MODUL PdPR PRASEKOLAH
(KETERAMPILAN DIRI)
ISI KANDUNGAN
Isi kandungan i
Sekapur Sireh ii
Sidang Editor iii
Prakata iv
Panduan Penggunaan Modul v
Tajuk kemahiran vii
KEMAHIRAN 1: MENGENALI DAN MENGURUS EMOSI
KD 1.1 Mengenali dan mengurus emosi sendiri
KD 1.2 Mengenali emosi orang lain
KEMAHIRAN 2: MENCAPAI EMOSI YANG POSITIF
KD 2.1 Membina konsep kendiri yang positif
KD 2.2 Membina kebolehan mengawal diri
KD 2.3 Membina keyakinan untuk berkomunikasi
KEMAHIRAN 3: MEMBINA KEMAHIRAN SOSIAL
KD 3.1 Memahami keperluan, perasaan dan pandangan orang lain
KD 3.2 Menggunakan kemahiran sosial dalam hubungan dengan orang lain
Profil Penulis
Penghargaan
SEKAPUR SIREH, SEUNTAI BICARA
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Salam Kuala Kangsar Teratas dan Salam Kuala Kangsar Satu Matlamat.
Ucapan sekalung tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada
barisan Jawatankuasa Penulisan Modul Prasekolah di bawah Unit
Pemulihan Khas, Sektor Pembelajaran, PPD Kuala Kangsar yang terdiri
daripada jurulatih-jurulatih utama, guru-guru serta pegawai-pegawai
yang telah berjaya menghasilkan Modul PdPR Prasekolah berasaskan
Instrumen Pentaksiran Prasekolah Kebangsaan (IPPK) bagi tujuan
membantu memudahkan pelaksanaan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran kepada murid-murid prasekolah samada di rumah
mahupun di bilik darjah sekaligus membantu dalam pengumpulan data
pentaksiran prasekolah sepanjang tahun.
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan perkenanNya, modul ini
akhirnya dapat diterbitkan untuk kegunaan bersama dalam proses memantapkan PdPc antara guru-guru
dan murid-murid serta ibu bapa yang turut membantu dalam penguasaan kemahiran dan perkembangan
anak-anak di rumah.
Modul PdPR Prasekolah dibangunkan sesuai dengan permintaan dan keperluan pendidikan masa kini.
Berlabuhnya tirai 2020 telah menyaksikan perubahan dalam sistem pendidikan di negara kita yang turut
terkesan dengan wabak pandemik Covid-19 dimana pembelajaran secara bersemuka tidak lagi menjadi
pilihan sebaliknya penekanan lebih kepada penguasaan kemahiran yang perlu diberi perhatian. Justeru
dengan adanya Modul Pengajaran dan Pembelajaran seperti ini, diharapkan dapat membantu guru, ibu
bapa dan murid dari segi penguasaan kemahiran dan perkembangan yang diperlukan oleh murid-murid
prasekolah.
Dalam usaha ke arah transformasi dan pembaharuan sistem pendidikan inilah, barisan Jawatankuasa
Penulisan Modul Prasekolah telah berkolaboratif mencurah idea dan menggembleng tenaga bertungkus
lumus bagi merealisasikan penghasilan naskah modul yang boleh digunakan bersama untuk keperluan
membantu meningkat dan memartabatkan keberhasilan bidang pendidikan di daerah Kuala Kangsar,
khasnya bagi bidang Prasekolah.Diharapkan penggunaan modul ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-
baiknya dan berkesan sebagai bahan bantu pengajaran untuk keperluan bersama.
Akhir kalam, saya mendoakan agar semua warga pendidikan yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung dengan projek penghasilan modul ini akan terus berjaya dan sejahtera menjayakan agenda
pendidikan negara demi melahirkan masyarakat Malaysia yang gemilang dan harmonis selaras dengan
aspirasi negara.
Semoga segala usaha dan kerja buat diberkati. Insha’Allah.
“KUALA KANGSAR TERATAS, KUALA KANGSAR SATU MATLAMAT”
SAFUAN BIN HAJI RABA’AI, PPT
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KUALA KANGSAR,
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA KANGSAR.
