The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL PDPR PRASEKOLAH KEMANUSIAAN PPDKK 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sirosa77, 2021-07-18 20:16:48

MODUL PDPR PRASEKOLAH KEMANUSIAAN

MODUL PDPR PRASEKOLAH KEMANUSIAAN PPDKK 2021

MODUL PdPR PRASEKOLAH
(TUNJANG KEMANUSIAAN)

ISI KANDUNGAN

Isi kandungan i
Sekapur Sireh ii
Sidang Editor iii
Prakata iv
Panduan Penggunaan Modul v
Tajuk kemahiran vii

KEMAHIRAN 1: MEMAHAMI DIRI DAN HUBUNGAN DENGAN KELUARGA
KM 1.1: Memahami diri dan hubungan dengan keluarga

KEMAHIRAN 2 : MEMAHAMI HUBUNGAN DENGAN SEKOLAH
KM 2.2 Memahami hubungan dengan sekolah

KEMAHIRAN 3 : MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB MENJAGA KEMUDAHAN AWAM
KM 2.3 Memahami tanggungjawab dan hubungan diri dengan komuniti.

KEMAHIRAN 4 : MENGETAHUI NEGARA MALAYSIA.
KM 3.1 Mengenal Malaysia

KEMAHIRAN 5 : MENUNJUKKAN SIKAP CINTA AKAN NEGARA.
KM 3.2 Memahami lambang atau identiti negara

KEMAHIRAN 6 : MENGHARGAI WARISAN BUDAYA MASYARAKAT MALAYSIA
KM 4.1 Memahami warisan budaya masyarakat Malaysia

KEMAHIRAN 7 : MENUNJUKKAN SIKAP MENYAYANGI ALAM SEKITAR
KM 5.1 Memahami keindahan alam sekitar
KM 5.2 Memahami perhubungan manusia dan alam sekitar
KM 5.3 Memelihara dan memulihara alam sekitar

Profil Penulis
Penghargaan

SEKAPUR SIREH, SEUNTAI BICARA

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Salam Kuala Kangsar Teratas dan Salam Kuala Kangsar Satu Matlamat.

Ucapan sekalung tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada
barisan Jawatankuasa Penulisan Modul Prasekolah di bawah Unit
Pemulihan Khas, Sektor Pembelajaran, PPD Kuala Kangsar yang terdiri
daripada jurulatih-jurulatih utama, guru-guru serta pegawai-pegawai
yang telah berjaya menghasilkan Modul PdPR Prasekolah berasaskan
Instrumen Pentaksiran Prasekolah Kebangsaan (IPPK) bagi tujuan
membantu memudahkan pelaksanaan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran kepada murid-murid prasekolah samada di rumah
mahupun di bilik darjah sekaligus membantu dalam pengumpulan data
pentaksiran prasekolah sepanjang tahun.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan perkenanNya, modul ini
akhirnya dapat diterbitkan untuk kegunaan bersama dalam proses memantapkan PdPc antara guru-guru
dan murid-murid serta ibu bapa yang turut membantu dalam penguasaan kemahiran dan perkembangan
anak-anak di rumah.

Modul PdPR Prasekolah dibangunkan sesuai dengan permintaan dan keperluan pendidikan masa kini.
Berlabuhnya tirai 2020 telah menyaksikan perubahan dalam sistem pendidikan di negara kita yang turut
terkesan dengan wabak pandemik Covid-19 dimana pembelajaran secara bersemuka tidak lagi menjadi
pilihan sebaliknya penekanan lebih kepada penguasaan kemahiran yang perlu diberi perhatian. Justeru
dengan adanya Modul Pengajaran dan Pembelajaran seperti ini, diharapkan dapat membantu guru, ibu
bapa dan murid dari segi penguasaan kemahiran dan perkembangan yang diperlukan oleh murid-murid
prasekolah.

Dalam usaha ke arah transformasi dan pembaharuan sistem pendidikan inilah, barisan Jawatankuasa
Penulisan Modul Prasekolah telah berkolaboratif mencurah idea dan menggembleng tenaga bertungkus
lumus bagi merealisasikan penghasilan naskah modul yang boleh digunakan bersama untuk keperluan
membantu meningkat dan memartabatkan keberhasilan bidang pendidikan di daerah Kuala Kangsar,
khasnya bagi bidang Prasekolah.Diharapkan penggunaan modul ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-
baiknya dan berkesan sebagai bahan bantu pengajaran untuk keperluan bersama.

