The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Naskhah terbitan GRUPEMUISI KMPh ini mewakili cetusan rasa fikiran peribadi dan pengalaman setiap penulis yang terdiri daripada gabungan pensyarah dan pelajar Kolej Matrikulasi Pahang sesi 2020/2021 yang disampaikan melalui penulisan puisi sajak dan syair.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by AHMAD NOH, 2021-07-11 04:01:09

Antologi Puisi : DI BAWAH AWAN PERJUANGAN

Naskhah terbitan GRUPEMUISI KMPh ini mewakili cetusan rasa fikiran peribadi dan pengalaman setiap penulis yang terdiri daripada gabungan pensyarah dan pelajar Kolej Matrikulasi Pahang sesi 2020/2021 yang disampaikan melalui penulisan puisi sajak dan syair.

Antologi Puisi

Di Bawah Awan

Penyelenggara

AHMAD NOH

ANTOLOGI PUISI Di Bawah Awan Perjuangan

Antologi Puisi

DI BAWAH AWAN
PERJUANGAN

KOLEJ MATRIKULASI PAHANG
2021

2

ANTOLOGI PUISI Di Bawah Awan Perjuangan

Diterbitkan oleh:
GRUPEMUISI
Kolej Matrikulasi Pahang
26300 Gambang, Pahang.
0199697323

Cetakan pertama Jan 2021
Penerbitan © GRUPEMUISI KMPh
Teks © Penulis Asal
Reka bentuk ilustrasi dan susun atur : Ainnur Khairiyyah Ahmad

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang dalam apa juga
bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi,
rakaman atau cara lain mana-mana bahagian buku ini sebelum mendapat
izin bertulis daripada penulis. Walau bagaimanapun, keizinan diberikan
untuk mana-mana puisi dalam buku ini dideklamasikan oleh sesiapa saja
dan di mana saja, asalkan untuk tujuan kebaikan.

3

ANTOLOGI PUISI Di Bawah Awan Perjuangan

Isi Kandungan

Bicara Tinta 6

Muhamad Izham Zakaria 8
- Indah Nian Didik Insan
10
Nasrul Isyam Abdul Hamid
- Melayu Bawahan 12

Saiful Anuar Alias 14
- Menyusur Takdir Di Balik Realiti 15
16
Ahmad Noh
- Peneraju Kecemerlangan 18
- Ucap Salam Berpisah 19
- Takkan Melayu Hilang (2) 20
21
Shalin Afira Md Sharif (AFIRA ROSE) 22
- Dari Tirai Usang Itu
- Sang Diskrit Kembali 24
- Di Bawah Awan Perjuangan 25
- Merayu Di Tabir Rindu 26
- Mengiringi Nakhoda Pergi 27
28
Nur Adilla Azmi (DEE AZMI)
- Kehidupan 30
- Guru 31
- Sahabat 32
- Bah 33
- Menunggu 34

Nur Fatehah Nasrun (TEHA NASRUN) 4
- Kemelut Jiwa
- Remaja
- Cinta Dua Jiwa
- Perwira Negara
- Kalah Perang

ANTOLOGI PUISI Di Bawah Awan Perjuangan

Nur Iman Fatihah Ahmad (IMAN AHMAD) 36
- Pilihan 37
- Layakkah Aku 38
- Selamat Pergi 39
- Sebutir Lazuardi 40
- Siapa Salah?

Noor Hanishah Shahril Jasman (HANI SHAH) 42
- Sepi 43
- Hujan 44
- Lupa 45
- Kolej Matrikulasi Pahang
47
Nur Amyra Solehah Russlan (ROSSA MAIRA) 48
- Keringat Pejuang 49
- Pendosa Tanpa Noktah 50
- Bangsa Bersatu 51
- Basahan Bumi
- Kiriman Kasih Dari Tuhan

Nur Alia Umairah Russlan (DHIA ALYA) 53
- Tanah Keramat 54
- Syair Dalam Seribu Kenangan 55
- Mendepani Titik Perpisahan 56
- Syair Perwira Sejati 57
- Syair Dengan Penuh Harapan

Mohammad Hilmi Omar (RADEN SULAIMAN) 59
- Al Kisah Pena dan Tinta 60
- Malapetaka Virus Durjana 61
- Pelajar Abad 21 62
- Tangisan Alam 63
- Alma Mater

Muhammad Iman Khidir Tarmidzi (IBNU TARMIDZI) 65
- 446 Tahun Di Bingkai Waktu 66
- Astral Melayu 67
- Atma Anak Muda

Nafisuddin Sulaiman (NAFIS) 69
- Tausiyah Pada Yang Mencari Tujuan 70
- Pemuda Pemangkin Bangsa 71
- Kesatuan DiTabir Perbezaan

5

ANTOLOGI PUISI Di Bawah Awan Perjuangan

Bicara Tinta

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha
Penyayang.Segala Puji-Pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam.

