The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SKEMA PEMARKAHAN BAHASA MELAYU KERTAS 2 2021-converted

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by miedacute80, 2021-06-26 06:36:30

SKEMA PEMARKAHAN BAHASA MELAYU KERTAS 2 2021-converted

SKEMA PEMARKAHAN BAHASA MELAYU KERTAS 2 2021-converted

FORMAT BAHARU PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SIJIL PELAJARAN MALAYSIA MULAI TAHUN 2021

PENATARAN FORMAT
BAHASA MELAYU
KERTAS 2 - (1103/2)

FORMAT BAHARU PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SIJIL PELAJARAN MALAYSIA MULAI TAHUN 2021

BAHASA MELAYU KERTAS 2

Bahagian A – Sistem dan AplikasiBahasa

Soalan 1 - Morfologi
Soalan 2 – Sintaksis
Soalan 3 - Penyuntingan
Soalan 4 - Bahasa Melayu Standard
Soalan 5 - Peribahasa

Bahagian B – PEMAHAMAN

Soalan 6 - Petikan Umum
Soalan 7 - Petikan Sastera ----- > (Soalan 6 Dan 7 : 25 Markah]
Soalan 8 - Novel -- > (10 Markah)

Bahagian C – Soalan 9 - RUMUSA N

BAHASA MELAYU KERTAS 2 (1103/2)

Bahagian A
(35 MARKAH)

BENTUK SOALAN

NOMBOR SOALAN BENTUK SOALAN
SOALAN 1
SOALAN 2 MORFOLOGI
SOALAN 3
SOALAN 4 SINTAKSIS

SOALAN 5 PENYUNTINGAN

Bahasa Melayu Standard ( menukarkan bahan teks klasik/ lama kepada Bahasa
Melayu Moden/ Standard
• Kepimpinan Melalui Teladan
• Burung Terbang dipipiskan lada

PERIBAHASA

Sasaran

ITEM 8
MORFOLOGI

PENGGOLONGAN KATA

1. Kata Tunggal 2. Kata Majmuk 3. Kata Terbitan 4. Kata Ganda
5. Akronim
6. Golongan kata nama 7. Golongan kata kerja

8. Golongan kata 9. Golongan kata tugas 10. Kata Pemeri
adjektif

FORMAT BAHARU PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SIJIL PELAJARAN MALAYSIA MULAI TAHUN 2021

SOALAN 1 : MORFOLOGI
(BINAAN AYAT)

• Bina ayat berdasarkan arahan soalan yang berkaitan dengan
petikan atau bahan yang diberi mengikut tema

• Panjang petikan atau bahan : antara 50 hingga 80 patah perkataan

• Bina ayat sendiri : tidak boleh mengambil ayat dalam petikan atau
dalam keseluruhan kertas soalan.

• Jumlah ayat yang dibina bergantung pada arahan dalam soalan.

• Jumlah markah tidak tetap : bergantung pada kehendak soalan

• Bentuk skema pemarkahan : analitik

TIP

1. Kuasai Ilmu tatabahasa terutama golongan kata dan maksud perkataan yang dikemukakan dalam soalan

2. Bina ayat yang dapat membezakan makna kata
3. Bina ayat yang gramatis

4. Binaan ayat mestilah mengandungi subjek dan predikat.

5. Boleh bina ayat cakap ajuk tetapi perlu mematuhi peraturan tanda baca.
6. Semak dan pastikan tiada kesalahan ejaan dan kesalahan tatabahasa.

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata sendi. Kemudian, anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri
daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa nada faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Kedudukan guru amat dimuliakan dalam mana-mana agama sekalipun. Guru perlu dihormati dan disanjung.
Kita belajar membaca dan mengira daripada guru. Lulus peperiksaan kerana ilmu yang diberikan oleh guru.
Berjaya masuk ke universiti di dalam atau di luar negara juga disebabkan peranan guru yang dimiliki kelak
sama ada menjadi doktor, peguam, polis, akauntan, jurutera, juruterbang, guru, ahli bomba, jururawat, dan
sebagainya ialah hasil daripada ilmu yang ditimba daripada mereka yang bergelar guru.

