Zuhayra Athira Bt Wan Zaine
29. Bernalda Anak Ambrus

MATRIKULASI Di Hatiku 5

PRAKATA

Assalamualaikum wbt.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani,
segala pujian bagi Tuhan Maha Agung yang memiliki segala dan
setiap kekuasaan. Selawat dan salam ke atas junjungan besar
kita Nabi Muhammad s.a.w, pemimpin agung ummah akhir
zaman.

Syukur kehadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurniaNya
maka Himpunan Coretan Kenangan bekas pelajar Program
Matrikulasi : MATRIKULASI DIHATIKU telah dapat dibukukan.
Alhamdulillah. karya ini saya bukukan sebagai mengimbau
kembali detik-detik dan pengalaman yang pernah mengisi ruang-
ruang dalam diari hidup bekas-bekas pelajar Kolej Matrikulasi
Pahang. Sesungguhnya banyak pengalaman nilai perpaduan,
suka, duka, jenaka, gembira yang mereka kecapi sepanjang
bergelar pelajar Program Matrikulasi yang boleh dijadikan contoh
buat bakal pelajar atau pelajar yang kini sedang mengikuti
Program Matrikulasi khususnya di Kolej Matrikulasi Pahang.
Sesungguhnya pengorbanan adalah azimat amat penting bagi
memastikan sebuah kejayaan mengiringi dan merupakan suatu
pengalaman yang cukup berharga dalam mendepani kehidupan.

Selamat Membaca
AHMAD NOH

MATRIKULASI Di Hatiku 6

1

Nama : NIK SYAFIQ IZWAN BIN NIK SHUKARDY
Alamat Terkini : SEKSYEN 14, SHAH ALAM, SELANGOR
Sesi Pengajian KMPh : 2014/2015
Jurusan : PERAKAUNAN
Bidang di IPT : PERNIAGAAN ANTARABANGSA
Nama IPT : UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS ( UniMAP)
Tahun Pengajian IPT : 2015

Biasa kita dengar orang cakap matrik tempat belajar yang
‘struggle’. Belajar subjek sains dan ada modul akaun. Terpuruk

MATRIKULASI Di Hatiku 7

lama dalam matrik cukup setahun semata-mata nak grad 4 rata.
Oh tidak! Mari saya kongsikan kisah benar di matrikulasi.

Seperti yang kita tahu, matrik ada empat modul pembelajaran.
Modul 1 (biologi, fizik, kimia & matematik tambahan). Modul 2
(fizik, kimia, matematik tambahan & sains computer). Modul 3
(biologi, kimia, matematik tambahan & sains computer). Satu lagi
modul akaun yang kebiasaannya kumpulan minoriti di matrik.
Proses pembelajaran juga sama seperti di sekolah dengan sistem
berjadual. Apa yang lebih menarik adalah setiap kelas tutor
kebiasaannya hanya disusun dengan 10 hingga ke 15 orang
pelajar sahaja. Ini membolehkan pensyarah terutamanya mampu
memberikan perhatian yang penuh buat pelajar begitu juga
dengan pelajar yang mampu berkerjasama dalam kumpulan kecil.
Sistem pemarkahan di matrikulasi juga menjadi pembakar
semangat buat pelajar. Dengan mengumpul markah 60% (kerja
rumah, tugasan, latihan tutor & lain-lain) dengan ini pelajar juga
sudah layak lulus tetapi tetap wajib hadir bagi peperiksaan akhir.
Ini bermakna jika 60% sudah dalam genggaman pelajar, lagi 40%
perlu diusahakan ketika peperiksaan akhir. Kebanyakkan tugasan
dan latihan tutor pelajar juga turut dibantu oleh pensyarah dengan
latih tubi yang berulang kali. Ini membolehkan pelajar dengan
mudahnya mengumpul markah yang tinggi. Tipsnya hanya perlu
rajin dan bersungguh-sungguh untuk berbincang bersama
pensyarah. Seperti kebiasaannya, soalan ‘final exam’ boleh

MATRIKULASI Di Hatiku 8

diramal dengan mudah melalui kertas-kertas peperiksaan
sebelumnya.

Ada yang kata “ala, susahnya nak bahagikan masa di matrik ni”.
Bagi saya susah bagi yang tidak pandai merancang masa. Saya
merupakan salah seorang Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
(JPP) selaku Biro Akademik. Saya mampu bahagikan masa
apatah lagi bagi pelajar yang fokus kepada pembelajaran sahaja.
Selain itu juga, ada program ‘PAL Leader’ yang mana pelajar
cemerlang dalam sesuatu subjek akan dipilih atau secara sukarela
menjadi seorang guru tutor muda yang mengajar kawan-kawan
kelas yang lain. Wah, kecik-kecik dan jadi cikgu ya. Inilah
kelebihannya apabila anda bijak bestari. Program seperti ini
sangat membantu pelajar untuk skor dalam sesuatu subjek
pelajaran. Pelajar tidak belajar seorang diri tetapi dilatih untuk
belajar secara berkumpulan. Selaku yang Biro Akademik yang
memegang tanggungjawab memastikan objektif ‘PAL Leader’
berjalan sebaik mungkin.

Cara ini jugalah yang perlu kita kuasai apabila berganjak ke
peringkat ijazah nanti. Ouh ya, matrik juga ‘tiket’ mudah untuk ke
peringkat pengajian ijazah. Mudah dan cepat.
Semua pasal belajar ja, tak penat ka? Haha, saja je saya
fokuskan berkaitan proses pembelajaran sebab itu tujuan utama
kita untuk sambung belajar bukan. Jangan risau, pelajar

MATRIKULASI Di Hatiku 9

matrikulasi bukanlah robot, kami juga mempunyai sifat
kemanusian dan duniawi.

Di Matrikulasi juga disediakan infrastruktur sukan dan
kebudayaan. Ada padang bola, ada ‘court tennis’, ada gelanggang
badminton, padang hoki dan juga bilik muzik bagi aktiviti
kebudayaan. Saya juga bukan sahaja JPP malah saya juga turut
aktif di dalam sukan KAKOM yang berlangsung diperingkat antara
kolej matrikulasi & telah memenangi pingat emas bagi acara
4x100m. Saya juga aktif dengan bidang kebudayaan di dalam
KMPh Got Talents dengan persembahan silap mata. Di sini saya
berkongsi matrikulasi adalah tempat untuk adik-adik mengasah
bakat sebelum ke gerbang Universiti. Ada pelbagai aktiviti dan
program yang turut diadakan bagi memenuhi markah kokurikulum
pelajar Iftar Perdana setiap kali menjelang bulan Ramadan,
jamuan blok kediaman dan jamuan raya pastinya meriah dihadiri
oleh semua orang. Tapi ini cerita sebelum covid melanda negara,
maafkan saya. Mudah-mudahan ada peluang untuk kalian turut
sama merasai indahnya belajar di matrikulasi.

