The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by idham0212, 2023-10-14 09:58:37

Tips Persediaan Praktikum IPG

TIPS PERSEDIAAN PRAKTIKUM IPG

T IPS PERS EDIAAN KHAS KEPADA Pelajar IPG Seluruh Malaysia PRAKT IKUM


Alhamdulillah bersyukur kepada Allah AlHakim, Al-Wahhab, Al-'Alim kerana telah memberikan izin kepada penulis untuk membukukan beberapa tips persediaan praktikum yang diharapkan berguna dan mampu menjadi panduan & rujukan kepada pelajar Institut Pendidikan Guru di seluruh negara yang bakal menghadapi fasa praktikum. Segala perkongsian dalam buku ini adalah berdasarkan pengalaman penulis & diadunkan bersama pengetahuan yang dikongsi bersama rakan yang lain. Maka, penulis mengakui mungkin ada kekhilafan atau kekurangan dalam perkongsian ini. Namun diharapkan ia dapat menjadi manfaat kepada yang memerlukan. MUQADDIMAH Pendidik Berkualiti Pemangkin Generasi Insani


Bab 1 : Pengurusan Diri Bab 2 : Pengurusan Rancangan Pengajaran Harian Bab 3 : Strategi PdPC Bab 4 : Penyediaan Bahan Bantu Mengajar Bab 5 : Pentaksiran Bilik Darjah Bab 6 : Pengurusan Kelas Bab 7 : Pengurusan Fail Kandungan


PENGURUSAN DIRI Bab 1


Bab 1 Pengurusan Diri PENGURUSAN DIRI PENAMPILAN DIRI PENGURUSAN MASA


Bab 1 Pengurusan Diri ASPEK PENAMPILAN DIRI PAKAIAN PERGAULAN


Bab 1 Pengurusan Diri PAKAIAN Mematuhi Etika Pakaian Penjawat Awam Nota Tambahan : 'Nametag' WAJIB dipakai pada setiap masa sepanjang sesi persekolahan


Bab 1 Pengurusan Diri PERGAULAN Sentiasa senyum Jadi peramah Sentiasa bergaul dengan warga sekolah Bertegur sapa antara warga sekolah Kalau perlukan bantuan, minta dengan berhemah Muka masam Sombong Duduk dalam circle cikgu praktikum sahaja Tak bergaul dengan warga sekolah Mengumpat @ membawang Tidak berhemah dalam berurusan


Bab 1 Pengurusan Diri PENGURUSAN MASA ALWAYS PLAN UR WORK Sepanjang praktikum, kita sentiasa berlumba dengan masa. Maka, setiap jam, setiap minit, setiap saat, setiap detik adalah SANGAT BERHARGA Jadi, buatlah jadual kerja anda dengan baik & tersusun.


Bab 1 Pengurusan Diri Contoh : Penyediaan RPH Pengurusan Fail Sebolehnya, dua perkara nii selesaikan di sekolah. Kalau perlu stay back, stay back jer kejap. Penyediaan BBM Waktu korang ada kat rumah sewa @ asrama, boleh guna untuk buat BBM. Haa inilah sebab kenapa kena siapkan RPH kat sekolah. Bila RPH dah siap, kita dah tahu BBM apa yang nak guna. Jadi, sekurang-kurangnya waktu nak balik dari sekolah, kita boleh singgah kedai untuk beli bahan BBM. Berdasarkan pengalaman, bila dekat rumah baru nak buat RPH, kita akan stuck untuk BBM


PENGURUSAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Bab 2


Bab 2 pengurusan rph FASA PENYEDIAAN RPH SEBELUM SEMASA SELEPAS


Bab 2 pengurusan rph SEBELUM Kenalpasti dan fahamkan semua elemen @ isi kandungan yang perlu ada dalam RPH. Fahamkan standard kandungan yang dipilih berdasarkan RPT & DSKP. Fahamkan tajuk dan kandungan yang hendak diajarkan. Kenalpasti pentaksiran bilik darjah yang sesuai untuk dilaksanakan. Tetapkan objektif pembelajaran yang hendak dicapai di akhir sesi pengajaran. Pilih strategi pengajaran & susun aktiviti yang hendak dilakukan selari dengan objektif pembelajaran.


