The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR AQMAL BT HASNI Moe, 2023-03-09 23:38:48

Manual Pengurusan 2023-2024

Manual Pengurusan 2023-2024

2.2 Panduan Pengurusan Kurikulum SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 51 • Mereka hanya boleh menulis menggunakan kertas tulis yang dibekalkan dan tidak boleh membawa keluar kertas tulis yang kosong atau pun yang telah digunakan. • Murid hanya boleh menggunakan pen warna biru atau pen warna hitam sahaja untuk menulis. Manakala pensil 2B atau BB untuk menjawab kertas objektif 12.9 Kehadiran semasa Ujian / Pentaksiran / Peperiksaan • Kehadiran adalah wajib. Ketidakhadiran tanpa sebab maka markah kosong akan diberikan kepada matapelajaran yang tidak diambil dan matapelajaran berkenaan akan diambil kira dalam keputusan gred/kedudukan. • Murid yang sengaja tidak hadir tidak akan dikenakan tindakan disiplin. ‘Forecast Result’ tidak akan diberikan. • Murid mesti hadir ke sekolah mengikut waktu persekolahan. Tiada kebenaran untuk datang lewat atau balik awal kecuali ada kecemasan atau perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan atau murid perlu mewakili sekolah ke mana-mana pertandingan. • Jika murid menjadi wakil sekolah ke mana-mana pertandingan yang disahkan oleh PPD/JPS/KPM maka kertas soalan akan menjadi kertas tertutup dan mereka boleh menduduki kertas tersebut pada hari dan masa yang lain yang mana akan dimaklumkan oleh S/U Peperiksaan. • Murid yang terkena penyakit berjangkit seperti Covid-19, Influenza A, demam campak dan sebagainya yang telah disahkan oleh Pegawai Perubatan mesti memaklumkannya kepada pihak sekolah dan mereka boleh menduduki kertas tersebut pada hari dan masa yang lain yang mana akan dimaklumkan oleh S/U Peperiksaan. • Murid yang Tidak Hadir menduduki Ujian/Peperiksaan/Pentaksiran atas sebab Peribadi atau Cuti Sakit Biasa HANYA dibenarkan menduduki kertas Ujian/Peperiksaan/Pentaksiran sebagai LATIHAN sahaja dan MARKAH TIDAK akan dimasukkan ke dalam sistem perekodan. Markah akan direkodkan sebagai TH (Tidak Hadir) 12.10 Salah laku semasa Ujian / Peperiksaan • Murid yang didapati menipu/meniru akan diberikan markah kosong bagi kertas berkenaan. Tindakan disiplin akan diambil ke atas murid yang meniru/ menipu dan akan direkodkan dalam • SSDM dan buku sahsiah murid 12.11 Rekod Markah & Fail EPRD (Excellent Performance Record & Development) • Markah Peperiksaan bagi murid-murid tingkatan 3, 4 dan 5 hendaklah di key in dalam SAPS atau SPPB mengikut keperluan dan arahan. • Guru Tingkatan dikehendaki memastikan semua murid mengemaskini fail EPRD setiap kali keputusan ujian/ peperiksaan dikeluarkan. • Antara kandungan fail EPRD adalah: i. Borang ‘Aku Janji Murid’ ii. Keputusan peperiksaan/pentaksiran murid iii. Kad Target / Pencapaian Ujian & Peperiksaan setiap mata pelajaran yang mengandungi TOV, OTR, AR dan ETR iv. Rekod pertemuan bagi sesi klinikal.


2.2 Panduan Pengurusan Kurikulum SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 52 12.12 Syarat Lulus Tingkatan 1,2,3 – mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh KPM dan Tingkatan 4 & 5 (mengikut syarat yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. Murid Tingkatan 4 dan 5 WAJIB LULUS subjek Bahasa Melayu dan Sejarah bagi mendapatkan Sijil. Murid Tingkatan 4 dan 5 mesti HADIR untuk menduduki kesemua kertas atau keempat-empat kemahiran untuk subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sewaktu peperiksaan. Murid jurusan Sains Tulen juga MESTi meduduki Ujian Amali Sains atau ketiga-tiga kertas ujian bagi subjek Sains Tulen. Sekiranya murid TIDAK HADIR menduduki mana-mana kertas ujian, markah TH (TIDAK HADIR) akan diberikan kepada subjek tersebut. 12.13 Jadual Spesifikasi Ujian & Analisis Item • Semua penyedia soalan ujian / peperiksaan penggal diminta menyediakan JSU mengikut tahap kesukaran yang ditetapkan dalam peperiksaan awam. • JSU yang disediakan akan dijadikan asas dalam penilaian pada ujian berikutnya. • Analisis Item mesti disediakan setiap kali selepas ujian / peperiksaan. Ia hendaklah dijadikan panduan bagi semua guru untuk merancang rancangan peningkatan prestasi. • Semua soalan mesti disahkan oleh Ketua Panitia / GKMP atau Penolong Kanan Pentadbiran sebelum dicetak. (Tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh JKKS). 12.14 Post Mortem Untuk Peperiksaan • Post Mortem secara bertulis disediakan oleh Ketua Panitia setiap kali keputusan Peperiksaan Dalaman dan Awam (PT3 & SPM) dikeluarkan dalam tempoh seminggu dari tarikh dikeluarkan. • Kekuatan dan kelemahan hendaklah dikenal pasti secara individu. • Setiap guru hendaklah menyimpan rekod pencapaian pelajar dan rekod sesi klinikal pelajar untuk diambil tindakan sewajarnya. • Maklumat terperinci pelajar berkenaan perlu disalurkan kepada HEM dan Kaunseling jika diperlukan. 12.15 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) i) Tingkatan 1 & 2 • Semua guru mata pelajaran Tingkatan 1,2,3,4 dan 5 dikehendaki melaksanakan PBS seperti diarahkan oleh Lembaga Peperiksaan KPM. • Pentaksiran dibuat berasaskan Standard Prestasi (SP). Pencapaian direkodkan berdasar band yang dicapai oleh murid. (Rujuk helaian Penilaian & Pentaksiran). • Pencapaian direkodkan dalam sistem SPPBS LP KPM. ii) Tingkatan 3,4 & 5 (Kerja Kursus) • Semua Ketua Panitia perlu memastikan perlaksanaan Kerja Kursus mengikut arahan dan ketetapan dasar KPM dalam tempoh yang ditetapkan. • Mana-mana murid yang berpindah perlu dipastikan fail PBS dibawa bersama untuk mengelakkan masalah di sekolah baru murid berkenaan. • Rekod pencapaian dikey-in dalam sistem LPM dan ‘hard copy’ difailkan.


2.2 Panduan Pengurusan Kurikulum SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 53 13.0 PEMANTAUAN 13.1 Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) • Pembelajaran dan Pengajaran Guru/ murid di bilik darjah akan dicerap dua kali setahun secara rasmi. • Guru-guru akan dicerap oleh Pengetua / Penolong-penolong Kanan / Guru-guru Kanan/ Ketua Panitia/ Guru Cemerlang (Rujuk Jadual Induk Pencerapan). • Semua Penolong Kanan dan Guru Kanan akan dicerap oleh Pengetua. Guru-guru juga mungkin dicerap lebih dari 2 kali mengikut keperluan dan arahan Pengetua. 13.2 Pengurusan Panitia & Jawatankuasa Pemantauan • GKMP dan Penolong Kanan bertanggungjawab memantau/ membimbing Panitia di bawah jagaannya. • Semua Fail Pengurusan Panitia disemak dan diletakkan di bilik fail di pejabat sekolah. • Semua panitia dikehendaki membuat Perancangan Strategik yang mengandungi Pelan Strategik, Pelan Taktikal dan Pelan Operasi. • Semua Panitia mesti menentukan sasaran tahunan berdasarkan TOV, ETR kohort tertentu termasuk mengambil kira OTR dan headcount murid. • GKMP perlu memastikan panitia di bawah jagaan mereka membelanjakan peruntukan PCG secara berkesan dan mematuhi peraturan kewangan. 13.3 Peperiksaan dan Penilaian • Penolong Kanan bertanggungjawab sepenuhnya membantu Pengetua dalam pengurusan dan penyeliaan peperiksaan dan ujian. • Jawatankuasa Unit Penilaian dan Peperiksaan sekolah dibentuk seperti dalam senarai tugas 13.4 Penyediaan Latihan Murid & Semakan Buku Latihan Murid • Semua panitia hendaklah menetapkan jumlah latihan yang sepatutnya diberikan kepada muridmurid semasa Mesyuarat Panitia kali pertama setiap tahun. • Tugasan murid hendaklah segera disemak oleh guru mata pelajaran seperti ditetapkan oleh panitia. • Guru-guru mata pelajaran hendaklah menyemak latihan murid dengan menggunakan pen berdakwat merah secara konstruktif (Pastikan ada tanda tangan dan tarikh semakan). • Guru-guru mata pelajaran hendaklah memastikan murid membuat pembetulan dengan menggunakan pen berdakwat hijau. • Pastikan murid menulis indek, tarikh, hari serta tajuk dalam buku latihan/ nota. • Guru tidak dibenarkan menyimpan buku latihan dalam tempoh lebih dari 1 minggu. • Buku latihan, folio atau fail latihan murid hendaklah dihantar untuk semakan. (Rujuk arahan pada jadual penghantaran hasil kerja murid) dilakukan secara konstruktif. • Rekod Penyeliaan Buku Kerja Murid hendaklah diserahkan kepada GKMP untuk difailkan dan GKMP seterusnya menyerahkannya kepada Penolong Kanan. • Pengetua dan Penolong Kanan memastikan tindakan susulan dibuat oleh Guru Kanan dan Panitia.


