K o L i M i 6 . 0 KOLOKIUM LIMA MINIT Bahasa Melayu ANTARABANGSA 6.0 Tarikh Masa Lokasi : 13 Jun 2024 : 8.00 pagi - 5.00 petang : Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UPSI. Buku program Penajaan:
Negaraku Negaraku Tanahtumpahnyadarahku, Rakyathidup bersatudan maju, Rahmat bahagia Tuhan kurniakan, Rajakita selamat bertakhta, Rahmat bahagia Tuhan kurniakan, Rajakita selamat bertakhta.
BUKU PROGRAM KOLOKIUM LIMA MINIT BAHASA MELAYU ANTARABANGSA 6.0 13 Jun 2024 Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UPSI. KoLiMi 6.0
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Seabad Ibu Kandung Suluh Budiman, Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, saya berpeluang untuk menitipkan kata alualuan di dalam buku program Kolokium Lima Minit (KoLiMi) Bahasa Melayu Antarabangsa 6.0 tahun 2024 yang telah dianjurkan pada peringkat antarabangsa. Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam menjayakan program KoLiMi 6.0 ini. Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada mahasiswa/i sama ada dalam atau luar negara yang telah berjaya membentangkan Projek Tahun Akhir (PTA) dan menganjurkan program ini dengan jayanya. Dunia pendidikan pada alaf ini semakin kompleks dan bersifat global. Malah ilmu menjadi prasyarat kepada permulaan pembentukan pelajar untuk menjadi generasi pemimpin pada masa hadapan. Generasi muda negara kita pada hari ini perlu memiliki ilmu pengetahuan yang luas, berfikiran kreatif, berinovatif, bercirikan nilai murni serta mampu menjana kemahiran insaniah yang selaras dengan objektif KoLiMi 6.0. Akhir sekali, saya merakam setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada ahli jawatankuasa yang telah bertungkus-lumus bagi memastikan kelancaran sebelum, semasa dan selepas program ini berlangsung serta penglibatan para peserta daripada pelbagai Universiti Awam dan universiti antarabangsa dalam menjayakan program KoLiMi 6.0 ini. Saya doakan agar mahasiswa/i memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam pengajian dan seterusnya dapat menyumbang ke arah penyediaan modal insan yang berilmu dan berjasa untuk pembangunan agama, bangsa dan negara tercinta. Sekian, terima kasih. Profesor Dr. Abdul Rahim bin Razalli, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Universiti Pendidikan Sultan Idris. Sekapur Sireh
Seulas Pinang Assalamualaikum w.b.t dan Salam Seabad Ibu Kandung Suluh Budiman, Setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat diberi kesempatan untuk saya mengungkapkan sepatah dua kata dalam buku program Kolokium Lima Minit Bahasa Melayu Antarabangsa 6.0 pada tahun 2024 yang telah dianjurkan pada peringkat antarabangsa. Saya juga difahamkan bahawa program Kolimi Bahasa Melayu Antarabangsa 6.0 di bawah JBKM, FBK, UPSI bukan sahaja melibatkan pelajar Semester 7 bagi program AT05 - Sarjana Muda Pendidikan (Bahasa Melayu) dengan Kepujian, malah ada juga Universiti Awam (UA) turut serta seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM) manakala bagi universiti pada peringkat antarabangsa pula ialah Indonesia. Program ini bertujuan memberi galakan kepada pelajar bagi membentangkan hasil kajian Projek Tahun Akhir (PTA) menerusi kursus BMR3996 Projek Tahun Akhir Bahasa Melayu. Hal ini dikatakan demikian kerana PTA ini merupakan syarat wajib bagi mahasiswa/i untuk bergraduasi dan menamatkan pengajian pada peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di UPSI. Program Kolimi Bahasa Melayu Antarabangsa 6.0 dengan kerjasama JBKM, FBK, UPSI dan Persatuan Bahasa Melayu (PERBAYU) ini semestinya memberikan ruang dan peluang kepada pelajar Semester 7 membentangkan hasil dapatan kajian mereka kepada khalayak seperti pensyarah-pensyarah JBKM, FBK, UPSI terutamanya bagi program Bahasa Melayu. Melalui program ini, semua pembentangan pelajar akan diterbitkan dalam bentuk prosiding. Akhir kata, saya selaku Dekan Fakulti Bahasa dan Komunikasi sekali lagi ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat sama ada dalam negara mahupun luar negara menerusi Program Kolimi Bahasa Melayu Antarabangsa 6.0 di bawah JBKM, FBK, UPSI yang telah menganjurkan program yang sangat bermanfaat bagi mahasiswa/i di UPSI, UA dan universiti pada peringkat antarabangsa. Oleh itu, program seperti ini patut diteruskan lagi kepada pelajar-pelajar semester akan datang. Sememangnya program ini dilihat sebagai salah satu perintis kepada pendidikan bahasa Melayu dalam usaha memperkembang dan mencungkil bakat baharu dalam kalangan mahasiswa/i. Sekian, Terima Kasih. Profesor Madya Dr. Mazura @ Mastura binti Muhammad, Dekan Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Seabad Ibu Kandung Suluh Budiman, Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya saya diberikan kesempatan untuk mengemukakan sepatah dua kata dalam buku program Kolokium Lima Minit Bahasa Melayu Antarabangsa 6.0 pada tahun 2024 yang telah dianjurkan pada peringkat antarabangsa. Pelaksanaan program ini dapat dilihat sebagai satu usaha yang baik kepada semua mahasiswa/i sama ada di dalam negara ataupun luar negara. Hal ini bertujuan agar memberikan peluang dan penghargaan kepada mereka dalam menyampaikan hasil kajian Projek Tahun Akhir (PTA) pada peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda. Dunia hari ini berhadapan dengan ledakan kemajuan teknologi yang pesat sehingga mewujudkan perubahan yang drastik kepada sistem pendidikan di Malaysia dan luar negara. Sehubungan dengan itu, program ini merupakan salah satu mekanisme yang terbaik untuk melahirkan mahasiswa/i yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif dalam merungkai setiap permasalahan yang berlaku. Negara memerlukan masyarakat yang berilmu dan berpengetahuan luas yang dikatakan seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, dan intelek. Hal ini bertujuan agar mahasiswa/i dapat merebut peluang serta mampu bersaing sehingga di persada dunia dengan kemahiran dan kepakaran yang dimiliki. Apabila ditelusuri, tujuan utama program ini dilaksanakan lebih ke arah mempertingkatkan lagi kemahiran berkomunikasi dan melontarkan idea dalam kajian penyelidikan dan menjana kemahiran insaniah pendidikan bahasa Melayu seperti yang terdapat dalam objektif program. Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang terlibat bagi menjayakan program ini. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua peserta dari pelbagai Universiti Awam (UA) dan universiti antarabangsa kerana sudi melibatkan diri secara langsung dalam pembentangan Projek Tahun Akhir anjuran Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu (JBKM), Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Persatuan Bahasa Melayu (PERBAYU). Sekian, terima kasih. Dr. Zuraini binti Ramli, Ketua Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Sekuntum Cengkih
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana diberi kesempatan untuk kita bersamasama berkumpul dalam program yang indah lagi berseri ini bagi menjayakan Program Kolokium Lima Minit (KoLiMi) Bahasa Melayu Antarabangsa 6.0 anjuran pelajar kursus BMR3996 Projek Tahun Akhir Bahasa Melayu. Terlebih dahulu, saya selaku pengarah program ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir kerana sudi hadir pada hari ini bagi menjayakan program ini. Hadirin yang saya hormati sekalian, Program KoLiMi Bahasa Melayu pada semester ini merupakan penganjuran kali ke-6 yang telah dijalankan secara tradisi. Program ini melibatkan pelajar Semester 7 bagi Program AT05 - Sarjana Muda Pendidikan (Bahasa Melayu) dengan Kepujian. Di samping itu, penyertaan daripada universiti dalam negara seperti UiTM, serta universiti luar negara juga seperti UZSWLU dan Universitas Sriwijaya sebagai wakil pensyarah dan pelajar dari universiti masing-masing. Hal ini bertujuan bagi memberikan pelajar dari universiti dalam dan luar negara yang terlibat untuk membentangkan hasil projek tahun akhir mereka. Hadirin yang saya kasihi sekalian, Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Program KoLiMi Bahasa Melayu Antarabangsa 6.0 yang bekerja keras dan bertungkus-lumus bagi menjayakan program ini meskipun terhimpit dengan tugasan-tugasan lain. Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kepada wakil pensyarah dan pelajar dari UiTM, serta universiti luar negara juga seperti UZSWLU dan Universitas Sriwijaya kerana sudi berkolaborasi dengan UPSI. Saya berharap agar kolaborasi seumpama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. Akhir kata, semoga program ini dapat membentuk mahasiswa/i yang sentiasa ghairah dalam meneroka ilmu selari dengan tema bagi program ini, "Perintis Pendidikan Bahasa Melayu Dunia". Seterusnya, diharapkan kajian-kajian yang dijalankan mampu memberikan sumbangan kepada pembangunan masyarakat madani. Sekian sahaja daripada saya. Sekian, terima kasih. Ahmad Izzuddin Bin Rosli Al Hairi Pengarah Program Kolokium Lima Minit Bahasa Melayu Antarabangsa 6.0, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Serincih Gambir
Sejarah Ringkas KoLiMi KoLiMi merupakan singkatan daripada Kolokium Lima Minit yang melibatkan pelajar Semester 7 bagi program AT05- Sarjana Muda Pendidikan (Bahasa Melayu) dengan kepujian. Di samping itu, penyertaan daripada Universiti Awam deperti Universiti Teknologi Mara dan universiti luar negara juga seperti Universitas Sriwijaya. Program ini menerusi kursus BMR3996- Projek Tahun Akhir. Projek Tahun Akhir ini merupakan syarat wajib bagi pelajar untuk bergraduasi dan menamatkan pengajian di Peringkat Sarjana Muda. Program KoLiMi ini diadakan bagi tujuan untuk menggalakkan pelajar membentangkan hasil kajian projek tahun akhir yang telah diselesaikan. Program ini secara tidak langsung telah memberi peluang kepada pelajar semester 7 untuk membentangkan hasil dapatan kajian kepada khalayak ramai. Hasil daripada program ini, semua hasil pembentangan pelajar akan diterbitkan dalam Prosiding. Program KoLiMi 1.0 telah diadakan pada 18 Januari 2021 yang bertemakan “Penyelidikan Pemangkin Kecemerlangan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu”. Pada program ini, 202 orang peserta yang terlibat untuk membentangkan hasil dapatan kajian yang telah dilaksanakan. Semasa pembentangan ini dijalankan, terdapat 3 pemenangan utama serta 17 anugerah sampingan bagi tujuan untuk menggalakkan mereka berusaha lebih gigih dan bersaing secara sihat dalam kalangan mereka. Program KoLiMi 2.0 pula diadakan pada 19 Januari 2022 yang bertemakan “Pengklasifikasian Penyelidikan Era Pandemik”. Seramai 61 orang peserta yang terlibat dalam program ini dan mempunyai 3 orang pemenang utama serta 17 saguhati sebagai penghargaan kepada peserta yang mampu membentangkan hasil kajian mereka dengan baik.seterusnya, program KoLiMi 3.0 pula diadakan pada 18 hingga 19 Januari 2023 iaitu selama 2 hari yang bertemakan “Bahasa Melayu: Merekayasa Jagat Bahasa”. Program KoLiMi 4.0 diadakan pada 26 Jun 2023 bertemakan ‘Bahasa Melayu Semenjana Ilmu Universal. Program KoLiMi 5.0 pula diadakan selama 2 hari iaitu pada 23 hingga 24 Januari 2023 yang bertemakan “Kelestarian Bahasa Melayu dalam Era”. Program KoLiMi 5.0 ini juga telah menjemput pembentang dari Taskent State University of Oriental Studies, Uzbekistan seramai 5 orang untuk membentang hasil dapatan kajian mereka secara dalam talian. Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada pelajar untuk membentangkan hasil kajian mereka, malah membuktikan hasil usaha mereka di hadapan khalayak ramai. Oleh itu, program ini dilihat sebagai salah satu perintis kepada pendidikan Bahasa Melayu dalam usaha perkembangan dan penglahiran bakat baharu.
