The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

karya ini dibukukan sebagai mengimbau kembali detik-detik dan pengalaman yang pernah mengisi ruang-ruang dalam diari hidup bekas-bekas pelajar Kolej Matrikulasi Pahang. Sesungguhnya banyak pengalaman nilai perpaduan, suka, duka, jenaka, gembira yang mereka kecapi sepanjang bergelar pelajar Program Matrikulasi yang boleh dijadikan contoh buat bakal pelajar atau pelajar yang kini sedang mengikuti Program Matrikulasi khususnya di Kolej Matrikulasi Pahang.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by AHMAD NOH, 2021-09-19 00:43:01

MATRIKULASI DI HATIKU : HIMPUNAN CORETAN KENANGAN BEKAS PELAJAR

karya ini dibukukan sebagai mengimbau kembali detik-detik dan pengalaman yang pernah mengisi ruang-ruang dalam diari hidup bekas-bekas pelajar Kolej Matrikulasi Pahang. Sesungguhnya banyak pengalaman nilai perpaduan, suka, duka, jenaka, gembira yang mereka kecapi sepanjang bergelar pelajar Program Matrikulasi yang boleh dijadikan contoh buat bakal pelajar atau pelajar yang kini sedang mengikuti Program Matrikulasi khususnya di Kolej Matrikulasi Pahang.

MATRIKULASI Di Hatiku 51

MATRIKULASI Di Hatiku 52

15

Nama Penuh : NUR AINI IZATI BINTI JAZLAN
Alamat Ringkas Terkini : MARANG, TERENGGANU
Sesi Pengajian di KMPh : 2018/2019
Jurusan : SAINS MODUL 1
Bidang di IPT : TEKNOLOGI KEJURUTERAAN KIMIA
Nama IPT : UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP)
Tahun Pengajian di IPT : 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya merupakan bekas
pelajar KMPh sesi 2018/2019. Banyak pengalaman pahit dan
manis yang saya lalui dan yang tidak mampu saya lupakan. Kali
pertama berjauhan dengan keluarga merupakan cabaran yang

MATRIKULASI Di Hatiku 53

sukar bagi saya tetapi Alhamdulillah di sini saya bertemu dengan
rakan-rakan dan juga pensyarah yang supportive. Tidak dinafikan
jadual di matrikulasi agak padat tetapi ianya bukan penghalang
untuk melakukan aktiviti lain bersama rakan-rakan.

Selama di KMPh selama setahun, banyak festival atau aktiviti
kolej yang saya join seperti Malam Citra Budaya, Deepavali Night,
Chinese New Year, carnival softball dan banyak lagi. Saya juga
berpeluang untuk sambut Raya Aidiladha di sana. Kebiasaannya
habis sahaja kelas saya dan rakan sekelas akan ke kafe.
Berborak, berkongsi cerita memang aktiviti harian yang akan kami
lakukan. Ada masa, saya akan ke tasik KMPh. Memang cantik
pemandangan disana.

Bercakap soal pelajaran pula, niat utama sangat la penting untuk
kita terus berada di landasan yang betul. Sikap malas dan suka
tangguh kerja memang perlu dijauhkan. Ramai cakap matrik ni
susah. Jangan risau, penyarah di sini semua baik belaka tapi kena
rajin bertanya la. Ada beberapa pensyarah yang saya masih ingat
seperti Sir Ahmad, Sir Wan Sofian, Sir Hafez, Madam Wahyuni
dan beberapa lagi. Perjalanan di KMPh takkan indah sebegini
tanpa mereka. Salam rindu buat sahabat 2M1S09 dan warga
KMPh. (10 Ogos 2021)

MATRIKULASI Di Hatiku 54

16

Nama :NUR NABIHAH AMIRA BT MOHAMAD SUPANDI
Alamat Ringkas Terkini :PUCHONG, SELANGOR
Sesi Pengajian di KMPh : 2018/2019
Jurusan : SAINS MODUL 1
Bidang di IPT : SAINS CITRA (PENGURUSAN & MAKANAN)
Nama IPT :UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)
Tahun Pengajian di IPT : 2019

Kolej Matrikulasi Pahang menyimpan banyak kenangan buat
saya. Pahit dan manis serta jerih kepayahan dalam perjalanan
menuntut ilmu di sini tentunya membuatkan saya terimbau
Kembali kenangan-kenangan tersebut meskipun kini sudah
melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

MATRIKULASI Di Hatiku 55

Pengalaman pertama kali berjauhan dari keluarga selepas tamat
sekolah menengah, saya kagum bagaimana saya mampu
mengharungi kehidupan sendirian tanpa mengenali sesiapa di
sana, sehinggalah saya mengenali ramai kawan-kawan baru di
sana. Kadangkala saya terimbau kenangan bersama rakan-rakan
seperjuangan 7M1S31 yang tidak putus-putus membantu,
kenangan ketika didenda oleh pensyarah Fizik kami, gelak ketawa
ketika menunggu waktu pertukaran kelas, kenangan pergi ke
kelas bersama setiap pagi dan pelbagai lagi. Saya juga rindu akan
tempat-tempat saya menghabiskan masa bersama rakan-rakan
ketika di matrikulasi. Perpustakaan, kafe di kolej kediaman yang
menyediakan makanan yang saya tak pernah jumpa lagi sejak
pulang ke Selangor, tasik kolej yang sangat cantik dan sentiasa
menjadi tempat saya meluangkan masa ketika waktu lapang.
Tidak lupa, masjid yang seringkali dikunjungi bersama rakan
sebilik jika dibandingkan dengan jumlah ke masjid selepas tamat
matrikulasi.

