S T RPAE LTAENG I K
KPLB
2021-2025
SISTEM INFRASTrUKTUR
PENYAMPAIAN ASAS
MODAL EKONOMI
INSAN KEUSAHAWANAN
“Luar Bandar Sejahtera”
S T RRKKPP2AA0EEPP21LLTT-2LL0AA2EE5BBNN GG I K
S T I K
2021-2025
SISTEM INFRASTrUKTUR
PENYAMPAIAN ASAS
SISTEM INFRASTrUKTUR
PENYAMPAIAN ASAS EKONOMI
MODAL
INSAN
KEUSAHAWANAN EKONOMI
“Luar Bandar Sejahtera”
MODAL
INSAN
KEUSAHAWANAN
“Luar Bandar Sejahtera”
Cetakan Pertama 2021
Hak Cipta Kementerian Pembangunan Luar Bandar
Diterbitkan oleh:
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
No. 47, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 PUTRAJAYA
Telefon : 03-8891 2110
Faks : 03-8888 2328
Laman Sesawang : www.rurallink.gov.my
Dicetak oleh:
D’FA PRINT SDN BHD
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula,
disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan
sebarang alat jua, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan
sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Bahagian Perancangan Strategik,
Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
KANDUNGAN
RINGKASAN EKSEKUTIF 1
PERUTUSAN MENTERI 2
PERUTUSAN TIMBALAN MENTERI I 4
PERUTUSAN TIMBALAN MENTERI II 6
KATA ALU-ALUAN KETUA SETIAUSAHA 8
BAB 1: PENDAHULUAN 12
16
PENGENALAN 18
LATAR BELAKANG KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR 24
BANDAR
AGENSI-AGENSI KEMENTERIAN
CARTA ORGANISASI
BAB 2: HALA TUJU 28
29
VISI, MISI DAN MOTO 30
NILAI BERSAMA
FOKUS STRATEGIK
BAB 3: TADBIR URUS 36
37
PUNCA KUASA 38
AKTA AGENSI-AGENSI DI BAWAH KEMENTERIAN 39
PEMEGANG TARUH 40
MEKANISME PELAKSANAAN 41
INISIATIF-INISIATIF PELAKSANAAN 42
ELEMEN PENENTU KEJAYAAN
PENERAPAN ELEMEN MODAL SOSIAL
BAB 4: STRATEGI DAN FORMULASI TINDAKAN 46
48
PETA PELAN STRATEGIK 51
PETA FOKUS STRATEGIK 57
FOKUS STRATEGIK 1 - INFRASTRUKTUR ASAS 65
FOKUS STRATEGIK 2 - EKONOMI 73
FOKUS STRATEGIK 3 - KEUSAHAWANAN 79
FOKUS STRATEGIK 4 - MODAL INSAN
FOKUS STRATEGIK 5 - SISTEM PENYAMPAIAN
BAB 5: PEMANTAUAN 88
90
JAWATANKUASA PEMANTAUAN PELAN STRATEGIK
PELAPORAN
BAB 6: PENUTUP 94
KESIMPULAN
SENARAI SINGKATAN 95
PELAN STRATEGIK 1
KPLB 2021-2025
RINGKASAN
EKSEKUTIF
Pelan Strategik KPLB 2021–2025 disediakan untuk tempoh lima tahun dirangka berdasarkan
peranan utama KPLB dan dijajarkan dengan DPLB 2030. Secara umumnya, KPLB memberi
tumpuan utama terhadap kawasan luar bandar yang mempunyai seramai 7.89 juta penduduk
dan merupakan 23.4 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia pada tahun
2020.
Pelan Strategik KPLB 2021–2025 merupakan satu dokumen hala tuju strategik yang disediakan
dengan perancangan teliti melalui penglibatan pihak pengurusan tertinggi, bahagian dan
agensi serta kerjasama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia
(MAMPU) ke arah memastikan pelan yang disediakan ini dapat memberi manfaat terutamanya
kepada pemegang taruh luar bandar secara menyeluruh, inklusif dan berterusan.
Lima fokus strategik diberikan penekanan dalam pelan ini merangkumi infrastruktur asas,
ekonomi, keusahawanan, modal insan dan sistem penyampaian. Sebanyak 22 strategi dan
92 program telah dirangka termasuk 163 indikator sasaran bagi memacu pembangunan luar
bandar secara holistik dan mampan.
2 KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
“Luar Bandar Sejahtera”
PERUTUSAN
MENTERI
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Luar Bandar Sejahtera.
Pembangunan luar bandar merupakan antara agenda utama negara ke arah mencapai
pembangunan yang seimbang, mampan, adil dan inklusif. Pada masa ini, kawasan luar bandar
berhadapan dengan cabaran-cabaran baharu seperti globalisasi, perubahan iklim, bencana
alam dan Revolusi Perindustrian 4.0. Pada masa yang sama, cabaran sedia ada seperti
aksesibiliti, kemiskinan dan peluang pekerjaan yang terhad masih perlu diberi perhatian.
Situasi luar jangka seperti penularan pandemik COVID-19 telah mengakibatkan cabaran-
cabaran ini menjadi lebih signifikan dan perlu diatasi segera. Justeru, sekarang adalah
masa yang tepat bagi KPLB merangka dan menambah baik strategi pelaksanaan program
dalam usaha memacu agenda pembangunan luar bandar sekaligus dapat merapatkan jurang
pembangunan antara bandar dan luar bandar.
Pelan Strategik KPLB 2021-2025 ini mengurangkan migrasi dari luar bandar ke
merupakan satu manifestasi ketersediaan bandar.
KPLB untuk membangunkan kawasan luar
bandar ke arah mencapai visi “Luar Bandar Pelan Strategik KPLB 2021-2025 juga
Sejahtera”. Dalam hal ini, tumpuan bukan akan mendukung pelaksanaan Dasar
sahaja diberikan untuk melengkapkan Pembangunan Luar Bandar 2030 dan
infrastruktur asas di kawasan luar Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.
bandar, tetapi juga bagi mewujudkan Melalui perancangan secara berfokus dan
persekitaran yang kondusif untuk pelaburan, strategi yang jelas, saya percaya program-
pembangunan aktiviti ekonomi dan sosial program pembangunan luar bandar yang
yang akan memberi faedah kepada penduduk telah dirancang adalah relevan dengan situasi
luar bandar. Ini seterusnya akan mewujudkan semasa dan akan datang serta menepati
kawasan luar bandar yang sesuai untuk hasrat pemegang taruh KPLB khususnya
didiami termasuk oleh golongan belia dan penduduk luar bandar.
PELAN STRATEGIK 3
KPLB 2021-2025
ju“gPaelaaknaSntmraetengdiukkKuPnLgBpe2l0a2k1s-a2n0a2a5n
Dasar Pembangunan Luar Bandar
2030 dan Wawasan Kemakmuran
Bersama 2030.”
Akhir kata, saya mengambil
kesempatan ini mengucapkan terima
kasih kepada warga KPLB termasuk
agensi-agensi di bawah KPLB serta
pihak Unit Pemodenan Tadbiran
dan Perancangan Pengurusan
Malaysia (MAMPU) yang telah
menyumbangkan idea, pandangan
dan usaha sehingga terhasilnya
Pelan Strategik KPLB 2021-2025.
Saya berharap semangat dan usaha
murni ini diteruskan oleh semua
warga KPLB dalam melaksanakan
strategi dan program yang telah
dirancang di bawah Pelan Strategik
KPLB 2021-2025 demi kesejahteraan
penduduk luar bandar.
