BIODATA DIRI NAMA : MUHAMMAD ZARIF BIN MOHD. ZAZMI NO MATRIK : 20211923880025 KAD PENGENALAN : 950911-14-6633 KURSUS : DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK AMBILAN : OKTOBER 2021 KELAS : PDP PAK B2 TARIKH LAHIR : 11 SEPTEMBER 1995 ALAMAT : A-29-05 RESIDENSI DESA SENTRALMAS, JALAN DESA, TAMAN DESA, 58100 KUALA LUMPUR. NO. TELEFON : 014-2381494
ISI KANDUNGAN Bil Perkara 1 Biodata Diri 2 BAB 1 i. Pengenalan ii. Lagu Bulan Sabit Merah iii. Ikrar Bulan Sabit Merah iv. Logo Bulan Sabit Merah v. Cogan Kata, Misi, Visi dan Moto vi. Sejarah Penubuhan vii. Tujuan Penubuhan viii. Perlembagaan Penubuhan ix. Pakaian Uniform Bulan Sabit Merah x. Prinsip Asas Gerakan Bulan Sabit Merah xi. Struktur dan Organisasi Pertubuhan 3 BAB 2 i. Simpulan dan Ikatan / Tali Temali ii. Asas Pertolongan Cemas iii. Luka dan Melecet iv. CPR v. Patah Tulang vi. Kain Anduh vii. Asas Kawad Kaki 4 BAB 3 i. Ikhtiar Hidup ii. Memasak iii. Perkhemahan dan Kraf Khemah iv. Gajet dan Tujuannya 5 BAB 4 i. Laporan ii. Lampiran
BAB 1
PENGENALAN Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia merupakan satu pertubuhan sukarela yang ditubuhkan pada tahun 1948. Persatuan ini diiktiraf oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1957 dan Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada tahun 1963. Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ditubuhkan sebagai cawangan Persatuan Palang Merah Britain di Sabah dan Sarawak. Pada tahun 1950an, lebih banyak persatuan ditubuhkan di Malaysia bermula di Pulau Pinang dan negeri-negeri lain. Ketika kemerdekaan pada tahun 1957, cawangan di Semenanjung Malaysia dikenali sebagai Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu. Persatuan mendapat pengiktirafan oleh Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada 4 Julai 1963 dan menjadi ahli badan antarabangsa pada 24 Ogos 1963. Berikutan penggabungan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak pada September 1963, suatu penggubalan akta baru yang dikenali sebagai Akta Persatuan Palang Merah Malaysia Akta 1965 telah bertindak menggabungkan persatuan palang merah Malaya dan cawangannya persatuan palang merah di sabah dan Sarawak dibawah nama baru iaitu Persatuan Palang Merah Malaysia. Namun,pada 5 september 1957, persatuan Palang Merah Malaysia telah ditukarkan nama kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia selaras dengan kebenaran penukaran nama akta persatuan palang merah Malaysia kepada akta persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia 1975 oleh parlimen Malaysia.
LAGU BULAN SABIT MERAH MALAYSIA Bulan sabit merah di Malaysia, Giat berjasa untuk negara, Tidak kira kaum dan agama, Waktu aman atau bahaya. Di mana jua adanya sengsara, Di sana ada kita, Di darat dan laut kita bersedia, Walaupun diancam bahaya. Bulan sabit merah gerakan sedunia, Membantu semua yang menderita, Badan sukarela berkhidmat, Dengan tabah dan bersemangat.