SIDANG EDITOR
Modul PdPR Prasekolah
(TUNJANG KETERAMPILAN DIRI)
PPD Kuala Kangsar
Penasihat Tuan Safuan bin Hj. Raba’ai, PPT
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar
Pengerusi En. Roslee bin Abdul Wahab
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Pembelajaran)
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar
Pegawai Penyunting 1. Puan Hjh. Noor Shidah bt Sulaiman
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Pemulihan Khas
(Penyelaras Pembelajaran Prasekolah)
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar
2.En. Azneezal Ar-Rashid bin Mohd. Ramli
Pegawai SISC+ (Sains dan Matematik)
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar
3.En. Mohd Rassidee bin Mohd Rasid
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah
(Prasekolah dan Rendah)
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar
Ketua Panel Dr. Siti Rohana binti Salleh
Guru Cemerlang Prasekolah
Kolej Vokasional Kuala kangsar
Panel 1. Puan Nurhayati bt Sulaiman (SK Jeliang)
2. Puan Rohaida binti Din (SK Laneh)
Penulis modul 1. Puan Wan Iylia bt Md Jonet (SK Datin Khadijah)
2. Puan Norfaizah binti Mohd Puad (SK Trosor)
3. Puan Hamiza bt Abd Hamid (SK Padang Ampang)
4. Puan Nooraini bt Sabri ( SK Karai)
5. Puan Nor Hamidah bt Abu Samah (SK Lasah)
6. Puan Asmawati bt Ngah Malik (SK Perlop 1)
7. Puan Nor Halwani bt Mat Shah (SK Chegar Galah)
Rekabentuk En. Muhamad Faisal bin Ismail
Guru Prasekolah SK Pos Piah
PRAKATA
Modul PdPR Prasekolah (Keterampilan Diri) dihasilkan khusus untuk membantu guru-guru
prasekolah serta ibu bapa yang terlibat dalam pengajaran berkaitan penguasaan kemahiran
emosi dan sosial. Modul ini diharapkan dapat merealisasikan amanat Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) agar semua murid dapat menguasai asas Keterampilan Diri sejak prasekolah
lagi.
Modul PdPR Prasekolah (Keterampilan Diri) telah disusun dan dimurnikan oleh Jurulatih-
jurulatih Utama dengan kerjasama guru-guru Prasekolah PPD Kuala Kangsar sebagai penulis
modul. Modul yang disediakan ini adalah berdasarkan konstruk kemahiran dalam Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Modul ini mengandungi latihan dan aktiviti
berdasarkan kemahiran mengenali dan mengurus emosi, mencapai emosi yang positif serta
membina kemahiran sosial bagi memperkasakan keterampilan diri murid. Modul ini juga turut
mengandungi contoh dan model PdPc berbentuk interaktif serta ilustrasi yang pelbagai dan
bersesuaian bagi menjadikan proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) yang lebih
menarik dan berkesan agar dapat membantu merangsang minat murid untuk belajar.
Penghasilan Modul PdPR Prasekolah (Keterampilan Diri) ini diharap dapat membantu
murid dalam mengenal diri sendiri, mengurus emosi dan mengawal tingkah laku serta
menghormati kepelbagaian emosi dan pandangan orang lain. Selain itu juga, modul ini dapat
dijadikan sebagai panduan kepada semua guru prasekolah serta para ibu bapa/ penjaga atau
sesiapa juga yang terlibat dalam proses pembelajaran murid bagi menguasai kemahiran dalam
Tunjang Keterampilan Diri.
Akhir kata, adalah menjadi harapan kami agar Modul PdPR Prasekolah (Keterampilan
Diri) ini dapat dijadikan panduan dan digunakan dalam PdPc Prasekolah agar semua murid
prasekolah dapat membina kemahiran emosi dan sosial, menyesuaikan diri dalam kehidupan
bermasyarakat serta membina keyakinan murid dalam menghadapi pelbagai cabaran. Sekian.