Bab 2 pengurusan rph SEMASA Semasa menulis RPH, sentiasa pastikan RPH yang dibuat adalah selari dengan RPT, DSKP &Buku Teks Pastikan semua elemen RPH diisi dengan lengkap Pastikan RPH ditulis dalam keadaan yang kemas & mudah dibaca Pastikan aktiviti yang disusun mematuhi jam pembelajaran yang telah ditetapkan dalam RPT Sediakan & catat bahan bantu mengajar yang digunakan dalam setiap aktiviti atau fasa PDPC


Bab 2 pengurusan rph SELEPAS Bila dah siap tulis RPH, semak kesemua elemen. Double check sekali lagi standard kandungan & standard pembelajaran supaya selari dengan RPT, DSKP &Buku Teks. Semak peruntukan masa bagi setiap aktiviti & pastikan tidak melebihi waktu pembelajaran yang telah ditetapkan. Bawa RPH dan jumpa dengan guru pembimbing & pensyarah pembimbing untuk dapatkan nasihat & penambahbaikan terhadap RPH Tulis refleksi


Mata Pelajaran Tarikh/Hari Bidang Pembelajaran Objektif/Kriteria Kejayaan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran ABM/BBM Elemen Merentas Kurikulum Tahap Pemikiran Peta Pemikiran i-Think Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran Tahap Penguasaan Penilaian Refleksi Contoh Isi Kandungan RPH Bab 2 pengurusan rph Remarks : Isi kandungan RPH mungkin berbeza mengikut kampus & opsyen


Nota Tambahan Bab 2 pengurusan rph JANGAN TANGGUH BUAT RPH!!! HARAM MASUK MENGAJAR TANPA RPH!!!


STRATEGI PDPC Bab 3


Bab 3 strategi pdpc Cadangan Strategi PDPC Idea Set Induksi Idea Belajar Sambil Bermain


Bab 3 strategi pdpc Idea Set Induksi


1. Guessing game/Pictionary Persediaan: Guru menyediakan kertas yang di tercatat perkataan tertentu. Sebagai contoh, simpulan bahasapanjang tangan, anak emas, tangkai jering dll. Cara pelaksanaan: Murid dibahagi dalam kumpulan kecil. Seorang wakil murid dari setiap kumpulan melukis gambar, ahli kumpulan meneka simpulan bahasa. Point diberikan untuk setiap jawapan yang betul. Bab 3 strategi pdpc Idea Set Induksi 2. Bercerita Persediaan: Guru mencari serta mengolah maklumat tentang tajuk. Cara pelaksanaan: Guru bercerita secara ringkas berkaitan tajuk pelajaran. Sesuai untuk subjek pendidikan Islam, sains, bahasa dan sejarah.


3. Pick, Act and Guess Persediaan: Guru menyediakan kertas kecil yang telah dituliskan perkataan tertentu berkaitan pelajaran pada hari tersebut. Gulung kertas dan letakkan dalam top/bekas. Cara pelaksanaan: Seorang wakil dari kumpulan ambil kertas kecil tersebut dan melakonkannya tanpa sebarang suara. Rakan-rakan meneka. Setiap kumpulan diberi 30 saat. Dalam 30 saat, murid boleh mengambil kertas dan meneka sebanyak yang boleh. 1 tekaan yang betul, 1 poin diberikan. Bab 3 strategi pdpc Idea Set Induksi 4. Smell me! Persediaan: Guru meletakkan bunga, makanan atau apaapa bahan yang berbau untuk memperkenalkan tajuk. Tebuk lubang kecil pada kotak (pastikan murid tak boleh lihat isi kotak). Cara pelaksanaan: Edar kepada semua murid untuk hidu dan cuba meneka isi kandungan kotak. Sesuai untuk matapelajaran Sains, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.