IKRAR BULAN SABIT MERAH MALAYSIA Bahawa kami, Ahli bulan sabit merah Malaysia berikrar Taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Dan pemerintah-pemerintah di negara kami Berdasarkan prinsip-prinsip rukun negara Bahawa kami berikrar Akan sentiasa patuh kepada perlembagaan Dan undang-undang Serta arahan persatuan walau dimana kami berada Bahawa kami berikrar Akan sentiasa memberi khidmat sukarela kami Kepada mereka yang sakit dan menderita Di waktu aman atau bencana Berdasarkan prinsip bulan sabit Merah Seperti berikut KEMANUSIAAN KESAKSAMAAN KEBERKECUALIAN KEBEBASAN KHIDMAT SUKARELA KETUNGGALAN KESEJAGATAN
COGAN KATA, MISI, VISI DAN MOTO Lambang Bulan Sabit Merah “Cergas pada masa aman dan perang” Misi Berkhidmat pada yang memerlukan dengan berkesan. Visi Untuk dikenali sebagai organisasi kemanusiaan yang unggul.di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Moto “Inter arma carita” (di dalam perang ada kebajikan)
SEJARAH PERTUBUHAN DUNIA Persatuan Bulan Sabit Merah di peringkat dunia lebih dikenali sebagai Persatuan Palang Merah Antarabangsa. Ianya diasaskan oleh Jean Henry Dunant. Beliau dilahairkan pada 8 Mei 1828 di Geneva, Switzerland dan dikenali sebagai Bapa Palang Merah. Idea menubuhkan Palang Merah dicetuskan oleh beliau ketika berada di Kawasan pertempuran di Solferina, Itali pada Jun 1869. Pada ketika itu, masih belum ada perkhidmatan perubatan untuk membantu dan merawat para tentera. Dengan bantuan penduduk setempat, Henry Dunant mula menggerakkan bantuan pertolongan cemas kepada mangsa yang cedera. Inisiatif Henry Dunant ialah: i. Membantu tentera yang cedera dan sakit. ii. Memberi dan membeli ubat dan makanan untuk diberikan kepada mangsa peperangan. iii. Menukar rumah dan gereja berdekatan untuk dijadikan hospital sementara. iv. Meminta pertolongan penduduk setempat untuk memberikan pertolongan tanpa mengira agama dan negara tentera tersebut. v. Menggunakan kempen dan slogan “Tuttifratelli” (kitakan bersaudara). vi. Membantu membebaskan beberapa doktor dari pasukan Austria yang telah ditawan oleh Perancis. Pada 1864, Perlimen Switzerland mengatur pertemuan diplomatic dari 12 negara bagi menandatangani Konvensyen Geneva. Hasilnya, pada tahun 1964, Persatuan Palang Merah Antarabangsa (ICRC) telah ditubuhkan. Dengan bantuan beberapa orang yang berminat, Henry telah menubuhkan Jawatankuasa Antarabangsa bagi membantu mereka yang cedera dikenali sebagai Jawatankuasa Palang Merah. TUJUAN PENUBUHAN Penubuhan persatuan ini adalah berorentasikan bagi meningkatkan kesedaran di kalangan pelajar mengenai bagaimana untuk menjadi ahli sukarelawan yang berilmu dan berdisiplin.
Objektif Perlembagaan Di bawah peruntukan akta perbadanan, objektif Bsmm: Dalam masa aman atau peperangan,memberi bantuan sukarela kepada orang sakit dan cedera sama ada dari angkatan tentera atau pihak yang tidak berperang kepada orang tawanan perang,dan orang awam yang menderita akibat peperangan ,mengikut semangat dan menjalankan segala kewajipan ke atas sesuatu Persatuan Kebangsaan oleh tiap-tiap negara yang telah menjadi suatu pihak kepada konvonsyen Geneva. Fungsi Majlis Tadbir Memperkasa dan memartabatkan profesionalisme ahli di bidang masingmasing Menjadi saluran rasmi kepada ahli untuk bertemu dan berbincang dengan pihak pengurusan yang berkaitan bagi tujuan memartabatkan kepentingan kedua-dua pihak Mempunyai kuasa tertinggi untuk menentukan semua urusan dalam persatuan atau penubuhan Menjadi salah satu institusi yang menggerakkan, mengeratkan dan mengukuhkan hubungan sesama ahli Menjalin hubungan kerjasama dengan badan pertubuhan lain yang mempunyai matlamat dan kepentingan yang serupa
Pengurusan Dan Pentadbiran Pengurusan Pengurusan, pada amnya dapat didefinisikan seperti berikut: i. Pengurusan sebagai proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan semua sumber organisasi untuk kesejahteraan bersama. ii. Pengurusan sebagai proses pengarahan, penyelarasan dan pengaruhke atas operasi organisasi untuk mencapai matlamat yang dikehendaki dan prestasi sepenuhnya. Definisi di atas walaupun mempunyai sedikit perbezaan dari segi bilangan dan jenis fungsi pengurusan, namun kedua-dua definisi itu mengandungi perkataan “proses” dan “matlamat”. Ini bermakna dua aspek penting dalam pengurusan ini ialah: i. Pengurusan sebagai proses: Menjalankan kerja secara sistematik serta memerlukan hubungan tertentu antara satu aktiviti dengan satu aktiviti yang lain. ii. Mencapai matlamat organisasi: Apabila aktiviti organisasi itu berjalan dengan teraturdan berhubung atau membantu antara sama dengan lain, maka matlamat organisasi itu dapat dicapai. Pentadbiran Pentadbiran adalah satu proses yang memfokuskan kepada idenfikasi, penyelenggaraan, pengawalan dan penyertaan penggunaan pengawalan dan penyertaan penggunaan sumbersumber (tenaga manusia, bahan) dalam satu sistem yang bersepadu dibentuk untuk mencapai objektif yang ditetapkan.