DATUK DR. ABD LATIFF AHMAD
Menteri Pembangunan Luar Bandar
15 Disember 2020
4 KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
“Luar Bandar Sejahtera”
PERUTUSAN
TIMBALAN MENTERI I
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Luar Bandar Sejahtera.
Syabas dan setinggi-tinggi penghargaan kepada warga KPLB yang berusaha dengan
gigih bagi menyediakan Pelan Strategik KPLB 2021-2025. Dokumen yang berasaskan
aspirasi Dasar Pembangunan Luar Bandar 2030 ini berfokuskan kepada keberhasilan
atau outcome-based dalam pelaksanaan program utama Kementerian merangkumi
kesemua lima fokus strategik. Pendekatan ini akan memberi impak signifikan
terhadap kumpulan sasar dan seterusnya menjadi rujukan Kementerian dalam usaha
merapatkan jurang sosioekonomi di antara bandar dan luar bandar.
Era pasca COVID-19 dengan norma daripada buah fikiran pengurusan tertinggi
baharu sudah tentu menjadi cabaran getir dan pandangan daripada semua bahagian
buat masyarakat luar bandar. Justeru, dan agensi jabatan di Kementerian
penyediaan kemudahan infrastruktur ini diyakini dapat menjadi landasan
asas yang lengkap serta pelaksanaan lonjakan pembangunan sosioekonomi
program ekonomi secara terancang pasti masyarakat luar bandar di negara
dapat membantu meningkatkan taraf ini. Peningkatan taraf sosioekonomi
hidup rakyat, khususnya masyarakat ini seterusnya akan membawa kepada
luar bandar yang turut terkesan akibat kehidupan luar bandar sejahtera
daripada pandemik ini. Pelan Strategik sepertimana yang dihasratkan di dalam
yang komprehensif dan inklusif hasil Dasar Pembangunan Luar Bandar 2030.
PELAN STRATEGIK 5
KPLB 2021-2025
“Pseelcaakrsaatnearaanncparnoggrpaamstei kdoanpoamt i
membantu meningkatkan taraf
hidup rakyat.”
Akhir kata, saya mengajak seluruh
warga Kementerian untuk berganding
bahu menjulang iltizam Kerajaan
memperjuang Wawasan Kemakmuran
Bersama 2030 dengan memastikan
kepentingan dan kesejahteraan
masyarakat luar bandar menjadi
matlamat kita semua. Semoga segala
perancangan dan strategi yang dibina
bersama ini akan dapat kita jayakan
dengan cemerlang.
DATO’ SRI ABDUL RAHMAN BIN MOHAMAD
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I
15 Disember 2020
6 KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
“Luar Bandar Sejahtera”
PERUTUSAN
TIMBALAN MENTERI II
Salam Luar Bandar Sejahtera.
Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada seluruh
warga Kementerian terutama pihak pengurusan tertinggi atas segala usaha dan
kerja keras dalam menghasilkan Pelan Strategik KPLB 2021-2025. Dokumen penting
ini dibangunkan secara menyeluruh dan berstruktur yang mana setiap program
telah dirancang mempunyai indikator yang jelas bagi kesemua segmen pelanggan
Kementerian. Sehubungan itu, pelan ini wajar dijadikan rujukan utama pegawai dalam
perancangan dan pelaksanaan gerak kerja demi memastikan kesejahteraan hidup
masyarakat luar bandar.
Memasuki tahun 2021 menjadi permulaan di seluruh negara yang lebih makmur
yang kritikal bagi kita semua kerana tercapai. Program pembangunan
ianya merupakan tahun pertama bagi Kementerian yang saling melengkapi
Rancangan Malaysia Ke-12. Selaras seperti menyediakan persekitaran
dengan hala tuju pembangunan negara kondusif untuk para usahawan dan
di selekoh baharu yang sangat mencabar, pemerkasaaan modal insan terutamanya
Pelan Strategik dengan petunjuk dan golongan muda serta kepimpinan
sasaran yang jelas dapat memastikan masyarakat adalah kemestian untuk
kemajuan sosioekonomi di seluruh mewujudkan masyarakat luar bandar
wilayah secara inklusif dan bermakna ke sejahtera.
arah menjadikan kawasan luar bandar
PELAN STRATEGIK 7
KPLB 2021-2025
agar “sHelaurrauphanwasragyaa KadPaLlBahdapat
bermsaimsiay-asnagmdaiikmraernkjaaynadkiadnavliasmi dan
Pelan Strategik KPLB 2021-2025.”
Harapan saya adalah agar seluruh
warga Kementerian dapat bersama-
sama menjayakan visi dan misi
yang diikrarkan di dalam Pelan
Strategik KPLB 2021-2025 ini bagi
merealisasi agenda kemakmuran
bersama yang menjadi aspirasi
rakyat. Sesungguhnya gagasan
murni Kerajaan menerusi Wawasan
Kemakmuran Bersama 2030 akan
dapat dicapai jika seluruh jentera
Kerajaan termasuk Kementerian
ini membulatkan tekad dengan
memastikan semua perancangan
dan program pembangunan
dilaksanakan dengan strategik serta
berkesan menerusi dokumen pelan
strategik masing-masing.
DATO HENRY SUM AGONG
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar II
15 Disember 2020
8 KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
“Luar Bandar Sejahtera”
KATA ALU-ALUAN
KETUA SETIAUSAHA
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Luar Bandar Sejahtera.
Saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah swt kerana dengan izin-Nya, KPLB
dapat menghasilkan dokumen Pelan Strategik KPLB 2021-2025 sebagai halacara
untuk melaksanakan agenda pembangunan luar bandar secara holistik dan berkesan.
Pelan ini disandarkan kepada Dasar Pembangunan Luar Bandar 2030. Terdapat lima
fokus strategik di bawah pelan ini yang merangkumi 22 strategi, 92 program dan
163 sasaran ke arah menjadikan KPLB sebagai sebuah organisasi yang bersedia
menghadapi apa jua cabaran semasa dan akan datang agar kekal relevan sebagai
peneraju pembangunan luar bandar. Menerusi Pelan Strategik yang baharu ini, strategi
yang dirangka adalah lebih menyeluruh dengan sasaran yang berfokus kepada output
dan outcome yang lebih jelas.
Melalui pelan ini, pelaksanaan program sedia ada akan diperkukuh dan beberapa
program baharu diperkenal yang boleh memberi nilai tambah kepada masyarakat luar
bandar. Tumpuan turut diberikan kepada pemantapan modal sosial yang merupakan
aset utama yang boleh dimanfaatkan untuk pembangunan luar bandar dalam era
globalisasi ini. Pemantauan secara berterusan serta pelaporan secara berkala akan
dilaksanakan untuk memastikan Pelan Strategik KPLB 2021-2025 mencapai sasaran
dan outcome yang telah ditetapkan.
Sebagai panduan dalam memastikan keberkesanan segala strategi dan fokus utama,
dokumen ini bersifat dinamik dan sentiasa bersifat terbuka sekiranya mempunyai
nilai-nilai baharu berdasarkan peraturan dan keperluan semasa.
PELAN STRATEGIK 9
KPLB 2021-2025
“pParkoeaglanrkadsmiapnbeaarakhnuakrpuurhodgidpraaenmrkbesenebadelirayaaapndaga
kepbaodleahmmaesmyabrearkiantilluaiatrabmabnadhar.”
Akhir kata, syabas diucapkan kepada
semua pihak yang terlibat dalam
membangunkan dokumen Pelan
Strategik KPLB 2021-2025. Semoga
komitmen tinggi seluruh warga
Kementerian dalam menjayakan
pelan ini akan menjadikan KPLB
sebuah organisasi cemerlang
dan dinamik dalam memberikan
perkhidmatan terbaik kepada
masyarakat luar bandar.