Apa yang saya cuba tekankan adalah kita masih lagi ada waktu
untuk berhibur dan mendalami hobi masing-masing serta
mengasah bakat dalam diri secara langsung ataupun tidak
langsung. Hanya perlu hayati setahun hidup dan belajar di
matrikulasi. Buat adik-adik SPM 2020, jangan khuatir, meskipun
kita berdepan dengan pandemik hari ini, namun pengamatan saya

MATRIKULASI Di Hatiku 10

terhadap sistem pembelajaran di kolej matrikulasi adalah masih
terjamin.

Belajar di matrikulasi juga disediakan elaun pengajian yang
sangat berbaloi dimanfaatkan sepanjang sesi pembelajaran.
Pengalaman saya sendiri, dengan duit elaun yang ada mampu
menampung keperluan semasa seperti keperluan belajar,
keperlan harian dan kebajikan. Malah ada juga yang menabung
dengan elaun yang ada kerana kehidupan dimatrik tidak
memerlukan kepada perbelanjaan yang besar. Disamping itu juga,
yuran pengajian turut ditanggung oleh kerajaan. Haa berbaloi
bukan.

Andai kalian terpaksa belajar secara atas talian untuk akan
datang, saya nasihatkan agar kalian benar-benar menguasai
medium pembelajaran yang bakal digunakan misalnya aplikasi
‘google meet’ dan ‘google classroom’. Belajar mengurus dan
memanfaatkan masa dengan baik. Bina keyakinan dalam diri
untuk berani bertanya jika tidak tahu dan bersuara menyampaikan
pendapat jika perlu. Ambil peluang belajar selama setahun
sebagai persediaan menuju ke gerbang universiti. Selamat datang
ke matrikulasi dan selamat maju jaya. (08 Ogos 2021)

MATRIKULASI Di Hatiku 11

2

Nama : NUR SUFIAH BINTI ZAKARIA
Alamat Terkini : MARANG, TERENGGANU
Sesi Pengajian KMPh : 2014/2015
Jurusan : SAINS MODUL 1
Bidang di IPT : KOMUNIKASI MEDIA
Nama IPT : UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)
Tahun Pengajian IPT : 2015

Dulu, saya tidak suka akan kehidupan di Matrikulasi. Saya
menangis kerana ingin berhenti dan ingin sambung belajar di
tempat lain. Tetapi, dengan sokongan ibu bapa dan keluarga.
Saya teruskan pembelajaran di KMPh. Saya juga menjalani sesi
kaunseling di awal semester. Berkat sesi tersebut, saya

MATRIKULASI Di Hatiku 12

memberanikan diri mengambil bahagian sebagai ahli
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP). Menjadi sebahagian
daripada JPP amat bermakna buat diri saya. Rakan-rakan JPP
terdiri daripada pelbagai latar belakang. Organisasi ini antara
sebab saya untuk meneruskan pembelajaran di KMPh. Aktiviti
yang dilakukan bersama seperti majlis makan malam, sambutan
hari ulangtahun kelahiran, sambutan kemerdekaan dan lain-lain
merapatkan lagi hubungan kami seperti satu keluarga.

Sejak bergaul dengan rakan-rakan JPP, saya mulai suka untuk
terus belajar di KMPh. JPP bukan sahaja satu organisasi untuk
mewakili pelajar. JPP juga membantu pensyarah dalam pelbagai
aspek. Dengan menjadi sebahagian daripada JPP, saya gembira
dapat bantu rakan-rakan pelajar dan para pensyarah. Selain itu,
pengalaman sebagai seorang Ahli Jawatankuasa JPP membantu
saya yakin untuk mengambil bahagian sebagai ahli Persatuan
Fakulti di Universiti. Di KMPh, saya bukan sahaja belajar, tapi
saya dapat mengembangkan bakat dan kebolehan dalam
pelbagai variasi cara terutama sebagai ahli JPP. Saya yakin
bahawa pembelajaran di Matrikulasi adalah pilihan utama terbaik
selepas SPM. (10 Ogos 2021)

MATRIKULASI Di Hatiku 13

MATRIKULASI Di Hatiku 14

MATRIKULASI Di Hatiku 15

3

Nama Penuh : MUHAMMAD FIRDAUS BIN MOHAMAD SHAHIR
Alamat Ringkas Terkini : MUAR, JOHOR
Sesi Pengajian di KMPh : 2014/2015
Jurusan : SAINS MODUL 2
Bidang di IPT : PSIKOLOGI
Nama IPT : UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)
Tahun Pengajian di IPT : 2015

Nama Saya Firdaus, bekas pelajar Matrikulasi Pahang. Sedikit
pengenalan tentang diri. Situasi saya sekarang ini adalah saya
berumur 25 tahun, sudah berkahwin dan bekerja sebagai Pegawai
Tadbir NGO Pertubuhan Kebajikan Muafakat Bakri.

MATRIKULASI Di Hatiku 16

Sedikit pengalaman saya adalah, saya telah mendapat tawaran di
Matrikulasi Pahang dan mendapat Modul 1. Sejujurnya, semasa
masuk matrik ini, saya masih tiada cita-cita yang khusus dan hala
tuju saya. Rasa macam nak jadi doktor pun ada, rasa nak jadi
cikgu pun ada. Namun, di saat akhir, saya telah bertukar dari
Modul 1 ke Modul 2 (tiada Subjek Biologi) dan juga berhasrat
untuk menyertai Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP). Saya
sertai Pilihanraya JPP dan akhirnya menang dengan undian
tertinggi bagi wakil Modul 2.