Jurulatih Utama
Tunjang Keterampilan Diri
PANDUAN PENGGUNAAN MODUL
Pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang penting dalam dunia pendidikan awal
kanak-kanak. Pembelajaran yang berkesan serta pengalaman yang bermakna dan
menyeronokkan dapat membekalkan murid dengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap yang
positif untuk pembelajaran seterusnya. Kurikulum prasekolah digubal dengan hasrat untuk
melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif. Perkara ini direalisasikan
melalui lapan tunjang yang diperkenalkan melalui Modul PdPR Prasekolah yang meliputi
pengetahuan, kemahiran dan pentaksiran yang diperlukan oleh murid prasekolah sebagai
persediaan untuk mengikuti pendidikan di peringkat sekolah rendah kelak.
Pandemik COVID-19 yang telah melanda seluruh dunia bermula dari tahun 2020 hingga kini
telah menyebabkan aktiviti pembelajaran di kelas prasekolah turut terjejas. Walau bagaimanapun
pembelajaran yang bermakna tetap boleh dilaksanakan dengan berkesan sekiranya guru dan ibu
bapa sama berganding bahu serta berkolaborasi bagi menjayakan pembelajaran anak-anak di
rumah melalui pelbagai kaedah dan pendekatan. Pembangunan Modul PdPR Prasekolah
Berasaskan IPPK ini merupakan inisiatif guru prasekolah daerah Kuala Kangsar bagi
menghasilkan satu bahan pembelajaran yang lengkap yang boleh digunakan sepanjang
pengajaran dan pembelajaran di rumah selain turut membantu guru mengumpul data
pentaksiran untuk Instrumen Pentaksiran Prasekolah Kebangsaan (IPPK) yang dijalankan dua
kali setahun.
Modul PdPR Prasekolah Berasaskan IPPK terdiri daripada lapan buah modul yang dibangunkan
mengikut tunjang dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) iaitu:
i. Modul PdPR Prasekolah Tunjang Bahasa Melayu
ii. Modul PdPR Prasekolah Tunjang Bahasa Inggeris
iii. Modul PdPR Prasekolah Tunjang Matematik Awal
iv. Modul PdPR Prasekolah Tunjang Sains Awal
v. Modul PdPR Prasekolah Tunjang Perkembangan Fizikal & Penjagaan Kesihatan
vi. Modul PdPR Prasekolah Tunjang Kreativiti & Estetika
vii.Modul PdPR Prasekolah Tunjang Tunjang Keterampilan Diri
viii.Modul PdPR Prasekolah Tunjang Tunjang Kemanusiaan
Modul PdPR Prasekolah ini akan diedarkan kepada semua prasekolah di bawah Pejabat
Pendidikan Daerah Kuala Kangsar untuk digunakan oleh ibu bapa dan guru prasekolah. Modul
ini bukan sahaja sesuai digunakan semasa PdPR sebagai bahan pembelajaran tetapi juga
merupakan bahan mengumpul data pentaksiran prasekolah melalui Instrumen Pentaksiran
Prasekolah kebangsaan (IPPK). Data pentaksiran IPPK ini boleh dikumpulkan melalui bantuan
ibu bapa di rumah dan guru prasekolah serta mana-mana guru yang menguruskan
pembelajaran murid. Secara tidak langsung apabila murid menggunakan bahan dalam modul
ini hasil pembelajaran mereka turut dinilai sebagai data pentaksiran IPPK dan sekaligus
merupakan evidens pentaksiran tersebut.
Kandungan modul ini terdiri daripada (i) Rancangan Pengajaran (ii) Nota Pembelajaran (iii)
Pentaksiran. Sepanjang PdPR setiap murid akan dibekalkan dengan set modul ini (8 buah)
samada secara beransur-ansur atau sekaligus dan kaedah pengajaran akan berlangsung
bersama guru setiap hari mengikut jadual waktu pengajaran prasekolah yang dibekalkan
kepada ibu bapa. Kaedah pengajaran guru adalah fleksibel sesuai dengan kesediaan murid
dan ibu bapa dari segi perkakasan, peranti, liputan dan kekangan lain turut diambilkira semasa
guru mengendalikan modul ini. Modul ini merupakan bahan bantu pengajaran sebagai
panduan ibu bapa sekiranya murid tidak dapat mengikuti pembelajaran guru secara online
(contoh: google meet, video call) atau offline (contoh: aplikasi whatsaps, telegram, DELIMA).