Nyata, pengalaman berdikari dan disiplin diri di matrikulasi telah
banyak mengajar saya ketika saya melanjutkan pelajaran di
peringkat universiti. Saya tidak kekok ingin bersosial bersama
ramai orang jika dibandingkan sebelum saya memasuki
matrikulasi sebelum ini. Saya tidak pernah menyesal memasuki
matrikulasi dan keputusan untuk menyambung pelajaran di sini
adalah keputusan terbaik yang saya pernah lakukan, Insyallah.
(10 Ogos 2021)

MATRIKULASI Di Hatiku 56

MATRIKULASI Di Hatiku 57

MATRIKULASI Di Hatiku 58

17

Nama : NUR SHAMSINAR BINTI ABDUL KADIR
Alamat : PEKAN, PAHANG
Sesi Pengajian Di KMPh : 2018/2020
Jurusan : SAINS MODUL 1
Bidang Di IPT : BIOTEKNOLOGI MAKANAN
Nama IPT : UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)
Tahun Pengajian Di IPT : 2020

Antara yang ingin saya kongsikan ialah, kawasan dan
persekitaran KMPh yang luas, bersih dan cantik. Saya sangat
suka dengan keindahan alam semula jadi yang ada di KMPh
terutamanya di kawasan tasik. Biasanya setiap hujung minggu,

MATRIKULASI Di Hatiku 59

kami akan berjoging mengelilingi tasik sambil membawa makanan
untuk bersarapan di situ. Bukan hanya aktiviti riadah sesama
pelajar yang diadakan di tasik, malah ada juga pensyarah yang
mengadakan aktiviti pembelajaran di sekitar kawasan tasik
supaya lebih menarik dan menyeronokkan.

Selain itu, saya sangat bersemangat sepanjang menuntut ilmu di
KMPh kerana mempunyai para pensyarah yang sangat positif,
sentiasa memberi sokongan kepada para pelajar, ceria dan
sentiasa sedia untuk membantu. Para pensyarah di KMPh
sentiasa mengalu-alu kan para pelajar supaya datang berjumpa
mereka dan bertanya sebarang soalan tentang mata pelajaran
yang kita kurang faham. Saya masih ingat kenangan bersama
pensyarah yang saya sayangi, antaranya Sir Ahmad yang tegas
semasa mengajar di dalam kelas, tetapi beliau sangat lembut dan
penuh dengan nasihat kepada kami. Pernah suatu hari, saya dan
rakan kumpulan mengadakan sesi perjumpaan bersama sir
Ahmad untuk mendapatkan tunjuk ajar bagi kerja kursus kami,
dan setelah selesai sesi tersebut sir Ahmad menceritakan
pengalaman beliau semasa pernah berkhidmat sebagai seorang
guru di sekolah rendah dan pernah menjadi guru kepada Tengku
Mahkota Pahang. Kami ketika itu sangat teruja mendengar cerita
dan pengalaman beliau sehingga tidak sedar masa berlalu. Selain
itu, Madam Amirah iaitu pensyarah Matematik untuk kelas kami
ketika itu, beliau ialah seorang pensyarah yang sangat baik dan
sentiasa tersenyum kepada pelajar. Biasanya tiga hari dalam

MATRIKULASI Di Hatiku 60

seminggu selepas selesai kelas saya akan ke tempat beliau untuk
belajar dan membuat soalan tutorial bagi subjek Matematik
memandangkan saya agak lemah dalam subjek tersebut. Beliau
selalu memberi semangat kepada saya dan sentiasa memberi
tunjuk ajar, dan menyediakan pelbagai cara pembelajaran supaya
kami mudah faham dan seronok untuk belajar Matematik
sehingga kami mampu meningkatkan prestasi kami dalam mata
pelajaran yang diajar beliau.

Dan yang terakhir, antara kenangan terindah saya ketika dia
KMPh ialah berkenaan dengan pelbagai aktiviti menarik dan
bermanfaat yang dilaksanakan oleh badan kerohanian surau
KMPh seperti perjumpaan usrah pada hujung minggu, solat
berjemaah, ceramah dan sebagainya. Antara kenangan yang
tidak akan saya lupakan ialah ketika menyambuat bulan Ramadan
di mana akan ada aktiviti berbuka puasa di dalam talam beramai-
ramai bersama kawan-kawan. Aktiviti ini sangat menyeronokkan
kerana kami dapat makan beramai-ramai dan berkumpul sambil
bercerita sementara menunggu waktu berbuka. Itulah serba
sedikit yang ingin saya kongsikan, masih banyak lagi kenangan
menarik yang tidak dapat saya lupakan sepanjang di KMPh.
Selamat Maju Jaya. (21 Ogos 2021)

MATRIKULASI Di Hatiku 61

MATRIKULASI Di Hatiku 62

18

Nama : NOR ASHIKIN BINTI MOHD RASHID
Alamat Ringkas Terkini : KUALA TERENGGANU, TERENGGANU
Sesi Pengajian di KMPh : 2018/2020
Jurusan : SAINS MODUL 1
Bidang di IPT : KIMIA INDUSTRI
Nama IPT : UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)
Tahun Pengajian di IPT : 2020

Banyak kenangan manis yang saya ada sepanjang dua tahun
berada di Kolej Matrikulasi Pahang. Saya mempunyai ramai
kawan dari pelbagai bangsa, agama dan negeri yang berlainan.
Kami antara pelajar juga sentiasa menolong antara satu sama lain
dalam pembelajaran dan macam-macam lagi.

MATRIKULASI Di Hatiku 63

Saya suka suasana belajar disini kerana saya boleh buat sesi
tutor bersama pensyarah jika saya ada masalah dalam
pembelajaran dan pensyarah sentiasa bersedia menolong.

Banyak aktiviti yang menarik dianjurkan oleh pihak Jawatankuasa
Perwakilan Pelajar (JPP) di sini. Antara yang saya dan rakan-
rakan pernah sertai adalah ‘colour run’. Sangat seronok untuk
mengisi masa di hujung minggu dan mencipta memori bersama
kawan-kawan. Saya juga pernah menyertai aktiviti kebudayaan
seperti tarian tradisional untuk program malam kebudayaan.
Sangat menarik dan meriah kerana ada persembahan dari
pelbagai kaum yang ada. (16 Ogos 2021)

MATRIKULASI Di Hatiku 64

MATRIKULASI Di Hatiku 65

19

Nama : NUR ATHIRAH BINTI ZULRIADI
Alamat Ringkas Terkini : KEMAMAN, TERENGGANU
Sesi Pengajian di KMPh : 2018/2020
Jurusan : SAINS MODUL 1
Bidang di IPT : SAINS MAKLUMAT

Nama IPT (PENGURUSAN SISTEM MAKLUMAT)
Tahun Pengajian di IPT : UITM CAWANGAN KELANTAN
: 2020

Saya merupakan alumni KMPh sesi 2018/2020. Merupakan
pelajar modul 1 dan kini telah menyambung pelajaran ke Universiti
Teknologi Mara di peringkat ijazah. Sejujurnya banyak kenangan

MATRIKULASI Di Hatiku 66

yang tidak dapat saya ungkapkan dalam secebis kata, namun
terimalah serba sedikit corat-coret manis kehidupan saya di sana.

