The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ainaareen, 2022-12-19 01:52:39

MODUL GemA+

MODUL GemA+

A+

#StrivingForExcellence

MODUL
GemA+
(Gempur A+)

Panitia BM Negeri
&

JPN Perlis

" Tinta TPP

MODUL GemA+
Merupakan satu bahan
sokongan untuk calon-calon
cemerlang mata pelajaran

Bahasa Melayu SPM
yang telah diusahakan oleh

barisan guru pakar
dalam Kertas 1 di bawah
#BMCEMERLANG menuju

"gpmp 3.80 SPM 2022.

AYUB BIN AHMAD

TPP
SEKTOR PEMBELAJARAN
JABATAN PENDIDIKAN PERLIS.

Penyelenggara Modul

Harizah binti Jaapar

Pegawai SISC+ JPN Perlis

Rohaidah Binti Aziz Mohamad Hafizi bin
Abdul Ghani
SMK Tengku Budriah
MRSM Beseri

Shaharom Binti Saad Hasryyati Binti Hasbullah Mat Nizam bin Pin

SMK Dato' Sheikh Ahmad SMK Syed Ahmad SMK Syed Saffi

ISI KANDUNGAN HALAMAN
2-13
TEMA 14-15
1. ALAM SEKITAR DAN TEKNOLOGI HIJAU 16-17
2. PERPADUAN 18-21
3. KERJAYA 22-27
4. PELANCONGAN
5. EKONOMI, KEUSAHAWANAN DAN 28-31
PENGURUSAN KEWANGAN 32-33
6. PENDIDIKAN 34-35
7. KESELAMATAN 36-43
8. PERTANIAN, PENTERNAKAN DAN PERIKANAN 44-45
9. KEBERSIHAN DAN KESIHATAN 46-47
10. KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN ESTETIKA 48-49
11. BAHASA DAN KESUSASTERAAN
12. SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

1

PERKARA KARANGAN CONTOH 1
TEMA ALAM SEKITAR DAN TEKNOLOGI HIJAU
TUGASAN LANGKAH MENGELAKKAN BERLAKUNYA
BENCANA ALAM

Dalam meniti arus kemodenan yang berteraskan sains dan
teknologi maklumat, kualiti alam sekitar pada hari ini berada pada tahap
yang membimbangkan. Alam sekitar ialah anugerah Tuhan yang amat
bernilai kepada kesejahteraan kehidupan manusia. Kini, alam sekitar
semakin tercemar kerana terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab
melakukan pencemaran. Oleh itu, semua pihak mestilah mengetahui
langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk mengelakkan berlakunya
bencana alam kerana tak kenal maka tak cinta. Hal ini dikatakan
demikian kerana isu pencemaran alam sekitar akan mengakibatkan
berlakunya bencana alam. Persoalannya, apakah langkah-langkah
drastik yang boleh diambil bagi mengatasi kemelut ini?

Jawapan pertama, pastinya peranan yang dimainkan oleh ibu
bapa, iaitu mereka haruslah menjadi suri teladan kepada anak-anak
bak mutiara kata bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Ibu bapa boleh
mengajar anak-anak dan memberi didikan tentang bahana bencana
alam. Bagi membuktikan perkara tersebut, contoh yang boleh
diketengahkan ialah ibu bapa mendidik anak-anak supaya tidak
membuang sampah di merata-rata tempat terutamanya ke dalam
longkang. Hal tersebut akan menyebabkan banjir kilat. Aforisme
melentur buluh biarlah dari rebungnya sangat signifikan dengan
keadaan ini kerana anak-anak perlu dididik sejak kecil. Terbuktilah
bahawa ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk melahirkan
generasi yang tahu menghargai alam sekitar.

Dalam konteks yang lebih luas lagi, prakarsa pragmatik
seterusnya yang dapat diambil ialah pihak media massa perlulah
menyebarkan sumber maklumat. Sebagaimana yang kita sedia
maklum, teknologi semakin berkembang di seantero dunia
menyebabkan masyarakat cenderung untuk mengisi masa senggang
dengan menggunakan alat peranti elektronik. Oleh hal yang demikian,
maklumat tentang alam sekitar dan bencana alam dapat diuar-uarkan
melalui aplikasi yang sering dilayari oleh mereka. Contoh aplikasi yang
paling ketara ialah Instagram, Facebook dan Tiktok sering digunakan
terutamanya oleh golongan muda. Hasilnya, mereka sedar akan
keburukan bencana alam serta dapat mengekang perkara tersebut

2

daripada berlaku. Keadaan ini bak mutiara kata sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Menyedari hakikat bahawa
betapa pentingnya langkah bagi menangani bencana alam yang
dimainkan oleh pihak media massa terbuktilah bahawa kita perlu
memanfaatkan penggunaan alat peranti moden dan Internet dalam
usaha mengekang bencana alam daripada terus berlaku.

Jika dilihat dari sudut yang berlainan pula, masyarakat juga
memainkan peranan penting bagi mengelakkan berlakunya bencana
alam seperti mengadakan aktiviti gotong-royong. Bukan sahaja dapat
mengekalkan kebersihan kawasan persekitaran malah gotong-royong
juga dapat memupuk perpaduan antara kaum. Misalnya, masyarakat
perlu membersihkan dan membaiki longkang tersumbat. Masyarakat
pada hari ini menganggap tanggungjawab untuk menjaga kebersihan
kawasan sekitar adalah peranan kerajaan. Stigma ini perlu dihentikan
kerana walaupun agensi kerajaan mempunyai pekerja pembersihan,
namun kita juga boleh membantu meringankan bebanan mereka.
Sudah terang lagi bersuluh, masyarakat mestilah bersinergi antara satu
sama lain bak aforisme bagai aur dengan tebing supaya bencana alam
dapat ditangani sehingga ke akar umbi.

Setiap penyakit ada penawarnya, setiap masalah ada jalan
penyelesaian yang berkesan. Oleh itu, isu bencana alam perlulah
dielakkan agar hidup masyarakat menjadi aman dan selesa. Fenomena
ini dapat dikaitkan dengan aforisme bulat air kerana pembetung, bulat
manusia kerana muafakat. Ayuhlah segenap lapisan masyarakat
bersatu hati untuk menjaga khazanah berharga ini daripada terus
lenyap ditelan bencana. Jika hasrat tersebut dapat direalisasikan,
sudah tentu alam sekitar yang terpelihara ini akan dapat diwarisi oleh
anak cucu akan datang.

3

PERKARA KARANGAN CONTOH 2
TEMA ALAM SEKITAR DAN TEKNOLOGI HIJAU
TUGASAN LANGKAH MENGELAKKAN BERLAKUNYA
BENCANA ALAM

Sedasawarsa, dalam meniti arus globalisasi dunia yang serba
mencabar akal dan fikiran, kita acap kali tersentak dengan pelbagai
masalah alam sekitar yang mengundang kontroversi di negara kita.
Sering kali juga terpampang di rubrik-rubrik akhbar dengan pelbagai isu
bencana alam yang berlaku di negara kita. Hal ini dikatakan demikian
kerana terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan
pencemaran, termasuklah pembuangan sampah di sungai,
penggunaan baja kimia dan pembuangan sisa toksik menjadi punca
bencana alam berlaku. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang
boleh dilakukan untuk mengelakkan berlakunya bencana alam kerana
sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna?

Jawapan pertama, pastinya peranan yang dimainkan oleh pihak
sekolah yang berperanan dalam menerapkan amalan penjagaan alam
sekitar agar tidak berlaku bencana alam menerusi pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Hal ini dikatakan demikian kerana pelajar-
pelajar dapat didedahkan dengan isu alam sekitar dan bencana alam
sejak kecil lagi. Senario ini bak peribahasa Melayu iaitu, melentur buluh
biarlah dari rebungnya. Para pelajar juga akan mendapat kesedaran
tentang bahayanya pencemaran alam sekitar kepada kehidupan. Oleh
itu, jelaslah bahawa, pihak sekolah memainkan peranan penting dalam
mendidik pelajar tentang isu bencana alam ini.

Jika dilihat dari faset atau sudut yang berlainan pula, pihak
kerajaan haruslah menguatkuasakan undang-undang berkaitan alam
sekitar. Tamsilnya, pihak kerajaan khususnya Jabatan Alam Sekitar
boleh mengenakan denda yang setimpal kepada kepada sesiapa yang
melakukan penebangan pokok secara haram. Hal ini dikatakan
demikian kerana penebangan pokok secara haram akan menyebabkan
tanah runtuh. Seperti yang kita sedia maklum akar pokok bertindak
mencengkam tanah untuk mengelakkan tanah runtuh terutamanya di
kawasan berbukit. Kejadian tanah runtuh ini tidak akan berlaku jika
pokok-pokok tersebut tidak ditebang kerana jika tiada angin masakan
pokok bergoyang. Menyedari hakikat bahawa betapa pentingnya
peranan pihak kerajaan dalam mengatasi dalam mengatasi isu

4

bencana alam ini, seharusnya kita mematuhi undang-undang yang
telah ditetapkan.

Dalam konteks yang lebih luas lagi, prakarsa pragmatik
seterusnya yang dapat diambil ialah media massa boleh menyebarkan
maklumat tentang kesan bencana alam. Sebagai contoh, media sosial
boleh menyebarkan maklumat tentang bencana alam di Instagram,
Facebook, Tiktok dan Twitter. Hal ini dikatakan demikian kerana media
sosial merupakan platform yang sering digunakan oleh hampir semua
orang kini. Oleh itu, sudah pastilah mereka akan mendapat maklumat
berkaitan isu bencana alam menerusi alat peranti moden masing-
masing. Mereka juga akan tertarik dengan isu ini seperti peribahasa tak
kenal maka tak cinta. Sudah terang lagi bersuluh, melalui peranan
media massa yang tidak berbelah bagi ini, isu bencana alam akan
dapat ditangani sehingga ke akar umbi.

Sebagai penghias wacana akhir, semua pihak seharusnya
menjangkau sehabis tangan, sederap langkah dan sama-sama
berganding bahu ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
untuk membantu mengelakkan bencana alam. Hal ini dikatakan
demikian kerana alam sekitar ialah anugerah Tuhan yang amat bernilai
kepada kesejahteraan kehidupan manusia tidak mengira bangsa,
agama dan negara. Oleh itu, ayuhlah kita bersatu hati untuk menjaga
alam sekitar agar tidak berlaku bencana alam. Jika hasrat tersebut
dapat direalisasikan, sudah tentu tanah air yang tercinta ini akan terus
maju di persada dunia.

5

PERKARA KARANGAN CONTOH 3
TEMA ALAM SEKITAR DAN TEKNOLOGI HIJAU
TUGASAN LANGKAH MENGELAKKAN BERLAKUNYA
BENCANA ALAM

Sedasawarsa, dalam meniti arus globalisasi dunia yang serba
mencabar akal dan fikiran, kita acap kali tersentak dengan pelbagai
masalah pencemaran alam sekitar yang mengundang kontroversi di
negara kita ini. Sering kali juga terpampang di rubrik-rubrik akhbar dengan
pelbagai perlakuan kurang manis masyarakat yang sewenang-
wenangnya membuang sampah di merata-rata tempat. Sementelahan
aksi dan perlakuan negatif ini semakin hari semakin berleluasa, langkah
yang pragmatik perlu diambil bagi mengelakkan berlakunya bencana
alam kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Persoalannya,
apakah langkah-langkah drastik yang perlu diambil untuk mengatasi
masalah ini?

Membuka lembaran idea yang pertama berteraskan frasa pihak
kerajaan perlulah mengetatkan undang-undang berkaitan salah laku
tercetusnya bencana alam. Hal ini merujuk kepada kilang-kilang yang
tidak mematuhi undang-undang yang akan menyebabkan pencemaran
perlulah dikenakan hukuman yang berat. Sebagai contoh, kilang-kilang
yang mengeluarkan sisa toksik dan mengalirkan sisa bahan kimia ke
dalam sungai yang boleh mengakibatkan hujan asid dan pencemaran
sungai dikenakan kompaun yang tinggi atau arahan penutupan kilang.
Sudah terang lagi bersuluh bahawa aktiviti kilang tersebut akan
melunturkan kelestarian alam sekitar negara kita. Oleh itu, jelaslah
bahawa langkah pihak kerajaan mengetatkan undang-undang
merupakan langkah awal untuk mengelakkan berlakunya bencana alam
sebelum nasi menjadi bubur.

Dalam konteks yang lebih luas lagi, prakarsa pragmatik seterusnya
yang dapat diambil untuk mengelakkan berlakunya bencana alam ialah
ibu bapa perlulah menjadi suri teladan kepada anak-anak. Sebagaimana
yang kita sedia maklum, ibu bapa ibarat cermin kepada anak-anak kerana
setiap perbuatan mereka pasti akan menjadi ikutan anak-anak. Aforisme
yang jelas menggambarkan situasi ini ialah ke mana tumpahnya kuah
kalau tidak ke nasi. Tamsilnya, ibu bapa boleh mendidik anak-anak agar
tidak membuang sampah di merata-rata tempat. Hal ini sekali gus dapat
membendung bencana banjir kilat yang bermula daripada longkang yang
tersumbat akibat sampah sarap. Oleh itu, tidak dapat disangkal lagi
bahawa ibu bapa yang menjadi suri teladan dalam mendidik anak-anak

6

berkaitan penjagaan alam sekitar dapat mengelakkan berlakunya
bencana alam.

Melabuh tirai perbincangan, maka kita perlu melihat dari faset atau
sudut yang berbeza pula iaitu berteraskan frasa masyarakat
menganjurkan aktiviti gotong-royong di kawasan kediaman masing-
masing. Kita mengakui hakikat bahawa gotong-royong bukan sahaja
mampu mengeratkan silaturahim sesama jiran tetangga malah aktiviti
tersebut juga dikatakan serampang dua mata kerana bukan sahaja
mampu membersihkan longkang-longkang yang tersumbat malahan akan
menyebabkan udara menjadi bersih dan segar. Sebagai contoh,
penduduk setempat boleh menanam pokok di kawasan kejiranan mereka
untuk menjamin kualiti udara yang baik. Realitinya, benarlah bahawa
aktiviti gotong-royong merupakan langkah paling dominan untuk
mengelakkan bencana alam.