Objektif KoLiMi Mempertingkatkan kemahiran pembentangan dan lontaran idea dalam kajian dikalangan pelajar. Menjana kemahiran insaniah pelajar-pelajar selari dengan perbincangan kajian pendidikan bahasa Melayu dalam tempoh terkini. Menjalinkan sinergi ilmiah antara pelajar Malaysia dan luar negara. Mendedahkan pelajar dalam pengurusan program/majlis. Menggalakkan dan mendedahkan pelajar BMR3913 kepada pembentangan hasil kajian Projek Tahun Akhir.
Tentatif Program 13 Jun 2024 (Khamis) 7.30 – 8.30 pagi Pendaftaran Peserta Atrium FBK 9.00- 9.30 pagi Sidang Selari 1 Bilik Viva 1 Bilik Viva 2 Bilik Seminar 1 Bilik Seminar 2 Bilik Seminar 3 9.30 – 10.00 pagi Rehat – Minum Pagi 10.00 – 10.30 pagi Sidang Selari 2 Bilik Viva 1 Bilik Viva 2 Bilik Seminar 1 Bilik Seminar 2 Bilik Seminar 3 10.30 - 11.00 pagi Rehat – Minum Pagi 11.00 – 12.00 tgh Sidang Selari 3 Bilik Mesyuarat Utama (Sidang Antarabangsa) Bilik Viva 1 Bilik Viva 2 Bilik Seminar 1 Bilik Seminar 2 12.00 – 2.00 ptg Rehat, Solat dan Makan Tengah hari Lecturer Lounge (Panel Penilai) 2.00 – 2.30 ptg Ketibaan Tetamu dan Peserta KoLiMi Bahasa Melayu. Anjung 1 (FBK) 2.30 – 3.00 ptg Ketibaan Pengurusan Fakulti Ketibaan Perasmi 3.00 – 4.30 ptg Nyanyian Lagu Negaraku Nyanyian Lagu Negeri Perak Tayangan Montaj Ucapan Pengarah Program Ucapan Ketua Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu Ucapan Perasmian Ucap Utama Peranan Generasi Baharu Guru Bahasa Melayu : Etika, Pedagogi dan Industri Pendidikan Dr. Zabedah binti Haji Mohammed Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Bahasa Melayu. Penyampaian Hadiah dan Cenderahati Bacaan Doa Nyanyian Ibu Kandung Suluh Budiman 4.30 – 5.00 ptg Minum Petang dan Bersurai
Sidang Panel Penilai Ketua Panel Penilaian Dr. Noor Zuhidayah binti Muhd Zulkipli Panel Penilai Profesor Madya Dr. Anida binti Sarudin Dr. Ariff bin Mohamad Dr. Farahkhanna binti Mohd Rusli Dr. Minah binti Sintian Dr. Md Zahril Nizam bin Md Yusoff Dr. Muhamad Fadzllah bin Hj Zaini Dr. Norul Haida binti Reduzan Dr. Norzalina binti Hj Noor Dr. Nur Faaizah binti Md Adam Dr. Rosliah Kiting Puan. Saripah Anak Banseng Puan Zuraily a/p Uda @ Longgok
Bil Sidang Selari 1 Masa: 9.00-9.30 (30 Minit) Tempat: Bilik Viva 1 Pengerusi: Nur Zafirah Binti Zainuddin Tajuk Pemakalah 1 Elemen Pantun dalam Lagu Tradisional Bahasa Melayu Nur Zafirah Binti Zainuddin 2 Analisis Komponen Makna Peranggu Sinonim Kata Adjektif Ukuran Bahasa Melayu Mohd Alhafiz Bin Abdullah 3 Analisis Lakuan Pertuturan Searle (1969) dalam Filem-Filem bertemakan Pengorbanan dan Perjuangan Seorang Guru Wan Nor Azlina Binti Abdullah 4 Analisis Makna Simpulan Bahasa dalam Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima berdasarkan Teori Relevans Nor Farhana Binti Azman Jadual Pembentangan Makalah Bil Sidang Selari 1 Masa: 9.00-9.30 (30 Minit) Tempat: Bilik Viva 2 Pengerusi: Anis Nazifa Binti Mohd. Sukor Tajuk Pemakalah 1 Pelaksanaan Set Induksi dalam Kalangan Guru Pelatih terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Muhammad Nur Al-Hadi Bin Aziz 2 Analisis Deiksis dalam Novel Meniti Impian Karya Osman Ayob Anis Nazifa Binti Mohd. Sukor 3 Analisis Penyisipan Geluncuran dalam Penulisan Rangkap Vokal Murid Tahun Siti Nursyahirah Binti Mohd Fairos 4 Interpretasi Makna Peribahasa berunsurkan Haiwan berdasarkan Teori Relevans Nor Amirah Binti Ahmad Bakri
Bil Sidang Selari 1 Masa: 9.00-9.30 (30 Minit) Tempat: Bilik Seminar 1 Pengerusi: Azman Bin Sampang Tajuk Pemakalah 1 Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Bukan Elektronik oleh Guru Pelatih Bahasa Melayu dalam Pembelajaran Nurul Izzati Dayana Binti Mastora 2 Penerimaan Murid terhadap Pembelajaran Berasaskan Permainan dalam Pengajaran Bahasa Melayu Nur Faratul Nisa Binti Ab Rahman 3 Aspek Kesantunan Berbahasa dalam Filem Kebangkitan Pahlawan: Mat Kilau Puteri Maisarah Binti Musa 4 Berita Mengelirukan: Analisis Perihal Ketaksaan Akhbar Atas Talian Terpilih Azman Bin Sampang 5 Penguasaan Bahasa Melayu Tinggi Guru Pelatih Upsi Dari Aspek Lisan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Mohamad Adzim Bin Ab Wahab Bil Sidang Selari 1 Masa: 9.00-9.30 (30 Minit) Tempat: Bilik Seminar 2 Pengerusi: Muhamad Ifwat Bin Mohd Azhuddin Tajuk Pemakalah 1 Analisis Makna Pantun Berunsur Buah dalam Antologi Baik Budi Indah Bahasa Tingkatan Dua berdasarkan Teori Relevans Muhamad Ifwat Bin Mohd Azhuddin 2 Analisis Penggunaan Kata Tugas dalam Buku Tangga Burisan Om Tangon Kadazandusun Ainah Gimir 3 Cabaran Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (Pbd) dalam Kalangan Guru Bahasa Melayu Fatin Norhidayah Binti Mat Hussin 4 Ragaman Bahasa Pelajar Upsi dalam Media Massa “Facebook” (Upsi Confession) Mengikut Konsep Ragam Bahasa Za’ba 1965 Aqydah Dahlan Bin Jamridil Persepsi Murid Sekolah Agama Terhadap Elemen Didik Hibur dalam Pembelajaran Bahasa Melayu di Terengganu Wan Nurhuda Kamilah Binti Wan Abdul Majid
Bil Sidang Selari 1 Masa: 9.00-9.30 (30 Minit) Tempat: Bilik Seminar 3 Pengerusi: Arja Nuratika Binti Ibrahim Tajuk Pemakalah 1 Analisis Variasi Struktur Dialog dalam Filem Terpilih Arahan Tan Sri P. Ramlee Nurul Hanis Binti Wandy 2 Pengaplikasian Teknik PM KFC dalam Pengajaran Penulisan Rumusan Bahasa Melayu Tingkatan Empat Arja Nuratika Binti Ibrahim 3 Analisis Tahap Penguasaan Ejaan Murid terhadap Kepelbagaian Kosa Kata yang Terdapat dalam Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 1 berdasarkan Ujaran Guru Nurul Azwanie Syuhada Binti A.M Salim 4 Ketidaksantunan Berbahasa sebagai Strategi Penyampaian Mesej Dalam Media Sosial Facebook Nur Aqilah Khaleeda Binti Zainal Abidin 5 Analisis Penggunaan Kata Imbuhan dalam Perbualan dan Penulisan Karangan Pelajar Tingkatan 4 di Daerah Tambunan, Sabah. Kelly Peter Dumpong Bil Sidang Selari 2 Masa: 10.00-10.30 (30 Minit) Tempat: Bilik Viva 1 Pengerusi: Nurul Qarmila Binti Badarudin Tajuk Pemakalah 1 Penggunaan Multimedia dalam Pengajaran Aspek Tatabahasa bagi Guru Pelatih Bahasa Melayu Nur Izzah Binti Ab Llah 2 Analisis Kosa Kata terhadap Karangan Murid Miskin Tingkatan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Badak Muhamad Izzat Bin Mohd Sabri 3 Analisis Bahasa Pasar dalam Novel Silir Daksina Tingkatan 5 Hasil Karya Nizar Parman Nor Shafisya Alena Binti Misran 4 Kesantunan Berbahasa Dalam Laras Bahasa Di Tiktok Nurul Qarmila Binti Badarudin
Bil Sidang Selari 2 Masa: 10.00-10.30 (30 Minit) Tempat: Bilik Viva 2 Pengerusi: Elvienie Petrus Tajuk Pemakalah 1 Kesantunan Berbahasa Dalam Novel Pantai Kasih Karya Azmah Nordin Berasaskan Prinsip Kesantunan Leech (1983) Muhammad Aiman Bin Mohamad 2 Unsur Eufemisme dan Disfemisme Dalam Novel Songket Berbenang Emas: Analisis Prinsip Kesantunan Leech Sharmeen Farahim Binti Che Rahim 3 Analisis Perkataan Dialek Terengganu berpandukan Aspek Analisis Komponen Makna dan Teori Relevans Nurul Syahida Binti Zolkepeli 4 Kesan Motivasi terhadap Pencapaian Prestasi Kerja Guru Pelatih Bahasa Melayu di Universiti Pendidikan Sultan Idris Elvienie Petrus Bil Sidang Selari 2 Masa: 10.00-10.30 (30 Minit) Tempat: Bilik Seminar 1 Pengerusi: Ahmad Izzuddin Bin Rosli Al Hairi Tajuk Pemakalah 1 Aplikasi VLE Frog dalam Sesi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Naizatul Nabila Bt Basri 2 Polemik Novel Pantai Kasih yang Disalahertikan: Analisis Implikatur Perbualan dan Pengucapan Ahmad Izzuddin Bin Rosli Al Hairi 3 Analisis Stilistik dalam Novel Destinasi Impian Tingkatan 1 Noor Shahida Binti Endang Triana 4 Penularan Penggunaan Bahasa Vulgar dalam Telegram UPSI Confession Astikah Binti Mohd Yayah
Bil Sidang Selari 2 Masa: 10.00-10.30 (30 Minit) Tempat: Bilik Seminar 2 Pengerusi: Muhammad Ikhmal Bin Mohamad Sabri Tajuk Pemakalah 1 Faktor Kesalahan Penggunaan Kata Sendi Nama dalam Kalangan Mahasiswa Bukan Bidang Bahasa Melayu Cristiesa Anak Colin 2 Analisis Tautan Kolokasi dalam Novel Komsas Jalan ke Puncak berdasarkan Teori Model Tautan Pindaan Aida Ruzana Binti Mohd Rosli 3 Penerapan Nilai-Nilai Murni Dan Pengajaran Dalam Novel Jendela Menghadap Jalan Noor Afiqah Binti Ishak 4 Tahap Penguasaan Guru Bahasa Melayu terhadap Pelaksanaan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Abad Ke-21 di Sekolah Menengah Nurfarhana Binti Mohd Radzi 5 Pelaksanaan Aktiviti Pengajaran Seni Bahasa dalam Kalangan Guru Pelatih Bahasa Melayu Semasa Latihan Mengajar dalam Pembentukan Guru Kreatif Muhammad Ikhmal Bin Mohamad Sabri Bil Sidang Selari 2 Masa: 10.00-10.30 (30 Minit) Tempat: Bilik Seminar 3 Pengerusi: Awg Mohamad Saiful Bin Awang Mostapha Tajuk Pemakalah 1 Pelaksanaan Set Induksi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Guru Pelatih UPSI Semasa Latihan Mengajar Awg Mohamad Saiful Bin Awang Mostapha 2 Pengaplikasian Fill The Jar Sebagai Bahan Bantu Mengajar dalam Pengajaran Kata Adjektif Murid Tingkatan Dua Norsazilah Binti Jaidal 3 Analisis Unsur Perpaduan dalam Novel Darah di Titik Semantan Tingkatan Dua Nor Fatinaziha Binti Mohd Nazim 4 Analisis Teks Bacaan Soalan Peperiksaan Bahasa Melayu Pelajar Sekolah Menengah Nur Ain Hikmah Binti Fauzi 5 Penggunaan Peta Pemikiran I-Think dalam Kalangan Guru Pelatih Bahasa Melayu Universiti Pendidikan Sultan Idris Nur Aina Anina Binti Abidin
Bil Sidang Selari 3 Masa: 11.00-12.00 (1 jam) Tempat: Bilik Mesyuarat Utama Pengerusi: Mohd Alhafiz Bin Abdullah Tajuk Pemakalah 1 Strategi Kesantunan Berbahasa pada Film Serdadu Kumbang Karya Ari Sihasale dan Impliaksinya terhadap Pembelajaran Bahasa Indonesia Riza Atifah 2 Pembangunan Modul Digital Interaktif Pembelajaran Menulis Cerita Rakyat di SMA Negeri 1 Simpang Teritip Muhammad Zakiul Fikri Bil Sidang Selari 3 Masa: 11.00-12.00 (60 Minit) Tempat: Bilik Viva 1 Pengerusi: Nurul Aidah Binti Masri Tajuk Pemakalah 1 Ragam Bahasa Komunikasi Politik dalam Parlimen Malaysia Mohamad Zakwan Bin Mohd Rosli (Uitm) 2 Amalan Guru Pelatih terhadap Penggunaan Peneguhan dalam Pembelajaran Bahasa Melayu Mohd Ammar Bin Mat Sahari 3 Kesan Penggunaan Aplikasi Plickers dalam Kemahiran Tatabahasa Murid Tingkatan Empat Norsufiah Binti Amir 4 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Orang Asli: Cabaran dan Pendekatan Terbaik Nurul Aidah Binti Masri