5. Radio Karat Persediaan: Guru mencatatkan maklumat tertentu di atas kertas untuk dimaklumkan kepada seorang murid. Cara pelaksanaan: Guru minta seorang murid membaca maklumat/ayat dan membisikkannya kepada rakan di sebelahnya. Kemudian, maklumat terus disampaikan sehingga murid terakhir dengan cara berbisik. Murid terakhir akan memberitahu kepada kelas tentang maklumat yang diterimanya. Lihat bagaimana maklumat disampaikan. Selalunya jawapan memang tak sama dengan maklumat/ayat asal. Masa ni boleh terapkan nilai moral seperti kejujuran. Bab 3 strategi pdpc Idea Set Induksi 6. Relay Maraton Persediaan: Guru bahagi murid kedalam beberapa kumpulan. Sediakan timer. Boleh google jer TIMER... Hehe... Cara pelaksanaan: Guru beri tajuk, setiap ahli datang ke hadapan bergilir-gilir, tulis perkataan yang berkaitan dengan tajuk (brainstorming/listing): Beri masa 30 saat Pemenang berdasarkan kumpulan yang tulis paling banyak menulis perkataan yang betul. Boleh jalankan semasa mengajar karangan. Minta murid tulis point/perkataan berkaitan gambar/tajuk yang diberikan.


7. Hangman Cara pelaksanaan: Minta murid meneka huruf. Sekiranya salah, hangman akan di lukiskan di papan putih. Murid meneka tajuk PDPC pada hari tersebut. 8. Drama @ Role Play Persediaan: Guru memakai topeng atau kostum. Boleh minta murid pakai topeng/kostum. Cara pelaksanaan : Guru/murid memakai topeng / kostum untuk menarik minat murid-murid mendengar isi pelajaran pada hari tersebut. Bab 3 strategi pdpc Idea Set Induksi


Bab 3 strategi pdpc Idea Belajar Sambil Bermain


1. Kotak beracun Sesuai untuk semua subjek. Sebenarnya ia adalah aktiviti kuiz, cuma bila ada muzik, ada kotak dan ada pergerakkan murid menghantar kotak kepada kawan-kawan, ia akan jadi fun learning! Persediaan: Sediakan satu kotak/bekas bertutup... Di dalamnya diletakkan kertas kecil yang mengandungi soalan. Kertas tu elok dilipat/digulung untuk mengelakkan soalan bocor. Hehe... Sediakan radio / laptop untuk muzik. Pelaksanaan: Guru mainkan muzik sementara murid pass kotak tu kepada rakan-rakan... Kemudian, guru berhentikan muzik dan murid terakhir yang pegang kotak tu perlu mengambik satu soalan dalam kotak dan jawab. Untuk menambahkan lagi keseronokkan bermain, boleh kenakan denda ringan atau yang 'comel' untuk mereka yang tidak dapat menjawab soalan. Suruh menyanyi ke, baca sifir ke atau apa-apa sahaja yang difikirkan sesuai. Pasang lagu hits masa kini, confirm murid akan seronok. Nilai: Ajar murid memberikan kotak dengan cermat kepada kawankawan sebab akan ada murid yang baling je kotak tu sebab mereka takut nak jawab soalan. Nilai kedua, bina keyakinan diri mereka dengan menerima kenyataan bahawa mereka perlu menjawab soalan. Tak payah nak takut-takut... Jawab je... Bab 3 strategi pdpc Idea Belajar Sambil Bermain


2. Bisik-bisik @ membawang Aktiviti ini sesuai untuk digunakan dalam semua subjek terutama apabila melibatkan nota/maklumat dan fakta. Persediaan : Sediakan teks pendek (fakta tentang sesuatu tajuk / cerita berkaitan subjek) yang sesuai kat atas kertas. Tulis dengan jelas supaya murid boleh membaca dan mengingat dengan baik. Kalau ada 10 fakta/ayat maka 10 kali la mereka akan main. Pelaksanaan: Bahagikan murid dalam 3-4 kumpulan besar... Mungkin dalam 8-10 orang satu kumpulan. Lantik seorang ketua untuk setiap kumpulan. Ketua kumpulan datang ke hadapan untuk membaca nota yang tertera di atas kertas. Ketua kumpulan balik ke kumpulan masing-masing & mula berbisik tentang apa yang mereka baca sebentar tadi. Panggil orang terakhir untuk memberitahu apa maklumat yang dia terima. Yang pasti, ramai akan come out dengan ayat yang entah apa-apa Nilai: Masa ni korang boleh tekankan tentang nilai moral, bagitau murid supaya jangan dengar gossip/cakap orang. Sebab tak semua gossip bisik-bisik tuu betul dan sahih. Bab 3 strategi pdpc Idea Belajar Sambil Bermain