2.2 Panduan Pengurusan Kurikulum SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 54 13.5 Ketetapan Latihan Mengikut Mata Pelajaran Bahasa Melayu Menengah Rendah: Tingkatan Tatabahasa Komsas Ulasan Karangan 1 2 1 1 1 2 2 1 1 1 3 2 1 1 1 Bahasa Melayu Menengah Atas: Tingkatan Tatabahasa Komsas Rumusan Karangan Bahan Rangsangan Karangan Respon Terbuka 4 2 1 1 1 1 5 2 1 1 1 1 Bahasa Inggeris: Tingkatan Tatabahasa Mendengar/ Bertutur* Pemahaman** Karangan** 1 1 1 1 1 2 1 1 1 1 3 1 1 1 1 4 1 1 1 1 5 1 1 1 1 * Alternate (Every other week/ 2 minggu sekali) ** Every other week (2 minggu sekali) Bahasa Cina: Tingkatan Tatabahasa Pemahaman Karangan 1 1 1 1 setiap 2 minggu 2 1 1 1 setiap 2 minggu 3 1 1 1 setiap 2 minggu 4 1 1 1 setiap 2 minggu 5 1 1 1 setiap 2 minggu Bahasa Tamil: Tingkatan Tatabahasa Pemahaman Karangan 1 1 1 1 2 1 1 1 3 1 1 1 4 2 1 1 5 2 1 1


2.2 Panduan Pengurusan Kurikulum SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 55 Sains: Tingkatan Objektif Soalan Subjektif / StrukturEsei 1 5 4 - 2 5 4 - 3 5 4 - 4 10 3 2 5 10 3 2 Matematik: Tingkatan Objektif Struktur 1 10 10 2 10 10 3 10 10 4 20 20 5 20 20 Matematik Tambahan: Tingkatan Objektif Struktur 4 20 20 5 20 20 Biologi / Fizik / Kimia: Tingkatan Objektif Struktur Esei 4 5 4 2 5 5 4 2 Fizik / Kimia: Tingkatan Objektif Struktur Esei 4 5 4 1 5 5 4 1 Reka Bentuk & Teknologi: Tingkatan Subjektif / Struktur 1 5 2 5 3 5 Asas Sains Komputer: Tingkatan Objektif Subjektif / Struktur Esei 1 5 2 1 2 5 2 1 3 5 2 1


2.2 Panduan Pengurusan Kurikulum SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 56 Sains Komputer: Tingkatan Subjektif Programing 4 1 1 5 1 1 Pengajian Perniagaan: Tingkatan Objektif Esei 4 10 1 5 10 2 Prinsip Perakaunan: Tingkatan Objektif Subjektif / Struktur 4 5 1 5 10 2 Sejarah: Tingkatan Objektif Struktur Esei 1 20 3 1 2 20 3 1 3 20 3 1 4 20 3 1 5 20 3 1 Geografi: Tingkatan Objektif Struktur Esei 1 10 1 1 2 10 1 1 3 10 1 1 Pendidikan Islam: Tingkatan Kekerapan Jenis Latihan 1 2 Hafazan Ayat Tilawah Soalan Kbkk Soalan Kbat Latihan Jawi Soalan Topikal 2 2 3 2 4 2 5 2


2.2 Panduan Pengurusan Kurikulum SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 57 Pendidikan Moral: Tingkatan Soalan Objektif / Betul Salah / Padanan / Isi Tempat Kosong Soalan Subjektif / Struktur Esei 1 5 1 1 (2 minggu) 2 5 1 1 (2 minggu) 3 5 1 1 (2 minggu) 4 - 7 1 (2 minggu) 5 - 7 1 (2 minggu) Tasawwur: Tingkatan Kekerapan Jenis Latihan 4 2 Soalan ITK & KBAT 5 2 Soalan ITK & KBAT Pendidikan Seni Visual: Tingkatan Nota Setiap Topik Soalan Setiap Topik ( Min 5 Maks 10 Soalan) Karya / Projek Setiap Topik 1 1 Formatif / Sumatif dalam buku teks 1 2 1 sda 1 3 1 sda 1 4 1 sda 1 5 1 sda 1 Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan: Tingkatan Kekerapan Karya / Projek Setiap Topik 1 Nota dan latihan pengukuhan bagi setiap topik dalam buku teks/ soalan pentaksiran bagi tahap penguasaan PBD 1 2 sda 1 3 sda 1 4 sda 1 5 sda 1


2.2 Panduan Pengurusan Kurikulum SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 58 14.0 ANGGARAN PERBELANJAAN TAHUNAN PANITIA • Setiap panitia dan unit akan diberi peruntukan yang ditentukan oleh Pengetua. • Dasar perbelanjaan dan perolehan akan ditentukan semasa Mesyuarat Jawatan Kuasa Kewangan Sekolah. • Dasar perolehan, penggunaan, penyelenggaraan dan verifikasi tahunan mesti mengikut Arahan Perbendaharaan yang sedang berkuat kuasa. • Setiap panitia dikehendaki menydiakan perancangan belanjawan/ bajet berdasarkan peruntukan wang kerajaan yang diterima. • Setiap Panitia dikehendaki mengemukakan cadangan pembelian buku dan peralatan/ bahan bantu mengajar kepada GKMP (mengikut keperluan). • Setiap panitia dikehendaki menyimpan 5% dari peruntukan yang diberi sehingga bulan Julai. Ini ialah untuk memastikan sekiranya berlaku pengurangan murid pada tahun semasa, pihak sekolah perlu memulangkan lebihan peruntukan kepada KPM. Walau bagaimanapun, sekiranya tiada pemulangan panitia digalakkan untuk membelanjakan semua peruntukan pada tahun semasa. 15.0 BUKU TEKS (SPBT), PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSB) DAN BAHAN BACAAN Buku teks yang dibekalkan dimaksimumkan penggunaannya. • Penggunaan Bilik Media, Bilik Akses dan PSB hendaklah mengikut peraturan dan ketetapan yang disediakan oleh Guru Media. PSB boleh digunakan pada waktu Program NILAM. • Program NILAM diselia oleh Guru Tingkatan dan Guru Mata Pelajaran Bahasa Melayu dan Guru Matapelajaran Bahasa Inggeris. • Penyemakan buku NILAM murid dilakukan 2 kali setahun oleh Guru bahasa bagi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Jadual Penyemakan akan dikeluarkan oleh Guru Penyelaras PSB. • Buku-buku rujukan percuma (Naskah Guru) hendaklah dijadikan aset panitia. • Semua buku dan BBM yang dibeli oleh panitia hendaklah direkodkan secara berpusat dalam rekod PSB. 16.0 PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK • Semua program utama yang berlangsung dalam PdP dibuat berdasarkan keperluan panitia • Panitia dikehendaki mengemukakan kertas cadangan yang relevan untuk program akademik panitia berkenaan. Penggunaan wang PCG juga perlu diambil kira. • Program yang dirancang perlu melibatkan murid dan program yang melibatkan guru. • Pelaporan program perlu disediakan dalam tempoh seminggu dari tamat program berserta data kehadiran, data lain yang sesuai juga beberapa keping gambar. • Pelaporan perlu disemak dan disahkan oleh Penolong Kanan Pentadbiran. • Dua Salinan pelaporan perlu disediakan untuk Fail Panitia (1 salinan) dan S/U Kurikulum (1 salinan)


2.2 Panduan Pengurusan Kurikulum SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 59 17.0 KURSUS DALAMAN, LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN & MINIT CURAI 17.1 Kursus Dalaman • Semua guru yang menghadiri kursus berkaitan kurikulum dikehendaki memberi taklimat ringkas kepada Pengetua / Penolong Kanan dan GKMP apabila pulang dari berkursus dengan menggunakan format minit curai. Minit Curai hendaklah diserahkan bersama-sama surat panggilan Kursus kepada GKMP untuk pengesahan dan difailkan dalam Fail Panitia untuk rujukan. • Guru yang menghadiri kursus tersebut dihehendaki berkongsi maklumat dengan guruguru lain, khususnya kursus dalaman panitia. • Bahan kursus yang diperolehi adalah hak sekolah. Guru dikehendaki menyerahkannya kepada GKMP untuk rujukan panita/ sekolah dan boleh diperbanyakkan untuk guru lain sekiranya perlu. 17.2 Latihan Dalam Perkhidmatan(LDP) • Dirancang berdasarkan kajian analisis keperluan guru dan anggota kumpulan sokongan (AKS). • Setiap guru dan AKS dikehendaki mengikuti LDP sekurang-kurangnya 5 hari dalam setahun (dasar SSM). Oleh itu guru-guru dan AKS dikehendaki mengikuti kursus yang telah dirancang oleh • pihak sekolah. Guru atau AKS yang tidak hadir dikehendaki memberi surat tunjuk sebab yang akan difailkan. • Lawatan ke sekolah yang cemerlang harus diusahakan dan diadakan dalam kumpulan sasaran yang kecil untuk mendapat maklumat dan perkongsian pintar. 18. KAJIAN TINDAKAN/ LAIN-LAIN PROGRAM RANCANGAN PENINGKATAN BERKAITAN GURU • Semua Panitia mata pelajaran dikehendaki membuat sekurang-kurangnya satu kajian tindakan setiap tahun. • Kajian tindakan yang berkualiti akan dihantar ke PPD/ JPS untuk mewakili sekolah dalam pertandingan Hari Kualiti peringkat daerah dan negeri. • Kajian tindakan adalah untuk membantu guru-guru mengenalpasti masalah dalam PdP dan sekiranya tindakan/aktiviti berkenaan menunjukkan terdapat perubahan/peningkatan dalam pencapaian murid, ia perlu dikongsi dengan guru-guru lain untuk kecemerlangan sekolah. • Program peningkatan profesionalisma guru dijalankan dikalangan guru dalam panitia yang sama atau gabungan antara dua atau lebih panitia untuk berkongsi ilmu dan meningkatkan profesionalisma bagi meningkatkan lagi prestasi pelajar. • Pelaporan program perlu didokumentasikan. 19.0 DASAR PENGGUNAAN KERTAS UNTUK PdP, UJIAN DAN PEPERIKSAAN • Guru-guru dinasihatkan mengamalkan dasar penjimatan dengan menggunakan Saiz Kertas A4 (semua komputer telah buat default paper size letter) • Font: Arial, Saiz: 11 • Margin kertas: Top 2.0cm, Bottom 2.0cm, Left & Right 2.0cm


2.2 Panduan Pengurusan Kurikulum SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 60 • Kertas ujian dan peperiksaan sahaja yang dibenarkan dicetak di pejabat sekolah. Sekiranya kertas soalan ujian/ peperiksaan kurang daripada 80 set, guru-guru dikehendaki fotostat kertas soalan di kedai luar dan buat tuntutan kepada pihak sekolah. • Guru-guru diingatkan supaya akur dengan jadual penyediaan dan penghantaran kertas soalan untuk dicetak dan disimpan di Bilik Peperiksaan. • Guru dilarang mencetak atau fotostat sendiri di bilik cetak. • Penggunaan mesin fotostat perlu mendapat kebenaran dari Pentabir. 20.0 TARGET PEPERIKSAAN AWAM DAN DALAMAN • Guru-guru mata pelajaran dikehendaki memastikan KPI dicapai mengikut ketatapan yang telah dibuat oleh sekolah mengikut Pelan Strategik dan KPI sekolah. • Sehubungan dengan itu guru-guru dikehendaki mempelbagaikan pendekatan PdP dan juga mengenalpasti murid-murid yang belum menguasai mata pelajaran yang diajar dan seterusnya merancang program yang sesuai untuk mereka. 21.0 HARI BERTEMU PELANGGAN • Hari Bertemu Pelanggan diadakan untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru-guru mengadakan perbincangan mengenai sahsiah dan prestasi murid-murid dalam pembelajaran berdasarkan ujian/ pentaksiran/ peperiksaan. • Guru tingkatan hendaklah MENYEDIAKAN perkara-perkara berikut sebaik sahaja selesai ujian/ pentaksiran/ peperiksaan sebagai persediaan Hari Bertemu Pelanggan: - Kandungan fail EPRD (Rujuk perkara 12.3 di atas). - Fail Pentaksiran Sekolah (Tingkatan 1 - 3). 22.0 PENENTUAN DAN PERUBAHAN DASAR KURIKULUM • Penentuan dasar yang ditetapkan oleh pihak sekolah yang selaras dengan arahan KPM tidak akan berubah sehingga terdapat arahan/ dasar baru yang dikeluarkan oleh KPM. • Perubahan boleh dilakukan dari semasa ke semasa oleh pihak sekolah mengikut keputusan pentadbir melalui mesyuarat pengurusan dan mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.


