SMK SUNGKAI
35600 SUNGKAI, PERAK
PERKARA Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa
ISI KANDUNGAN
MUKA SURAT
1. PRAKATA 3
2. SENARAI SEMAK PELAKSANAAN MODUL 4
3. NOTA RINGKAS PERIBAHASA 7
4. LATIHAN PERIBAHASA 1 -13 10
5. NOTA RINGKAS KATA GANDA 42
6. LATIHAN KATA GANDA 1 -13 48
7. NOTA RINGKAS PENJODOH BILANGAN 81
8. LATIHAN PENJODOH BILANGAN 1 -13 84
9. NOTA RINGKAS SINONIM 113
10. LATIHAN SINONIM 1 -13 114
11. NOTA RINGKAS ANTONIM 145
12. LATIHAN ANTONIM 1 -13 146
13. NOTA RINGKAS KATA HUBUNG 173
14. LATIHAN KATA HUBUNG 1 -13 175
15. SKEMA JAWAPAN 207
16. PENGHARGAAN 213
2
Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa
PRAKATA
Asalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.
Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa ini ditulis dengan
berpandukan Buku Teks, Sukatan Pelajaran, dan Huraian Sukatan Pelajaran yang terkini
serta akur dengan Dokumen Pentaksiran Kerja Kursus.
Tujuan Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa ini ditulis
adalah untuk memberi panduan kepada guru dalam melaksanakatern sesi PdPc bagi
program Iintervensi Dwibahasa. Kepada pelajar, modul ini boleh menjadi bahan rujukan
yang dapat memberi kefahaman lebih mendalam terhadap tatabahasa Bahasa Melayu.
Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa ini turut menyediakan
soalan-soalan latihan untuk menguji kefahaman dan sebagai pengukuhan. Selain itu juga
modul ini memuatkan strategi pengajaran dan pembelajaran yang mampu mengintegrasikan
pemerolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan penerapan nilai murni. Dengan
demikian, diharapkan hasrat untuk melahirkan insan yang berdikari, cerdik teknologi dan
ekonomi, serta bersifat kreatif, inovatif dan produktif akan dapat dicapai.
Sebarang teguran dan cadangan untuk menambah baik Modul Intervensi Dwibahasa
Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa ini amat dialu-alukan. Adalah diharapkan Modul
Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa ini dapat memberi manfaat kepada
semua guru dan pelajar yang mengambil subjek Bahasa Melayu
Sekian, wassalam.
Panel Penulis Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa
SMK Sungkai, 35600 Sungkai, Perak
01 Oktober 2020
bersamaan 15 Rabiulakhir 1442
3
Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa
SENARAI SEMAK PERLAKSANAAN MODUL
BIL MODUL TARIKH
PELAKSANAAN
1.1 NOTA PERIBAHASA
1.1.1 Latihan 1
1.1.2 Latihan 2
1.1.3 Latihan 3
1.1.4 Latihan 4
1.1.5 Latihan 5
1.1.6 Latihan 6
1.1.7 Latihan 7
1.1.8 Latihan 8
1.1.9 Latihan 9
1.1.10 Latihan 10
1.1.11 Latihan 11
1.1.12 Latihan 12
1.1.13 Latihan 13
1.2 NOTA KATA GANDA
1.2.1 Latihan 1
1.2.2 Latihan 2
1.2.3 Latihan 3
1.2.4 Latihan 4
1.2.5 Latihan 5
1.2.6 Latihan 6
1.2.7 Latihan 7
1.2.8 Latihan 8
1.2.9 Latihan 9
1.2.10 Latihan 10
1.2.11 Latihan 11
1.2.12 Latihan 12
1.2.13 Latihan 13
1.3 NOTA PENJODOH BILANGAN
1.3.1 Latihan 1
1.3.2 Latihan 2
1.3.3 Latihan 3
1.3.4 Latihan 4
1.3.5 Latihan 5
1.3.6 Latihan 6
1.3.7 Latihan 7
1.3.8 Latihan 8
1.3.9 Latihan 9
1.3.10 Latihan 10
1.3.11 Latihan 11
1.3.12 Latihan 12
1.3.13 Latihan 13
1.4 NOTA SINONIM
1.4.1 Latihan 1
1.4.2 Latihan 2
1.4.3 Latihan 3
1.4.4 Latihan 4
1.4.5 Latihan 5
1.4.6 Latihan 6
1.4.7 Latihan 7
4
Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa
1.4.8 Latihan 8
1.4.9 Latihan 9
1.4.10 Latihan 10
1.4.11 Latihan 11
1.4.12 Latihan 12
1.4.13 Latihan 13
1.5 NOTA ANTONIM
1.5.1 Latihan 1
1.5.2 Latihan 2
1.5.3 Latihan 3
1.5.4 Latihan 4
1.5.5 Latihan 5
1.5.6 Latihan 6
1.5.7 Latihan 7
1.5.8 Latihan 8
1.5.9 Latihan 9
1.5.10 Latihan 10
1.5.11 Latihan 11
1.5.12 Latihan 12
1.5.13 Latihan 13
1.6 NOTA KATA HUBUNG
1.6.1 Latihan 1
1.6.2 Latihan 2
1.6.3 Latihan 3
1.6.4 Latihan 4
1.6.5 Latihan 5
1.6.6 Latihan 6
1.6.7 Latihan 7
1.6.8 Latihan 8
1.6.9 Latihan 9
1.6.10 Latihan 10
1.6.11 Latihan 11
1.6.12 Latihan 12
1.6.13 Latihan 13
5
Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa
Modul ID Bahasa Melayu:
Bijak Tatabahasa
PERIBAHASA
6
Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa
NOTA PERIBAHASA
PERIBAHASA
Sebagai ingatan semula, suka saya mengatakan bahawa Peribahasa merupakan
rangkuman simpulanbahasa, perumpamaan, pepatah,bidalan dan
perbilangan. Setiap satunya mempunyai sifat dan tujuan yang tertentu.
Simpulan Bahasa
Simpulan bahasa merupakan ungkapan yang telah mantap dan mempunyai maksud
yang khusus. Simpulan bahasa adalah kata-kata ringkas atau rangkaian perkataan
yang dirumuskan dalam susunan tertentu yang membawa maksud tertentu.
Maksudnya terdapat daripada apa yang tersirat atau tersembunyi, bukan daripada
yang tersurat atau nyata. Ringkasnya, erti simpulan bahasa berlainan daripada
perkataan yang digunakan.
Ia mempunyai maksud yang berbeza daripada makna harfiah kata-kata dalam
ungkapan.
Ciri-ciri Simpulan Bahasa:
Terbentuk daripada penggunaan kata nama am - anak buah, anak emas,
buah tangan, lipas kudung.
Terbentuk daripada penggunaan kata kerja - ajak-ajak ayam, buat bodoh
pasang telinga,cakar ayam
Terbentuk daripada penggunaan kata adjektif - besar kepala, bodoh,
sepat,kecil hati, berat hati
Terbentuk daripada penggunaan kata nama khas - Abu Jahal,Mat Jenin,
Pak Kaduk
Terbentuk daripada nilai kepercayaan - air pinang, batu buyung, makan bulan
Simpulan Bahasa Maksud
Panjang tangan Suka mencuri
Periuk nasi Punca pencarian
Buruk siku sudah diberi, diambil balik
Ikat perut Berjimat makan dan minum
Kaki bangku Tidak tahu bermain misalnya bola.
7
Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa
Namun, Menurut Za'aba, terhasilnya simpulan bahasa adalah dengan berdasarkan
empat perkara iaitu:
·
Daripada perbandingan atau kiasan dengan cerita yang masyhur.
Contoh: Abu Jahal, Mat Jenin, Lebai Malang dan sebagainya.
· Daripada benda atau kejadian yang berlaku di sekelilingnya
Contoh: mandi kerbau, mata duitan, kutu embun dan sebagainya.
· Daripada kepercayaan orang ramai
Contoh: harimau berantai, buruk siku, dimakan bulan dan sebagainya.
· Daripada kebiasaan atau resaman bahasa.
Contoh: ada hati, gila bahasa, beri muka dan sebagainya.
Perumpamaan
Perumpaan tergolong dalam peribahasa berlapis, iaitu mengandungi makna
tersurat dan tersirat.
Terdapat dua bentuk perumpamaan, iaitu:
a) yang menyatakan perbandingan secara terang-teragnan
b) dan yang tidak menyatakan perbandingan secara terang-terangan.
Perumpamaan yang menyatakan perbandingan secara terang-teranan didahului
dengan kata-kata perbandingan seperti, umpama, bagai,
laksana, ibarat dan baik; manakala perumpamaan yang tidak
disebutkan perbandingan tidak didahului kata-kata perbandingan tersebut.
Contoh perumpaan yang disebut perbandingan
a. seperti katak di bawah tempurung
b. umpama kaca dengan permata
c. Bagai pungguk rindukan bulan
d. Ibarat air di daun keladi
e. laksana katak diharung ular.
Contoh perumpamaan yang tidak disebut perbandingan
a. Genggam bara api biar sampai jadi arang
b. Diberi betis hendak peha
c. Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.
Bidalan
Bidalan ialah peribahasa yang berfungsi sebagai nasihat. Ia mempunyai maksud
dua lapis.
Bagaimanapun bdalan tidak didahului oleh kata sendi nama seperti, bagai, laksana
dan umpama.
Perbezaan antara bidalan dengan pepatah ialah bidalan lebih kerap digunakan,
mempunyai nilai, ilmu dan pengajaran> Sedangkan pepatah lebih ringkas sifatnya
dan tidak mempunyai pengajaran.
8
Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa
Contoh bidalan:
· Malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan
· Jika kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga.
· Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
· Hujan emad di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri, Baik juga negeri sendiri.
· Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan.
Pepatah atau Perbilangan
Pepatah atau perbilangan mempunyai struktur yang hampir sama dengan pepatah
dan bidalan. Namun, perbilangan disusun berangkap-rangkap seperti ikatan puisi.
Setiap rangkai pepatah terdiri daripada dua baris atau lebih dan disebut satu demi
satu seolah-olah orang sedang membuat perbilangan atau perkataan.
Ia berkait rapat dengan adat istiadat, undang-undang atau peraturan masyarakat.
Contoh:
· Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat
· Hati manusia sama dicecah, hati gajah sama dilapah.
