The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

UNIT BERUNIFORM-PERSATUAN BULAN SABIT MERAH

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 976-9-zarif, 2023-03-12 12:31:58

BUKU LOG PBSM

UNIT BERUNIFORM-PERSATUAN BULAN SABIT MERAH

Bahasa Hukuman Kawad Kaki Asas BSMM 1. Baris / skuad 2. Baris. Sedia 3. Ke kanan. Lurus 4. Pandang. Depan 5. Buka Barisan. Gerak 6. Tutup Barisan. Gerak 7. Bergerak ke kanan. Bertiga-tiga. Ke kanan pusing 8. Skuad akan menghadap ke hadapan. Ke kiri pusing 9. Bergerak ke kiri bertiga-tiga. Ke kiri pusing 10. Bergerak ke kanan bertiga-tiga. Ke belakang pusing 11. Bergerak ke kiri bertiga-tiga. Ke belakang pusing 12. Skuad akan menghadap ke hadapan, ke kanan pusing 13. Skuad akan menghadap ke belakang, ke belakang pusing 14. Bergerak ke kanan bertiga-tiga, ke kanan pusing 15. Skuad akan menghadap ke belakang, ke kiri pusing 16. Bergerak ke kiri bertiga-tiga, ke kiri pusing 17. Skuad akan menghadap ke belakang, ke kanan pusing 18. Skuad akan menghadap ke hadapan, ke belakang pusing 19. Langkah, ke kanan gerak 20. Langkah, ke kiri gerak 21. Langkah, ke belakang gerak 22. Dari kiri, cepat jalan


BAB 3


IKHTIAR HIDUP Ikhtiar hidup adalah teknik yang digunakan dalam keadaan yang berbahaya untuk menyelamatkan diri sendiri atau orang lain. Teknik sedemikian bertujuan untuk menyediakan keperluan asas manusia, iaitu air, makanan, tempat tinggal, habitat, keupayaan untuk berfikir, memberi isyarat dan sebagainya. Ikhtiar hidup juga dapat dimaksudkan sebagai sebuah usaha yang harus dilakukan oleh seseorang untuk kekal hidup ketika menghadapi halangan. Situasi Ikhtiar Hidup Bekalan makanan dan minuman. Ancaman binatang. Masalah perlindungan. Sesat di dalam hutan. Rintangan cuaca yang tidak mengizinkan. 5 Elemen Utama dalam Ikhtiar Hidup i. Fire (Api) Digunakan sebagai isyarat untuk memberi maklum kepada orang lain tentang kedudukan mangsasemasa berada dalam hutan. Berfungsi sebagai pemanas badan dan elemen untuk melindungi mangsa daripada ancaman binatang buas daripada mendekati tapak perlindungan. ii. Food & Drink (Makanan & Minuman) Bagi individu yang telah merancang perjalanan dengan menyediakan makanan kecemasan, jimatkan penggunaan makanan dan minuman. Bekalkan makanan yang ringkas tetapi mengandungi nutrien yang diperlukan oleh badan seperti protein dan karbohidrat untuk menyimpan tenaga dalam badan. Elakkan daripada minum air yang dikeluarkan seperti peluh.


iii. Shelter (Tempat Pelindungan) Mangsa haruslah mencari tempat untuk melindungi diri daripada panas matahari, cuaca sejuk, hujan dan angin. Memilih tempat berteduh yang sesuai. Menggunakan sumber alam seperti pokok tinggi atau gua sebagai tempat perlindungan sementara. iv. Signalling (Memberi Isyarat) Dalam keadaan kecemasan, mangsa boleh menggunakan lampu suluh pada waktu malam, penanda warna cerah, wisel, pemancar cahaya keselamatan, cermin untuk menarik perhatian orang awam. Nyalakan unggun api susunan segi tiga bagi menandakan individu sedang meminta pertolongan. v. First Aid Pertolongan cemas adalah bantuan semasa kecederaan. Tindakan asas dalam ikhtiar hidup dalam keadaan terancam dengan keadaan sekeliling. Sekiranya terdapat kain anduh, bantu mangsa lain yang mengalami kecederaan seperti patah tangan untuk mengapu tangan yang patah.


