The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aminurahim, 2019-01-15 09:10:10

Peraturan Pertandingan Sukan Bola Tampar

PROGRAM PENINGKATAN KERJAYA
PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR, KEDAH, KELANTAN & TERENGGANU 2019


PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN BOLA TAMPAR
1. AM


1.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung di dalam Peraturan Am,
pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-Undang yang terkandung

di dalam Persatuan Bola Tampar Dunia (FIVB) & Persatuan Bola Tampar
Malaysia (MAVA)


1.2 Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirannya, maka
undang-undang dalam Bahasa Inggeris akan dipatuhi.


1.3 Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan di dalam peraturan 1 berkenaan

akan diputuskan seperti berikut:-

1.3.1 Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan oleh Jawatankuasa

Teknikal dan Pertandingan PROGRAM PENINGKATAN KERJAYA
PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR, KEDAH, KELANTAN &
TERENGGANU 2019 berasaskan kepada Undang-undang Persatuan

Bola Tampar Dunia (FIVB) & Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA)

1.4 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan

PROGRAM PENINGKATAN KERJAYA PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR,
KEDAH, KELANTAN & TERENGGANU 2019 adalah MUKTAMAD.


2. TARIKH PERTANDINGAN


2.1 09 Februari 2019

3. TEMPAT PERTANDINGAN


3.1 Indoor Stadium,
Educity Sport Complex







1
Sekretariat Program Peningkatan Kerjaya
Pegawai Tadbir Negeri Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu 2019

PROGRAM PENINGKATAN KERJAYA
PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR, KEDAH, KELANTAN & TERENGGANU 2019


4. PENYERTAAN


4.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua Pegawai dan kakitangan Pejabat
SUK Negeri sepertimana yang dinyatakan dalam para 6.1 & 6.2 ketetapan dan
Peraturan AM PROGRAM PENINGKATAN KERJAYA PEGAWAI TADBIR

NEGERI JOHOR, KEDAH, KELANTAN & TERENGGANU 2019


4.2 Setiap pasukan dikehendaki mendaftar 1 pasukan sahaja

4.2.1 Seorang Pengurus Pasukan

4.2.2 Seorang Penolong Pengurus Pasukan
4.2.3 Seorang Jurulatih

4.2.4 Seorang Penolong Jurulatih
4.2.5 10 orang pemain termasuk pemain simpanan
* 2 Pemain VETERAN perlu didaftarkan (40 tahun keatas) dan

seorang pemain Veteran WAJIB berada di dalam gelanggang
sepanjang permaian berlangsung.


4.3 Jumlah pemain di atas gelanggang pada setiap masa adalah terdiri daripada
5 pemain terbuka dan 1 pemain Veteran dan yang selebihnya adalah sebagai
pemain simpanan. Pemain Veteran akan dikenalpasti dengan pemakaian wrist

band yang akan disediakan penganjur.


4.3 Borang penyertaan yang lengkap hendaklah DISAHKAN oleh YB Setiausaha
Kerajaan Negeri / Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri masing-masing.


5. TARIKH TUTUP PENYERTAAN

5.1 24 Januari 2019


6. MESYUARAT PENGURUS PASUKAN


6.1 Mensyuarat Pengurus Pasukan akan diadakan sehari sebelum tarikh
pertandingan (tertakluk kepada perubahan).





2
Sekretariat Program Peningkatan Kerjaya
Pegawai Tadbir Negeri Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu 2019

PROGRAM PENINGKATAN KERJAYA
PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR, KEDAH, KELANTAN & TERENGGANU 2019


6.2 Pengurus Pasukan dikehendaki mengemukakan senarai nama peserta
beserta dengan Kad pengenalan atau Pas Khas Peserta. Pertukaran

pendaftaran nama pemain adalah dibenarkan dengan bayaran wang
pemprosesan sebanyak RM 100.00 (Ringgit Malaysia: Seratus Sahaja) bagi
setiap pertukaran peserta.


6.3 Senarai peserta yang disahkan semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan adalah

MUKTAMAD.

