SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 1
Manual Pengurusan Sekolah SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya I2 ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT KATA ALU-ALUAN PENGETUA SMK (P) SRI AMAN 9 BAB 1 KONSEP DAN HALATUJU 10-23 1. Falsafah Pendidikan Kebangsaan 10 2. Objektif Pendidikan Sekolah Menengah 10 3. Visi Dan Misi Sekolah / KPM 11 4. Ikrar Guru Dan Perkhidmatan Awam 12 5. Teras Perkhidmatan Awam Malaysia 13 6. Tonggak Dua Belas 14 7. Peranan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Mengikut Gred 15 8. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) 16 9. Lima Aspirasi Sistem Pendidikan Malaysia 17 10. Enam Ciri Utama Yang Diperlukan Oleh Setiap Murid Untuk Berupaya Bersaing Pada Peringkat Global 17 11. Sebelas Anjakan Utama Untuk Mentransformasikan Sistem Pendidikan Negara 18 12. Naratif Baharu Amalan Pendidikan 19 13. Matlamat Sekolah 20 14. Piagam Sekolah 21 15. Lencana Sekolah 22 16. Lagu Sekolah 23 BAB 2 KETETAPAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 2.1 PANDUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 24-39 1. Arahan Am 24 2. Ketepatan Masa Di Sekolah 24 3. Waktu Rasmi Persekolahan 25 4. Tidak Hadir Bertugas 25 5. Penggunaan Waktu Tidak Mengajar/ Waktu Luang (Free Period) Oleh Guru-Guru 26 6. Keluar Semasa Bertugas 26 7. Cuti 26 Jenis Cuti Guru/AKP 27 Tatacara Permohonan Cuti Rehat Khas (Guru), Cuti Rehat (AKP) 27 Kes Kecemasan 27 Atas Urusan Tertentu Yang Telah Diketahui Tarikh 27 Cuti Penggal Persekolahan 28 Cuti Sakit 28 Tindakan Guru Apabila Mendapat Cuti Sakit 28 Lain-Lain Cuti 28
Manual Pengurusan Sekolah SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya I3 8. Guru Yang Berkursus/ Bertugas Di Luar Sekolah 29 Patuhi Arahan 29 Rekod Pergerakan 29 Keperluan Kembali Ke Sekolah 29 Penyediaan Minit Curai 29 Melindungi MMI 29 9. Kehadiran Aktiviti Sekolah 30 10. Perhimpunan Rasmi Sekolah 30 Aturcara Perhimpunan 30 Kehadiran Perhimpunan Sekolah 31 11. Kelas Tambahan/ Lain-Lain Aktiviti Di Luar Waktu Sekolah 31 12. Kerja Luar / Sampingan 31 13. Bilik Guru/ Bilik Darjah/ Bilik Khas/ Bangunan 32 14. Kunci Bilik-Bilik Khas 33 15. Etika Berpakaian Semasa Bertugas 33 16. Tanda Nama 33 17. Masalah Perjawatan Dan Pengajaran 33 18. Tugas Guru 33 19. Fail Persediaan Mengajar (FPM) 34 20. Jadual Waktu Mengajar 34 21. Keselamatan Dan Penggunaan Harta Benda Sekolah 34 22. Kebersihan 34 23. Surat-Menyurat 35 Surat Keluar 35 Surat Masuk/Diterima 35 24. Pelawat/Jurujual 35 25. Pembelian Barang 35 Peraturan Pembelian 35 Buku Stok Inventori. 36 26. Kegiatan Kokurikulum 36 27. Mesyuarat Sekolah 36 28. Acara/ Majlis Rasmi Sekolah/Mesyuarat/Latihan Dalaman 36 29. Perhubungan Sesama Rakan Sekerja 36 30. Keahlian BKGS Dan Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) 37 31. Bilik Guru Dan Pejabat 37 32. Guru Baharu/ Guru Bertukar Masuk 37 33. Arahan Pekeliling Dan Memo Dalaman 37 34. Penggunaan Alat-Alat 38 35. Telefon Sekolah 38 36. Buku Stok / Inventori 38 37. Komputer Riba / LCD Projektor/Smartphone 38 38. Keselamatan Murid 39
Manual Pengurusan Sekolah SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya I4 39. Semua Penolong Kanan Dan GKMP Bertugas Semasa Cuti 39 2.2 PANDUAN PENGURUSAN KURIKULUM 40-60 1. Latar Belakang 40 2. Objektif 40 3. Dasar 40 4. Mesyuarat 40 5. Sistem Fail 40 6. Pakej Mata Pelajaran 41 6.1 Menengah Rendah 41 6.2 Menengah Atas 41 Mata pelajaran Teras 41 6.2.1 Aliran STEM A 41 6.2.2 Aliran STEM B 41 6.2.3 Aliran STEM C 41 6.2.4 Aliran Kemanusiaan 41 7. Syarat-syarat kemasukan ke SMK (P) Sri Aman 41 7.1 Kemasukan ke Tingkatan 1 41 7.2 Kemasukan ke Tingkatan 4 42 8. Sukatan Pelajaran, Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), Rancangan Pelajaran Tahunan, & Rancangan Pelajaran Harian 42 8.1 Sukatan Pelajaran dan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran 42 8.2 Rancangan Pelajaran Harian 42 8.3 Fail Rekod Mengajar 42 8.4 Rekod Mengajar Harian (RPH) 42 8.5 Menghabiskan Sukatan 42 8.6 PdPc Berkesan 43 9. Jadual Waktu 43 10. Guru Ganti / Guru ‘Relief’ 43 11. Waktu Persekolahan 43 12. Penilaian Dan Peperiksaan 44 12.1 Format Ujian/ Peperiksaan 44 12.1.1 Format Penaipan Kertas Soalan Peperiksaan 44 12.1.2 Format Penyediaan Muka Depan Kertas Soalan 44 12.1.3 Arahan Kepada Calon 45 12.1.4 Format Penyediaan Muka Surat 2 dan Seterusnya 46 12.1.5 Peruntukan Masa 49 12.1.6 Peruntukan Markah 49 12.1.7 Penomboran Muka Surat 49 12.2 Penyemakan dan Pengesahan Kertas Ujian/ Peperiksaan 49 12.3 Pencetakan Kertas Ujian / Peperiksaan 50 12.4 Pentadbiran Kertas Ujian / Peperiksaan 50
Manual Pengurusan Sekolah SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya I5 12.5 Bilik Peperiksaan 50 12.6 Jadual Ujian Pentaksiran / Peperiksaan Pengawasan 50 12.7 Makluman Ujian / Peperiksaan 50 12.8 Pengawasan Pentaksiran / Peperiksaan 50 12.9 Kehadiran semasa Ujian / Pentaksiran / Peperiksaan 51 12.10 Salah laku semasa Ujian / Peperiksaan 51 12.11 Rekod Markah & Fail EPRD (Excellent Performance Record & Development) 51 12.12 Syarat Lulus 52 12.13 Jadual Spesifikasi Ujian & Analisis Item 52 12.14 Post Mortem Untuk Peperiksaan 52 12.15 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 52 13. Pemantauan 53 13.1 Pembelajaran dan Pengajaran (PdPc) 53 13.2 Pengurusan Panitia & Jawatankuasa Pemantauan 53 13.3 Peperiksaan dan Penilaian 53 13.4 Penyediaan Latihan Murid & Semakan Buku Latihan Murid 53 13.5 Ketetapan Latihan Mengikut Mata Pelajaran 54 14. Anggaran Perbelanjaan Tahunan Panitia 57 15. Buku Teks (SPBT), Pusat Sumber Sekolah (PSS) Dan Bahan Bacaan 58 16. Program Peningkatan Akademik 58 17. Kursus Dalaman, Latihan Dalam Perkhidmatan & Minit Curai 58 17.1 Kursus Dalaman 58 17.2 Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) 58 18. Kajian Tindakan/ Lain-Lain Program Rancangan Peningkatan Berkaitan Guru 59 19. Dasar Penggunaan Kertas Untuk PdPc, Ujian Dan Peperiksaan 59 20. Target Peperiksaan Awam Dan Dalaman 60 21. Hari Bertemu Pelanggan 60 22. Penentuan Dan Perubahan Dasar Kurikulum 60 2.3 PANDUAN PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 61-78 1. Tugas Guru Tingkatan 61 1.1 Pengurusan Dan Organisasi Kelas 62 1.2 Data SMM Dan APDM 64 1.3 Skim Pinjaman Buku Teks 65 1.4 Biasiswa Dan Kebajikan 65 1.5 Kutipan Sumbangan PIBG 65 1.6 Pelan Susunan Setiap Kelas 66 1.7 Tugas Ketua Tingkatan Dan Penolong Ketua Tingkatan 67 1.8 AJK Mata Pelajaran 68 2. Pengurusan Disiplin Murid 68 2.1 Senarai Semak 68
Manual Pengurusan Sekolah SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya I6 2.2 Perkara-Perkara Yang Harus Dipatuhi Semasa Menjalankan Kuasa Disiplin 70 2.3 Faktor-Faktor Asas Yang Patut Dirangkumkan Dalam Dasar Menghukum 70 2.4 Tatacara Menyelesaikan Masalah Disiplin 70 2.5 Langkah-Langkah Yang Perlu Diambil 70 2.6 Panduan Tatacara Disiplin Murid 71 2.7 Pekeliling Ikhtisas Guru Disiplin 73 3. Prosedur Pertukaran Murid 74 3.1 Prosedur Murid Berpindah Masuk Sekolah (Tingkatan 1 – 5) 74 3.2 Prosedur Murid Berpindah Keluar 75 3.3 Panduan Permohonan Untuk Bertukar Sekolah Akhir Tahun Oleh Murid Warganegara Di Daerah Petaling Utama (Rujukan Sekolah) 75 4. Panduan Pengurusan Kebakaran 76 4.1 Latihan Mengosongkan Bangunan 76 5. Panduan Tugas Guru 77 5.1 Tugas Guru Penyelaras Tingkatan 77 5.2 Tugas Guru Bertugas Harian/Mingguan 77 2.4 PANDUAN PENGURUSAN KOKURIKULUM 79-92 1. Dasar Utama Kokurikulum 79 2. Dasar Sokongan 80 3. Senarai Persatuan/Kelab, Kelab Permainan/Sukan dan Badan Beruniform 81 4. Rumah Sukan 82 4.1. Nama Rumah Sukan 82 4.2. Cara Menentukan Rumah Sukan (Untuk Murid Baru) 82 5. Manual Pengguna Sistem E-Strip 83 6. Rekod Pencapaian Kokurikulum 90 BAB 3 MANUAL TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 3.1 JAWATANKUASA PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 93-98 1. 3.1.1 Jawatankuasa Pentadbir Sekolah & Panel Pembangunan Sumber Manusia 93 2. 3.1.2 Jawatankuasa Kebitaraan 93 3. 3.1.3 Jawatankuasa Integriti / Keutuhan 93 4. 3.1.4 Jawatankuasa Pengurusan Kewangan & Akaun Sekolah 93 5. 3.1.5 Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan Dan Bangunan 94 6. 3.1.6 Jawatankuasa Perkembangan Profesionalisma 94 7. 3.1.7 Jawatankuasa Hubungan Luar & Silang Budaya 95 8. 3.1.8 Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Sekolah/Data 95 9. 3.1.9 Jawatankuasa SKPM Kualiti @ Sekolah 95 10. 3.1.10 Jawatankuasa Pembestarian Sekolah 96 11. 3.1.11 Jawatankuasa Badan Kebajikan Guru Dan Staf Sekolah 96 12. 3.1.12 Jawatankuasa Pengurusan Pejabat 96