Akhir kalam, saya mendoakan agar semua warga pendidikan yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung dengan projek penghasilan modul ini akan terus berjaya dan sejahtera menjayakan agenda
pendidikan negara demi melahirkan masyarakat Malaysia yang gemilang dan harmonis selaras dengan
aspirasi negara.

Semoga segala usaha dan kerja buat diberkati. Insha’Allah.

“KUALA KANGSAR TERATAS, KUALA KANGSAR SATU MATLAMAT”

SAFUAN BIN HAJI RABA’AI, PPT
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KUALA KANGSAR,
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA KANGSAR.

SIDANG EDITOR
Modul PdPR Prasekolah
(TUNJANG KEMANUSIAAN)

PPD Kuala Kangsar

Penasihat Tuan Safuan bin Hj. Raba’ai, PPT
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar

Pengerusi En. Roslee bin Abdul Wahab
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Pembelajaran)
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar

Pegawai Penyunting 1. Puan Hjh. Noor Shidah bt Sulaiman
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Pemulihan Khas
(Penyelaras Pembelajaran Prasekolah)
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar

2.En. Azneezal Ar-Rashid bin Mohd. Ramli
Pegawai SISC+ (Sains dan Matematik)
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar

3.En. Mohd Rassidee bin Mohd Rasid
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah
(Prasekolah dan Rendah)
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar

Ketua Panel Dr. Siti Rohana binti Salleh
Panel Guru Cemerlang Prasekolah
Penulis Modul Kolej Vokasional Kuala Kangsar

1. En. Asrul Nizam bin Mat Nayan (SK Padang Asam)
2. En. Mohd Khiri bin Masbol (SK Raja Muda Musa)

1. En. Abdullah bin Hassan (SK Talang)
2. En. Mohd Asrul bin Shafiai (SK Pos Poi)
3. En. Zakuan bin Mohammad (SK Pos Sungai Pelantok)
4. En. Shahril Ridzuan bin Shohoddin (SK Pos Legap)
5. Puan Nur Hidayah binti Othman (SK Pos Perwor)
6. Puan Siti Norshakila binti Mohd Sari (SK Kg Kenang)

Rekabentuk En. Faisal bin Ismail
Guru Prasekolah SK Pos Piah

PRAKATA

Modul PdPR Prasekolah (Kemanusiaan) ini dihasilkan khusus untuk membantu guru-guru
prasekolah serta ibu bapa yang terlibat dalam menekankan kepada penguasaan ilmu dan
amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global. Modul ini
diharapkan dapat merealisasikan amanat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) agar semua
murid dapat menguasai semangat patriotisme dan perpaduan sejak peringkat prasekolah lagi.

Modul PdPR Prasekolah (Kemanusiaan) ini telah disusun dan dimurnikan oleh Jurulatih-
jurulatih Utama dengan kerjasama dan bantuan guru-guru Prasekolah PPD Kuala Kangsar.
Modul yang disediakan ini adalah berdasarkan konstruk kemahiran yang telah ditetapkan dalam
Kuruikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Modul ini mengandungi latihan dan
aktiviti berdasarkan kemahiran bagi memperkasakan sifat kemanusiaan murid. Modul ini juga
turut diselitkan dengan contoh dan model PdPc berbentuk interaktif serta ilustrasi yang pelbagai
dan bersesuaian bagi menjadikan proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) yang lebih
menarik dan berkesan agar dapat membantu merangsang minat murid untuk belajar.

Penghasilan Modul PdPR Prasekolah (Kemanusiaan) ini diharapkan dapat membentuk
murid dalam memahami diri sendiri, keluarga dan masyarakat serta alam sekitar di Malaysia.
Selain itu, modul ini dapat dijadikan sebagai panduan kepada semua guru prasekolah serta
para ibu bapa/penjaga atau sesiapa juga yang melibatkan diri membantu proses pembelajaran
murid untuk menguasai kemahiran dalam Tunjang Kemanusiaan.