Dipetik dan diubah suai daripada Cikgu, Jasamu Kusimpan di Hati Nurani
Oleh Normah Ahmad

Dewan Siswa, Bil. O5 2020





CADANGAN CARA MENJAWAB

1 dalam
2 oleh
3 ke

BINAAN AYAT

1. Kita harus bekerjasama dalam menyelesaikan masalah sahsiah dalam kalangan remaja pada hari ini kerana
mereka merupakan golongan pelapis negara.
2. Anak-anak perlu mendengar nasihat yang diberikan oleh orang yang lebih tua kerana mengandungi pelbagai
kebaikan.
3. Murid-murid tingkatan 5 berasa teruja untuk ke sekolah setelah beberapa lama menjalani PDPR akibat
pandemik Covid-19.

CONTOH 2

Baca sajak di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata ganda. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap
perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas.

Tanah, Pepohon dan Lurah
Beri aku sebidang tanah
seluas tapak tangan
bersama pepohon yang menari-nari bersama serangga buas dan ganas subur atas segala
kesuburan
indah atas segala keindahan! Jejariku hendak berenang-renang berputar dengan pepohon
yang basah di atas timbunan lagu-lagu kepujian selembut sutera
betapa suburnya ia dari tanah-tanih melambai-lambai ke kiri dan ke kanan bersama merdu
nian sepoi angin
di tepi lembah lurah
penuh dengan madu maha manis!
Di lembah lurah tanah merkah itu angin lembut membisikkan cinta murni mata melihat
pantai kasih di bibir lurah

besi wajah asyik menari-nari di tengah lurah sebebas-bebas hatinya
hingga tangan sopan menariknya perlahan-lahan tersandar di dadanya

Tanah bersama pepohon dan lurah besi waja atas kapal membakar dalam tenang laut
kecintaan
bisa jua menjadi teman hidup manusia dan hidup cuma untuk sendiri-sendiri

Sajak Tanah Airku
oleh Joseph Selvam,
Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005





CADANGAN CARA MENJAWAB

1 lagu-lagu
2 perlahan-lahan
3 sendiri-sendiri

Binaan ayat

1. Lagu-lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi veteren itu menerima tepukan gemuruh kerana
masih mempunyai peminat yang tersendiri.

2. Pak Ali perlahan-lahan memberhentikan keretanya di bahu jalan apabila mendapati tayar
keretanya pancit.

3. “Janganlah kamu duduk sendiri-sendiri di situ, marilah sertai kami ke kantin,” ajak Azrul
kepada Hakimi.

INGAT!!!

• Perkataan yang dibina perlu digarisi. BUKAN DIHIGHLITE.
Gunakan hanya pen biru dan pen hitam sahaja. PEN MERAH
TIDAK DIBENARKAN.

• Binaan ayat perlu mempunyai SUBJEK (SIAPA/PELAKU) dan
PREDIKAT.

• Sekiranya menggunakan kaedah cakap ajuk/dialog dalam binaan ayat –
JANGAN LUPA FORMULA 2121.

• Setiap ayat WAJIB MEMPUNYAI TANDA NOKTAH YANG JELAS.
• 1 SOALAN 1 MUKA SURAT . TIDAK BOLEH CAMPUR-CAMPUR
• JANGAN LUPA TULIS NOMBOR SOALAN

Sasaran

ITEM 21
SINTAKSIS

FORMAT BAHARU PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SIJIL PELAJARAN MALAYSIA MULAI TAHUN 2021

SOALAN 2 : SINTAKSIS

• Skop item / soalan : Susunan ayat, binaan ayat, ragam ayat
(subjek - predikat, pola ayat, ayat susunan biasa - songsang, aktif
- pasif, ajuk - pindah dll)

• Soalan terdapat dalam petikan dan mengikut tema.
• Panjang petikan atau bahan : antara 50 hingga 80 patah perkataan
• Jumlah soalan bergantung pada arahan dalam soalan.
• Jumlah markah tidak tetap : bergantung pada kehendak soalan
• Bentuk skema pemarkahan : analitik

SINTAKSIS

FRASA, KLAUSA, JENIS-JENIS RAGAM AYAT BINAAN AYAT • Mencerakinkan
• Ayat Aktif • Ayat Dasar
AYAT AYAT • Ayat Pasif • Ayat Tunggal Ayat
• Frasa Nama • Ayat Penyata • Ayat Majmuk • Menyambungkan
• Frasa Kerja • Ayat Perintah • Susunan ayat biasa
• Frasa Adjektif • Ayat Seruan • Susunan ayat ayat
• Frasa Sendi • Ayat Tanya • Melengkapkan ayat
songsang
Nama • Cakap ajuk
• Cakap pindah

CONTOH 1

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti jenis-jenis ayat yang bergaris berikut sama ada ayat tersebut ayat penyata, ayat
tanya, ayat seruan atau ayat perintah.