MASAKAN RIMBA Memasak Tanpa Peralatan Memasak tanpa menggunakan perkakas dapur. Sebagai ganti perkakas dapur, pelbagai alat dan bahan semulajadi boleh digunakan seperti daun, kayu, ranting, batu, ruas buluh atau lumpur. Pada masa kini, kerajang aluminium, dawai juga telah digunakan. Kaedah Memasak (Memasak dengan Menggunakan Makanan Sebagai Bekas) Ubi kentang, bawang besar, lada benggala, tomato, labu dipotong dan isinya dikeluarkan. Bahagian atas digunakan sebagai penutup. Bekas makanan dibalut dengan kerajang aluminium dan dimasak dalam bara api. Kari ayam boleh dimasak dalam buah kelapa muda yang bersabut. Memasak Menggunakan Daun Daun yang lebar sesuai dijadikan bekas memasak makanan seperti ayam dan ikan. Makanan dibungkus dengan daun dan dimasak atau menggunakan bara api. Jenis daun yang boleh digunakan adalah daun pisang, daun kunyit, daun pandan dan sebagainya. Memasak Menggunakan Ranting dan Dawai Ranting boleh dijadikan alat untuk memanggang. Pastikan ranting tidak berasal dari pokok beracun. Roti juga boleh dililit menggunakan ranting kayu. Dawai atau menyangkut baju keluli dibentukkan mengikut keperluan. Memasak Menggunakan Buluh Buluh sesuai dijadikan sebagai bekas memasak. Buluh boleh digunakan untuk memasak nasi dan lemang.


Masakan Solar Masakan solar ini amat sesuai digunakan di negara beriklim panas seperti Malaysia. Masakan solar ini amat sesuai digunakan semasa membuat aktiviti gerak kerja luar seperti perkhemahan. Cara Menyediakan Dapur Solar 1 tin cat sembur yang sesuai untuk permukaan aluminium / 1 tin aerosol. Panic atau periuk nipis. Pelekat kertas. Kertas aluminium. Kotak besar.


PERKHEMAHAN DAN KRAF KHEMAH Definisi Khemah Khemah pula membawa takrifan pondok yang berasas daripada kain tebal atau kain layar merujuk kepada kamus dewan bahasa dan pustaka. Apa yang menariknya pula seiring dengan peredaran kemajuan zaman teknologi, asas kain khemah ini turut diinovasi dengan menggunakan kain nilon yang nyata lebih ringan dan mudah dibawa ke mana sahaja malah kalis air. Jadi kepada pencinta alam yang sering berkhemah di dalam hutan pasti memilih khemah yang berasaskan kain nilon ini setiap kali mereka meneroka ke dalam isi hutan. Definisi Perkhemahan Merujuk kepada kamus dewan bahasa dan pustaka, berkhemah adalah bermaksud mendirikan atau memasang khemah yang digunakan untuk berteduh atau bermalam. Justeru apabila kita menyebut tentang aktiviti perkhemahan tentu sahaja yang terlintas di fikiran kita adalah memasang khemah dan peralatan-peralatan yang perlu digunakan untuk memasang khemah. Khemah yang digunakan pula tentu sahaja berbentuk segi tiga dan bukanlah seperti khemah yang digunakan individu untuk acara perkhawinan atau majlis kenduri kendara. Tujuan Perkhemahan i. Berkhemah sebagai cara pendidikan. Sebuah kaedah menyalurkan pendidikan terarah yang disampaikan secara langsung dan tidak langsung dalam unit beruniform. Contohnya, ahli unit beruniform melakukan aktiviti fizikal seperti mendaki bukit, merentas bukit bukau dan sebagainya. Ahli unit beruniform dapat membina gaya hidup yang sihat melalui aktiviti yang dilaksanakan. Setiap ahli dapat melatih kekuatan fizikal, jasmani dan mental melalui aktiviti perkhemahan yang dijalankan.


ii. Berkhemah sebagai cara ibadat. Aktiviti berkhemah adalah salah satu cara untuk menyedarkan individu tentang kebesaran dan kekuasaan Tuhan dengan melihat alam ciptaanNya. Di samping itu individu juga dapat disedarkan bahawa betapa luaskan alam semesta yang diciptakan oleh Tuhan. iii. Berkhemah untuk rekreasi. Setiap ahli perkhemahan dapat beralih suasana bilik darjah atau rumah kepada suasana yang lebih luas dan terbuka bebas daripada segala halangan tugasan yang membebankan. Tekanan yang dihadapi oleh seseorang individu dapat diatasi melalui aktiviti perkhemahan yang menyeronokkan. Konsep Kraf Perkhemahan Sebuah asas yang perlu dipelajari untuk menhadapi pelbagai cabaran alam semula jadi dalam kegiatan luar. Pengetahuan dalam kraf perkhemahan adalah signifikan dan diperlukan apabila individu melakukan aktiviti perkhemahan atau pengembaraan. Kemahiran kraf perkhemahan melatih diri untuk menjadi lebih mahir dan berkeyakinan dalam menghadapi cabaran alam semula jadi dan habitatnya.