Selawat dan salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad
s.a.w dan keluarga baginda.

Antologi Puisi “DI BAWAH AWAN PERJUANGAN” ini
diterbitkan GRUPEMUISI KOLEJ MATRIKULASI PAHANG
sebagai mewakili cetusan rasa fikiran peribadi dan
pengalaman setiap penulis yang terdiri daripada pensyarah
dan pelajar Kolej Matrikulasi Pahang sesi 2020/2021. Karya
sulung ini juga adalah sebagai kenangan disamping
kesinambungan bagi memastikan Bahasa Melayu yang kaya
dengan pelbagai genre sastera menembusi tingkap jiwa-jiwa
muda agar terus relevan dan dipertahankannya.

Penampilan barisan penulis muda ini diharap mampu
mewarnai dunia sastera walau di mana mereka berada.
Mungkin dari sini bakal lahir insan yang bukan hanya
cemerlang dalam akademik namun juga berbakat dalam
penulisan kreatif. Idea ini juga bagi memberi ruang kepada
penulis berinteraksi dan menyampaikan mesej yang berguna
untuk masyarakat khasnya melalui penulisan puitis puisi.

Sekalung penghargaan buat Tuan Ahmad Tajuddin bin Gezai
(Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang) dan Encik Muhamad
Izham Zakaria (Ketua Jabatan Sastera Ikhtisas & Sains Sosial)
atas dokongan dan sokongan sehingga tertubuh
GRUPEMUISI KMPh seterusnya lahir naskhah antologi puisi
yang amat bermakna bagi peminat dan pejuang sastera
melayu ini. Tambahan pula penerbitan naskhah karya ini
bertepatan sempena Persaraan Tuan Pengarah. Selamat
Bersara Tuan Pengarah.Semoga diberi kesihatan yang baik.
Terus berjaya di dunia dan akhirat. Amin.

Salam Seharum Puisi,
AHMAD NOH
Pengasas/Pensyarah Penasihat
GRUPEMUISI Kolej Matrikulasi Pahang

6

ANTOLOGI PUISI Di Bawah Awan Perjuangan

MUHAMAD IZHAM ZAKARIA

KETUA JABATAN
JABATAN SASTERA IKHTISAS & SAINS SOSIAL

KOLEJ MATRIKULASI PAHANG

7

ANTOLOGI PUISI Di Bawah Awan Perjuangan

INDAH NIAN DIDIK INSAN

Detik pertama...
Tekad 'cikgu' menyusun derap langkah
Ku singkir alir peluh gusar mengalah
Demi menjunjung selautan amanah
Didik insan bukannya mudah
Kuat kental mendayung tingkah karenah
Jika terabai hanyut rasa bersalah

Detik usaha...
Jiwa pendidik kekal bersemi
Pengalaman suka duka bak pelangi mewarnai
Ku semai benih sihat jasmani…Ku siram agar subur emosi
Ku baja pepohonan utuh rohani…Ku usap kejayaan intelek hakiki
Ku gilap sosial anak didik sejati

Detik menduga...
Ujian Yang Esa tadahan pasrah
Serangan gelombang pandemik membangkit resah
Layar didik tiada sekali menyerah
Sesiapa saja perlu sahut berubah…Alam maya kudrat diperah
Rela korban biarpun payah…Matlamat tuju ke sama arah

Detik mengharap...
Anak didikku...
Kini kalian bertentang mata dengan susuk wajah dunia
Banyak ujian kan datang rapat menduga
Pengalaman tulus biar menepis apa jua pancaroba

Detik indah...
Anak Didikku...
Bersama ilmu sarat digendong biar berbudi buat nusa
Juang daulat tanah air junjung suci agama
Kan bangga 'cikgu' gilap permata yang terus bercahaya

8

ANTOLOGI PUISI Di Bawah Awan Perjuangan

NASRUL ISYAM ABDUL HAMID

KETUA UNIT PENGAJIAN AM MATRIKULASI
JABATAN SASTERA IKHTISAS & SAINS SOSIAL

KOLEJ MATRIKULASI PAHANG

9

ANTOLOGI PUISI Di Bawah Awan Perjuangan

MELAYU BAWAHAN

Melayu bawahan kita jaga kita
Melayu bawahan jaga perlembagaan jaga hak kita
Melayu bawahan yang perlu dibela
Melayu bawahan jika ditindas dia paling merana
Melayu bawahan tanah seekar pun tak ada
Melayu bawahan duduk tanah pajakan 99 Tahun
Melayu bawahan berharap ke BPN pemberian Kerajaan
Melayu bawahan sakit pening nikah mati berharap
ke YB dan Pak Menteri
Melayu bawahan longkang sumbat waima anak bersunat
pun harapke YB dan Pak Menteri
Melayu bawahan dapat saham Felcra sengih sampai ke telinga
orang lain ladang haram beratus ekar
Melayu bawahan nasibnya sama hanya pendidikan dan dasar
kerajaan yang boleh mengubah nasib mereka
Melayu bawahan terus berjuang keluar daripada kepompong
kemiskinan
Melayu bawahan berharap kepada pendidikan dan dasar kerajaan

Hidup Melayu Bawahan...Hidup Melayu Bawahan

Tapi dari atas sampai ke bawah
Semuanya Taukeh Sepet ada di belakang
Kepada siapakah Hidup Melayu Bawahan ini harusku lemparkan?

