PINTAR KARANGAN BAHASA MELAYU D PINTAR KARANGAN BAHASA MELAYU (PKBM) PP UM B M EDISI MENENGAH ATAS (TINGKATAN 4 DAN 5)
PRAKATA D PINTAR KARANGAN BAHASA MELAYU (PKBM) PP UM B M Modul Pintar Karangan Bahasa Melayu (PKBM) ini dihasilkan sepenuhnya oleh ahli panel penulis Bahasa Melayu DPP UM. Tujuan modul ini dihasilkan adalah sebagai bahan penulisan karangan kepada pelajar tingkatan 4 dan 5 terutama mengenai asas serta teknik menjawab karangan. Modul ini merangkumi teknik dan formula menjawab soalan penulisan karangan yang berfokus kepada silibus peperiksaan tingkatan 4 dan 5. Terdapat beberapa teknik mudah untuk pelajar praktikkan yang terbahagi kepada dua bahagian karangan iaitu karangan A dan B. Modul ini berjaya dihasilkan atas perbincangan dan usaha semua ahli panel serta dorongan pensyarah. Terima kasih diucapkan kepada Profesor Madya Dr. Rafiza Abdul Razak yang membimbing kami dalam menghasilkan modul ini dengan jayanya. Maka, diharapkan dengan adanya modul ini dapat membantu para pelajar dalam memahami teknik menjawab dengan betul dan mahir menggunakan formula asas dalam penulisan. Selain itu, pelajar dapat meningkatkan kemahiran menulis karangan terutama dalam peperiksaan.
AHMAD FAHIMI BIN OMAR MUAZ BIN ABDUL SAMAD NUR AFIQAH BINTI A. MALEK ANA NADHIRAH BINTI ZULKIFLE NOR MUSLIHAH BINTI MOHD TASRIP NADIRAH AYUNI BINTI AZMAN PANEL PENULIS D PINTAR KARANGAN BAHASA MELAYU (PKBM) PP UM B M PENYUNTING MODUL : PROFESOR MADYA DR. RAFIZA BINTI ABDUL RAZAK No. Telefon : 012-6523893 E-mel : [email protected]
OBJEKTIF UTAMA D PINTAR KARANGAN BAHASA MELAYU (PKBM) PP UM B M Menyediakan teknik dan formula asas penulisan karangan. Membantu murid menjana dan mengembangkan idea dalam penulisan. Meningkatkan kemahiran menulis karangan. CARA MENGANALISIS KEHENDAK SOALAN Baca dan teliti bahan yang diberikan Tentukan TEMA karangan Teknik “PE KFC” Kembangkan isi Tulis karangan 1 2 3 4 5
D PINTAR KARANGAN BAHASA MELAYU (PKBM) PP UM B M PE K F C PERANAN KESAN FAKTOR CARA Tugas Tanggungjawab Fungsi Impak Kesan Manfaat Kelebihan Keburukan Punca Sebab Usaha Langkah
PANDUAN MENJAWAB SOALAN KARANGAN A BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN Karangan berpandu terdiri daripada dua atau lebih bahan rangsangan (gambar, rajah, graf, data, iklan, dan sebagainya.) Hanya satu soalan sahaja diajukan dalam Kertas 1 Soalan Bahagian A dan wajib menjawabnya. Sebanyak 30 markah akan diberikan. Panjang karangan tidak kurang daripada 150 patah perkataan dan tidak melebihi 200 patah perkataan. KONSEP KARANGAN BAHAGIAN A - WAJIB SENTUH SEMUA BAHAN. BUKAN WAJIB SENTUH SEMUA ISI ATAU MAKLUMAT. Skor Cemerlang (25 hingga 30 markah) Karangan menepati tema atau menjawab tugasan bahan rangsangan. Bahasa gramatis dan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu. Wacana lengkap dan idea relevan dengan bahan rangsangan. Pengolahan menarik dan berkesan. D PINTAR KARANGAN BAHASA MELAYU (PKBM) PP UM B M
Bahagian A : Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan 30 markah 30 minit 1.Membuat Penelitian (2 minit) 2. Membuat Perancangan (5 minit) 3. Menulis Karangan Berpandu (30 minit) 4. Membuat Semakan (3 minit) STRATEGI MENJAWAB SOALAN D PINTAR KARANGAN BAHASA MELAYU (PKBM) PP UM B M
JENIS-JENIS KARANGAN Surat rasmi Surat tidak rasmi Syarahan / Ceramah / Ucapan Perbahasan Penjelasan Perbincangan Huraian Ulasan Saranan Pendapat Fakta Gambaran / Keperihalan BERFORMAT Rencana Berita Laporan Wawancara / Dialog Resume E-mel BERFORMAT TIDAK BERFORMAT D PINTAR KARANGAN BAHASA MELAYU (PKBM) PP UM B M
PROSES 5M DALAM PENULISAN KARANGAN Membaca Pelajar perlu membaca dan menganalisis semua bahan soalan. Menganalisis Pelajar perlu memahami tema dan tugasan soalan. Merangka Pelajar perlu merancang penulisan agar dapat dibincangkan dan dihuraikan. Menulis Pelajar bersedia menulis dengan ayat gramatis, pemerengganan yang betul, dan wacana lengkap. Menyemak Pelajar perlu menyemak jumlah patah perkataan. D PINTAR KARANGAN BAHASA MELAYU (PKBM) PP UM B M
PANDUAN MENJAWAB SOALAN KARANGAN BAHAGIAN B - ESEI TERBUKA Soalan mengandungi empat jenis domain (awam, peribadi, pendidikan, dan kerjaya). Calon hendaklah pilih dan jawab satu daripada empat soalan. Calon seboleh-bolehnya menulis tiga atau empat isi. Sebanyak 70 markah akan diberikan. Panjang karangan mestilah antara 350 hingga 500 patah perkataan. Skor Cemerlang Menjawab tugasan menggunakan bahasa gramatis, kosa kata luas dan tepat, huraian jelas dan matang, contoh yang sesuai dan berkesan. Unsur bahasa yang bervariasi dan mempunyai ungkapan menarik seperti peribahasa, petikan ucapan, dan sebagainya. Karangan mestilah menggunakan gaya bahasa menarik dan laras bahasa yang sesuai dengan tugasan. Keseluruhan karangan mestilah memperlihatkan kematangan berfikir. Karangan mestilah ditulis dengan tulisan yang kemas, bersih, dan jelas. D PINTAR KARANGAN BAHASA MELAYU (PKBM) PP UM B M