Pendaftaran Ahli Keahlian persatuan terbuka bagi semua tanpa mengira bangsa, jantina, agama dan politik. Ahli dan sukarelawan PBSMM datang dari pelbagai golongan, memberi sumbangan perkhidmatan bagi mewujudkan hasrat dan prinsip-prinsip persatuan. Mereka telah dilatih dalam bidang pertolongan cemas, rawatan rumah, pendidikan kesihatan, bantuan bencana alam dan memberi perkhidmatan masyarakat seperti mendapatkan penderma darah, melawat hospital, gotong-royong kebersihan, pengjagaan kesihatan asas dan kaunseling pada penagih dadah. Komposisi keahlian adalah seperti berikut: i. Ahli kanak-kanak (sekolah rendah) 9-12 tahun ii. Belia (sekolah menengah) 13-18 tahun iii. Pasukan bantuan sukarela (orang dewasa) 18 tahun keatas iv. Guru-guru pelatih, mahasiswa, anggota perubatan dan lain-lain. v. Ahli seumur hidup, ahli kehormat seumur hidup, anugerah eksklusif bagi individu yang memberi sumbangan perkhidmatan dan jasa yang cemerlang. Di peringkat sekolah, PBSMM dibahagikan kepada dua unit: i. Unit kanak-kanak bagi ahli PBSMM sekolah rendah. ii. Unit belia bagi ahli PBSMM sekolah menengah. Kuasa Penganjur i. Meluluskan pendaftaran tahunan unit BSMM dengan ibu pejabat Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) ii. Merupakan salah seorang dari dua penurun tandatangan rasmi (official signature). Seorang lagi ialah pemimpin kumpulan bagi akaun simpanan atau semasa untuk BSMM tersebut. iii. Mengesahkan penyata akaun unit yang disediakan oleh pemimpin PBSM. iv. Mengesahkan sebarang persuratan rasmi yang berkaitan dengan unit BSMM di mana perlu. v. Meluluskan permohonan untuk aktiviti-aktiviti luaran (seperti rombongan, kembara, perkhemahan dan sebagainya) untuk ahli-ahli. vi. Menyelia dan mengawal kemajuan unit PBSM di sekolahnya. vii. Memberi khidmat nasihat kepada warga sekolah.
STRUKTUR UNIT Struktur unit terdiri daripada: - Kanak-kanak - Belia-pasukan bantuan sukarela - Ahli-ahli belia (youth) dan kanak-kanak membentuk sekurang-kurangnya 80% ahli bulan sabit merah Malaysia (BSMM) Setiap unit mempunyai pegawai masing-masing: - Bagi unit belia,pegawai belianya ialah guru penasihat BSMM yang dilantik oleh pengetua. - Bagi unit kanak-kanak, pegawai kanak-kanak ialah guru penasihat BSMM yang dilantik oleh guru besar.
Pakaian Istiadat No 1- Pegawai Lelaki Menghadiri majlis penganugerahan pingat dan bintang kebesaran persekutuan/negeri/PBSMM dan lain-lain. Terlibat dengan perbarisan kehormatan atau menghadiri sebagai jemputan rasmi Mengikut arahan.
Pakaian Istiadat N0 2 – Pegawai Lelaki Terlibat dengan perbarisan rasmi sebagai ketua kontinjen atau menghadiri jemputan rasmi Menghadiri mesyuarat rasmi / kursus / seminar / dan lain-lain
Pakaian Seragam No 3 – Pegawai Lelaki Menghadiri mesyuarat / kursus / seminar dan lain-lain Tugas khas dan latihan medan Mengikut arahan
Pakaian Seragam No 4 – Pasukan Bantuan Sukarela Lelaki Terlibat dengan perbarisan rasmi atau menghadiri sebagai jemputan rasmi Menerima pingat / sijil penghargaan PBSMM Tugas khas dan latihan medan Mengikut arahan
Pakaian Seragam No 5 – Belia/Pasukan Bantuan Sukarela Kawalan Kehormatan – Lelaki Terlibat sebagai ahli kawalan kehormatan Mengikut arahan
Pakaian Seragam No 6- Anggota Ambulan Lelaki Dikhaskan untuk kakitangan dan ahli-ahli sukarelawan perkhidmatan ambulan kecemasan Mengikut arahan
Pakaian Seragam No 7 – Unit Kecemasan Bermotorsikal Lelaki Dikhaskan untuk kakitangan dan ahli-ahli sukarelawan perkhidmatan ambulan kecemasan bermotorsikal (EMU) Mengikut arahan
Pakaian Seragam No 8-Belia / Kanak-Kanak Tugas rasmi dan latihan Mengikut arahan
Pakaian Isitiadat No 1 – Pegawai Wanita Menghadiri majlis / penganugerahan / pingat dan Bintang Kebesaran Persekutuan / Negeri / PBSMM Terlibat dengan perbarisan penghormatan atau menghadiri sebagai jemputan rasmi Mengikut arahan
Pakaian Seragam No 2-Pegawai Wanita Terlibat dengan perbarisan rasmi atau menghadiri sebagai jemputan rasmi Menghadiri mesyuarat rasmi / kursus atau seminar Mengikut arahan