· Cubit paha iri, paha kanan sakit juga.
· Ditelan mati emak, diluah mati bapak.
Perbilangan adat merupakan susunan adat dalam bentuk puisi yang mencerita dan
menerangkan sesuatu dan berasal daripada masyarakat Melayu Minangkabau
(adat/peraturan). Perbilangan adat ini berasal dan berkembang di daerah
Minangkaba dan Palembang yang dikenali sebagai 'Adat Minangkabau'.
Di Malaysia, perbilangan adat ini banyak diamalkan oleh masyarakat di Negeri
Sembilan, iaitu digunakan dalam Adat Pepatih. Perbilangan adat ini diperturunkan
dari mulut ke mulut, dari satu generasi ke satu generasi. Perbilangan adat ini
mengalami perubahan dan kesesuaian mengikut keadaan dan zaman, seperti pada
kedatangan Islam, perbilangan adat mengalami penyesuaian dengan ajaran Islam
seperti yang dibuktikan
oleh perbilangan ini :
Adat bersendi hukum
Hukum bersendi Kitabullah
Kuat adat, tak gaduhkan hukum
Kuat hukum, tak gaduhkan adat
Ikut hukum, muafakat
Ikut adat muafakat
9
Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa
LATIHAN PERIBAHASA
Latihan Peribahasa 1
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1 Encik Mail menerima kedatangan kami dengan _____ walaupun belum pernah
bertemu.
A tangan terbuka C cuci tangan
B gelap fikiran D tangkai hati
2 Najihah rela _____ untuk membeli kereta idamannya itu.
A gerak badan C hancur hati
B banyak akal D ikat perut
3 Jangan _______ menuduh orang lain kalau tidak ada bukti yang kukuh.
A diam-diam ubi C angkat muka
B serkap jarang D curi tulang
4 Semua pekerja diminta memberi ______ masing-masing dalam perbincangan
meja bulat itu.
A buah fikiran C buah pena
B bauh mulut D buah hati
5 Apabila sudah berjaya, Kok Meng menjadi _____ dan tidak mahu mendengar
pendapat orang lain.
A bongkok udang C besar kepala
B darah daging D kaki bangku
6 Park Jung merupakan _______ sekolah kami kerana dia sering mengharumkan
nama sekolah dalam pertandingan pidato dan badminton.
A anak kandung C anak emas
B anak angkat D anak buah
7 Setiap hari Ahad, Cikgu Selvi akan mengajar anak-anak penduduk kampung itu
yang tidak tahu mengira dan ______
A mata duitan C kaki ayam
B busuk hati D buta huruf
8 Saya berasa _______ melihat telatah pelawak-pelawak di kaca televisyen itu.
A busuk hati C geli hati
B buah hati D iri hati
9 Pihak penguat kuasa menahan warga asing yang berniaga di _______ bangunan
itu.
A kaki bangku C kaki botol
B kaki ayam D kaki lima
10
Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa
10 Ramli sering menggunakan _______nya untuk menipu guru apabila tidak siap
kerja sekolah.
A lidah bercabang C buta huruf
B tangkai jering D akal belut
11 Samat suka _____ tentang kejayaan anak-anaknya.
A kerang busuk C cuci tangan
B cakap besar D busuk hati
12 Sikap Wok Lan yang menyendiri seperti ______ itu menyebabkan rakan-
rakannya memulaukannya.
A kambing hitam C lipas kudung
B kera sumbang D patah hati
13 Maria sangat gembira menyambut kelahiran ______ sulungnya.
A cahaya mata C bidan terjun
B kaki wayang D anak kapal
14 Mona ______ semasa emak dan ayahnya berbual-bual di ruang tamu.
A pasang telinga C terang hati
B pekak badak D ikat perut
15 Kilang itu dibina dengan wang hasil _____ Amir yang dikumpul olehnya semasa
bekerja di luar negara.
A batu loncatan C tin kosong
B asam garam D titik peluh
16 Ayah hanya sempat makan sekeping roti sebagai ______ sebelum pergi
ke pejabat.
A ambil angin C ganti tikar
B alas perut D cuci mata
17 Para tetamu mengucapkan tahniah kepada pasangan ______ yang sedang
bersanding di atas pelamin.
A gulung tikar C buta huruf
B raja sehari D cari fasal
18 Puan Nancy sentiasa memastikan agar anak dan suaminya tidak keluar rumah
dengan ______.
A perut kosong C beri muka
B buah tangan D gerak hati
19 Setelah beroperasi selama 20 tahun, syarikat itu terpaksa ______ kerana
tindakan pekerja yang tidak bertanggungjawab.
A gulung tikar C curi tulang
B angkat kaki D cuci perut
20 Normi meminta ______ yang baru bekerja di rumahnya itu mengemas dapurnya.
A kerang musuk C orang gaji
B orang dalam D anak air
11
Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa
Latihan Peribahasa 2
Bulatkan jawapan yang paling sesuai.
1 Ban Seng memang panas baran. Sikapnya itu tidak ubah seperti sikap bapanya.
Pepatah yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A jerat tidak lupa akan pelanduk, tetapi pelanduk lupa akan jerat
B baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang
C bagaimana acuan begitulah kuihnya
D kalah jadi abu menang jadi arang
2 Izwan telah menolak tawaran bekerja di Kuala Lumpur kerana menunggu tawaran
daripada sebuah syarikat di Johor.
Pepatah yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah
B harapkan guruh di langit, air tempayan dicurahkan
C kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
D carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum juga
3 Walapun wanita Inggeris itu baru sahaja tinggal di Malaysia, dia sudah pandai
makan sambal belacan.
Pepatah yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
B ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
C di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
D di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
4 Kami bersusah payah menyiapkan tugasan yang diberikan, tetapi Sazali yang
tidak menyumbang apa-apa pula yang mendapat nama.
Pepatah yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa
B lembu punya susu, sapi dapat nama
C rambut sama hitam, hati lain-lain
D ringan tulang, berat perut
5 Banyak onak dan duri yang terpaksa kita tempuh sebelum mencapai kejayaan.
Pepatah yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A laut mana yang tidak bergelora, bumi mana yang tidak ditimpa hujan
B kecil api menjadi kawan, besar menjadi lawan
C naik seperti semut, turun seperti ribut
D ke tengah boleh, ke tepi pun boleh
6 Sarimah menulis novel pada waktu malam kerana dia sibuk bekerja di siang hari.
Pepatah yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran
B sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
C untung sabut timbul, untung batu tenggelam
D tegak sama tinggi, duduk sama rendah
12
Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa
7 Gunalan tiba-tiba berasa resah dan berpeluh-peluh apabila kami memperkatakan
tentang kehilangan jam tangan Devi.
A siapa yang makan cili, dialah yang terasa pedasnya
B terapung sama hanyut, terendam sama basah
C berdiri sama tinggi, duduk sama rendah
D sekali air bah sekali pantai berubah
8 Penat lelah Mak Kiah membesarkan anaknya selama ini berbayar kerana semua
anaknya telah berjawatan tinggi.
Pepatah yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian,
B kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya
C diam-diam ubi berisi, diam besi berkarat
D bagaimana acuan begitulah kuihnya
9 Puan Rosma menjemput kami makan di rumahnya sebagai menghargai
pertolongan kami.
Pepatah yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A orang berbudi kita bahasa, orang memberi kita merasa
B lembu punya susu sapi dapat nama
C pahit dahulu manis kemudian
D ringan tulang berat perut
10 Saya tidak melakukan perbuatan itu. Siasat dahulu siapa yang lakukan. Jangan
menuduh orang sembarangan.
Pepatah yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A setinggi-tinggi terbang bangau, hinggap di belakang kerbau juga
B orang lain yang makan nangka, orang lain yang kena getah
C kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa
D naik seperti semut, turun seperti ribut
11 Banyakkan bersabar dan berdoa kerana suatu hari dia pasti akan mendapat
balasan daripada perbuatannya itu.
A ada hujan ada panas, ada hari boleh balas
B air dicincang tidak akan putus
C ada udang di sebalik batu
D ada rupa ada harga
12 Usah terburu-buru semasa memandu di jalan raya, Jangan biarkan orang yang
kita sayang menyambut kepulangan kita dengan tangisan.
A buang yang keruh ambil yang jernih
B biar putih tulang jangan putih mata
C biar lambat asal selamat
D direndam tidak basah
13
Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa
13 Lupakan sahaja perkara yang sudah berlaku, kita mulakan hidup baharu. Marilah
kita bermaaf-maafan, bak kata bidalan__________________________.
A buang yang keruh ambil yang jernih
B diberi betis hendak paha
C biar lambat asal selamat
D diam-diam lepu
14 Pekerja di pejabat itu bersikap _______________ apabila majikan tiada.
A cacing hendak menjadi busut
B cacing sudah menjadi naga
C diberi betis hendak paha
D cencaru makan petang
15 Kamu hendaklah bersyukur dengan pemberian orang, jangan pula
____________.
A hangat-hangat tahi ayam
B diberi betis hendak paha
C biar lambat asal selamat
D bertanam tebu di bibir
16 Perbalahan antara dua orang besar dalam syarikat itu menyebabkan kebajikan
kakitangan terabai. Begitulah jika __________________________.
A gajah dengan gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah
B genggam bara api biar sampai jadi arang
C duduk sama rendah berdiri sama tinggi
D gajah mati kerana gadingnya
17 Penduduk kampung Sri Aman saling membantu antara satu sama lain, bagi
mereka ___________________
A berani kerana benar, takut kerana salah
B berat sama dipikul ringan sama dijinjing
C nasi sudh menjadi bubur
D musang berbulu ayam
18 Pada kami, ________________ daripada melihat negara tercinta jatuh ke tangan
penjajah.
A buang yang keruh ambil yang jernih
B biar putih tulang jangan putih mata
C biar lambat asal selamat
D diberi betis hendak paha
14
Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa
19 Kasim membeli alat penapis air itu kerana tertipu dengan pujukan jurujual yang
cantik itu.