3. Dam ular Aktiviti ini sesuai untuk matematik, grammar, tatabahasa dll. Boleh jadikan aktiviti untuk ulangkaji subjek lain jugak. Persediaan: Sediakan dam ular besar (boleh tempah kat kedai buat banner). Teringat dulu masa praktikum, saya lukis sendiri dam ular atas kertas mahjong... Nak besar katanyaaa... Haha... Kalau takde, boleh guna dam ular biasa, letak kat setiap kumpulan. Sediakan soalan dalam sehelai kertas A4 mengikut bilangan katak dam tu (sediakan untuk setiap kumpulan). Sediakan sekali jawapan untuk memudahkan mereka menyemak jawapan. Ni kira self access learning la ni.. Cuma la bukan latihan bertulis tapi lebih kepada lisan dan fun! Pelaksanaan Murid bermain dam. Setiap kotak, ada soalan yang perlu dijawab. Misal kata murid gagal menjawab, dia akan kekal di tempat asalnya. Untuk menambahkan lagi keseronokkan, mungkin boleh sediakan satu atau dua hadiah untuk pemenang. Pemenang dipilih berdasarkan siapa yang paling cepat habis main. Nilai : Boleh tekankan tentang kerjasama dalam kumpulan. Biasa la bila bermain, kadang-kadang budak-budak ni over excited & lupa diri. Haha... Ingatkan mereka, kalau mereka tidak fokus dengan permainan atau asyik membuat bising, berkemungkinan murid dari kumpulan lain yang akan menang hadiah! Satu lagi, since ada Jawapan (dibelakang kertas) diberikan bersama soalan, ajar murid untuk jujur. Integriti tu penting. Sila didik dari keci Bab 3 strategi pdpc Idea Belajar Sambil Bermain


4. Story Marathon Boleh dijalankan secara bertulis mahupun lisan. Sesuai untuk aktiviti penulisan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil dll. Persediaan : Tiada persediaan khas. Guna pen dan whiteboard je. Timer jika perlu. Pelaksanaan: Guru menyatakan tajuk atau tema. Guru pilih seorang murid untuk memulakan ayat. Murid tulis ayat di whiteboard. Contoh: Murid A Pada cuti sekolah yang lalu, saya pergi ke Cameron Highland bersama keluarga. Murid B-sambung ayat Murid C-sambung ayat Panggil murid sehingga cerita tamat. Pen marker sebagai 'baton. Nak seronok, guna timer, murid yang lambat, minta mereka gunakan talian hayat untuk bantu mereka (Rujuk point ke-6) Setelah selesai menulis karangan, minta mereka salin dalam buku masing-masing... See, senang je nak ajar karangan! Hahahha. Nilai: Yakin diri boleh menulis ayat dengan betul. Bersedia untuk dikritik. Kalau ayat salah, mesti kawan-kawan akan kritik, jadi aktiviti ni membantu mereka develop keyakinan diri mereka. Saya nak murid saya tak takut untuk salah jawab. Bersifat terbuka, boleh menerima komen orang lain Bab 3 strategi pdpc Idea Belajar Sambil Bermain


5. Pembaca berita / news reader Aktiviti ini dapat mengukuhkan lagi kefahaman murid tentang teks yang dibaca, aktiviti ni juga membantu murid untuk membaca / membunyikan perkataan (pronunciation) dengan baik. Persediaan : Sediakan teks yang sesuai. Guru boleh minta murid bawa keratan akhbar dari rumah atau guru sendiri boleh menyediakan akhbar tersebut. Pelaksanaan: Panggil seorang murid untuk membaca berita di hadapan kelas menggunakan tone suara seolah-olah penyampai berita. Bagi aktiviti ini, secara tak langsung guru boleh buat flipped classroom, caranya dengan meminta murid tonton berita kat rumah, jadi mereka tau macam mana cara yang betul untuk baca berita semasa aktiviti dijalankan kat kelas nanti. Nilai: Membina keyakinan murid. Yakin membaca walaupun pronunciation' kurang tepat. Selain itu, membuka minda murid bahawa terdapat prospek pekerjaan (pembaca berita) berkaitan derigan aktiviti yang mereka jalankan tu. Bab 3 strategi pdpc Idea Belajar Sambil Bermain