Manual Pengurusan Sekolah SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya I7 13. 3.1.13 Jawatankuasa Perancangan Strategik 96 14. 3.1.14 Jawatankuasa Kebersihan Dan Kawalan Keselamatan 97 15. 3.1.15 Jawatankuasa Dokumentasi Dan Pelaporan Aktiviti Sekolah 97 16. 3.1.16 Jawaankuasa Pengurusan Bilik Khas Dan Surau 98 17. 3.1.17 Jawatankuasa Sebaran Ilmu Dan Papan Kenyataan 98 18. 3.1.18 Jawatankuasa Pemandu KBAT Sekolah 98 19. 3.1.19 Jawatankuasa TS25 98 3.2 JAWATANKUASA PENGURUSAN KURIKULUM 99-103 1. 3.2.1 Jawatankuasa Kurikulum 99 2. 3.2.3 Jawatankuasa Jadual Waktu, Guru Ganti, MMI 100 3. 3.2.4 Jawatankuasa Induk Pusat Sumber Sekolah Dan Program Nilam 100 4. 3.2.5 Jawatankuasa Penilaian, Peperiksaan Dan Pentaksiran 101 5. 3.2.6 Jawatankuasa Pencerapan 102 6. 3.2.7 Jawatankuasa Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 102 3.3 JAWATANKUASA PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 104-112 1. 3.3.1 Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal Murid 104 2. 3.3.2 Jawatankuasa Lembaga Disiplin, Lembaga Pengawas & Pencegah Jenayah 106 3. 3.3.3 Jawatankuasa Student Council 106 4. 3.3.4 Jawatankuasa Bimbingan & Kaunseling 107 5. 3.3.5 Jawatankuasa Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) 107 6. 3.3.6 Jawatankuasa Biasiswa, Kwapm , Asnaf & Kebajikan 108 7. 3.3.7 Jawatankuasa 3K (Kebersihan, Keselamatan & Kesihatan), Bencana & Pengurusan Risiko 108 8. 3.3.8 Jawatankuasa Perhimpunan & Siaraya 109 9. 3.3.9 Jawatankuasa Ppda 110 10. 3.3.10 Jawatankuasa RIMUP, Permuafakatan & Perpaduan 110 11. 3.3.11 Jawatankuasa Kantin 110 12. 3.3.12 Jawatankuasa Amalan Guru Penyanyang 111 13. 3.3.13 Jawatankuasa Briged Bestari 111 14. 3.3.14 Jawatankuasa Aduan Pelanggan 112 3.4 JAWATANKUASA PENGURUSAN KOKURIKULUM 113-119 1. 3.4.1 Jawatankuasa Induk Kokurikulum 113 2. 3.4.2 Jawatankuasa Data dan Penilaian Kokurikulum 113 3. 3.4.3 Jawatankuasa Pemantauan Kokurikulum 114 4. 3.4.4 Jawatankuasa Majalah Sekolah & Fotografi 114 5. 3.4.5 Jawatankuasa Sukan Tahunan Sekolah 114 6. 3.4.6 Jawatankuasa Koperasi Sekolah 115 7. 3.4.7 Tanggungjawah Setiausaha Kokurikulum 115 8. 3.4.8 Tanggungjawab Setiausaha Sukan 116 9. 3.4.9 Tanggungjawab Ketua Rumah Sukan 116
Manual Pengurusan Sekolah SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya I8 10. 3.4.10 Tanggungjawab Guru Rumah Sukan 117 11. 3.4.11 Tanggungjawab Penyelaras Persatuan Kelab/ Badan Beruniform/ Kelab Permainan 117 12. 3.4.12 Tanggungjawab Guru Pemimpin / Penasihat 119 13. BAB TAMBAHAN- GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENGOPERASIAN SEKOLAH 3.0 120
Manual Pengurusan Sekolah SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya I9 Untaian Kata Bismillahirrahmanirrohim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan Salam Malaysia Madani Alhamdulillah, saya panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan limpah kurnia- Nya, maka buku Manual Pengurusan Sekolah SMK(P) Sri Aman dapat dihasilkan. Setinggi-tinggi penghargaan dan syabas diucapkan kepada Jawatankuasa yang telah bertungkus-lumus berusaha untuk menyiapkan buku ini sebagai panduan dan rujukan utama seluruh warga sekolah bagi melaksanakan tugas secara teratur, efisien dan berkesan. Manual pengurusan ini mengandungi Prosedur Satndard Operasi bagi pelbagai aspek pengurusan dan pentadbiran am sekolah, akademik, hal ehwal murid, kokurikulum dan sukan. Adalah menjadi harapan saya sebagai ketua organisasi sekolah, agar semua warga sekolah dapat membudayakan penggunaan manual pengurusan ini secara menyeluruh dan konsisten ketika melaksanakan tanggungjawab harian. Dengan pembudayaan ini dapatlah prestasi pengoperasian sekolah ditingkatkan dan menepati piawaian kualiti yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Akhir kata, semoga seluruh warga Sri Aman dapat seiring bersama menggalas tanggungjawab dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh demi kemenjadian anakanak didik kita dan semoga kita sentiasa mendapat keberkatan Allah s.w.t. Sekian dan selamat bertugas. Sri Aman Menuju Ke Medan Jaya “We inspire to aspire” SUHAFNA BINTI A RAHMAN PENGETUA SMK(P) SRI AMAN
Manual Pengurusan Sekolah SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya I10 BAB 1 – KONSEP DAN HALA TUJU BAB 1- KONSEP DAN HALA TUJU 1.0 KONSEP DAN HALA TUJU FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN ‘Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara’ OBJEKTIF PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH Bagi mencapai matlamat Pendidikan Sekolah Menengah, pendidikan di peringkat menengah bertujuan untuk membolehkan pelajar; I. Mempertingkat kecekapan berbahasa untuk berkomunikasi dengan berkesan. II. Mempertingkat dan meluaskan penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu ke arah mencapai perpaduan negara. III. Menyumbangkan dan meningkatkan lagi daya intelek serta pemikiran yang rasional, kritis dan kreatif. IV. Memperoleh ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran serta pemikiran yang rasional, kritis dan kreatif. V. Berkeupayaan untuk memperkembangkan serta mengubahsuai kemahiran selaras dengan perkembangan baru dalam bidang ilmu pengetahuan dan teknologi. VI. Memlliki keterampilan yang kukuh dan daya tahan untuk menghadapi cabaran hidup. VII. Memahami, menginsafi dan menghayati sejarah serta latar belakang sosio-budaya negara. VIII.Menyedari tentang kepentingan kesihatan diri dan sentiasa berusaha untuk memeliharanya. IX. Peka, prihatin dan menghargai nilai-nilai murni. X. Menggemari dan mencintai ilmu pengetahuan dan sentiasa berusaha untuk menambahkan dan mengembangkannya. XI. Memiliki kesedaran, tanggungjawab yang tinggi dan kesediaan berbakti kepada agama, bangsa dan negara.
Manual Pengurusan Sekolah SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya I11 VISI DAN MISI SEKOLAH / KPM PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA
Manual Pengurusan Sekolah SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya I12 IKRAR GURU DAN PERKHIDMATAN AWAM AZAM GURU Sesungguhnya kami berazam dan bertekad untuk menjadikan bahawa; • Kerja yang kami buat hari ini adalah lebih baik daripada semalam • Kerja yang kami buat hari esok adalah lebih baik daripada hari ini; dan • Kerja yang kami buat hari-hari seterusnya adalah lebih baik daripada hari-hari sebelumnya IKRAR GURU Bahawasanya kami guru-guru negara Malaysia dengan ini berikrar Mendukung terus cita-cita kami terhadap tugas kami menyatakan keyakinan kami pada cita-cita murni perkerjaan kami. Kami sedia berbakti kepada masyarakat dan negara kami Kami sentiasa menjunjung perlembagaan negara kami dan Mengamalkan prinsip-prinsip rukun negara, pada setiap masa. IKRAR PERKHIDMATAN CEMERLANG Bahawasanya saya ___________________________________ seorang anggota kerajaan Malaysia dengan penuh semangat dan kesedaran dan dengan berpandukan kepada prinsip-prinsip rukun negara berazam dan berikrar untukmeninggikan mutu perkhidmatan yang lebih cemerlang, menggembleng tenaga dan usaha, bekerja dengan penuh amanah, dedikasi dan bertanggungjawab, mengikis sikap mementingkan diri sendiri, berkhidmat dengan penuh muhibbah dan kesedaran bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara, bekerjasama, menuju ke arah cita-cita demi untuk kepentingan negara Malaysia.
1.0 konsep Dan Hala Tuju SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 13 TERAS PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA Berazam meninggikan mutu perkhidmatan Bekerja dengan penuh tanggungjawab Berusaha mengikis sikap mementingkan diri Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara Berpegang teguh kepada ajaran agama
1.0 konsep Dan Hala Tuju SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 14 TONGGAK 12 PENERAPAN NILAI NORMA DAN ETIKA PERKHIDMATAN
1.0 konsep Dan Hala Tuju SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 15 REFLEKSI DI MANAKAH KITA? ADAKAH KITA BERPERANAN SEPERTI MANA GRED KITA SEKARANG?
1.0 konsep Dan Hala Tuju SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 16 PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM) 2013-2025 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia telah dirangka bagi menghadapi cabaran abad ke-21 berasaskan dasar dan laporan terdahulu yang sangat besar pengaruhnya. Pelan ini memberi tumpuan kepada cara membangun dan meneruskan perkembangan, serta menambah baik sistem pendidikan secara berterusan. Pelan Transformasi pendidikan akan dilaksanakan dalam tempoh 13 tahun; 2013-2025. Ia dibahagikan kepada 3 gelombang iaitu: Gelombang 1 (2013-2015) Mengubah sistem dengan menyokong guru dan memberikan tumpuan kepada kemahiran utama Gelombang 2 (2016-2020) Memacu peningkatan system Gelombang 3 (2021-2025) Menganjak ke arah kecemerlangan melalui peningkatan keluwesan operasi
1.0 konsep Dan Hala Tuju SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 17 LIMA ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA ENAM CIRI UTAMA YANG DIPERLUKAN OLEH SETIAP MURID UNTUK BERUPAYA BERSAING PADA PERINGKAT GLOBAL
1.0 konsep Dan Hala Tuju SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 18
1.0 konsep Dan Hala Tuju SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 19
1.0 konsep Dan Hala Tuju SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 20 * MATLAMAT SEKOLAH * Untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang Akademik Kokurikulum Sahsiah Berasaskan budaya kerjayang positif untuk mencapai kesejahteraan serta memberi sumbangan terhadap keharmoniaan dan kemakmuran diri, sekolah, masyarakat dan negara.