Bidalan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum jua
B di mana semut mati jika tidak di dalam gula
C cacing hendak menjadi naga
D ada udang di sebalik batu
20 Walaupun tidak menerima pendidikan tinggi, namun pengalamannya yang luas
dalam pelbagai bidang ilmu tidak dapat disangkal lagi, bak pepatah
________________
A hendak seribu daya tak hendak seibu dalih
B duduk sama rendah berdiri sama tinggi
C biar putih tulang jangan putih mata
D jauh berjalan luas pemandangan
15
Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa
Latihan Peribahasa 3
Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa di bawah.
A. A. sampai hati B.serba salah C.potong leher D.kecil hati
E lidah biawak F jiwa besar G meriam buluh H. membabi buta
1. Gadis itu _____ pada teman lelaki sebab lewat pada janji temu.
2. Semua askar ber______menentang musuh.
3. Semasa jualan murah, banyak pelanggan masuk ke kedai secara _______.
4. Dia memang seorang_______ sebab malas membuat kerja.
5. Dia hanya bercakap _____ saja supaya mereka berhati-hati bila berada di
tempat orang lain.
6. _____ dia berkelakuan sebegitu terhadap budak cacat itu.
7. Pelanggan yang datang mengunjungi kedai sedikit saja sebab harga diletakan
secara ______.
8. Dia _____ terhadapnya sebab sudah terlambat
Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa berikut.
I. hentam J. mulut K. kambing L.hari tua M.tua-tua N.hitam
keromo tempayan Hitam keladi putih
O. diam ubi P. ayam Q. lipas R.raja sehari S. ibu keladi T. mencuit
tambatan Kudung hati
9. Dia menjadi _____ bersama kekasihnya yang sudah lama ditunggu.
10. Majikannya selalu menasihatnya supaya membuat perkara secara ______.
11. Dia dipilih sebagai _____ sebab kelebihannya yang jauh berbeza daripada
yang lain.
12. Dia menjadi ________dalam pertarungan perlumbaan.
13. Dia kekal dengan sikapnya yang _____ pertandingan catur antarabangsa.
14. Dia dimarahi oleh ibunya sebab kerja ______ dan diarah membuat kali kedua.
15. Dia melakukan kerja seperti ______ sebab hari sudah gelap.
16. Perlakuan pelawak itu ______ semua penonton.
17. Dia memang _____ sebab semua cerita disebarkan.
18.Musuhnya memberi ______ kepadanya.
19.Perempuan-perempuan ________mengagumkan penonton-penonton bila
menari di pentas.
20. Dia bekerja bersungguh-sungguh sekarang untuk _____nya.
16
Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa
Latihan Peribahasa 4 D. Bau bacang,
H. Cetek akal
Jawab soalan simpulan bahasa berikut.
Pilihan jawapan :
A. Rezeki terpijak, B. Gertak telinga, C. Bermuka – muka,
E. Hancur hati, F. Hidung tinggi, G. Diam ubi,
1 Kecewa
2 Sombong
3 Orang yang berusaha secara senyap
4 Mendapat sesuatu dengan mudah
5 Ugutan yang tidak serius
6 Orang yang tidak luas akal fikirannya
7 Berpura-pura baik terhadap seseorang
8 Hubungan persaudaraan yang jauh
Latihan Peribahasa
Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa di bawah.
Pilihan jawapan:
I. tahan hati, J. sambil lewa, K. mabuk cendawan, L. langkah seribu,
M. mandi peluh, N. naik angin, O. titik peluh, P. telinga nipis,
Q. setahun jagung, R. jinak-jinak merpati S. tak kering gusi, T. alas perut
9. Sayur-sayuran di belakang rumah saya adalah hasil _____ emak.
10. Dia ada sepasang _____ sebab tidak sedap menerima kata-kata kasar.
11. Dia telah memenangi piala kategori umum walaupun pada umurnya hanya
_ _____.
12. Makcik ______ saja mendengar berita buruk itu.
13. Budak- budak itu sedang ______ sebab tidak tahun mengunakan masa lapang
dengan berfaedah.
14. Selepas mendengar cerita itu, dia ketawa sampai _________.
15. Pencuri itu terus _______ mendengar siren kereta polis.
16. Pekerja- pekerja kilang sedang _____ menyiapkan kerja mereka sebelum
tarikh tamat.
17. Lelaki itu ______ lalu memukul adiknya sendiri kerana membantah
perkahwinannya dengan gadis pilihannya itu.
18. Dia dimarahi ibu sebab membuat kerja _______ sedangkan kedai mereka baru
mengalami kerugian.
19. Amira menyediakan beberapa keping roti untuk anaknya sebagai ______
sebelum ke sekolah.
20. Basri kecewa kerana tidak dapat mendekati Ramlah yang ______ itu.
17
Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa
Latihan Peribahasa 5
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
1 Nenek Sunarti tidak pernah membaca sebarang surat khabar ataupun majalah
kerana dia _______________.
A buta hati
B buta huruf
C buta kayu
D buta gaji
2 Tan Lean Keong tidak mempunyai kakak dan adik. Oleh sebab itu dia dianggap
___________________ .
A anak buah
B anak emas
C anak tunggal
D anak bongsu
3 Semasa menaiki pesawat ke Kota Kinabalu, adik tidak henti-henti berbual
kerana adik ___________________.
A otak cair
B otak udang
C mulut murai
D mulut tempayan
4 Firdaus mengambil sekeping roti berkrim sebagai _______________ sebelum
pergi ke sekolah.
A alas perut
B ikat perut
C perut busuk
D perut kosong
5 Kesemua _______________ Tuan Haji Azhar dan Puan Hajah Azilah sudah
mendirikan rumah tangga.
A anak tut
B anak bulan
C anak bini
D anak beranak
6 Azizi dan anak-anaknya ______________ kerana sebaik sahaja mereka sampai
jamuan mula dihidang.
A langkah kanan
B langkah bendul
C langkah seribu
D langkah kiri
18
Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa
7 Puan Basrah masih ________________ meneruskan perniagaan suaminya
walaupun tidak mendapat sokongan daripada anak-anaknya.
A geli hati
B makan hati
C cekal hati
D isi hati
8 Semua barang itu dijual dengan __________________ dalam Pameran Jom
Heboh.
A harga diri
B harga mati
C tanda mata
D tanda harga
9 Yoke Lan ________________ sehingga dia tidak menyedari bilik tidurnya telah
dicerobohi pencuri.
A pekak badak
B lepas tangan
C makan hati
D tidur mati
10 Pengadil bola sepak antara sekolah saya dengan sekolah jiran dicaci oleh para
penonton kerana _______________ semasa mengadili perlawanan tersebut.
A banyak mulut
B berat sebelah
C angkat kaki
D lepas tangan
11 Keadaan Aliff Imran ______________________ menyebabkan dia tidak mahu
menyertai perlumbaan jalan kaki.
A bagai cicak makan kapur
B bagai kumbang putus tali
C bagai itik pulang petang
D bagai balak terendam
12 Siti Norhana dan Nurul Amirah ____________________________ kerana sering
bergaduh walaupun perkara itu kecil.
A bagai ayam disambar helang
B bagai anjing dengan kucing
C bagai katak di bawah tempurung
D bagai melepaskan batuk di tangga
13 Kebanyakan penduduk Kampung Sungai Batu ________________________
kerana mereka mendapat bayaran pampasan yang tinggi daripada pihak kerajaan.
A bagai bulan jatuh ke riba
B bagai kaca jatuh ke batu
C bagai duri dalam daging
D bagai ayam disambar helang
19
Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa
14 Puan Zainab _________________________ kerana lima ahli keluarganya telah
maut dalam kemalangan itu.
A bagai melepas anjing tersepit
B bagai dihiris dengan sembilu
C bagai ayam disambar helang
D bagai kaca jatuh ke batu
15 Oii Sik Lee dianggap ________________________ kerana tidak dapat
menyesuaikan diri dengan masyarakat setempat.
A seperti lipas kudung
B seperti ayam berak kapur
C seperti bulan penuh purnama
D seperti kera sumbang
16 Setelah kematian ayah dan ibu, kehidupan Azira dan adik-adiknya
_________________________________ .
A bagai mendukung biawak hidup
B bagai ayam mengeram telur
C bagai pahat dengan penukul
D bagai wau putus tali
17 Encik Badarudin _________________________ setelah menerima panggilan
ugutan dan pesanan ringkas daripada seorang yang tidak dikenali.
A bagai mencurah air ke daun keladi
B bagai menghitung bulu kambing
C bagai berumah di tepi pantai
D bagai anjing buruk kepala
18 Mak Timah hidup susah dan terbiar kerana tidak dipedulikan oleh anak-anak dan
jiran tetangganya ______________________________ .
A seperti rumput di tepi jalan
B seperti tikus jatuh ke beras
C seperti mendukung biawah hidup
D seperti sudah jatuh ditimpa tangga
19 Jalan raya menuju ke Cameron Highlands agak curam dan bengkang-bengkok
seperti _____________________________ .
A bumi dengan langit
B aur ditarik songsang
C pinang dibelah dua
D ular kena palu
20 Setelah berjaya menjawat jawatan yang tinggi di bandar, Kumaresan telah
melupakan ibu bapanya di kampung seperti _________________________ .
A enau dalam belukar
B kacang lupakan kulit
C aur dengan tebing
D dakwat dengan kertas
20
Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa
Latihan Peribahasa 6
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1 Encik Leman ___________________apabila dapat memperisterikan wanita yang
sangat jelita.
A bagai gagak menggongong telur
B bagai kelip-kelip terbang malam
C bagai kacang melupakan kulit
D bagai kacang direbus
2 Peragut yang baru sahaja meragut beg tangan seorang wanita telah dilanggar
oleh sebuah kereta dan mati di tempat kejadian.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan
B bagaimana rupa begitulah bayangnya
C ayam terlepas tangan bau tahi
D air digenggam tiada tiris
3 Penduduk Taman Cahaya itu masih mengamalkan semangat gotong-royong dan
bermuafakat untuk menyelesaikan sebarang pekerjaan.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A seikat bagai sirih, serumpun bagai serai
B sebab nila setitik rosak susu sebelanga
C seperti anak bayam kehilangan ibu
D seperti anjing berebut tulang
4 Pemuda-pemuda di kampung itu takut untuk menganggu Rina kerana sikapnya
yang sangat bengis ___________________
A bagai bunyi siamang kenyang
B bagai harimau beranak muda
C bagai bulan dipagari bintang
D bagai buntal kembung
5 Ketika kecil, keluarga Shane dibantu oleh Puan Shanty kerana kesempitan hidup,
namun beliau dikhianati pula apabila Shane semakin dewasa dan boleh mencari
wang sendiri. Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A mati semut kerana gula
B susu dibalas tuba
C hidup dua muara
D talam dua muka
6 Rahim kecewa dengan sikap kakaknya yang selalu bercerita tentang masalah
yang dihadapi mereka sekeluarga kepada rakan-rakannya.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri
B menahan jerat di pergentingan
C malu bertanya sesat jalan
D mati semut kerana angin
21
Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa
7 Malik ______________________apabila dia memenangi pertandingan teka
silang kata di dalam akhbar itu.