6. Bantu Saya Plisss Sesuai diselitkan dalam aktiviti kuiz, atau aktiviti Story Marathon Persediaan : Tiada sebarang persediaan khusus. Boleh selit je aktiviti ni dalam aktiviti kuiz, aktiviti-aktiviti lain yang sesuai. Pelaksanaan : Sekiranya ada murid yang tak dapat menjawab soalan kuiz, tak dapat menulis atau untuk ayat semasa aktiviti Story Marathon, boleh minta mereka menggunakan talian hayat. Mereka ada 3 pilih option samada nak minta semua kawan-kawan tolong (audience), atau nak minta seorang je kawan baik mereka untuk bantu , atau nak bantuan guru memberikan option jawapan kepada dia. Benda macam ni nampak mudah, tapi bila apply dalam kelas, budak-budak sangattttt suka! Nilai: Memupuk semangat kekitaan dikalangan murid-murid dengan memberi bantuan sewajarnya kepada murid yang memerlukan Bab 3 strategi pdpc Idea Belajar Sambil Bermain


7. Relay Writing Aktiviti ni permainannya lebih kurang sama dengan Story Marathon. Sesuai untuk aktiviti menulis karangan/bina ayat / menyenaraikan perkataan Persediaan: Guru sediakan marker pen mengikut bilangan kumpulan. Semua aktiviti buat kat whiteboard. Marker pen jadi 'baton'. Buat column kat whiteboard ikut bilangan kumpulan. Perlaksanaan: Bahagi murid dalam kumpulan. Kalau murid cukup sama rata dalam kumpulan, boleh main sampai semua murid habis jawab Kalau murid tak cukup, tak sama banyak boleh tetapkan masa.. 10 minit ke misalnya.. Guna timer Murid bergilir-gilir påss baton (marker pen) & menulis di whiteboard sehingga masa tamat Untuk aktiviti menyenarai perkataan, kumpulan yang dapat menyenaraikan perkataan terbanyak akan dikira sebagai pemenang. Nilai: Bekerjasama dengan ahli kumpulan. Fokus dengan aktiviti kumpulan sendin memandangkan satu whiteboard dikongsi dengan beberapa kumpulan, fokus adalah penting untuk memastikan mereka dapat menyiapkan tugasan dalam masa yang ditetapkan Bab 3 strategi pdpc Idea Belajar Sambil Bermain


8. Nenek nenek si bongkok tiga Permainan ni sesuai main kat dewan atau kawasan lapang Persediaan: Bahagi murid dalam kumpulan (Lelaki-lelaki perempuan-perempuan) Pilih seorang dari setiap kumpulan untuk jadi 'nenek' yang lain jadi cucu. Ikat mata nenek dengan kain & berikan pembaris panjang untuk dijadikan tongkat. Sediakan soalan untuk murid jawab Pelaksanaan : Murid (cucu) menyanyi lagu. Setelah selesai menyanyi, cucu akan duduk. Nenek mencari cucu menggunakan pembaris panjang, kemudian meneka siapa nama cucu. Jika fekaannya betul cucu perlu menjawab soatan dan menjadi nenek Bab 3 strategi pdpc Idea Belajar Sambil Bermain


9. Word Building Permainan yang sangat simple dan mudah dilaksanakan. Boleh dijadikan sebagai aktiviti pengukuhan kepada murid untuk mengukuhkan lagi pengetahuan dan kosa kata murid. Sesuai untuk subjek Bahasa & jawi Pelaksanaan : Permainan ini sesuai dimainkan secara bertulis. Sediakan beberapa batang marker pen untuk murid-murid menulis di papan putih. Tuliskan satu perkataan dan minta murid-murid bina perkataan lain dari perkataan yang diberi. Hanya semua huruf dalam perkataan yang diberi sahaja yang boleh digunakan. Tidak boleh ditambah dengan huruf lain. Boleh lihat contoh pada gambar yang saya masukkan ini. Bab 3 strategi pdpc Idea Belajar Sambil Bermain