Apakah cara terbaik menjaga pemakanan seseorang supaya lebih selamat? Keselamatan makanan terjamin
dengan menggunakan bahan mentah segar serta dimasak dengan sempurna. Pengambilan kuantiti makanan
juga perlu dikawal dengan mengurangkan makan yang tingi kandungan gula, lemak dan garam. Hal ini
dikatakan demikian kerana makanan bergaram menyebabkan penyakit darah tinggi. Makanan manis boleh
menyebabkan penyakit diabetes. Jangan mengambil makanan ringan dan makanan segera terlalu banyak.
Makanan berlemak pun boleh menyebabkan obesiti. Wahai ibu bapa,jagalah pemakanan anak-anak!
Makanan seimbang penting untuk menjaga kesihatan diri dan keluarga.

Dipetik dan diubah suai daripada
“Pilih Pemakanan Seimbang, Kekal Gaya Hidup Sihat’

Oleh Hamizah Badiran
Dewan Siswa, Bil. 2/2018





CADANGAN CARA MENJAWAB

1. Pengambilan kuantiti makanan juga perlu dikawal dengan mengurangkan makan yang tingi
kandungan gula, lemak dan garam
= Ayat Penyata
2. Jangan mengambil makanan ringan dan makanan segera terlalu banyak.
= Ayat Perintah
3. Wahai ibu bapa,jagalah pemakanan anak-anak!
= Ayat seruan

CONTOH 2

Baca petikan dibawah dengan teliti, cerakin ayat yang dihitamkan menjadi ayat tunggal.

Kesihatan aset penting dalam kehidupan manusia dan menjadi aspek utama
dalam kesejahteraan masyarakat. Tanpa disedari, corak pengambilan makanan harian
menunjukkan secara jelas tahap kesihatan seseorang pada masa depan. Kita tidak boleh
bergantung kepada sistem dan kemudahan kesihatan semata-mata jika konsep gaya hidup
yang betul tidak diamalkan. Gaya hidup masa kini yang serba pantas dan mencabar
telah mengakibatkan peningkatan masalah kesihatan yang ketara. Kesihatan
tidak hanya melibatkan soal makanan tetapi berkait rapat dengan proses gaya
hidup seperti penjagaan diri dan emosi.



CADANGAN CARA MENJAWAB

1. Kesihatan aset penting dalam kehidupan manusia dan menjadi aspek utama dalam kesejahteraan masyarakat.
a. Kesihatan aset penting dalam kehidupan manusia.
b. Kesihatan menjadi aspek utama dalam kesejahteraan ayat.
1. Gaya hidup masa kini yang serba pantas dan mencabar telah mengakibatkan peningkatan masalah kesihatan yang ketara.
a. Gaya hidup masa kini yang serba pantas telah mengakibatkan peningkatan masalah kesihatan yang ketara.
b. Gaya hidup masa kini yang serba mencabar telah mengakibatkan peningkatan masalah kesihatan yang ketara.
3. Kesihatan tidak hanya melibatkan soal makanan tetapi berkait rapat dengan proses gaya hidup.
a. Kesihatan tidak hanya melibatkan soal makanan.
b. Kesihatan berkait rapat dengan proses gaya hidup.

INGAT!!!

• Mencerakinkan/Memisahkan ayat – Kenal pasti kata
hubung terlebih dahulu dalam sesuatu ayat.

• Kemudian, buat ayat yang lengkap – mempunyai subjek dan
predikat.

• Setiap ayat perlu mempunyai noktah yang jelas.