Bil Sidang Selari 3 Masa: 11.00-12.00 (60 Minit) Tempat: Bilik Viva 2 Pengerusi: Fatimah Auni Binti Ramli Tajuk Pemakalah 1 Analisis Kesalahan Bahasa pada Infografik Kementerian Kesihatan Juwita Abas (Uitm) 2 Nuansa Nilai Murni Fokloristik dalam Hikayat Raja Pasa Nadhirah Fitriah Binti Mohd Raduan 3 Peribahasa Melayu dalam Novel Empayar 3: Analisis Semantik Inkuisitif Fatimah Auni Binti Ramli 4 Aspek Seni Bahasa dalam Lirik Lagu Popular yang berunsurkan Ketuhanan Anis Syahirah Binti Awang Bil Sidang Selari 3 Masa: 11.00-12.00 (60 Minit) Tempat: Bilik Seminar 1 Pengerusi: Nelson Ludie Anak Usah Tajuk Pemakalah 1 Analisis Penggunaan Ayat Majmuk dalam Laporan Tahunan Negara Jabatan Perkhidmatan Awam Azmiera Zolkeflee (Uitm) 2 Hentian Glotis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Iban Nelson Ludie Anak Usah 3 Percampuran Kod dalam Komunikasi Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris Amilina Binti Hamiun 4 Analisis Bahasa Slanga dalam Novel Awek Chuck Taylor Karya Nami Cab Nobbler Muhamad Hafizi Bin Che Hassan
Bil Sidang Selari 3 Masa: 11.00-12.00 (30 Minit) Tempat: Bilik Seminar 2 Pengerusi: Nor Hidayah Binti Idrus Tajuk Pemakalah 1 Analisis Kesalahan Tatabahasa dalam Artikel Jurnal Bahasa Melayu Dayangku Nabila Binti Awang Nib Zuhairi (Uitm) 2 Analisis Nilai Murni dalam Novel Tirani Nor Hidayah Binti Idrus 3 Mengalur Leksikal Kaki dalam Korpus berdasarkan Semantik Inkuisitif Nurainwahidah Binti Ahmad 4 Analisis Tahap Kebolehgunaan Kit Media Elektronik “Pandu Saya” dalam Cerpen Banjir di Mata Emak bagi Pelajar Tingkatan 2 di Sekolah Menengah Siti Nur Aisah Najihah Rani
Halaman Abstrak PEMBANGUNAN MODUL DIGITAL INTERAKTIF PEMBELAJARAN MENULIS CERITA RAKYAT DI SMA NEGERI 1 SIMPANG TERITIP Muhammad Zakiul Fikri RAGAM BAHASA KOMUNIKASI POLITIK DALAM PARLIMEN MALAYSIA Mohamad Zakwan Mohd Rosli ANALISIS LAKUAN PERTUTURAN SEARLE (1969) DALAM FILEM-FILEM BERTEMAKAN PENGORBANAN DAN PERJUANGAN SEORANG GURU Wan Nor Azlina Abdullah AMALAN GURU PELATIH TERHADAP PENGGUNAAN PENEGUHAN DALAM PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU Mohd Ammar Mat Sahari PELAKSANAAN SET INDUKSI DALAM KALANGAN GURU PELATIH TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU Muhammad Nur Al-Hadi Aziz ANALISIS DEIKSIS DALAM NOVEL MENITI IMPIAN KARYA OSMAN AYOB Anis Nazifa Mohd. Sukor ANALISIS PENYISIPAN GELUNCURAN DALAM PENULISAN RANGKAP VOKAL MURID TAHUN 1 Siti Nursyahirah Mohd Fairos PELATIH BAHASA MELAYU DALAM PEMBELAJARAN Nurul Izzati Dayana Mastora
PENERIMAAN MURID TERHADAP PEMBELAJARAN BERASASKAN PERMAINAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU Nur Faratul Nisa Ab Rahman ASPEK KESANTUNAN BERBAHASA DALAM FILEM KEBANGKITAN PAHLAWAN: MAT KILAU Puteri Maisarah Musa NUANSA NILAI MURNI FOKLORISTIK DALAM HIKAYAT RAJA PASAI Nadhirah Fitriah Mohd Raduan ANALISIS PENGGUNAAN KATA TUGAS DALAM BUKU TANGGA BURISAN OM TANGON KADAZANDUSUN Ainah Gimir CABARAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) DALAM KALANGAN GURU BAHASA MELAYU Fatin Norhidayah Mat Hussin PERSEPSI MURID SEKOLAH AGAMA TERHADAP ELEMEN DIDIK HIBUR DALAM PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU DI TERENGGANU Wan Nurhuda Kamilah Wan Abdul Majid HENTIAN GLOTIS DALAM BAHASA MELAYU DAN BAHASA IBAN Nelson Ludie Usah PENGAPLIKASIAN TEKNIK PM KFC DALAM PENGAJARAN PENULISAN RUMUSAN BAHASA MELAYU TINGKATAN EMPAT Arja Nuratika Ibrahim ANALISIS TAHAP PENGUASAAN EJAAN MURID TERHADAP KEPELBAGAIAN KOSA KATA YANG TERDAPAT DALAM BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 1 BERDASARKAN UJARAN GURU Nurul Azwanie Syuhada A.M Salim
KETIDAKSANTUNAN BERBAHASA SEBAGAI STRATEGI PENYAMPAIAN MESEJ DALAM MEDIA SOSIAL FACEBOOK Nur Aqilah Khaleeda Zainal Abidin ANALISIS PENGGUNAAN KATA IMBUHAN DALAM PERBUALAN DAN PENULISAN KARANGAN PELAJAR TINGKATAN 4 DI DAERAH TAMBUNAN, SABAH Kelly Peter Dumpong ANALISIS NILAI MURNI DALAM NOVEL TIRANI Nor Hidayah Idrus PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN ASPEK TATABAHASA BAGI GURU PELATIH BAHASA MELAYU Nur Izzah Ab llah ANALISIS BAHASA PASAR DALAM NOVEL SILIR DAKSINA TINGKATAN 5 HASIL KARYA NIZAR PARMAN Nor Shafisya Alena Misran STRATEGI KESANTUNAN BERBAHASA PADA FILM SERDADU KUMBANG KARYA ARI SIHASALE DAN IMPLIAKSINYA TERHADAP PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA Riza Atifah KESANTUNAN BERBAHASA DALAM LARAS BAHASA DI TIKTOK Nurul Qarmila Badarudin PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN MURID ORANG ASLI: CABARAN DAN PENDEKATAN TERBAIK Nurul Aidah Masri ANALISIS PERKATAAN DIALEK TERENGGANU BERPANDUKAN ASPEK ANALISIS KOMPONEN MAKNA DAN TEORI RELEVANS Nurul Syahida Zolkepeli
KESAN MOTIVASI TERHADAP PENCAPAIAN PRESTASI KERJA GURU PELATIH BAHASA MELAYU DI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS Elvienie Petrus POLEMIK NOVEL PANTAI KASIH YANG DISALAHERTIKAN: ANALISIS IMPLIKATUR PERBUALAN DAN PENGUCAPAN Ahmad Izzuddin Rosli Al Hairi ASPEK SENI BAHASA DALAM LIRIK LAGU POPULAR YANG BERUNSURKAN KETUHANAN Anis Syahirah Awang ANALISIS TAHAP KEBOLEHGUNAAN KIT MEDIA ELEKTRONIK ‘PANDU SAYA’ DALAM CERPEN BANJIR DI MATA EMAK BAGI PELAJAR TINGKATAN 2 DI SEKOLAH MENENGAH Siti Nur Aisah Najihah Rani ANALISIS TAUTAN KOLOKASI DALAM NOVEL KOMSAS JALAN KE PUNCAK BERDASARKAN MODEL TEORI TAUTAN PINDAAN Aida Ruzana Mohd Rosli PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI DAN PENGAJARAN DALAM NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN Noor Afiqah Ishak TAHAP PENGUASAAN GURU BAHASA MELAYU TERHADAP PELAKSANAAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 DI SEKOLAH MENENGAH Nurfarhana Mohd Radzi PELAKSANAAN AKTIVITI PENGAJARAN SENI BAHASA DALAM KALANGAN GURU PELATIH BAHASA MELAYU SEMASA LATIHAN MENGAJAR DALAM PEMBENTUKAN GURU KREATIF Muhammad Ikhmal Mohamad Sabri
ANALISIS TEKS BACAAN SOALAN PEPERIKSAAN BAHASA MELAYU PELAJAR SEKOLAH MENENGAH Nur Ain Hikmah Fauzi PENGGUNAAN PETA PEMIKIRAN I-THINK DALAM KALANGAN GURU PELATIH BAHASA MELAYU UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS Nur Aina Anina Abidin RAGAM BAHASA PELAJAR UPSI DALAM MEDIA MASSA”FACEBOOK” (UPSI CONFESSION) MENGIKUT KONSEP RAGAM BAHASA ZA’BA 1965 Aqydah Dahlan Jamridil PENGUASAAN BAHASA MELAYU TINGGI DALAM KALANGAN GURU PELATIH UPSI SEMASA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DARI ASPEK LISAN Mohamad Adzim Ab Wahab ANALISIS MAKNA PANTUN BERUNSUR BUAH DALAM BUKU ANTOLOGI BAIK BUDI INDAH BAHASA TINGKATAN DUA BERDASARKAN TEORI RELEVANS Muhamad Ifwat Mohd Azhuddin PELAKSANAAN SET INDUKSI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN GURU PELATIH UPSI SEMASA LATIHAN MENGAJAR Awg Mohamad Saiful Awang Mostapha ANALISIS VARIASI STRUKTUR DIALOG DALAM FILEM TERPILIH ARAHAN TAN SRI P.RAMLEE Nurul Hanis Wandy ANALISIS PENGGUNAAN AYAT MAJMUK DALAM LAPORAN TAHUNAN NEGARA JABATAN PERKHIDMATAN AWAM Azmiera binti Zolkeflee ANALISIS KESALAHAN BAHASA PADA INFOGRAFIK KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA Juwita Abas
PENULARAN PENGGUNAAN BAHASA VULGAR DALAM TELEGRAM UPSI CONFESSION Astikah Mohd Yayah ANALISIS PENGGUNAAAN BAHASA SLANGA DALAM NOVEL AWEK CHUCK TAYLOR KARYA NAMI CAB NOBBLER Muhamad Hafizi Che Hassan KESANTUNAN BERBAHASA DALAM NOVEL PANTAI KASIH KARYA AZMAH NORDIN BERASASKAN PRINSIP KESANTUNAN LEECH (1983) Muhammad Aiman Mohamad INTERPRETASI MAKNA PERIBAHASA BERUNSURKAN HAIWAN BERDASARKAN TEORI RELEVANS Nor Amirah Ahmad Bakri ANALISIS MAKNA SIMPULAN BAHASA DALAM BUKU TEKS BAHASA MELAYU TINGKATAN SATU HINGGA TINGKATAN LIMA BERDASARKAN TEORI RELEVANS Nor Farhana Azman PENGAPLIKASIAN FILL THE JAR SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR DALAM PENGAJARAN KATA ADJEKTIF MURID TINGKATAN DUA Norsazilah Jaidal ELEMEN PANTUN DALAM LAGU TRADISIONAL BAHASA MELAYU Nur Zafirah Zainuddin MENYUSUR GALUR LEKSIKAL ‘KAKI’ DALAM SIMPULAN BAHASA MELAYU DALAM KORPUS BERDASARKAN SEMANTIK INKUISITIF Nuraiwahidah Ahmad UNSUR EUFEMISME DAN DISFEMISME DALAM NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS: ANALISIS PRINSIP KESANTUNAN LEECH Sharmeen Farahim Che Rahim
ANALISIS STILISTIK DALAM NOVEL DESTINASI IMPIAN TINGKATAN 1 Noor Shahida Endang Triana PERCAMPURAN KOD DALAM KOMUNIKASI PELAJAR UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS Amilina Hamiun ANALISIS UNSUR PERPADUAN DALAM NOVEL DARAH TITIK DI SEMANTAN TINGKATAN 2 Nor Fatinaziha Mohd Nazim ANALISIS KESALAHAN TATABAHASA DALAM ARTIKEL JURNAL BAHASA MELAYU Dayangku Nabila binti Awang Nib Zuhairi PERIBAHASA MELAYU DALAM NOVEL EMPAYAR 3: ANALISIS SEMANTIK INKUISITIF Fatimah Auni Ramli ANALISIS KOMPONEN MAKNA PERANGGU SINONIM KATA ADJEKTIF UKURAN BAHASA MELAYU Mohd Alhafiz Abdullah BERITA MENGELIRUKAN: ANALISIS PERIHAL KETAKSAAN AKHBAR ATAS TALIAN TERPILIH Azman Sampang FAKTOR KESALAHAN PENGGUNAAN KATA SENDI NAMA DALAM KALANGAN MAHASISWA BUKAN BIDANG BAHASA MELAYU Cristiesa Colin APLIKASI VLE FROG DALAM SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU Naizatul Nabila Basri KESAN PENGGUNAAN APLIKASI PLICKERS DALAM KEMAHIRAN TATABAHASA MURID TINGKATAN EMPAT Norsufiah Binti Amir
Senarai Abstrak
