The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Naskhah terbitan GRUPEMUISI KMPh ini mewakili cetusan rasa fikiran peribadi dan pengalaman setiap penulis yang terdiri daripada gabungan pensyarah dan pelajar Kolej Matrikulasi Pahang sesi 2020/2021 yang disampaikan melalui penulisan puisi sajak dan syair.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by AHMAD NOH, 2021-07-11 04:01:09

Antologi Puisi : DI BAWAH AWAN PERJUANGAN

Naskhah terbitan GRUPEMUISI KMPh ini mewakili cetusan rasa fikiran peribadi dan pengalaman setiap penulis yang terdiri daripada gabungan pensyarah dan pelajar Kolej Matrikulasi Pahang sesi 2020/2021 yang disampaikan melalui penulisan puisi sajak dan syair.

ANTOLOGI PUISI Di Bawah Awan Perjuangan

KIRIMAN KASIH DARI TUHAN

Aku
menyendiri sepi
terpaku melihat keindahan
bersyukur atas kurnianMu
hempasan ombak kian mendekati
kicauan burung menyanyi nyanyi
pasir bertebaran berdiri aku
tersentuhnya lembut
menghela seribu nafas
terukir senyuman menatap wajah
dengan seribu harapan,
ingin kulihat bumi pertiwi
adakah masih begini?
moga pantai terekam dalam lubuk ingatan

51

ANTOLOGI PUISI Di Bawah Awan Perjuangan

NUR ALIA UMAIRAH RUSSLAN
(DHIA AULYA)

PELAJAR JURUSAN PERAKAUNAN
1A05

KOLEJ MATRIKULASI PAHANG
Berasal dari Kuala Terengganu,

Terengganu Darul Iman

52

ANTOLOGI PUISI Di Bawah Awan Perjuangan

TANAH KERAMAT

Kupijak bumi bertuah ini
dengan seribu rasa
syukur bersulam bahagia
memenuhi segenap deria

mentari menyinsing hingga terbenam di ufuk barat
bertebaran jelata
demi mencari sesuap nasi
tanpa perlu risau
jauh dari khuatir
gugurnya napalm di tanah air tercinta

toleh ke kanan pohon nan rendang masih bergoyang
saujana mata memandang
burung-burung berkicau riang
masih dapat kuhirup segarnya bayu dinihari
setelah tibanya senja, rakyat masih dapat terlena
tanpa rasa gundah gulana

hari demi hari kian berlalu
tanah keramat ini masih dapat kupijak
merasai pilarnya kebebasan
kusyukuri nikmat tuhan

53

ANTOLOGI PUISI Di Bawah Awan Perjuangan

MENDEPANI DETIK PERPISAHAN

Hari ini ...setelah menjengahnya fajar
kau bangkit dari lena
terpaku menatap sinar yang sama
suria pagi menyinar girang
mengiringi helaan nafas ...membangunkan semangat
memacu kesediaan berkhidmat

dirimu...memancarkan keserian
memahatkan senyuman dan tawa girang
buat rakan seperjuangan
menyulam imbauan ingatan ...buat kami yang ditinggalkan

tanpa endahkan penat lelah
kau perah segala kudrat mencurah keringat
memenuhi periuk nasi dalam keberkatan
demi insan tercinta

Hari silih berganti seiringan anjakan usia
kini tibanya waktu...yang mencoretkan takdir perpisahan
sebak sayu pilu mencengkam sanubari
menahan sarat keperitan...mendepani detik perpisahan

kenangan lalu yang kita lakar bersama
membawa seribu rindu membungkam
dalam.lipatan sejarah pertemuan bagaikan semalam hadirnya
masih terbayang akan dirimu...dengan koyakan senyuman lebar
di muka pintu...pada hening pagi
menebarkan aura kesungguhan dan iltizam

Akan ku simpan haruman kenangan ini
Terkunci rapi dalam setiap album memori
Kita masih melihat langit yang sama...beriring kasih
Jarak memisahkan tetapi doa menyatukan

54

ANTOLOGI PUISI Di Bawah Awan Perjuangan

SYAIR DALAM SERIBU KENANGAN

Darilah pagi hingga ke senja
setiap masa sanggup bekerja
terukir senyuman di bibir manja
penat dan lelah dibiar saja

tanpa kusangka datang berita
berakhir khidmatmu citra pendeta
tiada kuduga tidakku pinta
di sudut hati kau tetap bertakhta

hari ke hari silih berganti
tibanya waktu tidak dinanti
sayu terpaku beratnya hati
pergimu tuan dirindu pasti

pilunya jiwa kian terasa
menahan hiba setiap masa
curahan budi dan juga jasa
menjadi ingatan berdasawarsa

masih melihat bulan yang sama
diriku kini dalam dilema
sentiasa tersemat kenangan lama
kupanjatkan doa selama lama