Akhirulkalam, terbuktilah bahawa terdapat pelbagai inisiatif yang
mewarnai topik perbincangan berkaitan isu pencemaran alam sekitar.
Justeru, semua pihak wajar bersinergi umpama sakit sama mengaduh,
luka sama menyiuk bagi membentuk suatu anjakan paradigma yang
menjamin kelangsungan alam sekitar yang bersih kerana prakarsa yang
diharapkan bukanlah bersifat omong-omongan dan tidak semudah
memetik bintang di langit. Sehubungan dengan itu, tidak wajar
memandang sesuatu yang samar-samar dari jauh, sebaliknya, semua
pihak perlu bertindak secara bijaksana merencana dan merealisasikan
aspirasi murni untuk mengelakkan bencana alam terus berlaku di negara
kita.

7

PERKARA KARANGAN CONTOH 4
TEMA ALAM SEKITAR DAN TEKNOLOGI HIJAU
TUGASAN LANGKAH MENGELAKKAN BERLAKUNYA
BENCANA ALAM

Pascakemerdekaan Malaysia telah menyaksikan pembangunan
dan kemajuan negara daripada pelbagai aspek. Namun begitu, pada era
ledakan teknologi maklumat yang penuh dengan pancaroba ini, acap kali
kedengaran isu berkaitan dengan pencemaran alam sekitar yang
semakin membimbangkan masyarakat kini. Fenomena ini berlaku ekoran
sikap sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab, termasuklah
pembuangan sampah di sungai, penggunaan baja kimia yang
menyebabkan masalah eutrofikasi dan pembuangan sisa toksik yang
mengancam kehidupan akuatik. Nusa tercinta ini semakin musnah
disebabkan perlakuan mereka yang mengakibatkan bencana alam kerap
berlaku, bak aforisme kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Persoalan yang sering berlegar-legar di benak fikiran ialah apakah
inisiatif-inisiatif yang boleh diimplementasikan untuk mengelakkan
bencana alam?

Sebagai mukadimah perbincangan, lembaran idea mula dikupas
berteraskan frasa ibu bapa perlu mendidik anak-anak tentang
kepentingan memelihara dan melestarikan alam sekitar sejak kecil kerana
melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini penting bagi melahirkan
generasi yang cinta akan alam sekitar supaya mereka menyedari dan
menghayati khazanah Tuhan ini dengan usaha melindunginya.
Tamsilnya, ibu bapa boleh mengajak anak-anak untuk menanam pokok-
pokok bunga di sekeliling rumah bagi menghijaukan dan menceriakan
suasana. Ibu bapa juga perlu menggalakkan anak-anak supaya
menyertai program bertemakan alam sekitar seperti kempen "Go Green".
Jika ibu bapa tidak berbuat demikian, siapakah lagi yang sanggup
mempengaruhi anak-anak mereka kerana ke mana tumpahnya kuah
kalau tidak ke nasi? Jelaslah bahawa ibu bapa perlu mendidik anak-anak
supaya bencana alam dapat dielakkan.

Dari perspektif yang lain, media massa juga memainkan peranan yang
signifikan dalam mengelakkan berlakunya bencana alam dengan cara
menjadikan media massa sebagai platform penyampaiaan maklumat.
Sebagai contoh, dokumentari yang menggambarkan keadaan bencana
alam yang berlaku di setiap pelosok dunia harus dipaparkan di platform
digital ini supaya masyarakat mengambil cakna terhadap alam sekitar.
Artikel-artikel yang relevan juga harus dimuat naik di Internet untuk

8

mengajar pengguna tentang uslub-uslub yang pragmatik bagi melindungi
bumi yang merupakan satu-satunya planet tempat kita hidup. Sudah
terang lagi bersuluh bahawa media massa perlu mengingatkan
masyarakat supaya sentiasa menyayangi alam kita.

Meninjau dari skop yang lebih luas, kerajaan perlulah tegas dalam
penguatkuasaan undang-undang bagi memelihara alam sekitar. Sebagai
contoh, mana-mana individu yang didapati terlibat dengan aktiviti yang
mencemarkan alam sekitar mestilah dikenakan hukuman yang keras.
Belakangan ini, ramai orang yang berani melanggar undang-undang
disebabkan pihak kerajaan yang bersikap bagai melepaskan batuk di
tangga dalam melaksanakan tugasnya. Penebangan hutan secara haram
kerap dilakukan oleh pihak yang tidak berintegriti bagi menjana sumber
pendapatan yang lumayan. Hal ini telah menjejaskan ekosistem dan
memusnahkan tempat tadahan air semula jadi. Bencana alam seperti
tanah runtuh yang sering berlaku juga akan mengancam nyawa manusia
selain merosakkan infrastruktur negara. Tegasnya, kerajaan perlulah
berusaha gigih berkaitan penguatkuasaan undang-undang bagi
mengelakkan berlakunya bencana alam.

Sebagai penghias wacana akhir, pelbagai sinergi yang proaktif
perlu diambil untuk memelihara alam sekitar supaya dapat terus dinikmati
oleh generasi akan datang. Hal ini bukan sahaja dapat menjamin
kesejahteraan hidup masyarakat bahkan dapat meningkatkan imej
negara supaya dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan
negara-negara yang sentiasa mengutamakan kelestarian alam sekitar
seperti Jepun dan Singapura. Oleh itu, semua pihak haruslah berganding
bahu bagai aur dengan tebing untuk melestarikan keindahan alam sekitar
di negara kita.

9

PERKARA KARANGAN CONTOH 5
TEMA ALAM SEKITAR DAN TEKNOLOGI HIJAU
TUGASAN LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN SUNGAI

Pada awal Februari 1993, Jabatan Pengairan dan Saliran,
Kementerian Pertanian Malaysia telah melancarkan Kempen ‘Cintai
Sungai Kita’ pada peringkat nasional. Kempen ini sering kali kita lihat di
rubrik-rubrik akhbar tempatan malah disiarkan melalui kaca televisyen.
Objektif utama kempen ini dilancarkan adalah untuk menimbulkan
kesedaran masyarakat mengenai kepentingan sungai. Statistik yang
dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar, lebih 40 peratus sungai di
Malaysia telah tercemar kerana tangan manusia yang durjana. Memetik
kata-kata Perdana Menteri Malaysia ke-9 Dato' Sri Ismail Sabri bin
Yaakob, beliau menegaskan agar masyarakat membuka mata terhadap
masalah pencemaran sungai yang kian meningkat. Oleh itu, kita haruslah
berganding bahu mengatasi masalah ini dengan mengambil beberapa
inisiatif.

Inisiatif primer yang harus diimplementasikan untuk mengatasi
pencemaran sungai ialah kerajaan seyogia memperkasakan kempen
berkaitan dengan sungai. Sebagai contoh, kempen ‘Kebersihan Sungai
Tanggungjawab Bersama’ perlu diperkasakan oleh kerajaan. Hal ini
dikatakan demikian kerana kempen-kempen yang telah dilaksanakan
sebelum ini hanyalah sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja.
Sepatutnya kerajaan turun padang untuk melaksanakan kempen tersebut
agar kempen ini lebih memberi impak. Kempen yang berkesan ini akan
melahirkan individu yang bertanggungjawab terhadap kebersihan sungai
sekali gus menurunkan kadar pencemaran sungai di nusa tercinta ini.
Kempen ini juga seharusnya berkolaboratif dengan pelbagai agensi
seperti Jabatan Alam Sekitar, Kelab Bumi Hijau dan Persatuan Kebajikan
Alam Sekitar Malaysia. Oleh itu, sudah terang lagi bersuluh bahawa
kempen efektif yang dilaksanakan oleh kerajaan dapat mengatasi
masalah pencemaran sungai.

Dalam skop yang lebih luas, masyarakat juga perlulah mengadakan
aktiviti gotong-royong untuk membersihkan sungai. Kerjasama daripada
pelbagai pihak amat penting untuk memastikan kebersihan sungai
terjamin. Dalam menempuh era globalisasi ini, masyarakat kian alpa akan
tanggungjawab untuk memelihara kebersiahan sungai. Sewajarnya,
masyarakat harus aktif dalam menyertai aktiviti khidmat sosial untuk
menjaga kebersihan sungai. Aktiviti seperti ini harus dilaksanakan dengan

10

kerap agar masalah pencemaran sungai dapat diatasi. Sebagai contoh,
Rukun Tetangga seharusnya menganjurkan aktiviti gotong-royong
membersihkan sungai secara berkala. Aktiviti seperti ini sangat efektif.
Masyarakat juga akan bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk
melaksanakan aktiviti yang dianjurkan ini. Oleh itu, sedang kijang lagi
berteduh, sudah terang lagi bersuluh bahawa aktiviti gotong-royong yang
dijalankan dapat mengatasi masalah pencemaran sungai.

Menyingkap idea terakhir, kerajaan juga seharusnya menjadikan
negara-negara maju sebagai contoh teladan dalam menguruskan sungai.
Perkara ini perlu dititikberatkan kerana menjelang Wawasan
Kemakmuran Bersama 2030, Malaysia dijangka bakal duduk sama
rendah berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju. Pengurusan
sungai di negara-negara maju sangat berkesan dan mereka berjaya
mengekalkan kebersihan sungai. Usaha mereka yang kreatif dan inovatif
berupaya mewujudkan alam sekitar yang terpelihara untuk dinikmati oleh
anak cucu akan datang. Sebagai tamsil, negara Jepun telah merawat
sungai mereka dengan menggunakan teknologi dan tenaga kerja rakyat
mereka sendiri. Hasilnya, sungai yang terpelihara daripada sebarang
pencemaran dapat diwujudkan. Izharlah bahawa pengurusan sungai
daripada negara maju harus dijadikan pedoman untuk mengatasi
masalah pencemaran sungai di negara kita.

Akhirulkalam, masalah pencemaran sungai yang berlaku di negara
kita dapat diatasi dengan adanya komitmen daripada pelbagai pihak.
Usaha ini perlu disegerakan agar masa hadapan dan keindahan alam
semula jadi ini dapat ditatapi dan dinikmati oleh generasi yang bakal
menerajui negara kelak. Heterogen pihak perlu menggembleng tenaga
dan bersinergi untuk menjaga kebersihan sungai. Nescaya, dengan
keindahan alam semula jadi dan kebersihan sungai nama Malaysia akan
terus gah di seantero dunia.

11

PERKARA KARANGAN CONTOH 6 ALAM
TEMA ALAM SEKITAR DAN TEKNOLOGI HIJAU
TUGASAN USAHA MEMELIHARA DAN MEMULIHARA
SEKITAR DARIPADA PENCEMARAN

Mutakhir ini, kelestarian alam sekitar acap kali dipandang enteng
oleh masyarakat sama ada yang muda atau yang tua. Hal ini telah
memberi kesan kepada landskap masyarakat iaitu berlakunya
pencemaran dan pemanasan global. Fenomena ini bukanlah kali yang
pertama berlaku di Malaysia namun rakyat Malaysia masih lagi giat
melakukan aktiviti yang mencemarkan alam sekitar seperti pembakaran
terbuka, pembuangan sisa toksik ke dalam laut dan penggunaan racun
kimia dalam bidang pertanian. Oleh itu, rakyat Malaysia mestilah
berganding bahu dalam menghijaukan semula alam yang dikurniakan
Tuhan ini. Persoalannya, tahukah anda apakah usaha-usaha untuk
memelihara dan memulihara alam sekitar di Malaysia daripada
pencemaran?

Langkah primer dalam memelihara dan memulihara alam sekitar di
Malaysia ialah pihak kerajaan perlulah menguatkuasakan undang-
undang alam sekitar dengan lebih ketat. Hal ini dikatakan demikian
kerana undang-undang ini adalah penting supaya rakyat Malaysia lebih
berwaspada dalam melakukan amalan yang mengundang kepada
pencemaran. Misalnya, pihak kerajaan boleh mengenakan hukuman
yang berat kepada pesalah termasuklah denda berbentuk sejumlah wang
yang besar dan sekiranya lebih teruk pencemaran yang dilakukan,
wajarlah pihak kerajaan menjatuhkan hukuman penjara dalam tempoh
tertentu kepada pesalah. Kesannya, rakyat Malaysia akan kurang
melakukan pencemaran dek kerana takut dikenakan tindakan undang-
undang atas perlakuan mereka persis peribahasa sesal dahulu
pendapatan sesal kemudian tiada gunanya.Tegasnya, satu daripada
pendekatan melestarikan alam sekitar adalah dengan penguatkuasaan
undang-undang alam sekitar yang ketat oleh pihak kerajaan.

Sejajar dengan itu, prakarsa lain untuk memelihara dan memulihara
alam sekitar ialah pihak sekolah khususnya para guru haruslah mendidik
pelajar tentang pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Pendidikan
alam sekitar ini merangkumi kempen Cintai Bumi Kita, aktiviti gotong-
royong sekali pada setiap bulan dan menampal poster tentang cara
menjaga kebersihan alam sekitar di sekeliling sekolah. Inisiatif ini
membolehkan para pelajar didedahkan dengan kepentingan menghargai
alam sekitar dan secara tidak langsung anak pelajar ini akan
mengaplikasikan amalan menghijaukan alam sekitar di rumah masing-

12

masing. Impaknya, dengan pendedahan tentang ilmu alam sekitar yang
diperoleh, generasi muda bak peribahasa Melayu, pemuda harapan
bangsa, pemudi tiang negara ini akan menyebarkan pendidikan alam
sekitar untuk memastikan negara Malaysia mampu membangun sebagai
negara hijau. Sudah terang lagi bersuluh, peranan pihak sekolah dalam
menganjurkan pendidikan alam sekitar amatlah penting dan
menyumbang kepada kelestarian alam sekitar.

Lontara idea seterusnya ialah, badan bukan kerajaan (NGO) juga
boleh mengadakan Hari Tanpa Plastik di seluruh negeri di Malaysia. Hal
ini dikatakan demikian kerana plastik merupakan sejenis bahan yang
mengandungi kandungan toksik yang tinggi dan mengambil masa yang
lama untuk mereput. Hari Tanpa Plastik ini boleh dilaksanakan dengan
mengenakan cas kepada pengguna yang memerlukan beg plastik di
pasar raya, bekas pembungkusan makanan diperbuat daripada bahan
mesra alam dan menggalakkan jualan beg fabrik yang boleh digunakan
semula setiap kali membeli-belah. Amalan ini dapat melindungi alam
sekitar daripada tercemar bahkan mampu mengelakkan peribahasa nasi
sudah menjadi bubur. Jelas terbukti bahawa kempen ini mendatangkan
banyak manfaat kepada alam sekitar dengan berlaku penurunan suhu
dan mengatasi pencemaran udara serta air. Izharlah bahawa kempen
yang berkesan seperti kempen Hari Tanpa Plastik turut merupakan usaha
efisien untuk menghijaukan alam sekitar.