1.0 konsep Dan Hala Tuju SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 21 * PIAGAM SEKOLAH * Kami warga SMK (P) Sri Aman Petaling Jaya dengan ini berikrar akan: • Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan mulai hari pertama sesi persekolahan dbermula • Memastikan buku teks SPBT diedarkan kepada murid sebelum sesi persekolahan baru bermula • Memaklumkan keputusan ujian dan peperiksaan dalam tempoh empat (4) minggu selepas tamat peperiksaan. • Memaklumkan mengenai sebarang program sekolah kepada murid dalam tempoh satu (1) minggu sebelum perlaksanaanya. • Mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga dalam tempoh sekurangkurangnya tiga (3) hari sebelum menyertai sebarang pertandingan atau akriviti luar sekolah. • Memastikan semua murid diberi peluang seluas-luasnya untuk menyertai kegiatan kokurikulum di dalam ketiga-tiga bidang; i) Kelab/ Persatuan ii) Sukan / Permainan iii) Unit Beruniform
1.0 konsep Dan Hala Tuju SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 22 * LENCANA SEKOLAH * Cogan Kata “BERUSAHA KE MEDAN JAYA” Huraian mengenai lambang-lambang pada lencana • Warna Kuning dan Unggu Warna sekolah • Tangkai-tangkai Melambangkan keharmonian dan kesejahteraan • Obor dan Buku Melambangkan kesanggupan murid-murid menuju ke medan jaya dalam bidang akademik dan kokurikulum pada sepanjang masa • Gelung-gelung Melambangkan kekuatan dan perpaduan
1.0 konsep Dan Hala Tuju SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 23 * LAGU SEKOLAH * Maju penuntut Sri Aman Menuju ke medan jaya Kita berganding bahu Di bawah bendera Malaysia Mari penuntut Sri Aman Mari kita meneroka zaman Agar nama takkan hilang Terpahat kukuh di tugu kenangan Jagalah imej sekolah kita Di mana kita berada Kesopanan dipandang Agar mulia Dengan Prinsip Rukun Negara Segala ilmu kita tuntuti Sastera, Sains dan Teknologi Menghadapi dengan hati Agar bahagia kemudian hari
2.1 Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 24 BAB 2 - KETETAPAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 2.1 PANDUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 1. ARAHAN AM 1.1 Selaku pegawai kerajaan guru adalah tertakluk kepada arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan, oleh itu semua guru dikehendaki membaca, memahami dan juga mematuhi Perintah Am tersebut. 1.2 Guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) sekolah dinasihatkan supaya membaca, memahami dan boleh mentafsirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan lain. 1.3 Guru hendaklah menghayati tatasusila professional keguruan dan menjunjungnya sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan atau mata pencarian semata-mata. 1.4 Semua guru dan AKP hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip perkhidmatan cemerlang. 1.5 Guru hendaklah mengamal dan menghayati Visi, Misi, Moto, Falsafah, Objektif dan Piagam Pelanggan Sekolah, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Wawasan Pendidikan Kebangsaan, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 1.6 Semua guru dan AKP dikehendaki meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri Ketika bertugas. 1.7 Semua guru dan AKP dikehendaki bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika belajar di sekolah dan menjaga harta benda sekolah. 1.8 Semua guru dan AKP hendaklah sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas. 2. KETEPATAN MASA DI SEKOLAH (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2 /1982) 2.1 Merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas bil (2)/1982 mengenai ketepatan masa di sekolah, guru-guru adalah diwajibkan memelihara dan mengekalkan amalan menepati masa sekolah dan balik dari sekolah. 2.2 Waktu hadir bertugas bagi guru-guru ialah pada 7.25 pagi dan selepas waktu yang dinyatakan di atas tuan/puan telah lewat hadir bertugas dan waktu bertugas AKP bermula 7.30/ 8.00/ 8.30* pagi. Rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2019: Pelaksanaan Waktu Kerja Fleksi (WBF) di agensi Kerajaan Persekutuan 2.3 Secara rasmi guru dan AKP perlu ‘thumb-in’ dan ‘thumb-out’ setelah tamat bertugas. Sekiranya perakam waktu gagal berfungsi mohon catat kehadiran (waktu masuk & balik di dalam buku di pejabat sekolah) 2.4 Guru-guru juga bertanggungjawab mengamalkan ketepatan masa sepanjang waktu bertugas di sekolah, ketika masuk ke bilik darjah untuk mengajar atau menjalankan sesuatu kegiatan di luar bilik darjah seperti mesyuarat, upacara-upacara sekolah, kegiatan sukan dan lain-lain. 2.5 Ketepatan masa juga bermakna seseorang guru itu hendaklah mengikut jadual waktu pengajaran dan tidak boleh meninggalkan kelasnya atau kawasan sekolah
2.1 Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 25 sebelum tiba masa untuk berbuat demikian. Guru adalah bertanggungjawab sepenuhnya kepada keselamatan murid dan harta benda sekolah pada waktu pengajaran dan pembelajaran. 2.6 Ketua tingkatan dinasihatkan supaya mencari atau menjemput guru yang masih belum masuk ke kelas 5 minit selepas waktu pengajaran bermula. Jika guru masih tidak dapat dicari maklumkan kepada Pengetua/ Penolong Kanan. 2.7 Guru-guru khasnya hendaklah memberi teladan yang baik kepada murid-murid dan dapat menggalakkan tabiat mereka menepati masa. 3. WAKTU RASMI PERSEKOLAHAN 3.1 Waktu rasmi persekolahan adalah seperti yang tercatat dalam jadual waktu persekolahan. 3.2 Semua guru wajib berada di dalam kawasan sekolah sepanjang waktu persekolahan kecuali menjalankan tugas rasmi di luar. 3.3 Waktu bertugas rasmi guru-guru: Isnin 7:20 pagi – 2:30 petang Selasa 7:20 pagi – 2:00 petang Rabu 7.20 pagi – 1.00 ptg (Ting 1 – 3) 1.30 ptg (Ting 4 – 5) 2.00 – 5.00 ptg (Kokurikulum) Khamis 7.20 pagi – 2.00 petang Jumaat 7.20 pagi – 12.30 tengah hari 3.4 Guru perlu daftar kehadiran dengan segera dengan thumb print setibanya di sekolah termasuk jika ada aktiviti pada hari Sabtu atau semasa cuti persekolahan. 3.5 Jika terlewat, guru perlu terus berjumpa dengan Pengetua/ PK dan memaklumkannya secara lisan serta mengisi borang kehadiran lewat. 3.6 Ketepatan masa adalah penting untuk menentukan disiplin kelas terkawal dan guru dihormati oleh murid-murid. 3.7 Guru dan AKP yang hadir lewat 3 hari berturut-turut atau melebihi 10 hari tidak berturutturut diminta membuat surat tunjuk sebab. Sekiranya gagal, proses Tindakan tatatertib akan dilaksanakan. 3.8 Guru dan AKP akan diberikan surat peringatan sekiranya lewat 3 kali dalam 1 bulan. 3.9 Guru bertugas harian hendaklah berada di sekolah selewat-lewatnya 7:10 pagi dan waktu balik setengah jam selepas tamat waktu sekolah. 3.10 Rakaman hadir dan pulang guru ialah dokumen audit sekolah. Catatan kehadiran guru ialah dokumen yang membantu Pengetua untuk membuat penilaian ‘Prestasi Tahunan’ (PBPPP). 3.11 Guru- guru yang hadir untuk kegiatan kokurikulum / kelas tambahan (selain hari persekolahan) perlu tandatangan kehadiran bertugas pada buku yang disediakan. 4. TIDAK HADIR BERTUGAS 4.1 Semua guru wajib mendapat kebenaran Pengetua dan memaklumkan kepada PK Pentadbiran atau GKMP sekiranya mereka tidak dapat hadir bertugas. Hal ini penting bagi tujuan penyediaan guru relief/ganti. 4.2 Guru mesti menyerahkan sijil cuti sakit / bukti tidak dapat hadir kepada Pengetua / PK Pentadbiran (jika pengetua bercuti/ tidak berada di sekolah) keesokannya/ sekembali ke sekolah untuk direkodkan.
2.1 Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 26 5. PENGGUNAAN WAKTU TIDAK MENGAJAR/ WAKTU LUANG (FREE PERIOD) OLEH GURU-GURU (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1981) 5.1 Guru-guru di sekolah biasanya mempunyai waktu-waktu tidak mengajar/ waktu luang (free period) seperti yang ditetapkan dalam jadual waktu mengajar masing-masing. Didapati ada sebahagian kecil guru-guru menganggapnya sebagai masa tidak bekerja. Anggapan ini adalah salah dan perlu diperbetulkan. 5.2 Oleh itu tuan/puan diingatkan bahawa waktu tidak mengajar/ waktu luang (free period) itu adalah masa bekerja. Tuan/puan dikehendaki menggunakan masa ini untuk menggantikan guru yang tidak hadir mengajar di sesebuah kelas, membuat persediaan-persediaan untuk mengajar seperti membaca buku tambahan, membuat nota mengajar, menyediakan alat-alatan mengajar dan sebagainya, memeriksa buku latihan murid-murid, mengadakan pertemuan khas dengan murid bermasalah pelajaran yang diajar, penyediaan aktiviti-aktiviti gerakerja kokurikulum dan lain-lain tugas yang difikirkan perlu atau diarahkan oleh Pengetua. 5.3 Tegasnya, waktu tidak mengajar itu mestilah diisi dengan kerja-kerja yang memberi faedah kepada murid-murid, khasnya dan sekolah, amnya. 6. KELUAR SEMASA BERTUGAS 6.1 Guru/ AKP sekolah tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah dalam masa bertugas. 6.2 Semua urusan peribadi guru/ AKP sekolah hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali dalam keadaan kecemasan atau sebab-sebab tertentu. Sebagai contoh urusan sekolah/ PPD/ JPN/ KPM. Sebelum keluar dari kawasan sekolah pastikan perkara-perkara berikut dilaksanakan: 6.3 Telah mendapatkan kebenaran daripada Pengetua. Jika Pengetua tidak berada di sekolah kebenaran perlu diperoleh daripada Penolong Kanan atau GKMP (sekiranya ketiadaan Pengetua dan Penolong penolong Kanan) yang menjalankan tugas semasa ketiadaan Pengetua. 6.4 Isi permohonan keluar di dalam Hrmis setelah mendapat kebenaran Pengetua. 6.5 Catat dalam buku pergerakan guru (sekiranya perlu dibuat ‘relief’). Jawatankuasa ‘Relief’ hanya akan disediakan ‘relief’ untuk guru-guru yang keluar sekolah atas urusan rasmi. 6.6 Jika urusan kecemasan (peribadi), pastikan perkara-perkara i – ii dipatuhi. Uruskan sendiri ‘relief’ jika tidak dapat dielakkan. Isi di dalam Hrmis setelah mendapat kebenaran Pengetua 6.7 Adalah menjadi kesalahan jika tidak memohon, dan mendapat kebenaran semasa meninggalkan kawasan sekolah. 7. CUTI 7.1 Cuti bermakna sebarang tempoh seseorang pegawai itu dibenarkan meninggalkan tugasnya dan peninggalan tugas itu tidak dikira sebagai putus perkhidmatan atau sebagai berhenti kerja. 7.2 Cuti bukan hak tetapi satu kemudahan yang diberi kepada seseorang pegawai di mana pegawai berkenaan mesti memohon dan diluluskan oleh Pengetua.
2.1 Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 27 7.3 JENIS CUTI GURU/ ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA (AKP) CUTI REHAT (Rujuk SPP Bil 3 Tahun 2005 dan SPP Bil 11/2015) - Guru-guru tidak berkelayakan mendapat cuti rehat seperti yang dibekalkan di bawah Perintah AM 7 hingga Perintah AM 12. - Kakitangan bukan guru boleh mengambil cuti rehat bila-bila masa sahaja dalam setahun. Walaubagaimanapun kakitangan bukan guru tidak digalakkan mengambil cuti rehat dalam keadaan-keadaan tertentu seperti musim peperiksaan. CUTI REHAT KHAS (CRK) (Surat Pekeliling Perkhidmatan (SPP) Bil 8 Tahun 2017: Cuti Rehat Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan) - Cuti Rehat Khas sebanyak tujuh (10) hari dalam satu tahun kalendar. Mohon baca dan faham kandungan SPP Bil 8 Tahun 2017 berkaitan kelayakan yang boleh dipertimbangkan. - Cuti Rehat Khas yang tidak dapat dihabiskan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya tetapi dibenarkan untuk dikumpul bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat bagi pegawai yang layak. - Dalam menimbang pemberian kemudahan CRK, kelulusan Pengetua adalah berdasarkan keberkesanan pengurusan pengajaran dan pembelajaran di Sekolah tidak terjejas. 7.4 TATACARA PERMOHONAN CUTI REHAT BAGI AKP & CRK BAGI GURU i Kes Kecemasan - Guru dan AKP hendaklah memaklumkan kepada Pengetua melalui panggilan telefon - Jika tidak dapat dihubungi melalui telefon, guru dan AKP boleh menggunakan sistem pesanan ringkas (Whatssap/ Telegram/ SMS) tetapi kurang digalakkan - Setelah mendapat kelulusan Pengetua, guru hendaklah memaklumkan kepada Penolong Kanan (PK) ATAU AJK Jadual Waktu melalui panggilan telefon PK akan telefon sekolah dengan kadar segera untuk tujuan rekod dan penyediaan guru ganti. - Bagi AKP setelah mendapat kelulusan Pengetua, segera maklum kepada KPT/ PT yang menanggung kerja KPT untuk tujuan rekod. - Segera isi permohonan melalui ‘HRMIS’. Maklum kepada Penolong Kanan setelah menghantar permohonan melalui HRMIS. Penolong Kanan dikehendaki memaklumkan kepada Pengetua sekiranya permohonan guru/ AKS telah disokong. Setelah Pengetua meluluskan cuti melalui HRMIS segera cetak borang kelulusan serahkan bersama dokumen sokongan untuk rekod. ii. Atas Urusan Tertentu Yang Telah Diketahui Tarikh - Guru dan AKP hendaklah memohon kelulusan cuti daripada Pengetua secara lisan sebelum mengisi HRMIS. Elakkan berurusan secara menghantar mesej bagi menggelakkan sebarang keraguan. 7.5 Bagi guru dan AKP isi permohonan melalui HRMIS untuk mendapat sokongan Penolong Kanan dan kelulusan Pengetua. 7.6 Setelah diluluskan, cetak permohonan yang telah diluluskan melalui HRMIS dan sertakan dokumen sokongan (bagi permohonan CRK). 7.7 Bagi guru sila catat dalam Buku Pergerakan Guru. Guru juga dikehendaki meninggalkan