Akhir kata, adalah menjadi harapan kami agar Modul PdPR Prasekolah (Kemanusiaan) ini
dapat dijadikan panduan dan digunakan dalam PdPc Prasekolah agar semua murid dapat
membina kemahiran sosial dan menyesuaikan diri dalam kehidupan bermasyarakat serta
membina keyakinan murid dalam menghadapi pelbagai cabaran. Sekian.

Jurulatih Utama
Tunjang Kemanusiaan

PANDUAN PENGGUNAAN MODUL

Pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang penting dalam dunia pendidikan awal
kanak-kanak. Pembelajaran yang berkesan serta pengalaman yang bermakna dan
menyeronokkan dapat membekalkan murid dengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap yang
positif untuk pembelajaran seterusnya. Kurikulum prasekolah digubal dengan hasrat untuk
melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif. Perkara ini direalisasikan
melalui lapan tunjang yang diperkenalkan melalui Modul PdPR Prasekolah yang meliputi
pengetahuan, kemahiran dan pentaksiran yang diperlukan oleh murid prasekolah sebagai
persediaan untuk mengikuti pendidikan di peringkat sekolah rendah kelak.

Pandemik COVID-19 yang telah melanda seluruh dunia bermula dari tahun 2020 hingga kini
telah menyebabkan aktiviti pembelajaran di kelas prasekolah turut terjejas. Walau bagaimanapun
pembelajaran yang bermakna tetap boleh dilaksanakan dengan berkesan sekiranya guru dan ibu
bapa sama berganding bahu serta berkolaborasi bagi menjayakan pembelajaran anak-anak di
rumah melalui pelbagai kaedah dan pendekatan. Pembangunan Modul PdPR Prasekolah
Berasaskan IPPK ini merupakan inisiatif guru prasekolah daerah Kuala Kangsar bagi
menghasilkan satu bahan pembelajaran yang lengkap yang boleh digunakan sepanjang
pengajaran dan pembelajaran di rumah selain turut membantu guru mengumpul data
pentaksiran untuk Instrumen Pentaksiran Prasekolah Kebangsaan (IPPK) yang dijalankan dua
kali setahun.

Modul PdPR Prasekolah Berasaskan IPPK terdiri daripada lapan buah modul yang dibangunkan
mengikut tunjang dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) iaitu:

i. Modul PdPR Prasekolah Tunjang Bahasa Melayu
ii. Modul PdPR Prasekolah Tunjang Bahasa Inggeris
iii. Modul PdPR Prasekolah Tunjang Matematik Awal
iv. Modul PdPR Prasekolah Tunjang Sains Awal
v. Modul PdPR Prasekolah Tunjang Perkembangan Fizikal & Penjagaan Kesihatan
vi. Modul PdPR Prasekolah Tunjang Kreativiti & Estetika
vii.Modul PdPR Prasekolah Tunjang Tunjang Keterampilan Diri
viii.Modul PdPR Prasekolah Tunjang Tunjang Kemanusiaan

Modul PdPR Prasekolah ini akan diedarkan kepada semua prasekolah di bawah Pejabat
Pendidikan Daerah Kuala Kangsar untuk digunakan oleh ibu bapa dan guru prasekolah. Modul
ini bukan sahaja sesuai digunakan semasa PdPR sebagai bahan pembelajaran tetapi juga
merupakan bahan mengumpul data pentaksiran prasekolah melalui Instrumen Pentaksiran
Prasekolah kebangsaan (IPPK). Data pentaksiran IPPK ini boleh dikumpulkan melalui bantuan
ibu bapa di rumah dan guru prasekolah serta mana-mana guru yang menguruskan
pembelajaran murid. Secara tidak langsung apabila murid menggunakan bahan dalam modul
ini hasil pembelajaran mereka turut dinilai sebagai data pentaksiran IPPK dan sekaligus
merupakan evidens pentaksiran tersebut.