PEMBANGUNAN MODUL DIGITAL INTERAKTIF PEMBELAJARAN MENULIS CERITA RAKYAT DI SMA NEGERI 1 SIMPANG TERITIP Development of an Interactive Digital Module for Learning to Write Folk Tales at SMA Negeri 1 Simpang Teritip Muhammad Zakiul Fikri Dr. Santi Oktarina, M.Pd. [email protected] [email protected] Pendidikan Bahasa dan Sastra Indonesia, Fakultas Keguruan dan Ilmu Pendidikan, Universitas Sriwijaya, Indonesia Abstrak Tujuan Penyelidikan ini bertujuan untuk menghasilkan produk bahan pengajaran dalam bentuk modul digital interaktif berbantuan digital flipbook untuk bahan pembelajaran menulis cerita rakyat di SMA Negeri 1 Simpang Teritip. Metodologi Penyelidikan ini menggunakan model kajian dan pembangunan (R&D) modifikasi Borg dan Gall serta Alessi dan Trollip. Dapatan Modul digital interaktif dibangunkan dengan merujuk kepada soal selidik analisis keperluan, serta temu bual bersama pelajar dan guru. Berdasarkan hasil analisis keperluan, produk modul digital interaktif diperlukan untuk menyokong pembelajaran menulis cerita rakyat. Seterusnya, reka bentuk dijalankan dimulai dari reka konsep pembelajaran, membuat carta alir dan papan cerita, menyediakan bahan serta menyatukan reka bentuk dan elemen sokongan. Kemudian, perbicaraan produk awal dijalankan melalui pengesahan pakar dan terus menyemak produk mengikut cadangan daripada pakar. Pengesahan pakar dijalankan dengan mendapatkan penilaian produk pada aspek material, media dan linguistik. Dalam aspek material, nilai keseluruhan ialah 44 dan produk mendapat markah 42 (95.45%) atau sangat layak. Dalam aspek media, skor komponen maksimum ialah 64 dan produk mendapat markah 58 (90.62%) atau sangat layak. Dalam aspek linguistic, nilai keseluruhan ialah 36 dan produk mendapat markah 35 (97.22%) atau sangat layak. Implikasi Produk modul digital interaktif yang terhasil boleh digunakan dalam pembelajaran untuk meningkatkan semangat pelajar dalam menulis cerita rakyat. Rumusan Berdasarkan penilaian dan cadangan daripada pakar, modul digital daripada hasil penyelidikan ini boleh diuji kepada pelajar dalam meningkatkan kebolehan mereka menulis cerita rakyat. Keywords Cerita rakyat, menulis, modul digital interaktif
RAGAM BAHASA KOMUNIKASI POLITIK DALAM PARLIMEN MALAYSIA Different Languages of Political Communication in the Malaysian Parliament Mohamad Zakwan Mohd Rosli Mohamad Nik Mat Pelet [email protected] [email protected] Jabatan Pengajian Melayu Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA(UiTM), Shah Alam Abstrak Tujuan Bahasa secara umumnya merupakan satu medium untuk berkomunikasi yang digunakan sebagai alat perhubungan antara manusia melalui bunyi-bunyi yang dikeluarkan oleh alat-alat ujaran yang terdapat dalam tubuh manusia. Bahasa bukan sahaja boleh dizahirkan secara lisan malah secara tulisan yang akan mempamerkan pelbagai ragam bahasa berdasarkan bentuk penggunaan yang berbeza, isu yang ditangani, hubungan penutur dengan lawan bicara, masyarakat umum, dan medium pertuturan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenisjenis dan menganalisis ragam bahasa komunikasi politik yang digunakan dalam persidangan parlimen Malaysia. Metodologi Pendekatan kualitatif melalui mengaplikasikan kaedah analisis kandungan digunakan dalam kajian yang dijalankan ini dengan menganalisis sidang parlimen sesi tahun 2023 yang dimuat turun daripada saluran Youtube berdurasi 3 jam. Pemilihan data tersebut adalah dipilih secara rawak dengan menepati ciri-ciri yang ditetapkan iaitu komunikasi politik ahli parlimen dengan menggunakan kepelbagaian bahasa. Data tahun 2023 dipilih kerana pada tahun tersebut keadaan iklim politik negara yang kurang stabil menunjukkan banyak konflik yang wujud sehingga menymbang kepada ragam bahasa yang pelbagai ketika sesi sidang parlimen. Data yang diperoleh telah dianalisis berdasarkan kerangka konsep ragam bahasa Za’ba (2002). Dapatan Dapatan analisis kajian mendapati terdapat lima jenis ragam bahasa yang kerap dipamerkan melalui ujaran oleh ahli politik sepanjang 3 jam sesi sidang parlimen tersebut. Walaupun Za’ba menyatakan terdapat 15 jenis ragam bahasa, namun analisis kajian ini mendapati hanya ragam bahasa tempelak, sindiran, mengejek, herdik, dan melampau digunakan oleh ahli parlimen. Implikasi Ragam bahasa negatif seperti tempelak, sindiran, mengejek, herdik, dan melampau dalam kalangan ahli parlimen memberi gambaran kurang baik kepada masyarakat kerana ahli parlimen adalah wakil rakyat yang memimpin negara sewajarnya mempamerkan satu sikap positif sama ada melalui bahasa yang digunakan atau amalan yang dipamerkan. Oleh itu, kajian ini menjelaskan bahawa perhatian serius perlu diberikan dengan penerapan elemen komunikasi dan etika yang perlu dikuasai oleh seseorang ahli parlimen bagi memastikan strategi komunikasi berkesan dan positif. Kod etika komunikasi melalui bahasa yang digunakan juga perlu diperincikan dengan jelas dan dikuatkuasakan dalam semua institusi politik negara agar ahli politik dapat menunjukkan teladan baik dan mendidik ahli politik berkaitan ragam bahasa yang sesuai untuk diujarkan. Rumusan Kesimpulannya, kajian ini membuktikan ragam bahasa dalam komunikasi ahli politik adalah penting untuk dikaji secara meluas dan mendalam untuk penyelidik dan pelajar bidang linguistik mahupun sains politik. Penggunaan bahasa mencerminkan sikap dan personaliti seseorang serta berfungsi sebagai petunjuk dan rujukan kajian masa depan. Kajian ini turut mengangkat isu penggunaan bahasa tidak sopan oleh ahli politik ketika bersidang di samping, meningkatkan kesedaran tentang penggunaan bahasa yang tepat agar ahli politik dapat memperkasakan penggunaan bahasa dengan betul serta menjadi contoh kepada masyarakat umum. Keywords Ragam bahasa, komunikasi politik, parlimen Malaysia, Pendekatan Za’ba
ANALISIS LAKUAN PERTUTURAN SEARLE (1969) DALAM FILEM-FILEM BERTEMAKAN PENGORBANAN DAN PERJUANGAN SEORANG GURU Analysis of Searle’s (1969) Speech Acts in Films with Themes of Sacrifice and the Struggle of a Teacher Wan Nor Azlina Abdullah Mohamad Rozi Kasim [email protected] [email protected] Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900, Tg. Malim, Perak. Abstrak Tujuan Lakuan pertuturan merupakan ujaran yang mempunyai makna mengikut konteks tertentu. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis lakuan pertuturan dalam filem ‘Adiwiraku’ dan filem ‘Yek Icin Mahak’ menggunakan teori lakuan pertuturan Searle (1969) serta membandingkan persamaan dan perbezaan lakuan pertuturan Searle (1969) dalam kedua-dua filem ini. Metodologi Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melibatkan analisis kandungan teks dalam filem ‘‘Adiwiraku’ dan filem ‘Yek Icin Mahak’ yang berunsurkan pendidikan. Sebelum data dianalisis, dialog-dialog yang diujarkan dalam kedua-dua filem ini akan dikeluarkan dan ditranskripsi ke dalam bentuk teks. Dapatan Hasil dapatan kajian menunjukkan hanya terdapat empat jenis lakuan pertuturan Searle (1969) yang diujarkan iaitu lakuan direktif, asertif, ekspresif dan komisif. Lakuan yang paling banyak diujarkan dalam kedua-dua filem ini ialah lakuan direktif. Lakuan pertuturan yang tidak terdapat dalam kajian ini ialah lakuan deklaratif. Selain itu, kajian ini menunjukkan terdapat persamaan dan perbezaan lakuan pertuturan dalam filem ‘Adiwiraku’ dan filem ‘Yek Icin Mahak’ yang dapat dilihat dari pelbagai aspek bukan sahaja dari segi kategori dan subkategori namun ia juga melibatkan penggunaan ayat, kata, bahasa, intonasi, status sosial, perkataan, faktor kawasan dan persekitaran, latar belakang murid serta bidang dan subjek yang diajar oleh guru. Implikasi Dalam konteks pendidikan, lakuan pertuturan yang sering digunakan iaitu lakuan direktif, asertif, ekspresif dan komisif dapat diketahui serta membantu para pendidik meningkatkan pemahaman mereka tentang komunikasi yang berkesan dalam konteks ini untuk diaplikasikan dalam kehidupan sebenar. Rumusan Secara keseluruhannya, kajian ini diharapkan dapat membantu pendengar memahami maklumat dan mesej yang ingin disampaikan oleh penutur dengan jelas semasa berinteraksi dan berkomunikasi antara satu sama lain. Keywords Lakuan pertuturan, Searle (1969), Adiwiraku, Yek Icin Mahak
AMALAN GURU PELATIH TERHADAP PENGGUNAAN PENEGUHAN DALAM PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU Teacher Trainer Practices on the Use of Reinforcement in Malay Language Learning Mohd Ammar Mat Sahari Norzalina Noor [email protected] [email protected] Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900, Tg. Malim, Perak. Abstrak Tujuan Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan amalan guru pelatih terhadap penggunaan kemahiran peneguhan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Metodologi Kajian ini menggunakan kaedah gabungan iaitu kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik dan kualitatif dengan membuat pemerhatian terhadap Rancangan Pengajaaran Harian berserta video pengajaran yang dihasilkan semasa Latihan Mengajar. Bilangan sampel kajian ini adalah sebanyak 30 orang guru pelatih Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) opsyen bahasa Melayu yang sudah menjalani Latihan Mengajar 1. Dapatan Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti guru pelatih opsyen bahasa Melayu mempunyai pengetahuan yang baik dalam penggunaan kemahiran peneguhan dalam pengajaran dan pembelajaran, malahan guru pelatih bahasa Melayu juga memiliki kesedaran dan kesediaan untuk melaksanakan kemahiran peneguhan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Implikasi Implikasi kajian ini adalah dapat membantu guru pelatih untuk merancang dan mengaplikasikan kemahiran peneguhan dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran bahasa Melayu. Selain itu, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dapat menekankan kemahiran peneguhan di dalam kelas terhadap guru-guru untuk meningkatkan motivasi murid dalam pembelajaran Rumusan Kesimpulannya, kajian ini sesuai dijadikan panduan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, pihak pentadbir sekolah, guru dan guru pelatih mengenai amalan guru terhadap penggunaan peneguhan dalam usaha meningkatkan pencapaian dan motivasi murid dalam pembelajaran khususnya mata pelajara bahasa Melayu. Keywords Amalan guru pelatih, kemahiran peneguhan, guru pelatih bahasa Melayu, peneguhan