Ibu bapa boleh merujuk kepada Rancangan Pengajaran, nota dan aktiviti yang dibekalkan
dalam modul tersebut seterusnya mengisi penilaian murid pada akhir setiap aktiviti yang
dilaksanakan.
Pada akhir setiap pembelajaran modul ini turut disediakan aktiviti yang juga merupakan
pentaksiran mengikut tiga tahap penguasaan murid iaitu TP1: belum menguasai TP2: sedang
menguasai TP3: telah menguasai. Kaedah pentaksiran ini berpandukan Standard Prestasi
(SPi) yang digunapakai dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) sekaligus
turut digunakan dalam pengumpulan data pentaksiran prasekolah (IPPK). Modul ini diharapkan
dapat memberi manfaat kepada semua murid, guru dan ibu bapa melalui pembelajaran secara
bersemuka ataupun pembelajaran di rumah ( PdPR) khususnya di semua kelas prasekolah di
daerah Kuala Kangsar. Sekian
DR SITI ROHANA BINTI SALLEH
KETUA PANEL
PEMBANGUNAN MODUL PdPR PRASEKOLAH
TAJUK KEMAHIRAN
KEMAHIRAN 1: MENGENALI DAN MENGURUS EMOSI
KD 1.1 Mengenali dan mengurus emosi sendiri
KD 1.2 Mengenali emosi orang lain
KEMAHIRAN 2: MENCAPAI EMOSI YANG POSITIF
KD 2.1 Membina konsep kendiri yang positif
KD 2.2 Membina kebolehan mengawal diri
KD 2.3 Membina keyakinan untuk berkomunikasi
KEMAHIRAN 3: MEMBINA KEMAHIRAN SOSIAL
KD 3.1 Memahami keperluan, perasaan dan pandangan orang lain
KD 3.2 Menggunakan kemahiran sosial dalam hubungan dengan orang
lain
AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BERASASKAN IPPK
TUNJANG Keterampilan Diri
TEMPOH 30 minit
SASARAN 4+ dan 5+
STANDARD KD 1.1 Mengenali dan mengurus emosi sendiri
KANDUNGAN
STANDARD KD 1.1.1 Mengenal pasti dan menceritakan pengalaman emosi
PEMBELAJARAN yang melibatkan perasaan gembira, sedih, takut,
marah dan malu
KD 1.1.3 Menyatakan emosi mengikut situasi
BAHAN/BBM Link video : https://www.youtube.com/watch?v=-8SnAJYICU0
Kad imbasan, lirik lagu, Lembaran kerja
LANGKAH 1.Murid menonton video lagu Didi & Friends bertajuk ‘Kalau
PENGAJARAN Rasa Gembira’ dari link https://www.youtube.com/watch?v=-
8SnAJYICU0
2. Guru dan murid menyanyi bersama-sama.
3. Guru memperkenalkan emosi kepada murid menggunakan
kad imbasan (gembira, sedih, takut,marah dan malu)
4. Guru menceritakan dan mengaitkan peristiwa atau situasi
yang menghasilkan emosi gembira, sedih, takut, marah dan
malu.
5. Murid membuat memek muka atau membuat emosi
berdasarkan situasi yang digambarkan oleh guru.