D PINTAR KARANGAN BAHASA MELAYU (PKBM) PP UM B M Bahagian B : Karangan Umum / Respons Terbuka 70 markah 1 jam 30 minit 1.Membaca Semua Soalan (10 minit) 2. Membuat Perancangan (10 minit) 3. Menulis Karangan (60 minit) 4. Membuat Semakan (10 minit) STRATEGI MENJAWAB SOALAN
D PINTAR KARANGAN BAHASA MELAYU (PKBM) PP UM B M A. Ayat pertama setiap perenggan Pada hemat saya, Pada pandangan saya, Selain itu, Di samping itu, Seterusnya, Sementara itu, Pada waktu yang sama, Dari perspektif yang berbeza, Umum mengetahui bahawa Cetusan idea seterusnya... PENANDA WACANA
D PINTAR KARANGAN BAHASA MELAYU (PKBM) PP UM B M B. Huraian isi / idea karangan Hal ini dikatakan demikian kerana... Hal ini berlaku demikian kerana ... Hal ini terjadi kerana ... Hal ini disebabkan oleh ... Hal ini wujud akibat daripada ... Hal ini bersangkut-paut dengan Hal ini berpunca daripada C. Bahagian penutup Konklusinya, Sebagai intiha, Kesimpulannya, Ringkasnya, jelaslah bahawa ... Maka jelaslah bawaha ... PENANDA WACANA
D PINTAR KARANGAN BAHASA MELAYU (PKBM) PP UM B M D. Menyatakan contoh Sebagai contoh ... Contohnya, Biar kita ambil contoh ... Biar kita lihat ... Misalnya, Tamsilnya, Sebagai analoginya E. Peribahasa / ungkapan menarik Bak kata peribahasa, Bak kata peribahasa Melayu, Bak kata orang tua-tua, Bak mutiara kata, Bak peribahasa, Bak kata cendiakawan Persis kata peribahasa, Persis kata peribahasa Melayu PENANDA WACANA
D PINTAR KARANGAN BAHASA MELAYU (PKBM) PP UM B M TEKNIK PENULISAN KARANGAN BAHAGIAN A TEKNIK 3443 PENDAHULUAN 3 ISI 4 ISI 4 PENUTUP 3
TEKNIK PENULISAN KARANGAN BAHAGIAN A Bil Item Huraian 1 Masa/ Isu Marcapada ini, kita dapat melihat amalan membaca semakin dipinggirkan oleh masyarakat. 2 Mengapa? Bagaimana? Hal ini dikatakan demikian kerana, penggunaan gajet tanpa kawalan di rumah dan di tempat awam telah menyebabkan masyarakat khususnya golongan muda banyak menghabiskan masa dengan gajet sehingga tiada masa untuk membaca. 3 Persoalan Pepatah Melayu ‘Bangsa membaca, bangsa berjaya’ menjelaskan bahawa amalan membaca merupakan tunjang utama dalam memartabatkan kemajuan sesebuah bangsa dan negara. Persoalannya, apakah kepentingan yang diperoleh daripada amalan membaca? PENDAHULUAN TEKNIK: 3443 D PINTAR KARANGAN BAHASA MELAYU (PKBM) PP UM B M
TEKNIK PENULISAN KARANGAN BAHAGIAN A PERENGGAN ISI 1 TEKNIK: 3443 Bil Item Huraian 1 Masa/ Isu Amalan membaca dapat melahirkan seseorang yang berpemikiran kreatif dan inovatif. 2 Mengapa? Bagaimana? Hal ini dikatakan demikian kerana, maklumat yang terkandung dalam bahan bacaan mendorong pembaca berfikir dan berimaginasi secara meluas. 3 Contoh Contohnya, buku keselamatan jalan raya yang memberi pendedahan kepada pengguna jalan raya berkenaan keselamatan di jalan raya. 4 Penegasan Tegasnya, ‘Jauh perjalanan luas pemandangan, banyak membaca luas pengetahuan’, membaca menjadi sumber maklumat kepada pembacanya. D PINTAR KARANGAN BAHASA MELAYU (PKBM) PP UM B M
TEKNIK PENULISAN KARANGAN BAHAGIAN A PERENGGAN ISI 2 TEKNIK: 3443 Bil Item Huraian 1 Masa/ Isu Amalan membaca dapat melahirkan seseorang yang berbudi pekerti. 2 Mengapa? Bagaimana? Hal ini dikatakan demikian kerana, pembaca yang banyak membaca buku yang banyak menerapkan nilai-nilai murni yang diselitkan dalam jalan cerita dapat membentuk perilaku seseorang. 3 Contoh Contohnya, novel Pantai Kasih bertemakan tentang kekeluargaan yang banyak memaparkan nilai-nilai kekeluargaan dan pengajaran yang boleh dipelajari melalui pembacaan. 4 Penegasan Tegasnya, ‘Membaca Itu Jambatan Ilmu’, membaca mampu menjadi panduan hidup pembaca ke arah jalan yang benar. D PINTAR KARANGAN BAHASA MELAYU (PKBM) PP UM B M
TEKNIK PENULISAN KARANGAN BAHAGIAN A PENUTUP TEKNIK: 3443 Bil Item Huraian 1 Cadangan/ saranan Tuntasnya, amalan membaca banyak mengandung kepentingan yang bukan hanya tertumpu kepada diri pembaca malahan keluarga, agama, bangsa dan negara. 2 Harapan Oleh itu, kita sebagai insan yang sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan seharusnya menjadikan amalan membaca sebagai rutin harian agar kita dapat memperbanyakkan lagi ilmu yang belum diketahui disamping mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah. 3 Ungkapan menarik Ungkapan ‘Ilmu Pelita Hidup’ memperlihatkan bahawa amalan membaca membekalkan ilmu yang menjadi penyuluh kepada kehidupan pembacanya. D PINTAR KARANGAN BAHASA MELAYU (PKBM) PP UM B M
