The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SKEMA PEMARKAHAN BAHASA MELAYU KERTAS 2 2021-converted

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by miedacute80, 2021-06-26 06:36:30

SKEMA PEMARKAHAN BAHASA MELAYU KERTAS 2 2021-converted

SKEMA PEMARKAHAN BAHASA MELAYU KERTAS 2 2021-converted

CONTOH 1

Baca dialog di bawah dengan teliti, kemudian isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

Penemu duga: Boleh saya tahu, mengapakah saudara memohon mengikuti program
pertukaran budaya peringkat negeri ini?

Fahmi: Saya memohon menyertai program ini kerana ingin melihat keunikan dan
perbezaan budaya masyarakat di negeri lain. Dengan itu, saya dapat menimba
pengalaman dan pengetahuan yang baharu, bak kata peribahasa ____________.

Penemu duga: Bagus. Bagaimanakah saudara akan menyesuaikan diri apabila saudara
terpilih menyertai program ini?

Fahmi: Apabila saya berasa di sana, saya akan memegang prinsip dan nasihat orang tua-
tua iaitu ______________________________________.

Penemu duga: Sekiranya saudara terpilih ke program ini, apakah usaha saudara untuk
menonjolkan budaya negeri saudara ke peringkat negeri ini?

Fahmi: Saya akan memperkenalkan budaya unik Johor seperti tarian dan pakaiannya
agar masyarakat negeri lain turut menyukainya dan tidak ditelan arus kemodenan,
sesuai dengan peribahasa Melayu yang berbunyi _______________________________.

(Dipetik dan diubah suai daripada Buku Teks Tingkatan 4,
Kementerian Pendidikan Malaysia)

CADANGAN CARA MENJAWAB

1. Jauh berjalan luas pemandangan
2. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau
menguak
3. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas

CONTOH 2

Dialog di bawah mengandungi dua peribahasa. Senaraikan dua peribahasa tersebut, kemudian berikan peribahasa lain yang sama
maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa tersebut.

Dahlia : Tolonglah papa, mama. Lia kata tidak mahu, tidak mahulah ! Papa dan mama janganlah paksa-paksa Lia.

Puan Ros : Papa dan mama tidak memaksa pun. Kami cuma tidak mahu Lia membuat kerja separuh jalan kerana alang-alang berdakwat biar
hitam.
Dahlia
Puan Ros : Peperiksaan sudah dekat. Lia tidak mahu ketinggalan dalam pelajaran.
: Mama hairan dengan perubahan sikap Lia. Semasa memujuk mama dulu untuk menyertai sukan tenis, Lia juga yang kata ramai atlet

wanita yang berjaya dalam sukan mahupun pelajaran. Lia juga kata di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Dahlia : Itu dahulu , sekarang Lia sudah berubah fikiran. Lia hendak memberi tumpuan pada pelajaran.
Puan Ros : Kalau itu keputusan Lia, mama tidak akan memaksa .

CADANGAN CARA MENJAWAB

1. alang-alang berdakwat biar hitam
Alang-alang mandi biar basah

2. di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

BAHASA MELAYU KERTAS 2 (1103/2)

Bahagian B: PEMAHAMAN
(35 Markah)

Sasaran

ITEM 57
PETIKAN UMUM

(13 MARKAH)

FORMAT BAHARU PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SIJIL PELAJARAN MALAYSIA MULAI TAHUN 2021

BAHAGIAN B : PEMAHAMAN
[35 MARKAH]

CADANGAN MASA : 60 MINIT

SOALAN 6 - PETIKAN UMUM
SOALAN 7 - PETIKAN SASTERA

(Soalan 6 dan 7 : 25 Markah]

SOALAN 8 - NOVEL

(10 Markah)

Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Menerajui Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MOA) yang besar dan penting, menuntut
tanggungjawab serta amanah cukup besar. Walaupun nama kementerian diubah, kita tidak lari daripada perjuangan
asal untuk menerajui transformasi pertanian supaya menjadi sektor moden dan kompetitif sehingga memberi
pulangan lumayan kepada pengusaha tanaman, ternakan dan perikanan. Kerajaan melihat keperluan untuk
menerajui industri makanan secara keseluruhan. Maksudnya, bukan sahaja konteks pengeluaran atau pembekal
makanan, tetapi keseluruhan rantaian nilai makanan. Sudah tentu ini perlu dilakukan melalui pendekatan baharu
dan luar kebiasaan bagi memastikan kementerian dapat menghadapi cabaran sekuriti makanan termasuk
disebabkan wabak COVID-19. Banyak isu perlu dilihat termasuk kekurangan tanah pertanian, pengurusan tanah
pertanian, kualiti benih dan baja, serangan penyakit, kekurangan sumber air, umur majoriti pesawah, isu dalam
pelaksanaan subsidi dan insentif kerajaan, masalah kekurangan data serta isu lain pada peringkat rantaian
pengeluaran. Ia juga menyebabkan kos pengeluaran padi tinggi di Malaysia.