55

ANTOLOGI PUISI Di Bawah Awan Perjuangan

SYAIR DENGAN PENUH HARAPAN

2019 menggemparkan negara
corona menyerang tanpa tentera
rakyat hiba hidup sengsara
negara gergasi hilang sejahtera

bermula langkah barisan hadapan
segala rintangan sanggup berdepan
lelah dan penat kekal tersimpan
beriring doa seribu harapan

mereka berjuang memerah keringat
Makan dan lena tiada diingat
hilang tenaga tinggal semangat
Demi negara ikhlas berkhidmat

Mari pulihkan Malaysia tercinta
Patuhi arahan setiap jelata
Jangan turuti nafsu semata
Kelak binasa menanti kita

Jaga kebersihan setiap masa
Jarak fizikal dipatuhi bangsa
Pelitup muka pakai sentiasa
Hanya kita menjaga kita

56

ANTOLOGI PUISI Di Bawah Awan Perjuangan

SYAIR PERWIRA SEJATI

Mengimbau masa berabad lalu
Petaka datang bertalu-talu
Sayunya hati sebak dan pilu
Bagai ditusuk duri sembilu

Datangnya mereka suatu hari
Lalu dikepung kanan dan kiri
Watan korbankan nyawa sendiri
Demi pertahan anak dan isteri

Tanpa menghirau rayu simpati
dek rakus bertakhta di dalam hati
Perang tercetus ramai yang mati
luhurnya budi pertiwi sejati

Dijulang merdeka jasa perwira
Aman dan makmur dikecap negara
Siang dan malam jelata gembira
Jangan alpa bawa sengsara

Pemimpin menggesa rakyat bersatu
Bangkit bersama muafakat sekutu
Pinggir kelahi terap membantu
Wujudkan sebuah negara bermutu

57

ANTOLOGI PUISI Di Bawah Awan Perjuangan

MOHAMMAD HILMI OMAR
(RADEN SULAIMAN)

PELAJAR JURUSAN SAINS
3M1DS12

KOLEJ MATRIKULASI PAHANG
Berasal dari Kemaman,
Terengganu Darul Iman.

58

ANTOLOGI PUISI Di Bawah Awan Perjuangan

ALKISAH PENA DAN TINTA

Pena dan tinta
Dua sahabat yang berpisah tiada
Tanpa mereka siapalah kita
Pastinya sesat di dunia nyata
Jika dibuka lipatan sejarah
Bangsa kita senang dijajah
Kerana ilmunya sedikit parah
Serta pengetahuan kita dijarah
Jadilah seperti Abdullah Munsyi
Setidaknya Hamzah Al Fansuri
Mengarang kitab-kitab sendiri
Lembaran sejarah sehingga kini
Ilmu itu bukan percuma
Tidak pula sekelumit cuma
Marilah kita bersama-sama
Menjadi bangsa unggul ternama

59

ANTOLOGI PUISI Di Bawah Awan Perjuangan

MALAPETAKA VIRUS DURJANA

Coronavirus...
sungguh gah nama mu
Seanterio dunia takut akan hadirmu
Negara mengisytiharkan darurat dengan keberadaanmu
Sungguh zalim gerangan engkau wahai coronavirus
Meragut nyawa manusia yang tidak berdosa
Memacak duka dan seksa
Setiap ketika sepanjang masa
Oh, ataupun adakah mungkin...
Barangkali benar...
Engkau dihantar oleh kuasa dunia
Kerana itulah yang mereka suka
Melihat umat manusia punah dan rosak
Bertikam lidah bertegang urat
Akhirnya manusia berpecah belah
Syabas dan tahniah,engkau telah berjaya!

60

ANTOLOGI PUISI Di Bawah Awan Perjuangan

ALMA MATER KU

Alkisah alma mater ku KMPh
Pensyarahnya sangat berwibawa
Memonteng kelas takkan sekali
Kerja rumah yang diberi berguni
Namun atas satu matlamat
Menghasilkan pelajar berhati nurani

Benarlah sahabat bagai purnama
Menerangi suram dengan cahaya
Mereka menceriakan hidup asrama
Menghilangkan bosan suasana

Bilik menjadi arena ilmu
Ilmu ditimba tidak jemu
Siang politik bersulam teori
Malam diskusi fizik biologi

Singkatnya waktu melewati hidup
Memandang suasana belumlah redup
Pejam celik sahaja, semester pertama sudah habis
Dalam satu tempoh lagi
Dengan tidak semena
Tamatlah kitaran aku di sini
Pada penghujung hari
Pasti keluar akan daku
Dari institusi berprestij ini