Pakaian Seragam No 3- Pegawai Wanita Menghadiri mesyuarat rasmi / kursus / seminar dan lain-lain Tugas khas dan latihan medan Mengikut arahan
Pakaian Seragam 4A Dan 4B Pasukan Bantuan Sukarela (PBS) Belia Wanita Terlibat dengan perbarisan rasmi atau menghadiri jemputan rasmi Menerima pingat/sijil penghargaan PBSMM dan lain-lain Tugas khas dan latihan medan Tiap-tiap latihan kehormatan hendaklah seragam dengan memilih sama ada pakaian seragam no 4A atau 4B Mengikut arahan
Pakaian Seragam 5A Dan 5B Belia / Sukarelawan Kawalan Kehormatan-Wanita Terlibat sebagai ahli kawalan kehormatan Mengikut arahan
Pakaian Seragam No 6- Anggota Ambulan Wanita Dikhaskan untuk kakitangan dan ahli-ahli sukarelawan perkhidmatan ambulan,kecemasan Mengikut arahan
Pakaian Seragam No 7 – Unit Kecemasan Bermotosikal Wanita Dikhaskan untuk kakitangan sukarelawan perkhidmatan ambulan kecemasan bermotosikal (EMU) Mengikut arahan
Pakaian Seragam No 8 - Belia / Kanak-Kanak (Link) Wanita Tugas rasmi dan latihan medan Mengikut arahan
Pakaian Seragam N0 9 - Pasukan Bantuan Sukarela/Belia Dan Kanak-Kanak (LINK) Wanita Tugas rasmi dan latihan medan Mengikut arahan
Prinsip Asas Persatuan Bulan Sabit Merah Kemanusiaan Pergerakan bulan sabit merah dilahirkan dengan hasrat untuk memberi pertolongan tanpa diskriminasi kepada mereka yang cedera di medan pertempuran dan berusaha untuk mencegah serta meringankan kesengsaraan dimana jua ianya wujud. Tujuannya adalah untuk melindungi nyawa dan kesihatan serta hormat menghormati sesama manusia Ia memupuk kesefahaman,persahabatan,kerjasama dan kedamaian yang berkekalan dikalangan manusia Kesaksamaan Tidak membezakan bangsa,kaum,agama,darjat atau fahaman politik dalam kegiatannya Tujuan asalnya adalah meringankan kesengsaraan individu dan memberi keutamaan kepada kes-kes kecemasan yang serius. Keberkecualian Untuk terus mendapat kepercayaan orang ramai terhadapnya,persatuan tidak menyebelahi mana-mana pihak yang bermusuhan dan tidak akan menyertai pertikaian yang bercorak politik,perkauman,agama atau ideologi. Kebebasan Walaupun berupa badan tambahan kepada pihak yang berkuasa awam dan tertakluk kepada undang-undang,pergerakan tetap menjaga kebebasan dalam setiap kegiatan supaya ia boleh bertindak mengikut prinsip pergerakan. Khidmat Sejagat Ia berupa badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang tujuan mencari keuntungan.
Ketunggalan Persatuan ini hendaklah terbuka kepada semua pihak dan aktivitinya meliputi seluruh negara. Kesejagatan Gerakan bulan sabit merah meliputi seluruh dunia. Semua mempunyai taraf dan tanggungjawab yang sama untuk saling bantumembantu di antara satu sama lain Struktur Organisasi Peringkat antarabangsa Pergerakan antarabangsa palang merah dan bulan sabit merah adalah sebuah gerakan kemanusiaan untuk menyelamatkan nyawa dan kesihatan manusia. Walaupun ia satu organisasi antarabangsa, pertubuhan ini adalah satu organisasi persendirian. Tiada kerajaan yang mengawal Palang Merah / Bulan Sabit Merah. Palang Merah mempunyai tugas istimewa yang diperuntukkan oleh undang-undang antarabangsa. Ia merupakan satu-satunya pertubuhan persendirian yang tugasnya ditetapkan oleh undang-undang antarabangsa. Terdapat tiga perkara penting mengenai gerakan ini: i. Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah ditubuhkan pada tahun 1863 di Geneva, Switzerland. Tugas jawatankuasa di bawah undang-undang antarabangsa ini adalah untuk melindungi nyawa dan kehormatan mangsa perang. ii. Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah diasaskan pada tahun 1919. Ia berperanan untuk merapatkan hubungan antara Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dalam menjalankan misi kemanusiaan dan kes-kes darurat yang besar. iii. Setiap negara mempunyai Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah.