Antara perkara yang sangat menarik semasa di Matrikulasi adalah

SUASANA PEMBELAJARAN- Sejujurnya suasana pembelajaran
memang sangat padat. Bermula jam 7 pagi sudah keluar menuju
ke kelas, balik jam 5 atau 6 petang. Kemudian jika subjek tidak
habis pada masanya, maka sambung pula kelas malam. Namun
semua ini sangat seronok, sebab kita akan mudah memahami
subjek tersebut. Dulu di sekolah menengah rasa subjek add math
macam susah, tapi bila belajar di matrik, rasa macam senang
pula. Petang selepas belajar biasanya kami akan beriadah, main
bola, gym, ping pong dan banyak lagi kemudahan-kemudahan
dan ruangan sukan yang disediakan.

PENSYARAH - Antara pensyarah yang saya tidak boleh lupa ada
Puan Hazimah, Pensyarah yang mengajar Chesmistry, memang
garang betul. Tapi akan mudah faham, dan mereka sangat

MATRIKULASI Di Hatiku 17

menekannya tahap pembelajaran kita. Tidak lupa kepada Miss
liya yang mengajar math dan lain pensyarah. Juga tidak lupa
kepada En Ahmad dan Puan Syarifah sebagai pemantau kami di
JPP. Banyak mengajar tentang kepimpinan, membawa kami ke
kursus-kursus dan sebagainya.

KEROHANIAN - Antara perkara yang paling seronok adalah
amalan kerohanian. Setiap 5 waktu akan solat di Masjid. Yang
seronoknya, bila sudah nak masuk waktu, kami ramai-ramai
berjalan kaki menuju ke masjid. Rasa seronok bila ramai ke
masjid. Kadang-kadang kami study di masjid, rehat di masjid dan
rasa tenang. Waktu subuh mesti akan jumpa ustaz Asri yang tidak
lelang mengajak pelajar-pelajar ke masjid.

BULAN RAMADAN- Antara suasana yang seronok adalah pada
bulan Ramadan sebab balik sahaja daripada kelas petang kami
akan gotong-royong siapkan juadah berbuka puasa untuk masjid.
Kami akan ke rumah Tok Ayah Zahari untuk masak. Waktu sahur
& qiam bersama rakan-rakan memang rasa seronok. Bulan
Ramadan adalah yang paling seronok kerana masa untuk kita
belajar pun banyak dan senang ingat.

Ikhlas di Hati, Zaman Matrikulasi sangat menyeronokkan,
walaupun masa itu padat, berkat rakan-rakan dan guru yang
sporting dan best, sudah rasa macam keluarga, saling membantu
dan memahami. (24 Ogos 2021)

MATRIKULASI Di Hatiku 18

4

Nama Penuh : NIK MUHD NAJIB BIN MUHAMMAD NORDIN
Alamat Ringkas Terkini : KUANTAN,PAHANG
Sesi Pengajian di KMPh : 2016/2017
Jurusan : SAINS MODUL 3
Bidang di IPT : SAINS KOMPUTER (JAMINAN KESELAMATAN

Nama IPT DAN MAKLUMAT)
Tahun Pengajian di IPT : UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)
: 2017

Terlalu banyak pengalaman dan nostalgia yang berjaya aku
pahatkan di KMPh walaupun hanya berada dalam tempoh yang
sekejap disana. Manis, pahit, takut semuanya ada dan itulah
menjadi kenangan terindah bagi aku.

MATRIKULASI Di Hatiku 19

Sedar tak sedar, dah hampir 4 tahun aku tinggalkan Kolej
Matrikulasi Pahang (KMPh). Bila kenang balik, aku rasa nak putar
balik masa nak kembali ke zaman tu. Mana taknya, aku rasakan
pengalaman aku sedikit rare jika nak dibandingkan dengan orang
lain.

Pertama, latar belakang aku adalah daripada sekolah agama.
Jadi, kebanyakan kawan-kawan aku adalah daripada orang
melayu. Mungkin menjadi sedikit kekok apabila ingin
berkomunikasi dengan kawan-kawan berbeza bangsa dan agama.
Nak dijadikan cerita, aku dapat roommate berbangsa cina, dan
sejujurnya, dialah kawan cina pertama aku. Dahsyatkan. Sedikit
sebanyak aku belajar bagaimana hidup sebagai seorang
Malaysian. Jika tidak, mungkin aku takkan pernah mempunyai
rakan daripada bangsa lain.Menarik kalau ingin bicarakan
keakraban kami sebagai roommate. Memang takkan cukup
sehelai dua penulisan.

Kedua, aku juga berjaya dalam temuduga menjadi AJK surau dan
dilantik menjadi Pengerusi Masjid Al-Muttaqin sekaligus menjadi
Imam tetap disana. Aku ambil tanggungjawab tersebut untuk lebih
matangkan diri aku. Aku fikir, bila ada taklifan jawatan dapat
menjadikan diri aku lebih bertanggungjawab. Aku pun, mengulang
kembali hafazan quran ketika berada di zaman persekolahan.
Cuak punya pasal. Haha.

MATRIKULASI Di Hatiku 20

Selain roommate dan jawatan yang boleh aku ceritakan, mungkin
suasana kelas aku juga menarik untuk diceritakan. Aku ambil
Modul 3, dan tak terkejut pun jika populasi lelaki dalam modul ini
adalah minoriti dibandingkan dengan pelajar perempuan. Dalam
kelas aku, aku adalah satu-satunya lelaki diapit oleh 13 wanita.
Haha. Mungkin pengalaman hidup 2 semester bersama 13 wanita
menjadikan aku lebih faham wanita. Yelah, satu-satunya lelaki,
memang aku yang menjadi mangsa gurauan kasar mereka,
namun itu menjadikan kami lebih akrab. Kalau dalam kelas,
semestinya aku yang akan di assign oleh pensyarah untuk buat
sebarang tugasan di papan putih. Yelah, satu-satunya
kumbangkan kan, semestinya yang akan duduk betul-betul
dihadapan pensyarah dalam kelas, ahaha.