Konklusinya, begitu banyak pendekatan efektif yang boleh
diimplementasikan bagi memelihara dan memulihara alam sekitar di
tanah yang kita pijak ini. Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan
Perubahan Iklim perlulah menganjurkan beberapa siri kempen
penghijauan semula hutan agar membuka minda masyarakat untuk terus
bersinergi melestarikan alam. Sekiranya dilihat keadaan masyarakat hari
ini, pokok pun sanggup ditebang demi sesuap nasi. Oleh itu, dengan
menjadikan ungkapan ‘alam sekitar tanggungjawab bersama’ sebagai
panduan seluruh warga, sudah pasti alam sekitar di Malaysia akan terus
kekal dinikmati.

13

PERKARA KARANGAN CONTOH 7
TEMA PERPADUAN
TUGASAN KEPENTINGAN PERPADUAN

Peribahasa Melayu pernah menyebut, bersatu kita teguh, bercerai
kita roboh. Peribahasa ini menekankan bahawa persefahaman dalam
sesebuah masyarakat dapat membuahkan kejayaan yang baik
sebaliknya pembubaran antara masyarakat akan menyebabkan timbul
suasana yang tidak menyenangkan. Perpaduan merupakan aset negara
yang sangat penting kerana negara kita terdiri daripada rakyat yang
berbilang bangsa dan agama. Namun, adakah rakyat kita benar-benar
menghayati maksud peribahasa tersebut jika disandarkan pada senario
yang terjadi pada hari ini? Kurangnya kesedaran terhadap kepentingan
perpaduan antara rakyat menyebabkan sebilangan masyarakat sering
bertepuk tangan apabila pihak yang dibenci jatuh terjelepok ditimpa
malang. Persoalannya, apakah kepentingan sekiranya rakyat kita hidup
bersatu padu?

Memang tidak dapat dinafikan bahawa sekiranya rakyat hidup
bersatu padu, keharmonian dan keamanan negara dapat dikekalkan. Hal
ini dikatakan demikian kerana amalan bersatu padu antara rakyat
Malaysia dapat melahirkan masyarakat yang mementingkan
keharmonian antara kaum. Perpaduan kaum akan mudah goyah
sekiranya rakyat tidak berhati-hati dalam sesuatu tindakan yang dilakukan
memandangkan masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum.
Bagi mengekalkan keamanan negara yang telah dikecapi selama ini,
rakyat Malaysia harus sedar bahawa sikap bersatu padu itu sangat
penting demi ketenteraman kehidupan rakyat itu sendiri. Ketenteraman
dan kedamaian mampu menjamin keselamatan rakyatnya. Oleh itu,
dengan mengekalkan keharmonian dan kedamaian negara, rakyat
mampu hidup dengan selamat tanpa rasa bimbang.

Pada masa yang sama, perpaduan dapat menstabilkan politik dan
pentadbiran di Malaysia. Hal ini dikatakan demikian kerana pentadbiran
yang stabil amat penting lebih-lebih lagi nasib rakyat akan terbela. Selain
itu, sudah tentu salah faham sesama pemimpin mahupun sesama rakyat
dapat ditangkis. Sekiranya politik negara itu sendiri mempunyai masalah
dalam mengekalkan perpaduan, hal ini akan menyebabkan keharmonian
negara terjejas dalam jangka masa yang panjang. Tanpa perpaduan yang
kukuh, nasib rakyat akan sukar untuk dibela sekiranya berlaku
ketidaksepakatan. Pemimpin juga akan menghadapi masalah untuk
memimpin kerana rakyatnya yang tidak bersatu padu sehingga
mencetuskan konflik. Dalam hal ini, baik pemimpin mahu pun rakyat,

14

konsep seia dan sekata umpama serumpun bak serai sesusun bak sirih
haruslah diamalkan. Oleh itu, jelaslah bahawa bukan perpaduan antara
rakyat sahaja penting malah kestabilan politik juga memainkan peranan
yang sangat penting dalam membangunkan negara Malaysia.

Di samping itu, perpaduan mampu menarik minat pelancong asing
untuk datang ke negara kita. Pelancong asing semestinya tertarik dengan
keadaan sesebuah negara yang rakyatnya hidup dengan aman.
Pelancong asing juga akan berminat untuk mengetahui budaya rakyat
Malaysia yang masyarakatnya terdiri daripada pelbagai latar belakang
yang berbeza tetapi mampu hidup dengan harmoni di bawah satu langit
yang sama. Bukan sahaja pelancong asing, malah pelabur asing juga
akan berminat untuk melabur dalam pelbagai sektor di negara kita sekali
gus menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Ekonomi yang
mapan mampu menjamin masa hadapan negara. Peluang pekerjaan
yang lebih luas kini terbuka kepada rakyat yang memerlukan. Rentetan
daripada itu, perpaduan kaum mampu meningkatkan taraf ekonomi
negara supaya Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan
negara lain.

Kesimpulannya, perpaduan kaum sememangnya memberi
banyak kemaslahatan dalam kehidupan kita. Slogan Bersekutu
Bertambah Mutu banyak mengingatkan rakyat Malaysia tentang betapa
pentingnya perpaduan agar kemajuan dikecapi dalam pelbagai bidang
dan sektor. Sikap menuding jari bukanlah sikap yang harus dipraktikkan
oleh rakyat di negara ini. Perpaduan antara kaum juga mampu dibina
dengan adanya kerjasama daripada semua pihak. Oleh hal yang
demikian, sudah terang lagi bersuluh amalan bagai aur dengan tebing
haruslah diterapkan oleh rakyat Malaysia supaya perpaduan dapat
dikekalkan dan dipelihara sepanjang zaman.

15

PERKARA KARANGAN CONTOH 8 MENINGKATKAN
TEMA KERJAYA
TUGASAN KEMAHIRAN YANG BOLEH
KEBOLEHPASARAN GRADUAN

Dalam situasi dunia yang terus berkembang ke arah kemajuan,
tidak dinafikan bahawa cabaran mencari pekerjaan kian hari kian
mencabar. Pelbagai rintangan yang perlu dihadapi para graduan untuk
mengisi kekosongan jawatan di sesebuah syarikat ataupun agensi. Hal ini
dikatakan demikian kerana, wujudnya persaingan yang sengit antara para
graduan untuk memasuki pasaran pekerjaan. Kini, memiliki sijil peringkat
pengajian yang tinggi sahaja sudah lagi tidak mencukupi untuk menjamin
tempat dalam bidang pekerjaan. Oleh itu, pelajar haruslah sediakan
payung sebelum hujan untuk menghadapi persaingan dalam mencari
kerja. Persoalannya, apakah kemahiran yang boleh meningkatkan
kebolehpasaran graduan sebelum memasuki alam pekerjaan?

Kemahiran utama yang perlu diketengahkan oleh para graduan
ialah kemahiran berkomunikasi dengan baik. Kemahiran berkomunikasi
adalah sangat penting dan wajar dikuasai kerana setiap urusan pekerjaan
melibatkan interaksi dan komunikasi antara satu sama lain. Jika
kemahiran ini dapat dipamerkan dengan baiknya semasa sesi temu duga,
graduan telah memberikan tanggapan pertama yang positif terhadap
majikan. Kemahiran berkomunikasi dengan baik juga mampu membantu
graduan untuk terus meningkatkan kedudukan mereka di tempat kerja.
Hal ini dikatakan demikian kerana, kemahiran berkomunikasi bukan
sahaja dapat diaplikasikan ketika berinteraksi dengan para pekerja lain
dan klien, malah kemahiran berkomunikasi dapat memastikan bahawa
hujah dan pendapat graduan dapat disampaikan dengan baik. Jelaslah
bahawa betapa pentingnya kemahiran berkomunikasi dengan baik
kepada para graduan yang bakal memasuki alam pekerjaan.

Seterusnya, kemahiran teknologi juga merupakan satu kemahiran
yang mempunyai permintaan yang tinggi. Kemahiran ini selaras dengan
peningkatan kemajuan teknologi global dan fungsi teknologi untuk
memudahkan urusan seharian. Dengan menguasai kemahiran ini,
kebolehpasaran graduan dalam pasaran pekerjaan dapat ditingkatkan.
Kemahiran teknologi merangkumi kemahiran mengendalikan peranti dan
perisian aplikasi dengan cekap. Graduan perlulah mengambil prakarsa
untuk mempelajari kemahiran ini dengan meminta tunjuk ajar orang yang
mahir atau menghadiri kursus pengendalian komputer kerana
penggunaan teknologi tidak dapat dielakkan dalam persekitaran
pekerjaan. Sebagai contoh, aplikasi yang sering kali digunakan dalam

16

urusan bekerja ialah ‘Microsoft Excel’ dan ‘Spreadsheet’. Kedua-dua
aplikasi ini mempunyai fungsinya yang tersendiri sehingga memerlukan
kefahaman dan kemahiran pengguna untuk mengoptimumkan fungsi
aplikasi ini. Jadi, jelaslah bahawa kemahiran teknologi penting untuk
memastikan graduan bergerak selangkah ke hadapan dibandingkan
dengan individu lain.

Akhir sekali, kemahiran bahasa asing menjadi nilai tambah kepada
graduan yang ingin menjejakkan kaki ke alam pekerjaan. Hal ini dikatakan
demikian kerana kebolehan graduan menggunakan bahasa asing selain
bahasa Inggeris akan meningkatkan nilai kebolehpasaran graduan
seterusnya meningkatkan kemungkinan graduan dipilih untuk memenuhi
kekosongan pekerjaan. Majikan akan lebih cenderung untuk memilih
graduan yang mampu membawa keuntungan kepada syarikatnya.
Majikan yang memiliki pekerja yang mampu bertutur dalam bahasa asing
akan membuka peluang syarikat untuk meluaskan peluang kolaborasi
dengan syarikat daripada negara luar. Majikan juga turut dapat
menjimatkan kos sekiranya terdapat pekerja yang fasih berbahasa asing
kerana tidak perlu mengupah penterjemah untuk menjadi pengantara
semasa berkomunikasi. Dengan ini, graduan yang memiliki kemahiran
bahasa asing berpeluang untuk menjadi aset kepada syarikat seterusnya
menjamin kedudukan pekerjaan di syarikat tersebut. Oleh itu, sudah
terang lagi bersuluh bahawa kemahiran ini mampu meningkatkan
kecenderungan sesebuah syarikat atau agensi untuk memilih graduan
mengisi kekosongan pekerjaan.

Kesimpulannya, kemahiran yang diidamkan oleh majikan terhadap
pekerja adalah mengikut variasi dan corak syarikat atau organisasi
masing-masing. Umum sedia maklum bahawa majikan merupakan ketua
kepada struktur organisasi atau syarikat yang akan memilih calon pekerja
yang berkualiti. Oleh itu, graduan haruslah memiliki kemahiran asas dan
kelebihan tersendiri untuk menonjolkan diri supaya dipilih oleh majikan
dalam kalangan ratusan calon yang lain.

17

PERKARA KARANGAN CONTOH 9
TEMA PELANCONGAN
TUGASAN USAHA PELBAGAI PIHAK UNTUK MEMAJUKAN
SEKTOR PELANCONGAN NEGARA

Pada pascakemerdekaan ini, arus globalisasi dan modenisasi
yang pesat berkembang bagai cendawan tumbuh selepas hujan telah
memimpin negara kita ke arah negara maju. Dalam konteks ini, sektor
pelancongan sebenarnya memainkan peranan yang amat penting untuk
menjamin kemajuan negara. Umum mengetahui bahawa negara kita
mempunyai pelbagai destinasi pelancongan yang menarik dan sangat
menggalakkan kedatangan pelancong asing untuk melawat ke negara
kita. Sebagai tamsil, Langkawi UNESCO Global Geopark mempunyai tiga
taman georimba yang menawarkan keunikan tersendiri dan secara
langsung menjadi daya tarikan Warisan Geologi Langkawi. Hakikatnya,
sektor pelancongan mendatangkan banyak manfaat kepada masyarakat
dan negara. Oleh itu, pelbagai pihak seyogianya mengambil langkah
drastik untuk memajukan sektor pelancongan negara. Persoalannya,
apakah cara-cara untuk memajukan sektor pelancongan?

Sebagai pembuka tirai perbincangan, keluarga mendukung obligasi
yang dominan dalam usaha ke arah kemajuan sektor pelancongan, Pihak
ibu bapa haruslah menjadi suri teladan kepada anak-anak untuk
mendedahkan maklumat dan membawa anak mengunjungi destinasi-
destinasi pelancongan di negara kita kepada mereka. Dalam hal ini, ibu
bapa membawa anak ke destinasi pelancongan yang menarik dan
terkenal di negara kita seperti Legoland, pulau peranginan tersohor
seperti Pulau Langkawi, Lostworld dan Cameron Highlands. Sehubungan
dengan itu, sektor pelancongan negara kita bukan sahaja akan
dimajukan, malah hubungan kekeluargaan dapat dieratkan. Hal ini
bertepatan dengan peribahasa, sambil menyelam minum air. Tuntasnya,
ibu bapa harusah sering membawa anak-anak mereka melancong di
dalam negara kita untuk memajukan sektor pelancongan negara.

Bertitik tolak daripada itu, media massa berperanan unutk
menghasilkan dokumentari dan filem-filem, serta menyebarkan maklumat
atau informasi berkaitan sektor pelancongan di negara kita melalui media
sosial. Hal ini dikatakan demikian kerana masyarakat dapat mengetahui
tempat-tempat pelancongan yang menyeronokkan di negara kita selain
memberikan kesedaran tentang betapa pentingnya sektor pelancongan
dalam peningkatan ekonomi negara. Misalnya, pihak media massa boleh
menghebahkan maklumat-maklumat mengenai sektor pelancongan di
negara kita melalui media sosial sama ada media cetak ataupun media

18

elektronik seperti radio, akhbar, majalah, YouTube, Instagram dan
Facebook. Oleh itu, cara ini tentu akan menarik perhatian pelancong
tempatan dan pelancong asing untuk datang melancong ke negara kita.
Sudah terang lagi bersuluh, pihak media massa perlulah
bertanggungjawab memajukan sektor pelancongan negara kerana mata
pena lebih tajam daripada mata pedang.

