The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aminurahim, 2019-11-04 01:42:37

PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN GOLF

Karnival Sukan Suk Pantai Timur 2019
Kuantan, Pahang
29 Nov – 1 Dis 2019



PERATURAN PERTANDINGAN
SUKAN GOLF

1. AM


1.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan
ini akan dijalankan mengikut “Rules of Amateur Status approved
by the Royal And Ancient Golf of St. Andrews” dan Local Rules
Kelab di mana pertandingan itu berlangsung.

1.2 Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirannya, maka
undang-undang dalam Bahasa Inggeris yang terkini akan dipatuhi.

1.3 Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan di dalam peraturan
berkenaan akan diputuskan seperti berikut:

1.3.1 Sebarang kejadian akan diputuskan berasaskan kepada
Ketetapan & Peraturan Am Karnival Sukan SUK Negeri Pantai
Timur 2019.

1.4 Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan oleh Jawatankuasa
Teknikal dan Pertandingan Golf Karnival Sukan SUK Negeri Pantai
Timur 2019 berasaskan kepada Peraturan-Peraturan Golf
Antarabangsa.

1.5 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan
Pertandingan Karnival Sukan SUK Negeri Pantai Timur 2019 adalah
Muktamad.



2. TARIKH PERTANDINGAN


 30 Nov – 1 Dis 2019






Dikemaskini : 29 oktober 2019 1

Karnival Sukan Suk Pantai Timur 2019
Kuantan, Pahang
29 Nov – 1 Dis 2019





3. TEMPAT DAN TARIKH PERTANDINGAN

 Royal Pahang Golf Club ( RPGC )



4. PENYERTAAN

4.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua Pegawai dan Kakitangan
Pejabat SUK Negeri sepertimana yang dinyatakan dalam Para 4 dan 5
Ketetapan dan Peraturan Am, Kejohanan Karnival Sukan SUK Negeri
Pantai Timur 2019.


4.2 Setiap kontingen hanya dibenarkan mendaftar satu (1) sahaja yang
terdiri daripada :-

4.2.1 Pasukan Gross (4 orang)
4.2.2 Pasukan Nett (4 orang)
4.2.3 Seorang Pengurus
4.2.4 Seorang Jurulatih

4.3 Penyertaan adalah terbuka kepada pemain - pemain yang memiliki
handicap yang dikeluarkan oleh Malaysian Golf Association (MGA)
dan perlu dikemukakan kepada urusetia semasa pendaftaran.

4.4 Bagi acara “Foursome” dengan sistem 36 Stableford, pasukan boleh
diwakili dari pasukan “Gross” atau “Nett” seramai 4 orang sahaja.

4.5 Tambahan bagi acara VIP, sistem yang digunapakai adalah 36
Stableford.










Dikemaskini : 29 oktober 2019 2

Karnival Sukan Suk Pantai Timur 2019
Kuantan, Pahang
29 Nov – 1 Dis 2019


5. TARIKH PENDAFTARAN

5.1 Tarikh Pendaftaran adalah berdasarkan para 7.2 Peraturan Am
Karnival Sukan Suk Negeri Pantai Timur 2019.


6. MESYUARAT PENGURUS PASUKAN

6.1 Mesyuarat Pengurus Pasukan akan diadakan sehari sebelum tarikh
pertandingan (tertakluk kepada perubahan).

6.2 Pengurus Pasukan dikehendaki mengemukakan senarai nama
peserta beserta dengan Kad Pengenalan atau Pas Khas Peserta.
Tambahan kepada bilangan peserta yang telah didaftarkan tidak
dibenarkan.

6.3 Senarai peserta yang disahkan semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan
adalah muktamad.


7. KATEGORI PERTANDINGAN

7.1 Pertandingan dijalankan dalam kategori seperti berikut:

 GROSS - 4 orang pemain
 NETT - 4 orang pemain
 FOURSOME - 4 orang pemain (dari pasukan Gross dan Nett)
 VIP - 6 orang pemain (YAB Menteri Besar, Setiausaha
Kerajaan Negeri dan Pegawai Kanan Pentadbiran
Negeri.



8. SISTEM PERMAINAN


8.1 PAKAIAN

8.1.1 Setiap pasukan dikehendaki memakai pakaian yang
sesuai seperti baju T berkolar dan seluar panjang
seragam. Seluar jeans tidak dibenarkan.

8.1.2 Kontinjen digalakkan mencetak logo atau nama SUK
Negeri masing-masing pada baju T berkolar.
Dikemaskini : 29 oktober 2019 3

Karnival Sukan Suk Pantai Timur 2019
Kuantan, Pahang
29 Nov – 1 Dis 2019




8.2 FORMAT PERTANDINGAN

8.2.1 Pertandingan Gross dan Nett dijalankan secara sistem
“STROKEPLAY” dua pusingan 18 lubang.

8.2.2 Pertandingan Foursome dan VIP dijalankan secara sistem
“36 STABLEFORD”

8.2.3 PENGIRAAN MATA

 Bagi kategori Gross dan Nett, pengiraan mata adalah
berdasarkan kepada 3 peserta terbaik bagi setiap kategori
untuk dua hari permainan.