10

ANTOLOGI PUISI Di Bawah Awan Perjuangan

DR. SAIFUL ANUAR ALIAS

PENSYARAH UNIT PENGURUSAN PERNIAGAAN
JABATAN SASTERA IKHTISAS & SAINS SOSIAL

KOLEJ MATRIKULASI PAHANG

11

ANTOLOGI PUISI Di Bawah Awan Perjuangan

MENYUSUR TAKDIR DI SEBALIK REALITI

Kuterima hakikat ini dengan redha
Walau jauh di sudut hati memendam sengsara
Berakhirlah pendakian menakluk menara
Setelah sekian lama impian didamba
Realiti jua menyapa penantian.

Tinggallah menara nan gah berdiri
Tak tergapai lagi tanganku kini
Berdiri seganding dengan realiti
Pada saat usia kian meninggi
Batas wibawa rupanya mengunci diri.

Pernah kuberlari mengejari impian itu
Dengan hati teguh menggengam tekad
Tibaku di destinasi yang tidak pasti
Rupanya tempatku bukan di situ.

Saat salam kuhulur, tiada bahasa ceria ditutur
Tibaku terlewat sudah
Hanya aku setia menyemai impian
Sedangkan hakikatnya
Tiada lagi kesempatan yang tersimpan.

Kusedari kini
Dengan ilmu aku masih yakin berdiri
Walau tak semegah gelaran yang dicanang
Kususuri jalur takdir
Dengan penuh kesyukuran.

Aduka Kirana: 30 Disember 2020

12

ANTOLOGI PUISI Di Bawah Awan Perjuangan

AHMAD NOH

PENSYARAH UNIT PENGAJIAN AM MATRIKULASI
JABATAN SASTERA IKHTISAS & SAINS SOSIAL

KOLEJ MATRIKULASI PAHANG

13

ANTOLOGI PUISI Di Bawah Awan Perjuangan

PENERAJU KECEMERLANGAN

Wahai anak-anak didik
Sederap langkah hijaumu
Berpijak kuat di bumi bertuah ini
Yang dulunya tandus
Harian kami tekad tanam benih generasi
Disinari cahaya ilmu keikhlasan
Disirami alir air pengorbanan
Dibajai erti kental semangat
Dinaungi mutiara iman
Suburmu jadi peneraju kecemerlangan

Anak-anak didik
Jangan lagi kau berpaling
Pantang undur sebelum keringat berjuang
Singkirkan benteng malas tak berkesudahan
Robohkan dinding bertangguh gugat urusan
Tekun membanting tugasan
Yakin pada hela kemampuan
Mohon restu insan kesayangan
Moga siap kukuh jambatan
Agar wajahmu diakhiri kasturi kejayaan

JABATAN SASTERA IKHTISAS
& SAINS SOSIAL KMPh
09.35 pagi : 17 NOVEMBER 2020

14

ANTOLOGI PUISI Di Bawah Awan Perjuangan

UCAP SALAM BERPISAH

(hormat buat Tuan Ahmad Tajuddin b Gezai sempena Persaraan)

Tika langkahmu memijak datar KMPh
Walau dalam menghitung dan terus menghitung
Purnama demi purnama menyapa
Tembusi tembok minggu demi minggu
Lalui hari demi hari

Namun terbukti dirimu hadir merai
Auramu meruntuh tembok memisah diri
Lontaran idea bicara seni tersendiri
Dirimu mudah memberi
Mudah jua menerima
Tanda hari lahir kami dikau ucap tulus
Erat dalam raut telus
Rasa bersatu hati…Bila ada sudi menghargai

Kini...
Detiknya kan tiba jua ke noktah
Dirimu ucap salam berpisah
Buat perkhidmatan yang panjang dijarah
Buat takhta bukan medan bermegah
Buat bumi Darul Makmur yang sempat disinggah
Buat kami terpaksa rela dalam pasrah
Kini semua bakal menjadi catatan sejarah

Selamat Bersara Tuan
Biar kami iringi derap pemergian
Dengan hamparan laung doa kesejahteraan
Kan terus bertaut kasih bersama insan kesayangan
Moga hidupmu dipayungi berkat daripada tuhan

MASJID AL-MUTTAQIN KMPh
10.10 pagi : 19 JANUARI 2021

15

ANTOLOGI PUISI Di Bawah Awan Perjuangan

TAKKAN MELAYU HILANG(2)