Jika ditinjau dari perspektif yang berlainan pula, pihak sekolah
wajarlah menubuhkan Kelab Pelancongan dalam kegiatan kokurikulum.
Hal ini disebabkan murid-murid akan terlibat dalam aktiviti kokurikulum
semasa waktu persekolahan. Melalui penubuhan Kelab Pelancongan,
murid-murid dapat mengambil peluang untuk mengetahui kebaikan
melancong selain memupuk minat untuk melancong dalam jati diri murid-
murid bak pepatah tak kenal maka tak cinta. Di samping itu, pihak
kerajaan juga hendaklah berusaha memajukan infrastruktur di negara kita
dan memajukan kemudahan-kemudahan awam. Contohnya, pihak
kerajaan patut membangunkan tempat-tempat pelancongan,
mengekalkan bangunan bersejarah sebagai destinasi pelancongan,
memajukan industri penghotelan dan calet. Dengan ini, pelancong asing
lebih mudah untuk berkunjung ke negara kita sekali gus mengharumkan
nama negara di persada dunia.

Sebagai menggulung segala lontaran idea yang telah dinyatakan,
dapatlah disimpulkan bahawa sektor pelancongan perlulah diutamakan
oleh semua pihak bagi meningkatkan ekonomi negara. Implikasinya,
semua pihak seyogianya berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk
memajukan sektor pelancongan negara. Sebagaimana yang telah sedia
maklum, sektor pelancongan membawa seribu daya manfaat kepada
negara dan masyarakat, Sektor pelancongan dapat meningkatkan
ekonomi negara, meningkatkan peluang pekerjaan yang mendatangkan
pendapatan yang lumayan serta menambah ilmu pengetahuan dan
pengalaman yang baharu persis peribahasa jauh perjalanan luas
pemandangan. Oleh itu, semua masyarakat amat digalakkan untuk
melancong supaya tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung.
Impaknya, sektor pelancongan di negara kita akan dimajukan setanding
dengan negara-negara lain yang maju bak kata pepatah duduk sama
rendah, berdiri sama tinggi.

19

PERKARA KARANGAN CONTOH 10
TEMA PELANCONGAN
TUGASAN RENCANA: FAEDAH MELANCONG

Faedah-faedah Melancong
Oleh: Khoo Kaye Rha

Pada awal tahun 2020, masyarakat global digemparkan dengan
kejadian pandemik COVID-19. Pandemik tersebut telah memberikan
impak signifikan terhadap industri pelancongan kerana banyak negara
telah mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penutupan
sempadan dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19.
Pertubuhan Pelancongan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
menganggarkan bahawa kadar pelancongan antarabangsa menurun
sebanyak 58% hingga 78% pada tahun 2020. Namun, dengan adanya
ciptaan vaksin pencegahan virus COVID-19, masyarakat dunia telah
menyaksikan peningkatan dalam kadar pelancongan pada peringkat lokal
dan global. Persoalannya, apakah faedah-faedah melancong? Tepuk
dada tanya selera, segalanya terletak di tangan anda.

Tirai perbincangan dibuka dengan faedah dominan yang
didatangkan oleh aktiviti melancong. Peribahasa Melayu ada menyatakan
bahawa jauh perjalanan, luas pemandangan. Melalui pelancongan,
seseorang individu dapat menambahkan ilmu pengetahuan serta
meluaskan horizon pemikiran. Dari segi pelancongan secara lokal, para
pelancong dapat mempelajari sejarah negara kita. Sebagai contoh, kita
boleh melawat kota A-Famosa di Melaka yang dibina didirikan semasa
zaman penjajahan Belanda. Dengan ini, kita mendapat kesedaran
tentang kepentingan mempertahankan kedaulatan negara kita dan
impak-impak yang akan didatangkan sekiranya kemerdekaan tanah
pertiwi tergugat. Pada peringkat antarabangsa pula, terdapat destinasi
pelancongan bersejarah seperti Tembok Berlin yang memisahkan
Jerman Barat dan Jerman Timur sewaktu zaman Perang Dunia Kedua.
Tuntasnya, aktiviti melancong dapat mengelakkan masyarakat daripada
menjadi seperti katak di bawah tempurung dengan menambahkan ilmu
pengetahuan para pelancong.

Lensa perbincangan dicapahkan berteraskan frasa, aktiviti
melancong dapat menyumbang kepada usaha melahirkan generasi muda
yang bersifat glokal. Individu glokal dapat didefinisikan sebagai
seseorang yang mampu berdaya saing pada peringkat global tetapi
berakar umbi atau berpegang teguh pada jati diri lokal, iaitu tanah tumpah
darah sendiri. Individu dapat memupuk nilai patriotisme dalam diri sendiri

20

melalui aktiviti pelancongan dalam negara. Hal ini dikatakan demikian
kerana individu tersebut cinta akan budaya tanah air. Terutamanya di
negara kita yang mempunyai rakyat berbilang kaum, aktiviti melancong
dapat mendedahkan seseorang terhadap aspek kebudayaan tanah air
yang unik. Misalnya, tarian tradisional Malaysia merangkumi tarian
Sumazau oleh masyarakat Sabah, tarian singa oleh masyarakat Cina dan
lain-lain lagi. Pada peringkat global, seseorang individu menjadi lebih
matang dan berfikiran terbuka kerana terdedah dengan budaya negara
luar. Tamsilnya, apabila melancong ke negara Jepun, pelancong dapat
menyesuaikan diri dengan budaya masyarakat Jepun yang menundukkan
kepala apabila bertemu sebagai tanda hormat. Jelaslah betapa
pentingnya pelancongan terhadap peningkatan imej negara melalui
individu glokal.

Tirai perbincangan dilabuhkan berpandukan frasa, aktiviti
melancong dapat menyumbang kepada pendapatan negara. Faktor
utama negara kita menjadi tarikan pelancong adalah kerana negara kita
mempunyai rakyat berbilang kaum yang memainkan peranan mustahak
dalam keunikan kebudayaan negara kita. Bukan itu sahaja, negara kita
turut menjadi sasaran orang ramai disebabkan sektor pelancongan
perubatan yang maju. Sebagai contoh, negara kita mempunyai
kepakaran unggul dari segi rawatan kesuburan in-vitro (IVF), kardiologi,
onkologi, pergigian dan pembedahan plastik kerana adanya pihak
profesional serta kelengkapan peralatan perubatan. Pelancongan di
negara kita turut mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan untuk
masyarakat tempatan seperti pemandu pelancong. Dengan ini, kadar
pengangguran di negara kita dapat dikurangkan dan taraf hidup rakyat
negara bertambah baik. Tuntasnya, jelaslah bahawa hubungan simbiosis
antara pelancong dan negara yang dikunjungi memanfaatkan kedua-dua
pihak.

Konklusinya, terdapat pelbagai faedah yang mewarnai topik
berkaitan pelancongan pascaCOVID-19. Oleh itu, seruan Kementerian
Pelancongan, Seni dan Budaya haruslah dijayakan oleh semua pihak
dalam usaha merancakkan semula sektor pelancongan yang tergendala
akibat pandemik COVID-19. Pendek kata, usaha murni tersebut tidak
akan tercapai tanpa sokongan padu dan komitmen penuh segenap
lapisan masyarakat, bak kata pepatah ’tepuk sebelah tangan tidak akan
berbunyi’. Sehubungan dengan itu, semua pihak sepatutnya
berkerjasama dalam usaha mengemudi negara ke arah yang lebih
cemerlang, gemilang, dan terbilang di persada dunia terutama dalam
sektor pelancongan.

21

PERKARA KARANGAN CONTOH 11
TEMA EKONOMI, KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN
KEWANGAN
TUGASAN LANGKAH MENGURUS KEWANGAN DENGAN BIJAK

Dasawarsa ini, negara kita mengalami masalah inflasi. Pandemik
COVID-19 yang melanda telah menyebabkan kemerosotan ekonomi
negara justeru menyumbang kepada harga barangan yang melonjak
tinggi. Hal ini sudah tentu menimbulkan keluh-kesah dan kebimbangan
dalam kalangan rakyat. Pendekatan yang strategik perlu
diimplementasikan supaya permasalahan ini tidak berlarutan yang juga
turut menjejaskan kualiti hidup rakyat. Langkah yang terbaik tentulah
melalui pengurusan kewangan yang efektif.

Apabila membicarakan soal pengurusan kewangan yang bijak, sudah
tentu berjimat cermat tidak asing lagi dalam tajuk yang dibincangkan. Hal
ini dikatakan demikian kerana sesetengah individu menghadapi masalah
sumber kewangan yang tidak mencukupi lantaran sikap boros dalam
berbelanja. Individu sebegini mudah terperdaya dan cepat rambang mata
apabila melihat barangan yang diminati walaupun bukan menjadi benda
keperluan harian. Kasus ini juga boleh diselesaikan dengan makan
bersama-sama ahli keluarga di rumah bagi mengelakkan pengeluaran
wang. Bukan itu sahaja, penanaman bahan makanan mentah keperluan
harian seperti sayur-sayuran dengan menggunakan kaedah hidroponik
boleh menyumbang kepada amalan berjimat cermat. Jelaslah bahawa
amalan berjimat cermat menjadi salah satu pendekatan efektif bagi
pengurusan wang yang bijak.

Seterusnya, membuat perbandingan harga sebelum membuat
pembelian merupakan salah satu pendekatan efektif pengurusan
kewangan yang bijak. Wujudnya pasar raya seperti Agrobazaar, Giant
Hypermarket dan J-Mart memudahkan pengguna untuk membuat
perbandingan harga kerana premis perniagaan sebegini menawarkan
harga barangan yang murah untuk menarik lebih ramai pelanggan.
Pengguna yang bijak tidak akan melepaskan peluang untuk membaca
bahan cetak yang ditampalkan di pintu masuk pasar raya untuk
memperoleh maklumat tentang sesuatu barangan melalui promosi yang
sedang dijalankan. Ternyata harga barangan lebih murah. Pengguna
yang menjadi pelanggan tetap atau mempunyai kad keahlian akan
memperoleh prioriti atau keistimewaan daripada pasar raya tersebut
sebagai tanda terima kasih malah mereka dapat menebus mata ganjaran

22

melalui barangan yang ditawarkan. Jelaslah bahawa pengurusan wang
yang bijak merangkumi skop membuat perbandingan harga sebelum
membuat pembelian.

Di samping itu, pengguna perlu menyediakan senarai barangan yang
hendak dibeli agar tidak berbelanja secara berlebihan. Dengan cara ini,
perbelanjaan dapat dikawal. Kita semua tahu bahawa harga barangan,
terutamanya bahan makanan dan barangan keperluan lain melambung
tinggi dan tidak menunjukkan bayangan yang positif untuk mengalami
penurunan harga pada masa yang terdekat. Sudah menjadi lumrah dunia
pada masa ini bahawa harga barang yang sudah naik, susah untuk turun
kembali. Oleh sebab itu, sebagai pengguna yang bijak, kita haruslah
menggunakan kuasa beli semaksimum mungkin dengan cara
menyediakan senarai barangan yang hendak dibeli. Moto “Pelanggan
Sentiasa Betul” seharusnya diguna pakai oleh para pengguna yang bijak
ketika membeli barang. Sejajar dengan itu, bagi mengelakkan berbelanja
secara berlebihan, bawalah wang yang mencukupi untuk membeli barang
yang sudah tersenarai. Oleh itu, pengguna dapat memupuk amalan
berjimat cermat supaya tidak lagi dihimpit masalah kewangan. Jelaslah
bahawa menyediakan senarai barangan yang hendak dibeli merupakan
salah satu pendekatan efektif dalam pengurusan wang yang bijak.

Konklusinya, pengurusan kewangan yang bijak dan berkesan adalah
penting bagi setiap individu supaya kita tidak diisytiharkan muflis. Kita
perlu berhemat ketika berbelanja, terutamanya pada waktu kegawatan
ekonomi agar dapat menikmati kehidupan yang lebih sejahtera.
Pengguna yang bijak mampu mengurus kewangan mereka sendiri tanpa
mengharapkan ihsan orang lain. Oleh sebab itu, sebagai rakyat Malaysia
yang prihatin, kita mestilah menyokong hasrat kerajaan yang sentiasa
berusaha untuk memastikan ekonomi negara terus kukuh.

23

PERKARA KARANGAN CONTOH 12
TEMA EKONOMI, KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN
KEWANGAN / KERJAYA
TUGASAN PERSEDIAAN UNTUK MENJADI SEORANG
USAHAWAN YANG BERJAYA

Laporan yang dikeluarkan oleh Berita Harian Online berkaitan
bidang keusahawanan amat dialu-alukan dan mendapat sambutan
hangat ibarat pisang goreng panas. Apatah lagi apabila nusa tercinta ini
berhadapan dengan krisis ekonomi pascaCOVID-19 sehingga ada dalam
kalangan masyarakat yang diberhentikan kerja. Malahan lebih
mengejutkan, kerjaya kolar putih seperti juruterbang juga terjejas teruk

sehingga menukar haluan menjadi usahawan kuetiau yang tular di laman
sosial. Berbalik kepada isu keusahawanan, Nabi Muhammad SAW ada
meriwayatkan bahawa “sembilan daripada sepuluh pintu rezeki adalah
melalui perniagaan” Persoalan yang masih membelenggu kotak fikiran
ialah apakah persediaan yang perlu direncanakan untuk menjadi
usahawan yang berjaya?

Tirai perbincangan dimulakan dengan menjelaskan persediaan
pertama iaitu mempunyai fikiran dan budaya keusahawanan. Situasi ini
amat penting kerana seseorang itu perlulah mempunyai minat dan
menetapkan dalam gawang minda bahawa usahawan mempunyai
prospek kerja yang luas. Tamsilnya, seseorang yang terdidik sejak kecil
untuk berniaga dan meneruskan pembelajaran ke menara gading dalam
jurusan perniagaan tidak boleh disamakan dengan orang yang hanya
menjadi bidan terjun. Tambah mengujakan seseorang yang telah
mempraktikkan budaya berniaga sejak kecil pasti dapat menyambung
legasi perniagaan sebagaimana Datuk Aliff Syukri pengasas Terlajak
Laris yang menyambung tradisi keluarga sebelah ibunya, iaitu Rozita
yang menjadi pengasas Sendayu Tinggi. Jelaslah bahawa, dapatan ini
membuktikan set minda dan budaya keusahawanan menjadi elemen
utama sebelum bergelar usahawan.

Modus operandi yang seterusnya ialah, kita haruslah mengasah
kemahiran berkomunikasi sekiranya ingin menjadi seorang usahawan
yang berjaya. Sedarkah kita bahawa seorang usahawan perlu
berinteraksi sesama rakan sekerja dan para pelanggan dengan baik? Kita
haruslah bersikap diplomasi dan bersopan santun dengan rakan sekerja
supaya mewujudkan suasana kerja yang kondusif dan harmoni. Sebagai
seorang usahawan, kita mempunyai peluang untuk berinteraksi dan
berkolaboratif dengan pihak dari seluruh pelosok dunia. Oleh itu,
seseorang itu juga hendaklah menguasai dan peka dengan budaya serta

24

norma masyarakat global untuk mengelakkan perselisihan faham.
Misalnya, norma di negara Jepun ialah masyarakat akan menundukkan
kepala semasa bertegur sapa sebagai tanda hormat. Sudah terang lagi
bersuluh, kita hendaklah meningkatkan kemahiran berkomunikasi supaya
menjadi usahawan yang dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
dengan usahawan lain yang berjaya.