Kandungan modul ini terdiri daripada (i) Rancangan Pengajaran (ii) Nota Pembelajaran (iii)
Pentaksiran. Sepanjang PdPR setiap murid akan dibekalkan dengan set modul ini ( 8 buah)
samada secara beransur-ansur atau sekaligus dan kaedah pengajaran akan berlangsung
bersama guru setiap hari mengikut jadual waktu pengajaran prasekolah yang dibekalkan
kepada ibu bapa. Kaedah pengajaran guru adalah fleksibel sesuai dengan kesediaan murid
dan ibu bapa dari segi perkakasan, peranti, liputan dan kekangan lain turut diambilkira semasa
guru mengendalikan modul ini. Modul ini merupakan bahan bantu pengajaran sebagai
panduan ibu bapa sekiranya murid tidak dapat mengikuti pembelajaran guru secara online
(contoh: google meet, video call) atau offline ( contoh: aplikasi whatsaps, telegram, DELIMA).
Ibu bapa boleh merujuk kepada Rancangan Pengajaran, nota dan aktiviti yang dibekalkan
dalam modul tersebut seterusnya mengisi penilaian murid pada akhir setiap aktiviti yang
dilaksanakan.

Pada akhir setiap pembelajaran modul ini turut disediakan aktiviti yang juga merupakan
pentaksiran mengikut tiga tahap penguasaan murid iaitu TP1: belum menguasai TP2: sedang
menguasai TP3: telah menguasai. Kaedah pentaksiran ini berpandukan Standard Prestasi
(SPi) yang digunapakai dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) sekaligus
turut digunakan dalam pengumpulan data pentaksiran prasekolah (IPPK). Modul ini diharapkan
dapat memberi manfaat kepada semua murid, guru dan ibu bapa melalui pembelajaran secara
bersemuka ataupun pembelajaran di rumah ( PdPR) khususnya di semua kelas prasekolah di
daerah Kuala Kangsar. Sekian

DR SITI ROHANA BINTI SALLEH
KETUA PANEL
PEMBANGUNAN MODUL PdPR PRASEKOLAH

TAJUK KEMAHIRAN

KEMAHIRAN 1: MEMAHAMI DIRI DAN HUBUNGAN DENGAN KELUARGA
KM 1.1: Memahami diri dan hubungan dengan keluarga

KEMAHIRAN 2 : MEMAHAMI HUBUNGAN DENGAN SEKOLAH
KM 2.2 Memahami hubungan dengan sekolah

KEMAHIRAN 3 : MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB MENJAGA KEMUDAHAN
AWAM
KM 2.3 Memahami tanggungjawab dan hubungan diri dengan komuniti.

KEMAHIRAN 4 : MENGETAHUI NEGARA MALAYSIA.
KM 3.1 Mengenal Malaysia

KEMAHIRAN 5 : MENUNJUKKAN SIKAP CINTA AKAN NEGARA.
KM 3.2 Memahami lambang atau identiti negara

KEMAHIRAN 6 : MENGHARGAI WARISAN BUDAYA MASYARAKAT MALAYSIA
KM 4.1 Memahami warisan budaya masyarakat Malaysia

KEMAHIRAN 7 : MENUNJUKKAN SIKAP MENYAYANGI ALAM SEKITAR
KM 5.1 Memahami keindahan alam sekitar
KM 5.2 Memahami perhubungan manusia dan alam sekitar
KM 5.3 Memelihara dan memulihara alam sekitar

AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BERASASKAN IPPK

TUNJANG Kemanusiaan
TEMPOH 30 minit

SASARAN 4+ dan 5+

STANDARD KM 1 Memahami diri dan hubungan dengan keluarga.
KANDUNGAN

STANDARD KM 1.1.1 Bercerita tentang diri sendiri
PEMBELAJARAN
https://www.youtube.com/watch?v=-8SnAJYICU0&t=3s
BAHAN/BBM Lembaran kerja 1, lembaran kerja 2

LANGKAH 1. Murid-murid menyanyi lagu “Bila Rasa Gembira” bersama-sama.
PENGAJARAN https://www.youtube.com/watch?v=-8SnAJYICU0&t=3s

2. Guru menceritakan tentang diri sendiri sebagai contoh
sebelum murid menceritakan tentang diri mereka sendiri.
- Nama, umur, jantina, nama ayah dan nama ibu.

3. Murid menceritakan tentang diri mereka sendiri (berdasar item
di atas)

4. Murid-murid mewarna gambar diri sendiri pada lembaran kerja.

PENTAKSIRAN TP1 Boleh memperihal tentang diri sendiri.