Bangsaku...
Perjuangan kita belum terbubar
Takkan rela berabad tanah pusaka tergadai
Orang putih makin berakal atur tingkah
Sela-sela kaum tiada sekata pabila di pecah perintah
Andai agenda Malayan Union tidak disanggah
Entah sampai bila melayu merintih dijajah
Merempat tergadai maruah
Bangunlah bangsaku
Kita satukan derap langkah pendekar seia
Kita kibarkan panji semangat tanah air bergelora
Biar gerun mereka
Sebelum hayat dikandung tanah
Melayu tidak sesekali mengalah
Takkan kita pasrah
Kecut tunduk bisu menyerah
PUSAT SUMBER KMPh
09.05 pagi : 15 DISEMBER 2020

16

ANTOLOGI PUISI Di Bawah Awan Perjuangan

SHALIN AFIRA MD SHARIF
(AFIRA ROSE)

PELAJAR JURUSAN SAINS
1M2DS03

KOLEJ MATRIKULASI PAHANG
Berasal dari Temerloh,
Pahang Darul Makmur.

17

ANTOLOGI PUISI Di Bawah Awan Perjuangan

DARI TIRAI USANG ITU

Dari tirai usang itu
Aku merenung kekecewaan
Melihat generasiku
Bergaul tanpa batasan
Dari tirai usang itu
Aku melihat dengan kesayuan
Generasiku mendabik dada
Menegakkan pandangan
Lantas hilang rasa hormatnya
Dari tirai usang itu
Aku mengamati dengan kesal
Keadaan generasiku
menghamparkan diri di tembok kebinasaan
Dari tirai usang itu
Air mataku bergenang
Memandang generasiku
Kian punah dek arus pemodenan
Generasiku...
Kembalilah ke pangkal jalan

18

ANTOLOGI PUISI Di Bawah Awan Perjuangan

SANG DISKRIT KEMBALI

Sayu...sungguh sayu...
Menatap wajah redup yang lelah
Merenung mata yang kian layu
Tekad berjuang memperjudikan nyawa
Hari kian berlalu
Perjuangan kian sengit
Menentang wabak yang membunuh
Seiring kesombongan manusia
Umat yang angkuh
Merasakan diri bijak dan berkuasa
Membuka ruang dan kesempatan
Buat sang diskrit datang membunuh
Seiring masa yang berlari
Pusat liburan makin dipenuhi
Seperti tiada apa yang ditakuti
Tanpa sedikit pun rasa simpati
Pada mereka yang namanya pejuang

19

ANTOLOGI PUISI Di Bawah Awan Perjuangan

DI BAWAH AWAN PERJUANGAN

Di tanah yang asing ini
Aku hadir mencari sumur ilmu
Bersama mengiringi diriku
Kekeliruan yang menebal

Dalam kegelapan yang memekat
Hadir sosok bersama lentera
Menyinari setiap langkah yang disusun
Menyeberangi titian menuju kejayaan

Pahlawan ilmu yang gagah
Tidak pernah menzahirkan kejerihan
Teguh mengiringi setiap tapak
Insan kecil yang berjiwa besar

Sepanjang perjalanan yang berliku
Tangan kecil dihulurkan
Sang manusia bergelar sahabat
Menyinari suka duka perjalananku

Walau bayu meniup kencang
Walau hujan membasahi tubuh
Aku tekad menjunjung harapan
Menuju manisnya kejayaan
Di bawah awan perjuangan

20

ANTOLOGI PUISI Di Bawah Awan Perjuangan

MERAYU DI TABIR RINDU

Di tengah heningnya malam
Bertemankan tangisan sang cengkerik
Tangan diangkat ke langit
Memohon dan merayu pada yang Esa
Setulus hati dipersembahkan
Tangisan ikhlas dititiskan
Memohon keampunan dari-Nya
Tuhan yang maha pengampun
Dalam tersipu membawa diri yang hina
Sujud kepada Tuhan yang maha agung
Merayu kebahagiaan hakiki bersama-Nya
Setelah lemas dalam urusan duniawi
Sungguh rindu ini menyesakkan dada
Merindukan setiap ujian yang diberikan
Tanda sayang dan kasih pada hamba
Agar tak lupa dan rindu pada-Nya

21

ANTOLOGI PUISI Di Bawah Awan Perjuangan

MENGIRINGI NAKHODA PERGI

Titisan embun memenuhi mata
Duka dan luka terukir di hati
Di saat langkahmu mengiring pergi
Meninggalkan kami sendiri
Saat hari berganti menjadi pasti
Pahlawan yang besar jiwanya
Kan melangkah pergi jua dari sisi
Remuk... sungguh remuk hati ini
Bagaikan dihiris sembilu
Tiada kata mampu diungkap
Tidak nada mampu mengias
Ketulusan hatimu keikhlasan budimu
Dalam setiap bakti yang kau curahkan
Sambutlah ucapan kasih
Dari kami yang begitu menghargai
Setiap benih pengorbanan kau
Wahai nakhoda kapal ilmu