6. Murid menyelesaikan tugasan yang diberikan.
PENTAKSIRAN TP1: Boleh menyatakan emosi sendiri
TP2: Boleh menyatakan emosi sendiri mengikut situasi
TP3: Boleh mengurus emosi sendiri dalam pelbagai situasi
KAD IMBASAN EMOSI
AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BERASASKAN IPPK
TUNJANG Keterampilan Diri
TEMPOH 30 minit
SASARAN 4+ dan 5+
STANDARD KD 1.1 Mengenali dan mengurus emosi sendiri
KANDUNGAN
STANDARD KD 1.1.2 Menyatakan sesuatu yang disukai dan yang tidak
PEMBELAJARAN disukai
BAHAN/BBM Kad senyum, kad sedih, pelbagai kad aktiviti/hobi
LANGKAH 1. Guru menerangkan tentang hobi
PENGAJARAN
2. Guru bertanya soalan tentang hobi/ aktiviti yang sering
dilakukan oleh murid semasa waktu lapang
3. Murid bermain permainan ‘Saya Suka dan Saya Tidak Suka’
• Permainan Suka dan Tidak Suka
- Murid diberi kad emosi senyum (suka) dan sedih (tidak
suka)
- Guru menunjukkan satu persatu kad aktiviti kepada murid
- Murid diminta untuk menyatakan suka atau tidak suka
dengan aktiviti dengan menunjukkan kad senyum atau
sedih
4. Murid melengkapkan latihan,
PENTAKSIRAN TP1: Boleh menyatakan emosi sendiri
TP2: Boleh menyatakan emosi sendiri mengikut situasi
TP3: Boleh mengurus emosi sendiri dalam pelbagai situasi
KAD EMOSI SEDIH KAD EMOSI GEMBIRA
Contoh hobi murid
Contoh hobi murid
AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BERASASKAN IPPK
TUNJANG Keterampilan Diri
TEMPOH 30 minit
SASARAN 4+ dan 5+
STANDARD KD 1.1 Mengenali dan mengurus emosi sendiri
KANDUNGAN
STANDARD KD 1.1.4 Menceritakan perasaan sendiri kepada orang lain
PEMBELAJARAN mengenai sesuatu perkara atau peristiwa yang telah
berlaku melalui pelbagai cara
KD 1.1.5 Mengurus emosi dengan memilih tindakan yang
sesuai
BAHAN/BBM Link video: https://www.youtube.com/watch?v=MmFGRFL6Lio
Lirik lagu, peralatan melukis, senarai semak
LANGKAH 1. Murid menonton video lagu perayaan ‘Suasana Hari Raya’
PENGAJARAN dari Upin & Ipin dari link
https://www.youtube.com/watch?v=MmFGRFL6Lio
2. Guru dan murid menyanyikan lagu perayaan bersama-sama.
3. Murid diminta untuk menyatakan emosi dengan menceritakan
pengalaman menyambut perayaan.
4. Murid diminta untuk menghasilkan kad ucapan perayaan
untuk diberikan kepada orang tersayang secara berpasangan
atau bersama ibubapa/keluarga.
5. Murid menceritakan tentang kad yang telah dihasilkan.
6. Guru melengkapkan borang senarai semak.
PENTAKSIRAN TP1: Boleh menyatakan emosi sendiri
TP2: Boleh menyatakan emosi sendiri mengikut situasi
TP3: Boleh mengurus emosi sendiri dalam pelbagai situasi
CONTOH KAD UCAPAN HARI RAYA MURID
BORANG SENARAI SEMAK
AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BERASASKAN IPPK
TUNJANG Keterampilan Diri
TEMPOH 30 minit
SASARAN 5+
STANDARD KD1.2 Mengenali emosi orang lain
KANDUNGAN
STANDARD KD 1.2.2 Mengenal pasti emosi orang lain berdasarkan
PEMBELAJARAN penyataan perasaan atau peristiwa yang telah berlaku
BAHAN/BBM Link video:
https://www.youtube.com/watch?v=1dm2htUvAtM&t=54s
Lirik lagu, lembaran kerja, senarai semak
LANGKAH 1.Murid-murid menonton video lagu bertema emosi dari link
PENGAJARAN https://www.youtube.com/watch?v=1dm2htUvAtM&t=54s
2.Murid-murid akan menyanyi bersama-sama dan mengikut
emosi dan perasaan yang ditunjukkan.
3. Murid-murid bersoal jawab dengan guru tentang lirik lagu
yang didengar.
• Apakah haiwan yang akan membuatkan kita gembira?
• Apakah perasaan apabila orang membuat kerja yang kita
tidak suka?
• Apakah perasaan kita apabila kita tidak dapat apa yang kita
mahukan?
4.Guru bersoal jawab dengan murid berdasarkan gambaran
situasi. (Rujuk Lampiran A)
5. Murid menyelesaikan tugasan lembaran.
6. Guru mengisi borang senarai semak.
PENTAKSIRAN TP1: Boleh menyatakan emosi orang lain.
TP2: Boleh menyatakan emosi orang lain mengikut situasi.
TP3: Boleh membezakan emosi antara individu dalam situasi
yang tertentu.