2.1 Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 28 tugasan/kerja murid kelas yang diajar dan diserahkan kepada Penolong Kanan untuk ditadbirkan oleh Guru Ganti. Perkara ini perlu diambil perhatian serius oleh guru untuk memastikan PdP murid tidak terabai. Selepas balik bercuti guru dikehendaki menanda kerja/tugasan murid kelas berkenaan. 7.8 CUTI PENGGAL PERSEKOLAHAN - Guru-guru adalah berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah, Pengetua boleh memanggil guru-guru untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada tugastugas mengajar biasa semasa percutian penggal sekolah bagi masa yang tidak melebihi separuh daripada jumlah cuti penggal sekolah dalam satu-satu tahun itu sekiranya perlu. 7.9 CUTI SAKIT - Maksimum cuti sakit tidak melebihi 180 hari dalam satu-satu tahun (Januari hingga Disember) samada menggunakan sijil sakit swasta atau kerajaan - Surat Edaran JPA.SARAAN (S) 43 / 34 Jld.3 (24) bertarikh 18 Februari 2022, Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSN) Ceraian SR.5.4.5 (Peraturan Berkaitan Penerimaan Cuti Sakit Swasta Untuk Tujuan Kemudahan Cuti Sakit) - Tindakan guru apabila mendapat cuti sakit:- 7.10 Memohon kelulusan Pengetua untuk cuti sakit. Setelah diluluskan segera maklum kepada Penolong Kanan sebelum waktu persekolahan bermula bagi membolehkan Penolong Kanan/ AJK Jadual Waktu menyediakan jadual guru ganti. 7.11 Sijil sakit mesti dihantar kepada Pengetua/ Penolong Kanan serta merta apabila balik bertugas semula. 7.12 LAIN-LAIN CUTI (Sila rujuk Perintah Am Bab C dan Surat Pekeliling Perkhidmatan) - CUTI SEPARUH GAJI - CUTI TANPA GAJI - CUTI BERSALIN - KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK - CUTI HAJI - KEMUDAHAN CUTI UMRAH (Pekeliling Perkhidmatan Bil 3 Tahun 2017) - KEMUDAHAN CUTI KEAGAMAAN (Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2018) - CUTI KERANA BERKURSUS - CUTI KUARANTIN (Pekeliling Perkhidmatan Bil 11 Tahun 2016) - CUTI TANPA REKOD (Rujuk Pekeliling Perkhidmatan, Surat Edaran & Perintah Am yang berkaitan) - Cuti Isteri Bersalin - Cuti Kematian Saudara Terdekat – Suami/Isteri, Ibu/Bapa, Anak - Cuti gantian - sama banyak dengan masa yang dipanggil bertugas lebih masa. - Cuti latihan pasukan sukarela – tidak melebihi 30 hari dalam satu-satu tahun. - Cuti menghadiri latihan atau khemah tahunan pertubuhan/ persatuan – tidak melebihi 14 hari. - Cuti menghadiri latihan syarikat kerjasama
2.1 Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 29 - Cuti untuk masuk peperiksaan – cuti diberi hanya untuk hari peperiksaan sahaja. Pegawai/ guru dikehendaki sertakan surat kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri dan surat dari Universiti. - Cuti menghadiri mesyuarat persatuan ikhtisas – bilangan hari ialah tempoh mesyuarat diadakan dan 2 hari perjalanan pergi dan balik. - Cuti mengambil bahagian dalam olahraga/ sukan – tidak melebihi 30 hari dalam satusatu tahun. - Cuti bagi ahli majlis/ jawatankuasa pertandingan 8. GURU YANG BERKURSUS/ BERTUGAS DI LUAR SEKOLAH 8.1 Patuhi Arahan - Guru hendaklah mematuhi arahan untuk menghadiri Mesyuarat/Kursus/Bengkel yang yang dianjurkan oleh Kementerian/JPN/PPD. - Jika mesyuarat bermula jam 8.00 pagi, guru tidak perlu hadir ke sekolah sebelah pagi. - Jika mesyuarat bermula jam 2.00 petang, guru hanya dibenarkan meninggalkan sekolah jam 12.30 tengah hari jika dalam daerah dan jika di daerah lain yang jauh boleh mohon kebenaran Pengetua untuk pertimbangan waktu keluar. 8.2 Rekod Pergerakan - Guru yang akan menghadiri mesyuarat/ kursus/ bengkel/ seminar hendaklah mencatat pergerakan pada buku pergerakan guru yang disediakan sebelum menghadiri mesyuarat/ kursus/ bengkel/ seminar. Hal ini bagi memudahkan urusan ‘RELIEF’. Jika maklumat lewat diterima, guru perlu memaklum kepada Penolong Kanan Pentadbiran atau guru relief dengan kadar segera dan juga mencatat butiran pergerakan pada buku pergerakan. Semua pergerakan perlu juga dicatat di papan notis di pejabat. Satu salinan panggilan mesyuarat perlu dimasukkan dalam fail pergerakan guru yang disediakan. 8.3 Keperluan Kembali Ke Sekokah - Jika mesyuarat tamat sebelum jam 12 tengah hari dan jika ada aktiviti petang guru hendaklah hadir ke sekolah untuk menjalankan aktiviti sekolah sebelah petang (mesyuarat, aktiviti kokurikulum dan seumpamanya). 8.4 Penyediaan Minit Curai - Guru hendaklah menyediakan minit curai sehari selepas aktiviti dan memaklumkan kepada Pengetua tentang butiran mesyuarat/ kursus/ bengkel/ seminar yang dihadiri. Minit curai hendaklah dimuat naik bersama-sama surat panggilan dalam ‘Google Drive’ dalam ‘folder’ unit yang berkenaan. - Sila tandatangan senarak semak yang disediakan oleh Penolong Kanan atau GKMP yang berkenaan. 8.5 Melindungi MMI - Guru hendaklah meninggalkan latihan atau bahan MMI kepada Guru ‘Relief’/ GKMP/ Penolong Kanan untuk kelas yang diajar. - RPH pada hari/ waktu pertama bagi setiap kelas yang ditinggalkan hendaklah disediakan seperti ditetapkan dalam Ketetapan Kurikulum. Namun jika guru menghadiri mesyuarat/ kursus/ bengkel/ seminar melebihi satu hari guru-guru dibenarkan untuk tidak menyediakan RPH bagi hari/ waktu kedua setiap kelas yang ditinggalkan. Guru boleh mencatat sebab pergerakan dalam ruangan RPH tersebut dan dalam ruangan catatan guru boleh catat bahan MMI disediakan.
2.1 Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 30 9. KEHADIRAN AKTIVITI SEKOLAH 9.1 Semua guru wajib hadir aktiviti sekolah yang telah ditetapkan seperti LDP, Kejohanan Olahraga, Mesyuarat Agung PIBG dan sebagainya. Mana-mana guru yang tidak hadir hendaklah memohon kebenaran tidak hadir ke aktiviti berkenaan daripada Pengetua secara bertulis. 9.2 Sekiranya tindakan di atas tidak diambil, sila kemukakan surat tunjuk sebab jika tidak hadir semasa aktiviti sekolah diadakan. 10. PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH 10.1 Perhimpunan sekolah yang diadakan pada setiap hari Isnin waktu pertama persekolahan, tepat 7.30 pagi. Ia adalah satu majlis rasmi. 10.2 Semua guru dan murid diwajibkan menghadiri perhimpunan sekolah dan memberi perhatian kepada pengumuman atau aktiviti yang dibuat serta mengambil tindakan yang sesuai. Guru-guru dan murid-murid dilarang bercakap sesama sendiri atau membuat kerja-kerja lain seperti melayan telefon bimbit dan sebagainya semasa perhimpunan. 10.3 Semua guru hendaklah memakai pakaian rasmi (bagi guru lelaki dikehendaki memakai tali leher) semasa perhimpunan sekolah. 10.4 Guru tingkatan, guru bertugas dan guru disiplin bertanggungjawab menentukan setiap murid mengikut peraturan perhimpunan seperti murid berbaris mengikut kelas dengan penuh disiplin, teratur dan sentiasa dalam keadaan senyap. 10.5 Guru bertugas mingguan adalah bertanggungjawab memastikan perhimpunan berjalan dengan lancar mengikut aturcara seperti di bawah. Juruacara majlis digalakkan terdiri daripada murid iaitu pengawas atau murid Badan Beruniform. Aturcara Perhimpunan: - Bacaan Doa (oleh pengawas/ murid) - Nyanyian lagu Kebangsaan (bendera dinaikkan), dan lagu Negeri Selangor. Ikrar Rukunegara dan Ikrar Murid - Laporan guru bertugas minggu sebelum - Ucapan wakil murid (Ucapan wakil murid bagi program MBMMBI, Dwibahasa dan kepimpinan - Ucapan guru bertugas minggu semasa (Guru bertugas dikehendaki menyediakan ucapan pendek mengenai sesuatu tajuk pilihan sendiri bersesuaian dengan dasar-dasar pendidikan/ PPPM/ keadaan semasa tidak melebihi 3 minit) - Laporan dan pengumuman guru-guru lain (sekiranya sangat diperlukan). - Penyampaian sijil, hadiah dan lain-lain (sekiranya ada). - Ucapan Pengetua / Penolong Kanan mengikut giliran - Di akhiri dengan nyanyian lagu Sekolah - Guru Siaraya dengan bantuan pengawas yang bertugas perlu memastikan alat siaraya disediakan dan berfungsi dengan baik tanpa gangguan suara. - Laporan perhimpunan dan ucapan Penolong Kanan/ Pengetua dicatat dalam borang laporan perhimpunan oleh guru bertugas mingguan. - Pengumuman berkaitan mesyuarat/ perjumpaan Persatuan/ Kelab/ Unit Beruniform tidak dibenarkan dibuat semasa perhimpunan rasmi. Pengumuman tersebut hendaklah disiarkan/ dipamerkan pada papan penyataan Persatuan/ Kelab/ Unit Beruniform.
2.1 Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 31 10.6 KEHADIRAN PERHIMPUNAN SEKOLAH - Semua guru wajib berada di dalam dewan/ galeri sewaktu perhimpunan dijalankan. Guru-guru tidak dibenarkan berada di bilik guru/ kantin atau tempat-tempat lain semasa perhimpunan. - Sekiranya guru perlu dikecualikan dari menghadiri perhimpunan atas urusan tugas yang tidak dapat dilakukan pada waktu lain, sila dapatkan kebenaran daripada Pengetua/ Penolong Kanan. - Sila tanda tangani kehadiran pada borang kehadiran yang diedarkan. 11. KELAS TAMBAHAN/ LAIN-LAIN AKTIVITI DI LUAR WAKTU SEKOLAH 11.1 Guru-guru mata pelajaran, terutamanya bagi kelas-kelas peperiksaan, digalakkan mengadakan kelas tambahan bagi mata pelajaran yang dirasakan perlu untuk mempertingkatkan pencapaian akademik murid- murid. Pihak sekolah mengalualukan guru yang mempunyai inisiatif sendiri dalam mengadakan kelas tambahan tersebut. Guru-guru yang ingin mengadakan kelas tambahan/ aktiviti di luar waktu persekolahan hendaklah terlebih dahulu memaklum dan mendapatkan kebenaran daripada Pengetua/ Penolong-penolong Kanan (Yang berkenaan). 11.2 Setelah mendapatkan kebenaran sila catat dalam buku aktiviti/ kelas tambahan yang disediakan. Maklum dan catat pada papan putih di pejabat bagi memudahkan pihak pejabat membuat rujukan jika ada pertanyaan dari ibu bapa atau mana-mana pihak. 11.3 Murid-murid dikehendaki memakai pakaian seragam sekolah semasa menghadiri kelas tambahan tersebut. 12. KERJA LUAR/ SAMPINGAN 12.1 Penjawat awam tidak dibenarkan melakukan kerja luar seperti berniaga berceramah atau menjadi pendakwah bebas kecuali dengan mematuhi Perintah Am Bab ‘D’ seperti berikut: i. Memohon kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan ii. Tidak dilakukan semasa waktu pejabat iii. Tidak menjejaskan tugas sebagai penjawat awam iv. Tidak dengan apa-apa cara berkecenderungan bercanggah dengan kepentingan jabatan 12.2 Berhubung dengan menjalankan tuisyen di rumah, guru-guru diingatkan bahawa tindakan tersebut adalah melanggar Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) subseksyen 79 (e) dan subseksyen 132 (g) di mana boleh didenda tidak melebihi RM50,000 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh Ribu) atau lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali. 12.3 PERATURAN MELAKSANAKAN PEKERJAAN LUAR i. Tujuan - Panduan ini bertujuan menjelaskan mengenai peraturan melaksanakan pekerjaan luar bagi pegawai awam mengikut Jadual Kedua (Seksyen 5), Peraturan-Peraturan Tatatertib Badan-Badan Berkanun, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605)
2.1 Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 32 ii. Rujukan - Peraturan 4, Jadual Kedua (Seksyen 5), Peraturan-peraturan Tatatertib Badan- badan Berkanun, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) iii. Latar Belakang - Pegawai awam yang ingin melakukan pekerjaan luar hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan masing-masing. - Dalam menimbangkan permohonan pegawai, Ketua Jabatan perlulah mengambil kira tatakelakuan pegawai berkenaan seperti yang ditetapkan di bawah peraturan tersebut. iv. Syarat-syarat - Kegiatan dalam pekerjaan luar tidak mengganggu tugas harian pegawai. - Segala pekerjaan luar hendaklah dilakukan di luar waktu pejabat. - Jika pekerjaan luar melibatkan waktu pejabat, maka pegawai berkenaan hendaklah memohon cuti dengan mengikut peraturan yang ditetapkan. - Tidak dibenarkan menggunakan harta benda Kerajaan bagi tujuan pekerjaan luar tersebut. - Tidak menjejaskan kebergunaan pegawai sebagai pegawai Badan Berkanun. - Tidak bercanggah dengan kepentingan Badan Berkanun, atau tidak selaras dengan kedudukan pegawai. - Segala pekerjaan luar hendaklah selaras dengan Jadual Kedua (Seksyen 5), Peraturan Peraturan Tatatertib Badan-Badan Berkanun, Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) Tahun 2000 (Akta 605) - Sekiranya syarat-syarat ini tidak dipatuhi, Ketua Jabatan boleh menarik balik keputusan dan pegawai berkenaan boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) - Penetapan syarat-syarat tersebut adalah untuk memastikan pekerjaan luar yang dilakukan oleh pegawai tidak akan menjejaskan kepentingan penyampaian perkhidmatan awam dan produktiviti pegawai. 13 BILIK GURU/ BILIK DARJAH/ BILIK KHAS/ BANGUNAN 13.1 Kebersihan, kekemasan, keindahan dan keselesaan bilik guru adalah tanggungjawab semua guru. Bilik guru mesti sentiasa bersih, kemas, indah dan selesa. 13.2 Guru-guru hendaklah mengemas meja masing-masing sebelum pulang setiap hari. Kerusi hendaklah disorong ke bawah meja sebelum meninggalkan bilik guru. 13.3 Murid-murid, ibu bapa/ penjaga dan orang luar termasuk jurujual TIDAK DIBENARKAN MASUK ke bilik guru. Semua urusan antara guru dengan ibu bapa/ penjaga dan orang luar hendaklah dibuat di pejabat sekolah. 13.4 Bilik darjah bersih daripada sawang, kipas dan meja guru bersih sebelum mula sesi persekolahan. 13.5 Semua bilik mempamerkan inventori yang ada. 13.6 Semua bilik khas sentiasa bersih, kemas, indah dan selesa dan terkawal penggunaannya. 13.7 Kebersihan kaki lima di luar bilik darjah adalah tanggungjawab kelas berkenaan dan bilik-bilik khas adalah tanggungjawab guru bilik berkenaan.