Jenis-jenis Khemah Ridge Tent Mempunyai tiang yang melintang di sepanjang bumbung. Ia diperbuat dari bahan nilon(nylon) yang ringan supaya mudah dibawa dan dilipat. Sesuai digunakan untuk aktiviti outdoor yang terdiri daripada ramai atau sedikit orang. Dome Tent Berbentuk gelembung dan menggunakan bahan yang sesuai serta fleksibel. Ianya ringan, mudah dibawa dan sesuai digunakan untuk perkhemahan seperti di sekolah dan sebagainya. Kapasiti: 2-3 orang.


Frame Tent Khemah jenis besar ini biasa digunakan untuk perkhemahan keluarga. Rangka khemah akan dipasang terlebih dahulu kemudian barulah dipasang kanvas. Tidak sesuai digunakan untuk aktiviti outdoor. Memuatkan lebih ramai orang. Bell Tent Mempunyai satu sahaja tiang tinggi di puncak khemah. Khemah jenis ini juga sudah jarang digunakan dan digantikan dengan khemah jenis ‘dome’. Selalu dijumpai di funfair. Binaan yang kukuh kerana disokong oleh tiang di tengah tengah dengan tali yang tegang di sekeliling.


Pengurusan Mendirikan Khemah Peringatan untuk membina saluran air seperti parit kecil agar air hujan tidak memasuki khemah. Ikat tali khemah dengan kukuh dan tegang ke pancang supaya khemah tidak mengendur. Jarak khemah dengan khemah yang lain tidak terlalu dekat. Jarak yang sesuai adalah 3 ke 4 meter. Taburkan sulfur (belerang) di persekitaran kawasan khemah agar tiada haiwan berbahaya masuk ke kawasan perkhemahan. Faktor Pemilihan Tapak Perkhemahan Angin Memastikan kawasan yang dipilih terlindung daripada tiupan angin kencang. Elakkan mendirikan khemah di kawasan yang terbuka. Mengelakkan pintu khemah tidak menghala ke arah tiuan angin kerana tempias ketika hujan. Kecerunan Memastikan kawasan tapak khemah rata dan elakkan mendirikan khemah di tepi bukit kerana risiko tanah runtuh dan sebagainya. Cahaya Kawasan perkhemahan sebolehnya didirikan di kawasan yang redup dan tidak menerima sinaran cahaya matahari secara langsung. Memastikan pintu khemah tidak mengadap matahari. Keluasan Tapak Memastikan kawasan tapak perkhemahan mempunyai keluasan yang cukup agar pergerakan ahli perkhemahan tidak terbatas. Tapak perkhemahan harus sesuai dilaksanakan pelbagai aktiviti.


GAJET DAN TUJUANNYA Gajet dibina di tapak perkhemahan untuk membina kemudahan asas perkhemahan seperti menyimpan, menyusun dan memastikan keadaan tapak perkhemahan bersih dan selesa. Gajet juga dibina untuk memberi seri kepada tapak perkhemahan agar lebih kelihatan menarik. Gajet kebiasaannya dibina menggunakan buluh atau kayu. Tujuan Membuat Gajet Meninggikan taraf penghidupan di kem seperti kebersihan, kemudahan dan keselesaan. Perekaan membuat gadjet disamakan dengan situasi di rumah. Dalam membina gadjet, hendaklah ia mempunyai fungsi. Dalam membina gadjet semangat kekitaan dalam kumpulan dapat diterapkan dan dipraktikkan. Semangat pertandingan yang sihat. Dapat melahirkan idea-idea yang baru. Bahan-bahan Pembinaan Gajet Parang dan gergaji Tali raffia, tali rami atau manila Buluh pelbagai saiz Ranting kayu Batu bata


Jenis-jenis Gajet Gajet Tripod Digunakan untuk menyimpan alat makan seperti piring, sudu, garpu dan sebagainya. Tempat makan bagi ahli perkhemahan. Gajet Tong Sampah Digunakan sebagai tempat menyangkut plastik sampah. Ini bertujuan agar kawasan perkhemahan bersih daripada sampah sarap. Kebiasaannya dibina dalam bentuk segi empat tepat.