Walakin begitu, sebagai persediaan untuk menjadi seorang
usahawan yang berjaya, kita wajarlah memupuk sikap kreatif dan inovatif
dalam diri sendiri. Perkara ini penting kerana dunia keusahawanan ibarat
hukum rimba, iaitu sesiapa yang kuat, dialah yang dapat. Oleh itu, untuk
menjadi seorang usahawan yang luar biasa, kita hendaklah memerah
otak untuk mendapatkan langkah yang efektif untuk mempromosikan
produk. Seseorang individu juga boleh mengambil inspirasi daripada para
usahawan yang berjaya. Misalnya, kita boleh mencontohi sikap Tony
Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat AirAsia. Beliau telah
memperkenalkan penerbangan tambang murah kepada penduduk
Malaysia dengan slogannya “kini sesiapapun boleh terbang”. Sewaktu
pandemik COVID-19, beliau turut memperkenalkan kemudahan AirAsia
Ride yang mendapat sambutan hangat dalam kalangan masyarakat lokal.
Tuntasnya, kita perlulah mencontohi sikap kreatif dan inovatif serta
sanggup menyesuaikan diri dengan keadaan semasa.

Akhirulkalam, marilah kita bersama-sama mengatur langkah
sederap, seia sekata demi merealisasikan visi kudsi ke arah menceburi
bidang keusahawanan yang diimpikan kerana perjalanan beribu-ribu batu
bermula dari langkah yang pertama. Oleh itu, kita tidak seharusnya
mudah berputus asa apabila bertemu dengan halangan, sebaliknya gigih
berusaha agar dapat mencapai kejayaan dalam bidang yang diceburi.
Dalam pada itu, generasi pewaris bangsa tidak wajar memandang
sesuatu yang samar-samar dari jauh tetapi bertindak secara bijaksana
terhadap sesuatu yang jelas di depan mata demi meneruskan
kesinambungan bidang keusahawanan sebagai teras pembangunan
negara hingga ke puncak jaya dan bersaing di pentas antarabangsa.

25

PERKARA KARANGAN CONTOH 13
TEMA EKONOMI, KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN
KEWANGAN
TUGASAN USAHA PELBAGAI PIHAK UNTUK MEMBERIKAN
KESEDARAN KEPADA GOLONGAN MUDA TENTANG
KEPENTINGAN PENGURUSAN KEWANGAN YANG
BERHEMAT

Pada era globalisasi ini, golongan milenium menghadapi masalah
muflis. Muflis bermaksud masyarakat meminjam wang daripada bank
dan tidak boleh membayar semula wang kepada bank. Statistik daripada
Laporan kajian pantauan Ekonomi Malaysia Disember 2019 yang
diterbitkan oleh Bank Dunia menganggarkan sejumlah 60 peratus
daripada keseluruhan individu muflis di Malaysia. YB Senator Tengku
Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz selaku Menteri
Kewangan ada mengingatkan masyarakat supaya berhemat supaya
kewangan keluarga lebih stabil dan tidak terjebak dengan masalah
hutang. Persoalan yang bermain di gawang minda ialah, apakah usaha-
usaha yang patut dilakukan pelbagai pihak untuk menguruskan
kewangan yang berhemat?

Sebagai pembuka tirai perbincangan, usaha untuk memberi
kesedaran kepada golongan muda tentang pengurusan kewangan yang
berhemat adalah dengan mengambil pendekatan ibu bapa mendidik
anak-anak sejak kecil agar bijak berbelanja. Hal ini dikatakan demikian
kerana ibu bapa merupakan suri teladan dan menjadi ikutan anak-anak
dalam semua aspek termasuklah pengurusan kewangan tambahan pula
ibu bapa merupakan pemegang amanah untuk memastikan anak-anak
mereka terdidik untuk menjadi insan yang sederhana dan mengambil
pendekatan ukur baju di badan sendiri ketika menggunakan wang.
Tamsilannya sebagai ibu bapa yang mementingkan masa hadapan,
sejak kecil lagi anak-anak diajar untuk mempunyai tabung untuk
membudayakan amalan menyimpan. Malahan tabung yang telah penuh
boleh dibawa ke pihak bank untuk disimpan dalam buku simpanan
masing-masing. Jelaslah bahawa sikap ibu bapa yang lalai atau tidak
mengambil berat tentang pengurusan kewangan menjadi asbab anak-
anak mereka menanggung hutang atau muflis pada usia yang masih
muda.

Usaha pragmatik lain yang boleh dilakukan oleh media massa
adalah melalui perkongsian maklumat untuk mendidik masyarakat
membudayakan amalan menyimpan. Hal ini dikatakan demikian kerana

26

media sosial ada pengaruh kepada masyarakat. Contohnya, media
sosial seperti Instagram dan Facebook memuat naik gambar dan video
untuk cara-cara menyimpan wang kepada remaja yang menggunakan
media sosial. Impaknya remaja akan berkongsi kepada kawannya.
secara tidak langsung akan mendidik banyak remaja untuk menyimpan
wang. Jelaslah bahawa, media sosial akan mendidik generasi yang
baharu untuk menyimpan wang supaya tidak akan menjadi muflis seperti
golongan milenium kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan
dapat sagunya.

Tidak dapat dinafikan juga kerajaan sebagai tulang belakang
negara seharusnya memainkan tanggungjawab bentuk menetapkan
syarat-syarat pemilikan rumah atau peminjaman kenderaan yang lebih
ketat supaya muda-mudi tidak terjebak dengan hutang pada peringkat
yang masih muda. Bayangkanlah pada usia setahun jagung, darah
setampuk pinang dan baru sahaja memulakan bahtera perkahwinan,
mereka dibelenggu oleh hutang yang bertimbun. Sejajar dengan itu,
pihak kerajaan melalui kerjasama dengan bank perlulah menetapkan
syarat yang lebih ketat untuk membenarkan golongan muda membeli
kenderaan atau membuat pinjaman untuk pembelian rumah. Sudah
terang lagi bersuluh kerajaan perlu menetapkan syarat-syarat yang lebih
ketat dan dipersetujui oleh pembeli demi menyelamatkan status mereka
yang muflis pada usia muda.

Konklusinya, semua pihak perlulah bekerjasama untuk mendidik
generasi yang baharu untuk mengatasi masalah muflis. Oleh itu,
generasi yang baharu perlu menjimatkan wang sejak kecil untuk
mengelakkan menjadi muflis masa akan datang. Lantaran itu, marilah
kita berusaha untuk berjimat cermat dan katakan tidak kepada muflis.
Peribahasa Melayu ada mengatakan bahawa sesal dahulu pendapatan
sesal kemudian tiada gunanya kerana segalanya telah terlambat.
Kesannya, generasi akan datang tidak akan menghadapi masalah untuk
muflis dan membayar barang-barang sehingga ekonomi keluarga
semakin meningkat malahan ekonomi berkembang pesat.

27

PERKARA KARANGAN CONTOH 14
TEMA PENDIDIKAN
TUGASAN KELEBIHAN PENDIDIKAN DALAM TALIAN KEPADA
PELAJAR

Dalam meniti arus kemodenan, hampir semua perkara dapat
dilakukan secara dalam talian. Perkara sekecil mencari maklumat
sehinggalah menerima dokumen rasmi dapat dilaksanakan di hujung jari
sahaja dengan capaian Internet. Berikutan pandemik COVID-19 yang
sedang menular, pendidikan dalam talian bukanlah sesuatu yang asing
lagi bagi masyarakat pada masa ini. Hal ini dikatakan demikian kerana
sebilangan besar anggota masyarakat pernah menjalani kuarantin di
rumah bagi memutuskan rangkaian penularan wabak yang meragut
nyawa ini. Semua guru dan pelajar terpaksa menggunakan komputer,
tablet atau telefon pintar untuk menyertai Pembelajaran dan Pengajaran
di Rumah (PdPR) dan menjalani persekolahan dari rumah. Persoalannya,
apakah kelebihan-kelebihan pendidikan dalam talian ini?

Kelebihan pendidikan dalam talian ialah pembelajaran secara
maya sedikit sebanyak dapat mengurangkan kos seseorang pelajar.
Proses pembelajaran secara bersemuka memerlukan pelajar membeli
pelitup muka, memakai uniform sekolah, membeli buku teks dan buku
latihan serta membayar yuran pengangkutan ke sekolah. Sebaik sahaja
PdPR diperkenalkan, pelajar hanya perlu duduk di rumah tanpa perlu
membayar kos-kos yang dinyatakan. Tidak dinafikan bahawa ibu bapa
perlu menyediakan peranti seperti komputer dan capaian Internet yang
stabil untuk anak-anak menikmati pembelajaran dalam talian yang lancar.
Namun begitu, kaedah ini dapat membantu meringankan beban dalam
jangka masa panjang lebih-lebih lagi jika ibu bapa kehilangan pekerjaan
atau dipotong gaji semasa penularan wabak COVID-19. Jelaslah bahawa
pendidikan dalam talian dapat menjimatkan kos pelajar.

Selain itu, pendidikan dalam talian dapat membuka peluang kepada
pendidikan jarak jauh tanpa batasan. Justifikasinya, walaupun guru atau
pensyarah itu berada di luar negara, pelajarnya yang tinggal di dalam
negara masih boleh menghadiri kelas yang diadakan secara maya. Hal
ini secara tidak langsung juga telah menjimatkan masa kedua-dua belah
pihak. Sekiranya pihak kerajaan ingin memastikan pendidikan dapat
disampaikan secara meluas kepada seluruh rakyat Malaysia, mereka
perlu membangunkan dan memastikan infrastruktur Internet dalam
negara berada pada tahap yang terbaik dan menawarkan harga yang
berpatutan. Pelajar dan lapisan masyarakat yang lain juga dapat
menikmati kelebihan capaian Internet tersebut. Tegasnya, pendidikan

28

dan pengetahuan yang diperoleh secara dalam talian dapat diperluas
sekiranya rakyat mempunyai capaian Internet yang baik.

Pada masa yang sama, kelebihan pendidikan secara dalam talian
sudah tentu memudahkan pelajar untuk mengulang kaji pelajaran.
Sebagai contoh, pelajar boleh melihat semula rakaman pengajaran guru
sekiranya mereka tidak memahami atau ingin mengulang kaji pelajaran.
Situasi ini menjadi satu kelebihan jika dibandingkan dengan pendidikan
secara bersemuka kerana pelajar mungkin berasa malu dan takut untuk
bertanya soalan kepada guru. Tambahan pula, pelajar dapat mengakses
pelbagai bahan pembelajaran yang terdapat dalam Internet untuk
melakukan ulang kaji dan tidak hanya bergantung kepada buku teks
sahaja. Pembelajaran yang interaktif ini sedikit sebanyak dapat membuka
minda dan ruang kreatif pelajar dalam mendapatkan ilmu pengetahuan
dan menambah kemahiran diri mereka. Natijahnya, pendidikan secara
maya ini banyak membantu pelajar untuk tidak menjadi seperti katak di
bawah tempurung kerana penggunaan teknologi akan menjadi satu
perkara penting pada masa ini dan pada masa akan datang.

Konklusinya, pelbagai kelebihan yang diperoleh sekiranya guru
atau pelajar melaksanakan pendidikan secara dalam talian. Masih
wujudnya jurang di kawasan luar bandar yang tidak mampu untuk
menikmati pendidikan dalam talian dengan baik. Oleh itu, pihak kerajaan
hendaklah berganding bahu dengan pembekal perkhidmatan talian
Internet untuk memastikan liputan Internet di Malaysia ditingkatkan dan
berada pada tahap yang terbaik. Pandemik COVID-19 menjadi satu bukti
bahawa kita perlu bersedia untuk melakukan anjakan paradigma dalam
mendepani apa-apa jua situasi agar pendidikan anak-anak kita terjamin.
Seterusnya, memastikan generasi akan datang yang bakal mewarisi
barisan kepimpinan negara dapat menjadi lebih baik dan membawa
negara Malaysia yang maju hingga peringkat antarabangsa.

29

PERKARA KARANGAN CONTOH 15
TEMA PENDIDIKAN
TUGASAN LANGKAH PEBAGAI PIHAK UNTUK MENGGALAKKAN
MASYARAKAT MEMBACA

Membaca jambatan ilmu, merupakan satu kata hikmat yang jelas
menunjukkan kepentingan amalan membaca dalam hidup kita.
Kendatipun begitu, kata-kata hikmat ini sering dipandang enteng oleh
sebahagian besar masyarakat Malaysia, terutamanya yang bakal menjadi
pemimpin negara pada suatu masa kelak. Masyarakat Malaysia seringkali
menganggap bahawa amalan membaca itu hanya sekadar untuk lulus
dalam sesuatu ujian. Namun sebenarnya, membaca juga penting untuk
mengetahui keadaan semasa, meluaskan ilmu pengetahuan dan
sebagainya. Persoalannya, apakah peranan pelbagai pihak untuk
melaksanakan obligasi masing-masing untuk memupuk tabiat gemar
membaca dalam kalangan rakyat Malaysia?

Institusi kekeluargaan merupakan unit asas pembentukan
masyarakat. Kata-kata in jelas menunjukkan bahawa pembentukan
peribadi seseorang individu bermula dari rumah. Ini menunjukkan bahawa
dalam hal ini, ibu bapa merupakan entiti mithali yang terbaik kepada anak-
anak. Bagaimana acuan begitulah kuihnya, ibu bapa perlulah
menunjukkan uswah terbaik dengan mengamalkan amalan membaca di
hadapan anak-anak. Sebagai contoh, ibu atau bapa membacakan buku
cerita kepada anak-anak sebelum tidur atau ketika waktu senggang.
Situasi ini akan menjentik hati anak-anak untuk membaca tanpa disuruh
oleh ibu bapa kerana sudah menjadi kelaziman seperti cogan kata,
kepimpinan melalui teladan. Oleh hal yang demikian, sebagai insan yang
terdekat dengan anak-anak, ibu bapa perlulah mengamalkan amalan
membaca terutamanya di hadapan anak-anak agar dapat diikuti oleh
anak-anak mereka.