2.1 Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 33 14. KUNCI BILIK-BILIK KHAS 14.1 Semua kunci mesti disimpan di pejabat. Guru yang menggunakan kunci hendaklah mengisi Buku Rekod Peminjaman di pejabat. 14.2 Guru-guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu mesti mendapatkan kebenaran daripada Pengetua dan mendaftarkan nama dalam Buku Daftar Kunci di pejabat sekolah. 14.3 Kunci perlu didaftarkan dengan Ketua Pembantu Tadbir dan tidak diberikan kepada murid. 14.4 Sebarang penukaran kunci / mangga hendaklah mendapatkan kebenaran pentadbir dahulu. 15. ETIKA BERPAKAIAN SEMASA BERTUGAS 15.1 Ketetapan peraturan pakaian sewaktu bertugas bagi pegawai perkhidmatan persekutuan berpandukan (SPP Bil. 21 1985) dan (SPB Bil a/2013) serta tambahan (SPI Bil 6/1985) bagi guru. - Semua guru dan AKP dikehendaki berpakaian kemas dan berkasut mengikut Etika Pemakaian Penjawat Awam. - Semua guru wajib memakai tanda nama. - Semua guru perlu mematuhi Surat Pekeliling Bil. 6/1995 (rujuk salinan surat yang dilampirkan dalam FRM). - Semua guru hendaklah berpakaian rasmi semasa menghadiri mesyuarat. - Semua guru digalakkan memakai seragam badan beruniform pada setiap hari Rabu. - Semua guru digalakkan berpakaian baju batik Malaysia pada hari Khamis dan semasa menghadiri majlis di dalam dan di luar negar. - Guru lelaki digalakkan memakai baju Melayu lengkap pada setiap hari Jumaat. - Guru-guru hendaklah mengenakan pakaian yang sesuai semasa aktiviti luar bilik darjah. Jeans atau Denim adalah pakaian tidak formal dan tidak dibenarkan semasa menjalankan aktiviti sukan dan rasmi 16. TANDA NAMA 16.1 Semua guru dan AKP hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis rasmi di sekolah atau di luar sekolah. 17. MASALAH PERJAWATAN DAN PENGAJARAN 17.1 Sekiranya guru menghadapi masalah dalam bidang perjawatan, beliau bolehlah berurusan dengan Ketua Pembantu Tadbir atau Penolong Kanan/Pengetua. 17.2 Guru yang menghadapi masalah dalam bidang pengajaran pula bolehlah berurusan dengan Ketua Panitia, Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP)/ Middle Leader, Penolong Kanan atau Pengetua/ Senior Leader Team. 18. TUGAS GURU 18.1 Tugas guru diberikan dalam bidang akademik, HEM, kokurikulum dan juga pentadbiran. Tugas tersebut hendaklah dilaksanakan dengan dedikasi dan bertanggungjawab. 18.2 Guru dikehendaki mematuhi arahan menghadiri mesyuarat di Jabatan Pelajaran atau Pejabat Pelajaran Daerah atau sekolah lain. Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa pengetahuan Pengetua. 18.3 Guru yang mewakili sekolah ke sesuatu kursus, seminar atau seumpamanya,
2.1 Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 34 hendaklah menjalankan Latihan Dalaman dan dimaklumkan kepada Pengetua/Penolong Kanan tarikh dan masa pelaksanaannya. 19. FAIL PERSEDIAAN MENGAJAR (FPM) 19.1 Setiap guru bertanggungjawab terhadap keselamatan FPM. Semua butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap. FPM ini hendaklah diserahkan kepada Pengetua/ Penolong-penolong Kanan mengikut jadual untuk disemak dan ditandatangani. Kegagalan menghantar FPM boleh menjejaskan prestasi tahunan kerana FPM dan kandungan merupakan SKT utama dalam pemberian markah prestasi. Guru-guru boleh didenda sebanyak RM500.00 sehari akibat kegagalan berkaitan. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999 Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran) 19.2 Guru yang bercuti, hendaklah menyerahkan FPM kepada Penolong Kanan untuk urusan Guru Ganti. 19.3 Setiap akhir tahun persekolahan, FPM hendaklah diserahkan ke pejabat sekolah. 19.4 Buat laporan kepada polis jika FPM hilang. 20. JADUAL WAKTU MENGAJAR 20.1 Guru hendaklah mematuhi jadual waktu yang disediakan. 20.2 Guru tidak dibenarkan mengubahkan jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran. 20.3 Guru Jadual Waktu hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu persendirian guru untuk dipamerkan di bilik guru dan pejabat sekolah. 20.4 Satu set jadual waktu lengkap diserah kepada Pengetua / Penolong Kanan. 21. KESELAMATAN DAN PENGGUNAAN HARTA BENDA SEKOLAH 21.1 Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatanharta benda sekolah. Kerosakan harta benda sekolah hendaklah dilaporkan ke pejabat sekolah. Ketua Panitia / Guru Kanan Mata Pelajaran hendaklah memastikan peraturan-peraturan penggunaan alatan di bilik bilik tertentu seperti makmal, bengkel dan lain-lain disediakan. 21.2 Peralatan dan harta sekolah ialah harta kerajaan. Penggunaan harta sekolah untuk tujuan peribadi adalah dilarang. Sesuatu alatan yang dipinjam hendaklah mendapat kebenaran GKMP / guru / AKP yang bertanggungjawab dengan mengisi borang pinjaman. Peralatan yang digunakan hendaklah dikembalikan semula serta dicatatkan tarikh pemulangannya. 22. KEBERSIHAN 22.1 Semua guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran bertugas pelajar hendaklah disediakan oleh guru tingkatan untuk tingkatan masing-masing. Alat- alat membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan cermat dan disimpan dengan baik. 22.2 GKMP/Ketua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik khas (bengkel, bilik Kaunseling, makmal sains, makmal bahasa) bertanggungjawab untuk menyelaras/menjaga kebersihan dan keceriaan bilik masing-masing. 22.3 Semua guru & AKP sama-sama bertanggungjawab terhadap kebersihan kawasan sekolah.
2.1 Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 35 23. SURAT-MENYURAT 23.1 Surat keluar - Semua surat rasmi yang menggunakan letter head sekolah hendaklah ditandatangani oleh Pengetua untuk disampaikan kepada pihak-pihak berkenaan. Sekiranya Pengetua tiada di sekolah surat rasmi hanya boleh di tanda tangani oleh pentadbir yang diberi kuasa menjalankan tugas bagi pihak (b/p) pengetua. - Memastikan salinan surat dimasukkan dalam fail yang berkaitan. - Surat siaran PIBG kepada ibu bapa / penjaga hendaklah ditandatangani YDP PIBG dan salinan kepada Pengetua. - Semua surat kepada pihak luar untuk tujuan memohon sumbangan/ derma mesti ditandatangani Pengetua sahaja jika sumbangan berkaitan program/ aktiviti sekolah 23.2 Surat Masuk/ Diterima - Surat yang diterima oleh sekolah akan diedar kepada guru untuk diambil tindakan. Oleh itu, guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan surat-surat tersebut mengikut prosedur yang ditetapkan. - Surat itu ditujukan kepada guru berkenaan dengan dinyatakan “melalui dan kepada”. Oleh itu, surat itu boleh disimpan sendiri setelah diambil tindakan. - Semua surat yang diterima semasa guru menghadiri mesyuarat / taklimat luar perlu dicatat dalam buku penerimaan pejabat untuk disampaikan kepada guru yang berkaitan untuk tindakan selanjutnya. 24. PELAWAT/JURUJUAL 24.1 Semua pelawat mesti berjumpa dengan Pengetua/Penolong Kanan terlebih dahulu. Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau jurujual kecuali dengan kebenaran Pengetua. 24.2 Hanya pelawat/ wakil firma atau juru jual yang mendapat kebenaran memasuki premis kerajaan daripada KPM/JPN/PPD sahaja dibenarkan untuk berurusan. 24.3 Pelawat/ jurujual TIDAK DIBENARKAN berurusan dalam bilik guru atau bilik-bilik khas tanpa kebenaran Pengetua/ pentadbir. 24.4 Pihak pentadbiran sekolah TIDAK bertanggungjawab jika ada mana-mana guru ataustaf berurusan dengan pihak luar TANPA kebenaran Pengetua/ pentadbir. 24.5 Patuhi SOP yang ditetapkan oleh MKN & KKM sekiranya premis masih dalam perintahkawalan pergerakan (PKP/ PKPB/ PKPD) 25. PEMBELIAN BARANG 25.1 Peraturan Pembelian - Guru / AKP yang hendak membeli barang mesti memohon kebenaran terlebih dahulu dengan mengemukakan nota minta/borang pesanan dalaman yang boleh didapati di pejabat sekolah untuk ditandatangani Guru Kanan Mata Pelajaran / Penolong Kanan berkaitan sebelum diluluskan oleh Pengetua. Guru-guru / AKP tidak boleh membuat pesanan sendiri dengan sesebuah syarikat tanpa melalui Penolong Kanan/ GKMP. - Sila kemukakan 3 sebut harga bersama-sama nota minta. Pembelian barang melalui koperasi hendaklah menggunakan borang permohonan yang disediakan dan mendapat kelulusan daripada Pengetua. - Semua pesanan mesti dibuat melalui Borang Pesanan Tempatan (Local Order / LO).