Matrikulasi adalah tempat dimana kita akan belajar untuk hidup
berdikari. Rakan ibarat ahli keluarga yang sentiasa ada bersama
kita sama ada susah mahupun senang. Pensyarah ibarat ibu bapa
yang tidak putus mendidik dan membentuk kita menjadi insan
yang lebih baik.

Di sana jugalah tempat di mana kita membentuk jati diri kita
sendiri, apabila berjauhan dengan keluarga semestinya semua
perihal kendiri adalah tanggungan diri sendiri. Suka saya ingin
katakan bahawa berada di bawah bumbung Matrikulasi yang
dikelilingi sahabat-sahabat dan warga pendidik yang positif
banyak mendewasakan dan mengubah saya menjadi seorang
yang lebih matang dan lebih mendekatkan diri kepada Ilahi.

Sebagai seorang yang gemar menonjolkan diri, saya telah
melibatkan diri dalam bidang kebudayaan dan kepimpinan.
Walaupun sibuk berlatih dan menjalankan tugas, tidak pernah
sedetik saya menyesali keputusan saya untuk mengaktifkan diri
kerana kesemua ini merupakan latihan awal bagi saya untuk lebih
maju di masa hadapan. Berbekalkan sedikit pengalaman di
Matrikulasi, saya telah mendapat Anugerah Kepimpinan di
semester pertama peringkat ijazah.

MATRIKULASI Di Hatiku 67

Akhir kata saya berasa bersyukur kerana memilih kolej Matrikulasi
sebagai laluan akademik saya. Amatilah segala kenangan di sana
kerana saya percaya saya tidak akan dapat merasai pengalaman
yang sama di tempat lain. (10 Ogos 2021)

MATRIKULASI Di Hatiku 68

MATRIKULASI Di Hatiku 69

20

Nama : SITI MAISARAH BINTI MUHAMMAD
Alamat Ringkas Terkini : KUANTAN, PAHANG
Sesi Pengajian di KMPh : 2018/2020
Jurusan : SAINS MODUL 1
Bidang di IPT : KIMIA ANALISIS DAN PERSEKITARAN
Nama IPT : UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU,(UMT)
Tahun Pengajian di IPT : 2020

Saya merupakan bekas pelajar Kolej Matrikulasi Pahang ( KMPh )
pada sesi 2018/2020. Jurusan modul I ialah pilihan yang saya
dapat sewaktu di sana. Sepanjang menuntut di KMPh , banyak
perkara baru yang saya pelajari termasuklah ilmu baharu , belajar
berdikari serta dapat mengenali ramai rakan baru dari serata

MATRIKULASI Di Hatiku 70

tempat. Selain itu, suasana di matrikulasi sangat berbeza dan
menyeronokkan.
Pelbagai aktiviti menyeronokkan yang saya sertai sewaktu berada
di matrikulasi di mana aktiviti kebudayaan seperti Sambutan Hari
Deepavali ( Deepavali Night ) yang diadakan oleh pelajar kaum
India dan Sambutan Tahun Baru Cina oleh kaum pelajar kaum
Cina. Saya dapat melihat sendiri budaya mereka. Selain itu, saya
turut pernah sertai aktiviti nyanyian ( karaoke ) secara suka-suka
sewaktu sambutan Hari Koperasi di KMPh di mana aktiviti itu
dapat meningkatkan keyakinan diri saya di hadapan orang ramai.
Saya dan rakan-rakan juga pernah menyertai teater lakonan
anjuran Pengajian Am serta kami telah menjadi johan
pertandingan.

Di matrikulasi juga, pensyarah sangat positif dan baik dengan
para pelajarnya serta sentiasa beri galakan kepada pelajar.
Rakan-rakan sangat positif serta sentiasa membantu dalam
pelajaran sekiranya saya ketinggalan. Kini, saya telah tamat
program matrikulasi dan sedang menuntut di Universiti Malaysia
Terengganu dalam program Ijazah Sarjana Muda Sains ( Kimia
Analisis dan Persekitaran ) Dengan Kepujian. Akhir kata,
pengalaman berada di program matrikulasi amatlah seronok dan
tidak dapat dibeli serta menjadi kenangan yang indah dalam hidup
saya. Kenangilah segala memori di sana kerana pengalamannya
tidak akan sama seperti di tempat lain. (10 Ogos 2021)

MATRIKULASI Di Hatiku 71

MATRIKULASI Di Hatiku 72

21

Nama Penuh : MOHAMMAD HANIF BIN ROSLAN
Alamat Ringkas Terkini : KUANTAN, PAHANG
Sesi Pengajian di KMPh : 2019/2020
Jurusan : SAINS MODUL 2
Bidang di IPT : KEWANGAN
Nama IPT : UiTM CAWANGAN TERENGGANU
Tahun Pengajian di IPT : 2020

Pada 15 April 2019 tepat pukul 2 petang saya menerima tawaran
mengikuti Program Satu Tahun di Program Matrikulasi. Saya
merupakan pelajar matrikulasi sesi 2019/2020. Semasa menerima
tawaran untuk meneruskan pengajian di Matrikulasi ramai
saudara-mara dan rakan memandang rendah antaranya “Matrik tu
untuk pelajar bijak, mana sesuai untuk awak yang dari sekolah
harian biasa untuk masuk ke situ”, “Tengoklah nanti dia masuk

MATRIKULASI Di Hatiku 73

sekejap ja lepastu mesti berhenti” dan macam-macam lagi.
Kadang-kadang terasa seperti suatu penghinaan buat diri saya
tetapi saya tekad untuk melanjutkan juga tanpa menghiraukan
kata-kata negatif dari mereka.

Pada 11 Mei 2019 itulah detik bersejarah bagi saya menjejakkan
kaki di Matrikulasi. Dengan semangat dan azam yang tinggi,
pelbagai cabaran ditempuhi selama setahun di situ. Syukur
kerana apa yang dikhabarkan dari berita luar yang mengatakan
Matrikulasi itu susah hanya mitos semata-mata. Bagi saya
sekiranya kita ikut segala peraturan, jadual dan aturan yang
ditetapkan, Insya-Allah kita dapat harungi walaupun semuanya
padat dalam satu tahun.