Gajet Rak Kasut Untuk menyimpan kasut agar susunan kasut terlihat lebih kemas. Gajet Ampaian Digunakan untuk menyidai kain yang basah di bawah cahaya matahari.


BAB 4


LAPORAN Tarikh 22 Februari 2023 Masa 8.00 pagi – 5.00 petang Tempat IPG KAMPUS BAHASA MELAYU Pensyarah bertugas Badrul Zaman Mohd Razali Kehadiran 32/32 Pada hari pertama, perjumpaan unit beruniform persatuan Bulan Sabit Merah (BSMM) dimulakan seawal jam 8.00 pagi. Kehadiran diambil kerana perjumpaan diadakan secara bersemuka. Kami telah diberi taklimat berkenaan Rancangan Maklumat Kursus (RMK) oleh pensyarah yang bertugas. Beliau juga telah telah memberikan penerangan yang jelas berkenaan BSMM. Kami juga telah mempelajari lagu serta ikrar BSMM dan menyanyikan lagu negaraku sewaktu berhimpun. Seterusnya,kami juga telah mempelajari asas berkenaan khemah secara teori dan telah membuat latihan amali dengan mendirikan khemah secara berkumpulan. Pada sesi petang pula,aktiviti kami diteruskan dengan mempelajari asas kawad kaki yang dipimpin oleh Encik Putra. Setelah selesai mendengar serta melihat asas kawad kaki,kami ditugaskan untuk melakukan ujian amali kawad kaki mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Antaraya perkara yang telah kami pelajari sewaktu sesi mempelajari kasas kawad kaki ialah cara melapor,masuk dan keluar baris dan lain-lain lagi.


Tarikh 23 Februari 2023 Masa 8.00 pagi – 5.00 petang tempat IPG KAMPUS BAHASA MELAYU Pensyarah bertugas Badrul Zaman Mohd Razali Kehadiran 32/32 Pada hari kedua, seperti biasa kami akan berhimpun di dataran seawall jam 8.00 pagi untuk menyanyikan lagu negaraku,lagu wilayah dan lagu rasmi BSMM. Seterusnya aktiviti diteruskan di dalam kelas dengan mempelajari tentang ikatan tali temali. Kami diberikan pendedahan berkenaan beberapa jenis ikatan tali seperti ikatan buku sila,bunga keti,tindih kasih dan sebagainya. Pensyarah memberikan penerangan yang jelas kepada kami. selang beberapa jam, kami membuat ujian penilaian secara berkumpulan. Pada sesi petang pula, slot asas kecemasan berlangsung.kami didedahkan dengan kaedah atau cara menyelamatkan mangsa dengan Teknik yang betul menggunakan Teknik CPR dan menggunakan AED. Selain itu juga,kampi telah mempelajari beberapa cara ikatan menggunakan kain anduh untuk merawat mangsa yang cedera seperti patah tangan, luka dan sebagainya.


Tarikh 24 Februari 2023 Masa 8.00 pagi – 5.00 petang Tempat IPG KAMPUS BAHASA MELAYU Pensyarah bertugas Badrul Zaman Mohd Razali Kehadiran 32/32 Pada hari yang terakhir, setelah kami berhimpun pada waktu pagi,aktiviti diteruskan lagi dengan melakukan aktiviti ikhtiar hidup. Aktiviti dimulakan dengan taklimat ringkas oleh pensyarah yang bertugas untuk aktiviti tersebut iaitu Haji Musa. Selepas taklimat, kami telah diberikan alatan seperti bekas makanan dan mancis untuk kami memulakan aktiviti memasak menggunakan telur,tepung dan maggi. Setiap kumpulan telah ditugaskan untuk memasak menu yang berlainan dengan menggunakan bahan-bahan tersebut sahaja. Setelah masa yang diperuntukkan telah tamat, kami dinilai oleh beberapa orang pensyarah untuk diberikan markah. Untuk aktiviti yang terakhir, pada sesi petang kami didedahkan berkenaan kompas, dimana kami mempelajari tentang bagaimana untuk membaca koordinat lokasi menggunakan kompas dengan cara yang betul. Seterusnya kami diuji dengan diberikan beberapa koordinat oleh pensyarah dan diminta untuk mengikut koordinat tersebut supaya sampai di lokasi yang telah ditetapkan. Kesimpulannya, banyak ilmu yang telah dipelajari sepanjang tiga hari sesi kelas bersemuka untuk unit beruniform ini. Terima kasih diucapkan kepada semua pensyarah yang terlibat.


LAMPIRAN


Click to View FlipBook Version