Peringkat Kebangsaan Menurut Wahab Chik (2010), Persatuan Palang Merah / Bulan Sabit Merah Kebangsaan (PBSMK) bertindak sebagai khidmat bantuan kepada pihak berkuasa awam dan persatuanpersatuan kebangsaan dalam menjalankan tugasnya. Mereka juga memberi bantuan kepada mangsa bencana alam, pencegahan penyakit dan memantau tahap kesihatan. Mereka juga melantik anggota pertolongan cemas untuk meringankan penderitaan manusia seperti latihan pertolongan cemas, bantuan semasa bencana alam dan aktiviti kebajikan. Peringkat Negeri Bagi persatuan Bulan Sabit Merah peringkat negeri, kesemua jawatanyang berada dalam struktur organisasitersebut berada di Ibu Pebajat Kebangsaan (IPK) yang terletak di Kuala Lumpur. Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) terdiri daripada 15 cawangan di seluruh Malaysia di mana setiap negeri mempunyai cawangan yang telah ditetapkan termasuklah Wilayah Persekutuan dan Labuan. Struktur organisasi dalam peringkat negeri hamper sama seperti Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Peringkat Daerah Setiap cawangan terdiri daripada beberapa cabang yang terbahagi kepada dua iaitu daerah dan daerah kecil. Apa yang dimaksudkan dengan daerah kecil ialah suatu institusi yang terdiri daripada universiti, Institut Pendidikan Guru (IPG) dan lain-lain lagi. Daerah merupakan nama lama dan kemudian telah ditukar menjadi cabang yang juga mewakili daerah. Pada tahun 2000. Sebanyak 119 cabang telah berdaftar di Malaysia di mana kesemua cabang ini berada di seluruh negara.
BAB 2
IKATAN DAN SIMPULAN Pengenalan Ikatan Dan Simpulan Definisi Terdapat 3 definisi yang telah saya pelajari tentang simpulan dan ikatan semasa kelas Asas Kembara pada minggu keempat iaitu simpulan (knotting), ikatan (lashing), dan mematikan hujung tali (whipping). Simpulan Biasanya simpulan menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya. Ianya digunakan pada benda-benda yang kecil dan sederhana. Simpulan digunakan pada setiap tempat dan masa seperti di rumah, di hospital, mengikat kasut, bungkusan dan memulakan jahitan. Contoh-contoh simpulan ialah: 1. buku sila. 2. tindih kasih. 3. simpul himpit. 4. lilit dua simpu. 5. simpul pemukat. Ikatan Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang dan papan untuk membuat jambatan, tiang bendera, menara dan sebagainya. Kebiasaannya dalam kegiatan berpengangkap dan kepanduan beberapa ikatan digunakan seperti ikat seraya, ikat serong, ikat silang gunting dan lilit balak. Mematikan Hujung Tali Mematikan hujung tali ini perlu supaya tali tidak terburai dihujungnya. Kebiasaannya hujung tali dimatikan dengan lilit pemati biasa dan lilit pemati selit.
Jenis-Jenis Ikatan Dan Simpulan a) Simpulan angka 8 / figure of 8 b) Figure of eight on a bight c) Figure of eight follow the through d) Simpul mati / end knot e) Buku sila / reef knot f) Ikatan manuk / clove hitch g) Body Bowline Knot h) Simpul pengail / fisherman knot i) Tindih kasih / bow line j) Double Fisherman Knot Teknik Ikatan Dan Simpulan Dan Fungsinya Ikatan Buku Sila Ikatan Buku Sila digunakan untuk mengikat kain pembalut atau kain anduh, menyambung tali yang sama besar saiznya dan boleh digunakan untuk mematikan sebarang ikatan. Ikatan ini direka agar kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula. Fungsi Untuk menyambung 2 tali yang sama saiz. Untuk Mengikat pembalut segi tiga semasa pertolongan cemas. Teknik i. Letakkan hujung A dan B di atas satu sama lain. ii. Masukkan hujung A dibawah B. iii. Kemudian, lakukan ikatan yang sama dengan memasukkan B di bawah.
Ikatan Bunga Keti Ikatan Bunga Keti digunakan bagi menyambungkan tali yang tidak sama besar saiznya. Contohnya bagi menyambungkan tali perahu dengan tali kapal. Fungsi Menyambung 2 tali yang tidak sama saiz. Mengikat tali kesuatu tanjul. Teknik i. Mulakan simpul. ii. Kemudian masukkan hujung tali B supaya bersilang untuk membentuk simpul. iii. Seterusnya tarik kedua-dua tali tersebut untuk membentuk simpul.