Semasa di Matrikulasi, ramai pensyarah dan rakan di situ sentiasa
memberi semangat dan kata-kata yang positif setiap hari. Antara
pensyarah yang terbaik seperti Madam Syakila. Madam Ella, Sir
Ahmad dan ramai lagi. Semasa kelas Pengajian Am, Sir Ahmad
banyak mengajar serta membimbing saya agar menjadi seorang
pelajar yang berwawasan. Diri saya berasa penuh dengan
semangat patriotik kerana pelbagai tugasan yang diberikan oleh
Sir Ahmad sangat berkait rapat dengan negara kita. Dipendekkan
cerita saya berjaya tamatkan pelajaran di matrikulasi dengan
CGPA 3.42. Bagi saya ini sudah cukup untuk melepasi syarat
menyambung kursus yang saya minati di peringkat Ijazah. Oleh
itu, percayalah pada kemampuan diri dan jangan hiraukan kata-

MATRIKULASI Di Hatiku 74

kata yang hanya ingin menghalang dari meneruskan impian kita
semua. (25 Julai 2021)

MATRIKULASI Di Hatiku 75

22

Nama Penuh : RISHEE A/L KUMAR
Alamat Ringkas : CAMERON HIGHLANDS, PAHANG
Sesi Pengajian : 2019/2020
Jurusan : SCIENCE MODULE 1
Bidang di IPT : KEJURUTERAAN RUANG ANGKASA
Nama IPT : UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)
Tahun Pengajian di IPT : 2020

KMPH Melangkah ke Kolej Matrikulasi Pahang (KMPH) pada hari
pertama pendaftaran adalah salah satu kenangan saya yang tidak
dapat dilupakan. Pelajar baru memunggah barang mereka, ibu
bapa menolong anak-anak mereka membawa bagasi ke blok

MATRIKULASI Di Hatiku 76

mereka, bekas pelajar berlari ke sana sini membantu kuliah dan
kuliah yang mesra menyambut semua pelajar baru masih segar di
fikiran saya. Sejujurnya, saya agak gementar setelah mendengar
beberapa pengalaman di asrama pelajar tetapi sejak hari pertama
di KMPH saya tahu bahawa pengalaman yang akan saya perolehi
di sana akan menjadi pengubah permainan. Dan ya, pengalaman
yang diperoleh dalam KMPH adalah di luar jangkaan saya, Di
manakah saya boleh bermula? Mesti dari pensyarah manis yang
sentiasa bersedia membantu anda dalam pengajian atau
persekitaran dan persekitaran yang sempurna yang disediakan
oleh KMPH agar kami dapat memberi tumpuan dalam pengajian
kami? Banyak kenangan manis dibina bersama rakan-rakan saya
dan juga rakan sekelas 6M15272 semasa saya belajar. Semua
kajian dan perbincangan larut malam dengan secawan Maggi
akan menjadi saat yang tidak dapat diganti. Menyertai aktiviti
seperti makan malam festival, Color Run dan beberapa kerja
sukarela selalu menjadi tulang belakang bagi saya untuk lebih
bersosial dan berkawan baru. Meninggalkan KMPH tanpa
selamat tinggal kerana PKP (Covid 19) adalah saat paling
menyedihkan, tetapi saya masih bangga menjadi alumni KMPH
dan berharap agar lepasan SPM akan memilih KMPH sebagai
pilihan pertama mereka. (12 Ogos 2021)

MATRIKULASI Di Hatiku 77

23

Nama Penuh : NUR FATEHA SOFEA BINTI MOHD SHAMIM
Alamat Ringkas : IPOH, PERAK
Sesi Pengajian : 2020/2021
Jurusan : SAINS MODUL 3
Bidang di IPT : PENTADBIRAN PERNIAGAAN
Nama IPT : UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)
Tahun Pengajian di IPT : 2021

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera. 6 Ogos 2020
bermulalah perjalanan saya sebagai seorang pelajar matrikulasi.
Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh) merupakan tempat di mana
saya dapat mengenali dan melihat kemampuan diri sendiri.Saya
yang berasal dari negeri Perak teruja untuk ke KMPh.Semestinya
dalam keadaan teruja terdapat perasaan risau untuk menyuaikan

MATRIKULASI Di Hatiku 78

diri di tempat dan suasana yang baharu.Bagi saya, perkara ini
merupakan perkara yang akan dihadapi oleh semua orang yang
bergelar pelajar. Cabaran inilah yang menjadi pembakar
semangat saya untuk menjadi seorang yang berjaya.

Suasana pembelajaran di KMPh begitu menarik kerana ianya
begitu tenang dan saya dapat menumpukan perhatian serta
sentiasa bersemangat untuk belajar .Selain itu, pensyarah di
KMPh juga banyak membantu pelajar mereka untuk berjaya dan
memahami setiap subjek yang diambil.Mereka begitu berdedikasi
sehinggakan sanggup mengajar kami berulang kali, penyayang
dan akan membantu kami dalam setiap masalah yang dihadapi.
Sememangnya pembelajaran sewaktu pandemik Covid-19 ini
mencabar bagi pelajar.Akan tetapi saya bersyukur mempunyai
keluarga, pensyarah dan rakan-rakan yang sentiasa
positif.Bahkan, saya menganggap bahawa semua pensyarah
sebagai ibu bapa saya dan rakan sekelas serta rakan sebilik
sebagai adik-beradik saya. Sepanjang saya di matrikulasi, banyak
aktiviti yang disediakan walaupun di sebalik pandemik Covid-19
melanda negara dan penjarakan sosial yang diamalkan
.Antaranya ialah Sambutan Bulan Kemerdekaan, Pertandingan
Senamrobik dan aktiviti kokurikulum seperti Pertandingan ‘Virtual
Run’, Pertandingan Bola Tampar, Pertandingan Badminton dan
banyak lagi pertandingan yang ditawarkan.Hal ini akan dapat
membantu pelajar untuk menghilangkan tekanan belajar dan
merapatkan hubungan antara rakan-rakan.