22

ANTOLOGI PUISI Di Bawah Awan Perjuangan

NUR ADILLA AZMI
(DEE AZMI)

PELAJAR JURUSAN SAINS
2M3DS08

KOLEJ MATRIKULASI PAHANG

Berasal dari Kota Bharu,
Kelantan Darul Naim

23

ANTOLOGI PUISI Di Bawah Awan Perjuangan

KEHIDUPAN

Hujan juga pasti jatuh
Saat awan tak mampu lagi menanggung beratnya beban
Daun juga semestinya luruh
Ketika musim mula berkunjung tiba
Seperti itu jua air mata seorang insan
Ia pasti akan gugur membasahi pipi
Di kala diri tak mampu lagi bertahan
Mengusung sakit
Bermula di saat mentari mula menyinari
Sehingga raut bulan datang menemani
Di dalam kompilasi hidup seorang insan
Kau tempuh jalan derita
Untuk kau kenal apa itu erti kuat
Kau lalui jalan bahagia
Untuk kau kenal apa itu erti syukur
Dan setibanya di destinasi terakhir
Segala sakit yang pernah kau tempuhi pasti kan sembuh
Di kala kaki melangkah masuk ke syurga yang abadi

24

ANTOLOGI PUISI Di Bawah Awan Perjuangan

GURU

Guruku
Dalam jerih perih engkau mendidik
Pernahkah terlintas di arena pemikiranmu
Bahawa engkaulah pejuang yang sebenar

Segala penat dan lelah tak pernah kau endah
Demi mencurah ilmu
Buat perhiasan si anak bangsa

Guruku
Kerana suara lantangmu
Aku menjadi manusia

Guruku
Engkau laksana pelita di malam gelita
Yang tidak jemu memancarkan sinar
Demi mendidik si pewaris negara

Guruku
Tiap butir bicara yang engkau suarakan
Tiada satu pun kosong tidak bererti

Guruku
Tiap madahmu tersirat pelbagai hikmat
Pembentuk peribadi yang luhur
Menyusur hidup ke jalan kebahagiaan

25

ANTOLOGI PUISI Di Bawah Awan Perjuangan

SAHABAT

Sahabat
Lihatlah pada deruan ombak
Yang giat bergelora
Seperti itu jua nanti tiba masanya
Masa untuk kita melangkah pergi

Di setiap langkahmu
Ada angin yang menghantar rasa rindu
Rasa pilu diri ini

Bayangan ku makin lama makin pudar
Makin pudar dari ingatan kaca matamu
Teruslah melangkah berjuang
Perjuangan ini tidak akan pernah terhenti
Selagi urat yang berselirat di tubuhmu
Masih setia berkerja keras menyalurkan nafas kepadamu

Kita mungkin tak akan sehaluan lagi
Aku akan pergi memburu bintang
Kau akan pergi menggapai bulan

Namun...
Satu harapanku
Semoga diri ini sentiasa melintasi ruang fikiranmu

Selamat jalan sahabat,
Semoga langkah kita diberkati Sang Pencipta.

26

ANTOLOGI PUISI Di Bawah Awan Perjuangan

BAH

Tatkala musim berganti musim
Awan pun mula berduka lara
Menyambut tibanya guruh yang saling berdentum
Lalu terhasilnya titis hujan membasahi segenap kawasan
Sering terdengar akan nikmatnya hujan
Tapi di sebalik nikmat yang dibawa
Terkadang boleh menggugat kekuatan manusia
Lautan bah yang bergelora
Sudah cukup menggambarkan
Betapa terlukanya kehidupan alam
Dek rakusnya tangan manusia yang tidak berperasaan
Disebabkan amarah alam
Adanya insan yang kecundang
Walau niatnya setelus sutera
Namun karya hidupnya sudah ternoktah
Lalu berpulang dia kepada Sang Pencipta

27

ANTOLOGI PUISI Di Bawah Awan Perjuangan

MENUNGGU

Kasih terjalin di antara kita
Sedang ralit diulit cinta
Engkau dipanggil untuk melebar sayap
Dan berpamit pergi dariku

Kau meminta aku
Untuk terus setia
Kerana engkau berjanji
Akan tiba detik untuk menghalalkan
Gumpalan kasih sayang yang ikhlas tercipta

Namun
Sayang seribu kali sayang
Aku yang setia
Sedang engkau memadu kasih
Bersama dia di sana

Betapa mudah hatimu berpaling
Terus hilang segala kata janjimu
Yang pernah engkau ungkap dahulu

Kau tinggal aku dalam kesakitan ini
Kau tinggal aku untuk pulih sendiri
Dan di sana
Engkau dihujani rasa bahagia
Bersama dia yang menjadi penggantiku

28

ANTOLOGI PUISI Di Bawah Awan Perjuangan

NUR FATEHAH NASRUN
(TEHA NASRUN)