Dipetik dan diubah suai daripada
‘Tingkat Usaha Transformasi Sektor Pertanian’

oleh Datuk Seri Dr Ronald Kiandee,
Berita Harian, Mei 2020

Bahan 2

Tarikh 6 Ogos setiap tahun diisytiharkan sebagai Hari Peladang, Penternak dan Nelayan. Hari ini
adalah hari pengiktirafan dan penghormatan kepada masyarakat peladang, penternak dan
nelayan di seluruh negara. Pada tahun 1975, perayaan sambutan itu dirasmikan Tun Haji Abdul
Razak di pekarangan Parlimen. 6 Ogos pada tahun ini ialah tahun yang ke-45 penganjurannya.
Pengiktirafan ini membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap usaha para peladang, penternak
dan nelayan memainkan peranan melonjakkan pelbagai aktiviti demi mengeluarkan bahan
makanan dan memajukan sektor pertanian negara kita. Cabaran bagi kita sekarang ialah
memastikan berlakunya satu perubahan dalam sektor pertanian dan industri makanan dengan
memanfaatkan teknologi pertanian dan inovasi moden demi memastikan peladang, penternak
dan nelayan meningkatkan pendapatan selain membantu menstabilkan harga barangan
seterusnya mengurangkan keperluan import negara.

Dipetik dan diubah suai daripada
‘Cabaran Kementerian Dalam Merubah Realiti’ oleh Wartawan Sinar Harian,

Sinar Harian, Ogos 2020

i. Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud menerajui transformasi. [2 markah]

Maksud perkataan berdasarkan kamus/pemahaman

ii. Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan cabaran-cabaran yang

dihadapi dalam sektor pertanian [3 markah]

Jawapan daripada petikan

iii. Sektor pertanian sebenarnya memberikan banyak manfaat kepada seorang individu. [4 markah]
Pada pendapat anda, apakah manfaat tersebut?

Jawapan fikir sendiri/KBAT

iv. Generasi muda sekarang kurang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang pertanian.

Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh kerajaan bagi
mengatasi isu ini?

Jawapan fikir sendiri/KBAT [4 markah]

CADANGAN CARA MENJAWAB

i. Berdasarkan Bahan 1, maksud menerajui transformasi ialah memimpin perubahan.

ii. Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, persamaan cabaran-cabaran yang dihadapi dalam sektor pertanian
ialah isu pengeluaran bahan. Dalam Bahan 1, cabarannya ialah kekurangan tanah pertanian, pengurusan
tanah pertanian, kualiti benih dan baja, serangan penyakit, kekurangan sumber air, umur majoriti
pesawah, isu dalam pelaksanaan subsidi dan insentif kerajaan, masalah kekurangan data serta isu lain pada
peringkat rantaian pengeluaran. Dalam bahan 2 pula, cabarannya ialah untuk memastikan berlakunya satu
perubahan dalam sektor pertanian dan industri makanan dengan memanfaatkan teknologi pertanian dan
inovasi moden. Perbezaan cabaran-cabaran yang dihadapi dalam sektor pertanian ialah dalam Bahan 2,
cabaran lain yang dihadapi ialah menstabilkan harga barangan seterusnya mengurangkan keperluan
import negara.

iii. Pada pendapat saya, manfaat sektor pertanian kepada seseorang individu ialah
seseorang individu boleh menjadikan aktiviti pertanian sebagai hobi untuk mengisi masa
lapang. Selain itu, individu boleh menjdikan aktiviti pertanian sebagai salah satu punca
pendapatan agar dapat mengurangkan kadar pengangguran. Di samping itu, individu juga
membolehkan aktiviti pertanian sebagai salah satu aktiviti rekreasi dan menyihatkan
badan kerana mampu mengeluarkan peluh. Seterusnya, seseorang individu boleh
menjadikan aktiviti pertanian sebagai sumber makanan sehari-hari dan menjimatkan wang
kerana sayur-sayuran ditanam sendiri.

