The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by idham0212, 2023-10-14 09:58:37

Tips Persediaan Praktikum IPG

TIPS PERSEDIAAN PRAKTIKUM IPG

Lembaran Kerja Bab 5 pengurusan pbd Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Penulisan Menulis ayat @ perkataan Mengeja Membina perkataan


Pembentangan Bab 5 pengurusan pbd Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Pemerhatian Penghasilan Projek Pelibatan Dalam Kelas Senarai Semak


Sejujurnya, saya bukanlah orang yang 'arif untuk berbicara tentang PBD nii sebab saya sendiri pon baru bertatih mengenal & faham tentang pelaksanaan PBD. Jadi, saya amat menggalakkan korang untuk bertanya kepada pensyarah pembimbing & guru pembimbing kerana mereka pernah melakukan PBD & ada contoh instrumen pelaksanaan PBD. Bab 5 pengurusan pbd Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)


PENGURUSAN KELAS Bab 6


Bab 6 pengurusan kelas "AARGHH MURID BISING AHH!!!" "SUARA AKU PELAN, MACAM MANA MURID NAK DENGAR" "BADAN PON SAIZ LEBIH KURANG STUDENT, MACAM MANA LAA DIORANG NAK RESPECT" "AKU DAPAT BUDAK NAKAL BUDAK KAKI SEMBANG, CANE NAK BAGI DIORANG BEHAVE DALAM KELAS" "CIKGU-CIKGU PAKAT KATA KELAS YANG AKU DAPAT TUU TERUK, BUDAK BUAS NAKAL TAK HORMAT CIKGU... HABIS LAH AKU... HUWAA!!!" Haaa... Tiba lah saat yang ditunggu-tunggu... Hehe... Rata-rata dari korang mesti tengah overthinking kan macam mana nak handle kelas? Alaa macam yang dekat kotak kuning atas tuu... Hehe


Bab 6 pengurusan kelas Okey gini... Sebelum korang gelabah tak tentu arah disebabkan kelas bermasalah... Korang kena set kan karakter korang dalam kelas. Contoh, nak jadi garang ke, jadi tegas ke, peramah ke (not suggested), happy go lucky ke... Itu semua atas decision korang. TETAPI... Itu bukan point utama dia. Based on pengalaman saya, main element dalam pengurusan atau kawalan kelas adalah RULES. Sebagai guru, kita adalah raja dalam kelas. So, kita berhak untuk tetapkan apa-apa rules bagi pastikan kelas terkawal.


Bab 6 pengurusan kelas Bagi saya, kalau korang tekankan betulbetul rules in class nii dari first kelas... InshaAllah biiznillah, segalanya akan berjalan lancar sehingga akhir. Dengan syarat, every class korang kena ulang rules tuu sebelum start mengajar. Serius aaa every class?! YES!!! EVERY CLASS!!! Tahu tak kenapa? Sebab budak-budak nii ingatan diorang short term je. Kalau korang just cakap waktu kelas pertama je... Alamatnya ke laut laa kawalan kelas korang... So, make sure repeat rules setiap kali masuk kelas. Pehe dokk?


"Okey kelas, sebelum kita mula... Ustaz nak semua orang duduk di tempat masing-masing & nak dengar bunyi kipas sahaja." "Simpan semua buku lain kecuali buku Pendidikan Islam sahaja" "Sebelum tu, ustaz pesan siap-siap... Dalam kelas ustaz ada peraturan, yang pertama... 1. Bercakap bila perlu sahaja 2. Jangan usik atau kacau kawan sebelah 3. Jangan bersembang atau bermain dengan kawan 4. Kelas kita dua hala, jadi tak perlu segan silu untuk respons atau tanya soalan. Okey kita ulang balik... Yang pertama, (biar murid yang jawab) sampailah yang seterusnya. Kenapa kita minta murid yang ulang sendiri adalah supaya diorang sendiri akan ingat peraturan tuu. Bab 6 pengurusan kelas Okeyh now... Rules yang macam mana kita nak set kan? Okey ini cara saya ye... Mungkin sama @ mungkin lain dengan orang lain