AYUH TEKA SIMPULAN BAHASA DI BAWAH REHAT MINDA PINTAR KARANGAN BAHASA MELAYU (PKBM) 1 2 3 DPP UM B M
AYUH SUAIKAN PERIBAHASA DAN MAKSUD : REHAT MINDA PINTAR KARANGAN BAHASA MELAYU (PKBM) Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana mauafakat Melentur buluh biarlah dari rebungnya Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat Biar mati anak, jangan mati adat Orang yang berpegang kuat pada adat Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air DPP UM B M
A – Apa? S – Siapa? K – Kenapa? B – Bila? D – Di mana? B – Bagaimana? Tidak semestinya semua item digunakan. Tidak semestinya mengikut urutan, boleh berubah ikut kesesuaian. Digunakan untuk kembangkan idea dalam karangan. TEKNIK PENULISAN KARANGAN BAHAGIAN B TEKNIK 1: TANYA DIRI SENDIRI DAN JAWAB ASKBDB berpandukan kepada tema, kata kunci dan dimensi yang dinyatakan pada soalan. ASKBDB merujuk kepada panduan penulisan untuk setiap perenggan. Setiap perenggan wajib mempunyai (isi – huraian – contoh). Perlu diselitkan penanda wacana dan ungkapan menarik yang bersesuaian dengan konteks. Setiap perenggan isi perlu diakhiri dengan ayat simpul/ penegasan. Perenggan pendahuluan perlu diakhiri dengan mengemukakan persoalan berdasarkan tema. Perenggan penutup perlu ada saranan dan harapan. D PINTAR KARANGAN BAHASA MELAYU (PKBM) PP UM B M
SOALAN JAWAPAN Apa? Penyakit berjangkit merupakan penyakit berbahaya yang boleh berpindah... Siapa? ...daripada seseorang kepada seseorang yang lain. Kenapa? Hal ini dikatakan demikian kerana, fenomena biososial ini boleh merebak melalui udara, air, makanan dan sentuhan cecair badan. Bila? Akhir-akhir ini, Di mana? ...muncul virus baharu iaitu COVID-19 yang telah mengancam nyawa masyarakat seluruh dunia dalam sekelip mata sahaja. Bagaimana? Penyakit ini merebak dengan cepat melalui batuk, bersin dan kontak fizikal secara langsung. UM Oleh hal yang demikian, jika tidak dipecahkan huyung, manakan dapat sagunya, semua pihak perlu merangka beberapa usaha untuk mengekang penularan penyakit berbahaya ini. Persoalan Persoalannya, apakah usaha untuk mencegah penyakit berbahaya ini? TEKNIK 1: ASKBDB PENDAHULUAN D PINTAR KARANGAN BAHASA MELAYU (PKBM) PP UM B M
SOALAN JAWAPAN Apa? Usaha mencegah penyakit berjangkit ialah setiap individu perlu menjaga kebersihan diri dengan baik. Siapa? Individu yang sentiasa menjaga kebersihan akan terhindar daripada dijangkiti sebarang penyakit. Kenapa? Hal ini dikatakan demikian kerana, daya ketahanan badan menjadi kuat... Bila? ...apabila diri tidak terdedah dengan kekotoran yang membawa kepada pembiakan bakteria... Di mana? ...dalam badan manusia. Bagaimana? Oleh itu, amalan lazim seperti mencuci tangan sebelum makan dan mandi setelah melakukan aktiviti sosial atau sekurangkurangnya tiga kali sehari perlulah dipraktikkan. UM Sebelum nasi menjadi bubur,... Persoalan ...,penjagaan kebersihan diri dan persekitaran adalah perlu untuk mengurangkan risiko jangkitan penyakit daripada terus menular ke tahap yang lebih serius. TEKNIK 1: ASKBDB PERENGGAN ISI D PINTAR KARANGAN BAHASA MELAYU (PKBM) PP UM B M
SOALAN JAWAPAN Sarana Kesimpulannya, peranan semua pihak adalah penting dalam usaha mencegah penyakit daripada terus menular. UM Berteraskan ungkapan ‘bagai aur dengan tebing’ yang mengajak semua masyarakat berganding bahu antara satu sama lain untuk mematuhi setiap amaran dan aturan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan. Harapan Oleh hal yang demikian, tindakan segera perlu diambil perhatian oleh semua pihak agar kita tidak menyesal pada masa akan datang bak kata pepatah ‘Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya lagi’. TEKNIK 1: ASKBDB PENUTUP D PINTAR KARANGAN BAHASA MELAYU (PKBM) PP UM B M
AYUH TEKA SIMPULAN BAHASA DI BAWAH REHAT MINDA PINTAR KARANGAN BAHASA MELAYU (PKBM) 1 2 3 DPP UM B M
AYUH SUAIKAN PERIBAHASA DAN MAKSUD : REHAT MINDA PINTAR KARANGAN BAHASA MELAYU (PKBM) Air yang dicincang tidak akan putus Anak sebatang kara Seseorang anak yang tidak mempunyai keluarga atau saudara mara. Seseorang yang lupa akan asal usulnya setelah mendapat kekayaan atau kemuliaan Seseorang yang bersaudara itu tidak akan bergaduh berterusan walaupun berlaku sesuatu perselisihan. Ada udang di sebalik batu Seseorang yang mempunyai maksud tertentu di sebalik apa yang dilakukannya. Kacang lupa akan kulitnya DPP UM B M