TP2 Boleh memperihal tentang diri sendiri dan keluarga.

TP3 Boleh memerihalkan tentang peranan dan tanggungjawab diri
sendiri dan keluarga.

NOTA

NAMA AKTIVITI PENCAPAIAN CATATAN

TP1 TP2 TP3

Murid dapat menyebut nama sendiri
dengan betul.

Murid dapat menyatakan umur dengan
betul

Murid boleh menyatakan jantina sendiri
dengan betul

Murid boleh menyebut nama ayah
dengan betul

Murid boleh menyebut nama emak
dengan betul







AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BERASASKAN IPPK

TUNJANG Kemanusiaan
TEMPOH 30 minit

SASARAN 4+ dan 5+

STANDARD KM 1 Memahami diri dan hubungan dengan keluarga.
KANDUNGAN

STANDARD KM 1.1.3 Menerangkan tentang salasilah keluarga.
PEMBELAJARAN

BAHAN/BBM https://www.youtube.com/watch?v=WIcYiTYyJ3c
https://www.youtube.com/watch?v=d_WQEw13TCo
LANGKAH Lembaran kerja 1, dan lembaran kerja 2
PENGAJARAN
1. Murid-murid menyanyi lagu “Keluarga Saya” bersama-sama.
https://www.youtube.com/watch?v=WIcYiTYyJ3c

2. Murid menyebut nama anggota keluarga dengan bimbingan
guru/ibubapa berdasarkan carta ahli keluarga saya.
- Datuk, nenek, ayah, ibu, abang, kakak dan adik.

3. Murid mengeja nama gelaran ahli keluarga dengan bimbingan
guru/ibubapa.

4. Murid menonton video keluarga saya.
https://www.youtube.com/watch?v=3SFccNtisJQ

5. Murid dengan bimbingan guru/ibubapa melengkapkan carta
ahli keluarga mereka sendiri.

6. Murid menyanyi lagu “ My Family”.
https://www.youtube.com/watch?v=d_WQEw13TCo

PENTAKSIRAN TP1 Boleh memerihal tentang diri sendiri.

TP2 Boleh memerihal tentang diri sendiri dan keluarga.

TP3 Boleh memerihalkan tentang peranan dan tanggungjawab diri
sendiri dan keluarga.

NOTA

NAMA AKTIVITI PENCAPAIAN CATATAN

TP1 TP2 TP3

Murid dapat menyebut nama ayah
dengan betul

Murid dapat menyebut nama emak
dengan betul

Murid dapat menyebut nama datuk
dengan betul

Murid dapat menyebut nama nenek
dengan betul

Murid dapat menyebut nama abang
dengan betul

Murid dapat menyebut nama kakak
dengan betul





AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BERASASKAN IPPK

TUNJANG Kemanusiaan
TEMPOH 30 minit

SASARAN 4+ dan 5+

STANDARD KM 1 Memahami diri dan hubungan dengan keluarga.
KANDUNGAN

STANDARD KM 1.1.4 Menjelaskan peranan dan tanggungjawab anggota keluarga.
PEMBELAJARAN
https://www.youtube.com/watch?v=XqZsoesa55w
BAHAN/BBM https://www.youtube.com/watch?v=9Nlk6beBJqc
https://www.youtube.com/watch?v=d_WQEw13TCo
Lembaran aktiviti

LANGKAH 1. Murid-murid/anak-anak menyanyi lagu “Baby Shark” bersama-sama
PENGAJARAN https://www.youtube.com/watch?v=XqZsoesa55w

2. Murid/anak menyebut nama anggota keluarga dengan bimbingan
guru/ibubapa.
- Datuk, nenek, ayah, ibu, abang, kakak dan adik.

3. Murid/anak menonton video peranan ahli keluarga.
https://www.youtube.com/watch?v=9Nlk6beBJqc

4. Murid/anak membuat latihan dalam lembaran kerja sebagai aktiviti
peneguhan.

5. Murid/anak menyanyi lagu “ My Family”.
https://www.youtube.com/watch?v=d_WQEw13TCo

PENTAKSIRAN TP1 Boleh memerihal tentang diri sendiri.

TP2 Boleh memerihal tentang diri sendiri dan keluarga.