Selain itu, media massa juga berperanan penting untuk memupuk
minat membaca dalam kalangan masyarakat. Media massa seperti
televisyen, Internet, radio dan sebagainya penting dalam menghebahkan
kepada masyarakat tentang kepentingan tabiat membaca. Dalam hal ini,
pihak-pihak yang terlibat seperti penerbit stesen televisyen haruslah
mengadakan satu dokumentari yang memaparkan kepentingan
membaca dalam kehidupan dan menayangkannya di kaca televisyen.
Dengan ini, masyarakat yang cetek ilmu tentang kepentingan membaca
akan dapat menambah ilmu pengetahuan agar tidak dilabel seperti kata
di bawah tempurung. Seiring dengan kemajuan negara, semua maklumat
hanya berada di hujung jari. Masyarakat hanya perlu menggunakan

30

peranti masing-masing dengan melayari laman sesawang tertentu untuk
mendapatkan informasi terkini. Masyarakat boleh membaca di mana-
mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja. Maka, pihak media massa
perlu cakna dan prihatin serta kreatif dalam menyampaikan maklumat
kepada masyarakat.

Di samping itu, pihak sekolah juga menggalas tangguggjawab untuk
memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia. Dalam
hal ini, guru merupakan insan terpenting yang berperanan memupuk
minat membaca dalam kalangan pelajar. Sebagai guru yang
menginginkan pelajarnya berjaya, sudah pasti guru-guru sedar akan
kepentingan membaca dalam kehidupan. Melentur buluh biarlah dari
rebungnya, jelas menunjukkan bahawa dalam usaha untuk membentuk
peribadi seseorang, kita perlulah membentuknya sejak dari kecil lagi.
Guru-guru tadika mahupun guru-guru sekolah rendah memikul
tanggungjawab yang paling penting untuk menerapkan minat membaca
dalam kalangan pelajar kerana pada masa ini, pelajar-pelajar ibarat kain
putih yang belum dicorakkan. Contohnya, guru-guru boleh mengadakan
pertandingan membaca paling banyak dan memberikan hadiah yang
lumayan seperti wang dan bahan bacaan kepada para pemenang.
Mungkin pada mulanya, pelajar-pelajar ini membaca kerana ingin
memenangi pertandingan, tetapi pasti lama-kelamaan minat membaca
akan timbul dalam diri mereka. Oleh yang demikian, guru-guru haruslah
menjalankan peranan mereka untuk memupuk minat minat membaca
dalam diri pelajar.

Akhirulkalam, semua pihak haruslah berganding bahu untuk
memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat dan tidak
melepaskan tanggungjawab itu kepada sesuatu pihak sahaja. Semua
pihak seharusnya bersikap ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
agar usaha untuk memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat
ini tidak seperti melepaskan batuk di tangga. Sebagai rakyat Malaysia
pula, kita seharusnya turut mempunyai inisiatif dan kemahuan dalam
mengubah diri bagi memupuk minat membaca dalam diri kita sendiri
kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Akhir kata, biarlah
malaysia terus bersinar, biarlah pohon terus menghijau dan biarlah
Malaysia terus maju dengan adanya tabiat membaca dalam diri setiap
rakyat.

31

PERKARA KARANGAN CONTOH 16
TEMA KESELAMATAN
TUGASAN USAHA MENGURANGKAN KADAR KEMALANGAN
JALAN RAYA

Sedasawarsa ini kadar kemalangan jalan raya meningkat dengan
mendadak. Menurut statistik daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM),
sebanyak 255,532 kes nahas di jalan raya telah berlaku sepanjang
Januari sehingga September 2021 dan melibatkan 3,302 kes kematian.
Impaknya, pihak kerajaan bukan sahaja terpaksa menanggung kerugian
kos yang tinggi akibat kemalangan jalan raya malahan kehilangan nyawa
yang merupakan modal insan untuk menyumbang kepada pembangunan
negara. Oleh hal yang demikian, sebelum nasi menjadi bubur, langkah-
langkah yang pragmatik perlu diambil oleh semua pihak untuk mengatasi
peningkatan kadar kemalangan jalan raya agar dapat mengelakkan
kerugian yang lebih dahsyat. Persoalannya, apakah usaha-usaha untuk
mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara ini?

Prakarsa utama dalam mengurangkan kadar kemalangan jalan raya
adalah mengubah mentaliti sikap pemandu yang kurang berdisiplin.
Sebenarnya, tidak dapat kita nafikan lagi bahawa kebanyakan kes
kemalangan jalan raya berlaku akibat kecuaian sesetengah pemandu itu
sendiri. Lantaran itu, setiap pemandu haruslah bertanggungjawab untuk
sentiasa peka dan memberi perhatian kepada keadaan sekeliling ketika
berada di jalan raya. Tamsilnya, seorang pemandu hendaklah
mengelakkan penggunaan telefon pintar ketika memandu agar tidak
terleka atau terganggu sehingga menjejaskan pemanduan. Implikasinya,
para pemandu dapat mengamalkan pemanduan berhemah ketika
memandu kenderaan di jalan raya di samping melatih diri untuk menjadi
lebih berdisiplin. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita tidak boleh
bersikap mementingkan diri seperti enau dalam belukar, melepaskan
pucuk masing-masing kerana keselamatan awam di jalan raya perlu
dijaga bersama-sama. Intihanya, mengubah sikap pemandu yang kurang
berdisiplin dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Sebagaimana yang kita ketahui, ibu bapa memainkan obligasi
penting untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Dalam
konteks ini, ibu bapa merupakan pengaruh utama dalam kehidupan anak-
anak kerana mereka akan mudah terpengaruh dan mencontohi aksi dan
gelagat ibu bapa. Lazimnya, para ibu bapa hendaklah menjadi teladan
yang terbaik buat anak-anak mereka dengan tidak melakukan
pelanggaran undang-undang ketika berada di jalan raya. Ibu bapa juga

32

perlu mendidik anak-anak tentang peraturan jalan raya sejak kecil lagi
umpama peribahasa Melayu, melentur buluh biarlah daripada rebungnya.
Kesannya, para ibu bapa dapat melahirkan anak-anak yang berdisiplin
dan berhemah serta mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan.
Tegaslah bahawa kadar kemalangan jalan raya dapat dikurangkan
melalui peranan ibu bapa.

Pada masa yang sama, kadar kemalangan jalan raya dapat
dikurangkan melalui tindakan pihak kerajaan. Hal ini dikatakan demikian
kerana pihak kerajaan mempunyai kuasa yang sewajarnya untuk
mengubah gaya pemikiran masyarakat dengan lebih cekap dan efisien.
Oleh itu, pihak kerajaan hendaklah menggunakan kuasa tersebut dengan
menganjurkan kempen kesedaran mengenai kepentingan mematuhi
peraturan jalan raya secara berperingkat di seluruh negara. Ekoran
daripada isu itu, setiap lapisan masyarakat akan dapat menambahkan
pengetahuan tentang undang-undang jalan raya serta menjadi lebih
berhati-hati dan peka ketika pemanduan. Jadi, pihak kerajaan perlulah
bertindak seiring dengan rakyat dalam memastikan tiada individu yang
melanggar peraturan jalan raya kerana satu kecuaian boleh mengundang
pelbagai risiko. Jelaslah bahawa tindakan pihak kerajaan dapat
mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa terdapat pelbagai usaha dalam
mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Kes sebegini dapat
dikurangkan jika semua pihak saling membahu, dan bersatu hati untuk
mengubah sikap dan pemikiran pengguna jalan raya agar mereka
memiliki rasa tanggungjawab dan prihatin terhadap pengguna jalan raya
yang lain. Jika masalah ini tidak menemui titik penyelesaian, maka kes
kemalangan raya akan menjadi pembunuh utama di negara kita dan
secara tidak langsung memberi kesan kepada ekonomi dan sosial.
Sesungguhnya, usaha berterusan daripada semua pihak amat ditagih
agar terus bekerjasama menyelesaikan masalah yang masih bersarang
dalam masyarakat. Oleh itu, hasrat pihak kerajaan untuk mewujudkan
persekitaran negara yang harmoni dan selamat bagi rakyat Malaysia
sudah pasti dapat direalisasikan.

33

PERKARA KARANGAN CONTOH 17
TEMA PERTANIAN, PENTERNAKAN DAN PERIKANAN
TUGASAN SYARAHAN: KEPENTINGAN BIDANG PERTANIAN DI
NEGARA KITA

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Tegaknya pokok kerana akarnya, tegaknya saya di sini adalah

untuk menyampaikan sebuah syarahan di bawah lembayung kata
‘Kepentingan Bidang Pertanian di Negara Kita’.

Yang dihormati pengemudi acara, yang dikasihi, guru-guru
seterusnya rakan-rakan sekalian. Sebelum bibir mengorak
bicara,sebelum kata dimapankan bukti izinkan saya mengupas konotasi
pertanian hingga ke akar umbi. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,
pertanian merangkumi penanaman, penternakan dan perladangan.
Lantaran itu, saya ingin menyeru pihak hadirin sekalian agar tidak
memandang enteng akan bidang pertanian. Kenapa? Hal ini dikatakan
sedemikian kerana kajian yang telah dilakukan menunjukkan bidang
pertanian merupakan penyumbang utama kemajuan ekonomi negara
kita. Oleh itu, berdirinya saya di pentas yang serba indah ini adalah untuk
mengupas kepentingan bidang pertanian di negara kita.

Hadirin yang dihormati,
Sebagai masyarakat berminda kelas pertama, kepentingan bidang

pertanian yang pertama ialah, sektor pertanian terus maju. Hal ini berlaku
disebabkan lebih banyak peluang pekerjaan diwujudkan bagi masyarakat
tempatan. Tamsilnya, bidang pertanian akan lebih diutamakan dan
dititikberatkan oleh negara kita. Sebagai contoh, sektor pertanian kita
dapat dikomersialkan di peringkat antarabangsa dan mampu bersaing
dengan negara luar seperti Vietnam dan China. Kesannya, apabila sektor
pertanian dimajukan, maka bilangan rakyat di negara kita yang
menganggur dapat dikurangkan. Aforisme Melayu menyatakan bahawa,
hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di
negeri sendiri. Tuntasnya, sektor pertanian terus maju merupakan salah
satu kepentingan bidang pertanian yang paling utama.

Hadirin yang budiman,
Lensa perbincangan dicapahkan lagi berteraskan frasa penghasilan

pertanian di negara kita perlu ditingkatkan agar Malaysia mampu bersaing
dengan negara jiran. Hal ini dikatakan demikian kerana peningkatan hasil
pertanian amat penting disebabkan populasi rakyat tempatan yang
semakin meningkat kian hari dan perkembangan pasaran global. Sebagai

34

contoh, Malaysia kaya dengan hasil ladang seperti sawit, getah dan koko.
Bukan itu sahaja, Malaysia juga kaya dengan buah-buahan tropika dan
sayur-sayuran. Sehubungan dengan itu, institusi penyelidikan haruslah
bekerjasama membantu petani dengan menyediakan perkhidmatan yang
sesuai dalam meningkatkan kualiti dan kuantiti produk pertanian Malaysia
agar hasil pertanian di negara kita dapat menandingi negara lain seperti
Thailand. Jelaslah bahawa, peningkatan hasil pertanian amat penting
supaya dapat bersaing dengan negara jiran.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Meninjau dari skop yang lain, kepentingan bidang pertanian adalah

dapat meningkatkan jumlah hasil pengeluaran di negara kita. HaI ini
dikatakan demikian kerana aktiviti pertanian dapat menghasilkan
pelbagai jenis sumber makanan untuk kegunaan harian masyarakat di
Malaysia. Sebagai contoh, pengeluaran beras dan penanaman padi amat
penting bagi mengurangkan pergantungan barangan import dari luar
negara seperti beras yang diimport dari Vietnam. Aktiviti pertanian secara
tidak langsung juga, dapat meningkatkan ekonomi negara dan dapat
dijadikan sebagai bekalan makanan masyarakat di negara kita apabila
diancam bencana alam seperti musim kemarau yang
berpanjangan.Tuntasnya, bidang pertanian amat penting bagi
meningkatkan hasil pengeluaran sumber makanan di negara kita.

Hadirin sekalian,
Sebagai penghias bicara akhir, saya ingin menyimpulkan bahawa

bidang pertanian mendatangkan pelbagai maslahat kepada masyarakat
dan negara. Oleh hal yang demikian, sebagai masyarakat yang cinta
akan negara marilah kita bahu membahu ibarat ke bukit sama didaki ke
lurah sama dituruni bagi memastikan sektor pertanian tidak tenggelam
dengan arus ledakan teknologi. Ibu bapa mestilah memberikan galakan
kepada anak-anak yang berminat dalam bidang ini kerana mendatangkan
pulangan yang besar sebagaimana kata mutiara berbudi kepada tanah,
tanah tidak pernah menipu. Dengarlah serangkap pantun pemanis kata
sebelum menamatkan bicara,

Harum mewangi si bunga kejora,
Kumbang dan unggas mula mendekat;
Pertanian nadi ekonomi negara,
Menjana untung memakmur masyarakat.

Sekian, sehingga berjumpa lagi, terima kasih.

35

PERKARA KARANGAN CONTOH 18 YANG
TEMA KEBERSIHAN DAN KESIHATAN
TUGASAN KEBAIKAN MENGAMALKAN PEMAKANAN
SEIMBANG

Penat telah menjadi rintihan,
Rindu pelukan sang ibu di desa;

Makanan sihat menjadi pilihan,
Agar hidup bahagia sentiasa.

Pantun empat kerat di atas membawa maksud bahawa makanan
yang seimbang dapat melahirkan individu yang sihat. Pemakanan
seimbang mampu mempengaruhi kesihatan diri seseorang. Dato’ Sri
Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia yang ke-9
menegaskan bahawa remaja perlulah mengambil makanan yang
seimbang agar dapat melahirkan generasi yang produktif. Sejak kecil lagi,
ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak dengan mendidik dan
mendedahkan kepada mereka tentang kepentingan pengambilan
makanan yang seimbang. Hal ini bertepatan dengan peribahasa melentur
buluh, biarlah dari rebungnya. Namun begitu, sejak akhir-akhir ini, kita
dapat lihat bahawa terdapat segelintir remaja kurang menitikberatkan
tentang pengambilan makanan yang seimbang. Persoalannya, apakah
kebaikan-kebaikan yang akan diperoleh jika seseorang mengamalkan
pemakanan yang seimbang?