TEKNIK PENULISAN KARANGAN TEKNIK 2: (MISOP, IH2CUP & SAHASEU) PENDAHULUAN (MISOP) M – Masa I – Isu semasa S – Sebab/ bukti O – Oleh itu, P – Persoalan PERENGGAN ISI (IH2CUP) I – Isi H1 – Huraian 1 (mengapa/ bagaimana) H2 – Huraian 2 (kesan/ langkah) C – Contoh (fakta/ jelas) U – Ungkapan menarik P – Penegasan isi PENUTUP (SaHaSeU) Sa – Saranan Ha – Harapan Se – Seruan U – Ungkapan menarik D PINTAR KARANGAN BAHASA MELAYU (PKBM) PP UM B M
TEKNIK 2: (MISOP, IH2CUP & SAHASEU) JENIS AYAT HURAIAN Masa Kini, trend penggunaan telefon pintar dalam kalangan remaja semakin menaik. Isu Semasa Mereka memperoleh telefon pintar secara pembelian sendiri dan ada juga yang dibelikan oleh ibu bapa mereka. Sebab/ Bukti Ketika Malaysia dilanda endemik COVID-19, golongan remaja terpaksa memiliki telefon pintar setiap seorang kerana perlu menghadiri kelas dan juga bekerja secara dalam talian ekoran daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh Perdana Menteri. Oleh itu Oleh itu, penggunaan telefon pintar yang menjadi trend gaya hidup remaja kini dikatakan telah memberikan kesan negatif kepada mereka. Persoalan Persoalannya, apakah kesan negatif penggunaan telefon pintar kepada remaja? PENDAHULUAN D PINTAR KARANGAN BAHASA MELAYU (PKBM) PP UM B M
TEKNIK 2: (MISOP, IH2CUP & SAHASEU) JENIS AYAT HURAIAN Isi Pada pendapat saya, kesan penggunaan telefon pintar dalam kalangan remaja termasuklah mereka akan terdedah dengan pengaruh anasir luar. Huraian 1 Hal ini dikatakan demikian kerana, telefon pintar membekalkan maklumat secara meluas kepada penggunanya. Remaja boleh mendapatkan maklumat merentasi sempadan ke serata dunia hanya dengan bantuan internet. Huraian 2 Keadaan ini menyebabkan remaja taksub dan terpengaruh dengan kandungan yang dipaparkan melalui telefon pintar mereka. Contoh Contohnya, kandungan laman-laman pornografi, gangsterisme dan budaya barat yang boleh menjejaskan pembentukan perilaku remaja... UM ...yang dianggap ‘pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara’. Persoalan Tegasnya, penggunaan telefon pintar dalam kalangan remaja mendorong mereka dipengaruhi dengan budaya anasir luar yang tidak sihat. PERENGGAN ISI D PINTAR KARANGAN BAHASA MELAYU (PKBM) PP UM B M
TEKNIK 2: (MISOP, IH2CUP & SAHASEU) JENIS AYAT HURAIAN Sarana Kesimpulannya, semua pihak berperanan penting untuk mengurangkan kesan negatif penggunaan telefon pintar kepada remaja. Harapan Kerjasama semua pihak amatlah dituntut agar kesan negatif penggunaan telefon pintar kepada remaja dapat dikurangkan dengan jayanya. Seruan Oleh itu, marilah kita sama-sama berganding bahu memastikan trend penggunaan telefon pintar dalam kalangan remaja yang semakin menaik ini tidak mendatangkan kemudaratan dan mengelakkan mereka daripada menjadi mangsa teknologi yang boleh memakan dirinya kelak. UM Perkara ini diumpamakan seperti api, ‘ketika kecil menjadi kawan, ketika besar menjadi lawan’ iaitu pada awalnya teknologi mendatangkan kebaikan, tetapi lama-kelamaan menjadi racun yang merosakkan. PENUTUP D PINTAR KARANGAN BAHASA MELAYU (PKBM) PP UM B M
AYUH TEKA SIMPULAN BAHASA DI BAWAH REHAT MINDA PINTAR KARANGAN BAHASA MELAYU (PKBM) 1 2 3 DPP UM B M
AYUH SUAIKAN PERIBAHASA DAN MAKSUD : REHAT MINDA PINTAR KARANGAN BAHASA MELAYU (PKBM) Belum bertaji hendak berkokok Sekepal menjadi gunung, setitik menjadi laut Sesuatu nasihat yang diberikan mungkin terlalu sedikit tetapi adalah amat berharga. Kepandaian sesorang itu tidak akan habis selagi hayat dikandung badan. Seseorang yang bodoh sekiranya rajin belajar, akhirnya akan pandai juga. Laut ditimba tak akan kering Seseorang yang belum mempunyai ilmu yang cukup tetapi sudah berlagak. Belakang parang pun kalau diasah nescaya tajam DPP UM B M