TP3 Boleh memerihalkan tentang peranan dan tanggungjawab diri
sendiri dan keluarga.

NOTA

NAMA AKTIVITI PENCAPAIAN CATATAN
TP1 TP2 TP3
Murid boleh menyatakan peranan
sebagai seorang ayah

Murid boleh menyatakan peranan
sebagai seorang ibu

Murid boleh menyatakan peranan
sebagai seorang abang

Murid boleh menyatakan peranan
sebagai seorang kakak

Murid boleh menyatakan peranan
sebagai seorang adik



AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BERASASKAN IPPK

TUNJANG Kemanusiaan

TEMPOH 30 minit

SASARAN 4+ dan 5+

STANDARD KM 2.2 Memahami hubungan dengan sekolah
KANDUNGAN
KM 2.2.1 Bercerita tentang kelas
STANDARD
PEMBELAJARAN KM 2.2.2 Mematuhi peraturan sekolah

BAHAN/BBM Lembaran kerja.
Video tema sekolah
https://www.youtube.com/watch?v=tnHSN3juDVY
Video peraturan sekolah
https://www.youtube.com/watch?v=DaqeHYVVqYI

LANGKAH 1. Guru menayangkan video dan bersoaljawab tentang kelas.
PENGAJARAN 2. Murid dibimbing menyebut peraturan di sekolah.
3. Murid membuat aktiviti di dalam lembaran kerja.
PENTAKSIRAN 4. Tandakan perkembangan mengikut penguasaan murid
TP1 Boleh bercerita tentang kelas.
TP2 Boleh bercerita tentang sekolah.
TP3 menunjukkan sikap bangga terhadap sekolah.

NOTA

.

----------------------------------------------------------------------------------------------



AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BERASASKAN IPPK

TUNJANG Kemanusiaan

TEMPOH 30 minit

SASARAN 4+ dan 5+

STANDARD KM 2.2 Memahami hubungan dengan sekolah
KANDUNGAN
KM 2.2.3 Memerihal tentang sekolah
STANDARD KM 2.2.4 Bercerita tentang warga sekolah
PEMBELAJARAN
Lembaran kerja.
BAHAN/BBM Video lagu ke sekolah
https://www.youtube.com/watch?v=KhXxWp_LKGY

LANGKAH 1. Guru menayangkan video dan bersoal jawab dengan murid tentang
PENGAJARAN video yang di tonton dan bercerita tentang kelas.

PENTAKSIRAN 2. Murid berkongsi pendapat mengapa seronok ke sekolah.
3. Murid menulis nama kelas.
4. Murid membuat aktiviti kuiz yang dilampirkan.
5. Tandakan perkembangan mengikut penguasaan murid

TP1 Boleh bercerita tentang kelas.
TP2 Boleh bercerita tentang sekolah.
TP3 Menunjukkan sikap bangga terhadap sekolah.

NOTA





AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BERASASKAN IPPK

TUNJANG Kemanusiaan
TEMPOH 30 minit
SASARAN
STANDARD 4+ dan 5+
KANDUNGAN KM 2.3 Melaksanakan tanggungjawab menjaga kemudahan awam.
STANDARD
PEMBELAJARAN KM 2.3.3 Mengenal simbol kemudahan awam.
BAHAN/BBM
Link video : https://www.youtube.com/watch?v=F6EnVmfNjXk
LANGKAH https://www.youtube.com/watch?v=NY5SqhXabmk
PENGAJARAN Gambarajah dan nota, lembaran aktiviti.

PENTAKSIRAN 1. Menonton video pembelajaran melalui link diberikan.
https://www.youtube.com/watch?v=NY5SqhXabmk (simbol

kemudahan awam)
https://www.youtube.com/watch?v=F6EnVmfNjXk (kemudahan
awam)

2. Guru meminta murid menyebut nama-nama simbol kemudahan
awam yang telah dinyatakan dalam video tersebut.

3. Bersoal jawab tentang kemudahan awam.
Apa itu simbol kemudahan awam?
Adakah pernah melihat simbol kemudahan awam?
Pengenalan simbol kemudahan awam.
Guru bersoal jawab dengan murid kepentingan mengenal simbol
kemudahan awam.
Menamakan simbol kemudahan awam yang diketahui.
Menyatakan 1 simbol dan tujuan simbol kemudahan awam
tersebut.