Semestinya memori di KMPh takkan lengkap jika tidak dinyatakan
jasa dan pengorbanan pensyarah-pensyarah yang banyak
mencurah ilmu kepada kami semua. Cubical tu memang jadi rutin
harian kami untuk berjumpa dengan para pensyarah.
Terima kasih. (28 Ogos 2021)

MATRIKULASI Di Hatiku 21

5

Nama penuh : NIK NURFATIMAH BINTI MUHAMAD
Alamat ringkas terkini : BERA, PAHANG
Sesi pengajian di KMPh : 2016/2017
Jurusan : SAINS MODUL 1
Bidang di IPT : KEJURUTERAAN PEMBUATAN
Nama IPT : UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Tahun pengajian (UTeM)
: 2017

Saya merupakan bekas pelajar 3M1S24, yang dihuni seramai 30
pelajar berserta kawan sekuliah seramai lebih kurang 150 pelajar.
Kenangan manis yang saya tidak dapat lupakan adalah sewaktu
kami menunggu kehadiran pensyarah masuk, kami bergurau
senda, berbual, lepak dekat tangga tepi meja dan ada juga lepak
dekat meja paling atas kalau datang lewat. Ada masa tu, kuliah
kami tiba-tiba elektrik terputus. Jadi, kami terpaksa belajar dalam

MATRIKULASI Di Hatiku 22

keadaan panas dan gelap sambil buat tutorial. Tapi kami tidak
ambil negatif tentang itu, ada yang di antara kami daripada suluh
lampu untuk buat latihan sambil menyanyi “bila elektrik nak ada
balik~~” dan ada antara kami kongsi kipas USB ramai-ramai.
Seronok sangat bila kenangkan balik. Saya juga bekas pemain
bola jaring mewakili KMPh di peringkat KAKOM 2016/2017
sebagai penjaring (GS) dan membawa pulang pingat emas
sebagai hasil titik peluh kami berhempas pulas tidak kira masa
berlatih. Perkara yang kami selalu rindukan, bukan saya sahaja,
adalah jeritan coach kami, Cik Mala, sewaktu latihan bola jaring.
Jeritan beliau bukan sahaja buatkan kami gerun, malah bunyinya
agak kelakar bila diingatkan kembali. Kami selalu mengajuk jeritan
Cik Mala sewaktu berlatih atau semasa kami sekumpulan
berborak. Itulah sedikit sebanyak memori indah yang masih segar
bugar dalam ingatan saya. Memang tidak rugilah masuk
matrikulasi. (29 Ogos 2021)

MATRIKULASI Di Hatiku 23

6

Nama : TAN HIAN WEI
Alamat Ringkas Terkini : JOHOR BAHRU, JOHOR
Sesi Pengajian di KMPh : 2017/2018
Jurusan : SAINS MODUL 1
Bidang di IPT : PERGIGIAN
Nama IPT : UNIVERSITI MALAYA (UM)
Tahun Pengajian di IPT : 2018

Terdapat banyak pengalaman yang menarik semasa di
Matrikulasi. Antaranya termasuklah mengadakan sesi
perbincangan dengan classmate pada waktu malam di bilik
tutoran. Sesi tersebut sangat menarik kerana kami bukan sahaja

MATRIKULASI Di Hatiku 24

mengulang kaji bersama-sama, maka kami juga berbual-bual,
kadangkala ada classmate yang akan menyediakan makanan
untuk kami. Kami juga akan menyediakan jamuan surprise untuk
classmate sempena hari lahirnya.

Selain itu, hubungan antara lecturer dengan student juga sangat
rapat. Walaupun terdapat lecturer yang nampaknya strict, tetapi
sebenarnya mereka ramah mesra dan mengambil berat tentang
pelajaran kami. Masih ingat beberapa minggu sebelum kami tamat
matrikuasi, lecturer mengadakan jamuan makan untuk kami.

Berbanding dengan suasana di universiti, suasana di matrikulasi
memang tidak dapat digantikan. Hubungan antara lecturer dengan
student, hubungan antara classmate, memang tidak akan
dilupakan. Walaupun masa berada di matrikulasi sangat pendek,
namun kenangan dan pengalaman yang saya lalui itu akan
sentiasa diingati. (12 Ogos 2021)

MATRIKULASI Di Hatiku 25

7

Nama : AUNI WADHIHA BINTI ANNIS
Alamat : KUANTAN, PAHANG
Sesi Pengajian di Kmph : 2017/2018
Jurusan : SAINS MODUL 3
Bidang di IPT : PENGURUSAN
Nama IPT : UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)
Tahun Pengajian di IPT : 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera, nama saya Auni Wadhiha
bt Annis dan saya alumni pelajar Kolej Matrikulasi Pahang
(KMPH) sesi 2017/2018. Sejujurnya peluang menjadi seorang
pelajar di KMPH merupakan satu pengalaman yang amat

MATRIKULASI Di Hatiku 26

bermakna buat diri saya. Memori di KMPH merupakan antara
lakaran terbaik pernah terukir dalam perjalanan hidup saya.
Rakan-rakan sekuliah, rakan sebilik, outing, nasi ayam penyet
Cafe C, tasik, pensyarah-pensyarah KMPH dan semuanya masih
kekal dalam ingatan. Satu tahun bukan tempoh masa yang
panjang tetapi cukup untuk mengajar saya banyak perkara.
Sewaktu saya belajar di KMPH, saya dapat duduk di block C dan
dalam satu bilik akan ada 4 orang. Block C paling dekat dengan
kafe C di mana kafe C ini paling terbaik kerana banyak pilihan
makanan dan paling strategik sebab dekat dengan bilik tutor.
Pada awal sem agak susah bagi saya tapi kelamaan saya dapat
membiasakan diri di matrik asalkan rajin dan belajar betul-betul.
2M3S09 ialah kelas saya di KMPH. Perkara yang menarik
mengenai kelas saya ialah semua pelajar kelas ini ialah
perempuan dan setiap kali datang kelas je mustahil kalau tak
gelak ada sahaja ragam masing-masing. Mengulang kaji pelajaran
dengan rakan kelas waktu prep malam di bilik tutor dan
perpustakaan, bertungkus lumus menyiapkan projek dan
assignment sama-sama merupakan pengalaman yang takkan
dilupakan sewaktu di KMPH. Dekat matrik ini akan belajar banyak
perkara baru dan kita akan kenal dengan kawan baru dari
pelbagai jenis kaum dan latar belakang. Saya bertuah dapat
belajar dengan pensyarah-pensyarah di KMPH yang baik dan
sentiasa memberi nasihat dan kata-kata positif. Berkat penat lelah
pensyarah-pensyarah yang mengajar kelas kami, Alhamdulillah
kami dapat keputusan yang cemerlang. Dekat matrik juga ada

MATRIKULASI Di Hatiku 27

banyak aktiviti dan program seperti KAKOM, colour run, kem,
dinner dan program-program yang lain. Kalau nak tahu semua
program matrik ini memang seronok.