iv. Pada pendapat saya, langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh kerajaan bagi
mengatasi isu generasi muda kurang berminat dalam pertanian ialah kerajaan
mengadakan kempen untuk memperkasa bidang pertanian agar generasi muda melihat
faedahnya. Selain itu, kerajaan mengadakan karnival berkaitan pertanian di sekolah untuk
memupuk minat murid sejak bangku sekolah. Di samping itu, kerajaan memberikan
kursus percuma berkaitan pertanian kepada golongan muda yang berminat bagi
mengurangkan beban kewangan. Seterusnya, kerajaan memberikan insentif kepada
generasi muda bagi memulakan pertanian agar mereka tidak mudah berputus asa,
Selanjutnya, kerajaan menawarkan kembali subjek elektif pertanian kepada sekolah
harian biasa selain di kolej vokasional agar murid lain memperoleh peluang yang sama.

INGAT

• BACA ARAHAN SOALAN DENGAN TELITI. BULATKAN KEHENDAK
SOALAN MENGGUNAKAN PEN MERAH DAN HIGHLITE JAWAPAN.

• Jawapan perlulah lengkap iaitu MEMPUNYAI SUBJEK DI AWAL AYAT.
• SATU ISI, SATU AYAT, SATU PENANDA WACANA, SATU NOKTAH
• JANGAN LUPA BUDAKS untuk huraian– bagi, untuk, demi, agar, kerana,

supaya ATAU KABUS – kerana,agar,bagi, untuk, supaya
• PENANDA WACANA – selain itu, di samping itu, seterusnya, selanjutnya,

tambahan pula (CADANGAN)
• SOALAN KBAT – ISI PERLU LEBIH.
• Satu helai satu soalan. TIDAK BOLEH CAMPUR-CAMPUR

Sasaran

ITEM 66
PETIKAN SASTERA

(12 MARKAH)

FORMAT BAHARU PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SIJIL PELAJARAN MALAYSIA MULAI TAHUN 2021

••PPeeccaahhaannssooaalalanntitdidaakkdditietetatappkkaann((33 aatatauu44ssooaalalann))
i.i. MMaakkssuuddliltieterarall
iii.i. BBeezzaabbaannddininggsseemmuuaabbaahhaann --ppeemmininddaahhaannmmaakklulummaatt
iiiii.i.KKBBAATT//ppeemmikikiriarannkkrirtiitsis
iviv.. KKBBAATT//ppeennyyeelelessaaiaiannmmaassaalalahh

••TTiaiaddaassooaalalanneelelemmeennssaassteterara. .

Bahan 1

SAJAK PESAN IBU BERIBU-RIBU
Kita ada ibu
Ibu kita satu
Pesanannya beribu-ribu.

Setiap langkah kita diiringi pesanan ibu
“Buat begini jangan begitu
Bacalah buku selalu
Kukuhkan diri dengan ilmu
Pilihlah kawan yang mulia hati
Tolaklah kawan pementing diri
Pilihlah kawan yang punya petunjuk
Tolaklah kawan bertabiat buruk.”
Ibu yang satu menyekat kita di pintu
Bertanya ke mana arah tuju
“Jagalah diri selalu
Di luar sana mungkin bencana menunggu.”
Kita menjadi jemu
Mendengar pesanan beribu-ribu
Tapi ibu tetap ibu
Pesanan bertambah satu dan satu
“Jangan dibiar kepala berkutu
Carilah ubat jerawat batu.”

(Dipetik daripada sajak “Pesan Ibu Beribu-ribu” oleh Rahman Shaari dalam antologi
Bintang Hati,

Kementerian Pendidikan Malaysia)

Bahan 2

Bonda tersenyum melihat saya tidak sabar untuk meninggalkan bumi kelahiran saya ini. “Mel, bonda
merestui kamu untuk berhijrah ke ibu kota. Tetapi, ingatlah pesan bonda supaya menjaga dua perkara.
Perintah agama jangan sesekali kamu abaikan. Agama itu baju peribadi bangsa kita. Akidah yang
kukuh menjadi akar yang menunjang pohon kebenaran. Islam merupakan panduan hidup. Peliharalah
bahasa ibunda kita kerana itulah sahaja warisan kita yang tinggal. Bahasa jiwa bangsa. Bangsa yang
bijak tidak akan membuang bahasanya walau apa-apa alasan sekalipun.”

Pesan itu menyuburi hati dan perasaan saya. Pesanan daripada lidah seorang bonda untuk
anakandanya yang akan merantau jauh. Saya yakin mempunyai kekuatan untuk menghadapi dugaan
dan cabaran di tengah ibu kota.