2.3 Panduan Pengurusan Hal Ehwal Murid 61 2.3 PANDUAN PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 1. TUGAS GURU TINGKATAN 1.1 PENGURUSAN DAN ORGANISASI KELAS a. Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada: i. Ketua Tingkatan ii. Penolong Ketua Tingkatan iii. Bendahari iv. AJK 3K-Kebersihan, Keselamatan, Kesihatan v. AJK Perabot vi. AJK SPBT vii. AJK Briged Bestari viii. AJK Mata Pelajaran ix. AJK Kantin b. Memastikan Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua Tingkatan: i. Menyediakan Jadual Tugas Harian untuk -membersihkan papan putih -menyapu lantai -mengelap tingkap -menyusun kerusi meja -membuang sampah ii. Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas: a. Jadual Waktu b. Jadual Tugas c. Carta Organisasi Kelas d. Pelan Kedudukan Bilik Darjah e. Pergerakan Semasa Kecemasan f. Senarai Nama Guru Bertugas g. Moto Kelas iii. Memastikan kehadiran murid diisi dalam buku keberadaan guru sebelum 8.30 pagi setiap hari.


2.3 Panduan Pengurusan Hal Ehwal Murid SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 62 c. Carta Organisasi Kelas Ketua Tingkatan/ Penolong ketua Tingkatan/Bendahari/AJK 3K/AJK Kantin/AJK Perabot/ AJK Koperasi/ AJK Mata Pelajaran/AJK Bridged Bestari d. Memastikan AJK 3K dan AJK Perabot sentiasa: i. mengemaskini papan kenyataan dan papan maklumat dari masa ke semasa ii. memastikan perabot kelas seperti kerusi meja murid, meja guru dan papan putih diinventorikan iii. memastikan alat pembersihan seperti penyapu, bakul sampah dan pengaut sampah dalam keadaan baik iv. menentukan kawat elektrik, kipas angin dan lampu sentiasa dalam keadaan baik dan selamat digunakan. v. melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru tingkatan e. Mengadakan tabung kelas dengan jumlah nya terpulang kepada budi bicara murid. i. Tabung kelas ini bagi tujuan berikut: -keceriaan kelas dan kebajikan murid ii. Tabung kelas hendaklah disimpan oleh guru kelas. 1.2 DATA SMM DAN APDM Data SMM dan APDM boleh dikemaskini sepanjang tahun atau mengikut keperrluan. Ibu bapa juga boleh mengemaskini sendiri maklumat peribadi murid dan penjaga. Jika ada perubahan, Guru Tingkatan perlu maklumkan kepada Guru Data dan Guru APDM dengan kadar segera. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/1995). Sekiranya ibu bapa/penjaga menghadapi kesukaran masuk ke sistem, guru tingkatan boleh membantu untuk mengemaskini maklumat murid. PENYELARAS TINGKATAN GURU


2.3 Panduan Pengurusan Hal Ehwal Murid SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 63 a. Kehadiran murid mesti ditanda tiap-tiap hari persekolahan, selewat-lewatnya jam 9.00 pagi dalam sistem APDM b. Murid yang balik dengan kebenaran atau dengan permohonan ibu bapa sebelum masa ke -3 dianggap tidak hadir. Murid yang pulang selepas rehat dengan kebenaran sekolah dan kehadiran ibu bapa untuk mengambil mereka atas sebab yang munasabah, dikira hadir. Murid yang keluar mewakili sekolah dalam pertandingan rasmi dianggap hadir pada hari itu (rujuk Panduan Bagi Mengatasi Masalah Ponteng Sekolah) – terbitan Kementerian Pendidikan Malaysia muka surat 59. c. Cara menanda Buku Kedatangan: • Murid hadir ditanda (/) • Murid tidak hadir ditanda (O) • Lewat ditanda (L) dan dikira hadir • Tidak hadir dengan kebenaran di tanda (S) dan dikira tidak hadir • Tidak hadir kerana sakit (ada surat pengesahan daripada doktor ditanda (S) dan dikira tidak hadir. • Tidak hadir kerana mewakili sekolah (ada surat pengesahan) ditanda (A) dan dikira sebagai hadir. • Murid yang balik lepas rehat atas sebab yang munasabah dikira hadir. d. Kes Ponteng/Tidak Hadir • Guru Tingkatan hendaklah sentiasaa menyemak bilangan ketidakhadiran murid. Tindakan segera harus diambil mengikut tatacara yang telah ditetapkan. • Surat-surat Amaran ketidakhadiran hendaklah dibuat dalam dua salinan. Guru Tingkatan mestilah memastikan penghantarannya setelah mendapat tanda tangan PK HEM atau Pengetua. • Satu salinan mesti diserahkan kepada PK HEM untuk fail sekolah dan satu salinan disimpan oleh Guru Tingkatan. • Penghantaran surat adalah sepertidalam carta (Rujuk Panduan bagi Mengatasi Masalah Ponteng di Sekolah terbitan Kementerian Pendidikan Malaysia muka surat 60). e. Untuk mengatasi masalah tersebut guru-guru diminta mengambil langkah-langkah berikut untuk mengatasi masalah murid ponteng sekolah: i. Memastikan semua murid yang tidak hadir memberikan surat doktor atau ibu/ bapa/penjaga dengan tanda tangan yang sah untuk tempoh masa murid itu tidak hadir. Murid yang tidak hadir selama tiga hari tanpa surat doktor atau surat ibu/ bapa/penjaga, dikehendaki berjumpa dengan PK HEM atau Pengetua. Sila tanda (S) sekiranya ada surat dan (O) jika tidak memberikan surat sebelum hujung minggu. ii. Surat-surat amaran hendaklah dihantar kepada ibu/bapa/penjaga seperti berikut:


2.3 Panduan Pengurusan Hal Ehwal Murid SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 64 iii. Surat untuk tujuan memberitahu ibu/bapa.penjaga murid telah dibuang sekolah hendaklah ditandatangani oleh Pengetua. iv. Surat-surat berkenaan boleh didapati di pejabat. Guru Tingkatan diminta mengisi surat ini di pejabat dan memastikan penghantarannya. v. Semua tindakan yang telah diambil hendaklah dicatat di ruang berkenaan dalm Buku Jadual Kedatangan Murid pada tarikh surat amaran dihantar dengan catatan seperti berikut: AP – Amaran Pertama AK – Amaran Kedua AT – Amaran Terakhir BS – Buang Sekolah vi. Semua surat doktor, surat dari ibu bapa/penjaga dan surat keluar kawasan sekolah hendaklah disimpan dengan baik dalam fail yang telah dibekalkan kepada Guru Tingkatan pada awal sesi persekolahan. vii. Sila pastikan nama, tingkatan dan tarikh tidak hadir dicatat di dalam surat-surat amaran. Jika tidak pasti, sila hubungi ibu bapa/penjaga yang berkenaan. Sila susun surat ikut tarikh dan bulan (kokot semua surat untuk satu bulan bersamasama untuk kemudahan rujukan apabila perlu). Sila lengkapkan Daftar Surat Pernyataan Tidak Hadir Murid (lampiran di dalam fail) f. Buku Keberadaan Guru • Buku keberadaan guru setiap mata pelajaran penting untuk mengesan kehadiran murid pada setiap mata pelajaran. Guru-guru mata pelajaran mestilah menentukan sama ada murid hadir pada hari itu dan semuanya berada di dalam kelas. • Jika ada yang ponteng kelas, sila catatkan namanya di ruang-ruang berkenaan di dalam buku tersebut. Buku ini mestilah disemak setiap hari oleh Guru Tingkatan supaya guru boleh mengambil tindakan susulan dan faham akan masalah kelasnya. Buku ini hendaklah berada di kelas pada setiap masa. SURAT HARI TIDAK HADIR (P) Berturut-Turut Bukan Berturut-Turut Amaran Pertama Pada hari ke-3 Pada hari ke-10 Amaran Kedua 7 hari selepas Amaran Pertama 10 hari lagi selepas Amaran Pertama Amaran Terakhir (Berdaftar Akuan Penerima) 7 hari selepas Amaran Kedua 20 hari lagi selepas Amaran Kedua Buang Sekolah 14 hari selepas Amaran Terakhir 20 hari lagi selepas Amaran Terakhir Jumlah Hari Tidak Hadir 31 hari 60 hari bukan berturutturut


2.3 Panduan Pengurusan Hal Ehwal Murid SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 65 • Ketua Tingkatan bertanggungjawab memastikan setiap guru yang masuk ke kelas membuat catatan dalam buku ini. • Penyelaras Tingkatan diminta menyemak buku ini setiap bulan dan menyampaikan laporan kepada Guru Disiplin/PK HEM. g. Kad Keluar • Untuk memastikan tidak ada murid yang berkeliaran, kad keluar mestilah diberikan kepada murid yang keluar kelas. Murid tidak dibenarkan keluar kelas melainkan atas tujuan rasmi atau kes kecemasan. Murid tidak dibenarkan keluar kelas pada masa pertama dan terakhir PdPc. • Guru tidak dibenarkan memanggil murid keluar kelas semasa PdPc sedang dijalankan kecuali dengan kebenaran Pengetua/ Penolong Kanan berkenaan atas sebab urusan rasmi sekolah. 1.3 SKIM PINJAMAN BUKU TEKS i. Memandangkan semua murid akan dibekalkan dengan buku teks secara percuma, Guru Tingkatan adalah bertanggungjawab atas semua urusan buku teks dalam kelasnya. Guru-guru khususnya Guru Tingkatan diminta menegaskan kepada murid bahawa buku-buku yang dibekalkan ialah pinjaman daripada kerajaan. Sebagai peminjam, buku-buku tersebut mestilah dikembalikan. ii. Murid mesti diingatkan supaya menulis nama mereka dalam ruangan yang disediakan, membalut semua buku pinjaman dan menyimpan buku-buku itu dengan baik. iii. Murid boleh didenda jika lambat memulangkan buku. iv. Jika buku pinjaman hilang murid perlu menggantikan dengan buku yang sama (bukan diganti dengan bayaran harga buku). v. Murid mesti diingatkan bahawa buku yang ditinggalkan dimerata tempat akan dirampas dan tidak akan dipulangkan. Murid perlu menggantikan dengan buku yang sama jika buku pinjaman dirampas (bukan diganti dengan bayaran harga buku). 1.4 BIASISWA DAN KEBAJIKAN i. Mengenalpasti murid yang layak menerima biasiswa/bantuan kebajikan dan memaklumkan kepada Guru Biasiswa/Kebajikan. ii. Melaporkan kepada Guru Biasiswa sekiranya terdapat kemerosotan pelajaran dalam kalangan murid yang mendapat biasiswa/bantuan kebajikan. iii. Guru Tingkatan melaporkan kepada Guru Biasiswa sekiranya terdapat kemerosotan pelajaran dalam kalangan murid yang mendapat biasiswa/bantuan kebajikan. 1.5 KUTIPAN SUMBANGAN PIBG DAN BAYARAN MAJALAH i. Mengutip bayaran untuk Majalah sekolah selepas mendapat kelulusan Pendaftar dan menggalakkan murid membayar.