Sasaran

ITEM 33
PENYUNTINGAN

FORMAT BAHARU PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SIJIL PELAJARAN MALAYSIA MULAI TAHUN 2021

SOALAN 3 : PENYUNTINGAN

• Soalan penyuntingan mengikut teks tunggal, teks bersambung
atau teks pelbagai (petikan, dialog, iklan, kad ucapan dll)

• Panjang teks : antara 50 hingga 80 patah perkataan
• Jumlah kesalahan bahasa bergantung pada jumlah markah dalam

soalan.
• Jenis kesalahan yang diuji : ejaan, imbuhan, tanda baca, istilah,

frasa dll
• Jumlah markah tidak tetap : bergantung pada kehendak soalan
• Bentuk skema pemarkahan : analitik

ASPEK YANG PERLU DIFOKUSKAN

CONTOH KESALAHAN FRASA

Frasa Nama Contoh Frasa Kerja Contoh Frasa Sendi Contoh
Nama
1. Hukum DM – hawa pendingin 3. Ayat Pasif- Wang gaji yang selain daripada
PEMBETULAN KGN Diri diperoleh oleh saya 5. Kata Sendi PEMBETULA
bahagian yang Pendingin hawa pertama atay PEMBETULAN Nama tidak N
DITERANGKAN kedua atau KGN Wang gaji yang saya boleh selain
mendahului ketiga peroleh digunakan
bahagian yang berturutan
MENERANGKAN *sejak
dari/demi
Frasa Nama Contoh Frasa Adjektif Contoh untuk/oleh
kerana/demi
2. Penanda jamak- semua murid-murid 4. Penggunaan Istana yang terpaling kerana
perkataan yang PEMBETULAN kata penguat indah
mengikutnya tidak semua murid/ PEMBETULAN
boleh digandakan murid-murid Paling indah/
terindah

CONTOH KESALAHAN EJAAN

manafaat Manfaat profesyen profesion
e-mail e-mel Koey teow Kuetiau
Ramadhan Ramadan khawin Kahwin
pensil pensel tersiksa Terseksa
perihatin prihatin ambulan Ambulans
eletronik elektronik satay Sate
setor stor legenda Lagenda
serunding serondeng garfu Garpu
satria sateria lanskap Landskap
murtabak martabak bowling Boling
rekriasi rekreasi dailog dialog
losyen losen motorsikal motosikal
nenas nanas taksub taasub
deligasi delegasi mertua mentua



Petikan di bawah ini mengandungi 11 kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda
tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-
petikan tersebut.

Sebaik pulang dari membeli keperluan harian, usahlah mengesa-gesa mengeluarkan barang
yang dibeli dari kereta untuk simpanan dalam rumah. Sebaliknya lakukanlah secara
terperingkat agar memberi hasil positif kepada diri anda. Caranya mudah, angkut barangan
yang ada satu demi satu. Tabiat ini akan memberi anda dua bentuk sanaman dalam masa
yang sama. Tindakan berjalan ulang-ulang dari kereta ke dalam rumah membantu anda
membakar kolori manakala angkatan barang-barang pula mampu membina dan melatih
urat-urat dan tulang anda.

Dipetik dan diubahsuai dari
Majalah Kesihatan No.1 Di Malaysia (RAPI)

Bil.265 I Nov 2015

CADANGAN CARA MENJAWAB

KESALAHAN PEMBETULAN

1 mengesa-gesa tergesa-gesa
2 barang barangan
3 simpanan disimpan
4 terperingkat berperingkat
5 hasil kesan
6 angkut angkat
7 sanaman senaman
8 ulang-ulang ulang-alik
9 kolori kalori
10 angkatan mengangkat
11 urat-urat otot-otot

Sasaran

ITEM 41
BAHASA MELAYU STANDARD

FORMAT BAHARU PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SIJIL PELAJARAN MALAYSIA MULAI TAHUN 2021

SOALAN 4 :
BAHASA MELAYU STANDARD

• Menukarkan bahan teks klasik atau lama kepada bahasa Melayu
Moden / Standard

• Bahan diambil daripada teks Komsas Tingkatan 4 dan 5

• Panjang petikan atau bahan : antara 50 hingga 60 patah perkataan

• Calon tidak perlu mengubah bentuk dan maksud asal petikan /
bahan (contoh : cakap ajuk tidak ditukar kepada cakap pindah)