DATO’ DR. AHMAD JAILANI BIN MUHAMED YUNUS
Ketua Setiausaha
Kementerian Pembangunan Luar Bandar
15 Disember 2020
Pembangunan
Luar Bandar
Terus Berkembang
Seiring Dengan
Peredaran Zaman
1BAB
PENDAHULUAN
12 KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
“Luar Bandar Sejahtera”
PENGENALAN
Pembangunan luar bandar telah mengalami beberapa
evolusi penting sebelum dan selepas kemerdekaan
sehinggalah ke era modenisasi. Perancangan
pembangunan luar bandar ini bermula pada tahun
1954 apabila satu perwakilan Bank Dunia membuat
perakuan kepada Kerajaan tentang pembangunan
negara. Maka hasil daripada itu, Rancangan Malaya
Pertama (RMA1) pada tahun 1956 telah terhasil
yang mana matlamat utama RMA1 adalah memberi
tumpuan kepada pembangunan luar bandar melalui
program-program ekonomi yang dapat membantu
meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar.
PELAN STRATEGIK 13
KPLB 2021-2025
Transformasi pembangunan luar bermula pada tahun 1991 sehingga
bandar dapat dilihat berdasarkan 2000 bagi meneruskan dasar
kerangka pembangunan negara “pertumbuhan dengan pengagihan’’
yang dikategorikan kepada dua yang menumpukan kepada pembasmian
kemiskinan disamping meneruskan
keadaan iaitu fasa pertama bermula penstrukturan semula masyarakat
melalui program meningkatkan
pada tahun 1957 hingga 1993 dan fasa pembentukan Masyarakat Perindustrian
dan Perdagangan Bumiputera.
kedua bermula pada tahun 1994 hingga
2020. Dalam tempoh fasa pertama,
Pelan Pembangunan Ekonomi Desa
atau dikenali “RED Book Plan” telah
dilancarkan pada 6 Mei 1960 oleh Agenda pembangunan luar bandar
Tun Abdul Razak bin Hussein yang diteruskan dalam fasa kedua
ketika itu Timbalan Perdana Menteri melalui Falsafah dan Strategi Baru
merangkap Menteri Pembangunan Pembangunan Luar Bandar (FSBPLB)
Negara dan Luar Bandar. Pelan yang diperkenal pada tahun 1994.
ini merupakan satu anjakan Falsafah disebalik FSBPLB ini adalah
paradigma terhadap pembangunan ke arah menjadikan luar bandar maju,
luar bandar yang menumpukan menarik dan menguntungkan menjelang
kepada penyediaan keperluan asas tahun 2020. Tujuh inisiatif diberikan
minimum di peringkat bawahan penekanan meliputi pembangunan
menggunakan teknik bilik manusia yang cemerlang;
gerakan untuk menyelaras pengukuhan institusi
Jawatankuasa Bertindak di keluarga yang sejahtera;
peringkat kampung, daerah, pembangunan masyarakat
negeri dan kebangsaan. berdaya tahan; penyediaan
Tidak terhenti setakat infrastruktur yang berkualiti;
itu, penggubalan Dasar pembangunan ekonomi
Ekonomi Baru (DEB) yang mapan; penyediaan
yang bermula pada tahun sistem penyampaian yang
1971 sehingga 1990 berkesan; dan pewujudan
telah diperkenal dengan rangka kerja institusi
matlamat membasmi yang responsif kepada
kemiskinan dan menyusun perubahan. Sepanjang fasa
semula masyarakat bagi ini, program pendekatan
menangani ketidak- pembangunan desa
seimbangan ekonomi. bersepadu yang meliputi
Selepas berakhirnya DEB, program pembangunan
Kerajaan melaksanakan pertanian serta pelaksanaan
Dasar Pembangunan Gerakan Desa Wawasan
Nasional (DPN) yang (GDW) dan Gerakan
14 KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
“Luar Bandar Sejahtera”
Daya Wawasan (GDayaW) dilaksanakan untuk
membantu meningkatkan taraf sosioekonomi
penduduk setempat serta bagi mencapai
pembangunan luar bandar yang cemerlang.
Menyedari bahawa dunia ke arah globalisasi,
Kerajaan bergerak seiring dengan kemodenan
melalui penggubalan Pelan Induk Pembangunan
Luar Bandar (PIPLB) yang dirangka pada tahun
2010 untuk menjadikan luar bandar sebagai
sebuah kawasan yang ekonominya berdaya
maju, masyarakatnya sejahtera dan
persekitarannya lestari
sejajar dengan
wawasan negara ke
arah mencapai taraf
sebuah negara maju
yang berpendapatan
tinggi. Dalam fasa
kedua ini juga, Kerajaan
turut merangka Model
Ekonomi Baru (2011-
2020) yang mana
perancangan rapi telah
disusun bagi tempoh 10
tahun dengan pelaksanaan
dasar-dasar baharu seperti
Program Transformasi
Kerajaan (GTP), Program
Transformasi Ekonomi (ETP)
dan Program Transformasi
PELAN STRATEGIK 15
KPLB 2021-2025
Luar Bandar (RTP). Antara matlamat di bawah dasar-dasar ini adalah
merancakkan pembangunan luar bandar melalui penyediaan infrastruktur
asas dan kemudahan sosial, pembangunan sosioekonomi dan peningkatan
kualiti hidup, serta penjanaan pendapatan dan mencipta peluang pekerjaan.
KPLB meneruskan gagasan ke arah luar bandar sejahtera dengan
memperkenal Dasar Pembangunan Luar Bandar 2030 (DPLB 2030) yang
dilancarkan pada 27 Jun 2019 oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana
Menteri ketujuh. DPLB 2030 dirangka meliputi dua rancangan lima tahun
negara iaitu RMKe-12 (2021-2025) dan RMKe-13 (2026-2030) berlandaskan
tiga prinsip iaitu “kemampanan” dengan mengutamakan kualiti dan
kesejahteraan hidup bermasyarakat; “inklusif” iaitu pembangunan yang
mengambil kira keseimbangan kaum, gender, kumpulan umur, keupayaan diri,
tahap pendidikan, pendapatan dan kedudukan geografi; dan “holistik” yang
merangkumi pelbagai dimensi seperti sosial, ekonomi, rohani, fizikal, budaya
dan tadbir urus. Dasar ini seiring dengan WKB 2030 yang antaranya memberi
penekanan kepada merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar
bandar, serta jurang pendapatan antara kaum dan kumpulan pendapatan isi rumah.
Tanggungjawab dan komitmen KPLB bagi memastikan luar bandar
terus aman, maju dan gemilang tidak pernah terhenti, bahkan pelbagai
perancangan pembangunan luar bandar terus dirangka sama ada oleh KPLB
sendiri mahupun agensi di bawahnya. Justeru, KPLB akan terus menjadi
sebagai peneraju pembangunan luar bandar yang mendukung gagasan
WKB 2030 demi menjadikan luar bandar lebih makmur dan sejahtera.
16 KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
“Luar Bandar Sejahtera”
Latar Belakang
Kementerian Pembangunan Luar Bandar
1959 Buku Merah dilancarkan pada 6 Mei 1961 KPNLB dimansuhkan pada Disember 1976 1981
1960 untuk menyelaras, merancang dan peranannya diserapkan ke
dan memantau pembangunan luar Kementerian-Kementerian lain yang
bandar. berkaitan.
LPKP atau lebih dikenali sebagai
RIDA diserap masuk ke KPNLB
untuk memberi keselesaan dan
menaik taraf sosioekonomi
penduduk luar bandar.