PELAKSANAAN SET INDUKSI DALAM KALANGAN GURU PELATIH TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU Implementation of an Induction Set Among Teacher Trainees on Teaching and Learning Malay Muhammad Nur Al-Hadi Aziz Mohd Ra’in Shaari [email protected] [email protected] Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900, Tg. Malim, Perak. Abstrak Tujuan Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru pelatih terhadap pelaksanaan set induksi dalam pengajaran Bahasa Melayu, menganalisis penggunaan set induksi dalam pengajaran Bahasa Melayu dan menganalisis cabaran yang dihadapi oleh guru pelatih dalam pelaksanaan set induksi bagi pengajaran Bahasa Melayu. Metodologi Metadologi bagi kajian ini adalah menggunakan kaedah kuantitatif sepenuhnya iaitu borang soal selidik. Pengkaji telah menggunakan borang soal selidik untuk mendapatkan data daripada responden iaitu guru pelatih yang diedarkan melalui google form. Selanjutnya, data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan aplikasi Statistical Analysis Software (SPSS) untuk memperoleh data kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawaian. Dapatan Hasil daripada kajian ini, dapatan kajian mendapati dalam kalangan guru pelatih mempunyai pengetahuan asas dalam melakasanakan set induksi. Malah, terdapat juga cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru pelatih dalam set induksi ini misalnya penggunaan kos dan kekurangan idea. Implikasi Implikasinya, set induksi ini sangat penting untuk membantu guru pelatih melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) dengan berkesan. Bukan itu sahaja, set induksi juga mampu mencapai objektif pembelajaran. Rumusan Kesimpulannya, set induksi ini amat penting untuk memulakan sesi pembelajaran. Walaupun set induksi hanya dilakukan kurang 5 minit ianya mampu memberi kelebihan kepada guru dan murid-murid. Keywords Set Induksi, Guru Pelatih, Bahasa Melayu
ANALISIS DEIKSIS DALAM NOVEL MENITI IMPIAN KARYA OSMAN AYOB Analysis of deixis in the novel titled Meniti Impian by Osman Ayob Anis Nazifa Mohd. Sukor Norfaizah Abdul Jobar [email protected] [email protected] Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900, Tg. Malim, Perak. Abstrak Tujuan Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jumlah kekerapan penggunaan lima jenis deiksis dan menganalisis penggunaan deiksis berdasarkan plot permulaan, perkembangan, konflik, klimaks dan peleraian yang terkandung di dalam novel bertajuk ‘Meniti Impian’ karya Osman Ayob. Metodologi Reka bentuk kajian ini dilaksanakan secara kualitatif dengan menggunakan kaedah kepustakaan dan analisis teks daripada novel Komponen Sastera (KOMSAS) tingkatan 2 yang bertajuk ‘Meniti Impian’ karya Osman Ayob. Dapatan Dapatan kajian yang diperoleh menunjukkan bahawa terdapat deiksis orang, waktu, tempat, wacana dan sosial di dalam setiap lima plot penceritaan. Berdasarkan jumlah keseluruhan penggunaan deiksis bagi setiap plot, deiksis yang paling tinggi digunakan ialah deiksis sosial, iaitu sebanyak 1661 deiksis bersamaan 46 peratus, manakala deiksis yang paling rendah ialah deiksis wacana, iaitu 24 deiksis bersamaan satu peratus sahaja. Jumlah keseluruhan penggunaan kelima-lima deiksis di dalam novel adalah sebanyak 3588 deiksis. Berdasarkan analisis, plot konflik merupakan plot yang paling tinggi menggunakan deiksis sosial, iaitu sebanyak 1008 deiksis bersamaan 46 peratus. Manakala, plot klimaks merupakan plot yang paling rendah menggunakan deiksis wacana, iaitu satu deiksis bersamaan kosong peratus. Implikasi Implikasi kajian ini adalah dapat membantu guru dan murid meningkatkan pengetahuan mereka terhadap deiksis. Malah, kajian ini juga menunjukkan bahawa merancang jumlah penggunaan deiksis bagi setiap bahagian plot penceritaan dapat membantu pembaca untuk menghayati dan memahami pembacaan yang dibuat. Rumusan Kajian ini sesuai untuk dijadikan rujukan kepada guru, murid dan pengkaji-pengkaji akan datang kerana kajian ini telah membuktikan adanya penggunaan kelima-lima deiksis di dalam novel melalui jumlah kekerapan keseluruhan yang melibatkan setiap bahagian plot penceritaan. Keywords Deiksis, novel, teori Levinson, Komponen Sastera (KOMSAS), plot
ANALISIS PENYISIPAN GELUNCURAN DALAM PENULISAN RANGKAP VOKAL MURID TAHUN 1 The Analysis of Glide Insertion in Vowel Sequences for Year One Students Siti Nursyahirah Mohd Fairos Nur Farahkhanna Mohd Rusli [email protected] [email protected] Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900, Tg. Malim, Perak. Abstrak Tujuan Kajian ini bertujuan menjelaskan analisis penyisipan geluncuran dalam penulisan rangkap vokal murid tahun 1. Metodologi Data diperoleh secara kualitatif dengan menggunakan kaedah kepustakaan dan pemerhatian. Instrumen kajian terdiri daripada alat perakam, buku teks Bahasa Melayu Tahun 1 dan borang maklum balas yang diedarkan kepada murid. Dapatan Dapatan kajian menunjukkan murid tahun 1 menghasilkan pelbagai bentuk ejaan yang tidak tepat melibatkan bunyi konsonan geluncuran [w] dan [j]. Variasi ejaan ini berlaku apabila penyisipan konsonan geluncuran ini dizahirkan dalam sesuatu ejaan. Implikasi Kajian ini bertujuan mendedahkan kepentingan menerapkan penggunaan bahasa Melayu yang betul mengikut konteks terhadap kanak-kanak sebelum memasuki peringkat awal persekolahan seperti murid tahun 1. Rumusan Kajian ini sesuai dijadikan panduan oleh guru dan masyarakat kerana melibatkan isu pendidikan iaitu kesalahan ejaan di mana murid menzahirkan konsonan geluncuran dalam perkataan yang mengandungi rangkap vokal. Keywords Penyisipan geluncuran, rangkap vokal, murid tahun satu, konsonan geluncuran, variasi ejaan
PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR BUKAN ELEKTRONIK OLEH GURU PELATIH BAHASA MELAYU DALAM PEMBELAJARAN The Use of Non-Electronic Teaching Aids by Malay Language Trainee Teachers in Learning Nurul Izzati Dayana Mastora Nur Faaizah Md Adam [email protected] [email protected] Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900, Tg. Malim, Perak. Abstrak Tujuan Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenal pasti jenis bahan bantu mengajar bukan elektronik yang kerap digunakan oleh guru pelatih bahasa Melayu dalam pembelajaran dan seterusnya membincangkan keberkesanan bahan bantu mengajar bukan elektronik tersebut terhadap pembelajaran murid di dalam kelas. Metodologi Kaedah penganalisisan data dianalisis secara kuantitatif melibatkan seramai 54 orang guru pelatih bahasa Melayu daripada kohort Zainal Abidin Ahmad (Za’ba) yang sudah menjalani Latihan Mengajar 1. Data dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Dapatan Dapatan kajian menunjukkan bahan bantu mengajar bukan elektronik yang paling kerap digunakan oleh guru pelatih bahasa Melayu dalam pembelajaran adalah lampu isyarat, balang kata, papan tikam dan roda impian manakala bahan bantu mengajar bukan elektronik yang paling kurang digunakan oleh guru pelatih bahasa Melayu dalam pembelajaran adalah bebola harapan, papan watak dan dam ular. Bahan bantu mengajar bukan elektronik yang lain seperti kaki sotong, kentang goreng dan batang tuah berada pada tahap sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan penerimaan murid terhadap penggunaan bahan bantu mengajar bukan elektronik tersebut berada pada tahap tinggi. Implikasi Pengintegrasian bahan bantu mengajar bukan elektronik yang bersumberkan bahan kreatif dan berinovasi mampu membawa perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan seterusnya dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran guru untuk melahirkan generasi yang berfikiran kreatif dan kritis. Rumusan Kajian ini diharapkan dapat membantu guru dan bakal guru dalam menjana idea bagi membina dan menggunakan bahan bantu mengajar bukan elektronik untuk melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Keywords Kekerapan, Bahan Bantu Mengajar, Penerimaan, Statistical Package for Social Science, Bahasa Melayu
PENERIMAAN MURID TERHADAP PEMBELAJARAN BERASASKAN PERMAINAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU Student’s Acceptance Towards Game-Based Learning in Malay Language Teaching Nur Faratul Nisa Ab Rahman Mohamad Rozi Kasim [email protected] [email protected] Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900, Tg. Malim, Perak. Abstrak Tujuan Kajian ini adalah bertujuan untuk menganalisis penerimaan murid terhadap pembelajaran berasaskan permainan dalam pengajaran bahasa Melayu dan mengkaji cabaran yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan pembelajaran berasaskan permainan. Metodologi Kajian ini melibatkan 30 orang responden yang terdiri daripada murid dan lima orang guru bahasa Melayu di sekolah menengah terpilih. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah kaedah campuran iaitu kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif. Kajian ini menggunakan instrumen borang soal selidik dan soalan temu bual yang akan dianalisis menggunakan Statistical Package For Social Science (SPSS). Dapatan Berdasarkan dapatan kajian, dapatan kajian menunjukkan bahawa murid menunjukkan penerimaan yang tinggi terhadap pembelajaran berasaskan permainan dalam pengajaran Bahasa Melayu. Bukan itu sahaja, murid turut mengakui terdapat pelbagai kesan positif penggunaan pembelajaran berasaskan permainan dalam pengajaran Bahasa Melayu berdasarkan soal selidik dan temu bual yang dilakukan. Berdasarkan kajian penerimaan murid terhadap pembelajaran berasaskan permainan dalam pengajaran Bahasa Melayu, didapati bahawa penerimaan murid terhadap pembelajaran berasaskan permainan adalah tinggi walaupun sekolah tersebut terletak di kawasan luar bandar. Implikasi Hasil dapatan kajian diharapkan dapat menggalakkan lagi penggunaan pembelajaran berasaskan pengajaran dan dijadikan panduan kepada para guru dalam menghasilkan kaedah pengajaran yang menarik dan menyeronokkan. Rumusan Kesimpulannya, kajian menunjukkan murid bersetuju dengan pembelajaran berasaskan permainan kerana aktiviti pembelajaran berasaskan permainan sangat menyeronokkan dan mendatangkan pelbagai faedah kepada murid. Keywords Pembelajaran berasaskan permainan; murid: PAK-21: pengajaran Bahasa Melayu.