2.3 Panduan Pengurusan Hal Ehwal Murid SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 66 ii. Mengutip sumbangan PIBG selepas Mesyuarat Agung Tahunan. iii. Mengeluarkan resit kepada murid bagi pembayaran yang dibuat dengan serta-merta. iv. Menyerahkan wang kutipan serta buku kutipan bayaran Majalah kepada Penolong Kanan. v. Menyerahkan wang sumbangan PIBG kepada bendahari PIBG. 1.6 PELAN SUSUNAN SETIAP KELAS Moto Kelas (di atas papan putih)- ________________________ PAPAN KENYATAAN HADAPAN KELAS Papan Kenyataan – kiri ditampalkan berikut: *Carta Organisasi *Jadual Waktu *Jadual Tugas *Pelan Kawad Kebakaran Papan Putih *Catatkan kehadiran murid kelas setiap hari pada sudut kiri papan putih. Contoh: Tarikh: Kehadiran: Papan Kenyataan – kanan ditampalkan berikut: *Visi dan Misi *Matlamat Sekolah *Pelan Duduk Murid Meja Guru Loker PAPAN KENYATAAN BELAKANG KELAS Sudut Bahasa Sudut Math dan Sains Sudut Go Green Sudut Teknik & Vokasional Sudut Kemanusiaan Susunan kelas: contoh


2.3 Panduan Pengurusan Hal Ehwal Murid SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 67 Catatan: • Meja guru sentiasa di alas, bersih, kemas dan tiada sampah • Buku Pemantauan Kelas dan Buku Sahsiah Murid berada di atas meja guru • Kelas hendaklah sentiasa bersih, kemas dan tiada sampah. Perabot yang lebih mesti dimaklumkan kepada Pegawai Aset. Kerusi dan meja tidak dibenarkan dibawa ke kelas lain atau ke tempat lain. • Langsir mesti sentiasa bersih, kemas dan tidak tertanggal. • Semua meja kelas mesti sentiasa dikosongkan pada waktu akhir. Beg hanya boleh disimpan dalam meja untuk hari itu sahaja. Murid dikhehendaki membawa balik buku dan peralatan. • Buku SPBT yang ditinggalkan akan dirampas dan tidak akan dikembalikan kepada murid. • Nama murid mesti dilekatkan diatas meja dengan pita selofan di sudut kanan meja. • Bilangan meja dan kerusi mengikut bilangan murid untuk setiap kelas. Meja tidak boleh dibalut dan tidak boleh diconteng. • Pintu kelas dan tingkap hendaklah ditutup sebelum waktu bersurai pada setiap hari. • Ketua Tingkatan memastikan kelas dikunci setiap hari. • Murid tidak dibenarkan menggunakan kelas selepas waktu tamat persekolahan tanpa kebenaran. 1.7 TUGAS KETUA TINGKATAN DAN PENOLONG KETUA TINGKATAN i. Memastikan kelas sentiasa ceria dan bersih. Pastikan ada jadual tuigas dan semua murid menjalankan tugas masing-masing. ii. Memastikan AJK mata pelajaran memanggil guru atau mencari guru ganti selepas 10 minit permulaan mata pelajaran. iii. Menghantar kehadiran murid ke pejabat pada setiap hari sebelum pukul 8.00pagi. iv. Mengawal disiplin kelas. Tidak mempunyai kuasa untuk memberi kebenaran rakan keluar kelas. v. Merekodkan nama murid yang tidak ada dalam kelas dalam Buku Pemantaua Kelas. Memastikan guru menandatangani buku Rekod Kehadiran. vi. Memastikan lampu dan kipas dipadamkan sebelum meninggalkan kelas. vii. Memastikan kelas dikunci setiap hari. viii. Melaporkan kepada guru mata pelajaran dan guru bertugas sekiranya ada murid yang sakit daan megambil tindakan menghantarnya ke bilik Isolasi jika diperlukan.


2.3 Panduan Pengurusan Hal Ehwal Murid SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 68 1.8. AJK MATA PELAJARAN i. Memastikan ada guru dalam kelas waktu PdP. Memanggil guru jika guru lewat masuk. ii. Mengutip buku latihan untuk guru dan menghantar ke bilik guru. Letakkan di rak yang berada di luar bilik guru. iii. Memastikan papan kenyataan dibelakang kelas dipenuhkan dengan maklumat berkaitan mata pelajaran dan ditukar dari masa ke semasa. 2. PENGURUSAN DISIPLIN MURID 2.1 SENARAI SEMAK BIL JENIS BORANG DOKUMEN TINDAKAN GURU PIHAK BERTANGGUNGJAWAB 1 Maklumat murid sakit -pastikan murid benar-benar sakit dan ingatkan hanya dibenarkan untuk rehat satu masa sahaja -murid dibenarkan rehat di bilik Rehat & Rawat dengan kebenaran guru bertugas -menghubungi ibu bapa jika kes serius dan murid dibenarkan balik -ibu bapa mengisi borang kebenaran di pejabat untuk mengambil anak Guru Bertugas Guru Tingkatan Kaunselor 2 Kebenaran menggunakan telefon -pastikan untuk kecemasan sahaja -guna semasa rehat atau bila tamat waktu sekolah sahaja -kad telefon boleh dibeli di koperasi Guru Dispilin Guru Tingkatan Guru yang bertanggungjawab 3 Kebenaran keluar kelas -pastikan alasannya benar dan mesti menggunakan kad keluar -kalau arahan daripada guru lain, mesti ada surat kebenaran daripada guru berkenaan dan Pengetua -kokotkan surat kebenaran ke dalam buku kawalan kelas Guru Dispilin Guru Tingkatan Guru yang bertanggungjawab


2.3 Panduan Pengurusan Hal Ehwal Murid SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 69 4 Kebenaran membawa radio/ kamera/komputer riba -pastikan alasannya benar -guru yang memberi arahan mesti menandatangani borang kebenaran dahulu sebelum dihantar ke PKHEM Guru Dispilin Guru yang bertanggungjawab PKHEM 5 Masalah disiplin anak -rekodkan dalam Fail Disiplin Pengetua/PK HEM/Guru Disiplin/Guru Tingkatan 6 i. Rekod Salah Laku/Buku Sahsiah ii.Rekod Amalan Baik SSDM -merekodkan dalam buku MERIT/DEMERIT -merekodkan dalam SSDM -markah demerit akan diberi pada murid yang masuk kelas lewat, -semua guru mesti merekod amalan baik murid dalam sistem SSDM Lembaga Disiplin Guru Disiplin Semua guru 7 Tindakan Tatatertib/ Pengakuan Murid Diuruskan oleh Lembaga Disiplin Guru Disiplin Lembaga Disiplin 8 Murid-murid yang memerlukan pengawasan/perhatian guru tingkatan Maklumkan kepada semua guru berkenaan Guru Tingkatan Penyelaras Tingkatan Guru Disiplin Kaunselor PK HEM Pengetua 9 Tindakan tatatertib Buang Sekolah Diuruskan oleh Lembaga Disiplin Lembaga Disiplin / Pengetua 10 Buku Pemantauan /Keberadaan Kelas -kenalpasti murid yang tidak ada dalam kelas -rekodkan dalam buku -laporkan kepada guru disiplin Guru mata pelajaran 11 Kad keluar kelas Gunakan kad keluar kelas apabila membenarkan murid keluar(murid tidak dibenarkan keluar apabila tiada guru dalam kelas) Semua guru


2.3 Panduan Pengurusan Hal Ehwal Murid SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 70 2.2 PERKARA -PERKARA YANG PERLU DIPATUHI SEMASA MENJALANKAN KUASA DISIPLIN • Amalkan keadilan - ambil kira ’natural justice’ • Hak untuk didengar - hak bela diri • Peluang yang diberi harus munasabah – beritahu pertuduhan 2.3 FAKTOR-FAKTOR ASAS YANG PATUT DIRANGKUMKAN DALAM DASAR MENGHUKUM • Beratnya sesuatu kasalahan • Kes-kes srupa • Kekerapan kesalahan dan kesungguhan murid yang melakukannya • Perwatakan dan latar belakang murid yang melakukan kesalahan 2.4 TATACARA MENYELESAIKAN MASALAH DISIPLIN • Lihat setiap kesalahan secara objektif • Wujudkan suasana tenanag • Beri peluang murid buat penjelasan • Jika murid bersalah, bantu murid menyedari keslahannya • Masalah disiplin yang ada kaitan dengan keluarga, salahlaku jenayah dan dadah sila maklumkan kepada Pengetua 2.5 LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL a. Langkah Pertama • Terima aduan • Pastikan ada prima facie • Buat siasatan awal • Ada percanggahan, hentikan siasatan • Tidak berpuas hati, buat siasatan awal b. Langkah Kedua • Buat kesimpualn daripada bukti • Beri peluang tertuduh memfailkan kesalahan c. Langkah Ketiga • Jika murid menafikannya-beri peluang bela diri • Pelajar harus jawab tuduhan • Beritahu tuduhan terhadapnya dengan jelas • Jelaskan mengapa hukuman tidak boleh diambil


2.3 Panduan Pengurusan Hal Ehwal Murid SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 71 d. Langkah Keempat • Jika tertuduh memberi keterangan memuaskan, dia bebas, tiada tindakan lanjut e. Pengakuan/Didapati bersalah • Pengetua membuat keputisan terhadap hukuman yang hendak dikenakan 2.6 PANDUAN TATACARA DISIPLIN MURID (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/1983) a. Guru perlu bertindak secara professional. Guru perlu berpegang kepada prinsip; adil, amanah, jujur, berani, tegas, tidak emosi dan memberi peluang kepada murid membela diri. b. Guru perlu mempunyai sifat penyayang, penyabar dan bijak dalam menyelesaikan masalah disiplin. c. Guru perlu diingatkan jangan sesekali mengorbankan disiplin untuk menjadi popular di kalangan murid-murid d. Dalam menjaga disiplin murid, guru diingatkan supaya tidak mengenakan hukuman seperti di bawah: i. Hukuman Terhadap Fizikal • Mengetuk/menyekeh kepala murid • Menampar • Mencubit hingga lebam • Memulas telinga • Mengenjut/ketuk ketampi beberapa kali yang tidak berpatutan sambil memegang telinga • Mencela/memalukan • Mendera seperti berlari keliling padag • Menjenur/lari keliling padang • Menarik rambut/menarik telinga • Berdiri lama dalam/luar bilik darjah • Membelasah dengan alat seperti tali pinggang atau pembaris • Menghukum murid secara berkumpulan atas alasan sipesalah enggan mengaku salah • Merampas barang tanpa alasan munasabah ii. Hukuman Terhadap Mental dan Emosi • Gunting rambut sesuka hati • Berleter