MATRIKULASI Di Hatiku 79

Akhir kata, jangan takut untuk melanjutkan pelajaran di kolej
matrikulasi kerana saya pasti pengalaman ini begitu
berharga.Beranikan diri dan tepis segala anggapan dan perkara
negatif yang berada di dalam minda anda. Terima kasih kepada
semua yang membantu saya sewaktu di KMPh. Barisan
Pensyarah: Madam Ain (Maths), Sir Rizal (Biology), Madam
Rosnani (Computer Science), Madam Hasni dan Madam Adila
(Chemistry), Sir Ahmad (Pengajian Am), Madam Umi (English),
Ustaz Hasrul (Pendidikan Islam), Sir Saipuddin (Kokurikulum).
Rakan Sebilik : Kak Amiera, Nurul Hazwani, Nurul Fatihah dan
Kelas 2M3DS08 2020/2021. (15 September 2021)

MATRIKULASI Di Hatiku 80

24

Nama Penuh : NURIN BATRISYIA BINTI MARZUKI
Alamat Ringkas Terkini : KUALA NERUS, TERENGGANU
Sesi Pemgajian di KMPh : 2020/2021
Jurusan : SAINS MODUL 3
Bidang di IPT : MATEMATIK
Nama IPT : UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)
Tahun Pengajian di IPT :2021

Assalamualaikum w.b.t .Kolej Matrikulasi Pahang. Tempat yang
mempunyai seribu satu kenangan. Indah pahit semuanya ada.
Mempunyai rakan-rakan yang baik membuatkan pengalaman
berada di Kolej Matrikulasi Pahang sangat menarik. Satu tahun di
Kolej Matrikulasi Pahang dirasakan cukup bermakna buat saya.

MATRIKULASI Di Hatiku 81

Dikelilingi oleh rakan-rakan yang berfikiran positif, pensyarah yang
baik dan juga rakan sebilik yang memahami. Gaya pembelajaran
yang begitu menarik digunakan oleh para pensyarah. Antaranya
menggunakan aplikasi quizziz untuk mengetahui tahap
kefahaman pembelajaran pelajar. Setiap petang dapat menikmati
keindahan alam yang sangat cantik.

Banyak aktiviti menarik yang dijalankan di Kolej Matrikulasi
Pahang untuk memberikan pelajar merasai serba sedikit
pengalaman. Antaranya Pertandingan ‘Virtual Run’, Pertandingan
Badminton, Pertandingan Bola Tampar. Rakan-rakan yang baik
dan sentiasa berfikiran positif memberikan impak yang mendalam
dalam diri saya. Pergi ke kelas , makan dan riadah bersama-
sama. Segala masalah dikongsi bersama untuk meringankan
beban yang ada. Segala suka dan duka dikongsi bersama-sama.
Bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Pensyarah sentiasa memberi kata semangat dan motivasi kepada
pelajar untuk terus berusaha dalam pembelajaran. Fokus semasa
pembelajaran berlangsung merupakan salah satu faktor untuk
mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
Pelbagai kemudahan yang disediakan bagi memudahkan pelajar
menjalani kehidupan seharian. Setakat ini sahaja coretan
kenangan terindah saya, Terima Kasih kepada semua yang ada
disamping saya sepanjang berada di Kolej Matrikulasi Pahang.
(08 Ogos 2021)

MATRIKULASI Di Hatiku 82

25

Nama Penuh : WAN JUSHAZILIA BINTI WAN AB JAMIL
Alamat Ringkas Terkini : PEKAN, PAHANG
Sesi Pengajian di KMPh : 2020/2021
Jurusan : SAINS MODUL 3
Bidang di IPT : PERUBATAN & KESIHATN
Nama IPT : UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA)
Tahun Pengajian di IPT : 2021

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang saya peroleh
adalah tidak begitu cemerlang dengan hanya mendapat 4 A.
Namun, bermula saat itu saya mula belajar untuk tidak berputus
asa dalam menuntut ilmu. Apabila ditawarkan belajar di Kolej
Matrikulasi Pahang, saya berasa amat gembira kerana ini

MATRIKULASI Di Hatiku 83

merupakan pilihan pertama saya dalam UPU. Maka bermulalah
perjalanan hidup saya dengan matlamat yang tinggi untuk
menebus kembali kegagalan saya sebelum ini.

Belajar di matrikulasi agak berbeza berbanding belajar di
universiti. Para pensyarah di matrikulasi seperti guru-guru di
sekolah. Mereka akan mengajar satu per satu tentang topik yang
dipelajari sehingga para pelajar mulai faham. Jadi, ini merupakan
satu peluang kepada saya untuk belajar dengan bersungguh-
sungguh bagi mencapai apa yang saya inginkan. Sesungguhnya
belajar sewaktu musim pandemik ini amatlah mencabar dan
memerlukan semangat yang tinggi. Saya bersyukur kerana
mempunyai rakan-rakan yang amat baik dan para pensyarah yang
sentiasa bersemangat dalam memberi ilmu.

Walaupun belajar dalam keadaan norma baharu, tetapi terdapat
banyak juga aktiviti menarik yang dianjurkan untuk para pelajar.
Antaranya adalah pertandingan virtual run, virtual orienteering,
sambutan malam kemerdekaan dan sebagainya. Secara tidak
langsung, saya dan rakan-rakan dapat menghilangkan tekanan
dan dapat meluangkan masa bersama-sama. Menjadi pelajar
KMPh selama 2 semester terasa amat sekejap kerana saya
sentiasa dikelilingi rakan-rakan yang selalu menceriakan hari-hari
saya dan suasana di KMPh amatlah indah dan menyeronokkan.

MATRIKULASI Di Hatiku 84

Alhamdulillah, saya bersyukur kerana mendapat PNGK 3.83
dalam Peperiksaan Semester 1 dan Semester 2. Saya berkongsi
keputusan peperiksaan ini adalah untuk memberi semangat
kepada mereka yang ingin mencapai kejayaan selepas
menghadapi kegagalan. Sesungguhnya kegagalan sewaktu SPM
bukanlah kegagalan seumur hidup. Kita perlu berjuang dan
bangkit semula untuk mencapai kejayaan dan matrikulasi adalah
pilihan yang terbaik dan tepat. (16 September 2021)

MATRIKULASI Di Hatiku 85

26

Nama Penuh : NUR FATIHAH BINTI MOHD KAMAL
Alamat Ringkas Terkini : KEMAMAN, TERENGGANU
Sesi Pengajian di KMPh : 2020/2021
Jurusan : SAINS MODUL 3
Bidang di IPT : MATEMATIK
Nama IPT :UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)
Tahun Pengajian di IPT : 2021

Kolej Matrikulasi Pahang terpahat di hati sehingga kini. Nama
yang indah ini menjadi pemangkin anak bangsa. Setahun yang
penuh bermakna membawa sinar cahaya. Apabila melangkah ke
Kolej Matrikulasi Pahang tanggungjawab sebagai pelajar digalas

MATRIKULASI Di Hatiku 86

dengan harapan. Di sinilah permulaan bagi setiap kejayaan.
Banyak suka duka dilalui di alam matrikulasi memberi kenangan
dan pengalaman yang bererti. Namun begitu, kejayaan bukan
mudah dikecapi tanpa tenaga pengajar yang luar biasa.