61

ANTOLOGI PUISI Di Bawah Awan Perjuangan

PELAJAR ABAD 21

Wahai warga pendidik mulia
Suatu ketika zaman dahulu
Engkau dihormati dan disegani
Apa-apa tindakan mu semuanya benar
Tiada siapa yang akan menyangkal
Siapa menyangkal dialah dangkal
Tidak kenal hujung dan pangkal

Rotan halus terkena tubuh
Sakitnya sampai ke lubuk hati
Dendamnya panjang berbulan
Namun serik itulah yang dihajati
Supaya terbentuk akhlak insani
Pelajar terdidik mulia peribadi

Namun abad ke 21 ini seolah bumi berputar alam
Seakan air berbalik mudik
Guru-guru yang mendenda
Boleh disaman tanpa bantahan
Kelas di maya apatah lagi
Lena pelajar diulit mimpi
Kemana hilang sifat hormatmu
Hilangkah ditelan arus dunia
Atau merasa diri sempurna?

Sepatutnya sukma kita menggeletar
Kerana siapa dapat menyangka
Bahawasanya bakal diangkat pula
Sebutir permata yang sangat berharga
Yakni kepercayaan seorang guru
Buat seluruh anak didiknya

62

ANTOLOGI PUISI Di Bawah Awan Perjuangan

TANGISAN ALAM

Bah sini sana
Datang membawa bala bencana
Tibanya datang tanpa rencana
Umat manusia semua merana

Bah itu musibah alam
Boleh terjadi hanya semalam
Air pasang terlampau dalam
Pasangnya senyap sewaktu kelam

Air menelan sekalian desa
Teratak kami rosak binasa
Berkecai hati beratus laksa
Berpindah kami dengan terpaksa

Bah surut kamipun pulang
Barang berharga musnah dan hilang
Termasuk rantai emas dan gelang
Sakitnya hati bukan kepalang

Dengarlah manusia berpangkat hamba
Janganlah konon merasa hiba
Asyik hitung mendapat laba,
Kerana terlampau tamak haloba.

63

ANTOLOGI PUISI Di Bawah Awan Perjuangan

MUHAMMAD IMAN KHIDIR TARMIDZI
(IBNU TARMIDZI)

PELAJAR JURUSAN PERAKAUNAN
2A08

KOLEJ MATRIKULASI PAHANG
Berasal dari Raub,

Pahang Darul Makmur.

64

ANTOLOGI PUISI Di Bawah Awan Perjuangan

446 TAHUN DIBINGKAI WAKTU

446 tahun tanah ini dijajah
446 tahun tanah ini dirompak kekayaannya
446 tahun jiwa bangsaku dirobek
446 tahun tuan tanah menjadi hamba
446 tahun ditinta sejarah
Aku bersandar dibingkai waktu
Memerhati tingkah laku bangsaku
Di penghujung 446 tahun dahulu merampas tanah tanpa perang
Cukup bersatu, bangkit menjulang kuasa
Bukan peribadi yang dikejar ataupun nama
Hikayat bangsaku yang berduka
Kini bertukar menjadi hikayat bangsaku yang perkasa
Kuncinya bersatu jiwa dan raga
Ikhlas dalam perjuangan
Tulus dalam persaudaraan
Wahai bangsaku
jangan kerana kuasa kita kembali berduka

65

ANTOLOGI PUISI Di Bawah Awan Perjuangan

ASTRAL MELAYU

Orde dunia direncana di astral Melayu
1511 bangsa semenanjung Iberia menjejak Melaka
Membawa aspirasi salib dan memunggah kencana
Malangnya atma Melayu tidak rapuh
Tidak mudah dipesong secara implisit
Konotasi iman menguasai suasana
Modus operandi 130 tahun diimplimentasikan
Segenap jagatraya Melayu tidak putus sinergi
Demi meruntuhkan dominasi yang telah terpatri
Mereka merancang masa menjilat bangsa
Zuriat penderhaka Sultan memulakan langkah
Bagaikan menebus kasus hikayat
Melayu mahu Melaka kembali
Iltizam segenap jiwa hingga masa jadi saksi
Melayu tidak tunduk pada kejatuhan
Johor, Acheh dan Naning ditinta sejarah
Bagai bukti Melayu itu satu walaupun berbeza tanah

66

ANTOLOGI PUISI Di Bawah Awan Perjuangan

ATMA ANAK MUDA

Mereka laungkan anak muda itu harapan bangsa
Negara ini ditangan generasi seterusnya
Tetapi pada minda mereka hanyalah kuasa
Prinsip dan harapan bangsa diketepikan
Atma anak muda kian memberontak
Wajah sama bermain catur sang penguasa
Tikam menikam itu perkara biasa
Dibalik senyum dan jabat tangan mereka berpura
Inikah maju dan demokrasi di tanah kita ?
Atma anak muda kian memberontak
Anak muda perlu segera bangkit
Tunjukkan pada mereka masa depan itu milik kita
Biarkan kita yang mencatur, setelah sekian lama kita dicatur
Di gerbang demokrasi, ini bukan fantasi
Tetapi realiti yang dinanti