LAMPIRAN A
AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BERASASKAN IPPK
TUNJANG Keterampilan Diri
TEMPOH 30 minit
SASARAN 4+ dan 5+
STANDARD KD 1.2 Mengenali emosi orang lain
KANDUNGAN
STANDARD KD 1.2.1 Mengenal pasti emosi orang lain berdasarkan tingkah
PEMBELAJARAN laku yang ditunjukkan
BAHAN/BBM Gambar emosi, lembaran kerja
LANGKAH 1.Guru menerangkan 5 emosi utama iaitu gembira, sedih, takut,
PENGAJARAN marah dan malu.
2. Guru mengaitkannya emosi dengan tingkah laku dengan cara
melakonkan tingkah laku yang menggambarkan emosi
seperti
• Membuat suara menangis sambal menekup muka/
menyapu airmata – sedih
• Ketawa – gembira
• Menutup muka sambil memalingkan muka/ menyorokkan
muka – malu
• Menjerit sambil menuding jari ke arah sesuatu/ memegang
kepala sambil menjerit – marah
• Menutup muka atau telinga dengan kedua belah tangan
dan menjauhkan badan sedikit – takut (Rujuk Lampiran A)
3. Guru memperkenalkan dan bermain Permainan Bulatan
Emosi (Rujuk Lampiran B)
4. Murid bermain kuiz meneka emosi berdasar gambar tingkah
laku yang di tunjukkan. (Rujuk Lampiran D)
5. Murid yang berjaya akan diberi token/hadiah.
PENTAKSIRAN TP1: Boleh menyatakan emosi orang lain.
TP2: Boleh menyatakan emosi orang lain mengikut situasi.
TP3: Boleh membezakan emosi antara individu dalam situasi
yang tertentu.
LAMPIRAN A
LAMPIRAN B
Contoh kedudukan murid dengan guru
LAMPIRAN C
Kad emosi ini
dipotong dan diberi
kepada murid untuk
“Permainan Bulatan
Emosi"
LAMPIRAN D
AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BERASASKAN IPPK
TUNJANG Keterampilan Diri
TEMPOH
SASARAN 30 minit
STANDARD
KANDUNGAN 4+ dan 5+
STANDARD
PEMBELAJARAN KD 2.1 Kemahiran membina konsep kendiri yang positif
BAHAN/BBM KD 2.1.1 Menunjukkan sikap positif iaitu
LANGKAH (i) sabar
PENGAJARAN (ii) berdikari
(iii) berkeyakinan
PENTAKSIRAN (iv) tolong-menolong
(v) belas kasihan
(vi) kecindan
Link video : https://www.youtube.com/watch?v=2ZWco7Z0N7A
Beberapa helai baju, senarai semak
1. Guru menunjukkan video cara melipat baju dengan betul melalui
link https://www.youtube.com/watch?v=2ZWco7Z0N7A
2. Murid memahami cara melipat baju dan melakukan aktiviti melipat
baju dengan bimbingan
3. Guru menambah beberapa lagi bilangan helaian baju lagi dan
meminta murid untuk melipat pakaian tersebut sehingga selesai.
4. Sekiranya murid tidak dapat menyelesaikan tugasan, guru boleh
memberi rangsangan dengan memberi pujian / kata-kata positif
kepada murid atau hadiah bagi memberi semangat kepada murid
untuk meneruskan tugasan tersebut.
5. Murid diminta untuk meletakkan baju yang dilipat tadi ke dalam
almari / rak baju
6. Pencapaian murid dinilai melalui borang senarai semak yang
disediakan melalui kaedah pemerhatian semasa aktiviti
dijalankan.
TP 1: Boleh menunjukkan sikap yang positif dengan rangsangan
TP 2: Boleh menunjukkan sebahagian sikap positif
TP3: Boleh menunjukkan sikap yang positif dalam pelbagai situasi
BORANG SENARAI SEMAK
AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BERASASKAN IPPK
TUNJANG Keterampilan Diri
TEMPOH
SASARAN 30 minit
STANDARD
KANDUNGAN 4+ dan 5+
STANDARD
PEMBELAJARAN KD 2.1 Kemahiran membina konsep kendiri yang positif
BAHAN/BBM KD 2.1.1 Menunjukkan sikap positif iaitu
LANGKAH (i) sabar
PENGAJARAN (ii) berdikari
(iii) berkeyakinan
PENTAKSIRAN (iv) tolong-menolong
(v) belas kasihan
(vi) kecindan
Link video https://www.youtube.com/watch?v=fvtL3437R9U
Peralatan gotong –royong, senarai semak.