PENDAHULUAN Mulakan karangan dengan frasa yang menarik Masukkan tema soalan/isu selepas frasa yang menarik Akhiri pendahuluan dengan Ayat Fokus/Ayat Arahan/Persoalan ** Seiring dengan era globalisasi yang penuh dengan cabaran ini.... ** Dalam mengejar arus kemodenan...... Riadah adalah aktiviti yang mempunyai pelbagai kepentingan kepada diri, masyarakat dan negara tanpa kita sedari. Berikan ulasan anda berkaitan kepentingan riadah dalam kehidupan. Kepentingan Riadah Dalam Kehidupan **Oleh hal yang demikian, terdapat beberapa kepentingan....... **Persoalannya, apakah kepentingan riadah..... ** Dasawarsa ini..... Contoh Ayat Penuh : Dalam mengejar arus kemodenan, masyarakat kita ada yang keterlaluan mengejar kemewahan sehingga alpa akan kepentingan aktiviti riadah dalam kehidupan seharian. Riadah adalah senaman atau menggerakkan semua anggota tubuh badan dengan cara-cara tertentu. Banyak aktiviti riadah yang boleh diamalkan seperti berjoging dan menyertai senam robik yang tidak memakan masa yang lama dan mudah untuk dilakukan. ia juga merupakan salah satu cara mempraktikkan gaya hidup sihat. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Persoalannya, apakah kepentingan riadah dalam kehidupan seharian? ....kepentingan aktiviti riadah dalan kehidupan seharian. ** : Contoh D PINTAR KARANGAN BAHASA MELAYU (PKBM) PP UM B M PENILAIAN
Isi : Memastikan kesihatan terjamin Riadah adalah aktiviti yang mempunyai pelbagai kepentingan kepada diri, masyarakat dan negara tanpa kita sedari. Berikan ulasan anda berkaitan kepentingan riadah dalam kehidupan. Kepentingan Riadah Dalam Kehidupan PENILAIAN Kesan Riadah adalah penting kerana ia merupakan aktiviti yang dapat memastikan kesihatan diri kita terjamin. Apabila kita beriadah, peluh yang dihasilkan mempunyai toksik-toksik yang tidak diperlukan dalam badan dan kadar lemak dalam badan akan berkurangan. Kita hanya perlu konsisten dalam melakukan aktiviti riadah seperti berjoging atau menunggang kuda dalam tempoh masa paling kurang 30 minit sehari. Sistem kardiologi dan stamina kita akan menjadi lebih baik dan terhindar daripada penyakit-penyakit seperti obesiti dan darah tinggi. Sebelum nasi menjadi bubur, adalah rasional untuk kita mengamalkan aktiviti riadah kerana mencegah lebih baik daripada merawat. Bagaimana Penegas Ungkapan menarik Peribahasa, nasi menjadi bubur Adalah rasional untuk kita mengamalkan aktiviti riadah kerana mencegah lebih baik daripada merawat. Peluh yang dihasilkan mempunyai toksik-toksik yang tidak diperlukan dalam badan dan kadar lemak dalam badan akan berkurangan Berjoging atau menunggang kuda dalam tempoh masa paling kurang 30 minit sehari. Mengapa Sistem kardiologi dan stamina kita akan menjadi lebih baik dan terhindar daripada penyakitpenyakit seperti obesiti dan darah tinggi D PINTAR KARANGAN BAHASA MELAYU (PKBM) PP UM B M
D PINTAR KARANGAN BAHASA MELAYU (PKBM) PP UM B M Isi : Mengeratkan hubungan sesama keluarga atau rakan Riadah adalah aktiviti yang mempunyai pelbagai kepentingan kepada diri, masyarakat dan negara tanpa kita sedari. Berikan ulasan anda berkaitan kepentingan riadah dalam kehidupan. Kepentingan Riadah Dalam Kehidupan PENILAIAN Kesan Selain itu, aktiviti-aktiviti riadah mampu menjalinkan hubungan ....................................................................................................................................................... ....................................................................................................................................................... ....................................................................................................................................................... ....................................................................................................................................................... ....................................................................................................................................................... ....................................................................................................................................................... ....................................................................................................................................................... ....................................................................................................................................................... Bagaimana Penegas Ungkapan menarik Peribahasa ; bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat Adalah rasional untuk kita mengamalkan aktiviti riadah kerana mencegah lebih baik daripada merawat. Beriadah menjadikan kita berinteraksi secara sihat sesama keluarga dan rakan-rakan Aktiviti seperti bermain boling pada hujung minggu bersama keluarga dan rakan-rakan dapat merapatkan lagi hubungan antara satu sama lain Mengapa Menambah nilai kekitaan antara keluarga atau rakan sekerja yang sekaligus menyumbang pada kemesraan dalam keluarga serta prestasi kerja yang lebih baik