67

ANTOLOGI PUISI Di Bawah Awan Perjuangan

NAFISUDDIN SULAIMAN
( NAFIS )

PELAJAR JURUSAN PERAKAUNAN
2A09

KOLEJ MATRIKULASI PAHANG
Berasal dari Simpang Renggam,

Johor Darul Takzim

68

ANTOLOGI PUISI Di Bawah Awan Perjuangan

TAUSIYAH PADA YANG MENCARI TUJUAN

Aku cuma insan biasa
Sebentuk duli pada yang maha esa
Kunukilkan tausiyah ini buat manusia
Bangunlah dari lenamu wahai pelupa

Duhai manusia
Apakah kau alpa hidup itu sekali
Apakah kau lupa mati itu pasti
Berjuanglah hingga nafasmu berhenti
Semoga kecapi sesuatu yang bererti

Duhai manusia
Adakah hidupmu ditatapi cabaran
Adakah hidupmu didiami dugaan
Carilah kawan dan bukannya lawan
Nescaya rintangan kau hadapi sebagai pahlawan

Duhai manusia
Adakah waktumu bermimpi kejayaan
Adakah jiwamu meronta demi kebahagiaan
Bukalah mata hatimu daripada kegelapan
Belajarlah mensyukuri nikmat tuhan
Nescaya akalmu arif ke hadapan

Duhai manusia
Tazkirah ini kuharap tidak bernoktah
Menuju dari jiwa ke hati
Kukirimkan doa sebagai tanda tidak mengalah
Untuk mendapatkan sesuatu hikmah yang indah

69

ANTOLOGI PUISI Di Bawah Awan Perjuangan

PEMUDA PEMANGKIN BANGSA

Duhai pemuda
peneraju bangsa identiti budaya
harapan dijunjung karisma diperkasa
dikaulah cerminan pimpinan mendatang
keluarlah jiwamu dari kepompong gua
berkilaulah dibumi ini seakan cahaya

Duhai pemuda
usahlah asyik mendongak kelangit
hingga kau lupa asalmu itu dibumi
menulislah di masa sekarang
sebagai ingatan pewaris di masa hadapan
nescaya sejarah tidak berulang kembali

Duhai pemuda
ketahuilah dunia itu sifatnya fana
ketahuilah akhirat itu sifatnya abadi
teguhkan prinsip didadamu maka emasmu tidak tersia
teruskan berlari diperjalanan hidupmu
walau kehausan janganlah berhenti

Duhai pemuda
hargailah kemanisan disebalik kesilapan
belajarlah berdiri walau bersendirian
belajarlah mensyukuri walau kesempitan
krn kejayaan bukanlah sebulat harapan
realisasikan mimpi yang pernah dibuaikan

70

ANTOLOGI PUISI Di Bawah Awan Perjuangan

KESATUAN DITABIR PERBEZAAN

Hitam atau putih
bukanlah halangan menabur kasih
bukanlah hina atau mulia untuk disisih
diskriminasi terhenti pabila hati mulai bersih
kesatuan terbina mahabbah terukir

Hitam atau putih
sungguhpun wujud perbezaan rupa dan paras
bukanlah alasan arus perpecahan
tiada yang tercipta dari emas permata
terciptanya dari tanah kembali ke tanah

Hitam atau putih
sungguhpun wujud perbezaan bangsa
bukanlah penghalang percintaan si hati
memiliki akal senjata berfikir
ayuh bersatu saling melengkapi

Hitam atau putih
cukuplah dibeza tanpa kasihan
cukuplah dibaur demi rusuhan
sedarkah ia kurniaan tuhan
bersyukurlah kalian sesama insan

71

ANTOLOGI PUISI Di Bawah Awan Perjuangan

KOLEJ MATRIKULASI PAHANG

GRUPEMUISI
Kolej Matrikulasi Pahang ini telah ditubuhkan
secara tidak rasmi pada 19 November 2020 atas
inisiatif yang dilakukan oleh Encik Ahmad Noh

melalui perantara media sosial ketika
Perintahan Kawalan Pergerakan (PKP)
Covid 19 berlangsung. Penubuhan ini dijadikan
medan kepada pelajar yang berminat dalam
penulisan kreatif khususnya genre puisi
menggunakan masa yang terluang di rumah
untuk berkarya seterusnya dapat memperkasakan
kesusasteraan melayu agar warisan ini terus
mengharum sepanjang zaman untuk diwarisi

generasi masa depan.

72


Click to View FlipBook Version