Simpulan Tindih Kasih Simpulan Tindih Kasih digunakan untuk membuat gegelung tali yang tidak terjerut atau mengikat leher binatang supaya tidak terjerut. Jenis ikatan ini juga boleh digunakan dalam kerja-kerja menyelamat seperti menyelamatkan mangsa yang terjatuh ke dalam sungai. Fungsi Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut. Untuk menyelamat orang dengan memasukkan tanjul itu keliling badan mangsa. Teknik i. Mulakan ikatan dengan membentuk satu bulatan. ii. Kemudian, masukkan hujung tali ke dalam bulatan tersebut. iii. Masukkan hujung tali ke bawah tali dan masukkan kembali ke dalam bulatan tersebut
Ikatan Simpul Manok (Clove Hitch) Ikatan Simpul Manok biasanya digunakan sebagai permulaan ikatan ketika mula mengikat pada kayu atau sebagainya. Fungsi Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak. Tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik ke tempat yang dikehendaki dengan selamat. Juga digunakan semasa memulakan dan mematikan ikatan seraya dan silang gunting. Teknik i. Mulakan simpul pada kayu. ii. Kemudian, buat satu lagi simpulan di atas simpulan tadi. iii. Tarik hujung tali.
Ikatan Pengail Fungsi Digunakan untuk mengikat tali pada gelung besi, kayu dan pancang. Ikatan ini kuat dan kukuh. Sesuai digunakan untuk mendaki bukit, abseiling dan rappelling. Teknik i. Buat 2 gulung tali. Kemudian masukkan hujung tali. ii. Lakukan 2 lingkaran tali. iii. Pada hujung tali itu boleh diikat.
Ikatan Simpul Mati Ikatan Simpul Mati / Thumb Knot. Ikatan simpul mati dibentuk dengan membuat satu lingkaran dan kepala tali dimasukkan ke dalam lingkaran dan di tarik. Satu ikatan yang tidak mudah terurai sebab itu le dipanggil simpul mati. Satu simpulan tali yang mudah yang biasa digunakan untuk sebagai ikatan di hujung. Fungsi Digunakan untuk mematikan hujung tali supaya nampak kemas dan tidak terbuang. Teknik i. Letakkan tali kecil ii. Kemudian lilitkan dengan kemas supaya tali kecil tidak mudah terburai. Lilitan tali kecil boleh dibuat sebanyak 10-15 lilitan sebelum memasukkan hujung kedalam hujung kedua. iii. Seterusnya, tarik hujung tali kecil kebawah. iv. Setelah siap hujung tali kecil hendaklah dipotong supaya kelihatan kemas.
ASAS PERTOLONGAN CEMAS Definisi Pertolongan Cemas Pertolongan cemas atau bantuan awal yang diberikan kepada mereka yang tercedera atau sakit dengan tiba-tiba di tempat kejadian sehingga pesakit mendapat rawatan doktor atau sebelum ketibaan ambulans. Objektif Pertolongan Cemas Menyelamat nyawa Pemulihan Pernafasan / Jantung Tahan Pendarahan Elak renjatan Mengelak keadaan menjadi bertambah teruk Mengurangkan pergerakan. Buat apa yang anda tahu sahaja. Melindungi pesakit dengan bantuan persekitaran alam semula jadi. Jangan beri apa-apa makanan atau minuman melalui mulut. Basahkan bibir sekiranya perlu. Memberi kelegaan dan keselesaan Memberi semangat yang kuat kepada pesakit yang masih sedar. Jangan tinggalkan pesakit bersendirian . Pastikan keadaan pesakit. Periksa nadi dan pernafasan. Sifat Ahli Pertolongan Cemas Sifat ahli pertolongan cemas adalah: 1. Tajam pemerhatian: Nampak segala tanda-tanda dan gejala kecederaan. Keselamatan diri sendiri dan si malang sama-sama diutamakan. 2. Pantas berikhtiar: Hendaklah menggunakan apa yang sesuai yang terdapat di sekeliling kita. 3. Tidak kasar: Jangan bertindak kasar dan menyakitkan orang yang cedera.