ASPEK KESANTUNAN BERBAHASA DALAM FILEM KEBANGKITAN PAHLAWAN: MAT KILAU Aspects of Language Politeness in the Rise of the Hero: Mat Kilau Movie Puteri Maisarah Musa Noor Zuhidayah Muhd Zulkipli [email protected] [email protected] Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900, Tg. Malim, Perak. Abstrak Tujuan Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menganalisis elemen kesantunan berbahasa yang terdapat dalam filem Kebangkitan Pahlawan: Mat Kilau serta merumus penggunaan kesantunan berbahasa yang terdapat dalam filem Melayu terpilih. Metodologi Pengkaji menggunakan reka bentuk kualitatif yang melibatkan kaedah pemerhatian dan analisis dokumen. Instrumen kajian yang digunakan termasuklah filem yang terpilih yang berbentuk transkripsi skrip sebagai alat pengukuran data. Dapatan Dapatan kajian yang diperolehi dianalisis mengikut teori Relevans oleh Leech dengan meneliti skrip filem mengikut elemen kesantunan berbahasa. Implikasi Implikasi terhadap kajian ini termasuklah masyarakat khususnya pelajar akan lebih cakna terhadap penggunaan bahasa harian mereka yang kini kian luntur oleh nilai kesantunan berbahasa. Masyarakat perlu menitikberatkan penggunaan bahasa yang dituturkan mempunyai elemen kesantunan berbahasa dalam komunikasi mereka. Rumusan Secara keseluruhannya, aspek kesantunan berbahasa amat penting dalam komunikasi terutamanya terhadap masyarakat dan generasi kini. Elemen kesantunan berbahasa wajarlah dinormalisasikan dengan telus bagi memupuk amalan kesantunan dalam berbahasa khususnya bagi pelajar. Keywords Kesantunan berbahasa, komunikasi, relevans, filem, masyarakat.
NUANSA NILAI MURNI FOKLORISTIK DALAM HIKAYAT RAJA PASAI Nuances of Pure Folkloristic Values in the Tale of King Pasai Nadhirah Fitriah Mohd Raduan Anida Sarudin [email protected] [email protected] Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900, Tg. Malim, Perak. Abstrak Tujuan Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengenal pasti nilai murni fokloristik atau nilai budaya yang terdapat dalam Hikayat Raja Pasai (HRP), menganalisis nuansa nilai murni fokloristik yang terkandung dalam Hikayat Raja Pasai menggunakan Teori Relevan (TR) dan menghuraikan identiti fokloristik yang selari dengan 16 tunjang nilai pendidikan dalam HRP. Metodologi Metodologi kajian ini adalah dengan menggunakan kaedah kualitatif sepenuhnya iaitu analisis dokumen. Oleh hal yang demikian, pengkaji telah menggunakan beberapa borang senarai semak untuk mengenal pasti nuansa nilai murni fokloristik dalam HRP dan menganalisis data tersebut menggunakan Teori Relevan (TR) serta melihat sejauhmanakah identiti fokloristik itu selari dengan 16 tunjang nilai pendidikan dalam negara. Dapatan Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat nuansa nilai murni fokloristik yang terkandung dalam HRP seperti nilai kasih sayang, nilai hormat-menghormati, nilai keberanian, nilai kesetiaan, nilai keadilan, nilai berpegang pada adat dan banyak lagi. Nilai-nilai yang dijumpai dalam teks ini didapati mempunyai perkaitan yang rapat dengan 16 tunjang nilai pendidikan negara. Implikasi Implikasinya, nilai murni fokloristik yang terkandung dalam hikayat ini membantu generasi muda kini untuk lebih menghargai budaya dan tradisi masyarakat lampau yang dipenuhi dengan nilai-nilai positif yang selari dengan 16 tunjang nilai pendidikan negara. Rumusan Rumusnya, nilai murni fokloristik merupakan elemen penting yang harus dipegang dan dikekalkan dalam kehidupan seharian demi menjamin kehidupan yang lebih sejahtera dan harmoni. Keywords Nuansa, Nilai murni, Fokloristik, Hikayat, Teori Relevan
ANALISIS PENGGUNAAN KATA TUGAS DALAM BUKU “TANGGA BURISAN OM TANGON KADAZANDUSUN” Analysis of the Use of Function Words in the Book “Tangga Burisan Om Tangon Kadazandusun” Ainah Gimir Rosliah Kiting [email protected] [email protected] Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900, Tg. Malim, Perak. Abstrak Tujuan Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti penggunaan kata tugas dan menganalisis jenis-jenis kata tugas yang terkandung dalam tangon Kadazandusun. Metodologi Metodologi kajian ini menggunakan kaedah kualitatif sepenuhnya iaitu analisis dokumen terhadap buku “Tangga Burisan om Tangon Kadazandusun” sebagai instrumen kajian. Seterusnya, data dan maklumat yang diperoleh akan dianalisis mengikut fungsi kata tugas tersebut. Dapatan Kajian ini mendapati terdapat 8 jenis kata tugas yang terdapat dalam 10 buah cerita rakyat yang dikaji seperti boros kotigagan (kata seru), boros pongudio ( kata tanya), boros pomogirot (kata penguat),boros popionit ( kata penghubung), boros popotopot (kata pembenar), boros popiromut ngaran (kata sendi nama),boros ponuduk (kata arah) om boros pongintaban ( kata bilangan). Penggunaan istilah bagi kata tugas Bahasa Kadazandusun yang digunakan dalam ayat sesungguhnya mempunyai perbezaan isitilah mengikut kesesuaian konteks dengan Bahasa Melayu, iaitu kata tugas jenis kata tanya nokuro dalam bahasa Kadazandusun merujuk kepada kata tanya ‘kenapa’ dalam Bahasa Melayu . Implikasi Implikasinya, pengetahuan kata tugas secara mendalam dalam bahasa Kadazandusun dapat mengukuhkan kemahiran berbahasa ibunda khususnya kepada mahasiswa yang mengambil minor Bahasa Kadazandusun. Bukan itu sahaja, kajian ini akan menjadi panduan dalam penggubalan DSKP dengan menitikberatkan penggunaan kata tugas dalam Bahasa Kadazandusun. Bukan itu sahaja, kajian ini dapat meningkatkan pengetahuan tentang penggunaan kata tugas dalam Bahasa Kadazandusun. Rumusan Kesimpulannya, kata tugas merupakan unsur tatabahasa yang mempengaruhi penghasilan ayat yang gramatis. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat dalam penggunaan kata tugas mengikut konteks yang betul Keywords Tangon, Kata Tugas, Bahasa Kadazandusun
CABARAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) DALAM KALANGAN GURU BAHASA MELAYU The Challenge of Classroom Assessment Implementation Among Malay Language Teachers Fatin Norhidayah Mat Hussin Normarini Norzan [email protected] [email protected] Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900, Tg. Malim, Perak. Abstrak Tujuan Kajian ini dilaksanakan bagi tujuan untuk menganalisis faktor-faktor utama yang dihadapi oleh guru bahasa Melayu dalam melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan tahap kepuasan mereka terhadap sistem PBD. Metodologi Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif yang menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Dalam pengumpulan data ini hanya melibatkan 50 orang guru bahasa Melayu sahaja dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Dapatan Hasil daripada dapatan kajian mendapati bahawa terdapat banyak faktor utama yang mempengaruhi guru bahasa Melayu dalam melaksanakan PBD dengan berkesan. Bukan itu sahaja, tahap kepuasan guru bahasa Melayu dalam melaksanakan pentaksiran juga berada pada tahap yang paling rendah. Implikasi Kajian ini dapat memberi maklum balas kepada guru-guru bahasa Melayu untuk meningkatkan pengetahuan mereka dalam pentaksiran. Bukan itu sahaja, guru juga dapat membuat refleksi diri dan mengenal pasti aspekaspek yang diberi perhatian untuk penambahbaikan dalam PBD. Rumusan Kesimpulannya, diharapkan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dapat memantapkan lagi pengetahuan guru tentang konsepsi pentaksiran iaitu tentang tujuan pentaksiran dengan menyediakan latihan atau kursus bersesuaian kerana ia memberi pengaruh yang besar ke atas pelaksanaan PBD Keywords Pelaksanaan, Pentaksiran Bilik Darjah, Statistical Package for Social Sciences,Guru Bahasa Melayu.