A bagai dihiris dengan sembilu
B bagai bunyi cempedak jatuh
C bagai ayam kena tungau
D bagai kacang direbus
8 Lisa menjerit ____________________kerana terkejut melihat adiknya yang
memakai topeng hantu.
A bagai bunyi cempedak jatuh
B bagai ayam kena tungau
C bagai kambing dijunjung
D bagai kacang direndang
9 Kakak mengemaskan rumah sambil tidak henti-henti membebel
_________________kepada adik yang tidak mahu membantunya.
A bagai menghitung bulu kambing
B bagai harimau beranak muda
C bagai bunyi cempedak jatuh
D bagai keli kena ketuk
10 Kata-kata wanita itu memang manis kerana dia cuba menyembunyikan niat
jahatnya. Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A buang yang keruh ambil yang jernih
B biar putih tulang jangan putih mata
C bertanam tebu di bibir mulut
D diberi bertis hendak paha
11 Dato' Lim kecewa dengan kontraktor yang diamanahkan mengubah suai
rumahnya kerana pekerjaan yang dibuatnya tidak sempurna.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A bagai mencurah air ke daun keladi
B bagai melepaskan batuk di tangga
C bagai kucing kehilangan anak
D bagai kumbang putus tali
12 Maziah hanya melakukan sesuatu kerja apabila disuruh oleh majikannya.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A bagai panas mengandung hujan
B bagai pelita kehabisan minyak
C bagai sirih pulang ke gagang
D bagai pahat dengan penukul
13 Saiful memenangi sebuah kereta dalam pertandingan nyanyian itu tetapi
malangnya dia tiada lesen memandu. Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan
di atas ialah
A bagai si kudung mendapat cincin
B bagai panas mengandung hujan
C bagai menumbuk padi hampa
D bagai murai tercabut ekor
22
Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa
14 Dia bersungguh-sungguh membaiki kereta yang rosak itu, tetapi akhirnya kereta
itu bertambah rosak. Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A bagai membilang bulu kambing
B bagai telur di hujung tanduk
C bagai tikus membaiki labu
D bagai wau putus tali
15 Murid – murid itu bersungguh-sungguh mengusahakan taman sains di sekolah
mereka. Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A seperti anak ayam kehilangan ibu
B seperti anai-anai makan kayu
C seperti anjing dengan kucing
D seperti api di dalam sekam
16 Mona berasa gembira kerana terlepas daripada malapetaka ketika bercuti ke
Jakarta. Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A bagai kelip-kelip dalam baju
B bagai melolosi baju sempit
C bagai mengoyak baju di dada
D bagai mengukur baju di badan sendiri
17 Salman tidak duduk diam di luar wad semasa menanti isterinya bersalin di
hospital. Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A seperti cincin dengan permata
B seperti ikan di dalam belat
C seperti cicak berak kapur
D seperti duduk di atas duri
18 Rupa-rupanya Pak Johan itu bekas jaguh badminton negara. Tiada siapa yang
sedar kerana dia begitu merendah diri.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A seperti harimau menyembunyikan kukunya
B seperti kaca terhempas ke batu
C seperti bunyi gong pecah
D seperti gergaji dua mata
19 Sarah tidak pernah membantah suruhan Farah. Dia mengikut sahaja kemahuan
kawannya itu. Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A seperti lintah menghisap darah
B seperti melukut di tepi gantang
C seperti kerbau dicucuk hidung
D seperti langit dengan bumi
20 Siew Lan menjaga anak tunggalnya dengan penuh kasih sayang.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A bagai menatang minyak yang penuh
B bagai mentimun dengan durian
C bagai melukut di tepi gantang
D bagai langau di ekor gajah
23
Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa
Latihan Peribahasa 7
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1 Kehidupan Maria yang ___________________ itu menyebabkan dia selalu
ponteng sekolah kerana menjaga adik di rumah.
A seperti gunting makan di hujung
B seperti embun di hujung rumput
C seperti rusa masuk kampung
D seperti rumput di tepi jalan
2 Anak-anak gadis Datuk Ali ________________kerana beliau terlalu
mengongkong mereka.
A umpama burung di dalam sangkar, mata terlepas badan terkurung
B umpama memerah nyiur, santan diambil, hampas dibuang
C umpama pisau di tangan kanan, timun di tangan kiri
D umpama hendak menepung tidak berberas
3 Suri sudah lali mendengar leteran dan kemarahannya ibunya kerana dia
_______________
A seperti rusa masuk kampung
B seperti katak dicucuk hidung
C seperti langit dengan bumi
D seperti telinga kuali
4 Hani _____________________, apabila mendengar setiap perbualan kami
sedangkan pada masa itu dia sedang membaca buku.
A seperti mentimun dengan durian
B seperti pungguk rindukan bulan
C seperti lintah menghisap darah
D seperti telinga lintah
5 Wajah Seri Merah ________________, apabila disindir oleh Suri di hadapan
Cikgu Mery
A seperti ikan mendukung biawak hidup
B seperti kera mendapat bunga
C seperti udang direbus
D seperti telinga lintah
6 Judy dianggap seperti ________________, kerana sudah lama tidak menziarahi
ibu bapanya setelah menjawat tinggi.
A seperti mentimun dengan durian
B seperti ulat lupa akan daun
C seperti langit dengan bumi
D seperti gergaji dua mata
24
Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa
7 Walaupun Usman berusaha mengubah sikap Usin, anak angkatnya, namun Usin
__________________, yang mengikut perangai bapa kandungnya.
A umpama buah kepayang, dimakan mabuk dibuang sayang
B umpama ayam menetas anak itik, anaknya ke air juga
C umpama jari di tangan, ada bercincin ada tidak
D umpama hendak menepung tidak berberas
8 Hidup Zakiah _________________kerana selalu mengikut suaminya berpindah
kerana tugas.
A umpama kiambang di air, akarnya tidak jejak di bumi
B seperti burung gagak pulang ke benua
C bagai mencurah air ke daun keladi
D laksana kunyit dengan kapur
9 Walaupun Halim tidak didenda kerana mencuri, namun dia berasa malu pada
rakan sekelas __________________
A umpama ayam terlepas tangan bau tahi
B seperti gunting makan di hujung
C seperti lintah menghisap darah
D seperti rusa masuk kampung
10 Sejak dahulu lagi kehidupan kami sekeluarga tidak pernah senang
___________, namun kami tidak pernah menyesal dan berputus asa.
A umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul jua
B umpama kayu buruk dek panas, reput dek hujan
C umpama jari di tangan, ada bercincin ada tidak
D umpama hendak menepung tidak berberas
11 Bapa Roza kaya dan mampu memberi apa sahaja kemahuan anaknya, seperti
peribahasa ___________________.
A banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam
B ada padi, semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras
C berani kerana benar, takut kerana salah
D berdikit-dikit lama-lama jadi bukit
12 Nasib pekerja di syarikat itu ______________________ apabila syarikat
mengalami kerugian yang banyak tahun ini.
A seperti rumput di tepi jalan
B seperti abu di atas tunggul
C seperti ular kena palu
D seperti timba buruk
13 Tiada guna menyesali kesilapan yang telah berlaku, sebaliknya belajar supaya
tidak mengulangi kesilapan yang sama lagi.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A umpama nasi sudah menjadi bubur
B bagai bertepuk sebelah tangan
C laksana wau melawan angin
D malu bertanya sesat jalan
25
Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa
14 Mail tetap mahu menceritakan setiap perkara yang didengar atau dilihatnya
kepada kawan-kawanya. Sikapnya itu ________________________
A seperti tikus jatuh di beras
B seperti rusa kena tambat
C seperti tempayan bocor
D seperti buntal kembung
15 Persatuan wanita di kampung itu __________________apabila ketua wanita itu
meninggal dunia.
A seperti anak ayam kehilangan ibu
B seperti anai-anai makan kayu
C seperti gergaji dua mata
D bagai air dalam kolam
16 Walaupun Khairil dan Khairul adik-beradik, tetapi mereka selalu bergaduh.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A seperti cincin dengan permata
B seperti bulan dipagar bintang
C seperti anjing dengan kucing
D seperti aur ditarik songsang
17 Semenjak mendapat wang RM 1 juta, Karim banyak bercakap tidak ubah
_____________________
A seperti lintah menghisap darah
B bagai bunyi siamang kenyang
C seperti kerbau dicucuk hidung
D seperti kera mendapat bunga
18 Hati Mila _____________apabila mendengar kata-kata makian dari kakaknya.
A bagai dihiris dengan sembilu
B seperti bulan kesiangan hari
C seperti cacing kepanasan]
D seperti lipas kudung
19 Pembesar negara itu sering menghabiskan masanya melawat rakyat jelata.
Beliau amat prihatin dengan masalah rakyat.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A umpama tidak tahu menari dikatakan langit tinggi rendah
B umpama ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya
C umpama seikat bagai sirih, serumpun bagai serai
D umpama tiada sakit makan ubat
20 Pelawaan Kamisah supaya kami bermalam di rumahnya semasa berkunjung ke
Sabah tidak disia-siakan begitu sahaja.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A bagai orang mengantuk disorong bantal
B bagai menahan jerat di pergentingan
C umpama nasi sudah menjadi bubur
D seperti pelanduk dua serupa
26
Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa
Latihan Peribahasa 8
Plilih jawapan yang paling sesuai.
Pilihan jawapan:
angkat kaki, makan besar, pembasuh mulut, nasib baik, berat tulang, buruk siku,
lupa daratan, mata pencarian, dalam tangan, bendera putih, buah fikir, naik darah,
kepala batu, berat sebelah, makan gaji, minta diri, ikut jejak, hancur hati, tajam akal,
ikat perut, nyawa-nyawa ikan.