Isi : Mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah Riadah adalah aktiviti yang mempunyai pelbagai kepentingan kepada diri, masyarakat dan negara tanpa kita sedari. Berikan ulasan anda berkaitan kepentingan riadah dalam kehidupan. Kepentingan Riadah Dalam Kehidupan PENILAIAN Kesan Aktiviti riadah atau senaman ini adalah wajar diamalkan kerana ia merupakan .............................................................................................................................................................. .............................................................................................................................................................. .............................................................................................................................................................. .............................................................................................................................................................. .............................................................................................................................................................. .............................................................................................................................................................. .............................................................................................................................................................. .............................................................................................................................................................. Bagaimana Penegas Ungkapan menarik Peribahasa ; tepuk dada, tanya selera di mana sesuatu pekerjaan yang akan kita lakukan hendaklah difikirkan baik-baik menurut keyakinan diri kita sendiri meransang pemikiran yang sihat sambil menikmati kehidupan bermasyarakat aktiviti yang sihat untuk diamalkan berbanding aktiviti lain melakukan aktiviti riadah di taman-taman rekreasi yang tidak memerlukan pengeluaran kos Mengapa mendatangkan manfaat pada fizikal dan mental kita berbanding menghabiskan duit kepada aktiviti yang membuang masa dan sia-sia D PINTAR KARANGAN BAHASA MELAYU (PKBM) PP UM B M
Isi : menyatukan masyarakat berbilang kaum Riadah adalah aktiviti yang mempunyai pelbagai kepentingan kepada diri, masyarakat dan negara tanpa kita sedari. Berikan ulasan anda berkaitan kepentingan riadah dalam kehidupan. Kepentingan Riadah Dalam Kehidupan PENILAIAN Kesan Menyingkap dari sudut lain, aktiviti riadah dapat menyatukan rakyat kita yang berbilang kaum. ................................................................................................................................ .............................................................................................................................................................. .............................................................................................................................................................. .............................................................................................................................................................. .............................................................................................................................................................. .............................................................................................................................................................. .............................................................................................................................................................. .............................................................................................................................................................. Bagaimana Penegas Ungkapan menarik Peribahasa ; bersatu kita teguh, bercerai kita roboh kekuatan kita pada penyatuan bukan perpecahan mengelakkan sentimen perkauman yang selalunya dijadikan isu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab melibatkan diri dengan aktiviti riadah tanpa mengira kaum, bangsa dan agama Mengapa Sukan-sukan yang penglibatannya terdiri daripada pelbagai kaum D PINTAR KARANGAN BAHASA MELAYU (PKBM) PP UM B M