2.1 Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 36 - Segala invois mesti ditandatangani guru yang menerima, rekodkan No. Daftar Stok dan serahkan dengan segera ke pejabat sekolah. Barang yang diterima hendaklah direkodkan serta-merta dalam buku stok dengan tepat dan kemas. - Pembelian menggunakan Panjar Wang Runcit tidak boleh melebihi nilai RM200.00 untuk tuntutan semula dan hanya untuk pembelian barangan diluar jangkaan atau tidak dirancang 25.2 Buku Stok Inventori. - Ketua Panitia atau ketua unit bertanggungjawab menguruskan buku stok / inventori dan memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan sentiasa dikemas kini. (Setiap pembelian dan keluar masuk barang hendaklah direkodkan dengan serta merta). - Guru Kanan Mata Pelajaran / Ketua Pembantu Tadbir akan menyemak buku stok inventori ini dari semasa ke semasa, dan dihantar ke pejabat setiap hujung tahun untuk disahkan oleh Penolong Kanan / Pengetua. 26. KEGIATAN KOKURIKULUM 26.1 Semua guru Penasihat kegiatan kokurikulum hendaklah menjalankan tugas dengan teratur mengikut jadual yang ditetapkan. 26.2 Semua guru wajib hadir kegiatan kokurikulum. 27. MESYUARAT SEKOLAH 27.1 Kedatangan guru/AKP ke mesyuarat yang ditetapkan adalah wajib. Semua mesyuarat dijalankan selepas waktu persekolahan. 27.2 Guru tidak dibenarkan meninggalkan bilik mesyuarat tanpa kebenaran Pengerusi Mesyuarat. 27.3 Pakaian semasa menghadiri mesyuarat hendaklah pakaian waktu bekerja. Kemeja T, seluar trek dan selipar tidak dibenarkan. 27.4 Semua surat panggilan mesyuarat adalah mengikut borang SPSK manakala taklimat / dialog panitia menggunakan memo. 28. ACARA/ MAJLIS RASMI SEKOLAH/MESYUARAT/LATIHAN DALAMAN 28.1 Semua guru dikehendaki hadir dalam semua acara/majlis rasmi sekolah dan juga Latihan dalam Perkhidmatan (LADAP) yang dianjurkan. 28.2 Guru yang tidak hadir, perlu mengemukakan surat pemberitahuan ketidakhadiran kepada Pengetua. Satu salinan akan disimpan dalam fail peribadi guru berkenaan. 29. PERHUBUNGAN SESAMA RAKAN SEKERJA 29.1 Guru dan AKP hendaklah memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan sihat sesama rakan dan sentiasa mengawal tutur kata, supaya wujud perasaan kekitaan dan harmoni dalam organisasi. 29.2 Guru dan AKP tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan/ fahaman/ pendapat/ kepercayaan sesama rakan sekerja. 29.3 Perhubungan yang berbentuk kumpulan berdasarkan kepada kaum, status sosial, sosial ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sekali wujud di sekolah.
2.1 Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 37 30. KEAHLIAN BKGS DAN PERSATUAN IBU BAPA & GURU (PIBG) 30.1 Semua guru dan AKP Sekolah secara automatik menjadi ahli Badan Kebajikan Guru manakala semua guru adalah ahli PIBG Sekolah. 31. BILIK GURU DAN PEJABAT 31.1 Kebersihan, keceriaan dan keselamatan pejabat guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Jadikan pejabat guru sebagai contoh kepada murid. 31.2 Guru hendaklah berada di pejabat guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini hendaklah dianggap ‘non-teaching period’ dan bukannya ‘free period’. Oleh itu guru hendaklah menggunakan masa tersebut di pejabat guru untuk perkara-perkara berkaitan dengan PdPc atau berkaitan dengan tugasan di sekolah sahaja. 31.3 Sebarang aktiviti berunsur perniagaan peribadi tidak dibenarkan dijalankan di premis sekolah. 31.4 Sebarang jamuan / pot luck oleh mana-mana pihak hendaklah dimaklumkan kepada JK Kantin untuk dipanjangkan kepada pengusaha kantin. 31.5 Murid tidak dibenarkan keluar masuk atau berada di pejabat guru tanpa urusan. 31.6 Pelawat tidak dibenarkan menggunakan bilik guru untuk berbincang dengan guru. 31.7 Jurujual tidak dibenarkan masuk berurusniaga di dalam bilik guru. 32. GURU BAHARU/ GURU BERTUKAR MASUK 32. 1 Guru berkenaan perlu menyerahkan perkara-perkara berikut ke pejabat (KPT): i. Surat setuju terima tawaran pelantikan asal ii. Surat akauan sumpah asal iii. Surat Akujanji asal iv. Borang perubatan pelantikan ke perkhidmatan awam (pin. 1/2013) - Asal v. Ijazah – Asal dan salinan vi. Surat penempatan daripada JPNS – Asal dan salinan vii. Kad pengenalan Asal dan salinan viii. Buku akaun – salinan / dokumen lain yang berkaitan ix. Penyata KWSP -jika ada x. No. Cukai pendapatan – jika ada xi. Borang maklumat diri untu HRMIS (ambil di pejabat sekolah) xii. Borang maklumat pegawai (ambil di pejabat sekolah) xiii. Borang penamaan waris dekat untuk buku perkhidmatan kerajaan (ambil di pejabat sekolah) xiv. Lampiran A (Maklumat PCB0 – bagi kes pindah xv. Borang maklumat diri (bagi yang pindah masuk sekolah) 33. ARAHAN PEKELILING DAN MEMO DALAMAN 33.1 Setiap arahan dan pekeliling dan memo dalaman yang dikeluarkan hendaklah dibaca dengan teliti dan dipatuhi. 33.2 Sekiranya arahan dan pekeliling dan memo dalaman itu diedar, guru hendaklah menyimpannya di dalam fail khas. 33.3 Sentiasa membaca papan kenyataan dan mengambil tindakan terhadap memo dalaman yang dikeluarkan oleh Pengetua, Penolong Kanan, PK Hem dan PK Kokurikulum. 33.4 Hanya pihak pentadbir sahaja yang boleh mengeluarkan memo dalaman dengan kebenaran Pengetua.
2.1 Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 38 33.5 Guru hendaklah menyimpan bahan-bahan tersebut di dalam fail yang berkaitan. 33.6 Sila rujuk dan patuhi surat-surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) dalam Buku Rekod Mengajar mengenai: - Surat Bil. 2/196 (Penggunaan waktu tidak mengajar) - Surat Bil. PU(A) 531/97 Perkara 8 (AP) (Menyedia dan menghantar BRM) - Surat Bil 1 / 1972 [Peraturan-peraturan Tatatertib Sekolah/ Pelajaran 1959] - Surat Bil. 5/ 1977 (Tugas Guru dalam Cuti Penggal Sekolah) - Surat Bil. 8 / 2017 (Cuti Rehat Khas) - Surat Bil. 6 / 1985 (Peraturan Pakaian Guru) - Surat Bil. 13/ 2005 (Pelaksanaan lima hari bekerja dan boleh melaksanakan aktiviti hari Sabtu) - Cabutan Perintah Am Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib Bab D) - Pekeliling Bil 9/2002 (Kemudahan Cuti Isteri Bersalin) 34. PENGGUNAAN ALAT-ALAT 34.1 Penggunaan alat-alat hendaklah mengikut peraturan yang ditetapkan. 34.2 Mesti mendapat kebenaran daripada Penjaga Stok dan direkodkan. 34.3 Hendaklah digunakan dengan baik dan dipulangkan kembali dengan segera serta berkeadaan baik. 34.4 Jika rosak hendaklah dilaporkan dengan serta-merta dan menggantinya. 35. TELEFON SEKOLAH 35.1 Penggunaan telefon sekolah hanyalah untuk urusan rasmi sahaja. 35.2 Guru tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit semasa PdPc di dalam bilik darjah dan semasa mesyuarat kecuali atas urusan rasmi dan kecemasan 35.3 Semasa mesyuarat, guru dikehendaki menukar telefon bimbit kepada mod senyap 36. BUKU STOK / INVENTORI 36.1 Pegawai Aset Alih Kerajaan dan guru inventori bertanggungjawab menguruskan buku stok/inventori dan memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan sentiasa dikemas kini (setiap pembelian dan keluar masuk barang hendaklah direkodkan dengan serta-merta). 36.2 GKMP/Ketua Pembantu Tadbir akan menyemak buku stok Inventori ini dari semasa ke semasa dan dihantar ke pejabat setiap hujung tahun untuk disahkan oleh Pengetua. 36.3 Buku stok perlu dihantar kepada Pengetua pada akhir tahun. 37. KOMPUTER RIBA / LCD PROJEKTOR/SMARTPHONE 37.1 Guru yang diberi kemudahan komputer riba / smartphone dan LCD projektor hendaklah mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran. Sebarang penggunaan yang menyalahi etika akan dapat dikesan. 37.2 Pastikan komputer /smartphone berkenaan benar-benar dimanfaatkan untuk PdP sebagaimana objektif penggunaannya. 37.3 Keselamatan komputer /smartphone adalah tanggungjawab guru yang berkenaan dan sebarang kerosakan/kehilangan adalah tanggungjawab guru. 37.4 Isi buku rekod pinjaman dan pemulangan LCD, komputer riba dan lain-lain aset sekolah/ kerajaan.
2.1 Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 39 38. KESELAMATAN MURID 38.1 Semua guru bertanggungjawab menjaga keselamatan murid sepanjang waktu berada di dalam kawasan sekolah. 38.2 Jika berlaku kemalangan atau kecederaan guru diminta segera memaklumkannya kepada Pengetua atau Penolong-Penolong Kanan, ibu bapa atau penjaga kepada murid berkenaan. 38.3 Peraturan keselamatan yang disediakan mestilah dipatuhi. 38.4 Program Latihan Kebakaran/ Fire Drill wajib diadakan sekurang-kurangnya setahun sekali. 38.5 Sebarang aktiviti murid seperti jamuan, lawatan dan penyertaan kokurikulum, hendaklah mendapat kebenaran daripada Pengetua dan perlu mematuhi semua prosedur yang telah ditetapkan. Guru penasihat berkenaan hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap program berkenaan. 39. SEMUA PENOLONG KANAN DAN GKMP BERTUGAS SEMASA CUTI 39.1 Penolong Kanan atau GKMP yang bertugas perlu mencatat laporan harian bertugas. 39.2 Mereka perlu mengambil langkah atau tindakan yang perlu bagi menangani sebarang isu. 39.3 Mereka perlu membuat pemantauan terhadap kerja anggota kumpulan pelaksana, pengawal keselamatan dan pekerja pembersihan. 39.4 Mereka juga perlu membuat pemantauan dan mencatat keseluruhan aktiviti tugas harian. .
2.2 Panduan Pengurusan Kurikulum SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 40 2.2 PANDUAN PENGURUSAN KURIKULUM 1.0 LATAR BELAKANG Kurikulum ialah ‘core business’ bagi setiap guru dan murid di SMK (P) Sri Aman.Petaling Jaya Selangor. Penetapan dasar ini mengambil kira keperluan pendidikan dan memenuhi visi sekolah ini iaitu “MENJADI SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI YANG BERTARAF DUNIA”. Dasar yang ditetapkan menjadi garis panduan kepada perjalanan dan pengurusan kurikulum sekolah ini. 2.0 OBJEKTIF Penetapan dasar ini dilakukan bertujuan: 2.1 Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah 2.2 Memantapkan pengurusan kurikulum peringkat sekolah 2.3 Memenuhi standard kualiti pengurusan kurikulum KPM, JPN dan PPD 3.0 DASAR 3.1 Dasar Kurikulum Sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus perdana sistem dan dasar pendidikan kebangsaan 3.2 Kurikulum yang dilaksanakan mestilah memenuhi kehendak Kmenterian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah. 3.3 Sebagai salah sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Kerajaan, setiap peraturan dan arahan pihak PPD, JPN dan KPM dipatuhi sepenuhnya. 3.4 Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini mengenai pendidikan dan kurikulum semasa. 3.5 Pada sebilang masa, program-program akademik diutamakan. Ini bermakna sekiranya program akademik bertembung dengan program lain, laluan untuk program akademik diberikan keutamaan. 4.0 MESYUARAT 4.1 Jawatankuasa Kurikulum akan bermesyuarat minimum 4 kali setahun mengikut standard piawaian jabatan. 4.2 Isi kandungan mesyuarat mengikut mengikut garis panduan yang diberikan. 4.3 Mesyuarat Panitia – minimum 4 kali setahun dan minit mestilah disediakan. 4.4 Surat Panggilan Mesyuarat diedarkan kepada guru 3 hari sebelum tarikh mesyuarat. 4.5 Minit Mesyuarat disediakan dalam tempoh 3 hari selepas mesyuarat. 4.6 Minit dan Maklumbalas diedarkan kepada ahli mesyuarat sekurang-kurangnya dua hari sebelum mesyuarat. 5.0 SISTEM FAIL 5.1 Fail Jawatankuasa Kurikulum diurus oleh Setiausaha di bawah seliaan Penolong Kanan dan disimpan di bilik Fail di pejabat.