(Dipetik daripada cerpen “Munsyi” oleh Husna Nazri dalam antologi
Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,

Kementerian Pendidikan Malaysia)

i. Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud rangkai kata menunjang pohon kebenaran. [2 markah]
[3 markah]
Maksud perkataan berdasarkan kamus/pemahaman

ii. Berdasarkan semua bahan, nyatakan pesanan ibu yang disebutkan.

Jawapan daripada petikan

iii. Pada pendapat anda, apakah kesan jika kita mengabaikan pesanan seorang ibu?
[3 markah]

Jawapan fikir sendiri/KBAT

iv. Bagai kacang lupakan kulit. Peribahasa ini sering kali dikaitkan dengan isu pengabaian ibu bapa yang telah lanjut usia kerana anak-anak mereka
terlalu sibuk dengan kerja mahupun kerana ingin mengejar kemewahan hidup.
Pada pendapat anda, bagaimanakah cara seseorang individu yang sibuk bekerja menjaga ibu bapa mereka yang telah lanjut usia?

Jawapan fikir sendiri/KBAT [4 markah]

CADANGAN CARA MENJAWAB

i. Berdasarkan Bahan 2, maksud rangkai kata menunjang pohon kebenaran ialah menyokong asal usul perkara yang
betul.

ii. Berdasarkan semua bahan, pesanan ibu yang disebutkan ialah dalam Bahan 1, ialah anak selalu
membaca buku untuk melengkapkan diri dengan ilmu. Selain itu, ibu berpesan agar anak memilih kawan
yang mulia dan menjauhkan diri daripada rakan yang mementingkan diri sendiri. Di samping itu, ibu
berpesan agar anak memilih kawan yang boleh membimbing dan jauhi rakan yang bertabiat buruk
kerana boleh mempengaruhi anak melakukan perkara yang negatif. Seterusnya, pesanan ibu ialah anak
sentiasa berwaspada dan menjaga diri ketika berada di luar kerana mungkin ada bahaya yang menimpa.
Selanjutnya, pesanan ibu ialah anak menjaga kesihatan diri agar tidak menghidap penyakit berbahaya.
Dalam Bahan 2 pula, pesanan ibu ialah anak tidak mengabaikan perintah agama kerana agama
penyuluh hidup. Selain itu, ibu berpesan agar anak sentiasa memelihara bahasa ibunda supaya jati diri
sentiasa kukuh.

iii. Pada pendapat saya, kesan jika kita mengabaikan pesanan seorang ibu ialah kita akan
terjebak dalam gejala sosial atau perkara yang tidak baik kerana sentiasa berhadapan
dengan masalah. Selain itu, kita akan tersalah memilih jalan hidup kerana salah membuat
sebarang keputusan. Di samping itu, kita tidak mempunyai jati diri dan pendirian yang
kukuh kerana tidak mempunyai restu ibu. Seterusnya, kita akan menjadi anak yang
derhaka kerana tidak mendengar nasihat ibu. Selanjutnya, kita akan melukai hati ibu
kerana enggan mendengar nasihatnya. Tambahan pula, kita akan menjadi orang yang
tidak berakhlak mulia kerana bersikap degil.

iv. Pada pendapat saya, cara seseorang individu yang sibuk bekerja menjaga ibu bapa
mereka yang telah lanjut usia ialah seseorang individu membuat jadual penggiliran
menjaga ibu bapa antara adik-beradik bagi mengurangkan beban ahli keluarga. Selain itu,
individu juga boleh mengupah jururawat peribadi untuk menjaga ibu bapa di rumah. Di
samping itu, individu boleh menguruskan masa dengan efisien agar mempunyai masa dan
kesempatan menjaga ibu bapa. Seterusnya, individu boleh sentiasa menghubungi atau
menelefon ibu bapa ketika bekerja untuk mengetahui keadaan mereka. Selanjutnya,
individu boleh mengunjungi ibu bapa setiap hari dan setiap kali mempunyai masa lapang
agar ibu bapa tidak kesunyian.

INGAT

• BACA ARAHAN SOALAN DENGAN TELITI. BULATKAN KEHENDAK SOALAN
MENGGUNAKAN PEN MERAH DAN HIGHLITE JAWAPAN.