4. Berakal berbudi: Berbudi tinggi dan tidak berlaku kasar. 5. Bertimbang rasa: Bersimpati dengan orang yang cedera. 6. Sentiasa tersenyum: Muka yang tersenyum memberikan keyakinan kepada pesakit. 7. Memberi pertolongan: Lakukan setakat mana yang anda termampu sahaja. Ciri-Ciri Penyelamat Berfikiran waras Berkebolehan Berkeyakinan
LUKA MELECET Luka adalah sejenis kecederaan kepada tisu-tisu yang mengakibatkan berlakunya pendarahan atau pengaliran darah, sama ada di bahagian luar ataudalam badan disebabkan oleh benda atau alat yang tajam atau tumpul. Pendarahan dibahagikan kepada tiga jenis: i. Pendarahan Luaran (External) Luka terhiris disebabkan benda tajam seperti pisau. Luka terkoyak disebabkan cakaran binatang atau dawai. Luka berdapat terkena pukulan tepat benda yang tumpul. Luka tembus disebabkan oleh tikaman pisau, jarum atau tembakan. ii. Pendarahan Dalaman (Internal) Perut – muntah berdarah Rahim – tumpah darah Tali usus – darah pada dubur Buah pinggang – kencing berdarah iii. Pendarahan Dalaman Tanpa Kesan Limpa dan hati pecah Pendarahan dalam otak Jenis-jenis Luka a) Luka-luka kecil Memerlukan pembalutan kecil seperti plaster sahaja. Perlu dilakukan untuk mengelakkan jangkitan kuman. Langkah Rawatan: Bersihkan tangan dengan sabun. Jangan sentuh luka dengan tangan yang kotor. Cuci luka supaya tidak dijangkiti kuman. Lekatkan plaster mengikut ukuran luka. b) Luka-luka yang terdapat benda asing
Sekiranya terdapat benda asing yang sukar dikeluarkan dari luka seperti kaca atau serpihan kayu yang terbenam, jangan keluarkan objek tersebut kerana dibimbangi akan menyebabkan lebih banyak kerosakan pada tisu dan pendarahan. Langkah Rawatan: Bersihkan tangan dengan sabun. Jangan sentuh luka dengan tangan yang kotor. Cuci luka supaya tidak dijangkiti kuman. Kawal pendarahan dengan tekanan yang teguh keatas kedua-dua bahagian atau persekitaran objek. Buat balutan sekeliling objek sehingga boleh membalut tanpa menekan objek. Bawa mangsa/pesakit ke hospital.
CARDIO PULMONARY RESCUSITATION (CPR) CPR atau Cardiopulmonary Resuscitation adalah satu kunci penting dalam rantaian hidup untuk mangsa yang mengalami masalah kejutan secara tiba-tiba pada jantung dan pernafasan. Ianya bertujuan untuk mencegah kerosakan otak sebelum menerima bantuan perubatan. CPR mempunyai dua matlamat iaitu: Mengekalkan aliran darah ke seluruh anggota badan Mengekalkan aliran udara masuk dan keluar dari paru-paru. Prinsip-prinsip Pertolongan Cemas Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) 1. C - CIRCULATION Peredaran darah. Langkah ke tiga adalah untuk mengekalkan peredaran darah. Langkah ini perlu dilakukan sekiranya jantung mangsa telah terhenti ataupun nadi mangsa telah tidak berdenyut. Sekiranya mangsa mempunyai denyutan nadi anda hanya perlu meneruskan langkah kedua iaitu bantuan pernafasan sehingga mangsa boleh bernafas dengan sendiri. Langkah ketiga ini dilakukan dengan memberi tekanan atau mampatan di dada mangsa. Semasa tekanan dilakukan tangan anda hendaklah sentiasa lurus. Gunakan berat badan anda untuk melakukan tekanan. Pastikan kedudukan tekanan di tulang dada (sternum) dan sekitar dua jari dari atas hulu hati (cuaran xiphoid). 2. A - AIRWAY (Airway) Saluran pernafassan. Ini merupakan tindakan pertama yang perlu dilakukan dalam proses CPR.tujuan ia dilakukan adalah untuk memastikan saluran udara untuk pernafasan adalah terbuka. Anda boleh membuka saluran udara ini dengan mendongakkan kepala mangsa ke belakang dan angkat dagu mangsa. Kedudukan ini akan mengangkat lidah mangsa dari arah belakang tekak supaya ia tidak menghalang laluan udara. Anda juga perlu membuat pemeriksaan visual ke dalam mulut mangsa dan gunakan jari anda untuk membuang sebarang bahan asing dari mulut. 3. B - BREATHING Pernafasan. Selepas saluran pernafasan dibuka, tindakan seterusnya yang perlu anda lakukan adalah memeriksa pernafasan mangsa. Dekatkan telinga anda disisi mulut dan hidung mangsa dengan keadaan muka menghadap ke dada mangsa. Keadaan tesebut membolehkan anda mendengar bunyi nafas, merasa hembusan nafas dan mata anda memandang tepat kearah dada untuk melihat pergerakan turun-naik dada. (Kaedah 3M=Mendengar, Merasa, Melihat). Jika
tiada nafas anda perlu memberikan pernafasan bantuan. Contohnya mulut ke mulut. 4. Kaedah pemulihan pernafasan mulut ke mulut siasat kejadian, kenalkan diri, periksa paras kesedaran, goyangkan badan. Baringkan mangsa supaya dalam kedudukan telentang. Dapatkan bantuan. Bukakan saluran pernafasan. Buangkan sebarang benda asing dari mulut. Tutup lubang hidung mangsa Dongakkan kepala dan angkat dagu mangsa.Tentukan mulutnya terbuka. menggunakan ibu jari dan jari telunjuk anda. Tarik nafas sepenuhnya dan hembuskan ke mulut mangsa sehingga anda melihat dada mangsa bergerak naik. Tentukan tiada kebocoran udara semasa hembusan dilakukan. Angkat mulut danm biarkan udara keluar dari paru-paru mangsa. Ambil masa. Tarik nafas kembali dan selama sekitar 2 saat untuk melihat sebarang reaksi. ulangi langkah 1 hingga 8. buatlah hembusan pada kadar 10 kali seminit. Gunakan kaedah mulut ke hidung sekiranya mulut pesakit tersumbat dan Catatan: tidak boleh dibersihkan segera. Pastikan bibir mangsa dipicit rapi agar udara Gunakan kaedah yang ditiup melalui hidung tidak keluar melalui mulut mangsa. mulut ke mulut dan hidung sekiranya mangsa adalah bayi atau kanak-kanak yang kecil. Tiup dengan lembut dan perlahan agar tidak mencederakan paru-paru mangsa. Pastikan dada bergerak naik semasa hembusan. Sekiranya dada tidak naik ini menunjukkan bahawa salur udara mungkin terhalang oleh muntah, darah, atau sebagainya. Pernafasan dan kadar normal, letakkannya dalam kedudukan pemulihan. denyutan nadi setiap 10 minit.