Sebelum menelusuri perspektif saya dengan lebih mendalam, salah
satu kebaikan mengamalkan pemakanan yang seimbang ialah dapat
menyihatkan badan. Hal ini berikutan nutrisi yang terkandung di dalam
makanan secara tidak langsung akan memberikan tenaga kepada kita.
Sebagai contoh, pengambilan makanan seperti nasi yang mencukupi
dapat membekalkan karbohidrat yang boleh memberikan tenaga untuk
melakukan sesuatu pekerjaan. Walaupun ada segelintir remaja yang
memandang enteng dan sukar mempraktikkan cara pemakanan yang
seimbang, mereka perlu belajar agar kehidupan mereka kelak tidak
merana. Keadaan ini sesuai dengan peribahasa mencegah lebih baik
daripada mengubati. Jelaslah bahawa mengamalkan pemakanan yang
seimbang dapat memberikan impak yang positif kepada kesihatan tubuh
badan. Justeru, remaja perlulah membuka mata, menyedari kepentingan
pengambilan makanan yang sihat dan seimbang agar dapat menjalani
kehidupan seharian dengan baik.

Mendalami isi yang kedua pula, kebaikan mengamalkan
pemakanan yang seimbang ialah kita akan dapat melakukan sesuatu

36

aktiviti dengan aktif dan lancar. Perkara ini berlaku kerana penjagaan
kesihatan dan pengambilan makanan yang mengandungi zat dapat
menyumbang kepada kehidupan yang sihat dan akan menjadikan kita
lebih aktif serta bertenaga dalam melakukan sesuatu aktiviti atau
pekerjaan. Sebagai contoh, pengambilan buah-buahan dan sayur-
sayuran yang mengandungi vitamin C akan membantu melawan virus-
virus yang tidak baik di dalam badan kita. Pengambilan makanan yang
tidak mengikut piramid makanan akan mendatangkan risiko kepada tubuh
seseorang. Oleh itu, pengambilan makanan yang seimbang dari usia
muda perlu dipraktikkan kerana pepatah Melayu ada mengatakan
bahawa badan sihat, otak cergas. Tegasnya, semua pihak haruslah
bersinergi dalam usaha menghasilkan modal insan yang bergerak aktif,
produktif dan sejahtera.

Sebelum tirai penutup diskusi dilabuhkan, isi yang terakhir bagi
kelebihan mengamalkan makanan yang seimbang ialah dapat
mengurangkan risiko seseorang daripada menghidapi penyakit-penyakit
yang berbahaya. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa sediakan
payung sebelum hujan kerana jika kita menjaga pemakanan dan
mengamalkan cara hidup sihat sejak dari awal, kita tidak mudah terdedah
kepada penyakit. Contohnya, jika seseorang mengambil makanan yang
mengandungi kolesterol, garam dan gula yang berlebihan akan
menyebabkan individu terdedah kepada penyakit diabetes, obesiti dan
darah tinggi. Statistik juga menunjukkan peningkatan peratusan
penghidap diabetes terutamanya dalam kalangan remaja meningkat
setiap tahun. Tegasnya, kita perlu sedar bahawa melalui pengambilan
makanan yang seimbang secara konsisten serta teratur mampu
mengurangkan kadar peratusan masalah kesihatan di negara kita.

Konklusinya, pengambilan makanan yang seimbang banyak
memberikan pelbagai kemaslahatan kepada semua golongan. Marilah
kita mempraktikkan gaya hidup sihat dengan mengamalkan pemakanan
yang sihat dan seimbang. Diharapkan semua pihak cakna tentang
kepentingan menjaga kesihatan melalui pemakanan yang seimbang.
Penjagaan kesihatan dan amalan pemakanan seimbang dapat
melahirkan generasi yang berkualiti dari aspek rohani, jasmani, emosi dan
intelektual. Hal ini dikatakan demikian kerana generasi sekarang penentu
masa depan negara.

37

PERKARA KARANGAN CONTOH 19 YANG
TEMA KEBERSIHAN DAN KESIHATAN
TUGASAN KEBAIKAN MENGAMALKAN PEMAKANAN
SEIMBANG

Pergi bercuti di Pantai Klebang,
Membawa pulang hiasan gantung;
Orang yang mengamal pemakanan seimbang,
Maka hidupnya pasti beruntung.

Pantun di atas menerangkan kelebihan pengambilan pemakanan
yang seimbang. Pemakanan seimbang merupakan tabiat memilih
makanan yang merangkumi pelbagai jenis kumpulan makanan dalam
jumlah yang bersesuaian. Menurut Mantan Perdana Menteri Malaysia
iaitu Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, beliau menyatakan bahawa remaja
memerlukan tenaga dan nutrien yang mencukupi untuk menjalani
kehidupan yang aktif. Pada era 90-an, majoriti remaja mempunyai badan
yang sihat kerana mengamalkan pemakanan yang seimbang. Namun
kini, remaja lebih cenderung untuk mengambil makanan yang tidak
berkhasiat. Persoalannya, apakah kebaikan-kebaikan yang akan saya
peroleh sebagai remaja jika mengamalkan pemakanan yang seimbang?

Membuka lembaran idea pertama, antara kebaikan yang saya akan
peroleh sebagai remaja jika mengamalkan pemakanan yang seimbang
ialah saya dapat memenuhi keperluan tenaga dan nutrisi badan. Sebagai
contoh, saya mengambil sayur-sayuran setiap hari dan mengehadkan
pengambilan makanan segera seperti mi segera. Nutrien yang terdapat
dalam sayur memberikan tenaga kepada badan untuk terus aktif dalam
kehidupan. Sayur-sayuran seperti lobak dan sawi mempunyai vitamin A
dan E yang berfungsi untuk mencerdaskan otak. Langkah efesien ini amat
bersesuaian dengan peribahasa Melayu iaitu badan cergas otak cerdas.
Sedang kijang lagi berteduh, sudah terang lagi bersuluh bahawa
pengambilan makanan yang seimbang dapat memenuhi keperluan
tenaga dan nutrisi seorang remaja.

Jika diteliti dengan lebih mendalam, pengambilan makanan yang
seimbang juga ialah dapat mengurangkan risiko pelbagai penyakit
berbahaya. Hal dikatakan demikian kerana kandungan makanan yang
terdapat dalam kumpulan makanan seimbang mempunyai banyak
khasiat. Pepatah ada mengatakan diri anda adalah apa yang anda
makan. Pengawalan dalam pengambilan garam dan gula secara
berlebihan akan membantu untuk menghindarkan diri saya daripada
penyakit obesiti, diabetes dan serangan jantung. Sebagai contoh,

38

pengambilan makanan dengan cara yang betul dengan menetapkan
kuantiti jenis makanan, kandungan kalori, karbohidrat, protein dan gula
yang seimbang akan menjadikan badan sentiasa sihat dan tidak
cenderung untuk menghidap penyakit. Sudah terang lagi bersuluh
bahawa saya dapat menghindarkan diri daripada pelbagai penyakit
dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang.

Menelusuri isi yang terakhir, pengambilan makanan seimbang
dapat membentuk personaliti dan fizikal yang menarik. Hal ini dikatakan
demikian kerana gabungan makanan yang mempunyai pelbagai khasiat
kepada kulit dan otot dalam badan diambil secara seimbang serta
konsisten. Tamsilan, protein dan vitamin yang terdapat dalam daging,
sayur-sayuran dan buah-buahan mampu membentuk penampilan
seseorang. Kita tidak perlu lagi bergantung kepada produk kosmetik dan
makanan tambahan yang belum pasti kesahihannya. Natijahnya, kulit
badan akan menjadi lebih sihat dan mempunyai berat badan ideal serta
tampil dengan penuh keyakinan. Bulan kian terang, bayang kian jelas ,
jelaslah bahawa personaliti yang menarik dapat dibentuk dengan
mengambil makanan yang seimbang.

Tarian pena sudah tiba ke penghujungnya, semua pihak haruslah
berganding bahu untuk menyahut seruan kerajaan dalam memastikan
remaja menjaga pemakanan bagi mendapatkan kehidupan yang aktif.
Sinergi dan komitmen semua pihak amatlah dituntut agar usaha kerajaan
ataupun swasta terus berjalan dengan lancar. Jika masyarakat masih
mengamalkan sikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk
masing-masing, maka usaha kerajaan terhadap remaja hanyalah sia-sia.
Justeru, marilah kita bersama-sama menyokong kerajaan dalam
memastikan remaja mengamalkan pemakanan yang seimbang. Hal ini
bertepatan dengan peribahasa Melayu iaitu berat sama dipikul, ringan
sama dijinjing.

39

PERKARA KARANGAN CONTOH 20 YANG
TEMA KEBERSIHAN DAN KESIHATAN
TUGASAN KEBAIKAN MENGAMALKAN PEMAKANAN
SEIMBANG

Angin kencang ombak bergelora,
Memberi petanda banjir kilat;
Remaja sihat aset negara,
Menjadi harapan seluruh rakyat

Rangkap pantun tersebut menerangkan bahawa remaja yang sihat
merupakan salah satu aset yang bernilai kepada negara. Namun kini
kebanyakan remaja kurang memberikan perhatian terhadap soal
kesihatan dan pemakanan mereka. Mereka lebih mementingkan nafsu
mereka untuk makanan yang tidak berkhasiat seperti makanan segera
dan ayam goreng seperti yang dijual di restoran makanan segera iaitu
KFC. Realitinya, mereka tidak menyedari bahawa banyak kebaikan yang
kita peroleh jika mengamalkan pemakanan yang seimbang. Antara
contoh pemakanan yang seimbang ialah pemakanan yang mengandungi
karbohidrat seperti nasi, vitamin seperti yang terkandung dalam sayur-
sayuran, protein seperti daging dan ayam yang mencukupi untuk tubuh
badan manusia. Kuantiti makanan yang diambil juga menjadi salah satu
aspek yang penting dalam mengamalkan pemakanan yang seimbang?

Kebaikan yang kita peroleh jika mengamalkan pemakanan yang
seimbang ialah kita akan mempunyai tenaga dan nutrien yang mencukupi
bagi menjalani kehidupan yang aktif. Hal ini dikatakan demikian kerana,
setiap jenis kumpulan makanan mempunyai khasiat yang tersendiri.
Sebagai contoh, karbohidrat seperti roti dan nasi dapat memberikan kita
tenaga untuk melakukan aktiviti yang menggunakan tenaga yang banyak.
Tambahan pula, remaja akan berasa segar sepanjang masa kerana
mempunyai gula yang mencukupi dalam badan. Hal ini dapat memberikan
remaja daya fokus yang tinggi dalam sesi pembelajaran. Remaja juga
perlu mengambil vitamin seperti sawi dan lobak untuk meningkatkan
tahap imunisasi mereka. Hal ini boleh mengelakkan remaja daripada sakit
seperti demam, batuk dan selesema. Hal ini boleh dikaitkan dengan
peribahasa lebih baik mencegah daripada merawat. Oleh itu, Jelaslah
bahawa pengambilan makanan yang seimbang dapat memberikan kita
tenaga dan nutrien yang mencukupi bagi menjalani kehidupan yang aktif.

Meninjau dari perspektif yang berbeza, kebaikan pengambilan
makanan yang seimbang ialah tubuh badan kita menjadi aktif dan
produktif. Hal ini dikatakan demikian kerana kita dapat melakukan aktiviti

40

bersukan seperti berbasikal, bermain bola sepak dan berenang kerana
kita mempunyai tenaga yang mencukupi. Kila juga dapat menambah
kenalan baru apabila kita melakukan aktiviti bersukan. Antara jenis
kumpulan makanan yang penting untuk membekalkan tenaga melakukan
aktiviti bersukan ialah protein seperti daging dan susu. Protein dapat
menguatkan tulang yang membantu kita untuk melakukan aktiviti-aktiviti
berat. Selain itu, kita juga tidak perlu risau tentang stamina badan kita
kerana pengambilan makanan yang seimbang juga dapat membantu
meningkatkan kadar metabolisme dalam badan kita. Hal ini boleh
diibaratkan seperti peribahasa badan cergas otak cerdas. Oleh itu,
pengambilan makanan yang seimbang dapat membantu dalam
menjadikan tubuh kita aktif.

Seterusnya, kita juga dapat mengelakkan diri daripada menghidapi
penyakit kronik seperti penyakit buah pinggang dan diabetes. Hal ini
dikatakan demikian kerana pengambilan makanan yang seimbang dapat
membantu meningkatkan kadar sistem pertahanan badan kita untuk
menjadi lebih baik. Menurut Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan negara
kita, pengambilan makanan yang seimbang dapat mengurangkan risiko
penyakit kronik. Oleh itu, pengambilan makanan yang seimbang dapat
mengelakkan penyakit kronik.

Kesimpulannya, kita perlulah menjaga kesihatan dan mengamalkan
pemakanan yang seimbang agar dapat menjalani kehidupan dengan
selesa dan tenang. Oleh itu, ayuhlah kita bersama-sama berganding bahu
dalam merealisasikan aspirasi negara untuk melahirkan komuniti yang
sihat dan sejahtera serta bebas daripada pelbagai penyakit.

41

PERKARA KARANGAN CONTOH 21
TEMA KEBERSIHAN DAN KESIHATAN
TUGASAN PERANAN PELBAGAI PIHAK UNTUK MENANGANI
MASALAH BERKAITAN ISU KEBERSIHAN

Kebersihan merujuk kepada keadaan yang suci dan murni.
Kebersihan juga lahir daripada hati nurani dan diterjemahkan dalam
kehidupan setiap individu. Hal ini selaras dengan potongan hadis Nabi
Muhammad S.A.W. yang bermaksud kebersihan itu sebahagian daripada
iman yang menuntut semua pihak mengutamakan kebersihan dalam
semua perkara. Namun demikian, dalam meniti arus kemodenan yang
pantas bergerak bagai belut diketil ekor ini, isu kebersihan sering
dipandang enteng oleh masyarakat. Perkara ini juga dapat dibuktikan
melalui sikap individu dengan perilaku lempar batu sembunyi tangan terus
menyumbang terhadap masalah kebersihan tempat awam dan
pencemaran alam sekitar. Kita sewajarnya cakna terhadap situasi ini dan
menggabungkan usaha, persis kata peribahasa seikat bak sirih,
serumpun bak serai dalam menggambarkan perlunya kesepaduan idea
untuk memikirkannya. Jadi, marilah kita meluangkan sekelumit masa.
bagi memperhalusi isu perbincangan ini.