2.3 Panduan Pengurusan Hal Ehwal Murid SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 72 • Gantung tulisan di badan • Memalukan di khalayak ramai • Kelas tahanan pada waktu rehat atau pulang • Memaki hamun • Menyindir • Conteng muka dengan kapur • Koyak/mencampak buku latihan • Mengugut atau mengertak murid • Tidak menanda buku latihan e. Hanya Pengetua sahaja yang diberi kuasa merotan (murid lelaki sahaja). Walau bagaimanapun, Pengetua boleh menurunkan kuasa kepada guru-guru tertentu untuk menjalankan hukuman merotan. f. Bagi kes disiplin yang ringan, murid boleh dikenakan tindakan dengan membuat kerja-kerja sosial atau kerja yang memberui manafaat kepada murid tersebut. g. Kes-kes disiplin yang berat hendaklah dibawa kepada Mesyuarat Lembaga Tatatertib Sekolah. h. Setiap guru perlu memiliki, membaca dan memahami isi kandungan buku ’Peraturan Sekolah’ i. Guru dikehendaki melaporkan setiap kes yang mempunyai mata demerit dengan menggunakan Borang Aduan Salahlaku Murid kepada Unit Disiplin untuk direkod dan diambil tindakan yang sesuai. j. Segala maklumat dan salah laku murid adalah sulit. k. Peringatan dan nasihat mengenai disiplin perlu diberi kepada murid-murid dari masa ke semasa. l. Semua guru dikehendaki menjadikan Budaya Menegur/ Menasihat sebagai budaya sekolah ini. m. Guru dilarang membuat sebarang kenyataan media cetak/elektronik mengenai disiplin murid. n. Sebarang laporan mengenai disiplin ke pihak Jabatan Pendidikan Negeri/ Pejabat Pedidikan Daerah dan lain-lain perlu melalui Pengetua. o. Bagi kes-kes tertentu, guru dikehendaki merujuk murid yang bersalah kepada Kaunselor (dengan menggunakan borang yang disediakan) atau guru Pendidikan Islam (bagi murid-murid beragama Islam). p. Bagi kes-kes tertentu, guru dibolehkan menghubungi ibu bapa/penjaga/pihak polis/AJK PIBG untuk membantu mengatasi masalah tersebut. q. Laporan lengkap disiplin disediakan oleh guru disiplin dan dihantar ke PPD dan JPNS (Bahagian Hal Ehwal Murid). r. Semua tindakan dan hukuman mestilah mengikut SOP yang telah ditetapkan.


2.3 Panduan Pengurusan Hal Ehwal Murid SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 73 2.7 SEMUA GURU ADALAH GURU DISIPLIN (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/2001) Kementerian Pendidikan telah dimaklumkan bahawa dalam menyelesaikan masalah disiplin di sekolah ramai guru telah menyerahkan masalah tersebut kepada guru-guru tertentu atau menyerahkannya kepada Pengetua walaupun masalah ditimbulkan oleh murid adalah masalah remeh temeh. Perkara ini juga telah mendapat perhatian Jemaah Menteri dan menyarankan supaya bilangan guru disiplin ditambah di sekolah. Perkara seumpama ini dipercayai tidak berlaku jika sekiranya semua guru di sesebuah sekolah dapat menghayati dan memahami peruntukan yang telah dinyatakan secara tegas bahawa semua guru adalah bertanggungjawab dalam hal berkaitan dngan disiplin murid. i. Surat Pekeliling Profesional Kementerian Pelajaran Bil. 8/1968 mengenai tatatertib di Sekolahsekolah pada para 5 menyatakan: • ”…tiap-tiap guru hendaklah dapat menyelesaikan kebanyakan dari masalahmasalah tatatertib dan perkara-perkara kecil janganlah diserahkan kepada guru besar oleh kerana ini akan menjadi perkara biasa. Hanya tatatertib yang berat sahaja yang harus diserahkan kepada guru besar.” ii. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.9/1975 mengenai Disiplin di sekolah. Peraturanperaturan Sekolah untuk Murid-murid pula menyatakan: • Adalah seperti tuan maklumkan, satu diantara tujuan pelajaran ialah untuk menanamkan asas disiplin ke dalam hati sanubarimurid-murid sekolah. Ini bukan tugas dan tanggungjawab guru besar sahaja, bahkan tugas dan tanggungjawab semua guru lain. Oleh hal yang demikian semua guru hendaklah juga memahami benar-benar bahawa tiap-tiap mereka itu adalah bertanggungjawab untuk memelihara disiplin sesebuah sekolah dan janganlah hendaknya perkara-perkara kecil pun diserahkan kepada guru besar kerana hal ini akan menjadi satu perkara biasa sahaja. Sepatutnya kesalahan yang berat sahaja yang harus diadukan kepada guru besar untuk mendapat keputusan.” Oleh hal yang demikian adalah jelas bahawa semua guru telah diperuntukkan dengan tanggungjawab untuk memastikan murid-murid mempamerkan tahap disiplin yang tinggi. Bagi mancapai matlamat tersebut semua guru hendaklah berfungsi sebagai guru disiplin dan berperanan membimbing murid-murid supaya sentiasa mengamalkan tingkah laku dn disiplin yang baik. Pendekatanpendekatan berebentuk pencegahan(preventive), didikan(educative), pembetulan(corrective), dan hukuman(punitive) srta langkan hendaklah dilksanakan terhadap semua masalah disiplin murid. Guru-guru hendaklah sentiasa mengimbangi semua pendekatan tersebut dengan sifat-sifat prihatin, penyayang, simpati, dan empati terhadap masalah yang dihadapi murid. Sementara itu, kebenaran bagi guru-guru melaksanakan hukuman terhadap kesalaahn disiplin murid hendaklah dibuat secara nyata dan bertulis, iaitu


2.3 Panduan Pengurusan Hal Ehwal Murid SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 74 pengetua atau guru besar perlu menyediakan penurunan kuasa terhadap guruguru untuk melaksanakan hukuman tersebut. 3. PROSEDUR PERTUKARAN MURID 3.1 PROSEDUR MURID BERPINDAH MASUK SEKOLAH (TINGKATAN 1-5) Murid melapor diri di pejabat Penyelaras Tingkatan: • Beri murid Borang maklumat murid. Murid isi borang-borang tersebut, • Daftar murid (buku daftar) • Sediakan satu salinan borang masuk sekolah(BMS) dan mengisikan semua butir yang berkaitan • Tempatkan murid dalam kelas (isikan tingkatan) • Hantar/serahkan murid dengan dokumen-dokumen kepada guru tingkatan • Serahkan satu salinan BMS kepada Setiausaha APDM. Guru tingkatan: • Memasukkan data profile murid kedalam APDM. • Memastikan murid menerima buku teks atau dibawa dari sekolah asal • Memastikan murid mendapat meja dan kerusi. Dokumen: 1. surat kelulusan bertukar sekolah 2. salinan KP murid 3. salinan surat beranak 4. buku kokurikulum 5. buku rekod kesihatan 6. lain-lain dokumen dari sekolah asal.


2.3 Panduan Pengurusan Hal Ehwal Murid SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 75 3 .2 PROSEDUR MURID BERPINDAH KELUAR 3.3 PANDUAN PERMOHONAN UNTUK BERTUKAR SEKOLAH AKHIR TAHUN OLEH MURID WARGANEGARA DI DAERAH PETALING (RUJUKAN SEKOLAH) a. Borang permohonan pertukaran sekolah PUA 275 (Jadual Ketiga) dikehendaki diisi dengan cara bertaip b. Permohonan pertukaran sekolah dalam daerah Petaling boleh dibuat mulai cuti sekolah akhir tahun. c. Ibu bapa yang ingin memohon pertukaran sekolah untuk anak-anak mereka dikehendaki mengisi lima salinan Permohonan Pertukaran Sekolah • Satu salinan – Borang Permohonan Pertukaran Sekolah dikehendaki disimpan di sekolah untuk rujukan sekolah sebelum dihantar ke PPD • Empat salinan- Borang Permohonan Pertukaran Sekolah dihantar ke PPD untuk diproses dan dilampirkan bersama satu salinan dokumendokumen berikut yang telah disemak benar dan disahkan oleh Guru Besar /Pengetua sekolah mengikut susunan berikut dari atas ke bawah: i. Empat salinan Borang Permohonan Pertukaran Sekolah ii. Satu salinan Sijil Kelahiran Murid (rendah dan menengah) Pejabat menyerahkan semua dokumen kepada ibu bapa/penjaga bersama borang PUA 275 (Jadual Ketiga) yang telah ditandatangan oleh Pengetua Guru Tingkatan serahkan Borang Semakan yang lengkap kepada PKHEM untuk disemak dan tandatangan Guru Tingkatan meminta guru berkenaan melengkapkan Borang Semakan berkaitan murid


2.3 Panduan Pengurusan Hal Ehwal Murid SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 76 iii. Kad Pengenalan Murid (menengah sahaja) iv.Satu salinan bil air/elektrik ATAU satu salinan Surat Perjanjian Sewaan yang disahkan (jika rumah sewa) v. Satu salinan surat nikah/perakuan pendaftaran perkahwinan ibu bapa vi. Satu surat hak penjagaan sekiranya ibu bapa berpisah/bercerai d. Ibu bapa yang memohon pertukaran sekolah antara. negeri diminta membawa Borang Permohonan Pertukaran Sekolah ke Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing untuk diproses. e. Pengetua dikehendaki menyemak dan memastikan semua butir yang diisi dalam Borang Permohonan Pertukaran Sekolah adalah lengkap dan benar sebelum menurunkan tandatangan. 4.0 PANDUAN PENGURUSAN KEBAKARAN 4.1 LATIHAN MENGOSONGKAN BANGUNAN a. Apabila loceng berbunyi tanpa henti Latihan kebakaran dimulakan. b. Semua murid dan guru perlu berhenti membuat sebarang kerja. c. Murid berdiri dan membuat barisan dengan tenang sambal berjalan menuju ke tempat berkumpul yang selamat dan ditetapkan. d. Murid mengikut arahan guru sepanjang masa. e. Orang terakhir meninggalkan kelas (guru atau ketua tingkat bertanggungjawab menutup semua suis kipas dan lampu. f. Jika murid berada di makmal sains, tutup atau matikan ibu sawat elektrik atau injap gas sebelum meninggalkan makmal. f. Masa diberi untuk mengosongkan kelas adalah 3 minit. g. Semua beg atau buku hendaklah ditinggalkan. Hanya dokumen penting sahaja dibawa. h. Jika murid berada di kawasan selain kelas dan makmal, mereka perlu segera ke tempat berkumpul. i. Apabila sampai di tempat berkumpul, murid beratur mengikut kelas sendiri. j. Guru tingkatan hendaklah memastikan semua murid telah berada di tempat berkumpul dengan selamat. Maklumkan kepada penyelaras keselamatan jika terdapat murid yang tidak berada di tempat berkumpul.