1 ______ Kebanyakan penduduk kampung itu ialah nelayan dan petani.
2 Encik Lim _____ apabila dia telah menjadi kaya.
3 Kami yakin kemenangan pasti berada ____ pasukan kami. 4 Nina dikatakan _____
kerana mengambil balik hadiah yang diberikan kepada kawannya.
5 Peperangan itu tamat setelah pihak lawan mengibarkan _____
6 Sikap _____ yang ada pada Beng Hao tidak harus dicontohi.
7 Budak miskin itu terpaksa ____ pada waktu rehat kerana tidak membawa bekal.
8 Lee _____ apabila memperoleh sebuah televisyen dalam cabutan bertuah itu.
9 Nora yang ____ itu memahami pelajaran yang disampaikan oleh cikgu dengan
cepat.
10 Emak menyediakan ____ untuk kami selepas makan malam.
11 Mangsa kemalangan itu _____ kerana tersepit di dalam kereta.
12 Perompak itu ______ apabila melihat pihak polis tiba di tempat kejadian.
13 Cikgu Tan ______ apabila mendapati beberapa orang murid tidak menyiapkan
kerja sekolah.
14 Jia Qi yang ____ itu tidak suka mendengar nasihat ibu bapanya.
15 Hakim pertandingan nyanyian itu tidak _____ semasa mengadili pertandingan itu.
16 Susan _____ di sebuah syarikat antarabangsa.
17 Gempa bumi yang melanda negara Jepun menjadi _____ penduduk sejagat
sejak kebelakangan ini.
18 Lilian dan Li Lin _____ selepas berada di rumah saya selama lima jam.
19 Ibu bapa Ming _____ apabila mengetahui keputusan peperiksaan Ming semakin
merosot.
20 Ani ____ abangnya untuk menjadi seorang peguam.
27
Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa
Latihan Peribahasa 9
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Pilihan jawapan:
jatuh melarat, fajar menyinsing, kaki wayang, Mat Jenin, bawa mulut, buah mulut,
kepala angin, jalan belakang, memeras otak, angkat diri, betul bendul, kena tangan,
kucing bertanduk, ganti tikar, makan suap, tangkai jering, hilang akal, besar hati, ikut
jejak, berat tulang.
1 Jikalau mahu berjaya, berusahalah bersungguh-sungguh, jangan jadi seperti
______ yang penuh dengan angan-angan.
2 Masalah pecah rumah yang semakin menjadi-jadi di kampung itu menjadi
_______ penduduk kampung itu.
3 Setiap hujung minggu, panggung wayang mula dipenuhi dengan ______ yang
tidak mahu ketinggalan menonton cerita terbaharu.
4 Saya tidak mahu menegur Shima yang ______ itu kerana dia akan melenting
sesuka hatinya.
6 Dia lulus dalam ujian memandu kerana menggunakan _______
7 Dani ______ setelah perniagaan yang diusahakan selama 10 tahun itu
musnah akibat sikapnya yang asyik berjudi.
8 Saya kasihan melihat Azman yang ______ oleh ayahnya kerana gagal dalam
peperiksaan.
9 “Bila kamu hendak mencari kerja, Amir? Hendak tunggu sampai _____ baru
hendak berubah?” soal Mak Pah.
10 Jangan ______ sangat, kamu harus lebih tegas dalam membuat keputusan.
11 Mia tidak menyenangi sikap Wati yang suka _____ dan sering menceritakan
kemewahannya itu.
12 Mila ______ sehingga tidak dapat menumpukan perhatian dalam pelajaran
Kerana tidak tidur semalaman.
13 Hakimi ______ dengan mengahwini adik iparnya setelah isterinya meninggal
dunia akibat barah otak.
14 Sarimah ______ menyiapkan latihan yang diberikan oleh gurunya.
15 Vince telah dijatuhkan hukuman penjara atas tuduhan ______
16 _____ ibu Shah apabila mendapat tahu dia terlibat dengan najis dadah itu.
17 Mariam _____ sejak kematian seluruh ahli keluarganya dalam
kemalangan itu.
18 Eza ______ ayahnya menjadi seorang pensyarah.
19 Walaupun Jong Ai Berharta, tetapi dia _____ dan tidak mahu menghulurkan
bantuan kewangan kepada adik-beradiknya yang susah.
20 Izat ______ untuk membantu ibunya mengemas rumah.
28
Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa
Latihan Peribahasa 10
Bulatkan jawapan yang paling sesuai.
1 Kami bersusah payah menyiapkan tugasan yang diberikan, tetapi Sazali yang
tidak menyumbang apa-apa pula yang mendapat nama.
A orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa
B lembu punya susu, sapi dapat nama
C rambut sama hitam, hati lain-lain
D ringan tulang berat perut
2 Banyak anak dan duri yang terpaksa kita tempuh sebelum mencapai kejayaan.
A laut mana yang tidak bergelora, bumi mana yang tidak ditimpa hujan
B kecil api menjadi kawan, besar menjadi lawan
C naik seperti semut, turun seperti ribut
D ke tengah boleh, ke tepi pun boleh
3 Sarimah menulis novel pada waktu malam kerana dia sibuk bekerja di siang hari.
A yang dikejar tidak dapaat, yang dikendong berciciran
B sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
C untung sabut timbul, untung batu tenggelam
D tegak sama tinggi, duduk sama rendah
4 Gunalan tiba-tiba berasa resah dan berpeluh-peluh apabila kami memperkatakan
tentang kehilangan jam tangan Devi.
A siapa yang makan cili, dialah yang terasa pedasnya
B terapung sama hanyut, terendam sama basah
C berdiri sama tinggi, duduk sama rendah
D sekali air bah sekali pantai berubah
5 Penat lelah Mak Kiah membersarkan anaknya selama ini berbayar kerana semua
anaknya telah berjawatan tinggi.
A berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian,
B kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya
C diam-diam ubi berisi, diam besi berkarat
D bagaimana acuan begitulah kuihnya
6 Puan Rosma menjemput kami makan di rumahnya sebagai mengahargai
pertolongan kami.
A orang berbudi kita bahasa, orang memberi kita merasa
B lembu punya susu sapi dapat nama
C pahit dahulu manis kemudian
D ringan tulang berat perut
7 Saya tidak melakukan perbuatan itu. Siasat dahulu siapa yang lakukan. Jangan
menuduh orang sembarangan.
A setinggi-tinggi terbang bangau, hinggap di belakang kerbau juga
B orang lain yang makan nangka, orang lain yang kena getah
C kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa
D naik seperti semut, turun seperti ribut
29
Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa
8 Banyakkan bersabar dan berdoa kerana suatu hari dia pasti akan mendapat
balasan daripada perbuatannya itu.
A ada hujan ada panas, ada hari boleh balas
B air dicincang tidak akan putus
C ada udang di sebalik batu
D ada rupa ada harga
9 Usah terburu-buru semasa memandu di jalan raya, _______Jangan biarkan orang
yang kita sayang menyambut kepulangan kita dengan tangisan.
A buang yang keruh ambil yang jernih
B biar putih tulang jangan putih mata
C biar lambat asal selamat
D direndam tidak basah
10 Lupakan sahaja perkara yang sudah berlaku, kita mulakan hidup baharu. Marilah
kita bermaaf-maafan, bak kata bidalan__________________________.
A buang yang keruh ambil yang jernih
B diberi betis hendak paha
C biar lambat asal selamat
D diam-diam lepu
11 Pekerja di pejabat itu bersikap _______________ apabila majikan tiada.
A cacing hendak menjadi busut
B cukit sudah menjadi naga
C diberi betis hendak paha
D cencaru makan petang
12 Kamu hendaklah bersyukur dengan pemberian orang, jangan pula
____________.
A hangat-hangat tahi ayam
B diberi betis hendak paha
C biar lambat asal selamat
D bertanam tebu di bibir
13 Perbalahan antara dua orang besar dalam syarikat itu menyebabkan kebajikan
kakitangan terabai. Begitulah jika __________________________.
A gajah dengan gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah
B genggam bara api biar sampai jadi arang
C duduk sama rendah berdiri sama tinggi
D gajah mati kerana gadingnya
14 Penduduk kampung Sri Aman saling membantu antara satu sama lain, bagi
mereka ___________________
A berani kerana benar, takut kerana salah
B berat sama dipikul ringan sama dijinjing
C nasi sudh menjadi bubur
D musang berbulu ayam
30
Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa
15 Pada kami, ________________ daripada melihat negara tercinta jatuh ke tangan
penjajah.
A buang yang keruh ambil yang jernih
B biar putih tulang jangan putih mata
C biar lambat asal selamat
D diberi betis hendak paha
16 Kasim membeli alat penapis air itu kerana tertipu dengan pujukan jurujual yang
cantik itu.
A carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum jua
B di mana semut mati jika tidak di dalam gula
C cacing hendak menjadi naga
D ada udang di sebalik batu
17 Walaupun tidak menerima pendidikan tinggi, namun pengalamannya yang luas
dalam pelbagai bidang ilmu tidak dapat disangkal lagi, bak pepatah
________________
A hendak seribu daya tak hendak seibu dalih
B duduk sama rendah berdiri sama tinggi
C biar putih tulang jangan putih mata
D jauh berjalan luas pemandangan
18 Biarlah kita suah senang bersama-sama, apa yang ada kita kongsi bersama-
sama, seperti kata pepatah _________________________
A harimau mati meninggalkan belang , manusia mati meninggalkan nama
B hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
C di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung
D ayam tak patuk itik tak sudu
19 Carol sudah pun menempuh peralatan pejabat, sedangkan perniagaannya belum
lagi bermula.
A burung terbang dipipiskan lada
B diam penggali berkarat
C bertanam tebu di bibir
D alah bisa tegal biasa
20 Pemanjat bangunan profesional itu sering memanjat bangunan tanpa memakai
tali keselamatan, tetapi hari ini dia tergelincir lalu jatuh.
A gajah mati kerana gadingnya
B hari tidak selalunya panas
C lembut gigi daripada lidah
D hati hendak semua jadi
31
Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa
Latihan Peribahasa 11
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1 Sejak kematian kedua-dua ibu bapanya, Zamani ___________________kerana
dia masih bersedih atas kehilangan itu.