2.2 Panduan Pengurusan Kurikulum SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 41 5.2 Semua fail panitia diurus oleh Ketua Panitia di bawah seliaan Guru Kanan Mata Pelajaran dan diletakkan di Bilik Fail di pejabat sekolah. 5.3 Jumlah fail bagi setiap panitia tertakluk kepada perubahan Sistem Fail Arkib dan failfail tertentu dibuka atas keperluan. 6.0 PAKEJ MATA PELAJARAN 6.1 Menengah Rendah • Semua mata pelajaran teras Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Geografi, P. Islam (murid Islam), Pendidikan Moral (bukan murid Islam). Matematik, Sains, Asas Sains Komputer / Reka Bentuk & Teknologi &, Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan (PJPK). • Elektif Bahasa Cina dan Bahasa Tamil 6.2 Menengah Atas • Mata pelajaran Teras i. Wajib diambil semasa SPM Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Pendidikan Islam (Murid Islam) & Pendidikan Moral (Bukan Islam) ii. Mata pelajaran wajib tidak terlibat dalam SPM - Pendidikan Jasmani & Kesihatan 6.2.1 Aliran STEM A • Semua mata pelajaran teras serta mata pelajaran sains tulen iaitu Biologi, Fizik, Kimia dan Matematik Tambahan. 6.2.2 Aliran STEM B • Semua mata pelajaran teras serta mana-mana dua mata pelajaran sains tulen (Biologi, Fizik, Kimia) dan Matematik Tambahan dan /atau sekurangkurangnya satu mata pelajaran elektif STEM Sains Gunaan dan Teknologi atau mata pelajaran bukan elektif STEM. 6..2.3 Aliran STEM C • Semua mata pelajaran teras dan sekurang-kurangnya dua mata pelajaran elektif STEM Sains Gunaan dan Teknologi atau mengambil mana-mana satu mata pelajaran vokasional (MPV). 6..2.4 Aliran Kemanusiaan • Semua mata pelajaran teras serta mata pelajaran Sains dan gabungan mata pelajaran elektif yang terdiri daripada kumpulan elektif Bahasa, Pengajian Islam, Kemanusiaan dan Sastera Ikhtisas dan/atau satu mata pelajaran elektif STEM (kecuali MPV). . 7.0 SYARAT-SYARAT KEMASUKAN KE SMK(P) SRI AMAN 7.1. Kemasukan ke Tingkatan 1 memperoleh sekurang-kurangnya dalam UPSR i) dari SK - 3A 2B * ii) dari SJK(C)/ SJK(T) – 5A 2B* * Cemerlang pencapaian kokurikulum peringkat kebangsaan/ antarabangsa
2.2 Panduan Pengurusan Kurikulum SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 42 7.2. Kemasukan ke Tingkatan 4 (Syarat 7A & 1B – syarat kawalan dalaman) 8. SUKATAN PELAJARAN, HURAIAN SUKATAN PELAJARAN, RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN & RANCANGAN PELAJARAN HARIAN 8.1 Sukatan Pelajaran • Sukatan Pelajaran terkini yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah diperoleh dan disimpan oleh setiap guru mata pelajaran dan disimpan dalam Fail Panitia satu salinan bagi setiap tingkatan. • DSKP (Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran) pula merupakan satu dokumen yang mengintegrasikan kurikulum dan pentaksiran yang wajib digunakan oleh semua guru yang mengajar murid pada setiap masa. DSKP menjadi panduan guru-guru dalam melaksanakan PdPc dan menjalankan pentaksiran agar perkembangan dan pencapaian murid boleh dipantau sepanjang masa. DSKP juga perlu disimpan oleh setiap guru mata pelajaran dan dalam Fail Panitia satu Salinan bagi setiap tingkatan. 8.2 Rancangan Pelajaran Harian • Mengandungi 5 perkara asas berikut: i. Tajuk/Isi Pelajaran ii. Objektif/ Hasil Pembelajaran/ ILO iii. Aktiviti iv.BBM v. Refleksi / Catatan ** Lain-lain mengikut ketetapan mata pelajaran. Rujuk ‘booklet’ untuk keterangan lanjut 8.3 Fail Rekod Mengajar • Rujuk lampiran kandungan fail yang diedarkan. 8.4 Rekod Mengajar Harian (RPH) • Dihantar pada setiap hari Jumaat hari terakhir setiap minggu persekolahan samada dalam bentuk soft copy (atas talian melalui Google Classroom) ATAU hard copy (dicetak dan difailkan) tertakluk kepada arahan. • Lengkapkan RPH minggu semasa berserta refleksi dan RPH hari pertama dalam minggu berikutnya sebelum menghantar RPH untuk semakan pengetua. • Semua guru mesti menyediakan RPH sebelum memasuki kelas untuk PdP dan boleh dibuktikan pada bila-bila masa diperlukan. • RPH dan buku latihan murid hendakkah diserahkan kepada pencerap semasa proses pencerapan dilakukan oleh mana-mana pegawai. Pastikan refleksi ditulis setelah selesai sesi PdP. 8.5 Menghabiskan Sukatan • Sukatan Pelajaran setiap kelas hendaklah diselesaikan dalam tahun semasa. i. Tingkatan 1, 2 & 3 – Dihabiskan dalam tahun semasa mengikut ketetapan PBS ii. Tingkatan 4 – Minggu pertama Disember
2.2 Panduan Pengurusan Kurikulum SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 43 iii. Tingkatan 5 – Minggu pertama Oktober • Guru-guru dikehendaki melengkapkan Borang 100% Sukatan Pelajaran Tahun / DSKP semasa yang diperolehi melalui Ketua Panitia masing-masing bagi setiap matapelajaran yang diajar. 8.6 PdP Berkesan • Menggunakan pelbagai kaedah pengajaran yang berpusatkan murid (student centered), menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar (BBM) yang ada ciri-ciri inovasi. • Kualiti PdP dipertingkatkan dengan guru menguasai ilmu, kepelbagaian kaedah terkini dan perkongsian pengamalan/ kemahiran yang diperolehi melalui LDP. • Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, PdP perlu diberi penekanan ke atas Higher Order Thinking Skills (HOTS) dalam kalangan murid-murid. 9.0 JADUAL WAKTU • Jumlah waktu setiap mata pelajaran mengikut ketetapan Akta Pendidikan. • Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan sekolah dengan persetujuan Mesyuarat kurikulum. • Dasar pengagihan mata pelajaran – keutamaan kepada guru opsyen dan kepakaran guru. • Jumlah waktu pengajaran mengikut arahan dan ketetapan Akta/ Dasar Pendidikan. 10.0 GURU GANTI / GURU ‘RELIEF’ – Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1981 Penyediaan Guru Ganti disediakan dan direkod oleh Penyelaras Jadual Waktu Tindakan Guru Ganti: i) Menandatangani kertas edaran relief ii) Mencatat nama kelas, masa dan matapelajaran yang direlief pada slip relief iii)Slip ‘relief’ hendaklah disimpan di dalam Fail Rekod Mengajar sebagai rujukan dan dokumentasi. iv) Memasuki kelas tersebut tepat pada masanya dan berada di dalam kelas relief sehingga tamat masa. v) Guru tidak dibenarkan menggunakan PSB sebagai tempat relief KECUALI jika diberi lebih dari 1 kelas relief pada satu masa/waktu. vi) Menggunakan masa tersebut dengan aktiviti PdP seperti ketetapan berikut: - Dapatkan latihan/ bahan ‘relief’ dan pastikan murid laksanakannya - Catat bahan yang digunakan pada ruangan yang disediakan - Bahan tersebut hendaklah dikembalikan ke tempat asal setelah tamat waktu relief - Guru relief hendaklah sentiasa mengawasi murid-murid di bawah seliaan mereka. 11.0 WAKTU PERSEKOLAHAN Isnin : 7.30 pagi – 2.30 petang Selasa & Khamis : 7.30 pagi – 2.00 petang Rabu : 7.30 pagi – 5.00 petang Jumaat : 7.30 pagi – 12.30 tengahari
2.2 Panduan Pengurusan Kurikulum SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 44 * Waktu berubah mengikut akta / Pekeliling Ikhtisas semasa * Sekiranya tiada perhimpunan pada hari Isnin, waktu persekolahan tamat pada 2.00 petang 12.0 PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN i) Pentaksiran Pertengahan Penggal & Pentaksiran Akhir Penggal/ Ujian Akhir Sesi Akademik a. Tingkatan 1, 2, 3 (UASA) b. Tingkatan 4 dan 5 (Peperiksaan Akhir Tahun/Peperiksaan Percubaan) ii) Sistem pemarkahan - rujuk arahan yang disediakan khas berasingan dari arahan ini. iii.Kedudukan kelas akan ditentukan melalui GP dan lulus dalam semua mata pelajaran (tertakluk kepada perubahan). 12.1 Format Pentaksiran/ Peperiksaan i) Pentaksiran – format mengikut ketetapan panitia. ii) Peperiksaan a) Masa - mengikut Kertas Sebenar Peperiksaan Awam b) Format - mengikut format soalan kertas peperiksaan awam (PT3/ SPM) c) Semua pengendalian mengikut Standard Peperiksaan Sebenar (Rujuk dan patuhi arahan ujian/Peperiksaan yang diedarkan dari masa ke semasa) ** Rujuk ‘booklet’ 12.1.1 FORMAT PENAIPAN KERTAS SOALAN PEPERIKSAAN Semua kertas soalan peperiksaan perlu ditaip menggunakan komputer. Sebarang jenis aplikasi untuk tujuan menaip ini boleh digunakan tetapi penggunaan perisian Microsoft Word adalah amat digalakkan. Pastikan soalan peperiksaan ditaip mengikut kriteria yang ditetapkan, iaitu: i) Font: Arial, Saiz: 11 ii) Jarak langkau satu baris (Single Spacing iii) Kaedah penaipan: selepas koma (,) satu space bar. Selepas noktah (.) satu space bar. Pastikan Page Setup ditetapkan seperti berikut: a) Margins: Top 2.0cm, Bottom 2.0cm, Left & Right 2.0cm b) Paper Size: A4 (210 x 297mm) iv) Cetakan kertas soalan hendaklah menggunakan pencetak yang jelas dengan menetapkan margin bagi header dan footer adalah 1”. Pastikan print setup ditetapkan seperti berikut; Print Properties Paper Size: A4 (210x297mm) 12.1.2 FORMAT PENYEDIAAN MUKA DEPAN KERTAS SOALAN Kulit luar (cover page) kertas soalan peperiksaan mestilah mengikut format sebenar peperiksaan awam (PT3 & SPM) dan turut mengandungi: (a) Tempoh Peperiksaan
2.2 Panduan Pengurusan Kurikulum SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 45 (b) Arahan Kepada Calon: i. Bilangan Muka Surat Kertas soalan peperiksaan (Perhatian: kulit luar dikira sebagai muka surat 1) (c) Perkataan SULIT di Header & Footer di sebelah atas kiri dan bawah kanan 12.1.3 ARAHAN KEPADA CALON Arahan di kulit luar ARAHAN KEPADA CALON: (a) Nyatakan bilangan bahagian yang terdapat di dalam kertas soalan. Contoh 1: Kertas ini mengandungi DUA Bahagian: A dan B Contoh 2: (a) Jawab TIGA (3) soalan di Bahagian A dan DUA (2) soalan di Bahagian B (b) Nyatakan bilangan soalan yang perlu dijawab bagi setiap bahagian. (c) Nyatakan di mana calon perlu menjawab. Contoh 3: Jawab semua soalan di dalam kertas jawapan OMR. Jawab semua soalan di Bahagian B di dalam kertas jawapan. Arahan di bahagian dalam kertas soalan peperiksaan (a) Sekiranya soalan peperiksaan terdiri daripada satu bahagian sahaja, arahan di bahagian dalam kertas soalan tidak perlu di tulis. Arahan di kulit luar kertas soalan sudah memadai. (b) Sekiranya soalan peperiksaan terdiri daripada dua bahagian atau lebih, arahan bagi setiap bahagian soalan perlu ditulis di bahagian dalam kertas soalan peperiksan di bahagian tengah muka surat. Contoh: BAHAGIAN A (10 Markah) Arahan: Wajib di jawab BAHAGIAN B (30 Markah) Arahan: Jawab tiga (3) soalan sahaja (c) Bagi soalan bentuk objektif aneka pilihan, dan isi tempat kosong, jawapan boleh ditanda sama ada dalam kertas soalan, atau borang OMR atau buku jawapan. Arahan tambahan diperlukan di bahagian dalam kertas soalan. Contoh: BAHAGIAN A (20 Markah) Arahan: Jawab semua soalan. Pilih jawapan yang tepat, dan tandakan jawapan dalam borang OMR.