Kolej Matrikulasi Pahang, pensyarahnya yang hebat tidak
mengenal erti jemu mendidik pelajarnya. Berbekalkan ilmu
mereka, saya dapat mendewasakan diri. Andai ada kemusykilan
merekalah yang membantu dan mendorong kami. Pensyarah
Kolej Matrikulasi Pahang menjadi pensyarah inspirasi utama
dalam menggapai cita-cita.

Tidak lupa juga rakan-rakan sekelas yang mencipta memori
terindah. Sikap cakna yang tidak berbelah bagi rakan-rakan
membantu saya bangkit. Kenangan demi kenangan dicoret
bersama rakan-rakan sebilik yang menjadi sebahagian di sebalik
tirai kehidupan. Nasihat dan dorongan memberi aura positif setiap
kali ujian dan cabaran.

Sepanjang pandemik COVID-19 pembelajaran berbeza
wadahnya. Akan tetapi, itu bukan halangan untuk menimba ilmu.
Malah, acara-acara yang menjadi simbolik di Kolej Matrikulasi
Pahang tidak dapat dilaksanakan, tidak menjadi masalah kepada
pelajar. Aktiviti-aktiviti berkumpulan dalam kelas telah memberi
seribu satu kenangan manis. Demikian membawa hubungan erat
sesama warga Kolej Matrikulasi Pahang.

MATRIKULASI Di Hatiku 87

Akhir coretan yang bermakna ini, Program Matrikulasi merupakan
hala tuju yang baik bagi memperbaiki diri untuk ke menara gading.
Semoga coretan ini memberi manfaat kepada generasi-generasi
mendatang sebagai panduan bagi memilih masa hadapan. Kolej
Matrikulasi Pahang tidak akan hilang di ingatan. (08 Ogos 2021)

MATRIKULASI Di Hatiku 88

27

Nama : ZAIDATUL NAZWA BINTI ZAMIATUL AFFENDI
Alamat Ringkas : RAWANG,SELANGOR
Sesi Pengajian Di Kmph : 2019/2021
Jurusan : SAINS MODUL 1
Bidang DI IPT : PENDIDIKAN (BIOLOGI)
Nama IPT : UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
Tahun Pengajian Di IPT : 2021

Dengan izin dan kekuatan yang datang daripadaNya, aku
coretkan sebuah penulisan ini untuk menjadi saksi setiap
kenangan,suka duka yang telah aku lalui di sebuah tempat yang
tidak pernah terlintas dalam fikiran ini. Kolej Matrikulasi Pahang
(KMPh), Gambang merupakan sebuah institusi pertama yang

MATRIKULASI Di Hatiku 89

tidak akan aku lupakan. Segalanya menjadi berat pada
permulaannya, saat aku terpaksa membawa diri jauh daripada
keluarga demi melunaskan tanggungjawab sebagai seorang
penuntut ilmu. Namun apakan daya, takdir Tuhan telah membawa
aku kesana. Kehidupan aku sebagai seorang pelajar Matrikulasi
bermula di Kmph. Di sana segalanya bermula.

Jika kalian bertanya kepada ku alasan tentang mengapa KMPh
menjadi institusi yang tidak akan aku lupakan. Maka jawapan itu
mungkin tidak mampu aku gambarkan dengan sebuah kata kata.
Ia hanya dapat digambarkan dengan sebuah rasa. Setiap saat
yang berlalu tidak pernah sia sia buatku. Permulaan yang aku
sangkakan berat, namun ia berubah sekelip mata saat aku lalui
sendiri kehidupan di sana sebagai seorang pelajar. Setiap detik
yang aku lalui disana sentiasa akan berakhir dengan hikmah yang
baik. Walaupun aku terpaksa berhadapan dengan air mata demi
sebuah kejayaan, namun semuanya sentiasa baik saat aku mula
memandang tempat yang aku sangkakan perit kepada tempat
yang penuh dengan warna warna kebahagiaan.

Tahun 2019, bermulalah semester pertama aku sebagai seorang
pelajar 4 semester. Permulaan yang baik meskipun tidak memiliki
rakan-rakan yang berasal daripada sekolah yang sama. Bukan
satu perkara yang mudah untuk diriku saat terpaksa
menyesuaikan diri dengan kawan kawan yang berasal daripada
negeri Pantai Timur. Kebanyakkan daripada mereka telah

MATRIKULASI Di Hatiku 90

mengenali antara satu sama lain kerana berasal dari sekolah yang
sama. Manakala aku tidak memilkI hal yang sama seperti mereka.
Hal ini menyedarkan aku bahawa aku perlu belajar menerima
takdir yang Tuhan telah susun untukku.

Hari berganti hari, sehingga tidak aku sedarkan aku semakin
mampu menyesuaikan diri dengan tempat ini. Sejujurnya,
penyumbang terbesar aku masih mampu bertahan ialah
Pensyarah yang mengajar di KMPh. Mereka bukan sahaja
seorang pendidik tetapi umpama ibu bapa kedua untukku .
Mereka sentiasa menjadi pakar rujuk dalam setiap kesulitan yang
aku lalui. Mereka adalah inspirasi terkuat untukku sepanjang di
sana. Bahkan tidak pernah aku lihat walau sekali muka yang
masam atau rungutan daripada para pensyarah yang mengajar di
KMPh.

Setiap tugasan atau latihan yang diberikan kepada kami sentiasa
akan dibantu oleh pensyarah. Ya, aku tidak menafikan seperti
yang kalian perkatakan belajar di peringkat Matrikulasi memang
merupakan satu cabaran yang sangat besar. Jika kalian tidak
memiliki impian yang besar, mungkin belajar di peringkat
Matrikulasi adalah satu beban buat kalian. Tetapi jika kalian
memandang tempat ini dengan penuh rasa cinta, segala yang
perit sentiasa berubah kepada suka. Segala yang berat mampu
menjadi ringan kerana wujudnya rasa kasih sayang.