1. Guru menunjukkan video gotong-royong dari link
https://www.youtube.com/watch?v=fvtL3437R9U
2. Murid menyenaraikan dan bersoal jawab mengenai sikap
positif yang ada dalam video contohnya: tolong-menolong,
sabar , belas kasihan dan sebagainya.
3. Guru meminta murid melakukan aktiviti gotong-royong di
kawasan kelas. (Sekiranya PDPR, murid boleh lakukan
aktiviti gotong-royong di rumah)
4. Sekiranya murid tidak dapat menyelesaikan tugasan, guru
boleh memberi rangsangan dengan memberi pujian/kata-kata
positif kepada murid atau token bagi memberi semangat
kepada murid untuk meneruskan tugasan tersebut.
5. Pencapaian murid dinilai melalui borang senarai semak yang
disediakan melalui kaedah pemerhatian semasa aktiviti
dijalankan.
TP 1: Boleh menunjukkan sikap yang positif dengan rangsangan
TP 2: Boleh menunjukkan sebahagian sikap positif
TP3: Boleh menunjukkan sikap yang positif dalam pelbagai situasi
BORANG SENARAI SEMAK
AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BERASASKAN IPPK
TUNJANG Keterampilan Diri
TEMPOH
SASARAN 30 minit
STANDARD
KANDUNGAN 4+ dan 5+
STANDARD
PEMBELAJARAN KD 2.1 Kemahiran membina konsep kendiri yang positif
BAHAN/BBM
LANGKAH KD 2.1.2 Menunjukkan sikap positif iaitu
PENGAJARAN i. kekitaan
ii. setia kawan
PENTAKSIRAN iii.empati
Buku cerita / Petikan buku cerita, senarai semak
1. Guru memperkenalkan cerita “Sang Tikus dan Sang Singa.
2. Murid mendengar kisah “Sang Tikus dan Sang Singa”
3. Murid dan guru bersoal jawab mengenai sikap watak yang ada
dalam cerita tersebut. Contohnya:
• Bagaimana hubungan tikus dengan rama-rama?
• Cuba gambarkan sikap singa dalam cerita ini.
• Bagaimana singa menunjukkan rasa belasnya kepada tikus?
• Apa yang dilakukan oleh tikus untuk menyelamatkan singa?
4. Guru meminta murid menyebut sikap positif dan pengajaran yang
didapati dalam kisah tersebut.
• Kekitaan – Singa yang melepaskan tikus,dan tikus membantu
singa dalam kesusahan.
• Setia kawan – tikus bermain dengan gembira bersama rama-
rama
• Empati – singa kasihan dengan tikus dan melepaskannya dan
tikus membantu singa yang kesusahan
5. Pencapaian murid dinilai melalui borang senarai semak yang
disediakan melalui kaedah pemerhatian semasa aktiviti dijalankan.
TP 1: Boleh menunjukkan sikap yang positif dengan rangsangan
TP 2: Boleh menunjukkan sebahagian sikap positif
TP3: Boleh menunjukkan sikap yang positif dalam pelbagai situasi
BORANG SENARAI SEMAK
AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BERASASKAN IPPK
TUNJANG Keterampilan Diri
TEMPOH 30 minit
SASARAN 4+ dan 5+
STANDARD KD 2.2 Membina kebolehan mengawal diri
KANDUNGAN
STANDARD KD 2.2.1 Membezakan antara kehendak yang diingini dengan
PEMBELAJARAN keperluan untuk membuat pemilihan dalam sesuatu situasi.
BAHAN/BBM Link video: https://youtu.be/NT7qRZHvxkg
Kad gambar, lembaran kerja
LANGKAH 1. Menayangkan klip video situasi kehidupan seharian dari link
PENGAJARAN https://youtu.be/NT7qRZHvxkg
2. Guru membimbing murid untuk bersoaljawab (Rujuk
lampiran A).