• Jawapan perlulah lengkap iaitu MEMPUNYAI SUBJEK DI AWAL AYAT.
• SATU ISI, SATU AYAT, SATU PENANDA WACANA, SATU NOKTAH
• JANGAN LUPA BUDAKS untuk huraian– bagi, untuk, demi, agar, kerana, supaya ATAU

KABUS – kerana,agar,bagi, untuk, supaya
• PENANDA WACANA – selain itu, di samping itu, seterusnya, selanjutnya, tambahan pula

(CADANGAN)
• SOALAN KBAT – ISI PERLU LEBIH.
• Satu helai satu soalan. TIDAK BOLEH CAMPUR-CAMPUR

Sasaran

ITEM 75
NOVEL
(10 MARKAH)

FORMAT BAHARU PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SIJIL PELAJARAN MALAYSIA MULAI TAHUN 2021

Soalan 8 : Novel [10 markah]

1. Dua soalan diuji

2. Markah keseluruhan (10 m): Kombinasi markah untuk
soalan (i) dan (ii) tidak tetap

3. Markah bahasa: (i) Tidak ada markah bahasa yang

khusus, tetapi berdasarkan deskripsi
pemarkahan

• Markah bahasa: maksimum 2 markah. Penilaian secara holistik

TIP

1. Soalan bukan dari novel yang murid kaji ( novel zon lain)

2. Baca petikan dengan teliti dan kenal pasti jawapan dalam petikan

3. Murid tulis jawapan dalam ayat yang gramatis

Baca petikan novel di bawah dengan teliti,kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Bukankah awak sedang koma? Bagaimana awak boleh bercakap dengan saya?” Farisha menyuarakan
kekeliruannya. Alia yang mendengar setiap biji butir percakapannya, tiba-tiba terkejut.

“Maxi, bagaimana perempuan ini boleh berkomunikasi dengan Karl? Kau tidak beritahu aku!”
Suara Alia separuh mengherdik. Rasa cemburunya mula menyelinap. Dia merasakan ini tidak adil.
Mengapa perempuan ini dibenarkan berhubung dengan Karl, sedangkan dia tidak?

“Sabar Alia, Karl amat perlukan Farisha untuk melaksanakan sesuatu. Tolong berikan kerjasama,
rayu Dr. Maxi sambil mengharapkan Alia tidak akan hilang pertimbangan.

Dipetik daripada Novel Di Sebalik Dinara
Karya Dayang Noor

Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Berdasarkan petikan, mengapakah Alia separuh mengherdik apabila Farisha dapat
berkomunikasi dengan Karl?

Jawapan daripada petikan [4 markah]

(i) Berdasarkan petikan, Alia separuh mengherdik apabila Farisha dapat
berkomunikasi dengan Karl kerana Alia berasa cemburu. Selain itu, Alia
merasakan perkara tersebut tidak adil kerana Farisha dibenarkan berhubung
dengan Karl sedangkan dia tidak.

ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(a) Tirani, karya Beb Sabariah
(b) Silir Daksina, karya Nizar Parman
(c) Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip
(d) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop
(e) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib
(f) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
(g) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin
(h) Pantai Kasih karya Azmah Nordin

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang menarik dalam novel
tersebut.

[6 markah]

NOVEL

TING 4 TING 5

CADANGAN CARA MENJAWAB

Novel yang telah saya pelajari ialah novel Di sebalik Dinara karya Dayang Noor.
Peristiwa menarik yang terdapat dalam novel ini ialah peristiwa Karl menguasai tubuh dan minda Shida walaupun Karl
sebenarnya sudah meninggal dunia. Shida berkata-kata seperti Karl dan menimbulkan keraguan pembaca sama ada Karl masih
hidup dan menumpang di badan Shida. Peristiwa ini menarik bagi saya kerana menimbulkan kekaguman dalam diri saya tentang
kehebatan kuasa teknologi.
Selain itu, peristiwa menarik yang lain ialah peristiwa Aqram berpura-pura tidur semasa di dalam kapal terbang. Dia
mengambil cawan kecil dan menguji kesan air liur yang melekat pada cawan. Kajian yang dibuat Dr Maxi mendapati Farisha
dikatakan individu mampu menyelamatkan Dinara. Peristiwa ini dianggap menarik kerana kebijaksanaan Aqram menjalankan tugas
dan kecanggihan kajian sains yang mendalam dalam mengesan DNA seseorang.
Di samping itu, peristiwa Farisha mencatat alamat yang diberikan oleh Aqram dengan menggunakan sebatang pen. Pen
tersebut sebenarnya telah dilengkapi dengan alat penetrator untuk menerobos ruang minda farisha. Hal ini menyebabkan Farisha
sakit kepala. Peristiwa ini dianggap menarik kerana kecanggihan dunia sains dan teknologi pada masa itu yang ditunjukkan oleh
pengarang menggambarkan hanya dengan alat sekecil pen kita mampu menembusi pemikiran manusia atau lebih lagi mengambil
maklumat yang terkandung dalam pemikiran manusia.