Akhir sekali, semoga berjaya untuk semua yang akan sambung
belajar di matrikulasi nanti. Sesetengah orang kata matrik ini
susah tapi matrik ini bukanlah susah seperti yang diperkatakan.
Semua tu bergantung pada diri sendiri. Kita tidak akan tahu benda
itu sampaila kita sendiri yang mengalami benda itu. Jangan risau
dan fokus dengan matlamat untuk masuk ke matrik. Semoga
perkongsian ini dapat memberi semangat buat adik-adik untuk
masuk ke matrikulasi. Sekian, terima kasih. (09 Ogos 2021)

MATRIKULASI Di Hatiku 28

8

Nama Penuh : SU PHADA A/P EH PUT
Alamat : TUMPAT, KELANTAN
Sesi Pengajian KMPh : 2017/2018
Jurusan : PERAKAUNAN
Bidang di IPT : PERAKAUNAN
Nama IPT : UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)
Tahun Pengajian di IPT : 2018

Pelbagai pengalaman suka dan duka sepanjang sepuluh bulan
bergelar pelajar KMPh. Bermula pada tahun 2017 saya
ditempatkan di matrikulasi. Saya mendapat tawaran di IPG dan
juga lulus UKCG dan mendapat tawaran interview akan tetapi

MATRIKULASI Di Hatiku 29

saya menolak tawaran interview tersebut. Matrikulasi adalah
pilihan hati saya.

Kebanyakan orang mengatakan matrikulasi susah, jadual padat,
stress yang melampau. Berdasarkan pengalaman saya, saya
bersetuju dengan statement tu, Tidak dapat dinafikan memang
stress pada peringkat awalnya sampai saya yang tembam jadi
slim hehe. Apa yang saya banyak belajar dekat matrikulasi adalah
pengurusan masa. Kalaulah pandai mengurus masa dengan baik,
memang boleh survive di KMPh. Kadang-kadang, jadual yang
padat mengajar kita untuk menghargai masa dengan aktiviti yang
berfaedah, utamakan kerja mana yang penting dan perlu
disiapkan awal.

Disamping itu di KMPh kita mesti pandai memilih kawan yang
baik, masuk circle yang tekun belajar, jangan malu untuk bergaul
dengan mereka sebab bila dikelilingi ngan ornag yang rajin kita
akan jadi auto rajin. Tapi jangan sampai belajar sepanjang masa,
boleh jadi gila.

Saya juga meluangkan masa saya dengan riadah kat belakang
blok saya pada waktu petang (sekiranya tidak hujan) iaitu Blok A
yang ada tasik tu. Selain itu, KMPh juga menyediakan kemudahan
lain untuk riadah seperti berbasikal, bola tampar, squash dan
banyak lagi. Saya sejenis manusia yang suka explore new thing,
mencari pengalaman baru, menambah ilmu baru.

MATRIKULASI Di Hatiku 30

Di KMPh ada macam-macam pesta, aktiviti yang menarik
walaupun ada 2 semester 10 bulan. Sebagai contoh, Malam Citra
Budaya yang mempersembahkan tarian pelbagai bangsa. Waktu
ni memang feel semangat 1 Malaysia dan dapat juga melihat
bakat yang tersemai dalam diri pelajar.

Selain itu, ada aktiviti sukan seperti Colour Run lepastu ada larian
KMPh bermula pada lelaki then blok A sehingga ke padang.
Untung sape yang duduk kat Blok C sebab takyah lari jauh.
Seronok sangat sebab semua orang wajib involve dalam larian tu.
Seterusnya, saya juga melibatkan diri dalam aktiviti memasak tepi
tasik. Barang yang diberi kentang, ikan, tepung, telur, garam dsb.
Waktu tu saya memang rushing sangat sebab habis sahaja Colour
Run balik mandi then bergesa turun ke tasik untuk masak. Nasib
blok dekat dengan tasik. Ada empat orang sekumpulan, kami
sampai takde idea masak je asalkan makanan tu masak. Apa
yang saya belajar dari sini adalah belajar untuk survive denga apa
yang kita ada.

Justeru, saya juga mempunyai moment yang indah bersama
kawan saya yang tidak boleh dibiayai dengan wang ringgit. KMPh
bukan sahaja tempat untuk belajar, tapi kita didedahkan dengan
aktiviti yang merangsangkan minda kita. Makanan kegemaran
saya di KMPh bakso kat Blok C padu sungguh kuah dia. Pekerja
dia sangat peramah dan baik hati kadang bagi lebih kalau banyak
bercakap. Petang-petang lepas habis kuliah singgah jap makan

MATRIKULASI Di Hatiku 31

keropok, pisang goreng dan ABC kat Café Blok lelaki. Di samping
itu, Café paling sedap jatuh pada Café Admin, ada tomyam yang
sangat padu, daging salai dan macam-macam lagi. Kena pandai
cari timing yang sesuai sebab kat situ memang ramai orang sebab
sedap.

Subjek Kemahiran Dinamika paling tidak dapat dilupakan sebab
saya dengan rakan sekelas kena mengendalikan sebuah majlis
protokol secara realiti iaitu Majlis Graduasi KMPh. Pensyarah
kami iaitu Sir Ahmad Noh memang di awalnya nampak garang,
serius tetapi di akhirnya memang sangat sporting. Kami memang
pulun buat persiapan, hingga tak tido sebab nak bagi gempak dan
memastikan majlis berjalan dengan lancar. Walaupun esoknya,
ada kuiz subjek Keusahawan, kami sanggup korbankan masa
untuk menyiapkan dekorasi untuk majlis tersebut. Worth the effort,
majlis yang dijalankan sangat memuaskan hati walaupun terdapat
sedikit kekurangan. Di sini, saya belajar bagaimana hendak
menguruskan majlis yang memang banyak diaplikasikan semasa
berada di universiti.