PELAJAR JURUSAN SAINS
7M1DS26

KOLEJ MATRIKULASI PAHANG
Berasal dari Temerloh,
Pahang Darul Makmur

29

ANTOLOGI PUISI Di Bawah Awan Perjuangan

KEMELUT JIWA

Aku termenung
Ditepian Sungai Pahang
Berwajah sendu
Disaat hati mula berbicara
Meratapi kekesalan
Mengimbau seribu satu kenangan
Aku termenung lagi
Melihat air sungai Pahang yang tenang alir
Tidak seperti hati ini yang menerbitkan rasa gelisah
Cuba memahami isi dunia
Menghadam perangai manusia
Termenung lagi
Menterjemah air sungai yang cekal sentiasa mengalir
Seperti jiwa yang sering dihantui masalah
Melewati benih benih kehidupan
Untuk mengilhamkan sebuah kejayaan

30

ANTOLOGI PUISI Di Bawah Awan Perjuangan

REMAJA

Remaja
Jiwa bergelora
Bersikap utuh
Berpendirian teguh
Remaja
Tidak bisa dibaca fikirannya
Tidak bisa dikongkong hidupnya
Tidak bisa dibantah permintaannya
Remaja
Mengejar harta dunia
Mengejar nikmat dunia
Mengejar cinta dunia
Remaja
Beribu langkah harus dijejak
Beribu liku harus ditempuh
Beribu jawapan harus diteroka

31

ANTOLOGI PUISI Di Bawah Awan Perjuangan

CINTA DUA JIWA

Cinta
Cinta pada manusia
Menghamburkan kemesraaan
Menenggelamkan kesedihan
Menggamit kerinduaan
Dua jiwa insan bersatu
Menanam perasaan setia
Menyulam perasaan sayang
Mengikat perasaan kasih
Namun
Ada tika
Cinta mengundang kekecewaan
Kata tinggal kata
Janji tinggal janji
Sesekali
Sayu kerinduan
Membisik menusuk ke jiwa
Mengigil jasad kehampaan

32

ANTOLOGI PUISI Di Bawah Awan Perjuangan

PERWIRA NEGARA

Perwira
Cita-cita bangsa
Tunjang negara
Pemangkin jejak dunia
Semangat perjuangan
Membara bara
Menabur bakti tiada terkira
Lelah dihembus
Penat disimpan
Perwira
Darahnya tumpah demi negara
Sayapnya patah membangun bangsa
Jiwanya luka memuliakan agama
Kini
Perwira meninggalkan nama
Bangsa melangitkan doa
Untuk perwira yang tercinta

33

ANTOLOGI PUISI Di Bawah Awan Perjuangan

KE MEDAN PERANG

Belajar
Mendengar saja mengeluh jiwa
Mendongak ke langit
Meludah ke tanah
Itu tanda seorang bongkak
Belajar
Ibarat berada di medan perang
Mempersiapkan diri dengan senjata
Membawa segala harapan ibu bapa
Diiringin juga usaha , doa dan tawakal
Belajar
Usah terkandas sebelum sempat berjuang
Menggenggam alasan yang tidak bermaya
Pecahkan tembok sinaran ilmu
Kala diselubungi
Cita-cita ayah bonda

34

ANTOLOGI PUISI Di Bawah Awan Perjuangan

NUR IMAN FATIHAH AHMAD
(IMAN AHMAD)

PELAJAR JURUSAN SAINS
7M1DS26

KOLEJ MATRIKULASI PAHANG
Berasal dari Kemaman,
Terengganu Darul Iman

35

ANTOLOGI PUISI Di Bawah Awan Perjuangan

PILIHAN

Pilihan
Membawa kepada keputusan
Keputusan membawa perubahan
Perubahan yang mengubah kehidupan
Pilihan adalah titik permulaan

Ianya satu pilihan
Sama ada berhenti di persimpangan
Atau sampai ke garisan penamat
Sama ada dibuai mimpi
Atau menggapai mimpi
Sama ada untuk diterangi
Atau menerangi
Sama ada mundur
Atau luncur berjuang

Pengalaman dan doa insan tersayang
Memberiku sinar untuk membuat pilihan
Lari dari titik keselesaanku
Melangkau tembok kelemahan
Menghapuskan dinding ketakutan

Semangat yang kumiliki kini
Menolakku lebih jauh
Keringat yang jatuh
Membawa ku ketahap lebih tinggi

36

ANTOLOGI PUISI Di Bawah Awan Perjuangan

LAYAKKAH AKU

Ku tertanya tanya
Mungkinkah ‘Atid sudah penat
Setiap hari buku amalan bertukar
Mungkinkah Raqib sudah bosan
Buku amalan tidak silih berganti
Pertanyaan Mungkar dan Nakir
Bolehkah aku menjawabnya
Akankah aku berjumpa Ridhuan
Sedangkan diriku layak ke neraka
Tika ombak keinsafan menendang
Terasa dijerat oleh masa lampau
Berderau darah sekujur tubuh
Menggigil sehingga sumsum tulang
Getaran di hati terasa pedih
Akhirnya kau tempat aku bergantung
Tuntunlah aku menuju sinaran
Sesungguhnya Engkau Maha mengetahui
Terimalah Pengabdian diri yang hina ini