KPNLB ditubuhkan pada 17 1960 SDO diwujudkan dan diletakkan di bawah 1976 Dato’ Seri Dr. Mahathir bin
November 1959 untuk tanggungjawab KPNLB untuk memperhebat Mohamad, Perdana Menteri
menyelaras, merancang dan pembangunan luar bandar. menubuhkan semula KPNLB
memantau pembangunan KEMAS ditubuhkan dan dibawa masuk ke pada 18 Julai 1981 bersama
luar bandar. KPNLB yang mana pada ketika itu fokus kemasukan agensi baharu
keutamaan terhadap Program Pembasmian seperti MARA, PKKM dan Bank
Buta Huruf dalam kalangan orang dewasa. Bank Rakyat.
2001 KPLB dijenamakan semula kepada KKLW pada 27 2005 MARA sekali lagi diletakkan di bawah KKLW pada 9
Mac 2004 bersama kemasukan tiga agensi rangkaian April 2009, selepas pembubaran MeCD pada 15 April
iaitu LKTS, BDA dan SALCRA. 2009.
Manakala, pada tahun yang sama program Pejabat KKLW Negeri diwujudkan pada Oktober 2009.
pembasmian kemiskinan bandar dipindahkan ke
KPKT. Dalam tahun ini, KKLW turut menyambut ulang tahun
“Jubli Emas” yang ke-50 pada 17 November 2009.
JHEOA masuk semula ke PERDA keluar daripada KKLW dan diletakkan di
KPLB daripada Kementerian bawah kawalan ICU, JPM pada 15 Ogos 2005.
Perpaduan Negara dan
Pembangunan Masyarakat 2004 2009
pada 31 Januari 2001.
PELAN STRATEGIK 17
KPLB 2021-2025
1990 FELDA dan JHEOA keluar daripada KPLB. 1994
Manakala, DARA dan LKWJ dibubarkan Bahagian Pembasmian Kemiskinan
pada 17 November 1993. dipindahkan ke KPLB dari ICU, JPM pada
8 Mei 1995.
KPNLB dijenamakan kepada KPLB pada Pelancaran FSBPLB ke arah
Oktober 1990 selaras dengan penstrukturan Wawasan 2020 sebagai
Kementerian yang melibatkan perpindahan landasan pembangunan luar
masuk JHEOA, LKW dan LKT. bandar.
Kemasukan LKW merangkumi DARA, LKWJ, 1993 1995
KEJORA, KETENGAH, KESEDAR, KEDA, dan
PERDA. Manakala, kemasukan LKT pula
merangkumi FELDA, FELCRA dan RISDA.
Dalam tahun yang sama, agensi-agensi
seperti MARA, PKMM dan Bank Rakyat
dipindahkan ke Kementerian Perusahaan
Awam kemudiannya dikenali sebagai
Kementerian Pembangunan Usahawan dan
Koperasi (MeCD).
2010 JHEOA dijenamakan kepada JAKOA. 2018 Pelancaran DPLB 2030 oleh Tun Dr. 2020
Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri
KKLW berpindah bangunan dari pada 27 Jun 2019.
Blok D9, Kompleks D, Putrajaya ke
Lot 4G8, Persiaran Perdana, Presint
4, Putrajaya pada September 2011.
Pelancaran PIPLB oleh Dato’ 2011 KKLW dijenamakan semula kepada KPLB pada 18 2019 Penyusunan semula struktur
Seri Mohd Najib bin Tun Abd Mei 2018. dan fungsi Kementerian
Razak, Perdana Menteri PERDA masuk semula ke KPLB daripada ICU, JPM menyebabkan sekali lagi
Malaysia pada 12 Oktober pada 19 Oktober 2018 dan pada masa yang sama JAKOA, RISDA dan FELCRA
2010. JAKOA dipindahkan ke JPM, RISDA dan FELCRA dipindahkan ke KPLB pada 2
pula dipindahkan ke Kementerian Hal Ehwal April 2020.
Ekonomi (MEA).
18 KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
“Luar Bandar Sejahtera”
AGENSI-AGENSI
KEMENTERIAN
Majlis Amanah Rakyat (MARA)
MARA ditubuhkan pada 1 Mac 1966 di bawah Akta
Majlis Amanah Rakyat 1966 [Akta 489] dengan tujuan
memajukan, menggalakkan, memudahkan dan
menjalankan pembangunan ekonomi serta sosial
dalam Malaysia khususnya bagi kawasan-kawasan
luar bandar.
Penubuhan MARA berasaskan cetusan idea dalam
Kongres Ekonomi Bumiputera Pertama yang telah
diadakan pada tahun 1965 di Kuala Lumpur. Melalui
Kongres tersebut, resolusi supaya RIDA yang
ditubuhkan pada tahun 1950 disusun semula agar
badan ini menjadi pencetus perubahan dalam pelbagai
aspek pembangunan sosioekonomi masyarakat yang
berfokuskan kepada pembangunan sumber modal
insan menerusi keusahawanan dan tenaga kerja.
PELAN STRATEGIK 19
KPLB 2021-2025
Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil
Perusahaan Getah (RISDA)
RISDA ditubuhkan pada 1 Januari 1973 di bawah
Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil
Perusahaan Getah 1972 [Akta 85].
Objektif penubuhan RISDA bertujuan untuk
menggalakkan penanaman semula dan penanaman
baharu tumbuhan getah dalam sektor pekebun
kecil; membangunkan dan menggalakkan industri
getah dalam kalangan sektor pekebun kecil;
mengawal selia industri getah dalam sektor pekebun
kecil kecuali penyelidikan ke atas getah; dan
membangunkan matlamat, dasar dan keutamaan
negara bagi pembangunan serta pentadbiran teratur
sektor pekebun kecil.
Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)
KEMAS adalah lanjutan daripada Bahagian
Pelajaran Dewasa yang telah ditubuhkan pada
tahun 1961, melalui kertas kabinet Bil.385/25/60
dengan memberi fokus utama kepada program
“Pembasmian Buta Huruf”.
Berikutan pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB)
pada tahun 1970, Jabatan ini telah ditukar namanya kepada KEMAS dengan penekanan kepada
usaha-usaha pembangunan masyarakat di luar bandar.
Menjelang tahun 1977, gerakan membasmi buta huruf ini telah dipertingkat dengan
pengenalan konsep “Functional Literacy” oleh UNESCO sebagai satu usaha untuk menjadikan
gerakan membasmi kemiskinan sebagai satu daripada strategi membangunkan masyarakat
luar bandar.
20 KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
“Luar Bandar Sejahtera”
Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) Berhad
FELCRA Berhad sebelum ini merupakan sebuah Badan
Berkanun Kerajaan dikenali sebagai FELCRA ditubuhkan
pada 1 April 1966 di bawah Akta Memperbadankan Lembaga
Pemulihan dan Penyatuan Tanah.
Bermula pada 1 September 1997, FELCRA telah
dikorporatkan dan statusnya berubah daripada sebuah
Badan Berkanun kepada sebuah entiti syarikat milik penuh
Kerajaan berdasarkan Akta Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (Penggantian
dan Pembubaran) 1997 [Akta 570]. Penggubalan akta baharu ini menjadikan FELCRA Berhad
sebagai sebuah syarikat yang mengambil alih peranan FELCRA.
FELCRA Berhad masih melaksanakan tanggungjawab sosial terhadap para peserta termasuk
masyarakat luar bandar. Tanggungjawab sosial ini merupakan prasyarat utama dalam
perjanjian pengkorporatan FELCRA Berhad dengan Kerajaan. Berbekalkan kemahiran dalam
bidang pengurusan ladang dan aktiviti-aktiviti teras, FELCRA Berhad telah mempelbagaikan
bidang kegiatan termasuk menyertai sektor perindustrian dan perkhidmatan serta bidang
perniagaan baharu selaras dengan aspirasi pembangunan nasional.