A bagai panas mengandung hujan
B bagai pelita kehabisan minyak
C bagai pahat dengan penukul
D bagai murai tercabut ekor
2 Budak nakal itu _____________, tidak disukai rakan sekelasnya kerana dia selalu
mencuri.
A bagai ayam disambar helang
B bagai sirih pulang ke gagang
C bagai pucuk pisang didiang
D bagai anjing buruk kepala
3 “Lebih baik kamu diam dan jangan manyanyi lagi kerana suara kamu
________________, “ kata Puan Lili kepada anaknya.
A bagai pahat dengan penukul
B bagai telur di hujung tanduk
C bagai tikus membaiki labu
D bagai perian pecah
4 Budak-budak itu lari bertempiaran ______________ apabila ternampak harimau
semasa mencari burung di hutan.
A laksana burung diam dalam sangkar
B laksana kunyit dengan kapur
C laksana katak diharung ular
D laksana batik lasam
5 Kami amat menghormati Puan Liya yang tenang ___________________dalam
menghadapi ujian hidup.
A seperti anak ayam kehilangan ibu
B seperti anai-anai makan layu
C seperti hujan jatuh ke pasir
D seperti air di dalam kolam
6 Anak - anak angkat Datuk Ong sanggup melakukan apa sahaja asalkan mereka
dapat mewarisi harta yang bukan milik mereka. Sikap mereka
______________tidak patut dicontohi.
A seperti anjing dengan kucing
B seperti anjing berebut tulang
C seperti cicak makan kapur
D seperti air di dalam kolam
32
Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa
7 Apa sahaja perniagaan yang diusahakan olehnya, semuanya ____________
A bagai nakhoda kasap, hujung hilang pangkal lesap
B bagai si kudung mendapat cincin
C bagai pelita kehabisan minyak
D bagai perian pecah
8 Pekerja itu ______________________apabila membocorkan rahsia syarikat
kepada orang luar.
A seperti aur ditarik songsang
B seperti ayam berak kapur
C seperti api dalam sekam
D seperti bertih goreng
9 Penjenayah itu ____________________apabila memukul lawannya bertubi-tubi
tanpa belas kasihan.
A bagai dihiris dengan sembilu
B bagai harimau kelaparan
C bagai itik pulang petang
D bagai isi dengan kuku
10 Kedudukan Presiden Libya itu __________________ kerana seluruh rakyatnya
memberontak mendesak beliau meletak jawatan.
A bagai kambing dihalau ke air
B bagai telur di hujung tanduk
C bagai tikus membaiki labu
D bagai haruan makan anak
11 Walaupun sudah lama menetap di luar negara, namun Wong Hang pulang ke
kampung jua ________________________.
A seperti burung gagak pulang ke benua
B seperti kaca terhempas ke batu
C seperti cicak makan kapur
D seperti ikan makan belat
12 Persahatan Amin dan Selva _______________________, mereka sentiasa
bersama-sama sehingga melanjutkan pelajaran di universiti.
A bagai beliung dengan asahan
B bagai badak berendam
C bagai aur di atas bukit
D bagai air itik ke batu
13 Ketua yang baru dilantik itu _________________________, beliau akan
menaikkan pangkat pekerja yang selalu memujinya.
A bagai bajak wangkang makan diangkat
B bagai abu di atas tunggul
C bagai aur di atas bukit
D bagai air titik ke batu
33
Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa
14 Wajah pesakit barah itu sentiasa pucat dan tidak bermaya
____________________
A bagai ayam berak kapur
B bagai ayam mabuk mati
C bagai aur di atas bukit
D bagai isi dengan kuku
15 Doni ________________________________apabila rakan sekelasnya berbual-
bual tentang duit mereka yang hilang.
A seperti gunting makan di hujung
B seperti kera mendapat bunga
C seperti cacing kepanasan
D seperti udang direbus
16 Sakinah menjerit ____________________apabila ternampak kelibat putih di
sebalik pokok itu.
A bagai ayam mengeram telur
B bagai bunyi cempedak jatuh
C bagai kambing dijunjung
D bagai air titik ke batu
17 Ketua kampung itu berhati-hati menuturkan kata dalam mesyuarat itu
______________ supaya semua pihak berpuas hati.
A bagai menarik rambut dalam tepung
B bagai mencurah air ke daun keladi
C bagai mendukung biawak hidup
D bagai kucing kehilangan anak
18 Kasih ibu tiri Sofia __________________kerana dia ditinggalkan selepas
bapanya meninggal dunia.
A seperti embun di hujung rumput
B seperti cincin dengan permata
C seperti ikan di dalam belat
D seperti duduk dalam duri
19 Ah Seng ____________________apabila emminta komisen daripada orang
yang dibantunya, sedangkan dia menerima gaji tetap.
A seperti gunting makan di hujung
B seperti kaca terhempas ke batu
C seperti cacing kepanasan
D seperti gergaji dua mata
20 Cindy ialah contoh pekerja yang rajin. Dia __________________dan telah
dinaikkan pangkat kerana kerajinannya itu.
A seperti gunting makan di hujung
B seperti cincin dengan permata
C seperti ikan di dalam belat
D seperti gergaji dua mata
34
Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa
Latihan Peribahasa 12
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1 Tidak ada gunanya menasiahti budak yang degil itu. Usaha kita
__________________sahaja sedangkan nasihat yang diberi tidak
dipedulikan.
A seperti embun di hujung rumput
B seperti hujan jatuh ke pasir
C seperti api dalam sekam
D seperti ikan kena tuba
2 Pak Amat berasa sungguh letih selepas seharian membanting tulang di
sawah. Dia _________________apatah lagi sering demam-demam.
A seperti ikan di dalam belat
B seperti duduk dalam duri
C seperti gergaji dua mata
D seperti ikan kena tuba
3 Joo Kee _________________________ apabila dihadiahi sebuah
motosikal sedangkan dia tidak pandai menunggang basikal.
A seperti gunting makan di hujung
B seperti kera mendapat bunga
C seperti hujan jatuh ke pasir
D seperti ikan kena tuba
4 Penduduk kampung merungut kerana peniaga itu menaikkan harga barang
sesuka hati. Sikap peniaga ________________ itu menyusahkan penduduk
kampung.
A seperti lintah menghisap darah
B seperti cincin dengan permat
C seperti cicak makan kapur
D seperti ikan kena tuba
5 Sikap Mena yang menghalau Kak Siti yang membantunya sewaktu susah
itu__________________
A seperti api dalam sekam
B bagai susu di balas tuba
C seperti abu di atas tunggul
D seperti anak ayam kehilangan ibu
6 Tugas yang dilakukan oleh Amin itu ________________, tiada apa-apa
pun yang dia dapat, melainkan letih sahaja.
A laksana katak, hujan sedikit banyak bermain
B laksana mencari sungai yang tiada berhulu
C laksana wau melawan angin
D laksana lembu kasi
2
35
Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa
7 Pekerja pembinaan itu bertungkus lumus menyiapkan bangunan pencakar langit
itu ________________
A seperti anai-anai makan lagu
B seperti anjing berebut tulang
C seperti Belanda minta tanah
D seperti bertih goreng
8 Mukanya merah padam ____________________ apabila mendengar kata-kata
adik yang sungguh menyakitkan hati itu.
A seperti bunga raya kembang pagi
B seperti kaca terhempas ke batu
C seperti cincin dengan permata
D seperti cicak makan dapur
9 Emak bukan sengaja memukul atau memarahi kamu, tapi sekadar mendidik
_____________
A seperti ayam mematuk anaknya
B seperti bulan dengan matahari
C seperti bulan dipagari bintang
D seperti bertih goreng
10 Shakira berasa dirinya tidak berharga lagi, ________________________apabila
sering sahaja dipulaukan oleh orang kampungnya.
A seperti mentimun dengan durian
B seperti pungguk rindukan bulan
C seperti melukut di tepi gantang
D seperti orang mabuk gadung
11 Saya terpaksa berhenti sekolah kerana ayah saya tidak mampu membayar
yuran sekolah kerana hidup kami __________________
A seperti ayam kais pagi, makan pagi, kais petang makan petang
B seperti abu di atas tunggul, datang angin terbanglah dia
C seperti harimau menyembunyikan kukunya
D seperti cincin dengan permata
12 Encik John suka bekerja dengan Jenny yang sering akur akan perintahnya
___________________
A seperti mentimun dengan durian
B seperti melukut di tepi gantang
C seperti langau di ekor gajah
D seperti lipas kudung
13 Damia diminta memutuskan hubungan dengan kekasihnya yang kaya-raya
kerana mereka ___________________.
A seperti lintah menghisap darah
B seperti rusa masuk kampung
C seperti orang mabuk gadung
D seperti langit dengan bumi
36
Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa
14 Sejak memenangi pertandingan nyanyian itu, Wani ___________________,
dikenali ramai dan sentiasa sibuk.
A seperti pungguk rindukan bulan
B seperti kerbau dicucuk hidung
C seperti tikus jatuh di beras
D seperti sampah hanyut
15 Raju ________________apabila dia bertemu semula dengan ibu bapa
kandungnya yang kaya-raya itu.
A seperti menatang minyak yang penuh
B seperti si buta mendapat tongkat
C seperti lintah menghisap darah
D seperti langit dengan bumi
16 Kita cuma boleh bersabar apabila berhadapan dengan orang kaya yang
sombong itu. Kita lemah __________________, tidak berdaya menentangnya.
A seperti mentimun dengan durian
B seperti kerbau dicucuk hidung
C seperti kera mendapat bunga
D seperti ikan kena tuba
17 Puspa ___________________ semas pertama kali menjejakkan kaki ke Kuala
Lumpur.
A seperti rusa masuk ke kampung
B seperti hujan jatuh ke pasir
C seperti gergaji dua mata
D seperti ular kena palu
18 Zali berasa pening selepas melalui jalan yang bengkang-bengkok
_______________itu.
A seperti rumput di tepi jalan
B seperti sampah hanyut
C seperti pacat kenyang
D seperti ular kena palu
19 Rakyat di negara yang bergolak itu _____________________apabila pemimpin
utama mereka digulingkan dalam satu rampasan kuasa.