Sebagai contoh, korang buat satu papan ganjaran. Korang bagitahu dekat setiap kelas. Siapa yang behave, yang dengar kata, yang siap kerja akan dapat bintang. Then, korang explain laa apa fungsi bintang tu. Kenapa diorang kena usaha dapatkan bintang tu. Dan apa manfaat yang diorang boleh dapat daripada bintang tu. Baru diorang excited untuk dapatkan bintang. Itu untuk murid behave. Untuk murid yang kurang behave nii pulak. Kita bawa konsep dendaan. Contohnya, kalau dia kacau kawan, bintang akan kena tarik lepas tuu dia kena denda. Korang set aje denda yang mendidik. Contoh bagi dia sapu lantai ke, buang sampah ke, susun buku dekat rak ke. Then kalau dia dah selesai denda tuu, puji dia depan kelas. Bagi peneguhan positif balik. Dia akan rasa dihargai & akan ingat benda tu & akan usaha jadi behave lepas tu. Pastu bagitau laa dia kalau dia nak balik bintang, dia kena kekalkan behave dalam kelas akan datang. PAPAN GANJARAN Bab 6 pengurusan kelas Selain daripada rules, konsep dendaan dan ganjaran boleh diterapkan.


Haa mesti pelik kan nak buat sistem anugerah macam mana... Senang je... Kita set kan beberapa anugerah sama ada secara mingguan atau bulanan. Contohnya : 1. Anugerah Murid Happy Go Lucky 2. Anugerah Murid Dengar Cakap 3. Anugerah Murid Paling Rajin 4. Anugerah Murid Paling Aktif dan lain-lain anugerah yang korang boleh create... Percaya atau tak, sistem anugrah nii akan menjimatkan poket korang yang sangat-sangat jimat... Sebab apa? Sebab untuk sistem anugerah nii, korang just kena print sijil je haa Takyah susah-susah beli hadiah mahal-mahal... Setiap kali hujung bulan atau kelas terakhir minggu tuu, korang buat pengumuman ala2 ABPBH tuu... Trust me, budak akan lebih excited & akan usaha untuk dapatkan anugerah tu. Haa bayangkan semua student usaha, kan dah mudah korang nak handle kelas... SISTEM ANUGERAH Bab 6 pengurusan kelas Kalau bosan guna Papan Ganjaran, korang boleh guna sistem anugerah.


Pernah dengar tak orang buat gini... "Hello... Shhh" "SKSS... Hebat" "Eyes on me... Eyes on you" Haa ini lah contoh attention grabber dengan menggunakan chanting @ yelling Kita create satu slogan yang menarik & happening untuk grab semula attention murid. Yelling nii penting sangat-sangat bila kita buat aktiviti berkumpulan sebab masa tuu diorang masuk dunia lain dah... Excited sangat untuk buat aktiviti So, untuk korang grab balik attention diorang... Boleh gunakan yell @ chant yang korang dah buat. Instead of guna "Semua diam" "Ehh tengok sini" "Semua duduk sekarang!!!" Better guna chant... Korang tak perlu bazir anak tekak jerit-jerit selalu ATTENTION GRABBER Bab 6 pengurusan kelas Okey itu konsep dendaan & ganjaran... Now kita pergi pula ke konsep Attention Grabber


Aaa sudah... Asimilasi apa pulak nii... Ingat biologi ke nak belajar asimilasi nii haha Okey jangan risau kita bukan nak belajar biologi di sini. Tetapi asimilasi yang dimaksudkan adalah kenalpasti kumpulan murid yang nakal. Kemudian, pecahkan diorang supaya duduk group yang berasingan & buat group yang bercampur lelaki dan perempuan. Based on pengalaman saya yang lepas, teknik nii boleh dikatakan menjadi sebab saya eksperimen sendiri pada awal praktikum & pertengahan praktikum. Pada awal, saya biarkan kumpulan yang nakal nii duduk satu kumpulan yang sama. Apa yang jadi, diorang langsung tak buat kerja bahkan buat bising je. So, saya try create teknik nii & alhamdulillah dengan izin Allah SWT, ia berkesan. Kenapa saya namakan teknik nii sebagai asimilasi? Saya ambil konsep asimilasi tuu di mana kumpulan minoriti perlu ikut budaya kumpulan majoriti yang secara tidak langsung menghapuskan budaya kumpulan minoriti. Contohnya, dalam kumpulan berlima. Kita masukkan seorang murid yang nakal. Lagi 4 orang ahli kumpulan tuu adalah yang buat kerja & tak bising. Jadi, secara tak langsung, murid nakal tadi terpaksa ikut cara ahli kumpulannya yang lain. ASIMILASI Bab 6 pengurusan kelas Okey terakhir untuk kawalan kelas. Korang boleh gunakan teknik asimilasi.