PERSEPSI MURID SEKOLAH AGAMA TERHADAP ELEMEN DIDIK HIBUR DALAM PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU DI TERENGGANU Religious School Student’s Perceptions Towards Fun Educational In Elements Malay Learning In Terengganu Wan Nurhuda Kamilah Wan Abdul Majid Noor Zuhidayah Muhd Zulkipli [email protected] [email protected] Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900, Tg. Malim, Perak. Abstrak Tujuan Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengkaji persepsi murid sekolah agama terhadap elemen didik hibur dan jenis didik hibur yang paling digemari oleh murid sekolah agama. Metodologi Kajian ini melibatkan Kaedah kualitatif (temubual) dan kuantitatif (soal selidik). Dapatan Hasil kajian ini mendapati bahawa persepsi murid sekolah agama terhadap elemen didik hibur adalah di tahap yang positif. Malah, mereka juga turut memberi persepsi baharu yang pelbagai seperti berasa teruja, mewujudkan perasaan ingin tahu, dan dapat mencungkil pelbagai bakat dalam diri mereka Murid sekolah agama menggemari pembelajaran berunsurkan hiburan. Namun, murid menyarankan kepada guru supaya permainan yang ada haruslah menjaga batas dan pergaulan. Implikasi Didik hibur yang diamalkan oleh guru mampu meningkatkan prestasi dan kecemerlangan akademik murid. Selain itu, dapat membantu guru mengetahui minat murid terhadap pembelajaran yang tidak membosankan. Tambahan lagi, kajian ini juga dapat membantu guru mengenalpasti jenis didik hibur yang paling digemari untuk diamalkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Rumusan Secara keseluruhannya, kajian ini dapat menilai persepsi murid sekolah agama terhadap elemen didik hibur. Tambahan lagi, kajian ini juga dapat mengetahui pelbagai persepsi murid samada dan positif atau negatif. Kajian ini juga dapat mengetahui jenis didik hibur yang paling digemari murid sekolah agama. Kajian mendapati bahawa murid sekolah agama menyukai pelbagai jenis didik hibur namun guru perlu menjaga batas dan pergaulan murid lelaki dan perempuan kerana murid sekolah agama menjaga tingkah laku serta batas mereka. Keywords Didik hibur, sekolah agama, persepsi, digemari, minat, bahasa melayu, Terengganu.
HENTIAN GLOTIS DALAM BAHASA MELAYU DAN BAHASA IBAN Glottis in Malay and Iban Languages Nelson Ludie Usah Saripah Banseng [email protected] [email protected] Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900, Tg. Malim, Perak. Abstrak Tujuan Kajian ini membincangkan hentian glotis dalam bahasa Melayu dan bahasa Iban. Kajian ini hanya memfokuskan kepada mahasiswa penutur jati bahasa Melayu dan penutur bahasa Iban untuk mengkaji kewujudan hentian glotis dalam kedua-dua bahasa. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji glotis dalam pertuturan bahasa Melayu dan bahasa Iban serta menganalisis perbezaan glotis dalam pertuturan bahasa Melayu dan bahasa Iban. Metodologi Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kaedah kualitatif. Instrumen yang digunakan untuk mendapatkan data kajian ini ialah temu bual. Data dianalisis menggunakan senarai semak serta berpandukan Teori Atur Rumus Chomsky dan Halle (1968) untuk mengenal pasti glotis dalam kedua-dua bahasa. Dapatan Dapatan kajian mendapati bahawa glotis dalam bahasa Melayu wujud apabila sesuatu perkataan itu diakhiri dengan konsonan /k/ manakala glotis dalam bahasa Iban hadir apabila dituturkan melalui perkataan asal. Perbezaan yang ketara di antara kedua-dua bahasa ini ialah dari segi sistem ejaan dan sebutan dalam pertuturan sesuatu perkataan. Implikasi Kewujudan hentian glotis bagi kedua-dua bahasa ini dapat dilihat perbezaannya apabila sistem ejaan bahasa Iban itu mempunyai makna lebih daripada satu makna. Hentian glotis dapat dilihat mempunyai perbezaan yang mampu meningkatkan tahap pengetahuan pengkaji seterusnya terhadap hentian glotis bagi kedua-dua bahasa. Rumusan Jelaslah bahawa, glotis yang hadir dalam bahasa Iban diketahui melalui cara sebutan berbanding dengan bahasa Melayu yang dapat dilihat dari segi ejaan. Kata Kunci Glotis, bahasa Melayu, bahasa Iban, sebutan, ejaan
PENGAPLIKASIAN TEKNIK PM KFC DALAM PENGAJARAN PENULISAN RUMUSAN BAHASA MELAYU TINGKATAN EMPAT The Application of PM KFC Techniques in the Teaching of Summarizing Malay in Form Four Arja Nuratika Ibrahim Julita@Norjietta Taisin [email protected] [email protected] Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900, Tg. Malim, Perak. Abstrak Tujuan Kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti tahap pencapaian murid terhadap pengaplikasian teknik PM KFC dalam pengajaran penulisan rumusan Bahasa Melayu dan mengenal pasti perbezaan persepsi dalam kalangan murid terhadap aspek pengaplikasian teknik PM KFC dalam pengajaran penulisan rumusan Bahasa Melayu. Metodologi Pelaksanaan kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif. Kutipan data menggunakan kaedah tinjauan iaitu lembaran kerja dan soal selidik bagi mendapatkan data. Kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik diperoleh daripada pakar. Seramai 30 orang murid tingkatan empat di sebuah sekolah dalam Negeri Melaka yang terlibat sebagai sampel kajian. Data dianalisis secara peratusan dan dihuraikan menggunakan kaedah deskriptif. Dapatan Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap pencapaian murid terhadap pengaplikasian Teknik PM KFC penulisan rumusan Bahasa Melayu berlaku peningkatan iaitu jumlah murid lelaki dan murid perempuan cemerlang adalah seramai 24 orang murid dan peratusnya menunjukkan sebanyak 80% daripada 100%. Teknik PM KFC dilihat banyak kepentingan kepada murid untuk membantu mereka membina penulisan rumusan Bahasa Melayu yang cemerlang. Kajian ini menunjukkan nilai peratusan yang tinggi terhadap analisis soal selidik yang menunjukkan peratus bagi kesemua item yang berkaitan dengan perbezaan persepsi dalam kalangan murid terhadap aspek pengaplikasian teknik PM KFC dalam pengajaran penulisan rumusan Bahasa Melayu menunjukkan tahap persetujuan yang tinggi iaitu 70%. Implikasi Penggunaan teknik ini meningkatkan markah murid dalam ujian rumusan kertas dua. Pengaplikasian teknik PM KFC membantu murid mencapai markah yang tinggi untuk membina rumusan Bahasa Melayu kertas dua. Pengaplikasian teknik PM KFC dalam pengajaran bahasa Melayu menghasilkan pembelajaran yang tidak membosankan dan tidak terlalu bergantung kepada kaedah konvensional. Rumusan Kesimpulannya, pengkaji mendapati pengaplikasian teknik PM KFC ini memudahkan murid melakukan penulisan rumusan dan sangat berguna kepada murid untuk menulis rumusan Bahasa Melayu yang baik. Keywords Penulisan Rumusan, Bahasa Melayu, Rumusan, Teknik pengajaran, Murid
ANALISIS TAHAP PENGUASAAN EJAAN MURID TERHADAP KOSA KATA YANG TERDAPAT DALAM BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 1 BERDASARKAN UJARAN GURU Analysis of Students' Level of Spelling Over the Vocabulary that Contained in Year 1 Malay Textbook Based on the Teacher's Sayings Nurul Azwanie Syuhada A.M Salim Nurfarahkhanna Mohd Rusli [email protected] [email protected],my Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900, Tg. Malim, Perak. Abstrak Tujuan Kajian ini dijalankan untuk menjelaskan tahap penguasaan ejaan murid terhadap kosa kata yang terdapat dalam buku teks Bahasa Melayu Tahun 1 berdasarkan ujaran guru. Metodologi Data diperoleh secara kualitatif dengan menggunakan kaedah pemerhatian. Dapatan Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat banyak kesalahan ejaan murid bagi kosa kata yang terdapat dalam buku teks Bahasa Melayu Tahun 1 berdasarkan ujaran guru. Implikasi Kajian ini bertujuan mendedahkan kepentingan menulis dengan menggunakan bahasa Melayu tinggi yang betul mengikut konteks dan situasi. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menulis dan membekalkan maklumat yang tepat kepada murid terutama murid yang berada di peringkat awal persekolahan seperti murid tahun 1. Rumusan Kesimpulannya, kajian ini sesuai untuk dijadikan panduan kepada guru, murid dan pengkaji yang akan datang. Keywords Penguasaan ejaan, Kosa kata, Buku teks, Bahasa Melayu, Murid, Guru, Tahun 1
KETIDAKSANTUNAN BERBAHASA SEBAGAI STRATEGI PENYAMPAIAN MESEJ DALAM MEDIA SOSIAL FACEBOOK Language Impoliteness as a Message Delivery Strategy in Facebook Social Media Nur Aqilah Khaleeda Zainal Abidin Husna Faredza Mohamed Redzwan [email protected] [email protected] Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900, Tg. Malim, Perak. Abstrak Tujuan Perkembangan media komunikasi telah mencetuskan fenomena ketidakpatuhan terhadap kesantunan berbahasa dalam kalangan pelajar. Ketidaksantunan berbahasa ini boleh dilihat apabila para pelajar membincangkan tentang isu-isu yang dihadapi dalam kalangan pelajar. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bagi mengenal pasti jenis strategi ketidaksantunan berbahasa yang telah digunakan dalam ruangan komen media sosial Facebook ketika para pelajar memberikan respons. Kemudian penggunaan strategi tersebut akan dianalisis berdasarkan Teori Strategi Ketidaksantunan Culpeper (1996). Metodologi Pengkaji telah menggunakan kaedah kualitatif untuk mengkaji fenomena ketidaksantunan berbahasa yang digunakan oleh pelajar pada ruangan Facebook UPSI Confessions berdasarkan dua isu, iaitu isu adab pelajar terhadap pensyarah dan adab pelajar ketika membuang sampah yang bertarikh 1 Januari hingga 31 Mac 2024. Dapatan Berdasarkan dapatan kajian menunjukkan ketika para pelajar membahaskan isu berkaitan adab pelajar, terdapat tiga strategi ketidaksantunan yang telah dikenal pasti, iaitu strategi ketidaksantunan secara langsung, ketidaksantunan positif ; menggunakan penanda identiti yang tidak tepat dan bahasa tabu, strategi ketidaksantunan negatif ; menakut-nakutkan, memandang rendah dan mencemuh atau mengejek. Dapatan turut menunjukkan bahawa pelajar menzahirkan ketidaksantunan berbahasa turut dapat berfungsi sebagai strategi penyampaian mesej kesedaran dalam kalangan pelajar-pelajar lain. Implikasi Implikasi kajian ini dapat membantu meningkatkan kesedaran dalam diri pelajar untuk sentiasa menjaga adab sebagai seorang yang bergelar sebagai pelajar serta secara tidak langsung membendung isu adab pelajar terhadap pensyarah dan isu adab pelajar membuang sampah agar tidak semakin berleluasa. Rumusan Kesimpulannya, penggunaan strategi ketidaksantunan berbahasa yang telah menjadi fenomena dalam kalangan pelajar mempunyai tujuan yang tersendiri, iaitu sebagai strategi untuk menyebarkan mesej kesedaran tentang isu adab pelajar. Keywords Strategi, media sosial, Facebook, ketidaksantunan berbahasa, pelajar