Bagi membuka tirai perbincangan, ibu bapa yang merupakan
pendidik pertama bagi anak-anak perlulah memperkasakan amalan
kebersihan dalam kalangan anggota keluarga. Mereka sewajarnya
menjadi suri teladan yang sentiasa menunjukkan perlakuan yang baik
dalam aspek penjagaan kebersihan tanpa mengira di mana-mana jua
mereka bersama. Hal ini disebabkan tingkah laku tersebut akan menjadi
ikutan anak-anak selaras dengan peribahasa ke mana tumpahnya kuah
kalau tidak ke nasi. Tamsilnya, ibu bapa haruslah membuang sampah ke
dalam tong sampah. Dengan ini anak-anak yang masih berumur setahun
jagung dapat mencontohinya. Didikan agama yang mantap dalam diri
anak-anak juga perlu dititikberatkan sejak di bangku sekolah kerana
melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan adanya didikan agama
yang teguh, insan yang mementingkan kebersihan dapat dilahirkan.
Izharlah bahawa, ibu bapa memainkan peranan signifikan bagi
menerapkan isu kebersihan dalam diri anak-anak.

Menelusuri isu perbincangan selanjutnya, peranan media massa
juga tidak dapat diketepikan dalam usaha menangani masalah berkaitan
isu kebersihan. Umum sedia maklum, media massa seperti radio,
televisyen dan surat khabar memberikan pengaruh yang mendalam

42

dalam kehidupan harian. Sehubungan dengan itu, pelaksanaan
rancangan mahupun program yang disiarkan melalui saluran media
elektronik dapat menyemaikan kesedaran menjaga kebersihan awam
dalam kalangan rakyat. Tindakan menyebarkan informasi atau risalah
berkaitan kepentingan mengutamakan kebersihan persekitaran juga
dapat menyedarkan rakyat tentang pentingnya kebersihan terhadap
kesihatan setiap individu. Bukan itu sahaja, kempen alam sekitar seperti
Cintailah Sungai Kita dan slogan Negara Bersih Rakyat Sihat patut
digiatkan untuk membangkitkan kesedaran sivik masyarakat Kempen
yang dijalankan perlulah konsisten dan bukannya hangat-hangat tahi
ayam. Jelaslah bahawa, isu kebersihan dapat ditangani melalui pelibatan
media massa.

Kita mengakui hakikat bahawa pihak kerajaan perlulah
mengetatkan lagi penguatkuasaan undang-undang terhadap individu
yang bertindak mencemarkan alam sekitar. Contohnya, hukuman yang
berat atau kompaun yang tinggi dikenakan kepada pihak yang tidak
prihatin terhadap alam sekitar ini. Apabila dikenakan denda atau hukuman
yang setimpal, barulah mereka berubah. Penggunaan teknologi moden
seperti kamera litar tertutup (CCTV) serta rondaan pihak berkuasa
dengan kerap turut membantu menjamin kebersihan persekitaran
daripada golongan yang tidak bertanggungjawab. Premis-premis yang
kotor harus disita agar tidak menjadi sarang penyakit. Sesungguhnya,
setiap rakyat sewajarnya mematuhi peraturan yang ditetapkan kerana di
mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Terbukti bahawa,
penguatkuasaan undang-undang membantu dalam mengekalkan
kebersihan persekitaran.

Sebagai penghias wacana akhir, sikap memagar diri bagai aur
dan tiada kesedaran sivik terhadap kebersihan perlulah dikikis. Lebih-
lebih lagi, kebersihan kawasan persekitaran sememangnya merupakan
aspek yang amat penting untuk menjamin keharmonian sejagat.
Tegasnya, sebelum nasi menjadi bubur, marilah kita bersama-sama
berganding bahu mempraktikkan amalan kebersihan yang mantap demi
kesejahteraan hidup dari semasa ke semasa kerana jika tidak dipecahkan
rayung, manakan dapat sagunya.

43

PERKARA KARANGAN CONTOH 22
TEMA KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN ESTETIKA
TUGASAN LANGKAH UNTUK MEMARTABATKAN PERMAINAN
TRADISIONAL DI NEGARA KITA

Permainan tradisional merupakan warisan tinggalan nenek moyang
yang amat berharga. Sayang seribu kali sayang, aktiviti yang menjadi
permainan masyarakat Melayu dahulu kala ini semakin dipinggirkan.
Masyarakat moden pada hari ini kurang mengenali jenis-jenis permainan
tradisional. Banyak jenis permainan tradisional yang popular suatu ketika
dahulu seperti congkak, gasing dan batu seremban. Tidak dinafikan,
pengaruh permainan yang lebih moden seperti permainan video telah
menyebabkan generasi hari ini tidak berminat untuk bermain permainan
tradisional. Masyarakat kini juga beranggapan bahawa permainan
tradisional sudah ketinggalan dan lapuk. Jika tidak dipecahkan ruyung,
manakan dapat sagunya. Oleh itu, permainan tradisional perlu
dipopularkan kembali agar bertepatan dengan peribahasa tak lapuk dek
hujan. tak lekang dek panas. Persoalannya, apakah langkah-langkah
untuk mamartabatkan permainan tradisional di negara kita?

Bagi membuka tirai perbincangan, ibu bapa yang merupakan
pendidik pertama dan suri teladan kepada anak-anak. Ibu bapa
hendaklah menanamkan minat dalam diri anak-anak untuk bermain
permainan tradisional. Aktiviti permainan tradisional boleh dijadikan suatu
aktiviti riadah yang turut menjadikan minda anak-anak berkembang. Oleh
itu, ibu bapa sewajarnya menyediakan permainan dan membeli alat
permainan tradisional untuk digunakan dan bermain bersama anak-anak.
Satu sudut atau ruang permainan tradisional perlu diwujudkan di dalam
rumah. Sebagai contoh, permainan congkak, dam haji dan batu
seremban. Umpama melentur buluh biarlah dari rebungnya, ibu bapa
hendaklah mengajak dan mengajar anak-anak untuk bermain pelbagai
jenis permainan tradisional. Ibu bapa memberikan penerangan berkaitan
teknik-teknik permainan dan cara pengiraan markah boleh diajar kepada
anak-anak. Kegiatan ini boleh mengisi masa lapang di samping
mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga. Jelaslah bahawa, ibu bapa
memainkan peranan penting untuk memartabatkan permainan tradisional
kepada anak-anak.

Menelusuri isi perbincangan selanjutnya, pihak sekolah perlu
memainkan peranan dalam memperkenalkan permainan tradisional
kepada para pelajar. Tamsilnya, pihak sekolah menubuhkan sebuah
kelab permainan tradisional menerusi aktiviti kokurikulum. Hal ini dapat
membantu guru-quru untuk mengesan dan mencungkil bakat terpendam

44

yang dimilki dalam diri setiap pelajar terhadap aktiviti permainan
tradisional. Usaha ini dapat ditegaskan lagi dengan mengadakan
pertandingan mahupun karnival yang memberi peluang kepada pelajar
didedahkan dan dilatih dengan teknik yang tepat dalam suatu permainan.
Secara tidak langsung, minat pelajar terhadap permainan tradisional
dapat dipupuk agar warisan keseniaan ini dapat dipelihara. Ibarat kata
pepatah tak kenal maka tak cinta amat bertepatan kerana sekiranya
pelajar telah diperkenalkan dengan permainan tradisional, maka sudah
pasti minat terhadapnya turut tertanam secara semula jadi. Terbukti
bahawa, pendedahan permainan tradisional duripada pihak sekolah
mampu memartabatkan permainan tradisional dalam diri generasi pelajar.

Bulan semakin terang, bayang semakin jelas menunjukkan bahawa
media massa memainkan peranan penting dalam mempopularkan
permainan tradisional yang kian dilupakan saban hari. Stesen televisyen,
media cetak dan media elektronik menjadi medium utama
menghidangkan informasi terkini. Sehubungan itu, pihak media
sewajarnya memperbanyak dokumentari mengenai permainan tradisional
supaya generasi muda dapat mengimbau kembali zaman kanak-kanak
dan menghidupkan semula permainan tradisional seperti congkak atau
batu seremban. Paparan iklan atau poster turut menjadikan masyarakat
di negara luar tertarik untuk mengetahui dengan lebih mendalam
berkaitan permainan tradisional. Daripada realiti ini, dapat kita katakan
bahawa media massa mampu mendominasi seluruh masyarakat setiap
ceruk rantau dunia. Izharlah bahawa, media massa perlu bergerak
dengan lebih giat dulam usaha memartabatkan permainan tradisional di
negara kita.

Natijahnya, terdapat 1001 langkah untuk memartabatkan
permainan tradisional di negara kita. Telah terbukti bahawa langkah-
langkah ini perlu diaplikasikan oleh pelbagai pihak iaitu ibu bapa, pihak
sekolah dan pihak media massa. Namun, jika hanya satu pihak sahaja
yang melaksanakan inisiatif ini, sudah pasti sukar untuk memperoleh hasil
yang terbaik. Justeru, semua pihak perlu bekarjasama bagai aur dengan
tebing untuk memartabatkan permainan tradisional di negara yang
tercinta ini. Masyarakat juga perlu membuka mata untuk berusaha
mengembalikan kegemilangan dan permainan tradisional.
Sesungguhnya, jika semua pihak seia sekata bersama-sama seperti
peribahasa ke bukit sama di daki, ke lurah sama dituruni maka kelestarian
permainan tradisional pasti akan menjadi realiti.

45

PERKARA KARANGAN CONTOH 23 BAHASA
TEMA BAHASA DAN KESUSASTERAAN
TUGASAN KEPENTINGAN MENGUASAI PELBAGAI
ASING

Bahasa digunakan sebagai cara untuk berkomunikasi. Terdapat
banyak bahasa yang ditutur di seluruh dunia. Sebagai contoh, bahasa
Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Arab dan bahasa Korea. Bahasa asing
pula boleh didefinisikan sebagai bahasa selain bahasa ibunda, biasanya
dipelajari secara formal atau sebaliknya. Terdapat beberapa buah
sekolah di Malaysia menjadikan bahasa asing sebagai salah satu mata
pelajaran di sekolah. Penguasaan bahasa asing amat berguna kepada
seseorang. Mereka mempunyai kelebihan untuk berkomunikasi dengan
orang lain yang berlainan bangsa dan budaya. Oleh itu, persefahaman
dan persetujuan dapat dicapai sekiranya ada masalah. Penguasaan
bahasa asing juga membuka mata masyarakat terhadap budaya luar, bak
kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Persoalannya, apakah
kepentingan - kepentingan menguasai pelbagai bahasa asing?

Sebagai pembuka tirai perbincangan, kepentingan menguasai
pelbagai bahasa asing ialah memudahkan seseorang berhubung atau
berkomunikasi dengan orang lain. Mereka dapat berhubung dengan
rakan di serata dunia sama ada bersemuka mahupun secara dalam talian.
Hal ini kerana mereka mudah untuk berbicara tanpa halangan bahasa.
Contohnya, seseorang itu dapat berkomunikasi bersama pelancong dari
luar negara yang melancong di negara kita. Seperti peribahasa sambil
menyelam, minum air, penguasaan bahasa asing bukan sahaja dapat
meningkatkan keyakinan diri, malah mempamerkan imej masyarakat
Malaysia yang baik. Tidak dinafikan juga, penguasaan bahasa asing juga
penting apabila individu itu berada di negara lain. Dengan menguasai
pelbagai bahasa asing, seseorang itu tidak mudah ditipu semasa berada
di luar negara, bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan.

Selain itu, sebagai penghias perbincangan kali ini, kepentingan lain
menguasai bahasa asing ialah individu dapat memperoleh ilmu
pengetahuan. Seperti peribahasa ilmu pelita hidup, penguasaan bahasa
asing ini dapat membantu pelajar dalam proses pembelajaran mereka.
Hal ini dikatakan demikian kerana pelbagai buku dan sumber rujukan
ditulis dalam bahasa asing. Seperti yang kita tahu, bahasa Inggeris
merupakan bahasa utama dunia. Pelbagai laman sesawang
menggunakan bahasa Inggeris. Kebanyakan universiti juga
menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar semasa

46

belajar. Oleh itu, dengan menguasai bahasa asing, pelajar dapat
memahami ilmu yang diajar oleh pensyarah serta menguasai ilmu yang
disampaikan. Tidak dinafikan juga, pelajar juga dapat membuat rujukan
dengan mudah melalui laman sesawang. Natijahnya, pelajar harus
memanfaatkan bahasa asing bagi memudahkan proses pembelajaran
mereka.

Di samping itu, penguasaan bahasa asing memudahkan seseorang
memperoleh peluang pekerjaan. Terdapat banyak syarikat multinasional
yang wujud ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Syarikat
multinasional ini akan mengutamakan pengambilan pekerja yang dapat
berkomunikasi dalam pelbagai bahasa. Sebagai contoh, hubungan
perniagaan di Timur Tengah memerlukan pekerja yang fasih
berkomunikasi dalam bahasa Arab. Selain itu, peluang pekerjaan dalam
bidang lain seperti menjadi jurubahasa, pemandu pelancong dan
juruterjemah dan pada masa yang sama juga dapat meningkatkan imej
negara. Oleh itu, penguasaan pelbagai bahasa dapat membantu
seseorang memperoleh pekerjaan dengan syarikat-syarikat gergasi dan
menjana pendapatan.

Seterusnya, kepentingan menguasai pelbagai bahasa asing ialah
mendapat kenalan dari negara luar. Hal ini dikatakan demikian kerana
individu yang mahir menggunakan bahasa asing dapat berkomunikasi
dengan rakan yang dikenalinya melalui laman sesawang atau media
sosial seperti Twitter dan Facebook. Mereka dapat bersembang dan
berbincang tanpa sekatan bahasa. Hasilnya, berlakulah perkongsian
ilmu, bertukar-tukar pendapat dan pandangan serta dapat menjadi suatu
pengalaman yang menarik. Kesannya, dapat membantu seseorang untuk
melatih diri dalam meningkatkan penguasaan bahasa apabila kerap
berkomunikasi seperti kata pepatah ilmu tanpa amal umpama pohon tak
berbuah.

Akhir kalam, terdapat kepentingan menguasai bahasa bahasa
asing. Sudah terang lagi bersuluh bahawa penguasaan bahasa asing ini
mendatangkan banyak kesan baik kepada masyarakat terutamanya
kepada pelajar. Oleh itu, murid perlu mengambil peluang untuk belajar
bahasa asing. Melalui cara ini, murid dapat menambah nilai diri mereka
apabila memasuki alam kerjaya. Susulan daripada itu, guru-guru, ibu
bapa serta pihak kerajaan perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing
supaya dapat melahirkan belia yang berkualiti, bak kata pepatah, pemuda
harapan bangsa, pemudi tiang negara.

47


Click to View FlipBook Version