BAHASA MELAYU KERTAS 2 (1103/2)

Bahagian C: RUMUSAN
(30 MARKAH)

PANDUAN UMUM
RUMUSAN

1. Panjang petikan tidak melebihi 300 patah perkataan.

2. Petikan berdasarkan bahan sumber yang mempunyai tidak kurang daripada
dua fokus.

3. Bahan rumusan terdiri daripada sekurang-kurangnya dua bahan daripada sumber
yang berbeza (contoh : petikan prosa, puisi, dan grafik) tetapi mempunyai tema
yang sama.

4. Tugasan tidak dinyatakan dalam arahan soalan.

PANDUAN UMUMFORMAT BAHARU PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SIJIL PELAJARAN MALAYSIA MULAI TAHUN 2021
RUMUSAN

5. Calon perlu mengenal pasti SEMUA fokus yang terdapat
dalam semua bahan.

6. Rumusan tidak melebihi 120 patah perkataan.

7. lemah 1-2)

ANALISIS KATA KUNCI/FOKUS

Kata kunci arahan soalan Kata sama makna/ sinonim
Faktor Punca, sebab, alasan
Faedah Kebaikan, manfaat, kepentingan, kelebihan, keutamaan
Kesan Implikasi, impak, natijah, akibat
Langkah Usaha, cara, kaedah, tindakan, inisiatif
Peranan Tugas, tanggungjawab, fungsi
Ciri-ciri Kriteria, sifat, bentuk
Kekangan Masalah, halangan, rintangan, aral
Keburukan Kelemahan, kepincangan, kekurangan
Sumbangan Jasa, bakti

20 MARKAH PENDAHULUAN 8 ISI • WAJIB
(KESELURUHAN [2 M] AMBUL DARI

ISI) ISI SETIAP
10 MARKAH [16 M] BAHAN

BAHASA KESIMPULAN • SENTUH
[2 M] SETIAP
FOKUS

PERINGKAT MARKAH
PENDAHULUAN 2
ISI ( 8 ISI x 2 MARKAH) 16
KESIMPULAN 2
JUMLAH
20 MARKAH
MARKAH BAHASA
MARKAH
KATEGORI 8-10
CEMERLANG 5-7
BAIK 3-4
SEDERHANA 1-2
LEMAH

TEKNIK MEMBUAT PENDAHULUAN

PENDAHULUAN 2 FOKUS

1. Rumusan membicangkan Fokus 1 dan Fokus 2. [2 markah]

2. Rumusan membincangkan Fokus 1. [1 markah]

PENDAHULUAN 3 FOKUS

1. Rumusan membicangkan Fokus 1, Fokus 2 dan Fokus 3. [2 markah]

2. Rumusan membincangkan Fokus 1 dan Fokus 2. [1 markah]

Cadangan penanda Selain itu, Pertama,
wacana Di samping itu, Kedua,
Isi Ketiga,
Seterusnya, Keempat,
Selanjutnya, Kelima,
Tambahan pula, Keenam,

TEKNIK MEMBUAT KESIMPULAN
(Mengandungi CADANGAN dan HARAPAN)

12 3 4 Isu/tema(-) 5 6 7

SIAPA KATA KERJA Isu/tema(+) • Mengatasi TEMA KATA HARAPAN
• Menangani SOALAN HUBUNG (KESAN
• Membanteras KEPADA
Kesimpulann • Kerajaan • Hendaklah • Mengamalkan • Mengelakkan agar CADANG
ya • Rakyat • Perlulah • Memajukan • menjauhi supaya AN
• Mestilah • Menggalakkan
• Semua pihak • Seharusnya • Meningkatkan Positif
• Setiap individu • sepatutnya • Memartabatkan
• Masyarakat • memperkasakan
• Pihak polis
• Ibu bapa
• Masyarakat
• Pihak sekolah
• dll

“Berusahalah, kerana tiada yang lebih manis
daripada kejayaan dan tiada yang lebih perit

daripada penyesalan”

Daripada
Ibu bapa dan guru-guru mu yang sangat

menyayangi dan mengasihi kalian.


Click to View FlipBook Version