Saya bersyukur kerana dapat mengutip banyak pengalaman dan
ilmu di KMPh. Belajarlah sebanyak yang boleh kerana apa yang
dipelajari akan digunakan pada masa akan datang. Jangan rasa
rugi atau menyesal untuk kenal orang baru, menerokai ilmu baru,
belajar hidup susah, belajar korbankan masa kerana ianya sangat
berguna untuk di masa depan anda. Sekian sahaja coretan

MATRIKULASI Di Hatiku 32

daripada saya. Seronok belajar di KMPh, banyak pengalaman luar
biasa yang diperolehi. Sekian, terimakasih. (10 Ogos 2021)

MATRIKULASI Di Hatiku 33

MATRIKULASI Di Hatiku 34

9

Nama : MUHD FARHAN BIN SUHAIMI
Alamat : NILAI, N.SEMBILAN
Sesi Pengajian Di KMPh : 2017/2018
Jurusan : SAINS MODUL 1
Bidang Di IPT : PENDIDIKAN (MATEMATIK)
Nama IPT : UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
Tahun Pengajian Di IPT : 2018

Sejujurnya, sebagai seorang insan yang menimba ilmu waktu di
KMPh merupakan titik perubahan yang paling banyak sekali
didalam hidup saya. Keluarga, pensyarah dan kawan-kawan
semuanya tidak terkecuali terlibat didalam coret kisah hidup saya
sebagai seorang pelajar.

MATRIKULASI Di Hatiku 35

Di sini saya ingin menceritakan dahulu pengalaman yang boleh
dikata pahit didalam hidup saya. Tidak sangka akan terpilih masuk
ke matrikulasi dan ditakdirkan untuk mendaftar diri di KMPh yang
dicintai dan diingati sampai kini. Betul bila orang kata “cepatnya
habis belajar, sekejap je rasa” tapi disebalik waktu yang singkat
itulah segala penat lelah yang tidak diketahui. Pembelajaran di
matrikulasi amatlah laju bagi saya yang tidaklah terlalu
pandai..hehehehe.. mujur berkat usaha dan doa serta tawakkal
dibantu dengan pensyarah-pensyarah yang sangat-sangat prihatin
melayan seperti anak sendiri dan juga kawan-kawan yang saling
menyokong satu sama lain. Akhirnya, berjaya bergraduat dan
menjadi alumni KMPh. Saya bangga dan saya rindu KMPh.

Pengalaman manis juga banyak yang dicoretkan bersama kawan-
kawan dan juga pensyarah. Jamuan akhir perpisahan adalah
merupakan kenangan yang tidak dapat dilupakan. Setiap
pertemuan pasti ada perpisahan. Betapa rapatnya kami seperti
sebuah keluarga dapat dirasakan. Madam Hidah,Madam Baidah
dan juga Sir Ahmad dan juga pensyarah-pensyarah lain yang
tidak terbalas jasa mereka. Terima kasih saya ucapkan kerana
tanpa mereka siapalah saya ketika ini.

Tidak dapat dinafikan lagi, perasaan rindu akan kenangan-
kenangan yang manis ini tidak dapat dilupakan sampai bila-bila.
Alangkah baiknya jika kita dapat undurkan masa. (20 Ogos 2021)

MATRIKULASI Di Hatiku 36

10

Nama penuh : ADRIANA BINTI YAZIK
Alamat : KUALA TERENGGANU, TERENGGANU
Sesi pengajian di KMPh : 2017/2018
JuruaN : SAINS MODUL 1
Bidang di IPT : TEKNOLOGI MAKANAN
Nama IPT : UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZa)
Tahun pengajian di IPT : 2018

Assalamualaikum w.b.t buat semua adik-adik. Perjalananku di
KMPh bersama seribu kenangan.

Perpustakaan KMPh besar sangat-sangat. Akak biasa ke
perpustakaan masa minggu belajar (study week). Akak akan pergi
‘library’ sebab ‘best’ kot study dalam ‘aircond’. Library akan buka
dari pagi sampai malam. Jadi setiap setaip malam “study week”
akak dan kawan-kawan ke library dan balik bilik bile nak tutup.

MATRIKULASI Di Hatiku 37

Sepanjang ‘study week’ jugak akak akan ke kubikal setiap hari
untuk ‘study & buat revision’ sebab pensyarah-pensyarah di matrik
semua baik-baik dan tak pernah jemu bila pelajar tanya soalan.
Mereka lagi suka bila ramai pelajar yang datang tanya soalan &
buat latihan. Apa yang best, mereka siap bawakkan makanan dari
rumah seperti ‘cupcake’, gula-gula dan lain-lain. Bukan setakat
‘study week’ pegi kubikal, hari-hari biasa kami ke kubikal jugak
untuk tanya berkaitan soalan buku tutorial & untuk siapkan ‘lab
report’.

Setiap petang, pelajar-pelajar boleh beriadah sama ada main bola
di padang, naik basikal pusing-pusing kolej, jogging. Best ye buat
semue ni, semua menggamit memori bila dah habis matrik ni.
Sementara itu aktiviti kokurikulum dekat matrik tak sama seperti di
sekolah. Bila masuk matrik ni best sebab akak dapat masuk kelab
golf. Jadi dapat laa merasa pegang “kayu” golf (hahahahaa).
Selain golf, ada memanah, bola jaring, bola baling, hoki dan ragbi.
Ikut minat korang laa nak masuk yang mana.

Hujung minggu akan ade hari ‘outing’. Biasanya akan bergilir-gilir
antara lelaki atau perempuan kalau lelaki hari sabtu, perempuan
hari ahad. Kami outing ke bandar biasanya naik bas rapid.
Walaupun ramai naik bas rapid tapi kami tak kisah asal dapat
keluar makan-makan dan jalan-jalan. Biasanya tempat pelajar
KMPh pergi, ECM, Taman Tas and Gambang Waterpark.
(13 Ogos 2021)

MATRIKULASI Di Hatiku 38

11

Nama : LOSHINY DEWI A/P JEEVA
Alamat ringkas : JALAN GALING KEM, KUANTAN, PAHANG.
Sesi pengajian : 2017/2018
Jurusan : SAINS MODUL 1
Bidang di IPT : DOKTOR PERUBATAN
Nama IPT : UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)
Tahun pengajian di IPT : 2018

KMPh-ku, sememangnya suatu tempat yang telah melakar
sejarah hidup saya dengan memori-memori yang indah dan tidak
dapat dilupakan. Matrikulasi merupakan titik mula di mana saya
berjumpa dengan rakan-rakan dari pelbagai negeri yang saya
masih rapat sehingga sekarang walaupun sudah 3 tahun berlalu.