MATRIKULASI Di Hatiku 91

Dalam penulisan ini juga aku selitkan beberapa kenangan indah
yang banyak mengajar aku makna sebuah kehidupan. Antaranya
adalah, saat aku dan rakan-rakan terpaksa belajar secara atas
talian dan pada masa yang sama kami perlu belajar secara
bersemuka. Cabaran ini pada awalnya sangat memberi kesan
kepada mental dan fizikal kami sebagai seorang pelajar. Ia terasa
lebih mencabar kerana kami merupakan generasi yang perlu
mengejar silibus untuk menamatkan pengajian lebih awal akibat
daripada pandemik Covid-19.

Kesannya, kami terpaksa belajar untuk jangka masa yang lebih
lama daripada biasa. Selain itu, kami juga tidak dibenarkan untuk
keluar outing pada hujung minggu seperti biasa, akibat kes
Covid-19 yang terus melonjak naik di negeri Pahang. Namun,
begitulah jalan cerita kehidupan yang telah diatur cantik oleh Yang
Maha Esa. Benar, jika dinilai dengan pandangan mata kasar
segalanya sangat berat dan terasa sulit untuk kami semua.

Kami terpaksa berhadapan dengan stress yang
berpanjangan,tugasan yang banyak dan pada masa yang sama
perlu belajar dengan lebih pantas untuk menduduki peperiksaan
akhir semester. Bukan mudah tetapi itulah lumrah kehidupan. Aku
selitkan kenangan ini disini bukanlah bermakna hati ini tidak redha
dengan ketentuaan Tuhan, tetapi inilah sebuah kisah yang
mengajar kami untuk tidak berhenti berusaha. Daripada situasi
yang sulit ini juga, aku mampu membuktikan kata-kata daripada

MATRIKULASI Di Hatiku 92

salah seorang pensyarah yang mengajar aku, bahawa untuk
memiliki sebuah kejayaan dalam kehidupan bukanlah satu
perkara yang mudah. Terlalu banyak perkara perlu dikorbankan
bahkan kadangkala diri sendiri perlu menjadi korban demi mencari
sesuap ilmu.

Sebagai seorang khalifah di muka bumi ini, aku sama sekali tidak
menafikan bahawa ilmu merupakan hal yang lebih penting
daripada sebuah kekayaan. Ilmu adalah perkara asas untuk kita
menjadi seorang manusia yang mampu memberi manfaat kepada
orang sekeliling. Adik-adik, burulah ilmu walaupun kita bukan
daripada orang yang bijak pandai. Carilah ilmu meskipun kita
terpaksa berdepan dengan cabaran yang besar. Carilah ilmu
walaupun kita terpaksa mengorbankan harta benda yang kita
miliki. Di mana sekalipun kalian menuntut ilmu akan sentiasa ada
ujian yang Tuhan telah tetapkan. Sejujurnya menjadi seorang
pelajar di Kmph bukanlah satu penderaan, tetapi ia merupakan
sebuah penghargaan buat kalian. Hal ini kerana, kalian telah
dipilih berbanding rakan rakan yang lain.

Seterusnya aku selitkan juga kenangan manis bersama sahabat -
sahabat yang tercipta. Aku sememangnya insan yang bertuah
kerana Tuhan telah mengizinkan diriku memiliki sahabat sahabat
yang baik. Walaupun permulaanya aku hadir sebagai pelajar yang
tidak mengenali mana mana pelajar yang turut belajar di situ.
Tetapi akhirnya aku telah berjaya menamatkan pembelajaran

MATRIKULASI Di Hatiku 93

pada peringkat matrikulasi bersama sama kenalan yang rapat.
Memiliki sahabat sahabat yang banyak membantu dalam banyak
perkara, sememangnya adalah satu kebahagiaan dalam
kehidupan. Tanpa sahabat mungkin aku tidak akan mampu
menjadi diri aku yang hari ini.

Masih segar di ingatan, aku dan kawan kawan kerap menyiapkan
tugasan atau kerja yang diberikan oleh pensyarah di surau
Muttaqin. Kami sentiasa berkongsi ilmu yang kami tahu, kami
berkongsi cerita suka dan duka bersama. Kesulitan yang aku
rasakan di Kmph sentiasa bertukar menjadi ringan saat aku
berkongsi rasa bersama kawan kawan. Kami berkongsi cerita
yang sama, kami berkongsi kesusahan yang sama sebagai
seorang pelajar dan kami melakar kejayaan yang baik bersama
sama.

Sungguh, saat berjauhan daripada keluarga kadangkala orang
luar yang kita kenal dengan lebih rapat mampu menjadi
sebahagian daripada keluarga kita. Tanpa kawan kawan, aku
bukanlah siapa siapa. Mereka adalah insan yang banyak
mengajar aku untuk tidak pernah berhenti memberi kebaikan
tanpa mengharapkan balasan. Sehingga ke hari ini masih aku
pegang kata kata daripada seorang sahabatku, katanya “Sebaik
baik manusia itu adalah mereka yang sentiasa memberi manfaat
kepada orang sekeliling. ” (15 September 2021)

MATRIKULASI Di Hatiku 94

MATRIKULASI Di Hatiku 95

28

Nama : WAN ZUHAYRA ATHIRA BT WAN ZAINE
Alamat Ringkas : KUALA TERENGGANU, TERENGGANU
Sesi pengajian di KMPh : 2019/2021
Jurusan : SAINS MODUL 2
Bidang di IPT : TEKNOLOGI MAKANAN
Nama IPT : UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)
Tahun pengajian : 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada
adik-adik yang bakal memasuki Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh).
Hari ini, saya nak kongsilah serba sedikit tentang suasana hidup
kat kolej ni. Tapi sebelum tu, saya nak perkenalkan diri saya dulu.
Saya ni ex-student KMPh sesi 19/21 jurusan sains pdt modul 2.