10. Word Snake Sama seperti Word Building. Permainan yang sangat simple dan mudah dilaksanakan. Boleh dijadikan sebagai aktiviti pengukuhan kepada murid untuk mengukuhkan lagi pengetahuan dan kosa kata murid. Sesuai untuk subjek Bahasa & Jawi Pelaksanaan : Permainan ini boleh dimainkan secara lisan mahupun bertulis. Jika dijalankan secara bertulis, saya cadangkan untuk anda gunakan papan putih di dalam kelas. Minta muridmurid berdiri. Guru memulakan dengan menulis atau menyebut satu perkataan dan eja dengan jelas. Kemudian, minta murid-murid menyambung dengan perkataan lain dengan menggunakan huruf terakhir dalam perkataan yang anda sebut/tulis. Contohnya : - Ayam - masak - kenduri-ikan-negara - arnab - buaya - awanUntuk mewujudkan semangat bersaing dikalangan murid-murid, nyatakan secara jelas yang orang terakhir menjawab akan dikenakan denda. Denda menyanyi, denda yang menyeronokkan.. Ingat! Permainan ini adalah untuk meningkatkan minat murid, sekiranya anda mengenakan denda berat seperti mengemas kelas dsb, ini mungkin akan membuatkan murid tidak minat bermain. Pada masa yang sama, elakkan kawan-kawan mengejek. Beri galakkan dengan cara meminta dia cuba mencari perkataan yang sesuai, sebolehnya beri dia masa untuk menjawab. Denda adalah jalan yang terakhir. Bab 3 strategi pdpc Idea Belajar Sambil Bermain


BAHAN BANTU MENGAJAR Bab 4


Bab 4 penyediaan bbm BBM Penyediaan Sumber Idea ContohBBM Jenis BBM


Bab 4 penyediaan bbm Jenis BBM Elektronik Bukan Elektronik Buku teks Papan pameran Fail tegak dan bahan bacaan Gambar Kad imbasan atau kad cantuman Carta Grafik Papan Pengajaran Model Boneka LCD Projektor Pembesar Suara Smart TV Komputer Riba Mikrofon Tayangan Video


Bab 4 penyediaan bbm Secara ringkas, BBM elektronik adalah apa sahaja bahan bantu mengajar yang berasaskan elektronik @ digital. Manakala, BBM bukan elektronik adalah bahan bantu mengajar yang maujud & tidak menggunakan sebarang sambungan elektrik. Dalam era pengajaran kini, keduadua jenis BBM ini perlu bergerak seiring bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih efisien.


Bab 4 penyediaan bbm Pembinaan atau penyediaan BBM adalah merujuk kepada beberapa faktor seperti : Kapasiti Kelas Keperluan PDPC Masa & Kos Tahap Murid


Bab 4 penyediaan bbm Kapasiti Kelas Keperluan PDPC Kapasiti kelas ni maksudnya saiz dan ruang kelas & bilangan murid dalam kelas. Kalau kapasiti besar, saiz BBM atau kuantiti BBM perlu ditingkatkan supaya tak ada murid yang keciciran dalam kelas. Kadang tu korang rasa BBM dah besar tapi bila masuk kelas. Alahai haluihhh jer BBM tuu haha Bila nak buat BBM, tanya balik diri. "BBM yang nak buat nii untuk apa? Diperlukan atau tak untuk pengajaran? Atau sekadar pelengkap syarat? Ke sebab tengok kawan buat, kau pon gedik kaki tangan nak buat sekali" Benda nii penting tau sebab kalau tak bila korang masuk kelas, korang sendiri jadi blur sama ada nak guna ke tak BBM tuu.