• Bentuk skema pemarkahan : holistik

• Jumlah markah tidak tetap : bergantung pada kehendak soalan

BAHASA STANDARD

TINGKATAN 4 TINGKATAN 5

TIP

1. BACA KESELURUHAN AYAT SEHINGGA FAHAM MAKSUD.
2. KENAL PASTI BAHASA KLASIK YANG PERLU DITUKARKAN
3. KENAL PASTI BAHASA KLASIK YANG PERLU DIGUGURKAN CTH HATTA,ARAKIAN,SYAHDAN

4. BAHASA ISTANA DIKEKALKAN.
5. BENTUK AYAT PERLU DIKEKALKAN CTH AYAT AJUK.

BAHASA KLASIK

1. afwah Tuah 11. melampar Tidak tersusun
2. bahana Bunyi yang bising 12. mong-mongan
3. syahwat Alat sulit/kemaluan 13. pakanira Gong yang kecil
4. endah Ada atau mempunyai 14. perlente
minat 15.radak-meradak Tuan/engkau
5. firasat Ramalan 16. senteri
6. gemeretak Bunyi seperti bunyi Askar upahan/penjahat
hujan 17. Tanpa kedep
7. kepetangan Pandai membuat helah tembung laku Tusuk-menusuk
8. kula Patik/saya 18. teririk
9. karar Tenang, tenteram Orang yang mendalami
10. manira saya pengajian
Tidak mengendahkan
orang
terpijak

Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula perkataan tersebut dalam bahasa Melayu
Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Seketika lagi maka Laksamana pun datang membawa syahawat dan Keris Kertala Sari.
Maka sembah Bendahara, “Inilah, tuanku pertandaan yang sungguh. Pada bicara patik,
jika lain daripada Laksamana, tiada akan dapat membunuh penjurit itu. Janganlah
membunuh dia, menentang matanya pun tiada dapat.” Maka segala mereka pun
masing-masing tunduk kemalu-maluan, lalu kembali.

Dipetik daripada Kepimpinan Melalui Teladan
dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,

Kementerian Pendidikan Malaysia

Seketika lagi maka Laksamana pun datang Sebentar nanti Laksamana akan datang membawa

membawa syahawat dan Keris Kertala Sari syahawat (kemaluan) dan Keris Kertala Sari

Maka sembah Bendahara, “Inilah, tuanku Bendahara menyembah, “Inilah bukti yang sebenarnya,

pertandaan yang sungguh tuanku.

Pada bicara patik, jika lain daripada Laksamana, Pada pendapat patik, tiada seorang pun yang mampu

tiada akan dapat membunuh penjurit itu membunuh penjurit/askar upahan melainkan Laksamana.

Janganlah membunuh dia, menentang matanya pun Bukan sahaja tidak dapat membunuh dia, bertentang

tiada dapat.” mata pun mereka tidak mampu”.

Maka segala mereka pun masing-masing tunduk Mereka tunduk malu dan berlalu pergi.
kemalu-maluan, lalu kembali.

CADANGAN CARA MENJAWAB

Sebentar nanti Laksamana akan datang membawa syahawat (kemaluan) dan Keris
Kertala Sari. Bendahara menyembah, “Inilah bukti yang sebenarnya, tuanku. Pada
pendapat patik, tiada seorang pun yang mampu membunuh penjurit/askar upahan
melainkan Laksamana. Bukan sahaja tidak dapat membunuh dia, bertentang mata pun
mereka tidak mampu”. Mereka tunduk malu dan berlalu pergi.

Sasaran

ITEM 49
PERIBAHASA

FORMAT BAHARU PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SIJIL PELAJARAN MALAYSIA MULAI TAHUN 2021

SOALAN 5 : PERIBAHASA

• Pelbagai bentuk - berdasarkan gambar situasi, karikatur, dialog,
ilustrasi, petikan dan sebagainya

• Panjang petikan atau bahan : antara 50 hingga 80 patah perkataan
• Jumlah peribahasa bergantung pada arahan dalam soalan.
• Jumlah markah tidak tetap : bergantung pada kehendak soalan


Click to View FlipBook Version