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
Jabatan Orang Asli (JOA) telah ditubuhkan pada 25
Februari 1954 di bawah Akta Orang Asli 1954 [Akta
134] untuk memberi perlindungan, kesentosaan
(kesejahteraan) dan kemajuan Orang Asli di
Semenanjung Malaysia. Penubuhan JOA pada
peringkat awal adalah berorientasikan keselamatan iaitu untuk memastikan masyarakat Orang
Asli tidak terpengaruh dengan gerakan komunisme.
Pada tahun 1963, JOA telah bertukar nama kepada JHEOA sehingga tahun 2011, sebelum dikenali
sebagai JAKOA sehingga sekarang. Peranan JAKOA diperluas dengan misi untuk melaksanakan
pembangunan secara inklusif bagi meningkatkan taraf sosioekonomi dan kualiti hidup ke arah
kemajuan dengan memartabatkan warisan yang unggul masyarakat Orang Asli.
Antara matlamat utama JAKOA adalah bagi meningkatkan pendapatan masyarakat Orang Asli dan
mengeluarkan mereka dari garis kemiskinan serta memperluas skop kemudahan prasarana di
perkampungan Orang Asli. Selain itu, JAKOA berperanan memperkasakan masyarakat Orang Asli
dengan meningkatkan taraf pendidikan dan tahap kesihatan bagi kesejahteraan hidup masyarakat
Orang Asli agar seiring dengan masyarakat perdana.
PELAN STRATEGIK 21
KPLB 2021-2025
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah
(PERDA) (KETENGAH)
PERDA ditubuhkan pada 1 Jun 1983 di KETENGAH telah ditubuhkan pada 12 April
bawah Akta Lembaga Kemajuan Wilayah 1973 di bawah Akta Lembaga Kemajuan
Pulau Pinang 1983 [Akta 282] dengan Terengganu Tengah 1973 [Akta 104].
tujuan memajukan kumpulan sasar PERDA KETENGAH diberi kuasa untuk menjalankan
dalam bidang sosioekonomi melalui usaha- pembangunan ekonomi dan sosial di
usaha pembangunan modal insan, ekonomi kawasan seluas 443,876 hektar meliputi
dan fizikal serta penumpuan terhadap pedalaman daerah Dungun, Kemaman dan
peningkatan taraf hidup. Hulu Terengganu.
Secara amnya, PERDA beroperasi di empat Pada 12 Jun 1993, kawasan pembangunan
daerah iaitu Seberang Perai Utara, Seberang Tasik Kenyir, Hulu Terengganu seluas 209,199
Perai Tengah, Seberang Perai Selatan dan hektar telah diwartakan melalui P.U.(B) 356
Daerah Barat Daya kecuali Daerah Timur dan pelan warta kawasan No. PW486 sebagai
Laut. Peranan utama PERDA adalah untuk sebahagian daripada kawasan KETENGAH
melaksanakan program pembangunan menjadikan keseluruhan wilayah KETENGAH
meliputi bidang hartanah, latihan kemahiran, berjumlah 653,075 hektar atau kira-kira satu
ekonomi, modal insan, dan pelaburan. perdua daripada keluasan negeri Terengganu.
22 KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
“Luar Bandar Sejahtera”
Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah
(KEDA)
(KESEDAR)
KEDA ditubuhkan pada 28 Mei 1981 di
KESEDAR ditubuhkan pada 1 Mei 1978 di bawah Akta Lembaga Kemajuan Wilayah
bawah Akta Lembaga Kemajuan Kelantan Kedah 1981 [Akta 249] dengan tujuan bagi
Selatan 1978 [Akta 203] dengan tujuan membantu mempercepat pembangunan
bagi mengimbangi komposisi penduduk di sosioekonomi di kawasan KEDA. Kawasan
antara Kelantan Selatan dengan Kelantan operasi KEDA meliputi keluasan 8,297 km
Utara; mengecilkan jurang pembangunan persegi daripada keseluruhan negeri Kedah.
antara kawasan; meningkatkan kemudahan
infrastruktur dan kemudahan awam; KEDA diberi tanggungjawab dalam
membasmi kemiskinan, menyusun semula
masyarakat dan membangunkan modal pelbagai aspek pembangunan
insan.
sosioekonomi, pembasmian kemiskinan
KESEDAR diberi kuasa menjalankan
pembangunan ekonomi dan sosial di dan menyeimbangkan pembangunan fizikal
kawasan seluas 1.234 juta hektar meliputi
jajahan Gua Musang seluas 797,976 hektar, antara bandar dan luar bandar.
jajahan Kuala Krai seluas 227,690 hektar,
jajahan Jeli seluas 129,680 hektar dan
sebahagian jajahan Tanah Merah (Ulu Kusial
dan Jedok) seluas 78,652 hektar.
PELAN STRATEGIK 23
KPLB 2021-2025
Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)
KEJORA telah ditubuhkan pada 1 Jun 1972 di bawah Akta
Lembaga Kemajuan Johor Tenggara 1972 [Akta 75]. KEJORA
juga telah diberikan kuasa di bawah Enakmen Lembaga
Kemajuan Johor Tenggara 1972 untuk mengurangkan
ketidakseimbangan ekonomi yang wujud di antara kawasan
dalam negeri Johor dengan mewujudkan peluang-peluang
pekerjaan dan mempercepat pertumbuhan ekonomi dalam
wilayah KEJORA.
Wilayah KEJORA terletak di dalam dua daerah iaitu Kota Tinggi dan Kluang yang meliputi
kawasan seluas 300,277 hektar. Keluasan kawasan KEJORA lebih kurang 16 peratus daripada
negeri Johor (Pelan Gazet 738 bertarikh 7 Mei 1972, Seksyen 410 KTN).
Institut Kemajuan Desa (INFRA)
Penubuhan INFRA pada tahun 1996 wajar dilihat sebagai
kemuncak dan lanjutan kepada tekad dan wawasan besar
Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Hussein yang dimulakan
sejak awal tahun 1960-an bagi membela nasib masyarakat desa
menerusi strategi membangunkan kawasan luar bandar dan
memperkasakan potensi warga desa.
Menerusi kertas cadangan mewujudkan Institusi Latihan Pembangunan Desa yang
dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas bagi Mengkaji Jawatan Tertinggi (JKTT)
yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara pada 13 Oktober 1995, maka keputusan
dicapai untuk memperakukan penubuhan INFRA menerusi penyusunan semula Institut
SEDAR. Persetujuan Jemaah Menteri atas perakuan JKTT pada 6 Mac 1996 menandakan
rasmi penubuhan INFRA.