Bab 4 penyediaan bbm Masa & Kos Bila nak buat BBM nii, ofkos fulus (duit) akan mengalir bagai air sungai yang mengalir tanpa batasnya. Akan tetapi, kita perlu bijak dalam nak jimatkan kos penyediaan BBM. Antara yang korang boleh buat adalah dengan berkongsi BBM dalam team. Sebagai contoh, korang kan praktikum dalam group. So basically satu group ada 3-4 orang. Apa yang korang boleh buat adalah discuss sesama korang BBM apa yang sesuai guna untuk banyak tajuk. Then, bahagi laa sorang buat 2-3 BBM. Kalau 4 orang, dah ada 8-12 BBM dah. Dalam masa 3 bulan, takkan sorang tuu akan buat 2-3 BBM je. Paling2 sebulan 5 BBM. 3 bulan dah 15 BBM sorang. Darab lah dengan 4 orang. Haa kan dah 60 BBM tuu... Jadilah tuu buat ghaso2 sepanjang 12 minggu praktikum Kalau perlu keluarkan kos, bincang sama-sama. Bahagi share sorang sikit. Masa jimat kita pon tak stress sorang-sorang. Sharing is caring maa!


Bab 4 penyediaan bbm Tahap Murid Antarabendayangramai terlepaspandangbilanakbuatBBM termasuklahpenulisyanglemahiniadalah TAHAPMURID. AlwaysBEARINURMINDdearcikgu, teacher,ustazdan ustazah...Setiapmuridkitaadatahapyangberbeza.Itukita kenaadmit SobilanakbuatBBMtuu,kenalpastidulutahapmuridkitadi levelmana.Kalaulevellemah,createBBMyangringkasbut efisien.Contohnya,puzzle. Kalaumuridlevel sederhanaatauintermediate,createBBM yanggeneral&diketahuiumumlaakiranya.Contoh, roda impianke,damularkeyangmanamuridcapableuntuk melibatkandiri. Kalauyanglevel tinggi tahapdewapunya,createBBMyang perlukepadacritical thinkingdanperlukansomeaction insteadofduduksaja.Contohnya,untuktajuktajwiddalam PendidikanIslam.BuatBBMPokokQalqalah.Yangmanakita bagipasukosong&lidipadamurid.Diorangkenacari tanahisi dalampasu&caricontohkalimahbacaanqalqalahdalam quranuntukjadikansebagaidaunpokoktuu.So,diorangtak bosan.Normallybudakpandainiikereksikit.Diorangakan cepatbosankalaubuataktivitiyangsimple&senang.So,kita kenasusahkandioranghaha...


Bab 4 penyediaan bbm Untuk sumber idea nii sekarang dah banyak korang boleh cari. Antaranya : Tiktok YouTube Telegram Google Kawan-kawan Guru Pembimbing


Contoh bahan bantu mengajar yang saya kongsikan ini adalah sekadar rujukan dan panduan sahaja. Korang boleh gunakan idea contoh nii untuk create new innovation sebagai BBM yang sesuai dengan topik pembelajaran. Contoh yang saya bagi nii adalah idea daripada YouTube. Korang boleh je cari kat Tiktok juga Keyword : "Idea BBM Cikgu" Bab 4 penyediaan bbm Contoh BBM


Bab 4 penyediaan bbm Contoh BBM 1. Bebola Nasib https://youtu.be/h15U0E2U15o 2. Dadu BM https://youtu.be/-dHb37ChRu0 3. Kotak Ilmu https://youtu.be/wxO40WZ_cDo 4. Permainan Bahasa https://youtu.be/9zHSdWCIES8 5. Hot Box https://youtu.be/rrsLJhr_vvs


Bab 4 penyediaan bbm Contoh BBM 6. Poket Ibadah https://youtu.be/7glqjmHnTkk 7. Bingo Sejarah https://youtu.be/vT6xqctwiOw 8. Kit Pembelajaran https://youtu.be/EkWbXc4lt2A 9. Botol Sifir https://youtu.be/Wx5AlOgDc-8 10. Roda Impian https://youtu.be/YGZvIBrHVTU


PENTAKSIRAN BILIK DARJAH Bab 5


Bab 5 pengurusan pbd Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Lisan Penulisan Pemerhatian


Kuiz Lisan Bab 5 pengurusan pbd Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Lisan Pembentangan Membaca Menyebut


Click to View FlipBook Version