6.4 Kehadiran mesyuarat pengurus pasukan ini adalah WAJIB. Kegagalan

berbuat demikian boleh dikenakan denda oleh penganjur sebanyak RM 300.00
(Ringgit Malaysia: Tiga Ratus Sahaja)


7. SISTEM PERMAINAN


7.1 Undang-undang permainan hendaklah mengikut undang-undang terkini yang
berkuatkuasa, sebagaimana yang telah diputuskan oleh Persatuan Bola
Tampar Dunia (FIVB) & Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) iaitu seperti

berikut:-

7.1.1 Pakaian


a) Semua pasukan dikehendaki memakai pakaian yang sesuai.


b) Kontinjen digalakkan mencetak logo masing-masing pada jersi
atau t-shirt yang dipakai setiap perlawanan


7.1.2 Format Pertandingan


Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan PROGRAM
PENINGKATAN KERJAYA PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR,
KEDAH, KELANTAN & TERENGGANU 2019 mempunyai hak

menentukan format pertandingan dan jadual pertandingan berasaskan
kepada pengesahan jumlah pasukan.





3
Sekretariat Program Peningkatan Kerjaya
Pegawai Tadbir Negeri Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu 2019

PROGRAM PENINGKATAN KERJAYA
PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR, KEDAH, KELANTAN & TERENGGANU 2019


a) Pertandingan akan dijalankan mengikut format secara Liga
Satu Pusingan.


b) Johan, Naib Johan, tempat Ketiga dan Keempat akan
ditentukan berdasarkan pungutan mata keseluruhan yang

dikutip pada setiap perlawanan.


c) Jika pemain yang didaftarkan tidak memasuki gelanggang
setelah 2 kali panggilan atau 10 minit dari panggilan pertama,
maka perlawanan berkenaan sahaja dimenangi oleh pihak

lawan.


d) Pasukan boleh meminta sebanyak 2 kali rehat (Time Out) dan
6 pertukaran dalam setiap set


e) Pengadil dan penjaga garisan akan dilantik oleh pihak
penganjur.


7.1.3 Waktu Bermula Sesuatu Perlawanan

a) Waktu bermula sesuatu perlawanan adalah seperti yang

tercatat di dalam jadual Pertandingan rasmi dan hanya boleh
dipinda dengan kelulusan Jawatankuasa Teknikal dan

Pertandingan Bola Tampar PROGRAM PENINGKATAN
KERJAYA PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR, KEDAH,
KELANTAN & TERENGGANU 2019


b) Semua pasukan wajib mematuhi jadual perlawanan dan tiada
masa menunggu.


7.1.4 Pengiraan Mata Perlawanan


Pertandingan dijalankan Secara Best Of Three. Format pengiraan
mata adalah seperti berikut:-





4
Sekretariat Program Peningkatan Kerjaya
Pegawai Tadbir Negeri Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu 2019

PROGRAM PENINGKATAN KERJAYA
PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR, KEDAH, KELANTAN & TERENGGANU 2019


a) Set pertama dan kedua mata penamatnya ialah 25 mata. Jika
keputusannya terikat 24-24 sama, pemain yang terlebih dahulu

mencapai kelebihan dua (2) mata akan diisytiharkan sebagai
pemenang atau pasukan yang mendapat mata ke 27 dahulu.
(Contoh: 27-25, 24-26, 25-27)


b) Jika keputusan seri atau terikat 1-1, set penentuan (set ketiga)

akan dijalankan sehingga mata penamat 21.