A seperti harimau
B seperti anak ayam kehilangan ibu
C seperti anai-anai makan kayu
D seperti kera mendapat bunga
20 Hati Paula pilu _____________________apabila anak tunggalnya mengambil
keputusan untuk berhijrah ke luar negara.
A seperti kaca terhempas ke batu
B seperti cincin dengan permata
C seperti bunyi gong pecah
D seperti gergaji dua mata
37
Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa
Latihan Peribahasa 13
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1 Tujuan John membelanja Benjamin makan malam mesti ______
A ada udang di sebalik batu
B sambil menyelam minum air
C bumi mana yang tidak ditimpa hujan
D baik berjagung dahulu sementara menunggu padi masak
2 Amalan menabung perlu dipupuk sejak kecil lagi. Bak kata perpatah, _________
A alah bisa tegal biasa
B hidup segan mati tak mahu
C biar putih tulang, jangan putih mati
D melentur buluh biarlah dari rebungnya
3 Penjahat yang telah merompak bank itu telah ditangkap oleh polis. Bak kata
pepatah, __________
A berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
B di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
C berakit-akit ke hulu, berenang – renang ke tepian
D buat baik berpada-pada , buat jahat jangan sekali-kali
4 Pihak sekolah telah memberi bantuan kepada Seng Kai sekeluarga kerana
kehidupan mereka ibarat _________.
A masuk telinga kanan, keluar telingan kiri
B berani kerana benar, takut kerana salah
C ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
D kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
5 Kota raya Kuala Lumpur merupakan sebuah tempat yang ____ bagi pendatang
asing.
A ada rupa ada harga
B ada gula ada semut
C indah khabar daripada rupa
D air yang tenang jangan disangka tiada buaya
6 Pelancong-pelancong dari luar negara berasa hampa kerana pulau peranginan itu
_______
A ada pasang ada surut
B menanam tebu di tepi bibir
C indah khabar daripada rupa
D harapkan pagar, pagar makan padi
7 Walaupun hanya seminggu berada di rantau orang , namun demikian Zaman
merasakan___________
A berdiri sama tinggi , duduk sama rendah
B di mana bumi dipijak, di sini langit dijunjung
C sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
D masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
38
Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa
8 “Jun Qi, lebih baik kamu siapkan kerja sekolah ini sebelum bermain. Bak kata
pepatah, _________, “ kata Zen Yu.
A hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
B hidup dikandang adat, mati dikandung tanah
C berakit-akit ke hulu, berenang-renang ke depan
D masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
9 Jangan terlalu percaya kepada Yu Wen yang dikatakan _______ itu.
A musang berbulu ayam
B rosak badan kerana mulut
C ada udang di sebalik batu
D belakang parang kalau diasah akan tajam juga
10 Datuk Lee Chong Wei dan Lin Dan merupakan pemain badminton yang hebat.
Mereka dikatakan ____________
A berdiri sama tinggi, duduk sama rendah
B kalah menjadi abu, menang menjadi arang
C kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
D buat baik berpada-pada, baut jahat jangan sekali
11 Bapa selalu mengajar kami berfikir dahulu sebelum membuat keputusan supaya
tidak menyesal kemudian hari. Bak kata pepatah ____________
A hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
B rambut sama hitam, tetapi hati masing-masing
C sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
D Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.
12 Sudah terlambat untuk mengubah keputusan yang dibuat kerana _________
A ada pasang ada surut
B nasi sudah menjadi bubur
C rumah sudah siap pahat berbunyi
D bumi mana yang tidak ditimpa hujan
13 Peniaga yang _______ pandai mengambil hati pelanggannya.
A ada rupa ada harga
B alah bisa tegal biasa
C bertanam tebu di tepi bibir
D biar putih tulang, jangan putih mata
14 Jangan memandang rendah kepada Roy kerana ___________
A jauh panggang dari api
B nasi sudah jadi bubur
C bumi mana yang tidak ditimpa hujan
D air yang tenang jangan disangka tiada buaya
39
Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa
15 Pengurus syarikat itu terlalu percaya kepada pembantu peribadinya sehingga
menyusahkan diri sendiri. Dia berasa kecewa kerana ____________
A rosak badan kerana mulut
B hidup segan mati tidak mahu
C harapkan pagar, pagar makan padi
D ada ubi ada batas, ada budi ada balas
16 Trisha yang dahulunya otak udang akhirnya berjaya kerana rajin berusaha. Bak
kata pepatah _____________
A ada gula ada semut
B melentur buluh biarlah dari rebungnya
C air yang tenang jangan disangka tiada buaya
D belakang parang kalau diasah akan tajam juga
17 Prestasi syarikat Wen Hon seperti ____________kerana mengalami naik turun
sejak kebelakangan ini.
A ada rupa ada harga
B alah bisa tegal biasa
C ada pasang ada surut
D ada udang di sebalik batu
18 Cikgu Mei memaafkan budak yang melakukan kesalahan itu kerana baginya
__________
A ada udang di sebalik batu
B indah khabar daripada rupa
C harapkan pagar, pagar makan padi
D bumi mana yang tidak ditimpa hujan
19 Pemimpin itu terlalu percaya kepada pembantu peribadinya sehingga
menyusahkan diri sendiri. Dia berasa kecewa kerana ____________
A rosak badan kerana mulut
B hidup segan mati tidak mahu
C harapkan pagar, pagar makan padi
D ada ubi ada batas, ada budi ada balas
20 Jangan terlalu percaya kepada Ahmad yang dikatakan _______ itu.
A musang berbulu ayam
B rosak badan kerana mulut
C ada udang di sebalik batu
D belakang parang kalau diasah akan tajam juga
40
Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa
Modul ID Bahasa Melayu:
Bijak Tatabahasa
KATA GANDA
41
Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa
NOTA KATA GANDA
KATA GANDAAN
Kata Gandaan ialah satu proses pengulangan perkataan.
Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan sama ada
sebahagian atau seluruhnya.
Proses pengulangan ini berlaku pada seluruh perkataan ataupun pada bahagian-
bahagian tertentu dalam perkataan tersebut.
Kata ganda terdiri daripada:
(a) kata ganda seluruh;
(b) kata ganda semu;
(c) kata ganda separa;
(d) kata ganda bersajak atau berima;
(e) kata ganda berimbuhan.
Terdapat empat jenis kata Gandaan iaitu :
a. Gandaan Seluruh Kata
b. Gandaan Separa / Separuh
c. Gandaan Berirama
d. Gandaan Menyaling
Gandaan Seluruh Kata
Gandaan berlaku pada seluruh perkataan tersebut tanpa ada perubahan.
1. Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya.
2. Kata ganda seluruh mesti diberi tanda sempang ().
3. Kata ganda seluruh terdiri daripada kata nama, kata adjektif,
kata kerja, dan kata keterangan.
Contoh : Gandaan Kata kerja Gandaan Adjektif /sifat
Gandaan kata nama baring-baring manis-manis
buku-buku
lembu-lembu pandang-pandang besar-besar
murid-murid jalan-jalan awal-awal
kawan-kawan usik-usik bulat-bulat
Kata Ganda Semu
1. Kata ganda semu ialah kata ganda yang terbentuk daripada kata yang
digandakan seluruhnya dan diberi tanda sempang.
2. Kata ganda semu mempunyai makna yang khusus.
3. Kata ganda semu terdiri daripada kata nama.
42
Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa
Contoh Kata Ganda Semu
Agar-agar, anai-anai, angkut-angkut, anting-anting, biri-biri, dekak-dekak, epok-
epok, gula-gula, jemput-jemput, jentik-jentik,kanak-kanak kisi-kisi kunang-kunang,
Kuda-kuda, kupu-kupu, kura-kura, labah-labah, layang-layang, oleh-oleh, onde-
onde, panji-panji, pijat-pijat, rama-rama, sumpah-sumpah, ubun-ubun, umang-
umang, undang-undang
Kata Ganda Separa
1. Kata ganda separa terbentuk apabila sebahagian daripada kata saja yang
digandakan.
2. Semua kata ganda separa terdiri daripada kata nama.
Contoh Kata Ganda Separa
bebawang
bebenang
bebudak
cecair
dedalu
dedaun
dedawai
Kata Ganda Bersajak/Berima
1. Kata ganda bersajak atau berima ialah kata ganda yang mengalami
persamaan atau penyesuaian bunyi (rima) di pangkal, di hujung, atau
seluruhnya apabila digandakan.
Contohnya:
(a) persamaan bunyi di pangkal: lalu-lalang, beli-belah, dentam-dentum, dan
sebagainya.
(b) persamaan bunyi di hujung: karut-marut, cerai-berai, calar-balar, dan
sebagainya.
( c ) penyesuaian bunyi seluruhnya: compang-camping, dolak-dalik,
huyung- hayang, dan sebagainya.
Persamaan bunyi persamaan bunyi Penyesuaian bunyi
di pangkal di hujung seluruhnya
batu-batan anak-pinak bolak-batik
beli-belah calar-balar compang-camping
bengkang-bengkok cerai-berai dolak-dalik
corat-coret comot-momot gopoh-gapah
degap-degup gotong-royong gunung-ganang
dentam-dentum karut-marut haru-biru
desas-desus kaya-raya huru-hara
43
Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa
Gandaan Separa Separuh
1. Gandaan separa dibina dengan cara memendekkan atau menyingkirkan bahagian
perkataan asalnya.
2. Hanya diambil hujung perkataan itu.
Contohnya : Bebola Lelabah pepohon Jejari
Lelaki Jejentik Kekabu dedaun Kekisi
Kekuda
Gandaan Berirama
1. Gandaan Berirama dibina dengan menambahkan perkataan yang lain bunyinya
kepada perkataan asal.
2. Berlaku perubahan ejaan dan bunyi perkataan asalnya.
Contoh : batu-bata saudara-mara bukit-bukau kacau-bilau
lauk-pauk tanah-tanih gelap-gelita
tunggang- semak-samun bengkang-
langgang bengkok
Gandaan Menyaling
1. Gandaan Menyaling dibina dengan mengekalkan kata dasarnya tetapi diikuti
dengan kata berimbuhan.