PATAH TULANG Tulang yang retak atau pecah disebut sebagai patah tulang. Apabila kita merasa ragu, kecederaan itu mestilah diberi bantuan sepertimana bantuan kecemasan rawatan untuk patah. Punca-punca Patah Hentakan yang tepat dan kuat boleh menyebabkan tempat yang menerima hentakan itu patah. Hentakan sipi juga boleh menyebabkan kepatahan. Contohnya, jatuh. Jenis-jenis Patah Patah tertutup: tulang patah di dalam, kulit tidak cedera. Patah terbuka: tulang yang patah akan menonjol keluar di permukaan kulit. Patah rebung: sebahagian dari tulang itu patah. Ini belaku apabila tulang kanak-kanak yang baru membesar itu cedera tetapi tidak patah langsung. Ia mungkin terbengkok seperti ranting muda. Patah melarat: patah tulang yang mengakibatkan organ sekelilingnya rosak seperti paru-paru yang rosak disebabkan oleh tulang rusuk patah. Tanda-tanda Patah Sakit di tempat patah atau berhampiran dengannya. Bengkak dan lebam. Tidak boleh menggerakkan bahagian anggota yang cedera. Perubahan bentuk jika dibandingkan antara anggota yang cedera dengan anggota yang tidak cedera. Terdapat tanda-tanda renjatan. Cara-cara Merawat Ampu atau sokong bahagian yang cedera supaya tidak bergerak. Tutup bahagian luka dengan kain bebat. Dapatkan bantuan secepat mungkin.
ANDUH DAN BALUTAN Anduh bermaksud ampu atau ambin, iaitu sejenis kain yang digunakan untuk mengampu anggota badan yang cedera. Kain anduh segi tiga merupakan kain yang sangat penting dalam aktiviti pertolongan cemas kerana ia boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan dalam pelbagai situasi. Kain anduh yang baik berukuran 1 meter. Kegunaan Kain Anduh Mengampu bahagian cedera atau yang patah Menghenti atau menahan pendarahan Menetapkan bahagian yang cedera Menutup tempat luka atau cedera Anduh Besar Bucu kain atas anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang cedera. Kemudian ikatan buku sila diikatkan pada atas bahu. Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat ke bahagian dalam supaya nampak lebih kemas. Fungsi Mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera. Mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas.
Anduh Kecil Letakkan tapak tangan yang tercedera di atas kain anduh, kemudian tarik dan letakkan bucu atas kain anduh di atas tangan. Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah. Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan. Anduh Lengan Bucu atas kain anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang tercedera. Kemudian ikatan buku sila diikat pada atas bahu. Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat kebahagian dalam untuk lebih kemas.
ASAS KAWAD KAKI Pengenalan Berkawad adalah asas untuk membentuk tatatertib dalam pasukan. Bertujuan untuk membentuk seseorang yang mempunyai tahap disiplin yang tinggi, cergas dan taat perintah. Elemen Kawad Kaki Kawad statik Kawad dinamik Kawad asas Kawad formasi Kawalan hormat Tahap Setiap Elemen Kawad Kaki Tahap 1 (kawad statik& kawad dinamik) Tahap 2 (kawad asas & kawad formasi) Tahap 3 (kawalan kehormatan) Kawad Formasi Pembentukan rupa bentuk yang dilakukan oleh peserta apabila mereka keluar dan masuk atau membuat pecahan dari rupa bentuk asal. Mengambil kira unsur-unsur tertentu seperti: - Unsur gerak (kekayaan gerak formasi & pengguaan ruang) - Unsur penghayatan (unik, kreatif, keserasian, kemantapan) - Unsur suara (slogan yang betul, tepat dan padu)