Riadah adalah aktiviti yang mempunyai pelbagai kepentingan kepada diri, masyarakat dan negara tanpa kita sedari. Berikan ulasan anda berkaitan kepentingan riadah dalam kehidupan. PENUTUP PENILAIAN Kesan Secara tuntas, banyak kepentingan beriadah yang dapat dimanfaatkan dalam kehidupan oleh masyarakat kita secara tersurat dan tersirat. .................................... .............................................................................................................................................................. .............................................................................................................................................................. .............................................................................................................................................................. .............................................................................................................................................................. .............................................................................................................................................................. .............................................................................................................................................................. .............................................................................................................................................................. .............................................................................................................................................................. Bagaimana Penegas Ungkapan menarik Peribahasa ; bagai aur dan tebing melahirkan generasi yang berfikiran waja, sihat jasmani dan rohani serta hidup dalam harmoni meluangkan masa beriadah dan menyebarkan kesedaran tentang faedahnya kepada khalayak umum Media massa dan agensi kerajaan mampu menjadi tunjang dalam menggalakkan rakyat Malaysia beriadah Mengapa badan yang sihat menjamin otak yang cerdas D PINTAR KARANGAN BAHASA MELAYU (PKBM) PP UM B M Banyak kepentingan beriadah yang dapat dimanfaatkan
AYUH TEKA PERIBAHASA DI BAWAH REHAT MINDA 1 2 3 4 5 D PINTAR KARANGAN BAHASA MELAYU (PKBM) PP UM B M
AYUH SUAIKAN PERIBAHASA DAN MAKSUD : REHAT MINDA PINTAR KARANGAN BAHASA MELAYU (PKBM) Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah Buang yang keruh dan ambil yang jernih Seseorang yang meninggalkan pekerjaan lamanya yang tidak baik dan memulakan penghidupan yang baru. Kita mestilah mengikut sesuatu adat yang baik. Seseorang yang berlaku adil iaitu sama rata dan tidak berat sebelah Kecil tapak tangan nyiru ditadahkan Seseorang yang sangat berterima kasih atas pertolongan ataupun nasihat yang diberikan oleh seseorang. Tidak memandang bulu, tidak melihat rupa DPP UM B M
Cara- Cara Membentuk Jati Diri Pelajar Peranan ibu dan bapa dalam menunjukkan tauladan terbaik Peranan guru dalam memastikan pematuhan disiplin dan peraturan Peranan kerajaan dalam melaksanakan dasar pendidikan yang berkesan Peranan media massa membudayakan nilai-nilai murni Kepentingan didikan agama dan moral D PINTAR KARANGAN BAHASA MELAYU (PKBM) PP UM B M
Sejak akhir-akhir ini, isu pembentukan jati diri pelajar sering diperkatakan oleh semua pihak. Hal ini dikatakan demikian kerana, para pelajar terutamanya murid di sekolah rendah merupakan kumpulan sasar dalam membentuk jati diri supaya menjadi insan yang berguna pada diri mereka sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Oleh hal yang demikian, isu cara- cara membentuk jati diri pelajar akan mewarnai fokus perbincangan demi kepentingan semua pihak. Cara- Cara Membentuk Jati Diri Pelajar PENDAHULUAN Akhiri pendahuluan dengan Ayat Fokus/Ayat Arahan: Sebenarnya, terdapat pelbagai cara/kepentingan/kesan/faktor..... . Masukkan tema soalan/isu selepas frasa yang menarik Mulakan karangan dengan kata/frasa berikut: Sejak akhir-akhir ini,.... Marcapada,.... D PINTAR KARANGAN BAHASA MELAYU (PKBM) PP UM B M
D PINTAR KARANGAN BAHASA MELAYU (PKBM) PP UM B M ISI KARANGAN Penanda wacana huraian idea: a. Hal ini dikatakan demikian kerana … b. Hal ini berlaku demikian kerana … c. Hal ini terjadi kerana … d. Hal ini disebabkan oleh … Mulakan ayat idea utama dengan kata arah soalan seperti berikut; Antara punca / cara / usaha / kepentingan ialah... Penanda wacana (Ayat Penegasan) bagi setiap perenggan isi: Natijahnya, kesannya, ringkasnya, tegasnya... Penanda wacana untuk memberikan contoh: a. Misalnya, /Misalannya, b. Contohnya, /Sebagai contoh, c. Persis…