MATRIKULASI Di Hatiku 39

Saya memang rapat dengan rakan-rakan sekelas saya di mana
kita akan menyambut birthdays bersama dan semasa sem 2 kami
yang perempuan suka berborak di pantri blok C2. Kami juga
belajar secara berkumpulan di bilik tutorial malam-malam, makan
bersama-sama, buat projek, entah bagaimana, tetapi bersyukur
saya rapat dengan rakan sekelas. Di matrik, walaupun 10 bulan,
rakan sekelas akan menjadi macam keluarga.

Pensyarah-pensyarah di KMPh, are the best! Saya lemah fizik,
dan pensyarah fizik saya mengajar sehingga saya berfikir kalau
saya mendapat ilmu fizik sebanyak ini ketika zaman sekolah, saya
berkemungkinan mendapat A+ dalam fizik dan pensyarah bio
saya walaupun garang, kami mendapat banyak input daripada
beliau. Semua pensyarah saya caring dan tidak pernah marah
kalau kita bertanya soalan-soalan, di luar waktu pembelajaran di
kubikel. KMPh tempatnya memang cantik, ada tasik di belakang
blok A, boleh berjogging. Ada juga kokurikulum, di mana kami
menjalankan aktiviti memasak, berkayak, berkhemah di kawasan
kmph. Pada mulanya saya masuk matriks, memang rasa
bersendirian tetapi pada saat-saat akhir rasanya seperti tak nak
tinggalkan matriks dan kenapalah course di matriks bukan untuk 2
tahun? Percayalah, pengalaman di matriks adalah unik dan
pengalaman sebegini tidak akan dijumpai di mana-mana biarpun
di universiti. (10 Ogos 2021)

MATRIKULASI Di Hatiku 40

12

Nama : MUHAMMAD MUSTAQIM BIN DAUD
Alamat : KEMAMAN, TERENGGANU
Sesi Pengajian di KMPh : 2018/2019
Jurusan : PERAKAUNAN
Bidang di IPT : SARJANA MUDA PERAKAUNAN
Nama IPT : UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)
Tahun Pengajian di IPT : 2019

Assalamualaikum. Sejujurnya pengalaman saya berada di KMPh
sangat bermakna dan indah yang tidak dapat saya lupa. Ada
pengalaman pahit manis sepanjang saya belajar di sana. Saya
mengambil bidang perakaunan kerana saya berminat dalam

MATRIKULASI Di Hatiku 41

bidang tersebut. Saya tiada pengalaman dan pendedahan tentang
akaun semasa di sekolah kerana saya ambil bidang sains tulen.
Pada awalnya saya risau untuk ambil risiko untuk lari dari bidang
yang saya ceburi dulu tetapi saya yakin di matrikulasi nanti saya
akan dapat apa yang saya nak.

Pensyarah perakaunan saya iaitu Madam Hanisah .Pensyarah
dan kawan sekelas sayalah yang banyak bantu saya dalam
memahami dan mempelajari dalam bidang perakaunan.
Sejujurnya saya memang tidak tahu apa-apa dalam perakaunan,
tetapi semua orang saling bantu membantu saya dalam
memahami subjek perakaunan. Pensyarah sangat baik dan tidak
memilih kasih dalam mengajar.

Miss Lin mengajar saya dalam subjek english . Saya sangat
lemah dalam bahasa inggeris tetapi Miss Lin banyak bantu saya
dalam meningkatkan kemahiran saya dalam berbahasa inggeris.
Walaupun saya bercakap orang putih berbunyi melayu Miss Lin
tetap layan saya. Miss Lin sangat mesra dengan pelajarnya
walaupun kena sakat kadang-kadang Miss Lin tetap suka.

Miss Hidayah mengajar dalam bidang ekonomi. Kata-kata dia
banyak bagi inspirasi pada saya walaupun mendalam saya ambil
ikhtibar dari kata-kata tersebut.

MATRIKULASI Di Hatiku 42

Dalam kelas pengajian am kami kena bahagi dua dalam satu
kelas. Kelas pengajian am kami di ajar oleh Sir Ahmad. Saya suka
kelas pengajian am sebab Sir Ahmad mengajar dalam keadaan
santai. Sir Ahmad suka bercerita tentang perlembagaan atau
permasalahan negara. Banyak juga dalam subjek pengajian am
membantu saya sebagai contoh dalam proses temu duga serta
bagaimana hendak buat resume yang betul.

Kawasan KMPh sangat luas dan cantik. Banyak tempat yang
menarik untuk berkumpul atau lepak dengan kawan-kawan di
bawah saya sertakan antara tempat yang cantik di KMPh.
(20 Ogos 2021)

MATRIKULASI Di Hatiku 43

MATRIKULASI Di Hatiku 44

MATRIKULASI Di Hatiku 45

13

Nama Penuh : NURUL NAJWA BINTI ABDULLAH
Alamat Ringkas Terkini : K.TERENGGANU, TERENGGANU
Sesi Pengajian KMPh : 2018/2019
Jurusan : SAINS MODUL 1
Bidang di IPT : SAINS (KESIHATAN PERSEKITARAN

Nama IPT DAN PEKERJAAN)
Tahun Pengajian di IPT : UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)
: 2019

Tanggal 23 Mei 2018, hari pertama kaki melangkah ke tanah
KMPh. Suasana hujan renyai-renyai menemani pelajar-pelajar

MATRIKULASI Di Hatiku 46

baru bagi sesi 2018/2019. Bilik 2-38 Blok A2 tempat suka duka,
hilai tawa bersama teman sebilik sepanjang setahun. Hidup
matrikulasi dipenuhi dengan keriangan, tawa manis dan memori-
memori indah bersama warga KMPh. Walaupun hidup agak
terkurung, tapi percayalah 24 jam bersama sahabat merupakan
kenangan terindah bersama di KMPh. Turun bersenam di padang,
hilangkan kegusaran di tasik, kenyangkan perut di Kafe Admin,
solat terawih di masjid, ziarah rumah pensyarah, perbincangan di
kubikel, berebut bas rapid Kuantan, beratur keluarkan duit di
mesin ATM, semuanya aktiviti yang sangat aku rindukan.