Penyusunan semula INFRA diluluskan pada 1 September 2005 dengan pewujudan INFRA
Cawangan Sabah di Kota Kinabalu dan INFRA Cawangan Sarawak di Kuching. Kedua-duanya
mulai beroperasi pada 1 Februari 2008. INFRA Cawangan Sarawak kemudiannya berpindah
operasi ke bangunan baharu di Kota Samarahan setelah bangunan baharu tersebut siap pada
2 Oktober 2018.
24 KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
“Luar Bandar Sejahtera”
CARTA MENTERI
ORGANISASI TIMBALAN MENT
KETUA SETIAUSAHA
TIMBALAN MENTERI I
TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA SE
(DASAR) (PEMBANGUNAN)
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
BHG. PERANCANGAN STRATEGIK BHG. PRASARANA
KETUA UNIT
SETIAUSAHA BAHAGIAN SETIAUSAHA BAHAGIAN
UNIT AUDIT DALAM
INSTITUT KEMAJUAN DESA BHG. PENYELARASAN DAN
KETUA UNIT (INFRA) PEMANTAUAN
UNIT PERUNDANGAN PENGARAH SETIAUSAHA BAHAGIAN
KETUA UNIT BHG. PELABURAN DAN KAWAL BHG. KESEJAHTERAAN RAKYAT
SELIA ANAK SYARIKAT
UNIT INTEGRITI SETIAUSAHA BAHAGIAN
SETIAUSAHA BAHAGIAN
KETUA UNIT BHG. KEMAJUAN TANAH DAN
BHG. KOMUNITI DESA WILAYAH
PEJABAT KPLB NEGERI
SETIAUSAHA BAHAGIAN SETIAUSAHA BAHAGIAN
• SABAH
• SARAWAK BHG. PEMBANGUNAN BHG. TEKNIKAL
• PAHANG USAHAWAN DESA
• SELANGOR/W.P KL SETIAUSAHA BAHAGIAN
• NEGERI SEMBILAN/MELAKA SETIAUSAHA BAHAGIAN
• PERAK
• KELANTAN BHG. PEMBANGUNAN
• KEDAH/PERLIS/P.PINANG EKONOMI KOMUNITI
• TERENGGANU
• JOHOR SETIAUSAHA BAHAGIAN
PELAN STRATEGIK 25
KPLB 2021-2025
MENTERI
TIMBALAN MENTERI II
KETUA SETIAUSAHA
MBALAN KETUA SETIAUSAHA SETIAUSAHA BAHAGIAN KANAN MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)
(PEMBANGUNAN) (KHIDMAT PENGURUSAN)
KETUA PENGARAH
BHG. PRASARANA BHG. PENGURUSAN SUMBER
MANUSIA PIHAK BERKUASA KEMAJUAN
SETIAUSAHA BAHAGIAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN
SETIAUSAHA BAHAGIAN GETAH (RISDA)
BHG. PENYELARASAN DAN
PEMANTAUAN BHG. PENTADBIRAN DAN KETUA PENGARAH
PENGURUSAN ASET
SETIAUSAHA BAHAGIAN JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT
SETIAUSAHA BAHAGIAN (KEMAS)
BHG. KESEJAHTERAAN RAKYAT
BHG. KEWANGAN KETUA PENGARAH
SETIAUSAHA BAHAGIAN
SETIAUSAHA BAHAGIAN LEMBAGA PENYATUAN DAN
BHG. KEMAJUAN TANAH DAN PEMULIHAN TANAH PERSEKUTUAN
WILAYAH BHG. PEROLEHAN (FELCRA) BERHAD
SETIAUSAHA BAHAGIAN SETIAUSAHA BAHAGIAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
BHG. TEKNIKAL BHG. AKAUN JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI
(JAKOA)
SETIAUSAHA BAHAGIAN SETIAUSAHA BAHAGIAN
KETUA PENGARAH
BHG. PENGURUSAN MAKLUMAT
LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH
SETIAUSAHA BAHAGIAN PULAU PINANG (PERDA)
PENGURUS BESAR
LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU
TENGAH (KETENGAH)
PENGURUS BESAR
LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN
SELATAN (KESEDAR)
PENGURUS BESAR
LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH
KEDAH (KEDA)
PENGURUS BESAR
LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR
TENGGARA (KEJORA)
PENGURUS BESAR
Budaya Kerja
Yang Positif Adalah Perlu
Bagi Memastikan Hala Tuju
Kementerian Dapat
Dilaksanakan
Dengan Sempurna
Dan Teratur
2BAB HALA
TUJU
28 KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
“Luar Bandar Sejahtera”
VISI
Menerajui pembangunan infrastruktur asas dan
sosioekonomi luar bandar menjelang tahun 2025
MISI
Melengkapkan infrastruktur asas yang berkualiti
dan mempertingkat kemampanan sosioekonomi
masyarakat luar bandar berteraskan pembangunan
yang inklusif dan holistik
MOTO
Luar Bandar Sejahtera
PELAN STRATEGIK 29
KPLB 2021-2025
NILAI
BERSAMA
Lapan Nilai Bersama yang dihayati di KPLB membentuk akronim P.R.I.H.A.T.I.N dengan
membawa maksud mengambil berat dan kesungguhan dengan menunjukkan minat atau
perhatian berat pada seseorang atau sesuatu. Nilai-nilai ini akan menjadi satu budaya
organisasi yang dipegang sebagai prinsip sosial, piawaian dan matlamat dalam penyampaian
perkhidmatan yang menepati keperluan dan kehendak masyarakat luar bandar.
PROFESIONALISME
Kebolehan untuk mempamerkan kualiti dan kompetensi kerja dalam persekitaran tugas yang
mencabar
RESPONSIF
Sensitif dan peka terhadap keperluan masyarakat dan persekitaran luar bandar
INTEGRITI
Beretika tinggi, bermoral dan mengamalkan nilai murni dalam melaksanakan tugas
HOLISTIK
Pendekatan secara menyeluruh dengan komitmen semua pihak bagi memastikan visi dan misi
tercapai
AKAUNTABILITI
Berkhidmat dengan penuh rasa kebertanggungjawaban berpandukan kepada undang-undang,
prosedur dan peraturan yang berkuat kuasa
TEKAD
Bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tanggungjawab dengan cekap dan berwibawa
INOVASI
Proaktif dan kreatif untuk meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan
NEUTRAL
Mengamalkan prinsip berkecuali dalam merealisasikan pelaksanaan dasar dan penyampaian
perkhidmatan
30 KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
“Luar Bandar Sejahtera”
FOKUS
STRATEGIK
DPLB 2030 telah merumuskan
wawasan “Luar Bandar Yang
Sejahtera, Inklusif, Mampan
dan Holistik” sebagai agenda utama
dalam proses pembangunan luar
bandar di Malaysia menjelang tahun
2030. Selaras dengan wawasan ini,
Pelan Strategik KPLB 2021-2025
menjajarkan lima fokus strategik
khusus untuk menterjemahkan
hasrat Kerajaan dalam
memastikan masyarakat luar
bandar mempunyai akses
kepada infrastruktur asas
dan kemudahan sosial yang
setanding dengan kawasan
bandar, struktur ekonomi
yang kukuh, mempunyai
peluang yang luas untuk
membina keupayaan modal
insan dan menerima
perkhidmatan dalam
tadbir urus yang mudah
sebagaimana masyarakat
di bandar.
PELAN STRATEGIK 31
KPLB 2021 - 2025
Penjajaran Fokus Strategik berdasarkan Peranan Utama KPLB dan DPLB 2030
Fokus Strategik Peranan Utama KPLB Teras DPLB 2030
Infrastruktur Asas Penyediaan infrastruktur asas Prasarana
Ekonomi Perumahan, pembangunan
wilayah dan penempatan desa
Keusahawanan
Modal Insan Pemerkasaan ekonomi Ekonomi
dan keusahawanan
Sistem Penyampaian Perumahan, pembangunan
Pemajuan tanah dan wilayah wilayah dan penempatan desa
Pembasmian kemiskinan
Biodiversiti dan alam
Pemerkasaan ekonomi sekitar mampan
dan keusahawanan Keusahawanan
Belia
Wanita
Pembangunan modal insan Modal insan
Belia
Penyampaian perkhidmatan Sistem penyampaian
dan tadbir urus
Kehidupan luar bandar
yang sejahtera
32 KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
“Luar Bandar Sejahtera”
SISTEM PENYAMPAIAN
Sistem penyampaian dalam konteks Kerajaan merujuk kepada pelaksanaan
perkhidmatan dan pentadbiran Kerajaan kepada masyarakat supaya lebih
berkesan, cepat dan bermanfaat. Sistem penyampaian bersifat abstrak
yang diukur berdasarkan kecekapan organisasi melaksanakan fungsi-
fungsi penting selari dengan dasar-dasar Kerajaan ke arah mencapai
visi dan misi yang ditetapkan.