7.1.5 Pemberian Mata atau Penentuan Pasukan Pemenang


a) Dua (3) mata akan diberikan bagi pasukan yang menang dan

tiada (0) mata bagi yang kalah.

b) Dalam perlawanan liga satu pusingan, penentuan pasukan-

pasukan teratas atau pemenang adalah mengikut susunan
hirarki seperti berikut:-


i. Pasukan yang mendapat mata yang tertinggi, dikira
sebagai pemenang.


ii. Jika terdapat dua (2) atau lebih pasukan mendapat
mata yang sama, maka penentuan pasukan teratas

atau pemenang adalah berasaskan kaedah-kaedah
seperti berikut:


✓ Pasukan yang memenangi bilangan perlawanan
yang terbanyak, jika sama;


✓ Pasukan yang mempunyai bilangan Game yang
terbanyak,jika sama;


✓ Perbezaan mata antara yang diperolehi dan
yang kena dalam setiap keseluruhan

pertandingan akan dikira, jika sama;


5
Sekretariat Program Peningkatan Kerjaya
Pegawai Tadbir Negeri Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu 2019

PROGRAM PENINGKATAN KERJAYA
PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR, KEDAH, KELANTAN & TERENGGANU 2019


✓ Pertemuan awal antara pasukan yang terlibat
diambil kira. Pasukan yang pernah

mengalahkan lawannya dikira menang, atau;

✓ Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Bola

Tampar PROGRAM PENINGKATAN KERJAYA
PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR, KEDAH,

KELANTAN & TERENGGANU 2019 akan
menentukan keputusan dan keputusan adalah
MUKTAMAD.


7.1.6 Bilangan Pemain Yang Tidak Mencukupi


a) Sekiranya mana-mana pasukan kekurangan pemain apabila
Pengadil memerintahkan supaya perlawanan dimulakan pada

waktu yang dijadualkan maka pasukan berkenaan tidak layak
bertanding dan Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Bola
Tampar PROGRAM PENINGKATAN KERJAYA PEGAWAI

TADBIR NEGERI JOHOR, KEDAH, KELANTAN &
TERENGGANU 2019 akan membuat keputusan yang mana ia
adalah MUKTAMAD.


8. BANTAHAN


8.1 Sebarang bantahan hanya boleh di buat oleh Pengurus Pasukan sahaja dan
hendaklah di buat secara lisan kepada Pengadil yang bertugas ketika itu.

Kemudian tersebut hendaklah di kemukakan secara bertulis kepada Pengerusi
Jawatankuasa Teknikal Pertandingan Bola Tampar tidak lewat 30 minit
selepas tamat pertandingan tersebut. Surat Bantahan hendaklah

ditandatangani oleh Pengurus Pasukan dengan disertakan bersama wang
pemprosesan berjumlah RM 1,000.00 (Rnggit Malaysia: Seribu Sahaja).
Wang tersebut tidak akan dikembalikan samada bantahan tersebut berjaya

atau ditolak oleh Jawatankuasa.







6
Sekretariat Program Peningkatan Kerjaya
Pegawai Tadbir Negeri Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu 2019

PROGRAM PENINGKATAN KERJAYA
PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR, KEDAH, KELANTAN & TERENGGANU 2019


8.2 Sebarang bantahan berkaitan kelayakan pemain hanya boleh di buat semasa
mesyuarat Pengurus Pasukan. Bantahan yang dibuat selepas itu akan ditolak.

Keputusan Jawatankuasa Bantahan dan Rayuan adalah MUKTAMAD.




9. JAWATANKUASA BANTAHAN


9.1 Ahli Jawatankuasa Bantahan
Pengerusi : Pengerusi Jawatankuasa Teknikal

Setiausaha : Pengurus Sukan Pertandingan Bola Tampar
Ahli : Wakil Jawatankuasa Pengelola

Pegawai Teknikal Bola Tampar

Sebarang keputusan Jawatankuasa Bantahan adalah muktamad.


10. HADIAH


10.1 Hadiah-hadiah yang akan disediakan bagi pemenang adalah seperti berikut:-



KEDUDUKAN HADIAH


JOHAN Empat Belas (14) Pingat Emas
NAIB JOHAN Empat Belas (14) Pingat Perak

KETIGA BERSAMA Dua Puluh Lapan (28) Pingat Gangsa























7
Sekretariat Program Peningkatan Kerjaya
Pegawai Tadbir Negeri Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu 2019


Click to View FlipBook Version