Memegang jawatan sebagai ketua blok A2 sememangnya bukan
mudah namun dengan pertolongan felo dan ajk lain, semua
dipermudahkan. Kawan sekelas 5M1S24A, banyak mengajar erti
persahabatan dan persahabatan itulah merupakan benda yang
paling dirindukan. “No one left behind” – Satu ketinggalan sepuluh
datang membantu. Pensyarah juga rela mengorbankan masa
bersama keluarga untuk mengajar kami. Madam Raniza, malam-
malam masih mengajar Fizik dan sentiasa terbuka untuk sebarang
persoalan. Madam Ain dan Madam Sallehattun, pensyarah paling
“sporting” dan boleh dikatakan sebagai ibu saya di KMPh.
Pensyarah yang membuatkan diri ini jatuh cinta terhadap subjek
Biologi sehingga sekarang dengan kepelbagaian cara pengajaran
yang sangat menarik dan merekalah yang menjadikan Program
MePro sebagai aktiviti yang ditunggu-tunggukan setiap minggu
tatkala ada sesetengah pelajar lain berat hati untuk menyertainya.

MATRIKULASI Di Hatiku 47

Jujur dari hati, dapat rasakan hubungan pensyarah dan pelajar
KMPh sebagai satu keluarga besar yang saling tolong menolong
antara satu sama lain. Pengalaman setahun di KMPh tiada galang
gantinya. Banyak yang tak dapat dicoretkan di sini, hanya 1/10
yang mampu ku ceritakan.

Kepada adik-adik di luar sana, ayuhlah sambung ke peringkat
matrikulasi. Banyak pengalaman baru dapat diperoleh di sini.
Usah dengar perlian dan cacian di sekelilingmu tentang
tanggapan mereka terhadap matrikulasi kerana yang akan
mendapat manfaat adalah kamu, bukan mereka. (30 Julai 2021)

MATRIKULASI Di Hatiku 48

14

Nama : NOR SYAMIMI AMALINA BINTI ROBANE

Alamat Terkini : KLANG, SELANGOR

Sesi Pengajian KMPh : 2018/2019

Jurusan : SAINS MODUL 1

Kelas : 7M1S31

Bidang di IPT : KEJURUTERAAN KIMIA

Nama IPT : UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)

Tahun Pengajian IPT : 2019

Kini sedang menjalani latihan tahun kedua pegawai dalam pasukan

simpanan (PALAPES) Angkatan Tentera Laut Diraja Malaysia.

“Ada rindu yang bertamu,
Namun kami hanyalah tetamu,
Yang harus akur dengan waktu,
Bukan untuk terus menetap selalu,
Namun sekadar mampir menuntut ilmu”

MATRIKULASI Di Hatiku 49

Kata orang, ada sesuatu yang manis, tetapi bukan gula. Ya,
memang ada. Ianya adalah kenangan. Sekiranya ditanya, ‘jika
beri peluang dan kesempatan, apakah yang kamu ingin lakukan?’
Salah satu jawapan saya adalah untuk mengulang kembali waktu-
waktu di Kolej Matrikulasi Pahang. Apa yang menarik tentang
Kolej Matrikulasi Pahang ini? Ada....banyak. Untuk maklumat lebih
lanjut tentang Kolej Matrikulasi Pahang, boleh lihat perkongsian di
blog rakan sekelas saya, Nabihah Amira di pautan berikut;
http://nabihahamiraofficial.blogspot.com/2019/04/guide-untuk-
pelajar-baru-di-kolej.html.

Berbicara tentang persekitaran, KMPh ini jauh dari hiruk-pikuk
bandar, semestinya embun dan kabus pagi (embun ke jerebu?
Hahahah) dapat dilihat setiap hari. Tenang, hijau. Oh! Ada tasik
juga! Blok pentadbiran, blok kediaman dan blok pembelajaran
disusun dengan sangat baik. Semua bangunan bilik tutorial,
makmal dan dewan kuliah berada di satu tempat. Menariknya
KMPh ini adalah kerana adanya mesin pembancuh automatik.
Nescafe ada, teh tarik, kopi, nescafe, milo dan banyak lagi. Di
samping itu, pengurusan KMPh memang terbaik. Privasi pelajar
terjaga. Blok lelaki dan blok perempuan juga agak jauh dan
terhalang oleh bukit tinggi, in sha Allah tidak akan berlaku perkara
seperti mengintai dan sebagainya.

Terlalu banyak kenangan kami sekelas, namun yang paling tidak
boleh lupakan adalah kenangan jalan itik di bilik tutorial tingkat

MATRIKULASI Di Hatiku 50

empat! Agak-agak kenapa kena jalan itik? Mestilah sebab kena
denda! Sudah didenda, boleh pula bergelak tawa, malu usah
dikata, perlu melalui kelas-kelas lain dengan muka selamba.
Dahulu, sekiranya ternampak ada sekumpulan pelajar jalan itik,
sudah tahu itu pelajar siapa. Hahhahah. Namun itu adalah
pembakar semangat kami untuk terus bersaing dan belajar
bersungguh-sungguh. Madam! Lihatlah kami, kami sedang meniti
kejayaan masing-masing! Selain itu, Organic Chemistry pula
memang perlukan nota ringkas. Teringat dua tahun lalu, ‘Eh ya
Allah! ****, awak ni buat nota guna tangan ke guna kaki?’ ujar
Madam sambil menyembunyikan tawa ketika melalui rakan
sekelas kami. Sehingga kini, sebaris ayat itu masih lagi segar
dalam ingatan. Madam memang kelakar!

Pensyarah? Semua best! Masya Allahhh, mereka lah pengajar,
mereka lah teman. Terima kasih Madam Zu, Madam Su, Sir
Ahmad, Madam Cheong, Madam Hasma, Madam Hajar, Madam
Ruslina, Ustaz Azmi dan Sir Junaidi. Terima kasih atas kenangan
manis ini. Pengalaman di matrik merupakan pengalaman yang
sangat berharga di mana kami rapat dengan semua rakan kelas
dan juga pensyarah. Tempoh setahun itu mengeratkan ukhuwah
sesama kami, sehingga kini, kami masih berhubung walaupun
masing-masing sudah menyambung pelajaran ke universiti yang
berbeza. Untuk pelajar baharu, selamat menempuh hari-hari di
Kolej Matrikulasi Pahang. (06 Ogos 2021)


Click to View FlipBook Version