The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ainaareen, 2022-12-19 01:52:39

MODUL GemA+

MODUL GemA+

PERKARA KARANGAN CONTOH 24
TEMA SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
TUGASAN PERANAN IBU BAPA UNTUK MENGAWAL
PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL BAGI ANAK-ANAK
YANG MASIH BERSEKOLAH

Dalam meniti arus kemodenan yang pentas bergerak bagai belut
diketil ekor ini, isu penggunaan telefon pintar semakin meningkat dan kian
membimbangkan khususnya dalam kalangan anak yang masih
bersekolah. Umum sedia maklum, penggunaan media sosial sudah
menjadi keperluan bagi kegunaan para murid sekolah, lebih-lebih lagi
dalam tempoh Perintah kawalan Pergerakan (PKP). Namun demikian,
penyalahgunaan media sosial akan menyebabkan prestasi mereka
terjejas. Oleh itu, kawalan oleh ibu bapa amat penting bagi membendung
kemelut penyalahgunaan media sosial sebelum nasi menjadi bubur.
Persoalannya, apakah peranan ibu bapa untuk mengawal penggunaan
media sosial bagi anak-anak. yang masih bersekolah? Marilah kita
meluangkan sekelumit masa bagi menyoroti isu perbincangan ini.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa perlu mengawal
penggunaan media sosial dengan mengehadkan penggunaannya kepada
anak-anak. Hal ini dikatakan demikian kerana anak-anak akan
menggunakan Internet apabila perlu atau secara berhemah sahaja.
Sebagai contoh, ibu bapa boleh memperkenalkan media sosial yang
berkaitan pembelajaran secara dalam talian seperti laman sesawang atau
blog agar mereka lebih tertarik untuk mengutamakan pelajaran ketika
menggunakan media sosial. Sambil menyelam minum air, secara tidak
langsung, perkara tersebut mampu membantu anak-anak lebih
memahami sesuatu subjek. Rentetan daripada itu, penetapan kadar
penggunaan Internet kepada anak-anak juga hendaklah didedahkan
sejak kecil mahupun pada hari pertama mereka dibelikan telefon pintar.
Oleh hal yang demikian, anak-anak akan terbiasa dengan ketetapan
tersebut. Jelaslah bahawa penggunaan media sosial perlu dihadkan oleh
ibu bapa demi mengawal penyalahgunaan.

Menelusuri isu perbincangan selanjutnya, ibu bapa juga memainkan
peranan penting untuk mendidik dan mengasuh anak-anak dalam
penggunaan media sosial. Hal ini dikatakan demikian kerana ibu bapa
merupakan suri teladan kepada anak-anak dalam segala perkara.
Sehubungan dengan itu, ibu bapa perlulah menunjukkan sikap yang baik
ketika menemani anak melayari Internet seperti cara memanfaatkan
media sosial dengan mencari maklumat berfaedah, menyimpan nota,
mengulang kaji pelajaran dan sebagainya. Hal tersebut bertepatan

48


dengan peribahasa bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Ibu bapa juga
hendaklah memberi didikan mengenai etika penggunaan media sosial
kepada anak-anak agar mereka lebih berhati-hati katika menggunakan
mana-mana aplikasi media sosial. Tamsilnya, anak-anak dilarang
memuat naik atau memuat turun maklumat yang diragui kesahihahnnya
ataupun gambar.. Izharlah bahawa didikan dan pendedahan daripada ibu
bapa membantu anak-anak dalam hal penggunaan media sosial.

Pada masa yang sama, pemantauan terhadap penggunaan media
sosial dalam kalangan anak-anak perlu dilakukan oleh ibu bapa.
Kendatipun anak-anak kini lebih bijak untuk mengakses pelbagai laman
sesawang, ibu bapa mestilah sentiasa mengingatkan mereka supaya
tidak melakukan perkara yang tidak bermanfaat. Contohnya, kebanyakan
anak muda mudah terikut-ikut oleh pengaruh Barat yang melalaikan dan
hanya membuang masa sebaliknya ibu bapa perlu menekankan aspek
masa itu emas dan perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya kepada mereka.
Anak-anak juga perlu dilarang daripada terjebak dalam permainan video
dan menonton video lucah yang mampu mencetuskan impak negatif
kepada mental mereka. Terbukti bahawa, ibu bapa memainkan peranan
penting untuk memantau penggunaan media sosial secara berhemah.

Sebagai penghias wacana akhir, ibu bapa hendaklah sentiasa
cakna untuk mengelakkan minda anak-anak dijajah dengan
perkembangan teknologi yang tidak baik malah sewajarnya belajar
mengikuti perkembangan dari semasa ke semasa mengenai Internet agar
lebih cekap untuk memudahkan kawalan penggunaan media sosial
kepada anak-anak. Pengetahuan dan pendedahan positif yang diterima
oleh anak-anak akan membentuk generasi yang bijak memanfaatkan
teknologi canggih. Sesungguhnya, anak-anak merupakan pemuda
harapan bangsa, pemudi tiang negara yang akan menerajui kemajuan
negara pada masa depan.

49


Click to View FlipBook Version