2.3 Panduan Pengurusan Hal Ehwal Murid SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 77 5.0 PANDUAN TUGAS GURU 5.1 TUGAS GURU PENYELARAS TINGKATAN a. Bertanggungjawab membuat pembahagian murid dalam tingkatan di bawah jagaannya. b. Kuota murid mengikut kaum mesti dipatuhi. Pengetua/Penolong Kanan mesti dimaklumkan. c. Menerima kemasukan murid baru dan membuat penempatan mengikut kelulusan dan minat/aliran bagi murid Tingkatan 4 dan 5. d. Membantu guru tingkatan membuat pengagihan buku teks bantuan kerajaan(SPBT). e. Membantu PK HEM dan Guru Biasiswa memilih murid yang layak untuk diberi bantuan/biasiswa. f. Maklumkan kepada Pengetua/Penolong Kanan tentang jumlah murid dalam setiap kelas dari masa ke semasa g. Penyelaras Tingkatan 4 juga bertanggungjawab membuat pemilihan senarai murid ke kelas Tingkatan 4 mengikut syarat dan panduan sekolah, h. Bekerjasama menyempurnakan analisis peperiksaan dalaman. i. Bekerjasama dengan penyelaras peperiksaan bagi menyediakan bilik-bilik peperiksaaan dan membantu menguruskan perjalanan ujian dan peperiksaan sekolah j. Penyelaras Tingkatan 1 berada di sekolah pada hari orientasi murid Tingkatan 1 dan membantu guru Tingkatan 1untuk menguruskan kemasukan murid. k. Penyelaras Tingkatan 1 memastikan guru tingkatan memeberi nombor pendaftaran dan memasukkan butir-butir murid dalam Buku Pendaftran. l. Bertanggungjawab menjaga dan menguruskan Buku Pendaftaran Murid. Buku ini mesti disimpan di pejabat. m. Menyemak Jadual Kedatangan Murid dari masa ke masa dan memastikan guru tingkatan mengisi kehadiran setiap hari. n. Menjakankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke masa. 5.2 TUGAS GURU BERTUGAS HARIAN/MINGGUAN a. Guru bertugas harian hendaklah datang sekurang-kurangnya 30 minit sebelum persekolahan bermula dan pulang sekurang-kurangnya 30 minit setelah sekolah berakhir. b. Guru bertugas harian perlu membuka (7.00 pagi) dan menutup/mengunci Bilik Guru setiap hari kecuali ada guru lain yang datang lebih awal dan balik lebih lewat dari masa yang tersebut di atas. Guru bertugas boleh menyerahkan kunci Bilik Guru kepada guru berkenaan untuk menutup Bilik Guru. Kuci perlu diserahkan ke pejabat selepas Bilik Guru ditutup.


2.3 Panduan Pengurusan Hal Ehwal Murid SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 78 c. Bertugas di kedua-dua pintu masuk sekolah seekurang-kurangnya jam 7.00pagi setiap hari. d. Memastikan bilik-bilik darjah telah disapu, sampah sarap telah dibuang serta lampu, kipas dan tingkap telah ditutup setelah tamat persekolahan. e. Membantu Guru Pengawas Disiplin mengawasi disiplin murid di luar waktu belajar seperti waktu rehat dan waktu sebelum loceng pertama dibunyikan, sekitar kawasan sekolah dan mengambil tindakan segera dan munasabah jika perlu. f. Mengawasi kebersihan bilik darjah, tandas, kantin, bilik-bilik khas dan kawasan sekolah. g. Memantau kebersihan makanan yang dijual di kantin sekolah. h. Menguruskan rawatan murid yang sakit dan menghubungi ibu bapa /penjaga. Menghantar mereka ke rumah sakit/ hospital (jika ibu bapa/penjaga tidak dapat hadir dan telah memberi kebenaran). i. Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekodkan nama murid yang memohon. j. Mengawasi murid menepati waktu datang dan pulang ke sekolah, masa rehat dan masa pertukaran guru. k. Menguruskan hal-hal bersabit dengan kehilangan barang-barang. l. Menentukan keselamatan murid di sekitar kawasan sekolah serta mengawal harta benda sekolah. m. Mencatatkan kegiatan-kegiatan sekolah seperti sukan, persatuan-persatuan unit beruniform dan aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan. n. Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang hari/minggu persekolahan ke dalam Borang Laporan Bertugas. Antara perkara yang dicatat: • Kedatangan murid, guru dan staf sokongan • Murid ponteng, tidak hadir, sakit • Lawatan/pelawat • Ucapan/pengumuman penting dalam perhimpunan • Melaporkan kerosakan pada bangunan dan sebarang kejadian di kawasan sekolah dengan kadar segera o. Membuat laporan di adalam Borang Laporan Bertugas yang disediakan dan kalau perlu laporkan terus kepada Pengetua supaya tindakan segera dapat diambil. p. Makluman berkaitan Perhimpunan: • Memastikan guru dan murid menghadiri perhimpunan • Memastikan bendera, pembesar suara dan tempat duduk guru disediakan • Memastikan murid telah beratur dengan kemas • Laporan tambahan mengenai ucapan Pengetua/Penolong Kanan hendaklah ditulis dalam Borang Khas Mengenai Perhimpunan.


2.4 Panduan Pengurusan Kokurikulum 79 1. DASAR UTAMA KOKURIKULUM PERTAMA: KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN. “Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.” (Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97. KEDUA: Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib. “Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurangkurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.” {Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II (29)}. KETIGA: Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib. “Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah.” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.). KEEMPAT: “Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}. KELIMA: Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000). KEENAM “Kegiatan kokurikulum hendaklah dirancang dengan teratur dan teliti sepertimana perancangan untuk aktivitiaktiviti kurikulum dan dilaksankan dengan cekap dan berkesan. Bagi memantapkan pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah maka 2.4 PANDUAN PENGURUSAN KOKURIKULUM


2.4 Panduan Pengurusan Kokurikulum SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 80 peruntukan waktu minimum berikut hendaklah dipatuhi: Sekolah rendah (Tahun 3 & 4) – 60 minit seminggu, (Tahun 5 & 6) – 120 minit seminggu. Sekolah menengah (Jurusan Teknik & Vokasional) – 120 minit seminggu, (Sekolah Menengah Harian, SBP, SMA dll) – 180 minit seminggu. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/2007 bertarikh 15 Januari 2007). KETUJUH “Bilangan perjumpaan hendaklah tidak kurang daripada dua belas (12 kali) setahun dengan mengambilkira satu perjumpaan bersamaan tiga (3) jam.” (Garis Panduan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)) 2. DASAR SOKONGAN 1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}. 2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat. {Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}. 3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998). 4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000). 5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000). 6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajarpelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan sematamata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985). 7. “KPM amat memahami bahawa dalam keadaan tertentu, terdapat situasi guru perlu menggunakan kenderaan sendiri untuk membawa murid bagi urusan rasmi KPM di luar Kawasan sekolah. Bagi mengelakkan sebarang implikasi yang memberi kesan terhadap kebajikan, keselamatan dan kesejahteraan guru dan murid dalam hal penggunaan kenderaan sendiri oleh guru untuk membawa


2.4 Panduan Pengurusan Kokurikulum SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 81 murid bagi urusan rasmi KPM di luar kawasan sekolah, prosedur operasi standard (SOP) yang berkaitan hendaklah dipatuhi sepenuhnya oleh semua pengetua, guru besar atau pentadbir sekolah.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/2019) 8. “KPM telah memutuskan supaya semua sekolah hendaklah melaksanakan pemakaian pakaian kokurikulum setiap minggu pada hari persekolahan dan menganjurkan perhimpunan kokurikulum pada setiap bulan mengikut garis panduan pelaksanaan dasar ini.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/2007). 3.0 SENARAI PERSATUAN/ KELAB, KELAB PERMAINAN/ SUKAN DAN BADAN BERUNIFORM Semua murid wajib menyertai TIGA aktiviti kokurikulum: i) satu dari setiap kumpulan; iaitu Kumpulan A, Kumpulan B dan Kumpulan C. ii) rumah sukan ditetapkan untuk semua murid mengikut nombor pendaftaran sekolah. Kumpulan A: Persatuan dan Kelab 1 Persatuan Bahasa Melayu 11 Kelab Koir 2 Persatuan Bahasa Inggeris 12 Kelab Eco Rangers 3 Persatuan Sejarah & Rukunegara 13 Kelab Skim Pinjaman Buku Teks 4 Persatuan Pendidikan Seni 14 Kelab Kerjaya 5 Persatuan Pendidikan Islam & Nasyid 15 Kelab Penggerak Digital -Komputer 6 Kelab STEM 16 Kelab Leaderonomics 7 Kelab Fotografi 17 Kelab Koperasi 8 Kelab Interact* 18 Program Usahawan Muda* 9 Kelab Kebudayaan 19 Kelab Pencegah Jenayah 10 Kelab Orkestra & Angklung Kumpulan B: Kelab Permainan/Sukan 1 Kelab Badminton 8 Kelab Sofbol 2 Kelab Bola Jaring 9 Kelab Tenis 3 Kelab Bola Baling 10 Kelab Ping Pong 4 Kelab Olahraga 11 Kelab Bola Keranjang 5 Kelab Sorak 12 Kelab Petanque 6 Kelab Memanah 13 Kelab Dodgeball 7 Kelab Catur 14 Kelab Sukan Elit (Skuasy, Gimnastik, Bowling, golf dll) Renang,


2.4 Panduan Pengurusan Kokurikulum SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 82 Kumpulan C: Badan Beruniform 1 Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia 8 Pandu Puteri Remaja Pasukan 7 2 Kadet Bomba 9 Pandu Puteri Renjer Unit Ke 5* 3 Kadet Remaja Sekolah 10 Pandu Puteri Renjer Unit Ke 29* 4 Kor Kadet Polis 11 Pandu Puteri Renjer Unit Ke 30* 5 Pandu Puteri Remaja Pasukan 1 12 Pergerakan Puteri Islam Malaysia 6 Pandu Puteri Remaja Pasukan 2 13 St. John Ambulans 7 Pandu Puteri Remaja Pasukan 3 14 Taekwondo * Untuk murid-murid Tingkatan 4 dan 5 sahaja Penjadualan Aktiviti Kokurikulum JADUAL MASA KOMPONEN Mengikut giliran mingguan 2.00pm – 5.00 pm Kelab/ Persatuan 2.00pm – 5.00 pm Badan Beruniform 2.00pm – 5.00 pm Kelab Sukan/ Permainan 4.0 RUMAH SUKAN 4.1 NAMA RUMAH SUKAN 1. Sapphire 3. Topaz 2. Emerald 4. Ruby 4.2 CARA MENENTUKAN RUMAH SUKAN (UNTUK MURID BARU) 1. Ambil 2 angka terakhir nombor pendaftaran kemasukan sekolah murid berkenaan dan bahagikan dengan 4. 2. Sekiranya tiada baki, rumah sukan murid itu ialah SAPPHIRE Contoh: …16 dibahagikan 4 = 4 dan baki 0 3. Sekiranya baki 1, rumah sukan murid itu ialah EMERALD Contoh: …17 dibahagikan 4 = 4 dan baki 1 4. Sekiranya baki 2, rumah sukan murid itu ialah TOPAZ Contoh: …18 dibahagikan 4 = 4 dan baki 2 5. Sekiranya baki 3, rumah sukan murid itu ialah RUBY Contoh: …19 dibahagikan 4 = 4 dan baki 3 ** Jika seorang murid yang telah diberi nombor pendaftaran sekolah semasa mendaftar, bertukar sekolah dan kemudian kembali semula ke SMK(P) Sri Aman, muird tersebut mesti diberi semula nombor pendaftaran yang lama dan rumah sukan yang sama semasa beliau mula-mula mendaftar. ** Pihak sekolah boleh menggunakan budi bicara supaya kakak dan adik mendapat rumah sukan yang mempunyai hari latihan yang sama bagi memudahkan urusan pengangkutan murid tetapi permohonan perlu dibuat kepada guru kelas semasa hari pertama persekolahan.