37

ANTOLOGI PUISI Di Bawah Awan Perjuangan

SELAMAT PERGI

Melalui pasir masa
Kehangatan yang sama dirasakan
Bergenang ditebir mata
Pabila tersingkap album lama
Jasamu ibarat bintang di angkasa
Sentiasa menyinari dikala buntu
Bagai lilin ditengah gelita
Budimu ku kenang hingga ke lahad
Sepanjang hayat mekar di sudut kalbu
Hanya kata yang mampuku ungkap
Terkumpul dari beribu hati
Bukan pula hati ini tidak pedih
Namun hanya pasrah yang mengiring
Untukmu tuan
Meski jauh dari pandangan
Baktimu sentiasa abadi di hati

38

ANTOLOGI PUISI Di Bawah Awan Perjuangan

SEBUTIR LAZUARDI

Kaulah wira negara
Sanggup bertaruh nyawa
Demi tanah air tercinta
Kau bersedia di pencak keramat
Demi menangkis virus bejat
Yang bermaharajalela di praja

Tika ramai yang mengangkat tangan
Menyerah dan berputus asa
Kau maju kehadapan

Tika yang lain bergembira
Kau menangis
Menanti kejayaan yang tak kunjung tiba

Tika yang lain bersama keluarga
Kau menahan perit bitara
Terpaksa ditepis rindu dikalbu
Demi insan tercinta

Pabila strata pertahanan diceroboh
Kau pun tersujud di medan lawan
Manakan daya
Ajal datang menjemput
Kepergianmu mulia di mata semua
Syahidnya sebutir lazuardi negara

39

ANTOLOGI PUISI Di Bawah Awan Perjuangan

SALAH SIAPA?

Salah siapa
Asal air dilimpah sarap
Bertempiaran di desa
Menenggelami bumbung kota
Salah siapa
membabat hutan rimba
mengundang bencana
menempah murka-Nya
Hujan datang membawa dendam
Merusak harta benda
Ini semua tangis alam
Siapakah lagi kejam
alam atau kita?

40

ANTOLOGI PUISI Di Bawah Awan Perjuangan

NOOR HANISHAH SHAHRIL JASMAN
(HANI SHAH)

PELAJAR JURUSAN SAINS
1M3DS02

KOLEJ MATRIKULASI PAHANG
Berasal dari Kajang,

Selangor Darul Ehsan.

41

ANTOLOGI PUISI Di Bawah Awan Perjuangan

SEPI

Jika dapat kubicarakan pada burung
Bawalah daku terbang
Dari bumi yang penuh dusta ini

Jika dapat kubisikkan pada ikan
Bawalah daku berenang
Merentasi lautan yang luas terbentang
Hingga ke dasar
Jauh...jauh...

Ingin kuberlari sepenuh hati
Dari alam fana ini
Tidak ingin kudengari
Suara sumbang
Suara iri
Yang sering mengguris sanubari
Yang mudah menghukum daku
Tanpa menilai dengan mata hati

Saat ini
Bawalah daku pergi
Dari kesepian...
Keperitan...
Jauh...jauh...

42

ANTOLOGI PUISI Di Bawah Awan Perjuangan

HUJAN

Merenung aku di jendela
Tatkala titis hujan
Tiada hentinya
Berdentam-dentum guruh di langit
Hujan terus datang bagai dicurah-curah
Habis kebasahan bumi kontang
Nan telah lama gersang

Pada titisan hujan itu
Kulihat dedaun pohon bergoyang
Seakan menari ria
Bersyukur alhamdulillah
Menerima rahmat

Laman tumbuhan itu
Kini hidup mekar dan subur
Dapat insan nikmati

Hujan...
Rezeki yang kau tebar
Hutan menebal
Subur menghijau
Di sanalah tempat
Aneka flora fauna
Saling bercengkerama
Menikmati kebesaran Tuhan

43

ANTOLOGI PUISI Di Bawah Awan Perjuangan

ALPA

Kita senang alpa
Keras batu... keras lagi hati
Serta naif akui
Kekhilafan nan dilaku
Bahkan...
tika kesilapan diulangi
Dikhayalkan oleh nafsu syaitan
dan keseronokan palsu

Luas sudah pintu terbuka setiap saat
Juga berulang kali diseru
Namun masih bertangguh menunggu
Sedang ajal kelak pasti
Akan ke mana hendak dilari
Andai pintu tertutup
Peluang pun tiada lagi

