AYUH SUAIKAN PERIBAHASA DAN MAKSUD : REHAT MINDA PINTAR KARANGAN BAHASA MELAYU (PKBM) Di mana ada gula, di situ ada semut Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang Setiap manusia di muka bumi ini pasti tidak pernah lepas daripada melakukan kesilapan ataupun kesusahan. Jawapan yang diberikan tidak sesuai atau tepat dengan pertanyaan yang dikemukakan. Hidup yang sangat miskin dan rezeki hanya cukup untuk dimakan pada masa itu sahaja. Jauh panggang dari api Seseorang yang mempunyai maksud tertentu di sebalik apa yang dilakukannya. Bumi mana yang tak kena hujan DPP UM B M
UJI MINDA DUNIA MAYA 1 PINTAR KARANGAN BAHASA MELAYU (PKBM) SIMPULAN BAHASA SIMPULAN BAHASAHTTPS://WORDWALL.NET/MS/RESOURCE/11310686 2 KELASKAN IDEA (KARANGAN) HTTPS://WORDWALL.NET/MS/RESOURCE/26414922 3 KATA SEERTI HTTPS://WORDWALL.NET/MS/RESOURCE/2218509 4 KATA MAJMUK HTTPS://WORDWALL.NET/MS/RESOURCE/2872196 DPP UM B M
PINTAR KARANGAN BAHASA MELAYU D PINTAR KARANGAN BAHASA MELAYU (PKBM) PP UM B M EDISI MENENGAH ATAS (TINGKATAN 4 DAN 5) SEKIAN TERIMA KASIH
REKA BENTUK DAN PEMBANGUNAN MODUL MODEL ADDIE Reka bentuk dan pembangunan bagi Modul Pintar Karangan Bahasa Melayu (PKBM) telah dihasilkan dengan berpandukan lima elemen model Addie. Panduan ini diperlukan dalam pelaksanaan modul supaya panel penulis peroleh bentuk modul yang teratur dan efektif untuk digunakan. Lima elemen yang dipraktikkan berdasarkan model Addie ialah : Analisis Reka bentuk Pembangunan Pelaksanaan Penilaian
Menganalisis berdasarkan tiga objektif yang berfokus kepada penulisan karangan. Kemahiran menulis karangan dalam kalangan pelajar. Menyediakan teknik dan formula asas penulisan karangan. Membantu pelajar menjana dan mengembangkan idea dalam penulisan. Audiens : Fokus kepada penulisan karangan kategori menengah atas iaitu kepada pelajar tingkatan 4 dan 5 . ANALISIS
Pemindahan maklumat analisis kepada lakaran pembentukan modul penulisan karangan. Modul pengajaran Aktiviti berkumpulan Penilaian Modul Pengajaran Penerokaan tentang pengisian penulisan karangan berdasarkan format yang betul dan teknik mudah. Berpandukan model Addie, media pengajaran seperti penggunaan slaid, gambar rajah, klik pautan dan penggunaan komputer riba turut diaplikasikan. REKA BENTUK
Aktiviti Berkumpulan Perbincangan dalam kumpulan antara pelajar untuk melihat sejauh mana pemahaman mereka terhadap modul penulisan karangan yang diberikan. Bahan bantu mengajar secara penulisan seperti kertas mahjong dan pen penanda digunakan. Penilaian Latihan kendiri dalam modul disediakan bagi meningkatkan pemahaman pelajar. Latihan secara dalam talian turut diaplikasikan seperti kahoot atau quizziz supaya selaras dengan pengajaran model Addie.
Pembangunan hasil dalam modul adalah berdasarkan aktiviti dan penggunaan bahan yang telah direka bentuk. Modul Pengajaran Teknik 3443 dibangunkan dalam modul iaitu untuk penulisan karangan bahagian A. Gambar rajah digunakan sebagai bahan rangsangan kepada penulisan karangan bahagian A. Pengetahuan mengenai penanda wacana dan strategi menjawab turut difokuskan dalam penghasilan modul. Penggunaan komputer riba, projektor, dan slaid digunakan oleh guru untuk menerangkan secara rinci mengenai pengisian modul. PEMBANGUNAN
Aktiviti Berkumpulan Akiviti ini dibangunkan untuk meningkatkan kemahiran bertutur, menulis, dan berfikir dalam kalangan pelajar. Tiga kemahiran utama tersebut diperlukan dalam setiap pengajaran dan pembelajaran bagi menepati silibus kemahiran bahasa. Penilaian Latihan kendiri dalam modul. Uji pengetahuan berdasarkan ‘Rehat Minda’ dalam modul. Latihan dan kuiz secara dalam talian.
Murid meningkatkan kemahiran penulisan karangan dengan berpandukan modul. Modul Pengajaran Panduan dan format untuk menulis karangan didedahkan kepada pelajar terlebih dahulu supaya mereka mengikut skema yang tepat dan betul. Teknik dan penggunaan formula penulisan karangan yang terdapat dalam modul perlu dikuasai oleh pelajar terutama kepada pelajar yang lemah dalam kemahiran menulis. Turut disediakan kepada pelajar sesi ‘Rehat Minda’ yang sangat membantu dalam meningkatkan pengetahuan pengisian penulisan karangan. PELAKSANAAN
Aktiviti Berkumpulan Setiap pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjalankan aktiviti bersama yang masih berfokus kepada penulisan karangan. Kertas mahjong, pen penanda, dan tajuk karangan disediakan untuk setiap kumpulan sebagai bahan aktiviti. Aktiviti ini memerlukan para pelajar berbincang untuk mengeluarkan idea atau isi berdasarkan tajuk yang telah diberi. Penyediaan satu atau dua perenggan dilakukan dengan menggunakan teknik dan formula yang telah mereka kuasai daripada modul. Penilaian Latihan dalam modul dilaksanakan oleh pelajar bagi menguji tahap pemahaman mereka. Semakan jawapan bersama guru berdasarkan skema dilakukan.
Pemahaman murid dinilai secara terus (formatif) dan berdasarkan latihan kendiri melalui pautan quizziz (sumatif). Penilaian secara terus Soal jawab antara guru dan pelajar. Komunikasi dua hala dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Penilaian berdasarkan latihan Latihan menjana isi berdasarkan tajuk karangan yang diberi. Memenuhi garis yang diberi dengan menghasilkan perenggan. Penilaian melalui pautan Menjawab kuiz pengetahuan penulisan karangan dalam pautan quizziz. PENILAIAN