2. Perkataan keduanya ditambah me ( N )
Contoh : tolong- jahit-menjahit tarik-menarik kejar-mengejar
tahu-menahu
menolong sepak- karang-
sulam- menyepak mengarang
menyulam tawar-menawar kata-mengata tumbuk- simpan-
tari-menari menumbuk menyimpan
tangis- rampas-
menangis merampas
Kata Ganda Berimbuhan
Kata ganda berimbuhan ialah kata ganda yang ditambah dengan imbuhan, sama
ada yang berupa awalan, akhiran, apitan atau sisipan.
Kata ganda berimbuhan ini diberi tanda sempang (-).
44
Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa
Contoh: tercari-cari, berjam-jam, ketujuh-tujuh, melambai-lambai,
Awalan tersipu-sipu, tertanya-tanya
Akhiran
Apitan buah-buahan, gali-galian, ulam-ulaman, sayur-sayuran, biji-
Sisipan bijian, mati-matian, kenang-kenangan
bersalam-salaman, bercakar-cakaran, keanak-anakan, kebiru-
biruan, sekecil-kecilnya
awan-kemawan, tikam-menikam, tilik-menilik, tulis-menulis,
usik-mengusik, ukir-mengukir
Kata ganda berimbuhan terdiri daripada pelbagai kelas kata seperti yang berikut:
A. Kata Ganda Berimbuhan (kata nama)
Contoh: orang-orangan
anak-anakan rumah-rumahan
buah-buahan tumbuh-tumbuhan
daun-daunan
B. Kata Ganti Berimbuhan (kata adjektif)
Contoh: hidup-hidupan
mudah-mudahan masam-masaman
mati-matian besar-besaran
manis-manisan
C. Kata ganda berimbuhan (kata kerja)
Contoh: tumbuk-menumbuk
umpat-umpatan caci-mencaci
tuduh-menuduh ukur-mengukur
keji-mengeji
D. Kata ganda berimbuhan (kata keterangan)
Contoh: sesungguhnya
sebaiknya seharusnya
seboleh-bolehnya selewat-lewatnya
sedapat-dapatnya
Contoh penggunaan kata ganda berimbuhan dalam ayat:
1. Abu berangan-angan hendak menjadi seorang juruterbang.
2. Pak Haji Ali bercadang untuk mengadakan majlis kenduri kahwin anaknya itu
secara besar-besaran.
3. Ah Keong bermati-matian tidak mahu mengakui kesilapannya itu.
4. Sikap bantu-membantu perlu diamalkan dalam masyarakat.
45
Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa
Senarai Kata Ganda Berimbuhan.
ambil-mengambil gaul-menggaul nasihat-menasihati
pandang-memandang
ambin-mengambin gertak-menggertak paut-mamaut
pikul-memikul
ancam-mengancam gigit-menggigit pinang-meminang
pilih-memilih
andam-mengandam gilap-menggilap pukul-memukul
puji-memuji
angkut-mengangkut hambat-menghambat pujuk-memujuk
ragu-meragui
aniaya-menganiaya hantar-menghantar ratap-meratapi
raut-meraut
atas-mengatasi harga-menghargai rejam-merejam
rendah-merendahkan
ayak-mengayak hasut-menghasut rendam-merendam
renjis-merenjis
bahu-membahu hentam-menghentam sahut-menyahut
salah-menyalahkan
balas-membalas hias-menghias sambar-memenyambar
selar-menyelar
bancuh-membancuh hormat-menghormati selit-menyelit
silang-menyilang
bantu-membantu hubung-menghubungi siram-memyiram
sorok-menyorok
bedil-membedil ikat-mengikat
baham-membaham ikut-mengikuti
belit-membelit ingat-mengingati
benci-membenci intai-mengintai
caci-mencaci intip-mengintip
canai-mencanai jadi-menjadi
cari-mencari jahit-menjahit
cela-mencela jatuh-menjatuhi
cetak-mencetak jauh-menjauhi
cium-mencium jilat-menjilat
conteng-menconteng jilid-menjilid
curi-mencuri jual-menjual
46
Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa
dahulu-mendahului kacau-mengacau tahu-menahu
takluk-menakluki
dakap-mendakap kafir-mengkafir tampal-menampal
tampar-menampar
dakwa-mendakwa kait-mengait tarik-menarik
tegah-menegah
datang-mendatangi karang-mengarang tentang-menentang
tilik-menilik
dayung-mendayung kasih-mengasihi ubah-mengubah
ugut-mengugut
dendam-mendendami kata-mengatai ukir-mengukir
ukur-mengukur
desak-mendesak kecil-mengecilkan ungkit-mengungkit
usik-mengusik
dorong-mendorong kira-mengira utus-mengutus
ulang-mengulangi
eja-mengeja langgar-melanggar yakin-meyakini
ziarah-menziarahi
ejek-mengejek lawat-melawati
ekor-mengekori lempar-melemparkan
elak-mengelak lengkap-melengkapi
endah-mengendahi maaf-memaafi
faham-memahami maki-memaki
fikir-memikir malu-memalui
fitnah-memfitnah masak-memasak
gali-menggali mati-matian
garis-menggaris nafi-menafikan
47
Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa
LATIHAN KATA GANDA
Latihan Kata Ganda 1
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1 Penjenayah yang dikejar oleh polis itu _______masuk ke dalam rumah kosong itu.
A susur-galur C susup-sasap
B suku-sakat D kusut-masai
2 ________ penyanyi pujaan ramai itu menjadi ikutan para peminatnya.
A Lintang-pukang C Susur-galur
B Tindak-tanduk D Selok-belok
3 Rumah yang kami diami sekarang adalah pusaka ________ keluarga ayah.
A turun-temurun C susur-galur
B pindah-randah D selang-seli
4 _______ yang digunakan untuk mengikat kapal itu sangat tahan lama.
A Jongkang-jongket C Umbang-ambing
B Bengkang-bengkok D Tali-temali
5 ________ Tok Malim terkenal dengan sifat berhemah tinggi dan disenangi
oleh ramai orang.
A Turun-temurun C Corat-coret
B Susur-galur D Anak-pinak
6 Kolam itu dihiasi dengan ______ yang cantik dan unik.
A tanah-tanih C batu-batan
B bukit-bukau D tali-temali
7 Encik Razif memotong _________ yang panjang di belakang rumahnya.
A rumput-rumpai C batu-batan
B sayur-mayur D tali-temali
8 ________ Adila menaiki komuter ke tempat kerja untuk mengelakkan kesesakan
jalan raya.
A Lintang-pukang C Sekali-sekala
B Kelam-kabut D Huru-hara
9 Kuih lapis yang ibu buat ______ dengan warna merah dan putih.
A warna-warni C selang-seli
B lekak-lekuk D corat-coret
10 Saya sukar mempercayai kerana dia sering bercakap _______.
A lenggang-lenggok C bolak-balik
B riuh-rendah D liang-liuk
48
Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa
11 Ahli payung terjun yang berani itu terapung-apung di _______.
A awan-gemawan C bukit-bukau
B gunung-ganang D tanah-tanih
12 ______bunyi mercun semasa sambutan Tahun Baru jelas kedengaran
dari rumah saya.
A Dentam-dentum C Desas-desus
B Degap-degup D Detik-detak
13 Puan Amani ______ dari rumahnya ke tempat kerja sejauh 25 kilometer pada
setiap hari.
A umbang-ambing C ulang-alik
B lenggak-lenggok D huru-hara
14 Badan Danial ______ setelah makan makanan laut kerana dia mengalami
masalah alahan.
A kembang-kempis C degap-degup
B bengkak-bengkil D calar-balar
15 Sup sayur itu _______ kerana mangkuknya terlalu kecil.
A tunggang-langgang C comot-momot
B tumpah-ruah D serba-serbi
16 Halina ada ________ dengan pemimpin yang disegani itu.
A turun-temurun C kacau-bilau
B desas-desus D kait-paut
17 Anak anak ayam itu _______ setiap kali nenek memberi makan.
A riuh-rendah C hiruk-pikuk
B sorak-sorai D ciak-ciap
18 Ibu meletakkan sekeping kertas tebal sebagai alas kaki almari yang ______ itu.
A tunggang-langgang C incang-incut
B lenggang-lenggok D liang-liuk
19 Bunyi ______ tin minuman kosong yang terjatuh ke lantai telah membuat ibu
terkejut.
A kelentang-kelentung C degap-degup
B dentam-dentum D riuh-rendah
20 _______ di kawasan itu subur dan sesuai untuk pelbagai jenis tanaman.
A Sayur-mayur C Kayu-kayan
B Tanah-tanih D Batu-batan
49
Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa
Latihan Kata Ganda 2
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1 Saya berasa pening kepala apabila melalui jalan yang _________ itu.
A bengkang-bengkok C batu-batan
B kacau-bilau D haru-hiru
2 Kaki Bali _______ oleh kesan cakaran kucing peliharaannya.
A punah-ranah C robak-rabik
B lekuk-kekak D calar-balar
3 Badan saya terasa _______ setelah mandi air perigi yang sejuk itu.
A tawar-hambar C kusut-masai
B comot-momot D segar-bugar
4 Encik Lokman mengawasi anak-anaknya yang sedang asyik ________
di pantai itu.
A mandi-manda C riuh-rendah
B mundar-mandir D kacau-bilau
5 Sifat ________ yang ditunjukkan oleh tuan rumah menyenangkan hati
para tetamu.
A remeh-temeh C kelam-kabut
B ramah-tamah D keluh-kesah
6 Rambut Wenday _______ setelah bangun daripada tidur.
A compang-camping C robak-rabik
B kusut-masai D huru-hara
7 Guru besar mengambil tindakan tatatertib _____ terhadap murid yang terlibat
dengan kes buli itu.
A porak-peranda C lambat-laun
B remeh-temeh D serta-merta
8 Pak Dolah tahu ______ tentang isu politik negara walaupun dia tinggal di kawasan
pedalaman.
A lenggak-lenggok C serba-serbi
B simpang-siur D hiruk-pikuk
9 Musim kemarau telah menyebabkan kawasan tadahan air itu _______.
A gembar-gembur C serba-serbi
B gundah-gulana D kering-kontang
10 Rumah Nenek Zaharah _______ dengan suara cucu-cucunya yang baru
tiba dari Kuala Lumpur.
A tunggang-langgang C riuh-rendah
B punah-ranah D calar-balar
50