3. Penerangan tentang konsep keperluan dan kehendak dalam
situasi kehidupan seharian.
• Keperluan: Barang dan perkhidmatan yang mesti
diperlukan untuk meneruskan hidup.
• Kehendak: Keinginan untuk memiliki barang dan
perkhidmatan bagi mencapai kehidupan yang lebih selesa.
4. Fokus kepada situasi :
• Keperluan manusia untuk hidup (Air, makanan, pakaian,
rumah)
• Kehendak untuk hidup selesa (kereta, telefon, mainan,
basikal)
5. Guru menerangkan tentang perbezaan di antara keperluan
dan kehendak dalam kehidupan.
6. Lembaran kerja sebagai aktiviti pengukuhan: Murid
menggunting dan mengelaskan gambar mengikut kategori
keperluan atau kehendak bagi manusia.
PENTAKSIRAN TP1: Boleh mengawal emosi sendiri dengan bimbingan.
TP2: Boleh mengawal diri dalam situasi tertentu.
TP3: Boleh mengawal diri dalam pelbagai situasi.
AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BERASASKAN IPPK
TUNJANG Keterampilan Diri
TEMPOH 30 minit
SASARAN 4+ dan 5+
STANDARD KD 2.2 Membina kebolehan mengawal diri
KANDUNGAN
STANDARD KD 2.2.2 Menyatakan cara mengurus emosi secara positif
PEMBELAJARAN dalam situasi yang tidak menyenangkan.
KD 2.2.3 Menunjukkan sikap sabar semasa berdepan dengan
situasi yang tidak menyenangkan.
BAHAN/BBM Link video: https://youtu.be/qhA3U45W1xo
Kad gambar, lembaran kerja, senarai semak
LANGKAH 1. Guru menayangkan klip video yang bertajuk “Bas Sekolah”
PENGAJARAN dari link https://youtu.be/qhA3U45W1xo
2. Berbual tentang sikap murid-murid di dalam bas dan cuba
mencungkil pengetahuan murid tentang jenis emosi yang
ditunjukkan di dalam video
3. Memperkenalkan jenis emosi yang positif dan negatif serta
mengaitkan dengan situasi kehidupan seharian.
4. Mencungkil idea murid tentang cara untuk mengatasi
masalah emosi yang terdapat di dalam video.
5. Penerangan tentang cara untuk mengatasi masalah emosi
negatif yang terdapat dalam video dan kesannya.
6. Membimbing murid main peranan dalam situasi “ menaiki bas
sekolah”.
7. Guru mengisi borang senarai semak.
PENTAKSIRAN TP1: Boleh mengawal emosi sendiri dengan bimbingan.
TP2: Boleh mengawal diri dalam situasi tertentu.
TP3: Boleh mengawal diri dalam pelbagai situasi.
BORANG SENARAI SEMAK
AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BERASASKAN IPPK
TUNJANG Keterampilan Diri
TEMPOH 30 minit
SASARAN 4+
STANDARD KD 2.3 Membina keyakinan untuk berkomunikasi
KANDUNGAN
STANDARD KD 2.3.1 Bertutur dengan yakin
PEMBELAJARAN KD 2.3.2 Bertanya dengan yakin
BAHAN/BBM Gambar, lembaran kerja, senarai semak
LANGKAH 1. Guru menunjukkan gambar aktiviti bersama keluarga semasa
PENGAJARAN waktu lapang
2. Murid menyenaraikan aktiviti yang dilakukan seperti dalam
gambar.
3. Murid diminta untuk membina soalan secara lisan
berdasarkan gambar.
4. Murid memberi penerangan tentang aktiviti yang dilihat dalam
gambar.
5. Murid membina ayat-ayat mudah berdasarkan gambar.
6. Murid mewarnakan gambar.
7. Guru mengisi borang senarai semak.
PENTAKSIRAN TP1: Boleh berinteraksi dengan orang tertentu sahaja.
TP2: Boleh berinteraksi dengan orang lain.
TP3: Boleh berinteraksi dan memberi pendapat dengan yakin
dalam pelbagai situasi.
AKTIVITI BERSAMA KELUARGA SEMASA WAKTU LAPANG