PENGURUSAN FAIL Bab 7


FAIL PRAKTIKUM Bab 7 pengurusan fail Bila cakap pasal fail ni, mesti akan rasa macam leceh laa beban laa dan sebagainya kan? Tapi realitinya, fail @ dokumentasi adalah BUKTI terhadap kerja buat kita. Yes, pepatah Inggeris pernah mengatakan "Don't judge a book by its cover" Tetapi hakikat dunia hari ini, kita dinilai berdasarkan bukti dan bukti itulah dinamakan DOKUMENTASI. Kalau dokumentasi tak lengkap, maka tak salah untuk kita dihukum tidak membuat kerja sebab itulah sumber eviden yang ada. Macam perit tapi itulah dunia. Mana pernah adil untuk kita. Hanya Allah je yang Maha Adil


FAIL PRAKTIKUM FAIL PORTFOLIO PRAKTIKUM Bab 7 pengurusan fail So, basically untuk praktikum nii ada lebih kurang 4 fail yang korang kena sediakan depends on situation & kampus laa FAIL PERSEDIAAN MENGAJAR FAIL PENTAKSIRAN BILIK DARJAH FAIL BBM @ INOVASI


FAIL PORTFOLIO PRAKTIKUM Untuk fail portfolio nii, ada 6 bahagian yang korang kena lengkapkan Bahagian A : Maklumat Diri Bahagian B : Maklumat Sekolah Bahagian C : Maklumat Tugas Bahagian D : Maklumat Kokurikulum Bahagian E : Jurnal Mingguan Bahagian F : Lain-lain Bab 7 pengurusan fail Okey secara ringkas je saya explain... Disebabkan taknak panjangkan lagi huraian untuk fail portfolio ni, saya selitkan satu link blogspot yang lengkap maklumat tentang portfolio https://ezadayana.blogspot.com/2020/07/kandu ngan-fail-portfolio-praktikum.html


FAIL PERSEDIAAN MENGAJAR Untuk Fail Persediaan Mengajar nii, ada juga bahagian yang korang kena lengkapkan Bahagian A : Biodata Pelajar Bahagian B : Rekod Penyeliaan Bahagian C : Jadual Waktu Bahagian D : DSKP Bahagian E : RPT, RPS & RPH Bahagian F : Borang Bimbingan Praktikum Bab 7 pengurusan fail Disclaimer : Lain kampus mungkin lain taw content untuk fail persediaan mengajar ni. Jadi make sure ikut kampus masing-masing juga ya.


FAIL BAHAN BANTU MENGAJAR Untuk Fail Bahan Bantu Mengajar nii, simple je Korang just masukkan segala bukti BBM yang korang dah buat dalam fail nii. Sekurangkurangnya, bila pensyarah datang observe. Korang boleh tunjuk bukti tuu Tapi macam mana nak susun kan? Oke buat macam nii... Korang susun gambar je Gambar behind the scene korang buat BBM tuu & gambar korang guna BBM tu dalam kelas. Boleh juga letak tarikh, hari & tajuk yang korang ajar masa tuu. Bab 7 pengurusan fail


FAIL PENTAKSIRAN BILIK DARJAH Untuk Fail PBD nii pon simple je Korang just masukkan semua lembaran kerja atau hasil kerja murid dalam fail nii Saya tertarik dengan kawan saya masa praktikum dulu. Dia dah buat checklist. Tarikh nii masa nii lembaran kerja apa yang dia bagi kat student Lepas tuu dia akan check laa sama ada lengkap ke tak semua lembaran. Dia akan pastikan setiap kali dia masuk mengajar ada lembaran kerja which is bagus laa benda nii. At least kita dah ada bukti PBD dalam kelas. Bab 7 pengurusan fail


PENUTUP Alhamdulillah... Tahniah kerana anda dah berjaya khatamkan buku ini. Penulis berharap para pembaca dapat peroleh manfaat daripada perkongsian ini sebagai langkah persediaan menghadapi praktikum. Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan kita untuk menjadi guru yang berkualiti dan kompeten bagi melahirkan insan yang terdidik. Aamiin Sekian, Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca buku ini. Mohon maaf andai ada yang terkurang dalam penghasilan buku ini. Pendidik Berkualiti Pemangkin Generasi Insani


Click to View FlipBook Version