MATRIKULASI Di Hatiku 96

Sekarang saya akan kongsi pengalaman di KMPh. Di matrikulasi,
untuk jurusan sains kita ada 3 modul. Modul satu dia ada subjek
biology, fizik dan kimia. Untuk modul 2 dia ada subjek sains
computer, fizik dan kimia manakala modul 3 dia ada subjek sains
computer, biologi dan fizik. Disebabkan saya tak minat biologi
saya ambik modul 2. Sepanjang 2 tahun saya belajar matrikulasi
saya dapat kenal ramai orang dan dapat ramai kawan . Di
matrikulasi, terdapat 3 bangsa iaitu melayu, cina dan india. Selain
itu, saya dapat belajar pelbagai loghat kerana kawan- kawan saya
terdiri dari pelbagai negeri. Saya bersyukur kerana saya
mendapat kawan- kawan yang baik dan peramah.

Saya juga bersyukur kerana dapat pensyarah yang baik dan ambil
berat tentang pelajaran saya. Pensyarah marah kita bukan tanda
dia benci pada kita tapi dia sayangkan kita, mereka nak tengok
kita berjaya. Jangan risau setakat ni tiada lagi pensyarah yang
makan orang. Hahaha.

Terdapat banyak pengalaman saya yang indah bersama
roommate saya. Mereka selalu ada dengan saya dan selalu ambil
berat tentang saya. Tapi saya sedih kerana pada akhir tahun
pertama saya di matrikulasi kami terpaksa berpisah dengan
roommate saya kerana kami terpaksa pulang serta merta kerana
masa itu PKP kerana kes covid 19 tengah merebak. Saya tak tahu
bila pula dapat berjumpa dengan roommate saya.

MATRIKULASI Di Hatiku 97

Rakan sekelas pada tahun pertama saya di KMPh sangatlah
“sporting”. Sekiranya ada masa terluang kami bersama – sama
meluangkan waktu dengan membuat jamuan makan – makan
dan beriadah bersama- sama. Mereka selalu tolong sekiranya
saya memerlukan bantuan. Pada 2019 , ada satu acara yang
menarik bagi saya iaitu colour run. Sungguh seronok waktu itu.
Terdapat aktiviti lain juga seperti memancing, Tarik tali, memanah
dan pelbagai lagi.Tujuannya adalah untuk menambah markah
koko. Ini sangat penting untuk masuk universiti. Terdapat banyak
lagi acara yang menarik yang dianjurkan di KMPh. Pada tahun
kedua saya di matrikulasi saya dapat kenal roommate yang
baharu. Mereka ibarat adik saya di KMPh. Mereka selalu hiburkan
saya dengan lawak – lawak mereka. Classmate saya pada tahun
kedua juga baik dan sangatlah membantu. Kami sama – sama
berjuang untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang kerana
tahun ini kami akan menduduki PSPM yang akhir sebelum
tamatnya belajar di matrikulasi.

Kami diduga dengan ujian yang besar kerana terpaksa belajar
online. Tapi kami tetap kuat dan semangat. Alhamdullilah kami
berjaya mengharunginya semua. Sekarang kami tengah tunggu
panggilan untuk sambung degree. Doakan kami berjaya
mendapat course dan universiti yang kami inginkan.
(16 September 2021)

MATRIKULASI Di Hatiku 98

29

Nama penuh : BERNALDA ANAK AMBRUS
Alamat : SANDAKAN, SABAH
Sesi Pengajian di KMPh : 2020/2021
Jurusan : SAINS MODUL 1
Bidang di IPT : DOKTOR PERUBATAN
Nama IPT : UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS)
Tahun Pengajian di IPT : 2021

Salam sejahtera semua,
Saya merupakan salah seorang pelajar di Kolej Matrikulasi
Pahang (KMPh) pada sesi 2020/2021. Memang tidak dapat
dinafikan bahawa terdapat banyak cabaran yang harus ditempuhi

MATRIKULASI Di Hatiku 99

sepanjang pengajian. Namun, terdapat juga pengalaman dan
kenangan indah yang tercipta sewaktu saya berada di kolej ini.
Sepanjang saya berada di sini, saya dapat berkenalan dengan
rakan-rakan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan
yang menariknya, secara tidak langsung saya berpeluang untuk
mempelajari budaya dan bahasa dialek berlainan negeri.

Pada pendapat saya, kelebihan utama di kolej ini adalah sikap
para pensyarah yang berdedikasi serta jadual pembelajaran yang
tersusun. Pensyarah-pensyarah juga sering menyediakan
pelbagai nota ringkas, kuiz dan cara pengajaran yang mudah
difahami. Terdapat juga banyak aktiviti menarik yang dilaksanakan
seperti ‘virtual run’, ‘treasure hunt’, bersukan dan beriadah di tepi
tasik pada waktu petang.

Sebagai seorang yang tidak pernah tinggal di asrama sebelum ini,
saya dapat menimba pengalaman yang cukup berharga di mana
saya belajar untuk berdikari dan bijak membahagikan masa.
Antara perkara yang menarik adalah apabila saya ditempatkan
bersama dengan tiga orang rakan sebilik yang beragama Islam.
Walaupun berlainan agama, namun tidak ada wujudnya isu
perkauman antara kami. Malah, saling hormat-menghormati
antara satu sama lain. Kami juga sering berkongsi cerita dan
saling membantu dalam pelajaran bukan sahaja antara rakan
sebilik tetapi saya juga dapat melawat ke bilik rakan yang lain
untuk belajar bersama.

MATRIKULASI Di Hatiku 100

Selain itu, kelebihan belajar di Matrikulasi adalah para pelajar
diberikan elaun yang saya percaya sedikit sebanyak dapat
membantu dari segi kewangan. Kepada adik-adik yang memilih
untuk belajar di Kolej Matrikulasi, tahniah diucapkan kerana anda
telah melakukan keputusan yang tepat.

Akhir sekali, apa yang boleh saya katakan adalah saya berasa
seronok dan gembira sepanjang berada di KMPh. Di kesempatan
ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para
pensyarah yang telah mengajar saya mahu pun tidak kerana
anda, saya berjaya hingga ke tahap ini. Ucapan terima kasih
kepada Encik Ahmad bin Noh, Puan Chan Ji Ting, Puan Fadhilah,
Puan Najwa, Cik Puteri Maisarah, Puan Rohimah, Puan Wahidah,
Puan Mili para pensyarah kuliah dan rakan-rakan seperjuangan
kerana telah banyak membantu saya sepanjang saya berada di
sini. Terima kasih. (15 September 2021)


Click to View FlipBook Version