Dalam konteks KPLB, pelaksanaan sistem penyampaian boleh SISTEM
diterjemahkan seperti pentadbiran dan pengurusan organisasi PENYAMPAIAN
yang cekap, berkesan serta berintegriti; jalinan kerjasama
strategik di antara pihak Kerajaan dan Kerajaan, swasta, NGO
serta komuniti; pemantapan sumber dan maklumat yang
komprehensif serta efisien; dan pewujudan persekitaran
tempat kerja yang kondusif serta selamat.
MODAL INSAN
Modal insan merupakan himpunan keupayaan dalaman, MODAL
pengetahuan dan kemahiran yang dibina serta dimiliki INSAN
oleh setiap individu sepanjang hayatnya termasuklah
keupayaan fizikal, intelektual dan psikologi.
Himpunan yang ada pada diri seseorang itu dapat
memberi pulangan pendapatan dan menyumbang
ke arah pertumbuhan ekonomi negara.
Dalam konteks KPLB, pembangunan modal
insan luar bandar seperti pelaksanaan program
pendidikan dan kemahiran yang fleksibel;
pemerkasaan institusi kepimpinan masyarakat yang
unggul; pemantapan nilai, jati diri, sahsiah, jasmani
dan rohani yang seimbang; pembangunan bakat yang
berterusan; dan pengupayaan masyarakat yang berdaya tahan
serta berdaya saing.
KEUSAHAWANAN
Keusahawanan merupakan himpunan amalan seperti mentafsir persekitaran,
mengenal pasti peluang, memanfaatkan sumber-sumber ekonomi, menjalankan
sesuatu projek, menjana pendapatan, dan membuat kebajikan sosial yang memenuhi
keperluan serta kehendak pengguna atau masyarakat.
Dalam konteks KPLB, keusahawanan ialah himpunan amalan yang dilakukan oleh peniaga
atau usahawan sama ada melalui inisiatif persendirian atau dengan bimbingan dan
galakan Kerajaan dalam menentukan corak perniagaan yang dapat memberi kebaikan
kepada masyarakat termasuklah melahirkan golongan usahawan berdaya saing, berdikari,
berkemahiran dan kompetitif.
PELAN STRATEGIK 33
KPLB 2021-2025
INFRASTRUKTUR ASAS
Infrastruktur asas merupakan kemudahan dan perkhidmatan yang dibangunkan oleh
pihak Kerajaan seperti jalan raya, jambatan, tenaga elektrik, bekalan dan sumber
air, pengurusan sisa, telekomunikasi dan internet. Pembangunan dan penyediaan
infrastruktur asas ini adalah untuk melancarkan kehidupan harian
manusia termasuklah urusan pihak Kerajaan, swasta, komuniti,
usahawan dan lain-lain.
INFRASTrUKTUR Dalam konteks KPLB, infrastruktur asas luar bandar boleh
ASAS dirujuk sebagai pembangunan dan penyediaan Jalan Luar
Bandar (JALB), Jalan Perhubungan Desa (JPD), Jalan
Pertanian, Bekalan Air Luar Bandar (BALB), Bekalan Elektrik
Luar Bandar (BELB) dan Program Ameniti Sosial (PAMS).
EKONOMI
EKONOMI Ekonomi merupakan aktiviti-aktiviti pengeluaran,
KEUSAHAWANAN pengedaran, pertukaran dan penggunaan sumber
yang saling berkaitan untuk memenuhi kehendak
manusia. Dalam konteks pembangunan ekonomi
komuniti, ianya merupakan sebagai penggunaan
sumber tempatan yang terhad bagi meningkatkan
peluang ekonomi yang dapat menambah baik
taraf kehidupan masyarakat. Antara inisiatif
dalam ekonomi komuniti yang dilaksanakan
seperti mengatasi krisis bagi meningkatkan
peluang dalam kalangan masyarakat yang kurang
bernasib baik secara berpusat dengan menggabungkan
pembangunan sosial dan ekonomi untuk memupuk
kesejahteraan ekonomi, sosial, ekologi dan budaya masyarakat.
Dalam konteks KPLB, aktiviti-aktiviti ekonomi yang ditekankan seperti
pembasmian kemiskinan, peningkatan pendapatan, peningkatan kualiti dan
pendapatan isi rumah dalam golongan B40, dan pembangunan institusi serta
masyarakat melalui projek-projek ekonomi yang bermanfaat.
Kecekapan Tadbir Urus
Dapat Meningkatkan
Produktiviti Dalam
Perkhidmatan Awam
3BAB TADBIR
URUS
36 KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
“Luar Bandar Sejahtera”
PUNCA KUASA
Akta Fungsi-Fungsi Menteri 1969
Akta Fungsi-Fungsi Menteri 1969: Perintah Menteri-Menteri
Kerajaan Persekutuan (No. 3) (Pindaan 2020), KPLB
dipertanggungkan dengan tanggungjawab mengenai jabatan
seperti MARA, RISDA, KEMAS, FELCRA BERHAD, JAKOA,
PERDA, KETENGAH, KESEDAR, KEDA, KEJORA dan INFRA.
Pekeliling Transformasi Mesyuarat Hala Tuju Strategik
Pentadbiran Awam KPLB Tahun 2020
Pekeliling Transformasi Pentadbiran Keputusan Mesyuarat Hala Tuju
Awam Bilangan 1 Tahun 2018 – Strategik KPLB Tahun 2020 yang
Panduan Pelaksanaan Sistem bertarikh 6 hingga 9 Disember
2019 supaya menyediakan satu
Pengurusan Berkualiti Berasaskan
MS ISO 9001: 2015 Bagi Agensi dokumen Pelan Strategik
Kementerian bagi tempoh lima
Sektor Awam, tarikh berkuatkuasa tahun sebagai panduan dalam
mulai 18 Januari 2018 supaya melaksanakan program/projek
semua Kementerian/Jabatan/ yang tersusun dan bermatlamat
sejajar dengan DPLB 2030 serta
Agensi Kerajaan di Persekutuan dan dasar-dasar semasa Kerajaan
Negeri mempertimbang untuk
mewujudkan Pelan Strategik yang berkuat kuasa.
Organisasi sebagai panduan
pengurusan perkhidmatan dan
tadbir urus berkualiti.