4. Baca,tulis dan warnakan gambar simbol kemudahan awam. (
lembaran kerja ).

TP1 Boleh mengenal simbol kemudahan awam.

TP2 Boleh menyatakan cara menggunakan kemudahan awam dengan
betul.

TP3 Boleh menjaga kemudahan awam dengan betul.











AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BERASASKAN IPPK

TUNJANG Kemanusiaan
TEMPOH
30 minit
SASARAN
STANDARD 4+ dan 5+
KANDUNGAN
STANDARD KM 2.3 Melaksanakan tanggungjawab menjaga kemudahan awam.
PEMBELAJARAN
BAHAN/BBM KM 2.3.4 Menyatakan cara menjaga kemudahan awam.

LANGKAH Link video : https://www.youtube.com/watch?v=tqO2qYF1FZY
PENGAJARAN Gambarajah dan nota, lembaran aktiviti.

1.Menonton video pembelajaran melalui link diberikan.
https://www.youtube.com/watch?v=tqO2qYF1FZY (adab menjaga
kemudahan awam)

2. Guru meminta murid menyatakan cara menjaga kemudahan
awam dengan betul seperti yang ditunjukkan dalam video
tersebut.

3. Bersoal jawab tentang penjagaan kemudahan awam.
 Apa itu harta benda awam?
 Bagaimana caranya menjaga kemudahan awam?
 Kepentingan menjaga kemudahan awam.
 Cara mengatasi kerosakan harta benda awam.

i. Tunjuk teladan yang baik
ii. Melakukan pengawasan terhadap harta benda awam
iii. Memberi nasihat dan teguran
iv. Bersikap prihatin terhadap anggota masyarakat

PENTAKSIRAN TP1 Boleh mengenal simbol kemudahan awam.

TP2 Boleh menyatakan cara menggunakan kemudahan awam
dengan betul.

TP3 Boleh menjaga kemudahan awam dengan betul.

NOTA









AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BERASASKAN IPPK

TUNJANG Kemanusiaan
30 minit
TEMPOH 4+ dan 5+
KM 3.1 Mengenal Malaysia
SASARAN
KM 3.1.1 Bercerita tentang Negara Malaysia
STANDARD
KANDUNGAN Peta Asia Tenggara
1.Guru menerangkan aktiviti yang akan dilakukan pada hari ini.
STANDARD 2.Guru melampirkan peta Asia sebagai panduan murid.
PEMBELAJARAN 3.Murid mencari dan menanda kedudukan Malaysia dalam peta Asia
4.Murid membuat aktiviti mewarna negara Malaysia dalam peta Asia.
BAHAN/BBM 5. Menyebut nama tempat-tempat yang menarik di Malaysia
6. Tandakan perkembangan mengikut penguasaan murid
LANGKAH
PENGAJARAN

PENTAKSIRAN TP1 Boleh menyebut nama negeri.
TP2 Bercerita tentang negeri tempat tinggal.
TP3 Bercerita tentang negara

NOTA







AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BERASASKAN IPPK

TUNJANG Kemanusiaan
30 minit
TEMPOH 4+ dan 5+
KM 3.1 Mengenal Malaysia
SASARAN
KM 3.1.1 Bercerita tentang negeri tempat tinggal.
STANDARD
KANDUNGAN Peta Semenanjung Malaysia, peta Negeri Perak
1. Guru menerangkan aktiviti yang akan dilakukan pada hari ini.
STANDARD 2. Guru melampirkan peta semenanjung Malaysia sebagai panduan
PEMBELAJARAN
murid.
BAHAN/BBM 3. Murid mencari dan menanda kedudukan Negeri Perak dalam Peta

LANGKAH Semenanjung Malaysia
PENGAJARAN 4. Murid membuat aktiviti mewarna negeri Perak dalam Peta

Semenanjung Malaysia.
5.Tandakan perkembangan mengikut penguasaan murid

PENTAKSIRAN TP1 Boleh menyebut nama negeri.
TP2 Bercerita tentang negeri tempat tinggal.
TP3 Bercerita tentang negara

NOTA


Click to View FlipBook Version