 Bagi pemenang Gross dan Nett keputusan akan
diputuskan dengan kiraan seperti berikut:

i. Jumlah Gross dan Nett – 18 lubang
ii. 9 lubang terakhir
iii. 6 lubang terakhir
iv. 3 lubang terakhir
v. Lubang terakhir

8.2.4 Bagi pemenang kategori “Foursome” sistem 36 Stableford,
keputusan akan diputuskan dengan kiraan betul.

i. Mata/ Point tertinggi
ii. Handicap terendah
iii. Bilangan mata bagi 9 lubang terakhir
iv. Bilangan mata bagi 6 lubang terakhir
v. Bilangan mata bagi 3 lubang terakhir
vi. Bilangan mata bagi lubang terakhir

8.2.5 Pengiraan mata kemenangan bagi berpasukan adalah
berdasarkan “score” terbaik setiap pasukan negeri yang
bertanding mengikut kategori kecuali kategori VIP.





Dikemaskini : 29 oktober 2019 4

Karnival Sukan Suk Pantai Timur 2019
Kuantan, Pahang
29 Nov – 1 Dis 2019



9. SUSUNAN PERMAINAN (FLIGHT)

9.1 Susunan pemain (flight) adalah muktamad. Jika berlaku ketidakhadiran
pemain semasa hari kejohanan dijalankan, segala pertukaran
pemain
(flight) adalah dibawah bidang kuasa pengerusi penganjur.


10. KEPUTUSAN SERI

10.1 Bagi pertandingan berpasukan, jika masih seri maka pemenang akan
ditentukan melalui score pemain ke-4. Jika masih lagi seri, ia akan
ditentukan secara “on count back” (OCB) iaitu “last 18,9,6,3 last hole,
hole by hole” pemain ke-4.

10.2 Bagi pertandingan individu, jika seri maka pemenang akan ditentukan
secara “on count back” (OCB) iaitu “last hole, hole by hole” dan
handikap.


11. PEMBERIAN MATA DAN PENENTUAN KEMENANGAN.

10.1 Pengiraan mata kemenangan bagi berpasukan adalah berdasarkan
“score” terbaik setiap pasukan negeri yang bertanding mengikut
kategori kecuali kategori VIP.

12. PERTIKAIAN DAN KERAGUAN

12.1 Undang-undang permainan adalah termaktub di dalam R & A Golf Club
St. Andrew dan Local Rule yang diluluskan oleh pihak penganjur.

12.2 Peraturan tambahan selain peraturan di atas, jawatankuasa penganjur
pertandingan adalah berhak meminda dan mengadakan peraturan-
peraturan tambahan selaras dengan matlamat penganjuran aktiviti
Sukan SUK Negeri Pantai Timur 2019. Sebarang keputusan adalah
Muktamad.

13. PERTANDINGAN TERGENDALA
Sekiranya disebabkan cuaca atau lain-lain sebab pada pendapat Jawatakuasa
Pengelola dan permainan 18 lubang tidak dapat dielakkan, maka
Jawatankuasa Pengelola berhak menentukan cara lain yang dipikirkan sesuai

Dikemaskini : 29 oktober 2019 5

Karnival Sukan Suk Pantai Timur 2019
Kuantan, Pahang
29 Nov – 1 Dis 2019


dan munasabah untuk menentukan pemenang dan keputusannya muktamad.

14. BANTAHAN

14.1 Sebarang bantahan hanya boleh dibuat oleh Pengurus Pasukan
sahaja dan hendaklah dibuat secara lisan kepada Pengadil yang
bertugas ketika itu. Kemudian tersebut hendaklah dikemukakan
secara bertulis kepada Pengerusi Jawatankuasa Teknikal
Pertandingan Golf tidak lewat 30 minit selepas tamat pertandingan
tersebut. Surat Bantahan hendaklah ditandatangani oleh Pengurus
Pasukan dengan disertakan bersama wang pemprosesan RM 300.00
( Tiga Ratus Sahaja ). Wang tersebut tidak akan dikembalikan
sama ada bantahan tersebut berjaya atau ditolak oleh Jawatankuasa.

14.2 Sebarang bantahan berkaitan kelayakan pemain hanya boleh dibuat
semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan. Bantahan yang dibuat selepas
itu akan ditolak. Keputusan Jawatankuasa Bantahan dan Rayuan
adalah muktamad.


11. JAWATANKUASA BANTAHAN

Ahli-ahli Jawatankuasa Bantahan adalah sebagaimana berikut:-

Pengerusi : Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Golf Setiausaha
: Koodinator Jawatankuasa Pertandingan Golf
Ahli : Wakil Jawatankuasa Pengelola
Pegawai Teknikal Golf
Refri/Pengadil Kehormat

Sebarang keputusan adalah muktamad.









Dikemaskini : 29 oktober 2019 6

Karnival Sukan Suk Pantai Timur 2019
Kuantan, Pahang
29 Nov – 1 Dis 2019


12. HADIAH

12.1 Hadiah – hadiah yang akan disediakan bagi pemenang adalah
sebagaimana berikut:-





KATEGORI HADIAH


PIALA
JOHAN Medal
Sepuluh (10) pingat emas
Medal
NAIB JOHAN
Sepuluh (10) pingat perak
Medal
KETIGA
Sepuluh (10) pingat gangsa

















Sekretariat
Karnival Sukan Suk Negeri Pantai Timur 2019
Kuantan, Pahang









Dikemaskini : 29 oktober 2019 7


Click to View FlipBook Version