PELAN STRATEGIK 37
KPLB 2021-2025
Akta Majlis Amanah Rakyat 1966
[Akta 489]
Akta Pihak Berkuasa Kemajuan
Pekebun Kecil Perusahaan Getah 1972
[Akta 85] pindaan 2016
Akta Lembaga Pemulihan dan
Penyatuan Tanah Negara
(Penggantian dan Pembubaran) 1997
[Akta 570]
AAgeknstia-agensi Akta Orang Asli 1954
[Akta 134]
di bawah Kementerian
Akta Lembaga Kemajuan Wilayah
Pulau Pinang 1983
[Akta 282]
Akta Lembaga Kemajuan
Terengganu Tengah 1973
[Akta 104] pindaan 2017
Akta Lembaga Kemajuan Kelantan
Selatan 1978
[Akta 203] pindaan 2017
Akta Lembaga Kemajuan Wilayah
Kedah 1981
[Akta 249 pindaan 2017]
Akta Lembaga Kemajuan Johor
Tenggara 1972
[Akta 75] pindaan 2017
38 KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
“Luar Bandar Sejahtera”
Pemegang
Taruh
PIHAK RAKAN PELANGGAN
BERKEPENTINGAN STRATEGIK (KUMPULAN SASAR)
PIHAK BERKEPENTINGAN RAKAN STRATEGIK
• Anggota Pentadbiran • Kementerian-Kementerian
• Ketua Setiausaha Negara • Agensi-Agensi Pusat
• Kerajaan Negeri • Pihak Swasta
• Pertubuhan Bukan Kerajaan
• Pertubuhan dan Organisasi
Antarabangsa
PELANGGAN (KUMPULAN SASAR)
• Masyarakat luar bandar • Usahawan luar bandar
• Pelajar (sekolah/universiti)
• Masyarakat Orang Asli • Pembekal perkhidmatan
• Pemimpin masyarakat
• Golongan miskin tegar dan miskin
• Pekebun kecil getah/sawit
PELAN STRATEGIK 39
KPLB 2021-2025
MEKANISME
PELAKSANAAN
PROGRAM
STRATEGI SASARAN
FOKUS HASIL
STRATEGIK
VISI
MISI
Mekanisme pelaksanaan adalah berpandukan lima dimensi iaitu pembangunan
fokus strategik, penetapan strategi yang rapi, pemilihan program yang utama,
perancangan sasaran yang spesifik, dan jangkaan keberhasilan yang maksimum
ke arah pencapaian visi dan misi pelan ini.
Pelaksanaan pelan ini memerlukan kerjasama daripada pelbagai peringkat
termasuk pihak pengurusan tertinggi sehingga kumpulan sokongan.
Justeru, semua pihak perlu memainkan peranan penting dengan menggalas
tanggungjawab dan mengambil berat memastikan pelan ini dapat dilaksanakan
secara berkesan mengikut perancangan yang telah ditetapkan.
40 KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
“Luar Bandar Sejahtera”
INISIATIF-INISIATIF
PELAKSANAAN
Memuat naik
A BportalpMernoggadraakman kesedaran buku Pelan Strategik
kweapragdaa
ke dalam laman
dan membuat
mhaesbyaahraankkaetpuadmaum melalui
media sosial rasmi KPLB.
mengenai
.
CMemastikan setiap bahagian
Sdanaasgeansri amennjaKjarekarnja
Tahunan (SKT)
selari dengan perancangan yang
telah digariskan di dalam
Pelan Strategik.
FPencapaian
D Setiap bahagian dan agensi
dipertanggungjawab Pelan
strategibadgiasetniap inisiatif Strategik
yang telah ditetapkan di dalam
Pelan Strategik. akan dipantau melalui
dua jawatankuasa
Semua program/projek yang telah iPaietumJaawantdanukudaasna
Jawatankuasa Teknikal
Edirangka oleh setiap bahagian bagi memastikan
dan agensi perlulah memohon
peruntukan kewangan bagi memastikan pelaksanaan program
program/projek yang dirangka dapat
dilaksanakan dengan berkesan. menekankan pendekatan
output dan
outcome ke arah
penjimatan kewangan
yang optimum.
PELAN STRATEGIK 41
KPLB 2021-2025
ELEMEN
PENENTU KEJAYAAN
Komitmen Pengurusan Atasan dan Warga KPLB
Pengurusan atasan dan warga KPLB merupakan komponen utama bagi menentukan
pelaksanaan pelan ini berjaya. Pengurusan atasan perlu memberikan perhatian serius
serta komitmen yang tinggi bagi menjayakan pelan ini, manakala warga KPLB pula
mestilah memahami dan mempunyai iltizam untuk bersama-sama memastikan
pelaksanaan setiap perancangan dilaksanakan seperti yang ditetapkan.
Peruntukan Kewangan
Peruntukan tahunan KPLB hendaklah diselaraskan dengan peruntukan bagi
program-program yang akan dilaksanakan seperti yang telah digariskan dalam pelan
ini. Pembahagian peruntukan perlu berdasarkan keutamaan sesuatu program dalam
menyumbang kepada usaha untuk menjayakan visi dan misi pelan ini.
Sistem Pengurusan Pelaksanaan
Sistem pengurusan pelaksanaan akan membantu mengesan kemajuan perancangan.
Pemantauan secara berkala dan penambahbaikan yang berterusan perlu bagi
memastikan perancangan yang ditetapkan sentiasa berada di landasan yang betul.
Pembentukan Prosedur dan Peraturan Bersesuaian
Prosedur dan peraturan yang bersesuaian di peringkat KPLB perlu dibentuk bagi
menghapuskan kerenah birokrasi dan penghalang kepada kejayaan, melaksanakan
amalan-amalan pengurusan yang baik, menggalakkan perkongsian maklumat dan
daya kreativiti dalam kalangan pengurusan atasan dan warga KPLB.
Budaya Organisasi
Mewujudkan budaya kerja yang positif adalah perlu bagi memastikan perancangan
program/projek KPLB dapat dilaksanakan dengan sempurna. Penerapan elemen
nilai-nilai bersama iaitu P.R.I.H.A.T.I.N (Profesionalisme, Responsif, Integriti, Holistik,
Akauntabiliti, Tekad, Inovasi dan Neutral) dalam budaya kerja warga KPLB akan dapat
menyuntik semangat “KEKITAAN” sebagai sebuah pasukan yang utuh, kuat dan cekal.
42 KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
“Luar Bandar Sejahtera”
PENERAPAN ELEMEN
MODAL SOSIAL
sdoispeesdalelkiPyeeutbamsaumenaelpnnbrgrmkelgekaaoebneernniblataersmgaonlupbaeusldopeainbinhadahn.biaarhakannlagni Modal sosial merupakan jaringan perhubungan dengan
perkongsian norma, nilai dan pemahaman yang dapat
membantu memudahkan kerjasama di antara atau dalam
kalangan individu atau kumpulan. Selain itu, ia juga
dikaitkan dengan elemen kepercayaan yang mempunyai
perkaitan dengan interaksi positif dalam kalangan
masyarakat.
Modal sosial boleh dilihat melalui satu kaedah yang
digunakan untuk pembangunan kawasan luar bandar. Hal
ini kerana modal sosial memberi kesan kepada kaedah
penduduk luar bandar berhubung dan berinteraksi antara
satu dengan yang lain serta menyusun atur diri mereka
untuk membangunkan kampung masing-masing.
KPLB akan memberi penekanan terhadap pemantapan modal sosial melalui pelaksanaan
program/projek yang dapat memberi impak kepada kumpulan sasar seperti program berbentuk
ekonomi, keusahawanan dan modal insan. Bukan itu sahaja, penglibatan pihak luar seperti
agensi Kerajaan, swasta dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) akan dapat meningkatkan
lagi pembangunan modal sosial melalui rantaian kerjasama yang menguntungkan. Hal ini
termasuklah dengan menggalakkan “participatory planning” bagi membolehkan penduduk
kampung terlibat secara aktif dalam pembangunan kampung yang terancang, di samping
melaksanakan program sesi libat urus bersama pihak swasta dan NGO terutamanya
dalam aspek pembangunan luar bandar.
MODAL SOSIAL
Penglibatan Kepercayaan Timbal Balik Nilai & Norma
Jaringan Kekitaan Perhubungan
Tanggungjawab
Warga Kementerian
Untuk Memahami Dan
Menghayati Pelan
Strategik Adalah Penting
Agar Matlamat Ke Arah Luar
Bandar Sejahtera
Dapat Dicapai