2.2 Panduan Pengurusan Kurikulum SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 46 BAHAGIAN B (10 Markah) Arahan: Jawab semua soalan. Tandakan B bagi BENAR dan D bagi SALAH untuk kenyataan berikut dalam kertas jawapan 12.1.4 FORMAT PENYEDIAAN MUKA SURAT 2 DAN SETERUSNYA i) Penentuan Tajuk: Tentukan tajuk-tajuk yang akan dimasukkan ke dalam soalan peperiksaan berdasarkan: (a) Sukatan Pelajaran (b) Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) ii) Bentuk Soalan: Bentuk soalan yang dipilih mestilah diperaku oleh penaksir. Antara bentuk yang boleh digunakan adalah seperti berikut: (a) Semua soalan objektif sahaja. Bentuk soalan objektif yang boleh digunakan ialah aneka pilihan dan kenyataan betul atau salah. (b) Semua soalan subjektif. Bentuk soalan subjektif yang boleh digunakan ialah isi tempat kosong, struktur dan esei. (c) Gabungan soalan objektif dan soalan subjektif. iii) Jumlah Soalan Yang Perlu Disediakan: Jumlah soalan peperiksaan ditetapkan oleh sekolah / mengikut format Lembaga Peperiksaan. iv) Gaya Bahasa: Gunakan bahasa, struktur ayat, dan ejaan mengikut kesesuaian bidang masingmasing. v) Penggunaan Istilah; (a) Guna istilah yang tepat. Rujuk buku istilah khusus untuk menterjemah istilah dalam bidang- bidang tertentu. (b) Tulis dalam Bahasa Melayu dan terjemahan bahasa inggeris atau singkatannya dalam kurungan. Contoh: Selepuk (lump-sum) Tokokan (mark-up) Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Nilai Bersih Terkini (NPV) Sekiranya istilah dalam Bahasa Inggeris dimasukkan dalam teks soalan, istilah tersebut mestilah ditulis dengan huruf condong (italic). Contoh: Cadangkan jenis penyelidikan yang akan dibuat berdasarkan kepada angkubah univariate. vi) Penulisan Angka Tulis angka dengan cara betul Contoh penulisan angka ialah RM10,000.00
2.2 Panduan Pengurusan Kurikulum SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 47 vii) Penggunaan Simbol Nyatakan makna simbol yang digunakan dalam soalan berbentuk pengiraan. Jika simbol yang sama digunakan dalam beberapa soalan berbentuk pengiraan, Nyatakan makna simbol tersebut dalam helaian berasingan pada permulaan bahagian soalan. viii) Panduan Menyediakan Soalan Esei (a) Susun soalan mengikut aras Taksonomi Bloom dari mudah kepada yang sukar. (b) Tentukan jumlah/bilangan yang perlu dijawab bagi soalan yang berkaitan dengan beberapa kriteria atau faktor. Contoh: Nyatakan dengan contoh lima (5) faktor yang mempengaruhi aktiviti pemikiran lateral. ix) Susun penomboran soalan mengikut format berikut: Contoh: 1. Huraikan kenyataan berikut dengan satu contoh yang sesuai. a. Sistem komunikasi digital i) berwayar ii)tanpa wayar 12.1.4 Panduan Menyediakan Soalan Objektif (a) Soalan aneka pilihan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya empat (4) pilihan jawapan. i) tulis opsyen jawapan dengan huruf besar dan selari ke bawah dengan susunan ayat daripada pendek ke panjang. Contoh: A.Faktor sampingan. B.Faktor luaran sahaja. C.Faktor dalaman sahaja. D.Faktor luaran dan faktor dalaman. ii. Jika jawapan bersambung dengan soalan, maka jawapan hendaklah bermula dengan huruf kecil. Contoh: Objektif perletakan harga ialah untuk _____________ A.melariskan jualan. B.menjaga hati pelanggan. C.memaksimumkan keuntungan. D.bersaing dengan para pesaing. (b) Bilangan pilihan jawapan yang betul bagi soalan objektif mestilah ditabur secara rawak. (c) Soalan objektif ditaip menggunakan jarak yang telah ditetapkan dan seragam dalam satu set kertas peperiksaan.
2.2 Panduan Pengurusan Kurikulum SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 48 i. Jarak di antara soalan objektif ialah langkau dua baris. ii.Jarak di antara soalan objektif dengan opsyen ialah langkau dua baris. iii. Jarak di antara opsyen jawapan ialah langkau satu baris. iv. Jarak bagi maklumat dalam soalan yang berbentuk Roman ialah langkau satu baris. Contoh: i Induktif. ii Reflektif. iii Deduktif. iv Konstruktif. Jarak di antara maklumat soalan berbentuk Roman dan opsyen jawapan ialah langkau dua (2) baris. Jarak di antara opsyen jawapan ialah langkau satu (1) baris. Contoh 1: I. Induktif. II. Reflektif. III.Deduktif. IV.Konstruktif. Contoh 2: A. I dan II sahaja. B. I dan III sahaja. C. II dan IV sahaja. D. III dan IV sahaja. (d) Soalan objektif yang menggunakan perkataan kecuali atau paling atau betul atau salah untuk menunjukkan kontra antara soalan dan jawapan, hendaklah ditulis perkataan tersebut dengan huruf kecil dan ‘bold’. Contoh: Berfikir secara emosi melibatkan unsur-unsur berikut kecuali A. Syak B. takut C. benci D. empati (e) Bagi soalan bentuk betul/salah, yang menggunakan Borang Kertas Jawapan Objektif/OMR, gunakan huruf B untuk kenyataan betul, dan huruf D untuk kenyataan salah. Perlu dinyatakan didalam arahan menjawab soalan. (f) Jika jawapan dijawab dalam kertas soalan, maka ruang menjawab setiap soalan perlu disediakan dengan membuat kotak di hujung setiap soalan. (g) Jawapan bagi kenyataan ditanda sebagai simbol √ atau X atau menggunakan huruf B atau S. Perlu dinyatakan dalam arahan menjawab soalan. Contoh: 1. Matahari sentiasa terbit di sebelah barat.
2.2 Panduan Pengurusan Kurikulum SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 49 12.1.5 Peruntukan Masa Masa yang diperuntukan bagi menjawab soalan mestilah bersesuaian dengan bentuk soalan dan markah setiap soalan. Contohnya, peruntukan masa 30 minit bagi menjawab satu soalan esei dengan 20 markah, dan 1.5 minit untuk menjawab satu soalan objektif, kenyataan betul atau salah dan isi tempat kosong. 12.1.6 Peruntukan Markah - Markah bagi setiap soalan subjektif mestilah ditulis pada bahagian akhir setiap soalan disebelah kanan, dengan jarak langkau satu baris daripada ayat terakhir soalan. Contoh: (a). Berikan tiga (3) faktor utama kejayaan pembangunan sistem maklumat. [5 markah] - Jelaskan bagaimana pembangunan sistem maklumat dalam organisasi dapat meningkatkan prestasi. [20 markah] - Jumlah markah bagi setiap bahagian mestilah ditulis pada arahan di bahagian dalam kertas soalan peperiksaan. 12.1.7 Penomboran Muka Surat i. Letakkan nombor muka surat di tengah-tengah bahagian bawah muka surat bagi setiap helai kertas soalan. ii. Kulit luar dikira sebagai muka surat 1, tetapi angka 1 pada Kulit luar tidak ditulis. iii. Muka surat yang mengandungi soalan akan bermula dengan muka surat 2. iv. Bagi setiap muka surat bermula dengan muka surat 2, ‘footer’ hendaklah diformat sebelah kanan dengan perkataan [Lihat Sebelah kecuali muka surat terakhir yang ditulis dengan perkataan SOALAN TAMAT atau END OF QUESTIONS di tengah muka surat. 12.2 Penyemakan dan Pengesahan Kertas Ujian/ Peperiksaan • Kertas Ujian / Peperiksaan mestilah disiapkan sebulan sebelum tarikh Ujian /Peperiksaan • Semakan perlu bagi memastikan kertas yang disediakan memenuhi ketetapan, selain dari segi kekemasan persembahan kertas Ujian / Peperiksaan tersebut. • Walaubagaimanapun kesahihan soalan ‘validity’ adalah tanggungjawab penyedia soalan. • Semakan dan Pengesahan Kertas Ujian / Peperiksaan dilakukan mengikut kekananan. Disediakan oleh Disemak oleh Disahkan oleh 1 Guru Matapelajaran Guru Matapelajaran Ketua Panitia 2 Guru Matapelajaran Ketua Panitia GKMP 3 Ketua Panitia GKMP / *Guru Matapelajaran Pen. Kanan 4 GKMP Pen. Kanan / *KP/ *Guru Matapelajaran Pengetua *Jika GKMP / PKP TIDAK mengajar matapelajaran berkenaan maka guru matapelajaran lain yang lebih berpengalaman kepada matapelajaran berkenaan dilantik untuk menyemak.
2.2 Panduan Pengurusan Kurikulum SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 50 12.3 Pencetakan Kertas Ujian / Peperiksaan • Kertas Ujian/Peperiksaan yang telah disemak diserahkan kepada Penolong Kanan • Pentadbiran berserta borang kebenaran cetakan bagi urusan cetakan selewatlewatnya 3 minggu dari tarikh Ujian / Peperiksaan. • Kertas Pentaksiran / Peperiksaan wajib diserah kepada tangan Penolong Kanan Pentadbiran dan TIDAK ditinggalkan di meja pejabat beliau. • Borang serahan Kertas Pentaksiran / Peperiksaan mesti ditandatangani semasa serahan dibuat. 12.4 Pentadbiran Kertas Ujian / Peperiksaan • Guru Penyedia soalan bertanggungjawap menyelaraskan kertas Pentaksiran /Peperiksaan yang telah dicetak dan menyimpannya di Bilik Peperiksaan atas pemantauan Setiausaha Peperiksaan. • Setiausaha Peperiksaan perlu menyediakan Borang Pengawasan Peperiksaan. • Setiausaha Peperiksaan bertanggungjawab membuka almari menyimpan Kertas Pentaksiran / Peperiksaan pada setiap hari Pentaksiran / Peperiksaan. Guru Pengawas mesti mengambil kertas soalan pada waktu yang ditetapkan dan tandatangan di buku rekod pengambilan/penyerahan. • Skrip jawaban Pentaksiran/Peperiksaan mesti dikembalikan ke Bilik Peperiksaan pada hari yang sama sebelum sesi sekolah berakhir. Tandatangan penyerahan di buku rekod pengambilan/ penyerahan oleh Pengawas terakhir yang mengumpul skrip jawaban. 12.5 Bilik Peperiksaan • Bilik ini hanya bagi tujuan pentadbiran peperiksaan oleh Setiausaha Peperiksaan dan Penolong Setiausahanya sahaja. • Guru-guru lain tidak dibenarkan menggunakan bilik ini untuk tujuan menyediakan kertas soalan. 12.6 Jadual Ujian Pentaksiran / Peperiksaan Pengawasan • Jadual ujian disediakan oleh Setiausaha Peperiksaan Dalaman. • Pengawasan mengikut jadual Pdp guru. • Masa/ tempoh mengikut keperluan peperiksaan awam. 12.7 Makluman Ujian / Peperiksaan • Surat makluman kepada ibubapa/ penjaga dan jadual diedarkan/ dimaklumkan dua minggu sebelum dari tarikh Pentaksiran / Peperiksaan. • Jadual ditampalkan di papan notis setiap kelas oleh Guru Tingkatan. 12.8 Pengawasan Pentaksiran / Peperiksaan • Pengawasan mengikut Jadual PdP seperti yang dicatat dalam borang kawalan. • Pengawas yang memulakan Ujian / Pentaksiran / Peperiksaan mestilah memastikan keadaan lantai kelas bersih, kerusi dan meja terusun rapi, laci meja murid mengadap kehadapan, meja guru dan beg murid diletakkan di bahagian belakang kelas. • Murid perlu duduk mengikut susunan abjad seperti dalam senarai nama kelas bermula dari sebelah kanan kelas. • Murid hanya dibenarkan membawa bersama mereka alat tulis dan kalkulator yang tidak boleh diprogramkan sahaja ke tempat duduk mereka.