Ingatlah hanya di sini
Cuma saat ini kesempatan diberi
Jadi usahlah suka terperi
Menangguh...menunggu...menunda dan menanti
Alpa kan tibanya mati

44

ANTOLOGI PUISI Di Bawah Awan Perjuangan

KOLEJ MATRIKULASI PAHANG

Dengan hamparan pepohonan hijau
Rimbunan rendang daun-daun
Meneduhi bumimu
Rakan-rakan...
Wajahmu belum puas kutatap
Akan kutinggalkan kenangan ini
Walaupun berat hatiku melangkah pergi
Matrikulasi
Sudah tiba saatnya kau tiada lagi ku jejaki
Langkah menelusuri
Hentian yang tidak pernah ternokhtah
Namun... nostalgia pahit manis
Pasti menggamit rinduku padamu
Kolej Matrikulasi Pahang
Apa yang dapat kusumbangkan
Agar tegakmu seiring pesaing
Dudukmu sebaris yang beriring
Hanya doa kecemerlangan menguja
Kami warismu lakar seia sekata

45

ANTOLOGI PUISI Di Bawah Awan Perjuangan

NUR AMYRA SOLEHAH RUSSLAN
(ROSSA MAIRA)

PELAJAR JURUSAN PERAKAUNAN
2A06

KOLEJ MATRIKULASI PAHANG
Berasal dari Kuala Terengganu,

Terengganu Darul Iman

46

ANTOLOGI PUISI Di Bawah Awan Perjuangan

KERINGAT PEJUANG

Nyenyak tidur dicari-cari
nikmat berkeluarga sering dimimpi
seakan sukar untuk dimiliki
semenjak petaka itu...menyinggah tanpa diundang
menyapa mesra meskipun dicerca sedunia

kecewa kekadang berputik di tangkai hati
tatkala perjuangan dipandang lewa
dek mereka yang tandus rasa
tewas dengan kehendak sendiri
sedangkan mereka di barisan utama
bersengkang mata, menahan lapar dahaga, meminggir zuriat
tercinta
tekal dengan ikrar dan janji yang dimeterai
demi nusa , bangsa , dan tanah tercinta

virus yang tidak memilih mangsa
tiada batasan usia, bangsa, pangkat dan harta
menular pantas dan rakus...tegar meragut ribuan nyawa
dalam sekelip mata...sekalipun di negara gergasi dunia
ejen kerdil Corona kini penakluk
digeruni sejagat...lantaran sukar dirawat
penawarnya belum mujarab

tika ini...pejuang barisan hadapan
bermandi keringat dan air mata
berusaha sehabis daya...agar kesembuhan bisa dibina
tanpa bertunjangkan imbalan
apatah lagi pujian semesta

marilah semua...mengikat janji seia sekata
perkasa SOP yang ada...agar perjuangan mereka
dapat kita topangkan bersama

47

ANTOLOGI PUISI Di Bawah Awan Perjuangan

PENDOSA TANPA NOKTAH

Aku
seorang insan biasa
kerdil dan hina
berpijak di bumi yang fana
bergelumang tanpa titik noktah seribu dosa
penuh angkuh
jahil dan congkak

di keheningan malam
lebat embun yang besar titiknya
terpejam seketika
bangkit dari mereluh
ibarat ayam tidur tak lena
teringat akan hal keji dan mungkar

hamparan sejadah biru,aku bersujud
di sepertiga malam
menyebut kalimah agung penuh syahdu
meratap tangisan
linangan air mata
dengan keinsafan
mohon keampunan darimu Tuhan

48

ANTOLOGI PUISI Di Bawah Awan Perjuangan

BANGSA BERSATU

Malaysia
bumi pernah berdarah
mengukir sejarah
demi memayungi kemerdekaan

tanggal 13 Mei menjadi saksi
peristiwa hitam
mencengkam rasa
menggamit memori
membawa seribu makna

tragis menyayat hati
meragut nyawa
berapa ramai yang luka berdarah
pabila marak sengketa
dek megah,pongah,angkuh
menggoncang seluruh negara

ke mana perginya sifat kasih,cinta,
oleh insan bergelar manusia?
sayu sebak kian terasa
tangisan air mata tak mampu diungkap
keranda 196 diarak hiba ke perkuburan

namun...setelah kembalinya cinta sesama bangsa
negara gemilang gah di persada dunia
harapnya kekal selama lama

49

ANTOLOGI PUISI Di Bawah Awan Perjuangan

BASAHAN BUMI

Hujan
membasahi tapak dunia
awan menyelubungi bumi
tangisan air hujan tanpa henti
namun
mereka masih merenung nasib
tanpa arah tuju
bergelut dalam rintihan air mata
keesakan nan pilu,syahdu
seakan akan detik terhenti
tanpa perginya hentaman air hujan
demikian
masih berharap untuk hari esok
akan adanya sinar
utusan gembira
masih kudoakan
pada Ilahi
segala yang baik muncul kembali

50


Click to View FlipBook Version