ANALISIS PENGGUNAAN KATA IMBUHAN DALAM PERBUALAN DAN PENULISAN KARANGAN PELAJAR TINGKATAN 4 DI DAERAH TAMBUNAN, SABAH Analysis of the prefix word in Conversation and Essay Writing of Form 4 Students at Tambunan District, Sabah Kelly Peter Dumpong Minah Sintian [email protected] [email protected] Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900, Tg. Malim, Perak. Abstrak Tujuan Tatabahasa merupakan satu cabang daripada ilmu Linguistik umum yang menerangkan tentang peraturanperaturan atau hukum sesuatu bahasa. Penguasaan ilmu tatabahasa dalam mempelajari sesuatu bahasa adalah amat penting. Kajian ini dijalankan untuk menganalisis penggunaan kata imbuhan meN- dalam perbualan dan penulisan karangan pelajar tingkatan 4 di sebuah sekolah menengah yang terletak di daerah Tambunan, Sabah. Metodologi Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kualitatif. Seramai 5 orang pelajar tingkatan 4 telah terlibat dan ditemu bual untuk mendapatkan data. Hasil dapatan kajian juga diperoleh melalui analisis kandungan penulisan karangan Bahasa Melayu pelajar. Dapatan Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa kesalahan penggunaan kata imbuhan awalan Men- yang dikenal pasti. Selain itu, majoriti pelajar yang ditemu bual telah memberikan jawapan yang tidak tepat berkenaan pengimbuhan awalan menge- bagi perkataan had, iaitu menghadkan yang sepatutnya disebut sebagai mengehadkan. Implikasi Walau bagaimanapun, pengkaji mendapati bahawa pelajar kurang menggunakan perkataan yang mengandungi kata imbuhan awalan meN- dalam perbualan seharian. Sebaliknya mereka lebih kerap menggunakan perkataan yang berbentuk kata akar seperti ‘masak,makan main’ dan sebagainya. Rumusan Oleh itu, kajian ini menunjukkan bahawa tahap kefahaman penggunaan kata imbuhan Men- dalam kalangan pelajar tingkatan 4 di sekolah menengah tersebut adalah baik terutamanya dari segi penulisan karangan manakala pelajar kurang menggunakan perkataan yang mengandungi kata imbuhan awalan meN- dalam perbualan seharian. Keywords Tatabahasa, Menganalisis, Kualitatif, kesalahan
ANALISIS NILAI MURNI DALAM NOVEL TIRANI Analysis of Pure Values in the Novel of Tirani Nor Hidayah Idrus Rosliah Kiting [email protected] [email protected] Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900, Tg. Malim, Perak. Abstrak Tujuan Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengenal pasti nilai-nilai murni yang terdapat dalam teks novel tingkatan 5 iaitu Tirani karya Beb Sabariah (2019) dan menginterpretasi nilai murni berkenaan menggunakan Teori Relevan (TR). Metodologi Metodologi kajian ini menggunakan kaedah kualitatif sepenuhnya iaitu analisis dokumen. Pengkaji telah menggunakan satu borang senarai semak untuk mengorganisasi bilangan kekerapan nilai-nilai murni yang dicari. Kemudian, data tersebut dianalisis dengan menggunakan Teori Relevans (TR) oleh Sperber dan Wilson (1955). Dapatan Kajian ini mendapati teks ini memaparkan nilai-nilai murni positif yang disampaikan melalui watak utama dan sampingan dalam novel Tirani seperti nilai baik hati, berdikari, hemah tinggi, hormat menghormati, kasih sayang, keadilan, kejujuran dan kerajinan. Di samping itu, frasa petikan tersebut yang diintepretasi turut memaparkan kandungan nilai murni yang selari dengan keenam-enam jenis nilai murni yang dikaji berdasarkan penggunaan Teori Relevans (TR) dengan tepat. Implikasi Implikasinya, nilai-nilai murni yang terkandung dalam teks novel ini dapat membantu para guru, ibu bapa dan murid-murid bagi mengatasi permasalahan mengenai keruntuhan nilai moral yang berlaku terhadap generasi muda bagi membentuk jati diri dan adab di sekolah sebelum menempuh ke alam yang lebih dewasa. Rumusan Kesimpulannya, nilai murni merupakan aspek penting yang wujud dalam kehidupan harian untuk membimbing manusia melakukan perbuatan yang benar dan tidak menyalahi undang-undang. Keywords Nilai Murni, Novel, Teori Relevans, Implikatur, Eksplikatur
PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN ASPEK TATABAHASA BAGI GURU PELATIH BAHASA MELAYU The Use of Multimedia in the Teaching of Grammar Aspects for Language Trainee Teachers Nur Izzah Ab llah Nurfaaizah Md. Adam [email protected] [email protected] Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900, Tg. Malim, Perak. Abstrak Tujuan Kajian ini dilaksanakan bertujuan mengenal pasti penggunaan multimedia dalam RPH aspek tatabahasa bagi guru pelatih bahasa Melayu dan menganalisis kekerapan penggunaan multimedia dalam RPH aspek tatabahasa bagi guru pelatih bahasa Melayu berdasarkan teori Kognitif Multimedia Pembelajaran. Metodologi Metodologi kajian ini menggunakan kaedah kualitatif sepenuhnya iaitu analisis dokumen. Pengkaji telah menggunakan borang senarai semak berdasarkan dua objektif iaitu mengenal pasti penggunaan multimedia dalam RPH asoek tatabahasa. Kemudian, data tersebut dianalisis dengan menggunakan teori Kognitif Multimedia Pembelajaran. Dapatan Dalam dapatan kajian lepas, “Kesan Penggunaan Multimedia dalam Kalangan Pelajar yang Berbeza Kognitif” Pendidikan menerusi multimedia akan menggerakkan setiap deria pengguna untuk terlibat sama dalam proses pembelajaran. Implikasi Implikasinya, guru dapat mengetahui dan mempelbagaikan variasi penggunaan jenis multimedia semasa pengajaran di dalam kelas. Rumusan Hasil daripada analisis kajian yang dijalankan, dapat dilihat bahawa terdapat pelbagai penggunaan multimedia dalam aspek tatabahasa bagi guru pelatih bahasa Melayu. Keywords Multimedia dalam PdP, Teori Kognitif Multimedia Pembelajaran
ANALISIS BAHASA PASAR DALAM NOVEL SILIR DAKSINA TINGKATAN 5 HASIL KARYA NIZAR PARMAN Analysis of Market Language in the Novel ‘Silir Daksina’ Form 5 by Nizar Parman Nor Shafisya Alena Misran Zulkeflee Yaacob [email protected] [email protected] Jabatan Bahasa dan Kesusteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900, Tg. Malim, Perak. Abstrak Tujuan Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penggunaan bahasa dan unsur bahasa pasar dalam novel Silir Daksina karya Nizar Parman Tingkatan 5. Metodologi Metodologi kajian ini menggunakan kaedah kualitatif sepenuhnya iaitu analisis dokumen . Pengkaji menjalankan kajian ke atas satu novel bertajuk Silir Daksina karya Nizar Parman. Data kajian akan dikutip oleh pengkaji melalui pembacaan dengan memilih muka surat tertentu mengikut setiap bab dalam novel. Dapatan Jangkaan dapatan hasil yang dilaksanakan adalah terdapat penggunaan bahasa pasar di dalam novel Silir Daksina. Terdapat juga unsur-unsur bahasa pasar seperti pelat bahasa ibunda penutur, pengabaian hukum D-M dan kesalahan penggunaan kata ganti nama diri yang terdapat di dalam novel. Implikasi Implikasinya, kajian ini akan memberikan impak penting terhadap murid disekolah dimana dalam novel tersebut telah mendedahkan bahawa kesantunan dalam berbahasa dapat diwujudkan dengan menggunakan bahasa pasar tanpa menyakiti dan menggores perasaan penutur bukan melayu tersebut Rumusan Kesimpulannya, pendedahan pengarang terhadap penggunaan bahasa pasar di dalam novel Silir Daksina ini dapat memperlihatkan kesantunan berbahasa yang digunakan antara dua penutur yang menggunakan bahasa pasar. Keywords Novel, bahasa pasar, unsur bahasa pasar
STRATEGI KESANTUNAN BERBAHASA PADA FILM SERDADU KUMBANG KARYA ARI SIHASALE DAN IMPLIAKSINYA TERHADAP PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA Languange Polinetess Strategies The Movie Serdadu Kumbang By Ari Sihasale Dam Its Implications For Indonesian Language Learning Riza Atifah Santi Oktarina [email protected] [email protected] Pendidikan bahasa dan kesusasteraan Indonesia, FKIP, Universiti Sriwijaya Abstrak Tujuan Tujuan kajian ini adalah: a. Untuk mengetahui bentuk strategi kesopanan dalam filem Serdadu Kumbang oleh Ari Sihasale. b. untuk mengetahui ciri-ciri strategi kesopanan lisan dan bukan lisan secara umum dalam filem Serdadu Kumbang oleh Ari Sihasale. c. Untuk mengetahui implikasi strategi kesopanan bahasa dalam filem Serdadu Kumbang oleh Ari Sihasale dalam pembelajaran bahasa Indonesia. Metodologi Dalam kajian ini menggunakan kaedah etnografi yang merupakan kaedah penyelidikan yang digunakan untuk melihat corak komunikasi. Reeves dan Ejimambo (dalam Sunaryanto, 2021:4) berpendapat bahawa etnografi adalah sejenis penyelidikan kualitatif dengan kaedah pemerhatian, dokumentasi, dan wawancara dalam mengumpulkan data untuk mendapatkan pernyataan yang merangkumi fenomena budaya dengan cara yang jelas, terperinci, analitik, dan teliti. Etnografi adalah bahasa dan hubungan sosial dalam kaedah penyelidikan kualitatif komunikasi yang merangkumi tradisi, sosiologi, antropologi, dan komunikasi. Kaedah penyelidikan ini bertujuan untuk menerangkan, menganalisis, dan mendedahkan tingkah laku komunikasi individu antara kumpulan sosial. Fokus kajian ini adalah ucapan filem Serdadu Kumbang. Dapatan Berdasarkan hasil kajian, diketahui bahawa terdapat 413 pidato dalam filem Serdadu Kumbang oleh Ari Sihasale, namun, hanya ada 127 pidato yang diklasifikasikan sebagai strategi kesopanan bahasa dalam filem Serdadu Kumbang oleh Ari Sihasale, yang diusulkan oleh Pramujiono (2020) yang terdiri dari; 26 Ucapan diklasifikasikan sebagai memberi perhatian, 16 ucapan diklasifikasikan sebagai mengoptimumkan perhatian, 10 ucapan diklasifikasikan sebagai menggunakan variasi bahasa( dialek, ucapan, jargon, dan slank), 12 ucapan diklasifikasikan sebagai menunjukkan persetujuan, 7 ucapan diklasifikasikan sebagai mengelakkan pertikaian, 4 ucapan diklasifikasikan sebagai menunjukkan persamaan, 8 ucapan diklasifikasikan sebagai menggunakan jenaka, 3 ucapan diklasifikasikan sebagai memahami keinginan, 1 ucapan diklasifikasikan sebagai persembahan/menjanjikan, 6 ucapan diklasifikasikan sebagai menunjukkan optimisme, 22 ucapan yang diklasifikasikan sebagai melibatkan, 9 pernyataan yang dikelaskan sebagai meminta pertimbangan atau menyatakan timbal balik, dan 6 pernyataan yang dikelaskan sebagai alasan. Daripada tiga belas strategi kesopanan bahasa yang terkandung dalam filem Serdadu Kumbang, terdapat juga ciri bahasa lisan dan bukan lisan dalam setiap strategi. Pada ciri bahasa lisan merangkumi ciri tatabahasa dan ciri sosiolinguistik. Sementara itu, ciri-ciri bahasa lisan merangkumi penggunaan ekspresi wajah dan nada suara. Dalam kajian ini terdapat juga implikasi untuk Pembelajaran Bahasa Indonesia yang boleh digunakan sebagai bahan pengajaran di sekolah menengah. Di samping itu, kajian ini juga mendapat tema budaya. Implikasi Berdasarkan hasil penyelidikan mengenai strategi kesopanan Bahasa terdapat implikasi untuk belajar Bahasa Indonesia di sekolah menengah dan menengah. Dalam kajian ini boleh digunakan sebagai bahan pengajaran untuk belajar Bahasa Indonesia di peringkat sekolah menengah dan menengah. Di peringkat sekolah menengah, kajian ini boleh digunakan sebagai bahan pengajaran untuk bahan pembelajaran teks perdebatan dalam Kurikulum 2013 di KD 4.12 untuk membina masalah/isu, pandangan, dan hujah beberapa pihak, dan kesimpulan perdebatan secara lisan untuk menunjukkan intipati perdebatan. Semasa di peringkat sekolah menengah pertama, kajian ini boleh digunakan sebagai bahan pengajaran untuk bahan teks tindak balas pada KD 4.8