2.4 Panduan Pengurusan Kokurikulum SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 83 CATATAN: Hari latihan Rumah Sukan adalah secara bergilir setiap tahun Masa: 3.00 – 5.00 petang TAHUN HARI RUMAH SUKAN 2020 Isnin Ruby & Topaz Selasa Sapphire & Emerald 2021 Isnin Sapphire & Emerald Selasa Ruby & Topaz 2022 Isnin Ruby & Topaz Selasa Sapphire & Emerald 2023 Isnin Sapphire & Emerald Selasa Ruby & Topaz 2024 Isnin Ruby & Topaz Selasa Sapphire & Emerald 2025 Isnin Sapphire & Emerald Selasa Ruby & Topaz 5.0 MANUAL PENGGUNA SISTEM E-STRIP PROSES PERMOHONAN LAWATAN SEKOLAH ATAS TALIAN 1. Bagi masuk ke Sistem sila login melalui url http://lawatan.com 2. Pilih Pejabat Pendidikan Daerah – PETALING UTAMA 3. Pilih jenis lawatan - Dalam Negara atau Luar Negara 4. Log masuk pengguna ke dalam sistem dengan menggunakan ID Pengguna dan Kata laluan yang telah didaftarkan oleh Admin dan diserahkan kepada pihak sekolah, dan klik butang “Log Masuk”.


2.4 Panduan Pengurusan Kokurikulum SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 84 ID PENGGUNA: BEB8655 5. Seterusnya kemaskini maklumat 6. Kemaskini kata laluan (JANGAN TUKAR KATA LALUAN BAHARU) PASSWORD: SRIAMAN (Hanya No. telefon dan emel boleh dikemaskini)


2.4 Panduan Pengurusan Kokurikulum SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 85 7. Muaturun 4 jenis borang *Simpan dalam thumbdrive, isi semua borang dan save dalam thumdrive 8. Muaturun Surat Pekeliling (sebagai rujukan sahaja – jika perlu) 9. Klik Permohonan Baharu 10. Pilih aliran – PERDANA


2.4 Panduan Pengurusan Kokurikulum SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 86 11. Pilih Kategori Jenis Lawatan yang ingin dipohon Lawatan Sambil Belajar, Perkhemahan luar sekolah, Jemputan Agensi Luar atau Pdp Luar Bilik Darjah/Motivasi/Bengkel/Kursus/Lain-lain. Seterusnya klik “Next” 12. Kemudian sila masukkan Maklumat Perincian Lawatan , Semua maklumat merupakan medan wajib perlu di isi. Seterusnya klik “Next 13. Setelah semua maklumat diisi, maklumkan kepada Pengetua untuk semakan dan disahkan secara atas talian.


2.4 Panduan Pengurusan Kokurikulum SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 87 14. Pilih Penghantaran dokumen sama ada penghantaran melalui e-Strip atau e-mel PENGHANTARAN MELALUI E-STRIP ( perlu upload segala dokumen dengan menggunakan format .pdf, seterusnya klik “hantar”. PENGHANTARAN MELALUI EMAIL (Segala dokumen berkaitan perlu diemailkan ke PPDPU dan, seterusnya klik “hantar”) 15. Satu paparan akan dihantar dengan menyatakan permohonan telah Berjaya dihantar. 16. Sila semak status permohonan dari semasa ke semasa.


2.4 Panduan Pengurusan Kokurikulum SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 88 Permohonan lawatan boleh dilihat di status permohonan Disemak dan diproses Belum disemak dan diambil tindakan telah disemak dan permohonan ditolak 17. Setelah Permohonan diluluskan menu cetak surat dan Laporan Lawatan akan dipaparkan. 18. Sila cetak surat untuk digunakan semasa lawatan. 19. Laporan lawatan hendaklah dihantar dalam tempoh 14 hari selepas lawatan dan di upload 2 keping gambar sewaktu lawatan dijalankan


2.4 Panduan Pengurusan Kokurikulum SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 89 20. Satu paparan akan dipaparkan sebagai pengesahan laporan lawatan telah dihantar dan laporan boleh dicetak untuk rujukan dan simpanan. SEMUA PERMOHONAN MESTI DIKEMUKAKAN 5 MINGGU SEBELUM LAWATAN/PROGRAM/AKTIVITI. PERMOHONAN YANG TIDAK MEMENUHI SYARAT 5 MINGGU, PERLU DIBUAT SECARA MANUAL DENGAN LAMPIRAN SURAT JEMPUTAN/ BUKTI MAKLUMAN LEWAT


SMK(P) SRI AMAN, PETALING JAYA REKOD PENCAPAIAN KOKURIKULUM TAHUN ................ BADAN BERUNIFORM: ………………………………………. GURU PENASIHAT: …………………………………………… *SERTAKAN SALINAN SEMUA SIJIL YANG DIPEROLEHI DAN SEKURANG-KURAN PERTANDINGAN/ ANJURAN TARIKH/ TEMPAT KOS/ SUMBER PERINGKAT (DAERAH/ NEGERI/ KEBANGSAAN/ ANTARABANGSA) NAMA PESE


2.4 Panduan Pengurusan Kokurikulum SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 90 WARNA UNGU PENYELARAS BADAN BERUNIFORM NGNYA 4 GAMBAR SEBAGAI BUKTI. ERTA TING. NO. K/P KEMENANGAN


SMK(P) SRI AMAN, PETALING JAYA REKOD PENCAPAIAN KOKURIKULUM TAHUN ..................... PERSATUAN/ KELAB: ....................................................................................................................... GURU PENASIHAT: ………………………………………………………………………………………… *SERTAKAN SALINAN SEMUA SIJIL YANG DIPEROLEHI DAN SEKURANG-KURANGNYA 4 G PERTANDINGAN/ ANJURAN TARIKH/ TEMPAT KOS/ SUMBER PERINGKAT (DAERAH/ NEGERI/ KEBANGSAAN/ ANTARABANGSA) NAMA PESERTA


2.4 Panduan Pengurusan Kokurikulum SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 91 WARNA HIJAU PENYELARAS KELAB/ PERSATUAN ... ……………. GAMBAR SEBAGAI BUKTI. A TING. NO. K/P KEMENANGAN


SMK(P) SRI AMAN, PETALING JAYA REKOD PENCAPAIAN KOKURIKULUM TAHUN .................. SUKAN/PERMAINAN: ........................................................................................................................ GURU PENASIHAT: ………………………………………………………………………………………… PERTANDINGAN/ ANJURAN TARIKH/ TEMPAT KOS/ SUMBER PERINGKAT (DAERAH/ NEGERI/ KEBANGSAAN/ ANTARABANGSA) NAMA PESERT *SERTAKAN SALINAN SEMUA SIJIL YANG DIPEROLEHI DAN SEKURANG-KURANGNYA 4 G


2.4 Panduan Pengurusan Kokurikulum SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 92 WARNA BIRU PENYELARAS KELAB SUKAN/ PERMAINAN .. ……………. TA TING. NO. K/P KEMENANGAN GAMBAR SEBAGAI BUKTI


3.1 Jawatankuasa Pengurusan Dan Pentadbiran SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 93 BAB 3 - MANUAL TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 3.1 JAWATANKUASA PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEKOLAH 3.1.1 JAWATANKUASA PENTADBIR SEKOLAH & PANEL PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA 1. Menjadi Badan Tertinggi Sekolah memainkan peranan sebagai tempat rujukan. 2. Merancang pembangunan fizikal sekolah serta kawasan sekolah. 3. Merancang pembangunan akademik, kokurikulum dan sekolah. 4. Bertugas sebagai jawatankuasa bertindak segera ke atas sesuatu isu semasa yang timbul daripada perjalanan sekolah meliputi akademik, kokurikulum, sahsiah dan lain-lain. 5. Menyelaras segala program yang dirancang pelaksanaannya. 6. Merancang Takwim Sekolah. 7. Memastikan pelaksanaan semua program yang dirancang mengikut jadual. 8. Merancang ABM (Anggaran Belanja Mengurus) pembangunan dan kecemerlangan sekolah (Perancangan Strategik, Visi dan Misi) 9. Memastikan data perjawatan staf sentiasa dikemaskinikan. 3.1.2 JAWATANKUASA KEBITARAAN 1. Merancang program pembangunan bagi bidang-bidang kebitaraan sekolah. 2. Mengambil bahagian program yang sesuai yang ditawarkan kepada sekolah. 3. Melaksana, menilai, memantau dan membuat penambahbaikan bagi program-program yang dirancangkan dari masa kesemasa dan juga bagi program yang disertai. 4. Membuat pelaporan bagi program-program yang dilaksanakan atau yang disertai. 3.1.3 JAWATANKUASA INTEGRITI / KEUTUHAN 1. Mengenalpasti guru dan AKP yang melanggar peraturan pegawai awam. 2. Mengadakan perbincangan khas bagi menangani tingkah laku guru dan AKP yang melanggar peraturan pengawai awam. 3. Memutuskan tindakan yang dikenakan kepada guru dan AKP terlibat. 4. Menjaga kebajikan guru dan AKP diutamakan. 5. Memastikan urusan kenaikan pangkat guru dan AKP diurus tepat pada masanya. 3.1.4 JAWATANKUASA PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKAUN SEKOLAH 1. Membantu Pengetua mengawasi, mengesan dan menyelia semua urusan kewangan dan akaun supaya berjalan lancar dan menepati kehendak Akta Prosedur Kewangan 1957, Arahan Perbendaharaan, Pekeliling, Surat Pekeliling dan Tatacara yang berkaitan dalam bidang:


3.1 Jawatankuasa Pengurusan Dan Pentadbiran SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 94 i. Pengurusan Perbelanjaan ii. Pengurusan Perakaunan iii. Pengurusan pungutan dan tunggakan hasil iv. Penyediaan dan pembentangan penyata kewangan dan laporan tahunan sekolah. 2. Membantu Pengetua meneliti dan mengambil tindakan susulan terhadap Laporan Audit. 3. Merancang latihan untuk AKP yang mengurus hal-hal pengurusan kewangan. 4. Mengadakan mesyuarat empat kali setahun yang boleh membantu jawatankuasa mengesan dan mengawasi operasi kewangan dan perakaunan dengan lebih berkesan. 5. Memastikan semua pembelian/pembayaran dibuat mengikut peraturan kewangan (nota minta, pesanan tempatan, invois/bil, baucar dan cek) 6. Menyelenggara dan mengurus perbelanjaan dan pembayaran. 7. Menyempurnakan segala persediaan untuk audit akaun sekolah. 8. Menjadi AJK Lembaga Tender/ Sebut Harga Sekolah dan memastikan stok dikemaskinikan. 9. Mengawasi pembelajaran dan mematuhi prosedur kewangan untuk mengelakkan audit berteguran. 3.1.5 JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN DAN BANGUNAN 1. Mengadakan mesyuarat 4 kali setahun. 2. Membaca dan memahami pekeliling/surat pekeliling yag berkaitan dengan pengurusan Aset Alih dan Aset Tak Alih yangg diedarkan dari masa ke semasa. 3. Memastikan semua aset alih yang diterima dan direkodkan serta dilabelkan. 4. Memeriksa keadaan aset alih 2 kali setahun dan menyediakan pelaporan keadaan aset alih tersebut. 5. Memastikan aset alih yang tidak boleh digunakan lagi dan tidak sesuai untuk diselenggarakan atau dilupuskan. 6. Membuat siasatan sekiranya berlaku kes kecurian atau kehilangan. 7. Mengemukakan lapaoran kepada Pengetua. 3.1.6 JAWATANKUASA PERKEMBANGAN PROFESIONALISME 1. Merancang kursus latihan personel secara makro bersama pentadbir berdasarkan TNA guru sekurangkurangnya 5 hari setahun. 2. Mengenal pasti kursus dalaman yang sesuai diadakan untuk guru. 3. Membuat catatan/laporan ceramah serta menyediakan dokumentasi. 4. Menguruskan surat-menyurat/bayaran dengan penceramah jemputan. 5. Memastikan semua guru melengkapkan esplgKPM. 6. Menyediakan laporan LDP dan menghantar maklumat LDP Guru ke PPD apabila diminta. 7. Menyediakan Sijil Kehadiran pada akhir tahun (Setahun sekali) dengan menyatakan tarikh kursus, nama kursus dan tempoh masa kursus. 8. Menyediakan Sijil Penghargaan kepada para penceramah. 9. Meminta guru mengisi borang penilaian program/kursus. 10. Membaca, memahami dan melaksanakan semua arahan yang dihantar oleh KPM, JPN dan PPD


3.1 Jawatankuasa Pengurusan Dan Pentadbiran SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 95 11. Bertanggungjawab untuk mengenalpasti keperluan, merancang, melaksanakan latihan dalaman (PLC) bagi meningkatkan prestasi dan kompetensi guru dan staf sokongan selaras dengan dasar pembangunan sumber manusia mengikut MODUL PPGB. 12. Merancang fasa orientasi, fasa pementoran dan mengadakan latihan. 13. Memberi sokongan berterusan terhadap pembangunan profesionalisme guru dan mengadakan perbincangan serta refleksi dengan guru Mentor dan Guru Baharu. 14. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa. 3.1.7 JAWATANKUASA HUBUNGAN LUAR DAN SILANG BUDAYA 1. Merancang untuk menjalin kerjasama dengan badan kerajaan dan badan bukan kerajaan, Institut Pengajian Tinggi Awam dan Institut Pengajian Tinggi Swasta di dalam dan di luar negara, komuniti sekitar demi kebajikan dan kepentingan murid. 2. Membuat permohonan dan menyediakan kertas kerja bagi aktiviti/ program yang dirancang. 3. Mendapatkan kelulusan dari bahagian yang berkenaan. 4. Melaksanakan aktiviti/program yang telah mendapat kelulusan pada tempoh yang dibenarkan. 5. Mengambil bahagian aktiviti/ program yang dianjurkan oleh pihak badan kerajaan, badan bukan kerajaan, Institut Pengajian Tinggi Awam, Institut Pengajian Tinggi Swasta, komuniti sekitar dan lain-lain. 6. Menyediakan pelaporan dan dokumentasi dalam tempoh 2 minggu dari selesainya aktiviti/program yang disertai. 3.1.8 JAWATANKUASA PENGURUSAN MAKLUMAT SEKOLAH/DATA 1. Mengadakan dan menyelaras mesyuarat penyelarasan data 4 kali setahun serta mendokumenkan minit mesyuarat berkenaan. 2. Memastikan data sentiasa di kemaskini. 3. Mengaplikasikan data untuk tujuan kajian dan penyelidikan dan keperluan PPD/JPN. 4. Menyimpan dan merekod data di tempat selamat dan mudah diakses mengikut keperluan. 5. Memastikan data selamat dari akta kerahsiaan. 6. Menghadiri mesyuarat luar apabila diminta. 7. Memberi data yang diperlukan dari semasa ke semasa. 3.1.9 JAWATANKUASA SKPM Kualiti @ Sekolah 1. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun. 2. Melengkapkan elemen-elemen SKPM Kualiti @ sekolah mengikut arahan semasa untuk mendapatkan keputusan penarafan sekolah secara online. 3. Mendokumentasikan keputusan Penarafan Sekolah. 4. Menjelaskan keputusan Rumusan kepada semua guru dan melakukan penambahbaikan.


3.1 Jawatankuasa Pengurusan Dan Pentadbiran SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 96 3.1.10 JAWATANKUASA PEMBESTARIAN SEKOLAH 1. Menyediakan senarai semak dan jadual kerja pelaksanaan program untuk pemantauan. 2. Membincang dan menyediakan Anggaran Belanja Mengurus untuk pelaksanaan program. 3. Merancang kemudahan sokongan prasarana ICT di bilik guru, kantin, bilik-bilik khas dan perpustakaan. 4. Melaksanakan arahan pentadbir dari semasa ke semasa. 3.1.11 JAWATANKUASA BADAN KEBAJIKAN GURU DAN STAF SEKOLAH 1. Membuat perancangan untuk tujuan kebajikan guru-guru dan staf. 2. Merancang Majlis Akhir Tahun dan Hari Guru. 3. Mengurus majlis persaraan guru, guru berpindah, hari lahir guru dan sebagainya. 4. Menguruskan sumbangan kebajikan untuk guru dan staf yang ditimpa musibah atau kemalangan atau kematian. 5. Membimbing guru pelatih memahami sekolah sebagai institusi pendidikan dan peranan guru dalam bilik darjah. 6. Membimbing guru pelatih memahami tingkah laku murid, pengurusan sekolah dan pengurusan bilik darjah. 7. Mengemukakan laporan bertulis kepada Pengetua untuk setiap aktiviti dan program. 3.1.12 JAWATANKUASA PENGURUSAN PEJABAT 1. Memastikan pejabat dibuka dan ditutup mengikut masa bekerja yang telah ditetapkan. 2. Memantau dan mengurus selia urusan perkhidmatan dan perjawatan. 3. Memantau dan mengurus selia urusan kewangan dan stok. 4. Memantau dan mengurus selia urusan pentadbiran. 5. Membantu memantau dan mengurus selia urusan kawalan keselamatan. 6. Membantu memantau dan mengurus selia urusan urusan kerja pembersihan. 7. Menguruskan surat-surat dan email. 8. Menjaga keselamatan fail-fail dan semua peralatan di pejabat 9. Menguruskan borang-borang yang terdapat di pejabat. 10. Memastikan pejabat sentiasa berada dalam keadaan bersih, kemas dan ceria. 11. Menjalankan tugas yang diarahkan oleh pentadbir dari masa ke semasa. 3.1.13 JAWATANKUASA PERANCANGAN STRATEGIK 1. Merancang dan menyediakan Perancangan Strategik sekolah. 2. Menentukan KPI sekolah bagi setiap bidang. 3. Memantau dan menyelia perancangan strategik bagi setiap bidang. 4. Menilai prestasi dan merancang penambahbaikan bagi setiap bidang. 5. Melaporkan prestasi setiap program dalam mesyuarat guru. 6. Menjilidkan semua bahagian perancangan strategik setelah tamat bagi sesuatu tempoh.


3.1 Jawatankuasa Pengurusan Dan Pentadbiran SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 97 3.1.14 JAWATANKUASA KEBERSIHAN DAN KAWALAN KESELAMATAN 1. Merancang program pembangunan kebersihan murid dilaksanakan di sekolah. 2. Menyelaraskan aktiviti/program kebersihan sekolah dengan agensi-agensi yang berkaitan. 3. Menentukan keperluan kebersihan untuk kesejahteraan murid. 4. Merancang keperluan sumber kewangan dan tenaga dalam Pendidikan Kebersihan. 5. Melaksanakan pemeriksaan, pemantauan serta penilaian kebersihan. 6. Mengkaji dan menilai program kebersihan secara berterusan. 7. Menyediakan pelan kontigensi kebersihan untuk menangani kes-kes seperti banjir, jerebu, keracunan akanan dan lain-lain. 8. Memastikan syarat-syarat perjanjian dan bidang tugas kebersihan sekolah dipatuhi oleh syarikat kebersihan sekolah. 9. Menyediakan pelan kontigensi bagi menghadapi krisis dan bencana alam. 10. Merancang keperluan sumber kewangan dan tenaga dalam Pendidikan Keselamatan. 11. Melaksanakan pemantauan, penilaian dan pemeriksaan keselamatan murid dan sekolah. 12. Memastikan syarat-syarat perjanjian dan bidang tugas keselamatan sekolah dipatuhi oleh syarikat kawalan keselamatan sekolah. 13. Menyediakan pelaporan berkala 14. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa. 3.1.15 JAWATANKUASA DOKUMENTASI DAN LAPORAN AKTIVITI SEKOLAH 1. Mencatat minit mesyuarat / Dialog Prestas) dan menyediakan minit 2 hari selepas mesyuarat / Dialog Prestasi. 2. Menyerahkan draf minit mesyuarat kepada Pengetua/Penolong Kanan untuk semakan. 3. Membuat pembetulan (setelah disemak) dan menyediakan minit untuk diedarkan kepada semua guru, 3 hari sebelum mesyuarat supaya tindakan boleh diambil. 4. Menyediakan maklum balas dengan menggunakan borang PK07 (3). 5. Memastikan bilik mesyuarat disediakan lengkap dengan siaraya & berada dalam keadaan bersih. 6. Memastikan papan-papan tanda kenyataan di bilik mesyuarat diselenggara dengan kemas, bersih dan ceria. 7. Mengambil kehadiran guru semasa mesyuarat dengan menggunakan borang PK07 (2). 8. Merekodkan edaran dalam PK07 (1). 9. Mengisi buku penggunaan bilik mesyuarat. 10. Menelefon guru-guru yang tidak menghadiri mesyuarat dengan ssegera untuk mendapatkan sebab ketidakhadiran. 11. Memastikan satu salinan minit mesyuarat difailkan di pejabat mengikut susunan yang betul. 12. Memaklumkan nama guru yang tidak hadir mesyuarat kepada Pengetua/Penolong Kanan. 13. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.


Click to View FlipBook Version