ISI 1 : Peranan ibu dan bapa dalam menunjukkan tauladan terbaik Antara cara yang sepatutnya diamalkan bagi membentuk jati diri pelajar bermula dengan ibu dan bapa yang menunjukkan tauladan terbaik kepada anak-anak. Hal ini dikatakan demikian kerana anak-anak merupakan cerminan sifat dan ragam ibu dan bapa di rumah. Bak kata peribahasa, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Misalnya, anak-anak melihat ibu dan bapa menghormati datuk dan nenek mereka, pasti anak-anak akan mengikut jejak langkah ibu dan bapa mereka untuk menghormati orang yang lebih tua daripada mereka. Kesannya, segala nilai murni dan tauladan yang ditunjukkan oleh ibu dan bapa ketika bersama anak-anak akan membentuk jati diri mereka bagi menghadapi rutin harian mereka sama ada di sekolah mahupun di tempat lain. Oleh itu, jelaslah bahawa peranan ibu dan bapa yang menunjukkan tauladan terbaik merupakan cara- cara membentuk jati diri pelajar. D PINTAR KARANGAN BAHASA MELAYU (PKBM) PP UM B M
ISI 2 : Peranan guru dalam memastikan pematuhan disiplin dan peraturan Selain itu, pembentukan jati diri pelajar boleh dilaksanakan dengan guru memainkan peranan dalam memastikan pelajar mematuhi peraturan di sekolah. Hal ini kerana, institusi pendidikan seperti sekolah merupakan tunas pembentukan masyarakat kerana asas kemahiran manusia seperti membaca, mengira dan menulis dipraktikkan dengan ilmu-ilmu lain. Sebagai contoh, guru memberikan arahan supaya menyiapkan tugasan yang diberi dalam tempoh masa tertentu dan pelajar berjaya mengikut arahan untuk menyelesaikan ugasan yang diberi. Impaknya, pelajar akan didedahkan dengan nilai akhlak baik dan budi pekerti yang mulia untuk disemat dalam diri supaya digunakan apabila menjelang dewasa nanti. Oleh itu, jelaslah bahawa peranan guru amatlah penting dalam pembentukan jati diri pelajar. D PINTAR KARANGAN BAHASA MELAYU (PKBM) PP UM B M
ISI 3 : Peranan kerajaan dalam melaksanakan dasar pendidikan yang berkesan Di samping itu, jati diri pelajar dapat dibentuk dengan memperkenalkan dasar pendidikan yang berkesan. Perkara ini merupakan peranan Kementerian Pendidikan dalam mengatur kurikulum yang efektif dengan perkembangan pelajar hari ini. Sebagai contohnya, sebagai negara yang progesif, setiap industri yang menunjangi ekonomi negara terutamanya sektor pendidikan seharusnya menerima perkembangan teknonolgi seiring dengan perkembangan kebolehan manusia. Kesannya, negara akan mendapat para graduan professional yang ingin menyumbang dan berkhidmat kepada pertumbuhan ekonomi serta kemajuan dalam negara. Oleh itu, jelaslah bahawa dasar Pendidikan adalah antara cara membentuk jati diri pelajar. D PINTAR KARANGAN BAHASA MELAYU (PKBM) PP UM B M
ISI 4 : Peranan media massa membudayakan nilainilai murni Akhir sekali, cara yang boleh diusahakan dalam membentuk jati diri pelajar adalah dengan membudayakan nilai-nilai murni oleh media massa. Hal ini dikatakan demikian kerana, pengaruh media massa memainkan peranan yang besar dalam mencorak budaya masyarakat hari ini. Sebagai contohnya, kebangkitan industri animasi tempatan seperti Upin-Ipin dan Ejen Ali memberikan impak yang baik kepada industri hiburan sejak kebelakangan ini. Kesannya, ia memberikan peringatan kepada masyarakat tentang nilai-nilai murni yang seharusnya diamalkan oleh semua ahli masyarakat terutamanya para pelajar bagi membentuk jati diri yang kukuh. Jelaslah bahawa, peranan media massa membudayakan nilai-nilai murni merupakan cara untuk membentuk jati diri pelajar. D PINTAR KARANGAN BAHASA MELAYU (PKBM) PP UM B M
KESIMPULAN Kesimpulannya, terdapat pelbagai cara membentuk jati diri pelajar. Antara caranya ialah peranan ibu dan bapa dalam menunjukkan tauladan terbaik, peranan guru dalam memastikan pematuhan disiplin dan peraturan, peranan kerajaan dalam melaksanakan dasar pendidikan yang berkesan serta peranan media massa membudayakan nilainilai murni. Sebagai penutup bicara, dapatlah dirumuskan bahawa setiap pihak memainkan peranan masing-masing dalam menjadi tauladan. Diharapkan para pelajar mendapat inspirasi untuk menjadi insan yang lebih baik berbanding generasi sebelumnya. Cara- Cara Membentuk Jati Diri Pelajar Mulakan ayat penutup dengan kata berikut: Kesimpulannya Sebagai penutup bicara akhir, Konklusinya, Masukkan cadangan Akhiri penutup dengan harapan: Diharapkan D PINTAR KARANGAN BAHASA MELAYU (PKBM) PP UM B M
AYUH TEKA PERIBAHASA DI BAWAH REHAT MINDA 1 2 3 4 5 D PINTAR KARANGAN BAHASA MELAYU (PKBM) PP UM B M